TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI : PERTANDINGAN AKHIR BAHAS PIALA PERDANA MENTERI KE-50 TAHUN 2025
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
PERTANDINGAN AKHIR
BAHAS PIALA PERDANA MENTERI KE-50
TAHUN 2025
26 JULAI 2025 (SABTU) | 10.00 PAGI
DEWAN PLENARI,
PICC PUTRAJAYA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin,
Nahmaduhu wa nusalli ‘ala Rasoolihil Kareem,
Wa ‘ala alihi wa ashabihi ajma’in.
Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Puan Fadhlina binti Sidek;
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air, Yang Berhormat Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir;
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Yang Berbahagia Dato’ Ts Dr Haji Aminuddin bin Hassim;
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Yang Berusaha Dr. Mohd Azam bin Ahmad;
Para tenaga pengajar; dan
Anak-anak yang saya kasihi sekalian.
- Saya hadir untuk mendengar, menilai dan juga belajar. Dan saya, seperti mana disebut oleh YB Puan Fadhlina, bangga sekali dengan tahap perdebatan dicapai. Saya renung sebentar, apakah salahnya kalau Ahli-ahli Parlimen belajar daripada ini.
- Pertama, untuk berbahas, kita kena menguasai ilmu, menghadam dan kemudian mengolah dan melakar, seterusnya menyampaikan. Dan saya lihat, dalam soal kecerdasan buatan (AI), satu subjek yang disebut sebagai teknologi baharu itu ilmu disiplin yang baharu, yang mencabar, yang memerlukan persiapan. Dan anak-anak dari tingkatan tiga, empat dan lima sudah menunjukkan contoh dan tahap perbahasan yang hebat, saya salute.
- Perdebatan ini atau perbahasan bukan sekadar kepintaran berbicara, tetapi keupayaan untuk menguasai, menelaah dan menguasai, menghadam dan melontarkan. Sebab itu saya rasa atas faktor itu yang pertama, yang harus dipelajari oleh bapa-bapa kita di Dewan Rakyat yang sekarang sedang bersidang. Yang kedua, yang terkait adalah perbicaraan dengan mempertahankan bahasa dan budaya yang sopan. Tegas tetapi sopan. Tidak menghina, tidak mencaci. Ini yang disebut adab dan akhlak. Dan ini ditunjukkan oleh anak-anak pembahas tadi yang harus dipelajari oleh ahli-ahli Parlimen Malaysia.
- Maknanya kita boleh berbeza pendapat dan boleh keras dalam perbezaan pendapat, dalam berbeda pendapat, dan boleh tegas dalam menyampaikan hujah, melontarkan idea tetapi tidak semestinya cara menghina, mengaibkan, mencaci dan memaki hamun. Apa lagi kalau guna lambang dan label Islam untuk pertahankan.
- Jadi itu saya harap, oleh kerana siaran ini siaran langsung, mungkin Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) boleh ulang sedikit beberapa aspek perdebatan. Dan saya minta supaya pengacara akan sebut khusus untuk bapa-bapa dan ibu-ibu, ahli-ahli Parlimen yang bersidang sekarang.
- Sebab itu di antara karya besar yang telah saya usulkan untuk disebarkan di kalangan anak-anak di sekolah adalah karya seorang ulama usul al-Fiqh, pernah mengetuai Institut Pemikiran Islam Sedunia – Maahad al-Fiqh, International Institute of Islamic Thought. Beliau ustaz usul al-Fiqh yang terkemuka, namanya Sheikh Dr. Taha Jabir Fayyad al-Alwani. Karya beliau iaitu ‘adab al-Ikhtilaf fi al-Islam’. Banyak ikhtilaf itu dimungkinkan, tetapi ikhtilaf itu mesti beradab dan Islam menetapkan. Dan ini ada hubungan dengan nilai dan akhlak.
- Bila kita bicara soal Negara MADANI, Negara MADANI itu tidak hanya AI dan digital dan teknologi baru, tapi mesti diterapkan dengan asas, nilai dan akhlak yang kukuh. Dan ini yang dihujahkan oleh Sheikh Dr. Taha Jabir Fayyad al-Alwani dalam ‘Adab al-Ikhtilaf fi al-Islam’ perbedaan pendapat, dengan adab, dengan dasar adab. Untuk dunia Pendidikan yang saya percaya disampaikan oleh menteri dan rakan-rakan di Kementerian Pendidikan.
- Saya selalu gunakan ungkapan kerana cabaran semasa itu menuntut kita menggapai, seolah menggapai di langit. Ilmu baru, kaedah baru yang kami, generasi saya tidak terdedah. Kami tidak pernah kenal apa yang disebut digitalization, komputer, AI, transisi tenaga, ini semua disiplin baru dan ilmu baru dan teknologi baru.
- Maknanya kalau kita, Malaysia ini mahu mencapai kemajuan, kita mesti menguasai ilmu, termasuk ilmu baru. Maka, seolah-olah menggapai langit. Teknologi baru itu menggapai langit yang canggih. Kadang-kadang bapa atau nenek kita di rumah agak tidak tahu sama sekali, bingung kalau saudara hendak sampaikan hujah seperti ini. Sudahlah bahasanya mencerakinkan, ‘sementalahan itu’, ‘menerusi’, saya dengar tadi. Itu anak tingkatan 3, 4, 5, penguasaan bahasa Melayu pun mantap, baik sekali. Terima kasih. Ini menunjukkan mutu guru-guru kita itu memang hebat dan handal, dan terima kasih.
- Saya dalam Kerajaan terpaksa menyebut perkara ini kerana kadang-kadang saudara dengar hujah-hujah di luar, apa lagi dalam dunia politik itu hanya kecaman merendah-rendahkan, ada masalah-masalah. Tentu ada masalah guru-guru, tetapi kenyataannya itu kita lihat bila kita saksikan keupayaan kepantasan berhujah, penguasaan ilmu, penguasaan bahasa yang baik.
- Ini tentunya kerana kesungguhan anak-anak, kerana dedikasi guru-guru, mudah-mudahan dengan bimbingan ibu bapa juga. Jadi saya bagi pihak kerajaan nak lahirkan rasa terharu saya, kecintaan saya, kepada anak-anak, guru-guru dan ibu bapa yang mendorong ke arah penguasaan ilmu menggapai langit tetapi berteraskan kepada nilai, akhlak dan budaya kita sendiri. Sebab itu saya sebut menggapai langit mengakar ke bumi, itu falsafah pendidikan kita.
- Kalau kita akar ke bumi sahaja tentang tradisi dan budaya dan sejarah, dan seni lama, dan khazanah tidak cukup. Kalau kita hanya bicara soal ini, AI dan digital dan semua ilmu-ilmu yang canggih, pun tidak cukup, kerana kemanusiaan itu memerlukan alunan gabungan keserasian, sinergi di antara yang mencabar ilmu canggih dan akar tradisi, menggapai di langit mengakar di bumi.
- Bila kita berbicara soal agama Islam sebagai landasan nilai dan akhlak itu berteraskan kepada nilai yang berakar di bumi. Kalau dalam pertemuan saya, tentulah saya kita bertemu dengan presiden, CEO Google, bicara dengan Elon Musk, bicara dengan Ruth Porat dari Google dan Jensen Huang dari Nvidia dan CEO dari Infineon. Ini syarikat-syarikat korporat gergasi besar dalam dunia AI dan pembikinan cip. Selalu saya lontarkan satu soalan tentang keupayaan AI yang boleh memenuhi cita rasa, hati nurani, ‘damir’
- Semuanya bicara dan jawapannya spontan dan tuntas. Apa dia? Apa yang dilontarkan dan dimuntahkan oleh AItermasuk ChatGPT, Google dan sebagainya itu adalah apa yang dihadam, dimasukkan ke dalam apps Haa itu cabaran kita. Apa dia? Melatih anak-anak bukan sahaja menguasai menggapai di langit, tetapi melatih mereka supaya menguasai ilmu tetapi pertahankan nilai, akidah, akhlak, syafiyah, nilai, seni, budaya tempatan.
- Sebab itu dalam latihan kita mesti kita gabungkan ini kerana tanpa alunan ini, kita hanya akan memenuhi acuan barat. Kita sudah merdeka, berdaulat, faham Islam, tetapi bila soal AI, sepenuhnya yang dimuntahkan dari peralatan canggih mengikut pemikiran dan nilai barat. Jadi sementara kita terpaksa dalam keadaan sekarang menggapai langit dari usaha dan teknologi mereka sama ada barat atau China atau India tetapi mesti latih anak-anak supaya kenal dan ada jati diri, ada nilai, ada akhlak dan ada kekuatan.
- Jadi saya sekali lagi lah hendak ucapkan penghargaan saya. Mula-mula sebab malam pulang dari Kedah dan sebentar lagi mulai jam 2 seharian mesyuarat. Esok ke Muar, sebelah petang saya kumpulkan beberapa sarjana dan ulama. Ulama besar, Syeikh Muhammad Haydara al-Jilani dari Gambia. Cat Stevens, seorang penyanyi pop; Yusuf Islam yang sekarang masuk Islam dan Tareq al-Suwaidan, seorang sarjana alim yang pintar dalam latihan. Itu saya kumpulkan di Seri Perdana, rumah rasmi Perdana Menteri. Jadi menunjukkan jadual yang begitu ketat, jadi saya fikir kepada pada YB Fadhlina semalam saya kata tak apalah saya datang di peringkat akhir sahaja. Tapi saya fikir-fikir pula, sebut dengan Azizah “eh nak dengar juga anak-anak kita berdebat, berbahas”.
- Dan saya bangga dengan pencapaian anak-anak. Kalau YB Fadhlina sebut tadi saya semasa di Kolej Melayu Kuala Kangsar belum ada ini pertandingan Perdebatan Perdana Menteri. Tapi saya memang terlibat sejak saya tingkatan 5, masa itu tingkatan 6 kebanyakan berbahas kita tingkatan 6. Tetapi kalau saya nilai apa yang saya upaya semasa di tingkatan 5, tingkatan 6, anak-anak di tingkatan 3, 4, 5 itu telah jauh lebih baik daripada generasi sekarang.
- Dan saya tidak exaggerate itu berlebih-lebih, memuji. Tapi saya terpaksa akui apa pun orang bicara tentang kelemahan sistem pendidikan yang memerlukan reform berterusan, saya ucap tahniah kepada Menterinya, Timbalan Menterinya dan seluruh jentera dan lebih sekali anak-anak yang tunjuk kehebatan mereka untuk mempertahankan satu budaya yang sihat di negara kita. Dan kepada Kementerian Pendidikan teruskan. Saya datang pula diminta pula bagi hadiah baru piala pula, aduhai. Tak apa, saya akan sampaikan dengan dengan senang hati, pilih yang terbaik, piala yang baik untuk anak-anak.
- Dan juga kepada YB Akmal kerana melalui Kementeriannya, diharap membantu supaya program ini diteruskan dan saya beritahu YB Akmal supaya bagi tahu kepada Menteri, iaitu Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian biar terus dengan program ini, jadi kita ada sponsor dari mereka dan terjamin dah selesai. Jadi selain daripada Kementerian Pendidikan, maknanya hadiah pun boleh tambah, sagu hati pun boleh tambah, makan minum pun lebih baik sikit, pakaian pun lebih sempurna. Mudah-mudahan Allah SWT merestui usaha kita.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PELUNCURAN
INSIATIF KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA MADANI
(Sejahtera MADANI) TAHUN 2025
24 JULAI 2025 (KHAMIS) | 12.30 TENGAHARI
DEWAN BANKUET
KOMPLEKS SERI PERDANA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah,
Nahmaduhu wa nussalli ‘ala rasulillah al-karim,
Wa ‘ala alihi waasahbihi ajma’in.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin
Hamidi,
Timbalan Perdana Menteri; dan
Rakan-rakan yang saya muliakan.
- Pertama, saya nak ucap terima kasih. Pagi tadi dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan saya katakan satu hal yang melegakan. Dalam menjalankan tugas tentunya banyak yang rasa terbeban, tapi satu hal yang melegakan dan saya nak ucap betul-betul penghargaan I mean from the bottom of my heart, setiap kali kita ada isu Gaza ke, bola ke, orang miskin ke, Sekolah Angkat ke, kita bagi sahaja maklumat kepada korporat dan sektor swasta, sambutan saudara-saudara itu sangat menggembirakan dan saya ucap terima kasih.
- Dato’ Seri Zahid ada, saya tidak tahu belum pernah begini. Berulang-ulang kali, bukan sekaligus ya, satu tahun 5 – 6 kali kita berkumpul, tetapi sambutannya itu amat baik. Dan saya beritahu, dalam konteks ini, Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, di ICU JPM, saya kata, kita kemukan program, biar dia bagi sambutan, dan kita tunjukkan apa yang diperlukan.
- Tentunya sebahagian besarnya tanggungjawab Kerajaan, seperti sekolah, yang kita luncurkan. Kita anggar kalau boleh mula 200 sekolah sudah bagus. Tetapi sambutan daripada sektor swasta, untuk ambil sekolah, tentunya majoriti Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina, Sekolah Tamil seluruh negara itu kita berjaya dapat dukungan untuk jadikan 100 sekolah sebagai sekolah angkat. Dan ini saya tidak fikir banyak negara boleh capai semangat kerjasama di antara Kerajaan dan swasta begini rupa.
- Kemudian, hari ini Sejahtera MADANI. Saya kata kalau dapat RM50 juta pun tidak apalah nanti Kerajaan boleh tambah sedikit sebanyak. Tetapi sekarang, sampai sekarang, sambutannya itu bukan dua kali ganda tapi lebih daripada itu. Jadi saya agak sentimental sedikit, minta maaf ya, saya pun manusia biasa kadang-kadang ada juga perasaan, walaupun tidak semua orang senang dengan langkah-langkah ini tetapi saya percaya sambutannya sampai setakat ini sudah RM120 juta ringgit.
- Apa yang menggembirakan? Ini projek yang baik. Kita hendak pacu negara ini sebagai negara yang gagah dan hebat. Dan negara yang gagah dan hebat ini tentunya mula dari pimpinan yang jaga tatakelola, tanggungjawab, yang elak daripada ketirisan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, tapi dia tidak berhasil tanpa kekuatan swasta yang menerobos ke pasaran antarabangsa, ke Mesir, ke Itali, ke Perancis, ke Peru, Brazil. Ini kerana kekuatan sektor swasta. Tanggungjawab kami adalah memberi galakan, dorongan dan sokongan sedaya upaya. Dan bila kita berhasil, kita dengan semangat tenaga kerja profesional dan tenaga kerja rakyat kita, kita pulangkan balik sebahagian supaya mereka juga rasa mengecapi nikmat.
- Tapi dalam hal ini semua ada kumpulan yang kita sebut kumpulan rentan, yang miskin itu yang patut ditangani. Target saya bila bersama dengan rakan-rakan, rakan-rakan Jemaah Menteri ramai di sini, ya lah kalau boleh kita mula noktahkan kemiskinan tegar. Ini ‘hardcore poor’, I think within our means. Sorry, KSN pun ada, saya nampak tadi. ‘Hardcore poor’. Dan berdasarkan angka-angka tahun 2003, 2024 kita dapat atasi walaupun jumlah itu akan muncul kemudian, tetapi jumlahnya jauh rendah daripada dulu.
- Dalam sejahtera MADANI ini kita tingkatkan sedikit. Nampaknya dengan komitmen Kerajaan, swasta, majlis Agama, Wang zakat, nampak boleh selesai mudah soal kemiskinan tegar. Jadi sekarang kita angkat sedikit. Bukanlah ini idea baru, ada syarikat-syarikat sendiri pun sudah ambil pekerja-pekerja di sekitar mereka. Saya tahu bila saya pergi PTP, dijaga kawasan-kawasan sekitarnya, Pelabuhan Klang, penduduk-penduduk sekitarnya dijaga, Westar, ambil projek-projek latih, YTL, ramai lah saya nak sebut semua. Telekom, Tenaga, Petronas tak sebut kecil hati pula tapi semua dalam senarai. Maknanya sudah ada dan programnya pelbagai. Kadang-kadang cara macam Petronas dengan Institusi TVET sekeliling ataupun sekolah- sekolah untuk adopt, trained, bagi exposure dan latihan.
- Sebab itu bila Sekolah Angkat ini saya cadangkan, you know, the mere presence of a president, CEO or non- private sector chief, CEO, that is a give so much, a confidence in hope to the young because some of them, some of you comes from a relatively poor background. And that will be give a source of inspiration and hope to this students. Lebih-lebih lagi kalau kita boleh tambah sedikit sebanyak kemudahan asas. Kita dari segi prasarana sekolah tentu. Kalau banding dengan negara-negara membangun di antara terbaik. Kita baru balik daripada Brazil. Kta tengok kemiskinan dia itu sampai cecah hampir 50%. Jadi cabaran itu jauh lebih besar daripada kita.
- Tetapi dalam pada itu pun jangan lupa sekolah-sekolah kita sampai hari ini walaupun kita belanja tahun 2023 RM 1 bilion ringgit, walaupun dipermainkan oleh pembangkang, dia kata Oh, Anwar ini hendak bangunkan tandas emas ke sampai RM1 bilion ringgit. Kita repair 1200 tandas. Bayangkan sekolah-sekolah anak cucu kita tandas tidak terurus. Itu selesai? belum selesai.
- Rumah Tentera, itu menelan belanja ratusan juta. Tapi tentera dia ada Kor Kejuruteraan, dia cepat buat. Jadi berilah cadangan apa pun kalau ada saudara Major Construction Company, saya okey lah, I will adopt the school and make all the necessary repairs, a few hundred thousand — deal with it. We are fine. Saya sudah bagi tahu kepada menteri-menteri, masing-masing Kementerian, collaborate, don’t give all the answers, make sure that the private sector offers their own views and suggestions and in that way, the adjustment can be made.
- Tapi satu yang sangat mengesankan ialah Malaysia is a great country and we have great people whatever said and done, you can see the type of response and commitment. So, I am also doing my best, but I’m very fortunate to be a Prime Minister of this great country and you can see the sense of support, the sentiment expressed.
- Kalau tengok video tadi saya tengok saya keliling tengok mata-mata. Ini ada korporat, ada billion-billionaire semua ada, ada yang biasa-biasa pun ada, tapi without expression, semua boleh terketuk pintu hatinya, the conscience, disebut dhomirnya, lengang dan semua fokus dan setengahnya saya tengok ada kesan kalau lihat dibiji matanya. Maknanya kita mampu. Why not be more positive. Tidak usah cakap soal pergaduhan, soal kaum ke, soal agama ke, soal daerah ke, soal negeri ke, wilayah ke. Look, this is our problem, is our family. Dan kalau kita lihat dari segi itu, let us built not destroy, let’s do it together dan saya katakana, ini pasukan luar biasa saudara, ini santai gathering ini, tapi saya cuma nak, daripada nak terima begitu sahaja, saya kata at least bagilah peluang saya jumpa, express my profound deep gratitude and appreciation kerana saudara bantu.
- Tapi seperti mana saya sebut, ada perbezaannya. Betul, sumbangan dananya besar, ada yang 15 juta, 10 juta, 1 juta, 500 ribu, 100 ribu — doesn’t matter, but what is more important, significant is, I would suggest that you be seen and present. You and your member team to observe, monitor the project and see for yourself you have done. I want the villagers to know that this is for example, Tan Sri Syed Azman Weststar seen “Oh! his family members, oh! his team, he’s seen there. Oh!, this is a Telekom Oh!, whatever — TNB”.
- Terutama pasal tarif naik ini, famous sikit TNB ini. Kadar tarif naik, bayaran turun tapi itu tidak jadi polemik di luar. Jadi itu yang saya cadangkan kalau boleh dilakukan oleh saudara-saudara. Cukuplah setakat ini. Saya minta maaf tadi, terlambat sikit saya ada sidang di dewan sebelah tadi.
- Kita pilih kampung-kampung ini dan kita pilih juga kali ini luar biasa. Kita panggil juga wakil-wakil, ada daripada Merbok, Kedah, ada? Ada daripada Merbok? Ada tadi Kubang Pasu, Kuala Krai. Kita panggil wakil Besut, Terengganu. Itu pun dia orang tak terima kasih, saya buat tolong orang rakyat Terengganu. Dak orang yang ini terima kasih, yang atas-atas tak terima kasih. Dia suruh turun Anwar (nada seloroh).
- Tapi saja saya nak tunjukkan bahawa at least you see this, ini yang kita bicarakan. Kita bicarakan ini projek Kerajaan- swasta. Tapi kita prihatin. Ini orang-orang dia, sebahagian wakil, kita tak boleh panggil semua, tapi kita panggil dia mari Seri Perdana. Seri Perdana bukan rumah saya, rumah Perdana Menteri rasmi. Rumah saya di Sungai Long. Nanti dia kata “Oh! rumah Dato’ Seri besar eh, ini dewan sahaja besar. Terima kasihlah kerana sudi hadir dan mewakili semua kawan-kawan kita yang lain.
