TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI : MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PENIAGA-PENIAGA PASAR BESAR SITI KHADIJAH

TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PENIAGA-PENIAGA
PASAR BESAR SITI KHADIJAH
1 OKTOBER 2024 (SELASA) | 4.30 PETANG
LAMAN SITI KHADIJAH,
PASAR BESAR SITI KHADIJAH
KOTA BHARU, KELANTAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI
Alhamdullihilladzi Anzala ‘Ala’abdihil Kitaaba Wa Lam Yai’al Lahuu’iwajaa
Wa Usolli Wa Nusalli Ala Rasoolihil Kareem Wa’ala Alihi Wa Sahbihi Ajma’een
YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad,
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Kelestarian Alam;
YB Tuan Helmi,
Pengerusi JK Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri Tempatan;
YBhg. Datuk Wira M Noor Azman Bin Taib,
Ketua Setiausaha, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, KSU Perumahan;
YBhg. Dato’ Indera Nik Nasarudin Bin Mohd Zawawi,
Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU);
YB Datuk Seri Haji Takiyuddin bin Hassan;
Ahli Parlimen Kota Bharu;
YB Dr Hafidzah Mustakim,
ADUN Kota Lama;
Samsul Ahmad Nazri,
Pengerusi Persatuan Perniaga; dan
Rakan-rakan peniaga di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
- Alhamdulillah saya dapat bersama-sama, patutnya makan ini santai sahaja di warung-warung, tetapi itulah masalah bila Perdana Menteri datang dia bagi meja khas dengan lapik semua, saya tak minta itu, mulanya nak ikut macam biasa. Saya kalau hari Jumaat, sebelum sembahyang Jumaat, saya ke warung, makan di meja yang sama, pinggan yang sama, kerusi yang sama tetapi Majlis Perbandaran, Kerajaan Negeri dan rakan-rakan di sini rasa sesekali datang dia layan baik sikit. Jadi tak apalah, saya ucap terima kasih.
- Saya datang ini sebenarnya seperti mana saudara tahu selain daripada ke Istana bersama Tuanku Sultan sebentar tadi, saya minta maaf tidak sempat menyalin pakaian. Tetapi saya juga berhasrat untuk meninjau pelaksanaan projek-projek di Negeri Kelantan, sama ada tebatan banjir, bekalan air dan juga projek-projek pembangunan yang lain.
- Sempat tadi saya berbincang dengan Tuanku Sultan Kelantan, dengan Dato’ Menteri Besar sebentar tadi dan pada kesempatan ini dengan KSU Kementerian dan juga Ketua Pengarah ICU dan saudara Nik Nazmi, kita dapat pantau lagi beberapa pelaksanaan projek. Tentunya tidak dapat saya lihat semua dalam kunjungan yang lalu saya lihat tebatan banjir kerana projek tebatan banjir ini kosnya tinggi dan perlu disegerakan.
- Hari ini saya akan lihat juga berkaitan loji air dan bekalan air bersih di negeri Kelantan, kerana kita tahu bahawa ada keputusan saya dahulu saya lulus RM20 juta untuk beli pam, tetapi pam yang sedia ada yang boleh dibeli itu tidak dapat sampai ke permukaan air kerana masa itu kemarau, dan sekarang nampak sudah dapat diadakan dan kita sedang bincang dengan Kerajaan Negeri dan Kerajan Negeri setuju baru-baru ini meluluskan laluan tanah itu dan saya ucap terima kasih cuma minta disegerakan kerana ini projek ini projek rakyat dan dalam musim kemarau, pam itu mesti masuk untuk kegunaan sawah padi dan kebun sayur.
- Jadi ada yang tanya kenapa peruntukan lama tetapi tidak dapat dilaksanakan itu kerana pam yang sedia ada itu tidak cukup dalam untuk bawa keluar air untuk kawasan sawah. Tetapi nampaknya sudah selesai walaupun kadar di stesen pam Kemubu itu perlukan kelulusan daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri telah luluskan pada 18 September yang lalu dan saya percaya KP ICU dan Kementerian akan teliti supaya dapat disegerakan pelaksanaan itu. Saya hendak tegaskan peruntukan RM 20 juta itu telah lama diluluskan tapi mengambil masa untuk pelaksanaan.
- Yang kedua tentang pusat dialisis. Di Kelantan ini juga rekod kencing manis tinggi, kerana gula lebih. Jadi saya harap di pasar ini kalau jual kuih tolong kurangkan gula sedikit, kerana buat apa kita minta penyakit, jadi tolonglah sebab Malaysia ini di antara negara yang paling tinggi penyakit diabetik. Di Asia kita nombor satu berlawan dengan Filipina, bukan menang Oscar ke atau menang emas di Olimpik tetapi menang penyakit diabetik, penyakit kencing manis. Jadi saya harap kita mulakanlah di sini. Kalau saya di Pejabat Perdana Menteri, di Jabatan Perdana Menteri, makan minum semua turun gula, tinggal 20 peratus taruh gula, ataupun makanan yang langsung tidak bergula, untuk kurangkan. Jadi kalau Kelantan kalau tidak boleh ada gula, tidak bolehlah, peranglah mereka kerana semua gula. Kalau saya di Universiti Malaya dulu ajak kawan-kawan makan roti canai, roti canaipun dibubuh gula. Kalau di negeri-negeri lain satu Malaysia ini tidak ada orang makan roti canai dengan gula. Tak apalah kalau nak ada gula juga tapi saya minta supaya dikurangkan kerana penyakit ini sudah menjadi masalah besar, terutama Kelantan, Negeri Sembilan dan Kedah, ini tiga (3) negeri yang bersaing siapa dapat penyakit siapa lebih banyak. Jadi mudah-mudahan kita bersaing untuk kurangkan, insya-Allah.
