TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI : MAJLIS PECAH TANAH WESTPORTS 2 SEMPENA ULANGTAHUN KE-30 PENSWASTAAN PELABUHAN BARAT
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PECAH TANAH WESTPORTS 2
SEMPENA ULANGTAHUN KE-30
PENSWASTAAN PELABUHAN BARAT
27 SEPTEMBER 2024 (JUMAAT) | 10.00 PAGI
KAWASAN TERMINAL CT9 PELABUHAN BARAT
PELABUHAN KLANG
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam sejahtera.
Alhamdulillah, Nahmaduhu wa nusalli ‘ala rasoolihil kareem.
YB Dato’ Seri Haji Amirudin Shari
Menteri Besar Selangor;
YB Tuan Anthony Loke Siew Fook
Menteri Pengangkutan;
YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia;
YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri Abu Bakar
Ketua Setiausaha Negara; dan
Rakan-rakan yang saya muliakan.
- Saya ucap terima kasih kepada Datuk Ruben Emir Gnanalingam dan seluruh keluarga Westport kerana dapat menyelenggarakan majlis pada hari ini. Dan lebih utamanya kerana pengurusan yang baik dan dapat mengangkat prestasi dan keupayaan Westport kepada satu pelabuhan yang bukan sahaja dibanggakan dalam negara, tetapi seperti mana yang ditegaskan oleh saudara Anthony Loke, boleh diharapkan untuk mencapai di antara pelabuhan utama di dunia. Insya-Allah.
- Tentunya peranan pelabuhan ini kritikal dalam memacu pertumbuhan. Kita lihat umpamanya usaha rakan-rakan kita yang diteraju oleh saudara Tengku Zafrul. Pelaburan yang sangat besar dan menjadikan Malaysia ini sebagai hub, baik semikonduktor, dan dalam bidang-bidang lain, sekarang digital, tenaga, dan industri biasa. Maka, ekosistemnya prasarana, harus diperkemaskan. Sebab itu berulang kali isu pelabuhan termasuk Westport diangkat untuk pertimbangan Jemaah Menteri. Saya ucap tahniah kepada saudara Anthony Loke kerana tatkala menerajui Kementerian Pengangkutan, nampak fokus dan tumpuannya itu di hala yang tepat dan memusatkan perhatian untuk meningkatkan keupayaan bidang pengangkutan dan pelabuhan. Saya beritahu kepada Ruben sebentar tadi bahawa isu Westport termasuk soal yang berkaitan itu tak kurang 2-3 kali dibawa ke majlis mesyuarat Jemaah Menteri oleh Anthony Loke. Jadi, itu keutamaan dia.
- Saya tidak bermaksud untuk mengulangi kenyataan, angka dan data yang telah di uar-uarkan baru-baru ini tentang pertumbuhan yang lebih meyakinkan, jumlah pelaburan yang meningkat termasuk angka terbaru, dan termasuk pengukuhan ringgit. Semua ini petanda kejayaan kita mewujudkan satu sistem politik yang stabil dan dengan tumpuan serta fokus melaksanakan dasar yang telah disepakati. Dengan Ekonomi MADANI, transisi tenaga, transformasi digital, dan pelan perindustrian yang jelas dengan hala tujunya.
- Semalam saya, saudara Tengku Zafrul dan Gobind Singh hadir dalam peluncuran program AWS yang agak besar di negara kita. Yang menariknya, di antara pengurusan utama AWS itu memaklumkan kepada kita tentang keyakinan mereka atas faktor-faktor ini; negara stabil, dasar yang jelas. Kadang-kadang negara stabil, dasar tidak jelas, dasar tidak menjurus ke arah menarik pelaburan dan diakui tentang dasar-dasar. Dan saya agak terkesan kerana yang diutarakan oleh Jeff Johnson ialah bahawa dasar perindustrian, dasar digital, tenaga, itu dihadam oleh pelabur asing. Kita ingat kita luncurkan program itu sebagai program, tetapi untuk pelabur, dia nak tahu kalau pemerintahan itu stabil, diyakini, dan dia juga nak tahu tentang dasar kita. Bila dia hadam dasar, dia lihat keupayaan kita melaksanakan kecepatan, kepesatan dan ketelusan supaya jangan ada ketirisan, jangan ada penyalahgunaan kuasa, penyelewengan yang tentunya harus dipantau dengan ketat.
- Ini kerana melihat kepada beberapa tahap kelulusan yang diberikan, tambah meyakinkan mereka dan saudara harus ingat, baik pelabuhan Westport Klang ini ataupun di bidang-bidang lain yang saya singgung sebentar tadi, kita tidak bergerak berasingan in a vacuum. Kita berdepan dengan rantau yang dinamik. Persaingan itu sangat hebat. Maka kalau kita lembap, kita anggap kejayaan kecil itu cukup membanggakan kita, kita akan ketinggalan.
- We are dealing with a very competitive market, competitive group of nations, and we cannot therefore expect to succeed and excel without affecting serious reforms and ease of doing business in a more efficient manner and more so to avoid leakages, endemic corruption and abuse of power. That is why I’m here today. I think Ruben kept on harassing me (in a joking tone) for 6-7 month or more asked why I’m not here. Because I said I have to be convinced. I checked with Anthony Loke, was the performance is something you should be satisfied. Well, Anthony Loke gave an excellent report. So, I said okay, I decide to attend.
