Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh Rakyat Malaysia terutamanya kepada mereka yang beragama Hindu. Saya harap saudara dan saudari akan menyambut hari yang penuh bermakna ini bersama seluruh ahli keluarga dan sahabat handai. Semoga cahaya yang melambangkan Perayaan Deepavali ini akan turut menyinari nilai-nilai yang mengukuhkan perhubungan dan kebersatuan kita semua.
Seperti lazimnya di negara kita, masyarakat berbilang kaum akan berkumpul dan berkongsi hari yang penuh istimewa ini dalam suasana perayaan yang sungguh meriah dan berwarna-warni. Inilah istimewanya masyarakat kita dan uniknya negara ini. Kita mesti sentiasa berusaha untuk menyemai, memupuk dan mempertahankan semangat murni dan kerjasama antara kaum kerana saya yakin, inilah yang akan menjadi tunggak kekuatan kita serta menjadi teladan di mata dunia.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Deepavali meraikan kemenangan unsur-unsur kebaikan mengatasi unsur-unsur kejahatan. Adalah menjadi harapan saya agar sinar yang muncul dari kegelapan akan memberi lebih semangat untuk kita menghadapi segala cabaran yang mendatang dengan penuh keyakinan dan kekuatan bagi mencapai harapan dan impian kita.
Di samping mengejar matlamat dan cita-cita peribadi, marilah kita bersatu dan berkerjasama untuk memberikan sinar kehidupan yang lebih cemerlang kepada mereka yang kurang bernasib baik agar tidak ada kumpulan masyarakat yang dipinggirkan. Kita haruslah memahami bahawa kita adalah sebahagian daripada masyarakat yang sama. Justeru, apa jua yang dialami dan dirasai oleh sebahagian daripada masyarakat tersebut akan turut dirasai oleh kumpulan masyarakat yang lain.
Bersama, kita jalinkan semangat optimis ini, yang akan menunjangi masa hadapan kita dengan kemahuan dan komitmen yang sejati, agar hasrat untuk melahirkan masyarakat kelas pertama di dalam sebuah negara yang kukuh, prihatin dan membangun akan dapat dicapai. Marilah kita berganding bahu, menggandakan usaha dan melangkah maju ke hadapan dengan satu matlamat tanpa mengira bangsa dan agama, untuk melahirkan Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Selamat Hari Deepavali
Pejabat Perdana Menteri
PUTRAJAYA
9 November 2004 |
 |
I would like to wish a very Happy Deepavali to all Malaysians and especially to Malaysian Hindus. I sincerely hope that you will be able to celebrate and share this special time with family and friends. I also hope that the light that symbolizes Deepavali, illuminates the value of reinforcing the bonds that bind us together as Malaysians.
As is always the case in our country, everyone will come together and jointly celebrate Deepavali, fully sharing in and collectively creating a happy festive atmosphere. This is indeed what makes our society special and our country unique. We must always strive to maintain, nurture and develop this spirit of interracial goodwill and cooperation because I firmly believe that it is this that will be our pillar of strength, our important example to the world.
As we all know, Deepavali celebrates the triumph of good over evil. It is my hope that in celebrating the emergence of light out of darkness, we will be inspired to face the challenges ahead with faith and vigor, so that we may achieve all our goals and aspirations.
In addition to fulfilling personal ambitions, let us also work together to ensure that no group is left behind and that all Malaysians play their part in uplifting the lives of those who are less fortunate. We must understand that we are all part of the same society and hence, whatever affects one part will in turn affect the others.
Together, we can fuse the rising optimism with which we face the future with a real desire and commitment to develop a first class society within a strong, caring and progressive nation. Let us join hands, multiply our efforts and forge ahead with one objective irrespective of race and religion, to take our beloved country to ever greater heights of glory, distinction and excellence.
Selamat Hari Deepavali.
Prime Minister’s Office
PUTRAJAYA
9 November 2004 |