- Saya nak lihat sendiri kerana permohonan ada. Tahun lalu kita lulus RM500 ribu ringgit untuk repair sedikit-sedikit bumbung ini. Dr Hafizah, dia bantah dia kata tak cukup, jadi tahun ini kita tambah RM1 juta ringgit, tak cukup sebab masalah pendawaian sahaja cecah lebih dari RM2 juta ringgit. Jadi saya tanya Kerajaan Negeri berapa sebenarnya peniaga seluruh di kawasan Pasar Siti Khadijah? Ada rekodnya sekitar 1,300 tetapi peniaga sebenarnya lebih daripada itu sehingga mencecah sehingga 1,900.
- Mengikut saudara Nik Nazmi ia jadi tarikan pelancong, ada dua sebab, satu pasarnya besar, keduanya banyak wanita-wanita cantik berniaga di sini, itu saya tak tengok tetapi diberitahu oleh Nik Nazmi. Tapi kenyataannya memang jadi tarikan pelancong di sini. Jadi oleh itu, saya bincang dengan pegawai-pegawai dai Kementerian Kewangan, KPKT dan juga ICU, kalau belanja bumbung tetapi masih bocor. Saya tanya, bumbung dah repair tetapi masa lalu tadi tak masih ada bocor. Dia saja, Perdana Menteri nak melawat dia bagi bocor (nada seloroh).
- Wiring ini sudah terlalu lama dan kalau kita tak baiki segera takut bahaya dari segi kebakaran dan sebagainya. Kemudian ada yang kata oleh kerana ia menjadi tarikan pelancong maka elok kita cat sedikit sebanyak supaya bagi cantik sedikit dan kebersihan mesti jaga betul-betul.
- Jadi untuk itu saya bagi nombor satu kebersihan, yang kedua baiki tandas-tandas sedia ada, ketiga bumbung, dan yang keempat, Itu Kerajaan Persekutuan tolong juga, janganlah kata kita tidak ambil berat, kita ambil berat. Saya boleh baca ini yang pegawai bagi senarai projek-projek di Kelantan kita bagi perhatian saudara-saudara. Saya beritahu kepada Tuanku Sultan dan Menteri Besar tadi memang tak benar kalau kata kita tak bagi perhatian, kita bagi cuma keupayaan kita terbatas dan kita minta hubungan itu baik supaya boleh kita kemukakan ikut salurannya.
- Jadi, RM1.5 juta telah kita luluskan sejak tahun lalu, jadi saya dok fikir berapa lagi diperlukan? Ada yang nak cadang? Baik-baik, kita dah lulus satu setengah, yang minta tadi 7, oklah saya lulus RM5.5 juta ringgit supaya jadi tujuh. Ini besar saudara-saudara, betul. Saya kenangkan keperluan 1,500 peniaga-peniaga di sini. Bila saya lulus saya tidak mahu jadi macam cerita pam tadi, pam tadi memang ada masalah, jadi kalau lulus minggu ini, minggu hadapan, Dr Hafizah ya, Majlis Perbandaran, persatuan untuk berbincang dan saya minta ICU, KPT pantau supaya minggu depan sudah siap di mana nak mula dulu. Yang saya tahu mula kebersihan, kemudian tandas, ketiga bumbung, keempat, wiring. Untuk itu cukup dulu.
- Dan yang lebih sikit kita cat supaya nampak cantik, boleh begitu ya. Saya minta pekerja bagi kerjasama minta seperti mana kita dah ambil tindakan di beberapa tempat di Pulau Pinang, di Kuala Lumpur, kotor saja terus disaman dan ditarik balik lesen, jadi minta maaf kalau saya ada kuasa. Ini tentunya soal kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran tapi kalau di Kuala Lumpur saya jaga, kita bagi dia wang, kebersihan, kita buat gerai-gerai baru, sekarang dalam perancangan ratusan gerai-gerai. Kuala Lumpur diperindahkan, dicantikkan dan juga dibersih, diberi kemudahan air dan sebagainya. Tetapi kalau dia bagi lesen itu kepada orang asing, kita rampas lesen itu. Dia bagi pekerja-pekerja asing orang Bangla atau orang Rohingya dia boleh berniaga, tapi dia tak boleh ambil lesen kita. Jadi lesen diberikan, kalau diberi yang kepada orang lain kita rampas.
- Keduanya, kalau di tempat itu tempat sangat kotor tak jaga kebersihan dan ada kesan kepada penghuni, maka sepatutnyalah ini sudah YB Hilmi putuskan, kalau boleh biar kita keras. Betul, supaya seluruh negara ini kita dapat menjamin kebersihan. Saudara tahu pelancong juga datang, bukan daripada Siam tetapi banyak negara. Tahun ini penambahan pelancong masuk Malaysia hampir 100%. Saya minta supaya soal kebersihan dan keselamatan pelanggan diberi keutamaan. Tadi satu setengah juta telah diluluskan, kita tambah 5.5 juta.
- Dan saya tegaskan sekali lagi, kita minggu depan mesti mula kerja, peruntukan awal, saya minta Kementerian Kewangan dan KPKT luluskan segera. KSU ya. Sebelum projek pembangunan termasuk Pasar Binjai telah diluluskan RM4 juta sudah selesai, kemudian juga tak salah saya Pasar Pasir Putih RM4 juta juga telah diluluskan. Selain Projek Perumahan Kadok 140 unit dan yang lain tak payah saya baca, saudara boleh baca dalam surat khabar esok nanti bila baca banyak dia kata propaganda pula (nada berseloroh).
- Tapi yang penting hari ini, soal Pasar Besar Siti Khadijah saya minta sangat-sangat, saya tidak mahu tertangguh, kita tidak mahu orang kata kita umum, kemudian empat (4) tahun lagi, baru nampak bergerak, jadi minggu depan tindakan, dan Ketua Pengarah ICU akan bagi laporan kepada saya akhir minggu depan. Kemudian pelaksanaan itu dalam kadar segera, kalau perlu tender pun kita bincang dengan Majlis Perbandaran Kerajaan Negeri supaya tender itu dipercepatkan, dia tidak tender biasa, dia harus dikatakan ‘tender cepat’ maknanya ikut tender.