- Mendengar pandangan dan laporan beliau itu tentunya membanggakan dan ini tidak hanya di pengurusan pelabuhan. Dari Kementeriannya, MITI dan Kastam. Terima kasih Dato’ Anis kerana tegas, pastikan Kastam itu efisyen dan tidak mengizinkan apa-apa ketirisan. Iya, kadang-kadang dalam menggerakkan ini, selain daripada keketuaan lelaki, kita nak juga mesti ada pahlawan dan panglima wanita untuk menguruskan kerja-kerja kita ini. Jadi saya ucap terima kasih. Kerana sebenarnya keupayaan kita, kapasiti kita, kemampuan kita itu luar biasa.
- Lihat umpamanya tahun 1994, kebetulan saya Menteri Kewangan masa mengasaskan dan mendukung usaha-usaha pelaburan di Westport ini dan saya pernah hadir tahun 1994 melihat kerja-kerja awalan. Dan pergerakannya terus dengan keupayaannya tinggi dan potensinya juga besar. Maknanya setiap jurusan, itu bukan urusan saya atau menteri untuk micro manage, tetapi pengurusan di sini untuk meneliti mengapa ada negara yang mempunyai keupayaan lebih baik daripada kita. Mungkin kita kata dalam beberapa bidang kita telah mencapai tahap, tetapi ini seperti saya katakan tadi, ekosistemnya.
- Tetapi memang saya akui soal ini ada kaitan dengan pelebaran jalan, ada kaitan dengan keupayaan pelabuhan. Saya juga tahu, laporan saya lihat petang semalam, sebagai laporan awal tentang Westport ini, tentang kemalangan yang berlaku. Kadang-kadang lori-lori besar itu biasa. Manusia ni bila dia pangkat besar, lori besar, dia tak fikir yang kecil. Ini memang lazim kelemahan manusia. Jadi bukan sahaja orang yang akan berpangkat besar sombong, orang bawa lori besar pun sombong. Jadi akhirnya kita catat tahap kemalangan yang agak tinggi. Tapi kos pembinaan itu agak sangat tinggi, sebab itu tidak segera dalam perancangan. Tapi saya akan bincang dengan Menteri Besar dan Menteri Pengangkutan, bagaimana boleh dalam masa yang tertakluk pada keupayaan kita untuk menyegerakan perluasan dan pelebaran jalan supaya membantu.
- Ada yang harap saya nak umum pelebaran jalan. Sebab bulan depan ini dah Belanjawan, jadi tahap akhir ini kita tengok dollars and cents. So as a responsible minister, I cannot give a categorical answer until I’m fully satisfied that we have the capacity. For now, we have to wait a little bit more. Dengan kemajuan ekonomi, pelaburan yang meningkat, kita harap kalau pendapatan yang lebih tinggi juga dengan pendapatan daripada hasil negara termasuk Kastam dan percukaian lebih tinggi, mungkin kita dapat menyegerakan. Saya setuju supaya kita letakkan soal jalan raya ini sebagai salah satu keutamaan kita dalam merancang pertumbuhan untuk tahun depan.
- Saudara tahu juga bahawa kita aktif betul dalam usaha mencari pelaburan baru. Berbeza daripada lawatan-lawatan dulu, Tengku Zafrul dia juga dulu dalam lawatan, dia iring Perdana Menteri. Tapi kalau dulu ada juga satu hari rehat, main golf dan lain-lain. Dengan Perdana Menteri ini tak ada. Sampai, kerja. Habis kerja, balik. Jadi dia ada mengeluh sedikit sebab dia biasa dengan budaya lama (nada seloroh). Dan kita juga buka ruang-ruang baru dengan negara China, YB Anthony Loke bersama dengan Yang di Pertuan Agong ke negara China dan teruskan di Nanning untuk acara lain. Saya juga ke Vladivostok menemui presiden Putin dan mencari jalan supaya dapat buka pasaran baru termasuk melalui BRICS.
- Tujuannya apa? Tujuannya untuk ekonomi negara kita. Hal-hal politik antara negara itu urusan mereka. Kita berikan pandangan tetapi keutamaan kita ialah kebajikan rakyat perdagangan kita pelaburan di negara kita dan perdagangan antara Negara kita dengan negara-negara lain. Sebab itu kita buka ruang termasuk dengan Rusia dengan BRICS supaya kita terus dengan sahabat-sahabat lama termasuk Amerika Syarikat, Eropah, Australia. Tapi kita juga cari ruang untuk dekat dengan rakan rakan baru, ini cara kita mengurus negara dan ini ada kaitan dengan pelebaran dan perubahan yang berlaku termasuk pengembangan yang disebut sebagai perdagangan global melalui prasarana seperti Westport.
- Saya juga nak ucap terima kasih kepada rakan-rakan daripada semua Jabatan berkenaan. Persekutuan dan negeri ramai juga wakil yang hadir di sini. Saya rasa tidak adil kalau saya tidak menyebut bahawa kejayaan mana mana usaha termasuk pelabuhan adalah rantaian kerjasama dan kita telah tekankan bahawa semua kelulusan harus disegerakan, melainkan ada masalah-masalah yang serius. Kita tidak boleh lagi guna alasan dan peraturan sehingga lewat dalam meluluskan kalau kelewatan ini akan menyebabkan negara kita ketinggalan.
- Saudara harus ingat, selalu saya tekankan bahawa kita ini di dalam dunia pasca normal. We are living in a postnormal times, it’s more complex, it’s full of contradictions. It is chaotic. Changes taking place simultaneously. Problems occur in a term used simultaneity, happening all in all places all at the same time and the pace of change, due to AI and digitalization. Compel us to other take new methods as a pace which is unprecedented. Therefore, all departments, all officers and the private sector must understand that we are not dealing with a normal times or normal pace. We are dealing with something not familiar and would compel us and demand that we undertake measures, decisions and execute them expeditiously.
