TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS PERASMIAN MINGGU SAHAM AMANAH MALAYSIA (MSAM) 2024


 

TEKS UCAPAN

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

MAJLIS PERASMIAN

MINGGU SAHAM AMANAH MALAYSIA (MSAM) 2024

 

 

22 OGOS 2024 (KHAMIS) | 3.30 PETANG  

 


SETIA ALAM CONVENTION CENTRE, SHAH ALAM

SELANGOR

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Alhamdulillaahil lazeee anzala ‘alaa ‘abdihil kitaaba wa lam yaj’al lahoo ‘iwajaa,

Wasallallah hu ala saidina Muhammad,

Wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.

 

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin Bin Shari,

Menteri Besar Selangor;

 

Yang Mulia Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda,

Pengerusi Kumpulan PNB;

 

Yang Berbahagia Dato’ Abdul Rahman Ahmad,

Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB;

 

Yang Berhormat Speaker dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor; 

 

Keluarga PNB dan semua yang hadir terutama anak-anak yang dikasihi sekalian.

 

 

  1. Alhamdulillah, kita dapat sama-sama dalam menjayakan majlis yang sangat bermakna. Marilah kita imbau sejarah tentang penubuhan PNB pada mula peluncuran amanah saham, malah seluruh strategi mengangkat martabat bumiputera yang dianjurkan oleh Almarhum Tun Abdul Razak.

 

  1. Bulan ini Bulan Kemerdekaan, justeru ambil kesempatan peringatan terutama kepada anak-anak muda yang hadir mengimbau pengalaman supaya kita faham kerangka pemikiran ibu bapa kita terdahulu untuk menyelamatkan negara dan bangsa.

 

  1. Keputusan mengenakan, meluncur dan memperkenalkan program memperkasa ekonomi bumiputera lanjutan daripada kejutan politik yang menggemparkan. Peristiwa yang tidak harus berulang. Kerana berlakunya kekecohan akibat diizinkan kegiatan sumpahan melampau. Meniupkan api perkauman menyebabkan bukan pembangunan tetapi kebencian. Sebab itu apa yang disebut oleh Saudara Amiruddin itu sangat relevan.

 

  1. Kalau kita bicarakan soal menyelamatkan kaum dan bangsa itu dengan cara yang positif bagaimana mengangkat kedudukan mereka bukan mendengar maksud menghancurkan sesiapa. Itulah kerangka yang dibuat oleh bapa kita terdahulu. Sebab itu keluarga PNB, anak-anak yang hadir, harus ingat, bahawa negara harus punyai arah yang jelas.

 

  1. MADANI kita perkenalkan ini ialah kerana kita mahu menekankan kemampanan dan pertumbuhan yang segar. Negara tidak mungkin berjaya kalau tidak dipacu dengan kadar yang lebih laju agar kekayaan itu boleh diagihkan secara saksama, dan ini juga landasan pemikiran bapa-bapa dalam bincang soal growth (pertumbuhan) and equity (kesamaan). Jadi, bila kita bicara soal pertumbuhan, kemampanan dalam bidang ekonomi ialah memperingatkan semua termasuk kalangan yang sudah berhasil dan berjaya.

 

  1. Siapa yang boleh anggap bahawa kejayaan ekonomi, bank, syarikat-syarikat besar itu hanya kerana kuasa, pengaruh dan usaha mereka? Tidak. Jawapannya kerana negara mengizinkan, pasukan keselamatan berkhidmat, tenaga kerja dari atas sampai bawahnya serta dasarnya, jadi keseluruhan sistem dan ekosistem membantu menyelamatkan dan mengangkat.

 

  1. Tetapi bila kita ada kejayaan, tugas kita ialah memastikan ada prinsip keadilan dan pengagihan yang saksama. Kesenjangan yang melebar itu tidak pernah dalam sejarah dapat dipertahankan. Malah dalam sejarah kita lihat kebanyakan kekacauan, pembenturkan bukan sahaja dari segi idea tetapi pertentangan dan pergaduhan. Justeru kerana terlalu lebar, terdapat jurang di antara golongan maha kaya dengan yang miskin.

 

  1. Saya tegaskan hal ini kerana sangat relevan dengan usaha keluarga PNB keseluruhannya. Bukan setakat kejayaan yang luar biasa. Jadi saya ucap tahniah!, 12.5 juta pemegang unit bukan perkembangan yang mudah, itu atas dasar titik peluh keringat dan idea.

 

  1. Dan lebih utama, soal yang kadang-kadang didapati defisit dalam negara kita termasuk dalam agensi-agensi bumiputera iaitu luntur integriti. Orang yang guna kuasa bila diberikan tempat atau nama bumiputera, gunakan itu untuk mengaut kekayaan peribadi dan merosakkan agensi tersebut.

 

  1. PNB seperti juga PETRONAS, alhamdulillah di antara agensi yang kita banggakan kerana dapat pertahankan integriti sebagai suatu agensi untuk menyelamatkan bangsa dan negara. Jadi saya harap semangat ini dipulihkan. Di antara tugas kita dalam negara MADANI ini ialah memperbaiki tatakelola.

 

  1. Seperti mana saya sebut baru-baru ini. Saya mahu agensi bumiputera itu mengepalai, mengetuai, memberi contoh dan teladan. Bagaimana kita urus dengan penuh tanggungjawab, dengan integriti, dengan kecekapan, dengan sikap ihsan kerana tidak ada pembangunan dan kemampanan dan pertumbuhan negara tanpa kasih sayang, ihsan dan pertanggungjawaban.

 

  1. Jadi saya ingin sekali lagi menekankan keutamaan isu tatakelola dan pengurusan yang sentiasa menekankan soal ketelusan, pertanggungjawaban dan mungkin kerana ini juga kita lihat umpamanya kejayaan mencatat pengagihan pendapatan ASB.

 

  1. Tahun lepas RM5.25 seunit ketimbang RM4.60 seunit pada tahun 2022. Tahniah sekali lagi! Malah ASM juga mencatat di akhir Mac 2024, 4.75 sen seunit ketimbang 4.50 sen seunit pada tahun 2023.

 

  1. Jadi bagi kita yang mendapat manfaat, bagi anak-anak yang mengikuti, bukan automatik sudah labuh hasil itu diperolehi jika diurus dengan baik dan pengurusannya tahu bahawa setiap sen dan ringgit yang dibelanjakan, tetapi ini adalah hasil pengorbanan pencarum yang banyak, penyimpan dan pelabur.

 

  1. Kadang-kadang ikut pengalaman ‘atuk’ ini bila orang ada kedudukan dia lupa. Selalu saya sebut sudah ramai dengan banyak kali. Terutama bila kawan kita pegang kuasa dia lupa lalu terpukau dengan kilauan dan kemegahan kuasa. Maknanya apa yang boleh dirompak, diambil dan cuai dalam tindakan. Kemudian bila jatuh, bila terkeluar, baru mengeluh. Marah hari-hari ke sana ke sini.

 

  1. Sebab itu ujiannya baik kepada pimpinan politik, pengurusan PNB di semua peringkat dan syarikat-syarikat yang berkaitan, ujian ialah melakukan sebaik mungkin semasa kita ada kuasa dan pengaruh. Kerana untuk beban selepas itu tidak akan memberi sebarang makna.

 

  1. Ukuran rakyat dan tanggungjawab kita kepada Allah SWT itu semasa kita memegang amanah dan kuasa. Sebab itu kerana kejayaan-kejayaan inilah mendorong saya mengambil keputusan untuk buat KIGIP di Kerian dengan Hi-Tech dan teknologi hijau. Itu saya fikir pengurusan yang telah teruji dan kita menaruh harapan adalah keluarga PNB dan SD Guthrie untuk membangunkan KIGIP merupakan satu usaha pertama dalam bidang teknologi yang kita amanahkan sepenuhnya kepada SD Guthrie di Kerian.
  2. Jadi saya harap insya-Allah hal ini dapat dijayakan dengan baik. Rakan-rakan sedia maklum saya tidak ikut unjuran bila akan siap walaupun perancangan telah disusun, saya tidak sabar, saya mahu siap sekarang, luncurkan tahun depan iaitu program baru dan mereka sambut dengan sangat positif. Saya salute kerana semangat yang ditunjukkan oleh mereka.

 

  1. PNB juga telah diberi mandat oleh Kerajaan untuk menyokong inisiatif memoden industri Malaysia, iaitu menerusi program pengaktifan dan reformasi badan-badan berkaitan Kerajaan yang juga disebut gear up. Maknanya seluruh kekuatan kita ini, harus digabung, diselaraskan untuk menumpu dan fokus kepada bidang-bidang baharu yang memberi manfaat kepada lebih ramai. Kita ada umpamanya berdepan dengan digitalization, apa yang disebut sebagai transformasi digital, kita juga ada bidang baharu yang disebut sebagai transisi tenaga. Maka kita harus selaraskan kekuatan badan-badan dan beri fokus supaya tindakan itu dan hasilnya lebih berkesan.

 

  1. Awal pagi tadi saya baru sahaja tiba dari New Delhi untuk berbincang bersama dengan Perdana Menteri Narendra Modi dan pelabur-pelabur serta pengusaha utama di India. Saya lihat fokus mereka juga serupa, iaitu kalau negara itu mahu pacu pertumbuhan yang lebih cepat, maka mesti ada kesediaan untuk melakukan anjakan.

 

  1. Tidak boleh lagi PNB mengharap umpamanya untuk bergerak dan mencapai kejayaan mengikut strategi 20 tahun yang lalu. Kerana cabaran semasa dan tuntutan zaman berubah dan beredar apa lagi dengan teknologi baharu. Seperti mana yang kita ungkapkan selalu, transformasi digital itu bukan istilah popular, ini dibicarakan 20-30 tahun yang lalu. Transisi tenaga turut dibicara dahulu tetapi tidak sekuat sekarang. Jadi ada hal-hal yang baru yang menuntut kita berikan perhatian. Sebab itu bila PNB dan keluarga PNB mengepalai satu gagasan baru, teknologi hijau dan kawasan hi-tech di Kerian KIGIP saya anggap ini suatu permulaan yang sangat baik kerana apa yang disediakan juga adalah ekosistemnya.

 

  1. Kita siapkan KIGIP, kita tanya siapa yang akan bekerja? Tentunya anak-anak muda dalam bidang AI, kejuruteraan, teknologi, teknologi hijau, hidrogen atau green hydrogen, ammonia dan lain-lain bidang yang harus dikuasai. Bagaimana kita harus lakukan? Tentunya sistem pendidikan harus diubahsuai. Tenaga pengajar dibawa sama ada dari dalam negara atau dari luar negara.

 

  1. Saya tanya salah satu usaha yang dilakukan di India. Kita ada masalah sekarang kerana STEM tidak cukup. Yang ambil matematik dan sains berkurangan. Dan semua yang lulus itu ada tempat. Tapi kita perlu 50,000 hingga 60,000 jurutera dan lulusan TVET dalam bidang-bidang yang saya sebutkan tadi dan kini keperluannya mencecah lebih 150,000.

 

  1. Satu syarikat baru yang mengembangkan usaha mereka dan pelaburan di Kulim Hi-Tech yang saya lancarkan bulan lalu berkembang kepada pelaburan baru, mulanya 5 bilion Euro menjadi 6 bilion Euro, hampir 25 bilion ringgit. Mereka memerlukan 4000 jurutera dalam tempoh 1 hingga 2 tahun ini. Jadi mereka perlu ribuan anak lulusan TVET yang mengkhusus (specialist) dalam bidang ini. Jadi kita harus gerakkan seluruh ekosistem ini yang juga terkait dengan supply chain yang dulu kurang menjadi keutamaan kita.

 

  1. Saya bertanya kepada salah satu syarikat di India mengenai perkara ini dan satu berita yang sangat menarik, katanya mereka sudah cuba, bukan sahaja lulusan STEM, matematik dan sains, tetapi juga liberal arts tetapi diberikan crash course, crash program untuk melihat sama ada mereka mampu menyesuaikan dengan bentuk latihan baru untuk memenuhi keperluan teknologi baharu yang dianggap teknologi tinggi dan digital.
  2. Jadi saya harap PNB akan juga beri perhatian ini sebagai salah satu jentera untuk memikirkan bagaimana dapat diadakan sinergi dengan syarikat-syarikat sedemikian dan membentuk latihan yang diperlukan. Kita perlu laksanakan perkara ini segera kerana negara mendapat tarikan pelaburan yang lebih meningkat sekarang dan untuk itu beberapa kerangka baru perlu diperkasa dan diperkenalkan.

 

  1. Pada hari ini juga PNB dan ASNB melancarkan apa yang disebut Celik Kewangan Belia MADANI. Kecelikan ini penting, iaitu pencerahan. Dahulu kita sebut alphalization iaitu kecelikan dari segi pendidikan asas ataupun kemudian kecelikan budaya cultural literacy. Dan sekarang kita rasa selain daripada kecelikan politik, kecelikan budaya, penyelidikan pendidikan asas, ada keperluan kecelikan kewangan, financial literacy. Dan kecelikan kewangan ini, diperkenalkan idea dengan rakan PNB supaya ada minat komitmen untuk melabur.

 

  1. Mulakan secara yang realistik dan praktikal. Pemberian dana awal akan diperkenalkan di semua IPT dan mungkin dikembangkan sedikit ke politeknik dan vokasional. Apabila mendaftar sahaja ke universiti atau di kolej terus dimasukkan RM50, untuk menggalakkan saudara tambah sedikit-sedikit dan disimpan 5 tahun tidak boleh dikeluarkan. Jadi mudah-mudahan dengan simpanan tambahan daripada dana asas itu boleh kita galakkan kefahaman tentang apa erti pelaburan dan jaminan masa depan.

 

  1. Dana awal yang disediakan oleh PNB dan syarikat-syarikat berkaitan adalah RM50 juta dan kita harap seluruh anak ini yang hadir kempen sedikit-sedikit lagi dengan kawan-kawan kerana menyasarkan 200,000 pelajar setahun. Saya percaya universiti dan kolej-kolej juga akan memberikan kerjasama supaya memudahkan program ini.

 

  1. kadang-kadang kita umum, tapi perlaksanaan itu banyak perleceh. Sebab itu apabila saya umum kenaikan gaji penjawat awam baru-baru ini dengan tepukan gemuruh saya terus bagi amaran. Hari ini umum hari Jumaat, hari Isnin kalau tidak ada di JPJ, di hospital, di lapangan terbang, di kastam kalau lembap macam dulu juga saya tarik balik peruntukan itu.

 

  1. Alhamdulillah, kerana kita pantau setiap hari, memang ada satu sikap baru dan budaya yang lebih baik di kalangan penjawat awam dan saya ucapkan tahniah dan insya-Allah wang akan disalurkan.

 

  1. Sekali lagi saya ucap terima kasih kepada seluruh keluarga PNB kerana ikhtiar yang terus-menerus membela nasib rakyat kerana program ini bukan sahaja program kecelikan. Program ini memenuhi suatu kerangka dasar penting dalam negara kita, mengurangkan kesenjangan dari kalangan kaya dan miskin dan menyelamatkan negara daripada keresahan golongan yang merasakan diri mereka terpinggir.

 

  1. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia 2024.

 

Assalamualaikum, warahmatuhallahi wabarakatuh.

 

 

TEKS UCAPAN

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

MAJLIS PELUNCURAN TRANSFORMASI EKONOMI BUMIPUTERA (PuTERA35)

 

 

19 OGOS 2024 (ISNIN)

 

PUTRAJAYA

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Alhamdulillahilladzi arsala rosulahu bil huda wa dinil haq. Liyuzhhirohu ‘alad dini kullihi. Wa kafa billahi syahida.

Wa Nusalli Wa Nusallimu ‘ala rasoolil kareem, Wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.

 

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi

Timbalan Perdana Menteri

 

YB Tuan Mohd Rafizi Bin Ramli

Menteri Ekonomi

 

YBhg. Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar 

Ketua Setiausaha Negara

 

Menteri-Menteri, Timbalan Menteri, Timbalan Premier, Menteri Besar Selangor, rakan-rakan yang saya dimuliakan.

 

  1. Alhamdulillahirabbil alamin dalam masa singkat kita cuba menyusuli keputusan-keputusan menerusi keputusan yang lalu dan cuba meletakkan kerangka pelaksanaan yang lebih jelas dalam PuTERA35.

 

  1. Saya berterima kasih kepada rakan-rakan yang mendengar pandangan-pandangan dari pelbagai kelompok sarjana, ahli ekonomi, kepimpinan politik, penjawat awam yang membantu menyiapkan kerangka dan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035.

 

  1. Saya mulakan dengan mengimbau keadaan kenyataan dasar yang juga disinggung oleh Saudara Rafizi dan juga Datuk Seri Zahid iaitu negara harus dipacu dengan tahap kelajuan yang lebih meyakinkan. Dalam masa yang sama negara masih bertapak kepada kenyataan bahawa pemacuan ini tidak harus meminggirkan mana-mana pihak.

 

  1. Maka itulah kebijaksanaan pemimpin lalu khususnya Almarhum Tun Abdul Razak tatkala merangka dasar ekonomi baru. Tapi pimpinan dan juga masa beredar yang menuntut generasi penerus memikir langkah-langkah berikut yang harus dijamin lebih berkesan.

 

  1. Tetapi kerangka pemikiran bahawa pemacuan ekonomi itu harus bersama dengan penyertaan seluruh rakyat tanpa meminggirkan mana-mana suku kaum atau wilayah. Apa lagi negara yang kian membesar dari Perlis ke Sabah dan Sarawak. Ini cabaran utama kita.

 

  1. Sampai sekarang ada lagi wacana di kalangan cendekiawan dan elit bandar yang sentiasa mempertikai kebijaksanaan dasar yang memberikan atau kebijakan ekonomi yang menekankan tentang keadilan sosial dan keadilan bersama.

 

  1. Sebab itu saya ingin jelaskan di sini, bahawa dalam mana-mana dasar pemikiran yang waras dari zaman lampau, zaman Islam sampai sekarang tidak pernah dibicarakan soal pembangunan yang meminggirkan sebagai rakyat.

 

  1. Semasa Khalifah Abu Bakar As-siddiq RA, pemimpin dan bila ada pelanggaran tentang salah satu prinsip, penolakan institusi zakat maka beliau watak yang sederhana watak yang waras dan sabar masih mengambil keputusan tegas melancarkan perang terhadap golongan yang ingkar membayar zakat.

 

  1. Alasannya ialah kerana runtuhnya institusi zakat itu bermakna mengizinkan pertumbuhan ekonomi yang meminggirkan masalah yang dihadapi oleh kalangan miskin.

 

  1. Sebab itu kalau kita lihat dalam sejarah Islam, teguran dan kritikan berbeda daripada ancaman meruntuhkan pemerintahan yang menjadikan pembanterasan kemiskinan itu salah satu tonggak pertumbuhan ekonomi.

 

  1. Sebab itu institusi zakat harus difaham dalam Maqasid Syariah dalam pengertian yang lebih luas. Mutakhir ini pemikir seperti Michael Chandler, Harvard yang mempopularkan karya the Tyranny of Merit. Disebabkan ini saya singgung kerana ada yang memberikan teguran, mengapa kita masih teruskan dengan agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera?

 

  1. Padahal negara harus memacu pertumbuhan, memacu pertumbuhan itu maknanya mengiktiraf merit. Mengiktiraf dan memberikan ruang kepada golongan yang paling pintar.

 

  1. Peringatan Michael Chandler dalam Tyranny of Merit itu penting. Pertama, tiada siapa yang mengatakan bahawa kita harus menidakkan keupayaan sesiapa. Yang paling pintar harus diberikan penghormatan dan pengiktirafan. Kalau kita mahu doktor, mesti doktor yang paling mahir. Dia tidak yang fahamannya sederhana.