- Tak ikut tender ni bahaya, saya ada pengalaman ambil alih kerajaan ini, tak tender ini runding-runding ini tak boleh, ini dia sakau banyak. Jadi, lebih baik kita tender, kita ikut peraturan syarikat yang berupaya kos yang rendah dan laksanakan. Saya nak ambil kesempatan hanya bincang soal itu sahaja, yang lain doakan kepada Allah SWT supaya negeri ini kekal aman, kerajaan kuat dan pembangunan berjalan dengan baik, pelaburan datang.
- Tadi pagi Google, saya lambat datang ini sebab Google umum datang untuk pelaksanaan 10 bilion ringgit di Malaysia. Dan dulu paling kuat kita dikecam kerana ringgit lemah, sekarang, Alhamdulillah ringgit telah meningkat tinggi. Jadi sebab itu saya terkejut tanya tadi dengan YB Hafizah ada YB Takiyuddin, bila ditanya sayur lebih murah, ini banyak item yang lebih murah daripada dulu sebab ringgit kita tak kuat. Bila kalau ambil daripada Siam harganya turun.
- Saya ucap terima kasih kerana di Kota Bharu ini beda dengan pasar-pasar di banyak tempat lain termasuk di Kuala Lumpur dan Selangor. Beli barang murah, dia tak mahu turunkan. Tapi di Pasar Besar Siti Khadijah ini, orang lebih lurus dan ikhlas. Bila harga turun, diturunkan, tadi saya tanya sayur, buah-buahan, banyak item yang turun harga dan saya harap perkara ini akan disiarkan. Saya nak pasar-pasar lain belajar daripada pengalaman dan sikap peniaga-peniaga di Pasar Siti Khadijah.
Terima kasih banyak.
Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan memperkenalkan Dasar Pengkomputeran Awan Negara yang memberi penekanan terhadap empat teras utama.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata teras berkenaan adalah inovasi dan kecekapan perkhidmatan awam; daya saing dan pertumbuhan ekonomi; memacu pengembangan ekonomi dengan membolehkan perniagaan mengukuhkan kepercayaan pengguna serta keselamatan data dan pemerkasaan rakyat melalui keterangkuman digital.
Beliau berkata teras pertama membabitkan usaha kerajaan MADANI meningkatkan aspek inovasi dan kecekapan perkhidmatan awam manakala pemanfaatan teknologi awan membolehkan kerajaan menyasarkan pemodenan operasi, memupuk penglibatan rakyat serta menyelaras penyampaian perkhidmatan awam.
“Kedua, kita juga mahu menggalakkan daya saing dan pertumbuhan ekonomi, meningkatkan pengembangan ekonomi dengan membolehkan perniagaan, terutama perusahaan kecil dan sederhana serta syarikat pemula niaga memanfaatkan teknologi awan untuk inovasi, kecekapan operasi dan akses ke pasaran global,” kata beliau.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah pembinaan pusat data dan wilayah awan pertama Google di Malaysia yang merangkumi pelaburan bernilai US$2 bilion.
Menjelaskan selanjutnya, Anwar berkata aspek ketiga menyentuh komitmen kerajaan untuk mengukuhkan lagi kepercayaan pengguna dan keselamatan data, termasuk mewujudkan rangka kerja dan protokol keselamatan yang teguh demi melindungi data sensitif serta infrastruktur kritikal dalam persekitaran awan awam dan swasta.
“Bagi teras keempat, kita akan memperkasa rakyat melalui keterangkuman digital. Pendekatan kita akan berasaskan rakyat serta inklusif, menggunakan teknologi awan untuk meningkatkan akses serta kecekapan perkhidmatan awam yang mengutamakan digital,” kata beliau.
Dalam pada itu, beliau juga menyifatkan intervensi dasar sebagai sesuatu yang penting dan kerajaan memerlukan input Google dalam usaha menarik pelaburan digital.
“Kita melaksanakannya dan inisiatif ini diperkenalkan selepas beberapa siri perbincangan dengan industri, termasuk Google.
“Peranan kolaboratif Google adalah bagi memberi penambahbaikan sewajarnya berdasarkan pengalamannya dengan negara-negara lain sebelum ini,” kata beliau.
Perdana Menteri turut berkongsi hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kecerdasan buatan (AI) generatif dan memerlukan pelaburan daripada rakan teknologi untuk mewujudkan infrastruktur digital yang mantap dan selamat.
“Bagi memacu Malaysia dalam menerajui usaha AI, kerajaan MADANI telah melancarkan Pelan Hala Tuju Bakat AI untuk Malaysia dan Konsortium AI Malaysia sebagai laluan konkrit bagi kemajuannya,” kata beliau.
Pusat data Google yang sedang dalam pembinaan di Elmina Business Park, Selangor, akan dapat menangani peningkatan permintaan terhadap keupayaan awan Google, inovasi AI dan perkhidmatan digital lain yang digunakan setiap hari oleh individu serta organisasi di Malaysia.
Pelaburan Google itu juga dijangka menjana impak ekonomi bernilai lebih US$3.2 bilion serta mewujudkan 26,500 pekerjaan menjelang 2030.
— BERNAMA




















SPEECH BY
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PRIME MINISTER OF MALAYSIA
FOR
GOOGLE’S MANTAP MALAYSIA BERSAMA AI
1 OCTOBER 2024 (TUESDAY) | 9.00 AM
THE ST. REGIS, KUALA LUMPUR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam sejahtera.
Rakan saya Ruth Porat dan pasukan Google;
Rakan-rakan Menteri;
Yang Berhormat Menteri Besar; dan
Saudara saudari yang saya muliakan.
- Sekali lagi kita menyaksikan suatu acara dan perkembangan yang sangat membanggakan. Telah diberikan perhatian sebagai suatu gelanggang pelaburan yang bermakna untuk mengangkat keupayaan kita dalam bidang digital. Jadi saya percaya dalam kerangka Ekonomi MADANI, salah satu tunggaknya dan bersama dengan beberapa dasar yang kita umumkan dari sudut pelan perindustriannya, digitalnya, dan hijau, itu dapat kita penuhi dengan penyertaan Google.