- Ini yang menyebabkan saya tekankan perlunya dan saya berterima kasih juga kerana KSN, dalam masa singkat sebelum dia jadi KSN telah terus mengumpulkan kawan-kawan dan menggesa supaya perubahan ini berlaku. Kalau tidak ia tidak jadi MADANI. Dan satu aspek akhir yang saya tekankan ialah dalam perkembangan satu ribu hektar. Ini suatu perkembangan yang diperlukan kerana kesesakan yang berlaku di pelabuhan ini. Pelabuhan Pulau Pinang, PTP semua nampaknya sudah sampai ke tahap yang lebih sesak dan kalau lihat umpamanya, angka pelaburan diumumkan oleh Menteri MITI beberapa hari yang lalu memang ada keperluan prasarana ini dipercepatkan dan tidak boleh dipertikai. Kejayaan pelabuhan, kejayaannya juga mestilah mengambil kira seperti yang disebut sebentar tadi iaitu kebajikan pekerjanya.
- Saya ucap terima kasih kerana secara relative, pekerja-pekerja itu diberi layanan yang baik. Saya mahu menggesa pengurusan baru sebaik sahaja kita dapat capai tahap yang lebih tinggi dari segi produktiviti, maka upah pekerja juga harus ditingkatkan selari dengan produktiviti yang memuncak. Kemudian kita hidup, kadang-kadang di kawasan kita di persekitaran yang sudah semuanya selesa, sekolah mereka, kemudahan kesihatan pekerja, perumahan. Hal-hal ini bagi sektor swasta yang berjaya mesti diambil kira. Pendekatan MADANI ini maknanya mesti ada ihsan, mesti compassion. Ada kesedaran bahawa kita mahu maju, tapi kita maju sebagai satu keluarga besar.
- Jadi saya harap hal-hal ini seperti mana yang ditegaskan satu permulaan yang baik. Tapi saya ingin gesa kerana kita lakukan segalanya yang mungkin seperti mana saya tegaskan tadi. Jemaah Menteri mahu projek ini berjaya. Jemaah Menteri dan Kerajaan akan memberikan semua sokongan yang perlu untuk mengangkat martabat pelabuhan ini. Oleh yang demikian, kita harap pengurusan ini bila mencatat kejayaan harus faham bahawa kejayaan itu kejayaan daripada pengurus besarnya, CEOnya, kejayaan pekerjanya, tukang cucinya, kejayaan tukang masak, barulah ada nilai kemanusiaan dalam dimensi pembangunan kita yang disebut manusiawi.
- Jadi saya ucap sekali lagi, terima kasih. Saya dalam beberapa majlis saya elak daripada pengumuman jumlah-jumlah dan angka-angka yang diberikan banyak dalam teks ini, kerana sebelum sudah dihadam. Yang perlu ialah kerangka dasar. Kita harus faham bahawa negara MADANI menuntut kita melakukan sedikit anjakan baik dari segi kerja dari segi sikap dan dari semangat pembelaan nasib rakyat dan pekerja kita.
Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
LAUNCHING SPEECH
BY
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PRIME MINISTER OF MALAYSIA
AT
MALAYSIA REGION LAUNCH
APPRECIATION DINNER
26 SEPTEMBER 2024 (THURSDAY) | 8.30 PM
INTERCONTINENTAL HOTEL, KUALA LUMPUR
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
Salam Sejahtera.
[ SALUTATIONS ]
Distinguished Guests, Ladies and Gentlemen,
Good evening and Salam Malaysia MADANI,
- The landscape we face today has evolved significantly from the past. The world has become more interconnected.
- With the rapid growth of cloud computing and digital services, the expanded foothold of AWS through the launch of the AWS Infrastructure Region in Malaysia sends a clear signal to businesses globally that Malaysia is fast becoming the premier regional destination for digital investments.
Malaysia’s Commitment to Digital Transformation
Ladies and Gentlemen,
- Digital economy is key towards elevating Malaysia’s industrial economic complexity. We aim to position Malaysia as the generative artificial intelligence (AI) hub regionally and globally by strengthening our digital infrastructure.
- Our policies on attracting the right digital investments are clear. Policy initiatives such as the Malaysia Digital Economy Blueprint, are aimed at transforming Malaysia into a high-income country and regional leader premised on digitalisation.
- AWS has been a steadfast partner in our digital transformation journey. The launch of the AWS Region, with its 15-year investment plan, underscores AWS’s unwavering long-term commitment to Malaysia.
- AWS’s RM29.2 billion investment through the AWS (Malaysia) Region project alone is projected to contribute RM57.3 billion to Malaysia’s GDP between 2024 and 2038.
- AWS’s investment in Malaysia is anticipated to generate over 3,500 jobs directly from new data centres.
Malaysia’s ASEAN Chairmanship in 2025
- As Malaysia prepares to assume the chairmanship of ASEAN in 2025, advancing regional digital integration is a top priority. Malaysia’s leadership will drive collaboration among ASEAN nations to harmonise digital policies, standardise regulations, and improve cross-border data flows, positioning ASEAN as a unified digital economy.
- Malaysia’s chairmanship will focus on strengthening cybersecurity frameworks, enhancing regional cooperation on digital threats, and ensuring the growth of ASEAN’s digital economy remains robust.
- On this note, I am also happy to share that Malaysia has gazetted the Cyber Security Act 2024 this year. This is a significant milestone in strengthening Malaysia’s cyber defence, protecting our data and enhancing the nation’s resilience against cyber threats.
