Terlebih dahulu, saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala oleh kerana telah mengurniakan Rahmat dan KeberkatanNya bagi membolehkan kita semua berada di Majlis perasmian Kursus Diploma Pengurusan Awam pada pagi ini.
Saya mengucapkan setinggi tahniah kepada para pelatih sekelian yang telah terpilih untuk menyertai kursus ini.
Jika lulus kelak, saudara dan saudari sekelian adalah berkelayakan diterima masuk sebagai pegawai-pegawai Tadbir dan Diplomatik.
2. Sebagaimana saudara saudari sedia maklum, Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik adalah merupakan satu perkhidmatan yang amat berpengaruh di dalam jentera pentadbiran negara.
Jawatan-jawatan yang dikhaskan kepada PTD termasuklah Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, beberapa jawatan Ketua Pengarah agensi-agensi pusat, Duta-duta Besar negara, Pegawai-pegawai Daerah dan beberapa jawatan ketua-ketua eksekutif badan-badan berkanun. Pendek- kata, jawatan-jawatan PTD adalah jawatan-jawatan yang berpengaruh, dan mempunyai kuasa termasuklah jawatan- jawatan PTD di peringkat bawahan dan terendah sekali. Ketua-ketua Pengarah dan Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, dan pegawai-pegawai daerah masing- masing mempunyai kuasa statutory.
Pegawai-pegawai PTD bawahan yang bertugas menasihati ataupun membuat cadangan atau perakuan kepada Ketua- ketua Jabatan mereka adalah juga dianggap sebagai berpengaruh.
3. Oleh hal yang demikian, dengan pengaruh dan kuasa-kuasa yang ada, PTD adalah memerlukan pegawai-pegawai yang jujur dan ikhlas berkhidmat. All men are honest - until they are faced with a situation tempting enough to make them dishonest. What are the likely situations that will tempt PTD officers to make them dishonest? When as a district officer, you are faced with the decision to issue licences, permits etc. when your recommendation matters, in the issue of such licences or permit, or the approval of a tender.
4. Pegawai-pegawai PTD adalah juga dikehendaki mengemukakan perakuan atau cadangan, samada yang melibatkan keselamatan, atau pembangunan dan sebagainya. You should at all times be honest with your views and advice. An honest man alters his ideas to fit the truth, and a dishonest man alters the truth to fit his ideas.
5. Saudara dan saudari sekelian berkemungkinan akan berkhidmat selama lebih 30 tahun. Oleh itu, di saat permulaan kita bekerja, sikap dan nilai kita terhadap kerja masing-masing hendaklah betul. Pertama sekali, berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah dianggap sebagai "noble calling", dan bukan satu peluang untuk mencari kekayaan dan kemewahan. Banyak peraturan-peraturan perlu dipatuhi - harta yang terkumpul dan diperolehi hendaklah diistiharkan dengan betul; "inside information" atau "knowledge" yang dimiliki tidak boleh digunakan untuk kepentingan diri, perkara-perkara rahsia dan sulit sekali-sekali tidak boleh dibocorkan. Saudara dan saudari sekelian hendaklah patuh kepada "discipline" - character does not reach its best until it is controlled, harnessed, and disciplined.
6. Saudara dan saudari sekelian telah memiliki ijazah, dan setahun dari sekarang kelulusan Diploma Pengurusan Awam. Ingatlah bahawa knowledge has to be improved, challenged and increased constantly or it vanishes. A little knowledge is not as dangerous as the man who has it. Saudara dan saudari hendaklah terus mengamalkan nilai "suka membaca". Orang-orang yang suka membaca akan mempunyai fikiran yang senantiasa terbuka. Your brain becomes a mind when it is fortified with knowledge. Apabila seseorang itu kuat membaca, maka bahasanya pun bertambah baik. Dari segi pemerhatian saya, apabila seseorang pegawai itu bertutur dengan kurang teratur, dan menggunakan perbendaharaan kata-kata tidak tepat, dan apabila maksudnya tidak jelas, saya anggapkan beliau kurang membaca. Tidakkah orang pernah berkata: "A man's language is an index of his mind?" Language is the dress of thought; everytime you talk your mind is on parade. Tiap-tiap seorang pegawai PTD hendaklah sekurang-kurangnya membaca sebuah buku sebulan yang ada hubungan dengan bidang tugas masing- masing. Saya berharap bahawa semua pegawai-pegawai PTD diakui oleh orang lain mempunyai "the great minds".
7. Pegawai-pegawai PTD adalah dikehendaki menyampaikan taklimat, bersyarah, berhujjah dan sebagainya. To stand above the rest, or be a cut above the rest, you must develop a great mind. A lot of people work, but their minds are unemployed. Reading is one way to develop the mind. We should not have minds which are like concrete - thoroughly mixed and permanently set. Great minds discuss ideas, average minds discuss events, small minds discuss people. Tiap-tiap seorang pegawai PTD hendaklah mengkhaskan sebahagian daripada gajinya untuk membeli buku-buku dan mengadakan "personal library" atau sudut bacaan di kediaman masing-masing.
8. Tiap-tiap seorang daripada saudara dan saudari adalah menjadi pemimpin - samada pemimpin keluarga, menjadi ketua unit, ataupun ketua kepada anggota- anggota bawahan. Dalam hubungan ini, pegawai-pegawai PTD hendaklah senantiasa mengamalkan kepimpinan melalui teladan. Rasulullah s.a.w.
telah bersabda: "Periksalah dirimu sebelum memeriksa orang lain, lihatlah terlebih dahulu atas kerjamu sebelum melihat atas kerja orang lain". Pesanan Saidina `Ali bin Abi Talib: "Barang siapa yang menjadikan dirinya sebagai pemimpin, maka hendaklah ia mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum ia mengajar orang lain. Hendaklah ia membentuk mereka dengan contoh perbuatannya sendiri sebelum ia membentuk mereka dengan lidahnya." Saidina `Umar Al- Khatab pernah mengatakan "Pegawai yang paling baik ialah di mana orang- orang di bawahnya gembira dengannya dan yang paling buruk ialah di mana orang-orang di bawahnya merungut dengannya."
9. Akhir sekali, tiap-tiap seorang daripada saudara dan saudari sekelian hendaklah bercita-cita dan berusaha menjadi pegawai PTD yang ternama, dari segi kecekapan, bersih dan amanah. A man has three names: the name he inherits; the name his parents gave him, and the name he makes for himself. Untuk mencapai taraf ini, Al- Quran telah menjelaskan ciri-ciri anggota perkhidmatan awam yang baik: "Berkata salah seorang anaknya (Nabi Syu'aib): Hai bapaku, ambil dia (Nabi Musa) jadi pekerja, kerana yang sebaik-baik pekerja ialah yang kuat lagi jujur" - Surah Al-Qasas, ayat 26.
10. Dengan ini, saya dengan sukacitanya mengisytiharkan program Diploma Pengurusan Awam ini dilancarkan dengan rasminya.
|