Menu Pilihan





Laman Utama | Kembali
Ucapan
Penyampai : DATUK SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI
Tajuk : PELANCARAN RASMI KAD PINTAR PELBAGAIGUNA KERAJAAN
Lokasi : PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA
Tarikh : 05-09-2001
 
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas jemputan bagi merasmikan pelancaran kad pintar pelbagaiguna kerajaan. Saya berasa amat berbangga pada malam ini kerana majlis ini merupakan satu hari bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia di mana kita telah merakamkan satu lagi sejarah cemerlang negara. Kita baru sahaja menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-44 dan majlis kita pada malam ini merupakan satu lagi pengiktirafan mercutanda kejayaan Malaysia. Kejayaan ini adalah merupakan kejayaan seluruh rakyat Malaysia .



2. Rakyat Malaysia baru sahaja merayakan hari kemerdekaan negara yang ke-44. Perayaan tersebut membawa kita untuk memperingati dengan bangganya bagaimana kita mampu menjadi satu negara yang bersatu untuk mencapai kemerdekaan, bukan sahaja dari penjajahan tetapi juga untuk bebas daripada menjadi sebuah negara pengeluar getah dan bijih timah sahaja.



3. Sebagai sebuah negara kita telah melalui perubahan pesat daripada sebuah negara pertanian kepada sebuah negara yang mencorakkan teknologi terutamanya dalam era ICT.



4. Semasa Wawasan 2020 mula-mula diilhamkan 10 tahun dahulu untuk menentukan halatuju strategik negara, ramai yang sangsi dan ragu bahawa sebuah negara kecil seperti kita sanggup merencanakan pembangunan berteknologi tinggi untuk Malaysia. Tetapi hari ini ramai telah mengakui bahawa wawasan tersebut telah membawa perubahan pesat kepada keadaan ekonomi, sosial, fizikal dan institusi negara.



5. Rakyat Malaysia telah melalui pelbagai liku dan cabaran dalam memupuk pembangunan negara. Kemunculan era maklumat, globalisasi dan k-ekonomi merupakan cabaran-cabaran baru yang perlu dihadapi. Syarat- syarat persaingan turut berubah, dimana ilmu (knowledge) merupakan fakta utama dalam menentukan kejayaan. Dengan itu kita perlu mempunyai dayatahan dan dayasaing yang kuat untuk maju ke hadapan. Kita perlu mengukur pencapaian kita dengan mengambil iktibar daripada kejayaan dan kegagalan telah kita alami. Sebagai negara yang berwawasan kita perlu menilai diri kita sendiri dan melihat sejauh mana kita dari matlamat dan objektif yang kita tetapkan. Sebagai negara sedang membangun, matlamat kita ialah untuk menjadi negara yang membangun. Untuk menjadi sebuah negara yang membangun kita perlu menekankan kepada pembangunan isi atau `content' development untuk menentukan dayasaing yang berterusan.



6. Dengan pengumuman Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga baru-baru ini, kita yakin bahawa `blueprint' pembangunan negara untuk 10 tahun akan datang ini, akan menjadikan Malaysia mempunyai dayatahan yang tinggi dan terus relevan dalam era maklumat ini.



7. Konsep MSC dirangka untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi negara dan mewujudkan peluang- peluang yang sukar diperolehi di tempat-tempat lain oleh rakankongsi antarabangsa kita. Mengambil kesempatan dari teknologi multimedia dan IT, dan untuk merangsang perkembangan MSC, 7 Aplikasi Perdana iaitu Kad Pintar Pelbagaiguna, Kerajaan Elektronik, Sekolah Bistari, Telekesihatan, Pasaran Tanpa Sempadan, World Wide Manufacturing Web dan Kelompok R&D telah dibangunkan.



8. Ditambah pula dengan usaha-usaha ke arah peningkatan produktiviti , teknologi ini akan mengubah halacara sektor awam bertindak dan berinteraksi dengan orang ramai, sektor swasta dan sebaliknya. Faedah- faedahnya adalah sangat meluas dan terus berganda.



