Menu Pilihan





Laman Utama | Kembali
Ucapan
Penyampai : DATIN SERI DR. SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD. ALI
Tajuk : PENAUNG YAYASAN BADMINTON MALAYSIA
Lokasi : GELANGGANG BADMINTON VIP BUKIT KIARA, KUALA LUMPUR
Tarikh : 13-05-1997
 
1. Bagi pihak Yayasan Badminton Malaysia (YBM) saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Yang Berhormat, Tuan-tuan dan Puan-puan kerana sudi bersama hadir di sessi dialog pagi ini. Ini adalah kali kedua perhimpunan seperti ini diadakan dan saya harap perjumpaan ini akan memberi manfaat kepada kita semua untuk menjayakan Pelancaran Projek Gelanggang Rakyat dan Pertandingan Piala Siti Hasmah.

2. Seperti dimaklumkan tujuan YBM membina Gelanggang Rakyat adalah untuk meningkatkan dan memperkembangkan bakat mereka di desa. Sehingga kini YBM telah berjaya mendirikan tiga puluh Dewan tertutup jenis satu gelanggang dan kami akan teruskan projek tersebut apabila tapak di kenal pasti di kawasan Ahli Parlimen berkenaan. Saya menyedari masalah untuk mendapatkan tapak tanah dan oleh sebab ini saya cadangkan bahawa Yang Berhormat mengenal pasti sekolah-sekolah di kawasan Ahli Parlimen sendiri bagi mendirikan gelanggang nukleus ini. Dengan pembinaan Gelanggang-gelanggang di sekolah ini mungkin dapat mewujudkan lebih ramai pemain-pemain yang berbakat antara pelajar-pelajar yang boleh dipilih. Gelanggang tersebut juga boleh digunakan oleh orang ramai pada waktu malam.

3. YBM telah menerima belbagai cadangan. Di bandar- bandar tidak berkurangan Gelanggang, umpamanya di Kuala Lumpur. Oleh kerana demikian ada cadangan bahawa peruntukan dari YBM dan MSN bernilai setiap RM20,000 ribu digunakan untuk mempertingkatkan kemudahan di Gelanggang yang sedia ada dan juga bagi mengendalikan pertandingan remaja untuk mencungkil bakat-bakat baru.

YBM ingin mendapatkan pertimbangan tuan supaya kami dapat menyelaraskannya dengan pihak tertentu.

4. Dengan adanya "Piala Siti Hasmah", YBM berharap pertandingan merebutnya menjadi langkah awal untuk penubuhan kelab-kelab badminton di kawasan-kawasan parlimen. Pembangunan melalui kelab-kelab telah menjadi strategi utama di negara Indonesia dan Denmark. Kita di Malaysia perlu berusaha dalam perkara ini dan pertandingan-pertandingan boleh menjadi langkah pertama.

Saya percaya BAM akan mengeluarkan garis panduan, syarat dan peraturan pertandingan untuk memasti adanya koordinasi dan usaha-usaha yang jitu ke arah pembangunan sukan badminton.

5. Mengikut format pertandingan, perlawanan awal akan ditandingi di kawasan Ahli Parlimen tertentu. Dengan ini YBM berharap satu rankaian dapat diwujudkan antara kelab-kelab dan pemain-pemain.

6. Saya percaya bahawa BAM akan mengeluarkan garis panduan, syarat dan peraturan pertandingan untuk memasti adanya koordinasi dan usaha-usaha yang jitu ke arah pembangunan sukan badminton. Dengan ini penaja dapat berkerjsama dengan pasukan tertentu. RTM juga adalah penaja projek ini dan dengan kerjasama daripada TV dan Media pihak penaja akan dapat mara ke hadapan. Kepada kawasan yang menghadapi masalah dapatkan penaja sila berhubung dengan YBM dan mungkin insha-allah akan berjaya.

7. Setiap kawasan ahli Parlimen digalakkan menyediakan pasukan masing-masing dan parti memerlukan jurulatih.

Oleh sebab itu kami telah menjemput yang di Pertua dan Setiausaha Persatuan Badminton Negeri bersama hadir dengan YB ahli Parlimen. YBM telah bersetuju untuk membiayai seorang jurulatih bagi setiap negeri.

8. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih saya kepada semua ahli parlimen, tuan-tuan dan puan-puan yang menghadiri dialog ini dengan harapan ianya mencapai kejayaan.

Kami menerima 7,364,602 kunjungan sejak 17 Disember 2008
Paparan terbaik pada skrin 1024 x 768 dengan Internet Explorer 7+ dan Mozilla Firefox 3+
©2026 Hakcipta Terpelihara PERDANA DIGITAL
(sebelum ini dikenali sebagai SMPKE),Pejabat Perdana Menteri