- Jadi kita Fatawakal ‘ala Allah. Doa kepada Allah sedarlah supaya niat ikhlas dan baik kita itu mendapat restu dan apa yang sumbangan kita itu memberi keberkatan dalam semua agama fahaman begitu, bahawa kita bagi, dia akan menyucikan harta kita dan meningkatkan keberkatan atas kita.
- Jadi sekali lagi saya ucap banyak-banyak terima kasih saudara-saudara. Hari ini agak terharu sedikit kerana saya lihat sambutan itu begitu jauh lebih baik daripada kita jangka RM50 juta setakat ini sudah kutip hampir RM120 juta. Jadi, sekali lagi terima kasih.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarkatuh.
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS PERHIMPUNAN WARGA KEMENTERIAN KEWANGAN & AGENSI BERSAMA YAB PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN BAGI BULAN JULAI 2025
24 JULAI 2025 (KHAMIS) | 8.00 PAGI
DEWAN UTAMA
KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdu lillahil-ladzi anzala ‘ala ‘abdihil-kitaaba,
Wa lam yaj’al lahu ‘iwaja,
Wa usolli wa nussalli ‘ala rasulillah al-karim,
Wa ‘ala alihi waasahbihi ajma’in.
Saudari YB Puan Lim Hui Ying,
Timbalan Menteri Kewangan;
Saudara YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican,
Ketua Setiausaha Perbendaharaan; dan
Rakan-rakan yang saya muliakan.
- Alhamdulillah dapat bersama-sama, dan minggu lalu kita telah mengadakan acara yang saya kira memenuhi juga hasrat negara MADANI, iaitu selain menyantuni rakyat juga menyantuni ulama. Ulama seperti yang saudara tahu sama ada dari peringkat antarabangsa, di peringkat yang ada nilai kesarjanaan dan juga yang dari pondok-pondok tradisi. Jadi pertama inisiatif dari Kerajaan Negeri Selangor, Menteri Besar, Saudara Amirudin mengumpulkan Ulama dalam hujah dan pendekatan Turath ini seperti mana saya sebut dalam perhimpunan JPM itu legasi, khazanah. Kerana di antara isu yang menimbulkan keresahan umat Islam ialah ada kesedaran Islam tapi tidak ada dipertahan dengan ilmu dan akhlak. Dan ini sebab itu di kalangan umat Islam tu berkecamuk masing-masing jadi pakar masing-masing menghukum, masing-masing kadang-kadang dengan pakaian yang nampak kearaban tetapi caci maki dan atas nama Islam dan cepat menghukum itu menjadi lumrah.
- Jadi beberapa alim zaman semasa, saya ingat dalam Maahad al-fiqh, International Institute Islamic Thought di antara pembukanya, Sheikh Dr Taha Jabir Alwani yang minta supaya umat Islam itu menggali semula yang disebut turath, legasi. Legasi maknanya takkanlah 1400 tahun daripada Zaman Quran Sunnah di bawah pimpinan Rasulullah SAW tidak ada tahap kesarjanaan dan ilmu yang hulung yang harus kita sekurang-kurangnya jadikan panduan, cuba menghadam dan mengulas mengikut kepentingan semasa.
- Kalau saya pernah singgung dulu, kalau di barat ada yang dikatakan ‘Great Works Series’ yang pernah di edit oleh Mortimer J. Adler dari Universiti Chicago. Dia yang edit, the great works of the may two of the western World dari great great philosophy pada literature- nya kepada filosofi kepada sains, teknologinya, kejuruteraannya dan inovasi lainnya. Tetapi dalam Islam tidak ada usaha yang sedemikian. Ada usaha di Pakistan dahulu yang diselaraskan oleh beberapa sarjana. Itu maknanya ‘Great Works in Islam’. Kalau dalam peradaban China, itu dikenali beberapa karya-karya besar yang dianggap Turath, legasi. Sama ada daripada Konfusius, Mengzi, Lao Tzu dan juga yang baru-baru, Lu Xun dan sebagainya.
- India pun begitu, jadi dalam Islam ini cuba dikembangkan balik. Itu yang disebutkan Turath, makna menggali khazanah. Sebab itu sekarang ini umpamanya diperkenalkan tentang maksud maqasid syariah. Syariah itu bukan sahaja tempat untuk menghukum salah – betul -haram – halal, tetapi juga tentang apa dia maksud syariah, matlamat dia, the higher objective of the Islamic law.
- Jadi tujuan yang dikatakan Turath itu gali. Ambil beberapa kitab yang penting, yang relevan baik dalam bidang Fiqah, bagi Usuluddin, bagi pihak falsafah, penafsiran al Quran dan hadis. Jadi bila ada tahap keilmuan begitu, saudara lihat umpamanya lebih tinggi ilmunya, lebih bijaksana pendekatannya. Lebih hikmah, lebih sukar dia menghukum dan menolak apa-apa inisiatif orang lain. Jadi dia gunakan sama ada dalam pertimbangan politik, kenegaraan, tatakelola, ekonomi, itu dengan penuh kebijaksanaan. Dengar hadam dan tidak gunakan sentimen, sama ada kelompok, kabilah, kaum atau kepartian.
- Alhamdulillah dapat sambutan sangat baik dan di kesempatan itu saya jumpa beberapa ulama dari Lubnan, Syria, Mesir dan juga tentunya dari pondok-pondok di Malaysia. Sebahagian saya undang bila kita adakan majlis penghayatan dan maqasid syariah yang disampaikan oleh Mufti Wilayah yang baru dan saya fikir di kalangan kita juga harus mendekati majlis-majlis seperti ini. Kalau tidak kita hanya akan jadi terperangkap dengan beberapa tokoh-tokoh yang kita rasa sudah pakar. Tapi bila kita dengar pakar yang sebenarnya, pendekatannya lain. Sebab itu selalu saya suka kadang-kadang menukil ulasan ulama-ulama besar, Sheikh Yusuf al Qaradawi, Ahli Jum’ah dari Mesir, Sheikh Dr Taha Jabir Alwani yang berasal dari Iraq. Itu kerana dengan mendalamnya ilmu mereka ada kebijaksanaan yang lebih. Maknanya sebelum menghukum.
- Saya masih ingat semasa saya Menteri Kewangan dulu, masa itu menteri dan KSP masih kecil lagi, di Jalan duta saya undang bersama dengan Suruhanjaya Sekuriti, Sheikh Yusuf al Qaradawi, kerana dia dianggap seorang ulama, ilmuan yang punya kepakaran dan pandangannya itu akan mempengaruhi keputusan kita. Masa itu ‘Futures Trading’ benda baru, jadi saya kata Sheikh, “untuk Security Commission hendak minta pandangan tentang futures market trading. Bagaimana tentang pandangan Islam?” Tahu dia kata apa? Saya ada pengalaman yang sedikit dalam bidang ini. Biar saya dekati dengan pakar-pakar yang ada seperti di Security Commission, di Bank Negara, di Bursa, di kementerian kewangan, saya hendak dengar dulu. dan saya nak hujah dengan mereka, itu seorang alim, beda dengan kita. Tanya je, tajuk dia tahu, dia tak tahu, dia jawab terus. Sheikh Yusof al-Qaradawi ambil masa satu hari itu dia tidak mahu buat kerja lain, dia dekati. Jadi saya rasa terpegun, dia sudah pun ikuti futures market ini dari pandangan beberapa kepakaran dunia Arab termasuk di Doha, tetapi dia pilih untuk mendengar. Dianggap di antara ulama terkemuka dunia. Jadi saya lihat umpamanya tentang kebijaksanaannya.
- Saya pergi ke beberapa majlis dan tengok pendekatan dia begitu lebih sehala, tegas. Kalau soal perjuangan rakyat Palestin, keras! Tak tahu langsung. Dalam perjuangan umpamanya penolakan daripada apa-apa yang dia anggap kebejatan, kebobrokan dalam sistem itu keras, tetapi untuk menghukum terutama hal-hal ini dia sangat teliti. Saya tanya dia tentang tanggungjawab saya di Kementerian Kewangan. Masalah arak, masalah judi, itu dia jawab dengan sangat teliti. Kerana dia kata negara yang pelbagai kaum, sebelum menghukum Anwar, dia kata teliti dulu. Ada keupayaan, ada dukungan, ada jaminan keselamatan, ada jaminan untuk pertahankan sistem, itu semua harus ada pertimbangan sebelum membuat beberapa keputusan.
- Sebab itu yang saya katakan rujukan kepada authoritative sources itu sangat penting. Sekarang bukan saya nak politikkan, tapi saya tengok umpamanya apa sahaja langkah terutama kadang-kadang Islam atau pertubuhan Islam, parti Islam itu, sanggahan itu sangat tidak langsung pertimbangkan akhlak dan adab. Ini membimbangkan, bukan soal umpamanya pertikaian politik kerana politik itu tunggu pilihan raya lebih 2 tahun lagi. Jadi sebab turun Anwar itu tidak bagi kesan, jadi jangan bimbang. Tetapi yang saya lebih khuatiri ialah sikap begini, sebab itu kita harus beri dukungan macam saya kata, Turath dan ambil ulama-ulama. Apa yang saya pesan kepada orang-orang pondok, pertama dengar pandangan mereka, dengar nasihat mereka tentang MADANI, tentang negara MADANI, saya dengar teguran, cadangan baik tapi kemudian saya usulkan.
- Saya katakan, menukil pandangan Muhammad Natsir bahawa tatkala negara-negara Islam dijajah, ditawan pimpinan mereka, disucikan otak mereka ikut acuan mereka yang kagum, taksub, obses dengan semuanya Barat. Bahasa mesti Inggeris, di Indonesia mesti Belanda. Sistem politik mesti ala Westminster atau ala Belanda. Sistem ekonomi mesti Barat. Sistem pendidikan acuan mereka. Jadi, ini maknanya seluruh benteng pertahanan negara itu tewas atau kalah, politik, ekonomi, sosial, pendidikan, budaya. Sampai budaya pun hilang. Jadi, pondok masa itu di Malaysia, pesantren di Indonesia itu satu-satunya benteng yang pertahankan, dengan segala kelemahannya, itu satu-satunya benteng pertahanan akidah dan mental umat tatkala keseluruhan sistem itu dirobohkan. Dan orang rasa terpegun, kagum dengan sang penguasa baru, penjajah kerana kehebatan mereka, kuasa mereka, teknologi mereka, ekonomi mereka.
- Tapi saya beritahu kepada guru-guru pondok ini keadaan sudah berubah. Negara sudah merdeka dan berdaulat. Pondok dari segi ini masih relevan, tapi beberapa penyesuaian dibuat. TPM Dato’ Seri Zahid, umpamanya, mengusulkan dan kita beri dukungan kuat supaya kita perkenalkan TVET di sekolah-sekolah Maahad Tahfiz dan sekolah-sekolah agama, supaya anak itu jadi huffaz, hafal Qur’an, tetapi dia boleh ada ruang. Sekarang, sekitar 12,000 sudah ke TVET. Jadi menggalakkan guru-guru pondok ini terima kenyataan. Kita tak ubah sistem kurikulum dia, tapi dia mesti terima keadaan dan tuntutan zaman.
- Kedua, saya kata sekarang cakap pasal digital, soal Ai. Apa hubungan dengan masyarakat ini yang ratusan ribu di pondok? Maka kita harus beri pendedahan dan saya minta guru pondok juga terima kenyataan. Ini bermakna, Kementerian Kewangan, Perbendaharaan harus juga mengkaji bagaimana boleh kita serap hal-hal ini, pertahankan yang tradisional, tetapi dialun, digabung dengan pendekatan teknologi baru supaya anak-anak ini juga terdidik kalau tidak, dianggap satu kelompongan, the queue. Kerana sementara dia ada bidang ilmu yang juga penting bagi umat, tapi tidak boleh mengisi keperluan dan tuntutan semasa. Jadi kedua-duanya kita perlukan jadi kita perlukan kerjasama mereka.
- Alhamdulillah, lihat ada kesedaran. Jadi KSP kena tengok supaya kita berikan sedikit pertimbangan tentang sekolah pondok dan di antara tugas KSP yang baru ialah melawat sekolah-sekolah pondok. Dah dia dah buat dah.
- Semalam saya umumkan beberapa langkah tambahan. Tak apalah singgung dunia politik itu tidak apa lah ya, kata RM100 je, ye lah kamu bergaji RM20,000 sebulan, RM40,000 sebulan — RM100 tak ada apa-apa. Tapi saya tahu, kalau kita pergi ke kampung ada. Dan ini tambahan seolah-olahnya dia bagi, kalau dengar beberapa Ahli Parlimen pembangkang di Parlimen itu, “RM100 je, RM100 je…” Ni dia tak baca ke? Bila saya sebut “rabun mata” dia marah. Bahawa ini tambahan, daripada RM13 bilion ringgit jadi RM15 bilion ringgit untuk tahun ini untuk STR dan i-SARA. Kemudian macam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) daripada 10% tahun ini, 18% tahun depan.
- Jadi ini semua tambahan daripada yang telah dilaksanakan. Begitu juga penurunan harga minyak. Itu mesti saya buat, walaupun masa kita bicara soal turun harga minyak, saya sudah beritahu ada rasionalnya semasa Minyak di Arab Saudi RM0.50 sekarang minyak Arab Saudi sudah RM1.99 atau RM2.00. Jadi walau bagaimanapun, kita turun jugak dan kita katakan untuk orang asing kena ikut harga pasaran, itu yang kita akan tetapkan kemudian.
- Ada juga Ketua Parti Pembangkang sebut “pasal apa nak bebankan mereka?” Saya rasa aneh, “what did you do?” Ada negara umpamanya ketua pembangkang nak kata tak cerdik, tak tahu tapi begitulah keadaan dia. I mean, boleh tegur dan kritik, saya tak ada masalah. Tapi bagaimana ada di Malaysia, ada orang kata tak boleh. Bukan kita pergi dera mereka, bukan kita rampas hak dia. Ini subsidi bukan maknanya cukai tambahan minyak mereka. Tidak. Ini maknanya subsidi yang kita bagi RM0.50 setiap satu liter itu kita tarik tak bagi subsidi kerana di negara dia harga lebih tinggi daripada RM2.50. Di Singapura, di Thailand, Indonesia, semua lebih tinggi. Jadi kita tarik subsidi itu kepada orang asing. Itu pun salah juga. Yang saya sebut ini hendak suruh saudara-suadara tolong jawab. Itu, sahaja.
- Jadi kalau kita polemik RM100 — apa dia RM100? Itu RM100 jadi RM15 bilion. Kalau keluarga tu katalah miskin, ada dua anak 18 tahun ke atas, suami isteri dah RM400. Tambahan daripada STR yang sekarang dan i-SARA sekarang. Kalau dia sudah ada 300 sekarang ini, dia campur lagi 400 — dah jadi 700. Tak kecil. Tapi kalau dia seorang, sebatang kara, orang panggil bujang Kelana. Selain daripada i-SARA, selain daripada STR. Tapi saya tak ada masalah itu tapi jangan remehkan. Jangan remehkan, ya. “Oh RM100 sahaja, RM100 nak beli apa?” Jangan. Jangan.
- Kerana itu upaya kita tambah daripada peruntukan yang sedia ada dan di Kementerian Kewangan, tengok pertambahan-pertambahan ini, yang ini tambah RM2 bilion. Minyak, tambah lagi RM1 bilion. Jadi kita kena kira pendapatan dari mana? Okey, dari orang asing, dia bayar. Kemudia sebut tarif elektrik, naik Anwar, cukai. Tarif dulu naik. Tarif, tetapi kadar elektrik turun. Kita tengok umpamanya saya minta nanti Perbendaharan bagi untuk bil bulan ini dan ketimbang bulan lalu. Kerana kalau ikut, mesti turun bagi 85% rakyat tapi sebab tu saya kata, kadang-kadang komunikasi kita, penjelasan dan penerangan kita harus lebih berkesan.
- Kalau tengok RON95, RM1.99 ini dan beberapa langkah lain, umpamanya, apa lagi untuk M40. Haa tol. Kalau B40, kebanyakannya motor sahaja, pakai motosikal, minyaknya kecil. M40 kebanyakan motokar dalam minyak tu lebih tinggi. Jadi kalau orang M40 kata “Sekarang ini kita hanya ketimbangkan B40 sahaja.” Biasalah, kita mula bukan B40, lebih rendah lagi. Kita mula dengan kemiskinan tegar, sebab itu naik B40, sekarang naik M40. Jadi begitu keadaan dia. Jadi itu yang saya kata, kena sabar sikit dalam pelaksanaan tapi sekurang-kurangnya alhamdulillah, untuk M40 ini, baik RON95 dan tol itu memberi manfaat kepada M40, M40 dan ke atas.
- Selain daripada itu, sebentar lagi saya akan meluncurkan Sejahtera Madani. Selain daripada Sejati Madani, Kampung Angkat Madani, ini pertama kalinya. Dulu ada kadang-kadang sekali-sekali macam perumahan rakyat, pernah saya panggil beberapa syarikat-syarikat besar, bank, beri dana mudah kepada rakyat yang nak bangunkan rumah kos rendah pada ketika itu. Tapi saya belum, maknanya kesan satu langkah di mana kita betul-betul libatkan sektor swasta dan berikan banyak untuk Gaza — hampir RM100 juta, dari swasta.
- Untuk Kampung Angkat MADANI yang melibatkan juga RM70, RM80 juta. Ini untuk Sejahtera MADANI sekarang ini cecah RM80 juta ringgit yang kita kumpul daripada syarikat-syarikat besar. Kemudian Kampung Angkat MADANI semua bank, semua GLIC semua, kita minta dia ambil 10, 20 sekolah-sekolah angkat. Itu 1000 sekolah. Ini semua kita tak boleh ukur dari quantum kewangan. Kerana ini melibatkan saya kata Negara MADANI ini di mana sektor swasta. Bagaimana sektor swasta itu boleh mudah sekarang ini ratusan juta ringgitlah boleh salur? Kerana saya hentikan amalan komisen ini. Bila kita tak ambil komisen buat projek, bagi Perdana Menteri RM60 juta atau bagi ke parti Perdana Menteri, RM50 juta seperti amalan sebelum ini.
- Jadi kita boleh bagi, kita minta untuk Gaza tolong bagi, untuk sekolah angkat tolong bagi. Tapi sekolah angkat itu kita tak minta dana, kita minta mereka belanja terus ke sekolah. 1000 sekolah, ini bagi saya, penglibatan penjawat awam, pimpinan politik dan sekarang korporat dan sektor swasta secara yang lebih berkesan turun padang.
- Sebab itu kita minta, umpamanya bayangkan sebahagian dari kita. Jadi bukan salah kitalah, bukan salah ibu mengandung, memang lahir di Jalan Dungun atau di Bukit Kenny. Tak tahulah siapa ada di sini lahir di sana, adalah 1, 2 orang (nada berseloroh). Tetapi dia tidak ada pendedahan. Jadi kita berikan ruang baik, pilih satu Kampung Angkat. Duduk di situ, dengar mereka, kadang masalahnya lain. Saya lahir di Sungai Bakap jadi dibesar di Ceruk Tok Kun, sebahagiannyalah, sebahagiannya di Hospital Kuarters Bukit Mertajam.
- Jadi saya balik Cerok Tok Kun, ada masalah masjid, parit, jalan, masalah dadah, masalah orang tak ada pekerjaan, masalah anak miskin, masalah ibu tunggal. Jadi kita tengok di situ, dia tidak ikut jabatan mana. Kita dengar, perancangnya umpamanya, dia lihat masalah rakyat keseluruhannya dan dia didekati dan dia cuba selesaikan. Mudah-mudahan langkah-langkah ini kita teruskan. Dan isu ada setuju, tak setuju, soal lain, tapi beri maklumat kepada sang pengkritik itu, melihat kepada keseluruhan yang kita lakukan, bahawa apa-apa langkah-langkah tambahan.
- Saya sebut umpamanya langkah tambahan, yang semalam itu langkah tambahan. Kemudian itu pun pelaksanaannya memuliakan Hari Merdeka dan cuti Hari Malaysia. Sebelum itu, 31 Julai pengumuman Rancangan Malaysia ke-13. Kemudian langkah-langkah baru tambahan Belanjawan 2026. Jadi ini kita kena lihat peringkat. Dia tidak ada umpamanya satu pengumuman yang boleh menyelesaikan semua masalah. Belanjawan 2026 pun tidak mungkin menyelesaikan semua masalah negara kita. Jadi kita kena cuba. Apa dia pengumuman penting Belanjawan 2026? Belum lagi kita mesyuarat petang ini.