 

  1. Kalau kita mahu majlis ilmu agama, kita bukan ambil ustaz-ustaz picisan mesti yang betul-betul arif, alim dan mendalam dalam bidang agamanya.

 

  1. Begitu juga teknologi, nuklear, digital ataupun artificial intelligence (AI). Maka tidak saya maksudkan untuk menafikan. Tetapi peringatan dalam Tyranny of Merit ini ialah bahawa tidak muncul orang yang ada merit ini kalau tidak ada prasarana yang cukup.

 

  1. Dan prasana itu termasuk keamanan, kesejahteraan negara, mana ada kemungkinan orang itu menceburkan diri dalam bidang pengkhususan kejuruteraan peringkat tertinggi atau semikonduktor kalau negara ini kucar-kacir.

 

  1. Maka iktiraf orang memberi sumbangan dalam bidang pertahanan negara dan keamanan negara. Walaupun tahap pemikiran mereka tidak sehandal profesor ekonomi, atau pakar semikonduktor ataupun AI. Ini yang dikatakan humility yang perlu diterapkan di kalangan yang punyai kejayaan.

 

  1. Jadi pertama prasarana, termasuk politik, negara yang aman dan pertahanan dan keamanan. Dan kedua sumbangan semua pihak yang memungkinkan wujudnya kelas terpilih yang disebut merit.
  2. Maka dalam merencanakan dasar dalam negara kita jangan kita tinggalkan itu. Sejarah tidak mungkin dipadamkan dan kenyataan bahawa semua pihak punyai peranan harus diiktiraf sekecil mana pun. Ibaratnya seperti mana kalau kita bicara soal COVID dan penyumbang utamanya tentunya doktor dan jururawat, teknikal dan tukang cuci di bilik bedah semua itu ada peranan.

 

  1. Jadi bila kita beri pengiktirafan, jangan hanya diiktiraf hanya yang mahir dan ketepikan tukang cuci. Kalau dia tidak cuci, tidak sah pembedahan boleh dilakukan.

 

  1. Jadi ini pendekatan yang harus diingat oleh bumiputera dan bukan bumiputera di negara kita. Jangan hanya lihat satu peringkat tertinggi dan meninggalkan kerangka menyeluruh yang mendasari program kita dan kejayaan negara kita.

 

  1. Sebab itu pemikir ekonomi sealiran dengan Michael Chandler seperti John Rose selalu saya tegaskan. Mana ada justice, kalau tidak ada fairness. Justice is fairness.

 

  1. Selalu kita bandingkan kita, kita harus bersaing dan harus iktiraf yang paling pintar, ya. Tetapi mahu disamakan proses perlumbaan anak dari Manik Urai dan Charok Kudong serta Kapit dengan sekolah-sekolah terbaik contohnya ada batas. Sebab itu sementara perancang memikirkan dan memberikan pengiktirafan kepada yang terpintar tidak harus melupakan bahawa ada yang sebelum diberikan ruang peluang yang saksama.

 

  1. Maknanya belum ada keadilan because justice is fairness. Apa yang kita lakukan dalam kerangka perencanaan agenda bumiputera ini tidak terpisah daripada dasar ini.

 

  1. Selain daripada kenyataan bahawa di Malaysia ini ada secara tersendiri. Sebab itu kalangan yang mengurus dan mengendali agensi bumiputera itu dianggap pengkhianat lebih besar kalau mereka merosakkan agensi itu dengan tatakelola yang rendah dan menggunakan agensi dan peluang itu memperkayakan diri dan kelompok mereka dan meninggalkan dan melupa agenda utama untuk mengangkat martabat bumiputera.

 

  1. Dan dalam proses perbincangan dalam wacana kita lebih awal ini kita harus mulakan. Beberapa puluh billion yang dicurahkan, berapa bilion ringgit saham yang diberikan, berapa berat hampir puluhan malah ratus agensi yang didirikan. Apakah mereka merencanakan program secara bertanggungjawab. Dan adakah yang tidak diproses? – accountability.

 

  1. Jadi saya percaya seperti mana disebut oleh rakan-rakan tadi dan dalam perancangan sebelum kita terus tentang peringkat pelaksanaan. Yang hendak laksanakan ni siapa? tentunya yang utama agensi bumiputera. Maka mereka harus pastikan proses pelaksanaan itu lebih teliti, lebih cekap, lebih bertanggungjawab.

 

  1. Dan saya ucap tahniah kepada agensi-agensi penguatkuasaan termasuk SPRM ataupun commercial crime, LHDN dan lain lain. Dan baru-baru ini kuasa yang lebih diberikan kepada Ketua Audit Negara untuk masuk dan memantau.

 

  1. Kerana ini prasyarat kalau tidak kita curah berbillion, dia masih tiris dan bocor dan kesannya tidak sampai ke peringkat akar bumi yang menyebabkan di kalangan anak muda, di kalangan rakyat merasa resah kerana bunyinya hebat, perancangannya itu memukau, tetapi pelaksanaan tidak ke mana.

 

  1. Jadi saya ingin tegaskan hal yang sedemikian. Dan kalau ini dilakukan, saya tidak ambil peduli sangat kalau ada orang yang terus mempertikai siapa kata dasar bumiputera ini mengenepikan kepentingan suku kaum lain.

 

  1. Kalau ada suara-suara yang munasabah tuntutannya kita boleh terima. Bahawa dasar bumiputera di Malaysia ini dasar affirmatif untuk memikir merenung tentang keadaan ketidakadilan, tapi tidak pernah mengenepikan kedudukan anak India dan anak Cina. Apa lagi suku kaum bumiputera. Sama ada orang asli, Sabah dan Sarawak.

 

  1. Dan ini saya harap rakan-rakan termasuk agensi bumiputera, jangan ketepikan. Sebab itu pendekatan baru dan bila kita bicarakan soal miskin tegar, kita tidak lihat dari segi kaum. Siapa yang tergolong di bawah kategori miskin tegar itu harus dibantu.

 

  1. Dan bila kita amanahkan kepada Datuk Seri Zahid ketuai Majlis TVET, dia pastikan Majlis TVET itu tentu memberikan ruang kepada anak bumiputera. Tetapi kalau ada anak Cina, anak India atau Orang Asli dan tumpuan beberapa kawasan terpinggir dan merasakan di pedalaman Sabah dan Sarawak itu mesti diberikan perhatian yang sama supaya semua rakyat dapat diangkat bersama.

 

  1. Saya tekankan TVET ini kerana kita sekarang mencatat satu pelaburan yang sangat menggalakkan. Bulan lalu saya luncurkan program Infineon yang baru. Yang disebut mula EUR 5 bilion, sekarang dah naik EUR 6 bilion Pelaburan syarikat semikonduktor front end yang terbesar luar Jerman, nombor 2 di dunia yang dikenali infineon, mereka pilih malaysia Kulim Hi-Tech.

 

  1. Dan tentunya selalu lihat Selangor, Pulau Pinang, Johor dan kini dalam beberapa tahun sekarang ini tidak semena-mena melonjak. Perhatian pelabur terutama dalam bidang tenaga di negeri Sarawak. Yang kita akan kelihatan sebagai salah satu medan penting dalam menjadikan energy hub bagi rantau ini.

 

  1. Ini semua memerlukan tenaga terlatih yang baru. Maknanya dalam ekosistem kita bicarakan tanggungjawab Kementerian Pengajian Tinggi, tanggungjawab Kementerian Pendidikan, tanggungjawab Kementerian Sumber Manusia dan semua kementerian yang terlibat.

 

  1. Dan tidak boleh lagi kita gunakan pendekatan lama. Ini urusan kementerian ini jabatan ini. Saya sudah beritahu dan saya ucap terima kasih kepada rakan-rakan Jemaah Menteri mengambil satu tindakan lebih terbuka iaitu cuba mengendalikan program latihan ini secara yang lebih bersepadu. Kerana sekarang umpamanya sasaran MARA memerlukan untuk melatih dalam masa 10 hingga 15 tahun ini 60,000.

 

  1. Infineon sahaja memerlukan segera 400 jurutera. Dan dalam proses 4 hingga 5 tahun ini 4000 jurutera. Sebab itu program itu sekarang ini bukan tertumpu kepada satu badan, Khazanah Nasional umpamanya dalam program K-Youth Development mensasarkan latihan 13,300 peserta.

 

  1. Jadi semua harus dipertanggungjawabkan. Di bawah Khazanah Nasional ada apa? syarikat mana, tenaga atau minyak atau kewangan atau bank semuanya boleh dipertanggungjawabkan.

 

  1. Ini bukan urusan kerajaan sahaja, ini urusan negara. Malah saya usulkan seperti mana badan-badan seperti Khazanah harus juga turut melatih anak-anak yang layak diberikan dengan bukan Melayu. Saya juga telah usulkan syarikat-syarikat bukan Melayu juga yang berjaya harus mengambil inisiatif khusus melatih anak-anak Melayu bersama supaya dapat diangkat sebagai joint effort and nasional effort.

 

  1. Dalam pemantauan ini saya percaya jawatankuasa bersama akan pantau, akan tanya umpamanya ada syarikat besar yang dikenali oleh bumiputera yang memberi ruang kepada anak-anak terutamanya miskin bukan bumiputera dan kita juga mahu tahu syarikat-syarikat berjaya di kalangan bukan bumiputera yang harus juga beri perhatian.

 

  1. Dan jangan lupa sama ada bumiputera atau bukan bumiputera sudah kekal dalam negara ini yang aman, sumbangan yang besar dari banyak kalangan sistem yang teratur, politik yang stabil, dasar-dasar yang jelas dan penjawat awam terutama sekarang mulai hari ini jauh lebih efisien daripada sebelumnya. Insya-Allah.

 

  1. Dan saya harap jawatankuasa ini pantau bersama dan wakil dewan perniagaan Cina, India ataupun Dayak dan Kadazan itu boleh dijemput diundang bersama supaya dapat membuat penilaian dan memberikan input mana-mana kelompok yang ketinggalan harus dibantu.

 

  1. Ini bukan urusan Perdana Menteri atau Menteri atau Kerajaan Negeri sahaja. Ini urusan semua pekerjanya nelayan, pekebun kecilnya, Kerajaan dan swasta. Jadi oleh kerana kesepakatan kita, kita telah catat pertumbuhan 5.9% yang jauh lebih baik kepada daripada kebanyakan negara di Asia.

 

  1. Kita runsing dengan inflasi. Inflasi walaupun ada masalah, saya tidak nafikan masih orang keluh kesah soal harga barang. Tapi bayangkan saya sebentar tadi dengan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Turkiye dan Menteri Pertahanan Turkiye.

 

  1. Dalam perbincangan, saya kata apa masalah? saya kata masalah kita ini kos sara hidup. Runsing sikitlah kadar barang naik, dia kata berapa peratus kenaikan 2%, 3% adalah kerana makanan naik 4% oh, dia kata runsing lagi? saya kata runsing. Turkiye berapa? Turkiye inflasi 40%.

 

  1. Jadi kita syukur juga. Kita cuba selesaikan dengan baik. Ada masalah sama di mana kita bicarakan pada hari Jumaat, masalah penjawat awam. Munasabah tuntutan? munasabah. Adakah kita ada keupayaan, belum cukup, tapi kita iktiarkan, usahakan, kebetulan ada berkatnya, kita umum pukul 10.00 pagi naik gaji penjawat awam, pukul 12.00 tengah hari naik pertumbuhan 5.9%.

 

  1. Dan hari ini, ringgit terus terus kukuh dari segi peningkatan iaitu ya di antara terbaik di rantau ini. Ini kalau niat ikhlas amanillah saya percaya kita akan mendapat keberkatan.

 

  1. Begitu juga dalam merangka latihan untuk usahawan bumiputera dalam pemilikan seperti menyebut penyertaan dan program-program yang dilakukan oleh badan-badan yang saya sebutkan tadi, termasuk juga Equinas. Dan ini juga tercatat dalam beberapa kenyataan kita saya tidak bermaksud untuk mengulang. Tapi saya hendak sebut di sini sebab keperluan kita melihat kerangka ini secara menyeluruh.

 

  1. Jarang-jarang berlaku dalam sejarah di mana kita nampak ada kesepakatan muafakat untuk melakukan anjakan. Ada kekuatan, dulu ada kelemahan imej negara kerana dikaitkan dengan rasuah. Ada masalah kelembapan ekonomi kerana politik yang terumbang-ambing.

 

  1. Jadi syukur alhamdulillah, ada ruang. Jadi saya hanya anjur mari kita gunakan ini angkat ekonomi kita. Tingkatkan martabat dan darjat dan harakat bangsa dan rakyat kita. Dan ini memerlukan komitmen atau iltizam semua, semua pihak termasuk penjawat awam.

 

  1. Kerana apa yang dibicarakan tadi oleh kedua-dua rakan kita tadi ialah kita sampai ke tahap pelaksanaan. Dan ini kali pertama juga kalau tidak salah saya di mana semua agensi kerajaan dan syarikat kerajaan masuk KHAZANAH, PNB dan PETRONAS, walaupun dia jauh lebih asing dan bebas, tapi semua kemukakan kerangka bagaimana kita harus sepadankan badan tersebut dengan dasar kita, dengan dasar kerajaan dan ekonomi MADANI juga untuk mengangkat kedudukan bumiputera.

 

  1. Saya di antara Perdana Menteri yang paling sedikit bicara soal bumiputera dan dasar ekonomi bumiputera. Kerana saya lebih berminat untuk memastikan pelaksanaannya daripada menghebahkan dasarnya.

 

  1. Sebagai contoh, bila kita sebut tentang Transformasi Ekonomi Bumiputera, kita ada bandar Malaysia, satu tanah yang paling berharga dalam negara ini. Jangan dunia terlepas pegangan. Sekarang kita wujudkan di bawah perbadanan.

 

  1. Dan sejak merdeka tahun 1957 sampai sekarang, inilah pertama kali kerajaan menangani mengisytiharkan 50 ekar sebagai tanah rizab Melayu. Orang boleh simpang siur politik, kita faham. Tapi riuh rendah siapa Melayu ini, Melayu ini, Melayu itu, tetapi kadang-kadang atas nama lain bumiputera, hak bumiputera dan hak Melayu pun kita sakau.

 

  1. Kalau tidak badan-badan macam Bank Bumiputera, tidak sampai terlingkup. Sebab itu, saya beritahu perbadanan ini akan memastikan tentunya pembangunan untuk rakyat Malaysia. Saya beri jaminan selain daripada tanah rizab Melayu 50 ekar kawasan yang paling strategik yang kosong sekarang ini, perumahan MADANI rakyat akan diberi keutamaan.

 

  1. Baik penjawat awam terutama kategori lebih rendah ataupun rakyat miskin lainnya jadi suku-suku yang lain tidak ada masalah sama sekali.

 

  1. Dan ini pendekatan yang kita tidak harus apologetik. Dan di kalangan bukan Melayu jangan harus jadikan ini sebagai isu. Sepertimana saya sebut kemiskinan tegar, perumahan siapa yang berhak kita berikan?

 

  1. Tetapi kita mahu supaya dasar ini dimaknai melalui program pelaksanaan lebih berkesan. Kita tahu sekarang MAHB ambil alih KHAZANAH dari KWSP sekarang ambil alih. Kontroversi pelbagai, tetapi kita ada tanah yang sangat berharga di Subang.

 

  1. Subang lapangan terbang yang lalu itu harus dibangunkan. Tentunya ada peranan syarikat-syarikat bukan bumiputera. Sekurang-kurangnya tidak salah saya 30% dikuasai, tidak ada masalah kita bangunkan bersama.

 

  1. Tetapi program-program seperti ini yang strategik juga harus memikirkan kepentingan bumiputera agar bumiputera tidak terpinggir dari kota-kota penting termasuk Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Subang.

 

  1. Dan ini perancangan yang harus dilakukan selain di lapangan terbang juga kawasan persekitaran yang memberi faedah kepada rakyat keseluruhannya termasuk agenda bumiputera.

 

  1. Saudara tahu bahawa dari tanah dan kawasan Padang Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, Sampai ke Masjid Negara, Stesen Kereta Api dan Carcosa, itu bukan sebab pusat reformasi dulu, bukan? (nada berseloroh).

 

  1. Pembangunan Kuala Lumpur ini harus ada ciri yang unik. Jangan dianggap sebagai apa yang disebut oleh Mark Twain tatkala melihat Washington peringkat awal beautiful, impressive buildings but culturally barrett dan kita tidak mahu Kuala Lumpur itu jadi konkrit jungle.

 

  1. Maka proses hijaunya dan apa yang disebut kawasan daripada Padang Merdeka, Bangunan Sultan Samad dan sepanjangnya itu akan dijadikan kawasan warisan heritage.

 

  1. Dan kita bicara warisan ini walaupun ada sumbangan daripada kaum lain, warisan di Tanah Melayu ini tentunya yang menjadi tonggaknya masih warisan Melayu yang harus ketara dalam gambaran pembangunan baharu di seluruh koridor dari Bangunan Samad tersebut.

 

  1. Ini yang disebut Transformasi Ekonomi Bumiputera yang lain itu saya percaya rakan-rakan boleh umumkan, tapi saya hendak tumpu dalam hal yang besar ini. Maknanya masih ada, jadi kita ada lihat Kuala Lumpur ini bersih.

 

  1. Pembangunan bumiputera ini bukan sahaja soal bangunan-bangunan besar dan syarikat-syarikat besar termasuk apa yang ditumpukan di Kuala Lumpur. Apa dia? kita hendak semua warung itu bersih kerana yang ke warung dan restoran kecil itu 80% rakyat.

 

  1. Yang ke restoran dan bintang 5, bintang 7 itu hanya mungkin 15% rakyat, tapi kadang kadang yang 80% itu kita pinggirkan. Sebab itu sekarang saya boleh lihat Kuala Lumpur harus berubah wajah memberikan keutamaan kepada apa yang dimanfaatkan oleh rakyat termasuk gerai-gerai di seluruh kota raya Kuala Lumpur.

 

  1. Dan kebetulan majoriti dalam projek gerai, warung restoran kecil dan perumahan MADANI ini tentunya beri keutamaan kepada bumiputera dengan penyertaan suku-suku kaum lainnya Cina, India dan juga Dayak atau Kadazan.

 

  1. Saya sebut ini kerana dalam meluncurkan program Ekonomi Perumahan MADANI baru-baru ini, tidak semua orang semenanjung dapat. Saya lihat ramai juga yang dari berasal dari Sabah atau Sarawak yang diberikan peluang kerana mereka sudah bertugas berkhidmat dan berkorban.

 

  1. Maka mereka harus diberi pengiktirafan. Kalau dia hendak rumah di Kuala Lumpur, kita sediakan rumah di Kuala Lumpur itu dia kerajaan MADANI.

 

  1. Jadi sekali lagi saudara-saudara saya ucap terima kasih kepada rakan-rakan yang menyediakan pelan. Seperti mana yang disebut oleh Saudara Rafizi tadi, Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 perlu, kita hendak merancang, tetapi tanggungjawab saudara dari agensi kerajaan dan syarikat-syarikat kerajaan dari Pjabatan-jabatan dan kementerian. percayalah, kita akan pantau dari dekat dan kita mahu program dan pelan ini berjaya untuk memartabatkan bumiputera dan rakyat Malaysia.

 

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

SPEECH TEXT

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PRIME MINISTER

 

 

FOR

 

INTERNATIONAL YOUNG LEADERS SUMMIT (iFUTURE) 2024

 

 

16TH AUGUST 2024 (FRIDAY)

 

WORLD TRADE CENTER, KUALA LUMPUR

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan

Salam sejahtera,

 

Alhamdulillah, Nahmaduhu Wa Nusolli Ala Rasoolihil Kareem

 

YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir,

Menteri Pengajian Tinggi;

 

YB Senator Dr. Zulkifli Hasan,

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama);

 

YBhg. Dato’ Seri IR. Dr. Zaini bin Ujang,

Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi;

 

YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman,

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi;

 

Naib canselor, Profesor-profesor yg hadir; dan yang pentingnya anak2 yg dikasihi sekalian.

