TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI : MAJLIS PERASMIAN SEMINAR KEBANGSAAN PENERBITAN BUKU BERBAHASA MELAYU ‘MEMPERKASAKAN PENERBITAN BUKU BERBAHASA MELAYU’
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PERASMIAN
SEMINAR KEBANGSAAN PENERBITAN BUKU BERBAHASA MELAYU
‘MEMPERKASAKAN PENERBITAN BUKU BERBAHASA MELAYU’
26 MAC 2024 (SELASA) | 12.00 TENGAH HARI
BALAI BUDAYA TUN SYED NASIR,
WISMA DBP, KUALA LUMPUR
Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh,
Alhamdulillah thumma alhamdulillah wama tawfiqi illa billah;
Alhamdulillahil qail shahru ramadaanallazeee unzila feehil Qur’aanu hudal linnaasi wa baiyinaatim minal hudaa wal furqaan;
Wasallallah hu ala saidina Muhammad, wa’ala a’lihi wasabihi ajma’in.
YB Puan Fadhlina Binti Sidek,
Menteri Pendidikan;
YBhg. Dato’ Dr. Mohd Anuar bin Haji Rethwan,
Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka;
Dr. Hazami bin Jahari,
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka;
Rakan-rakan yang saya muliakan sasterawan negara;
Kawan-kawan lama dan anak-anak baharu.
- Alhamdullilah, kita dapat bersama-sama, apabila saya dengar kata sambutan saudara Dato’ Dr. Mohd Anuar bin Haji Rethwan dan kembali ke gedung ini, Dewan Tun Syed Nasir, saya rasa macam lebih selesa di sini daripada di Parlimen Malaysia. Kadang-kadang dalam bicara saya dan Wan Azizah saya kata, mungkin saya salah ambil profesion itu ya?
- Ini sebabnya saya lakukan. YBhg. Dato’ Dr. Mohd Anuar bin Haji Rethwan, dan Dr. Hazami bin Jahari jangan bimbang saya tidak mahu guna teks. Pertama, kita luncurkan dua (2) buku iaitu Kitab atau Hikayat Hang Tuah yang dicerakin dan diteliti oleh Muhammad Haji Salleh dan Tafsir Maudhu’iy oleh Syaikh Muhammad Al-Ghazali, seorang ulama besar. Kedua-dua buku ini adalah di antara teks penting saya semasa di penjara Sungai Buloh. Saya tidak dimaklumkan awal mengenai buku ini, kalau tidak saya bawa nota-nota saya yang telah saya teliti semula kupasan ataupun penyuntingan oleh Profesor Muhammad Haji Salleh dan Tafsir Maudhu’iy.
- Tafsir Maudhu’iy ini, terdapat catatan yang saya lakukan di penjara. Kalau saya tahu awal, saya akan bawa dan saya boleh menggunakan teks itu untuk merasa bahagia untuk mengkritik Profesor Muhammad Haji Salleh di hdapan beliau.
- Profesor Muhammad Haji Salleh memberikan satu kupasan yang lebih menyeluruh, satu versi yang agak berbeda daripada versi biasa yang kita ikuti sekarang dan dalam pengantar itu dengan beberapa pandangan yang lebih kritis terhadap beberapa tafsiran sama ada yang mahu terlalu mendewakan ataupun sebaliknya mengkritik tetapi tidak dalam konteks. Saya ingat persis pandangan Profesor Muhammad Haji Salleh yang mengkritik karya klasik tidak dari sudut kaca mata kini, kerana konteks itu berbeda dan ini juga memberi jawapan tentang beberapa kupasan terdahulu mengenai Hikayat Hang Tuah.
- Tafsir Maudhu’iy oleh Syaikh Muhammad Al-Ghazali ini ialah tafsir Al-Quran mengikut tajuk. Tajuk-tajuk itu dikupas dari pemahaman mufassir tradisional dan pandangan semasa yang kontekstual yang muasir dan memberikan kita kefahaman yang lebih mendalam membaca, memahami, menjiwai dan menghayati semangat Al-Quran. Itu bagi saya kekuatan Tafsir Maudhu’iy yang kemudian di sini disambut oleh sahabat saya, Dr. Siddiq Fadhil dalam beberapa karya beliau yang terkini tetapi dalam tafsir Tafsir Maudhu’iy umpamanya, Syaikh Muhammad Al-Ghazali mengupas Al-Quran dan memberikan apa yang saya katakan makna relevan kepada keadaan semasa dan supaya kita menjiwainya.
- Oleh sebab itu dalam ayat Al-Quran yang mula saya bacakan tadi, shahru ramadaanallazeee– bulan ramadhan, unzila feehil Qur’aanu – turunnya al Quran, tetapi tidak berakhir di situ. Hudal linnaasi – ia memberi petunjuk kepada manusia.
- Apa makna petunjuk kepada manusia? wa baiyinaatim minal hudaa wal furqaan – kerana dengan fahaman Al-Quran mampu diberikan petunjuk hanya sekiranya kita ada tahap kefahaman kerana boleh menilai berdasarkan apa yang berlaku. Persekitaran kita yang kita saksikan, kita lihat, tambah petunjuk dan Kita boleh nilai di antara yang makruf dan yang mungkar, yang hak dan yang batil kerana kefahaman dan Tafsir Maudhu’iy itu cuba menghayati semangat yang sedemikian – istajeeboo lillahi walilrrasooli itha daAAakum lima yuhyeekum, ia penghayatannya.
- Baik demikian tazkirah awal. Kemudian, Dato’ Dr. Mohd Anuar bin Haji Rethwan sengaja memprovokasi saya tadi dengan menyebut karya Gabriel Garcia Marquez – Until August. Kebetulan saya di setiap perjalanan jikalau jauh, tentulah saya tidak akan memberitahu saya ini baca dan hafal Al-Quran kan? Saya seling dan terbacalah kebetulan Gabriel Garcia Marquez, itu Pak Samad lebih arif, itu yang saya minati dan hampir saya tidak boleh katakan semua tetapi hampir semua novel dalam bahasa Inggeris itu saya sudah baca termasuk One Hundred Years of Solitude dan tentunya lebih berat dengan magical realism dan di antara novel yang lebih kecil yang saya minati, The General in His Labyrinth yang mengupas kisah perjuangan Simon Bolivar, pejuang kebangsaan yang menentang penjajahan imperialisme Sepanyol di beberapa negara.
- Beliau terus berjuang tetapi akhirnya yang sangat mengesankan, menyentuh sanubari saya, saya betul-betul ingat dan novel itu saya beli beberapa naskah semasa di London puluhan tahun yang lalu, dan saya sampaikan kepada beberapa teman, di atas bukit itu beliau merenung. Simon Bolivar dan beberapa perkara yang saya tidak ingat tetapi beliau memikirkan perjuangan beliau yang awal dengan idealisme mencapai kemerdekaan, kebebasan dengan maksud menegakkan keadilan dan membela nasib rakyat tetapi merenung pe’el (sikap) pimpinan yang mengambil alih itu dengan kerakusan mereka dengan tamak haloba mereka.
- Jadi, itu seolah-olah ada rasa kesedihan yang amat bagi seorang pejuang kebangsaan ulung di Latin Amerika, Simon Bolivar. Jadi kerana latar belakang itulah maka apabila saya dengar buku terbaru beliau mungkin lepas 10 tahun setelah beliau meninggal dunia, di izinkan oleh anak-anaknya untuk diterbitkan Until August. Beliau tidak setuju buku itu diterbitkan. Anak-anaknya memikirkan ini satu sumbangan pada dunia sastera yang besar, maka saya baca.
- Ada kritikan daripada wartawan senior, katanya buku ini erotik. Ini yang William Shakespeare sebut – there is nothing either good or bad but thinking makes it so. Kalau otak ke situ, baca apa pun akan sampai ke situ. Kalau tidak baca pun akan fikir begitu. Seperti mana juga kadang pengkritik-pengkritik, perasuah-perasuah yang ada. Kalau apa pun dia fikir, mesti mustahil tidak ada rasuah, mustahil tidak ada kepentingan, maka timbullah fitnah-fitnah begitu rupa.
- Jadi ini masalah pandangan yang saya katakan politik picisan. Lupakah kita tentang Salina, Pak Samad? Salina tu kisah apa? Kisah Salina tentunya seorang pelacur tetapi adakah maksud itu menceritakan tentang hidup yang durjana ataupun mencuit perasaan kita tentang derita seorang yang terpaksa harungi hidup yang begitu sukar, menjadi mangsa kerakusan nafsu serakah manusia. Itu terpulang kepada kita. Kalau saya baca dan kebetulan Pak Samad di penjara, saya baca semula kerana saya ingat lagi bila mula-mula diterbitkan, itu disergah dan dikritik juga. Apakah itu tidak Islam? Apakah itu bertentangan dengan semangat Islam dan sebagainya? Tetapi karya sastera itu curahan, cerminan hati nurani seorang pengarang dengan cita-citanya. Ia bukan buku dakwah khusus.
- Saya tidak ingat sama ada saya dapat seludup surat kepada Pak Samad masa saya di penjara. Pak Samad itu rajin menulis kepada saya. Semua surat-surat di seludup, jadi beliau juga terlibat dalam penyeludupan. Jadi salah satu surat itu saya ingat kerana saya baca dari Maulana Jalaluddin al-Rumi dan ada kisah yang menyebut tentang seorang pelacur yang dikupas dan diolah tentunya dengan bahasa yang sangat indah tetapi jiwa murni yang kemudian terselamat dan terangkat. Jadi jangan kita pantas menghukum.
- Semalam di Perak saya jelaskan juga, masalah manusia ini, dia berbicara soal agama, soal kaum tetapi cepat menghukum. Dia lupa bahawa dalam kehidupan ini kita beri pandangan. Kalau ada masalah ataupun kecurangan berlaku atau jenayah, maka yang harus wajar siasat secara profesional itu polis atau badan penguatkuasaan. Yang memutuskan sama ada kes untuk didakwa itu adalah Jabatan Peguam Negara. Yang akan menghukum itu adalah Hakim. Kalau kita ambil keputusan, ada saja kes, terus kita yang siasat, kita yang dakwa, kita yang hukum, itu maknanya bukan negara hukum, ertinya sudah menjadi hukum rimba.
- Oleh sebab tu saya kupas pandangan Hassan al-Hudaybi. Dalam keadaan kemelut politik di Mesir yang sangat sengit. Kafir mengkafir dan soal sikap yang melampau, beliau menulis satu rencana yang sangat bernilai – Du’ah la Qudah’. Kita ini dua’ah, pendakwa bukan penghukum atau qadi. Jadi saya bagi pandangan begini kalau di kalangan sasterawan dan budayawan tentunya tidak ada masalah tetapi saya nak sampaikan melalui corong ini ke luar iaitu pantas menghukum. Jadi yang saya nak tekankan ini kadang-kadang curahan sasterawan atau seniman tidak boleh diukur dari sudut yang sangat terbatas. Kalau tidak ada sedikit ruang sama ada kritikan politiknya, budayanya, masyarakatnya atau sejarah sendirinya, itu keupayaannya mencurahkan pemikiran cara bebas terasa terkongkong.
- Oleh sebab itu kalau dilihat umpamanya karya Eropah Timur sebelum kebebasan. Karya-karya seperti Milan Kundera dipanggil subaltern, ia lari daripada ruang terbuka kerana dengan cara sembunyi sahaja beliau boleh mencurahkan pandangan. Kita sebuah negara merdeka bukan negara terjajah, jadi mesti berikan ruang sedikit untuk kita berkarya dengan bebas.
- Saya beritahu berulang kali kepada saudari YB Puan Fadhlina binti Sidek dan juga Menteri Pendidikan. Sekolah dan universiti patut diberi ruang. Menimba ilmu ini maknanya juga melatih mereka supaya agak lebih kritis dan ada juga critical thinking yang harus ada tetapi bagi sang penguasa, saya kebetulan termasuk dalam keadaan itu, kadang-kadang kurang senang tetapi ini harus ada kebijaksanaan dan kesabaran kerana kalau dunia itu terlalu mengongkong, karya akan terbantut.
