NOTA PERCAKAPAN YAB PERDANA MENTERI: SESI PENERANGAN MENTERI BERHUBUNG SIDANG KEMUNCAK TERGEMPAR NEGARA-NEGARA ARAB DAN ISLAM BERKENAAN ISU PALESTIN DI RIYADH, ARAB SAUDI PADA 11 NOVEMBER 2024


TEKS UCAPAN

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

SAMBUTAN HARI STATISTIK NEGARA DAN JUBLI INTAN, 75 TAHUN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA (DOSM)

 

 

2 NOVEMBER 2024 (SABTU) │12.00 TENGAHARI

 

PENANG INTERNATIONAL CONVENTION

CULTURAL & ARTS CENTRE (PICCA),

PULAU PINANG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillaahil lazeee anzala ‘alaa ‘abdihil kitaaba,

Wa lam yaj’al lahoo ‘iwajaa,

Wa Nusalli Ala Rasoolilah Kareem,

Wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.

Dan Salam Sejahtera.

Saudara YB Rafizi Ramli,

Menteri Ekonomi;

YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri;

YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar,

Ketua Setiausaha Negara;

YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid,

Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang;

YBhg. Dato’ Nor Azmie Bin Diron,

Ketua Setiausaha, Kementerian Ekonomi;

Semua rakan-rakan yang dimuliakan; dan

Khususnya kepada,

YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin,

Ketua Perangkawan Malaysia dan seluruh keluarga Jabatan Perangkaan Malaysia pada Hari ini; dan

Rakan saya,

YB Tuan Lim Guan Eng,

mantan Ketua Menteri dan juga Ahli Parlimen Bagan bersebelahan Permatang Pauh.

  1. Saya ucap terima kasih kepada saudara YB Rafizi Ramli dan YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin serta keluarga Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kerana diberi kesempatan untuk bersama. Katanya menunggu lama untuk dapat jadual daripada saya, sebenarnya di antara sebabnya kerana kita yakin dengan prestasi yang baik, jadi tidak perlu diganggu oleh Perdana Menteri.
  1. Kita dengar tadi ucapan saudara YB Rafizi Ramli dan kita ikuti tentunya Jemaah Menteri dalam sidang seringkali meneliti laporan-laporan Jabatan yang saudara sedia maklum dalam semua perancangan, unjuran pertumbuhan, dalam pelaburan, kajian kemiskinan dan bantuan baharu, semuanya memerlukan angka dan data. Maknanya nadi kehidupan rakyat dan negara itu bergantung kepada tahap kecekapan kita, integriti kita untuk menghasilkan data dan angka yang meyakinkan.
  1. Satu hal yang tidak boleh dipertikai dalam negara ini, walaupun ramai yang mempertikaikan institusi dan agensi, tetapi DOSM telah letak satu prestasi dan nilai serta integriti yang dihormati oleh semua rakyat negara kita. Dan ini membantu kita kerana bila angka-angka ini diyakini ia boleh membantu negara, tumpu untuk memacu pertumbuhan dan pengagihan yang lebih adil.
  1. Saya menunggu rumusan Banci Pertanian 2024, kerana ini akan membantu kita dalam merangka Dasar Pertanian yang boleh menjamin keterjaminan makanan dan penghasilan serta jumlah petani iaitu nelayan yang sebenarnya, yang patut kita tangani permasalahan mereka.
  1. Jadi saudara-saudara, saya tentunya seperti mana Menteri tadi hadir untuk menyatakan bahawa kita perlu dukung. Saya beritahu tadi kita dalam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) tahu, ada peruntukan umpamanya untuk memastikan tenaga profesional mendapat latihan terbaik, diberi pendedahan dan di antara jabatan yang diberi keutamaan untuk diberikan pendedahan umpamanya dalam soal digital, dalam soal Artificial Intelligence (AI) itu adalah Jabatan Perangkaan atau Statistic Department.
  1. Jadi kalau ada masalah kekurangan itu saudara perlu bantah kepada KSN dan Ketua Pengarah Perkhidmantan Awam (KPPA) sebab arahan sudah pun disampaikan. Sebabnya satu yang penting saudara faham, selama ini banyak Jabatan dan Kementerian bergantung kepada pakar-pakar luar, tidak ada masalah sekali-sekali mungkin boleh, tetapi kadang-kadang dia jadi lembap, tidak melatih keupayaan dalaman. Negara ini tidak boleh lagi memacu pertumbuhan, melakukan perubahan dengan ketergantungan kepada pakar-pakar luar. Sebab itu mereka harus belajar juga dari pengalaman DOSM dan DOSM mampu memberikan hasil, angka-angka, data bukan saja peringkat negara kebangsaan, negeri dan sekarang sampai ke daerah dengan apa yang dikatakan angka akar umbi granular.
  1. Dan melalui usaha, keupayaan, kemahiran, kepakaran sendiri, Kerajaan tentunya harus iktiraf ini dan memberikan laluan, peluang latihan yang terbaik bagi rakan-rakan yang dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan angka-angka, data yang terbaik untuk rakyat dan negara. Bagaimana kita boleh merangka umpamanya Dasar Ekonomi? Ekonomi MADANI ke arah menilai mutu pendidikan kita, tahap kemudahan kesihatan kita, keupayaan prasarana kita, tahap latihan dan tahap kecekapan rakyat? Itu melalui angka dan data. Sebab itu kita tidak boleh umpamanya mengharapkan adanya satu hasil yang baik tanpa angka dan data yang memuaskan.
  1. Sebab itu saya katakan tahap profesionalisme dan integriti, dapatan kita itu harus terbaik. Mungkin YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin selain maklumkan bahawa beliau memanfaatkan hubungan antarabangsa melalui pendedahan dan dalam persatuan-persatuan, gabungan sehingga mungkin sekarang ini umpamanya Statistics Big Data Analytics, Statistical Data Warehouse itu hal yang baru dapat digarap dan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
  1. Saya tentunya menunggu supaya perubahan perubahan yang berlaku termasuk langkah-langkah yang baharu diperkenalkan untuk turun sehingga ke peringkat negeri dan daerah. Angka-angka seperti mana yang diusahakan melalui sistem PADU akan membantu kita supaya tidak ada ketirisan, pertindihan dalam penyaluran bantuan kepada rakyat kita.
  1. Saudara-saudara sedia maklum, saudara pakar bab angka dan data, jumlah bantuan pertanian, jumlah bantuan yang disebut subsidi kepada rakyat dan jumlah peruntukan bagi rakyat miskin, itu banyak sekali dan dari kajian baru-baru ini dalam beberapa persidangan termasuk Khazanah Megatrend, ternyata menurut kajian pakar-pakar ekonomi antarabangsa, Malaysia ini dengan hasil kutipan cukai yang paling rendah, tax base yang paling rendah tetapi subsidi kita di antara yang tertinggi di Asia.
  2. Betul, baik beritanya subsidi tertinggi tetapi tanpa di bantu dengan angka dan data yang baik, kita dapati banyak juga subsidi ini yang bocor dan ketirisan ini mesti ditangani. Kalau tidak, kita akan terus menambah perbelanjaan tetapi tidak sampai kepada kumpulan sasar. Ini peranan yang sangat kritikal dan strategik yang harus dimainkan seterusnya oleh Jabatan ini.
  1. Jadi saya tegaskan semula bahawa ada keperluan untuk terus meningkatkan usaha. Saya ucap tahniah tentunya kepada YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin dan seluruh keluarga DOSM kerana prestasi mereka selama ini tetapi lantaran negara ini melakukan anjakan yang agak ketara dan menuntut perubahan yang cepat dan pantas, maka tentunya harapan kepada DOSM sama, iaitu menuntut supaya mengekalkan prestasi tetapi meningkatkan usaha supaya hasil kita itu sebaiknya, setaraf dengan hasil Jabatan atau angka-angka yang diperolehi di peringkat negara-negara utama di dunia.
  1. Saya menaruh keyakinan dengan keupayaan Ketua Pengarah dan seluruh keluarga Jabatan Perangkaan Malaysia ini kita dapat hasilkan dan melihat umpamanya prestasi DOSM ini yang dikira paling cemerlang di rantau ini, insya-Allah.
  1. Seperti mana juga yang saudara sedia maklum, tahun depan kita akan mempengerusikan ASEAN dan kita mengharapkan dalam beberapa pertemuan, Menteri Ekonomi, Menteri Kewangan ataupun Jabatan Perangkaan sendiri, kita dapat berikan penjelasan dan penerangan tentang prestasi yang kita capai dan boleh menjadi contoh dan teladan terbaik bagi ASEAN bagi rantau ini. Itu harapan saya untuk tahun 2025.
  1. Jadi saudara-saudara mulai bulan November dan Disember ini kerja lebih sedikit supaya laporan dan penjelasan kita, pembentangan kita untuk ASEAN ini juga termasuk daripada DOSM, di antara yang terbaik di rantau kita.
  1. Jadi itu harapan saya dan saya ucap terima kasih kepada YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin dan seluruh keluarga dan mendoakan kepada Allah SWT, pertama untuk mengiktiraf jasa-jasa baik dan cemerlang oleh bapa-bapa, abang-abang dan kakak-kakak kita sebelum ini kerana kita warisi satu Jabatan yang agak mantap dan tahniah kepada mereka.
  1. Terima kasih dan tahniah kepada keluarga DOSM yang ada, dengan harapan mudah mudahan kita dapat tingkatkan amal jariah kita.

Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

 

TEKS UCAPAN

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

 

MAJLIS PERASMIAN

KARNIVAL HARI PENJAJA DAN PENIAGA KECIL PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

 

 

 

2 NOVEMBER 2024 (SABTU) │11.00 PAGI

 

PICCA CONVENTION CENTRE,

BUTTERWORTH ARENA, PULAU PINANG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Alhamdulillaahil lazeee anzala ‘alaa ‘abdihil kitaaba,

wa lam yaj’al lahoo ‘iwajaa,

Wa Nusalli Ala Rasoolilah Kareem,

Wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.

 

Saudara Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP),

YB Datuk Ewon Benedick;

 

Rakan rakan menteri yang hadir;

 

Ini tengok betapa pentingnya penjaja dan peniaga kecil, ramai menteri turut hadir di sini.

 

Timbalan Menteri; 

 

Ketua Setiausaha Negara,

Tan Sri Shamsul Azri;

 

Rakan-rakan KSU;

 

Timbalan Ketua Menteri;

 

Exco;

 

Ahli Dewan Rakyat;

 

Ahli Dewan Undangan Negeri; dan

 

Rakan-rakan yang saya muliakan.

 

YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin bin Dato’ Haji Abd Majid, Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia dan seluruh panglima-panglima penjaja yang hadir.

 

Terima kasih.

 

  1. Saya tambah gembira hari ini, tahun lalu kita di Penampang, Sabah. Tapi yang ini di Seberang Jaya, Permatang Pauh, saya jadi rasa macam tuan rumah pada hari ini.
  1. Jadi Datuk Ewon bisik kalau tuan rumah tak kan tidak tambah peruntukan? jadi untuk hari penjaja-penjaja dan peniaga kecil memang peruntukan diberikan melalui peruntukan sedia ada kementerian.
  1. Keduanya seperti mana yang disebut oleh Datuk Ewon Benedick dari RM20 juta yang diperuntukkan, RM1 juta diberi kepada persatuan untuk perjalanan kegiatan mereka. Tapi tidak ada peruntukan khas untuk Hari Penjaja kerana sebelum ini belum ada dasar penjaja peniaga kecil.
  1. Jadi terima kasih kepada KSU Dato’ Seri Khairul Dzaimee kerana sekarang mempersiapkan kerangka dasar penjaja, peniaga kecil yang akan kita luncurkan. Maknanya untuk tahun depan harus ada peruntukan khas untuk hari penjaja dan peniaga kecil. Untuk tahun ini, katanya sedikit sahaja, maka saya tambah RM250,000 untuk majlis hari ini. Kerana menteri sebut pada saya dia kata cukup, cuma kurang sikit je kalau dia kata tidak cukup tadi RM50 juta pun saya lulus (nada seloroh).
  1. Pertama saya hendak jelaskan, mengapa dasar kerajaan dasar MADANI ini menekankan soal rakyat di peringkat bawah dan kalau saudara-saudara lihat seluruh dasarnya penyasaran subsidi 85% tidak dikena, makna tidak ditarik subsidi.
  1. Dalam ucapan-ucapan di Parlimen kita tarik subsidi, tarik hanya untuk 15% yang tertinggi. Itu pun kita hendak kaji lagi. Jangan beban pula T15 kalau pendapatan dia RM13,000, katanya rendah, kita tingkatkan lagi. Jadi sepatutnya orang politik dia patut bela 85% ini, penjaja, peniaga, petani, nelayan. Ini di Parlimen, dia berucap pertahankan golongan kaya dan maha kaya, bila masuk kampung kami pembela Melayu kampung, tidak betul. Tapi bila bercakap di Parlimen kami pembela golongan kaya.
  1. Saudara, kita tidak tambah cukai kalau dari segi penyasaran subsidi, kita hanya tarik subsidi. Apa ada subsidi bantuan? bantuan untuk rakyat susah, subsidi ini umpama sedekah. Kita tarik sedekah. Dia bayar harga pasaran. Dulu kita buat elektrik, elektrik yang di dewan ini siapa tidak bayar, tidak naik peningkatan kerana subsidi tidak ditarik balik, yang ditarik balik hanya untuk golongan atas, berapa? air conditioning di rumah 7, fan 6 bayarlah sikit. Bukan bayar cukai tambahan, bayar ikut kadar pasaran, yang kita tarik itu subsidi.
  1. Subsidi itu mana-mana negara ini sepatutnya untuk rakyat susah atau kelas menengah tapi yang didengar di bawah lain. Sebab itu saya hendak peniaga kecil dengan penjajah tolong jelaskan? dasar ini dasar bantu rakyat dari mana hendak dapat wang? Kalau negara ini orang kaya apa kita bayar? ada yang pendapatannya RM1 juta sebulan subsidi elektrik bagi, subsidi minyak bagi. Munasabah? tidak munasabah. Tidak masuk akal diteruskan. Jadi ini yang saya lakukan. Bila kita tarik subsidi daripada dia, barulah kita bantu penjaja dan peniaga.
  1. Dato’ Zainal kata okay bantu, dari mana saya hendak dapat wang, dari jimatkan belanja negara, jimat dari mana orang kaya janganlah bagi sedekah. Subsidi bagilah orang susah. Jadi saya hendak saudara faham hari ini. Begitu juga bila kita bincang penyasaran subsidi baru-baru ini. RON95, kita tidak naik bagi rakyat. 85% B40, M40 malah T20 pun, jadi tinggal 15 di atas. Itu pun kita kaji, kita bimbang takut bila dikenakan orang itu mungkin gaji RM13,000 pendapatan anak 5, 2 di universiti mungkin terbeban. Itu sedang dikaji supaya bila kita tarik subsidi jangan menyusahkan.
  1. Tapi saya tengok di media, di media sosial parti-parti pembangkang riuh rendah bercakap ini tidak adil, nak adil bagaimanapun kepada rakyat. Kalau orang yang dapat pendapatan RM100,000 sebulan RM100,000 sebulan pun kita bagi subsidi. Jadi tolong faham yang ini sausara-saudara.
  2. Baik berkaitan soal cukai, ada Ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen di sini yang kata ini kerajaan MADANI ini apa? cukai orang miskin, orang kaya tidak bayar cukai, kamu mengaji ekonomi apa ni? kamu dengar kupasan Belanjawan. Kamu faham ke dasar, padahal cukai kita ini yang sekarang SST, penyasaran subsidi semua kita kenakan kepada orang kaya. Tapi bila bercakap di kampung, dengan Al-Quran dengan hadis, kemudian bagi kenyataan yang palsu.
  3. Ada orang kata bila saya jawab dia kata mana boleh? Perdana Menteri jawab ini semua, jadi kerja Perdana Menteri apa? harus jelaskan, saya hendak saudara-suadara faham. Kalau tidak kita tidak boleh tadbir dengan adil.
  1. Sekarang ini heboh pasal NAFAS. Itu terpulang pada siasatan. Tapi kita hendak pastikan yang dapat baja, benih ini dapat harga patut, yang import cara betul itu sahaja.
  1. Saya sudah lama marah pada kartel ini. Kartel ini makna apa? maknanya kelompok kecil jaga dia, bukan jaga rakyat. Jadi kena faham mengapa siasatan dilakukan. Siapa saja tanpa kecuali, ada kes SPRM masuk. Kalau kes jenayah Polis Diraja masuk, tidak kira dia jabatan apa, pangkat apa. Syarikat Kerajaan ke syarikat swasta.
  1. NAFAS, betul bebas, tapi di bawah penguasaan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Baru ini kes Khanazah. Itu khazanah pengerusi sekarang Perdana Menteri, tapi saya tidak halang siasatan, macam mana kes dulu, yang ini kes dulu. Tapi kalau kes sekarang pun ada sahaja laporan sama ada Perdana Menteri, pengerusi atau tidak, kalau salah, siasat, kalau salah, dakwa, kalau salah hukum. Saya tidak peduli, baru kita boleh perintah dengan adil.
  1. Jadi saya harap rakan-rakan terutama penjaja dan peniaga kecil tahu bagaimana saya nak bela. Rakan-rakan tahu gaji semua naik bagi pegawai-pegawai Kerajaan kerana apa? 12 tahun tidak naik, kerja lebih kuat, saya tegur lagi agar tegas tidak tolak ansur jadi bagilah yang adil kepada mereka.
  1. Menteri dan Timbalan Menteri potong lagi 20 peratus, Perdana menteri tidak ambil gaji lagi, tetapi kata mana boleh tidak ambil gaji, malaikat ke kalau tidak ambil gaji. Tak ambil gaji pun kena marah. Saya bercakap dengan Wan Azizah geram-geram ambillah gaji tahun depan. Tengok hendak kata apa pula, ‘haa dulu tidak mahu ambil gaji, sekarang ambil gaji pula, salah juga’. Ini apa punya perangai huduh sangat ni. Ya ini maknanya cemburu. Saya bukan miskin. Saya tidak ambil gaji saya tidak miskin, elaun ahli Parlimen saya ambil, Wan Azizah pun ada elaun Ahli Parlimen, cukuplah. Rumah ada Kerajaan bagi, naik kapal terbang Kerajaan, naik kereta Kerajaan, dah berjuang lama berkhidmatlah kepada rakyat. Ini yang saya nak lakukan pun kena maki lagi. Itu yang saya boleh sebut lawan tetap lawan.
  1. Jadi saya nak jelaskan sebab mengapa saya berani bercakap depan penjaja dan peniaga? Kerana saya sungguh-sungguh. Tahun pertama semasa saya jaga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), apa saya buat? nak suruh saya buat bangunan mercu tanda yang hebat? Tidak payah lagi dah. Jadi mereka kata tengok Perdana Menteri ini tidak ada bangunan tinggi. Saya kata tidak perlu, kerana bandar raya Kuala Lumpur kita harus dikenali dengan kebersihan, dengan gerai, warung dan restoran kecil yang bersih dan indah. Itu keutamaan saya.
  1. Hari ini banyak perubahan, 70 hingga 80 lebih peratusan yang sudah siap dan sekarang walaupun banyak dilakukan oleh DBKL, KPKT dan ini saya juga telah cadangkan kepada semua Kerajaan negeri. Apabila bercakap pasal kota, gedung-gedung besar, biar sektor swasta yang buat. Dia nak buat bangunan, nak buat hotel dia buat. Kerajaan tumpukan kepada gedung-gedung kecil, warung penjaja. Tidak malu ke, bukan main hebat di mana? Pulau Pinang, mana? Kuala Lumpur, mana? Johor bahru tetapi tengok gerai dan warung yang ramai orang kita makan, 80 peratus pergi ke warung. Tetapi warung nak roboh, lampu tidak menyala, tandas busuk, kotor dan pecah, apa itu kita bangga? Tidak. Sebab itu saya kena tumpu bidang itu. Bukan sahaja di Kuala Lumpur, saya pergi Kelantan.
  1. Saya dengar Pasar Siti Khadijah puluhan tahun bumbung bocor, tandas rosak, lantai pecah. Saya pergi selepas menghadap Tuanku Sultan Kelantan, keperluan RM5.6 juta kita lulus masa itu juga. RM5.6 juta untuk bangunkan semula pasar. Sebab apa? Ada 2,800 penjaja dan peniaga kecil di situ. Itu yang daftar, yang tidak daftar kata mungkin ada lagi mungkin hampir 3,000 peniaga dan penjaja kecil kerana saya mahu Kota Bharu terkenal juga dengan gerai, warung dan pasar yang bersih. Jadi ini dasar kita. Ini baru MADANI, ini baru manusiawi, ini baru Karamah Insaniah. 
  1. Saudara-saudara, saya tidak tolak ansur, rakan-rakan Jemaah Menteri ada, Ketua Setiausaha Negara ada dalam mesyuarat, hal ini kita beri tumpuan sebab itu Kementerian Pembangunan Usahawan Dan KoperasI (KUSKOP) di bawah saudara YB Datuk Ewon Benedick dan Ketua Setiausaha, kita bagi keutamaan, kita bagi peruntukan dan kita bagi gesaan supaya ada dasar dan turun ke bawah dan bantu rakyat di peringkat bawah dan terima kasih saudara YB Datuk Ewon Benedick.
  1. Kemudian dicadang pula gerai dan warung ini di Kota. Bagaimana dengan pekan kecil sebab tidak masuk bawah Majlis Perbandaran. Kalau di Pulau Pinang masuk dua-dua tetapi di kebanyakan negeri, negeri lain di Sabah, di Sarawak, di Pahang, Kelantan, pekan-pekan kecil tidak masuk di bawah Majlis Perbandaran, bukan di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Jadi projek-projek tidak sampai.
  1. Itulah sebabnya mengapa kita tambah peruntukan dan disebut Tamu Desa MADANI di kawasan-kawasan yang di dalam sikit supaya diberikan perhatian kepada peniaga dan penjaja kecil yang di luar bandar. Yang itu kita luluskan. Dalam Belanjawan kita lulus tambahan RM100 juta yang dibahagikan kepada kementerian-kementerian dan saya akan perhatikan sepertiman yang disebut oleh Menteri bahawa sebahagian peruntukan itu sampai kepada KUSKOP dan diuruskan supaya bantu penjaja dan peniaga kecil termasuk persatuan.
  1. Saudara-saudara, yang saya sebutkan ini penting, kena faham ya kerana kalau kita kata restoran, restoran 5 bintang ada, siapa ada duit pergi lah ke sana. Restoran-restoran ada, tetapi kalau kita tengok, contohnya di Seberang Jaya, yang mengguna atau yang sampai ke warung atau restoran kecil, peniaga kecil beli belah ini lebih banyak rakyat terbanyak, lebih ramai rakyat ke warung, kedai-kedai kecil sama ada kedai makan atau beli belah itu lebih ramai berbanding atau ketimbang restoran-restoran besar, sebab itu peruntukan kita pun harus adil. Kita bagi perhatian kerana majoriti rakyat. Sebab itu saya tekankan di bandaraya, beri perhatian yang lebih oleh Dewan Bandaraya kerana warung-warung itu memalukan sebelum ini. Sebab saya kata 80 peratus rakyat pergi ke situ, yang peringkat atas ke restoran-restoran besar.

