Menu Pilihan





Laman Utama | Kembali
Ucapan
Penyampai : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tajuk : MALAYSIA: THE WAY FORWARD (TERJEMAHAN)
Lokasi :
Tarikh : 28-02-1991
 
Pengenalan ----------

Kertas kerja ini bertujuan untuk mengemukakan kepada tuan-tuan beberapa pandangan tentang arah masa depan negara kita dan bagaimana kita patut berusaha mencapai matlamat membangunkan Malaysia menjadi Negara Perindustrian. Turut digariskan beberapa langkah yang patut diambil dalam jangka pendek supaya asas bagi perjalanan jauh untuk mencapai matlamat utama itu dapat diatur.

2. Kita berharap bahawa rakyat Malaysia yang dilahirkan hari ini dan pada tahun-tahun akan datang akan menjadi generasi terakhir warganegara kita yang tinggal di negara yang digelar `membangun`. Matlamat utama yang patut kita tujui ialah Malaysia yang menjadi negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.

3. Tuan-tuan mungkin bertanya apakah sebenarnya "negara maju sepenuhnya?" Adakah kita mahu menjadi seperti 19 negara kita Sweden, Finland, Jepun? Yang jelasnya setiap satu daripada 19 negara ini, daripada masyarakat dunia yang mempunyai lebih 160 setiap negara meniru salah satu membangun. Kita patut kita.

4. Malaysia tidak harus dibangunkan dalam bidang ekonomi sahaja. Ia mesti menjadi negara yang maju sepenuhnya dalam semua bidang: ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi, perpaduan nasional dan sosial, dalam erti kata ekonomi kita, dalam erti kata keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa dan keyakinan.

Malaysia sebagai negara maju sepenuhnya - satu takrif ■ ----------------------------------------------

5. Menjelang tahun 2020, Malaysia dapat menjadi negara bersatu, dengan masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur, dan mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas dan kental.

6. Tidak akan wujud Malaysia yang maju sepenuhnya sehingga kita akhirnya dapat mengatasi sembilan cabaran strategik yang kita hadapi sejak kelahiran kita sebagai sebuah negara merdeka.

7. Cabaran pertama ialah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuh- nya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

8. Yang kedua ialah cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.

9. Cabaran ketiga yang sering kita hadapi ialah usaha mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.

10. Keempat ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didokong oleh nilai etika paling tinggi.

11. Cabaran kelima yang selalu kita alami adalah untuk mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

12. Keenam ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

13. Cabaran ketujuh untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

14. Kelapan ialah cabaran untuk memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan pengenalan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.

15. Cabaran kesembilan ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

16. Kita sudah lama berusaha ke arah mencapai matlamat berkenaan. Kesembilan matlamat utama yang dinyatakan ini tidak semestinya menjadi urutan keutamaan kita untuk tiga dekad akan datang. Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan.

17. Tetapi tentulah memeranjatkan jika cabaran strategik pertama yang saya sebutkan - mewujudkan negara Malaysia bersatu - tidak akan menjadi keutamaan yang paling asas, paling pokok.

18. Oleh sebab apa yang akan saya katakan pada pagi ini banyak tertumpu pada pembangunan ekonomi, izinkan saya tekankan sekali lagi bahawa pembangunan sepenuhnya ke arah masyarakat maju yang kita cita-citakan - walau macam mana setiap kita mahu mentafsirkannya - tidak boleh dimaksudkan pada kemajuan kebendaan dan ekonomi sahaja. Pembangunan ekonomi tidak seharusnya menjadi satu-satunya matlamat paling utama untuk memenuhi keperluan negara kita.

19. Oleh sebab Majlis ini perlu menumpukan perhatian pada isu pembangunan ekonomi dan keadilan sosial ekonomi, yang bagi negara ini perlu diusahakan bersama-sama untuk masa depan yang lebih cerah, izinkan saya jelaskan tanggapan mengenai cabaran strategik utama yang berkaitan dengan dua matlamat penting ini.

20. Pada ketika ini, lebih baik kita jelaskan dengan lebih terperinci matlamat mewujudkan keadilan ekonomi dalam masyarakat.

21. Daripada serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru (DEB), tiada sesiapa pun yang menentang pembasmian kemiskinan geografi. Semua tinggal di kawasan di selatan, utara, timur atau barat, mesti dinaikkan daripada garis kemiskinan mutlak.

22. Negara ini mesti mampu menyediakan cukup makanan diatas meja supaya tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang mengalami masalah kekurangan zat makanan yang teruk.Kita mesti menyediakan secukupnya keperluan asas seperti tempat tinggal, hak mendapat kemudahan kesihatan, dan semua keperluan asas yang lain. Malaysia yang maju perlu mempunyai kelas menengah yang besar dan bertenaga dan menyediakan peluang secukupnya untuk mereka di peringkat bawahan keluar daripada belenggu kemiskinan relatif.

