PEMIKIRAN MENYIMPANG AJARAN ISLAM TUNTUT TINDAKAN BERSEPADU – PM ANWAR


KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) — Pemikiran dan beberapa aliran yang menyimpang daripada fahaman Ahli Sunnah Wal Jaamah menuntut tindakan serius dan bersepadu oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama agensi penguat kuasa untuk membanterasnya sehingga akar umbi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan MADANI memandang serius segala bentuk aliran yang menyimpang serta menyentuh pegangan akidah dan syariat umat Islam di Malaysia.

“Moga Allah melindungi kita dan negara ini daripada sebarang bahaya, ancaman yang menyimpang dan boleh merosakkan pegangan sebenar akidah dan syariat kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook yang berkongsi mengenai pertemuan beliau bersama pengurusan tertinggi JAKIM hari ini.

Anwar berkata pertemuan itu diadakan bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan hal ehwal Islam di negara ini termasuk sektor halal.

“Platform ini penting, mengambil kira perkembangan mutakhir khususnya mengenai prospek ekonomi dalam sektor halal di dalam dan luar negara, yang menagih kebersamaan antara agensi Persekutuan bagi membantu merancakkan lagi industri halal Malaysia,” kata beliau dalam hantaran sama.

— BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agar Kursi Dr Syed Husin Ali diwujudkan di mana-mana fakulti Universiti Malaya (UM) bagi mendalami pemikiran sarjana itu.

Anwar berkata beliau telah meminta Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir supaya segera melaksanakan perkara itu dengan persetujuan keluarga tokoh berkenaan.

“Kursi itu bukan sekadar membicarakan susuk Husin tetapi imbauan mengenai curahan pemikiran beliau dalam banyak tajuk, kemiskinan rakyat, sejarah rakyat yang sebenarnya sedikit sebanyak menyimpang dari aliran pemikiran semasa.

“…beliau bukan seorang sarjana yang mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu tetapi mempunyai ruang pemikiran yang sangat luas jadi Kursi Husin itu gagal kalau kita juruskan satu aspek yang terbatas, (ia) sebenarnya membicarakan soal rakyat, soal Malaysia, soal kemanusiaan dan soal perjuangan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan di Majlis Memperingati Prof Dr Syed Husin Ali yang berlangsung di Institut Pengurusan dan Perkhidmatan Penyelidikan UM hari ini.

Allahyarham Syed Husin yang juga bekas Timbalan Presiden PKR meninggal dunia pada usia 87 tahun pada 29 Jun lepas akibat kanser.

Sahabat rapat serta rakan seperjuangan Anwar itu terlibat dalam banyak pilihan raya selain merupakan antara tokoh politik yang sudah lama berjuang dalam arena tersebut.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah dan profesor di UM sebagai pakar dalam bidang sains sosial.

Dalam pada itu, Anwar turut mengumumkan dana RM200,000 kepada Persatuan Sains Sosial Malaysia untuk membantu mengkaji karya serta kajian yang diterbitkan oleh Syed Husin.

“Untuk penulisan dan kajian khusus tentang beberapa karya beliau dan kajian yang boleh diselenggara oleh persatuan, saya umumkan dana RM200,000 untuk tujuan itu dan saya akan luluskan pada minggu depan.

“Beliau seorang yang sangat keras dalam soal tatakelola dan isu-isu rakyat terutama dalam hal kemiskinan rakyat…karyanya banyak menyentuh soal ini,” katanya.

— BERNAMA

 

TEKS UCAPAN

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

MAJLIS MEMPERINGATI PROFESOR DR. SYED HUSIN ALI AL-ATAS

 

21 SEPTEMBER 2024 (SABTU) | 2.00 PETANG

 

AUDITORIUM INSTITUT PENGURUSAN DAN PERKHIDMATAN PENYELIDIKAN,

UNIVERSITI MALAYA

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolilah Kareem.

 

Rakan-rakan dan keluarga saudara Profesor Dr. Syed Husinli;

Emeritus Prof. Dato’ Dr. Abdul Rahman Embong;

Timbalan Naib Canselor; dan

Rakan-rakan yang saya muliakan.

 

  1. Saya selalu menukil pandangan Roger Garaudy, seorang pemikir Perancis apabila mengenangkan pejuang, sahabat lalu yang meninggalkan kita. Kata beliau, ‘tidak bermaksud untuk sekadar menanam debu-debu dari luputnya jasad mereka tetapi untuk menyemarakkan api agar terus menyala’ – ‘Not to bury the ashes of the dead but to rekindle its flame’.
  1. Saya percaya keluarga Syed Husin Ali, Abdul Rahman Embong dan rakan-rakan tidak bermaksud sekadar mengimbau jasa seorang pemikir awam (public intellectual), penyumbang kepada kesedaran rakyat dalam bidang bahasa, sastera, masyarakat, kemiskinan, keadilan dan anti-rasuah tetapi untuk menyemarakkan semangat itu agar berbekas kepada generasi kini.
  1. Saya juga mengenali beliau sebagai seorang guru sosiologi di Universiti Malaya kemudian dengan lebih dekat kerana Syed Husin Ali itu terlibat dalam banyak kegiatan penulisan pena, sastera dan pejuang bahasa yang kental. Sikap beliau tentang kepelbagaian masyarakat majmuk di Malaysia itu tidak boleh dipertikai tetapi komitmen beliau untuk mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga sangat kental.
  1. Tentunya kita berdamping juga kerana dalam beberapa perbincangan, saya telah lebih kuat dalam jurus perjuangan kebangsaan dan pengaruh Islam dan beliau masih di jalur yang kita anggap sedikit kiri kalau pun tidak banyak tetapi persahabatan kita itu rapat. Disebabkan itu, saya satu-satunya, seorang sahaja yang bukan daripada Kelab Sosialis tetapi mengikuti kuliah-kuliah dan diskusi tertutup, soal perjuangan kiri dengan teks ‘The Political Economy of Growth’ oleh Paul A. Baran.
  1. Oleh yang demikian, sementara saya ikut jalur kebangsaan Islam, saya tidak melihat satu pertembungan yang dahsyat dan sengit dengan fahaman beliau terutama keprihatinan beliau tentang masyarakat miskin. Tahun-tahun berlalu, kemudian berlaku peristiwa Baling 1974 dan kami berdua bersama Gurdial bersebelahan lokap high street, Kuala Lumpur kemudian saudara Gurdial kerana beliau pakai jampi serapah, beliau terlepas, kami ini dikirim ke Kemunting.
  1. Di situ kerana bersama dengan beberapa pemimpin persatuan bahasa Cina kerana beliau dekat maka kami tentunya berdamping sangat akrab, dari pagi solat subuh sampai malam. Sebab itu apabila rakan-rakan banyak mencemuh beliau dari segi sudut kefahaman agama beliau, saya tekankan berbeza daripada persepsi awam, beliau itu sangat tekun dalam menyempurnakan solat lima waktu, saban hari membaca Al-Quran, dan penulisan tulisan jawi itu mengalahkan banyak ustaz termasuk saya. Tulisan jawi, nota-nota beliau sampai di mesyuarat-mesyuarat Keadilan, nota beliau masih dalam tulisan jawi yang sangat cantik. Itu kerana mungkin pendidikan bangsa Johor. Saya kena sebut tepat kerana Yang di-Pertuan Agong dari Johor sekarang.

 

  1. Dan di situ tentunya kita berkongsi pengalaman, berbahas, berbeza pendapat dalam banyak hal. Saya masih kuat mengekalkan pandangan-pandangan karya-karya Muhammad Iqbal umpamanya, beliau kemudian menganjurkan supaya selain daripada falsafah dan aliran Teologi, harus menekankan kepada saya supaya juga menjejak kepada permasalahan rakyat seperti mana sama-sama kita perjuangkan nasib rakyat miskin yang terlantar di Baling. Maka gabungan itu bagi saya sangat berharga. Dua tahun perbincangan saban hari, saban petang, saban malam, permainan ping pong saya kalah tetapi badminton saya menang kerana apa? kerana kami bermain di luar dan angin menyebelahi saya. Jadi demikian hubungan saya dengan Syed Husin Ali.
  1. Setelah itu, kita berdamping terus, Sabariah yang merupakan juga sahabat, seorang yang keras sekali dalam soal setinggan. Jadi semasa saya menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, Syed Husin Ali adalah salah seorang yang luar daripada kerajaan yang punyai faks pejabat secara langsung dan Sabariah akan gunakan itu untuk menggesa dan protes soal pengambilan tanah oleh kerajaan negeri Selangor ketika itu dan terus mendesak dan menggesa supaya kita membela nasib setinggan.

 