 

  1. Sebab tu kalau saudara tengok, lihat pengalaman saya setiap hari Jumaat, sebelum solat Jumaat, saya sampai ke gerai atau warung atau restoran kecil dan makan dahulu sebelum tunai solat Jumaat. Supaya orang tidak kata bahawa Perdana Menteri ini dekat pilihan raya baru nak dukung anak, baru nak pergi jumpa orang miskin, baru nak pergi gerai sebelum pilihan raya. Saya tidak. Setiap minggu hari Jumaat saya ke warung dahulu, peniaga kecil dahulu, sebelum sampai ke Masjid. Di situ banyaklah complaint, harga gula lah, beras tidak cukup lah ataupun bumbung bocor, ataupun lantai tidak bagus. Jadi kita tengok dan lihat sendiri, kita santuni dan faham masalah rakyat.
  1. Dan ini gesaan kita kepada pemimpin-pemimpin, mesti turun kerana siapalah hendak lihat peniaga kecil ini, tak ada masa kerana ekonomi kita sedang rancak. Kita ada pelaburan berbilion masuk. Baru-baru ini AWS, Google, Microsoft, NVIDIA dan Infineon, ini yang besar-besar, puluh billion pelaburan masuk. Betul, kita kena bagi perhatian, tetapi jangan lupa bahawa pembangunan ini mesti lebih merata, mesti ada pengagihan. Yang golongan atas, pelaburan kita perlu untuk jamin pekerjaan tetapi di sebelah kilang-kilang besar perbelanjaan berbilion, perlu juga ada warung-warung dan pusat peniaga kecil kerana yang bekerja itu bukan semua pengurusan besar.
  1. Apabila Google Chief datang ke Kuala Lumpur, saya makan dengan dia. Saya cerita bab ini. Dia kata bila Google datang, pelaburan RM10 bilion ringgit. Dia bayar gaji jurutera dan pengurusan semua tinggi tetapi saya kata 70 peratus ini di bawah, pekerja kilang dan sebagainya. Mereka tidak akan pergi makan ke restoran besar. Mereka akan pergi beli belah di pusat-pusat peniaga kecil dan makan di gerai dan warung.
  1. Dan inilah sebabnya mengapa kita harus beri perhatian dan sediakan tempat perniagaan yang selesa di kawasan perindustrian dan kawasan perumahan. Ini dasar Kerajaan yang ada sekarang dan saya percaya untuk maksud ini walaupun kementerian-kementerian lain juga terlibat, agensi pun ada sama, ada PERKESO, juga saya tengok ada penyelarasan dengan persatuan dan cadangan persatuan dan koperasi, saya setuju saya minta selaras dengan ANGKASA supaya jangan bertindih. ANGKASA sudah ada pusat-pusat pengedaran hampir setiap daerah. Jadi persatuan penjaja dan peniaga kecil harus ada operasi yang boleh bergabung supaya dikurangkan kos pengurusan dan pentadbiran.
  1. Saya tidak mahu umpamanya bagi berjuta ringgit, kos tinggi. Ini macam saya kritik dahulu mula-mula RISDA. Apakah itu RISDA? Pekebun kecil getah. Pusat bantu pekebun kecil getah dan apa tumpuannya yang pertama? Buat gedung besar di Kuala Lumpur. Saya tidak fikir ini bukan satu pendekatan yang sesuai. Itu dulu cerita dulu tetapi saya nak beritahu pengalaman ini harus kita pelajari. Dan sebab itu kita kena lihat umpamanya badan-badan Kerajaan, syarikat-syarikat besar seperti TNB, PETRONAS, bank dan bawah Khazanah Nasional, PNB yang keseluruhannya itu sampai dah RM1 trilion ringgit. Saya bagi peringatan kepada mereka mesti ada program-program menyantuni rakyat di peringkat paling bawah, juga akan kita selaraskan.

 

  1. Sekali lagi saya nak ucap terima kasih kepada Menteri dan seluruh keluarga KUSKOP dan semua rakan-rakan terutama penjaja dan peniaga kecil dari seluruh Malaysia yang datang ke sini hari ini. Soal peruntukan saya cakap saya tidak bimbang, yang penting kerja dan kerja jangan bocor, jangan tiris, jangan sakau insya-Allah negara ini akan diberkati Allah SWT dan peruntukan akan bertambah dan melimpah tahun demi tahun.

Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

 

 

NOTA PERCAKAPAN

(VERBATIM)

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

 

SEMPENA

 

PROGRAM TEMU ANWAR DI UPNM

 

 

 

1 NOVEMBER 2024 (JUMAAT) | 10.30 PAGI

 

UNIVERSITI PERTAHANAN MALAYSIA (UPNM)

KUALA LUMPUR

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam sejahtera. Syukur Alhamdulillah.

 

Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolihil Kareem.

 

Terima kasih kepada:

 

YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir,

Menteri Pendidikan Tinggi;

 

YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Norden,

Menteri Pertahanan;

 

YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud,

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi;

 

YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang,

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi;

 

YBhg. Tan Sri (Dr.) Syed Azman bin Syed Ibrahim,

Pengerusi Lembaga Pengarah UPNM;

 

YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad;

Naib Canselor UPNM; dan semua yang hadir.

 

  1. Sememangnya ini kesempatan pertama saya menemui mahasiswa dan staf di UPNM, dan tentu harapannya agak tinggi, kerana ada sesuatu yang agak istimewa dan unik dalam pembentukan dan latihan di universiti ini.

 

  1. Universiti ini mempersiapkan tenaga barisan depan pertahanan negara, kecekalannya, kepintarannya, kemahirannya, keterampilannya, semua itu diasaskan di sini, maka tidak salah kalau kita meletakkan pengharapan yang tinggi dan tanggungjawab yang besar, dan saya datang untuk bagi mesej itu.

 

  1. Memang benar melalui Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pertahanan tumpuan itu agak utama di universiti ini, bukan maksudnya untuk meminggirkan kepentingan universiti-universiti lain. Tetapi mana-mana negara, permulaannya itu adalah keselamatan. Saya masih ingat lagi bila Khalifah Umar Abdul Aziz, salah seorang pemimpin Islam yang terkemuka selepas Khulafa al-Rasyidin, itu bila ditanya oleh anaknya Abdul Malek, anaknya itu agak semangat kental, kuat, minta ayahnya itu laksanakan Islam segera, jangan tolak ansur, jangan tolak ansur untuk melaksanakan syariah, dan sebagainya. Dan kebijaksanaan pimpinan ini jawapannya itu menarik ya, “laa taj ‘al yaa bunaiyya” (jangan gopoh wahai anakku, kerana kalau terlalu gopoh ada kerosakkan), dia jawab susulan dari itu satu hal yang sangat relevan untuk perhatian saudara. “Tanggungjawab saya sebagai khalifah, katanya ialah pastikan keamanan dan kestabilan negara ini. Pada masa itu adalah wilayah Islam. Ini kadang-kadang dalam kita memacu pertumbuhan yang agak cergas dan rancak kita lupa. Saya lihat dalam perdebatan di Parlimen dan sebagainya, ini dianggap sebagai satu yang biasa, dia lupa bahawa negara ini boleh memacu pertumbuhan, negara ini boleh mejadi hub semi konduktor, negara ini boleh menuju ke arah energy transition, dan mendapat tarikan dunia, pelabur-pelabur besar dalam bidang digital dan Ai. Itu kerana apa? Kerana negara ini aman dan stabil. Maknanya faktor keselamatan negara dan anak-anak muda dilatih untuk memimpin negara ini. Itu satu tugas yang sangat besar.

 

  1. Saudara-saudara lebih arif daripada saya tentang teori peperangan. Peperangan atau serangan kadang-kadang berlaku dalam keadaan yang paling mengejutkan, tidak dijangka. Winston Churchill sebelum Perang Dunia Ke-2, tatkala membicara soal Hitler, dia kata ini soal anak muda yang bengis yang fikirkan soal kekuatan dan semangat negaranya, Nazism dan sikap pelampau tapi tidak merbahaya, itu Churchill. Churchill itu diantara yang dianggap sejarahwan, pemikir pintar, walaupun he is the great imperialis, kejam terhadap negara-negara yang dijajah, tetapi masih melakukan kesilapan besar. Apa kesilapan besar dia? Dia tidak melakukan dan tidak menganggap ada kemungkinan serangan. Saya tidak mengandaikan kita ada masalah itu, jangan-jangan, karang media kata “Anwar mengandaikan Malaysia akan diserang bila-bila masa”, jangan dong! Tetapi yang saya katakan mana-mana negara pun dia tidak boleh meremehkan soal persiapan yang cukup. Apa maksud persiapan? Persiapan yang dimaksudkan itu tentulah latihan, kecekalan, keterampilan, kepintaran, pemikiran yang strategik dan kelengkapan yang baik, dan ini ada kaitannya dengan soal disiplin dan nilai. Sebab itu kalau soal disiplin di universiti lain itu penting, tetapi di universiti ini maha penting.

 

  1. Saya sebut pada Naib Canselor tadi, lima (5) senior saudara-saudara di Sg Buloh, saya kebetulan tatkala training di Sg Buloh saya sempat jumpa mereka. Anak-anak itu baik, sopan, cerdik, tapi saya tak boleh lama, saya kan dikawal rapi, saya minta kepada Pegawai-Pegawai Penjara yang agak simpati saya nak jumpa untuk tahu apa masalah mereka sampai begitu sekali. Dan ini saya nak bagi pandangan supaya anak-anak betul-betul teliti. Ia kelompok kecil, bukan mewakili keseluruhan mahasiswa. Tetapi budaya itu mengizinkan, dan ini budaya samseng, buli, gangsterism, dalam sistem pendidikan kita di sekolah-sekolah, sekolah kebangsaan, sekolah Cina, Sekolah Tamil, Maahad Tahfiz, sekolah agama, ini menyebut kepada satu aliran kegilaan, kerana kita bicara soal ilmu, dan rituals tidak akhlak dan nilai. Kita ada disiplin ketenteraan tetapi tidak tahu disiplin itu mendidik manusia, yang disebut dalam Al-Quran, walaqad karamna bani adam itu mengangkat darjat kemanusiaan, itu tidak hanya kepada ilmu, ilmu itu penting tapi pada penghayatannya. Sebab itu kalau tanya saya apa dia falsafah pendidikan? Itu dalam rumusan hadis Nabi Muhammad SAW, “Addabani Rabbi fa-ahsana ta’dibi” itu melatih, mendidik adab dan akhlak. Jadi ini adalah cabaran bagi kita, pimpinannya, Naib Canselor, Profesor dan pensyarah, temasuk saya dan rakan-rakan menteri bahawa dalam program pendidikan dan latihan, aspek nilai dan akhlak ditekankan kerana kelemahan kita menyebabkan kita mengambil sifat permissive mengalah dan tolerence terhadap bullying. It cannot happen if the culture rejects that. It creates traditional and culture yang berlaku dalam negara kita. Sebab itu saya beritahu kepada Menteri Pendidikan, jangan tolak ansur. Kita sudah bagi amaran, dan nasihat, jangan tolak ansur sama sekali kerana ia tidak berlaku secara terpisah, ia berlaku kerana budayanya yang kita pertahankan. Itu sahaja yang saya hendak ulangi.