Promoting Innovation, Sustainability and Economic Advancement
Ladies and Gentlemen,
- The MADANI Government is taking significant steps to ensure sustainable data centre operations with guidelines on usage of energy and water, as well as to manage the carbon emission by data centres.
- Malaysia is addressing concerns on data centres by integrating renewable energy sources and advanced energy management strategies. One of our key initiatives is the Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS), which will enable corporate companies to access green electricity through an open grid system. This will allow third-party renewable energy generators to supply power via the national grid.
Empowering the Workforce and Enhancing Digital Capabilities
- The Government also encourages collaboration between data centre players with local businesses including SMEs, universities and research institutions through the Vendor Development Programme to drive innovation.
Distinguished Guests, Ladies and Gentlemen,
- Tonight, we celebrate both the launch of the AWS Region in Malaysia and the unveiling of AWS’ Economic Impact Study. I wish to congratulate AWS for your dedication in realising the Impact Study to demonstrate the benefits investments bring to the economy and society.
Thank you.
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PECAH TANAH
SEKOLAH MENENGAH INTEGRASI SAINS TAHFIZ (SMISTA)
26 SEPTEMBER 2024 (KHAMIS) | 3.00 PETANG
TAMAN ALAM SUTERA, BUKIT JALIL,
KUALA LUMPUR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam sejahtera.
- Kerajaan MADANI pada tahun lalu. Ini sesuai dengan falsafah negara kita MADANI di mana kita meletakkan keperluan membangun yang mampan tetapi meletakkan soal nilai selain daripada ihsan dan rahmah untuk memastikan dalam semua bidang, pertumbuhan ekonomi, sosial, kesihatan, teknologi dan pendidikan itu diimbangi dengan kekuatan keyakinan kita, akidah dengan akhlak dan nilai. Dan kita pelajari pengalaman pertumbuhan selama ini, negara-negara yang kaya yang tumbuh dengan hebat dan segar. Dengan bangunan pencakar langit, tetapi kehilangan nilai manusiawi atau keinsanan.
- Jadi kalau disebut dalam Al-Quran “walaqad karramna bani Adam” (Surah Al-Isra, Ayat 70), tidak lihat ‘karramah insaniah’ itu walaupun dijanjikan di dalam Al-Quran kerana tidak dilaksanakan dan diamalkan. Jadi sebab itu dalam sistem ekonomi pun, kita sebut tentang sistem kapitalis tetapi ada dalam istilah Inggeris disebut ‘unriddled capitalism’. Maknanya matlamatnya keuntungan semata-mata, mengenepikan nilai, mengenepikan prinsip keadilan dan kemanusiaan. Maknanya bangunan pencakar langit, keuntungan berlipat kali ganda, berbilion dan industri canggih.
- Sekarang dengan digital, dengan AI – Artificial Intelligence tetapi nilai kemanusiaan terhakis. Soal akhlak diketepikan. Kita harus lihat pengalaman ini dan ada juga orag Barat yang cuba memberikan teguran. Ada karya baru-baru ini tentang pendidikan umpamanya. Sekadar nak imbau di kalangan anak-anak. Harry Lewis kata pendidikan termasuk seperti Universiti Harvard iaitu universiti paling cemerlang dari segi ilmiahnya, akademiknya, sains dan teknologinya. Melahirkan Nobel laureate, pemenang hadiah Nobel sains terkemuka di dunia. Tetapi seorang dekan Harvard menyatakan “excellence without a soul”.
- Apa erti ‘excellence’? Cemerlang dalam pendidikan. Tak boleh kita pertikai sainsnya, teknologinya, kimianya, ekonominya, digital, AI, soal tenaga, cemerlang dalam pelbagai bidang. Tetapi tidak ada roh dan jiwa dalam sistem pendidikan itu – Without a soul. Contohnya, dari perkara asas, dia belajar bagaimana nak jamin pertumbuhan ekonomi yang rancak dan segar. Tetapi di kelilingnya kawasan-kawasan miskin, sesak, mahasiswa tidak dilatih untuk mempedulikan, dan mahasiswa juga tidak mempedulikan. Di luar sana ada fahaman perkauman yang sempit, yang menghina golongan kulit hitam. The blacks or the coloured. Yang menganggap mereka ini kelas dua dan direndah-rendahkan darjat kemanusiaan mereka. Tetapi tidak langsung menyentuh perasaan atau mengetuk pintu hati ‘damir’ manusia, pelajar dan mahasiswa di dalamnya.
- Sebab itu dia kata “excellence” atau kecemerlangan, iya. Tetapi tanpa nilai, tanpa jiwa, tanpa roh, “without a soul”. Jadi, kita mempelajari dan melihat pengalaman di sana. Bagaimana di sini? Ini jawapan kita. Kita mesti tahu bahawa langkah-langkah perlu diambil. Tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh orang-orang luar dan kita harus memberikan tumpuan dalam bidang pendidikan yang boleh memberikan keyakinan akidahnya dan rohnya di samping menimba ilmu dan meneroka alam pemikiran dan disiplin baru. Kerana manusia dan dunia ini menuntut banyak perubahan.
- Masa saya di sekolah, tidak dibicarakan soal digital, soal transformation. Tidak dibicarakan soal transisi tenaga daripada arang batu kepada gas, kepada hydro green technology, kepada green hydrogen tidak dibicarakan. Dunia menuntut perubahan dan kita tidak boleh ketinggalan. Sebab itu Kerajaan mahu kita kembali kepada landasan. Jangan menumpukan pada satu bidang, termasuk menjadi huffaz, tetapi meninggalkan keperluan menguasai teknologi dan pemikiran baru. Supaya kita boleh memimpin, apa yang disebut umat yang “ummatan wasatan littaqunu syuhadaa a’alannas, wayaqu narrasoolu alaikum syahida” (Surah Al-Baqarah, Ayat 143).