23. Mata serampang kedua, iaitu memansuhkan pengenalan kaum berasaskan fungsi ekonomi utama, juga diterima umum walaupun ada yang beranggapan bahawa ia boleh dicapai tanpa mengubah sebarang kedudukan. Jika kita ingin membina masyarakat adil, kita mesti menerima beberapa tindakan tegas Ini bermakna dalam pelbagai sektor pekerjaan yang penting, campuran pelbagai kaum yang mewujudkan negara Malaysia patutlah ada. Melalui usaha yang sah, kita mesti memastikan imbangan yang adil dalam profesion dan semua kategori pekerjaan utama. Sudah tentu kita juga mesti menekankan mutu dan kebolehan. Tetapi kita mesti memastikan pembangunan sihat masyarakat Bumiputera yang mampu dan gigih dalam bidang perdagangan dan perindustrian.

24. Malaysia maju tidak harus mempunyai masyarakat yang mengaitkan kemunduran ekonomi dengan kaum. Ini membawa makna kesamarataan pendapatan individu, iaitu keadaan semua rakyat Malaysia mempunyai pendapatan yang sama. Ini mustahil individu, melalui kita, kita semua akan mempunyai nilai ekonomi yang berlainan, dan akan menerima Kesamarataan dalam pendapatan diperjuangkan oleh fahaman sahaja mustahil tetapi tidak ada ia satu formula untuk kehancuran.

25. Tetapi saya yakin bahawa merapatkan jurang pendapatan kaum, melalui persamaan perkhidmatan sosial dan infrastruktur yang lebih dekat, melalui pembangunan budaya ekonomi yang sesuai dan melalui pembangunan sumber manusia sepenuhnya, adalah perlu dan memang dikehendaki. Kita mesti menanam cita-cita menjelang tahun 2020 hendak mencapai tahap tidak seorang pun dapat mengatakan kumpulan kaum tertentu pada asasnya mundur dari segi ekonomi manakala satu kaum lagi maju. Keadaan seperti itulah yang mesti kita usahakan - secara lancar, berkesan, dengan adil dan penuh dedikasi.

26. "Perkongsian penuh dalam kemajuan ekonomi" tidak bermaksud perkongsian penuh dalam kemiskinan. Ia mestilah bermaksud imbangan adil dari segi penyertaan dan sumbangan semua kaum - termasuk Bumiputera Sabah dan Sarawak - dalam sektor ekonomi kita yang cepat membangun dan moden. Ia mestilah bermaksud agihan yang adil dari segi kawalan, pengurusan dan hakmilik ekonomi moden.

27. Untuk mencapai matlamat keadilan ekonomi dalam masyarakat, kita mesti meningkatkan program kita untuk pembangunan sumber manusia dengan pesatnya. Memang ada keperluan untuk menjamin kewujudan masyarakat Bumiputera yang mampu supaya setaraf dengan masyarakat bukan Bumiputera. Memang ada keperluan untuk revolusi mental dan perubahan budaya. Semua tugas untuk memajukan diri perlu kita lakukan sendiri. Dalam usaha memperbetul ketidakseimbangan ekonomi, perlu wujud penekanan penuh untuk mencapai kemajuan dengan segera serta hasil yang produktif - pada kos paling rendah dari segi ekonomi dan masyarakat.

28. Untuk mewujudkan masyarakat makmur, kita boleh menetapkan beberapa banyak matlamat yang berasaskan aspirasi. Saya yakin bahawa kita harus menetapkan matlamat yang munasabah (sebagai lawan kepada matlamat beraspirasi) untuk menggandakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar kita setiap 10 tahun antara 1990 dan 2020. Jika kita lakukan ini, KDNK kita akan menjadi lapan kali lebih besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990. KDNK kita pada 1990 ialah $115 bilion. KDNK kita pada 2020 patut menjadi kira-kira $920 bilion dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990).

29. Pertumbuhan pesat ini memerlukan pertumbuhan pada kadar purata kira-kira tujuh peratus (dalam nilai sebenar) setahun untuk 30 tahun akan datang.Diakui bahawa ini anggaran menetapkan matlamat yang tinggi diri kita untuk gigih berusaha.

30. Kita mesti waspada akan `keasyikan pertumbuhan`, iaitu bahaya mengejar angka pertumbuhan yang ditetapkan tanpa menghirau iltizam yang perlu untuk menjamin kestabilan, mengawal kadar inflasi supaya sentiasa rendah,menjamin kadar pengekalan, membangunkan mutu hidup kita dan taraf hidup, dan pencapaian matlamat sosial lain. Ini akan menjadi usaha yang sukar dengan pelbagai kejayaan dan kegagalan. Tetapi saya yakin ini dapat dilakukan.

31. Pada 1960-an, pertumbuhan kita adalah pada kadar purata 5.1 peratus setahun; pada 1970-an, dekad pertama DEB, pertumbuhan Malaysia adalah pada kadar purata 7.8 peratus; pada 1980-an kerana tahun-tahun kemelesetan, pertumbuhan kita ialah pada kadar purata 5.9 pcratus setahun.