- Jadi, sekali lagi saya ucap terima kasih kepada rakan-rakan kerana saya tahu kejayaan kita ini tidak mungkin dicapai tanpa penglibatan semua termasuk penjawat awam. Kita lihat umpamanya rekod LHDN, kita lihat rekod kastam, rekod badan-badan penguatkuasaan keseluruhannya itu semua, alhamdulillah, membanggakan. Dan kita harus terus teliti, pastikan jangan ada kelemahan-kelemahan, kebocoran, ketirisan, ini bagi saya lebih besar. Kalau orang tanya saya, masih tekankan yang paling penting, paling besar ialah tatakelola. Ya, kita kena hentikan amalan boros, sakau yang menjadi budaya kita.
- Sebab tu kalau saudara-saudara lihat umpamanya di kalangan pembangkang, tak banyak bicara soal rasuah, heran, kalau saya dulu masa pembangkang, rasuah itu nombor satu. Sekarang rasuah? ….ehmmm. Maka apabila kita ambil tindakan pun, “mana boleh!, kesian! dia sudah tua dah ataupun dah tak ada dah.” Kita bukan nak hukum orang mati, kita nak ambil balik duit yang dia ambil itu yang tidak secara tidak sah. Tetapi kita boleh senang je. Tak ada apa-apa, tak ada kesan, bermakna guna ruang Parlimen Pembangkang itu mempertahankan orang yang memunggah kekayaan berbilion-bilion. Niaga apa? tak tahu, tapi berapa kekayaan? RM4 bilion? Niaga apa? Tak tahu, dia beli saham agaknya. Berapa? bila dia meninggal, berapa dana dia? RM2 bilion. So, this is totally unexpectable.
- Kita marah umpamanya, saya bagi pesanan khas 2 hari yang lalu kepada semua Perdana Menteri dan Presiden termasuk Presiden Donald Trump. Merayu, selesaikanlah. Anak-anak itu mati tiap hari. Saya dapat maklumat terakhir yang betul-betul terkesan, saya kata, “no, I have to issue a statement.” Appeal to all Prime Minister and President, you know why? Ada satu kelompok, 15,000 keluarga, 15,000 penduduk. 2 hari tak ada makan, tak ada minum. Orang tua-tua yang dewasa boleh bertahan lagi, lemah, letih je. Bayi semua mati, masuk hari ke-2 bayi anak-anak Palestin di Gaza, mati.
- Itu sebab saya kata soal nilai. Jadi sebab tu soal nilai, adab ini, sebab perasaan kemanusiaan. Benci dengan kezaliman, benci dengan orang yang menyalahguna kuasa mereka, dan apa lagi, sepertimana Zionis Israel bunuh sewenang-sewang. Dan kita kena pelajari begitu semua. Saudara ingat saya boleh bercakap hal itu dengan tegas, dengan berani dan menyeru sampai ke Donald Trump, kalau saya tak yakin dengan kekuatan negara kita, kerana politik kita stabil. Kerana ekonomi kita kukuh, kita boleh bercakap. Kalau negeri kita separuh bankrap, tak berani kita cakap. Kalau kita pecah belah, asyik perang terus di kalangan kaum dan parti, musuh. Tak boleh. Kerana saya tidak mewakili sentimen rakyat.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh.
UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
PENGHARGAAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA
23 JULAI 2025 (RABU) | 10:30 PAGI
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
PENCAPAIAN EKONOMI NEGARA
- Sejak 2023, negara di ambang peralihan besar—berpandukan kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat. Ia lahir daripada kesedaran mendalam untuk memperbetul kepincangan struktur dengan menaikkan siling dan lantai berteraskan tatakelola baik dalam pentadbiran.
- Di sebalik segala keresahan dan kekangan, izinkan saya membuka lembaran ini dengan satu keyakinan teguh bahawa Ekonomi Malaysia berada di landasan kukuh dan meyakinkan. Prestasi kita bukan sahaja diakui di dalam negara, malah turut mendapat pengiktirafan antarabangsa.
- Pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) suku pertama tahun ini mencatat pertumbuhan 4.4% dan berdasarkan unjuran awal, suku kedua bakal mencecah 4.5%.
- Dunia turut mengiktiraf kebangkitan negara. Malaysia melonjak 11 anak tangga ke kedudukan 23 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2025. Tahun sebelumnya, kita mencatat pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM384 bilion—peningkatan 17% ketimbang 2023—dan pencapaian ini diunjur terus melonjak pada tahun 2025.
- Lebih penting, Ringgit Malaysia turut mencerminkan keyakinan yang kian pulih. Setakat pertengahan tahun ini, ringgit mengukuh lebih 5% ketimbang Dolar Amerika Syarikat, iaitu terkini mencatat paras RM4.23 — prestasi yang meletakkan Ringgit sebagai antara lima mata wang terbaik Asia tahun ini.
PENGUKUHAN EKONOMI BERMAKNA LIMPAHAN HASIL LEBIH BESAR UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT
- Segala pencapaian data dan angka ini, seberapa membanggakan sekalipun, tidak membawa makna sekiranya rakyat di bawah masih bergelut dengan kos sara hidup. Pertumbuhan ekonomi meyakinkan membolehkan pelbagai ikhtiar meningkatkan darjat hidup rakyat dilaksanakan.
- Pengangguran turun, pendapatan rakyat naik:
a) Pasaran buruh terus menunjukkan prestasi memberangsangkan. Pengangguran yang pernah mencecah paras membimbangkan berjaya diturunkan daripada 9% (2022) kepada 3.0% (Mei 2025), terendah bagi tempoh lebih sedekad. Sepanjang 2023 dan 2024, lebih 250 ribu pekerjaan baharu diwujudkan.
b) Kita telah meningkatkan Kadar Gaji Minimum kepada RM1,700 ketimbang RM1,500 bermula 1 Februari 2025 dan berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Ogos 2025.
c) Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga memastikan 153 ribu pekerja menerima sekurang-kurangnya gaji kehidupan wajar (living wage) sebanyak RM3,100 sebulan.
d) Kerajaan telah menambah bilangan jawatan doktor dan pegawai perubatan bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rakyat. Kementerian Kesihatan akan menyegerakan usaha mengisi lebih 4,352 perjawatan di fasiliti kesihatan terutama doktor kontrak seluruh negara menjelang hujung tahun 2025.
- Ikhtiar Menoktahkan Kemiskinan Tegar ialah keutamaan saya sejak awal. Hampir 150 ribu isi rumah miskin tegar pada tahun 2023 telah keluar daripada kelompok miskin tegar pada akhir 2024. Esok, saya akan meluncurkan Sejahtera MADANI iaitu ikhtiar untuk terus memastikan kumpulan miskin tegar dan miskin dibantu sewajarnya melalui usaha sama Kerajaan dan sektor korporat.
- Kerajaan sejak awal terus menambah baik pelbagai bentuk bantuan bagi meringankan beban sara hidup rakyat.
a) STR dan SARA menerima peruntukan tertinggi dalam sejarah iaitu RM13 bilion.
b) Peruntukan bantuan tunai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut ditingkatkan kepada RM2.9 bilion antaranya bagi menaikkan kadar bantuan kebajikan bulanan warga emas dan kanak-kanak keluarga miskin.
c) Kerajaan MADANI membela nasib pesawah padi:
- Harga Lantai Belian Padi ditingkatkan kepada RM1,500 (2025). (dua kali 2022,2023)
- Kadar Skim Subsidi Harga Padi juga ditingkatkan kepada RM500 (2023).
d) Kerajaan ini juga menaikkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada RM3.00 (2024). (dua kali 2022,2023)
- Memperhebat Ikhtiar MADANI di Peringkat Akar Umbi
a) Sejak tahun lalu, Kerajaan menekankan kepentingan pemimpin untuk turun ke akar umbi dan menumpukan kepada ikhtiar yang memberi manfaat langsung kepada rakyat di peringkat komuniti.
b) Sejati MADANI dilaksanakan dengan menyalurkan sehingga RM100 ribu kepada komuniti dan memberi mereka bebas tentukan aktiviti ekonomi yang menjana pendapatan. Setakat ini Sejati MADANI berjaya membenih lebih 8,600 kegiatan ekonomi komuniti di peringkat kampung.
c) Kampung Angkat MADANI juga telah memberi manfaat kepada rakyat di peringkat komuniti. Tahun ini, kita tingkatkan penglibatan daripada 40 buah kampung kepada 200 buah kampung.
d) Kerajaan juga meluncurkan Sekolah Angkat MADANI atas rasa tanggungjawab memastikan pendidikan anak-anak pada tahap terbaik. Dengan sambutan luar biasa yang diterima terutamanya daripada sektor korporat, Kerajaan menetapkan sasaran untuk mencapai 1,000 buah sekolah angkat menjelang akhir tahun ini.
- Kerajaan akan terus menumpukan kepada usaha yang memberi manfaat langsung kepada rakyat di peringkat komuniti. Malahan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) yang bakal dibentangkan pada 31 Julai 2025 juga mengambil kira keutamaan semua negeri tanpa mengira fahaman politik.
LANGKAH SEGERA MEREDAKAN KOS SARA HIDUP
- Kos sara hidup kekal sebagai tantangan yang mesti ditangani dengan bijaksana dan segera. Diakui bahawa meskipun kadar inflasi keseluruhan Jun 2025 adalah pada 1.1% — iaitu terendah dalam tempoh 52 bulan, namun kenaikan harga makan minum terus melebihi purata inflasi.
- Justeru, dengan penuh rasa tanggungjawab, saya mengumumkan beberapa ikhtiar segera bagi meringankan beban sara hidup serta sebagai penghargaan dan meraikan rakyat.
- PERTAMA: SARA untuk SEMUA
a) Sukacita diumumkan bersempena Hari Kebangsaan 31 Ogos 2025, setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima 100 ringgit secara one-off melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
b) Bantuan ini boleh dibelanjakan mulai 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025 bagi membeli barangan asas di lebih 4,100 kedai termasuk pasar raya utama seperti Mydin, Lotus, Econsave dan 99Speedmart serta kedai-kedai runcit di semua daerah seluruh negara.
c) Bantuan ini diberikan secara individu dan bukannya isi rumah. Maknanya, sebuah isi rumah umpamanya suami, isteri dan dua orang anak dewasa akan dapat RM400.
d) Ikhtiar ini dijangka memanfaatkan 22 juta rakyat melibatkan peruntukan RM2 bilion. Ini bermakna, jumlah peruntukan STR dan SARA meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion untuk 2025 – dan ini merupakan kali pertama dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada semua rakyat dewasa.
e) Mungkin ada dalam kalangan kita yang punyai kemampuan dan tidak memerlukan bantuan ini. Kerajaan berhasrat supaya jumlah bantuan yang tidak dibelanjakan menjelang akhir tahun diagihkan semula untuk program bantuan golongan rentan tahun hadapan.
- KEDUA: PENGHARGAAN SEMPENA HARI MALAYSIA
a) Sukacita diumumkan bahawa 15 September 2025, Isnin diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bersempena Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.
b) Hari kelepasan ini bagi menghargai ukhwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia. Ini juga bagi memberi galakan agar rakyat menjalinkan silaturahim sesama keluarga di kampung atau meluangkan masa bercuti di dalam negara.
- KETIGA: MEMPERBANYAK JUALAN RAHMAH MADANI
a) Jualan Rahmah MADANI 2025 telah disediakan RM300 juta. Bagi memperbanyak capaian program, peruntukan tahun ini ditingkatkan sekali ganda lagi menjadi RM600 juta.
b) Peruntukan tambahan ini antaranya akan menambah kekerapan dan memperluas jumlah lokasi di seluruh negara meliputi kesemua 600 dewan undangan negeri, selain memperbanyak jenis barangan untuk memberi pilihan yang lebih meluas kepada rakyat.
KEEMPAT: KADAR TOL KEKAL
a) Tahun ini, 10 lebuh raya dijadual untuk kenaikan kadar tol sepertimana perjanjian. Kerajaan bersetuju menangguh kenaikan tersebut supaya rakyat terus menikmati kadar tol yang sama. Susulan itu, Kerajaan akan menanggung kos lebih RM500 juta. Ini antaranya melibatkan Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX).
KELIMA: SUBSIDI PETROL RON95
a) Kerajaan komited menyasarkan perbelanjaan subsidi negara dengan rakyat biasa kekal menikmati subsidi sementara menangani ketirisan kepada mereka yang tidak layak.
b) Penstrukturan tarif elektrik telah berkuat kuasa mulai Julai 2025. Kendatipun ada pihak tidak bertanggungjawab mendakwa bil elektrik rakyat naik susulan penstrukturan ini, hakikatnya, 85% pengguna domestik menikmati penurunan bil elektrik Julai 2025 bagi penggunaan yang sama ketimbang separuh tahun pertama 2025 iaitu sehingga 14%.
c) Seterusnya, Kerajaan kekal dengan perancangan menyasarkan subsidi petrol RON95 dengan perincian bakal diumumkan menjelang akhir September 2025.
d) Apa yang pasti, sepertimana pendekatan penyasaran subsidi elektrik, Kerajaan beri jaminan rakyat biasa tidak akan terjejas; bahkan, sukacita saya umumkan harga petrol RON95 akan turun untuk rakyat.
e) Apabila penyasaran subsidi RON95 dilaksanakan nanti, rakyat Malaysia akan menikmati harga RON95 lebih rendah iaitu RM1.99 seliter. Ini tentunya beri manfaat sekitar 18 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal termasuk belia seawal usia 16 tahun dan pekerja gig.
f) Pendekatan bersasar ini sejajar dengan ikhtiar Kerajaan untuk mengoptimum sumber negara bagi manfaat rakyat, dan mengurangkan pembaziran subsidi. Bagi tahun 2023 dan 2024, subsidi RON95 sahaja dianggarkan menelan belanja hampir RM20 bilion setahun—sungguhpun tahun ini harga minyak dunia mengalami penyusutan, harga petrol RON95 tanpa subsidi masih sekitar RM2.50 seliter jauh lebih tinggi daripada harga bersubsidi untuk rakyat.
g) Pada masa yang sama, warganegara asing perlu membayar pada harga pasaran tanpa subsidi.
PENUTUP
Saudara-saudari yang saya muliakan,
- Sejak hari pertama Kerajaan MADANI mengemudi pentadbiran negara, saya tegaskan keutamaan saya tidak pernah berubah: rakyat, rakyat dan rakyat. Segala dasar, segala keputusan, segala ikhtiar yang kita usahakan semalam, hari ini mahupun esok, semuanya berbalik kepada maslahat rakyat—agar punyai darjat hidup lebih terjamin, lebih sejahtera, lebih bermaruah.
- Saya yakin, dengan izin Allah SWT, dengan niat dan tekad yang tidak pernah luntur, dan dengan iltizam untuk sentiasa meletakkan rakyat sebagai nadi segala tindakan.
- Ikhtiar yang saya umumkan hari ini sebagai tanda penghargaan kepada rakyat atas kecekalan bersama-sama dalam perjalanan pembaharuan MADANI untuk negara serta sebagai bantuan segera bagi tahun 2025. Selanjutnya, untuk tahun hadapan, Kerajaan akan terus menambah baik ikhtiar menerusi Belanjawan MADANI Keempat (2026) Oktober nanti—sebagai kesinambungan kepada ikhtiar kita untuk meringankan beban rakyat.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
LAPORAN VERBATIM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT
PARLIMEN KELIMA BELAS
PERTANYAAN : WAKTU PERTANYAAN – PERTANYAAN PERDANA MENTERI
TARIKH : 22 JULAI 2025 (SELASA)
SOALAN 1: YB TUAN MOHD SANY BIN HAMZAN [HULU LANGAT]
Minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan dalam menghadapi ketegangan geopolitik di Timur Tengah, khususnya dalam memastikan kepentingan Malaysia terus terpelihara.
JAWAPAN:
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, YB Hulu Langat. isu Timur Tengah, khususnya Gaza dan Palestin itu telah menjadi kehangatan dan keributan selama lebih tujuh (7) dekad. Dan kita, dari segi Malaysia, khususnya Menteri Luar dan Kementerian Luar Negeri telah berusaha sedaya upaya menyuarakan pandangan kita dengan tegas.
Malaysia di antara negara yang agak keras pendirian dalam sidang OIC, dan juga pertemuan Liga Arab dan OIC berulang kali, dan juga di The Hague, yang tidak ramai negara-negara Islam yang hadir, tapi dihadiri oleh Menteri Luar, dan beberapa langkah-langkah lain.
Di samping itu, inisiatif Malaysia dan Jepun dalam CEAPAD itu diteruskan dan pertemuannya diadakan dua (2) minggu yang lalu untuk mempersiapkan jentera membantu, bantuan kemanusiaan sekiranya keadaan reda.
Tapi nampaknya kezaliman dan keganasan Israel itu tidak terhenti, dan sekarang ini bukan sahaja soal Gaza dan Tebing Barat, tapi melibatkan Iran, serangan di Syria, di Iraq, dan di Lebanon. Jadi ini menimbulkan satu masalah.
Malaysia juga di antara satu-satu negara yang menghubungi Iran dan menyatakan sokongan kepada Iran, dan hak mereka membalas serangan ofensif dan agresif dan ganas oleh Israel. Dan selepas itu, atas cadangan Presiden Iran, kita menghubungi Amir Qatar supaya dapat dileraikan dan hubungan di antara Qatar dan Iran itu seperti sediakala, sebagai negara sahabat.
Jadi pendirian kita ini banyak terikat dengan keputusan Liga Arab kerana mereka negara-negara jiran, OIC dan United Nations. Tapi malangnya dalam beberapa keputusan termasuk yang terakhir di United Nations, yang veto itu Amerika Syarikat. Yang kita minta sekarang minima, sekurang-kurangnya hentikan serangan ke atas Gaza dan Tebing Barat.
Dan keduanya, bagi laluan bantuan kemanusiaan kepada rakyat, kerana langkah genosid ini berterusan dan penderitaan itu terlalu berat dan belum berlaku dalam abad ini, paling parah sejak Perang Dunia Kedua.
Jadi dari segi Malaysia, tentu saya terbuka dengan nasihat Ahli-ahli Parlimen, apa lagi yang perlu kita lakukan dari segi suara, kelantangan, bantuan kemanusiaan, hubungan nasional dan peribadi. Saya dan Menteri Luar hampir semua negara berkenaan itu telah kita suarakan.
Dan dalam pertemuan umpamanya di BRICS, dengan Perdana Menteri Sepanyol, Presiden Colombia yang menyatakan dukungan, itu kita terus. Begitu juga dengan Presiden Lula, Brazil dan mutakhir dengan Presiden Cyril Ramaphosa (Afrika Selatan). Jadi kita perluaskan.
Tapi tuntutan ini masih belum memberikan kesan yang diharapkan. Pembunuhan terus berlaku, keganasan terus berlaku. Jadi, cuma yang mampu kita lakukan, telah kita lakukan.
SOALAN TAMBAHAN 1 BAGI SOALAN 1
Terima kasih di atas jawapan YAB Perdana Menteri. Seorang pimpinan yang sangat lantang, yang berani mengkritik dan juga seorang pimpinan yang sangat berani.
Perdana Menteri, saya hendak tanya kepada YAB Perdana Menteri, apakah langkah-langkah drastik yang akan dilakukan oleh Malaysia dalam usaha untuk menghentikan pembantaian dan juga pembunuhan umat manusia yang berlaku di Timur Tengah khususnya di Palestin. Khususnya kecaman kita terhadap kuasa-kuasa besar dunia, dan juga negara-negara Arab yang berpeluk tubuh yang melihat dan juga yang membantu tentera-tentera laknatullah Israel membunuh warga dan juga masyarakat, rakyat dalam negara Palestin.
Tuan-tuan dan Ahli-Ahli Parlimen, saya nak menyatakan bahawa di Eropah, di barat mereka bingkas bangkit mengadakan demonstrasi ratusan ribu, jutaan umat manusia bangkit di barat dan juga di Eropah membantah pembantaian dan juga pembunuhan umat manusia yang berlaku di Timur Tengah dan juga di Palestin, sedangkan kita sebagai orang Islam ini kita ada himpunan setahun sekali di Mekah dan juga di Madinah yang kita tidak berbuat apa-apa. Itu soalan saya respons daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Terima kasih Tan Sri speaker.
JAWAPAN:
Terima kasih Hulu Langat. Kerajaan Malaysia sama ada saya sendiri, Menteri Luar dan Kementerian Luar dan Menteri-Menteri lain telah melakukan bagi saya apa yang mampu. Tapi tentunya kita hanya akan melakukan secara berkesan kalau kita terus adakan kerjasama dan rundingan dengan Liga Arab dan OIC sebagai pangkalannya, kemudian melalui UN, tapi sekarang ada inisiatif tambahan seperti menjadi the Hague. The Hague itu Malaysia dari antara satu-satu negara yang mengirim wakil tertinggi, Menteri Luar hadir sendiri. Sidang khas United Nations sendiri dan baru-baru ini bila Presiden Colombia ambil inisiatif kita hantar wakil kita.