- Maknanya memastikan ada keseimbangan di antara keperluan kita sebagai umat menguasai ilmu yang asas dan Al-Quranul Karim. Di samping itu meneroka, menguasai alam dan disiplin baru agar kita tidak ketinggalan. Kalau tidak kita nanti boleh jadi alim, tetapi negara dikuasai, teknologi mereka pegang, kecanggihan, ketenteraan orang lain pegang. Kita hanya menonton rumah-rumah dirobohkan, negara ditakluk. Sebab itu ada keperluan kita menguasai kedua-dua bidang dan SMISTA di mana ada integrasi di antara sains dalam erti kata yang lebih luas dan tahfiz. Menjadi maahad tahfiz maknanya menguasai, mempelajari dan menghafal dengan harapan menghayati semangat Al-Quran. Dan ini kekuatan yang menjadikan kita manusia yang lebih sempurna atau insan soleh.
- Jadi ini harapan kita dan saya mahu SMISTA ini dilaksanakan segera. Peruntukannya itu besar sekitar RM76 juta ringgit kalau tak salah saya, kalau kurang minta MAIWP tambah sikit lagi (nada seloroh). Tetapi harus disegerakan. Saya dah minta saudara YB Dr. Naim dapatkan laporan dalam tempoh satu minggu tentang perkembangannya dan saya mahu proses tender itu dibuat dengan teliti. Kerana kalau dulu, beberapa projek ini kelam kabut sedikit kerana kontraktor (yang diluluskan) itu ada masalah. Saya tak mahu SMISTA berjangkit hal ini. Dulu kadang-kadang sistem dalam Kerajaan, dia tak payah tender, pakai runding sahaja, kemudian projek lingkup. Jadi jangan ada, kerana kita nak jadikan satu hal, satu projek yang begitu baik dengan matlamat yang baik. Tetapi kadang-kadang kalau kita cuai dari segi pengurusan dan tata kelola dan kita izinkan ada pelanggaran peraturan dan hukum, akan menyebabkan projek lambat.
- Jadi ada dua perkara. Pertama, saya mahu supaya proses itu disegerakan. Saya datang bukan tanpa syarat, jadi mesti ada laporan dalam tempoh satu minggu dan mesti disegerakan proses tender. Kementerian Kewangan boleh luluskan proses tender yang boleh dipercepatkan, fast track. Tapi mesti tender dan mesti ikut proses kontraktor yang betul-betul layak dan bertanggungjawab boleh melaksanakan dan saya nak disegerakan supaya siap sekolah ini dalam tempoh yang lebih cepat daripada yang dijangka. Ini bicara Islam kadang berdegar-degar tapi projek lembap, tak ada apa juga. Mana dia semangat atau roh Islam yang disebut dalam rumusan hadis Nabi Muhammad SAW, ‘itqan fil amal’? Mana ‘itqan fil amal’? Dalam setiap tindakan kita itu harus cekap, efisyen, harus excellent. Itu semangat kalau betul-betul kita jadikan contoh.
- Jadi sekolah-sekolah menengah, majlis agama, jabatan-jabatan ini harus tunjuk keupayaan lebih cekap, lebih pantas, lebih bersih daripada jabatan yang lain. Kerajaan MADANI ini berperang sekarang dengan perasuah, dengan penyelewengan, dengan orang kadang-kadang bicara soal Melayu atau kadang-kadang bicara soal agama dan Islam. Tetapi sebenarnya merompak hasil negara dan kekayaan negara kita dan saya tidak mahu hal ini berlaku. Saya tidak maksudkan sudah berlaku di sini tapi mesti ada pengajaran.
- Mustahil saudara, dalam keadaan kita semak hampir setiap kontrak dulu, ada saja bocornya, ada saja hilang dananya. Negara mana boleh mampu maju kalau setiap kali ada tiris dan tirisnya bukan sedikit, ratus-ratus juta, berbilion ringgit. Pemimpin-pemimpin kalau jadi Perdana Menteri, jadi Menteri Kewangan mesti miliki ratus juta. Ada yang berbilion ringgit. Kemudian bila kita suruh isytihar harta, marah, dendam. Apa dendam? Kalau kamu tidak salah apa takut isytihar harta? Saya kalau esok minta isytihar harta sekali lagi, saya isytihar. Korek lah banyak mana pun. Baru boleh kita jadi pemimpin, kena jadi contoh. Kalau tidak apa yang nak diajar kepada rakyat?
- Sebab itu bagi saya untuk mengangkat darjat Islam, dia mesti dalam negara, dalam tatakelola, dia mesti paling cekap dan pantas. Soal tatakelola nombor satu. Benar, orang sebut Saidina Umar Abdul Aziz RA, Khalifah Umar Thani, hebat kerana apa? Dia tiap malam tidak meninggalkan bacaan Al-Quran, tahajud, berdoa dan menangis. Tetapi sebagai khalifah tidak hanya kerana dia baca Al-Quran tiap malam, itu perlu. Tetapi dia urus dengan baik. Dia tahu harta Kerajaan, harta rakyat dan gaji peribadi. Dia tidak salah guna kuasa, jentera dia takut kalau salah guna, dia tidak tolak ansur. Jadi wang dan dana itu dibelanja dengan cermat dan cekap.