9. Creating the GMPC was a unique Malaysian experience. It was a visionary idea that aroused the intellectual curiosity of technologists around the world. When first mooted, the GMPC evoked initial scepticism and eventual amazement that Malaysia has the intellectual and entrepreneurial competence to conceptualise and deploy such a technologically advanced smart card system.



10. Questions were raised why Malaysia being just a developing nation will want to implement such massive IT visions and projects as the MSC and a Multi Application Smart Card. The answers were simply that the MSC initiatives, and specifically the GMPC were undertaken so that cutting edge technology and expertise would be brought into the country and Malaysia would be more than a user of it. This was a wise move in lieu of the fact that traditionally, the Malaysian side of technological advances were limited to usage, implementation and maintenance. This contributed to immense amount of money flowing out of the country whenever any change of system requirements was done because of copyright laws and lack of local expertise to do R & D. In contracting Malaysian companies to design, set-up and implement the GMPC infrastructure, local it industry could in fact learn, develop and master new technologies.



Secondly, the GMPC will become the basis of a digital infrastructure being deployed by the Malaysian Government to propel Malaysia into the technology era. The Malaysian Government intends to use the GMPC as leverage to enhance the accessibility of government services to its citizens by positioning the GMPC as the primary digital identification medium to allow citizens to interact with government's new and emerging internet based services. This integration of the different applications (government and payment) is very powerful because the ease of access and usage, not to mention convenience, offered to the public is unparalleled.



11. I am truly proud to say that the GMPC, its system, design, concept, procedures are all developed locally. The key factor of success in accomplishing GMPC is a result of teamwork. Realisation of GMPC has been clearly proven to be a successful collaboration between the government and the private sector, and mutually enriching experience for all involved. It is remarkable to discover that in the course of developing the GMPC, the efforts and endeavour by both the government and private sectors has shown that national responsibility and economic sustainability can co- exist.



12. Through the years Malaysia has accomplished achievements in many areas resulting in the MSC, KLIA and PETRONAS twin towers. GMPC marks another achievement in Malaysia's history. More importantly, the GMPC is an enabling technology as it is designed as an access key and transaction vehicle for both the government and private sector. Coupled with higher efficiency and productivity enhancement, the GMPC will have the potential to revolutionise the way government works and interact with citizen in all aspect of services. GMPC has set the target of the beginning of literally paperless transaction. GMPC will be the key impetus for nationwide transformation of government services.



13. In simple terms, GMPC will actually be putting technology into the hands of every Malaysian as it is an official identification document. In this case, every citizen with the GMPC will have the capability to use it not only as an identification document but also for payments, health services, travel and secure e- transactions. The GMPC will bring in a lot of changes to the way we do things daily. GMPC has provided us with a favourable platform as a first step for the people of Malaysia to migrate to the information and digital age.



14. To date, more than 500,000 cards have been issued. We expect by the end of this year, one million cards will be used in Malaysia, and by the year 2007, GMPCs will be issued to the 20 million population of 12 years and above.



15. The GMPC is not developed as an isolated project. It is designed to act as the medium to interface with other MSC initiatives. One of these initiatives is the eservices, which is now ready to provide services to the public. The eservices project focuses on the citizen to government concept, which aims at providing greater convenience to the public when dealing with the government and other parties through multiple electronic delivery channels such as kiosks, interactive voice response (IVR), and internet services via personal computers and web TV. These electronic delivery channels will enable the public to conduct payment transactions using credit cards or the MEPS cash component of the GMPC. In the near future, kiosks will also function as the government service centres allowing the public to access these services using the GMPC.



16. Another significant asset of GMPC will be that it will offer cashless capability in the form of e-cash to its holders. With the MEPS cash functionality in the card, it is expected that when the GMPC is issued out to the whole population of Malaysia of age 12 years and above, there will be more than 20 million e-cash users, making Malaysia, one of the largest e-cash society.