Jadi setakat menyuarakannya seperti mana yang dimaklumi di hadapan presiden Joe Biden ketika itu, Presiden Amerika Syarikat, di hadapan Olaf Scholz pada masa itu, Presiden Jerman dan baru-baru ini kepada Perdana Menteri Itali dan juga Presiden Perancis, Emmanuel Macron itu kita dah suarakan sama ada dalam bilateral atau dalam pertemuan dua hala di antara saya dengan Presiden. Dan saya tidak fikir mampu kita lakukan selain dari menyuarakan, memberi bantuan kemanusiaan dan menggesa rakan-rakan kita dunia Arab.
Saya tidak tidak mahu menambah bahawa hubungan kita secara peribadi juga dengan beberapa pemimpin Arab itu diteruskan sama ada melalui contact semasa lawatan rasmi ataupun semasa mesyuarat-mesyuarat multilateral yang lain. Sidang BRICS ataupun Sidang United Nations itu ambil peluang dan saya tekankan sebentar tadi termasuk bicara dengan presiden Iran yang sebenarnya tidak ramai negara-negara termasuk negara Islam yang berani bicara, kerana kontroversi dan tekanan yang Iran hadapi dari negara-negara barat termasuk Amerika Syarikat. Tapi kita terpaksa lakukan kerana Iran juga dizalimi dalam kes ini dan Iran bagi kita berhak serang balas terhadap kezaliman Israel.
Jadi Israel satu-satu negara pengganas dalam dunia ini yang nampak terus melakukan jenayah perang dan genosid tanpa disekat oleh dunia kerana didukung oleh beberapa negara barat termasuk Amerika Syarikat.
SOALAN TAMBAHAN 2 BAGI SOALAN 1 : YB TUAN WAN AHMAD FAYHSAL BIN WAN AHMAD KAMAL [MACHANG]
Yang Amat Berhormat Tambun dan Dewan Yang mulia, Iran dan Malaysia ada banyak persamaan. Ya, kita berbeza mazhab, kita Ahli Sunnah Wal Jamaah, Iran Syiah tetapi dari segi geopolitiknya Iran adalah penjaga Selat Hormuz dan Malaysia penjaga Selat Melaka dan kalau kita bilang konflik yang berlaku antara Iran – Israel ini hanya di Timur Tengah, kita silap. Pada 2012, Malaysia telah dikenal pasti sebagai Command Post, Command Post kepada Virus Stuxnet yang dilancarkan di jana kuasa nuklear Iran.
Maknanya apa? Malaysia sudah pun lolos dimasuki oleh ejen Mossad untuk membuat kerja-kerja menjadikan Iran sebagai medan konflik. Dan baru-baru ini kita tahu Yang Berhormat Kota Raja, Pensyarah Palestin dibunuh oleh Mossad, as-syahid Dr. Fadi alBatsh dan ini menunjukkan keselamatan negara kita ada kompromi berlaku. Dan kelmarin Yang Amat Berhormat Tambun, autogate kita gagal berfungsi dan apa jaminan dengan kelemahan-kelemahan yang ada pada hari ini dan bukti-bukti yang dijelaskan tadi, negara kita kalis daripada kemasukan ejen-ejen anasir Mossad yang sebenarnya boleh merosakkan keselamatan negara kita. Boleh Yang Amat Berhormat Tambun jelaskan apa langkah Kerajaan hendak memastikan kita kalis daripada serangan Mossad?
JAWAPAN:
Terima kasih, Machang. Sebenarnya, bahaya kehadiran badan-badan perisik antarabangsa termasuk Mossad itu memang dikenal pasti. Tahun 2012, seperti mana Yang Berhormat sebut, memang dibunuh dan sebelum itu dikenal pasti beberapa tindakan lain yang kemudian diambil tindakan.
Cuma mereka ini cukup canggih dan pantas. Banyak yang keluar lari sebelum dapat dikenal pasti. Paling akhir ialah kes di mana pasangan suami isteri Melayu dari Selangor yang telah bersekongkol dengan ejen yang dipercayai ejen Mossad yang menyeludup senjata dari Thailand, dan kemudian ditangkap dan sekarang ini ditahan di penjara.
Dan saya setuju langkah-langkah tambahan memang telah diambil dan Menteri Dalam Negeri dan kementerian sedang kenal pasti dan tingkatkan keupayaan kita.
Masalah autogate itu dia terkait juga dengan badan Interpol antarabangsa untuk ditingkatkan keupayaan, dan alhamdulillah setakat ini sudah pun dapat diselesaikan.
Cuma yang ditekankan tentang Malaysia, oleh kerana mungkin suara kita ataupun pendirian kita, telah menjadi medan penyeludupan senjata, dadah dan dalam kes ini, ejen-ejen Mossad.
Dari segi taklimat terbaru yang diberi oleh badan perisikan Malaysia, memang mereka ambil berat betul soal ini, terutama setelah terbukti bukan saja kehadiran mereka, tetapi menggunakan pasangan suami isteri Melayu sebagai sama ada ejen ataupun yang bekerjasama dengan Mossad.
SOALAN TAMBAHAN 3 BAGI SOALAN 1 : YB DATO’ SRI DORIS SOPHIA ANAK BRODI [SRI AMAN]
Minta PERDANA MENTERI menyatakan berkenaan dengan status terkini bantuan kemanusiaan negara Malaysia ke Gaza setakat ini.
JAWAPAN:
Terima kasih, Sri Aman. Pagi tadi memang ada taklimat terakhir daripada Menteri Luar dan pegawai-pegawai kementerian. Malah, kita ada lagi kelengkapan, dana, kemudahan, dan beberapa kali saya mohon kerjasama daripada Presiden, Abdel Fattah El- Sisi, Mesir, untuk membantu. Tetapi masih dihalang di sempadan Rafah oleh Israel.
Kita membuat juga langkah melalui Qatar dan ada yang kumpulan pertama bolos masuk, yang kedua masih terhalang di sempadan Israel.
Langkah ketiga yang dilakukan oleh Kementerian Luar ialah melalui Jordan. Bantuan, malah Menteri Luar ada di sana dan beri bantu kepada beberapa hospital dan kemudahan lain termasuk usaha Jordan untuk membawa barang makanan dan bantuan makanan dan perubatan ke Gaza. Itu pun masih tersekat.
Jadi, sekarang ini dari segi bantuan kemanusiaan, masih kita ada keupayaan lagi, dana lagi, tapi tidak boleh diteruskan. Lori-lori yang tersangkut itu masih jumlahnya beratus, ada yang sudah rosak dan punah.
Kita sedang hadapi satu negara yang separuh kurang siuman dan ganasnya sampai tidak peduli melihat anak-anak, bayi mati dan terkorban dan kelaparan, itu tidak mengesankan. Maknanya hilang nilai kemanusiaan, hilang. Dan kita telah dedahkan hipokrisi, kemunafikan beberapa negara Barat – negaranya, sebab rakyatnya itu berbeza pandangan sampai membiarkan ini berlarutan.
Tapi percayalah, sebaik sahaja laluan itu diizinkan, kita akan tambah apa sahaja ikhtiar untuk bantu rakyat yang terkorban.
SOALAN TAMBAHAN 4 BAGI SOALAN 1 : YB TUAN SYED SADDIQ BIN SYED ABDUL RAHMAN [MUAR]
Terima Kasih Tan Sri Speaker. YAB Perdana Menteri, Malaysia tegas dan lantang dalam melawan puak zionis dan dalam membela hak Palestin, kadang-kadang kelantangan kita itu jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan negara-negara di Asia Tenggara.
Persoalan saya, pada 1 Ogos ini, Malaysia bakal dikenakan tarif tambahan 25% walaupun Presiden Trump ada umumkan ini berkenaan soal ekonomi sahaja. Tetapi kalau kita lihat apa yang dikenakan ke atas Brazil, yang jelas bukan kerana surplus atau defisit tetapi kerana kemarahan Trump kepada kawannya yang bakal dipenjarakan.
Persoalan saya, adakah ketegasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kelantangan Malaysia ada diambil kira oleh pihak Amerika Syarikat yang mungkin hendak kenakan tarif tambahan kerana kelantangan kita dalam membela hak Palestin? Dan adakah Kerajaan Malaysia bersedia untuk berkompromi dalam bab ini?
Terima kasih.
JAWAPAN:
Terima kasih Muar. Kita masih ada waktu sehingga Ogos, dan rundingan masih diteruskan. Saya tidak mahu preamble tetapi dalam pertemuan dengan Menteri Pertahanan, akses di Singapura dan Marco Rubio ke sini baru-baru ini, walaupun disinggung hal itu tapi tidak menjadi isu pokok dalam perbincangan kita dengan mereka.
Tarif di Malaysia itu masih lebih rendah daripada Vietnam, Kemboja, Thailand, tetapi kita tidak anggap keputusan Amerika itu adil dan unilateral. Dia melanggar semua prinsip-prinsip WTO dan perdagangan antarabangsa dan perjanjian telah dimeterai dan kita telah suarakan.
Dan benar Muar sebutkan, kerana kelantangan Brazil dan Presiden Brazil, Presiden Lula, yang insya-Allah akan sampai di sini bulan Oktober, dia telah berjanji untuk datang dengan rasa senang untuk hadir, dia oleh kerana kelantangan dia menyerang Amerika Syarikat atas soal genosid di Gaza dan menentang langkah-langkah unilateral untuk menekan negara-negara berkembang termasuk yang terlibat dalam BRICS, kerana Presiden Lula (Brazil) itu menganjurkan sidang BRICS baru-baru ini, maka dikenakan 50% tarif.
Kita belum dalam rundingan terakhir yang dilaporkan minggu lalu masih belum ada tanda-tanda, tetapi dalam rundingan itu ada beberapa pertimbangan yang besar, iaitu kerana E&E, semiconductor, dan chips, kerana pengeluaran kita itu seperti mana pernah saya sebut di Dewan, 60% dari pengeluaran kita itu ke Amerika Syarikat. Tapi di sebaliknya, Amerika Syarikat juga memerlukan chips dan E&E di Malaysia, sekitar 25% daripada keperluan Amerika Syarikat.
Jadi kita harap dan doa, insya-Allah, dapat diselesaikan dengan baik. Tetapi apa pun kesan ataupun ugutan ataupun bantahan mereka dalam soal pendirian kita dalam isu Palestin, Gaza atau hubungan baik kita dengan Iran itu tidak akan merubah pendirian kita tegas sebagai negara merdeka dan berdaulat, menyuarakan pandangan kita.
LAPORAN VERBATIM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT
PARLIMEN KELIMA BELAS
PERTANYAAN : WAKTU PERTANYAAN – PERTANYAAN PERDANA MENTERI
TARIKH : 22 JULAI 2025 (SELASA)
SOALAN 2: DATUK SERI DR. RONALD KIANDEE [BELURAN]
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Terdahulu saya ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Tambun dalam lawatan tidak rasmi ke Perancis dan Itali telah meraih potensi pelaburan berbilion ringgit yang kita harapkan iaitu akan dapat menjana pertumbuhan ekonomi untuk meringankan beban kos sara hidup yang dialami rakyat.
Beluran minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimana Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2002 mengenai kedaulatan Pulau Ligitan dan Sipadan dapat mempengaruhi penentuan sempadan maritim antara Malaysia dan Indonesia di kawasan Laut Sulawesi termasuk kedaulatan blok ND6 (Blok Y) dan ND7 (Blok Z).
JAWAPAN:
Terima kasih Beluran. Pertama, soal lawatan itu saya tahu dipermainkan soal isu pelaburan. Semalam Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah menyebut jumlah pelaburan dan projek yang telah berjalan. Dan hari ini saya percaya beliau akan menyenaraikan Google di mana, NVIDIA di mana, Infineon di mana. Bukan pengumuman, pelaksanaannya, projek berjalan.
Jadi sebab itu Ahli Parlimen, kan ada Ahli Parlimen Kedah, ada Ahli Parlimen Johor, tengoklah projek itu besar, bukan projek kecil yang tidak nampak. Walaupun cip itu kecil, bangunan itu besar, yang itu pun tidak nampak. Jadi, yang terlaksana itu disebut di mana semuanya. Dan untuk menyatakan pelaburan berpuluh-puluh billion dan tidak nampak apa itu soal mata rabun, bukan masalah saya. Pergi jumpa pakar mata. Kalau tidak ada, kita minta Azizah tolong membantu (nada seloroh).
Baik soal ini, terima kasih Beluran kerana soal sempadan ini bukan soal remeh, saya setuju. Soal sempadan ini soal kedaulatan negara dan kita tidak mudah menyerah satu inci, baik laut atau darat atau malah udara sendiri pun dalam perbincangan Menteri Pengangkutan dengan Singapura, itu pun masih diteliti.
Jadi soal ini kita tangani dengan baik. Betul ada keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) 2002 yang menyerahkan Pulau Sipadan dan Ligitan kepada Malaysia. Dan saya ingat benar kerana rundingan itu saya diutuskan masa itu berunding dengan Presiden Suharto, ada rekodnya. Dan itu telah membantu menjelaskan sempadan yang sebenarnya. Jadi termasuk yang dibicarakan tentang blok ND6 (Blok Y) dan ND7 (Blok Z).
Baik, kita terikat dengan treaty – Regulatory Treaty dan kemudian prosesnya pula kerana ia melibatkan negeri. Kita tak mahu ulang apa yang berlaku seperti mana Pulau Batu Putih. Pulau Batu Putih itu penyerahan yang terlalu mudah, yang sekarang ni diam oleh rakan-rakan sebelah sana. Ini soal maruah. Kalau kita, Beluran rasa terkesan kerana isu Laut Sulawesi, begitu jugalah Malaysia seluruhnya dan orang-orang Johor terkesan dengan penyerahan mudah soal Pulau Batu Putih. Mengapa double standard? Mengapa double standard dalam hal ini?
Yang Berhormat, dengar dulu. Ini jerit dulu, ini di luar bolehlah jerit dulu, ini dengar saya dulu. Ya, kita buat keputusan, kerana ia melibatkan mantan Perdana Menteri yang umurnya 100 tahun. Apakah beliau tidak salah? Beliau salah. Apakah perlu ambil tindakan? Saya di Jemaah Menteri, saya bersetuju untuk jangan ambil tindakan. Kalau ambil tindakan, Kota Bharu yang akan jerit kata kita tidak adil. Tetapi saya, tanpa melibatkan soal ini kerana umur dah 100 tahun, salah besar dalam hal ini tetapi kita tidak payahlah teruskan.
Baik, balik soal Blok Y dan Blok Z tadi. Apa yang disepakati dengan Presiden Prabowo Subianto Indonesia. Beliau dan saya berhasrat kalau boleh kita meterai, ini negara sahabat. 60 tahun tak terurus tetapi walaupun sebahagian besar dipersetujui, bahagian ini kerana persetujuan ICJ itu intertidal, dalam United Nations Convention of the Law of the Sea (UNCLOS 1982) itu intertidal dan dalam treaty disepakati.
Walaupun sekarang dibangkitkan intertidal, kawasan paling surut itu, surut dekat mana? Surut maksimum? Surut pertengahan? Tetapi sudah disepakati pada tahun 2019. Jadi, kita pertahan hal itu. Indonesia tidak bersetuju, malah dalam soal ICJ, sementara dia setuju tentang sempadan Pulau Ligitan, dia tidak setuju tentang persempadanan yang berikut dari keputusan itu.
Jadi caranya apa dengan negara sahabat? Kita rundinglah. Tetapi pendirian kita tegas. Presiden Prabowo Subianto menyatakan pada saya, “Anwar, sementara runding ini sudah berpuluh-puluh tahun, tidak boleh ke buat seperti mana kita buat dengan Thailand, yang dipersetujui oleh Kerajaan Kelantan iaitu Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA), ataupun Joint Development Authority dengan Vietnam.” Jadi saya kata kita boleh bincang dan Menteri Luar Negeri ada di situ, dalam Mesyuarat Bilateral. Menteri Luar Negeri sebut, hal ini dalam prosesnya mesti dipersetujui oleh Kerajaan Negeri Sabah. Baik, jadi setakat itu.
Minggu ini, pada 29 haribulan, kita sambung perbincangan di Jakarta dan Ketua Menteri Sabah juga dalam rombongan, kerana apabila ada tajuk perbincangan mengenai sempadan, persetujuan Sabah diperlukan. Sabah belum beri persetujuan, kita pun belum beri persetujuan. Ini cadangan apabila dalam hubungan dua hala, Yang Berhormat lebih arif juga, apabila ada cadangan, kita kata ya sedia, kita boleh bincang dan pertimbangkan, setakat itu. Bukan ada persetujuan. Dan kemudian disambut oleh Menteri Luar Negeri bahawa kita harus bawa Ketua Menteri mewakili Kerajaan Negeri Sabah untuk memberi juga pandangan dalam rundingan itu. Jadi setakat itu, belum ada persetujuan.
SOALAN TAMBAHAN 1 BAGI SOALAN 2
Seharusnya keputusan ICJ 2002 itu terhadap Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan memperkukuhkan bahawa ND6 dan ND7 itu adalah sempadan Malaysia yang mutlak, yang tidak boleh dipertikaikan. Walaupun Indonesia menuntut atas nama Ambalat tetapi decision of the court – ICJ, walaupun dia tidak menyentuh tentang sempadan laut itu, tetapi disebabkan Ligitan dan Sipadan itu kita punya, maknanya dia memperkukuhkan bahawa ND6 dan ND7 adalah kita. Yang ini perlu dipertahankan Tan Sri, kerana ND6 dan ND7 ini boleh meraih 1.4 trilion padu gas dan juga 760 juta tong minyak. Yang ini adalah khazanah besar yang tidak boleh terhakis dan dituntut oleh negara lain kerana ia adalah tanah laut milik Malaysia. Yang itu perlu di pegang sekuat-kuatnya oleh mana-mana Kerajaan sama ada Kerajaan yang akan dibentuk selepas ini, ataupun Kerajaan yang ada sekarang ini.
Dato’ Seri, sebab itu kita ingin tahu apa sebenarnya yang dipersetujui oleh Dato’ Seri dengan Prabowo pada 2023 mengenai treaty perjanjian sempadan maritim itu. Adakah itu perlu didedahkan, diklasifikasikan ataupun di-rectify di dalam dewan ini supaya semua orang tahu what have you agreed with Prabowo?
Begitu juga apabila ada pengumuman tentang Joint Development Agreement (JDA), also vague. Surat khabar daripada Indonesia contohnya, the Indonesian Business Post mengatakan bahawa sudah termeterai satu persetujuan ketika lawatan Dato’ Seri baru-baru ini. Tetapi bila ada desakan daripada negara, Kementerian Luar melalui Timbalan Menteri mengatakan bahawa Malaysia menyatakan cadangan JDA itu belum selesai dan dikatakan Sabah perlu dimasukkan. Is that after thought Sabah mesti dimasukkan dalam perbincangan? Kenapa tidak ketika lawatan Dato’ Seri ke Indonesia dalam persefahaman JDA itu Kerajaan Sabah tidak diambil kira, tidak dijemput bersama? Adakah JDA itu sudah selesai dimeterai dan after thought Timbalan Menteri untuk keluar mengatakan bahawa it is not final yet kerana ada elemen Sabah?
Dan saya ingin tahu kenapa Kerajaan Sabah tidak diikut-sertakan dalam perbincangan JDA dan juga perbincangan sempadan maritim yang telah dibuat pada tahun 2023.
JAWAPAN:
Terima kasih Beluran. Baik, pertama, mengapa Treaty 2023 itu tidak dihebahkan. Sudah saya jawab, mantan Menteri pun ada. Mana-mana rundingan dengan negara yang belum final and conclusive, dia masuk dalam agreement itu non-disclosure, sementara di-finalize.
Isu-isu boleh kita bincang secara tertutup sebab dalam sistem Indonesia, dia non-disclosure sehingga dibawa kepada Majelis Permusyawaratan rakyat (MPR). Begitu juga kita, tak boleh. Dalam agreement itu, one of the provisions is non-disclosure sehingga final.
Baik, saya dah tegaskan di Parlimen bahawa dalam persetujuan itu pun walaupun non-disclosure, dia tak termasuk kawasan ini. Kawasan ini tidak termasuk kerana ini belum dipersetujui, yang dipersetujui itu kawasan lain. Tidak ada persetujuan. Bila tidak ada persetujuan, dia KIV lah. Itu tentang Treaty 2023.
Tapi dibawa tentang Sipadan dan Ligitan – Mesyuarat ICJ 2002. Keputusan itu memang bagi kita, tafsiran kita bila kita buat kita ada kita punya boundary. Sama macam kontroversi kita dengan Singapura yang belum selesai. Sebahagian kata Batu Putih selesai, tidak. Bila Batu Putih selesai, dia tuntut ikut kawasan sempadan baru, maritime boundary berdasarkan apa yang dia miliki. Sama macam kita, tapi kita tidak bersetuju. Apa yang dituntut oleh Singapura belum dapat persetujuan kita. Kerana dia minta itu bagi Malaysia, itu tuntutan berdasarkan tafsiran dia.