- Saya lebih tertarik kerana mendengar pandangan-pandangan dikemukakan terutama pasukan Google dan juga Tengku Zafrul. Ia serasi dengan dasar kita. Peningkatan digital dan AI, kehijauan, satu kegiatan yang mengambil kira keperluan semasa, digital inklusif dan tidak meninggalkan seluruh kelompok masyarakat. Jadi satu permulaan yang sangat bermakna bagi negara kita apa lagi dengan kehadiran Ruth Porat sendiri untuk bersama memberi dokongan ini.
Ministers, Excellencies, Ladies and Gentleman,
- Now I must first express my profound gratitude to Ruth and her team for giving this support. When I first met her in New York and following that, in San Francisco, I can sense the seriousness of Google looking at their past experience, and commitment and also success in this field. Following that instructed my team to focus and listen to them and see what is required to ensure that Malaysia becomes an effective destination for the investments. That would mean not only benefit to the industry, but more so to be able to prepare Malaysia in this field, benefit the rakyat and ensure that we become a successful nation to harness the full potential of technology for economic advancement. Strategic policy interventions are essential and we need their input.
- That is why I must express my thanks to Ruth because your team has been extremely helpful working with our team as colleagues, because there are areas that you have far excelled and advanced. I make no apology, but this is a reality. But we remain very committed and to ensure that we do achieve this, we have to listen, make judgements, legal framework, policy guidelines or prescriptions, the ecosystem. All these issues must be dealt with and efficiently executed through this sort of collaboration. So, thank you again and come again to Malaysia and believe our trusted allies and friends.
- We also aim to position Malaysia as a hub for Generative Artificial Intelligence and investments from tech partners will be critical in building a robust and secure digital infrastructure. Driving Malaysia towards AI leadership, the MADANI Government launched the AI Talent Roadmap for Malaysia (2024-2030) and the Malaysia-Artificial Intelligence Consortium (MAIC) as a concrete pathway towards AI advancement. Yes, we took the initiative but we cannot deny the fact that these initiatives are introduced after series of discussions with the industry including and particularly so Google. That is precisely the reason why I take extra paid to mention your role, your collaborative role to give the necessary input based on your past experience with other countries.
- Yes, the difference is being that we have in our leaders, our team, Tengku Zafrul, Gobind Singh, Anthony Loke, Fahmi Fadzil and the state. We have the humility, and we acted fast enough because we want Malaysia to succeed and we believe and trust Malaysian. Malaysian companies, Malaysian civil society, having the capacity to absorb this and bring up our nation as a successful vibrant economy and hopefully the best in the region. Now in line with efforts to present Malaysia as a competitive player in the global AI landscape, the Government is establishing the National Artificial Intelligence Office. Again, on existence and suggestion, or many of these companies because they require this office to coordinate all initiative related to AI technology.
- Insya-Allah, in the next 12 months, we aim to achieve several key outcomes, including to complete AI Technology Action Plan (2026 to 2030). When I said 12 months, this is a suggestion by the Ministers. To me, there is no reason why you need to wait for 12 months, you should be able to complete in 6 months. Otherwise, we have to make some adjustment with the cabinet (in a joking tone). This include the regulatory framework to increase adoption of ethical and sustainable AI technology. We will also expedite AI adoption in key sectors across Malaysia.
- Now by leveraging partnership with industry leaders and strengthening collaboration among all stakeholders, Malaysia can realise this goals an establish its role as a leading ai driven nation in ASEAN. One of our priorities when we assume the championship of ASEAN will focus on the issue of digitalisation and the networking within ASEAN having this the prominent not only for Malaysia but the entire region and this is where we should be able to listen and to engage with the Google team to see ways we can expedite and accelerate proses.
- I would also like to underscore that the National Cloud Policy is forthcoming. Stressing four core areas then you can appreciate the difficulty that I’m struggling with I’m in the seventies league having to understand this new target technology now compel to try to understand what is seemingly great to me in the ai industry, but if I in my generation can try and learn in episode there is no reason for the younger Malaysians to be able to be given the opportunity to quickly advance and excel in this field. That’s why we have now and added policy to be able to ensure that Malaysia remains an attractive and deal with issues raise by the industry.
- The four (4) core areas I mention, first the MADANI government will boost public service, innovation and efficiency now this it’s particularly important and again precisely the reason why I have decided that after twelve years will make a major departure from the existing salary scheme to make sure that the Malaysia remains an efficient through an efficient public sector and that’s why the salary scheme will be implemented from the first of December and more important that with the revised of the scheme and level efficiency must also increase exponentially. The American say to enhance, but I say to enhance the capability.
- Now second, we seek to promote economic competitiveness and growth will economic expansion by enabling businesses, especially sme and start-ups to harness cloud technology for innovation, operational efficiency and access to global market. Third, we are committed to strengthening user trust and data security government will establish robe security frameworks and protocols to protect sensitive data and critical infrastructure in both public and private cloud environments.
- Finally, we will empower citizens through digital inclusivity our approach will be citizen centric and inclusive utilizing cloud technology to enhance the accessibility and efficiency of digital first public services. That means of digital has been task to spearhead Malaysia comprehensive Digital Transformation initiative.
Ladies and gentlemen,
- Embracing technology will allow government agencies to optimize processes, lower cost and serve the rakyat A notable example is the Ministry of Education’s creation of the DELIMa platform on Google’s cloud technology. Impressive and major contribution to enhance of the level education, the standard of education and the proficiency of our students, inquiring inquisition languages, particularly Bahasa and English.
- I am pleased to note that 5.5 million students and teachers in Malaysia today use the DELIMa platform to transform their educational experience. This effort should be emulated by the whole Government machinery, where appropriate. We will address this issue in the cabinet meeting tomorrow, insya-Allah and to alert my colleagues. Ministry of Education can adopt 5.5 million, there’s no reason why government departments cannot immediately embark of it. This is how we run the MADANI government.