 

  1. Saya turut bersyukur ke hadrat Allah SWT dan berbangga dengan semangat yang anak-anak tunjukkan, berinteraksi seperti mana mengikut nasihat bapa Zambry sebentar tadi. Bagaimana kita harus gunakan ruang ini sebaik mungkin, memanfaatkan waktu, mengikat silaturrahim, menimba pengalaman teman-teman, tetapi pertahankan semangat, cita-cita murni dan idealism. Apa erti hidup tanpa pegangan, tanpa prinsip, tanpa nilai? Apa erti kekayaan, apa erti ilmu kalau tidak dijadikan nilai yang baik itu sebagai paksi.

 

  1. My sons and daughters, let me begin by reminding you, reiterating a fact that you are familiar with. Sometimes, when I was a student leader or young activist, including Zambry, who had the stench of imprisonment under the Internal Security Act, we sometimes are not too keen to listen to lectures lamenting the past and giving unsolicited advice. So, I’m not going to repeat that.

 

  1. I’m talking about love, the subject which is very important to the young and often times even to the old. William Wordsworth, a famous English poet in the Romantic period, explained about the beauty, the passion that will not remain that will be lost in the peace of time. This is something that we have to acknowledge. The only permanent feature is promptly a river. “Men may come and men may go, but I go on forever” (The Brook by Alfred, Lord Tennyson).

 

  1. Although sometimes in this challenge of climate change, the river can be dry. But a more pertinent poem by Wordsworth, talk about the beauty and I would relate to the love story among the young. Remember, this happens only once in your lifetime. The teenager, the young activist. So utilise this to your utmost, learn, have the patience, have the tenacity of purpose, have the conviction that things must change through your understanding and your love for justice and your principled stance in life.

 

  1. Independent mind, critical thinking, not becoming and willing to become lackeys of any groups, but to be independent, to be able to access for yourself through knowledge, through understanding and not to cheap incessant propaganda. Again, go back to Wordsworth.

 

  1. This period is important. Your period. I’ve lost it. I’ve transcended beyond that now. I’m no longer a young man, but I can lament about the past and to remind you, use this opportunity, learn as much, interact, but remain steadfast in your belief. Humanity, compassion, freedom and justice go. Because these are universal traits that is sometimes lost because of opportunism, because of sectarianism, chauvinism and religious bigotry of a narcissism.

 

  1. “What though the radiance which was once so bright, be forever taken from my sight. The glory there was once in the flower, the splendour in the grass are but dreams in summer” (Ode: Intimations of Immortality from Early Childhood by William Wordsworth).

 

  1. So, I want to start with that notion. Use that splendour in the grass, use the time and utilise the glory that is still there in the flower. Because when you pass that age, you will then have to repeat Wordsworth all in the past. Remember with a stanza “What though the radiance which was once so bright, be forever taken from my sight. The glory there was once in the flower, the splendour in the grass are but dreams in summer”. I recollected after a long period to may not be in exact sequence, but that happens to be one of the poems that I wrote to Azizah before we got married. You see, those romantic period is important. No, I’m serious. It’s true. You can ask her (referring to his wife). That’s why she could not avoid but to fall in love because when I wrote it to quoting Wordsworth, I was still ABIM’s president. So, she said, amazing that I could still quote a love poem to her (in a joking tone).

 

  1. But what is important in this context, which I addressed to my sons and daughters, is that to utilise this time. Not everyone, we have millions of students, hundreds of millions in this region. Not everyone will have this opportunity to interact, to get to know one another, to experience the exchanges and learn about the other. This is why we differ. Why do you fight the colonial masters? Why do you reject the notion of condescending exploitation and demeanour by expressing such disgust towards the other?

 

  1. So, when we fight colonialism, in the Indonesia against the Dutch, the Philippines initially against the Spanish, then the Americans, the Vietnamese against the French, and then later against the Americans, the Algerians against the French, the Italians against the Italians, the Indians against the British. Because we want to affect change and ensure that we have a better deal.

 

  1. Those of you in this region who are familiar with Jose Rizal, whom I consider as the precursor of Asian Renaissance. Jose Rizal wrote about the indolence of the Filipinos because that is what the Spanish masters tell them. But the colonial mind say that the indigenous tribes are indolent. Lazy. Then, he said, “What about the great trading nation that was once ours? What about a system in place engaging with our neighbours? So, it can’t be pure laziness”.

 

  1. Here in Malaysia, we have a brilliant study by one of the known sociologists, Professor Hussein Alatas, who talks about the myth of the lazy native. To the extent that post-independence intellectuals would subscribe to the idea. The indigenous tribe are essentially lazy. So strong was the incessant propaganda, the indoctrination by the colonial masters that we finally have to accept and adopt. This is consistent with theory is bounded by Abdul Rahman ibn Khaldun in the ‘Muqaddimah’. We talk about a society after a period of decay taken over by more compelling successful civilization would invariably affect those colonised or weaker countries or tribes by whilst rejecting the colonial rule or alien power, would still subscribe and unwittingly adopt many of their beliefs, customs and cultures.

 

  1. Consequently, it is important for the youth to establish their identity. To believe that we have the capacity only if we have the resolve to be fiercely independent, to learn from the East or the West, but not to be subjected to the ideas, policies of our former colonial masters. This is precisely the role of the young. The challenges are different, of course, but you must start with certain core pillars of belief.

 

  1. To be independent, to assert your own identity, to have faith on your faith and moral values, and to promote compassion and justice within our societies. How many of us after being independent half a century or three quarter of a century, still are subjected to a narrow, obscure, racist, chauvinistic ideas, understanding religion be it Islam or Christianity or Buddhism or Hinduism, not in terms of their message to humanity, but an obscure exclusivist idea that would reject the other.

 

 

  1. So, post-independence Myanmar or India, even Malaysia, Indonesia or the Philippines, you still have problems confronting all societies between the majority and the minority, different religious denominations or tribes and this issue must be addressed. You are here majority Muslims, of course that you have Hindus, Buddhist, Christians. Do you want therefore to acknowledge the fact that it is there “Quli ta’arafu” (which means) to understand, appreciate and know one another, or to continue to sow the seed of discord?

 

  1. So, my first point is about to utilise your time. They have a purpose in life. Second, is to remain steadfast to your ideals, reassertion of our belief and moral values and protect our independence and not to be subjected by any alien rule. Not only in terms of physical military power, but in the realm of ideas. My third point, of course, to address issues confronting us, the issue of race or religion or digitalisation or AI or climate change is not an issue that the leaders of our countries have to address.

 

  1. The issues that we have to address together. Because in many countries, even in Malaysia, sometimes our leaders failed. You give them the mandate, all the powers necessary and often times which are used to enrich themselves, their children and their cronies. Rampant corruption, moral degradation. You continue to grapple with the problem of abject poverty in the midst of plenty. Countries are rich, with resources and of course industrial development, but the segment of population remain poor and marginalised.

 

  1. The youth must stand and speak up and champion the cause of humanity. The sufferings of our people, the marginalised, the poor are our problem, our concern. The destruction of the environment, the corruption in our midst are our concern and we must stand up and speak. Based on certain principles and values. But that’s why I emphasised in the beginning, the need to understand and learn, and not to become mere lackeys or agents by any particular group. You must have the understanding. Our society requires energetic youth with ideas, with ideals and principles, who believe in freedom, who believe in justice, who believe in humanity. And together we can affect change.

 

  1. It is important to understand this basic notion because we have student activism, but sometimes they can be as corrupt as their elders. We have student leaders, but often times they become part and parcel of racist regime. We have societies even evolve in some religious activities, but they become to support the most orthodox, intolerant form of religious belief. This is what I mean, not what we mean by youth activism. This is a form of mental corruption which the young must understand and must have the resolve.

 

  1. As I said, tenacity of purpose. Encourage your conviction to change. So, share your knowledge, interact as much as possible, act wisely, work diligently, learn as much. My period when I was young, we have to learn much. Comes to you, you have to learn much more. Because in the post normal period, the demand is certainly more challenging. In new areas of discipline, unprecedented and in terms of the pace of change is with the speed that is unheard of before. But you ask me, you still will determine the future.

 

  1. So, our duty in Malaysia, for example, that’s why I commend Zambry for taking this initiative and supporting your initiative to make in this period. Because what choice do we have? What choice do we have? Do you want to leave politics, policies and the future with the state of affairs? The answer is, of course, unequivocal. Is no. You are truly youthful with aspirations, with idealism. Then you must accept the fact that idealism means clamouring for change, wanting to be more effective, wanting to do better. That’s the idealism of youth.

 

  1. Youth is not judge only in terms of your age, but your tenacity, purpose, your idealism. What’s so useful with the youth who protects the corrupt and condone racist ideology or religious fanaticism? Where are your ideals? Where is your humanity? The character characteristics of youth, its principled stance, believing in ideals, idealism. That’s why you talk about idealism of youth. Wanting to do better and struggling. In no way will you condone ignorance and injustice and inhumanity.

 

  1. So that’s my central message, beginning with William Wordsworth, remember? “But though the radiance which was once so bright be forever taken from my sight, the glory that was once in the flower, the splendour in the grass, they are all dreams in summer. It will pass”. So now my children, sons and daughters, remember. Utilise, do your utmost, believe that Insya-Allah you can do it.

 

  1. Not only because you are young, because you stand for certain principles and values. And that’s more important in this period of so much hypocrisy and contradictions in our society and in the global community. That’s why when dealing with issues, issue of Gaza, for example, I lament. No, it doesn’t matter whether you are a Muslim or Christian or Buddhist or whatever. They of course in Gaza majority Muslims and there are Christians. But how is it the world with all this level of sophistication, of talking about democratic ideals, of human rights and suddenly you see without exception on a daily basis, babies shot, women killed, now male prisoner raped, and this is tolerant. What sort of society do you believe? Do you believe in the sort of ideas of your elders? No! Sheer hypocrisy and this hypocrisy must be rejected at all cost.

 

  1. So, this is my message to iFUTURE 2024, have that belief and conviction. You want a better Malaysia, want a better Southeast Asia, we want a better ASEAN and Asia and the world. And who would determine the future? It is you, my sons and daughters.

Terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

TEKS UCAPAN

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

PROGRAM MADANI RAKYAT

PERINGKAT ZON SELATAN & SETAHUN EKONOMI MADANI

 

17 OGOS 2024 (SABTU)

 

DATARAN UNIVERSITITEKNOLOGI MALAYSIA

SKUDAI, JOHOR

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Alhamdulillah, Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolilah Kareem

 

Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Dato’ Ghazi,

Menteri Besar Johor;

 

YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,

Ketua Menteri Melaka;

 

YB Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul,

Yang di-Pertua Dewan Rakyat;

 

YB Tuan Mohd Rafizi Bin Ramli,

Menteri Ekonomi yang membantu menyelaraskan acara hari ini bersama 3 Kerajaan negeri. Termasuk YB Arul Kumar a/l Jambunathan yang mewakili Kerajaan Negeri Sembilan;

 

YBhg. Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar,

Ketua Setiausaha Negara;

 

Rakan rakan Menteri, Timbalan Menteri, Pegawai-Pegawai dan Saudara-saudari yang dimuliakan.

 

  1. Alhamdulillah kita dapat bersama-sama dalam acara Program MADANI Rakyat. Sudah keliling ke seluruh negara dan hari ini kita bentangkan hasil kerja kita dan kemudian untuk dinilai sendiri oleh rakyat.

 

  1. Kita bincang tentang projek, tentang strategi, tentang kemudahan, baik pendidikan TVET, projek industri, pelancongan, digital, Ai, dan memperbaiki proses pentadbiran, semua ini saudara sudah dengar sepanjang tahun.

 

  1. Ini kesempatan wilayah Selatan – rakyat Johor bersama Melaka, Negeri Sembilan, melihat sendiri dari reruai (booth) yang disediakan dan menilai apakah yang diumumkan itu dilaksanakan. Ini tujuan kita menunjukkan hasil tindakan yang telah diambil.

 

  1. Kerana kalau tidak nanti ada pengumuman tetapi orang tidak tahu. Bila tidak tahu maka adalah pandangan-pandangan negatif, hasutan seolah-olah tidak ada apa yang dikerjakan.

 

  1. Saudara-saudari, kalau tidak ada apa yang dikerjakan kadar pertumbuhan kita sama tidak mungkin capai 5.9% bagi suku tahun kedua baru-baru ini.

 

  1. Dan kita lihat umpamanya berkat kerjasama semua, Kerajaan, swasta, penjawat awam, rakyat, kalangan pekerja, petani, pekebun kecil, nelayan semuanya menyebabkan ada keyakinan dan ringgit merupakan di antara mata wang yang peningkatannya terkuat di rantau kita, alhamdulillah.

 

  1. Saya tidak bermaksud menyebut lagi kerana tadi dipaparkan beberapa contoh kejayaan. Dan hasil kejayaan inilah kita dapat mengambil langkah yang berani umpamanya kita sebut reform perkhidmatan awam dan manfaat kepada penjawat awam.

 

  1. Dan semalam saya umumkan kenaikan saraan gaji dan elaun penjawat awam yang terbaik dalam sejarah. Ini kerana mengiktiraf, kerana kita tengok ada kemajuan. Kita lihat kesungguhan rakan-rakan penjawat awam.

 

  1. Maka kita tekankan, seperti yang disebut oleh KSN, KPPA semalam, kita minta supaya masih boleh diperbaiki, masih boleh ditingkatkan. Supaya bila kita katakan tahap kecekapan penjawat awam, dari kampung tidak payah tunggu berjam-jam untuk mendapat kelulusan atau menemui pegawai dan kerana jaminan ini semualah, maka kita dapat rasa dengan senang hati dan yakin perubahan ini akan terus meningkat dan reform dalam sektor awam akan dijalankan dengan begitu meyakinkan, insya-Allah.

 

  1. Malah dalam perjumpaan semalam, tatkala mengumumkan peningkatan dan melalui pengiktirafan kita, pendapatan keseluruhan penjawat awam, ada janji, ada ikrar. Mulai Isnin ini di setiap pejabat akan dipastikan penjawat awam masuk pada waktunya dan bekerja bersungguh-sungguh meningkatkan prestasi mereka.

 

  1. Jadi saya harap rakyat boleh menilai kalau ada di mana-mana pejabat daerah atau pejabat persekutuan atau agensi, di mana ada kelemahan mesti segera melaporkan. Kerana bila kita bagi ganjaran kalau ada kecuaian saya minta KSN, KPPA ambil tindakan segera supaya nama baik penjawat awam dipertahankan.

 

  1. Sebab akhirnya kita nilai di mana, bukan salah seorang menteri atau menteri besar atau ketua menteri umum, tetapi rakyat yang menunggu baik di JPJ atau Imigresen atau Kastam atau pejabat tanah, dia akan nilai. Kalau dilihat macam dulu juga, jadi dia akan tanya kita sebab apa Kerajaan hendak berikan ganjaran begitu baik, tetapi kerjanya seperti dulu.

 

  1. Sebab itulah saya terima baik jaminan ketua-ketua jabatan dan penjawat awam untuk menjamin prestasi yang lebih baik mulai minggu depan, insya-Allah.

 

  1. Saudara-saudari, ini beza saudara hadir di sini dipapar laporan kemajuan, tapi didengar di luar lain. Saya sebut semalam beberapa berita baik, Bank Negara dan DOSM Jabatan Statistik umumkan pertumbuhan ekonomi 5.9%.

 

  1. Kemudian kita umumkan jumlah ganjaran, penjawat awam yang naik di antara 15% dan ada ketogori yang naik sampai 40%.

 

  1. Ada dalam sosial media dikritik mana ada? mana ada? belajarlah sikit, baca dulu kalau tidak faham tanya dulu, ada saluran aplikasi di mana patut tanya, janganlah kerana hendak tolong rakyat, hendak tolong penjawat awam tetapi dijadikan politik pembangkang tidak guna, tidak boleh macam itu.

 

  1. Tanya penjawat awam, saya keluarkan kenyataan itu berdasarkan perkiraan teliti oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Dan yang naik ini pendapatan rendah, yang golongan pendapatan tinggi naik sedikit 7% yang di bawah ini tidak sampai RM2000 dulunya. RM2,000 sebulan atau atau sekitar RM2500. Jadi kenaikan mereka itu yang dipastikan jauh lebih tinggi supaya tidak berlaku terlalu lebar kesenjangan di antara golongan yang berpendapatan tinggi dan rendah.

 

  1. Kemudian kita perluaskan syarat SPM, TVET, kursus-kursus vokasional di sama rata supaya mereka mendapat peluang pekerjaan. Semua peluang, perubahan ini dilakukan, tetapi terperincinya itu tentulah diserah kepada jabatan untuk menjelaskan.

 

  1. Janganlah sampai tidak reti syukur langsung. Keadaan ekonomi tumbuh pun tidak syukur. Naik gaji pun tidak syukur. Kerana negara aman pun tidak syukur.

 

  1. Kemudian semalam kita bawa 2 pesawat TUDM. Bawa anak-anak yang cedera parah kerana kezaliman Israel Zionis, menembak bom, hancurkan rumah, bunuh bayi, wanita mati, bahkan baru-baru ini lelaki yang dipenjara diperkosa oleh beberapa orang dengan zalim.

 

  1. Kemudian kita bawa balik, itu pun dicerca. Ada orang kata Anwar tidak payah jadi Perdana Menteri Malaysia, pergi jadi Perdana Menteri Palestin, hendak tolong sangat. Apa punya sikap manusia? jenis apa ini? orang mati terkorban, diseksa.
  2. Yang lain datang ramai dari Rohingya, ratus ribu, bukan kita usir begitu sahaja. Dan banyak lagi negara jiran lain yang datang meminta pertolongan.

 

  1. Dahulu pelarian Acheh tatkala ada pergaduhan, maka ada juga kita simpan di sini untuk beri perlindungan sehingga keadaan terkawal.

 

  1. Jadi saya hendak beritahu di sini saudara-saudara, ini tanggungjawab kecil yang kita laksanakan. Yang upaya kita lakukan. Jadi kalau tanya saya, syukurlah kepada Allah SWT kerana kita ada juga perasaan ihsan, timbang rasa dan tolong ringankan beban.

 

  1. Apalah 40-50 orang ini berbanding dengan 40,000 orang yang ditembak ganas. Ada kalangan sana yang ucap terima kasih? tidak ada. Ada yang katakan tahniah kepada TUDM? tidak ada. Yang ada hanya cerca, kita ini ejen Yahudi, ejen Amerika, ejen Israel. Dan ada orang kampung terima dan yang saya pelik sekali ada penjawat awam pun terpukau dengan pandangan-pandangan buruk dan kusut seperti ini.

 

  1. Jadi saya harap bukalah minda kita sedikit ya. Ini negara pertama di Asia yang lakukan. Saudara tahu semua apa? sebab apa kita jadi negara pertama di Asia lakukan, kerana barisan Jemaah Menteri Kerajaan, Kerajaan-kerajaan Negeri sepakat dalam Kerajaan Perpaduan MADANI ini untuk sama-sama menjalankan tanggungjawab bersama.

 

  1. Dan kedua, kerana kita tahu ini juga kehendak rakyat dan sokongan rakyat. Sebab itu, dibawa mereka ke mari. Dan setentunya ada yang tanya, mengapa hantar pesawat TUDM? patut naik penerbangan komersial. Kita ambil di sempadan, kena runding dengan Kerajaan Mesir, syaratnya mesti bawa pesawat tentera udara, dan ada kelengkapan.