- Berilah apa pun sagu hati dan hadiah sastera seperti mana pengalaman saya, boria Pulau Pinang. Kalau saya dibesarkan dahulu Boria Pulau Pinang itu mesti muziknya yang hidup, yang segar tetapi mesejnya sangat kritis sama ada kepada masyarakat atau budaya atau pimpinan politiknya. Akan tetapi, sebaik sahaja dijanjikan umpamanya corong-corong budaya yang terbatas sebagai alat propaganda, maka ia jadi membosankan dan tidak lagi mendapat menghasilkan boria tradisional yang sangat indah dan semula jadi dengan pendengar sama ada penguasa, masyarakat dan rakyat menerima dengan baik. Namun, harus diberi perhatian, baik Dewan Bahasa dan Pustaka dalam hal ini dan juga masyarakat umpamanya iaitu supaya ruang berfikir, ruang berkarya menuntut satu suasana kebebasan yang lebih luas.
- Akhirul kalam ini adalah soal membaca, jadi sesuai dengan seminar penerbitan buku. Ini kebimbangan yang disuarakan lama dahulu. Sejak saya ingat semasa saya Menteri Pendidikan, mengulas Buku dari Allen Bloom, The Closing of the American Mind dan beberapa pengkritik-pengkritik pemikir di kalangan pemikir masyarakat yang mulai runsing dan bimbang dengan kemunculan budaya sosial baharu dan dengan singkatan-singkatan serta tidak ada keupayaan untuk berfikir lebih daripada tiga minit, ini bahaya saudara-saudara.
- Kita nak lahirkan insan dan manusia – walaqad karramna banee adam, karamah insaniah itu dengan keyakinan, ilmu, nilai dan akhlak yang tidak selesai dalam tiga minit ilmunya. Jadi harus ada usaha yang lebih dan seperti mana saya telah menggesa awal dahulu di Dewan Bahasa dan Pustaka supaya majlis-majlis menggalakkan anak-anak membaca. Caranya bukan sahaja memberikan buku. Kalau ikut pengalaman saya, diberikan buku itu tidak cukup dan kita harus kembali kepada cara yang lebih klasik. Balik kepada seperti mana prinsip idea Yunani. Maknanya memberi buku, buka halaman 20, baca satu para, kupas sedikit halaman 25, begitu sehingga anak itu betul-betul rasa minat seperti mana yang diolah oleh Sayyidina Ali bin Abi Thalib, Lazatul Marifah – the crave and love for scholarship (kecintaan kepada ilmu yang sangat mendalam).
- Terima kasih sekali lagi kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya sebenarnya ada acara tadi di Parlimen dan selepas ini sebenarnya ada acara lain tetapi oleh kerana undangan Dewan Bahasa dan Pustaka, sukar untuk saya menolak. Ada dua sebab, satu memang saya minat, satu lagi nanti semua teman-teman saya budayawan-budayawan kata Anwar Ibrahim ini sejak pegang Jabatan, beliau sudah lupa pangkalannya, jadi saya takut itu.
Terima kasih.
Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
CEREMONIAL ADDRESS
BY
YAB PRIME MINISTER DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
AT THE 101st OSTASIATISCHES LIEBESMAHL
“GERMANY AND MALAYSIA: PARTNERS IN ASEAN AND BEYOND”
ANJURAN
GERMAN ASIA-PACIFIC BUSINESS ASSOCIATION (OAV)
15 MARCH 2024 (FRIDAY)
HAMBURG CITY HALL, GERMAN
Good evening and Grüße,
- As early as the 1890s, German businesses, including Hamburg’s very own Behn Meyer, ventured into Penang, a state in Malaysia, trading tin and rice across the Indian Ocean and Over two centuries later, total German- Malaysian trade has skyrocketed to more than 12 billion Euros.
- Reflecting on this occasion, I am reminded of Johann Wolfgang von Goethe, Germany’s poet, dramatist and philosopher par excellence, and how he was inspired by the 14th century Persian poet-mystic Muhammad Shamsuddin.
- After reading and drinking deep from the mystical well-springs of Hafiz’s Divan, Goethe then produced his own masterpiece, namely, the West- östlicher Divan (West-Eastern Divan). Goethe declared:
- “GOD is of the East possess’d, God is ruler of the West; North and South alike, each land Rests within His gentle hand… Amen.”
- Goethe’s immortal words cannot ring truer and more relevant than today as we stand at the crossroads of a rapidly evolving global landscape, where divisions cut across humanity north, south, east and west!
- In pressing the need to build bridges, Goethe celebrated the convergence of cultures long before such concepts as cosmopolitan and globalization entered our collective consciousness.
- This vision of a bridge between East and West perfectly captures the spirit of today’s Liebesmahl, through which we aim to forge a future where economic cooperation and cultural understanding can flourish hand-in-hand.
Ladies and gentlemen,
- The strength of the Malaysia-Germany relationship is reflected by a simple fact: Malaysia is Germany’s largest trading partner in Southeast Asia, and Germany is Malaysia’s largest trading partner in Europe.
- From Allianz to ZF Group, over 700 German businesses have set up shop on Malaysia’s shores, leveraging on our strategic location in the heart of Asia.
- Earlier last year, I was honoured to host President Frank-Walter Steinmeier on his state visit to Malaysia, the first in 26 years, underscoring the increasing importance of Malaysia to Germany’s geostrategic priorities.
- In this regard, we must continue to work hand-in-hand, be proactive rather than reactive to global shifts, and collectively champion convergence rather than divergence.
- As Goethe’s soul mate in poetry and literature, the renowned Friedrich Schiller, wrote in his exhilarating Ode to Joy, “All men become brothers under the sway of thy gentle wings”.
- It is in this spirit of Schiller’s call for the unity of mankind and Goethe’s exemplary inspiration from the Divan of Hafiz that we ourselves should be so inspired to learn from one another without fear or suspicion, where cultural exchange would enrich rather than dilute the human experience, and where our values converge rather than diverge.
- Today, challenges like climate change, economic inequality, and technological disruption are shaping history as we speak. These developments make the ideals expounded by our great literati more relevant than ever. They remind us to honour our diverse legacies while forging a united path forward towards progress.
Ladies and gentlemen,
- Malaysia’s comparative strengths as a hub for global commerce, manufacturing, and business rests on sturdy and firm pillars.
- Malaysia is a thriving democracy that places transparency, accountability and governance at its Since my taking office as Prime Minister, we have embarked on a relentless drive towards substantive structural reforms.
- This will directly benefit businesses and investors by easing the costs of doing business, building faith in the Malaysian system, and ultimately, ensuring the long-term viability of investments.
- The Madani Economy framework embodies our commitment to propel Malaysia towards becoming a leading economy in Asia, as well as driving sustainable and inclusive It envisions a society where prosperity is shared, advocating for greater ASEAN integration and economic complexity, and establishing Malaysia as a regional powerhouse.
- Underpinning this is the New Industrial Master Plan 2030, which aims to reinvigorate Malaysia’s industrial landscape, focusing on adding value, advanced manufacturing, and high-impact investments.
- Finally, the National Energy Transition Roadmap embodies our forward- looking stance on environmental stewardship, outlining a comprehensive strategy to achieve net zero emissions by 2050.
- On the geopolitical side, it bears stressing that our principled position of non- alignment stands us in good stead to conduct trade and commerce with the East and the West. While detractors have conjured a ghost of past rivalries and are now even raising the spectre of imminent war, I do not subscribe to that line of thought.
- The main imperative for those of us in Southeast Asia, especially Malaysia, remains to be development, trade, and growth. The core of our national strategy is being proactive and anticipatory, rather than reactive and unprepared.
- This strengthens our resilience against geopolitical fluctuations, allowing Malaysia to be the sixth-largest semiconductor exporter in the world.
- It also allows Malaysia to export its energy without undue geopolitical concerns. Here, I want to stress that Malaysia is ready to support Germany’s energy transition through natural gas as a transitional fuel. This will balance Germany’s immediate energy security needs with long-term sustainability
- I believe that the strength of our bilateral relationship should carry over to further regional integration. Based on mutual trust, the time is ripe for us to rekindle discussions on the Malaysia-EU Free Trade Agreement.
- With this, Europe will be able to capitalise on Malaysia as a gateway to Asia, leveraging on open market policies facilitated by the ASEAN Free Trade Agreement, RCEP, and CPTPP.
Ladies and gentlemen,
- Malaysia is not just open for business; we are ready to lead, innovate, and partner in high-quality ventures that align with our national goals and global responsibilities.
- Let us champion a new Divan for our times. A Divan that celebrates our shared humanity and mutual interests. As we part ways, let us hold fast to this vision we have articulated.
- In honouring the legacy of Hafez, Goethe and Schiller, let us tread the path ahead not as lone individuals, but as companions, bonded by the ties of our common humanity.
Thank you.
KEYNOTE ADDRESS
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PRIME MINISTER
FOR
INVEST ASEAN CONFERENCE 2024
7 MARCH 2024 (THURSDAY)
MELBOURNE, AUSTRALIA
- We are fortunate to be in this region. Peaceful, economically vibrant, and we cannot underestimate the importance of the region and the subregion because globally there are a lot of uncertainties.
- As you are aware, post normal times means it is chaotic, it is complex and full of contradictions. The problems are not confined to one particular area, climate change or civil strike or various wars with Gaza or Ukraine, but it is happening simultaneously.
- They now popularize the term ‘simultaneity’. ‘Simultaneity’ in terms of so chaotic, complex and full of contradictions. But we are fortunate, not that we are completely isolated, but at least we are from a region that is fast growing, economically vibrant.
- I think for the business community, for investors, and should then focus what we can do. Say, in ASEAN, the cohesiveness, the exchanges between leaders is, to me, unprecedented as compared to most other regions and sub-regions. We are accelerating that process.
- With Singapore, Malaysia has decided to work together with Singapore to set up an economic special zone and financial hub than to utilise instead of looking at it purely in terms of competitive rivalries, but to complement each other.
- I am together with Prime Minister of Thailand Srettha Thavisin, very aggressive indeed, as a typical CEO and businessman, working hard to ensure that South Thailand and North Malaysia form some sort of understanding, working together to push forward development and development would cover which said, in terms of infrastructure, digital, renewable energy, renewable transition and of course, food technology was a major issue.
- So I think we are fortunate, therefore, to speak about the region with such confidence and complementarity between states and nations. Very rarely do we go to meetings and conferences where leaders will speak about each other and other countries in a positive light, promoting one another. Tourism in Thailand, for example, is booming and Phuket is, of course, a major attraction.
- We have a Prime Minister of Thailand and colleagues saying that, why don’t we do it together with Langkawi. Similarly in Johor, together with Singapore or in North such as Penang, Kedah dan Perlis to work together with the provinces in the south.
- To me, it is a very much welcome phenomenon and I think I need to state that this is a result of country that is politically stable or region that is politically stable. Minor irritation when it comes to Myanmar but even then, the ASEAN countries have formed and forward a five point consensus. Yes, we have a problem, but we will deal with together.
- The solution is an ASEAN solution and hopefully the efforts of ASEAN and the neighbouring countries, Thailand, Laos, and Cambodia. We should be able to try and at least reduce the tension and civil strike that would help again prepare the economy in the sub-region. Political stability to me is paramount. Malaysia unfortunately had to deal with this period of uncertainty for some years but we were fortunate because the government is very strong.
- Coming from background opposition, I do not necessarily support the idea of too strong in central government or too strong with two third majority. But I am fortunate, whatever happened, that in Malaysia now we have two third majority and the government is strong. It does not mean that you should then go about the old ways of doing business. We use that opportunity to make sure there is good governance, clarity in policies.
- Now with political stability, we focus on good governance and rid the country of corruption. But we must be clear, there is clear clarity in policies. We talk about energy transition.We have a clear plan and priority. I would like to thank, Australia’s Special Envoy for South East Asia, Nicholas, for sure, endorsing the program with your brilliant plan.
- Now, talking about digital transformation, there is a clear strategy. Of course, we learn from the experience of the other countries and the experts, and we realized that in order to propel the economy forward, then the fast track to accelerate the pace of digital transformation is required. We therefore would do whatever is necessary to ensure that this happens.
- Now, back to renewable energy. Of course, the Australians are familiar with this because Lynas is a huge facility. There were some protracted negotiations in the past, but we made it very clear, if you want a facility and huge investments into the country, then the incentives, the facilities, the process must be attractive.
- Of course, there are concerns about the environment, which we will have to deal with it and I am proud to say that in Malaysia, the environmentalists are quite tough and we have to meet these concerns. Now that those concerns are met, decision has been made, approvals, and therefore some of their concerns must be addressed. Similarly, in other issues of infrastructure, it is booming.