- Sebab itu jadi petanda dan mercu dan contoh pengurus dan tata kelola yang hebat dalam sejarah dunia. Kita selalu tahu ustaz-ustaz kita datang sekiranya sebut bagaimana dia urus dalam 2 tahun 3 bulan. Dari jazirah arab ke Mesir terus sampai ke Azerbaijan, tapi seluruh kawasan itu bebas dari kemiskinan, bebas dari kemiskinan tegar sehingga sukar hendak cari orang nak bayar zakat. Bermakna kita mampu. Tapi syaratnya seluruh jentera harus dibersihkan.
- Kita tidak mudah, kadang-kadang tazkirah banyak juga, barang-barang banyak juga yang pakai kopiah putih pun ramai juga. Tapi yang sakau pun ramai juga. Dan ini memeningkan kita, jadi jangan pandang ringan. Saya tidak kisahlah orang sekarang ni aneh, saya kadang saya bagi tahu juga orang, kawan-kawan, aneh juga. Perang lawan rasuah pun tidak kena, yang pertahankan perasuah-perasuah besar pun tidak kena.
- Saya tidak faham. Apa tidak boleh, apa yang kurangnya di Malaysia ini. Apa makna kita adakan Maahad dan sekolah menengah seperti ini? Gabungkan kekuatan. Tradisi Islam dan moden sains. Kerana kita hendak bangkitkan hendak hidupkan anak-anak muda yang punyai roh. Roh perjuangan, roh jihad, yang hidup, aktif untuk bawa perubahan dalam masyarakat untuk bawa kebaikan kepada masyarakat.
- Dan bagi negara, soal tatakelola itu mesti dan bersatu. Saya harap ustaz ustazah dan guru-guru di sini dan pengetua harus beri penekanan ini. Dia belajar dengan satu matlamat bangkit satu generasi satu gil Rabbani. Gil Rabbani yang punyai komitmen untuk bawa perubahan kepada masyarakat dan negara.
- Jadi ingat, yang pertama menyegerakan projek ini kerana projek ini dicadang sejak tahun 2011 ke 2013. Hanya tahun lalu, bila saya dimaklum belum lulus. Saya minta disegerakan kelulusan. Tapi saya tidak minta disegerakan kelulusan dan ditadbir dengan lembap. Dia mesti disegerakan dan saya mahu laporan itu sampai ke pejabat saya minggu depan supaya dapat arahan dengan kelulusan Kementerian Kewangan, proses tender itu juga dipercepatkan dan kalau siap kalau saya sihat, saya datang. Insya-Allah.
- Seperkara lagi, sekolah menengah ini tempat yang strategik, tanah yang mahal, di ibu kota. Kita boleh buat pilihan malah ada cadangan tanah ini di reserve untuk kawasan komersial. Ada cadangan supaya sekolah ini dipindahkan kawasan jauh sedikit. Tidak ada asrama dan tidak seberapa. Tapi saya fikir, saya setuju dengan MAIWP bahawa harus ada juga satu gerbang sekolah di kawasan ini kerana ada keluarga di sekitar ini, rumah-rumah sekitar ini dan saya mahu juga Kuala Lumpur ini tidak dikenali hanya dengan mercu tanda yang tinggi hotel-hotel besar, restoran-restoran 5 bintang, 7 bintang, tetapi juga gerai-gerai yang bersih, perumahan rakyat kita luncurkan baru-baru ini perubahan MADANI dan sekolah-sekolah termasuk SMISTA ini.
- Ini memberi gambaran tentang wajah Kuala Lumpur yang terbina daripada apa yang difikirkan sehingga orang diukur, oh dia masa dulu ada ini, program ini, mercu tanda ini, menteri ini, dan menteri ini, projek mega ini, saya tidak ada. Tidak payah nilai saya dari segi projek mercu tanda, nilai saya dari projek gerai yang bersih, perumahan MADANI rakyat dan sekolah-sekolah dan kawasan yang baik untuk rakyat jelata. Sebab itu walaupun sudah 2 tahun saya jadi Perdana Menteri, tidak ada rancangan untuk projek mega di Wilayah Persekutuan, tidak ada. Pengangkutannya, gerainya, Dr. Zaliha tahu, saya bising betul soal gerai, mesti segera, mesti bersih.
- Berapa orang yang pergi ke restoran-restoran mahal? 15% penduduk yang lain itu ke warung, ke restoran kecil, ke gerai. Tapi tengok nasib gerai-gerai kita, ada warung kita 80% rakyat ke situ. Tetapi kedudukannya daif, bumbung bocor, bau air tak bersih dan kawasannya tidak baik. Sebab itu saudara lihat, setelah dalam 2 tahun ini memang kita kerahkan Dewan Bandaraya saya mahu lihat perubahan wajah tentang gerai warung dan restoran-restoran kecil ini diberikan suatu pemulihan supaya bersih dan indah.
- Yang kedua perumahan-perumahan rakyat, yang sebut perumahan MADANI dengan kemudahan-kemudahan termasuk musolla dan kawasan masjid, perpustakaan dan taman yang sesuai untuk kehidupan rakyat terutama berpendapatan rendah.
- Sekali lagi saya ucap terima kasih dan untuk guru-guru boleh kerja dengan sungguh-sungguh sebab 1 Disember 2024 ini semua naik gaji. Berapa lama tunggu? 12 tahun. 12 tahun tunggu kalau saya fikirkan soal ekonomi, hutang banyak, hasil tidak bertambah banyak sangat. Jadi boleh tangguh tetapi saya rasa harus adil kerana guru-guru dan penjawat awam itu bawah jagaan saya. Kerajaan dan saya mesti dahulukan mereka sebab belum ada kenaikan itu kenaikan tertinggi dalam sejarah. kalau kenaikan tertinggi dalam sejarah, tapi prestasi terendah dalam Sejarah, alahai nasib badan. Kalau sudah pengiktirafannya kenaikan tertinggi dalam sejarah. Maka prestasinya juga harus meningkat.