32. Jika kita mengambil 30 tahun lalu KDNK kita meningkat setiap tahun dalam nilai sebenar pada kadar purata 6.3 peratus setahun. Jika kita mengambil 20 tahun lalu, pertumbuhan kita adalah pada kadar purata 6.9 peratus setahun. Yang diperlukan ialah tambahan pertumbuhan sebanyak 0.1 peratus. Sudah pasti jika kita berusaha sepenuhnya, Insya-Allah 0.1 peratus ini dapat dicapai.

33. Jika kita berjaya, dan diandaikan kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2.5 peratus, menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia akan kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar) berbanding 1990. Itulah ukuran masyarakat makmur yang kita inginkan dan harap dapat mencapainya.

34. Perkara kedua dalam matlamat ekonomi kita ialah usaha menjamin kewujudan ekonomi yang bersaing. Ekonomi sedemikian patut dapat bertahan bagi tempoh yang lebih lama, bersifat dinamik, giat dan kental. Ia mesti membawa maksud, antara lainnya:

* Ekonomi yang pelbagai dan seimbang dengan sektor perindustrian yang matang dan luas asasnya, sektor pertanlan yang matang dan maju dan sektor perkhidmatan yang berkesan, produktif serta matang;

* Ekonomi yang cepat bertindak, pantas menyesuaikan n persaingan;

* Ekonomi yang mempunyai teknologi yang cekap, mampu sepenuhnya disesuaikan, diubahsuai dan dicipta, ekonomi yang semakin berpusat pada teknologi, bergerak kearah aras teknologi yang semakin tinggi;

* Ekonomi yang mempunyai hubungan perindustrian yang kukuh dan saling berkaitan dengan keseluruhan sistem;

* Ekonomi yang digerakkan oleh kuasa pemikiran, kemahiran dan ketekunan dalam menguasai kekayaan maklumat,dengan pengetahuan mengenai apa yang perlu dilakukan dan bagaimana melakukannya;

* Ekonomi yang mempunyai daya pengeluaran tinggi dan terus meningkat dalam hubungannya dengan semua faktor pengeluaran; * Ekonomi keusahawanan yang berdikari, berpandangan luas, bersifat cergas dan berdaya usaha; * Ekonomi yang dikekalkan dengan etika kerja contoh, kesedaran terhadap mutu dan usaha ke arah kecemerlangan;

* Ekonomi yang ditentukan sifatnya dengan kadar inflasi dan kos sara hidup yang rendah; dan

* Ekonomi yang dikuasai oleh disiplin dan kawalan 35. Ramai antara kita dalam Majlis ini tidak akan berada di sana pada pagi 1 Januari 2020. Tidak ramai, rasa saya.Beban memastikan satu generasi dari sekarang, sudah pasti akan dilakukan oleh pemimpin yang kita. Tetapi kita mesti ankan tugas kita untuk yang kita mahukan. Dan marilah kita letakkan batu asas untuk mereka meneruskan pembinaannya.

Beberapa Dasar Utama■ konomi Sektor Awam Untuk ■ D■ Jangkaan Masa Depan ■ ----------------------------------------------

36. Sejak awal 1980-an, kita menekankan bahawa negara ini akan bergantung pada sektor swasta sebagai penggerak utama pertumbuhan ekonomi. Kita sebenarnya sudah mendahului negara lain di dunia,termasuk negara maju dalam memberi kepercayaan kepada sektor swasta.

37. Dalam tahun-tahun yang awal, sektor swasta kita yang masih muda tidak dapat memberi sambutan terhadap cabaran yang diberi. Kemudian datang kemelesetan yang tidak diduga serta menyulitkan dan tahun-tahun kelembapan. Bagaimanapun, sejak tiga tahun lalu, sektor swasta kita sudah berkembang dan mula bertindak balas. Dasar ini mula membuahkan hasil.Hasilnya pada 1988, pertumbuhan kita dalam nilai sebenar ialah 8.9 peratus; pada 1989, 8.8 peratus; pada 1990, 9.4 peratus tanpa pertambahan belanjawan Keraiaan. "Ekonomi Harimau Timur Laut Asia" pun tidak dapat berbuat demikian.

38. Tidak ada negara yang boleh menolak formula yang berjaya. Dan negara ini tidak akan menolaknya. Untuk jangkaan masa sektor swasta, terus bergantung padanya sebagai penggerak pertumbuhan ekonomi.

39. Pada masa yang sama, kerajaan akan terus mengurangkan tahap pembabitannya dalam bidang pengeluaran ekonomi dan perdagangan. Negara sudah tentu tidak boleh berundur sepenuhnya daripada kehidupan ekonomi Malaysia. Kerajaan tidak boleh melucutkan tanggungjawabnya untuk mengawal dan memperuntukkan rangka kerja undang-undang dan peraturan untuk pembangunan ekonomi dan sosial yang pesat.

40. Kerajaan akan bersikap proaktif untuk memastikan pengurusan fiskal dan kewangan yang sihat serta perjalanan ekonomi Malaysia yang lancar. Kerajaan akan meningkatkan pembangunan infrastruktur fizikal yang diperlukan dan mewujudkan suasana perdagangan yang baik - selaras dengan keutamaan sosialnya yang lain. Dan apabila perlu, kerajaan tidak semestinya akan terikat sepenuhnya dengan iltizamnya untuk menarik diri daripada peranan ekonomi, iaitu kerajaan tidak akan campurtangan. Kerajaan akan memainkan peranan dengan teratur, bijaksana dan secara giat.