 

  1. Risikonya ada, jadi yang datang itu dia tahu risiko mungkin ditembak oleh peluru berpandu Israel. Jadi orang-orang yang di dalam pesawat itu, ibu yang mengiring anaknya tahu risiko. Dan ini hanya boleh dilakukan dalam pesawat tentera udara. Kita tidak boleh naik flight komersial.

 

  1. Kemudian kedua, rundingan. Saya sendiri terpaksa telefon Presiden Mesir, Abdul Fattah Al-Sisi, minta kerjasama. Kita tidak mungkin boleh bawa kalau tidak ada kerjasama daripada Kerajaan Mesir. Ini baiknya kerana kita ada hubungan baik dengan Qatar, Mesir, Arab Saudi, UAE, Iran. Kita ada hubungan baik dengan negara jiran itu yang membolehkan kita melaksanakan.

 

  1. Sebab itu bersyukurlah kata Allah SWT. Pertama negeri kita aman. Keduanya dengan sedikit kekayaan kita, kita bantu yang menerima siksaan dan malapetaka kerana kezaliman Zionis Israel. Seperti firman Allah SWT, Lain Syakartum Laazidannakum Walain Kafartum Inna Adzabi Lasyadid” (Surah Ibrahim:7).

 

  1. Syukurlah nikmat yang ada. Janganlah terus kufur akan nikmat ini. Dan janganlah guna semua hal, tidak pernah dengar yang baik sama sekali.

 

  1. Saya tidak ada masalah kalau di Johor, kalau MB kata, Exco atau ADUN bagi pandangan, teguran, bagaimana hendak baiki, kita boleh terima baik. Tetapi sikap untuk mengkafirkan orang, mencerca orang, mengaibkan orang dan memperlekeh semua yang baik kita lakukan termasuklah ganjaran yang tinggi diberi kepada pekerja, penjawat awam yang kita umumkan semalam.

 

  1. Jadi saudara-saudari, saya dalam majlis ini menjelaskan kalau selalunya dalam penjelasan yang kita cerita tentang projek-projek kerajaan, tetapi yang saya dengar di luar kadang berlebih.

 

  1. Dia sudah melampau daripada hadnya. Katanya kita tidak Islam, kita hanya jadi alat dan tali barut orang Amerika dan Israel. Kita jadi tali barut kepada DAP. Itu sahaja yang kita dengar. Padahal kita bekerja sebagai satu pasukan.

 

  1. Negara ini sejak merdeka, adalah negara pelbagai kaum. Melayu majoriti Bahasa Melayu, bahasa rasmi, Islam agama persekutuan, hak istimewa orang melayu dan bumiputera dipertahankan dan juga kedudukan kemuliaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

 

  1. Bila kita capai kemerdekaan dan seterusnya bersama Sabah Sarawak dalam Malaysia, prinsip ini tidak pernah kita ketepikan dan Kerajaan Perpaduan yang ada sekarang ini tidak pernah melanggar prinsip ini.

 

  1. Jangan dengarlah fitnah buruk dan jahat orang-orang yang membuat tohmahan dan tuduhan. Mereka tidak pernah kerja dan hanya puas nafsu mereka untuk menghina orang dan memecah orang.

 

  1. Sebab itu dalam penutup ucapan semalam saya sebut saudara-saudara, kita syukur kepada Allah SWT. Negara ini pada landasan yang betul, rakyat bersatu padu. kerajaan kian utuh dan percayalah baik di kampung di kalangan pesawah padi atau pekebun kecil atau pekerja di zon ekonomi atau di pelabuhan percayalah, kalau semangat ini kita teruskan, kita pastikan anak-anak kita mendapat pendidikan yang terbaik, kita hentikan kerja dan amalan pemimpin-pemimpin menyakau duit rakyat. Memperkayakan anak isteri, keluarga dan kroni. Kalau kita halang itu dan bekerja, percayalah insya-Allah Johor dan Malaysia terangkat sebagai negara yang hebat.

 

  1. Dan sebab itu saya kata biarlah mereka menjerit dan melalak. Kerana dalam dunia politik memang ramai tukang-tukang jerit. Tetapi percayalah, saya ajak rakan-rakan di kalangan pimpinan politik, di kalangan penjawat awam, pengurus-pengurus agensi yang pelbagai di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan seluruh negara.

 

  1. Rakyat di kalangan pekebun kecil, nelayan dan pekerja dan pengurus, tumpu perhatian saudara. Ini kesempatan kita angkat semula martabat negara kita Malaysia negara hebat Malaysia kita cintai kerana keupayaannya terangkat sebagai satu negara yang paling cemerlang di rantau ini dan insya-Allah kita boleh lakukan kalau kita bersemangat.

 

  1. Saudara dan saudari, kita tumpu perhatian kita secara positif. Bangunkan dan saya curahkan perasaan saya dari hati sendiri, kata-kata Arab, al hadis al hal apa bil khaba – dari hati ke hati. Maknanya kita boleh lakukan.
  2. Saudara belajarlah dari pengalaman negara-negara lain yang tidak tentu arah, politik Thailand contohnya, sebelum itu di Bangladesh, dan kebanyakan negara-negara Arab. Kerana apa? kerana politik hasad dengki, kerana cemburu, kerana gunakan kebebasan tanpa gunakan kewarasan akal fikiran.

 

  1. Marilah kita berdoa kepada Allah SWT, mudah-mudahan negara kita ini terus terselamat dan manfaatkan waktu dan kudrat kita untuk mengangkat martabat rakyat. Saya umum kenaikan gaji penjawat awam. Gaji orang politik, Menteri, Timbalan Menteri tidak naik. Bukan sahaja tidak naik sebaliknya gaji Menteri dipotong 20% dan masih diteruskan. Perdana Menteri sampai hari ini, walaupun ditohmah segala macam belum pernah ambil gaji sebagai Perdana Menteri.

 

  1. Ada orang kata iyalah tidak ambil gaji sebagai Perdana Menteri, dia ambil gaji sebagai Menteri Kewangan. Menteri Kewangan kedua ada, saya tidak ambil. Bukan kerana apa saya hendak tunjuk contoh. Hendak jadi pemimpin, tidak semuanya yang dianggap memikirkan kedudukan mereka, saya kena tunjuk contoh, berkorban sedikit.

 

  1. Kerana yang lain semua ada, kemudahan perjalanan, pesawatnya, keretanya, keselamatannya, rumah rasminya semua ada. Cukuplah, syukur kepada Allah SWT. Yang lain kita berikan peluang untuk angkat ekonomi negara kita ini supaya kita boleh berbangga insya-Allah nanti sebagai negara yang maju.

 

  1. Kalau tidak, tidak mungkin kita mampu membawa 2 pesawat TUDM dari sempadan Gaza, Mesir, tidak mampu kita lakukan kalau kita ini negara miskin dan tidak ada pembangunan.

 

  1. Jadi sekian sahaja yang saya hendak sampaikan, kita akan dengar lagi Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri sampaikan pandangan selepas ini. Dan saya harap saudara-saudara hadam tapi tumpu seperti mana saya sebut fokus, baiki nilai, baik akhlak kita dan baiki mutu kerja kita.

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

 

TEKS UCAPAN

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

 

MAJLIS AMANAT PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KE-19 TAHUN 2024

 

 

 

16 OGOS 2024 (JUMAAT) | 10.00 PAGI

 

PUTRAJAYA INTERNASIONAL CONVENTION CENTER

(PICC)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillahilladzi arsala rosulahu bil huda wa dinil haq,

Liyuzhhirohu ‘alad dini kullihi,

Wa kafa billahi syahida,

Wa nusalli wa nusallimu ‘ala rasoolihil kareem,

Wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.

YB Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul,

Yang di-Pertua Dewan Rakyat;

Yang Berhormat Ahli-ahli Jemaah Menteri,

Yang Berbahagia Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar,

Ketua Setiausaha Negara;

Yang Berbahagia Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji

Abdul Aziz,

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam;

Yang Berbahagia Ketua-ketua Perkhidmatan;

Ahli-ahli Yang Berhormat;

Yang Berbahagia Datuk Johan Mahmood Merican,

Ketua Setiausaha Perbendaharaan;

Kementerian Kewangan;

Ketua-ketua Setiausaha Kementerian;

Yang Berbahagia Datuk Dr. Adnan Mat,

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam

Perkhidmatan Awam (Cuepacs);

Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Persekutuan dan

Negeri;

Rakan-rakan media; dan

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.

  1. Pertamanya berita baik. Kita doakan insya-Allah dalam masa beberapa jam, pesawat dari sempadan Mesir, Gaza yang membawa anak-anak yang cedera parah dan ibu-ibu akan sampai ke KLIA dan akan diberi rawatan oleh pasukan kita. Yang kedua, insya-Allah dalam masa singkat berapa jam lagi Bank Negara Malaysia akan mengumumkan prestasi pertumbuhan yang jauh lebih baik daripada yang kita catat sebelum ini. Yang ketiga, berita yang agak menggusarkan, Jemaah Menteri belum memutuskan secara muktamad Skim Persaraan Gaji Perkhidmatan Awam (nada seloroh). Kalau saya senyum itu gurau lah. Saya nak tengok ada boo ke tidak (reaksi hadirin). Oleh kerana senyum, okey dan maknanya ada meningkat kesabaran dari kalangan kita. Memang benar saudara dah sabar selama 12 tahun dan masa untuk bertindak sekarang.
  1. Saya ingin mengambil kesempatan dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) 2024 kali ini, iaitu pertamanya untuk menyatakan penghargaan setinggi-tingginya. Dalam media kadang-kadang liputan lebih banyak menjurus kepada beberapa pelanggaran peraturan atau berita-berita negatif, kita tidak nafikan. Tetapi yang kurang dilapor ialah bahawa negara ini telah mencapai satu tahap kemajuan yang lebih membanggakan. Keamanannya, dasar ekonomi yang jelas, pelaksanaan yang pantas, cepat dan cekap itu adalah kerana jasa dan khidmat majoriti besar penjawat awam negara kita. Jadi saya mulakan dengan menyatakan penghargaan itu.
  1. Mari kita lihat dalam kerangka Ekonomi MADANI, teras utamanya ialah memperkasa rakyat. Memperkasa rakyat dengan roh dan semangat ‘bulat segiling, pecak setapik’. Maknanya negara dibangun, dijamin kemampanannya, kesejahteraannya dan meningkat upaya masyarakat serta mengiktiraf khidmat dengan memberi ganjaran yang setimpal. Dengan maksud akhirnya, mengangkat taraf hidup rakyat melalui pendapatan yang lebih baik dan lebih tinggi. Tetapi ini semua dilakukan dengan menerima kenyataan bahawa ada langkah-langkah yang seterusnya perlu diambil. Saya tidak bermaksud untuk menyatakan dan mengulangi umpamanya apa yang disebut oleh liputan mutakhir tentang kejayaan-kejayaan kita. Di antaranya nilai pelaburan yang mencecah RM83.7 bilion, KDNK yang meningkat.
  1. Selain itu, indeks keamanan global bagi Malaysia turut meningkat. Semua ini berlaku kerana khidmat daripada semua. Jadi sebab itu saya nak mulakan dengan mukadimah itu. Kerana kadang-kadang bila kita bicarakan soal layanan kepada penjawat awam, orang ini memikirkan bahawa CUEPACS ataupun penjawat awam hanya menuntut. Tapi mereka lupa bahawa bila saya sebut RM83 bilion pelaburan, itu kerana khidmat oleh ratusan pegawai di beberapa Kementerian. Maka kalau saya sebut Indeks Keamanan Global, ini bukan sahaja kerana khidmat, tapi pengorbanan nyawa, keringat, darah, pasukan polis, tentera dan perkhidmatan pertahanan negara kita. Jadi jangan buat andaian bahawa semua ini dicapai hanya kerana kita. Ini dicapai kerana kita bekerja sebagai satu pasukan.
  1. Kerana tekad kita bukan sahaja mencintai negara, tapi mengangkat martabat negara dan kita di kalangan yang yakin bahawa sekiranya tahap ini dapat kita tingkatkan, kerja kita diperbaiki, bersihkan negara daripada amalan jijik rasuah dan penyelewengan dan kemalasan. Saya yakin insya-Allah dengan kekuatan saudara-saudara, dengan semangat penjawat awam, kita boleh tingkatkan semula tahap negara ini sebagai negara yang cemerlang di rantau Asia.
  1. Maka gunakanlah kesempatan ini umpamanya, untuk memberikan ruang kepada kita melakukan beberapa anjakan. Dari sudut perencanaan ekonomi, menumpukan dalam bidang penyelidikan, pembangunan, pasaran buruh yang lebih berketerampilan, dasar dan peraturan yang lebih jelas, dan kecepatan meluluskan projek-projek, umpamanya bukan sahaja dari segi pelaburan, tetapi tidak perlu rakyat menunggu berjam-jam di tepi jalan untuk mendapatkan lesen atau mendapatkan kemudahan.
  1. Saya harap mulai hari ini, bila saya umumkan satu peningkatan yang paling tinggi dalam sejarah, maknanya mulai hari Isnin kita mahu lihat semangat dalam budaya kerja yang baru di kalangan penjawat awam. Kerana tidak bermakna kalau kita tingkatkan tetapi rakyat tanya “Mengapa dulu kami tunggu 2 jam untuk mendapat lesen, sekarang masih 2 jam?”, “Mengapa kalau tunggu 2 minggu untuk mendapat kelulusan, mesti terus 2 minggu?”. Jadi mesti ada suatu ikhtiar, iltizam, kecekapan pentadbiran yang baru yang saya minta nanti KPPA pastikan ia dilaksanakan tanpa tolak ansur.
  1. Maknanya ganjaran yang akan saya umumkan ini akan hanya diberikan kepada rakan-rakan yang menunjukkan kesetiaan mereka, khidmat mereka yang baik baru diberikan ganjaran. Satu kalangan kecil yang minoriti sahaja yang mengenepikan prinsip amalan bersih, yang cuai dan malas. Saya hendak beritahu di sini, saya tidak akan beri layanan dan tidak akan beri ganjaran yang setimpal.
  1. Saya harap seluruh penjawat awam, rakan-rakan yang bekerja kuat terima kenyataan ini. Tidak mungkin kita teruskan dengan amalan biasa. Siapa yang bekerja, ikut 10 tahun, 15 tahun, 20 tahun dia naik pangkat ikut biasa. Tidak boleh lagi dah kita teruskan prinsip tersebut. Dia bekerja, dia berkhidmat dengan baik, kita naikkan walaupun belum cukup 10 tahun. Kalau dia lembab, malas dan cuai, walaupun dia bekerja 20 tahun, peningkatan tidak akan diberikan.
  1. Saya ucap terima kasih kerana semua saudara bersetuju. Ini yang disebutkan anjakan islah, anjakan paradigma. Jabatan Perkhidmatan Awam akan memberikan beberapa ketetapan baharu yang mesti dilaksanakan dengan serius. Sebab itu pertanggungjawaban itu bukan sahaja kepada Ketua Setiausaha, tapi setiap Ketua Jabatan supaya pelaksanaan itu tidak dipandang sinis oleh masyarakat. Katakan kita buat pengumuman, beri ganjaran yang terbaik dalam keadaan ekonomi yang sekarang, kemudian kita dapat lihat umpamanya tidak ada perubahan yang nyata di kalangan rakyat. Jadi saya menaruh keyakinan yang sangat tinggi dan harapan yang tinggi menggunung. Kerana saya yakin, melihat kepada prestasi yang berlaku selama ini, kita berupaya meningkatkannya.

Saudara-saudara,

  1. Saya hendak beralih kepada isu pokok pada hari ini. Tetapi wajar saya mulakan dengan memberikan pengiktirafan dan ucapan penghargaan kepada mantan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali dan terutamanya kepada pasukan Jabatan Perkhidmatan Awam di bawah Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan yang bekerja bertungkus-lumus. Saya membuat beberapa pembetulan (pada pengumuman) hampir pukul 12 malam semalam, jadi saya tidak percaya mereka boleh tidur nyenyak selepas itu. Tetapi percayalah, saya, rakan-rakan Jemaah Menteri dan saudara-saudara harus lahirkan dengan ikhlas, penghargaan kami atas perkhidmatan dan sumbangan saudara-saudara yang tidak terhingga. Saudara Amir Hamzah (Menteri Kewangan II), Datuk Johan, KSP (Ketua Setiausaha Perbendaharaan) membantu saya dalam menentukan jumlah yang diputuskan itu dapat ditampung oleh perbelanjaan negara. Ia tidak mudah kerana sepertimana saudara tahu kita warisi hutang yang banyak, kita warisi satu sistem yang penuh dengan kebocoran dan rasuah.
  1. Alhamdulillah, kerana kesungguhan badan-badan penguatkuasaan termasuk SPRM, LHDN, disusuli dengan Kastam dan Imigresen, dan semua badan-badan penguatkuasaan yang lain, maka kita telah dapat jaminan tentang keupayaan kita menampung kos peningkatan yang besar akibat daripada keputusan kita pada hari ini. Jadi jangan pandang ringan dan remeh soal nilai dan integriti yang menjadi tonggak perkhidmatan awam.
  1. Walaupun saya berikan penghargaan dan pujian, saya tidak dapat nafikan masih ada pelanggaran seperti mana kita lihat tindakan-tindakan disiplin, tindakan-tindakan oleh SPRM akhir-akhir ini. Bila mana masih berlaku kecurangan-kecurangan yang tidak boleh kita maafkan, jadi Corruption Perception Index (Indeks Persepsi Rasuah) ini kita tidak harus tingkat 1-2 mata satu tahun. Ini Malaysia, negara yang ada asas Islam sebagai agama Persekutuan dan rakyat yang beragama baik Kristian atau Hindu atau Buddha, dan rakyatnya sering kali bicara soal nilai. Bagaimana boleh persepsi rasuah kita masih di tahap yang tidak membanggakan? Sepatutnya kita harus jadikan contoh. Persepsi rasuah ini tentunya bukan sahaja di kalangan penjawat awam tetapi juga pimpinan politik.
  1. Para pimpinan politik saya ucap terima kasih kerana rakan-rakan saya dalam Jemaah Menteri dan dalam Kerajaan Perpaduan memberikan sokongan penuh terhadap sebarang tindakan untuk menolak amalan lama. Umpamanya memberikan projek tanpa tender, lalu rundingan terus itu dihentikan dan kemudian menyerahkan kepada Ketua Audit Negara untuk masuk ke semua jabatan dan agensi tanpa berkecuali, membongkar dan menyelidik. Saya belum pernah dengar sekali pun mana-mana rakan Menteri yang mengeluh kerana tugas baru kegarangan Ketua Audit Negara sekarang ini. Jadi maknanya apa yang saya umumkan ini mewakili hasrat rakan-rakan saya dalam Jemaah Menteri termasuklah, pengumuman besar tentang ganjaran sistem saraan baru perkhidmatan awam hanya berlaku kerana dukungan padu, sistem politik yang stabil dan komitmen rakan-rakan dalam Jemaah Menteri yang ada sekarang.
  1. Ada yang bertanya, apakah ganjaran ini hanya kepada penjawat awam? Saya jawab tidak benar. Kerana sebelum kita lakukan nasihat, umumkan ini hari ini, sepanjang setahun setengah yang lalu, kita umumkan bersiri langkah-langkah untuk rakyat. Umpamanya:
  1. Jadi saya tegaskan hal ini untuk mengelakkan pandangan serong seolah-olah tumpuan kita hanya kepada penjawat awam. Sebab itu saya masukkan tadi walaupun tidak keseluruhannya, pekebun getah, nelayan, OKU, pesawah padi supaya kita faham bahawa tanggungjawab kita dalam Kerajaan ialah menyantuni setiap rakyat terutamanya yang memerlukan bimbingan dan bantuan. Tentunya dalam Belanjawan MADANI ke-3 yang bakal dibentangkan pada bulan Oktober ini, insya-Allah hasrat Ekonomi MADANI melalui penstrukturan semula dan menaikkan ekonomi Malaysia supaya limpahan hasilnya itu diraih oleh semua dapat kita laksana dengan sebaik mungkin.
  1. Kita doa pada Allah SWT, mudah-mudahan prestasi kita yang nampak melonjak secara berkala ini, liputan laporan setiap suku tahun akan terus dapat dikekalkan. Hasil dari negara yang aman, politik yang stabil, dan sikap yang positif untuk membangunkan negara. Dan bukan pandangan-pandangan yang menabur kebencian berdasarkan kaum atau nak merebut kuasa politik sehingga meninggalkan semua nilai, luhur, bangsa dan agama. Ini satu hal yang harus diterima oleh rakan-rakan penjawat awam.
  1. Saudara saudari benteng negara. Benteng ini bermakna jaminan keamanan, jaminan pemacuan ekonomi, jaminan kesejahteraan sosial, jaminan kewarasan melalui nilai yang baik, bukan meniupkan api kebencian dan fitnah yang merosakkan banyak negara-negara termasuk beberapa negara Asia. Percayalah saudara, dalam Kerajaan kita tidak akan izinkan penyalahgunaan dan seperti mana saya sebut pihak rakan-rakan Menteri yang hadir, pendirian kami dalam urusan tata kelola mengelakkan rasuah tidak akan tolak ansur. Saya mohon kerjasama saudara-saudara kerana Sistem Saraan Malaysia yang kita kaji sejak Julai tahun lalu secara serius, fokus kepada aspek kemampanan saran, pembangunan organisasi dan pengurusan bakat.
  1. Baik, setelah mengambil kira pelbagai faktor, melaksanakan pertimbangan yang teliti dan berhemah, Kerajaan bersetuju agar Sistem Saraan Malaysia (SSM) diganti kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuatkuasa 1 Disember 2024. Ini tanda keprihatinan kita kepada penjawat awam.
  1. Saya tegaskan tadi tentang pengorbanan dan khidmat walaupun gesaan saya ialah Itqan Fil Amalstrive for excellence. Untuk mencapai kemajuan, kita tidak boleh ditahap yang selesa. Tahap pengorbanan ini luar biasa, bukan sahaja dalam menghadapi komunis militan yang mengorbankan nyawa tentera dan polis atau homeguard pada ketika itu tetapi baru-baru ini dalam menangani wabak pandemik COVID-19. Jangan lupa bahawa frontliners itu adalah perkhidmatan awam, petugas barisan hadapan, jadi negara sudah aman.
  1. Kita melepasi bencana COVID-19, tetapi jangan lupa, baik peniaga yang kaya, pengurus di bank, pimpinan politik Kerajaan atau pembangkang, jangan lupa bahawa mereka ini telah menyabung nyawa, berkorban jiwa raga demi menjalankan tugas mereka dengan memberi perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada seluruh rakyat dan negara. Berapa frontliners yang terlibat? 287,281 orang yang sanggup ke depan dengan segala risiko dan dedikasi mereka. Yang lebih menyayat hati dari kumpulan itu, berapa yang terkorban? 33 orang terkorban akibat kesan dari wabak tersebut. Inilah sebab mengapa kita memilih, rakan-rakan Jemaah Menteri memilih bukan sahaja mengenang jasa mereka, tetapi tahu bahawa ketika aman dan ketika krisis dalam menghadapi malapetaka, kita terpaksa beralih meminta rakan-rakan penjawat awam untuk ke depan bersama-sama bertarung.
  1. Mengambil kira hal ini, maka saya dengan itu memutuskan memperkenalkan SSPA. Mengiktiraf dan jangan lupa, ada yang mengatakan naik itu terlalu mendadak, betul tetapi mendadak setelah 12 tahun. Saya tidak nafikan bahawa ada beberapa habuan yang diumumkan sejak 2012 oleh Datuk Seri Najib semasa beliau menjadi Perdana Menteri selepas itu, Datuk Ismail Sabri semasa beliau menjadi Perdana Menteri, betul. Akan tetapi, kajian keseluruhan sistem saraan itu hanya berlaku sekarang dan saya nak ini diganding dengan civil service reform (reformasi perkhidmatan awam).