Begitu juga bila kita buat tuntutan kita dan kita ada arguments yang kuat. Misal kata minyak dalam peta ini, memang betul, walaupun minyak ini di dasar laut, dia masuk juga kawasan Indonesia, dan gas ini dia bukan sebahagiannya kawasan Malaysia. Kita kata dari segi kajian 1979, minyak itu banyaknya di sebelah kita, tapi ada juga di sebelah dia. Jadi kalau kita korek, itu kena dapatkan persetujuan dia sebab minyak tu dia tak ada sempadan di bawah dasar laut. Dia pertikai. Jadi pilihan kita sebagai negara sahabat runding lah. Kita pertahankan kedudukan kita.
Kita tak compromise, Beluran. On record we have not agreed, belum ada apa-apa persetujuan dalam soal Laut Sulawesi ini. Itu sebabnya maka pada ketika rundingan bila masuk tajuk ini, barulah dibawa Sabah.
Baik, saudara bangkitkan lawatan saya bulan lalu. Presiden Prabowo datang ke Malaysia sudah empat (4) kali. “Pak Anwar, hari Ahad minggu free tidak?” Saya kata “Sunday malam okay. I datang dinner dan balik”. Jadi kita anggap itu lawatan persahabatan. Jadi sudah empat (4) kali datang, teman-teman Kementerian Luar Indonesia dan Malaysia mengatakan, wajarlah saya hormat juga dia sebagai sahabat, pergi sekali. Jadi lawatan itu sebenarnya lawatan untuk bincang secara santai, tapi bila sampai dia jadikan state visit. “Ini negara sahabat Pak Anwar, saya tidak boleh hanya sambut secara santai”. Jadi itu dengan kuda, dengan semua sekali itu. Sebab itu rombongan itu sangat kecil dia tidak ada rasmi, tidak ada agenda bilateral meeting. Yang ada working lunch, balik.
Ada kata Indonesia yang buat dia kata macam saya tidak hormat. Bukan saya tidak hormat. Keputusan lawatan ke Indonesia itu lawatan santai sebagai seorang sahabat, tapi tentunya sebagai Presiden dan saya mewakili negara kita bincang juga soal-soal secara informal. Dan sebenarnya banyak perbincangan itu lebih lama one to one dengan dia, barulah kita duduk masa lunch, ada perbincangan.
Mesyuarat rasmi bilateral joint commission itu adalah minggu depan, 29 hari bulan. Itu official meeting dan mana-mana official meeting kalau melibatkan Singapura atau Indonesia, saya selalu sebagai peraturannya mengundang dan meminta Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah dalam rombongan dan ini akan berlaku untuk 29 hari bulan ini. Jadi saya nak jelaskan tentang lawatan itu.
Tapi yang yang penting intisari daripada kemusykilan YB Beluran ialah tentang kedudukan Laut Sulawesi belum dimuktamadkan. Pendirian kita muktamad berdasarkan Treaty 2019. Pendirian Indonesia tidak bersetuju. Walaupun mereka pada 2019 itu ada persetujuan, tapi dia kata now dia pertikai tentang intertidal. Apa pendirian kita? Pilihan dia dua (2); sama ada bertempur atau berunding. Malaysia sekarang pilih untuk berunding.
SOALAN SELINGAN DARIPADA BELURAN:
Kalau Indonesia perlu dipertikaikan dalam MPR, kenapa Malaysia tidak rectify kan perjanjian maritim 2023 di Parlimen ini?
JAWAPAN:
Sebab perjanjian 2023 belum muktamad, itu proses rundingan. Masih terpakai dalam non-disclosure. Treaty 2023 itu belum dimuktamadkan, rundingan diteruskan. Ada bahagian kita bersetuju, ada banyak bahagian kita tidak bersetuju. Laut Sulawesi tidak dirundingkan, itu on record. You put it on record. Jadi, kalau kita terikat dalam non-disclosure, ramai mantan-mantan Menteri tahu, bila non-disclosure kita tak boleh disclose.
Terima kasih.
SOALAN TAMBAHAN 2 BAGI SOALAN 2 : YB DATO’ INDERA MOHD SHAHAR BIN ABDULLAH [PAYA BESAR]
Terima kasih Tan Sri Yang di Pertua. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya meneliti jawapan Yang Amat Berhormat soalan pada Beluran. Saya dan beberapa Ahli Parlimen Jawatankuasa Kewangan Ekonomi mengadakan lawatan kerja Oktober lepas ke Sabah dan Kalimantan. Perjalanan yang jauh Tan Sri, kita naik bot dari satu Nunukan, Tarakan kemudian ke Balikpapan, kita melihat kawasan YAB Perdana Menteri sebutkan tadi. Memang ada keperluan penambahbaikan yang perlu dilakukan.
Persoalan saya dua (2). Satu, apakah strategi untuk kita meningkatkan keselamatan sempadan lautan yang di kawasan yang disebut oleh Beluran sebentar tadi?
Yang kedua, saya mohon YAB Perdana Menteri untuk menyatakan apakah bentuk kerjasama ekonomi yang melibatkan blok ND6 dan ND7 kerana lawatan kami, kami melihat di kawasan tersebut perlu dibangunkan supaya limpahan ekonomi Ibu Kota Nusantara. Sebab bila delegasi JKPK (Jawatankuasa Kecil Piawaian & Kos) Tan Sri pergi ke sana, kita melihat sendiri bagaimana pembangunan IKN ini sangat impressive dan kita mesti bersedia untuk melakukan sesuatu.
Yang kedua, YAB Perdana Menteri dikatakan usaha sama ini adalah intipati Triti Laut Sulawesi yang telah ditandatangani oleh Perdana Menteri sebelum ini. Jadi saya mahu tahu apakah intipatinya dan apakah yang dibincangkan oleh Presiden Prabowo dan mengapa masih ada desas-desus mengatakan Kerajaan Sabah tidak dilibatkan?
Terima kasih YAB Perdana Menteri.
JAWAPAN :
Terima kasih Paya Besar.
Dari nota-nota yang saya teliti, belum ada persetujuan termasuk oleh mantan-mantan Perdana Menteri sebelum ini. Rundingan ada, perbincangan ada, tapi tidak dimuktamadkan. Pandangan tentang kerjasama, jangan ada ketegangan, jangan berlaku pertempuran. Walaupun kecil di antara Tentera Laut Indonesia, Tentera Laut Malaysia itu dan saya lihat dari segi nota yang sebelumnya dalam pertemuan dua hala Perdana Menteri sebelum ini memang konsisten dan saya teruskan dengan semangat yang sama.
Soalnya yang disebut tentang langkah-langkah keselamatan tambahan, memang ada pembelian beberapa kelengkapan baru kapal untuk kawasan bukan sahaja di Laut Sulawesi, tetapi juga yang merentas sehingga ke kawasan Sandakan kerana jumlah pelancongan juga terlalu tinggi dan faktor keselamatan itu sangat diperlukan. Selain daripada ESSCOM yang menelan belanja tambahan baru-baru ini 40 juta untuk kemudahan tentera, polis dan tentera di ESSCOM.
Yang keduanya, tentang kerjasama ekonomi seperti mana disebut sebelum ini, sukar selagi belum ada kesepakatan, kerjasama ekonomi itu kita kurang setuju kerana dia tidak harus memberi implikasi kita mengiktiraf kehadiran negara kepentingan negara lain di kawasan kita, melainkan projek- projek yang kita laksanakan sendiri.
Oleh sebab itu, dalam soal ND6 dann ND7 ini dia agak terbengkalai oleh kerana tak boleh masuk. Kalau kita masuk dan rempuh juga dia jadi macam sempadan Thailand dan Cambodia. kita kena elak begitu terutama kerana Indonesia itu, hubungan itu sangat baik, politik, kebudayaan, ekonomi, sosial dan juga peribadi dan dalam hubungan kerajaan kita kena pelihara. Tapi tidak mereka juga tahu kita sebagai negara berdaulat tidak boleh menyerahkan apa-apa proses rundingan harus diteruskan.
SOALAN TAMBAHAN 3 BAGI SOALAN 2 : YB DATUK SERI PANGLIMA HAJI MOHD SHAFIE BIN APDAL [SEMPORNA]
Yang Amat Berhormat dan setelah meneliti jawapan, terima kasih banyak. Saya ingat saya ingin bagi pandangan satu, dan kedua, persoalan dia. ini berhubung kait dengan satu, perundangan, dan keduanya dari segi ekonomi.
Ya, perundangan dia bila setelah mendengar penjelasan Yang Amat Berhormat, saya ingat masih ingat pada tahun 1990-an, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dahulu dan saya di Kementerian Tanah dan Koperasi dengan ayahanda saya, Tun Sakaran, tentang ini dan diheret sehingga 2020, ICJ dibawa persoalan Sipadan, Ligitan, perundangan yang kita gunakan, fakta yang ada.
Nenek saya Panglima Udang, tahun 1948, bila masa itu British, berlaku persoalan tentang pembahagian telur lima Panglima, ini untuk makluman Dewan sahaja supaya maklum, ini in the record. The British record is there dalam ada rentetan dia dan dibawa nenek saya, Panglima Udang ke Labuan. At that time, Labuan adalah “legislative centre” untuk menyelesaikan masalah pertikaian di Ligitan, di Sipadan. Sipadan ini tempat pembiakan telur penyu dan pembahagian telur di situ. And that was one of the basis.
Bila diheret sampai 2022, masa itu Yang Amat Berhormat dah tak ada dah saya ingat pada masa itu, dan saya pasal itu saya berada selaku Timbalan Menteri Pertahanan saya ingat waktu itu, dan menyatakan kita gunakan asas satu, the British record is there. Ligitan, Sipadan belong to us. Graveyard, kuburan yang ada di situ, keluarga kita di Sipadan, asas itu cukup kuat untuk kita dapat suarakan di peringkat ICJ untuk memenangi di Mahkamah itu.
Dan saya ingin cadangkan Yang Amat Berhormat kalau boleh tentang teruskan rundingan. Bukan kita persoalkan economic factors dia, cuma saya ingin nyatakan di sini segi perlembagaan saja. Apa juga pindaan sempadan, Artikel 2 Perlembagaan Malaysia tidak boleh berubah tanpa ada persetujuan Dewan Undangan Negeri Sabah.
The Chief Minister might be involve. Saya juga difahamkan mungkin peguam negeri juga terlibat dalam rundingan ini. Tapi faktanya dari segi perundangan itu, it has to be brought to Dewan Undangan Negeri.
Pasal kalau kita tidak mengikut undang-undang, this is the question of trust. When you build a nation, the trust is there, law must be enforced.
Ketua Menteri tidak ada kuasa untuk bersetuju dengan Yang Amat Berhormat untuk pindah sempadan, sama ada di Sulawesi, sama ada rundingan dengan apa nama, Indonesia. Cuma mungkin pertikaian dah dijelaskan tadi, ada blok dia which belong to us. That block must be developed. There is no dispute. Cuma mungkin ada blok yang Indonesia dispute. But we must be based on law.
Dan lepas itu saya minta kerjasama Yang Amat Berhormat. Sebarang kelulusan pun bila berlaku, nasihatkanlah Ketua Menteri supaya bawa ke Dewan Undangan Negeri. Kerana Ketua Menteri tidak ada kuasa dia, dan saya Ketua Pembangkang di peringkat negeri Sabah ini.
Dan saya ingin bertanya, kadang-kadang itu saya suarakan, but we have to check and balance. Bukan apa, perjalanan undang-undang. Saya pun berhubung dengan rakan saya, Menteri Luar. Saya tanya saja, bukan apa, pasal seseorang Ahli Dewan Rakyat, kerana saya nak jelaskan ke peringkat bahawa bila turun ke bawah, what role do we have to play as a leader, as a Member of Parliment?
Dan hari ini saya minta kepada Yang Amat Berhormat, kalau boleh sebarang rundingan bila dah sebelum dimuktamadkan dengan negara jiran, satu bab. Perlulah kelulusan dari Dewan Undangan Negeri satu bab.
Keduanya, kalau ada persoalan economic benefit yang ada. Perjalanan Sabah ini sudah jauh dah, PDA since 74, Petroleum Development Act, kita cuma ada 4–5% sahaja. Cuma bila saya jadi Ketua Menteri, impluse sales tax, that’s why kerajaan dapat RM3 bilion, RM2 bilion ini.
Saya minta soalan dia supaya kalau ada economic kind of factor dibincangkan dengan negara Indonesia, what Sabah will benefit.
Kita tidak mahu bahawa Sulawesi ini sebahagian daripada rantau Malaysia, jadi terbentuk negara ini. Negara ini tidak lahir kalau tidak ada Sabah dengan Sarawak. Kena faham itu. And then become Malaysia territory, but make sure, we share. We know the question of not sharing, tapi kita kena mahu nanti rakyat Malaysia di Sabah pertikaikan apa benefit dari segi economic return, downstream ke upstream ke, jobs opportunity ke. Kita tak mahu nanti contoh Kimanis sahaja.
JAWAPAN:
Terima kasih penjelasan, Semporna. Membantu dan saya setuju. Malah sambungan daripada soalan awal yang Triti Laut Sulawesi itu dia tak termasuk dan saya pegang on record di sini, itu banyak melibatkan apa yang disebut tentang Zon Ekonomi Eksklusif, pelantar benua keluar daripada itu.
Dan kita juga tahu, sebaik sahaja menyentuh mana-mana negeri, wilayah terutamanya Sarawak atau Sabah mesti dirunding, dapat persetujuan. Ya, pertamanya melalui Ketua Menteri. Tapi saya setuju dengan gesaan Semporna prosesnya mendapat pengesahan dari Dewan Undangan Negeri kerana ini melibatkan territory. Sama sepertimana kenyataan Indonesia, apa-apa persetujuan oleh Presiden itu harus dapat pengesahan daripada Majlis Permesyuaratan Rakyat.
Sebab itu, sementara itu dia sebut itu tentang non-disclosure, tidak boleh dihebahkan sehingga perkara itu dimuktamadkan. Cuma saya nak beri jaminan di sini. Kita tegas dengan pendirian, ketetapan kita.
Tapi kita tak boleh langgar bila ada pertikaian begini. Kita boleh rempuh, tapi kita rempuh nanti tentunya akan ada tindak balas. Dan itu yang menyebabkan kita melengah-lengahkan. Saya pun runsing sebab kawasan reserve gas itu besar kawasan itu. Cuma masalahnya dia tidak hanya reserve itu kawasan Malaysia, dia masuk mencecah di dasar laut itu, masuk kawasan Indonesia.
Jadi kalau kita nak masuk kawasan kita yang kita anggap kawan kita, besok kita dah selesai triti ini dan selesai sempadan, masih kita kena maklum, sebab bila kita sedut itu, dia tak ada sedut hanya kawasan kita.
Jadi saya setuju gesaan pertama, soal Dewan Undangan Negeri. Saya hanya tegaskan kita tak boleh langgar prinsip dari segi mana-mana negara yang sedang ada dalam rundingan. Terima kasih.
SOALAN TAMBAHAN 4 BAGI SOALAN 2 : YB DATO’ SERI HAMZAH BIN ZAINUDIN [LARUT]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa amat lega bila mendengar Yang Amat Berhormat Tambun menjelaskan bahawa dari segi sovereignty, Ambalat ini, kawasan itu akan kita pertahankan.
Cuma saya mohon Yang Amat Berhormat Tambun dah kena jelas di sini bahawa kalau sekiranya ada apa-apa perbincangan ataupun keputusan, biarlah sesuatu keputusan yang dibuat itu jangan menimbulkan persepsi-persepsi yang lain, beza. Sebab statement yang dibuat selepas sahaja kita semua dalam negara beranggapan seolah-olah sudah ada perjanjian yang ini yang menimbulkan persepsi.
Kalau boleh kita nak, kita buat secara kandid, terus, benar kerana kita kena faham bila kita bangkitkan isu ini di luar sana, Tuan Yang di-Pertua, ada wakil-wakil Kerajaan jawab, “Eh, dulu kita dah buat dah dengan Thailand.”
Saya nak maklumkan di sini, ada perbezaan. Thailand tu kita dah ada perjanjian limitation border itu, maka kita bolehlah buat joint venture. Ini kita belum lagi buat keputusan tentang border walaupun keputusan undang-undang telah pun berikan kepada kita tentang Ligitan dan Sipadan. Tapi limitation untuk sempadan itu belum lagi diputuskan.
Maka pada tahun 2005, Malaysia ketika itu merasakan oleh kerana keputusan dah dibuat, dunia mengiktiraf kawasan itu kawasan kita, maka kita panggil supaya Petronas bangunkan kawasan itu. Yang itu yang menyebabkan Indonesia tak bersetuju. Dia kata, “Jangan,” sebab belum ada lagi limitation border, tu belum lagi dibuat delimitation of that apa ni kawasan di situ.
Maka apabila kita dah bersetuju boleh buat joint venture, saya risau persepsi di luar sana yang risau adalah ini menyebabkan nanti kalau bawa sekali lagi ke ICJ, ICJ akan buat keputusan, “Eh, oleh kerana you all dah boleh setuju joint venture, kita rugi dari segi keadaan limitation border itu yang sebenarnya.” Itu yang menyebabkan kita bangkit.
Kita bukan tak setuju ada joint venture, tetapi biar ada limitation border itu dulu kita jelas, kemudian kita buat. Itu permintaan, barulah kita boleh kata sama dengan Thailand. Sekarang ini belum sama, ini pandangan saya.
Terima kasih.
JAWAPAN:
Terima kasih Larut. Saya ingat saya tidak berbeda pendapat dalam hal ini.
Pertama, bila cadangan itu timbul dari Presiden Prabowo, kita mengatakan, “Ya, kita boleh timbangkan,” bukan persetujuan. Kalau tengok kenyataan itu, mengkaji, tetapi dalam perbincangan itu, Menteri Luar saya ingat betul dia kata, Ya, kita akan… bila formal, it’s not even a formal meeting — dalam formal meeting bulan depan, Ketua Menteri Sabah akan ada, akan juga bagi pandangan daripada kerajaan negeri yang tidak bersetuju dan dia bagi sebab tidak bersetuju.
Baik. Sejak 2005 yang disebut oleh Larut tadi, berapa kali mesyuarat teknikal? 43 kali. Mesyuarat teknikal maknanya pendirian bukan Kerajaan sekarang, tetapi daripada Kerajaan tahun 2005 — 43 kali sehinggalah 2025 kita tak pernah berganjak. 43 kali dengan technical team, masih tegas dengan pendirian kita dan bawalah peta dan segalanya. Jadi saya masih terikat dengan itu. Jadi persepsi betul mesti harus dibetulkan.
Tapi dan kita sebut prinsip JDE itu boleh, tapi macam di Thailand. Tapi betul, saya setuju konteks yang berbeza, kerana ini kawasan yang kita tegaskan berdasarkan keputusan ICJ masuk di dalam kawasan kita. Tapi ICJ kawasan itu ialah tentang intertidal, jadi intertidal itu walaupun dia setuju 2019, maknanya kawasan tadi dia pertikai intertidal, janganlah ambil yang maksimum ke bawah umpamanya.
Tapi pandangan technical team kita oleh Kementerian Luar ialah persetujuan itu telah dibuat dari tahun 2019. Jadi nak buka balik itu, kena ada persetujuan bersama. Jadi itu yang agak terbantut sekarang. Jadi mungkin insya-Allah akhir minggu ini kita akan bantu jelaskan.
Tapi saya setuju. Pertamanya, kita tidak akan berganjak dan keduanya, kenyataan itu hanya menyebut tentang menimbang. Yang Berhormat tahulah kalau umpamanya kita pergi dan salah seorang rakan di sana kita minta lah bersetuju, jadi kita takkan kita kata NO terus, kita kata, “Tak apalah, kita timbang. Kita balik bincang dan kita kemukakan kepada Kerajaan Negeri Sabah.”
Terima kasih.
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
PROGRAM UKHWAH KEPIMPINAN MADANI
20 JULAI 2025 (AHAD) | 12.00 TENGAHARI
DATARAN KAMPUNG PACHITAN, PORT DICKSON
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin,
Nahmaduhu wa nusalli ‘ala Rasoolihil Kareem,
Wa ‘ala alihi wa ashabihi ajma’in.
Tuan rumah saudara Menteri Besar Negeri Sembilan,
YB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Bin Harun dan rakan-rakan yang membantu menyelenggarakan;
Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi;
Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof;
Rakan-rakan Menteri dan guru-guru.