41. Proses mengurangkan peraturan akan diteruskan. Tidak dinafikan lagi bahawa peraturan merupakan perkara penting untuk mengawal masyarakat, dan ekonomi merupakan sebahagian daripada masyarakat. Negara tanpa undang-undang dan peraturan adalah negara yang bermain dengan anarki. Tanpa peraturan akan sedikitlah urusan dan tiada langsung pembangunan. Yang tidak diperlukan ialah peraturan berlebihan kerajaan sedang menguatkuasakan peraturan berlebihan.

42. Kebijaksanaan pada kebolehan membezakan antara undang-undang dan peraturan yang membawa hasil kepada matlamat kita dan yang bukan sedemikian dan ini terletak pada kemampuan membuat keputusan yang tepat berhubung dengan untung rugi ini. Oleh itu, kerajaan tidak banyak bersikap bodoh atau tidak bertanggungjawab, dan akan memenuhi kehendak masyarakat banyak di samping memenuhi keperluan untuk pertumbuhan pesat dan ekonomi yang bersaing, giat dan kental. Kerajaan akan berpandukan pengetahuan bahawa membebaskan perdagangan juga - bukan sahaja undang- undang dan peraturan, dan campur tangan negara - dapat menyumbang kepada pencapaian matlamat sosial yang lebih luas. Berdasarkan ini dan fakta bahawa memang ada ruang peraturan yang tidak menghasilkan apa-apa dimansuhkan, anda bolehlah mengharapkan proses mengurangkan peraturan akan diteruskan. peraturan rejim Kadar Pinjaman Asas (BLR) merupakan contoh kesedaran ini.

43. Penswastaan akan terus menjadi asas penting dalam pembangunan negara dan strategi kecekapan kebangsaan. Dasar ini tidak diasaskan pada kepercayaan ideologi. Dasar ini ditujukan dan daya beban matlamat pengagihan hasil negara.

44. Dalam melaksanakan dasar penswastaan kita, kerajaan memang sedar akan keperluan untuk melindungi kepentingan rakyat, untuk memastikan golongan miskin mendapat hak untuk perkhidmatan asas, untuk menjamin mutu perkhidmatan disediakan dengan kos paling minimum, untuk mengelakkan amalan monopoli tidak produktif dan memastikan kebajikan pekerja.

45. Memang akan ada masalah. Tidak ada usaha yang diperoleh tanpa pengorbanan. Tetapi jelaslah bahawa dasar ini setakat ini membuahkan hasil positif dan kita bolehlah menjangka pelaksanaannya akan dipertingkatkan pada masa hadapan.Dengan siapnya Kajian Pelan Induk Penswastaan, saya yakin banyak masalah yang mengganggu kemajuan penswastaan akan diatasi, seterusnya meningkatkan lagi pelaksanaan yang lancar.

46. Pada tahun-tahun akan datang akan wujud satu Galakan Perindustrian Berterusan, galakan yang tidak berdasarkan keghairahan terhadap perindustrian tetapi berdasarkan kebenaran bahawa jika kita mahu pesat membangun dalam keadaan ekonomi maju akan meninggalkan peringkat perindustrian untuk memasuki peringkat pasca perindustrian -inilah cara untuk terus bergerak. Jika kita mahu mewujudkan perindustrian dengan cepat, kita perlu menggunakan sepenuh- nya tenaga negara dan secara bersungguh-sungguh mengatasi segala kelemahan.

47. Untuk mencapai dasar ini, kerajaan perlu menangani masalah asas sektor pembuatan yang kecil. Pada 1988, 63 peratus daripada keseluruhan eksport barang buatan Malaysia datangnya daripada industri elektrik,elektronik dan tekstil.Elektronik sahaja menyumbang 50 peratus daripada keseluruhan eksport barang buatan. Kita mesti mempelbagaikan sektor pembuatan.

48. Walaupun pembangunan paling pesat berlaku dalam zon perdagangan bebas, namun permintaan untuk barang perantaraan tempatan hanya kecil. Kita perlu menangani masalah hubungan perindustrian yang lemah.

49. Pembangunan teknologi tempatan pula tidak mencukupi.Terlalu sedikit tambahan nilai, terlalu mudah penyusunan pengeluarannya. Kita juga perlu mengatasi kos pengeluaran yang semakin meningkat dengan meningkatkannya kos buruh, kos bahan mentah dan perbelanjaan awal (overhead) dengan cara meningkatkan kelancaran dan daya pengeluaran. Memang ada kekurangan serius dari segi tenaga manusia. Semua ini dan banyak lagi isu perlu diberi perhatian.

50. Industri kecil dan sederhana mempunyai fungsi penting untuk mewujudkan peluang pekerjaan, untuk mengukuhkan hubungan perindustrian, dalam menembusi pasaran dan menghasilkan pendapatan eksport. Sektor ini mempunyai peranan utama sebagai tempat bermula untuk melahirkan usahawan masa depan.