- Our policies were attracting digital investments are clear by modernising Malaysia through these technological advancements, we will not only enhance efficiency and effectiveness, but also cultivate a culture of innovation and digital literacy they will permeate throughout the society, country and region, insya-Allah.
- From a regional perspective we will together with ASEAN we will position ourselves as a regional champion for digital policies that are forward-looking and transformative to promote a regulatory environment dan encourages technological advancement and to nurture cross border collaboration.
- I am encouraged therefore that a global tech company like Google to recognise the potential of our nation and a determination to contribute to our growth in a way that is sincere and environmentally responsible. I cannot overstress this, we have just heard di Google strategy, the inclusivity, the training, the collaboration with the students, the commitment to green technology and therefore I must state that we will continue to have partners who share our values towards a sustainable future.
- On this note, Ruth and the team, let me assure you that you have all our supports and thanks again Google for their confidence and contribution to Malaysia.
Terima kasih.





PUTRAJAYA, 30 Sept (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan bekas juara dunia Ultimate Fighting Champion (UFC) bagi kategori lightweight iaitu Khabib Nurmagomedov.
Jaguh seni bela diri campuran (MMA) itu tiba di Kompleks Seri Perdana di sini, yang juga kediaman rasmi Perdana Menteri pada 6.30 petang.
Pertemuan hampir sejam yang disusuli dengan jamuan makan malam itu antara lain menyentuh isu berkaitan hal ehwal Islam, pembangunan ummah dan Palestin.
Hadir sama isteri Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim.
Turut hadir Pengarah Urusan Weststar Group Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, aktivis hak asasi dan profesor undang-undang dari Amerika Syarikat Khaled A.Beydoun serta atlet renang Palestin Yazan Al Bawwab.
Anwar berkata Khabib, Khaled dan Yazan merupakan sumber inspirasi yang cemerlang dalam bidang masing-masing tanpa mengetepikan aspek berkaitan ihsan serta rahmah.
“Saya melihat pentingnya peranan personaliti seperti Khabib, Khaled dan Yazan menjadi inspirasi bahawa seorang Islam yang baik bukan sahaja terbaik dalam profesion namun mampu menonjolkan nilai yang bertunjangkan ihsan serta rahmah khususnya dalam menghadapi gejala Islamofobia,” menurutnya dalam kenyataan selepas pertemuan itu.
Terdahulu, Perdana Menteri menunaikan solat Maghrib secara berjemaah bersama para hadirin.
Khabib, 36, mencetuskan fenomena dalam MMA apabila memegang rekod sebagai juara kelas lightweight UFC yang tidak pernah kalah pada 2021 dengan rekod 29-0 dan beliau turut disenaraikan dalam UFC Hall of Fame 2022.
Atlet kelahiran Dagestan, Rusia, itu berada di Malaysia untuk memenuhi program ‘Khabib Nurmagomedov Live in Malaysia 2024’ yang berlangsung di ibu negara semalam.
Pada 2020, Khabib mengumumkan persaraan selepas pertarungan menentang Justin Gaethje pada saingan UFC 254 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.
— BERNAMA
PUTRAJAYA, 30 Sept (Bernama) — Kerajaan hari ini melancarkan Pelan Tindakan Malaysia Bagi Mencegah Dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (MyPCVE) untuk melengkapi usaha tuntas membanteras aktiviti serta ideologi pelampau keganasan di dalam negara.
Pelan tindakan tersebut dibangunkan untuk menyelaras tindakan menangani ancaman fahaman pelampau keganasan bersandarkan kepada empat teras iaitu pencegahan, penguatkuasaan, pemulihan dan pengukuhan.
Ia menekankan isu ancaman fahaman pelampau keganasan secara holistik, merangkumi fahaman pelampau politik dan perkauman, sosial, agama dan elemen luar.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan pelancaran pelan tindakan itu berkata pelan tersebut perlu dilaksanakan secara tegas dan didedahkan kepada rakyat, lebih-lebih lagi apabila kini terdapat anasir dalam negara yang menggunakan elemen perkauman untuk menggugat keamanan.
“Siapa sangka bila kita capai kemerdekaan pada 1957, semua terima; Melayu, Cina, India dan kemudian pada 1963 bersama Sabah dan Sarawak, dan tercetus peristiwa 13 Mei (pada 1969).
“Kita tahu pendebatan dan perusuhan kaum melalui kenyataan politk tahun-tahun sebelumnya, terutama dekat pilihan raya, kini sudah sampai ke satu tahap yang sangat sengit dan bahaya,” katanya di sini.
Perdana Menteri berkata MyPCVE juga perlu ditelaah, dihadam dan dilaksanakan supaya pihak berkuasa dapat mengenal pasti motif sebenar di sebalik setiap fahaman pelampau atau serangan keganasan yang berlaku.
“Masalah kita adalah obsesi terhadap keganasan tanpa memahami isu pokoknya. Kita menangani masalah keganasan, tapi kita tidak faham punca dan latar belakang di sebalik suatu isu itu”.

Sementara itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang turut hadir berkata MyPCVE adalah berbeza dengan pelan tindakan yang diguna pakai di negara lain kerana ia melihat fahaman pelampau secara menyeluruh dan menggunakan pendekatan yang mengambil kira beberapa prinsip, dasar, dan nilai yang unik bagi Malaysia.
Beliau berkata selain menggariskan langkah penguatkuasaan yang tegas, pelan itu turut merangkumi ‘soft approach‘ dalam menangani isu fahaman pelampau dan keganasan.
“Harapan kami di KDN kepada pelan yang akan diguna pakai pada 2024 hingga 2028, ia akan berhasil membantu mewujudkan keamanan dan ketenteraman dalam negara insya-Allah,” katanya.