 

  1. Apa hubungan dengan pendidikan yagn ingin saya sampaikan kerana apa ertinya kepintaran, dan keterampilan kehebatan dan kemuliaan tanpa nilai dan adab. Kita latih, pemimpin-pemimpin dunia yang dianggap korup, apakah saudara ingat dia bodoh, tidak ada pendidikan? Tidak ada kemahiran? Ada, tetapi rendah akal budi dan nilainya. Ini termasuk apa yang saya katakan sistemik dalam semua bidang. Termasuk apa yang dibicarakan saudara-saudara dalam bidang ketenteraan, cara beli senjata, cara tender, cara rundingan, cara komisen, ini semua ada kaitan dengan nilai dan akhlak. Jadi cabaran kepada anak-anak ialah keterampilan, kebijaksanaan dan tentunya nilai.

 

  1. Sebab itu saya sering sebut dalam sesi dialog dengan anak-anak mahasiswa, apabila Saidina Ali ditanya tentang pendidikan, baginda berkata pendidikan itu mesti sampai ke tahap “lazzatul ma’rifah” (the love for scholarship, with good character and good values). Dia sebut ‘ma’rifah’, ma’rifah itu adalah wisdom, wisdom itu hanya dengan pemupukan nilai. Kalau saudara-saudari yang familiar dengan western literature, I’m sure you recognised this TS Elliot for example, dia categorize information, knowledge and wisdom. Kita ini information bercambah dengan sosial media, dengan IT, name it of the answer. That called information. Ada information yang menyesatkan yang merendahkan akal budi, yang corrupts your mind, itu juga information. Sebab itu kita categorise infomation dengan ilmu (knowledge). Knowledge ada yang membawa kebaikan, dan ada yang membawa kerosakan. Sebab itu dia ada information, knowledge, dan di bahagian paling atas adalah wisdom. Ini selari dengan apa yang disebut oleh Saidina Ali bin Abi Talib r.a, “lazzatul ma’rifah”, bahawa It is not just mesmorizing if information abondant of knowledge but wisdom that need to acquirre. Ini sahaja mukadimah saya dengan harapan anak-anak bangkit di universiti ini sebagai first class student with first class ideals with first class character.

 

Arigato Gozaimasu.

 

 

Soalan 1: Bagaimana untuk menjadi pelajar yang mempunyai semangat patriotism, jati diri yang tinggi dan tidak lupa akarnya.

 

Jawapan: Kita Malaysia ini suatu negara yang hebat, satu negara yang mempunyai potensi luar biasa. Ada orang melihat dari sudut negatifnya kerana kepelbagaian kaum, agama dan wilayah.

 

Tapi kita sebagai manusia yang waras tahu kepelbagaian ini anugerah tuhan. Kita tidak memilih jadi putih atau gelap? Kita tidak memilih untuk menjadi Melayu atau Cina atau India atau Iban. Sebab itu saya katakan anugerah Tuhan. Sebab tu bila Allah angkat darjat itu, darjat manusia. Sebab itu saya katakan untuk maju ke depan kita mesti mengakar ke bumi. Kadang-kadang orang kalau tengok elit bandar ini kadang-kadang kalau bicara, tegur saya “apalah Anwar ini tekan sangat Bahasa Melayu, now the challenges in English. Of course, saya tidak menafikan kepentingan Bahasa Inggeris tapi kita akan pertahankan Bahasa Malaysia.

 

Jadi akar itu harus ada, budaya kita ada, sopan santun kita ada, ini kekuatan yang tidak ada di tempat lain. Kalau ada corak yang berbeda itu mengakar ke bumi. Tapi di samping itu kita mesti menggapai di langit. Kalau kita cakap akar, budaya lama ada yang lapuk, ada yang menyesatkan. Jadi mengakar ke bumi jangan kita tinggal untuk menggapai yang di langit.

 

Energy baru, green energy, green hydrogen, kemudian digital, Ai, IoT, semua ini menggapai di langit. Tapi kalau menggapai di langit kemudian tidak mengakar di bumi kita jadi terasing, bukan anak Malaysia. Itu yang saya tekankan. Begitu juga bila sebut Harry R. Lewis, “Excellence Without a Soul”, yang kita cuba popularkan kerana dia Dean di Harvard dulu, senior Dean di Harvard. Siapa boleh pertikai Harvard itu pusat kecemerlangan ilmu? name it the top professor, top scholars.

 

Saya ingat semasa saya mengajar di Georgetown, beberapa siri kuliah di Harvard itu. Seorang profesor ataupun penceramah mesti datang mesti dengan persiapan yang cukup rapi untuk tajuk tertentu. Kerana anak itu dia latih, creative thinking, critical thinking, dia tidak hanya angguk dengar, question, meneroka alam pemikiran baru. Tetapi kata Harry R. Lewis, yes excellence.

 

Tapi yang tidak ada apa? soul. Dia tidak ada jiwa, tidak ada akal budi, jadi ada Boston a great universiti, di luarnya ada orang kulit hitam yang di diskriminasi. Itu tidak mengganggu Amerika, tidak menyentuh hati nurani mereka. Ada islamofobia itu tidak menyentuh mereka. Ada kemiskinan yang merempat, tidak mengganggu mereka kerana dia hidup dalam menara gading yang terpisah dari masyarakatnya. Ini disebut “excellence without a soul”. Yang kita hendak universiti ini excellence dan mesti ada soul, ini yang saya katakan mengakar ke bumi.

 

Saya berikan fokus yang tertinggi dalam isu gangguan mental dalam Belanjawan MADANI baru-baru ini. Sama ada isu gangguan mental dan juga anak anak yang autisme itu diberikan tumpuan dengan perbelanjaan peruntukan yang agak tertinggi dalam sejarah. Sebab saya tidak mahu bicara soal keadilan, keadilan sosial dan masyarakat ini tersisih daripada arus perdana. Sebab itu bagi saya soal kemiskinan tegar saya tidak tolak ansur.

 

Ada pengajaran juga. Masa saya muda kita terlibat dalam peristiwa Baling. Anak rakyat masa itu menderita kerana kemiskinan dan harga getah yang merudum. Dan kita bantah, demostrasi sikit, dihantar ke kemunting 2 tahun tanpa bicara. Itu latihan saya, universiti pertama selain daripada Universiti Malaya. Tapi apa pengajarannya bahawa ada keinginan untuk benar-benar selesaikan masalah kemiskinan.

 

Sebab itu kita perkenalkan penyasaran subsidi. Kita perkenalkan T15 ini. Maknanya orang kaya bayarlah lebih sikit. Sekarang subsidi bagi subsidi RON95. Yang mahasiswa naik kereta ke motor pun bagi subsidi. YBhg. Tan Sri Syed Azman Rolls Royce pun subsidi juga (nothing personal – nada seloroh). Maknanya kalau dia bayar bukan bayar extra tidak, bayar tanpa subsidi. Itu sahaja yang kita buat. Maknanya bagi 85% rakyat kita bagi subsidi. 15% teratas yang sedang kita kaji berapakah RM13,000 mungkin agak terlalu rendah, hendak tingkatkan lagi tetapi yang RM100,000 sebulan ada sejuta ringgit pendapatan sebulan.

 

Tapi kalau dengar perdebatan di Parlimen. Saya lemas juga, lebih ramai Ahli Parlimen yang berbicara pertahankan T15 daripada yang rakyat 85% yang bawah M40 dan B40. Jadi saya rasa aneh, YB Zambry, YB Khalid mendengar tengok dalam perdebatan, apa hendak jadi sampai anti maha kaya, saya tidak anti maha kaya. Saya cuma kata kamu kaya, janganlah kita ambil subsidi. Kamu kaya bayarlah. Hendak pergi hospital kalau hospital Kerajaan, pendapatan kamu RM100,000 sebulan, bayarlah sikit, maka yang hospital itu boleh. And now universiti termasuk UPNM, kalau ayah saudara pendapatannya RM100,000 sebulan, saya rasa munasabah, kita ambil sikit yuran tambahan berbanding maknanya tidak semua sponsor. Saya rasa munasabah, apakah itu discriminate? tidakkah dia mampu? apakah beban dia sampai bayar tinggi? tidak, bayar ala kadar, dengan ini pendapatan universiti bertambah, kita bantu yang di bawah. Ini sahaja falsafah kita.

 

If you want to assist and care for the poor, we must have adequate resources, we inherent a huge debt of close to RM1.5 trillion. We don’t want to tax the people. So, we tax a little the very rich and we will drawing subsidy to the very rich. With that essentially the philosophy of the economic philosophy of people. People said Robin Hood, is not even Robin Hood is just be drawing the subsidy, which means we Malaysia happens. We want the few countries in the World with the highest subsidy and the least tax base, smallest tax base. So, we subsidise everybody. Can you imagine electricity, before we conducted this program, implement this subsidy rationalization, the riches men in the country, to our policy misguided, get subsidy from government for his ten to fifteen air conditioning in his house, I mean, that is not fair.

 

Are we will taxing extra? No, we just saying you pay cost price, don’t subsidy. To me its fair. If they want to make use of this as a political issue and see that we are unfair or unjust as they do, is their business. Saya hendak bagitahu saudara saya sudah lama bertarung di luar namun saya dapat mandat dengan teman-teman saya. Insya- Allah we will do our best. Kita akan laksanakan sebaiknya selamatkan negara ini dan selamatkan rakyat terbanyak. Insya-Allah.

 

Soalan 2: Sebagai sebuah negara Islam yang kecil seperti Malaysia ini, apakah peranan Malaysia di arena antarabangsa dalam mencari resolusi perdamaian dan seterusnya peranan kami sebagai belia ataupun mahasiswa dalam membantu amplify ataupun membantu suara rakyat di Gaza?

 

Jawapan: Anak-anak kena fikir naratif, bahasa yang disebut. who dictates the language of this course? itu the western media, the western capitalism, bagaimana dia terangkan perkembangan di Gaza? peperangan di Gaza? mana ada perang di Gaza? yang ada adalah serangan ganas rejim Israel ke atas rakyatnya tanpa alatan ketenteraan.

 

Kalau ada pun kelompok-kelompok kecil itu hanya rebel forces. Macam guerilla warfare dulu. Tapi ini bukan perang, ini kita kena betulkan istilah. Serangan ganas Israel, bukan hari ini 68 tahun, terus-menerus tanah dirampas, rumah dia rampas. Sekarang ini pembunuhan beramai-ramai disebut genocide. Orang di Amerika yang bicara mempertahankan Israel, apakah dia tidak ada ilmu? dia ada ilmu. Apakah dia tidak punya cukup information? dia ada cukup information. Masalahnya di mana, masalah itu kemanusiaannya, manusiawinya dan nilainya.

 

Sebab itu ada kaitan dengan Malaysia, saya paling tidak tolerate di Malaysia ini. Orang tanam kebencian kaum. You know ini semua bibit racism ini di Malaysia pun ada bibit itu. Kita akan bekerjasama dengan mata macam kita, bukan mata yang sepet dan warna kulit kita bukan warna kulit lain gelap apa dia ini you ini orang Islam ke? apakah orang Islam itu mengizinkan penghinaan kerana kulit? apakah bukan Bilal? bukankah Bilal punyai bibir yang tebal dan warna kulit yang hitam tapi di dakap oleh keluarga Rasulullah SAW sebagai anggota keluarga. Saudara ingat masa Bilal itu bersama sahabat-sahabat Rasulullah SAW dan salah seorang daripada mereka panggil Bilal “Yabna Sauda” hai anak orang wanita kulit hitam, itu disergah oleh Rasulullah SAW 3 kali. Apakah hitam dan ya hitam, dulu dia hamba memang dia hamba, apakah factually correct bila disebut kamu anak orang kulit hitam, betul tetapi dari segi nilai dan akhlak dan akal budi itu menghina mereka dan apa jawab Rasullullah SAW, “dia Bilal itu ahlil bayt – ahli keluarga aku”. Jadi saudara-saudara anak-anak sekalian kita kena latih begitu.

 

Orang kata Anwar ini pro cina sebab dia baik dengan DAP, nothing to do with that. Tapi ini kemanusiaan, apa hebatnya Melayu ini. Melayu ini kena paling tinggi budayanya, paling halus dan sopan santunnya. Melayu ini asalkan jangan kamu hilangkan martabat dia dan prinsip dia, bahasa kita, agama kita, budaya kita, sastera kita itu identiti kita. Kita rangkul semua yang lain. Apakah ini baru? tidak, daripada Kesultanan Melayu Melaka ada penasihat di kalangan orang India, ada khalifah-khalifah besar, penasihat-penasihat orang Kristian dan orang bukan Arab dan orang Yahudi, tapi dipilih orangnya yang ada nilai dahulu.

 

Ini bermakna sentimen kaum kena jaga. Berbalik kepada soal Gaza ini, yang saya kaitkan ini kerana sentimen kaum itu dan kebencian terhadap Islam dan Arab itu keterlaluan. Apa kupasan pasal ni baru? tidak. Ada salah seorang sarjana dari Columbia University yang terkemuka Edward Said, Kristian Arab, dia tulis apa yang disebut “Devastating Critic of Western Anthropology and Social Sciences” tahun akhir 70an. Saya fikir karyanya orientalisme, dia tunjuk bukti bagaimana sarjana-sarjana barat ini tanam sampai orang yakin yang bukan barat itu inferior yang bukan kristian itu tidak sama status.

 

Maka sebab itu disebut masa penjajahan dulu dia sebut tentang christian mission untuk menyelamatkan orang memberikan tamadun kepada orang-orang yang dijajah. Jadi ini mentaliti ini yang tersangkut. Saya kadang hairan sebahagian kawan-kawan saya pernah di Amerika. Bagaimana kawan yang baik? tapi tidak semua saya mengajar umpamanya di University Georgetown, itu majoritinya menentang imperialisme, majoriti profesor dan mahasiswanya itu menentang zionisme dan keganasan Israel ke atas Gaza.

 

Kita negara kecil bukan maksud kita mampu perang dengan sesiapa. Tetapi kita juga manusia, kita ada nilai kemanusiaan orang dibunuh setiap hari, rumah di bom, masjid dimusnahkan gereja dimusnahkan harian, paling tidak kita bersuara.

 

Itu yang mampu dan anak-anak harus disedarkan bukan dengan picisan, kadang-kadang ceramah-ceramah agama, picisan benci dan benci tidak ini bukan kita kebencian itu terhadap kezaliman, bukan kebencian terhadap orangnya, terkawalnya atau agamanya. Sebab itu kita harus teliti, saya anggap mahasiswa ini mesti ada apa yang disebut pencerahan critical thinking, mungkin creative and critical kalau tidak kita dengar, factually flood dari segi agama pun flood sebab agama ini dia menekankan soal kemanusiaan. Kita sebagai orang Islam, soal akidah, soal akhlak, soal sahsiah keperibadian tetapi berhubungan dengan lain itu ada kemanusiaannya. Saidina Ali bin Abi Talib pernah ditanya apa hubungan kamu dengan orang Islam, apa beza bukan Islam? jawapan itu tajam. Apa jawapan Saidina Ali, akhukum fiddin, saudara kamu dalam agama kerana ini ad in daulah Islam dan semua ya persahabatan.

 

Jadi oleh itu kalau orang bukan Islam macam mana, saudara kamu dalam agama Islam dengan bukan Islam macam mana dengan Islam. Dengan yang lain akhukum, digunakan istilah akhukum saudara kamu fill in saniyah – saudara sesama manusia, mesti kategori manusia ini ke bila kalau ada kefahaman begitu dia tidak jadi cetek bebal seperti mana ada sekarang dari dalam soal Haza tanpa kira sama ada orang itu keturunan Yahudi iaitu keturunan arab kezaliman tetap kezaliman dan yang kita bantah keras ini kerana bagaimana manusia dengan tahap tamadun sekarang 2024 dengan segala kecanggihan ilmu masih mengizinkan kezaliman dan kita tidak berupaya apa.

 

Semalam Putera Mohammad bin Salman, Arab Saudi maklum ada persidangan khas OIC di Riyadh dan minta saya hadir, jadi saya jawab saya kata Insya-Allah saya cuba. Tapi saya kata harus adalah yang juga kuat sikit. Kalau tidak menjadi lemah.

 

Tengok kenyataan-kenyataan Amerika dan UK, Israel has a attached Iran we must strongly encourage Israel to stop this and then next time we warn Iran not to reiterate it, ini apa punya perhubungan antarabangsa ini.  Tapi teorinya kita memang tidak ada istilah justice. No, is there humanity, tidak ada, jadi tidak ada justice, tidak ada humanity. Bagaimana boleh kita cakap pasal hubungan antarabangsa tanpa memikirkan soal kemanusiaan dan soal keadilan? jadi kalau saudara tanya saya memang kadang-kadang sahabat-sahabat saya nasihat “Anwar you negara kita negara kecil jangan keras sangat, kita pelaburan daripada Amerika tinggi.” Tapi saya kawan baik juga, begitu di Vientien saya jumpa Antony Blinken satu jam, bercakap bab pelaburan bab Gaza, bab Labenon kita sebut, jadi sebab berkawan Amerika janganlah baik dengan Putin Rusia, saya kata itu masalah kamu lawan, janganlah suruh kami pula, kami ini negara merdeka dan berdaulat kami buat keputusan untuk kepentingan rakyat kami dan negara kami. Dengan China begitu juga problem, tapi apakah kita hentikan hubungan baik dengan Amerika? tidak juga ada keupayaan ada tahap. Jadi dalam hubungan antarabangsa itu tidak apa.