- Jadi oleh kerana kita beri tumpuan kepada sekolah ini dengan peruntukan yang besar, saya mahu prestasi sekolah menengah ini juga yang di antara terbaik dalam negara kita. Jadi anak-anak boleh jamin insya-Allah ya. Saya hendak prestasi keputusan baik dalam hafazan atau dalam sains. Bila tanya sekolah mana? SMISTA jadi terukir begitu. Baik, insya-Allah. Jadi, ikut peraturan, nasihat guru-guru dan ibu bapa, belajar ikut disiplin yang ketat tanpa disiplin tidak terkawal. Jadi itulah sahaja harapan saya ada doa ke hadrat Allah SWT mudah-mudahan acara pada hari ini dapat dilihat dari segi kejayaannya, malah dalam beberapa tahun akan datang insya-Allah.
- Saya hadir juga walaupun pada peringkat awal bila Dr. Naim minta saya hadir dengan Syed Kamuzzaman, saya kata tidak boleh sebab saya di Johor Invest Malaysia di Iskandar, Johor. Tapi oleh kerana fikirkan ini SMISTA, dari Johor ambil penerbangan terus dari airport terus ke mari. Ini soal jiwa saya itu, ya anda ke sini. Kerana bagi saya yang program-program sekolah menengah sahaja. Bukan saya mahu buka projek pembangunan raksasa. Datuk Bandar tahu kalau kita buka selalu kalau peringkat Perdana Menteri mesti projek besar tapi tidak ini projek sederhana, tetapi sangat bermakna untuk memberikan erti kepada “Addabani Rabbi fa-ahsana ta’dibi”.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
SPEECH TEXT
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PRIME MINISTER
FOR
KEYNOTE ADDRESS
INVEST MALAYSIA ISKANDAR 2024
WHERE POLICY MEETS PROGRESS
26 SEPTEMBER 2024 (THURSDAY)
SUNWAY HOTEL BIG BOX
SUNWAY CITY ISKANDAR PUTERI
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam sejahtera.
Alhamdulillah, Nahmaduhu wa nusalli ‘ala rasoolihil kareem.
Yang Amat Berhormat Datuk Onn Hafiz Ghazi,
Menteri Besar Johor;
Yang Berhormat Datuk Hasni Mohammad,
Ahli Parlimen Johor;
Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Wahid Omar,
Chairman, Bursa Malaysia;
Penganjur besar Bursa termasuk HSBC Maybank dan CIMB;
Rakan-rakan dan tetamu yang saya muliakan.
- Sekali lagi saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas ikhtiar yang dimulakan oleh Bursa dan kerjasama Kerajaan Negeri Johor di bawah pimpinan tokoh muda yang cergas untuk memacu pertumbuhan yang menggalakkan. Kali ini kita lihat beberapa usaha memacu pertumbuhan dan pelaburan, dan Iskandar merupakan salah satu kawasan yang agak strategik. Terutama bila diperkenalkan satu zon kewangan dan zon ekonomi. Dan tentunya kita bermanfaat kerana hubungan yang sangat baik dalam konteks ASEAN dan terutamanya dengan negara Singapura.
UPDATES AND RECOGNITION
Excellecies, ladies and gentlemen,
- We are fortunate because Malaysia has had a strong start to the year. We outpaced expectations in GDP growths in the first two quarters, and the third quarter is looking promising. The Ringgit is performing well, while the Bursa Malaysia is outperforming regional peers, as per alluded by Tan Sri Wahid, surpassing RM2 trillion in market capitalisation in May 2024. Now again more fortunate because we are in ASEAN. Relatively the most peaceful sub-region in the world and economically vibrant, considered to be one of the most progressing at a pace unprecedented. Therefore, we must introduce new innitiative to attract investment and to work as family of a nation.
- That is why I mentioned our satisfaction and gratitude not only to the collaboration with the state, but there were neighbour Singapore and within ASEAN. Because we have achieved this relative success because of effective collaboration and enhancing bilateral relations and growing trust between leaders and the general society, business community and also the public at large. And I think this is an important indication that we believe in the spirit of complementarity.
- I think Prime Minister Lawrence did allude to that fact. And I certainly share the vision and look forward to the bilateral session that we’ll have towards the end of the year. I’m arguing with the Menteri Besar who thinks that all meetings must be in Johor and I have to remind him as I always remind the King of Malaysia, that he is King of Malaysia and I happen to be Prime Minister of Malaysia (in a joking tone). I want to make sure that other states feel comfortable and relaxed. Notwithstanding that I do give some priority to Johor.
Excellencies, ladies and gentlemen,
- Politically we are stable. Fortunately, after relative turbulence in the past years. Johor of course, is commendable because it still maintains a two-third majority as is in the federal government. And this strength is used to ensure that we have better governance. It’s unfortunate that Malaysia is sometimes being associated with some excesses in terms of high-level corruption and poor governance. That is why or precisely the reason why the crackdown against corruption is clearly a priority set this government and we must remain consistent to make sure that this continue. Because through effective measures of good governance and reading the country of corruption, we will only achieve better efficiency and transparency and ease of doing business. Because the inordinate delay many of these approvals are because of kickbacks that can be considered as the necessary oil ingredient to obtain fast approvals.