Saudara-saudara,

  1. Tiga (3) ikhtiar bagi mencapai maksud ini. Apakah ukuran nya, apabila kita memberi ganjaran, apakah ukuran kejayaan kita? Meningkatkan kadar produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam. Kedua, meningkatkan kesediaan penjawat awam dalam melaksanakan perubahan. Dan ketiga, meningkatkan daya saing negara. Maka SSPA mesti diukur berdasarkan produktiviti dan sumbangan secara langsung kepada kecekapan penyampaian perkhidmatan awam di semua peringkat, dari peringkat serendah di desa, kota kecil, bandar dan di kota raya. Ini terikat dengan apa yang kita sebut, tata kelola yang baik dan memuaskan.

Saudara dan Saudari, 

  1. Sabar menunggu ya. Sebelum saya umum, saya nak betul-betul yakinkan saudara. Kita serius. Kita ambil satu sikap yang sangat berani dan ia mengambil waktu entah berapa belas kali mesyuarat, bincang bawa balik ke Kementerian Kewangan minta pandangan secara kasar, rambang dari Jemaah Menteri supaya mereka nampak sehaluan dan faham keperluan ini. Sebab itu saya ridak mahu ada andaian di luar bahawa kita hanya permudahkan, hanya untuk menarik minat dan sokongan, tidak. Kita ambil keputusan ini kerana kita anggap keputusan ini adalah keputusan yang adil bagi penjawat awam. Jadi apakah skim yang saya maksudkan?
  1. Pembaharuan dan peningkatan dalam pendapatan, namun ianya adalah satu sistem saraan yang berteraskan nilai dan prestasi. Ini saudara harus terima sebelum menerima SSPA kerana kalau ada yang mengandaikan orang yang prestasinya lemah, yang tidak sering datang ke pejabat atau datang pejabat lewat serta sambil lewa, jangan menganggap bahawa sistem persaraan ini akan memberi manfaat. Percayalah dari kajian JPA, jumlah ini adalah jumlah kohort yang kecil dalam negara kita dan tanggungjawab saudara terutama Ketua-ketua Jabatan bukan melindungi mereka tetapi mengajak mereka kembali kepada landasan, tingkatkan tahap kerja mereka supaya mereka tidak akan terlepas dari peluang ini.

Saudara-saudara,

  1. Secara prinsipnya, kita mahu dan saya tegaskan tingkatkan dan memang benar saya ulang hal ini kerana sebenarnya satu keputusan yang sangat sukar. JPA tentunya memberikan sistem. Kementerian Kewangan harus memikirkan apakah ada upaya kita dalam keadaan sekarang. Jemaah Menteri harus memikirkan soal ekonomi mikro dengan Kementerian Ekonomi dan lain-lain. Apakah ia satu tindakan yang boleh menjamin negara itu meningkat dengan baik dan dapat kita optimumkan sumber negara melalui skim dan apakah kesannya kalau kita buat melakukan secara mendadak kepada peningkatan kos dan harga barang? Semua ini diambil kira. Jadi saya mahu saudara-saudara jangan melayani pandangan-pandangan orang-orang yang cemburu dan sinis. Percayalah ya.
  1. Maka, saudara harus lihat secara objektif. Sebab itu dalam semua kursus yang akan kita wajibkan kepada pegawai-pegawai, kita akan terangkan juga, orang imigresen, polis, LHDN, semua jabatan, PTD ataupun Kementerian Luar harus tahu tentang dasar dan kerangka besar kita. Kalau tidak, masing-masing kementerian dan jabatan fikir keutamaan mereka dan lupa bahawa kita harus bekerja sebagai satu pasukan. Apakah yang kita bersetuju untuk meningkatkan produktiviti?
  1. Pertama, meningkatkan kelayakan masuk minimum ke dalam perkhidmatan awam kepada Sijil Pelajaran Malaysia atau setara. Maka, beban dan kompleksiti tugas sedia ada tentulah ditambah dan ditingkatkan. Ini menggalakkan penugasan berbilang (multi-tasking) dan kemahiran berbilang (multi-skilling) di kalangan pegawai-pegawai sebagai pulangan kepada Kerajaan, penggunaan sumber Manusia perkhidmatan awam dapat dioptimumkan. Dan ketiga, sistem perkhidmatan yang mempunyai fungsi perkhidmatan tidak relevan, bertindih dan terpencil akan dipindahkan kepada skim perkhidmatan lain.
  1. Kita warisi sudah 60 tahun. Kadang-kadang jabatan yang sudah tidak relevan kita kekalkan juga. Puluhan agensi yang tidak relevan, kita samakan. Seperti contoh skim pemandu lokomotif, pengurus asrama, operator wayarles dan jurusolek. Jadi hal-hal ini harus diseragamkan bukan maknanya antar dditiadakan petugas yang sedia ada tetapi diseragamkan supaya tidak ada pembaziran. Ini yang disebutkan perubahan berdasarkan keperluan semasa perkhidmatan awam.
  1. Pindaan syarat lantikan bagi 17 skim perkhidmatan bagi memperoleh bakat terbaik perkhidmatan secara evolusi teknologi dan dasar pendidikan semasa. Maka kita melaksanakan kajian pertindihan saya sebut tadi tentang fungsi kementerian dan agensi yang menumpukan kepada dua (2) fokus utama iaitu keusahawanan dan keselamatan negara yang dijangka selesai pada Julai 2025. Ini selaras dengan hasrat Rancangan Malaysia ke-12 khususnya melalui strategi menyusun semula institusi, memperkukuh penyampaian perkhidmatan sektor awam yang bertujuan untuk mewujudkan organisasi yang lebih mendatar, meningkatkan ketelusan dan mengutama optimumkan penggunaan sumber secara menyeluruh.
  1. Sebagai contoh, penstrukturan semula melibatkan agensi seperti penggabungan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia tanpa implikasi kos. Yang kedua, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia melibatkan pengambilalihan fungsi agensi berkaitan di pintu masuk negara Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak melibatkan penambahan peserta pegawai tetapi pemindahan mengikut tugas yang baru.
  1. JPA akan melakukan audit perjawatan yang menyeluruh supaya ketidakseimbangan ini dapat diperbaiki dan kementerian dan jabatan harus memberikan kerjasama yang sepenuhnya dan tidak ikut cara biasa iaitu tiap jabatan, dan kementerian hanya menuntut tambahan pegawai mengikut lazim tetapi tidak mengikut keutamaan.
  1. Oleh sebab itu rasionalisasi pejabat perwakilan diperbaiki. Sebagai contoh, di luar negara, kita ada Tourism Board, MATRADE, MITI selain daripada kedutaan dan semuanya ada pejabatnya masing-masing. Mulai 1 Januari tahun 2025, semua pejabat di luar negara seperti MOTAC, MITI, MATRADE dan MIDA akan disatukan di bawah satu bumbung untuk menjimatkan belanja dan mengoptimumkan kos operasi.
  1. Dunia masih kecil. Ekonomi dan teknologi kian canggih tetapi cara kita berfikir dan bertindak masih lagi usang. Sebab itu saudara-saudara harus memberi bekerjasama Menteri-menteri dan lementerian harus terima kenyataan bahawa kerja-kerja ini boleh dijalankan secara yang optima melalui proses yang lebih teratur.

Saudara-saudara,

  1. Ini yang dikaitkan dengan return of investment. Maknanya kalau kita belanja berlebihan, ada tempat umpamanya yang tidak diperlukan masih kekal kerana sudah disiapkan 20 tahun yang lalu, dan tidak berubah kepada tempat yang lebih strategik, ia akan merugikan kita.

Saudara-saudara,

  1. Apakah kesan daripada perubahan ini? Semua ini harus difikir. Kalau saudara itu ketua jabatan, ketua setiausaha atau ketua pengarah menjalankan tugas itu seperti mana pada masa yang lalu sahaja, tidak fikir yang baharu tidak menggunakan kecekapan dan pengalaman untuk membuat penyelidikan dan kajian, maka tidak mungkin negara ini akan terangkat kedudukan mereka. Saudara harus berikan pandangan, apakah ada pertindihan fungsi? apakah perlu diwujudkan jabatan baharu seperti mana kita wujudkan Kementerian Digital? Ia tidak perlu 40 tahun yang lalu. Dan ada beberapa jabatan yang tidak diperlukan sekarang harus dirobah. Sebab itu JPA dan Kementerian Kewangan perlu melaksanakan tanggungjawab ini dan tentunya harus kekalkan yang perlu tetapi tidak gunakan alasan lapuk. semata-mata kerana kita sudah ada pengarah di jabatan itu ataupun jawatan-jawatan yang sedia ada.
  1. Dalam aspek pengurusan dan pembangunan bakat, kita bersetuju untuk menambah baik aspek pengurusan prestasi, tata kelakuan dan pengurusan tatatertib:
  1. Maka tanggungjawab Ketua Jabatan untuk memperkukuh integriti dan tata kelola perkhidmatan awam. Ketua Jabatan yang gagal melaporkan salah laku pegawai bawahannya akan dikenakan tindakan tatatertib dan menjejaskan peluang kenaikan pangkat kerana ada Guru Besar atau Ketua Jabatan yang mahu menjaga imej Jabatan, mahu menjaga imej sekolah, budak itu didera setengan mati dan tidak dilapor kepada Polis. Ada Ketua Jabatan tahu pegawainya punyai kekayaan yang melebih tetapi tidak dilaporkan. Maka tanggungjawab, kalau itu terbukti dia tidak dilaporkan, maka Ketua Jabatan itu tidak akan dinaikkan pangkat.
  1. Kita juga akan lakukan job rotation (pusingan kerja). Kadang-kadang apabila diletakkan satu tempat yang terlalu lama, dia terlalu biasa dengan amalan lama dan merosakkan. Jadi di tempat-tempat yang strategik seperti di perbatasan, lapangan terbang, pelabuhan mesti ada gerakan yang cepat supaya memantau prestasi mereka. Dan yang utamanya ialah perkhidmatan terus kepada rakyat yang kita harus pasti lebih baik maka Pegawai Polis di lapangan dan doktor umpamanya harus diberikan tugas hakiki. Kalau naik pangkat, naik pangkat dalam bidang tugas mereka, tidak semestinya menjadi Pegawai Tadbir di Kementerian baru nak naik pangkat. Kalau tidak, polis yang profesional tinggal lapangan, doktor yang pakar mesti jaga jabatan, jadi tertinggal urusan utama mereka.
  1. Ini hanya boleh berlaku sekiranya Kerajaan mengiktiraf peranan mereka dan naik pangkat di tempat asasi tugas mereka melaksanakan. Jadi apakah pengumuman ini dilaksanakan secara segera atau kemudian? Saya mahu cadangan-cadangan ini dilaksanakan sebelum Belanjawan pada Oktober dan pelaksanaannya pada 1 Disember 2024.
  1. Kualiti penyampaian perkhidmatan yang disebut servis delivery kepada rakyat itu isu yang sangat membimbangkan saya. Sebab itu langkah pemerkasaan perlu diambil. Kenapa kita umum dasar, pertumbuhan dan pelaburan? Itu tidak akan menyentuh secara langsung rakyat sehingga dilihat di depan mata mereka. Dia pergi ke pejabat, dia pergi ke hospital, dia pergi ke JPJ, apakah layanan mulai isnin itu lebih baik daripada layanan minggu lalu? Dan saya percaya layanan minggu depan akan lebih baik daripada minggu lalu, Insya-Allah.
  1. Peraturan dan pekeliling Kerajaan yang melibatkan urusan dengan awam perlu disemak semula kerana kadang-kadang peraturan terlalu banyak dan ada kisah di mana Ketua-ketua Jabatan mengatakan pekeliling dari KSN dan KPPA terlalu banyak yang tidak siapa baca yang semuanya failkan. Jadi sebab itu harus dipermudahkan supaya lancar penyampaian perkhidmatan itu menjadi keutamaan kita.

Saudara-saudara,

  1. Ada kebimbangan juga, apakah apabila saya sebut tadi SPM, ini tidak termasuk lain-lain sijil tidak, saya kata SPM dan setara maknanya graduan TVET, kelayakan Sijil Vokasional Malaysia itu diperluaskan bagi 26 skim perkhidmatan. Maknanya tambahan kepada 18 skim perkhidmatan yang sedia ada. Kelayakan Diploma Kemahiran, Diploma Lanjutan Kemahiran diperluaskan dalam syarat lantikan bagi 11 skim perkhidmatan berkelayakan diploma STPM sebagai tambahan kepada dua (2) skim yang sedia ada. Ini memberi peluang kepada 295,000 graduan SKM SVM dan DKM/DLKM sedia ada, dalam pasaran.
  1. Bagi memastikan pengurusan kewangan negara lebih mampan, Kerajaan sedang meneliti kaedah baru, lantikan tetap dan bercantum dan kajian terperinci sedang dilaksanakan bagi menentukan strategi terbaik kepada Kerajaan dan pegawai awam. Lantikan baru hasil kajian akan dibentang kepada jemaah menteri untuk pertimbangan dan kelulusan sebelum dilaksanakan.
  1. Selain dari itu, Kerajaan perkenalkan iltizam kecekapan pentadbiran. Ini penting saudara-saudara, ada di jemaah Menteri bila kita bincang mencadangkan kalau boleh kita adakan Akta Kecekapan Pentadbiran. Tapi setelah berunding saya ingat setakat ini kita beri keyakinan kepada Ketua Setiauasaha Negara (KSN), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) sekadar iltizam kecekapan pentadbiran melalui kaedah pentadbiran. Kalau secara tegas dan kalau nampaknya kurang berkesan maka kita tiada pilihan tapi mengadakan Akta supaya pertanggungjawaban dalam isu governance tatakelola itu lebih pasti. Ini disebutkan Reformasi Pentadbiran dan saya percaya akan dapat diterima nanti, pimpinan CEUPACS dan ketua-ketua Jabatan akan diberi kefahaman dari segi pengoperasian tahap akauntabiliti dan kecekapan yang dimaksudkan.
  1. Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan, berlaku peningkatan sebanyak 21.3% indeks harga pengguna. Maknanya 12 tahun, naik kos sara hidup umumnya 21%, terutama harga barang, makanan dan minuman merupakan keperluan asas naik 24.8%. Ini juga memberikan kita alasan dan rasional, mengapa kadar peningkatan itu bagi Sistem Saraan Penjawat Awam harus ditingkatkan. Memikirkan 12 tahun peningkatan harga makan minum 24% tetapi belum ada kenaikan ketara dari sudut gaji khidmat penjawat awam. Jadi saya percaya, setelah mengambil kira semua ini, dengan peningkatan kos sara hidup, dengan harapan yang melangit kepada rakan rakan penjawat awam seluruh peringkat di Daerah, Perbandaran, Negeri dan Persekutuan, kita rasa gaji penjawat awam yang selama ini sejak 12 tahun yang lalu, naik hanya 5.8% ketimbang inflasi 24%.
  1. Maka sebab itulah bagi penjawat awam, amat menekan terutama gred 26 dan ke bawah yang mempunyai nilai gaji pokok yang rendah. Dari skim ini saya percaya, saudara sedang menunggu dan kali terakhir pelarasan gaji tahun 2012. Pelarasan gaji yang akan dilaksanakan nanti pada umumnya, saya sebut tadi jauh lebih baik daripada apa yang pernah dilaksanakan.
  1. Lantaran itu, Kerajaan komited memastikan pembelaan nasib penjawat awam. Maka, adalah diumumkan pelarasan gaji penjawat awam seperti berikut:

 

  1. Pelaksanaan pemberian pelarasan gaji ini akan dilaksanakan cara bertahap, berfasa. Maknanya, pada 1 Disember 2024 Fasa 1 dan 1 Januari 2026 Fasa 2. Naik tetapi secara berfasa kerana kekangan, tidak mahu ada tekanan inflasi. Kalau naik kemudian naik inflasi, pendapatan sebenar itu akan jauh kurang.
  1. Maka bagi pegawai Kumpulan Pelaksana, pegawai Kumpulan Pengurusan Dan Profesional, pelarasan gaji untuk Fasa 1 adalah 8% dan Fasa 2 adalah 7%. Secara umum 15%. Bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi, pelarasan gaji Fasa 1 adalah 4%, Fasa 2, 3%.
  1. Seperti penjawat awam yang sedang berkhidmat akan diselaras gaji pada Disember 2024. Penyelarasan pencen juga akan dilaksanakan berdasarkan pelaksanaan ke atas gaji akhir pesara. Ramai rakan-rakan pencen bangkitkan isu ini. Saya bagi jaminan tidak terjejas dengan perubahan baru ini.