- If you compare ASEAN in particular Malaysia, both in terms of Bursa Malaysia or growth, investments, investments to Malaysia, notwithstanding all the problems we talk about, we have recorded last year the highest investments into Malaysia throughout history. This is the highest ever of course, this is something which is to me very much welcome partly, as we announced yesterday, RM24 billion new investments from Australia into Malaysia.
- That shows your confidence in the country. I come here specifically just to thank them. Now, with political stability, clarity, policies and priorities set up, we of course then have to ensure that we execute them at a fast pace. This has been a concern expressed by many investors, the process dealing with 18 to 19 agencie but this we have to address. I think that is the beauty at times when you have people a long time, the opposition, listening to all the grievances and criticism and now having to deal with it. And I tell you, at times it’s better to speak as an opposition leader than as a Prime Minister.
- But the benefit to my mind positively is that you actually have heard the issues. Most of the critics, academics, business have already used the opposition to express their views either in Parliament or outside. We heard the concerns and is time for us to address them.
- So thank you very much for this opportunity. I am not giving a lecture because the experts are here. I am here to be able to listen and execute where necessary, not the “execution of Robespierre”, but it is business friendly and is good for our country and our societies.
Thank you very much.
Terima Kasih.
THE 2024 GARETH EVANS ORATION BY
THE HONOURABLE DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM, PRIME MINISTER OF MALAYSIA
“NAVIGATING GEOPOLITICAL CURRENTS: MALAYSIA AND AUSTRALIA’S PIVOTAL ROLE IN THE ASIA PACIFIC”
7 MARCH 2024 (THURSDAY)
AT THE AUSTRALIAN NATIONAL UNIVERSITY
Thank you, Foreign Minister Penny Wong, for that kind introduction.
Distinguished guests, ladies and gentlemen,
- Allow me to begin by acknowledging the Ngunnawal and Ngambri people, Traditional Custodians of the land on which we gather today, and pay my respects to their Elders past and I extend that respect to Aboriginal and Torres Strait Islander peoples here today.
- I am delighted to be back at the Australian National University, an institution of consequence to this country and the broader When the ANU was established in 1946, its pioneers naturally envisaged that it would serve to advance higher education.
- More than that, the Australian government vested the ANU with the vital mission of broadening and deepening this country’s understanding of what we now call the Asia Pacific, thereby helping to define Australia’s place in global In introducing the bill establishing this university, the Australian Minister for Post-War Reconstruction at the time said that Australia’s relations with its neighbours and partners “must be carefully studied in order that they may become friendly and fruitful, as they must be if our future is to be safeguarded and if we are to make our full contribution in the councils of the nations.”
- Almost eight decades later, the study of Australia’s external strategic environment is evidently being spearheaded on this campus, as we witness the extensive Asian collections of the Menzies Library and the tremendous scholarly output across the board, leaving no one in doubt as to why this university remains a leading centre for Pacific and Asian studies.
- It is indeed a great honour to deliver this oration named after a great friend, Gareth Evans. As Foreign Minister of Australia from 1988 to 1996, Gareth was on the frontlines of diplomacy at a pivotal moment for this region and the The end of the Cold War led to political and economic shifts that swept away old certainties. It presented new risks and opportunities for countries like Australia. And Gareth was there to make sure that Australia strategically adapted to that new world, including through the creation of APEC.
- It is therefore fitting for me to take this opportunity to speak about how Malaysia and Australia can work together and navigate yet another pivotal moment in our region’s history. For despite the tyranny of distance, the destinies of our two countries have long been intertwined, right from the beginnings of Malaysia itself.
- Malaysia won’t forget the heroism of the “Anzac breed.” As Prime Minister John Curtin said in March 1942: “Our men stormed Gallipoli, they swept through the Libyan desert; they were the ‘rats’ of Tobruk; they were the men who fought under the ‘bitter, sarcastic, pugnacious Gordon Bennett’ down Malaya and were still fighting when the surrender of Singapore came.” From the tragedy of the Sandakan Death Marches to the defence of Malaysia against threats of the Cold War – foreign and domestic, all existential – Malaysia will remember that Australia was there for us.
- Economic relations between Australia and Malaysia have grown from strength to strength in recent years based on mutual geo- economic interests and the pursuit of regional prosperity. Last year, our trade was valued at about 27 billion Australian dollars, cementing Malaysia’s position as Australia’s second-largest ASEAN trading Globally, we are Australia’s tenth-largest trading partner.
- Commodities such as hydrocarbons, coal, palm oil and refined copper are a significant part of our bilateral trade and underscore the trade element of our geostrategic interests in the Asia Pacific. Malaysia prioritises Australian produce and foodstuffs based on their high quality, safety, and dependability.
- Beyond that, Malaysia and Australia are parties to four economic frameworks, including the world’s largest FTA, namely, the Regional Comprehensive Economic Partnership, and the Indo- Pacific Economic Framework. These signal our joint interest in facilitating trade and investment across this dynamic region.
- We are also heartened by the trade-focused components of Australia’s recent Southeast Asia Economic Strategy (SEAS), which recognises the need to deepen such collaboration between Australia and ASEAN amid growing geopolitical Nationally, Malaysia is on track, with its New Industrial Master Plan 2030 and MADANI Economy Framework outlining similar priority areas alongside the SEAS.
- In the years to come, new opportunities will emerge for Australian investors in digitalisation, renewable energy and energy transition, agro-processing and the downstream of the chemical and mineral sectors, coinciding with Malaysia’s push towards becoming a complex, advanced economy.
Ladies and gentlemen,
- A recent hallmark in our relationship, formerly categorised as a Strategic Partnership, is its elevation to a Comprehensive Strategic Partnership, which reaffirms our strong bilateral ties, with cooperation cutting across multiple spheres, often stretching beyond the traditional economic, diplomatic, security and cultural More importantly, it also emphasises shared regional aspirations and the intent to cooperate strategically on a multilateral level.
- Despite contributing less than one per cent to global greenhouse gas emissions, as an oil and gas-producing nation, Malaysia is dedicated to achieving net-zero emissions by as early as 2050 and fulfilling our commitment to the Paris Agreement. We have set ambitious targets to support the energy transition, including a 70% share of renewable electricity capacity by 2050, a substantial increase from the current levels of 25%.
- Now, as reducing emissions is only one side of the coin, planning to adapt to the impacts of climate change is therefore Recognising our shared vulnerabilities, Australia, Malaysia, and ASEAN countries must strategically plan to adapt to rising sea levels, heat waves, and disrupted water cycles to enhance climate resilience while safeguarding investments in low-carbon transitions.
Ladies and gentlemen,
- It has become an understatement to say that we now live in unsettled times. A sense of foreboding has seeped into the discourse on the future of our This stands in stark contrast to how we spoke about the Asia Pacific at the turn of this century. At the time, there was a clear consensus that the principal challenge emanated from non-traditional threats. This was an era when terrorism repeatedly reared its ugly head with the tragedies of 9/11 and the 2002 Bali bombings.
- On the economic front, there was broad agreement that cross- border trade and investment would help build interdependence and moderate rivalries. Our pet peeves were relatively benign quarrels over market access, tariffs and quotas.
- Yet, I recount that juncture in recent history to underline how fundamental assumptions about preserving peace and prosperity in our region have altered. Globalisation is decidedly under Economic interdependence is now seen as indicative of duress or, worse, of buckling under the weight of coercion. For some countries, the preservation of stability warrants nothing less than a more muscular approach towards international affairs.
- Our responses to the rise of China will be a critical determinant of whether our region will be characterised by détente or To tailor our strategies effectively, we need to adopt a measure of empathy; to put ourselves in their shoes; to see how others see us. For the leaders of China, it is only natural for them to be more forthright in asserting their interests. A growing economy naturally leads to greater diplomatic influence and a more formidable military.
- In their eyes, the adverse reactions to China’s rise – militarily, economically and technologically – represent nothing less than an attempt to deny their legitimate place in The obstacles being placed against China’s economic and technological advancement will only further accentuate such grievances.
- Nevertheless, while we are confronted with a situation of contending perceptions, I do not for one moment suggest that we may turn a blind eye to behaviour or action that is not in consonance with international law and norms.
- It is also crucial that we understand the profound changes that have taken place in the United The past thirty years have been a period in which key parts of the American industrial base have been thoroughly hollowed out. The collapse of the working class in the United States is one of the most consequential societal shifts of our era.
- Globalisation has not worked for them in the way it has for workers of Asia. The long wars in Iraq and Afghanistan have exacted an immense toll on the psyche of the The upshot is a preference for leaders who are more transactional with the rest of the world – those who profess to put America first.
- We are also going through fundamental shifts in global assumptions about what societies should aspire to be. For over 150 years, at least since the Meiji Restoration of 1868, it became the immutable truth that to be modern or even civilised was to become Western.
- Today, a chasm is developing between what we now call the Global North and the Global South. We therefore need to start accepting that the Global South now see multiple pathways for advancing their societies – and not just those prescribed and endorsed by the Global North. Accordingly, we should not take for granted that Western perspectives on the future world order would be embraced universally.
- There is growing impatience with how global institutions are failing to reform themselves. Designed in the aftermath of the Second World War, the United Nations Security Council and the Bretton Woods institutions reflect a world that is now long gone. The Washington Consensus is gradually eroding, if not altogether disappeared. We should therefore not be surprised when forums such as BRICS start to gain purchase. If one avenue for asserting new realities is impeded, others will take its place.
- But we should be wary when these take the form of mini- lateralism, because it could have the unintended consequence of fomenting suspicions rather than bridging differences. It is therefore crucial that we look at ways to enhance multilateral institutions and other arrangements that are inclusive by design.
- There can be no easy and straightforward responses to our present circumstances, for they are immensely complex. They are rooted in vexed questions about the rightful place of societies in the world and in history, their dignity, and their livelihoods. It boils down to fundamental questions of values and identity.
- For many countries, a natural response to these changes is to build their defences and strengthen their network of strategic For Australia, this has principally manifested itself in building a more potent naval capability. We will also chart new paths for expanding bilateral ties in areas such as artificial intelligence and cybersecurity.
- At the same time, I believe that Malaysia and Australia have a duty to try their utmost to encourage the United States, China and other major players in the Asia Pacific to conduct themselves in a manner that is conducive to the enhancement of regional cooperation and economic integration.
- For hard-headed realists, it has become fashionable to assert that major-power rivalry has become a structural feature of regional affairs and that nothing can be done to moderate I do not accept this fatalistic view of the world.
- Working on our respective strengths and unique relationships with the major countries of this region, we can achieve something of profound consequence for the Asia I therefore invite Malaysia’s key partners, including Australia of course, to work closely with us on revitalising regional cooperation and integration.
- As Chair of ASEAN in 2025, Malaysia will attempt to breathe new life into ASEAN-led forums such as the East Asia Summit, the ASEAN Regional Forum and the ADMM Plus. The path ahead will not be A degree of inertia has unfortunately set in.
- There’s a deep-seated conservatism, an assumption that little can be done. But this is not the moment to be fainthearted. I believe that, with enough will and support from our partners, we will be able to achieve something of consequence.
- There is bound to be cynicism about the value of ASEAN in a more divided But it is precisely when chasms are growing that we need to double down on ASEAN. Without it, the region will be principally dictated by the calculations and designs of the major powers, unfettered by the need to account for a more diverse range of interests and viewpoints.
- For Malaysia, ASEAN acts as a multiplier, an indispensable platform for the countries of Southeast Asia to exercise their Irrelevance, decay or reversal are not acceptable options. ASEAN’s advancement is at the core of our strategic interests.
- Finally, Malaysia and Australia have high stakes in upholding the sanctity of international law. It is only by adhering to universally recognised sources of international law, whether it is the UN Charter or UNCLOS, that we will be able to keep the sharp edges of inter-state interactions within certain limits.
- Nor should we be selective in our application of international Unfortunately, the gut-wrenching tragedy that continues to unfold in the Gaza Strip has laid bare the self-serving nature of the much-vaunted rules-based order.
- The differing responses by the West to human suffering defy Why, for example, has the West been so vociferous, vehement and unequivocal in the condemnation of the Russian invasion of Ukraine while remaining utterly silent on the relentless bloodletting inflicted on the innocent men, women and children of Gaza? Sure, there are some exceptions, but there are few and far between.