— BERNAMA








TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PELUNCURAN PELAN TINDAKAN MALAYSIA BAGI MENCEGAH DAN MENANGANI FAHAMAN PELAMPAU KEGANASAN (MALAYSIA ACTION PLAN ON PREVENTING AND COUNTERING VIOLENT EXTREMISM – MyPCVE)
30 SEPTEMBER 2024 (ISNIN) | 2.30 PETANG
HOTEL MARRIOT PUTRAJAYA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.
Alhamdulillahi Rabbil Alamin,
Nahmaduhu Wa Nusolli Ala Rasoolihil Kareem
Waala alihi wa sohbihi ajmain.
SALUTASI
Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail,
Menteri Dalam Negeri;
Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah,
Timbalan Menteri Dalam Negeri;
Yang Berbahagia Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar,
Ketua Setiausaha Negara;
Yang Berbahagia Datuk Awang Alik bin Jeman,
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri;
Yang Berbahagia Ketua-ketua Setiausaha, Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Perkhidmatan;
Distinguished guests from foreign emissaries;
Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Persekutuan dan Negeri;
Terima kasih kerana sama-sama menjayakan peluncuran Pelan tindakan Malaysia dalam mencegah dan menangani fahaman pelampau keganasan.
Saudara-saudara,
- Sudah tentunya kita dalam negara menekankan soal pertumbuhan ekonomi, pemacuan yang harus lebih baik, hubungan diplomatik dan kebajikan rakyat. Tetapi mendasari ini semua adalah keamanan dan keselamatan.
- Apa yang disebut oleh saudara Saifuddin umpamanya. Dalam pengalaman Saidina Ali bin Abi Talib, berikutnya kerana bab era awal Islam itu juga berlaku pergolakan. Dan setiap kali ada pergolakan ada ketegangan yang kemudian menjurus kepada kekacauan. Sebab itu bila Saidina Umar Abdul Aziz yang disebut Khalifah Thani menjadi khalifah. Anaknya seorang anak muda menegur ayahnya. Kerana ayah terkenal sebagai seorang yang zuhud, yang komited untuk melaksanakan Islam. Saya nak tanya, “mengapa ayah tidak melaksanakan hukum dengan tegas”. Jawabnya Saidina Ali, anaknya Abdul Malik ditanya ayahnya mengapa tidak? Jawab anak ayahnya itu sangat penting dan relevan dalam konteks kita. “Laa tak Jal ya bunayya!” – “Jangan gopoh wahai anakku”. Gopoh kenapa? Kerana kata dia keutamaan adalah keselamatan. Tanggungjawab khalifah itu adalah menjamin keamanan dan keselamatan at all cost. Maka penangguhan pelaksanaan hukum pun itu dalam konteks itu diizinkan. Kerana kalau secara gopoh dilaksanakan hal yang belum boleh diterima oleh rakyat. Maka belum jamin keamanan. Keamanan itu dalam segi urutan keutamaan fiqh aulawiyat, itu dalam urutan keutamaan masih keamanan dan keselamatan.
- Jadi yang saudara bincang hari ini termasuk pelan, dan apa yang sudah lakukan dalam kerjaya saudara masih ingat. Itu prasyarat bagi negara ini aman, berjaya dan untuk kita melakar dasar-dasar ampuh untuk mengangkat martabat, harakat dan darjat umat dan negara. Sebab itu, walaupun kita dalam perbincangan, sibuk mengurus hal-hal yang lain, tetapi setiap kali bicara soal pertahanan negara oleh Menteri Pertahanan, atau keselamatan dalam negeri oleh Menteri Dalam Negeri, memang Jemaah Menteri memberikan fokus tertentu.
- Soal undangan berulang kali yang saya tidak sedia hadir itu kerana saya beri keyakinan dan kepercayaan penuh kepada Menteri Dalam Negeri. Apa dia kekangan, dan saya nak lontarkan ini kerana ini jadi masalah. Semalam saya dengan temu bual dalam sidang TV Mehdi Hassan, sejam dialog. Sebentar tadi dengan Richard Quest, CNN.
- Dan dalam perbincangan perkara pertelagahan itu soal hak asasi, soal perundangan, soal tindakan-tindakan keras, soal keselamatan, soal pendakwaan itu semua dibangkitkan. Kerana dengan kematangan negara diharapkan supaya pemeliharaan hak asasi itu menjadi juga fokus dan tindakan-tindakan yang tegas itu dianggap pelanggaran termasuk undang-undang yang agak keras.
- Dan saya juga mewakili pandangan bahawa pelaksana undang-undang yang keras dan tegas itu, sementara perlu harus dijalankan secara sangat berhemah dan berhati-hati kerana yang tidak boleh kita tolak ansur ialah manakala berlakunya keterlanjuran atau ketidakadilan yang mengenakan hukuman ke atas yang tidak bersalah. Itu prinsipnya kita jelas. Malah, selepas temu bual tadi pun dibincang hal ini saya beritahu, ada masalah-masalah yang tidak boleh kita remehkan di antaranya ialah soal yang disebut Dan di Malaysia ini lebih rumit selain daripada soal keganasan oleh pelampau-pelampau agama, ada soal pelampau kaum, dan ada soal pelampau wilayah.
- Dan kalau kita hindar, izinkan masalah yang berkembang dan tidak dihindari. Ya, permasalahan akan lebih rumit. Jadi walaupun kita masih tegas dalam pertahankan negara ini, mematangkan demokrasi dan menghormati kebebasan, ada peraturan dan syarat kita undang-undang yang harus dilaksanakan dengan tegas supaya seluruh kejayaan itu tidak dimusnahkan.
- Seperti mana kita tahu lebih mudah memusnahkan daripada membangun, membina, mengambil masa yang panjang, pengorbanan keringat dan air mata bapa-bapa ibu-ibu kita terdahulu puluhan tahun daripada perkukuh perpaduan rakyat. Tapi meruntuhkan itu hanya dengan sedikit sebanyak lontaran fitnah ataupun berita-berita palsu. Apatah lagi dengan kecanggihan dalam media sosial sekarang.
