Menu Pilihan





Laman Utama | Kembali
Ucapan
Penyampai : DATUK SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI
Tajuk : SEDUTAN UCAPAN YAB PERDANA MENTERI DATO' SERI ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI DI HARI PEKERJA SEKTOR AWAM (21-05-2004)
Lokasi : DI INTAN, BUKIT KIARA, KUALA LUMPUR.
Tarikh : 21-05-2004
 
SEDUTAN UCAPAN YAB PERDANA MENTERI DATO’ SERI ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI DI HARI PEKERJA SEKTOR AWAM DI INTAN, BUKIT KIARA, KUALA LUMPUR.





Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Abdullah hari ini mengarahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Jamaluddin Ahmad Damanhuri untuk mengadakan perbincangan dengan wakil-wakil perkerja sektor awam bagi mengatasi masalah berhubung isu Penilaian Tahap Kecekapan.



Berucap pada perasmian Sambutan Hari Pekerja Sektor Awam 2004 di auditorium Institut Tadbiran Awam (INTAN) Bukit Kiara pagi tadi, Perdana Menteri menambah bahawa pihak kerajaan ingin mendapat maklum balas daripada pekerja sektor awam tentang tanggapan mereka berhubung dengan kecekapan, termasuklah cara-cara untuk menilai kecekapan pekerja dengan berkesan. Penilaian Tahap Kecekapan adalah antara syarat bagi kakitangan awam mendapat anjakan gaji menurut Sistem Saraan Malaysia, SSM.



Perdana Menteri juga menegaskan bahawa istilah “pekerja” adalah tidak terhad kepada kakitangan awam sahaja, bahkan merangkumi beliau dan ahli-ahli kabinet. Oleh itu, peningkatan diri dan perkhidmatan, adalah perkara penting yang perlu dilakukan oleh semua - pentadbir kerajaan dan juga kakitangan awam. Perdana Menteri juga menekankan bahawa matlamat akhir yang ingin dicapai ialah peningkatan rasa kekuatan diri, maruah dan integriti semua ahli sektor awam, tidak kira samada mereka terdiri dari golongan politik atau kakitangan awam. Ini kerana sumber manusia yang berkualiti adalah pengerak utama negara yang mahu berjaya.



Terdahulu dari itu, dalam ucapan beliau, Presiden CUEPACS, Nordin Abdul Hamid berkata perlaksaan PTK telah memperlihatkan pelbagai kelemahan yang perlu diatasi. Tambah Encik Nordin, CUEPACS akan menyediakan cadangan alternatif kepada PTK dan akan mengemukakannya kepada JPA

Kami menerima 7,408,536 kunjungan sejak 17 Disember 2008
Paparan terbaik pada skrin 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7+ dan Mozilla Firefox 3+
©2026 Hakcipta Terpelihara PERDANA DIGITAL
(sebelum ini dikenali sebagai SMPKE),Pejabat Perdana Menteri