  1. Kadang-kadang perkara ini mengambil waktu, saya terpaksa hubungi kerajaan negeri dan sebagainya. Pada satu hari, saya dengan Wan Azizah dikejutkan kerana dengan persetujuan Syed Husin Ali, Sabariah menghantar satu bas orang setinggan terus ke rumah rasmi Timbalan Perdana Menteri. Saya nak tolak tak boleh kerana ini Syed Husin Ali dan Sabariah. Nak terima itu menerima bala kerana ini bertentangan dengan pandangan dan saudara tahu keadaan bos saya yang garang pada ketika itu.
  1. Jadi saya terpaksa layan, minta Wan Azizah layan sampai waktu Maghrib dan beli nasi bungkus makan dan beri jaminan untuk menangguhkan tindakan bukan kerana saya yakin, bukan kerana saya teliti kes itu tetapi kerana saya dipaksa oleh Sabariah untuk mengambil tindakan membantu dan membela nasib mereka. Demikian persahabatan saya.
  1. Terus, walaupun pada masa itu saya adalah Timbalan Perdana Menteri, hubungan peribadi dengan beliau diteruskan. Jadi apabila saya diminta untuk berkempen di Batu semasa beliau bertanding, beliau pun tahu dan selalu mengejek saya kerana langsung tak sebut nama beliau, langsung saya elak daripada kempen yang agak keras seperti ucapan semalam tetapi sangat sederhana, jadi tidak menyenangkan calon kebetulan calon di Batu itu calon Gerakan. Jadi dia tidak sangat percaya kepada penceramah UMNO pada ketika itu.
  1. Baik, selepas itu berlaku peristiwa getir, pemecatan saya pada tahun 1998. Syed Husin Ali adalah antara yang pertama di kalangan pimpinan politik yang bukan daripada UMNO, dari UMNO ramai yang lari daripada saya, beliau datang minta penjelasan isu-isu dan mengatakan bahawa beliau komited untuk bersama dan mendukung perjuangan.
  2. Sehinggalah saya di penjara, masa itu beliau memimpin Parti Rakyat Malaya dan kita belum ada parti. Kita masih di awang-awangan, belum pasti jalur yang harus dipilih. Saya di penjara dan Syed Husin Ali paling sering ke mahkamah, di situ memberi jaminan kepada Wan Azizah dan anak-anak bahawa Uncle Syed akan tetap bersama mereka, memberi perhatian dan membela nasib mereka. Saya masih di penjara tetapi terus berutus dengan beliau tentang hala tuju negara, Parti Rakyat tentunya parti yang agak kecil tetapi punyai sejarah yang gemilang dari Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam.
  1. Dari segi integriti kukuh, pimpinan Parti Keadilan baharu, ramai yang belum teruji. Jadi bila saudara Syed Husin Ali dan saya berbincang melalui surat dan juga melalui Wan Azizah serta saudara Saifuddin Nasution dan beberapa orang, fikir penyelesaiannya ialah penggabungan dua parti itu menjadi Parti Keadilan Rakyat. Tentu ada kegusaran dari kalangan beberapa rakan dalam Keadilan kerana takut penyeludupan ideologi sosialis masuk ke dalam Parti Keadilan Rakyat. Dan juga dalam Parti Keadilan Rakyat juga yang agak keras dengan fahaman kiri yang menganggap bahawa ini akan melunturkan kekuatan dan ideologi. Akan tetapi majoriti Alhamdulillah menerima dan setelah penggabungan itu, Syed Husin Ali diangkat sebagai Timbalan Presiden. Tentunya jauh lebih akrab dan oleh kerana saya kemudian ke penjara lagi jadi hubungan beliau dengan Sabariah dan Wan Azizah serta keluarga tentunya lebih rapat.
  1. Beliau merupakan seorang sahabat yang setia dan banyak membantu dan setelah saya dibebaskan dari penjara melihat pada masa itu Wan Azizah masih Presiden dan melihat dukungan Syed Husin Ali yang terus konsisten, tuntas dalam pandangan, tidak berganjak soal governance atau tatakelola yang baik, tidak berganjak soal gerakan membela nasib rakyat dan menekankan bahawa Parti Keadilan pada masa itu mesti meletakkan agenda pembelaan nasib rakyat, petani, nelayan dan miskin bandar, miskin kota  sebagai keutamaan.
  1. Tentunya mempengaruhi pimpinan dengan pengolahan beliau walaupun cara agak lembut dan sederhana tetapi banyak membantu dan kalau saudara lihat karya-karya dan penerbitan kita banyak dipengaruhi oleh Syed Husin Ali. Buku-buku beliau menjadi buku-buku asas dalam banyak kursus kita termasuk buku Merdeka Rakyat dan juga karya-karya lain, dan bila ada kursus-kursus, beliau menggunakan ruang itu menjelaskan dan saya telah mengingatkan beliau untuk menggunakan peluang itu meningkatkan tahap kefahaman.
  1. Masalah negara kita ini adalah masalah kecerdasan, masalah pendedahan kepada ilmu, masalah kedangkalan dalam politik, dalam ekonomi malahan dalam dunia akademik sekalipun. Saudara bayangkan, tokoh akademik dengan PhD, Syed Husin Ali dan lihat kadang-kadang mutu percambahan PhD di beberapa universiti sekarang ini. Semua itu harus menggusarkan.

 

  1. Oleh sebab itu, saya fikir karya-karya beliau harus digali dan dibahaskan. Sejak 1960-1961, saudara Abdul Rahman Embong tadi menyingkap karya-karya seperti social stratification yang mengikut orang Melayu di Kerdau, Bagan atau Kampung Bagan di Batu Pahat. Satu lontaran secara lebih saintifik tentang permasalahan dan dinamik di dalam masyarakat Melayu sendiri. Kesenjangan yang terus melebar di antara kelompok kaya dan miskin termasuk di satu daerah yang terpencil. Dan ini harus di olah semula kerana kesenjangan itu masih terus berlaku. Bukan sahaja kesenjangan di antara kaum tetapi dalam dikalangan masyarakat Melayu itu sendiri.
  1. Kalau saudara lihat umpamanya beberapa teguran saya dalam isu Dasar Ekonomi Baharu. Sementara kita menyokong langkah-langkah penstrukturan, pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, saya keras menentang sejak tahun akhir 70-an, Dasar Ekonomi Baharu yang diperalatkan untuk memperkayakan segelintir elit Melayu terutama elit politik itu sebenarnya hasil perbincangan teliti kerangka dibuat, sebagai Presiden ABIM, sempat saya berbicara dengan saudara Syed Husin Ali.
  1. Jadi saudara-saudara, Abdul Rahman Embong tadi menyinggung soal keilmuan tetapi sebagai seorang public intellectual, kukuh beliau kerana dasar dan ilmu. Dasar dan ilmu yang berpijak kepada kenyataan hidup dan realiti masyarakat negara kita. Kemudian melontarkan idea dengan berani, menegur dengan berani dan tidak melampau dalam sikap beliau. Ini juga satu hal yang harus dikaji dan diteliti, seorang sarjana dari universiti itu tidak disuruh menjadi hanya ‘pak turut’, harus bebas berbicara dan ini yang harus kita tekankan.
  1. Dalam negara ini dan ini juga yang saya tekankan kepada Menteri Pendidikan Tinggi, sekiranya ada sekalipun yang dibicarakan tentang 3R, itu hanya sekatan apabila kenyataan-kenyataan itu dianggap sudah melampau, menghasut kaum, membenci satu sama yang lain, menggunakan agama untuk ‘mendajjalkan’ orang, ‘memunafikkan’ orang dengan mudah dan kalau di kalangan rakyat itu mungkin membawa kepada malapetaka dan rusuhan. Malah kepada bukan Islam, kalau kita ‘harbi-kan’ bukan Islam itu dalam 3R, apa maknanya? ‘Har’ itu perang, kalau kita kata bukan Melayu atau penyokong DAP ini kafir ‘harbi’, itu apabila dijelaskan di peringkat bawah itu bermakna orang menentang Perlembagaan, menentang negara dan berperang dengan negara, maknanya memberi ruang untuk bangkit berperang kerana mereka itu bukan Islam yang dianggap menyimpang dari semangat dan terdirinya prinsip negara.

 