51. Kerajaan akan merangkakan skim bantuan yang wajar dan akan berusaha meningkatkan taraf kepakaran pengurusan, pengetahuan teknologi dan kemahiran pekerja dalam sektor ekonomi yang sangat penting dan sering diabaikan.

52. Industri kecil dan sederhana ini akan menjadi asas utama untuk penekanan perindustrian kita pada masa depan.Kerajaan memang bersungguh-sungguh untuk memajukannya sepenuh-nya.

53. Begitu kita mesti mempelbagaikan barangan eksport, kita juga mesti mempelbagaikan pasaran eksport kita.Pengeksport Malaysia mesti melihat kepada pasaran bukan tradisi. Ini memerlukan pengetahuan baru, saluran baru, hubungan baru dan pendekatan baru untuk menangani undang- undang dan peraturan yang belum biasa ditemui. Ini tentunya tidak menyenangkan tetapi kita silap jika kita menganggap bahawa ini tidak menguntungkan berbanding kesulitannya dalam menangani pasaran berkenaan. Secara persendirian pasaran ini mungkin kecil tetapi secara keseluruhan pasaran Asia, Afrika dan Amerika Selatan yang sedang membangun itu adalah membangun itu adalah besar. bahawa ini menguntungkan untuk mengeksport ke pasaran ini, sudah tentu ini juga akan akan membantu tetapi sektor peranan mereka. Pergantungan berasaskan eksport masih menjadi cara pertumbuhan pesat.

54. Penyertaan dalam pasaran dunia meletakkan syarikat kita berdepan dengan semua saingan dan meletakkan syarikat kita di bawah kuasa persaingan antarabangsa. Ini cabaran yang kita mesti tempatan terlalu kecil tetapi kerana dalam jangka panjang ia akan menguntungkan pergantungan kita pada eksport.

55. Kita mesti terus kekal dengan pertumbuhan yang berasaskan eksport walaupun mengalami kelembapan sejagat, walaupun berlaku peningkatan dasar perlindungan, blok perdagangan dan perdagangan terurus. Apabila perjalanan semakin mencabar, kita tidak boleh berpatah balik. Kita tidak ada pilihan lain kecuali terus berani, lebih berkesanggupan, produktif dan lebih bersaing, lebih mampu untuk menghadapi pelbagai cabaran.

56. Peliberalan ekonomi Malaysia sudah menunjukkan hasil menguntungkan dan menyumbang ke arah pertumbuhan yang lebih dinamik.

57. Sudah pasti peliberalan perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan secara berperingkat untuk memastikan tidak berlaku ketidakpastian ekonomi dan kewujudan kos pelarasan struktur berlebihan. Kita patut menimbang sepenuhnya kemampuan Malaysia untuk melaksanakan peliberalan ini. Kita tidak patut menolak hujah industri setahun jagung tetapi kita juga tidak boleh tunduk kepada tekanan yang tidak berasas.

58. Pada masa yang sama,peliberalan yang membawa hasil akan memastikan sektor swasta kita kurang bergantung pada keuntungan tidak bernilai dan perlindungan, yang hanya menguntungkan sesetengah pengeluar yang memperolehnya tetapi menjadi tekanan terhadap pada pengguna dan pengeluar lain. Bayi pun mesti membesar. Mereka mesti membesar untuk menjadi sihat dan kuat. Dan ini tidak boleh dilakukan jika mereka terlalu dilindungi.

59. Kerajaan akan meneruskan usaha menarik pelaburan asing. Sekali lagi, kita tidak akan menolak strategi yang berjaya.Tetapi kita akan mengubahsuaikannya untuk memastikan semua langkah tersusun kemas agar Malaysia dapat memanfaatkan sepenuhnya

60. Pada masa dahulu, sektor swasta tempatan pada umumnya telah gagal mencapai matlamat yang telah ditetapkan dalam Rancangan-Rancangan Malaysia. Nampaknya pelabur-pelabur tempatan merasai bahawa kerajaan tidak memberi usaha secukupnya untuk menggalakkan pelaburan tempatan seperti yang telah diberi kepada pelaburan asing. Ini sebenarnya tidak membetulkan lebih tepat.

61. Perusahaan kecil dan sederhana perlu dibantu untuk terus berkembang. Lebihan simpanan dan modal tempatan perlu disalurkan dengan lebih produktif kepada pelaburan.Lebih ramai usahawan perlu dihasilkan. Apabila perlu, bantuan latihan dan teknologi perlu diperluas; danbantuan infrastruktur diberi.

62. Penting kita tegaskan sekali lagi bahawa pembangunan yang kita perlukan tidak dapat wujud tanpa sokongan infrastruktur. Kita mesti terus dapat meramalkan permintaan dan keperluan masa depan. Dalam Belanjawan baru-baru ini kita dengan jelas menyatakan apa yang kita akan lakukannya dalam jangka pendek. Rancangan Malaysia Keenam akan menjelaskan apa yang kita akan lakukan dalam jangka sederhana manakala Garis Kasar Pelan Perspektif Kedua akan menunjukkan arah untuk jangka panjang. Kerajaan memang sedar akan masalah infrastruktur dan keperluan untuk pelaburan besar-besaran dalam tahun-tahun akan datang. Kita tidak akan membiarkan pertumbuhan terencat dengan gangguan pelaburan berlebihan yang pernah berlaku dibeberapa banyak negara.