- Jadi tentu kita harus dalam keadaan berwaspada. Saya tidak apologetic, saya tidak minta maaf kepada mereka mengatakan bahawa sementara saya pertahankan hak dan kebebasan. Saya tidak akan tolak ansur sama sekali terhadap elemen yang dianggap perosak, pelampau yang memusnahkan dan saya tetap seperti mana telah saya tegaskan dalam keputusan Jemaah Menteri akan mendukung dan mempertahankan dengan tegas dengan sesungguhnya. Penguatkuasaan Dalam Negeri contohnya PDRM dan agensi-agensi penguatkuasaan lain supaya menjaga dan mengawal kerana yang paling utama di negara kita ini ialah keamanan dan keselamatan dan bukan imej Perdana Menteri di luar negara.
- Sebab itu saudara-saudara, percayalah bahawa pelan ini harus ditelaah, dihadam dan dilaksanakan dengan tegas dengan sokongan penuh daripada Kerajaan Perpaduan. Cuma seperti saudara-saudara sudah tahu ya, saya selalu dalam perjumpaan saya dengan termasuk mesyuarat Majlis Keselamatan Negara, saya sebut kadang-kadang dalam kerjaya kita dan ini kesilapan juga dalam banyak negara, fokus itu hanya kepada tindakan perlakuan keganasan, tidak elemen hasutan.
- This is precisely the reason why in many discourses here and overseas, even long before I became, I assume Premiership when I was teaching in the Washington DC many of this forum, I see the problem even in the United States, it is obsession about terrorism without understanding the issues. We deal with the issue of terrorism among the perpetrators. But they wouldn’t understand the reasons. Background, activities prior to the final act of terror. What we consider as the purveyors of terror. The issues raise the effective incessant propaganda using exploiting race, religion, or territory I mean states or sentiments to deny rights of others to demean, condemn and therefore in order to achieve this goal perpetrate allow for the perpetration of violence and terror.
- In order to achieve these goals, perpetrate allow for the perpetration of violence and terror. Jadi maknanya, dalam menjayakan pelan kita, kefahaman kita tentang ciri yang membuahkan, menyebabkan berlakunya keganasan melalui usaha-usaha ada yang disebut tadi sama ada semangat marah kerana umat Islam dibantai, diperkosa dan ditindas dan dibunuh, maka rombongan ke Afghanistan atau ke Syria atau mana-mana lain, ya mungkin di situ alasannya munasabah, tetapi semangat itu sudah kental dan menerima fahaman dari kalangan yang sudah keras sikapnya bagi kelompok yang dipukul, dibantai, di bunuh, dimusnahkan harta benda setiap hari, maka reaksinya akan tentunya ganas dan pengaruh itu dibawa ke sini di mana hal yang sedemikian tidak berlaku tetapi pengaruh yang disebut tadi hasutan fahaman itu berbekas.
- Jadi saya bangkitkan tentang masalah purveyors of violence and terror yang kita harus pantau daripada sekarang. Apakah dia melalui sekolah, melalui politik, melalui jabatan, melalui kelompok-kelompok tertentu itu harus dipantau, kerana kalau tidak kita pantau awal, bila dikejutkan dengan tindakan keganasan seperti mana yang kita saksikan di banyak tempat di dunia.
- Saya akui PDRM dengan pengalaman yang lama termasuk di Pasukan Cawangan Khas – special branch yang saya kenal baik dah lama, maklumlah punyai keupayaan dalam perbincangan saya nampak dipantau facility dan ini harus diperkemaskan termasuk bahagian yang disebut sebagai counter terrorism.
- Saya tahu kita akan kemudian diserang kerana kita ada agenda. Saudara, tidak ada agenda politik kepartian di sini. Agendanya keselamatan dan keamanan, kalau kita nak uar-uarkan kita ini mahu kebebasan dan biar negara ini lingkup itu bukan kebebasan. Itu memungkinkan negara ditakluki atau kacau bilau berlaku. Ini harus dimengerti dan masyarakat, rakyat harus diberi kefahaman.
- Jadi sebab itu pelan ini, pelan yang harus dihadam tentunya oleh rakan-rakan terlibat tetapi juga harus didedahkan kepada rakyat bahawa mengapa perlunya undang-undang yang mengekang, bukan mengekang kebebasan tapi melarang tindakan ke arah keganasan yang disebut purveyors of terror and violence kerana kalau kita tunggu dan biarkan ini meluas sudah menjadi sebati dengan kefahaman dan maka agak terlambat. Rakan-rakan daripada Cawangan Khas tahu betapa payah dan perit untuk memulihkan fahaman orang yang sudah taksub dengan satu pandangan.
- Ia mengambil masa sepertimana masa diambil untuk menjadi seorang yang pelampau. Ia mengambil masa bulanan tahunan. Jadi untuk membersihkan semula fahaman itu juga akan mengambil masa.
Sebab itu wajar dipantau supaya dia tidak menjadi suatu penyakit yang menular dalam kalangan kita. Saya ambil pandangan dalam Kerajaan kritik Kerajaan dari segi dasar ekonomi, dasar politik, dasar International itu memang dibolehkan dan Parlimen seperti mana saudara saudari sudah tahu yang memberikan segala ruang untuk mereka bangkitkan.
- Tetapi dalam negara kita tentunya ada kekangannya. Seperti mana semua negara yang lain. Tidak ada negara yang memberikan kebebasan untuk menghasut supaya berlakunya perpecahan di kalangan mereka. Tidak ada negara yang mengizinkan kelompok yang menuntut satu bahagian kecil atau besar negeri atau daerah keluar daripada negara ini, tidak ada.
- Itu sebab berlakunya American Civil War daripada awal sejarah. Jadi saya harap pelan yang diluncurkan hari ini khususnya MyPCVE, malas saya nak sebut (nada bergurau) itu harus dijadikan panduan kerana negara tidak upaya untuk melengahkan. Siapa jangka bila kita sampai kemerdekaan 1957, semua terima, Melayu, Cina, India dan kemudian 1963 bersama Sabah dan Sarawak kemudian tercetus 13 Mei 1969.