  1. Jadi tentunya di Universiti sebahagian saudara sinis tentang mengapa kita membicarakan soal keadilan dan kebebasan, kemudian memberikan pandangan untuk menyekat sedikit sebanyak apa yang dikatakan kebebasan yang agak ketelanjuran. Umpamanya saudara lihat baru-baru ini ada muktamar yang membicarakan, ‘Kementerian Pendidikan sudah rosak kerana masuknya, bebasnya aliran komunisme di sekolah dan LGBT diizinkan diajar di sekolah’. Itu di kalangan penyokong-penyokong dianggap sesuatu yang mesti. Tentunya kita mampu jawab, saya tidak katakan untuk itu kita harus ambil tindakan undang-undang tetapi itu menunjukkan bahawa tidak semudah yang dibahaskan.
  1. Saya sentuh hal ini kerana saudara Syed Husin Ali yang memang diketahui oleh saudara-saudara seorang yang keras pandangannya untuk pertahankan kebebasan dan keadilan rakyat tidak pernah mempertikai keperluan menetapkan satu kerukunan dalam hidup dan kekangan dan sekatan terhadap ketelanjuran yang mengguna hasutan atas nama kaum dan agama.
  1. Sebab itu saya telah sampaikan kepada saudara Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi untuk segera mewujudkan dengan persetujuan keluarga Syed Husin Ali dan Hamid, wujudkan Kursi Syed Husin Ali di fakulti mana-mana di Universiti Malaya. Dan kerusi itu bukan sekadar membicara sosok Syed Husin Ali tetapi imbauan mengenai curahan pemikiran beliau dalam banyak tajuk; kemiskinan rakyat, sejarah rakyat yang sebenarnya sedikit sebanyak menyimpang daripada aliran pemikiran semasa.
  1. Saya kebetulan dapat hadam banyak karya-karya yang ditulis kemudian setelah beliau bersara kerana hampir semua karya-karya baharu ditulis tentang feudalisme, tentang Merdeka Rakyat, sejarah rakyat itu semua dikirim dan di seludup ke kamar saya di Sungai Buloh. Sebenarnya di seludup melalui fail-fail kita sebut kepada Pegawai Penjara ini fail mahkamah. Dia kata ‘ini apa tajuk lain ni?’ ‘tidak ini bahan-bahan sampingan yang saya harus baca untuk berdepan dengan hakim’ dan perkara ini menunjukkan bidang ini sangat luas. Soal Malay peasant society, soal social stratification, soal ethnic relation, conflict and harmony, ini maknanya bukan seorang sarjana yang punyai pengkhususan dalam satu bidang tertentu tetapi punyai ruang pemikiran yang sangat luas.
  1. Jadi jika Kursi Syed Husin Ali itu gagal kalau kita juruskan satu aspek yang terbatas, sebenarnya membicara soal rakyat, soal Malaysia, soal kemanusiaan dan soal perjuangan dan saya tidak tahu siapa yang layak di situ. Saudara Abdul Rahman Embong pun sudah sedikit letih. Jadi, kena tentukan di antara pelajar beliau yang betul-betul hadam pandangan ini kerana ini bukan kesarjanaan biasa, it is not intellectual germanistic, written atau plain pure conviction. It is more than just conviction, it is a courage of conviction and tenacity purpose sebab penulisan beliau itu penulisan dari keyakinan, dari kedegilan beliau, semangat yang kental bahawa sesuatu perubahan harus berlaku dalam sistem negara yang kian ‘bobrok’, kerana tatakelola yang lemah, kerana rasuah yang telah menjalar dan kerana kesenjangan yang terus melebar dan kerana mengesampingkan kehidupan rakyat miskin, desa dan miskin bandar.
  1. Saudara, sehingga saya menjawat jawatan Perdana Menteri, sebaik sahaja ruang kepada Syed Husin Ali tidak pernah di bicara soal kepentingan beliau, asyik desak saya ini belum buat, ini belum buat, saya kadang-kadang geram juga, duduk sebelah inilah senang (nada seloroh), tetapi kerana keyakinan beliau, begitulah sosok Syed Husin Ali.
  1. Satu ketika tatkala kita menguasai kerajaan Selangor, ada giliran melantik Senator, jadi kita beri kesempatan untuk Syed Husin Ali menjadi Senator, beliau tolak. Dia pun tahu Syed Husin Ali itu degil dan saya pun belajar kedegilan daripada beliau. Jadi saya kata ‘tolak tak apalah, tolak sudahlah’. Kemudian kerana beliau ingat kena pergi ke Parlimen masa itu Dewan Negara kena pakai tali leher, kena pakai kot, pantang tok nenek dia lah kalau begitu, kena pakai kasut.
  1. Jadi beliau tolak dan saya kata tolaklah. Kebetulan beliau pergi ke umrah pada masa itu, saya beritahu Tan Sri Khalid bawa usul ke Dewan Undangan Negeri, luluskan, persembahkan kepada Tuanku Sultan Selangor, dan telah ditandatangani oleh Tuanku, saya pun teks kepada Syed Husin Ali, thank you very much, don’t create problems for the party because if you do then we have problem with Dewan Undangan Negeri, we have problem with Sultan Selangor and don’t create problem, we have enough problem in this country. Itu sahaja caranya untuk Syed Husin Ali akhirnya menerima menjadi Senator. Saya belikan kasut untuk beliau, beliau marah saya kemudian saya minta tailor saya buatkan kot. Beliau kata ‘aku ada kot, bagi tali leher satu’, untuk sindir dia. Demikianlah Syed Husin Ali.
  1. Maknanya perjuangan, sumbangan beliau kepada rakyat, kepada parti dan negara tetapi apabila kita berikan jawatan ini kerana saya mahu dengan sendirinya mengangkat kedudukan Dewan Negara itu ke satu tahap yang lebih tinggi. Perbahasannya itu cukup bernilai, bukan pada jeritan dan maki hamun tetapi beliau enggan dan menerima itu atas paksaan, sebenarnya. Beliau tidak ada pun surat kata setuju, tetapi seperti mana yang saya kata, ‘kalau kamu tolak, dia masalahnya Dewan Undangan Negeri, masalah dengan Sultan Selangor dan tolonglah’. Jadi Alhamdulillah, beliau terima dan disambut baik.
  1. Kemudian terus dengan parti. Jadi satu Kursi Syed Husin Ali, itu beres, kalau tak cukup wang minta dengan Naib Canselor. Nanti kita akan teliti tengok apa keperluan dan insya-Allah sediakan. Kemudian tentang Persatuan Sains Sosial, kalau fikir Syed Husin Ali ini banyak kalau nak bantu patutnya termasuk bantu Parti Keadilan kerana beliau Timbalan Presiden Keadilan. Betul tak Abdul Rahman Embong? Ia di antara Parti Keadilan dengan Persatuan Sains Sosial, di mana saya nak bantu dahulu? Baik, jadi untuk penulisan dan kajian khusus tentang beberapa karya beliau dan kajian yang boleh diselenggarakan oleh Persatuan Sains Sosial, saya akan teliti dahulu tetapi untuk sekarang ini boleh saya luluskan RM200 ribu untuk tujuan itu dahulu. Kalau RM200 ribu itu dalam majlis lain jadi kecil tetapi Abdul Rahman Embong dan jalur kiri, besar jadinya.
  1. Jadi dua hal yang telah kita putuskan dan Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana kita dalam kedudukan untuk mewujudkan. Alhamdulillah, Syed Husin Ali di antara yang memberi sumbangan besar dalam bidang ini. Muhyiddin akan protes kerana CAP pun tidak dapat peruntukan sebesar itu. Jadi Kursi insya-Allah kita akan segerakan dan minta Universiti Malaya dengan Persatuan Sains Sosial bicara bersama keluarga dan sebaik siap, kita akan wujudkan dengan sesegera mungkin. Tentang dana untuk Persatuan Sains Sosial, oleh kerana Kerajaan MADANI adalah kerajaan efisien, kita boleh luluskan minggu depan.
  1. Jadi sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan minta maaf, saya lontarkan dari isi hati saya Syed Husin Ali sebenarnya terutama lebih-lebih lagi Wan Azizah kerana semasa dia sakit, Wan Azizah itu hampir saban hari berhubungan dengan Alia untuk tanya khabar, perkembangan, ke hospital, ke rumah dan saya juga ke rumah jadi saya tidak boleh menyatakan bahawa dari segi sumbangan peribadi dan keprihatinan sekuat Wan Azizah kerana persahabatan dan kasih yang abadi kepada sahabat saya, guru saya dan teman seperjuangan saya, saudara Syed Husin Ali.

  Terima kasih.

 

TEKS UCAPAN

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

 

MAJLIS PERASMIAN SIDANG KEMUNCAK MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN MALAYSIA 2024

(MALAYSIA SDG SUMMIT 2024)

 

 

17 SEPTEMBER 2024 (SELASA) | 4.00 PETANG

 

PUSAT KONVENSYEN,

KUALA LUMPUR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam sejahtera.

Alhamdullihilladzi Anzala ‘Ala’abdihil Kitaaba

Wa Lam Yaj’al Lahuu’iwajaa

Wa Usolli Wa Nusalli Ala Rasoolihil Kareem

Wa’ala Alihi Wa Sahbihi Ajma’een

YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi,

Ketua Audit Negara;

YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib,

Timbalan Menteri Ekonomi;

YB Dato Lukanisman Awang Sauni,

Timbalan Menteri Kesihatan;

YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron,

Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi;

Tuan-tuan Yang Terutama;

Duta-duta; dan

Rakan-rakan yang saya muliakan.

  1. Terima kasih kerana dapat bersama-sama menjayakan Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia 2024 dan sepertimana yang kita tahu, ini ada kaitan dengan komitmen Malaysia mencapai agenda 2030 Pembangunan Mampan dan memenuhi matlamat pembangunan mampan atau Sustainable Development Goals (SDG) yang telah diluncurkan sejak 2015 bersama 192 anggota lain. SDG ini merupakan satu kerangka pembangunan yang disepakati kebanyakan negara di dunia. Dan bila kita merangka Ekonomi MADANI di Malaysia, beberapa aspek ini memang diberikan penekanan. Maksud kemampanan, maksud kesejahteraan, maksud persekitaran yang terjamin, dalam cabaran menghadapi perubahan iklim itu diambil kira.

 

  1. Kita bersyukur, Alhamdulillah kerana dari analisis 248 petunjuk SDG yang terkini, pencapaian Malaysia adalah berada dalam kedudukan yang agak baik iaitu sekitar 43% berbanding pencapaian dunia yang puratanya sekadar 17%. Maknanya kita sudah mendepani, tetapi bila dalam perbincangan saya menyatakan jangan buat ukuran begitu. Itu hanya memberi sedikit petanda tetapi apakah kita harus tanya apakah pertamanya tahap pencapaian cita-cita Ekonomi MADANI dan SDG ini sesuatu yang perlu bagi negara dan bagi manusia? Sekiranya jawapannya itu perlu, maka kita harus bergegas dengan upaya yang lebih untuk mencapai satu prestasi yang lebih baik. Itu bagi saya penanda aras kita. Walaupun kita bangga kerana pencapaian 43% ketimbang 17% ini capai secara purata itu sudah satu tahap yang sangat menggalakkan.

Excellencies ladies and gentlemen,

  1. We have reaffirmed our commitment to the SDG goals and we have achieved somewhat relative to the average 17% achieved in most countries. We have excelled beyond that to 43%. But I have said, I do think that is a fair assessment to make, yes, we have achieved somewhat relative success but we should ask ourselves whether sustainability is towards, to fulfil just our economic policy interests or it is something that is so critical for the survival of mankind and womankind. If it is so, then the criteria imposed are just guidelines and the success of Malaysia relative to other countries is only a relative success. I believe if it is a matter of conviction, then we should do whatever is necessary our best to ensure that we do achieve these goals in a more spectacular manner. Because that is a sign of what MADANI is all about. It is about sustainability, it’s about ‘ihsan’ and compassion, it’s about compassion and to appreciate the need to survive as a nation, as human beings. And that means in this postnormal times to ensure that we deal with these issues with the speed and pace that is considered unprecedented and which is decided based on the interests of survival of the nation and humankind.
  1. This is of course something a departure from the normal manner we determine our policies and assess our success or failures based on competitive analysis. Yes, this is not necessarily irrelevant. It is sometimes necessary and critical in order to be able to assess our relative success or failures. But we are talking about post normal times, we are talking about unprecedented change. We are talking about catastrophe, be it politically, caused by political decisions that cause devastation. You have seen many other countries, including what’s happening in Gaza or general failure to accept that catastrophe due to rape of the jungle, to the decision by political leaders or business community to ignore the calamities as a result of our failure to address environmental issues and concerns. Now if our decision is purely in the interest of profit or survival, in terms of competitiveness, in terms of purely economic considerations or economic imperative, then of course we are not able to achieve this. But if we understand the challenge of postnormal times that we have to deal with some of these issues now, massive migration, massive disaster caused by either failure to address concerns on climate, or issues as a result of leader’s political decisions which ignore the importance of compassion and justice.
  1. Now if we as a nation, as SDG assessment based purely on Malaysian interests and policies, then I would say that notwithstanding all these factors, we must have that resolve to do our level best and not to show not to be just satisfied with the rate of success that we have achieved this far. Of course, there are many considerations because we work as a community of nations in ASEAN, in Asia and the global international community and that is why precisely why we chose the SDG as one of the guiding pillars. But notwithstanding all these factors, we want Malaysians to appreciate the fact that in Ekonomi MADANI, we do take the major focus on the issue of values, of humanity, of compassion beyond what is now the major pillar of SGG, which is to my mind, a very important economic, social and environmental imperative.