 

  1. Julat peningkatan pendapatan yang akan diterima oleh penjawat awam adalah di antara 16.8% hingga 42.7%. Mengambil kira faedah berganda compounding effect.
  1. Sebagai contoh seorang pembantu hidupan liar, gred G11 dengan pendapatan bulanan gaji dan elaun pada 30 November 2024, sebanyak RM1,795 akan menerima pendapatan bulanan sebanyak RM 2,115 mulai Disember Fasa 1 dan Fasa 2 beliau akan menerima pelarasan sebanyak 7%, menjadikan jumlah pendapatan bulanan Fasa 2 berjumlah RM2,327. Contoh kedua, Jururawat gred U29. Pendapatan bulanan, 30 November 2024. RM2,457. Akan menerima pendapatan bulanan RM2,697 mulai Disember 2024 dan mulai 2026 Januari, tambahan 7% lagi mendapat keseluruhannya RM 2,994.74.
  1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Guru yang berkhidmat 5 tahun dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3,838 pada November 2024 akan mendapat pelarasan gaji kadar 8%, 1 Disember meningkat RM4,085.04 dan Fasa 2, 7%, maknanya jumlah RM4,559.24. Seorang Prebet Askar gred ZA1, pendapatan bulanan RM2,379, November meningkat, 1 Disember 2004 dan pendapatan bulanan meningkat kepada RM2,619 dan keseluruhannya jumlah pendapatan bulanan setelah fasa 2, RM2,857.63.
  1. Yang terakhir, contoh Konstabel Polis gred YA1, sekarang RM2,256 dengan pelarasan 1 Disember 2004, RM2,496 dengan tambahan Fasa 2, 1 Januari 2026, pendapatan RM2,726. Ini formula pengiraan ini kena diterangkan dengan lebih lanjut oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  1. Seterusnya dalam usaha meningkatkan motivasi kerja Kumpulan Pelaksana, satu bentuk insentif berasaskan prestasi akan diberikan kepada pegawai telah mencapai tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya 6 tahun selepas Time-Based Kecemerlangan (TBK) 2. Insentif ini bersamaan dengan kadar satu (1) kenaikan gaji tahunan (KGT) gred jawatan semasa pegawai.
  1. Manakala Kemajuan Kerjaya Kumpulan Pengurusan Profesional Perkhidmatan Awam juga ditambah baik seperti berikut :
  1. Bagi mengiktiraf pengorbanan khidmat bakti anggota tentera ATM, Veteran ATM Tidak Berpencen maknanya dalam skim, memang daripada awal mereka menerima perjanjian berkhidmat singkat tapi tanpa pencen tapi. Tahun lalu saya berikan RM300. Tahun ini, selari dengan penyelarasan gaji, kita pastikan naik menjadi RM500 sebulan bagi kategori yang layak.
  1. Jadi saudara-saudara, kita cuba sedaya upaya meliputi semua pihak termasuk dalam veteran yang tidak berpencen. Jadi ini berita baik pada hari Jumaat yang mulia ini dan menggembirakan. Alhamdulillah, saya akan jelaskan dalam Belanjawan kos sebenarnya yang mencecah lebih dari 10 bilion ringgit satu tahun apabila dilaksanakan. Jadi saya harap, saudara-saudara faham kekangan dan kesungguhan rakan rakan pimpinan Kerajaan untuk menjamin supaya rakyat, keluarga kita yang berkhidmat bagi pihak kita bagi pihak Negara itu diberikan pengiktirafan yang sebaiknya.
  1. Dan saya harap juga, jangan ada bulan Disember ini, syarikat-syarikat, kedai-kedai yang mengambil kesempatan kerana kita naik secara berfasa dan tidak harus memberi tekanan kos harga barang keperluan terutamanya makana dan Badan-badan Penguatkuasaan Kementerian KPDN umpamanya, akan bertindak lebih tegas melalui rakan-rakan pegawai Penguatkuasaan.
  1. Saudara-saudari, saya ambil kesempatan ini, pertama menyatakan penghargaan kepada rakan rakan semua, jadilah benteng Negara sesungguhnya. Pertahankanlah dasar- dasar kita dan janganlah beri ruang kepada musuh-musuh bisik hal-hal yang memecahbelahkan kita, menanam bibit kebencian dan fitnah kerana bila diberi amanah, ujian yang Allah berikan kepada kita bila laksanakan amanah semasa kita berkuasa lah kita laksanakan. Esok, bila saya pencen saya jerit itu tak betul, ini tak betul, tak ada makna lagi. Sekarang ada kuasa setelah jalan liku-liku yang susah payah perit maung keluar masuk Sungai Buloh, inilah masa saya bersama rakan rakan saya berikan khidmat yang sebaik mungkin. Apapun cercaan, penghinaan dan fitnah tidak mengganggu fokus saya bangunkan Negara, selamatkan Negara, angkat darjat rakyat dan Negara ini.

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

TEKS UCAPAN

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

MAJLIS SIDANG KEMUNCAK TAHUN PENGKOMERSIALAN MALAYSIA

(MCY SUMMIT) 2024

 

12 OGOS 2024 (ISNIN) | 10.00 PAGI

 

 

KUALA LUMPUR CONVENTION CENTER (KLCC)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, Nahmaduhu Wa Nusolli Ala Rasoolihil Kareem

YB Tuan Chang Lih Kang,

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi;

YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal,

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi;

KSU, Pengerusi MRANTI dan keluarga MOSTI seluruhnya;

Tuan-tuan Yang Terutama;

Duta-duta yang turut hadir menyerikan majlis pada pagi ini.

  1. Saya memulakan, tentunya mengatur syukur kepada Allah SWT atas kejayaan kita meningkat usaha dalam pelbagai bidang. Dan di antara yang kita utamakan sebagai teras termasuklah soal inovasi dan apa yang diungkapkan hari ini sebagai pengkomersialan. Tetapi saya mahu kita imbau sedikit beberapa keputusan kita dalam soal sains, pendidikan sains dan teknologi, soal penyelidikan dan juga soal tentang inovasi.
  1. Kita harus terima bahawa badan-badan seperti MRANTI malah seluruh keluarga MOSTI ini adalah badan yang diasaskan dengan dana awam. Oleh yang demikian, dalam memastikan pelaksanaan program, kita mahu pastikan bahawa jangan ada keterlanjuran dalam memberikan fokus dan jangan jadikan badan-badan ini sebagai badan-badan swasta yang terkadang melihat bukan sahaja dari segi kepentingan business, tetapi kepentingan ahli lembaga dan pengurusan. Jadi sebab itu, Ketua Audit Negara baru-baru ini memberikan gesaan supaya pemantauan itu lebih teliti dan cermat. Ini kita harus jadikan sebagai satu budaya baharu.

  1. Bagaimana boleh kita angkat martabat negara dan inovasi? Tentunya yang pertama adalah penekanan kepada asas tatakelola. Yang kedua, adalah pengurusannya, bukan sahaja diminta untuk meneruskan kerja-kerja lama, kerana kita bertentangan dengan semangat inovasi. Inovasi ini ibarat meneroka alam dan bidang serta disiplin dan penemuan baharu. Kalau diistilahkan dalam dunia am disebut “menggapai di langit”. Menggapai apa yang belum tercapai dengan pemikiran penerokaan baharu. Ini yang disebut innovation.
  1. Tetapi dalam usaha itu, kita tidak harus terikat dengan prosedur dan kerangka yang tetap. Kita harus bersedia membuka lembaran, menerjah ke alam dan kepakaran yang ada, serta sentiasa menilai. Hebat kita bukan sahaja ketimbang tahun lalu atau 10 tahun lalu. Hebat kita itu ketimbang kemajuan yang dicapai oleh negara-negara lain, sama ada jiran atau negara-negara lain. Kalau kita asyik hanya memperbaiki prestasi yang lalu yang kadang-kadang tahapnya sangat rendah, kita tidak akan mencapai apa-apa yang membanggakan.
  1. Yang ketiga, saya ucap terima kasih kepada YB Chang Lih Kang dan kawan-kawan di sini yang menyambut baik gesaan saya supaya pengurus yang mahir, saintis dan kalangan yang telah berjaya dalam innovation ini, turun ke bawah menyampaikan pandangan mereka, memberi galakan kepada anak-anak muda kita supaya lebih tertarik dengan apa yang disebut penemuan-penemuan baharu, sains, teknologi, digital dan AI. Ini adalah sebagaimana yang disebut daya cipta MADANI.
  1. Saya diberitahu oleh saudara Chang Lih Kang bahawa memang sudah disediakan kerangka ini dan sudah diperolehi senarai 100 saintis kita yang bersedia sebulan sekali atau 2 bulan sekali, turun ke bawah, ke kawasan miskin bandar, desa, kawasan pedalaman untuk meneruskan usaha kita berkongsi dengan anak bangsa.
  1. Saya agak keras dalam pandangan saya berkaitan usaha innovation, pengkomersialan dan dalam soal mengangkat martabat negara dari segi digital atau AI. Jangan kita izinkan berlakunya kesenjangan yang lebih melebar. Sekarang ini sudah kita runsing dengan keadaan yang beda di antara golongan berada di kalangan elit kota dengan miskin kota dan miskin desa. Saya tidak berharap MRANTI terus terlibat dalam social engineering program. Tetapi munasabah kalau beberapa kepakaran MRANTI itu juga peka dan turun untuk menyampaikan kepada anak-anak terutama di sekolah atau di universiti, kalangan mahasiswa yang baharu, tentang apa yang mereka lakukan dan apa faedah dan penemuan baharu yang menakjubkan dengan cara yang dapat menarik perhatian mereka.
  1. Bidang-bidang seperti digitalization dan terutamanya kecerdasan buatan (artificial intelligence) itu memerlukan persiapan awal dari sudut sains dan teknologi (STEM) dan kejuruteraan. Jadi walaupun ini MCY Summit, saya nak tegaskan keputusan-keputusan lama supaya dapat dilaksanakan dengan baik kerana ini akan memberikan suatu kerangka besar tentang apa yang diperlukan dalam negara keseluruhannya.
  1. Disebut tadi tentang Global Innovation Index. Memang kedudukan kita tidak terlalu tercorot, namun tempat 36 (tempat ke 36 dari 132 negara) itu tidak membanggakan. Kerana kita punyai asas yang lebih awal, yang lebih bersedia sepatutnya melangkah dengan pantas. Jadi saya harap ada suatu gesaan dan kesungguhan kita untuk berusaha dengan apa jua cara yang munasabah, melonjak ke atas. Ada kenyataan-kenyataan yang saya rasa membolehkan kita terangkat. Umpamanya kita di kalangan 30 ekosistem teratas di dalam kategori ekosistem membangun (emerging ecosystems). Itu melalui laporan Ecosystem Startup Global. Ini bagi saya satu permulaan.
  1. Tetapi kalau kita lihat apa yang dilakukan oleh negara lain, inisiatif atau ikhtiar mereka, penumpuan mereka, itu tentunya akan memberi manfaat kepada kita. Jelas menunjukkan bahawa masih terlalu luas ruang untuk kita perbaiki. Jadi tentunya KSU dalam draf dia menyebut tentang hal yang kita capai dan saya tidak bermaksud mengulang kerana kita selalunya tahu apa yang kita capai. Tapi yang bagi saya kalau lihat dalam Pelan Induk KL20 itu ditekankan apa yang belum kita capai. Dalam kerangka Pelan Perindustrian ataupun chips plan kita tentang semiconductor dalam kerangka besar Ekonomi MADANI, itu kita menekankan matlamat kita yang belum kita capai. Peranan saudara-saudara dalam kalangan pemikir, ahli sains, dan penyelidik harus mencari jalan dan menyediakan rangkaian bukan sahaja dalam negara tetapi kalangan negara jiran dan negara-negara lain.
  2. Saya telah berikan contoh sebelum ini, bila saya tanya laporan, selalunya disebut kejayaan-kejayaan kita. Termasuk satu contoh yang selalu saya berikan tentang apa yang diungkapkan sebagai “ease of doing business”. Malaysia ini di antara yang baik. Saya tanya, “Siapa yang beritahu? Berbanding 2 tahun lalu ataupun ketimbang 5 tahun yang lalu”. Baik, saya kata, “Boleh tak kita buat kajian berdasarkan laporan-laporan antarabangsa tentang kejayaan-kejayaan kita di negara-negara jiran?”. Di situ nyata dalam beberapa bidang meleset. Sebagai orang yang terlibat dalam Kerajaan dulu tahun 90- an berbanding dengan sekarang, bila kita lihat bidang yang berjaya mencatat kejayaan di Vietnam. Indonesia atau Thailand, ada yang kita atasi. Tetapi ada yang dulunya kita agak jauh cemerlang, namun sekarang kita agak ketinggalan. Ini berbeza dengan laporan yang saya terima sebelum ini.
  1. I need to emphasize this point that we mentioned our success story. Yes, we have knowledge that, Alhamdulillah. But always in relation to the past including the example I used to cite, “the ease of doing business”. But when I asked for a report, I gave the staff two weeks to submit the report. What about our performance in relations to the success and achievements of our neighbors; Singapore, Thailand, Vietnam, Indonesia? Now we were quite mazed because clearly relative success in many fields achieved by our neighbors compared to what we have registered. But these are areas that we note we need to give more emphasis and they include issue of innovation or scientific research and commercialization.

 

  1. This is precisely the reason why I suggest that we not only focus on our strategic interest of policies on implement what we have to do now, but also to look at the macro picture, the ecosystem and what relative success our neighbors or the international community have seen. That is of course, quite a major challenge and the this is not to suggest that we have not done anything useful. Yes, we have registered success and we be of course very happy. But our problem would be to talk about continued success will be to be lull in the state of complacency and this culture of contentment. A book brilliantly written by Galbraith many years back is a reminder that whilst we do acknowledge our relative success, we must accept the new challenge. The new challenge is for our researchers, scientist, entrepreneurs, business community and of course bureaucrats and the cabinet to look at the capacity of present as compared to the past and more challenging as compared to the relative success of our neighbors and other countries.
  1. Kalau kita lihat begitu dan maka cabarannya itu lebih hebat. Kerana ini saya sebut tentang National Technology & Innovation Sandbox. Ya ada kejayaan, 32 produk penyelesaian dengan penjanaan hasil jualan RM88.4 juta. Adakah ia satu kejayaan? Ya. Membanggakan? Ya, syukur Alhamdulillah. Apakah sebenarnya kapasiti keupayaan Malaysia dengan dana yang begitu dicurahkan dan dengan kepakaran yang ada harus berpuas hati setakat itu? Itu cabarannya.
  1. Jadi badan-badan seperti MRANTI, Cradle semua ini harus fikir bahawa dalam penilaian kita untuk tahun-tahun berikutnya, bukan penilaian berdasarkan tahap kejayaan yang lalu dan ini bukan khusus kepada keluarga MOST. Saudara Chang Lih Kang tahu itu gesaan saya bagi semua Kementerian, Menteri-menteri dan Jabatan masing-masing kerana kita telah ketinggalan dalam banyak bidang. Simpang siur politik tak tentu arah, gejala penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang menular, budaya yang sudah begini rapuh dan lemah, dan ini harus menuntut perubahan semua kalangan.
  1. Ada peruntukan yang saudara tahu, dalam R&D untuk Rancangan Malaysia ke-12. Itu bukan kecil, RM350 juta, itu dana pemacu di bawah MOSTI. Itu bukan jumlah kecil. Kita perlu juga lihat keperluan negara yang lain contohnya bidang kesihatan dan perubatan, pendidikan, dan prasarana asas. Oleh itu, gunakanlah dengan sebaik mungkin kerana selain daripada berapa 140 projek R&D yang telah diluluskan projeknya berjumlah RM288.3 juta. Saya percaya ia dapat digunakan dengan sebaik mungkin, tetapi fikirkan juga, memberi penekanan tentang langkah-langkah dan ikhtiar baru yang diperlukan.
  1. Saya memohon maaf kerana mungkin ada yang menganggap bahawa saya memilih program-program seperti ini untuk memberi gesaan dan teguran. Ini tidak bermakna saya mengenepikan usaha, pengorbanan, dan ikhtiar rakan-rakan. Tetapi saya hanya bertanggungjawab untuk mengajak kita semua, ubah mindset yang ada. Ambil langkah yang lebih berani. Kalau tidak kita hanya di tahap yang sama. Mungkin lebih baik daripada tahun lalu dan akan lebih baik tahun depan daripada tahun ini, tapi tidak akan cemerlang dan hebat di rantau ini. Cita-cita saya kerana saya punyai keyakinan yang besar kepada anak-anak bangsa, saya yakin kalau semangat ini ada, keupayaan ini ada, ikhtiar baru ada dan kita angkat pengurusan yang terbaik di kalangan kita, dalam agensi-agensi kita. Saya yakin insya-Allah kita akan catat satu kejayaan membanggakan, Malaysia yang hebat di rantau ini insya-Allah.
  1. Jadi dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan inisiatif MRANTI dan MOSTI, terima kasih, tentang Pengkomersialan Malaysia (MCY Summit) 2024.

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

TEKS UCAPAN

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

MAJLIS PELUNCURAN
GARIS PANDUAN MENGENAI PENGURUSAN DAN TATAKELOLA BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN

 

JUMAAT (9 OGOS 2024)

 

HOTEL PREMIERA, KUALA LUMPUR

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
salam sejahtera.

 

Alhamdulillahilladzi anzala ‘ala ‘abdihil kitaaba

Wa lam yaj’al lahuu ‘iwajaa

 

Wa Usolli Wa Nusalli Ala Rasoolihil Kareem

Wa’ala alihi wa sahbihi ajma’een

 

Menteri-Menteri,

Menteri-Menteri Besar,

YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz,

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA);

 

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi,

Ketua Audit Negara;

 

YBhg. Tan Sri Dato; Sri Haji Azam Baki,

Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia;

 

YBhg. Dato’ Azman bin Ibrahim

Ketua Pengarah ICU;

Rakan-rakan yang saya muliakan.

  1. Terima kasih atas kehadiran, terutama Pengerusi dan Ahli Lembaga Badan Berkanun dan pengurusan utama. Setelah meneliti laporan ketua audit negara dan maklumat yang disampaikan dalam siasatan SPRM serta laporan diberikan oleh wakil-wakil Kementerian Kewangan dan Lembaga, tentunya ada yang memperhatikan, tetapi yang saya hendak jelaskan di sini berbeda daripada berita sensasi media. Pada keseluruhannya tidak dikesan pelanggaran peraturan salah guna kuasa. Secara umum, peraturan diikuti prestasi badan berkanun dalam banyak hal, dan membanggakan walaupun perlu berjuang untuk memperbaiki. Tetapi meneliti atau menelusuri laporan yang saya sebutkan legasi Ketua Audit Negara, SPRM dan wakil-wakil kementerian, tentunya ada hal yang saya kira agak membimbangkan.