- The fact is much of the Western world has given the Israeli Occupation Forces a carte blanche in their murderous rampage on the When South Africa took Israel to the International Court of Justice under the Genocide Convention, some countries decried it as counterproductive. But what could be more consistent with any reasonable conception of a rules- based order than an appeal to those very rules before a panel of 17 judges?
Ladies and gentlemen,
- As we strive to build a more peaceful and economically vibrant region, I believe it’s a fool’s errand to think that the “liberal international order” and the inconsistencies in the application of principles, rules and norms will go unnoticed. Nor should we descend into cynicism and declare that no country can ever be fully consistent in international affairs.
- Consistency International law matters. So does a commitment to fair play and mutual respect among nations. It is imperative that Malaysia and Australia pool our political and diplomatic resources to these aims. Our respective capabilities and attributes present numerous possibilities.
- Malaysia and Australia may not see the region and the world in identical terms, but our ultimate aims are the The specifics of our strategies may diverge but we can still pursue parallel policies in promoting regional cooperation and integration.
- Ultimately, our shared objective should be to foster a region that is resilient to power shifts while preserving every country’s autonomy, regardless of size. We must invest in institutions that will enable us to adapt to change peacefully, without denying any nation of their rightful place in the global community.
Ladies and gentlemen,
- Allow me to end this oration with a message of hope and in this regard, I can do no better than to share the first stanza of A Song of Hope by the inimitable activist, poet, and educator, Oodgeroo Noonuccal (Kath Walker):
“Look up, my people, The dawn is breaking The world is waking
To a bright new day When none defame us No restriction tame us Nor colour shame us Nor sneer dismay”
Thank you.
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PENUTUP KONGRES EKONOMI BUMIPUTERA 2024 (KEB 2024)
2 MAC 2024 | 3.30 PETANG
PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillaahil lazeee anzala ‘alaa ‘abdihil kitaaba
walam yaj’al lahoo ‘iwajaa
Wassalatu wassalamu ‘ala saidina muhammadin
Wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi,
Timbalan Perdana Menteri;
Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof,
Timbalan Perdana Menteri;
Yang Di-Pertua Dewan Negara;
Para Menteri;
Timbalan Premier Sarawak;
Ketua Menteri Sabah;
Menteri Besar Selangor;
Menteri Besar Kelantan;
Ketua Menteri Melaka; dan
Rakan-rakan yang saya muliakan.
- Alhamdullilah, kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala, kerana pada hari ini dan hari-hari sebelumnya, kita dapat menyempurnakan kongres yang sangat bererti dalam negara MADANI ini. Ia memberi penjelasan bahawa ada agenda yang belum selesai.
- Kita faham bahawa Dasar Ekonomi Baharu (DEB) diperkenalkan pada tahun 1971 dan ada kejayaan nyata yang tidak dapat dipertikai. Prasarana di desa dan pedalaman jauh lebih baik berbanding sebelum merdeka. Mobiliti sosial anak-anak Bumiputera, baik Melayu Semenanjung, Orang Asli, Bumiputera Sarawak mahupun Anak Negeri Sabah menunjukkan lonjakan yang membanggakan. Ini kenyataan yang tidak dapat dimungkiri. Apa yang dikhuatiri, hanya tentang pelaksanaan dari segi keusahawanan, perniagaan dan perdagangan.
- Ada kritikan keras terhadap beberapa keterlanjuran. Sementara menggagaskan perubahan yang memberi peluang kepada pengusaha dan pedagang, ada kecaman yang agak kuat bahawa sering kali ia memberi manfaat kepada kelompok kecil, segelintir yang memunggah kekayaan atas nama Bumiputera dan meminggirkan majoriti.
- Saya maklum persiapan kongres ini telah dibuat sejak beberapa bulan lalu, dipengerusikan oleh Dato’ Seri Zahid sendiri, dan sekretariatnya saudara YB Tuan Mohd Rafizi bin Ramli, dibantu oleh saudara YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki dengan kumpulan-kumpulan sarjana, ketua setiausaha, penjawat awam dan peniaga.
- Ada kekuatan, ada usul baharu, ada kelemahan-kelemahan yang tidak mahu kita ulangi dan pertahankan. Ada agensi-agensi yang diamanahkan tetapi curang. Ada dana saham berpuluh bilion, namun disakau dan tidak memberi manfaat kepada Bumiputera. Ada projek- projek atas nama Bumiputera, tetapi tidak menepati maksud kerana diserahkan kepada bukan Bumiputera.
- Sebagai Kerajaan, sebagai Negara, tidak ada masalah kalau projek itu projek untuk rakyat atau Negara yang boleh dimanfaatkan oleh Bumiputera, Cina dan India. Tetapi sekiranya projek ini khusus untuk Bumiputera, adalah salah dan pengkhianatan kalau tidak dipertahankan kepentingan Bumiputera keseluruhannya.
- Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:
innal laaha laa yughaiyiru maa biqawmin hattaa yughaiyiroo maa bianfusihim
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri (Surah Ar Ra’d: 11).
- Kita sedar tentang lonjakan semangat dan perubahan yang harus bermula daripada masyarakat itu sendiri, dengan iktikad mereka, nilai akhlak yang luhur dan kesungguhan melakukan islah atau perubahan. Saya lebih cenderung dengan istilah reformasi. Dato’ Seri Dr. Zahid lebih senang dengan transformasi. Tetapi kita boleh gabungkan kedua-duanya, asalkan ada Islah Mastata’tu, iaitu melakukan perubahan sedaya upaya kita.
- Dalam negara MADANI ini, kita bermula dengan perkara asas, iaitu memperkasakan rakyat. Rakyat itu bukan segelintir elit, penguasa atau pun elit bandar atau elit desa. Rakyat itu mestilah majoriti terutama yang terpinggir, sama ada di Sabah atau Sarawak, Kelantan atau di pinggir-pinggir bandar Kuala Lumpur. Kita sentiasa ingat gesaan leluhur bangsa termasuk pemikir Melayu Za’aba, jangan kita terus mengizinkan kemiskinan merata. Miskin pada wang ringgit dan harta benda, miskin pada hemat dan cita-cita, miskin pada pelajaran dan latihan pengetahuan dan miskin perangai yang mulia. Pemikir bangsa memberikan natijah kemiskinan yang sangat luas.
- Oleh kerana itu, dalam merangka dasar, kita harus menerima beberapa kenyataan. Saya ingin mengemukakan dengan terang apabila berbicara tentang Kongres Ekonomi Bumiputera. Ada yang bimbang dan kita takut, kita mengulangi beberapa kesilapan untuk memenuhi tembolok golongan kecil. Kita harus pastikan ia tidak berlaku.
- Ada kalangan sebahagian kecil bukan Bumiputera yang berasa bimbang dan sinis, mengapa dasar membantu Bumiputera dan kongres Bumiputera diteruskan. Mereka tidak lihat kenyataan bahawa jumlah besar Bumiputera di Semenanjung, Sabah dan Sarawak masih dalam kategori miskin. Mereka lupa bahawa peluang perniagaan usahawan besar masih terbantut bagi Bumiputera.
- Oleh itu saya ingin menyeru supaya pendekatan kita ini ubah, dengan maksud untuk tidak meminggirkan sesiapa. Malah, saya ingin jelaskan di sini beberapa kenyataan. Tahun 2023, bantuan kebajikan masyarakat yang diperuntukkan sebanyak RM2.4 bilion setahun telah memanfaatkan golongan rentan tanpa mengira kaum. Penerimanya merangkumi hampir 70 peratus Bumiputera, 15 peratus Cina dan 19 peratus India. Jadi, andaian bahawa semua projek ini hanya memberi manfaat kepada Bumiputera adalah meleset.
- Program SARA yang melibatkan 700 ribu penerima miskin, memanfaatkan semua kaum dengan agihan yang sama, tidak ada pilih kasih, tidak ada diskriminasi, kategorinya miskin dan diberikan kepada semua. Sumbangan Tunai Rahmah (STR), peruntukannya RM10 bilion dan penerimanya lebih 8 juta orang yang manfaatnya kepada 5.7 juta Bumiputera, 1.6 juta Cina dan 700 ribu kaum India. Saya tekankan hal ini untuk menolak tanggapan bahawa beberapa dasar kita, apabila membicarakan soal kemiskinan, kemiskinan tegar itu seolah-olah memberi manfaat kepada sesuatu kaum sahaja. Tetapi dasarnya harus telus, menilai berdasarkan kelayakan masing-masing.
- Dalam konteks pendidikan, Kerajaan MADANI melaksanakan penyelenggaraan dan baik pulih tandas sekolah, telah bersikap terangkum bagi memastikan semua sekolah dibantu, termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Agama. Pengantaraan ini sekadar menolak tanggapan apa yang dibicarakan oleh kita hari ini seolah-olah meneruskan satu kesinambungan hal-hal yang tidak akan menguntungkan negara.
- Saya tekankan bahawa kenyataan hari ini tidak membanggakan. Kesenjangan antara golongan kaya Melayu Bumiputera dengan yang miskin itu kian melebar ketimbang tahun 1971. Kesenjangan di antara kaum Melayu, Cina dan India juga terus melebar. Bagi memastikan negara lebih mampan, aman dan terjamin serta terpelihara untuk semua kaum, hal ini harus ditangani dan cuba dikurangkan kesenjangan tersebut.
- Bila kita bicara tentang Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang merupakan antara strategi utama dalam ekonomi MADANI, tentunya peruntukan besar diluluskan, dan kebetulan faedah yang terbesar adalah kepada golongan atau masyarakat Cina. Tapi kita tidak lihat ini sebagai program masyarakat Cina atau masyarakat India. Program ini penting bagi negara. PMKS itu harus dibantu, diangkat keupayaan mereka walaupun secara kebetulan faedah terbesar diterima oleh syarikat-syarikat Cina.
- Maka, saya minta rakan-rakan saya dalam kalangan Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak melihat dalam konteks ini. Bahawa negara kita, jika mahu maju dan mampan serta terangkat martabat keupayaannya, kita harus berani mengambil beberapa tindakan sama ada faedahnya langsung kepada Bumiputera ataupun memberi manfaat kepada Cina atau India. Kita akan lakukan sebaiknya supaya Malaysia hebat dan terkenal semula.
- Kali ini dalam sidang kongres, peranan GLC, GLIC, PETRONAS lebih ketara, kerana sudah sampai ke tahap di mana mereka juga harus mengambil alih tanggungjawab yang dahulunya digalas oleh jentera Kerajaan. Saya mengucapkan terima kasih dan mengharapkan sesuatu yang lebih jelas supaya agenda negara, iaitu memartabatkan rakyat dan negara, memacu pertumbuhan yang segar dan menjamin keselesaan hidup Bumiputera dengan peluang tambahan, juga menjadi agenda jelas bagi semua GLC dan GLIC, tanpa terkecuali.
- Maka Kongres Ekonomi Bumiputera tahun ini adalah selaras dengan matlamat Ekonomi MADANI. Tentunya pemacuan pertumbuhan dan mengambil kira beberapa pendekatan baharu, seperti peralihan tenaga, menangani pemasalahan sekuriti makanan dan juga transformasi digital. Jadi persaingan dan tumpuan mestilah juga ke arah bidang-bidang baharu yang sebelumnya tidak menjadi fokus dalam agenda Bumiputera.
- Oleh sebab itu, setelah berbincang dengan rakan-rakan dan mendukung aspirasi yang diutarakan oleh semua lapisan, mengambil kira pandangan yang berulang kali kita bincang dalam Jemaah Menteri yang dihadiri oleh Menteri-Menteri Bumiputera, Cina dan India, melihat beberapa usul dikemukakan oleh kementerian- kementerian dan juga kumpulan-kumpulan yang diketuai oleh tokoh-tokoh akademik dan sarjana, kita rumuskan beberapa agenda tindakan dengan beberapa penegasan jelas dalam agenda pertumbuhan ekonomi Bumiputera. Ini yang kita katakan mengisbatkan, iaitu mengukuh keyakinan. Kalau pujangga Hamzah Fansuri, bila dikata kehadiran Islam itu, mercu tandanya “mengisbatkan Allah, menafikan patung.”
- Dalam isbat Kongres Ekonomi Bumiputera ini, Isbat Pertama, memperkukuh pasak ekonomi negara, sama ada daya saing, penskalaan, pemilikan ekuiti, bakat, dan peningkatan pendapatan. Jadi dengan cara yang sedemikian kita dapat tingkatkan taraf sosioekonomi ke landasan yang lebih baik.