- Ini Menteri-menteri, ini orang Kampung Pachitan ini luar biasa. Mana ada satu Kampung di Malaysia, seluruh Jemaah Menteri datang. Inilah Kampung Pachitan. Entah apa doa jawa yang dibuat saya tidak tahu, dipilih tapi luar biasa dan sambutan baik, alhamdulillah.
- Saya tentunya sudah banyak kali ke sini dulu. Hendak beritahu saya pernah jadi ahli Parlimen sini dahulu kerana orang Kampung Pachitan ini memang solid, alhamdulillah terima kasih banyak.
- Jadi Menteri Besar ambil peluang ini minta macam-macam. Jadi takkanlah, saya macam mana nak kata tidak boleh. Jadi saya minta kebenaran sebab yang ini di bawah Timbalan Perdana Menteri (TPM) YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid dengan YAB Dato’ Sri Haji Fadillah. Tengok kita punya demokratik, Saya Perdana Menteri (PM) hendak bagi kelulusan kena tanya dua-dua TPM dahulu.
- Jadi kompleks sukan itu mungkin saya akan bincang dengan YB Puan Hannah Yeoh dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan kalau pun tidak kompleks, seluruh dan saya kena tengok dari segi kos, tapi saya setuju dimulakan fasa satu kompleks sukan di sini. Tanah dah ada kan? Orang dah suspense nak umum apa ini.
- Orang tanya pasal apa saya terlambat sikit tadi? Duduk berbincang dengan pegawai-pegawai Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian-kementerian berkenaan apa yang nak umum hari Selasa Rabu ini. Kerana apa? Walaupun kita ambil apa langkah yang perlu tapi kita turun kita dengar rakyat. Dari segi mikro ekonomi, pertumbuhan ekonomi baik, inflasi rendah, pengangguran rendah. Tetapi di peringkat bawah mesti ada sedikit kegelisahan dan kita sebagai Kerajaan MADANI yang prihatin kena dengar di bawah. Jadi bila dengar ada sedikit keresahan, kita cari jalan cuba meringankan. Inilah yang maksud kita bila kita santuni.
- Saya ucap terima kasih banyak kepada ahli-ahli parlimen. Ini bukanlah perkara baru dia buat. Di kawasan masing-masing ini antara yang berterusan, tetapi kita gabungkan semua kekuatan. Melihatkan bahawa semangat perpaduan kita itu kuat, bukan bersatu tetapi bersatu dengan satu agenda untuk memakmurkan negara, membangunkan negara dengan nilai. Ini yang penting.
- Jadi saya percaya kehadiran rakan-rakan Ahli-ahli Parlimen yang begitu ramai dan Menteri-menteri yang begitu ramai di Pachitan ini, waras sudah jadinya. Waras betul. Jadi katanya masak sendiri tadi? Jadi kita belum boleh komen, kita makan dulu baru kita tahu sedap tau tidak (nada seloroh).
- Jadi sekali lagi lah saya tak ada hasrat nak bercakap panjang sebab sebelum sampai tadi YAB Fadhillah dah bagi warning. Dia jaga time dia ketua, dia bagi dah warning pada saya. PM dia tanya depa berdua ni tak perlu ucapan. Dia kata kita semua kena sampai di hotel pada jam 1:00. Saya faham saya jawab. Mana ada di dunia ini Perdana Menteri boleh kena warning oleh timbalan dia. Betul?
- Tapi itulah semangat di antara kita, orang tampil di luar tu lain. Tapi bekerja saya sebagai diamanahkan sebagai PM, saya bersyukur alhamdulillah, walaupun kita ini gabungan parti-parti dengan pendirian masing-masing dalam apa-apa hal, tapi semangat untuk membangunkan negara, fahaman itu luar biasa.
- Terima Kasih kepada Zahid, saudara Fadillah, Loh dan semua kawan-kawan yang berada disini. “Tak sebut Armizan karang kecil hati pulak” (dengan nada berseloroh). Bertambah lagi dia nak pilihan raya di Sabah ni. Apa buat sini saya tak faham, sepatutnya kempen di Sabah.
- Jadi sekali lagilah, terima kasih banyak dan rakan-rakan penghulu-penghulu yang baik di seluruh Negeri Sembilan, terima kasih banyak dan pasukan keselamatan. Saya nak bagi bagitahu Pacitan janganlah gaduh sebab Menteri pun ramai, selepas itu Polis pun ramai. Jadi jaga keselamatan. Bukanlah kita di negeri ini memang alhamdulillah selamat, tapi tugas mereka.
- Jadi saya ucap terima kasih kerana tugas yang bertambah di kalangan PDRM di Negeri Sembilan ini, terutama di Port Dickson. Dan kita syukur alhamdulillah, kita aman, kita stabil. Kita tumpu untuk membangunkan negara dan memberikan kebajikan kepada rakyat.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
PROGRAM MALAYSIA BERMUNAJAT 2025
19 JULAI 2025 (SABTU) | 8.30 MALAM
MASJID PUTRA, PUTRAJAYA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah
Wa Maa Tawfeeqeee Waktusaami Illa Billaah
Alaihi Tawakkaltu Wa Ilaihi Uneeb
Alhamdulillahil Qawiyyil
Waltakum mingkum ummatuy yad’ụna ilal-khairi
Wa ya`murụna bil-ma’rụfi wa yan-hauna ‘anil-mungkar
Wa ulā`ika humul-mufliḥụn
Wa Nusalli ‘ala Rasulihi’l Karim
wa Aala Aalehi wa sahbehi Ajmaeen
Saudara Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd
Na’im bin Haji Mokhtar,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama);
Guru-guru dan timbalan;
Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli bin Hasan,
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama);
Pimpinan JAKIM dan Yayasan Dakwah Islamiah;
Tetamu-tetamu yang kita raikan;
Saudara alim besar dari Pakistan, negara sahabat, Sheikh Tariq Jamil; dan
Tuan-tuan guru yang bersama kita puluhan orang di sini yang saya sangat hormati dan minta izin untuk menyampaikan sedikit pandangan.
- Tadi Sheikh Wazir duduk di bawah, saya kata mana boleh, ini Wazir, Sheikhnya di bawah, jadi dia di bawa ke atas. Jadi Sheikh Wazir Che Awang, Haji Zainal Abidin, Sheikh Haji Abdul Rahim, Sheikh Haji Zulkarnain Harun, Sheikh Haji Abdul Rahman, Sheikh Haji Jamil Saddaqi. Jadi ini di antara yang ramai yang puluhan lain, selain daripada Sahibus Samahah Sheikh Ahmad Fauwaz bin Fadzil, yang akan meneruskan acara, kuliah dan Ilmu MADANI yang kita harap boleh jadikan acara bulanan selain daripada acara-acara tambahan seperti ini.
- Saya mulakan tadi dengan al-Quran. Bahawa tanggungjawab menyebarkan, menyampaikan dakwah dan risalah itu tanggungjawab bersama. Pemerintahnya, ulamanya, masyarakatnya, bahawa harus ada kalangan yang menyeru kepada yang makruf. Umat yang dijamin ‘khair’ kebaikan. Menyeru yang makruf menahan, melarang kemungkaran. Mudah-mudahan umat ini yang jamin kemenangan. Ini bukan jaminan kami, ini jaminan Allah Subhanahu Wataala.
- Kita berhimpun dan kita manfaatkan ilmuan Islam. Semalam di Shah Alam dan sekarang masih diteruskan acara yang mengumpulkan ulama-ulama menyampaikan risalah berdasarkan turath. Turath ini Islamic Legacy, maknanya khazanah ilmu yang banyak yang terputus. Kita memerlukan ulama yang fasih dan faham, yang boleh menyampaikan dan memberikan pencerahan dan kesedaran. Itu yang disebut menggali semula turath Islami.
- Tetapi dunia sekarang ini dalam pancaroba artificial intelligence, digital, persaingan, pertumbuhan ekonomi, pelaburan, ini semua penting. Tetapi dalam mengejar ini dari segi kebendaan, kalau tidak kita seiring malah berasas dan berpangkal kepada kekuatan, kefahaman dan pencerahan, tiada jaminan keselamatannya. Sebab itu kita gali khazanah kita. Ulama-ulama muktabar yang besar dalam pelbagai disiplin ilmu, Al-Quran atau hadis satu fiqah dan perundangan. Malah dalam pengurusan tatakelola Kerajaan, pendidikan sains, teknologi, khazanah ini mesti digali semula dihamparkan untuk kita menelaah, menghadam dengan sebaiknya.
- I would say to many of our foreign friends that we must begin by being able to comprehend the Islamic legacy and the strength. Because we have that, and we have lost it. Because in our craving for change, for technology, for artificial intelligence, for digital technology, we at times ignore our own history, our own legacy. The worst of knowledge, our great ‘Alim’ of the past. So, Shah Alam, for example, there is an effort by the Chief Minister, the state government of Selangor to try revive this. Here tonight, Alhamdulillah, we have a gathering of great ‘Alim’ from Malaysia and Sheikh Tariq Jamil from Pakistan, ‘Zindabad’.
- Baik, kita berbicara apa dia istimewa guru pondok ini? Kerana kita cakap soal universiti moden. Kita bercakap tentang pengajian yang lebih canggih. Jadi apa istimewa pondok? Kita panggil pondok, Indonesia panggil pasenteran. Apa dia istimewanya? Jangan lupa singkap lembaran sejarah. Bila negara dijajah, Belanda di Indonesia, Inggeris di Malaysia, di India seperti Pakistan, Bangladesh. Inggeris di Mesir, Itali di Tunisia, Perancis di Algeria. Semua itu menjajah pemikiran dan jiwa.
- Apa pernah disebut oleh Syeikh Muhammad al-Ghazali ‘istiqmar ruhi wa fikri’, roh dan jiwa terperangkap. Seluruh sistem, politik, ekonomi, sosial, Pendidikan. Di Malaysia, Sir Stamford Raffles. Di India, McAuley. Di Mesir, Lord Cromer. Di Indonesia lagi hebat, Snouck Hurgronje. Sebut pun susah. Snouck Hurgronje ini orang pintar, sarjana Islam. Dia menulis, kalau saya ingat yang saya baca terjemahan, dia tulis di dalam bahasa Belanda. Dua (2) buku, satu mengenai orang Aceh – ‘The Achehnese’, dalam bahasa Belanda, satu lagi Mekah, dia tulis pasal Mekah – ‘Mekka in the Latter Part of the 19th Century’. Dia sudah pergi ke Mekah, tukar nama dia Abdul Rafar, kahwin dengan wanita Jawa dan menjadi satu ejen untuk menggali apa yang dia belajar, dipelajari oleh ulama-ulama kita di Mekah.
- Dulu ulama kita yang kemudian balik buka pondok, dia pergi Mekah dia mengaji. Kita pun bagus jugaklah tapi setengahnya pergi melancong. Tak apalah pergi Mekah, saya bagi fatwa pula, Tok Mufti ada. Tapi dulu tradisinya ada guru besar, Sheikh. Syed Ahmad Khatib. Kalau kita tengok ulama-ulama besar macam Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Syeikh Syamsuddin Ibn Abdullah As-Sumatrani, Syeikh Abdul Samad al-Falimbani. Semua itu pangkalannya itu di Mekah. Dari situ dia mengajar. Dia bagi ruh Islam, ilmu dan ruh Islam. Balik buka pondok, balik buka pesantren. Kita dulu dipanggil Haji, belum naik pesawat. Balik jadi alhaj. Tapi tak sama budaya.
- Sebab itu saya katakan ada keistimewaan dari segi sejarah, semuanya kalah, politik tertiarap, sistem pendidikan ikut Inggeris, sistem ekonomi Inggeris, perbankan Inggeris, budaya Inggeris, bahasa Inggeris. Yang tinggal, masya-Allah, hanya satu yang jadi benteng pertahanan akidah dan ilmu, iaitu di pondok dan di pesantren. Allahuakbar.
- Bayangkan 100 tahun lalu, penjajah Inggeris ambil alih tidak ada pondok, tidak ada pesantren, bayangkan keadaan begitu, hancur, kalah iman, ilmu, semangat, roh perjuangan. Sebab itu Snouck Hurgronje yang Belanda ini dalam dia tulis buku, dia kata jangan, elak orang-orang ini pergi ke haji, bagi dia susah kerana dia pergi haji, menimba ilmu, semangat kuat, balik dengan roh Islam dan ilmu dia buka pesantren dan ini menyusahkan Belanda. Jadi, pesantren dan pondok mengikut bapa Muhammad Natsir, dia kata menjadi benteng pertahanan, tembok pertahanan aqidah dan ilmu umat Islam, yang kemudian menyemarakkan semangat kemerdekaan. Betulkan aqidah, jaga budaya, bagi asas pendidikan. Itu sebabnya saya beri keraian yang istimewa kepada tuan-tuan guru pondok.
- Baik, tapi keadaan berubah sekarang. Sebab itu, kita harus pastikan ada keserasian di antara ulama dan umarak. Ada disiplin-disiplin ilmu baru, yang lama dipertahankan di pondok, sementara mereka baca, semalam kita sebut Munyatul Musolli, mungkin Ihya’ Ulumuddin dan kitab-kitab muktabar yang lain. Kita beritahu dia boleh baca melalui dengan penggunaan komputer, mengenai dengan penggunaan-penggunaan AI, kerana kalau tidak, anak-anak pondok kuasai taktik baru, itu menelan kita.
- Saya di antara dan juga Malaysia di antara negara yang menggagaskan bawa perubahan dalam artificial intelligence. Tapi saya sedar, kalau tidak diterap dengan nilai, kalau tidak dengan akhlak, kalau tidak dengan pencerahan dan ilmu, AI kita ini adalah AI buatan Amerika atau Barat. Kita nak AI ini, teknologinya kita tawan, tetapi isinya, ilmunya itu tidak lari daripada landasan aqidah dan akhlak dan menghasilkan sahsiah Islamiyah ma’nawiyah. Ini ujian yang besar. Jadi, bila kita terapkan, banyak orang pondok masuk TVET, orang pondok setelah selesai masuk juga dalam sistem pendidikan, menguasai digital dan teknologi dan sebagainya ini menjadi benteng berterusan dalam menghadapi ujian zaman.
- Jadi ini saya sebut mengapa budaya ilmu, dengan pengalaman dan asas pengetahuan mereka, tuan-tuan guru kita, kita terapkan di kalangan masyarakat kita. Ini usaha yang berterusan. Ini negara Madani ini maknanya apa? Negara yang pacu pertumbuhan, yang mahu ekonomi segar, yang mahu teknologi baru tetapi yang masih terap dengan asas dan pangkalannya, iaitu asas kekuatan akidah, akhlak dan nilai Islam.
- I am saying that Madani Nation, Sheikh. Yes, we must succeed. If this country is not stable, nobody respects us. If Muslims continue to become over petty issues, ‘dakwah billati hiya ahsan’, but full of hatred, division, we will never be respected. We are respected because we are stable. We are respected because we are united, we are respected when you have clarity in policy and the will to achieve good governance. We are respected because we have serious attempt to stop this nonsense of corruption. Why do you talk about Islam when you condone corruption? When you become a Prime Minister, you have to be very rich. When you become a Minister of Finance, you squander billions of Ringgit. We have to stop this because it is never a good example.
- Muslim Including this great Madani nation Malaysia, must prove that we can govern, insya-Allah, to all the best of our ability ‘in ureedu illal islaaha mastata’tu’, the best of our ability economically, technologically, but with values. With values to promote understanding. I am not extending beyond this, I’m just saying how excited I am, how glad I am that whatever attempt we have done we have attempted, we have the support of the Sheikh and many of the teachers.
- Maknanya apa yang kita usahakan, ia tentunya dalam dunia yang bebas ini tak terlepas daripada serangan bertubi-tubi. Tapi kita syukur, alhamdulillah, negara ini aman. Kita bersatu. Dan inilah satu-satu negara, tak banyak di dunia, tanyalah sheikh-sheikh dari luar negara yang sentiasa menghimpunkan ulama, alim daripada seluruh dunia datang bicara, mendidik, memberi pencerahan untuk menyelamatkan umat dan negara. Mereka yang datang, termasuk Sheikh Tariq Jamil mengatakan, jarang dia dapat. Seminar tertutup ya, konvensyen kecil ya tapi menghamparkan perdamaian ini untuk umat, secara bebas dan terbuka.
- Tidak ada perubahan yang bermakna tanpa kefahaman dan pencerahan. Tidak hanya dengan semangat, apatah lagi dengan menghina orang, memaki hamun orang dan mencetuskan perpecahan dalam kalangan kita. Semoga Allah SWT Taala memberkati usaha kita, dan saya sekali lagi ucapkan jazakumullahu khairan kathiran kepada semua yang hadir.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI UTAMA ANWAR BIN IBRAHIM PERDANA MENTERI MALAYSIA
SEMPENA
MAJLIS PECAH TANAH KOMPLEKS MADANI
TELUK KUMBAR
19 JULAI 2025 (SABTU) | 4.00 PETANG
TAPAK PROJEK PEMBANGUNAN KOMPLEKS MADANI, TELUK KUMBAR, PULAU PINANG
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillaahil lazeee anzala ‘alaa ‘abdihil kitaaba,
wa lam yaj’al lahoo ‘iwajaa,
wa nusalli ala rasoolihil kareem,
wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.
Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow,
Ketua Menteri Pulau Pinang;
Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming,
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT);
Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri;
Ahli-Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri;
Yang Berbahagia Dato’ Ir. Rajendran A/L P. Anthony,
Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Pulau Pinang;
Ahli – Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang;
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian,
- Terima kasih atas sambutan baik. Inilah satu projek pertama yang saya diminta rasmikan yang bukan projek Persekutuan. Dan saya pilih untuk datang atas beberapa sebab. Pertama, kerana saudara YB Dato’ Azrul Mahathir bin Aziz, YB Dato’ Muhammad Bakhtiar Wan Chik, YBhg. Datuk Bandar, YAB Ketua Menteri dan seluruhnya serta kempen daripada YB Tuan Nga Kor Ming tentunya menuntut saya datang, tapi yang penting saya hendak tunjukkan bahawa ada keperluan untuk sampai dan santuni rakyat di Balik Pulau dan juga Teluk Kumbar. Dan kerana lama sudah tidak sampai, durian pun dengar-dengar cerita saja dan dah rasa dah. Perlu santuni dan dengar kalau ada apa-apa keperluan lain yang kita perlu berikan perhatian. Itu di antara sebabnya.
- Keduanya, yang agak penting, ini projek Bandaraya Pulau Pinang. Dan selalunya teguran yang selalu diberikan ialah seolah-olah Bandaraya ini kurang mempedulikan kawasan-kawasan pinggir kota. Dan sebab itu saya ingin hadir untuk menyatakan penghargaan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri dan Majlis Bandaraya kerana ini di antara kompleks orang ramai dan kompleks kemudahan asas dan perniagaan yang agak besar di mana-mana daerah.
- Dan saya ucap tahniah kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang kerana prihatin tentang masalah yang di sini. Tapi yang juga menarik ialah konsep ini. Konsep MADANI kerana dia tempat perniagaan, tapi tempat disantuni kerana ada perniagaan golongan-golongan yang lebih kecil. Kita dalam negara yang membangun ini di Kuala Lumpur, kalau dulu dia fikir soal projek-projek besar sahaja. Saya tidak kata tidak penting, tapi kalau orang swasta hendak buat, buatlah. Tapi kalau kerajaan, dia patut tumpu masalah rakyat. Tengok kalau gerai ini, kita buat RM25 juta tapi berapa puluh orang boleh meniaga, berapa ratus orang boleh dapat manfaat. Ada dewan untuk orang ramai.
- Sebab itu, di Kuala Lumpur saya sebut kita jangan bangga hanya dengan mercu tanda, bangunan gagah perkasa, hebat. Orang berasa bangga, tetapi restoran-restoran lima bintang banyak, makanan Arab, India, China Jepun, Korea semua ada. Tetapi berapa orang rakyat umum yang menyantuni hadir atau pergi atau mampu? 80 peratus rakyat itu pergi ke gerai, warung, ke restoran-restoran kecil. Tapi kalau tengok restoran kecil, warung, itu daif. Bumbung pun robek, hujan tempiasnya. Kerusi, meja macam tahun 50-an, 60-an. Jadi saya katakan, sampai waktu dalam Kerajaan MADANI kita ubah sikap.