Ladies and gentlemen,

  1. You are familiar, of course, most of you are experts in your fields. You have contributed in the effort to ensure that we do achieve some of the goals that we are committed to do for the last 10-15 years. But I come here first to express my profound gratitude, appreciation to all that participated, including United Nations and those who have been very focused on the need to ensure that countries do observe the SDG principles and policies, but to avoid, you know, normally we don’t talk about global warming these days. We talk about global boiling now. But notwithstanding all these factors, you’d be surprised and I’m appalled the fact that we still have leaders who are still proponents of climate denial. With all these levels of sophistication of knowledge and understanding, we still have that problem.
  1. That is why we are back to the core. The fundamental issue of what knowledge is all about. Between information, knowledge and wisdom, the classic poetry by T.S. Eliot, “what we have lost in wisdom, we don’t have the wisdom, although we have the knowledge and we have abundant information”. With information does not constitute knowledge. And with that knowledge and sophistication, we do not have the wisdom. And once we lose sight of wisdom, we don’t have the values of compassion, of justice and humanity. So, let us remind ourselves, there are areas, avenues for us to always improve. And the minister is concerned, and I think in this context, mainly the Economic Ministry and of course the Auditor General, who will of course take into account of these issues mainly traditionally has been just auditing what account is a good at. But I think we are now transcending beyond that, looking at policies, looking at the determinants that would safeguard our community and our nation.

Rakan-rakan yang saya muliakan,

  1. Yang kita bicarakan sepertimana yang kita cuba sampaikan hujah-hujahnya ialah isu kemampanan dan kemampanan itu mesti mencakup atau merangkum satu bidang yang sangat luas berbeda dari pengertian kita tentang apa maksud pembangunan ekonomi yang biasa kita pelajari dahulunya. Sekarang kita lihat bahawa ekonomi, pembangunan dan kemampanan tidak bermakna kalau tidak ada kefahaman selari tentang apa itu ihsan, kemanusiaan, keadilan dan apa juga keselamatan termasuk persekitaran dan iklim yang sebahagiannya boleh kita tentukan, dan sebahagiannya memang kita terima sebagai kenyataan undang-undang dan hukum alam. Jadi yang kita harus tekankan selain daripada matlamat SDG dan juga kerangkan Ekonomi MADANI ialah untuk menanam semangat dan kekuatan dan juga untuk laksanakan perubahan selari dengan tuntutan semasa.

 

  1. 30-40 tahun yang lalu, bila kita bicara soal cabaran iklim, itu tidak memberi dampak yang utama. Saya ingat baca Barbara Ward, ‘Only One Earth’ kemudian laporan yang mengejutkan dari Club of Rome. Tetapi pandangan-pandangan itu dianggap pandangan kelompok kecil elit yang berfikir, yang melihat kepentingan masa depan. Jadi soal pertumbuhan atau ‘growth’ yang dibicarakan Club of Rome pada ketika itu tahun 70an umpamanya, laporan itu sangat mengesankan bagi yang membaca dan menghadam. Tetapi kupasan-kupasan itu merupakan kupasan kelompok kecil elit. Sekarang SDG itu bila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ambil sebagai satu kerangka besar, ia lebih melebar dan menyeluruh. Oleh itu, kesedaran itu lebih meluas ketimbang yang berlaku puluhan tahun yang lalu. Tentunya terlambat kerana kita harus dikejutkan dulu karya-karya seperti yang sebut tadi, laporan ‘Limits to Growth’ dalam Club of Rome ataupun ‘Only One Earth’ dari Barbara Ward yang kita cuba hadam semasa saya muda dulu. Tetapi dia tidak dapat umpamanya, bukan tidak dapat diterima tapi tidak sampai maksudnya itu kepada elit penguasa pada ketika itu. Sehinggalah keadaanya itu sudah mula runcing kerana masa itu bayangkan, bukit-bukau digeledah, pantai-pantai dikorek tanpa perhatian tentang kesannya pada persekitaran, balak-balak dibotakkan dengan begitu rakus dan tentunya ada kesan.

 

  1. Sebab itu kalau bagi orang yang cuba memahami peringatan al-Quran tentang ‘Fasad fil Ard’, tentang kerosakan dan kecelakaan di dunia itu dia tahu bahawa itu tanggungjawab kita untuk pertahankan apa yang disebut ‘equilibrium’. Sekarang ini kita hilang keseimbangan. We have lost the equilibrium. Yang cuba dibawa dalam al-Quran itu ‘ummatan wasatan’, umat yang pertahankan keseimbangan. A balanced community which essentially needs to maintain the equilibrium between spiritual and material between man and nature. Bila kita hilang keseimbangan itu, maka ada kerosakan. Siapa kata salah pembalakan? Iya, kalau tidak terkawal ia akan menyebabkan hakisan dan banjir berlebihan. Siapa kata pemunggahan dan penghakisan bukit-bukau itu sebahagian kecil terkawal, tetapi bila dia besar, dia jadi limpahan masalah kepada ramai. Dan selalunya bila berlaku masalah kepada ramai, yang ramai itu golongan kelas bawahan dan miskin. Jadi golongan atasan dan elit masih terselamat. Sebab itu masalah-masalah ini tidak sampai kepada golongan penguasa dan elit kaya kerana kesan itu akhir hanya kepada mereka, tidak sampai kepada mereka kerana lebih membebankan rakyat.

 

  1. Sebab itu bila kita bicara ‘ummatan wasatan litakuunuu shuhadaa’a alaa an-nas’ (Surah Al-Baqarah, Ayat 2) itu kalau mahu jadi contoh Muslim adalah umat yang pertahankan keseimbangan. Kerana keseimbangan itu sahaja lah yang boleh menjadi contoh kepada umat manusia yang lain. Tapi kalau tidak ada keseimbangan, masing-masing ada kuasa, rakus punggah kekayaan sedaya upaya, ambil tanah yang sebaik ada, jadi akhirnya perumahan rakyat tak dapat dikawal, persekitaran tak dapat dikawal, hakisan dan sebagainya. Demikian saja kuliah Asar saya petang ini (nada seloroh). Saya ucapkan terima kasih atas kesabaran saudar-saudara kerana ini bukan kerangkan ekonomi biasa.
  1. We are not talking just about conceptual things, about targets, about data, about facts. We are talking about the survival of the human race. And the survival requires some form of conviction and the conviction can only be achieved through a form of courage, what is termed as courage of conviction. When you have that courage to first accept the facts and undertake effective measures to implement them, then inshallah God willing we’ll be able to succeed as a nation, as member of the human race.
  1. Jadi sekali lagi saya ucap terima kasih kepada rakan-rakan yang menyelenggarakan majlis ini, terutama rakan-rakan dari Kementerian Ekonomi, Kementerian Kesihatan yang hadir, Ketua Audit Negara dan semua Kementerian-kementerian yang sebenarnya terlibat dalam menjayakan.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

TEKS UCAPAN

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

SEMPENA

PERASMIAN PAMERAN HALAL ANTARABANGSA

(MIHAS) 2024

17 SEPTEMBER 2024 (SELASA) | 9.00 PAGI

PUSAT PAMERAN DAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA MALAYSIA (MITEC), KUALA LUMPUR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan

Salam Sejahtera.

Al-hamdu lillahi rabbil ‘alamin

Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolilah Kareem

Wa ala alihi wa sahbihi ajmain

YABhg. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi,

Timbalan Perdana Menteri;

YB Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz,

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia;

YBhg. Reezal Merican bin Naina Merican Rizal Merican,

Pengerusi MATRADE;

Menteri-Menteri;

Menteri Besar Perak;

Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri;

Tuan-Tuan Yang Terutama;

Keluarga MATRADE, rakan-rakan, dan saudara saudari yang dimuliakan.

  1. Alhamdulillah, pada pagi ini kita menyaksikan satu lagi kejayaan utama MITI dan MATRADE menyelenggara Majlis Perasmian Pameran Halal Antarabangsa (MIHAS) 2024 yang diiktiraf sebagai pameran halal yang terbesar di dunia.

 

  1. Yang lebih menarik kerana kita juga mempertahankan ekosistem halal secara menyeluruh. Pensijilan masih kita ketuai menerusi JAKIM tentunya dan MATRADE kerana usaha mereka menerobos sehingga ke peringkat antarabangsa dan kini kita saksikan peningkatan pengguna halal itu telah mencecah ke satu jumlah yang lebih besar bukan sahaja ke dunia dan negara-negara Islam tetapi ke seluruh pelusuk dunia antarabangsa.

 

  1. Umpamanya dalam kunjungan kita ke luar negara sama ada ASEAN, China, Eropah, dunia Arab tentunya, dan baru-baru ini ke Rusia, hampir tidak terlepas bicara dengan pemimpin-pemimpin, menekankan keperluan dan permohonan mereka supaya Malaysia berikan kerjasama bukan sahaja dari segi pensijilan tetapi dari segi perdagangan soal kegiatan halal.
  1. Jadi sektor halal ini tentunya didorong oleh faktor-faktor lain, seperti mana ditekankan mengenai ekosistem, penambahan nilai, kebersihan dari segi kesihatan, keaslian yang telah mengangkat produk dan perkhidmatan halal Malaysia ke taraf yang lebih tinggi, dan ini telah seperti mana saya sebut telah dapat dan mampu menerobos ke pasaran antaranbangsa termasuk barat dan timur. Seperti mana yang diumum oleh menteri Tengku Zafrul sebentar tadi, keputusan halal diterima di dunia Arab, terutamanya Dubai yang menjadi pusat perdagangan utama di dunia. Itu memungkinkan kita memperluaskan aspek perdagangan terutamanya Malaysia dengan menekankan industri halal.
  1. Saudara, saya ingin menyentuh hal ini dari sudut yang agak berbeda, ia memberikan satu gambaran bahawa ekonomi Islam itu bukan lagi terletak kepada institusi kewangan yang sebelumnya merajui ekonomi Islam dari sudut penolakan sistem riba, dan ada kejayaan yang telah dicatat. Tetapi kalau dilihat dari segi Maqasid Syariah secara keseluruhan, ada usaha dan upaya peningkatan ini adalah dengan memperluaskan ekosistem supaya matlamat itu harus dicapai.
  1. Melalui industri halal kita mampu memenuhi satu aspek yang lemah, yang tidak dapat dikuasai umumnya dalam industi atau sektor kewangan iaitu dapat menyantuni dan melepasi kelompok yang selalu dianggap perdagang, peniaga dan elit kepada masyarakat terbanyak. Industri halal ini akan menyentuh setiap petani, nelayan, pengusaha kecil, SME, malah kedai-kedai runcit, kerana ia dapat memastikan penyertaan yang lebih meluas.
  1. Bagi saya dalam mencapai maksud Ekonomi MADANI dan semangat Maqasid Syariah itu, ia mesti dapat menyantuni keseluruhan rakyat. Institusi kewangan berjaya dalam beberapa bidang, yang kita akui tetapi dengan industri halal ia telah melebarkan kegiatan itu kepada suatu yang lebih menyeluruh.
  1. Sebab itu saya ingin menyatakan penghargaan khusus kepada Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Zahid Hamidi yang kita minta, Jemaah Menteri mohon supaya mengepalai pasukan peringkat tertinggi, dapat menyelaraskan kegiatan, dan Majlis Pembangunan Industri Halal yang beliau pengerusikan ini telah mengenal pasti aspek-aspek baru yang belum diterokai sebelumnya. Jadi, bagi pihak kita, ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau dan MITI, MATRADE selain JAKIM kerana telah meletakkan ke Malaysia ke tahap yang lebih menyakinkan.

Excellencies, Ladies and Gentleman,

 

  1. May I take this opportunity to express my profound gratitude to the support by many governments throughout the world and my sailors with leaders, Middle East, ASEAN, China, Europe including my visit to Germany, and recently in Vladivostok meeting President Putin, without exception, almost all this countries, all these leaders, has given a special attention to Halal Industry and their recognition to the route of Malaysian Government and the autorities in promoting this and seeking our cooperation and collaboration to enhance through investiment that include the function of what is term Halal and Halal Industry. This is to my mind, the remarkable feet achieved by MATRADE and the government, because this is a way that we can explore the meaning of Halal and why Islam recognised the important of Halal be in the food product or cosmetics or any other related fields.
  1. This is also an opportunity for us to explain because initially the traditional understanding of Halal is no pork. When we used to travel those days, we have to probably asked for Halal meal and that means precise is just no pork and no alcohol period. But the Halal in our understanding in this context now, which you can see in this spectacular exhibition is the way to understand, that it means health, it means most sophisticated used of materials to avoid harmful products not only what is consider to be non Halal in this traditional context, so the health aspect, the aspect of cleanliness, aspect of eficacy, modern utilization of technological aspect are being considered, therefore Halal industry is now I should say achiceve a more satisfactory high level sort of product that is not only comparative to some other known product but I think can be considered able to excel because it is imposes condition for certification beyond what is generally considered acceptable in the international field.
  1. So I have commenced all of you not only in the industry, but in the research, in the administration, in the planning and strategic consideration for having gone so far and ensuring that Halal is understood now more than just non pork or non alcholol ingredients but excell into something more acceptable in this days where the society aspect the high quality product in terms of health, in terms of avoiding hazardous chemicals and most of this Halal certification now require this condition.

  

  1. Therefore, I’m quite excited to be here do I arrived from Kota Kinabalu almost at 3.00 am this morning, and I told Deputy Prime Minister and also Tengku Zafrul, if is it just any other ordinary function, I would have certainly deputised but because the important of this place, the support from almost 66 countries present today, denomous economic potential and particularly the advantage to general Malaysians, all over the street is all important, when talk about Halal, we talking about Islam with that, we talking about the interest all Malaysian without discrimination, I mean Halal industry participated have you see in this exhibition, by Muslim, Kristian, Hindu, Buddist, all participate as true Malaysian ensuring success of the Halal Industry.
  1. So Excellencies, I meet new participation, and my counter with our colleagues from Kyrgstan, Uzbekistan, Kazakstan, recently have shown that the interest and commitment to collaborate with us is further enhanced. And I must of course take opportunity to thank all my colleagues, leaders of these countries to UAE, to Saudi Arabia, Qatar, and of course I will be leaving for Egypt soon in all this encounters without exception may I reiterate that Halal Industry remain as a core of our campaign and program.

 

  1. Now, I will learn bore you with more details and figures, 1 trillion-dollar s now,and the 5 trillion-dollar in the next ten years or rest but because you are quite familiar with the statistic and Tengku Zafrul has a better grasp of this numbers, but I must just say that I exceptionally grateful to all our collueges in MITI, MATRADE and the Chairmanship of the Deputy Prime Minister Zahid, and the collaboration and the support by Excellencies, Ambassadors and the High Commisioners, and the participations of so many countries, many of those countries participate, with the total support of their autorities of their governments. And therefore I would say, terima kasih, syukran, xièxie, nandri vanakkam, Kamsahamnida, Arigato gozaimasu.

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

 

TEKS UCAPAN

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA 

SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2024

 

 

16 SEPTEMBER 2024 (ISNIN) | 8.30 MALAM

PADANG MERDEKA, KOTA KINABALU,

SABAH

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

Alhamdulillah, alladzi arsala rosulahu bil huda wa dinil haq. Liyuzhhirohu ‘alad dini kullihi.

Wa kafa billahi syahida.

Wa Nusalli Ala Rasoolilah Kareem,

Wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.

 

Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin,

Yang di-Pertua Negeri Sabah;

 

Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima,

Dr. Hajah Norlidah Binti Tan Sri Datuk R.M Jasni;

 

Saudara saya, YAB Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Haji Noor,

Ketua Menteri Sabah yang juga tuan rumah serta isteri

 

YABhg Datin Seri Panglima Datuk Hjh Juliah Salag;

 

Saudara saya, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg,

Premier Sarawak;

 

Saudara YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi,

Timbalan Perdana Menteri;

 

YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof,

Timbalan Perdana Menteri;

 

Timbalan-timbalan Premier, Jawatankuasa bersama, Pengerusi Jawatankuasa bersama;

 

Menteri-menteri Persekutuan dan negeri, rakan-rakan; dan

 

Yang penting seluruh rakyat Sabah yang berkumpul ramai, panas hujan tidak kira, yang hendak mempertahankan semangat Malaysia MADANI.

 

  1. Saya mulakan tadi dengan menyebut ayat Al-Quran yang bersabit dengan Maulid Nabi Muhammad SAW dan apa kaitannya dengan Malaysia merdeka dan Malaysia bersama Sabah dan Sarawak? Kerana bagi umat Islam, kelahiran Nabi Muhammad SAW itu terutama dalam penghijrahan adalah untuk memerdekakan; bebaskan Malaysia, bebaskan negara, bebaskan daripada pemahaman kolot, bebaskan daripada pemahaman jumud, bebas daripada perkauman sempit, bebas daripada kebencian di antara satu sama lain, bebas daripada menghukum orang dan menzalimi orang, itu semangat agama dan saya percaya ini juga semangat yang dipupuk oleh agama-agama lain yang pelbagai di negara ini.
  1. Oleh sebab itu, saya kaitkan semangat Maulid Nabi, Maulidur Rasul, Nabi Muhammad SAW dalam konteks ini. Ada relevannya dan ada kebijaksanaan, suatu yang unik. Hari ini, hari Maulid Nabi dan Hari Malaysia, 61 tahun yang lalu, tarikh keramat dan saya terharu mendengar pidato saudara Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Haji Noor yang menyebut bahawa di sinilah tapak keramat, di sinilah dimeterai perjanjian penting di antara Almarhum Tun Abdul Razak, Tun Datu Mustapha, Tun Mohd Fuad Stephen dan pemimpin-pemimpin Sabah yang lain kerana wawasan mereka, mahu Sabah merdeka bersama Malaysia, mahu Sabah menolak penjajahan Inggeris, mahu sabah menikmati pembangunan, mahu Sabah tanam semangat apa yang disebut ‘Jiwa Merdeka’.
  1. Ini adalah satu tema yang kita harus faham, apakah Sabah sudah merdeka? ya, Sarawak merdeka, Semenanjung Tanah Melayu merdeka tetapi jiwa merdeka itu ertinya bukan sahaja menolak pimpinan Inggeris, pimpinan orang asing tetapi menggantikan dengan pimpinan peribumi, pimpinan rakyat yang punyai jiwa merdeka yang bekerja dan berkhidmat untuk tidak memperkayakan diri mereka tetapi membela nasib rakyat. Inilah yang kita tekankan dalam negara kita. Sebab itu program-program pembangunan mesti diteruskan.
  1. Saya mendengar dan meneliti pidato dari YAB Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Haji Noor dan sebelum ini dengan sahabat saya Premier Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari di Sarawak, bahawa kita harus lihat seperti mana bapa-bapa, ibu-ibu kita terdahulu di mana negara ini harus mencatat kemajuan, melihat satu kesatuan dan memahami sejarah yang getir, Malaysia itu dibentuk dalam keadaan pertarungan sengit, dua kuasa besar pada ketika itu dan kita tersepit di tengah-tengah Lautan China Selatan dan pada masa itu, berbeza dengan sekarang, kita hadapi negara jiran kita yang kini sahabat karib iaitu Indonesia di bawah Presiden Soekarno melancarkan serangan Ganyang-Malaysia kerana tidak mahu Sabah dan Sarawak merdeka bersama Malaysia kerana cita-cita mereka untuk menjadikan Kalimantan hak milik mereka. Itu adalah sejarah.
  1. Alhamdulillah, semangat persahabatan kita dengan Indonesia telah meletakkan Indonesia sebagai salah satu sahabat yang paling akrab bersama negara Brunei Darussalam tetapi kita jangan lupa tentang kenyataan sejarah itu. Sebab itulah dari awal, peruntukan pertahanan sangat tinggi untuk Sabah dan Sarawak.
  1. Sarawak hadapi umpamanya gerombolan komunis di sempadan. Pertarungan yang sengit, Sabah hadapi sehinggalah peristiwa Lahad Datu baru-baru ini. Di semenanjung dalam pertarungan, anak-anak Iban, anak-anak Dayak, Sarawak turut terkorban. Di semenanjung, beberapa anak Sabah; Kadazan dan Dusun juga terkorban. Di Lahad Datu, anak-anak Semenanjung turut terkorban.
  1. Jadi saudara-saudara, ini negeri kita, rakyat mesti faham, yang menuntut pengorbanan itu adalah semua kaum dari semua wilayah, baru boleh Malaysia bangkit sebagai negara hebat. Saya sengaja menekankan hal ini kerana apabila kejayaan baru-baru ini di pentas dunia, anak Sarawak Bonnie Bunyau Gustin, pemain gusti yang memenangi emas dalam kategori powerlifting lelaki di paralimpik Paris 2024. Kita tidak kira dari mana, semua rakyat bangga anak kita menang pingat emas di Paris.
  1. Begitu juga apabila Eddy Bernard memenangi pingat gangsa 100 meter lelaki, kebetulan anak dari Beluran, Sabah. Kita tidak mempersoal dari mana dia, suku kaum mana dia, agama apa dia, cuma yang kita bangga anak Malaysia mencatat kebanggaan memenangi pingat di paralimpik Paris 2024.
  1. Inilah semangat yang kita hendak hidupkan di kalangan kita dan saya percaya rakan-rakan, generasi pimpinan sini harus ambil iktibar ini. Tidak ada negeri yang tidak bermasalah tetapi seperti mana yang saya sebut, Timbalan-timbalan Perdana Menteri bersama saya, Menteri-menteri dalam Jemaah Menteri tidak pernah kita putuskan bahawa kalau mahu Malaysia ini berjaya, siapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri, siapa sahaja yang menjadi Menteri, siapa sahaja yang menjadi pemimpin, beliau mesti memimpin seluruh rakyat dan bangsa Malaysia.
  1. Keluhan anak kecil di Kundasang ataupun wanita sarat sakit di Kapit atau Manik Urai di Kelantan, itu keluhan yang harus kita dengar. Jadi walaupun saya akui, ada masalah yang harus kita selesaikan tetapi saya bernasib baik. Sebaik menjawat jawatan Perdana Menteri, dua sahabat yang saya menaruh keyakinan penuh, Ketua Menteri. Sabah YAB Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sarawak Premier Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bermuafakat, bicara dengan terang, tegur dengan baik, sebagai sahabat mengeluh, menuntut tetapi dalam semangat persahabatan untuk jayakan Malaysia negara keramat kita.
  1. Saya harap pemimpin-pemimpin lain belajar dari semangat yang mereka tunjukkan. Tidak benar kalau dikatakan mereka tidak pernah menuntut atau tidak mengeluh atau tidak memohon seperti juga saya yang meminta dan memohon dari mereka. Tetapi semangat perpaduan, hidupkan dan jayakan Malaysia itu mesti ada.
  1. Saudara saudari harus ingat Malaysia setelah pahit mengharung zaman COVID-19, sekarang mencatatkan satu prestasi pertumbuhan yang baik, di anggap hub semi-konduktur, di anggap sekarang ini dalam transisi tenaga, Sarawak menjadi pusat di rantau kita dan Sabah sekarang meletakkan asas untuk terus di angkat sebagai satu negeri hebat dalam negara Malaysia.

Saudara-saudara,

 

  1. Oleh kerana kita aman, kerana kita bekerja sebagai satu pasukan, kerana tidak ada kebencian dalam kita, tidak ada fahaman perkauman sempit, fahaman suku-sukuan, fahaman yang menghasut dan mengadu domba, kerana ketiadaan sikap inilah kita boleh bersatu dan menjayakan negeri kita. Jaya Sabah, Jaya Malaysia. Jaya Sarawak, Jaya Malaysia. Jaya Selangor, Jaya Malaysia. Inilah semangat yang kita harus hidupkan di kalangan kita.
  1. Saya tidak berhajat untuk mengumumkan apa-apa projek istimewa. Saya sudah umumkan minggu lalu, saya hanya pantau, dan tadi kebetulan Fakulti Perubatan, Hospital Universiti Malaysia Sabah yang diunjurkan / dianggarkan siap sebelum akhir tahun depan. Kita ada Institut atau Pusat Kanser di Sarawak, maka saya umumkan Pusat Jantung di Kota Kinabalu.
  1. Maknanya kalau ada muafakat, ada perbincangan yang baik, ada cadangan-cadangan akan memudahkan kita dalam urusan kerja kita. Sebab itu saya sebagai bapa ingin menasihatkan rakan-rakan, bekerjalah sebagai satu pasukan, hindarlah fahaman-fahaman terutama kadang-kadang keterlaluan seperti mana yang kita dengar di Semenanjung; fahaman perkauman yang keterlaluan, fahaman agama yang menimbulkan kebencian dan musuh. Kalau dengar ceramah itu tidak ada lain, benci terus. Tidak ada langsung rahmah, compassion dan kasih sayang.
  1. Sebab itu, untuk belajar dari sejarah penubuhan Malaysia, Semenanjung, Sabah dan Sarawak, untuk belajar daripada wawasan bapa-bapa pejuang, sama ada di sini atau juga Sarawak, semua itu kita belajar apa? mereka tidak terlalu canggih dalam perbicaraan mereka, mereka tidak punyai sijil yang berjela-jela tetapi mereka punyai hati nurani, wawasan yang baik untuk anak-anak bangsa mereka masa hadapan.
  1. Inilah yang harus dipupuk dan saya percaya insya-Allah sama ada dalam Perjanjian Malaysia 63 yang terus kita bertungkus-lumus bekerja terutama Jawatankuasa Teknikal di bawah pimpinan YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof ataupun apa-apa program lain, kita harus bersama-sama mengangkat martabat semua negeri-negeri dan terutama kawasan pendalaman atau daerah yang terpencil dan kawasan miskin bandar. Itu tekad kita dan percayalah insya-Allah kita akan lakukan bersama.
  1. Saya akhiri sekali lagi dengan menyatakan penghargaan kepada sahabat saya saudara YAB Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Haji Noor dan pimpinan jawatankuasa yang menyelenggarakan majlis ini dan semangat anak-anak Sabah yang luar biasa. Hujan lebat tidak berganjak. Inilah sebabnya saya dua minggu sekali datang ke Sabah. Sehinggakan hari ini Wan Azizah kata dia mesti ikut, dia mulai bimbang kerana mengapa Abang Anwar terlalu kerap ke Sabah dan Sarawak (nada seloroh).
  1. Jadi sekali lagi saya mengucapkan terima kasih, di doakan ke hadrat Allah SWT biar negara ini menjadi megah, negara ini menjadi hebat dan dalam Malaysia ini kita boleh catat satu kemajuan yang boleh menjadi contoh yang hebat. Negara pelbagai kaum, pelbagai agama tetapi satu semangat, satu ‘Jiwa Merdeka’.

Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

 

KEYNOTE ADDRESS

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PRIME MINISTER

AT 

NATIONAL TAX CONFERENCE 2023

1 AUGUST 2023 (TUESDAY)

KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE (KLCC)

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolilah Kareem

Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan;

Keluarga Lembaga Hasil Dalam Negeri;

Jawatankuasa Penganjur; dan

Tetamu-tetamu yang saya muliakan

 

1.Saya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa kerana menganjurkan National Tax Conference 2023. Saya difahamkan ini merupakan kali ke-23 persidangan ini dibuat dan saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada keluarga Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana sepanjang saya memantau tugas mereka lapan bulan yang lalu, saya berbangga dengan prestasi LHDN.

 

2. Walaupun di singgung oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Nizom Sairi bahawa harus ada pendekatan yang lebih muhibah di kalangan syarikat yang membayar cukai dan keluarga LHDN, tetapi saya tidak faham sebab LHDN ini merupakan satu badan yang tidak popular, kerana ia mengutip cukai. Macam mana hendak popular kalau kutip cukai? Sebab tu saya tidak mahu mengutip cukai. Maka saya menyuruh LHDN dan Kastam yang mengutip cukai.

 

3. Walaubagaimanapun, saya ingin menegaskan bahawa memang terdapat peningkatan yang membanggakan kerana tahap kecekapan dan kesediaan mereka untuk mencari jalan baharu. Ini adalah penting kerana apabila kita membicarakan tentang reformasi dan ekonomi MADANI, terdapat keperluan dalam melakukan anjakan untuk memperbaiki prestasi kita. Untuk itu, sidang-sidang seperti ini yang membincangkan kaedah percukaian yang lebih canggih dan yang lebih terurus, yang terikat dengan isu tatakelola yang baik dan mengelak sebarang salah laku dan ketirisan, harus dijadikan pendekatan utama.

 

Ladies and Gentlemen,

 

4. I have alluded earlier the need to undertake major changes to ensure that our performance is drastically improved. I have referred to earlier reformers like Abd Al-Rahman Ibn Khaldun in his magnum opus, The Muqaddimah and the Northern Sung Dynasty reformer Wang Anshi, who made it clear remark that taxation is necessary but never to overtax, and it should never be seen as a burden to the people.

 

5. So I think this principle we must adapt the changes that we will have to take, including in the forthcoming budget that will be clearly formulated based on these principles. Taxation is only when necessary and it should never been seen to be as a burden to the public and the business community because it is our intention to ensure that investors, foreign or domestic, see this as an opportunity to enter into a business enterprise that would reward them.

 

6. At the same time, it is to instill the sense of belonging, sense of responsibility consistent with the MADANI concept that you have ruled to the family, the society, and to the nation. There are others who have been deprived and marginalized which have not had this opportunity to be able to compete or even survive as a nation. This is clearly formulated in the MADANI economy, empowering the people or memperkasakan rakyat.

 

7. I need to reiterate the point that LHDN has a major responsibility in this regard. You are entrusted with the task of ensuring that the government finances is not to be abused nor to be spent on luxury items and not to be taken for granted by leaders who hold office. We have seen this track record in this country in the past, where positions of power is an opportunity to amass personal wealth, enrich their family members or cronies.