- Isbat Kedua, memperkukuh kerukunan tatakelola dan institusi. Ini adalah selari dengan falsafah Bumiputera. Usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan dan peningkatan penyertaan syarikat swasta, GLC, GLIC dan SOE perlu diberikan tumpuan khusus.
- Kita tidak boleh bicara integriti dan ketelusan, dan pertanggungjawaban kepada kalangan lain sekiranya kita lihat agensi kita sendiri dalam keadaan yang berkecamuk, yang terpaksa balik kepada Kementerian Kewangan untuk ditampung kerugian berbilion ringgit kerana kecurangan dan kecuaian pengurusan. Kalau tanya saya, seperti mana yang saya sebut dalam membicarakan institusi zakat, pengurusan zakat itu patut nombor satu dalam menentukan kaedah integriti pengurusan yang paling cekap.
- Dalam nada yang sama, saya ingin tekankan tentang agensi-agensi Bumiputera. Berapa puluh bilion saham dalam penyenaraian yang diagihkan. Berapa puluh bilion ringgit, dibelanjakan untuk menampung keperluan agensi-agensi Bumiputera. Sebahagiannya sampai kepada kumpulan sasar, sebahagiannya hilang lesap entah ke mana.
Saudara-saudara,
- Saya mohon kerjasama saudara untuk pastikan bahawa kita tidak boleh lagi bertolak ansur dengan kecurangan dan pengkhianatan sedemikian. Ia memerlukan ketangkasan pimpinan dalam semua GLC dan GLIC. Saya tidak ada masalah sama ada pengurus itu adalah profesional, teknokrat malah orang politik sendiri tetapi yang tidak boleh kita izinkan adalah segala bentuk kecurangan apa lagi atas nama Bumiputera.
- Isbat Ketiga, menegakkan keadilan sosial. Ini menyokong anjakan mobiliti sosial, meningkatkan kesaksamaan peluang dan memperluas jaringan perlindungan sosial. Antara bidang yang memerlukan penelitian khusus merangkumi ekosistem pendidikan, perkhidmatan kesihatan, perumahan dan akses kepada infrastruktur asas yang berkualiti. Ini termasuk untuk Orang Asli serta keseimbangan pembangunan di negeri Sabah dan Sarawak yang dibangkitkan oleh kedua-dua pemimpin Sarawak dan Sabah. Seperti saudara sedar, julung-julung kali kita beri penghormatan khas kepada pimpinan Sabah dan Sarawak supaya usaha dan agenda nasional ini benar-benar memenuhi hasrat, cita rasa dan aspirasi semua rakyat di negara ini.
Saudara-saudara,
- Saya memanfaatkan waktu ini untuk mengumumkan beberapa keputusan penting kerajaan, setelah merenung dan memikirkan usul-usul dan mengakui kelemahan corak pelaksanaan sebelumnya. Kelemahan terbesar dalam agenda Bumiputera adalah generasi baharu usahawan Bumiputera. Ada teguran yang saya dengar sepanjang semalam dan hari ini yang harus kita ambil kira.
- Pertama, saya mahu mempertanggungjawabkan kepada GLIC dan GLC satu dana besar khusus bagi pembinaan dan penzahiran generasi usahawan Bumiputera berjumlah RM1 bilion, diluluskan. Kita mesti mampu mencipta lebih banyak usahawan Bumiputera seperti Aerodyne yang berjaya menembusi pasaran global dalam perkhidmatan dron. Kita harus berbangga dengan kejayaan Les’ Copaque dan Animonsta yang mengungguli industri karya kreatif. Begitu juga usahawan muda yang ramai. Sebaik sahaja mereka ada petanda keupayaan untuk maju, kita harus berikan segala dukungan seperti mana yang disaksikan berdasarkan kelebihan teknologi digital baharu untuk berniaga seperti saudara Khairul Aming baru-baru ini.
- Kedua, masalah tanah rizab Melayu yang berulang kali disuarakan termasuk dalam laporan kongres hari ini harus dimanfaatkan dan dibangunkan. Kita memutuskan supaya Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) diamanahkan untuk menerajui dan memacu pembangunan komersil di tanah-tanah rizab Melayu. Ini termasuk Pelaburan Hartanah Berhad yang telah membangunkan Hospital Pakar KPJ di tanah rizab Melayu di Sungai Penchala. Ini satu contoh yang baik dan kita akan teruskan segera melalui Skim Perumahan MADANI di tanah rizab Melayu dengan sasaran untuk membangunkan 2,500 unit rumah mampu milik dalam kadar segera.
Saudara-saudara,
- Kita sedar bahawa Kerajaan telah mengambil alih Bandar Malaysia di tengah kota Kuala Lumpur. Saya telah memutuskan supaya sebahagian daripada tanah Bandar Malaysia, iaitu 50 ekar kekal dimiliki oleh orang Melayu sebagai tanah rizab Melayu. Maknanya di pusat bandar yang strategik, kita tetapkan kawasan milik Melayu dengan maksud dalam tempoh satu tahun jumlah ini, dan di kawasan-kawasan strategik bandar dan pembangunan baharu, ditambah menjadi 200 ekar tanah Kerajaan yang dijadikan milik tanah rizab Melayu.
- Ketiga, ini tajuk yang sangat dekat dengan hati Saudara YAB Zahid Hamidi, TPM, iaitu soal TVET. Beliau telah menjayakan melaksanakan kolaborasi antara institusi TVET tempatan dengan lebih 200 pemain industri. Saya tekankan peranan swasta kerana sementara kita tumpukan peranan ini bagi syarikat-syarikat milik Kerajaan dan Bumiputera dan dengan kehadiran wakil Dewan Perniagaan Cina dan India bersama, dan langkah-langkah yang kita ambil seperti PMKS untuk sama-sama turut menjana pertumbuhan dan membantu syarikat-syarikat Cina dan India.
- Sebagai tambahan kepada usaha murni tersebut, saya inginkan satu program yang jelas supaya GLIC, GLC, syarikat-syarikat swasta Bumiputera dan syarikat-syarikat swasta Cina dan India terlibat dalam latihan pelatih TVET yang sejumlah besarnya Bumiputera.
- Dalam jangka pendek, kita mahu sumbangan dan penyertaan syarikat-syarikat ini termasuk syarikat-syarikat di bawah gabungan Dewan Perniagaan Cina dan India turut melatih 100,000 pelatih TVET majoriti Bumiputera bersama Cina dan India, dengan sasaran gaji lebih daripada yang diperoleh sekarang, minima RM3,000 sebulan. Setakat ini yang terlibat secara aktif adalah PETRONAS, Sime Darby, MRCB, TNB dan Telekom Malaysia. Kita anggap ini permulaan kecil yang harus diperluaskan. Anak-anak kita terutama daripada keluarga peneroka FELDA harus diberi peluang dan keadilan dan jangan dibiarkan tersisih dan terpinggir. Dalam kata terpinggir ini kadang-kadang orang membicarakan soal persaingan yang adil, berdasarkan merit seperti mana dibicarakan sekarang dalam wacana yang tidak berkesudahan.
Saudara-saudara,
- Kita harus memilih yang paling baik, anak muda yang paling pintar, lulusan sekolah yang paling cekap, tetapi kita juga harus tahu bahawa persaingan itu harus adil. Selalu saya tekankan pandangan John Rawls, apa itu justice? Justice is about fairness. Kita suruh sekolah di Lawas bersaing dengan sekolah terbaik di Kuala Lumpur dengan Charok Kudong, Kedah dan itu dipanggil pilihan berdasarkan merit. Apa yang berlaku adalah gross injustice. Ini yang ditekankan oleh karya Michael J Sandel tentang Tyranny of Merits. Saya tekankan ini kerana bila kita bicara soal Bumiputera, mana meritokrasi. Negara ini tidak boleh berkembang kalau tidak ada meritokrasi, yang terbaik harus diberi peluang tetapi yang termiskin dan terpinggir juga harus diberi peluang. Jadi ada perimbangan dan keseimbangan di sini. Kalau tidak, wacana kita hanyalah sebegitu rupa, tidak memikirkan yang paling sukar. Ini kebijaksanaan dalam apa yang dibicarakan tentang affirmative action.
- Sebab itu bagi saya, bila kita akan tamatkan? Kita akan tamat kalau benar hilangnya, terbatalnya atau selesainya masalah kemiskinan tegar dan peminggiran rakyat, barulah kita boleh selesaikan atau hentikan affirmative action. Kalau orang tanya saya, Anwar bila nak hentikan dasar-dasar yang dianggap dalam istilah barat itu diskriminasi kaum. Saya sebut affimative action ini pertamanya, tidak kira sangat isu kaum, tetapi lebih melihat kepada golongan rentan dan golongan yang terkesan. Kalau masih ada kesenjangan begitu rupa, kemiskinan yang ketara, melebarnya kesenjangan, selagi itulah dasar affirmative action mesti diteruskan.
- Sekiranya rakyat daripada kalangan masyarakat Bumiputera, Cina dan India mahu selesaikan, mari kita selesaikan bersama. Kalau dikatakan diskriminatif, saya telah baca awal tadi tentang angka-angka dan data – SARA dan STR yang menunjukkan bagaimana kita tidak memilih untuk mengikut kaum, tetapi cuba menangani masalah mengikut keperluan.
Saudara-saudara,
- Keempat, kita bicarakan soal wakaf yang banyak disentuh dan disinggung oleh kumpulan-kumpulan. Saya sukacita memaklumkan bahawa anak-anak kita dari Persatuan Alumni MARA dan pimpinan MARA sendiri telah menggesa supaya ada rencana wakaf yang bukan sahaja memerlukan huluran dana Kerajaan tetapi mengajak rakyat yang dulunya daripada kelompok paling miskin dan diberi peluang dan berlakunya mobiliti sosial, terangkat kedudukan mereka sebagai profesional dan peniaga, ratusan ribu malah mencecah satu juta lebih, anak-anak yang mendapat peluang pendidikan di kolej-kolej MARA termasuk di UiTM, maka dengan ini, saya umumkan penubuhan Wakaf MARA MADANI.
- Geran peluncuran RM100 juta dengan maksud dalam tempoh 2 tahun terkumpul minima RM1 bilion. Wajar saya maklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terkesan dengan usul ini dan bersetuju untuk menjadi penaung Wakaf MARA MADANI. Seperti mana potongan cukai bagi wakaf berasaskan saham, seperti ASNB dan juga Waqaf An-Nur di bawah JCorp, kita bersetuju untuk melanjutkan potongan cukai untuk maksud tersebut.
Saudara-saudara,
- Bagi memanfaatkan tanah-tanah wakaf terbiar, Belanjawan MADANI 2024 telah menyediakan dana pembiayaan berjumlah RM500 juta sebagai galakan untuk membangunkan tanah-tanah wakaf agar dapat menjana pendapatan mampan dan menyediakan rumah mampu milik.
- Kelima, ini masalah vendor tempatan dan syarikat-syarikat kecil yang tidak diberi perhatian dan ada teguran disampaikan oleh salah seorang penceramah tentang bagaimana kita, Kerajaan serta jabatan dan agensi Kerajaan apabila menetapkan apa-apa yang hendak dibeli langsung tidak mengambil kira sama ada industri tempatan atau industri asing, industri Bumiputera atau industri luar negara.
- Dengan ini, saya ingin mengarahkan bahawa semua hadiah dan sagu hati, termasuk untuk sambutan Malaysia sebagai Pengerusi Persidangan ASEAN pada tahun 2025 dengan puluhan ribu pembesar-pembesar dari luar negara yang akan datang dan mencecah lebih seribu mesyuarat, mesti berdasarkan kraftangan dan industri tempatan. Kita telah tentukan bahawa jangan ada negeri yang terbiar dan tertinggal. Maknanya, mesti dikenal pasti beberapa produk dari Sarawak dan Sabah, Johor, Selangor, Kelantan dan Terengganu supaya mereka dapat bersama-sama menjayakan program ini.
- Untuk maksud ini, Kerajaan akan menambah baik insentif cukai, serta menyediakan tabung geran padanan sebanyak RM100 juta bagi menggalakkan lebih banyak syarikat kecil berfungsi. Saya sebut hal ini kerana syarikat kecil tersebut, kadang-kadang merasa mereka terbiar dan tersisih daripada arus perdana dan tumpuan kongres seperti ini.