17. I would also like to extend Malaysia's heartfelt appreciation to our friends and supporters from all over the world including the members of the International Advisory Panel (IAP) who will be meeting tomorrow to help Malaysia chart its map towards technological advancement. We will always maintain our policy of mutual respect and mutual assistance amongst our nearest neighbours or our friends in the furthest reaches of the globe. At this age of rapid information exchange and globalization, the wellbeing of one country is as important to the next.



18. To give GMPC a unique identity, as a multi application card which not only has government applications but also other functionalities, I am therefore honoured to announce that the government has decided that the GMPC will be known as "MYKAD". The word "MY" signifies Malaysia's internet address as well as personal ownership, whilst the word "KAD" is the acronym of " Kad Akuan Diri" or translated as "personal identification card", and simply also means "card". "MYKAD" will be recognised worldwide as the Malaysian multipurpose citizen smartcard, the world's first multi application card.



19. "MYKAD" bukan sahaja yang pertama di dunia malah ia adalah ciptaan yang menjadi kebanggaan negara. Ia akan meningkatkan keberkesanan cara kita menjalankan urusniaga harian antara kerajaan dan juga sektor swasta serta bakal merevolusi cara berurusniaga antara pengguna, peniaga dan kerajaan serta menawarkan pelbagai penyelesaian kepada semua.



20. Hari ini, MYKAD menggabungkan Kad Pengenalan, Lesen Memandu, Maklumat Imigresen, Maklumat Kesihatan, MEPS tunai dan capaian kepada prasarana kekunci awam (PKI). Di masa hadapan, MYKAD akan menawarkan lebih aplikasi di mana kegunaannya adalah amat luas. MYKAD adalah lebih daripada satu kad di dalam satu kad. Ia adalah sekeping kad yang memudahkan dan mempunyai pelbagai aplikasi serta selamat.



21. Di dalam masa terdekat, MYKAD boleh digunakan sebagai kawalan akses untuk masuk dan keluar daripada rumah dan pejabat. Apabila menaiki kenderaan awam seperti teksi, keretapi atau bas, MYKAD boleh digunakan juga. Pengguna tidak lagi memerlukan tukaran siling. Pemegang MYKAD juga boleh memperbaharui Lesen Memandu di semua cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan atau di mana-mana kaunter perkhidmatan kerajaan yang bertindak sebagai "one-stop center" untuk permohonan MYKAD dan perkhidmatan lain yang berkaitan. Pemegang juga turut dapat menggunakan MYKAD sebagai kad ATM atau sebagai alat urusniaga e-dagang dengan penuh keyakinan dengan Aplikasi Prasarana Kekunci Awam (PKI).



22. MYKAD memudahkan dan selamat, ia juga dapat mengurangkan masalah penggunaan kertas dan pengisian borang yang konvensional. Masa dan produktiviti dapat digunakan dengan lebih berkesan dan effektif dengan MYKAD.



23. Akhir kata saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada badan-badan kerajaan serta pihak syarikat yang telah memberi komitmen mereka kepada pembangunan My Kad ini. Saya harap usaha-usaha dan initiatif seperti itu akan kekal berterusan menjadi budaya negara dalam mewujudkan produk dan perkhidmatan yang lebih canggih dan berinovatif. Saya mempunyai penuh keyakinan bahawa My Kad akan menjadi satu alat yang penting yang memberi pelbagai manfaat dalam kehidupan seluruh rakyat Malaysia dan menjadi contoh dan inspirasi kepada negara-negara lain.



24. Dengan kata-kata ini saya dengan sukacita merasmikan pelancaran Kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan atau "MYKAD".



Terima kasih.

Kami menerima 7,637,036 kunjungan sejak 17 Disember 2008
Paparan terbaik pada skrin 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7+ dan Mozilla Firefox 3+
©2026 Hakcipta Terpelihara PERDANA DIGITAL
(sebelum ini dikenali sebagai SMPKE),Pejabat Perdana Menteri