63. Dalam usaha kita untuk maju, tidak ada yang lebih penting daripada pembangunan sumber manusia.

64. Daripada pengalaman dua dekad lalu berhubung keajaiban ekonomi dinegara yang miskin dari segi `sumber semula jadi`, adalah jelas sumber utama mana-mana negara ialah bakat, kemahiran, kepakaran, kekreatifan dan semangat rakyat.Apa yang kita ada dalam kepala kita, pada tulang empat kerat dan dalam hati kita adalah lebih penting dari pada apa yang kita ada di bawah tapak kaki dan sekeliling kita. Rakyat kita merupakan pada 1990-an dan selepas itu , Malaysia mesti memberi penekanan sepenuh mungkin ini.

65. Malaysia mempunyai satu sistem pendidikan yang terbaik di Dunia Ketiga. Tetapi untuk perjalanan yang kita perlu sediakan untuk generasi kedua, tahap dan piawaian baru perlu ditetapkan dan hasil baru perlu dicapai.

66. Kita tidak boleh tidak perlu berhasrat untuk mencapai taraf paling tinggi dari segi kemahiran rakyat kita, dalam hal tumpuan mereka kepada pengetahuan dan peningkatan ilmu serta usaha membaiki diri, dalam hal kecekapan berbahasa, dari segi sikap kerja dan disiplin, dari segi kebolehan pengurusan, motivasi pencapaian,sikap terhadap kecemerlangan dan dari segi mewujudkan semangat keusahawan.

67. Kita tidak patut mengabaikan peripentingnya semangat keusahawanan dan pembangunan keusahawanan yang menjangkau lebih daripada latihan dan pendidikan. mesti memastikan adunan yang betul berhubung dengan golongan profesional, separuh profesional, artisan, dan pekerja mahir dan imbangan yang betul antara mereka dalam bidang sains dan teknologi, sastera dan sains sosial.

68. Dalam pembangunan sumber manusia kita tidak boleh mengabaikan separuh daripada penduduk negara, iaitu kaum Bumiputera. Jika mereka tidak dibawa ke dalam arus pembangunan masyarakat, jika kebolehan mereka tidak dikembangkan sepenuhnya, jika mereka dibiarkan menjadi beban kepada negara, maka tentulah kemajuan kita akan tergendala.Tidak ada negara yang dapat mencapai kemajuan penuh dengan hanya separuh sumber tenaganya digemblengkan. Apa yang sekarang dianggap sebagai beban, dengan sikap dan pengurusan yang betul, dapat menjadi tenaga yang akan meringankan beban kita dan mempercepatkan kemajuan kita. Bumiputera mesti memainkan peranan mereka sepenuhnya untuk mencapai matlamat negara.

69. Inflasi merupakan duri dalam daging kepada semua perancang ekonomi. Untungnya, selain waktu kenaikan harga minyak pertama apabila inflasi meningkat sehingga 17 peratus, kadar inflasi kadar yang rendah rakyat perlu bersungguh-sungguh untuk mengekalkan kadar inflasi yang rendah. Satu-satunya cara terbaik untuk memerangi inflasi ialah kita hidup mengikut kemampuan. Jika kita tidak mampu, jangan beli. Di dilakukan kerana kita dapat menghasilkan hampir semua yang kita perlu dari segi makanan, tempat tinggal dan pakaian.Apabila kita mengalami kemelesetan baru-baru ini, kehidupan masih seperti biasa kerana kita masih mampumembeli barang keperluan pada harga yang lebih kurang sama iaitu kita tidak mengalami inflasi. Sekarang kita mempunyai lebih banyak wang, permintaan secara perlahan-lahan menaikkan harga. Oleh itu, walaupun kita mungkin lebih senang sekarang, dengan wang, tetapi dari segi kuasa sebenarnya belumlah senang.

70. Orang awam mesti memahami apa yang menyebabkan inflasi dan cukup berdisiplin untuk memeranginya. Di sesetengah negara, apabila kadar inflasi meningkat sehingga beribu-ribu peratus setahun,kerajaan sentiasa bertukar-tukar tanpa dapat membendung inflasi. Sebabnya rakyat tidak berdisiplin dan tidak bersedia untuk mengawal diri. Tidak ada kerajaan yang dapat mengekang inflasi kecuali rakyat bersedia menghadapi kesukaran itu.

71. Dalam usaha menentang inflasi, tidak ada yang lebih berkesan daripada pendidikan dan sikap disiplin rakyat.

72. Dalam dunia perdagangan yang saling bergantung, kadar tukaran mata wang memainkan peranan penting. Kadar mata wang yang terlalu rendah akan meningkatkan kos import dan bayaran hutang tetapi ia akan menyebabkan persaingan eksport. bagi digunakan dalam barangan eksport. Nilai mata wang tinggi akan pembelian tidak akan bersaing dan ekonomi akhirnya akan tejejas.