Saudara saudara,
- Kita juga hadapi masalah dalam kalangan rakyat, termasuk apa yang dikatakan golongan muda yang terlibat dalam ekonomi gig. Saya setuju semua gesaan supaya mewujudkan Suruhanjaya Pekerja Gig bagi melindungi hak pekerja gig yang kini mencecah 1.12 juta orang, terutamanya golongan muda. Kita harus memberi keutamaan dalam menubuhkan suruhanjaya ini bagi menyediakan keperluan perlindungan sosial, pertikaian kontrak dan kemajuan kerjaya. Langkah ini diambil kerana majoriti besar belia Bumiputera terlibat dalam ekonomi gig. Namun, sebagai pekerja tidak formal, mereka tidak mempunyai perlindungan perundangan pekerjaan serta sistem perlindungan sosial.
Saudara-saudara,
- Akhir sekali, Kerajaan bersedia untuk meningkatkan akses kemudahan pembiayaan kredit mikro kepada golongan yang memerlukan. Dana pembiayaan kredit mikro Bumiputera sebanyak RM1 bilion disediakan melalui institusi kewangan pembangunan, seperti BSN, Agrobank dan Tekun Nasional, kepada pelbagai segmen usahawan Bumiputera dengan memberi penekanan kepada wanita, belia dan veteran tentera.
- Ramai yang bertanya, pengumuman-pengumuman sedemikian kadang-kadang lunak bunyinya dan ada yang mungkin terpukau tetapi bagi yang lebih kritis akan bertanya whats next? Apakah ia hanya tinggal pengumuman? Sebab itu saya setuju supaya Majlis Ekonomi Bumiputera yang saya pengerusikan akan terus memantau perjalanan dan pelaksanaan sama ada melalui kementerian atau jabatan kerajaan atau GLIC dan GLC dan syarikat-syarikat swasta supaya apa yang saya umumkan tadi dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.
- Saya juga setuju supaya Jawatankuasa Pelaksana Kerja dipengerusikan oleh Dato’ Seri Dr. Zahid Hamidi, TPM yang akan membantu saya dalam memastikan program ini terlaksana dengan baik. Sekretariat, seperti mana yang telah diputuskan, di Kementerian Ekonomi di bawah saudara YB Tuan Mohd Rafizi bin Ramli akan menentukan supaya pemantauan itu jauh lebih berkesan dan terhala. Dengan cara ini, maknanya saya lepaskan beban saya, bukan satu orang, kita dah lepaskan kepada ramai orang.
- Jadi kalau saudara nak tanya, tanya menteri-menteri ini dahulu dan TPM sebelum sampai kepada saya. Jadi saudara, untuk Wakaf MARA MADANI yang saya sebutkan tadi, sekretariatnya harus kekal di ibu pejabat MARA, Kuala Lumpur.
Saudara yang dihormati sekalian,
- Saya harap usaha susulan ini akan jauh lebih bermakna. Saya juga berharap pendekatan lebih inklusif yang memerlukan penyertaan seluruh negara dan melibatkan seluruh rakyat Bumiputera dan bukan Bumiputera, bukan sahaja akan memberi manfaat langsung kepada negara dan Bumiputera, tetapi juga akan mengambil kira keperluan rakyat minoriti lain terutama masyarakat India dalam negara kita.
- Sehubungan itu, saya berharap dengan cara yang sedemikian, kita dapat bersama mengangkat Malaysia sebagai satu negara yang maju dan mempunyai kekuatan, barulah menjadi negara hebat di rantau ini.
Terima Kasih dan Assalamualaikum Waramatullahi Wabarakatuh.
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PERASMIAN
KARNIVAL KERJAYA MYFUTUREJOBS OKU DAN TVET
1 MAC 2024 (JUMAAT) | 4.30 PETANG
IDEAL CONVENTION CENTRE (IDCC), SHAH ALAM
Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolilah Kareem.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin Bin Shari,
Menteri Besar Selangor;
YB Tuan Sim Chee Keong,
Menteri Sumber Manusia;
YB Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Haji Mohamad,
Timbalan Menteri Sumber Manusia;
YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee Bin Daud,
Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia;
Pengerusi dan Pengurusan PERKESO; dan
Rakan-rakan yang saya muliakan.
- Terima kasih atas kesempatan ini dan kebetulan selain daripada Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah dapat pengiktirafan, jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada seluruh keluarga PERKESO dan juga semua hadirin, wakil-wakil, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang kurang upaya (OKU) yang hadir.
- Saya mulakan dengan sikap kita tentang tema untuk memastikan negara MADANI ini dengan menyediakan peluang dan kesempatan kepada semua, iaitu merangkul seluruh kekuatan secara inklusif, tiada yang terpinggir.
- Bagi kita yang mempunyai nilai, apa lagi bagi kita yang biasa dengan Pengajaran Islam, tahu bahawa di antara tokoh yang sangat agung, mulia dan tinggi martabatnya itulah adalah seorang yang bernama Abdullah Ibni Ummi Maktum. Beliau seorang yang buta penglihatan tetapi diangkat dan diiktiraf sebagai salah satu sahabat ulung Rasulullah SAW. Apa pengalamannya? Beliau itu di kalangan yang agak miskin, terpinggir dan kebetulan buta penglihatan. Julung kali Nabi Muhamad SAW ditegur oleh Allah SWT sebagai pengajaran kepada kita.
- Apakah dia? Rasulullah SAW sedang berbincang dengan tokoh-tokoh kabilah Arab dan masa itu dakwah. Kalau kita dapat tokoh-tokoh senang kerana pengikut-pengikutnya akan ikut. Dalam masa yang sama, Abdullah Ibni Ummi Maktum masih menunggu juga untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Rasulullah SAW tentulah berikan keutamaan kerana pembesar-pembesar Quraisy ini akan membawa perubahan sekiranya mereka menerima Islam, mudah dalam dakwah.
- Jadi Rasulullah SAW terpaksa melayani dan menyantuni mereka maknanya kurang memberi perhatian kepada Abdullah Ibni Ummi Maktum. Lalu ayat al-Quran diturunkan, ‘Abasa wa tawallaa. An jaa-ahul ‘a-maa (Surah ‘Abasa: 1-2) maknanya, baginda berpaling, seolah-olah Rasulullah SAW itu berpaling daripada Abdullah Ibni Ummi Maktum kerana urusan yang agak penting. Itu sebagai peringatan kepada kita.
- Saudara-saudara tanya, mengapa apabila saya sampai dan ada kalangan VIP yang sudah saya santuni tetapi saya masih turun juga ke belakang kerana tidak mahu orang yang berada di belakang terasa mereka itu tidak penting bagi saya, maka saya turun bersalaman dengan mereka.
- Rasulullah SAW menyampaikan mesej sementara kita harus tahu protokolnya dan keutamaan dalam kerja kita, hubungan dengan pembesar-pembesar yang diamanahkan oleh negara tetapi jangan kita pinggirkan golongan yang dianggap dari segi protokolnya atau stratanya itu lebih rendah. Itu pengajarannya.
- Abdullah Ibni Ummi Maktum ini orang buta. Apa tugas beliau? Dalam Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah al-Mukarramah ke Yathrib yang kemudian dikenali sebagai Madinah al-Munawwarah, baginda tidak berurusan atau berjalan begitu sahaja, tetapi ada persiapannya.
- Kita hendak membawa perubahan MADANI, kita kena ada persiapan dan pencerahan, orang kena faham, rakyat kena bangkit tahu tanggungjawab mereka – tolak rasuah, tolak keangkuhan, tolak ketirisan, tahu bahawa mereka harus bekerja, menjadi baik, ada nilai dan akhlak yang baik, bekerja bersungguh-sungguh, cari pendekatan, kaedah dan ikhtiar baharu dan memperkenalkan instrumen baharu. Baik, dalam dakwah Rasulullah SAW, persiapan itu disebut bai’atul-‘aqabatil-ûlâ baiatul aqabah saniah, dua baiat dengan masyarakat Yathrib pada peringkat awal.
- Akan tetapi yang saya mahu sampaikan ini adalah peranan Abdullah Ibni Ummi Maktum apabila Rasulullah SAW hendak ke Madinah atau Yathrib, Baginda tidak pergi saja berhijrah, sebaliknya hijrah itu dengan persiapan dan di antara persiapan itu adalah menugaskan seorang yang bernama Abdullah Ibni Ummi Maktum yang buta penglihatan itu untuk mengajar masyarakat Yathrib termasuk juga seorang lagi Muṣʿab ibn ʿUmayr tetapi yang saya nak ceritakan apa dia?
- Kalau Rasulullah SAW dalam pegangan iktikad kita, punyai tanggungjawab besar dan mengiktiraf peranan seorang yang buta penglihatan, apa lagi kita manusia yang kerdil ini, mampukah kita terus dengan acara, berbicara soal pembangunan, negara MADANI, transisi tenaga, transformasi digital dan kita izinkan sebahagian daripada masyarakat kita terpinggir sama ada dia miskin ketara, bandar, desa, kurang pendengaran atau tergolong sebagai OKU.
- Sebab itu saya mengucapkan tahniah kepada KESUMA dan khususnya PERKESO kerana ada agenda khusus untuk menangani permasalahan di kalangan OKU berdaftar yang kini mencecah lebih dari 650,000 rakyat Malaysia.
- Tahniah dan mudah-mudahan Allah SWT memberkati usaha kita. Kita juga bersyukur, Alhamdulillah kerana dalam menghadapi kegawatan ekonomi dunia bahkan seluruh dunia menghadapi masalah inflasi, kita bersyukur kerana terlepas daripada permasalahan ini. Inflasi kita tercatat di bawah dua peratus. Kebanyakan negara-negara termasuk negara Asia, Eropah dan Amerika menyaksikan peningkatan golongan jumlah penganggur.
- Namun, kita dapat mengurangkan kadar pengangguran. Pelaburan yang tercatat pada bulan Januari tahun ini dan angka yang baharu dikeluarkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menunjukkan bahawa jumlah pelaburan yang kita catat merupakan jumlah pelaburan domestik dan luar yang tertinggi dalam sejarah Malaysia.
- Semua ini petanda-petanda keyakinan kerana sistem negara dan politik yang stabil. Kita terpaksa menangani permasalahan ringgit tetapi kalau ringgit itu jatuh tatkala inflasi naik, pelaburan menguncup, defisit membengkak, itu harus dibimbangkan. Tetapi jika ringgit itu lemah dengan kekuatan ekonomi keseluruhannya, saya yakin insha-Allah, Bank Negara Malaysia dan seluruh jentera Kerajaan mampu menanganinya seperti kita saksikan hari ini dan beberapa hari kebelakangan ini di mana, ringgit sudah merangkak-rangkak lebih kukuh, perlahan-lahan dan saya yakin insya-Allah seperti mana disebut oleh Gabenor Bank Negara, petunjuk jelas bahawa ringgit akan kian mengukuh.
Saudara-saudari yang dihormati sekalian,
- Mengapa saya tekankan soal makro ekonomi negara kita yang mampan ini? kerana dengan kekuatan inilah boleh kita manfaatkan untuk membela nasib rakyat. Awal pagi tadi sekitar jam 8 pagi, sebelum Mesyuarat Jemaah Menteri, saya ke Lembaga Hasil Dalam Negeri dan dalam hasil kutipan mereka bagi tahun 2023 mencatat hasil tertinggi dalam sejarah negara kita.
- Saya bertanya untuk apa kita kutip hasil? adakah supaya pemimpin-pemimpin boleh boros? supaya Perdana Menteri, Menteri-menteri dan pemimpin Kerajaan boleh mengaut kekayaan? Atau supaya kita dapat mengurus negara ini dengan lebih baik dan pulangkan kekayaan itu kepada rakyat? Ini Alhamdulillah menjadi tekad kita.
- Saya mengucapkan terima kasih juga kepada syarikat- syarikat yang terlibat dalam menyantuni OKU dan bekas banduan, mengadakan ruang dan peluang pekerjaan, memberi latihan kepada mereka dan saya harap tidak semuanya hanya bergantung kepada insentif yang disediakan oleh Kementerian dengan had RM9,000 dalam Program Daya Kerjaya tetapi saya percaya boleh ditingkatkan kerana sukar untuk kita baik Menteri, Ketua Pengarah atau saya diminta tidur lena dalam keadaan terdapat OKU yang terlantar. Berilah peluang kepada mereka supaya mereka seperti mana diceritakan oleh saudara YB Tuan Sim Chee Keong tadi supaya diberi kesempatan.