 

  1. Dalam negara MADANI ini, isu tatakelola memang kita beratkan, sebab itu kita tidak mahu rakan-rakan meremehkan. Tunggak satu negara itu adalah isu governance atau tatakelola dan governance itu bermakna satu usaha memperbaiki prestasi – itqan fil amal tahap kecekapan sesempurna mungkin, peringkat ke atasnya sehingga ke bawah.

 

  1. Saya berterima kasih kepada rakan-rakan dalam Jemaah Menteri yang bersetuju membuat beberapa perubahan secara agak radikal dalam urusan tatakelola, umpamanya tidak diizinkan lagi rundingan terus melainkan isu yang diminta oleh pasukan keselamatan, itupun dihadkan dalam beberapa perkara yagn benar-benar menjurus kepada isu keselamatan atau kerahsiaan menjaga strategi pertahanan negara tetapi yang selainnya kita tidak izinkan. Kerana apa jua alasan yang diberikan kemungkinan pelanggaran kaedah tatakelola yang baik itu akan berlaku.

 

  1. Jadi apa yang diusulkan di sini ialah supaya prinsip-prinsip sama itu diguna pakai di semua peringkat. Dalam badan-badan berkanun, kadang-kadang di peringkat atas seperti mana yang diteliti oleh Ketua Audit Negara, itu masih bertahan tetapi ada kecenderungan syarikat-syarikat samada persekutuan dan negeri membentuk syarikat-syarikat atau anak syarikat, dan di situlah banyak pelanggaran berlaku.

 

  1. Sebab itu kita pinda baru-baru ini peraturan dan undang-undang yang membolehkan Ketua Audit Negara masuk dan melakukan audit bukan sahaja di syarikat induk atau badan berkanun induk tetapi juga syarikat di bawah. Saya juga boleh berikan beberapa contoh, tetapi tidak adil kepada orang yang mengendalikannya sekarang.Tetapi kalau saudara lihat contoh-contoh yang besar dan ada yang dikendali oleh Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri yang telah mengenal pasti dan membawa untuk pertimbangan kabinet dan menutup puluhan syarikat di bawah agensi.

 

  1. Agensi-agensi ini penting, pertama untuk menjana pertumbuhan dan mempercepatkan proses pertumbuhan, terutama kalau peringkat awal kebanyakan badan-badan berkanun itu untuk membantu bumiputera, tetapi pelanggaran peraturan dan kecenderungan mengaut keuntungan berlebihan yang menyebabkan hak dan kepentingan bumiputera dikhianati. Ini yang kita bimbangkan. Kerana keseluruhan perbelanjaan yang diberikan itu terlalu tinggi, sebab itu kita undang rakan-rakan di sini untuk memahami bahawa ada keperluan negara kita sudah ke tahap di mana anjakan perlu berlaku. Betul ada kejayaan dan prestasi yang boleh dibanggakan dan bukan maksud kita di sini menafi semua usaha yang baik sebelumnya, tetapi mana-mana negara dengan semangat hadis yang saya baca sebentar tadi itqan fil amal – berusaha untuk mencari kecemerlangan (Strive for excellence) dan meninggalkan amalan-amalan yang merugikan.

 

  1. Menurut SPRM, tidak semua yang dikatakan rasuah, tetapi bentuk-bentuk penyalahgunaan kuasa atau pembaziran itu berlaku. Inilah sebabnya Ketua Audit Negara, telah memberikan berulang kali dengan pertemuan dengan saya mengatakan bahawa kadang-kadang beliau dalam keadaan yang kabur di antara rasuah dan sedikit sebanyak pelanggaran peraturan dan selebihnya pembaziran.

 

  1. Umpamanya kita boleh membuat keputusan mengikut peraturan untuk memberikan habuan dan kemudahan-kemudahan yang sangat lumayan kepada Pegurusi dan Lembaga, peraturannya penuh, tetapi dari segi semangat, prinsip, nilai dan tatakelola tentunya ada kelemahan. Satu badan berkanun yang dibentuk untuk membantu katalah nelayan, pekebun kecil atau orang-orang miskin, kemudian, elaun, hadiah, habuan untuk pengurusannya itu terlalu tinggi tidak terkawal, jadinya tentunya tidak adil kerana badan itu dibentuk untuk membantu rakyat.

 

  1. Sebab itu dalam kajian baru-baru ini, libat urus dan wacana yang diselenggarakan oleh Khazanah, ada seoran pakar ekonomi yang membuat usul yang behitu mengejutkan. Boleh atau tidak kita gabungkan semua, melihat kepada 70 negara yang berbelanja begitu tinggi untuk membantu orang miskin tetapi melalui pelbagai agensi dan badan berkanun, dan dilihat perbelanjaan itu mencecah 40 atau lebih 50 peratus untuk pengurusan. Oleh kerana ketirisan, maka disebut sebuah negara di Asia di mana faedah akhirnya hanya sampai 20 peratus kepada rakyat. Katanya bagaimana jika ditutup agensi itu dan diberi terus kepada rakyat. Mungkin kos penyelenggaraannya hanya 10 peratus.

 

  1. Tentulah ini bukanlah kenyataan yang popular dalam kalangan saudara-saudara dan tidak ada cadangan untuk melakukan begitu sebab itu kita memilih jalan yang lebih sederhana iaitu mengekalkan agensi itu dan mengesa pengurusannya dan kepimpinannya, Pengerusi dan Lembaga untuk melihat semula matlamat agensi, pengalaman baru dan bagaimana boleh kita tingkatkan tahap supaya faedah itu sampai terus kepada rakyat yang harus memperolehi atau mendapat faedah dan ganjaran sepatutnya.

 

  1. Dalam teks saya memang dimasukkan beberapa agensi terutama yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara, Kementerian Kewangan dan juga beberapa tindakan yang diambil oleh SPRM, tetapi saya tidak fikir sesuai untuk kita baca kerana ini sudah menjadi maklumat umum dan tujuan kita pada hari ini bukan untuk menggeledah hal-hal yang lalu tetapi kerana saudara-saudara kebanyakkannya daripada lembaga yang baharu dan saya fikir tidak wajar saya sebut nama-nama agensi yang kebetulan pelanggaran itu berlaku sebelumnya.

 

  1. Tetapi saya ingin tekankan bahawa kajian yang dibuat pleh Ketua Audit Negara itu mencecah 476 agensi dan kita memutuskan dalam Kajian Kementerian Kewangan utnuk memberi peruntukan yang lebih supaya pemantauan itu lebih luas mencakupi semua peringkat Negeri, Persekutuan dan PBT supaya selari dengan anjakan paradigma.

 

  1. Saya begitu sinis apabila orang bercakap tentang ‘paradigm shift’, dahulu hari-hari ada pekeliling tentang ‘paradigm shift’, ia jadi tren popular, tetapi adakah berlaku sebenarnya suatu anjakan? Tidak. Anjakan paradigma ini kalau baca yagn diusulkan oleh Thomas School, ia melibatkan hampir seluruh dasar dan sistem kesediaan membuat perubahan yang lebih dan perubahan peraturan tambahan. Sebab itu bila disebut anjakan paradigma saya minta rakan-rakan dari yang memimpin lembaga dan badan2 berkanun untuk melihat hampir kesemuanya harus melakukan anjakan. Balik kepada pengurusan utama, lihat semula fokus apa, mengapa ditubuhkan badan-badan ini, berapa sebenarnya perbelanjaan untuk pengurusan dan kesan kepada rakyat. Kemudian berapa banyak pengurusan-pengurusan yang sebenarnya sangat merugikan. Ada sebuah agensi umpamanya yang harus menolong orang-orang miskin, saya tidak mahu sebutkan di sini, dia menubuhkan hampir 79 syarikat dan kebanyakkannya itu tidak ada kena-mengena dengan tujuan asal dan daripada 79 itu, lebih 50 mengikut laporan kajian yang dijalankan oleh TPM Zahid yang sampai kepadanya, 50 yang mengalami kerugian tahun demi tahun, tetapi Lembaganya dan Pengerusinya tetap mendapat elaun tetap. Jadi maknanya kalau Pengerusi Lembaga mendapat elaun katalah RM10,000.00 sebulan atau RM5,000.00 sebulan, 79 syarikat itu yang dipengerusikan dengan elaun RM1,000.00 ringgit sebulan, jadi akhirnya dia dapat RM79,000.00 campur RM5,000.00.

 

  1. Tentulah sekarang ini hal ini dihentikan tetapi saya bingung mengapa perkara ini boleh berlaku. Ada mengatakan ini kerana ahli dan pengerusinya orang politik, ini tidak benar kerana yang profesional pun begitu juga, dia boleh jadi professional cheaters. Jadi bukan orang politik, profesional atau penjawat awam, tetapi ini kaedah tatakelola, ada penjawat awam yang melanggar tatakelola, ada orang politik yang pimpin yang melanggar, ada juga pengurusan. Sebab itu berdasarkan laporan yang kita baca kita tidak terikat, kita lantik baik orang politik atau pengurus profesional atau dari penjawat awam, asalkan dia ikut peraturan dan dipantau teliti terutamanya oleh wakil Kementerian Kewangan dan ketua Audit Negara dan sekarang SPRM, kerana kedua-dua ini SPRM dan Audit Negara diminta untuk lebih tegas, lebih menyeluruh, menerobos semua agensi dan badan-badan berkanun.

 

  1. Saya minta rakan-rakan melihat semula peranan dan membantu supaya konsep MADANI itu benar-benar difahami dan dilaksanakan. Kalau tidak ia akan menjadi slogan biasa. Bila kita bicara soal kemampanan tanpa ehsan tanpa nilai dan akhlak. Nilai akhlak peribadi satu hal, tetapi nilai akhlak dari sudut pengurusan badan berkanun dan agensi itu juga harus diambil kira.

 

Saudara-saudara,

 

  1. Kita pula sekarang ini sampai ke tahap yang cukup membanggakan. Semalam saya, Tunku Zafrul dan Menteri Besar Kedah, Sanusi bersama meluncurkan Fasa ke-3 Infineon yang kini banyak di Kulim Hi-Tech dan Melaka, tetapi keputusan mereka melabur tentunya mengambil kira semua, kestabilan politik, penjelasan yang jelas tentang dasar-dasar ekonomi termasuk transisi tenaga, digitalisasi dan Pelan induk perindustrian menyebabkan pelaburan terbesar Infineon mencecah hampir 30 bilion ringgit, terdahulu saya telah sebut 25 bilion, namun mereka agak senang hati dan melihat kepada keadaan dan kemudahan serta kerjasama yang baik antara Persekutuan, Negeri dan Kulim Hi-Tech yang menyebabkan mereka menambah.

 

  1. Kepentingan ini diiktiraf bukan oleh syarikat, sebab itu semalam saya sebut bila jumpa Canselor Olaf Scholz, dia sebut khusus dan dia kenal Malaysia itu melalui Infineon dan dia kata, “I amazed why this leading semi conductor company Germany in fact from Europe choose Malaysia is major operation outside Germany, and some of the facilities in terms of operations and expenditure is more than what we expand in Germany”. Oleh itu, tentulah dia teliti berberapa langkah yang kita ambil.

 

  1. Sekiranya ada masalah dengan agensi persekutuan, negeri atau PBT, dia tidak akan memberikan gambaran yang positif. Pertumbuhan kita cecah di antara tertinggi, 58 peratus, pengukuhan ringgit itu menambah keyakinan. Baru-baru ini saya sebut di Sabah, saya kata kedudukan pengukuhan ringgit itu dari segi peningkatannya itu tertinggi di Asia. Ada yang mendengar tetapi kurang faham Bahasa Melayu, dia tulis dalam bahasa Inggeris, dalam Malaysiakini, dia kata “Prime Minister is wrong in analysis because Ringgit is not strongest currency in Asia”. I didn’t say the strongest. Saya lihat balik video itu semalam, saya sebut peningkatan tertinggi di Asia. Sebab itu di Malaysia ini, baik Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan mesti menguasai Bahasa Melayu dengan baik kalau tidak jadi celaru macam ini. Jadi saya harap Malaysiakini boleh membetulkan. Saya sebut dalam ucapan saya itu, peningkatan, peningkatan ringgit itu tertinggi di Asia, that’s the fact.

 

  1. Kalau kita hendak teruskan tahap ini saudara-saudara percayalah ia memerlukan satu tindakan kita yang serius. Tidak boleh lagi dah kita teruskan dengan cara dan kaedah lama. Hendak tunggu kelulusan MIDA dan MATRADE, tak tahu, hendak tunggu kelulusan yang boleh diluluskan dalam seminggu tapi kita luluskan dua bulan. Sebab itu rakan-rakan di kabinet dan juga agensi-agensi faham dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara. Semua laporan mengenai tahap kemajuan kita jauh lebih baik ketimbang tahun 2022, 2023, 2024. Saya kata betul ke? Dari mana kenyataannya? Dari perbandingan dengan negeri-negeri berhubung prestasi kita selama ini. Saya kata baik, bolehkah untuk mesyuarat akan datang kita buat perbandingan antara negara Singapura, Thailand, Indonesia dan Vietnam. Bila kita lakukan perbandingan itu ada elemen-elemen di peringkat kelulusan yang kita agak lebih tercorot, saya rasa aneh, kalau ikut pengalaman saya tahun 90-an dulu melainkan dengan Singapura, prestasi itu baik ketimbang dengan semua negara sekarang kita kalah dalam beberapa hal, siapa yang beritahu saya? Dalam pertemuan saya dengan Google di Francisco, dia nak putuskan di antara Malaysia atau Vietnam. Jadi saya tanya apa masalahnya, dia kata workforce is very good, now government is stable, policies and clarity policies is remarkable, but there has been some delays in phase of approval as what we say, ease of doing business. Vietnam is better in some areas. Saya tentunya terkesan, tetapi saya ambil sikap jangan kita ambil kita ini sempurna semua jadi kalau ada teguran begitu kita balik dan terus perbaiki.

 

  1. Langkah-langkah telah diambil, terima kasih kepada MIDA dan MATRADE menyelaraskan, kelulusannya cepat maka Google telah memilih untuk berpangkalan di Malaysia kerana kita ambil kira teguran yang disampaikan dan tidak anggap perkara ini sebagai satu kritikan yang tidak berguna. Kalau kritikan itu baik, kita harus terima, dalam beberapa bidang kita memang teratas, disiplin, tenaga kerja membanggakan. Tetapi sebagai contoh Infineon semalam, mereka memerlukan 4000 ke 5000 jurutera terutama dalam bidang yang mengkhusus kepada AI dan semikonduktor, maka universiti harus dikerah untuk menjurus ke situ. Pertama, kita kurang jurutera, kedua kita kurang kemahiran dalam bidang digital peringkat tinggi dan AI. Itu adalah hal-hal yang harus kita teliti walaupun tidak secara langsung oleh agensi dan badan-badan berkanun tetapi hendak tunjuk bahawa inilah ertinya dalam governance, bukan sahaja buka fail dan teliti apa yang berlaku dan kemudian terus sahaja sepertimana tahun-tahun sebelum ini tetapi kita harus lihat banding dengan pengalaman negara-negara lain dan lihat tahap kecekapan dan tatakelola yang baik.

 

  1. Saya tahu sebahagian saudara-saudara telahpun menunjukkan prestasi yang baik, khidmat yang cemerlang dan juga pengorbanan dari segi masa dan tenaga yang diberikan serta upah dan elaun yang diberikan tidak setimpal. Tetapi saya benar-benar mengharapkan seluruh jentera kerajaan dan agensi serta badan berkanun dapat melihat keperluan kita di Malaysia membawa perubahan yang cepat dan pantas supaya terangkat kedudukannya. Dan sekarang dari segi pelaburan, dari segi keyakinan telah bertambah. Saya bimbang kalau kita tidak bergerak pantas, maka kita akan ketinggalan. Pendidikan, pengajian tinggi, latihan, TVET dan semuanya serta agensi-agensi terutama yang melibatkan dukungan kepada masyarakat miskin.

 

  1. Kalau saya hendak rumuskan tadi tentang teguran yang diberikan oleh seorang sarjana daripada wacana Khazanah itu, dia tanya berapa kurang peruntukan setahun untuk orang miskin secara khusus. Jawapannya adalah sekitar 22 bilion ringgit. Katalah kita ketepikan semua agensi ini dan bagi langsung kepada orang miskin, itu agak radikal, kalau bagi langsung itu baiknya mereka akan mendapat tunai, ruginya nothing would change, iaitu peranan agensi dari segi kecekapan, mekanisassi, automasi dan pengurusan yagn lebih baik itu tidak berlaku. Tetapi saya hendak tunjukkan bahawa dia melihat keadaan di mana peruntukan itu besar tetapi kesan itu tercorot. Itu sahaja tegurannya. Saya ambil bahagian itu sahaja dan masih yakin bahawa meallui agensi dan badan berkanun kita berupaya membawa perubahan dan melakukan lonjakan yang sepatutnya.

 

Terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

SPEECH TEXT

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

FOR

 

OPENING CEREMONY OF INFINEON KULIM 3

 

 

8 AUGUST 2024 (THURSDAY)

 

KULIM, KEDAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor,

Menteri Besar Kedah;

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz,

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri;

YB Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali,

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah;

And of course, we are pleased to welcome

 

Mr. Jochen Hanebeck,

Chief Executive Officer of Infineon Technologies;

Mr. Rutger Wijburg,

Chief Operating Officer of Infineon Technologies;

Mr. Ng Kok Tiong,

Senior Vice President and Managing Director of Infineon Technologies (Kulim); dan

Rakan-rakan yang saya muliakan.

  1. Saya ucapkan setinggi-tinggi perhargaan, ini merupakan satu penghormatan besar kepada negara Malaysia kerana apa yang kita saksikan hari ini bukan sahaja satu perasmian industri tetapi industri teknologi tinggi yang selari dengan dasar mengurangkan karbon, dasar teknologi hijau dan yang lebih utama adalah teknologi yang menakjubkan dunia, dan kita tentunya terharu kerana Malaysia dipilih sebagai tuan rumah. Oleh itu, saya ucap terima kasih kepada MITI, Menteri Besar dan Kerajaan Negeri serta Kulim Hi-Tech atas kerjasama yang diberikan dalam mempercepatkan dan melicinkan proses. Lebih utama, penghargaan kepada Infineon Tecnologies dan rakan-rakan yang bekerja menjayakan projek ini.