 

8. So it is therefore pertinent that we work as a family, committed to some ideals and principles. This is, to me, clearly what we have learned and we need to learn. We have experienced, for example, a major crisis in year 1997 to 1998. We have encountered COVID-19 and what have we learned? We suggest that now it is post normal times and we talk about paradigm shift but in our policies, we sometimes ignore the need to reform and also to make the necessary shift depart from the past.

 

9. I often quote Joseph Schumpeter’s Gales of Creative Destruction. As William Butler Yeats (W.B. Yeats) referred to as the centre cannot hold; things fall apart. The center cannot hold economic crisis, political instability, social turmoil and poverty stricken people but we must use this opportunity and seize this opportunity to embark on changes. That includes, of course, taxation policies and tax reform.

 

10. Besides that, again as referred to by Joseph Schumpeter’s Gales of Creative Destruction, there is destruction not of our choice, but we have to deal. It is not a complete disaster. Malaysia, for example, have to deal with RM1.53 trillion debt and 5.6% deficit, hence we have to be creative.

 

11. In the MADANI economy, the trust is of course to elevate the dignity and status of our nation, restructure the economy to make Malaysia a leader in asian countries and in economies. Secondly, to ensure that the enlarged wealth is then benefited equitably by the rakyat. It is not an impossible task, we have achieved somewhat better performance in the 90s; we have slided downwards in the last 20 years.

 

12. Nonetheless, we have not actually recovered but with the comprehensive and meticulous plan to address these challenges and long-term issues relating to competitiveness, we must ensure that Malaysia becomes an attractive destination for foreign investments and encourage domestic investments.

 

13. There are issues that must be addressed such as the rise in the cost of living of the people. Of course, not only in the past eight months, but earlier, there have been some initiatives and this administration has given a lot of attention.

 

14. First, to ensure that we have good governance. We must get rid of this country endemic corruption. Yes, we can collect as much as possible, right YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Nizom Sairi? but if the governance issue is not resolved, too many leakages and you spend RM22 billion ringgit to help the rakyat but we have leakages all around, RM5-6 billion gone haywire. We can approve contracts, whether it is flood mitigation or Jana Wibawa and yet, funds have been siphoned off. Now this has to stop and it stops now. Mind you, this administration will not compromise. It does not matter, as I had said earlier, whether you are a minister, Tun, Tan Sri, you must respect the law or we will have to go after you.

 

15. Now, if you can deal with the issue of good governance, then we can deal with the issues affecting our people. What is the priority in the MADANI Budget 2023? To make sure that our schools are respectable, that our children can go and use the lavatory, which has been a problem.

 

16. Probably some of you may not encounter this, but your family members in the villages, in the areas the schools mainly attended by the urban poor  has encountered this problem. I have visited 20 to 30 districts in the last eight months and without exception, almost every school have problems. Six lavaratories, four are not functioning or eight lavaratories, two are not functioning.

 

17. I was somewhere in Dungun, Terenganu and because the helicopter landed in the school compound, of course, the principal was there, the lady principal.

 

So I asked, “Cikgu, tandas bagaimana?” She said, “Okay”

I asked, “Semua okay?” She said, “tidak”

I asked, “Berapa rosak?” She said “empat”.

“Berapa boleh guna?” She said “empat”.

 

18. So it is therefore our duty. LHDN, you have done a wonderful job and thank you for collecting revenue but we have to make sure that this is spent wisely without leakages. So that has been the priority with of course, an additional fund to repair rural clinics. How much have we spent? RM1.4 billion just to repairs, which means that we have ignored this sector.

 

19. They are our children and we want to talk about quality of education, democratization of access to quality education and they are not treated fairly and equally. What is justice? John Rawls a political economic philosopher made the reference – Justice is about fairness. The system of governance that you support that we all work together must be effective.

 

20.  I have gone to places and I can remark that this country is peaceful. Yesterday was Hari Pahlawan. You will never ignore the fact that one of the greatness of this nation, a multiracial country, where there are Muslims, Christians, Hindus, Buddhists and others, that this country is peaceful. Rarely do we see in a country this diverse maintaining peace and harmony. This is therefore a very fundamental issue that cannot be ignored and do not take it for granted.

 

21. Yesterday and last night, I expressed my profound appreciation, thanks and gratitude to our army and police force for their contribution. For all that, their remunerations has to be fair and their living conditions cannot continue in this state of affairs.

 

22. So we had to spend immediately, including ESSCOM. For your information, ESSCOM is located in an area where we experienced the attack by Sulu terrorists in the last few years. However, the facilities and their living conditions are atrocious. So I have to immediately spend RM40 million which is not budgeted for. That is why I have been asking YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Nizom Sairi to please collect more money and you have done so. Thank you very much.

 

23. For the living conditions of the police and the army, I have to allocated RM200 million each. Again, not budgeted before, but because what we see. I was in Lok Kawi camp in Sabah, the water supply is adequate for one third. So when you talk about uplifting the economy, to make sure that we are among the top 30 largest economies of the world this is essential. We can do it and I am convinced we can do it.

 

24. Moreover, we have to make sure that the principle of caring, of compassion and rahmah is there including the labor share of income in this country, the female labour force participation must be increased. I mean, of course they have a choice to work or not. People do ask question, what do you mean women are not working? They work at home, they take care of our children. So how do we then recognize and compensate the efforts?

 

25. When you talk about rahmah, I must of course commend our late Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub who did a fantastic job in pushing the agenda forward. The last two days when we celebrated consumer day, I had to allocated another RM50 million to make sure that this Program Rahmah goes down to help our communities. So it is a few hundred million already. Good luck, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Nizom Sairi, you have to get back the money.

 

26. The MADANI economy framework will serve as the foundation for several other specific policies that will be announced In the coming few months. The Economic Minister has announced the National Energy Transition roadmap and Ministers will be assigned daily to announce the follow up policy and programs for MADANI economy concept.

 

27. In the next few weeks, we will announce the Industrial Master Plan and following that, the midterm review of the Second Malaysia plan. In October, it will be the Second Belanjawan MADANI.

 

28. So I want to take this opportunity again to thank LHDN and also the President of Charter Tax Institute Malaysia for organizing this conference. I have seen a very elaborate and serious major topics for discussions. My only suggestion is that we take a very open and positive view of the need to undertake reform and changes, including in our taxation policies and I will be guided by you to tax or not to tax like Shakespearean.

 

29. I look forward to engage with LHDN to get their input, their suggestions, how to effectively undertake or adjust some of the policies or introduce new taxation measures. Accepting the fundamental principle that I have mentioned earlier, that for a country, our policy is to tax when it is absolutely necessary.

 

30. Number two, it should not be ever to be considered as a burden to the taxpayers. Our intention, of course, to encourage them to be more productive and contribute to the nation but as you know, for growing economy with such ambition and to contribute to the welfare of those who have been deprived and marginalized, the taxation, the tax institutions and agencies must be very efficient, very clean and very effective.

 

Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih, Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

31. kepada beliau, apakah terlalu rumit dan canggih bidang kajian dan disiplin itu? Beliau kata tidak, beliau hanya memerlukan tenaga mahir, pengajar dan saintis untuk mengetahui keperluan syarikat dan memenuhi keperluan itu dengan menetapkan supaya TVET dan upskilling itu betul-betul memenuhi. Kita menggunakan istilah upskilling tetapi upskiling itu sebenarnya tidak memenuhi keperluan industri di peringkat tertinggi.

Saudara-saudara,

 

32. Ini bukan teguran tetapi harapan supaya ada kesediaan kita memenuhi keperluan ini kerana apabila mereka menyebut dan dalam perbincangan tu, saya tidak hanya bercakap soal diplomasi biasa, tetapi saya berkata “you tell me what is required, you tell me about the level of our discipline and profesionalism of our engineers.” Dia kata “excellent, in terms of discipline, commitment and of the learning curve” Jadi saya bertanya lagi “then tell me what is lacking? what is terribly lacking?” normally they will be very polite tetapi saya kata “you tell me, it cannot be okay because at the highest level of expertise you employ people from other countries and only then they suggest that we need to then give educate, emphasis And to that level of expertise to fill in the gap so that our professional engineers, and those who have been train in TVET could fulfil the requirements of this industry.” Ini mesej yang penting bagi saya dan patut diteliti bersama selain daripada isu pengkomersialan yang juga harus diberi keutamaan.

 

33. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih and tahniah kepada YB Tuan Chang Lih Kang, MRANTI, KSU dan semua. Saya minta maaf kerana seperti biasa saya ketepikan teks kerana ada kadang-kadang pengumuman-pengumuman penting yang harus dibuat tetapi kali ini tidak mengapa kerana YB Tuan Chang Lih Kang boleh membuat pengumuman itu. Saya memilih untuk melontarkan idea saya secara terang-terangan, apa yang saya fikir hal yang patut diberi keutamaan. Jika ada beberapa pengumuman yang sangat penting, saudara YB Tuan Chang Lih Kang fikir boleh buat pengumuman khas selepas ini.

Terima kasih.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

 

TEKS UCAPAN

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

MAJLIS HIMPUNAN 24,000 HUFFAZ MALAYSIA

 

 

14 SEPTEMBER 2024 (SABTU) | 8.00 MALAM 

MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR

  

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh,

 

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah

Wama tawfiqi wa’tusomi illa billah

‘Alaika Tawakkaltu, Wa Ilaika oneeb

Alhamdulillahil quail

Waman ahsanu qawlan mimman daAAa ila Allahi waAAamila salihan

Waqala innanee mina almuslimeen

Wa Usolli  Wa Nusalli Ala Rasoolilah Kareem

Wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.

 

Saudara saya, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi,

Timbalan Perdana Menteri;

 

YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Mokhtar,

Menteri Agama,

 

Inspektor Jeneral Tan Sri Razarudin bin Husain @ Abd Rasid,

Ketua Polis Negara;

 

Saudara-saudara;

Sheikh Zahid yang menyelenggarakan majlis dan membantu; Tetamu-tetamu, tuan imam, tuan-tuan guru, sheikh-sheikh saya pun ada disini dan anak-anak yang dikasihi sekalian.

 

  1. Alhamdullilah, majlis ini sangat bermakna, mengumpulkan para huffaz untuk menanam semangat dan memberikan harapan, dan untuk itu saya ucapkan penghargaan khusus kepada YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri kerana ini ikhtiar beliau, ini dorongan beliau, ini dipayungi oleh beliau dan sentiasa menggesa saya, terus memberikan sokongan dan dorongan.
  1. Oleh sebab itu, saya terfikir tadi, tatkala mendengar pidato beliau, dengan segala asakan, hentaman, kecaman dan fitnah terhadap beliau, mungkin dengan doa para huffaz, beliau berdiri dengan kekuatan semangat yang kuat dan kental.

Anak-anak yang dikasihi sekalian,

  1. Untuk apa kita anjurkan majlis seperti ini? Untuk menjelaskan bahawa Kerajaan MADANI ini punyai prinsip yang jelas. Jangan hiraukan apa yang diungkapkan di luar. Anak-anak sendiri tahu, pernahkah sebelum ini, sejak negara merdeka tahun 1957, negara memberi perhatian sebegini berat kepada para huffaz? Pernahkah sebelum ini difikirkan, dengan jumlah yang besar iaitu ratusan ribu, ke mana arah mereka dalam bidang pekerjaan dan kehidupan mereka? Mungkin ada, tetapi tidak pernah terurus, terencana seperti mana yang dilakukan sekarang terutama atas ikhtiar saudara YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi.
  1. Diberikan ruang bagaimana setelah diberi Hafiz, bagaimana diberikan peluang? Itu yang dicadangkan beliau tentang TVET. Dan dalam Jemaah Menteri, Menteri-menteri adalah dari pelbagai kaum dan agama tetapi tidak ada langsung halangan, bahkan diusulkan, disokong oleh kementerian-kementerian dan diluluskan sebulat suara oleh Jemaah Menteri untuk mengangkat kedudukan anak-anak huffaz kita.
  1. Sebab itu saya mulakan dengan ayat Al-Quran kerana ianya menyeru kepada dakwah, waaamila salihan -dengan amal soleh, kerana ukuran kita itu bukanlah kelantangan kita bicara, bukan jeritan kita, bukan menanam kebencian tetapi agama itu membawa kepada rasa kasih sayang dan ini yang harus dibawa. Kalau ada lagi kekurangan, sama ada untuk huffaz, ada cadangan lain, sila kemukakan. Kalau ada lagi hal-hal yang patut diperbaiki di JAKIM, sila kemukakan. Ataupun dalam urusan ekonomi, atau pendidikan, harus ada ruang.
  1. Anak-anak yang dikasihi sekalian, kita beri ruang. Disebabkan itu, kita harus ingat, jangan hanya kita hafal, di antara semua hadis awal yang kita kuasai dan hadam, irhamu man fil ardli yarhamkum man fis sama’ – tetapi amalannya, benci dan Islam itu dilihat sebagai satu agama yang menakutkan.
  1. Islam itu agama rahmah, kasih sayang, apa lagi di dalam negara Malaysia ini, ada umat Islam, ada bukan Islam. Apakah contoh yang terbaik yang boleh kita kemukakan? Dasar? ya, program-program? ya, tetapi contoh yang terbaik adalah Qudwah Hasanah. Sebab itu menyeru kepada kebaikan itu adalah satu tuntutan, yaaa aiyuhal lazeena aamanu istajeeboo lillaahi wa lir Rasooli izaa da’aakum limaa yuhyeekum – menyampaikan dengan penghayatan.
  1. Sebab itu soal akhlak itu penting. Dalam Maahad-Maahad tahfiz, pengawasannya bukan soal paritnya, kipas anginnya, tandasnya, ya itu diperlukan tetapi dengan akhlak anak-anak yang dilatih dengan disiplin sebagai contoh, Qudwah Hasanah dikalangan masyarakat kita.
  1. Sebab itu, anak-anak yang dikasihi sekalian harus terus tumpu dalam amalan kita, yakin bahawa masa depan kita insya-Allah cemerlang, tegap dengan pendirian kita, bahawa mesej Islam ini, mesej kebenaran. Risalah Islam ini, risalah keadilan. Risalah Islam ini, risalah yang menyatukan dan penuh dengan rahmah kasih sayang.
  1. Ini harus kita terapkan semasa dalam pendidikan, kepada ibu bapa dengan kasih sayang, dengan saudara-saudari, kawan-kawan kita, apa lagi dengan guru-guru dan sheikh-sheikh kita dan dengan kenalan sahabat handai kita termasuk yang bukan Islam.
  1. Negara ini dalam simpang siur. Di satu pihak, sebaik sahaja disebut Islam, dia terus melenting. Apabila saya sebut JAKIM harus menasihat Kerajaan dalam semua bidang, apa salahnya? Ada yang melenting, maknanya ada usaha untuk menghasut, menyeludup program-program Islam. Di mana salahnya? Bukan kita suruh untuk membuat zalim, kita suruh untuk tegakkan keadilan. Kita faham hak bukan Islam, kita hormati mereka, bukan sahaja setakat tasamuh, kita faham semangat dan roh, laa ikraha fid deen tetapi jangan dia membawa pandangan barat, Islamophobia, sehingga benci dan tidak boleh sebut Islam. Sebaik-baik Islam sudah menjadi seperti ISIS dan Al-Qaeda, itu satu pihak dan kita harus berdepan.
  1. Oleh sebab itu, anak-anak huffaz harus bersedia menguasai Islam yang sebenarnya. Di satu pihak yang lain yang membawa Islam dengan penuh kebencian, orang lain semua buruk, semua kelompok-kelompok jahat ini, kalau nampak YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, tidak nampak yang lain hanya jahat semua, tidak ada kebaikan. Kalau Kerajaan, jahat semua. Yang baik hanya ‘kabilah’ dan kelompok mereka.
  1. Ini jenis ‘assabiyah’ yang akan merosakkan sendi dan kekuatan masyarakat. Jadi kita terpaksa berdepan dengan dua tarikan ini, di satu pihak yang benci – Islamophobia, maknanya tidak boleh sebut langsung Islam. Yang satu lagi, mereka sahaja kelompok Islam, yang lain semua sesat, jahat dan zalim. Padahal jika ditanya pernahkah ada program huffaz seperti ini dan peningkatan mutu Pendidikan Islam seperti mana yang diterapkan dalam Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi. Pernahkah ada usaha menyekat syarikat-syarikat Israel yang berniaga di Malaysia? Sehingga tahun lalu, masih ada kapal-kapal ZIM Israel yang menggunakan pelabuhan kita. Siapakah yang memerintah semasa itu? Siapa yang memerintah sebelum itu? Mengapa tidak ditanya? Mereka semua jadi baik dan yang jahat kita, kerana kita, Jemaah Menteri memutuskan mulai tahun lalu iaitu 2023, semua kapal yang dibawa dari Israel diharamkan menggunakan pelabuhan di Malaysia.
  1. Saya bawa contoh-contoh ini supaya anak-anak faham, semasa kita belajar, tidak akan terlepas dengan pengaruh-pengaruh ini. Jadi gunakan kewarasan, balik kepada pangkal, apa asas pendidikan dan latihan yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam muzammil muddathir.
  1. Apakah ia? Bangun, kita ini lemah, kita ini lalai, kita ini tidur, kita ini dalam keadaan separuh sedar, itu pengajarannya dalam kalangan ‘muddassir’. Qum fa anzir – bangun dari tidur kita, bangun dari kelalaian kita, bangun dari kejahilan kita. Untuk apa kita bangun? wa rabbaka fakabbir – untuk tunduk, akui kebesaran Allah SWT. Bukan kebesaran penguasa, bukan kebesaran orang berharta, bukan kebesaran mana-mana manusia. Tunduk kepada Allah SWT, wa rabbaka fakabbir.
  1. Kalau benar wa rabbaka fakabbir, wa siyabaka fa tahhir – bersihkan jiwa, rohani dan diri, barulah kita boleh bawa perubahan. Saya percaya ustaz-ustaz dan sheikh-sheikh di Maahad yang pelbagai ini lebih alim dan lebih arif daripada saya. Tetapi sekadar saya menyampaikan, ini hasrat kita, ini hasrat Kerajaan MADANI, ini yang kita usahakan, dalam keadaan keterbatasan yang ada, dan percayalah insya-Allah, sekiranya anak-anak terus berusaha, jangan putus mendoakan supaya negara kita ini dalam landasan yang baik, ekonominya meningkat, ringgitnya kuat, pelaburannya datang supaya kita boleh memberikan peluang pekerjaan dan bantuan yang lebih bagi kebangkitan rakyat termasuk Islam.
  1. Jadi, semua urusan ini penting. Saudara YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi menyebut tentang TVET, mengapa kita perlu TVET sekarang? kerana pelabur datang, kerana Malaysia dijadikan medan terpenting di Asia tenggara untuk semikonduktur, teknologi tinggi. Selepas ini pula, artificial intelligence, ini semua memberi peluang dan kita tidak mahu anak-anak huffaz ketinggalan. Maka sebab itu, beliau menekankan terus-menerus supaya ada kerjasama dengan semua Kementerian, ini saling kementerian, bukan sahaja ada Jabatan Perdana Menteri, bukan sahaja ada JAKIM tetapi untuk anak-anak huffaz, semua kementerian terlibat memberi ruang supaya anak-anak huffaz dapat bertapak pertama, sebagai huffaz, kedua sebagai pekerja yang mahir dalam negara kita tercinta.
  1. Mudah-mudahan ya anak-anak, jangan putus doa, jangan putus doa supaya kita selamat, selamat dalam pertarungan ini, daripada musuh-musuh yang menekan kita sampai tidak boleh bercakap tentang Islam, sampai tidak boleh bercakap tentang Gaza, sampai tidak boleh bicara tentang program Islam, sampai tidak boleh bicara soal kedudukan JAKIM, tidak boleh, itu satu pihak. Dan satu pihak lagi yang menanam Islam melalui kebencian, menolak semua yang lain dan mengisytiharkan jahat dan dajjal kepada semua yang bukan kelompok mereka.

Saudara-saudara,

  1. Selamatkan negara kita dengan membawa mesej dan risalah Islam yang baik, ummatanw wasatal litakoonoo shuhadaaa’a ‘alan naasi wa yakoonar Rasoolu ‘alaikum shaheedaa.

 Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.