 

 

SOALAN 3: Seperti yang Dato’ Seri katakan ‘mengapai ke langit dengan perubahan-perubahan baru seperti AI’. Seperti yang Dato’ Seri maklum, AI itu sendiri telah memberikan perubahan yang besar dalam kalangan pelajar. Yang paling ketara sekali adalah dalam kalangan pelajar universiti. Dalam masa yang sama, kesannya telah menyebabkan pelajar-pelajar semakin bergantung kepada AI itu sendiri dan kurang untuk berfikir kerana dia terlalu mengharapkan AI. Saya minta padangan dan saranan Dato’ Seri tentang penggunana AI dalam kalangan pelajar?

Jawapan: Penemuan dalam alam pemikiran baharu AI itu sesuatu yang sangat penting bagi manusia. Tetapi AI itu, saya tanya Microsoft Chief, saya tanya Nvedia, maknya one of the top AI company, saya tanya macam mana ini, AI ini rekaan barat dan kadang-kadang yang dimasukkan itu pemikiran barat, nilai barat? dia jawab itu menarik, dia kata, “Prime Minister, you train your guys to be competent enough to give the necessary input so that what is being digested by AI and then presented to you, fit in with your mindset, your religion, your culture and your history”, itu menarik. Itu satu bab, maknanya apa yang dimasukkan dalam korpus ilmu AI itu, itu yang akan dimuntahkan keluar tidak ada yang luar daripada itu. Jadi oleh itu, peranan kita melatih apabila disebut AI ini yang sebagaimana saudara Zambry telah bergerak ke depan dengan beberapa universiti telah menumpukan, penekanan kita itu bukan sekadar menguasai disiplin AI per say, tetapi untuk memastikan bahawa masukkan itu memenuhi semua. Kalau umpamanya sebelum ini dimasukkan kalau AI dalam isu religion itu west, tapi kalau kita masuk, kita masukkan. It is not the problem of Ai tapi it is the problem of user. Jadi sebab itu kita jangan jadi negara yang meminjam dan menciplak, tetapi mesti negara yang juga dalam usaha menggapai ke langit itu, meneroka alam dan disiplin baru, menyediakan masukkan yang boleh membantu, itu satu.

 

Keduanya, kita tahu bahawa ini ada batasan dia, sebab itu kalau kita tidak menggunakan pemikiran, jawapan daripada AI yang dimuntahkan keluar itu sudah menjadi mutlak. Jadi ini tidak cukup. Sebab itu asas kita, ilmu asas, nilai dan akhlak asas, keyakinan, akidah dan akhlak itu juga penting, supaya apa yang dimuntahkan itu dapat kita nilai dan pilih apa yang kita anggap utama dan apa yang kita anggap terkeluar daripad korpus pemikiran dan keutamaan kita.

 

Yang saya nak tekankan ini adalah point yang anak sebut tadi, itu betul, kebergantungan kita itu keterlaluan sehinggakan setelah ada AI, dia tidak baca lagi dah, ataupun seperti mana kita Google sekarang ini, semua jawapan Google, tapi Google itu adalah jawapan rumusan dan ringkasan, yang tidak kita lakukan dengan membaca. Jadi, membaca itu ialah apabila menelaah buku, dia melihat daripada keseluruhan pemikiran, dia tidak ambil satu cebisan, itu bahaya dia. Bukan maknanya maklumat itu tidak betul, tetapi konteks itu kadang-kadang tidak betul.  Ia apa-apapun, termasuk belajar Quran, dia ada teks dan konteks, dia ada ayat, tafsir dan ta’wil, itu dia beda awal lagi sudah dilatih semasa belajar Quran umpamanya, dia ada apa yang disebut translation and interpretation. Sebab itu saudara dengar satu ceramah, dia ikut fikiran dan analisis dia. Tafsir-tafsir pun begitu juga, jadi dengan AI ini tidak ada perubahan, cuma bedanya AI itu mempunyai kekuatan baru, korpus intelligence itu terlalu besar, itu sahaja bedanya. So you can rely. Bukan saya nak cadangkan untuk kurangkan tidak, boleh cuma jangan tinggalkan asas, you have to read, you have to learn, you have to digest, you have to be critical. Baru boleh manfaatkan AI dengan sebaiknya.

 

 

Soalan 4:

Ingin bertanyakan pendapat YAB Perdana Menterj untuk niche pertahanan ini diperluaskan universiti pertahanan untuk mendapatkan kerja-kerja yang luar daripada Pertahanan.

 

Jawapan:  Saya tidak mampu jawab keseluruhannya sebab ada bidang yang belum saya kuasai. Mungkin saya kena bincang dengan Menteri dan Naib Canselor. Cadangannya ialah untuk melatih dan membuka ruang, cadangan itu baik tetapi saya tidak pasti sebab kadang-kadang dia pengkhususan, kita hendak specialise university for defend atau internal security, umpamanya adakah kita patut buka ruang sebab defend and security itu kadang-kadang di luar daripada kementerian dan boleh jadi swasta. Ini boleh buka ruang. Saya mengaku saya tidak menguasai subjek ini lagi.

 

Saya minta nanti pandangan sahabat-sahabat saya dalam Jemaah Menteri dan mungkin nanti Naib Canselor hendak beri pandangan.

 

Cadangan yang awal itu ialah kerana kesesakan tempat ini. Apakah ada kemungkinan? of course not immediately, saya ini walaupun Menteri Kewangan saya selalu cakap terus terang kita tidak ada keupayaan untuk segera untuk memindahkan, tapi yang boleh kita lakukan segera ialah membesarkan, meningkatkan keupayaan sementara di sini kalau ada perkara yang mendesak, macam kita lakukan di Fakulti Ai, Jabatan Ai universiti, itu kita tambah. Kemudian keupayaan untuk research. Research ini memang dikritik. Research ini dilakukan oleh kerana penyelidikan. Penyelidikan ini termasuk pertahanan, termasuk risikan. Research is a critical, ada yang mengatakan terlalu sedikit, tapi saya kata tidak benar sebab saya bincang dengan Petronas, TNB dana untuk penyelidikan ini tinggi mencecah bilion ringgit.

 

Begitu juga sektor swasta, swasta termasuk Sime Darby itu swasta, pendidikan dan sains negara itu mesti selaras dengan research atau pendidikan di universiti. Apa yang diperlukan sekarang adalah penyelarasan. Saya akan pengerusikan mesyuarat Majlis Sains Negara, dulu saya cadangkan bahawa semua institusi penyelidikan dan sains negara itu mesti selaras dengan research atau penyelidikan di universiti. Sekarang kita tambah lagi termasuk juga GLIC dan syarikat swasta yang specialize dalam beberapa bidang research supaya research capacity kita itu akan melonjak.

 

Tapi berbalik soalan saudara, saya perlu waktu saya hendak hendak bincang dengan mungkin Naib Canselor boleh kita bagi pandangan kemudian dan menteri-menteri akan teliti dan bawa sama ada boleh diperluaskan skop, berpindah dasarnya saya tidak fikir ada masalah tetapi saya dilatih untuk jangan jawab kalau belum menguasai sebenarnya subjek itu, it doesn’t mean that Prime Minister should be able to answer all questions ha, jadi i think he has to be humble to acknowledge that some areas he needs to learn. Ini saya belajar juga daripada apa Islam sebut sikap yang tawaduk, tidak merendahkan darjat saya kalau mengaku bahawa ada bidang yang saya tidak kuasai.

 

Macam Saudara Zambry tahu, i struggle very hard to learn a contact the expert read the day sebelum saya berani lontarkan itu. Kerana dalam budaya dan tradisi saya belajar termasuk mengajar termasuk Ai itu ilmu cabang ilmu yang baru, disiplin yang baru jadi kita begitu.

 

Dan apa yang saya ingat, to be honest, ini yang selalu saya sebut tadi yang TS Eliot tadi, ini selalu kepada mahasiswa selalu saya ingatkan sangat penting iaitu jangan dengan sedikit ilmu jangan takbur, jangan terlalu sombong, jangan kita ini expert dalam semua bidang belajar sikit sama ada bidang teknologi kerana kita sudah pakar, pergi skip pelajar sekolah agama terus jadi orang ulama. Same isu same problem, TS Eliot menyebut Is the only wisdom we can hope to require is the wisdom of humanity. Humanity is endlessness. Jadi satu-satunya makrifah, kebijaksanaan seorang manusia boleh kuasai dan sikap rendah dirinya, ada yang dia tahu, ada yg dia nampu tahu, is the wisdom of humanity, humanity is endlessness.

 

 

Soalan 5: Adakah sebab terlalu bergantung kepada gajet ini dan sebagainya menyebabkan tiada komunikasi juga menyebabkan satu sebab masalah yang berlaku seperti balik kepada asas tadi kesihatan mental, gangguan mental sebab kurang interaksi dan salah interpretasi disebabkan terlalu sangat mengikuti gajet ini sehingga tidak ada lagi interaksi di sini.

 

Jawapan: Ia jadi seperti satu bentuk ketaksuban, satu bentuk kefanatikan. Its wrong, sebab tidak mungkin kebergantungan kepada gajet ini dapat menggantikan apa yang disebut nilai dan kemanusiaan, hubungan kita dengan ibu bapa kita, keluarga kita, dan sahabat-sahabat kita. Kebergantungan keterlaluan itu menjadi masalah. Ini dikenalpasti bukan baru, sejak zaman 80-an, apabila ada komputer dengan masa itu dipanggil, masa itu tidak ada WhatsApp lagi, tetapi dipanggil blog. Even masa itu pemikir-pemikir dalam bidang pendidikan telah bagi amaran, dia bimbang anak-anak muda ini akan bergantung kepada gajet dan akan meninggalkan budaya membaca. Dia hanya tengok kuliah lepas tu tengok gajet, lepas itu zero. Lulus universiti? Ya saya lulusan cemerlang UPNM, setelah 5-6 tahun lulus, tanya baca buku apa? Saya hanya pakai gajet. To me it’s failure. Sebab nilai, ilmu itu masih perlukan buku. What I mean is mesti ada this love for scholarship, maknanya scholar, iaitu ilmu (lazzatul ma’rifah).

 

 

SOALAN 5: Soalan saya berkaitan keusahawanan. Seperti yang Dato’ Seri sedia maklum, kami mahasiswa juga diberikan pengetahuan tentang bagaiamana cara untuk membina start-up company sendiri selepas kami graduate. Adakah terdapat sistem sokongan daripada pihak Kerajaan kepada kami mahasiswa untuk menggunakan start-up kami sendiri selepas kami graduate untuk bersaing dengan syarikat sedia ada di luar sana.

 

Jawapan:  Start-ups ini satu ikhtiar yang sangat penting, termasuk bila tengok Silicon Valley itu, memang hebatnya adalah kerana start-up. Bila berjaya ia boleh mengatasi established companies. Tetapi, start-up ini harus dibantu, di Silicon Valley, ada satu big foundation, yang dipimpin oleh Mitch Kapor (Mitchell David Kapor), seorang Yahudi yang merupakan partner kepada Steve Jobs, kemudiannya buat satu foundation yang membantu Start-up. Dia bagi tahu saya, kebanyakan Start-up failed first round, 70% failure, tinggal 30% average probably 5% yang excel. Jadi bila you start itu, you kena fikir, cuba dengan keadaan dan kudrat yang sebaik mungkin, kalau gagal itu bukan the end, tetapi mesti teruskan ke tingkat kedua dan tingkat ketiga. Ini pandangan daripada salah seorang pakar yang memang fokusnya itu, dia dan isterinya Freada, menerusi buku yang ditulis daripada pengalamannya dengan Start-ups yang dia bantu tetapi dengan failure rate yang sangat tinggi tapi kalau orang itu tekun, boleh meningkat lagi.

 

Di negara kita, ada beberapa dana bawah keusahawanan termasuk TEKUN, dan juga PETRONAS dalam bidang masing-masing, MITI ada, MARDEC, MERANTI, itu antara agensi-agensi yang boleh membantu. Umpamanya Aerodime, syarikat Bumiputera Malaysia yang membuat drone, yang dibantu oleh Khazanah dan KWAP (Kumpulan Wang Amanah Pencen), di antara yang sukses dan sekarang menjadi syarikat di antara yang top di dunia. Pimpinan Google, Ruth baru-baru ini jumpa saya, dia kata untuk Google, semua drone yang dibeli untuk keperluan civil (keperluan awam) itu adalah daripada Aerodime, syarikat Malaysia. Itu start-ups.

 

Farm Fresh adalah permulaan Start-up, dibantu oleh Khazanah dan sekarang menjadi Farm Fresh besar. Tapi puluhan dan ratusan yang tidak meningkat itu ada. Pinjaman ada melalui Khazanah, TEKUN dan beberapa agensi. Dan mungkin jika yang betul-betul ready dan berminat boleh contact Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pertahanan, kita boleh hantar pegawai-pegawai yang terlibat atau pengurusan terlibat dalam agensi yang saya membantu ini untuk menemui saudara-saudara. Anak-anak boleh jumpa dan dia boleh terangkan apa yang Kerajaan sediakan.

 

 

SOALAN 7: Malaysia akan mempengerusikan ASEAN pada tahun hadapan. Apakah ada peluang untuk pelajar-pelajar UPNM terlibat dan juga penglibatan pelajar-pelajar dalam khidmat komuniti bukan setakat buku teori tetapi bersama-sama dalam masyarakat?

 

 

Jawapan:   Menarik Jessica, ini cadangan yang baik. Mesyuarat menteri-menteri ada, mungkin apabila Dato’ Seri Khaled mempengerusikan Mesyuart Menteri Pertahanan ASEAN, itu diambil kira universiti or related defence training institute itu dipertemukan untuk berbincang. Saya ingat satu cadangan yang baik, saya tidak teringat, kalau yang setakat yang saya tahu, tidak termasuk dalam kerangka program kita, tapi boleh kita masukkan atas arahan UPNM.

 

Harapan kepada Malaysia itu sangat tinggi, rakan-rakan saya dalam Jemaah Menteri itu tahu. Tahun ini LAOS, dan kita telah dilantik dan sepanjang 2025, nanti mesyuarat pun kita adalah yang terbesar yang pernah diadakan untuk ASEAN. Sebab, dahulu ASEAN ini dia ada head 10 negara ASEAN plus China plus Korea, plus Japan, plus India, plus Amerika, plus Europe, plus Brazil. Itu walaupun namanya ASEAN tapi sudah setengah dunia.

 

Keduanya, pertama kali dalam sejarah kita negara-negara Arab Teluk, Gulf Corporation Council (GCC) setuju untuk mengadakan mesyuarat ASEAN plus GCC (Arab Saudi, UEA, Qatar, Kuwait, Bahrain) plus China, ini kita akan buat berasingan daripada program kita yang akhir tahun, biasanya Oktober atau November dengan Amerika, Kanada, Australia, New Zealand, itu semua walaupun namanya ASEAN. Kalau di Asia ini semuanya masuk, sekarang ini India, China, Japan, Korea, Australia, New Zealand, plus ASEAN, kemudian plus Amerika, plus EU, plus Brazil sebab dia pengerusi G20. Jadi big challenge untuk kita. Sebab itu kita buat beberapa kali pertemuan.

 

Dan untuk menyusuli pandangan Jessica tadi, mungkin sempena Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN diadakan satu program di mana universiti pertahanan atau institut pertahanan diadakan program yagn melibatkan mereka untuk good exposure. Good suggestion.

 

 

PENUTUP

 

Nasihat ini percuma sahaja. Betul ke nak dengar ni? Baik, kita ini dianugerah Allah SWT, kita dapat kesempatan yang baik, daripada ratusan ribu di luar, anak-anak di sini di antara yang terpilih dan saya tekankan seperti mana yang saya sebut dalam mukadimah iaitu jarangnya punyai keyakinan dan kepercayaan, maknanya seolah-olah anak-anak ini punyai national trust, harapan pimpinan, rakyat dan negara ini, kepada ‘crème de la crème’ maknanya yang terpilih, yang diamanahkan bukan soal sahaja kepintaran ilmu tetapi diserahkan kepada anak untuk jamin pertahanan dan keselamatan negara.

 

Jadi jangan pandang ringan. Tidak ramai yang punyai tanggung jawab yang sedemikian. Jadi kalau tanya saya apa nak buat? Menimba ilmu sebaik mungkin, melatih diri dengan kecekalan dan akhlak yang baik, yang boleh memikul amanah yang besar ini.

 

Oleh kerana anak-anak dalam gedung ilmu, gedung ilmu itu bukan hanya untuk menimba ilmu tetapi melatih kecerdasan melalui pencerahan, pemikiran lebih terbuka, perbincangan yang lebih meluas, kesabaran dan kebijaksanaan untuk menerima perbezaan. Tetapi terasnya adalah ilmu dan nilai. Kalau tanya saya sebab apa saya bersama-sama saudara-saudari datang ke sini hari ini ialah kerana kita meletakkan harapan yang tinggi.

 

Setakat yang saya boleh bagi jaminan, apa yang diperlukan yang segera untuk perbaiki kemudahan atau tingkatkan keupayaan itu Insya-Allah. Kita lihat apa keperluan yang mendesak, kita akan bantu sedaya upaya, tetapi biarlah ada principle of reciprocity. Kita akan buat yang sebaiknya kepada anak-anak dan saya harap anak- anak juga buat sebaiknya untuk anak-anak, keluarga dan untuk negara.