- Kalau ditanya apa itu keadilan? Keadilan itu bukan hanya mengambil orang yang tercerdik dan terpintar, kita ambil orang kurang pendengaran, tidak ada penglihatan dengan orang yang segar bugar sihat, anak orang kaya dengan sekolah terbaik dan kita kata kita pilih berdasarkan merit, tidak semuanya tepat kerana justice is after all fairness. Kalau kita fairness ini maknanya baru ada justice.
- Jika kita suruh dia bersaing di kalangan yang kurang sama kedudukannya, maka dia bukan lagi keadilan sebab itu saya harap Kerajaan khususnya PERKESO dan KSM atau KESUMA dapat memberikan perhatian bersama dengan semua kementerian dan jentera Kerajaan yang ada.
Saudara-saudara,
- Dalam konteks ini, saya tidak berhajat untuk menjelaskan apa dia perancangan teliti oleh Kementerian khususnya PERKESO. Saya nak tumpukan sedikit tentang cabaran Malaysia menghadapi masa depan. Menteri sebut tadi, kehadiran beberapa syarikat-syarikat gergasi, syarikat Infineon sebanyak RM25 bilion, kemudian NVIDIA, syarikat gergasi dalam bidang Artificial Intelligence (AI) bersetuju untuk masuk ke Malaysia. Syarikat automotif besar Geely, sedia mewujudkan kota automotif di Tanjung Malim.
- Apa relevan dengan kita? Kita kena sediakan tenaga mahir, maka latihan tambahan kemahiran, upskilling itu patut diberikan tumpuan. Saya nak gesa KESUMA dan PERKESO supaya tidak perlu terikat dengan sistem pendidikan yang ada. Dia terpaksa ikut struktur yang ada KESUMA dan PERKESO harus ada kebebasan untuk melihat keperluan semasa.
- Kita dikejutkan umpamanya syarikat baharu selain daripada syarikat NVIDIA, gergasi AI muncul, Open AI dan Chat GPT, suatu ikhtiar atau penemuan baharu yang menggemparkan. Dalam masa yang singkat, Open AI sekarang memperkenalkan Sora, aplikasi baharu yang paling canggih, boleh menzahirkan aplikasi yang cukup hebat, boleh menyaingi Bollywood dan Hollywood.
- Maka apakah kita harus tunggu sehingga ada Fakulti khas, Jabatan khas? Apakah tidak mungkin PERKESO fikir ke arah ke depan ini, dan tidak terikat dengan latihan-latihan yang berbentuk lama. Orang yang sudah lama bekerja, sama ada yang baharu dan tentunya baharu bagi tumpuan. Apa kata kalau kita mulakan dengan staf PERKESO sendiri yang sudah 30-an dan 40-an, beri mereka program upskilling ini dan pastikan diberikan contoh yang baik bahawa upskiling dalam bidang-bidang AI yang baharu dan mencabar agar dapat mereka kuasai supaya dapat terangkat mutu tenaga kerja kita kemudian kita pindahkan kepada kawasan-kawasan lain di kalangan pekerja dan saya harap Persatuan Pekerja akan melihat perkara ini.
- Kadang-kadang kita ini terlalu terikat, Menteri dengan pemikiran Kementerian lamanya, begitu juga KSU dan KP kerana sukatan-sukatan peraturan lamanya, begitu juga dengan Persatuan Pekerja dengan format dan keutamaan Persatuan Pekerjanya.
- Jadi hal-hal yang baharu tidak sempat kita gapai. Sebab itu tema saya selalunya mengatakan dengan AI, IT dan upskilling bermakna kita mahu menggapai yang di langit. Menggapai di langit atau mencapai sesuatu yang baharu dan ini tidak ada dalam kuliah. Dalam kuliah kita 10 tahun yang lalu sudah ketinggalan. Jurutera yang belajar 15 tahun yang lalu akan dapati bahawa beberapa program dan penemuan baharu itu sudah jauh lebih ke depan.
- Yang belajar IT di universiti lima tahun yang lalu akan tidak pernah tahu sangat dengan Open AI, Chat GPT, Sora kerana ini semua penemuan-penemuan baharu sebab itu saya katakan upskiling harus juga dapat mencungkil tenaga yang terbaru. Pilih mana-mana kepakaran yang ada, pinjam mereka sekejap, biar mereka beri taklimat dan biarlah pengurusan PERKESO dan KSM itu dapat menguasai bidang sedikit dan kemudian minta mereka sampaikan kepada kalangan yang dipilih.
Saudara-saudara,
- Saya tekankan bahawa selain daripada TVET yang kita bagi tumpuan yang besar dengan kerjasama PETRONAS, dan Government-Linked Companies (GLC), memang saya tidak dapat nafikan tetapi saya tidak fikir Malaysia boleh melonjak ke depan dengan hanya pertahankan apa yang ada. Sistem pendidikan kita memang baik, tenaga kerja kita dan jurutera kita baik, lulusan TVET kita baik tetapi tidak cukup dalam persaingan dan perubahan yang sangat cepat.
- Saya sering menyebut tentang apa yang disebut zaman atau era pasca normal (Postnormal Times). Postnormal Times itu apa? chaotic, complex, and contradiction tetapi, kepesatan perubahan atau kepantasan perubahan itu menakjubkan. Orang yang memikir dan mengurus dan mengikut kaedah lama akan ketinggalan. Kita mahu Malaysia ini hebat, terangkat, maju dan dapat bersaing dengan semua negara-negara maju. Kita tidak boleh capai kalau kita gunakan kaedah lama.
- Saya mahu PERKESO dengan KESUMA mendepani persoalan ini, ada kebebasan dan ruang, upskilling yang luar daripada sistem pendidikan yang kita biasa dan kenal, dan insya-Allah dengan Menteri, Timbalan Menteri, KSU dan juga tenaga keluarga PERKESO, saya harap ambil perhatian.
- Saya tidak punyai jawapan dalam semua perkara ini tetapi yang saya tahu kalau kita tidak lakukan perubahan, kalau kita tidak bersedia meninggalkan kaedah lapuk yang lama, memikirkan ke depan, menggali dan memperkenalkan instrumen, ikhtiar baharu, menggunakan beberapa ruang dan kaedah baharu, kita akan ketinggalan.
- Saya tekankan hal ini kerana saya yakin KESUMA dan PERKESO punyai keupayaan sama ada pelajar atau pelatih itu OKU atau tidak, bagi saya itu secondary. Yang penting peluang mesti diberikan. Kita akan ketepikan beberapa kaedah dan karenah birokrasi, KSU akan pastikan dan kita akan cuba robah apa-apa peraturan yang ada asalkan bawa kepada Menteri dan Kementerian dan seterusnya kalau perlu ke Jemaah Menteri dan saya akan bagi jaminan, selagi saya dapat amanah ini, saya akan pastikan kita boleh rombak asalkan kita boleh capai kemajuan yang diharapkan kerana Malaysia berhak terangkat semula sebagai negara maju dan hebat di dunia.
- Itulah tujuan saya hadir pada hari ini, memperkukuh keterangkuman, memastikan kita beralih dengan anjakan baharu, tidak terikat melainkan yang baik dan perlu dipertahankan dan robahlah dengan sebaiknya. Istilah-istilah memukau tidak akan bermakna, anjakan paradigma, perubahan menyeluruh, ini semua slogan. Akan tetapi yang akan menentukan ialah dalam tempoh satu bulan ini, apa cadangan khusus PERKESO dan KESUMA diangkat kepada Menteri supaya dapat dimaklumkan kepada saya dan Jemaah Menteri.
- Berapa lama? Satu bulan. Satu bulan keputusan yang dibuat, cadangan bagaimana boleh kita adakan kejutan baharu dalam bentuk latihan termasuk apa yang dimaksudkan upskilling jauh lebih hebat daripada apa yang kita lakukan sebelum ini dan ini saudara tahu gesaan kita dalam beberapa perkara yang kita lakukan.
- Saya pergi ke Melaka Tengah, melihat IPD, sudah daif dan lusuh maka kita bagi tempoh satu bulan dalam rencana pemindahan dan laporan dalam satu bulan. Maka tadi dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, ada laporan tentang tindakan ini diambil.
- Saudara, kalau ada di bawah pimpinan Menteri dan KSU, pastikan laporan satu bulan maka kita tahu ada tindakan iaitu Laporan Kemajuan tiap bulan dan saya harap rakan-rakan PERKESO tidak anggap ini sebagai satu beban tapi suatu kesempatan luar biasa bahawa PERKESO diberikan amanah dan kepercayaan yang besar untuk membawa perubahan yang sangat mendesak dan kritikal bagi negara Malaysia tercinta.
Terima kasih.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS SAMBUTAN HARI HASIL KE-28
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
1 MAC 2024 (JUMAAT)
DEWAN BANGSAWAN, MENARA HASIL
CYBERJAYA
Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh,
Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam Malaysia MADANI.
- Alhamdullilah kita dapat bersama-sama pada pagi ini dalam Sambutan Hari Hasil ke-28. Saya memberitahu kepada YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq bin Jamaluddin sebentar tadi, inilah julung kalinya, pada hari yang diadakan Mesyuarat Jemaah Menteri pada jam 9.30 pagi, saya dipaksa hadir untuk bersama-sama di sini.
- Saudara dapat bayangkan betapa pentingnya harapan pimpinan negara dan rakyat, menganggap ini sebagai antara institusi atau agensi utama negara sehingga saya merasakan perlu untuk hadir secara peribadi walaupun hari ini agak mendesak.
- Di antara sebabnya ialah kerana khidmat dan jasa serta pengorbanan saudara. Agensi ini perlu untuk memastikan hasil yang lumayan dan hasil itu, kalau diikat dengan konsep negara MADANI, dengan tatakelola yang baik, pengurusan yang cekap, mengelakkan daripada ketirisan pembaziran dan rasuah, pulangan itu adalah kepada rakyat dan negara.
- Asas cukai kita masih rendah iaitu 11%, jauh lebih rendah daripada Thailand 16.4% atau Singapura 12.6%. Oleh yang demikian, tugas kita itu lebih mencabar kerana dengan asas cukai yang rendah dan berhadapan dengan bilangan syarikat yang membayar cukai pun relatif rendah. Syarikat-syarikat yang ada di negara kita umpamanya, dari 1.5 juta syarikat berdaftar di Malaysia, kurang dari setengah juta itu yang membayar cukai – 435,000.
- Ini bermakna kurang daripada 29% syarikat berdaftar yang membayar cukai. Saya sentuh atau singgung hal-hal sedemikian untuk menjelaskan betapa mendesak dan perlu kecekalan, kecekapan, kepantasan, pengurusan dan pendirian rakan-rakan dan keluarga Lembaga Hasil Dalam Negeri, untuk menjalankan tugas mengingatkan bahawa jumlah yang membayar itu kecil dan hasilnya itu sangat diperlukan bukan sahaja untuk menjamin pertumbuhan negara tetapi untuk memberi keselesaan kepada rakyat.
- Kendati pun begitu, pada tahun 2023, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kerana Lembaga Hasil Dalam Negeri berjaya mencipta sejarah baharu dengan kutipan cukai sebanyak RM183.34 bilion, lebih dari RM7.8 bilion atau 4.49% dari jumlah kutipan tahun sebelumnya.
- Seterusnya, saya kaitkan dengan urusan tatakelola kerana saya seringkali tekankan di mana-mana acara, di Parlimen dan di luar Parlimen bahawa negara ini harus beralih daripada keselesaan dan kebiasaan untuk menerima kenyataan bahawa mencuri, mengizinkan ketirisan, membiarkan pemimpin-pemimpin menggondol kekayaan yang bukan hak mereka itu nampak dibiarkan.
- Jadi akhirnya, kita lihat umpamanya segelintir kecil yang berkuasa, baik di kalangan politik ataupun penjawat awam dan juga di syarikat-syarikat kerajaan memperoleh kekayaan yang luar biasa. Saya mahu hentikan amalan ini dan di antara jentera yang kita harapkan selain dari SPRM, di kalangan penjawat awam dan utamanya ialah keluarga Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menyelamatkan bangsa dan Negara.