Excellencies ladies and gentlemen,

  1. Of course, I am extremely delighted to have Infineon here which surprisingly have excited not only because my friends is here but the entire region. You are probably aware that we have exploited the presence and the support of Infineon as a pillar in our effort to encourage investments into this country. So, for that I salute Infineon. When I was in Germany in the invitation of Chancellor Olaf Scholz, in my discussions with him, Infineon of course was mentioned. He was extremely delighted that welcoming that Infineon have agreed to expand your activities here and becoming a very large semiconductor enterprise. In fact, he was joking in a lighter mood, note saying that “Well Prime Minister Anwar, I would have wished that they expand and focus in Germany”. But on a serious note, you know that it is a major activity in industry in Germany. Well known to the world and for us it is certainly a remarkable feat indeed.
  1. So, there are few issues that I like to raise here. First, your presence is not only an entry into what is considered a new technology with green technology, with a highly focused and precise industry. And I want Malaysians to share this, to understand that this was built through research, highly skilled professionals and dedicated workers and great discipline. And that’s why you have created Infineon as a major semiconductor enterprise, fab industry and now a leading edge in this field.
  1. This does not happen as you know, except for a clear direction, of course policies of government that encourage those, but the enterprising professionals and researchers of all fields. We are fortunate again because when you enter this way with value added activities it becomes a potential catalyst for us in Malaysia. For example, to understand that nothing works without a clear discipline and focus. Nothing works without focus on research and development and creating highly skilled professionals that can fill this gap.
  1. So, in the decades that Infineon was involved here in the first wafer fabrication at the back end. But what is to me astounding is the Infineon’s interest, commitment and confidence to enter into a new enterprise in the front end of fab industry. Which is to my mind a great feat and I think Malaysians should understand that it is not a normal wafer fab technology. We have now been recognized to be able to receive an outstanding technological enterprise that now cater for a front end. Therefore, it shows that Malaysia has now gone up the ladder and we then need to be prepared. The infrastructure must be great. This involves Kulim Hi-Tech, the state government and the federal agencies. We should not or even cannot tolerate inefficiency, any delays. Because when companies like Infineon gives us that confidence, we must reciprocate with clear commitment. That’s precisely number one.
  1. Number two, the ecosystem. Why is Malaysia now regarded as a hub in the region for ecosystem. We are able to compete with our neighbors because we have an edge for the last two, three decades. So, the ecosystem helps now, but it needs to be improved. I’ve always emphasized the need for resilience. This culture of complacency or culture of contentment will not lead us anywhere. Of course, I’m delighted and thank you again, but that is not sufficient. What is lacking? I am naturally proud to see some of our local players working with the German professionals in developing this new fab culture. Which is to me mind boggling. I come from liberal arts background. So, find back to force me to listen to this is part of a torture by itself (joking tone). But I’m again delighted because we have seen these young professionals coming up. But is it sufficient? No. That is why the synergy in the ecosystem must add. Must be prepared to make the necessary shift.
  1. The universities, the TVETs must then come up with new plans, new directions to ensure that the change is happening at a faster pace. Now, I’m not here to state what is already known and Tengku Zafrul is here in terms of the new investments, new focus and support that we are getting from many countries. As I said to even Chancellor Scholz, that we are fiercely independent. We want to befriend all our neighbors and want to attract their interest into Malaysia. And we have been rather successful. But that is only a beginning. The infrastructure, the ecosystem, the training and we have called upon universities. I’m sure USM here, UUM and the TVETs and the institutions in Kedah, Penang in particular, must be receptive and undertake the changes at the faster pace. You can’t talk about digitalization, innovation, AI and expect to obtain good results with a normal pace of change or development. That is why I have called on universities. We give all the necessary support in terms of the funding for research, and new disciplines.
  1. I have mentioned this in Kuala Lumpur that a normal university, when they want to start a new discipline, will take at least one and a half years. It goes through a department and then through the Dean, through the Board of Studies to the Senate and then to the Ministry of Higher Education. I say “If you use that pace, it’s no longer postnormal world”. Postnormal world requires change which is spontaneous, at an unprecedented pace, because once you slow down you will lose the race and competition. Therefore, setting up for example AI department or faculty, what more universities would require us to deploy the best from the country, from any religious denominations or race, and from the region or from international community who can serve and contribute.
  1. So, the pace of change and to appoint those who are very qualified is of course a prerequisite to ensure the success of this endeavor. And we require 60,000 highly skilled engineers by 2020. But now we have adjusted probably by 2027 at the rate we are given the support and the interest shown. As I’ve alluded earlier, Malaysia now is considered to be a hub for semiconductor industry and this again is a remarkable feat. Thanks to all the stakeholders for playing their part. But my concern as I’ve said, and I think, you can hear this because to show that we are not sitting on our laurels, we are pushing this agenda forward. And to push the agenda means all agencies, all departments, all levels of professionalism must undertake this measure. This needs to be emphasized.
  1. I believe my colleague, the Minister and Menteri Besar would share this sentiment with me that we cannot expect to be regarded as a successful player in this new technology if we continue to work at a normal pace. There are some other challenges. Infineon is known. I’m not going to talk about fab, you have the expertise but I understand the ecosystem that is required. It’s not the old Infineon started because you require green energy. From where? From the country. Which means we have to push ahead. So, you have highly skilled workers that you need, new highly trained engineers, you need green through hydro, through gas, through solar. Now we are moving towards green hydrogen and ammonia, whatever is required, then you get that in place, of course infrastructure is less challenging but more importantly is the ecosystem that I have related to.
  1. I think for the Malaysian government we’ll do whatever is necessary. We’ll continue to engage with you to make sure that we remain a very attractive destination for investments and I’m proud to say not only Infineon but industries in Germany as a whole have chosen Malaysia as one of the major investment destinations. Our visit organized by MITI, MIDA and colleagues have shown that even in the SME’s and conference that I have attended and also Hamburg with more aristocratic environment where they forced me to use a black tie, but I have seen this interest. My focus is now to ensure that we do reciprocate and we take the adequate measures now so that our economy will continue to grow. Today’s event marks a major, a huge milestone for Kulim, Kedah and for Malaysia to showcase that we are able to attract world class investments.
  1. For Mr. Hanebeck, thank you very much because it is not just an ordinary feat. Because if you follow some of our discussions with potential investors, I would say “Look, Infineon have decided, surely for good reason for the infrastructure, for the attractive incentives. But for the professionalists and workforce, discipline and that’s why they choose and because of your presence and to place a world’s largest 200 mm silicon carbide power fab, that alone is a major selling point for us in the country. So thank you very much.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

TEKS UCAPAN

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

 

MAJLIS PELUNCURAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM MALAYSIA MADANI

 

 

6 OGOS 2024 (SELASA) | 9.30 PAGI

 

BANDAR SRI PERMAISURI

KUALA LUMPUR

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

 

Alhamdulillah, Nahmaduhu Wa Nusolli Ala Rasoolihil Kareem

 

YB Tuan Nga Kor Ming,

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan;

 

YB Dr. Zaliha Mustafa,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan);

 

YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali,

Ketua Setiausaha Negara;

 

YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz,

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam;

 

KSU-KSU yang hadir;

 

Rakan-rakan dan tidak terlupa

 

YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail,

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

 

  1. Alhamdulillah kita dapat bersama-sama pada pagi ini meluncurkan satu projek perumahan untuk penjawat awam. Saya tekankan sepertimana yang diulas oleh Tan Sri Zuki bahawa dalam negara MADANI ini kita kena pastikan ekonomi mampan. Alhamdulillah seperti mana dilaporkan, kekuatan ringgit yang menjadi masalah kepada kita itu kembali dengan lebih meyakinkan. Kekuatan ringgit hari ini terbaik ketimbang 14 tahun yang lalu. Dari segi kadar peningkatan itu terbaik, bukanlah ringgit itu terbaik di Asia tetapi kadar peningkatan, kepesatan peningkatan itu terbaik. Jadi kita syukur. Jasa siapa ini? Tentunya kerana politiknya stabil, dasarnya jelas, penjawat awam berdedikasi, sumbangan sektor swasta, ini semua mempunyai peranan untuk menjayakan.
  1. Tetapi apa erti kekuatan ringgit, pelaburan yang masuk, kalau tidak memberi faedah langsung kepada rakyat yang dirasai oleh mereka. Sebab itu di Wilayah Persekutuan umpamanya dari awal saya tekankan mesti beri penekanan projek-projek yang menyantuni rakyat secara langsung. Bangunan-bangunan pencakar langit sudah banyak. Kalau ada sektor swasta nak bangunkan, silakan. Tapi Kerajaan tidak menjadikan ini keutamaan lagi. Saya tidak mahu bermegah kerana Malaysia ini atau Kuala Lumpur punyai bangunan-bangunan tinggi dan hebat dan terkemuka di dunia. Saya tidak megah. Saya mahu tumpuan Jabatan Wilayah dan kerjasama semua Kementerian jaga umpamanya kebersihan warung, gerai, restoran kecil kerana itu disantuni oleh majoriti 70-80% rakyat Kuala Lumpur ke gerai, warung dan restoran kecil. Tetapi tumpuan kita tidak setimpal. Sebab itu saya ucap tahniah kepada Jabatan Wilayah Persekutuan, KPKT, DBKL yang berikan tumpuan dan kita lihat puluhan gerai-gerai yang telah dinaik taraf dan kelihatan indah dan bersih. Baru nampak negara MADANI dengan sikap ihsan.
  1. Kemudian hari ini kita lihat umpamanya perumahan. Perumahan rakyat diberi keutamaan dan juga perumahan penjawat awam. Penjawat awam itu punyai tugas dan menjadi satu rangkaian jentera Kerajaan yang membantu. Mesti umpamanya lebih cekap, lebih pantas, halang daripada kebocoran dan rasuah. Itu semua hal-hal yang harus diberi perhatian.
  1. Di Kementerian Kewangan, kita perkenalkan Akta Pertanggungjawaban Fiskal Kewangan. Maknanya Menteri Kewangan menyerahkan kuasa, penilaian pemantauan kepada Parlimen untuk membahas, menentukan apakah unjuran kita itu dapat dicapai atau tidak. Untuk Kerajaan, untuk penjawat awam pun harus sedemikian, harus ada pertimbangan, bagaimana kita ukur kejayaan mereka. Apakah orang yang memohon lesen kena tunggu berjam-jam atau berbulan-bulan? Berapakah masa menunggu yang diambil oleh orang yang hendak perbaharui lesen JPJ atau hendak menunggu daftar di hospital? Semua ini harus diambil kira. Jadi ketua-ketua jabatan harus beri penekanan kerana dari segi Kerajaan, kita beri pertimbangan.
  1. Tan Sri KSN menyebut tentang pelarasan gaji, ya memang betul. Dalam beberapa minggu ini saya akan umumkan beberapa kaedah kasar yang akan membuktikan bahawa dalam sejarah Malaysia, walaupun ada suara-suara pembangkang yang memang tidak pernah reti syukur dan tidak pernah nak terima kenyataan. Tetapi percayalah bila saya umumkan nanti, sebahagiannya bulan Ogos ini dan kemudian lengkapnya sepertimana saya janjikan pada bulan Oktober, Belanjawan Negara dan dilaksanakan mulai 1 Disember. Apa dia skimnya untuk penjawat awam? Iaitu kenaikan gaji paling tinggi dalam sejarah negara sejak merdeka. Sebabnya duan (2), pertama negara membangun. Tetapi selama 12 tahun tidak ada kajian menyeluruh mengenai kenaikan gaji. Kedua, kerana mengiktiraf peranan mereka selama ini. Kerajaan silih berganti, Perdana Menteri silih berganti, tapi penjawat awam punyai tugas secara profesional melaksanakan amanah ini. Ketiga, yang penting ialah dengan pelarasan gaji ini kita mahu supaya khidmat mereka kepada rakyat jauh lebih baik setimpal dengan gaji diberikan itu. Ini insya-Allah kita dapat lakukan.
  1. Jadi sebab itu dalam keadaan perumahan ini saya ucap terima kasih kerana diselaraskan dan khususnya kepada KSN, Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan, KPPA, KPKT, Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan, dan Kementerian Sumber Asli. Kementerian-kementerian bergerak bukan secara silo, perumahan ini bukan kerja KPKT sahaja, gaji penjawat awam bukan Kementerian Kewangan sahaja, perancangan ekonomi bukan Kementerian Ekonomi sahaja. Kalau kita dapat kerja sebagai satu pasukan, percayalah saudara-saudara, kita akan dapat catat kemajuan jauh lebih baik daripada apa yang kita dengar dalam beberapa hari atau minggu yang lalu. Kita harus bersyukur ke hadrat Allah SWT, tetapi syukur itu bererti kita lebih bertanggungjawab melaksanakan.
  1. La’in shakartum la azeedannakum wa la’in kafartum inna ‘azaabee lashadeed. Allah mohon kita supaya mengerti erti syukur. Syukur kepada Allah, syukur atas nikmat, syukur kerana keamanan. Bila aman, syukur ertinya apa? Ertinya terima kasih kepada pasukan keselamatan, kepada polis, tentera, APNM. Syukur kerana kesedaran rakyat tidak difitnah, tidak mudah menerima caci hamun. Syukur kerana ekonomi kita lebih baik. Tetapi kerana orang yang tidak bersyukur kepada Allah SWT, kepada nikmat yang diberikan itu mengundang azab yang pedih. Jadi bukan sesekali mudah saudara-saudara. Syukur ertinya menjalankan yang maaruf, yang sebaik mungkin yang kita dapat lakukan. Saya yakin insya-Allah hala tuju kita lebih baik.
  1. Apakah kita nafikan? Tadi ada perhimpunan bulanan di Kementerian Kewangan saya tekankan kita tak nafikan. Bandar, kota-kota di kampung, masih menghadapi masalah iaitu kos sara hidup. Jadi kita tidak nafikan. Sebab itu dalam strategi belanjawan kita dan perancangan ekonomi kita, kita tidak ketepikan. Cuma janganlah umpamanya gunakan itu menolak semua kebaikan dan menafikan bahawa harga gula, minyak mentah, minyak di Malaysia ini jauh lebih rendah bukan sahaja dari Singapura, saya faham, dari Thailand, rendah daripada Indonesia. Ini kenyataan yang tidak boleh dimungkiri.
  1. Jadi sementara kita cuba sedaya upaya. KSN tahu, Menteri-menteri kita tahu kita elak pembaziran. Majlis-majlis biar sederhana, gaji Menteri-menteri dipotong walaupun gaji penjawat awam akan dinaikkan, Perdana Menteri tak ambil gaji. Sebab saya hendak tunjuk bahawa tidak semua orang ada jawatan itu kerjanya hanya nak pelahap wang orang. Kalau gaji tu hak mereka tak mengapa, tetapi kita harus keras melawan amalan rasuah dan penyelewengan, kerana ini yang menyebabkan kos naik. Di antara lain kartel, salah guna kuasa, ketirisan.
  1. Tengok apabila penyasaran subsidi diesel dilaksanakan, yang tidak pakai diesel pun marah kita. Tapi saudara tahu tak diesel itu menyebabkan orang seludup, orang curi duit kita? Orang yang ambil, orang-orang asing yang tidak bayar cukai dapat subsidi diesel. Siapa yang bagi subsidi? Rakyat. Rakyat mana? Rakyat bayar cukai. Munasabah ke? Saudara bayar cukai, cukai itu diguna untuk bagi subsidi kepada orang asing. Dicuri bawa ke luar negara. Berapa banyak? RM4 bilion satu tahun. Bila kita ambil tindakan, mudah? Tak mudah. Tapi kalau tak ambil, dia jadi kekal begitu. Tiap tahun serah kepada orang RM4.5 bilion. Ini bukan dasar yang baik, tapi bila kita lakukan, ada lagi masalah? Ada. Ada tak yang terkesan terutama peniaga kecil ataupun nelayan, pekebun kecil? Ya. Jadi buat rayuan. Kalau yang mana boleh kita timbang, kita pertimbangkan. Tetapi naik 5-10 sen lebih baik daripada serah kepada orang asing dan negara asing RM5 bilion.
  1. Saudara fahamkan begitu. Pendapat siapa? Semua Perdana Menteri selepas ini, semua parti politik. Masa Barisan Nasional, Pakatan Harapan, PAS, BERSATU semuanya, semasa mereka dalam Kerajaan bersetuju penyasaran subsidi diesel. Tetapi sekarang dia kecam “zalim”, “menindas rakyat”. Jadi saudara-saudara kena teliti dan dengar secara baik.
  1. Saya tidak nafikan memang ada masalah. Tetapi bagaimana? Apa pilihan kita tentang penyasaran subsidi diesel ini? Saya faham bila ada juga kesan-kesan di bawah terutama dulu apabila harga ringgit jatuh. Jadi import gula, import itu meningkat menyebabkan harga naik. Sekarang secara perlahan ringgit menguat, harga import mula kurang. Jadi KPDN itu terpaksa pantau betul-betul. Jangan ambil kesempatan dan mendera rakyat. Ini yang saya nak jelaskan.
  1. Akhirul kalam saya nak ucap terima kasih kerana perumahan ini sangat penting. Di Kuala Lumpur ini puluh ribu, Dr. Zaliha tahu, yang tunggu nak dapat rumah. Jadi saya berterima kasih kepada saudara YB Nga Kor Ming kerana tumpu bukan sahaja pembangunan perumahan biasa, tetapi perumahan MADANI untuk menyantuni kepentingan bukan sahaja penjawat awam, tetapi kelompok B40, M40 yang lebih susah. Orang-orang kaya dia buatlah rumah banyak mana pun, berapa harga puluh juta pun dia buatlah saya tidak peduli. Kita ada tanah kita beri, tak ada masalah. Tetapi rakyat yang lain harus dibantu. Itu sebabnya mengapa jentera Kerajaan harus dikerahkan supaya menyelesaikan masalah perumahan yang sangat rumit ini.

Saudara,

  1. Seramai 60,000 orang queue nak dapat rumah Bandar Raya. Kemudian kita diserang disuruh selesaikan 60,000 dalam satu tahun. Tidak boleh. Hari ini 850 (unit rumah). YB Nga Kor Ming sedang rancang supaya sekurang-kurangnya 3,000-4,000 perumahan disediakan pada satu-satu tempat dan setiap perumahan baharu, saya arahkan Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandar Raya. Buat perumahan baru, dia ada tanah okay kita luluskan, kita boleh bagi kelonggaran, kita boleh percepatkan. Tapi syaratnya mesti ada 1-2 blok rumah MADANI untuk rakyat memanfaatkan daripada ini.
  1. Ini ketegasan sebab itu saya kata kalau tegas pimpinannya, tegas penjawat awamnya, banyak boleh selesaikan. Kalau tak tegas dia dapat 1/2 juta (ringgit), dia tutup kes itu. Sebab tu dulu tak ada penekanan sangat tentang hal-hal ini. Plot ratio ke, syarat-syarat hijau ke, taman ke, tapak sekolah ke itu semua tersakau kerana tidak memikirkan soal kepentingan rakyat. Sebab tu saya kata jangan pandang ringan soal tata kelola dan syarat kemudahan rakyat. Jangan pandang ringan soal rasuah dan ketirisan kerana ini yang menyebabkan rakyat di bawah terdera.
  1. Saya tahu ini sukar difahami, orang tak nampak. Orang yang rasuah sekarang cerdik, dia tak simpan akaun di sini, kadang-kadang di luar negara. Tetapi bila kita ambil tindakan tegas kepada perasuah-perasuah besar yang mempunyai kekayaan puluhan bilion, sesetengah orang dia diam kelu membisu. Cakap pun tak berani sebab dia tauke besar ataupun Tun-tun, terlalu kaya tak berani kita singgung. Saya nak bagi tahu kita pegang amanah saudara-saudara, kita nak jaga negeri ini, kita nak bersihkan negeri ini. Kalau negara ini tak dibersihkan daripada kekotoran jenayah rasuah ini, negara ini tidak mungkin terangkat sebagai negara hebat di rantau ini. Jadi saya harap saudara-saudara faham. Saya sudah lama tak datang ke Bandar Tun Razak ini sebab itu semangat sikit bila Wan Azizah ada (nada berseloroh).
  1. Sekali lagi saya ucap terima kasih khususnya KSN. KSN ini nak kata bersara tak betul sebab dia ada jawatan tugas lain. Maknanya tidak lagi akan menjadi KSN selepas 10 haribulan, hari akhir 11 haribulan. Jadi saya nak ambil kesempatan itu juga menyatakan bagi pihak Kerajaan yang saya sebut semalam. Kita terhutang budi kerana bukan sahaja kita boleh ada syukur kerana politiknya stabil, dasarnya baik tetapi kerana tonggak kepimpinan penjawat awam yang berkhidmat dengan sesungguhnya, dengan ikhlas dan dengan berkesan. Saya sebut semalam umpamanya di perhimpunan bulanan, cara kerja kadang-kadang saya panggil malam mesyuarat, pukul 9.30 malam hari Ahad, hari Sabtu. Kadang-kadang saya panggil petang jadi kelam kabut dia balik ke sana sini untuk memenuhi kerana memikirkan soal kepentingan negara dan rakyat. Jadi harus kita ucap terima kasih dan doa supaya beliau sihat dan dapat menyempurnakan tugas dengan baik.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.