73. Ternyata pen gurusan kadar tukaran adalah penting untuk kemajuan negara. Ia hanya mempunyai kemampuan terhad untuk digunakan sepenuhnya. Dalam analisis terakhir, cara kita mengimbangkan perdagangan kita akan menentukan bagaimana mata wang kita dinilai. Malaysia mesti belajar menjadi lebih bersaing melalui daya pengeluaran lebih tinggi daripada sekadar melalui manipulasi kadar tukaran. Sekali lagi rakyat mesti faham akan peranan mereka, khususnya yang berkaitan dengan daya pengeluaran.

74 Dalam dunia teknologi tinggi, Malaysia tidak boleh ketinggalan. Kita tidak dapat berada di barisan depan teknologi depan kelebihan tertentu. Kita sudah menerima Pelan Tindakan Kebangsaan mudah. yang lebih sukar, iaitu pelaksanaannya.

75. Kerajaan sudah tentu akan meletakkan iltizam dan memberi kepemimpinan yang perlunya ke arah usaha negara ini.Infrastruktur institusi dan sokongan akan disediakan untuk memastikan pembangunan pesat dan realistik kemampuan teknologi kita yang berasaskan pasaran ditumpukan sepenuhnya. Tetapi kita jangan lupa bahawa teknologi bukan untuk makmal tetapi untuk kilang dan pasaran. Sektor swasta dan rakyat kita mesti bertindakbalas. Selalunya hasil penyelidikan tidak dihiraukan kerana orang lebih berminat akan bahan yang teruji. Sering dikatakan bahawa rahsia kejayaan Jepun ialah kemahiran memanfaatkan hasil penyelidikan untuk barangan yang boleh dipasarkan. Jika kita tidak melakukan ini kita akan ketinggalan teknologi kita.

76. Dalam meningkatkan sektor industri pembuatan kita, Malaysia mesti memastikan sektor pertanian dan perkhidmatan tidak akan diabaikan. Kita mesti maju. Kita mesti berusaha kearah kecekapan, pemodenan dan persaingan. Ini patut menjadi prinsip panduan asas kepada dasar kebangsaan kita terhadap pembangunan pertanian, pelancongan dan kemajuan sepenuhnya sektor perkhidmatan.

77. Kita juga tidak boleh mengabaikan sektor luar bandar dalam ekonomi dan masyarakat kita. Dalam tahun-tahun akan datang, kita mesti berusaha ke arah perubahan pembangunan luar bandar kedua, menyusun semula kampung supaya lebih sesuai dengan pertanian dan industri moden. Petani seharusnya semakin berkurangan tetapi dapat menghasilkan lebih banyak makanan, dan ini akan menyediakan tenaga kerja yang lebih untuk masyar akat perindustrian.

78. Dalam melakukan semua ini, kita juga mesti memastikan sumber semula jadi kita yang bernilai tidak dibazirkan.Bumi kita mesti kekal sebagai sumber hasil dan subur, persekitaran jernih dan bersih, air tidak cemar, sumber hutan dapat ditanam semula, mampu menghasilkan keperluan untuk pembangunan negara. Keindahan bumi kita tidak patut dinodai - sama ada untuk kepentingannya atau untuk kemajuan ekonomi kita.

79. Dalam zaman maklumat yang kita hadapi sekarang, masyarakat Malaysia mesti kaya dengan maklumat. Bukan secara kebetulan hari ini tidak ada negara kaya dan maju yang maklumat yang tidak membangun dan mundur.

80. Pada suatu masa dulu tanah memang menjadi asas kemakmuran dan kekayaan. Kemudian datang gelombang kedua, zaman perindustrian. Cerobong asap tegak di tempat yang dahulunya ladang. Sekarang, pengetahuan semakin menjadi asas bukan sahaja kuasa tetapi juga kemakmuran. Sekali lagi kita mesti terus mara. Sekarang ini rakyat Malaysia adalah antara yang paling ramai menggunakan komputer di rantau ini. kita dilaksanakan maklumat.

81. Dalam hubungan antarabangsa, penekanan terhadap politik dan ideologi patut dikurangkan, sebaliknya penekanan patut dilebihkan Walaupun kita kecil, kita mesti berusaha untuk mempengaruhi aliran perdagangan antarabangsa. mesti mengeksport. Pasaran tempatan kita terlalu kecil.Bagi kita amatlah penting perdagangan bebas dikekalkan.Arah aliran kearah pembentukan blok perdagangan akan menjejaskan kemajuan kita dan kita mesti menentangnya.Dengan itu, kita mesti memainkan peranan kita sepenuhnya dan tidak menerima secara pasif kata dua daripada negara kuat yang lain yang mungkin tidak menyedari bagaimana keputusan mereka memberi kesan kepada kita.

82. Sesebuah negara tanpa kemampuan petahanan ekonomi yang kukuh dan kebolehan mempengaruhi serta mewujudkan dalam arena ekonomi antarabangsa merupakan negara yang lemah dalam pertahanan ekonomi. MAlaysia tidak boleh ini.

83. Ada beberapa banyak dasar yang mesti dibincangkan dan digubal jika kita mahu menjadikan 1990-an sebagai dekad yang paling produktif dalam sejarah kita. Izinkan saya mengakhiri perlunya kenyataan yang berjaya.

84. Izinkan saya tekankan bahawa tidak semua kerjasama antara sektor awam dan swasta bersifat wajar atau produktif.Dalam banyak hal, ia mesti mempunyai pendekatan kawalan dari jauh. Tetapi sudah pasti usahasama yang produktif akan membawa kita kearah aspirasi yang diharapkan.

Apakah Sumbangan Sektor Swasta ------------------------------

85. Saya sudah menggariskan apa yang saya fikirkan dasar dasar utama ekonomi yang sepatutnya diwujudkan untuk meneruskan usaha kita ke arah kemakmuran dan ekonomi yang bersaing. Izinkan saya tekankan sekarang peranan yang perlu dilaksanakan oleh sektor swasta.

86. Negara ini tidak boleh bergantung pada sektor swasta sebagai penggerak utama pertumbuhan jika sektor swasta tidak cekap dan lemah. Tuan-tuan mesti kuat dan dinamik, giat dan berdikari, cekap dan jujur.

87. Malaysia tidak boleh mengurangkan undang-undang dan peraturan jika ahli bank tidak berlagak sebagai ahli bank, jika kebebasan yang diberi pada usahawan hanya menjadi lesen untuk mengeksploitasi tanpa sebarang perasaan tanggungjawab sosial. Syarikat kita mesti mempunyai rasa tanggungjawab korporat yang tinggi. Perjuangan kita untuk menjamin keadilan sosial -untuk meningkatkan kedudukan dan daya saing kaum Bumiputera dan untuk mencapai matlamat sosial lain - mesti menjadi perjuangan anda juga.

88. Penswastaan tidak boleh diteruskan jika matlamatnya dipatahkan oleh mereka yang mahukan keuntungan peribadi tanpa tanggungjawab sosial. Galakan Perindustrian Berterusan dan usaha membangunkan dengan pesat industri kecil dan sederhana kita mesti diterajui oleh usahawan kita. Mereka mesti bersedia untuk berfikir untuk jangka panjang, mencebur diri ke dalam pasaran dunia yang penuh persaingan. Usaha menarik pelaburan asing tidak sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan sahaja. Sektor swasta mesti membabitkan diri dengan pelabur asing dalam usahasama yang menguntungkan kerana ini akan membantunya dalam pembabitan ekonomi Malaysia. Dan tanggungjawab pelabur tempatan semestinya lebih berat daripada rakan asing mereka kerana Malaysia negara kita, bukan negara mereka. Kita boleh bertanya diri sendiri untuk berkorban kepada negara tetapi kita tidak boleh mengharapkan mereka kita.

89. Dalam pembangunan sumber manusia kita, sektor swasta kita mempunyai peranan penting yang perlu di mainkan.Latihlah sumber tenaga tuan-tuan sendiri. Lengkapkanlah kepakaran mereka. Jagalah kebajikan mereka. Pertingkatkan kemahiran mereka. Uruskanlah mereka sebaik-baiknya. Dan berikan penghargaan yang sewajarnya untuk menghargai sumbangan mereka.

90. Yang pasti masih banyak yang perlu dilakukan oleh semua orang Sayangnya, tidak ada satu formula ringkas yang mudah untuk membangunkan negara. Banyak perkara mesti dilakukan oleh ramai orang. Dan ini perlu dilakukan dengan sebaik-baik dan setepat-tepat mungkin. Kita mesti bersedia untuk bersikap lebih kritikal terhadap diri sendiri dan sanggup membetulkan akan berjaya. D■

Kesimpulan ----------

91. Ini agenda kita dalam Majlis ini dan dalam negara kita.Saya berharap tuan-tuan akan membincangkan agenda ini dan mengkritik atau membaikinya. Sama ada kita mencapai kesempurnaan atau keputusan sebulat suara dalam agenda ini tidak terlalu penting. Tidak ada formula yang sempurna.Tetapi yang tidak baik dan tidak produktif ialah agenda sempurna yang tidak

WAWASAN 2020 9 CABARAN UTAMAM ------------------

* Mewujudkan Bangsa Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat di kongsi bersama.

* Mewujudkan Masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.

* Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.

* Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.

* Mewujudkan Masyarakat liberal dan bertolah ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

* Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan saja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

* Mewujudkan masayarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan insan tidak akan berkisar kepada negara atau orang perseorangan, tetapi sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

* Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi

* Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Kami menerima 7,368,370 kunjungan sejak 17 Disember 2008
Paparan terbaik pada skrin 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7+ dan Mozilla Firefox 3+
©2026 Hakcipta Terpelihara PERDANA DIGITAL
(sebelum ini dikenali sebagai SMPKE),Pejabat Perdana Menteri