- Bagi pengkaji sejarah akan tahu bahawa perdebatan, permusuhan kaum melalui kenyataan-kenyataan politik tahun-tahun sebelumnya, terutama dekat dengan pilihan raya Mei 1969 itu sudah ke tahap yang sangat sengit dan hangat. Ia seolah-olah sudah menggelegak tunggu mendidih dan meletup. Pada ketika itu, tentunya pemimpin-pemimpin negara sejurus selepas kemerdekaan masih mencari hala tuju yang baik dan enggan mengambil tindakan yang agak tegas. Maka sebab itu bila berlakunya peristiwa 13 Mei, disepakati bila dicadangkan Majlis Gerakan Negara, maknanya pengisytiharan darurat. Akibatnya, ya tentu keamanan dicapai, tetapi ekonomi hampir merudum dan mengambil masa yang panjang untuk dipulihkan kekuatan ekonomi. Sebab itu kita harus belajar daripada sejarah.
- Ada insiden-insiden lain yang paling mutakhir, Ulu tiram sebelum itu Al-Maunah dan lain-lain yang harus dipantau yang dibedakan daripada pertelingkahan politik dengan pertelingkahan yang membawa kepada ketaksuban.
- Sarjana-sarjana Islam termasuk Sheikh Yusuf al Qaradawi juga menulis tentang bahaya pelampau dalam agama, bukan suatu perkara baru. Dalam sejarah dulu, istilah assassin itu istilah Kumpulan Assassin di Utara Afrika dengan orang Islam yang tugasnya itu untuk kelompok kecil pelampau yang ditubuhkan itu untuk melakukan assassinations sehinggakan istilah itu menjadikan istilah assassination dalam Bahasa Inggeris sekarang.
- Jadi saya tidak mahu bermaksud untuk menakutkan, nanti orang kata Anwar ni menjurus ke arah agak keras. Tidak, saya tetap seorang yang agak lebih terbuka dan demokrat dan saya enggan untuk mewujudkan undang-undang yang terlalu keras dan saya sentiasa mengingatkan jangan melanggar prinsip-prinsip yang bimbang akan mendera orang yang tidak bersalah tetapi harus waspada.
- Keutamaan kita adalah keamanan dan keselamatan negara. Kalau perlu undang-undang kerana ada kelompongan yang disebut oleh Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri tentang dana dan kemasukkan pengaruh-pengaruh badan-badan antarabangsa, sebab itu counter terrorism ini merupakan juga bukan sahaja usaha negara, tapi antarabangsa and we support an equally the focus on the attempt to ensure that is effective collaboration between nations and when I assume the Chairmanship of ASEAN next year, our certainly give this endorsement that they should be better collaboration among nations within ASEAN, to ensure that we deal with issue counter of terrorism in a more effective manner is getting to be more sophisticated. We are dealing with extremely sophisticated weapons, sophisticated methods and if for those of you are familiar with their works of Qaedah or ISIS it is not a simple terrorist cell. It’s a very elaborate sophisticated with enormous funds and intellectual effort being place to win the hearts and minds of their followers and to be able to inflict as much harm as possible to groups that they consider their foes or enemies.
- Jadi sebab itu saya rasa ada keperluan, kalau ada keperluan tentang Akta Keselamatan Negara yang menjurus khusus kepada usaha menjamin keselamatan dalam negeri daripada unsur-unsur dan pengaruh dari luar. Jadi saya serah kepada kebijaksanaan PDRM dan Angkatan Tentera selain daripada penguatkuasaan yang lain sekiranya ada elemen-elemen ini harus dimasukkan yang belum cukup kuat dalam undang undang negara dan tentunya akan disergah oleh sebahagian iaitu insya-Allah kita akan pertahankan sebab betapa pun kita mahu negara ini lebih matang sebagai satu demokrasi, satu hal yang tidak boleh kita terima adalah mengizinkan negara menjadi medan dan gelanggang bagi puak yang melampau.
- Sebab itu dalam hubungan kita dengan Hamas sekalipun, ya, kita bedakan dengan kerjasama kita dalam bidang politik dan dukungan, tentang usaha pada segmen politik dan kita cuba sebagai negara yang kecil membangun menjalin hubungan antarabangsa dengan semua. Kita cuba elak daripada terlibat dalam mana mana perseteruan yang melibatkan senjata.
- Tetapi ia tidak melepaskan kita daripada tanggungjawab menyokong apa yang kita anggap sebagai yang hak yang menolak kebatilan. Tadi dengan CNN memang panjang bertelagah soal dukungan saya kepada Gaza dan dia minta saya kutuk peristiwa 7 Oktober. Saya kata sejarah itu tidak hanya berlaku dan bermula dengan 7 Oktober 1948 tapi demikianlah kadang-kadang naratif di barat. Itu soal kesampingan yang lain tetapi cuma saya hendak tegaskan di sini bahawa usaha kita dalam bidang menjamin keselamatan negara itu tetap menjadi keutamaan.
- Walaupun kita bicarakan sekarang, Ahamdulillah semi conductor hub for South East Asia, energy hub for South East Asia dan sampai sekarang dari ratus bilion soal data center dan AI, semikonduktor dalam negara kita, semua ini berlaku dengan satu hal yang penting bahawa negara ini aman dan rantau ini dianggap antara rantau yang aman. Maknanya usaha diplomatik, usaha hubungan antarabangsa itu harus ditingkatkan tetapi jangan kita cuai dan badan-badan penguatkuasaan khususnya PDRM. Dalam konteks ini dan sementara kita berikan dan kerjasama universiti society tak harus lupakan.
- Tapi sementara kita minta teruskan dan beri dukungan, saya ingin bagi jaminan bahawa kita akan tetap berikan segala sokongan yang perlu supaya mereka dapat bekerja dalam keadaan selesa dan mendapat seluruh sokongan kuat daripada kerajaan yang ada.
- Jadi dengan lafaz Bismillahhirrahmannirrahim saya luncurkan Pelan Tindakan Malaysia bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan.
Sekian.
Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh