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh

TEKS UCAPAN

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

SAMBUTAN RUMAH TERBUKA DEEPAVALI MADANI 2024

 

 

31 OKTOBER 2024 (KHAMIS) | 11.30 PAGI

SENTUL DEPOT, KUALA LUMPUR

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Saudara dan saudari, Iniya Deepavali Nalvazhthukkal!

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi,

Timbalan Perdana Menteri;

Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul,

Yang diPertua Dewan Rakyat;

Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo,

Menteri Digital;

Yang Berbahagia Puan Sangeeta Kaur Sidhu;

Menteri-menteri, Timbalan Menteri; dan

Rakan-rakan saya muliakan.

  1. Terima kasih nandri, atas jemputan ini. Saya percaya sambutan Deepavali ini, sambutan masyarakat Hindu tetapi disambut bersama seluruh rakyat Malaysia dan kita lihat hari ini pelbagai kaum, bukan sahaja dari keluarga Kementerian Digital, tetapi seluruh rakyat, seluruh negara bersama-sama meraikannya. Kita tahu semangat Deepavali ini ialah festival of lights, iaitu menyemarakkan lampu, cahaya menggantikan kegelapan.
  1. Jadi ada sejarahnya yang harus rakyat Malaysia umumnya ambil tahu bahawa sambutan ini ada tujuannya untuk menyatakan bahawa hidup ini lebih daripada sekadar makan minum, kesejahteraan bersama, tetapi untuk meneruskan perjuangan ke arah kebaikan, ke arah keadilan, ke arah masa depan yang lebih baik.
  1. Mudah-mudahan semangat Deepavali ini memberikan ruang kepada kita masyarakat yang beragama Hindu dan rakan-rakan untuk membawa Malaysia ke arah cahaya yang lebih gemerlapan.
  1. Saya hanya datang untuk menyerikan majlis ini dan tidak mahu ganggu saudara yang memang sudah lama tunggu tak sabar nak makan.
  1. Penerangan daripada saudara Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo lengkap tentang langkah-langkah kita ambil. Kalau ada apa-apa kelemahan dan kekurangan, ada Menteri-menteri jadi tolong beritahu kepada mereka dan kita akan perbaiki kerana semangat kita apa? Dari yang gelap tuju kepada yang cerah, dari kegelapan kepada cahaya semangat Deepavali.

 

Nandri Vanakkam.

 

TEKS UCAPAN

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-75 TNB

 

 

 

29 OKTOBER 2024 (SELASA) | 2:30 PETANG

 

 

PUSAT KONVENSYEN LEO MOGGIE,

TNB PLATINUM, BANGSAR

 

 

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

 

Alhamdulillah rabbil alamin,

Nahmaduhu wa nusalli ‘ala rasoolihil kareem,

Wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.

 

YB Tuan Fahmi Fadzil,

Menteri Komunikasi;

 

YBhg. Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid,

Pengerusi TNB;

 

YBhg. Dato’ Mohamad Razif bin Haji Abd Mubin,

Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga)

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air;

 

YBhg. Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan,

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB;

 

Warga pengurusan dan tenaga kerja TNB, terima kasih di atas kesempatan yang diberikan untuk bersama-sama dan  Koir Kolej Melayu.

 

MUKADIMAH

 

  1. Alhamdulillah, kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana pada hari ini kita dapat bersama-sama menyerikan majlis mengenang lipatan sejarah dan kegemilangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) setelah berkhidmat kepada rakyat dan negara selama 75 tahun.

 

  1. Tapi yang menarik dalam pencapaian ini ialah kesediaan pengurusannya untuk melakukan anjakan yang sesuai dengan tuntutan zaman. Ketika awal, fokusnya itu menyediakan bekalan elektrik kepada negara dan rakyat tetapi ada pemusatan, terutama setelah perubahan Kerajaan di bawah pimpinan Tun Abdul Razak di mana penekanan tentang kemudahan elektrik luar bandar, desa dan pedalaman ditingkatkan.

 

  1. Dan selepas itu diperkenalkan penswastaan dan pada masa itu saya baru lagi ambil alih jawatan Kementerian Kewangan dan saya kenang benar jasa dan komitmen dan khidmat cemerlang oleh pengurusan terutama di bawah pimpinan Allahyarham Tan Sri Ani Arope. Suatu hal yang sangat menarik yang pernah saya imbau sebelum ini ialah pertemuan setahun dua dengan Pengerusi dan Pengurusan untuk melaporkan kejayaan dari sudut keuntungan, tahap kecekapan yang dicapai setelah diswastakan. Saya mula dengan ucapkan penghargaan kepada mereka, dan terus saya tekankan bahawa ada tugas-tugas utama, ia bukan satu syarikat korporat yang harus bangga dengan keuntungan dan tahap kecekapan, tetapi harus prihatin.

 

  1. Pertama, biar ada pembelaan yang wajar dan adil kepada setiap pengurus dan pekerja serendah-rendahnya. Mana-mana agensi, institusi, syarikat tidak akan berjaya hanya dengan kepintaran pengurusan yang diperlukan, tetapi komitmen dan disiplin tenaga kerjanya dari semua peringkat. Kita lihat satu dewan yang bersih, maknanya yang tukang membersihkan itu harus difikir. Kita ada persediaan makanan, maknanya yang menyediakan makanan harus diambil kira. Itu pendekatan kita, apa lagi apabila kita perkenalkan konsep negara MADANI. Mahu negara itu pacu pertumbuhan yang mampan dan segar yang lebih rancak tetapi tidak tinggal dasar yang semasa, tuntutan baru termasuk transformasi digital, transisi tenaga, pelan perindustrian kalau dibilang semiconductor the front end. Semua itu harus diambil kira tapi dalam masa yang sama kecekalan kita dalam memastikan bahawa kita itu istimewa kerana kita itu manusiawi. Kerana kita ambil berat dan prihatin, prinsip ihsan compassion dan menghargai setiap sumbangan semua pekerja di semua peringkat barulah korporat itu menjadi suatu tradisi dan budaya yang sihat.

 

  1. Sekarang umpamanya pengurusan TNB tercabar kerana kebergantungan kepada tenaga awal arang batu mesti beralih, dunia menuntut sedemikian. Saya malam tadi dalam dialog Forum Ilmuan MADANI anjuran kerjasama dengan Petronas, saya imbau satu pengalaman, ya di antara tokoh sarjana yang mula bicara soal cabaran iklim persekitaran dan melahirkan umat yang seimbang itu adalah Seyyed Hossein Nasr, George Washington University dalam karyanya bertajuk, ‘Man and Nature: The Spiritual Crisis in Modern Man’ bahawa kejayaan itu bermakna mempertahankan ‘Ummatanw-Wasatal-litakunu shuha-da-‘a ‘alan-nasi wa yakunar-Rasulu ‘alaykum Shahida. Allah harus angkat darjat kita sebagai umat yang pertahankan keseimbangan (equilibrium), dan equilibrium itu bukan sahaja rohani dan jasmani tetapi juga man and nature, iaitu persekitarannya.

 

 

  1. Kadang-kadang kalau tidak dipertahankan, keseimbangan itu akan berlaku fassadcorruption, kerosakan di dunia dan keseimbangan itu bermakna tidak boleh ada pencerobohan, tamak haloba, mengganas, hutan rimba, bukit bukau dan sungai sehingga kerosakan berlaku. Itu mengingatkan kita tentang keperluan mengawal nature supaya tenaga asli itu dipertahankan, barulah boleh jadi contoh. Tidak akan menjadi contoh jika hanya dengan melahirkan atau mengeluarkan, melontarkan kata-kata atau idea, tetapi dengan menjadikan kita umat yang seimbang to maintain the equilibrium itu melalui contoh syuhada a’alan nas kepada manusia. Sekitar 10 tahun selepas itu, tahun 70-an, di dunia intelektual sarjana digemparkan, dikejutkan dengan laporan Club of Rome – The Limits to Growth dalam keadaan dunia memacu pertumbuhan bersaing dan mula meyakini bahawa hidup ini hanya dengan pertumbuhan ekonomi, dunia dikejutkan oleh kumpulan pemikir Club of Rome bahawa ada had kepada pembangunan terutama bila berlaku kerosakan persekitaran yang menyebabkan dunia tercabar. Di antaranya adalah penggunaan arang batu.

 

 

  1. Seiring dengan karya ‘Only One Earth: The Care and Maintenance of a Small Planet’ oleh Barbara Ward dan Rene J. Dubos, tetapi dia tidak mempengaruhi penguasa, pimpinan politik mengenepikan pandangan sedemikian semuanya ghairah tertumpu untuk membangun ekonomi tanpa memikirkan soal keadilan, kesaksamaan, pengagihan, kekayaan di bumi.

 

  1. Sekarang rakyat, pimpinan kian sedar, belum terlambat, tapi agak terlanjur bagi saudara-saudara yang mengikuti rencana yang sangat mengesankan oleh Al Gore ‘An Inconvenient Truth’ itu akan faham betapa cuainya manusia kerana keterlajuran akibat tamak haloba untuk mengaut kekayaan dan keuntungan tanpa memikirkan kesan bagi generasi akan datang.

 

  1. TNB sekarang setelah rekodnya yang cemerlang dalam pelbagai bidang sekarang tercabar untuk segera melakukan peralihan membuat persiapan sebab itu saya ucap tahniah dan terima kasih kepada pengurusan kerana terus merangka melalui penyelidikan yang rapi dan mencari jalan dan kaedah supaya peralihan tenaga yang disebut energy transition itu berjalan dengan rapi dan berkesan.

 

 

  1. Dan sekarang saudara-saudara tahu tentang TNB dengan green building index, dengan laluan green lane pathway ini semua istilah-istilah baru yang tak pernah didengar, difikirkan oleh pengurusan lama. Ini saya sebutkan kalau istilah Jerman dia kita zeitgeist – tuntutan zaman. Kalau kita mahu maju dan pastikan Malaysia ini berjaya kita harus punyai keupayaan, kecekalan untuk bertindak merobah, bertindak dengan segera dan dengan berani. Kita tidak boleh mengharapkan negara ini berkembang maju kalau kita masih berceloteh dalam soal picisan, bergaduh dalam soal titik bengik dan tidak menumpukan perhatian kita ke arah bagaimana harus kita menjamin pertumbuhan ekonomi yang mampan dan melaksanakan peralihan tenaga dengan jaya.

 

  1. Hari ini Malaysia dalam banyak hal dan tahniah kepada TNB kita agak ke depan dalam energy Nanti Tan Sri Razak kata puji-puji ni, saya baru bagi kopi kosong tadi (nada seloroh). Malah kesediaan TNB kerana sekarang ada umpamanya akses third party. Saya faham benar kerana ini menggusarkan TNB. Ini laluan tradisionalnya untuk mengaut keuntungan dan ini dipatahkan dengan dasar yang memberikan ruang third party akses kemudian penambahan kemudahan solar dan sekali lagi TNB dengan kebijaksanaannya menerima ini adalah kenyataan baru yang mesti diterima dan dijayakan. Maknanya kita harus beralih kepada bidang lain. Apa dia kelemahan besar kita? kita akan pengerusikan ASEAN tahun depan. Dan apa dia fokus kita? dua-dua yang melibatkan TNB. Ini cabaran besar Tan Sri Razak.

 

  1. Better get cracking I tell you. Two main challenges and priorities for ASEAN when we assume the championship next year, than sure that we Malaysia and the region becomes a major hub for energy industry in this region. Secondly to ensure that is what is call is ASEAN GRID which precisely means the transmission from the traditional specialist Pasir Gudang has to be strengthen the new facilities where it is energy from Sarawak to Johor or from Laos to Singapore through Malaysia this is what we call a National and the ASEAN GRID.

 

  1. Ini cabaran besar kerana jumlah pelaburan itu puluhan bilion ringgit dan saya percaya TNB sekarang sedang merangka bidang itu, memikirkan bagaimana harus kita jayakan. Kerajaan sedar bahawa pelaburan ini terlalu besar dan Kerajaan sedang memikirkan cara cara supaya TNB bersama dengan kelompok-kelompok yang lain menjayakan ASEAN GRID ini. Saya juga ucap terima kasih kerana saya di antara yang menekankan pengurusan tahu sudah tentang kecepatan, kepesatan langkah-langkah diambil.

 

  1. Dan walaupun hari ini nampak saya cakap manis-manis tapi pihak pengurusan tahu saya kata, umpamanya kerjasama TNB Petronas untuk pastikan tenaga terapung di Kenyir disegerakan dan saya ucap terima kasih walaupun saya bising-bising sikit. Itu sekadar untuk bagi sedikit kejutan, tapi rupanya saya bicara depan pengurusan yang cukup cekap dan mahir. Malah mereka telah siapkan peluncurannya di Kenyir bulan lalu tapi kebetulan saya baru lagi pulang dari Vientiane dan Azizah agak kurang sihat, saya kata dalam menghadapi lalui liku-liku hidup yang getir pasang surut lebih banyak surut dari pasang. Kalau dalam 10-20 tahun yang lalu lebih banyak di penjara dari di luar, jadi saya kata berilah peluang saya sekurang-kurangnya pagi itu saya jaga dan temani Azizah di hospital. Jadi saya mohon maaf kepada TNB dan Petronas kerana terpaksa menangguhkan dan insya-Allah, saya akan sama-sama dengan TNB daripada Petronas untuk menyaksikan peluncuran projek energy terapung yang terbesar negara di Kenyir bulan depan.

 

 

 

  1. Baik, yang lain soal teknikal itu bukan kerja saya, ini kerja jurutera pakar-pakar TNB. Dan seperti mana saya sebut tadi, kalau sudah tahu ikuti perkembangan TNB ni saya tahu benar sebab LLN dulu tu pejabat dia dekat dengan Yayasan pejabat ABIM di jalan mana eh? dekat Universiti Malaya, Jalan Universiti. Jadi saya beritahu Tan Sri Razak rahsia, dia tak tahu sebab dia elit atasan sedikit. Saya bagi tahu dia rahsia sepanjang saya hidup gelora dengan tekanan itu dukungan daripada tenaga, daripada LLN, TNB tu sangat mengesan.

 

  1. Terima kasih dan maaf, satu perkara akhir yang saya nak tekankan bila saya umumkan sistem persaraan baru gaji baru penjawat awam. Saudara, dia tidak mudah, kerana hasil Kerajaan betul menambah tapi hutangnya satu trillion lebih dan sebab tu saya lihat saya tekankan tatakelola. Jangan izinkan mana-mana pimpinan curi harta rakyat dan saya juga kenang penjawat awam. Saudara- saudara, kita semua keluarga. Saudara, penjawat awam 12 tahun tidak ada kajian menyeluruh dan tidak ada kenaikan gaji kalau saya nak naik 1-2% bagi saya tak sampai hati tengok.

 

 

  1. Saya bagi mesej bahawa dalam kerja ini, kita harus kerja dengan serius, dengan bertanggungjawab kerana kita bertanggungjawab kepada Allah S.W.T. Kullukum ra’in wa kullukum mas’ulun an ra’iyyatihi – kita bertanggungjawab akhirnya, kepada rakyat dan Allah S.W.T. Tetapi bagi Kerajaan haruslah ada tanggungjawab sebab itu saya umumkan penyelarasan dan dalam sistem saya itu berbeda daripada dulu. Apa bedanya? yang pengurusan atasan naik sedikit pengurusan bawah naik banyak, supaya tidak berlaku terlalu tinggi kesenjangan. Kesenjangan itu tidak membengkak membezakan di antara dua sumber pendapatan. Ini saya bercakap soal urusan Kerajaan bukan syarikat termasuk TNB dan kos untuk 2025 adalah 10 bilion ringgit tambahan.

 

  1. Tetapi saya fikir dan renung saya nak mereka kerja lebih kuat, saya lebih keras terhadap penyelewengan, kemalasan, lembap, malas atau kecurangan rasuah. Kalau saya minta mereka bekerja lebih kuat dan mahu produktiviti lebih baik, hasil lebih baik, maka wajarlah saya naikkan dan Alhamdulillah disambut baik. Naik sebahagian bulan Disember, kemudian tambahan bulan Januari dan bonus bulan Februari. Ini tidak ada kena mengena dengan TNB.

 

  1. Walau bagaimanapun, saya ucap terima kasih kepada Pengerusi dan Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi TNB kerana bersetuju untuk menjadikan GLC pertama yang menyahut seruan kerajaan, pertama untuk menaikkan kadar gaji minimum anggota TNB kemudian meluluskan kenaikan gaji dan pendapatan bagi seluruh warga kerja TNB.

 

  1. Sudah-sudah, pengurusan dan pengerusi bimbang apa lagi Anwar nak umum ni (nada seloroh). Jadi saya syukur Alhamdulillah dapat bersama-sama ada beberapa program vendor, bumiputera, kemiskinan, pendidikan anak, perumahan mereka semua itu harus difikirkan. Kerana saya tidak nilai kejayaan TNB hanya semata-mata keuntungan, walaupun penting dari segi keuntungannya tetapi menjadi satu syarikat yang gagah, yang mencatat keuntungan dapat menjalankan amanah dengan berkesan dan efisien tetapi menjaga kebajikan anak buahnya.

 

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

TEKS UCAPAN

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

MAJLIS PELUNCURAN

RESIDENSI MADANI PUTRAJAYA

 

 

28 OKTOBER 2024 (ISNIN) | 3.30 PETANG

 

TAPAK RESIDENSI MADANI SENTRAL

PRESINT 7, PUTRAJAYA

 

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

 

Alhamdulillaahil rabbil ’alamain

Nahmahduhu wa nusalli ala rasoolihil kareem.

Wa’ala alihi wasahbihi ajmain.

 

Yang Berhormat Dr. Zaliha Binti Mustafa,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan);

 

Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming,

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan;

 

Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar,

Ketua Setiausaha Negara;

 

Yang Berbahagia Dato’ Town Planner (TPr.) Fadlun bin Mak Ujud,

 

Rakan-rakan Strategik;

 

Rakan-rakan Media; dan,

 

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.

  1. Program hari ini saudara boleh jangka, memang menjadi di antara tumpuan dan keutamaan kita. Kita boleh sebut tentang prestasi kita yang membanggakan dari segi pertumbuhan. Tadi saya dengan YB Anthony Loke di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) untuk meluncurkan DHL Express baharu yang menjadi hab yang penting, automation, mempercepat proses eksport import.
  1. Bulan yang lalu kita ke KIGIP di Kerian meluncurkan satu projek raksasa hi-tech hijau yang penting kerana kejayaan Pulau Pinang dan Kulim Hi-Tech. Kita saksikan projek raksasa Proton Geely Tanjung Malim, industri automotif, universiti dan rangkaian latihan yang hebat. Dan kita catat kadar pertumbuhan yang membanggakan. Ringgit kukuh, semua ini petanda-petanda yang membanggakaan. Alhamdullilah.
  1. Tetapi bagi rakyat, selalu saya tekankan. Kadang-kadang pemikiran kita, golongan elit yang merancang dengan kumpulan sasar. Apa yang rakyat fikirkan? Tentu mereka juga bersyukur. Tetapi bagaimana manfaat kepada mereka? Apakah kemudahan-kemudahan yang kita sebut ini, kejayaan besar ini sampai manfaat kepada mereka? Sebab itu di Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, saya tekankan isu penting selain daripada prasarana asas, pendidikan, dan kesihatan, adalah pusat perniagaan kecil-kecilan yang disertai oleh kumpulan bawahan dan perumahan. Sebab itu, ada orang tegur, dia kata dalam Belanjawan Negara kali ini dan sejak saya dan rakan-rakan dalam Kerajaan MADANI tidak ada projek mega, ya, tidak ada projek mega, mercu tanda yang hebat.
  1. Bagi saya projek mega yang lebih penting, adalah rakyat. Jadi bagi saya, kalau tanya apa dia projek mega untuk rakyat? Perumahan rakyat. Itu mega bagi dia dan keluarga dia. Gerai, warung dan restoran kecil, itu mega untuk dia. Mutu, kemudahan sekolah, kesihatan dan klinik yang baik, itu mega bagi mereka. Jadi sebab itu, cara kita berfikir dalam soal pertumbuhan ekonomi itu penting, ada anjakan, betul-betul anjakan daripada pemikiran tentang kerangka ekonomi dari sudut pemacuan pertumbuhan yang segar dan rancak yang tentunya penting. Kalau ekonomi kita tidak berkembang dari mana kita harus dapatkan dana dan syarikat-syarikat besar mana yang mahu melabur dan membangunkan perumahan, kalau tidak ada tenaga beli yang menyakinkan. Jadi, saya tidak meremeh dan memperkecil kepentingan pertumbuhan.
  1. Saya hendak tekankan bahawa, di kalangan penjawat awam, pimpinan politik, peniaga, pengusaha harus memikir bersama bahawa mari kita bangkitkan, jayakan semua. Jangan kita jayakan kelompok kecil dan kita tinggalkan yang besar yang menyebabkan membengkaknya kesenjangan di antara golongan yang maha kaya dengan yang miskin. Ini dapat dilihat di banyak negara. Sebab itu kalau di Amerika, dia kata the top 1 percent, maknanya 1 peratus dia kuasai semua dan pengaruhnya dalam sistem kewangan, pembangunan, ekonomi, pelaburan, pengaruhnya di Capital Hill dan di White House itu terlalu kuat sehinggakan suara rakyat itu hanya menjadi umpamanya proses yang dikatakan demokrasi, 5 tahun atau 4 tahun sekali.
  1. Tetapi sebenarnya yang punyai kuasa itu hanya satu kelompok yang kecil. Kita harus ubah ini. Sebab itu, apa yang dilakukan hari ini, ya saya ucap terima kasih kepada Jabatan Wilayah, YBhg, Dato’ TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kerana komitmen mereka untuk melaksanakan cita-cita, kerana dasar mungkin elok, program mungkin menarik tetapi ujiannya, cabarannya adalah pelaksanaan yang berkesan.
  1. Jadi bila saya tanya YBhg. Dato’ TPr. Fadlun bin Mak Ujud, kerana projek perumahan mencecah 10 ribu unit ini, ya betul kita ada juga rencana keluar subsidi kerana kita kena fikir bagaimana rakyat di peringkat rendah ini boleh membeli. Kita boleh bina, bangun, serahkan sahaja kepada pemaju, dia bangunkan. Tetapi tidak mampu begitu. Apa tanggungjawab kerajaan? Pastikan ada peluang dan kemudahan bagi semua rakyat di semua peringkat. Jadi sebab itu, kita jamin sekurang-kurangnya 40 peratus itu dengan kos RM 200 ribu ke bawah. Ya dan saya harap, dengan hadirnya pemaju-pemaju bersama, pastikan projek itu dijalankan dengan cepat dan penjawat awam di bawah KSN tahu pendirian kita selama ini, iaitu pastikan jangan ada karenah melewat-lewatkan. Melambatkan tiga bulan, enam bulan itu mendera rakyat yang menunggu dan menyebabkan kos meningkat kerana ada holding cost dan sebagainya.
  1. Jadi, pastikan pengawasan ya, kecepatan pelaksanaan projek. Dan kalau ada apa-apa masalah dari sudut karenah birokrasi, selesaikan dengan secepat mungkin. Saya selalu, di mana-mana saya pergi, contoh, bila kita buat perumahan MADANI di Taman Desa, syarikat siap semua keperluan termasuk environmental impact assessment (EIA), perparitan dan semua lulus. Tetapi biasanya, tahap kelulusan itu lapan bulan, setahun setengah. Saya hendak pecahkan tembok ini yang mempersulit. Orang nak rumah kena tunggu, pemaju kosnya meningkat kerana holding cost dan pinjaman. Maka saya bagi tarikh, saya luncurkan projek itu dalam masa 45 hari. Kemudian saya lihat Dewan Bandaraya dengan seluruh jentera kerajaan boleh bertungkus lumus dan siapkan, jadi boleh kita luluskan dalam masa 45 hari. Which means it can be done, jadi kalau boleh dilaksanakan maka kita permudahkanlah.
  1. Jadi untuk itu, kita harap kita pantau betul-betul kerana projek ini besar, terbesar di Putrajaya dari segi perumahan menunjukkan kita lebih prihatin kepada masalah yang dihadapi oleh penjawat awam kerana itu keluarga secara langsung di bawah jagaan kita. Seluruh rakyat tanggungjawab kita, tetapi penjawat awam itu secara langsung menjadi satu kelompok atau kumpulan yang secara langsung menjadi tanggungjawab saya. Kalau di swasta, gajinya dibayar oleh swasta, kalau penjawat awam gajinya dibayar oleh Kerajaan.
  1. Oleh itu, tanggungjawab kita untuk sekurang-kurangnya melegakan mereka. Jadi untuk penjawat awam, bagi tumpuan. Pertama, soal sistem persaraan yang baru diumumkan bulan Disember, naik lagi bulan Januari, bagi lagi bonus bulan Februari. Jadi maknanya, tiga bulan berturut-turut naik sedikit-sedikit, sekurang-kurangnya dapat melegakan hidup mereka dan Insya- Allah membolehkan mereka itu hidup dengan lebih selesa ketimbang tahun-tahun sebelumnya. Kemudian, hari ini kita perlihatkan bagaimana keluarga di Putrajaya umpamanya diberi kesempatan memilih untuk mempunyai rumah yang lebih selesa.
  1. Jadi cepat, mesti disegerakan dan pihak pemaju saya harap dapat tentukan mutu itu baik. Saya ada pengalaman di sini kerana masa saya Menteri Kewangan dulu, saya juga tekankan di Kerinchi, Wangsa Maju, Gombak, Setapak dan perumahan-perumahan rakyat dan kadang-kadang mutu itu tidak begitu baik. Sebab itu mesti dipantau cara baik. Semua syarikat dan pemaju harus mencatat keuntungan, kita tidak nafikan tetapi pastikanlah, janganlah bila rumah itu rumah kategori rendah mutunya itu sampai terlalu tidak memuaskan.
  1. Jadi saya harap pemantauan itu baik dan kalau ada masalah harus YBhg. Dato’ TPr. Fadlun bin Mak Ujud berikan seorang umpamanya, pegawai yang khusus. Kalau apa sahaja masalah sementara mereka memulakan projek itu, dia boleh terus kepada pegawai itu. Tidak payah pergi beratur jumpa 14 Jabatan untuk selesaikan satu masalah.
  1. Jadi untuk Putrajaya, patut jadi contoh terbaik, ada satu sahaja, seorang yang ditugaskan untuk mendapat apa? Jadi esok umpamanya, YBhg. Dato’ TPr. Fadlun bin Mak Ujud perlu tetapkan siapa yang bertanggungjawab. Kalau ada dalam pelaksanaan, apa sahaja masalah bawa kepada dia dahulu dan boleh diselaraskan dan diselesaikan.
  1. Kalau mesyuarat melibatkan 18 ke 16 Jabatan untuk pastikan selaraskan 16 atau 18 tu tak payah beratur buang masa, hilang produktiviti, hilang tenaga dan jadi masalah. Ini yang maksud kita reform dalam pentadbiran awam. Kita bagi pengiktirafan tapi, kita harap dan rakyat juga harap mutu perkhidmatan lebih baik. Jadi saya harap dua (2) perkara ini diberi perhatian, cepat siapkan projek, lebih cepat daripada jangkaan, ya itu cabaran. Jangan lupa, rumah rasmi saya dekat dengan pejabat, silap…jaga! (nada seloroh). Dan keduanya, biar mutu projek itu memuaskan ya. seperti mana sebelumnya tadi disinggung oleh YB Dr Zaleha tentang apa yang disebut kemiskinan tegar.
  1. Kemiskinan tegar ini adalah di kalangan kelompok masyarakat yang sangat susah, maknanya susu bayi, uniform sekolah, makanan asas di rumah itu tidak mencukupi, jadi Kerajaan tidak boleh lengah. Ini tanggungjawab kita sempurnakan mana munasabah. Ada Pejabat Perdana Menteri, ada pejabat KSN, ada pegawai kanan yang tinggi, ada pengurus-pengurus dan pengarah-pengarah syarikat yang hidup lumayan, tapi ada di kalangan kita yang hidup nak makan pun tak cukup.
  1. Jadi, sebab itu Kerajaan memutuskan supaya ada program menoktahkan kemiskinan tegar. Yang miskin itu mengambil masa relatif, tetapi kemiskinan tegar disegerakan jadi kita ada angka 166,000. Mengikut angka tahun 2022 kita selesaikan jumlah itu 166,000. Kemudian bila kita buka lagi, ada lagi sekitar 80,000 jumlah baru sama ada yang lama dulu dah selesai, kemudian dia jadi miskin balik ataupun jumlah baru kerana dulu tak daftar. Setakat bulan lalu kita selesaikan 15,000, ada lagi belum selesai jadi saya kata target akhir tahun ini kita selesai angka terbaru yang 80,000.
  1. Tahun depan kalau ada jadi maknanya berkurangan dari 166,000 kemudian jadi 85,000 dan sekarang mungkin kurang. Sebab apa saya sebutkan begitu kerana tidak munasabah bagi negara yang makmur begini dan catat pertumbuhan hasil mahsul yang banyak tetapi yang miskin tegar itu pun ramai. Jadi syukur Alhamdulillah kerana jentera Kerajaan bantu di peringkat daerah sampai kawasan pedalaman dan miskin bandar yang sekarang meningkat. Jadi saya harap hal ini juga diteruskan. Jadi sebab itu miskin tegar dan perumahan patut diberikan tumpuan.
  1. Tapi saudara tahu kalau di parlimen itu perbahasan jadi aneh-aneh, soal songkok perdana menteri, soal capal Perdana Menteri, jadi maknanya ya ini orang kata bankrap idea. Dia tidak ada modal untuk dibahaskan. Saya tengok macam gaji penjawat awam ada juga 1- 2 yang bercakap ini satu tindakan yang sungguh-sungguh, kita buat dan berani, gaji minima RM1700. Kalau saya tanya syarikat, tidak ada yang tak akan ada keputusan, mustahil nak dapat keputusan jadi saya bincang kawan jemaah menteri. Saya kata no countries is doing well, investment coming in a big way and the prosperous nation cannot afford to see this sort of treatment to our workers dan kita bukan naik 2500 atau 3000 kita naik kepada 1500, naik 1700 dan itu pun berperingkat, kita bagi masa lagi kepada syarikat-syarikat kecil.
  1. Jadi saya harap bagilah kerjasama ya, sama-sama kita hadapi kerana ini sahaja yang boleh kita lakukan, apa yang disebut political will – tekad politik yang jelas kerana tidak semua orang akan senang dan bersetuju, tapi inilah cabaran pimpinan apakah kita berani atau tidak. Seperti juga gaji penjawat awam 12 tahun tak ada kajian. 12 tahun itu masa yang lama, inflasi naik, kos naik tapi gaji tidak naik kemudian kita tekankan supaya kerja lebih kuat, lebih bertanggungjawab maka saya ambil keputusan yang berani dan kos tinggi untuk 2025, peningkatan kos gaji ini 10 bilion ringgit. Tapi saya rasa pendapat saya mudah sahaja, simple basic economics saya tidak pernah baca pengalaman sejarah sama ada sejarah Islam atau China purba, sejarah India atau sejarah Arab atau sejarah Latin Amerika bahawa Kerajaan itu jatuh kerana dia tolong belanja banyak untuk orang miskin. Saya tak pernah dengar, belum pernah tercatat dalam lembaran sejarah mana-mana pemerintah itu kalah, jatuh kerana membantu rakyat miskin atau menaikkan gaji yang sepatutnya upah yang adil. Tidak pernah. Kerajaan jatuh kerana rasuah, penyelewengan tamak haloba, pimpinan kaut harta yang bukan hak mereka. Itu yang menyebabkan mereka jadi dan kita elak daripada hal yang sedemikian dan tumpu.
  1. Saya tahu ada cabaran tapi kita syukur Alhamdulillah, kerana selain daripada masalah saya katakan kita boleh catat perubahan yang besar, semi konduktor seperti Infineon, pelaburan terbesar luar daripada German di Malaysia. Baru-baru ini sudah tengok Google, Microsoft itu pilih malaysia sebahagiannya pilih Malaysia sebagai hab. DHL Malaysia umpamanya pusat automation pertama logistik di rantau ini. Syarikat AI yang terbesar memilih Malaysia di Johor sebagai pusat AI yang utama. Ini semua kenyataan-kenyataan meyakinkan. Manakala tanggungjawab kita ialah pastikan politik negara itu stabil dasar jelas dan pelaksanaan berkesan dan jangan benarkan ketirisan penyelewengan dan rasuah. Kerana rasuah ini sudah jadi sistemik, dia tidak mudah banteras, dia hanya perlu tindakan yang keras dan tegas dan konsisten. Dia memerlukan penguatkuasaan jelas, pemantauan di semua peringkat yang tegas baru boleh. Kerana bila kita bersihkan rasuah, kos dengan sendirinya turun.
  1. Percayalah ya pemaju-pemaju mungkin tak mahu bagi tahu tapi saya tahu. Kalau dulu apa dia kata? hmm satu sumbangan untuk mempercepatkan, kalau naik satu tingkat dia ada kos dia, kalau 18 tingkat okey nak naik 20 itu ada ada kos dia. Even if they denied i won’t believe them, i know what happened in the past, but this has to stop and stop now because kalau kita dapat kawal ini maknanya kos akan lebih turun dan rakyat akan memperoleh manfaat dan ini yang kita nak tentukan. Jadi saya harap kerjasama dalam soal menentukan good governance tatakelola yang baik dan membanteras korupsi. Rasuah ini bukan sahaja penjawat awam dan orang politik tetapi juga pengusaha dan peniaga. Jadi mudah-mudahan pengalaman kita hari ini mendewasakan kita dan saya harap di bawah YB Nga Kor Ming, di bandar-bandar lain di seluruh negara kita akan percepatkan proses ini dan kalau kita boleh temu target perumahan ini, berpuluh tahun sudah, saya tahu tak pernah capai, sebutlah 400,000 tak ada orang percaya. Sebab komitmen tak sama.
  1. Saudara nak tolong rumah kos rendah berapa nak dapat komisen? nak buat rumah-rumah orang susah ni komisen tak ada, kecil. Haa kalau nak buat kawasan golf itu adalah mudah, cepat lulus. Kalau nak buat rumah-rumah mewah okey. Buat rumah mewah tak ada orang protest, buat rumah rakyat, rumah badan ni bermacam protes, sesak jalanlah, environment problem lah ini perangai tak bagus betul. Saya tahu, di parlimen ada dibangkitkan lagi rumah yang besar mewah itu buat tak ada bantahan tapi tu sebelahnya buat rumah untuk rakyat, rumah MADANI rumah yang kata affordable tu ubah kawasan rendah. Keluar bantahan pelbagai. Tak betullah, environment lah, kolam lah, bukit lah, ini yang dulu tak ada kolam, nampak rumah orang besar itu tak ada bukit. Hal ini kita harus hadapi, saudara syukur juga saya ini ada pengalaman oleh kerana dah lalui hiruk pikuk dan pasang surut maka Allah berikan sedikit kekuatan untuk lawan fe’el-fe’el begini.  Betul saya tak faham, ya nak buat rumah ni susah, yang beli rumah kena faham tidak mudah, ia memerlukan keberanian kita. Ini YB Dr Zaleha tahu, nak buat di Kuala Lumpur protes-protes. Kemudian orang susah nak duduk di mana? terlalu tinggi rumah, nanti kawasan sesak, jalan ni sesak sebab nampak rumah orang susah dan pendapatan rendah sahaja ke? yang sebelum ni tak sesak ke?
  1. Ini kadang-kadang sikap yang saya sangat tidak berpuas hati. Tentang lawan itu serahkan kepada saya sebab kita tidak boleh tolak ansur. Kita bincang dengan syarikat-syarikat kalau 100% tak boleh kerana kos yang tinggi dan akan menyebabkan kerugian. Oleh itu kita keluarkan subsidi sedikit kerana nak buat Perumahan Rakyat dalam 40%, saya okey. Kerana kita mahu syarikat itu juga yakin, there can deliverable kerana kita tidak mahu memaksa dan memberi pertimbangan. Jadi sebab itu saya ucapkan terima kasih kepada Kementerian Wilayah Persekutuan, Fadlun dan KPKT kerana berjaya mempercepatkan.
  1. Doa semoga mudah-mudahan projek ini berjalan lancar dan kalau boleh lebih cepat daripada jadual. Ada problem sahaja tomorrow morning Fadlun will assign one officer and I want to know the name of the officer and give a call to make sure any issue that been raise resolve speedy. Jangan ada masalah menyangkut sehingga melengahkan projek ini kerana rakyat yang menunggu terlalu penting bagi mereka.

Terima kasih.

 

TEKS UCAPAN

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

MAJLIS PERASMIAN DHL EXPRESS KUALA LUMPUR GATEWAY BAHARU

 

 

28 OKTOBER 2024 (ISNIN) | 10.00 PAGI

KLIA CARGO TERMINAL 1 (KACT1)

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera.

 

YB Tuan Anthony Loke Siew Fook,

Menteri Pengangkutan;

 

YBhg. Dato’ Jana Santhiran Miniayan,

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan;

 

En. Ken Lee,

CEO Asia Pasifik, DHL Express;

 

Mr. Julian Neo,

Pengarah Urusan, DHL Express Malaysia dan Brunei;

 

Seluruh pengurusan DHL Express Malaysia;

 

Tetamu-tetamu yang saya muliakan; dan

 

Para pengurusan serta pekerja-pekerja DHL Express yang telah menjayakan projek ini.

 

Terima kasih.

 

  1. Hari ini kita menyaksikan satu perkembangan fasiliti untuk kemudahan DHL sehingga menjadikannya sebagai gateway baru yang penting di rantau ini. Saya tertarik mendengar penjelasan saudara Julian tentang kemudahan-kemudahan yang terkini dan juga memastikan pelancaran kemudahan dalam logistik pengangkutan dan memungkinkan eksport dan import yang lebih lancar. Tetapi bila disebut ekosistem logistik, ini bukan sahaja urusan DHL. Maknanya rakan-rakan kita yang berkaitan sama ada MAB, Kementerian Pengangkutan, Kastam, Imigresen, jalan, seluruh prasarana dan logistik itu harus diambil kira. Kalau tidak, ia tidak disebut ekosistem.

 

  1. Ini yang selalu kita berikan perhatian kerana pelabuhan, pengangkutan, syarikat penerbangan dan pengurusan logistik itu sangat kritikal. Seperti mana yang kita tahu Malaysia juga disinggung sebentar tadi sudah dianggap sebagai hab semikonduktor bagi rantau ini. Kemudian setelah kita lihat peningkatan yang begitu meyakinkan di Selangor, Johor dan juga di Kulim Hi-Tech, kita lihat penumpuan baru oleh syarikat-syarikat gergasi dalam bidang data center dan AI di dalam negara kita. Jadi ini semua membanggakan tetapi kalau tidak kita uruskan dengan baik, ia akan menghambat kemajuan yang kita harapkan.
  2. Kita tidak jangka dalam setahun ini minat pelabur besar itu telah meningkat dan angka-angka tambah meyakinkan. Tetapi saya ingin tekankan betapa perlunya seperti mana yang ditekankan saudara YB Anthony Loke dan Kementerian Pengangkutan, iaitu memastikan ekosistem logistik. Ini saya tekankan berulang kali, kerana ekosistem itu kian bertambah bukan sahaja setakat kemudahan prasarana tetapi juga melatih, memberikan perhatian supaya ia menjadi pusat kecemerlangan dan melatih pekerja dan anak-anak yang tertumpu dalam bidang ini.

 

  1. Di sini saya ingin mengusulkan kepada DHL, saya harap Ken Lee dan Julian boleh berikan perhatian. Sebab pelaburannya sudah meningkat, kemudahannya itu menarik dan bagi pihak Kerajaan dan saya percaya lebih-lebih lagi Menteri Pengangkutan memberi perhatian khusus. Beliau di antara yang menggesa saya supaya hadir sebagai tanda menyokong dan memberikan perhatian kepada suatu prasarana yang penting bagi mengangkat keupayaan kita. Jadi yang kita minta daripada DHL seperti mana yang diusahakan oleh mana-mana syarikat besar yang lain ialah menumpukan sedikit perhatian lebih kepada pengurusan peningkatan upskilling pekerja melalui satu pusat kecemerlangan dan juga latihan yang lebih daripada kemahiran biasa. Upskilling ini kerana kita sudah tumpu dalam bidang automation, dalam bidang digital dan juga AI. Saya percaya DHL sebagai syarikat gergasi mampu mengupayakan anak-anak muda dalam bidang ini.

 

  1. I made a specific suggestion because when we refer to the logistic ecosystem, we are talking about DHL as a prime promoter, investor and having the expertise facilitating this export and import. But the ministry under YB Anthony Loke of course, has to look at the ecosystem, which means, total infrastructure. Airlines, Malaysian Airport Berhad, transportation, roads, all associated with the need to facilitate and accelerate the process here. But beyond that, I think this is the probably timely for DHL as other major investors have done to focus also on the issue of the training, upskilling of our staff, existing staff because we are moving towards automation, towards digitalisation, towards AI and the expertise is there with DHL. And I think they should have, beginning with the small center of excellence to make sure that DHL promotes also the capacity of our workers because they have shown such resilience and discipline and therefore I must thank the staff and the workers of DHL for the relative success we have achieve this far. Terima kasih banyak.

 

  1. Saya tidak bercadang untuk menyebut hal-hal unjuran kita kerana dalam Belanjawan saya telah bicara panjang tentang pengupayaan kita, fokus kita. Dan di antara yang kita berikan perhatian adalah dalam bidang perindustrian, pendigitalan, peralihan tenaga, semikonduktor dan ini tentunya akan menuntut kemudahan-kemudahan yang saya sebut tadi. Soal pelabuhan, soal pengangkutan, soal logistik ini menjadi tumpuan. Kalau tidak, di antara isu yang ditingkatkan ialah bila pelabur masuk di Selangor atau di Kulim, di Johor dan Sabah, Sarawak umpamanya, mereka akan lihat keupayaan ekosistem keseluruhannya. Sebab itu saya mahu Kementerian dan rakan-rakan berikan tumpuan yang lebih dalam bidang ini kerana pace dan tahap kepesatan perubahan itu terlalu cepat dan kalau umpamanya jentera kita lembab, kita akan ketinggalan.

 

  1. Sebab itu saya menekankan yang di bawah pengurusan Kastam juga harus melakukan perubahan. Saya ucap tahniah kerana beberapa perubahan masih ada ruang untuk perbaiki. Kita mewakili pandangan bahawa tidak mudah kita capai kemajuan kalau kita mudah selesa. Salah satu penyakit, baik pimpinan politik atau pengurusan ialah bila kita beri angka-angka yang memukau dan menyenangkan. Padahal kita tahu keupayaan dan kapasiti kita untuk memperbaiki itu banyak.
  2. Saya selalu bergurau dengan rakan-rakan, bila sebut baik, saya selalu pinjam pandangan George Bernard Shaw. The moment one receive a praise, you always remind that to the cynicism of George Bernard Shaw when he said, “Yes my dear, it is nice but there is room for improvement”. You always emphasise the room for improvement, otherwise we will inherit that sort of tradition and culture associated with the culture of contentment or culture of complacency we are easily contented.

 

  1. Now, we see countries, we see companies able to succeed because of the preparedness to affect change and the necessary reform and not to be subjected by the old ways of doing things. Even if it is proven to be lack strategical, sluggish or slow. Precisely the reason why I think we need to accept the fact if we want to succeed, we must be prepared to affect change, reform and do things better. Make serious study and compare the level of relative success of the countries. We don’t compare with the past. For example, level of anti-corruption crime, immensely successful, compared to what? probably some Banana Republic in Afrika or you compared to the best? Similarly, expertise and change, the reality of success of many of our institutions, must have what this term is comparative advantage and compared to the best, not compare to the most, sluggish weak or mediocre? Then we will then record, great success.

 

  1. Jadi sebab itu saya rasa walaupun saya sudah berumur tapi pemikiran saya masih muda dan mendesak supaya rakan-rakan bekerja lebih keras lagi. Jadi saya sekali lagi ingin menggesa rakan-rakan untuk memberikan sokongan yang padu kerana seperti mana kita tahu Kementerian Pengangkutan dan logistik pengangkutan ini di antara yang sangat kritikal, yang dianggap sangat penting. Sebab itu kementerian ini dianggap di antara kementerian yang paling strategik dari segi peningkatan keupayaan kita sebagai satu negara industri maju dan mendapat perhatian. Saudara tahu dalam bidang geopolitik pun kita ambil sikap yang sangat terbuka. Pelaburan dari Amerika Syarikat masih nombor satu dan kita masih mendapat dan tarikan pelabur-pelabur besar Amerika Syarikat.

 

  1. Tetapi sekarang ini hubungan kita dengan negara China sangat akrab dan sangat baik. ASEAN masih menjadi fokus utama dan baru-baru ini kita sudah menjurus juga ke teman-teman dan kawasan baru termasuk Rusia. Dan syukur Alhamdulillah dengan mudah sekali bila kita bentangkan pelawaan kita kepada jawatankuasa BRICS, anggota 8 negara utama BRICS, Malaysia itu diberikan keutamaan, paling mudah diterima sebagai anggota BRICS.

 

  1. Perdana Menteri Ethiopia salah satu daripada 8 negara menjadi anggota awal maklum kepada saya. Dia datang melawat di sini dalam lawatan rasmi pada hari sabtu dan dia kata, “Prime Minister Anwar, you will be amazed to see this support, the friendship shown by all these leaders, when the application from the countries they put Malaysia number one, proposed by Putin who was the chairman, supported by Xi Jinping, China, endorsed by Narendra Modi, and then Lula’s representative from Brazil and Ramaphosa from South Africa, so immediate applause when Malaysia was name as a new member of BRICS.

 

  1. Jadi saya hendak ucap terima kasih kerana ini adalah jasa dan khidmat seluruh pengurusan kita dan sikap semua kementerian dan rakan-rakan yang telah dapat meletakkan nama Malaysia kembali harum dan kerjalah dengan lebih kuat, dengan bertanggungjawab supaya dapat kita angkat lagi maruah dan imej negara kita sebagai Malaysia yang hebat pada tahun-tahun akan datang.

 

Terima kasih.

Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh.

 

 

 

TEKS UCAPAN

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI MALAYSIA

 

 

SEMPENA

LAWATAN KERJA DAN MAJLIS RAMAH MESRA

YAB PERDANA MENTERI BERSAMA MASYARAKAT

PADANG RENGAS

 

 

27 OKTOBER 2024 (AHAD) | 11:00 PAGI

ARENA SQUARE PEKAN ISNIN

PADANG RENGAS, PERAK

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

Alhamdulillaahil rabbil ’alamain

Nahmahduhu wa nusalli ala rasoolihil kareem.

Wa’ala alihi wasahbihi ajmain.

 

YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad,

Menteri Besar Perak;

 

YB Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin,

Penasihat Undang-Undang Negeri Perak;

 

YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin,

Pegawai Kewangan Negeri Perak;

 

Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri;

 

 

YBhg. Dato’ Anis Rizana binti Mohd Zainudin@Mohd Zainuddin,

Ketua Pengarah Kastam;

 

YBhg. Dato’ Haji Shamshuzaman bin Haji Sulaiman,

Pengarah Pembangunan Negeri Perak;

 

YBrs. Tuan Muhamamad Kamil Abdul Munim,

Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri;

 

YBrs. Toh Maharaja Indera Dr. Hj Khairil Anuar bin Arshad,

Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar;

 

Exco-Exco Kerajaan Negeri Perak;

 

Ketua-Ketua Jabatan;

 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dikasihi sekalian.

 

MUKADIMAH

 

  1. Ucap terima kasih kepada masyarakat Padang Rengas, kerana sudi sama-sama, tadi di jualan rahmah, dan kemudian sekarang dalam majlis. Saya rasa terharu kerana nampak persahabatan, semangat kekeluargaan begitu rapat dan rapi. Mudah-mudahan majlis ini akan membawa keberkatan kepada Allah SWT.

 

  1. Saya dengan Menteri Besar tadi ke Ulu Kangsor, projek kecil tetapi penting bagi penduduk tempatan. Selepas itu saya ke sini berjumpa rakyat. Kemudian, untuk meneruskan projek lebuh raya yang disinggung oleh Saudara Saarani sebentar tadi, iaitu WISE (Gopeng-Kuala Kangsar) kerana kesesakan yang telah berlaku sepanjang tahun. Sebelah petang baru saya ada program parti di peringkat negeri.

 

  1. Tapi apa yang saya nak sebut di sini adalah, satu program, masalah di Kampung Ulu Kangsor pun penting. Masalah lebuh raya juga penting. Disentuh oleh Menteri Besar soal KIGIP, kita bercakap soal teknologi hijau, kita tidak mahu ketinggalan, itu juga utama. Kita bercakap Perak hendak menjadi satu negeri yang terkenal sebagai negeri yang boleh meneruskan projek pembuatan motokar, kenderaan yang besar-besar di Asia Tenggara ini, yang disebut Proton City. Kemudian, kita juga bincang tentang Maritime Dungun. Jadi ada projek besar yang penting bagi negara dan projek kecil penting bagi orang kampung, ini semua diteliti dan dalam Belanjawan MADANI yang saya umumkan baru-baru ini kita tidak tinggalkan aspek-aspek ini.

 

  1. Sebab itu SeJati MADANI ini satu rencana baru kerana pelbagai projek telah kita buat, puluh bilion ringgit dibelanja, kadang belanja betul, kadang belanja tiris, kadang belanja bocor, kadang belanja sakau, macam-macam berlaku. Jadi akhirnya projek itu tidak sampai sepenuhnya. Banyak yang sampai tapi ada juga yang tidak sampai.

 

  1. Jadi SeJati MADANI ini kita seolah-olah bagi satu tanggungjawab, cabaran langsung kepada orang kampung. Nah, paling minima RM50 ribu, maksima RM100 ribu. Imamnya, ketua kampungnya, penghulunya, persatuan belianya, wanitanya, jawatankuasa masjidnya, kome duduklah runding betul-betul, teman bagi dana, wang, haa kome putuskan apa yang nak buat bagi kepentingan orang kampung. Ada yang beli traktor, ada yang beli bot. Tapi keputusan itu bukan keputusan seorang, keputusan wakil masyarakat kampung yang boleh hidupkan ekonomi mereka.

 

  1. Ada saya pergi ke Kampung Selinsing di belah Tanjung Malim, mereka beli drone, hai saya kata, “amenda ni, orang kampung nak beli drone, apa kojenya?” rupa-rupanya untuk baja, untuk benih, dan waktu dia tak guna dia boleh sewakan ke tempat lain pulak. Dan ini boleh kita serahkan kepada orang kampung untuk putuskan. Dan program ini kita hendak bagi tanpa kecuali kepada semua kampung dalam negara ini. Tentunya tidak boleh semua buat sekali. Dan bagi saya, saya minta rakan-rakan putuskan dengan sebaiknya. Wang ini amanah, nak kata wang tak cukup tak betul. Belanja untuk bantu orang miskin ini puluh-puluh bilion ringgit. Orang miskin masih ada. Sebab itu bila saya ambil alih tanggungjawab sebagai Perdana Menteri, saya minta senarai berapa orang di Malaysia ini yang masuk dalam senarai miskin tegar.

 

 

  1. Miskin tegar ini maknanya susu anak tak cukup nak beli, uniform sekolah anak tak beli, makan kadang-kadang tidak cukup, takkan saya nak duduk selesa sebagai Perdana Menteri dan biar orang macam itu. Jadi saya kata bagi senarai itu dan kita kena bagi selesai tahun itu juga. Itu yang dikatakan menoktah miskin tegar.

 

  1. Di Parlimen ada ahli-ahli Parlimen hentam saya, tidak apalah, buat tandas pun dia marah, dia kata ini Perdana Menteri tandas. Kerana saya nak pastikan semua sekolah, sekolah ini apa? Anak-anak kita, cucu kita, pergi sekolah, kita nak ajar apa? disiplin, bersih, tanggungjawab, kemudian tandas pun pecah, ada yang tidak boleh guna, dan tidak dipeduli bertahun-tahun. Sebab itu saya kata, bukan sahaja di Padang Rengas, bukan sahaja di Tambun, bukan di Permatang Pauh tetapi di seluruh negara. Bagi senarai sekolah, semua tandas di sekolah kita baiki dan Alhamdulillah, saya tahu dan saya tanya tadi di Padang Rengas semua sekolah kita sudah baiki tandas sekolah.

 

  1. Yang kedua apa? Setiap keluarga yang masuk miskin tegar, ada yang kecam saya dia kata, “oh ada orang miskin lagi?” Betul, tapi kita ambil senarai dahulu, senarai tahun 2022, bagi pada saya, saya kata berapa ada? 161,000, saya nak selesai 161,000 ini. Selesai bagaimana? Selesai bagaimana? Bagi bantuan pada dia. Selesai bab itu, tahun depan ada lagi yang miskin tegar. Betul, kita lihat pula. Tahun 2023, selesai 161,000. Tahun 2024, mari lagi 80,000 senarai baru. Ada yang sambung, ada yang baru. Setakat ini 15,000 dah selesai, kita cuba nak selesai sebelum akhir tahun ini. Ini yang kita buat saudara-saudara. Sebab itu bagi saya ini bukan soal politik. Orang nak kecam nak maki, saya tak sibuk nak jawab.

 

  1. Kalau di Parlimen, susah payah bukan sahaja saya, masuk Kastam cari duit, Lembaga Hasil Dalam Negeri, pegawai-pegawai rancang sebaiknya nak tolong. Saya bukan main-main amanah ini. Saudara tahu, saya di Perak ini lama. Saya belajar dulu di Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Kemudian lepas itu dihantar ke Kemunting 2 tahun, ‘cuti am’ lepas peristiwa Baling. Peristiwa Baling ini sebab kadar, tentang kemiskinan rakyat di Sik, Baling. Jadi kami masa tu orang muda, bantah pasal apa tak tolong orang miskin. Cakap banyak sangat, masuk 2 tahun di Kemunting. Jadi saya belah-belah Sungai Petani, di Tambun dia kata “Ah, Anwar ini orang ayaq, bukan dia tahu ayor, dia bukan orang Perak.” Saya kata “Hey dengar baik-baik, saya 9 tahun duduk di Perak; 7 tahun di MCKK, 2 tahun di Kemunting.

 

  1. Tapi saya nak ceritakan apa dia pengajarannya? Maknanya kita tahu, masa kita muda kita tahu masalah orang miskin. Sekarang dah jadi Perdana Menteri, dah ada Kerajaan, pakat-pakat cuba selesaikan. Ini yang kita cuba buat. Sebab itu saya kalau tengok kadang-kadang di Parlimen macam Belanjawan kalau dengar 2 jam setengah, saya tak kecam orang. Saya tak kecam dan maki orang walaupun dalam perbahasan, maki. Saya pakai songkok senget sikit pun dia marah.

 

  1. Pergi pakai baju melayu, pakai capal pun dia tak kena. Kemudian, saya guna istilah-istilah baru macam ‘ketimbang’ pun dia bengong sikit tak faham. Kita sebagai pemimpin kita tingkatkan penggunaan Bahasa. Dulu tak ada ‘alaf’ untuk ‘milennium’, saya gunakan. Dulu tak ada ‘mampan’, saya perkenalkan. Tidak ada ‘telus’, saya perkenalkan. Tidak popular ‘kesenjangan’, kita popularkan. Jadi kita didik Bahasa anak-anak supaya gunakan Bahasa. ‘Ketelusan’, itu Bahasa daerah di belah Selangor, yang ganti ‘transparency’. Kita guna ‘mansang’, Bahasa Iban kita perkenalkan. Kita guna ‘alaf’, Bahasa Arab. Kita guna ‘taklif’, Bahasa Arab. Bagi saya kalau nak jawab benda ini letih kita, kerja tak jalan. Sebab itu saya nak nasihat kawan-kawan semua dari semua parti, masa ini masa angkatlah nama Malaysia ini, buat kerjalah. Nak bergaduh tunggu pilihanraya esok bergaduhlah. Sekarang kerja, angkat martabat negara dan rakyat kita.

 

  1. Baik, saya sebut tadi pasar dan Jualan Rahmah yang dianjurkan tadi. Syed Abu Hussin saya tanya tadi “Berapa tan ikan?”, dia kata “Lima (tan). 2 tan dia jual, 3 tan dia setuju,” saya kata dia akan bagi pada orang-orang kampung, nak ambil, ambil tak payah bayar. 3 tan. Siapa cepat (ambil), dia kata nak habis dah. 2 jan dia jual, 3 tan dia beli supaya dapat maknanya dapat amal jariah sedekah pada hari ini.

 

Saudara-saudara yang dikasihi sekalian,

 

  1. Saya sebut tadi SeJati MADANI jangan lupa, ini kita kena susun betul-betul kerana jumlah besar esok. Fikirlah, kalau RM50,000-RM100,000 satu kampung, berapa billion yang kita kena belanja? Tapi saya tak apa, kita belanja itu puas hati, tak bocor. Kita bagi terus pada orang kampung dan kita bagi tanggungjawab dia jalan dengan baik. ICU JPM pantau, pegawai daerah pantau. Macam kita tolong orang miskin tegar tadi, kita arah semua Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai-pegawai Daerah, Pegawai Jajahan Kelantan, kalau ada nama lain tambahan, bagi nama lagi. Kerana apa ertinya pembangunan hebat, negerinya maju, tapi orang miskin tegar masih ada. Sebab itu saya rasa hal ini jadi keutamaan, apa lagi sekarang ini.

 

  1. Semalam Perdana Menteri Ethiopia. Ethiopia ini dulu kita panggil Habsyah, datang melawat. Ini kali pertama, selepas sudah beberapa puluh tahun dah, orang ketua negara Afrika namanya Ethiopia, Habsyah datang, Perdana Menteri dia datang lawatan rasmi. Dia minta nak datang saya kata datanglah. Sibuk hari lain, panggil hari Sabtu, kita kerja hari Sabtu.

 

  1. Dia kata dia baru balik dari Mesyuarat BRICS di Kazan, Rusia. Dia katakan kepada saya, “Perdana Menteri Anwar, saya bukan hendak puji berlebih-lebihan tapi saya tengok imej Malaysia sangat baik sekarang”. Kerana 30 negara lebih minta hendak masuk jadi ahli BRICS, Rusia, China, India, Brazil, Afrika Selatan sebab dia jadi ahli, kita pun hendak masuk. Dia kata dalam mesyuarat 8 negara asas itu yang dipengerusikan oleh Vladimir Putin Presiden Rusia, belah kanan dia Xi Jinping, Presiden negara China. Belah kiri dia Perdana Menteri India, Narendra Modi, dia kata nama negara yang pertama diusulkan ialah Malaysia. Putin cadang, sokongan kuat dan padu dari negara China, India, Brazil, Ethiopia dan Afrika Selatan terus tidak ada soal, orang terima Malaysia ini sebagai anggota BRICS yang baharu.

 

  1. Ada negara-negara lain yang ditangguh. Kita dapat nama baik, jangan kita jadi seperi orang Kedah kata, jangan jadi “peraq”, jangan jadi sombong. Kita istighfar kepada Allah SWT. Maknanya kita kena kerja kuat lagi. Saya hendak bangga Malaysia ini bukan kerana bangunan tinggi, tidak, bukan kerana projek-projek besar dan raksama, tidak, kerana rakyat itu terbela itu yang penting.
  2. Sebab itu saya beritahu kepada YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak tadi setiap kali saya berkunjung tadi hendak ke lebuh raya, projek besar projek berbilion ringgit ataupun KIGIP beberapa bulan lalu di Kerian, sebelum itu di Tanjung Malim tapi tidak boleh tinggal kalau projek-projek kecil di kampung. Buat apa tadi? bagi benih ikan, bagi benih ikan di kolam buat jalan harga pun RM1 juta lebih sahaja. Dari segi Kerajaan Persekutuan itu projek kecil, dari segi orang kampung itu penting bagi kehidupan dia. Jadi kita kena tengok dari segi kedua-duanya.

 

  1. Malaysia hari ini dianggap sebagai hab pusat utama semikonduktor. Itu penting bagi kita, teknologi baru. Dan baru-baru ini teknologi digital, artificial intelligence (AI), baik Microsoft, Google, Amazon Web Services, semua tumpu ke malaysia. Di antara syarikat utama AI INVIDIA sampai ke Johor. Keseluruhan mereka pelaburan itu sudah mencecah RM30 bilion hingga RM40 bilion dan mula bertapak.

 

  1. Orang kata, “Oh umum sahaja” tidak! Google sudah pun beli tanah dan buka projeknya di Selangor. Infineon sudah berkembangkan kegiatan dia di Kulim Hi-Tech. Intel perbesarkan projek di Pulau Pinang umpamanya. Jadi hal-hal ini penting bagi negara kita. sebab apa? sebab politik itu stabil.

 

  1. Orang tidak nampak negeri macam negeri-negeri lain bergaduh. Jadi orang berminat untuk datang. Sebab apa? dasar kita jelas dan percayalah saya tidak mahu tolak ansur kalau mana-mana pemimpin sekarang hendak guna kuasa dia hendak kayakan diri dia hendak curi duit, hendak ambil kontrak saya akan lawan mereka habis habisan, itu prinsip saya.

 

  1. Saya tidak peduli kecaman dan sindiran, dengan saya ini tidak ada kontrak melainkan tender kamu nak runding-runding nak sakau-sakau tidak boleh, itu dasar kita. Dan saya tidak ambil gaji di sindir, saya tidak ambil gaji tetapi saya ada elaun ahli parlimen, saya bukan miskin, kereta percuma, kapal terbang kerajaan ada, semua dibayar. Sebelum ini ada pemimpin, menteri kewangan harta berbilion-bilion gaji ambil juga. Saya dah rasa berhempas pulas berjuang, masuk penjara dan keluar penjara kena terajang setengah mati, kena maki hamun dan fitnah, diaibkan berpuluh tahun. Sekarang Allah takdirkan saya jadi Perdana Menteri buatlah sebaiknya jangan fikir soal diri, fikir soal rakyat ini yang saya nak buat, saudara-saudara.
  2. Dan saya singgung perkara ini kerana kalau tidak jawab orang keliru, jawab sikit-sikitlah kerana kita nak tumpu kerja. Astagfirulah hal azim, saya beristighfar kepada Allah subhanahu wa taala bukan maksud saya datang ke Padang Rengas untuk saya bercerita kita hebat. Kalau tanya kepada saya, saya bukan sabar, Datuk Anis tahu dia Kastam, dulu Kementerian Kewangan mesyuarat sahaja saya tekan habis-habis pegawai jangan lembab, menteri-menteri kena cepat turun ke bawah. Tanya kepada YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak, mesyuarat Menteri Besar kalau ada projek lulus cepat, itulah KIGIP Negeri Perak telah buat rekod kelulusan paling cepat untuk projek Hi-Tech di Kerian. Mana boleh buat projek besar senang, buat projek kecil bukan main susah.

 

  1. Saya luncurkan projek perumahan rakyat untuk orang berpendapatan rendah di Taman Desa, Kuala Lumpur, Perumahan MADANI Rakyat untuk rakyat bawah. Saya bagi arahan kepada pihak Bandaraya kalau syarikat itu cukup syaratnya saya bagi dia 45 hari saya nak turun lancarkan projek itu. Saudara, projek perumahan yang berapa unit, sekitar 400 ke 500 unit boleh siap dan lulus dalam masa 45 hari. Boleh pulak. Dan dalam pada itu ada protes, rumah-rumah orang kaya sebelah itu ada protes, pasal apa buat rumah jalan jadi sesak. Uihhh haa ini yang nak cakap Kedah ni “hang rumah hang besaq, takpa. Nak buat rumah orang miskin, sesaklah, kotorlah” ini perangai hodoh macam ini kita tidak boleh layan. Jadi saya beritahu mereka projek orang kaya kita bagi, jangan halang perumahan rakyat. Ini saya cakap saudara, pemimpin ini boleh bercakap garang di kampung, ujian dia bila berdepan dengan orang besar-besar. Bila dia berdepan dengan tauke-tauke besar. Kamu berani atau tidak itulah ujian dia, bukan yang berleter marah panjang bila kamu tiada kuasa, bila ada kuasa itu kamu kerah kayakan anak pinak kamu, anak bilion ringgit, isteri ratus juta, kamu punya harta di sini, harta di New York, harta di satu dunia. Kemudian bila tiada kuasa marah orang sana, marah orang sini.

 

  1. Saya nak bagitahu kalau kita nak buat, nasihat pada sahabat saya YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak, kalau kita nak buat kena buat sekarang masa kita ada kuasa, buat sebaiknya, bersih, angkat martabat rakyat, bawa perubahan dan hayati Islam sebagai agama dan Ad-Din. Ini ujiannya. Saya nak sampaikan itu sahaja di Padang Rengas ini, bukan nak marah tapi nak bagi tahu. Dah lama tak datang jadi ini masa nak lepas sikit (nada seloroh).
  2. Ini saya nak sebut, kerana penting saudara-saudara. Dulu bila ringgit jatuh, kita baru ambil alih, baru nak buat program-program, sekarang dah buat, Alhamdulillah, termasuk juga persekitaran ekonomi dunia, ringgit kita kukuh. Dari segi peningkatan mutu nilai ringgit, ringgit sekarang menjadi mata wang yang terkuat, peningkatan tertinggi di dunia, Alhamdulillah.

 

  1. Jadi saudara-saudara, saudari-saudari, kena ingat, kalau kita buat program, kita sasarkan penyasaran subsidi, penyasaran diesel dahulu. Sekarang kalau dengar perbahasan di Parlimen, semua bercakap hendak pertahankan T15. T15 apa? T15 ini adalah tingkat 15% paling kaya, bukan maknanya millionaire, billionaire, dak. Yang kita kecualikan tak payah naik harga minyak ini 85%. Makna yang dalam dewan ini juga di luar kita kecualikan daripada naik harga minyak, tetapi dalam perbahasan di Parlimen semua nak jadi jaguh-jaguh untuk pertahankan T15 ini. Kalau dia cadang dia kata kena kaji T15, T15 ini mungkin orang itu tidak kaya betul, tak apa saya terima teguran. Tapi takkan nak jadi jaguh, ini politik apa ini? Negara inilah negara di mana orang politik riuh rendah hendak pertahan orang kaya, nak pertahan T15.

 

  1. Dan orang kampung bayar dak, naikkan harga dak. Ini yang saya nak sebut minta saudara-saudara faham, kadang-kadang dasar, boleh dengar, nilai. Kadang-kadang orang itu mungkin ada janggut macam saya, atau pakai kopiah, atau pakai kot tak usah kira, dengar dan nilai betul-betul. Nilai dan bincang betul-betul dia fahamkah ekonomi? dia bincang betul-betul. Niat ikhlaskah hendak bangunkan negara kita ataupun kerana dengki tidak dengki ke? sudah jadi Perdana Menteri tidak ambil gaji, marah, tidak dengki ke tu? apa masalah ini. Saya boleh ambil satu tahun sudah berapa ratus ribu sudah dapat. Sudah 2 tahun sejutalah. Tidak apa? saya tidak miskin.

 

  1. Menteri-menteri potong 20% gaji. Walaupun untuk penjawat awam kerana tidak pernah naik gaji sudah 12 tahun, Disember ini dinaikkan gaji. Januari naik lagi sikit. Februari bagi lagi RM500. Setakat yang kita mampu, makna tiga (3) bulan berturut-turut dia naik bertahap. Apa kebijakan dia? kalau naik mendadak bimbang takut inflasi, jadi kita naik berperingkat.

 

  1. Jadi saya harap kawan-kawan baik di Padang Rengas dan sekitar, cuba ikuti perkembangan dan selamatkan negara kita. Yang paling penting faham bahawa negeri ini bukan miskin, negeri ini kaya. Urus dengan baik, kalau tidak bocor, kalau pemimpin-pemimpin tidak sakau, tak kira parti mana, kita boleh jaga betul-betul, baik pemimpin, baik pegawai, baik tinggi, baik rendah, jaga betul-betul pegang amanah ini. Sebab itu saya tambah peruntukan untuk SPRM, saya suruh dia ambil tindakan, saya tidak peduli siapa, supaya nampak tegas untuk apa? untuk selamatkan negara kita ini.

 

  1. Kalau dalam 2-3 tahun ini orang tengok faham Malaysia ini negeri yang bersih tatakelolanya. Bersyarah bolehlah, Melayu lah, ketuanan Melayu lah, hidup melayu lah, Islam lah, tegak Islam lah, tapi bila ada kuasa sakau juga, serupa juga tidak guna. Ujiannya itu apa dia? Ya ayyuhallazina’amanu istajibụ lillahi walir-rasuli iza da’akum lima yuhyikum, (Surah Al-Anfal:24).Selalu kita peringatkan, ujiannya bukan kata-kata yang manis dan memukau yang walaupun benar, ujiannya adalah penghayatan. Wa’amilan solihan, (amal yang soleh). Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita. Terima kasih banyak atas kesudian hadir dalam panas.

 

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.