- Maka sekarang ini alhamdulillah 70, 80 gerai-gerai begini sudah siap, bersih dan selesa digunakan oleh 80 peratus lebih rakyat. Guna, pergi gerai dan restoran-restoran kecil. Dia bukan pergi ke restoran lima bintang. Inilah pendekatan yang kita rasa perlu diberikan. Tidak menolak keperluan. Bila negara berkembang, maju, pelancong datang dia nak pergi restoran besar kita sediakan oleh swasta. Tapi Kerajaan, baik Negeri, Pusat atau Dewan Bandaraya dan Majlis Perbandaran, dia mesti tahu fokus dia. Dia mesti jaga manfaat, faedah bagi jumlah yang ramai. Itu dia baru konsep pembangunan yang sebenarnya. Kalau kita, apa lagi dalam masyarakat Islam, kita tahu pembangunan itu pembangunan yang pertama, mengukuhkan keyakinan kita. Menjadi kita manusia yang baik. Dan memberi faedah kepada ramai. Wa nafsinw wa maa sawwaahaa, fa-alhamahaa fujoorahaa, wa taqwaha, Qad aflaha man zakkaahaa, wa qad khaaba man dassaahaa. Dasar itu konsep pembangunan yang meletakkan nilai, bukan hanya nafsu serakah kira untung sahaja. Kira faedah bagi kelompok kecil, tidak pada yang ramai.
- Sebab itu, orang-orang politik sebab tengok kerajaan-kerajaan, dia boleh bercakap. Tapi nak uji nak tahu atau tidak, tengok masa dia ada kuasa. Sekarang ini orang duk berhimpun. Cerca sana, maki sini dan kata kita ini khianat kepada rakyat, tindas rakyat, pelihara orang kaya dan menekan orang miskin. Itu yang di ucapkan. Mereka ini lupa dia pernah berkuasa dulu. Dan orang bercakap itu, baru-baru ini di Kedah apa dia kata, yang bercakap? Seorang anak dia berbilion ringgit. Itu bukan saya tuduh. Dia isytihar. Azrul, dia isytihar. Kata, satu bilion ringgit. Pak Perdana Menteri anak satu bilion. Ada seorang lagi, Pak Menteri Kewangan, keluarga 4 bilion. Ada seorang lagi menteri, harta kekayaan RM2 bilion ringgit. Bagaimana boleh kita nak maju negara ini? Sebab itu saya tegas. Saya tidak peduli, kita ambil tindakan.
- Kemudian, bila ambil tindakan, geng-geng ini pakat. Syarah nak selamatkan Melayu, selamat Melayu bagaimana kalau kita biar hal-hal yang sedemikian? Saya nak kata, kalau nak selamat Melayu, pimpinan Melayu itu mesti bersih. Tidak boleh memperguna kekayaan. Pasal apa kaya Perdana Menteri? Menteri Kewangan? Masa mana lagi tak nak kaya? Itu, kita kena fikir. Orang tanya, ini Kompleks MADANI apa kena mengena dengan apa yang diucapkan? Kerana MADANI ini makna pembinaan insan, ada nilai. Kompleks ini RM25 juta.
- Saya baru umum petang ini nak buat Simpangan Juru kerana sesak dan orang Pulau Pinang, orang Kedah dan orang Perlis complaint saya tidak larat dengar dah. Tapi kos dia hampir RM4 bilion. Dari mana kita mampu dapat wang itu semua? Dari hasil cukai rakyat terutama yang pendapatan tinggi. Tapi bila kita kenakan umpamanya baru-baru ini, kadar elektrik kepada orang paling kaya, 15 peratus paling kaya di Malaysia. Tapi yang marahnya Ahli-ahli Parlimen Pembangkang. Saya tanya, kamu ini wakil siapa? Kamu ini nak jadi jurucakap siapa? Jurucakap orang kaya atau rakyat? Kalau kita jurucakap rakyat, biar orang kaya bayar cukai jangan kenakan orang miskin. Itu dasar kita. Tapi yang marah, yang jerit ini siapa? Semua orang besar-besar. Seorang demi seorang. Seorang Tun, kemudian Tan Sri, kemudian Datuk Seri. Harta ratus juta, harta bilion ringgit disiasat oleh SPRM. Dia kumpul dengan kekayaan semua, lanyak kita habis-habisan. Bayar orang supaya lawan. Rakyat kena sedar.
- Kita bila ada kuasa, amanah. Fatawakkal ‘alallāh, innallāha yuḥibbul-mutawakkilīn. Tawakal pada Allah SWT. Tetapi kalau saya ikut sahaja cara lama, tidak apalah pakat-pakat curi seorang sikit. Hang tolong aku, aku tolong hang. Sampai bila negeri ini hendak jadi bersih? Sampai bila hendak maju? Ini saya saja hendak sampaikan, kerana bila kita sebut MADANI ini, dia tidak boleh lari dari akidah, dari akhlak dan dari nilai. Ya, kita kena bangunkan negara. Ya, teknologi baru mesti ada. Ya, anak-anak kita sekarang kita bagi peluang TVET. Pendapatan mesti tinggi. Penjawat awam gaji dia jangan lekat sampai lama. 12 tahun tidak naik. Kita naikkan. Berapa kos dia tahun ini? RM10 bilion tambah. Tahun depan berapa? RM18 bilion ringgit. Terutama yang pangkat-pangkat rendah. Yang rendah kita naik, sebab dasar kita ubah. Dulu, kalau naik had tinggi, naik lagi tinggi. Mula yang paling tinggi Perdana Menteri kemudian Menteri-menteri. Kemudian naik KSU, KP semua naik, naik, naik, naik. Bawah itu naik sikit. La ni dak. Tanya YB Tuan Nga Kor Ming, menteri tidak naik. Potong lagi 20 peratus. Yang naik siapa? Yang bawah. Yang atas naik sikit. Yang bawah naik banyak sampai 30 peratus, 35 peratus. Sebab itu kos tahun depan untuk naik gaji penjawat awam ini RM18 bilion ringgit tambah daripada dulu. Tapi orang tanya, kalau begitu mengapa buat? Saya kata, tak buat macam mana, dia kerja lebih banyak. Dah 12 tahun tidak naik. Kita kata ekonomi bagus, pelaburan masuk, gaji dia tak naik. Itulah sebab kita buat skim.
- Jadi, yang kerja-kerja di bawah ini, janganlah. Yang kerja-kerja dengan Majlis Bandaraya, janganlah duk tumpang hentam kita sama. Sedaq sikit. Sebab, kita buat sungguh-sungguhnya. Saya tidak peduli, hang maki, maki lah. Kerja kita jalan. Sebab apa? Sebab ini amanah. Dah lawan lama dah. Oh dia kata, dulu kita janji, tidak tunai. Saudara, kita tidak boleh buat semua dalam dua (2) tahun. Bila buat, hangpa yang caci lagi teruk. Naik cukai bagi orang kaya. Hangpa jadi jurucakap, pertahanan mereka. Jadi kita buat apa pun dicaci. Buat hari ini projek. Tadi saya di Seberang Jaya. Pertama, kita buat Pelan Induk Bumiputera. Perumahan Tunas MADANI Bumiputera. Sebab nak bercakap Melayu tidak ada rumah, Melayu buatlah, dah ada kuasa bercakap dengan Ketua Menteri YAB Chow Kon Yeow betul-betul minta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi kerjasama, itu cara kita. Ini duk mengeluh-mengeluh Melayu tak ada, Melayu tak ada, hang kaya. Mana pemimpin-pemimpin besar tak kaya? Haa duk mengeluh. Jadi masa ada kuasa buatlah.
- Sebab itu saya lantik balik Tan Sri Khalid Ramli dulu ini, dulu dia TKP minta Pengerusi, rancang baik-baik dan dapat kita luncurkan beberapa. Ada plan saya akan sebar semua, macam Dato’ Haji Mohd Tuah bin Ismail ada, YB Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik ada di Balik Pulau sebar betul-betul, bahas. Tang mana lagi yang tidak kena. Anwar kami nak cadangkan ini lagi, tambah lagi, tambah lagi, lagu itulah kita kena buat. Bukan saya boleh jawab semua, bukan saya tahu semua. Tapi kita cuba sedaya upaya. Sebab itu saya kata bila kita perubahan Kerajaan ini, ‘in uridu illal-islah mastata’tu’ doa kepada Allah Taala buat sedaya upaya.
- Kemudian itu perumahan Teratai MADANI. Kemudian ada perubahan besar 6000 unit. Syarikat swasta. Paling murah rumah RM 235,000, paling tinggi RM 405,000 ribu. Syarikat swasta, tapi kita bagi syarat, bukan syaratnya ambil masuk poket 10 juta atau macam kes Tan Sri Syed Mokhtar itu dulu ingat, masuk ratus juta masuk akaun parti. Bila saya jadi Perdana Menteri, saya telefon Tan Sri Syed Mokhtar. Saya kata betul ke bagi, dia kata dah depa minta buat macam mana dah siasat, tak buat kalau susah tak bagi, baik. Jadi saya tanya jadi kalau kita boleh bagi okey bagi, baik. Bagi 60 juta kepada pesawah padi miskin di Kedah. Ada dia sebut sekali, tidak. Saya cakap dengan dia boleh tak kalau dah ada bagilah kepada orang. Jadi kita bagi tahun sudah RM 60 juta ringgit kepada pesawah padi miskin di Kedah.
- Itu beza dia, sebab saya tak ambil wang mentedarah untuk peribadi. Ini prinsip kita kena jaga, saudara-saudara. Boleh buat, tapi bila kita dengar kempen ini oh! dia khianat, oh! ya dia khianat, Allahuakbar! khianat apa? Aku pun tidak tahu, tapi dia khianat. Jahanam negara ini. Jadi orang yang rasuah yang kaya-kaya riuh rendah dia bercakap eh memang dia ada duit. Jadi kita kena ingat nak pilih apa dalam negara kita ini.
- Oh! 24 tahun seorang, yang lain itu dua-dua tahun setahun dah jadi Perdana Menteri. 24 tahun (22 + 2) bila bercakap Melayu kita dah teruk lah ini, Anwar ini dia tak peduli Melayu dah, aku ni Melayu. Tapi saya ini Perdana Menteri betul saya nak jaga Melayu. Tapi saya Perdana Menteri Malaysia. Saya nak orang Cina pun dijaga, orang India dijaga, orang Dayak, orang Sarawak barulah negeri ini aman.
- Macam kompleks ini saya ingat mungkin saya tak tahu, mungkin 80% orang Melayu sebab kawasan ini kawasan Melayu tak ada masalah. Cina hendak meniaga dia meniaga tempat dia, jangan kita jadi masalah. Ya sebab itu perumahan yang swasta buat ini saya kata kena ada juga yang rendah, kerana RM400,000 orang Melayu tak ramai boleh beli. Ya dia kata tak, dia buat RM280,000 dan lebih daripada 50% orang Melayu beli. Jadi macam tu cara dia, nak gaduh buat apa? Oh, tapi tidak, Menteri Besar ini DAP tak boleh percaya. Haa bergaduh lagu itu la tak habis-habis, saya bercakap je elok-elok.
- Projek-projek lulus cepat saya sebut tadi. Terima kasih kerana projek termasuk yang bumiputera tadi saya sebut rekod lulus oleh Bandaraya Seberang Perai kurang daripada sebulan. Tak ada mana-mana negeri perbandaran boleh meluluskan secekap itu. Jadi terima kasih lah, projek bumiputera. Ketua Menteri Cina tapi dia lulus cepat, tak apalah. Kalau dia nak lulus lagi satu projek Cina dalam 2 bulan yang ikut peraturan jalanlah, nak bergaduh buat apa. Ini patut jadi pendekatan kita, ini duk gaduh kita duk marah di bawah ini, Cina marah dekat Melayu, Melayu marah dekat India, India marah dekat Melayu. Jadi kita bergaduh di bawah. Yang atas tolong tolong kaut. Pemimpin-pemimpin Melayu, Cina, India yang di atas kaya semua, yang kita gaduh semua, tak bodoh ke jadinya. Ini saya nak pesan kepada Kawan-kawan Teluk Kumbar, Bayan Lepas dan Pulau Pinang lah umumnya kita tengok ke depan.
- Saya tidak nafi masalah ada. Masalah ada dan ini tahulah dunia politik. Ini masalah dengan Trump. Presiden Donald Trump sudah kenakan tarif pula dah. Kita duduk tengah runding, nak runding pun ada syarat-syarat dia. Dia minta sesetengah kita tak bagi. Semalam Mesyuarat Jemaah Menteri, YB Nga Kor Ming ada. Kita bagi ketetapan boleh tolak ansur dengan China. Kita kena kawan dengan Rusia. Kita kena kawan dengan Amerika pun kena kerana kita nak dia berniaga dengan kita. Dan kita ada pendirian kita. Janganlah oleh kerana kawan kita dia kawan tak boleh bercakap pasal Gaza. Israel serang Iran tak boleh bercakap, dak kita bercakap. Tak banyak negara di dunia pemimpin yang berani bercakap dengan Presiden Iran saya bercakap dengan Presiden Iran. Menyatakan sokongan kerana kezaliman dan keganasan dilakukan oleh Israel.
- Ada orang kata Anwar jaga-jaga ya. Ada pembangkang yang seperti parti Islam ini terima kasih ataupun bagi sokongan, tak ada, dia cerca terus. Kerana apa? kerana hasad dengki, kerana dendam. Padahal hal macam ni macam Gaza kita paling lantang. Sebab orang di bunuh, tanah dia rampas. Tak kita tak setuju, kita tahu kita ada pelbagai kaum kita orang Islam, orang Buddha, orang Kristian ke orang Hindu ke? kalau dizalimi kita kena bela. Itu kita diajar begitu. Jadi saya percaya kalau kita faham kita boleh maju ke depan.
- Orang tanya saya masalah selesai semua ada. Adakah saya puas hati? Tak. Tanya YB Nga Kor Ming dalam kabinet. Tanya sekali, ayam harga berapa? daging apa pasal? macam ini daging import murah pasal apa tak boleh buat lagi Mat? bawang tak cukup Mat, macam mana boleh tanam lebih? itu kita kena buat. Tapi mana boleh selesai semua. Yang nak kritik kita hangpa dulu jadi Kerajaan 3 tahun buat apa? Jadi kita buat saudara-saudara.
- Sekarang ini oleh kerana kos sara hidup itu tinggi, kita pastikan naik gaji minima RM1700, cukup? Tak cukup. Tapi kita naik daripada RM1500 dulu nak jadi RM1700. Kemudian, kita ada syarikat-syarikat Kerajaan. Kerajaan tetap gaji untuk pegawai Kerajaan paling kurang keseluruhan pendapatan dia RM2,000. Tapi takkan syarikat Kerajaan Petronas, TNB, Telekom, bank-bank yang di bawah khazanah dan PNB ini takkan nak biar gaji rendah? Jadi saya kata kena naik. Yang kita naik RM2500 naik RM2800 minima dan sekarang kebanyakan naik sampai RM3,000. Itu saudara, Kerajaan prihatin MADANI.
- Saya nak tanya kita buat sekarang pasal apa tak buat dulu? Cuba jadi orang kita kena tahu ini. Kita naik ini kerana ini jumlahnya ratus ribu yang kerja. Kalau Kerajaan, pegawai Kerajaan 1.4 juta. Baik, selesaikan masalah kos barang tidak? Tetapi ini dihadapi semua negara. Thailand bergolak 3 Perdana Menteri seminggu. Kita, 4 Perdana Menteri 5 tahun, itu dia nak turun-turun tu. Insya-Allah saya tak turun. Kalau aku curi duit orang suruh turun tak apa lah. Saya tak curi duit orang.
- Oh, pasal kes-kes lama, kes lama, kes lama. Saya jadi Perdana Menteri ini dah nak masuk 3 tahun. Saya nak tanya, mana ada kontrak kita bagi runding bagi dia begitu semua orang kena tender. Semua kena tender secara telus dan teliti. Dan saya sebut dalam Jemaah Menteri, kalau ada kes, saya tak akan pertahan saya bagitahu awal-awal. Dan kalau ada pemimpin ada kekayaan ratus juta, hang jawablah sendiri. Jadi ini yang kita cuba lakukan saudara-saudara.
- Tapi saya katakan semua negara. Kita mesyuarat pemimpin ASEAN. Saya pergi Brazil, BRICS jumpa Presiden Luiz Inácio Lula da Silva Brazil. Dia pun kata masalah besar kerana kemiskinan dia disesetengah kota macam Rio de Janeiro 50% di kota itu. Dia tanya saya macam mana? How do you deal with? Saya kata tak mudah. Sebab itu saya mula dengan kemiskinan tegar. So saya paling miskin dulu susu anak tak cukup baju sekolah tak cukup itu kita cuba selesai.
- Kemudian kita tingkat sikit lagi buat TVET, dulu TVET anak-anak kita tak nak pergi kerana gaji rendah. Sekarang dengan industri memerlukan kepakaran AI, digital, teknologi baru, 160,000 yang daftar masuk TVET tahun ini. Ya dia daftar maknanya belanja kena bilion lagi, tambah bukan murah. Tapi cukup tak? sekolah sesak. Sekolah kemudahan tak cukup. Bukan kemudahan tak cukup tandas pun tak repair. Dah berpuluh tahun dah kita ingat lagi tanya guru-guru yang ada tanya ibu bapa. Tiap sekolah ada tandas 4-5 rosak. Jadi saya kata selesai itu dahulu, dah depa kata Perdana Menteri tandas. Tapi saya tak peduli kita kena buat kerja. Baik, dah habis kena siap kemudahan asasnya. Jadi dalam projek kita sekarang ini saya duk cari jalan bagaimana nak ringankan beban rakyat. Ada batas dia tak mudah.
- Jadi, oleh itu saya kata beberapa hari, bagilah saya beberapa hari lagi, saya duk pikiaq duk pulunlah macam mana nak kurang? Maka bagi beberapa hari, saya nanti umumlah hal yang kurang, bagi ringan sikitlah otak, runsing rakyat ini dari segi apa yang boleh saya mampu. Jangan pula minta RM1,000 seorang. Tapi kita cari ikhtiar untuk meringankan.
- Tadi di Seberang Jaya saya sebut kadang-kadang benda tak ada apa pun, dia jadi riuh rendah. Sampai tunggu, sampai Majlis Raja-Raja, pasal kes hakim. Oh! Anwar ini khianat. Anwar ini campur tangan politik. Anwar nak lantik orang dia jadi Ketua Hakim. Macam-macam saya nak jawab, tapi tak boleh. Pasai apa tak boleh? Saya Perdana Menteri, benda itu kena bawa ke Yang di-Pertuan Agong, lepas Yang di-Pertuan Agong berkenan nak kena bawa Majlis Raja-Raja Melayu. Saya kena berdepan Raja-Raja. Kalau saya sebutlah orang ini bukan, orang ini ye. Tak boleh. Jadi saya diam. Depa balun kita. Depa kata orang inilah, orang itu. Tanyalah saya dulu. Ini yang saya minta. Kemudian oh dia kata dak, memang ada nama. Saya kata tak ada. Baru ini bila Mesyuarat Majlis Raja-Raja, sembilan wakil Raja-Raja dengan Perdana Menteri. Bila dia tanya begitu begini, jadi Tuanku Sultan Selangor, dia Pengerusi, dia kata dua bulan, tiga bulan sudah Perdana Menteri jumpa dia. Nama yang disebut riuh-riuh itu tak ada pun. Jadi dia tanya Tuanku Agong, saya jawab bagi pihak, saya kata tak ada, Tuanku tak sebut pada saya pun. Jadi Perdana Menteri pun tak sebut. Agong pun tak sebut. Jadi Sultan Selangor kata siapa dia yang duk riuh ini? Orang lain.
- Tapi kita kena sabar, seminggu tu kita kena sabar. Sampai orang saya pun ada yang gemuruh sama. Eh betul ke tak betul macam mana ini? PM ini kita nak pertahan macam mana ini? Relaks lah, tenang, sabar sat ja. Kemudian bila sampai Mesyuarat Raja-Raja tengok senarai, kita bincang. Alhamdulillah. Sekarang Majlis Peguam pun kata kita sokong. Tapi iyalah, aku dah kena balun lama dah. Tapi tak apa lah, yang itu kita maknanya kita maju terus. Jadi saya harap mudah-mudahan itu sebagai contoh, contoh bagaimana fitnah.
- Jadi yang nak sampaikan apa? Negeri kena aman. Politik kena stabil. Tatakelola, tadbir urus kena baik. Negeri kena maju. Dengan AI saya sebut tadi, dengan TVET dengan semua. Sebab negara-negara jiran ini dah ‘kacau’ dah. Cambodia tegang di sempadan lawan Siam. Myanmar masih bermasalah. Thailand bergolak lagi. Indonesia jauh lebih stabil, tetapi masalah Rupiah dan pasaran saham memang perlu ditingkatkan. Filipina ketegangan. Di antara Bongbong Marcos, Presiden dan mantan Presiden Duterte.
- Malaysia ini rantau aman. Negeri aman di rantau yang begitu. Jagalah. Selera orang politik, tak ada masalah. Guna Parlimen, kritiklah. Kalau dia ada cukup jumlah. Dia bawa usul, itu cara dia. Tariklah mana-mana Ahli Parlimen nak sokong dia, sokong. Kalau dah saya kalah, saya letak dengan baik. Itu cara aman. Kalau tidak, tunggulah pilihan raya. Bila? Saya belum bagitahu. Tapi sementara ini, jagalah. Inilah satu negara yang aman.