- Aspirasi MADANI ini kalau tidak dihadam, dihayati akan hanya menjadi slogan sahaja sebab tu pada hari Jumaat yang bertuah ini kita harus ingat apa erti keyakinan – “Yaaa aiyuhal lazeena aamanus tajeeboo lillaahi wa lir Rasooli izaa da’aakum limaa yuhyeekum” (Surah al-Anfal:24), itu seruan dan gagasan Al-Quran Al-Karim kepada yang beriman.
- Menjalankan dan menyeru ke arah kebaikan itu adalah tuntutan tetapi bezanya bukan hanya “izaa da’aakum”, seruan pengurusan harus baik, elak ketirisan, tolak rasuah dan penyelewengan tetapi kita terus mengizinkan. Ukurannya itu bukan sekadar menyeru “izaa da’aakum”, tetapi menghayatinya dalam diri kita, jabatan kita dan bagaimana kita melaksanakan dan menghayati “limaa yuhyeekum” – actualization of the ideal atau cabaran yang penting.
- Saya tekankan hal ini kerana saya percaya insya-Allah, YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq bin Jamaluddin meneruskan usaha rakan-rakan terdahulu dan dapat terus meningkatkan usaha.
- Penyakit kita ini di antara lain adalah kita selesa. Apa lagi masalah kita? Kita sudah tingkatkan hasil, kita sudah kurangkan ketirisan tetapi dalam hidup ini kalau kita tidak Strive for Excellence atau dalam rumusan hadis Nabi Muhammad SAW, “Itqan Fil Amal”, tidak efisien dan Excellence in Action, maka amalan kita itu tidak ada tanda manusia.
- Sebagai seorang manusia apatah lagi manusia muslim itu harus dinamik, harus tidak mudah rasa selesa, tidak jumud dalam memahami ilmu, menguasai ilmu atau melaksanakan tugas atau mencari pendekatan-pendekatan baharu. Harus sentiasa rasa dirinya tercabar dan membuat sesuatu yang lebih baik serta bertanggungjawab kepada jabatannya, kepada rakyatnya dan yang utama kepada Allah SWT.
- Sebab itu saya menggesa rakan-rakan untuk merasakan sama-sama bertanggungjawab kerana sudahlah jumlah syarikat kecil yang bayar. Kalau kita lihat permainan angka 31 Disember 2023, pembayar cukai individu di Malaysia ini 5.7 juta, masih belum mencapai tahap negara berkembang yang sepatutnya.
- Namun yang demikian, pada hari ini saya tidak boleh menafikan kerana langkah-langkah diambil, ikhtiar-ikhtiar atau inisiatif-inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri telah berjaya meningkatkan hasil kepada negara. Jadi saya mengulangi, pengiktirafan itu dan penghargaan itu, dengan harapan terus meningkat lebih baik daripada unjuran tahun 2024. Itu adalah cabaran bagi YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq bin Jamaluddin.
- Dalam pada itu, kita tahu juga Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0, sehingga 15 Februari 2024, Lembaga Hasil Dalam Negeri telah menerima 68,806 kes pengisytiharan sukarela berjumlah RM610 juta daripada pembayar cukai baru dan sedia ada. Akan tetapi, saya tekankan secara umum di Asia Pasifik, kutipan kita itu masih rendah.
- Kita mewarisi hutang yang tinggi, defisit yang membengkak, walaupun begitu cabarannya, Alhamdulillah dengan kepantasan rakan-rakan di perbendaharaan di bawah YBhg. Datuk Johan bin Mahmood Merican, kita dapat mengurangkan 5% dan insya-Allah akan terus berkurang.
- Mengapa harus kita mengurangkan defisit? Kalau kita terus meningkatkan hutang dan defisit, itu akan menjadi beban kepada generasi akan datang. Kutiplah hasil banyak mana pun tetapi amalan kita terus boros dan tiris, bebannya kepada generasi akan datang. Itu bukan pimpinan yang bertanggungjawab. Sebagai contoh, ibu bapa demi keselesaan anak-anak, hutangnya meningkat lalu meninggal, beban itu jatuh kepada anak-anak. Itu bukan pengurusan yang baik.
- Kita warisi iaitu kegagalan pimpinan yang terus berbelanja secara boros dengan ketirisan begitu banyak. Kita tidak boleh lagi meneruskan dan mempertahankan sistemnya. Inilah sebab usaha-usaha diambil untuk meningkatkan keyakinan.
- Pelaburan masuk dengan rekod tertinggi dalam sejarah kerana keyakinan pelabur domestik dan pelabur luar. Inflasi di tahap terendah. Kadar pengangguran kian rendah. Kita cabar dengan kedudukan ringgit dan saya terangkan di banyak tempat walaupun ada kritikan dan rakan-rakan di perbendaharaan dan Bank Negara mengambil langkah-langkah yang wajar tetapi tidak wajar untuk hanya dikaitkan soal ringgit padahal inflasi rendah.
- Pada krisis tahun 1998, nilai ringgit jatuh merudum dan inflasi terus melonjak. Pelaburan tidak datang, pengangguran meningkat dan syarikat-syarikat yang muflis itu mencecah ratusan ribu. Hal sedemikian tidak berlaku. Jadi kita seharusnya melihat dalam konteks keseluruhannya.
Saudara-saudara,
- Bagi terus mengangkat martabat rakyat dan negara, hasil sangat penting. Untuk apa kita mengutip hasil? Saudara lihat pada tahun ini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) meningkat, memberi manfaat kepada hampir 10 juta rakyat daripada 7-8 juta rakyat sebelumnya. SARA iaitu Sumbangan Asas Rahmah, dahulu memberi manfaat kepada 210,000 rakyat, sekarang memberi manfaat kepada 700,000, rakyat. Hasil peningkatan itu daripada mana? Bagaimana mungkin kita meningkatkan sumbangan. Jadi, saya berharap orang yang menerima SARA dan STR jangan lupa jasa Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kastam dan lain-lain.
- Kalaulah tidak kerana usaha saudara, tidak dapat kita meningkatkan. Untuk pekebun kecil getah kita tambah, untuk nelayan kita tambah, untuk anak pergi ke sekolah kita tambah, peruntukan baiki tandas seluruh negara tahun lalu kita tambah. Tahun ini perumahan penjawat awam, perumahan polis dan tentera, kita telah memberi peruntukan tambahan, ini adalah hasil yang membantu kita memberikan pulangan balik kepada rakyat.
- Walaupun saya sebut beberapa projek tambahan termasuklah tebatan banjir dan lain-lain. Semua yang kita lakukan itu di antara penyumbang utama tentunya rakyat tetapi kecekapan saudara-saudara membantu secara langsung kepada rakyat. Mudah-mudahan Allah SWT memberikan ganjaran yang setimpal kepada saudara-saudara kerana jasa untuk membantu mengurangkan beban rakyat susah di negara kita.
Saudara-saudara yang dihormati sekalian,
- Sebentar tadi, YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq bin Jamaluddinada menyebut tentang kecekalan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk terus menyempurnakan tugas mereka iaitu mengutip cukai dan hasil daripada semua tanpa mengira kedudukan mereka.
- Jika saudara masih ingat dahulu, apabila saya membantu menetapkan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi, ia tidak mudah. Pada ketika itu tidak mudah tetapi saya bangga kerana saya dapat memberi sedikit sumbangan untuk tidak menjadikan hasil ini sebagai Jabatan.
- Ada sejarahnya. Saya datang ke Jabatan Hasil Dalam Negeri masa itu dan saya mendengar laporan. Kemudian mereka beritahu pada ketika itu terdapat puluhan syarikat-syarikat raksasa dan gergasi yang terkenal di negara ini tetapi sukar membayar cukai. Ada yang membayar setengah, ada yang baru suku. Kerana mereka itu terlalu besar, gergasi dan naga, siapa berani singgung? Tetapi apabila saya berbicara dengan pimpinan pengurusan jabatan ketika itu, mereka berkata kalau ada kesediaan menteri untuk memberikan laluan, beri kami tempoh berapa bulan dan mereka laksanakan sebaiknya.
- Saya hormat sikap yang demikian dan mereka pergi secara berani tanpa mengira di peringkat bawah termasuk gergasi dalam perniagaan dan mereka berjaya mengutip hasil buat pertama kalinya kerana sikap dan ketegasan kita bersama.
- Mengenang jasa mereka, kesungguhan dan pengorbanan, malah risiko yang mereka hadapi, saya memutuskan untuk menaikkan Jabatan menjadi agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri.
- Jadi saya harap semangat itu kekal supaya jangan ada orang yang rasa kerana pengaruh dan kedudukan, mereka terlepas dari bayaran cukai. Ada ke tidak ada? Ada. Adalah keperluan kita lebih tegas kerana kita tidak boleh memberi gambaran yang atas atau paling maha kaya itu terselamat daripada tindakan. Mesti ada kesungguhan dan keberanian saudara.
- Tidak kira kaitan kedudukannya seperti saya selalu sebut, saudara bertugas menjalankan tanggungjawab. Apakah dia Ahmad atau Ah Seng, Tan Sri atau Tun? Jangan dikira. Saudara hanya kira dia bayar cukai itu atau tidak. Kalau tidak membayar cukai, geledah dan ambil tindakan. Barulah hebat saudara-saudara.
- Jadi dengan lafaz “Bismillahir Rahmanir Rahim”, saya dengan ini merasmikan Majlis Sambutan Hari Hasil ke-28 LHDN.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.





KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) — Kementerian Ekonomi diminta menyelaras mesyuarat di peringkat jawatankuasa kerja bagi menyusuli beberapa cadangan berhubung penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura Special Economic Zone (JS-SEZ).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dimaklumkan semasa beliau mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Negeri Johor di Putrajaya, yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, beberapa menteri serta ketua setiausaha kementerian yang terlibat.
Mesyuarat itu juga dihadiri Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan negeri berkenaan.
“Mesyuarat telah membincangkan status terkini kemajuan JS-SEZ dan Zon Kewangan Khas (SFZ),” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di media sosialnya, hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beberapa program dan projek menaik taraf infrastruktur dan kemudahan rakyat juga dibincangkan dalam mesyuarat itu.
“Antaranya Lebuhraya Senai ke Sedenak, Sedenak ke Simpang Renggam dan Senai ke Desaru. Rancangan Tebatan Banjir bagi daerah Segamat, Kota Tinggi dan di Batu Pahat. Pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 dan kerja-kerja menaik taraf Hospital Sultanah Aminah, Bangunan Sultan Iskandar serta Kompleks Sultan Abu Bakar.
“Cadangan penyuraian, pengurusan trafik dan kesesakan lalu lintas di Bandaraya Johor Bahru serta hala tuju Iskandar Rapid Transit. Bekalan air Johor melibatkan Sungai Pontian Besar, Sungai Sedili Besar, Sungai Gembut, Air Layang 2 dan Sungai Johor,” katanya.
Perdana Menteri berkata semua projek itu merupakan inisiatif berimpak tinggi kepada rakyat khususnya warga Johor yang akan menikmati manfaat jangka panjang.
— BERNAMA

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Pengasas Bersama Ketua Pegawai Eksekutif Grab Holdings Inc, Anthony Tan.
Anwar berkata semasa pertemuan tersebut, beliau telah dibentangkan mengenai potensi pelaburan oleh Grab di Malaysia.
“Ini terkait dengan perniagaan seperti Grab dan Jaya Grocer.
“Selain itu, pengoperasian GX Bank (di Malaysia) dijangka melibatkan pelaburan sebanyak RM1.5 bilion untuk tempoh lima tahun akan datang,” kata Anwar menerusi hantaran di laman sosial Facebook beliau, hari ini
GX Bank Bhd merupakan bank digital di Malaysia yang dibentuk menerusi usaha sama antara Grab Holdings Ltd dan Singapore Telecommunications Ltd (Singtel).
Selain itu, kata beliau, pertemuan tersebut turut membincangkan bagaimana Grab dapat berkembang dengan model perniagaan yang dapat membantu masyarakat dan perniagaan Malaysia meningkatkan peluang menjana pendapatan.
“Semoga kecekalan saudara Anthony akan menjadi pendorong kepada anak-anak Malaysia lain terutamanya yang berminat menceburi bidang keusahawan teknologi,” kata Anwar.
Tan merupakan usahawan kelahiran Malaysia yang berjaya mengasaskan syarikat teknologi yang disenaraikan di Bursa Saham Nasdaq, Amerika Syarikat.
Grab kini mempunyai modal pasaran sebanyak US$12.34 bilion (1US=RM4.75).
— BERNAMA