- Bayangkan minggu sudah, Setiausaha Negara Amerika, Marco Rubio ada di sini. Menteri Luar Rusia, Lavrov di sini. Menteri Luar China, Wang Yi di sini. Jumpa saya bincang. Ini negara pertama setelah beberapa tahun, setelah Trump jadi Presiden, barulah Menteri Luar Amerika bincang dengan Menteri Luar Rusia soal Ukraine. Menteri Luar China bincang dengan Menteri Luar Amerika mengenai tarif yang dikemukakan oleh Trump. Menteri Luar Thailand dengan Menteri Luar Cambodia bincang di mana? Di Kuala Lumpur.
- YB Dato’ Mohamad Hassan, Menteri Luar Malaysia bincang dengan Menteri Luar Myanmar tentang perdamaian di Myanmar. Di mana? Di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur tu jadi tempat orang ada keyakinan kerana stabil dan negara dianggap kawan kepada mereka semua. Setiausaha Negara Marco Rubio bagitahu saya, Presiden Trump akan datang untuk sidang ASEAN bulan Oktober ini. Jangan tepuk, saya pun dok pening nak sambut. (nada bergurau). Kemudian nanti China, Presiden China baru datang dua bulan lalu, kemudian Premier Li Qiang pun datang. Saya pergi Brazil, di depan khalayak 2000 peniaga, majlis khas ada masa itu, Perdana Menteri Modi, ada Presiden Luca della Robbia, ada Presiden Afrika Selatan dalam semua tu, dalam pidato pembukaan majlis dengan peniaga-peniaga negara BRICS. Itu dia minta dia sampaikan ucapan, dia minta saya mewakili semua untuk menyampaikan ucapan. Bukan kerana Anwar, kerana penghormatan dia bagi kepada Malaysia. Modi ada.
- Yang orang kita yang sakit hati sangat-sangat ini. Dah tak larat pun berkempen lagi. Kerana? Sakit hati. Dan Presiden Lula Brazil, Brazil ini negara paling besar, paling ramai penduduk, paling kaya di Amerika Latin. Presiden Cyril Ramaphosa, negara yang paling kaya di Afrika, Afrika Selatan. Dua dua bagitahu saya, mereka nak hadir sidang ASEAN. Ini ASEAN, tahu dak ASEAN ini Asia Tenggara. Yang nak datang, Perdana Menteri Mark Carney, Perdana Menteri Kanada telefon saya dan bagitahu, “Anwar, I’ll join you for ASEAN Meeting.” Saya pun kata, baguslah. Mesyuarat ASEAN. Saya jumpa Perdana Menteri Itali, dia akan datang. Itali ini yang luar daripada ASEAN. Selain daripada Jepun, Presiden Korea telefon, dia datang. Perdana Menteri Jepun, Ishiba kata datang. Sekarang ini Premier Li Qiang, datang.
- Saudara, ini Malaysia sekarang. Orang iktiraf kita untuk apa? Peluang pelaburan, dagang untuk faedah rakyat Malaysia. Peluang pekerjaan lebih baik. Itu harapan saya. Bukan saya pergi bercuti, saya pergi tu ajak, marilah. Orang kata oh datang bilion, mana ada. Infineon, RM26 bilion dah tengok di Kulim, tak jauh Kulim Hi-Tech dah jalan dah, dah masuk dah. Nvidia di Johor, dah masuk. Google, RM10 bilion dah masuk, dah start. Pi lah tengok.
- Takkan saya nak rasmi, saya boleh pilih nak rasmi yang besar-besar tu. Tapi saya pilih nak rasmi Kompleks MADANI Teluk Kumbar, tahu tak, faham tak. Ada projek yang masuk bilion-bilion, Infineon ini duk tunggu, Nvidia di Johor tu tunggu saya nak pergi. Dia minta saya pergi. Saya kata tak palah tunggu Ogos, aku pilih mana dulu? Ini, pilih Teluk Kumbar dulu, RM25 juta baru mai. Bukan masalah saya nak pilih susah. Bukan tak ada, ada. Ada projek bilion-bilion, okey, tapi kita masalah rakyat, bagi faedah langsung kepada rakyat.
- Jadi cadangan tadi, macam mana nak minta macam itu, minta ini, dah aku mai cukuplah. Dia minta kata UTC, kemudahan. Jadi yang boleh saya putus sekarang, dia ada UTC Komtar, ada UTC di Bagan, satu. Jadi kita buat Mini UTC di Kompleks MADANI Teluk Kumbar. Kemudian, kerana siapa pun tak minta peruntukan. Zul tak minta, Tuah pun tak minta, Bakhtiar pun tak minta. Tapi dia tak minta, dia faham saya. Dia kata kami mai tak kan nak beban Perdana Menteri. Tapi saya tahu senyum tu senyum dalam tangisan. Senyum dalam tangisan ini lawak lama P Ramlee tu. Dia senyum. Saya masa di Sungai Buloh dulu, ada satu majlis makan hakim. Hakim kata kat saya, “oh Dato’ Seri nampak relaks, tenang, senyum.” eh padahal saya duduk penjara tu. Saya jawab, “senyum dalam tangisan.” Terbakar kampung, nampak asap. Terbakar hati, siapa yang tahu?
- Dan oleh kerana saya tahu, dan saya gembira dengan projek ini. Maknanya Kompleks MADANI yang menyeluruh, projek yang bukan sahaja dewan, bukan sahaja tempat perniagaan, tapi dia agak besar dan memenuhi keperluan penduduk di sini. Jadi untuk Kompleks ini dan untuk kawasan semuanyalah, saya akan bagitahu kepada ICU untuk tambah peruntukan untuk kemudahan-kemudahan asas mana-mana kawasan di sekitar Barat Daya Teluk Kumbar, Balik Pulau ini apa perlu. Selain yang telah diluluskan, yang baru saya tambah RM5 juta. Dan ini, projek ini akan dibelanjakan tahun ini juga. Ini beza, ini saya dah lulus, bila belanja? Tahun 2028. Dak, ini Kerajaan MADANI, tahun ini saya lulus, bulan Julai ini dan tahun ini akan dilaksanakan projek-projek yang diselaraskan selain daripada yang telah diluluskan. Jadi minta buat permohonan secara teratur supaya dapat kita luluskan.
Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI UTAMA ANWAR BIN IBRAHIM PERDANA MENTERI MALAYSIA
SEMPENA
MAJLIS PECAH TANAH DAN PELANCARAN PROJEK PEMBANGUNAN RUMAH BAKAT MADANI SKYWORLD PEARLMONT
19 JULAI 2025 (SABTU) | 2:00 PETANG
PLOT 1, LOT 5320, SEBERANG JAYA, PULAU PINANG
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Sejahtera.
Ge Wei Lai Bin Da Jia Hao,
Saudara saudari,
Vanakkam.
Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow,
Ketua Menteri Pulau Pinang;
Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming,
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan;
Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid,
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang;
Yang Berhormat Tuan Lim Guan Eng;
Yang Berbahagia Datuk Seri Ng Thien Phing,
Pengerusi Eksekutif SkyWorld;
Dan seluruh group SkyWorld, rakan-rakan yang saya muliakan.
- Hari ini di Seberang Jaya, Pulau Pinang, kita dapat berita gembira, kerana pemaju ini mempunyai reputasi yang diterima di peringkat dunia. Tetapi kita ucap tahniah, salute dapat international award. Tetapi ini Seberang Jaya, dia silap, dia jaga. Kerana ini saya jadikan kalau berjaya, ini satu contoh. Konsep modular, cepat dan dari segi kecekapan teknologinya — canggih, reputable, and had been proven to be the latest state of the art in terms of modern construction, particularly public housing.
- Jadi oleh itu, SkyWorld harus jadikan ini sebagai contoh model supaya kita dapat promosi sebagai satu program nasional yang penting, dan saya percaya boleh dikembangkan di negara-negara ASEAN kerana semua pemimpin-pemimpin negara bercakap soal public housing di antara perkara yang ditekankan.
- Di Malaysia, selain daripada pembangunan, pelaburan yang tinggi dan kejayaan teknologi maklumat, artificial intelligence (AI), digital dan kejayaan Pulau Pinang umpamanya dalam bidang itu, mewarisi apa yang YB Lim Guan Eng lakukan dan sekarang Ketua Menteri Chow Kon Yeow, tetapi dari segi rakyat, mereka hendak tahu gerai dia, warung dia elok di jaga, rumah-rumah cukup untuk rakyat kerana yang tunggu untuk mendapat rumah yang agak selesa itu masih terlalu ramai.
- Sebab itu di Kuala Lumpur, di Putrajaya, baru-baru ini saya luncurkan Perumahan MADANI dalam konsep yang sama. Tetapi SkyWorld, tentunya teknologi yang lebih canggih. Jadi dia kata dia lebih cepat. So, I want to compete fairly. And of course, I have a personal interest, not in shares but in giving the best, together with the state government, for the people here. So, you are quite fortunate, you have a reputable company, housing developer with impeccable credentials internationally. You have a very dynamic Minister, YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) and you have a super-efficient state government, I salute them.
- Ini kelulusan untuk projek ini, dan tadi saya meluncurkan projek pembangunan Bumiputera, Tunas MADANI, Bakat MADANI. Itu kelulusannya itu rekod di Malaysia, belum ada kelulusan Majlis Bandaraya, Kerajaan Negeri secepat yang mereka luluskan. Dan ini akan memberikan harapan kepada kita. Bila kita pendekkan masa, kita reduce cost, kerana holding cost untuk projek ini, kalau sanggup lima (5) tahun, dia ada holding cost. Ini kita percepatkan. Jadi ini semua berlaku kerana pendirian Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, pegawai-pegawai di semua peringkat. Jadi saya nak sampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan Kerajaan Persekutuan keseluruhannya kepada seluruh jentera yang membantu.
- Dan seperti mana kita tahu, hari ini politik macam-macam. Baru-baru ini, soal Kehakiman. Riuh rendah, rosak sistem. Lepas itu apabila umum, selesai rupanya, kerana yang bawa cerita hasut ini, dia tak kira fakta, dia hanya hendak bagi orang marah. Padahal dia tahu sistem kita. Ada Suruhanjaya, bagi kepada Perdana Menteri, kemudian rujuk kepada Yang di-Pertuan Agong, kemudian bawa kepada Majlis Raja-Raja, itu prosesnya. Sebab itu, apabila ditanya sebelum proses ini, saya tidak boleh jawab. Kerana saya kena hormat proses, hormat Yang di-Pertuan Agong. Ya betul, Perdana Menteri ada kuasa untuk memberi cadangan tetapi Yang di-Pertuan Agong harus diberi penghormatan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan kemudian kepada Majlis Raja-Raja. Selesai, bila diumumkan, haaa pulak ada yang sokong, hah tengok itu betul. Sabarlah sekejap, ini masalah kita ini. So, alhamdulillah, this is settled.
- Sekarang orang bangkitkan pulak isu-isu lain. Oh, nak timbulkan pula masalah ini negeri Melayu, Melayu kena jaga. Memang kita jaga Melayu, saya Melayu, saya nak jaga orang Melayu, tidak payah saya apologetik yes, I have to make sure that the Malays feel that they are together in this development. Tetapi sepertimana yang saya sebut, I am the Prime Minister of this country, I have to take care of the Malays, the Chinese, the Indians, the Kadazans, the Ibans, they are part of my big family. Kalau tidak boleh faham itu macam mana hendak jaga Malaysia. YAB Chow Ketua Menteri Pulau Pinang. Dia Ketua Menteri rakyat Pulau Pinang, dia kena jaga Cina, Melayu, India. Menteri KPKT begitu juga, kita tengok pembangunan, katalah sekarang ini Bakat MADANI cakap dengan Nga Kor Ming, okay projek semua beli. Dia kena pasti ada India di situ, ada Melayu di situ, ada Cina di situ. Walaupun kita kata “free for all, anybody can buy”. It is true, but we have to take care of sensitivity. Jangan pula orang India kata “semua tak ada rumah, yilek“, tidak boleh. Jadi ini dia Malaysia. Jadi saya harap kita faham yang ini.
- Ada projek kerana khusus, PPRT, sekarang projek perumahan. Jadi bukan sahaja Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan tetapi syarikat pun harus faham sensitiviti itu, kerana dia sebahagian daripada negara. Tidak boleh kita ada projek umpamanya yang mengetepikan mana-mana kaum. Ada projek ini kemudian tengok-tengok tak ada Melayu, tak ada India, jadi juga masalah. Jadi inilah yang kita cuba hidupkan dalam Kerajaan MADANI ini. Tetapi bila mereka suarakan, dia kata kita tidak jaga orang Melayu, habis harta orang Melayu, habis tanah orang Melayu, habis syarikat-syarikat Melayu. Itu yang seperti mana saudara saudari dengar beberapa hari yang lalu di Alor Setar.
- Kita kena jaga, kita catat beberapa kejayaan. Bayangkan umpamanya, Malaysia boleh buat rekod ASEAN + GCC + China. Belum pernah berlaku, negara Arab boleh setuju, ASEAN boleh setuju dan kita boleh balance supaya Amerika jangan ada masalah, negara-negara lain kita jaga. Kita masuk BRICS tapi kita masih ada hubungan baik dengan Amerika Syarikat, kita berdagang dengan Amerika, tapi kita berkawan baik dengan China. Ini untuk apa? Ini hendak jamin keselamatan negara kita dan rakyat kita. Tetapi saudara tahu, tak boleh capai ini kalau kita tidak bersatu. Tak boleh capai ini kalau kita fokus ikut kaum sahaja. Kalau kita timbul benci, problem sekarang ini tanam benci, takut, bawa rasa takut. Orang Melayu kena jaga kerana Kerajaan ini Kerajaan pelbagai kaum, Melayu kena pimpin. Apa saya ini bukan Melayu ke? Ini masalah saya minta kawan-kawan di Pulau Pinang share, faham benda ini. This is the narrative and we have to fight them. Why? Kita kena selamatkan negara kita.
- Ada orang kata “Anwar, ini projek perumahan, apa saya cakap pasal politik?” Saya bukan bercakap pasal parti politik, saya cakap soal survival Malaysia sebagai negara aman dan berjaya. Untuk aman dan berjaya we have to work together. We are one people, one great Malaysian country, we have to make sure that we survive for the future of this country. Itu sebabnya sama ada projek perumahan ke, sekejap lagi saya nak ke Balik Pulau, saya tak tinggal tajuk ini. Apa erti, if you mahu buat rumah kalau negeri kacau bilau, sistem tak betul. You nak buat projek you kena bagi RM10 juta dekat Perdana Menteri dulu. Tapi you tanya dia, ini projek bilion di sini dan Batu Kawan, saya minta apa dekat dia? Saya tak minta komisen daripada syarikat, jangan bimbang. Kalau esok saya minta, tolong ada orang miskin, tolong sekolah-sekolah keliling ini, tolong masjid ke syarikat-syarikat membantu, itu saya akan minta. Saya tak minta puluh-puluh juta sepertimana amalan dulu. Dan orang ini yang jadi hero sekarang bercakap hendak jaga Melayu, anak satu bilion ringgit. Ada satu lagi keluarga dia 4 bilion ringgit, berniaga apa? Tak tahu. apa meniaga? We don’t know. Berapa wang? 4 bilion ringgit. Ada seorang bekas Menteri, 2 bilion ringgit. Meniaga apa? Tak tahu.
- Tak boleh saudara-saudara. Kalau nak selamatkan negara ini, pimpinan kena bersih. Kemudian bila sudah jatuh, tidak ada jawatan, marah. Tapi kes masing-masing ratus juta. Ada dahulu Tan Sri Syed Mokhtar bagi ratus juta masuk bank akaun dia untuk parti. Saya jadi Perdana Menteri saya telefon Tan Sri Syed Mokhtar, tanya betul ke bagi? Betul memang ada kes sekarang. Jadi saya kata “Oh you ada duit lebih? Tolong pesawah miskin di Kedah”. So immediately dia approve RM60 million. Untuk siapa? Untuk pesawah padi miskin di Kedah. Tapi ini tidak dicakap. Yang dicakap kita tindas, kita tak tolong Melayu. RM60 juta ringgit itu untuk orang Melayu miskin di Kedah.
- Jadi saudara-saudari, saya harap kita jaga kedudukan kita dan negeri kita dan kita pastikan projek-projek seperti ini didukung. Syarikat ini syarikat majoriti Cina, Cina Malaysia. Oh, dia kata, “Pasal Anwar datang rasmi.” Saya datang rasmi pun bagi saya ini syarikat Malaysia, itu pertama. Keduanya, efisien, dunia boleh iktiraf, saya pun iktiraf. Kemudian apa lagi, dia boleh buat projek cepat, kos rendah, kualiti baik dan rakyat yang beli dia suka. Jadi itu sebab mengapa saya minta kementerian, kerajaan, negeri. Beberapa kali saya mesyuarat, ini projek ini kena ingat. Saya mesyuarat, just to make sure things happen and happen fast. I said, no compromise.
- Jadi itu sahaja yang hendak saya sampaikan. Details tadi; efisien, modular, canggih, itu semua. Nga Kor Ming sudah cerita, Kor Ming ini jadi memang expert rumah dia. Esok dia pencen boleh jadi engineer. Jadi saya harap saudara Ng dan Skyworld fokus sikit. Saya tahu dia besar, projek dia satu dunia, banyak projek-projek lain but make sure this is the model project. You must give the focus because I want to see the progress. Dan saya harap bila rumah ni siap, model bukan sahaja rumah canggih tetapi penduduknya pelbagai kaum. Jadi nampak sebagai contoh where people can live together, interact with one another.
- Dan beberapa bab yang baru, umpamanya sekarang ni perumahan arahan saya simple, nak buat, boleh. Kos kena jaga, no delay, no commission dan mesti ada semua. Sekolah kalau dua batu jauh buat apa. Kalau buat umpamanya tabika, bapa di atas, ibu di atas, tabika di bawah you tak bimbang sekuriti, you tak bimbang pengangkutan. You save kos pengangkutan. Sekolah jalan ini, you save another RM100–200 per month untuk pengangkutan. Tadika atau pra-sekolah di bangunan itu, duduk di sebelah, you save. Jadi kalau anak prasekolah, anak di sekolah, pengangkutan you save. Jadi kalau pegawai kerajaan atau syarikat, you fokus kerja. Ini kadang-kadang datang lambat sebab apa? Nak hantar anak dulu. So, ini kita fikir this to me a modern concept yang kita boleh buat untuk rumah-rumah baru. Semua rumah di Kuala Lumpur saya syaratkan mesti begini. We will not approve kalau you tak jaga semua sekali. Sekolah kalau tanah tidak cukup, buat vertical school. Ini projek perumahan ada dedicated. Lif sekolah di situ 10 tingkat, tidak apa. Jadi bapa, ibu semua keliling itu, it is save. Tapi sekolah tentu dah baik, bukanlah 2, 3, 10 tingkat mestilah ada padang, tempat permainan, makmal dan sebagainya. Dan kos akan jauh lebih murah kalau kita serah kepada pemaju. Kalau tidak, buat benda lain pula sekolah delay lagi.
- Ada sekolah sukan di Perlis. Saya pergi Perlis dua bulan lalu. 11 tahun ke 13 tahun belum siap. Jadi saya ambil keputusan batal projek itu dan minta syarikat besar jalankan dan siap segera. Jadi ini contoh tidak boleh, sebab orang yang tunggu sekolah dia tidak boleh sabar lagi dah. You will blame the government. Sebab itu saya kata, okey, you want approval, Yes. We approve the house. We approve the masjid or surau, we approve the hospital or clinics, we approve the school. Buat satu konsep yang komprehensif, that is what development MADANI is all about.
- Jadi, saya harap kita akan saksikan, ini mesti cepat punya. Ketua Menteri, dan Yang Di-Pertua Bandar ini, dia tahu dah pegawai saya selalu kacau dia. Masih tidak siap-siap buat. Saya terima kasih bukan sahaja kepada Yang Di-Pertua, tapi seluruh team dia. Maknanya, it can be done, boleh buat pun kalau boleh buat dalam masa dua bulan dia kata, mengapa nak tunggu lapan bulan. I mean, if it is one month, it’s reasonable atau one and a half month, sixty days. Okey. Tapi ni lapan bulan. Projek di Kuala Lumpur biasa, eight month, two years, tapi baru ni, bila ada projek MADANI, saya kata “No, I’m going there.” Dua bulan boleh pula. No, I’m going to launch that on this date, about thirty-eight or forty days. Saya tengok boleh siap. Maknanya, it can be done. Tapi jangan compromise standard ini Dato’ Seri dia pandai jaga baik-baik. You make sure all the standards, observe 100% full-proof, kerana ini projek model bagi negara kita.
- Terima kasih sekali lagi Ng and your entire team. Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