JSEEZ: PROGRESS ON ALL FRONTS
- So now we have seen in Johor, the collaboration between the federal government and the state and the strong effective collaboration with Singapore. Therefore, the Johor-Singapore Special Economic Zone (JSSEZ) announced by the governments, policy makers, investors and businesses from both nations have collaborated and participated in turning this into a success. Connectivity, talent development, ease of doing business, real estate development, these are and have been areas of focus to us, and I am glad to see real progress.
COMMON INTERESTS, CLEAR POLICY & PLANS AND GREATER AUTONOMY
- Now, areas or issues that we have to address. Of course, talent development sounds attractive, but things changed in the postnormal times at the pace that is unprecedented. I allude to the issue of the major ingredients of most normal times, chaos, complexity, contradictions and understanding this happening. All these issues, chaos, complexity and contradictions happening simultaneously. So, we term it as simultaneity. You can’t address one (1) issue at a time. You have to address 20 issues at a time. And that is why we need Menteri Besar like Onn Hafiz who has that extra energy and on talent, of course.
- These talents cannot be produced under normal syllabus or school system. Things have to change at a pace that should be fast. Projections normally Ministry of Education or Higher Education will only have to take years to introduce a new curriculum, a new system. But we can’t afford that. When I was in Abu Dhabi and observe the success of their attempt to introduce AI in university, Mohamed bin Zayed University of Artificial Intelligence, I was amazed that they can do it at fast pace and introduce a discipline that is relatively new at an advanced stage. So, I came back and said, look, we have of course AI being taught because it’s related to potential investments, but we don’t have a proper faculty. So, I said, alright, have a faculty in Johor and this was not intimated by the Menteri Besar, it was my initiative, please (in a joking tone).
- Well, my concern is, you know, as a teacher myself and having taught at the Georgetown University, is a great university in Washington DC. I realized to introduce your faculty will take at least one year to two years. And I said we can’t afford that. So, I gave them a challenge, gave initial contribution funds and then said “it has to be done fast”. I wasn’t sure that the university and the Ministry of Higher Education can make that adjustments. But I’m proud to say that the UTM in Johor Bharu managed to set up that Faculty AI in four months. And this is amazing. Of course, that’s an initial program. So, we need banks, we need Khazanah and we need established conglomerates, Bursa, to be able to collaborate with them, having that synergy to be able to assist. So that we do produce qualified competent graduate in new fields.
- Deputy Prime Minister Zahid, for example, is chairing the TVET Council and we cannot go on with the previous syllabus of TVET training. The best was the private sector. So, group like Sunway should be able to adopt TVET in the vicinity around the establishment here and of course in Tambun where I represent. So now, that the involvement of private sector in education, in TVET and technical training in AI would be far more efficient than having to run as a normal educational program. And I’m again thankful that many of these conglomerates and private companies have taken that opportunity, including Dato’ Amirul Feisal of Khazanah and GLICs, Banks that ventured into this program.
- So why I’m emphasizing this issue of talent? Because talking to NVIDIA, Infineon, Google and tonight Amazon in KL, most of them expressed their concern that whilst they are proud of the fact that we have disciplined, qualified workforce, but we lack that reach at the highest level. And that highest level, the youngs must be given the opportunity to be trained now. And that has to be done together with the private sector, particularly training people through our government institutions for their own requirements. And with this, for example, is an indication how the collaborative efforts of government institutions in the private sector to fulfill the requirements of the future.
COLLABORATION AND UNLOCKING OF COMPETITIVE ADVANTAGES
- Singapore and Malaysia, well, let’s see, we have collaborated a great deal throughout our history. We have of course, problems. Everybody has problems with their neighbors, but problems are minor and not insurmountable. People asked me when I was…..I think in India, they say what about South China Sea or problems with China? I said, look, all countries have problems with their neighbors. United States with Canada is of course a good example and countries in Europe, but these are not issues that it could create tensions or invite rancorous exchanges into one another. These are issues that you should discuss but should not deflect from the focus that both countries have to succeed. And both countries are great partners and can be greater partners or we do collaborate benefit in a win-win situation. And that is why I’m excited to work with Singapore. And of course, giving a priority to the ASEAN collaboration which we, Malaysia will chair next year.
Excellencies, ladies and gentlemen,
- Last week, the Government announced a competitive package of incentives to make Forest City a magnet for international capital. This includes a concessionary corporate tax rate between zero and five percent, and a special individual income tax rate of 15 percent for knowledge workers and Malaysians who choose to work here. So, Menteri Besar don’t ask for anything more because this was a special consideration prepare for Johor have special primary engine growth for the country (in a joking tone).
- Forest City will also be the first location in Malaysia to offer a 0% tax rate for Family Offices. The Single-Family Office Scheme, coordinated by the Securities Commission Malaysia, aims to attract regional and Malaysian families to manage their family wealth from Malaysia.
STRENGTHS: COMBINED & MULTIPLIED
Ladies and gentlemen,
- We see how Johor and Singapore’s Southeast Asia Manufacturing Alliance has worked together, through a combination of natural and unique advantages enjoyed by both parties.
- While the nation has targeted net-zero ambitions by 2050, the focus on Net-Energy Metering and Large Scale Solar initiatives have accelerated development. You seen major programme. I should say that fantastic major programme on solar collaboration between Tenaga Nasional (TNB) and Petronas at Kenyir, Hybrid Hydro-Floating Solar which using the surface areas of dams, it reduces land usage as well as water evaporation.
- The Malaysian capital markets which has alluded by Tan Sri just now other than what have been said about carbon Exchange inaugural renewable energy certificates (RECs) auction; and is now available for continuous trading. Taken together with various energy-focused projects in all states and regions of Malaysia as Selangor and Sarawak has booming as energy hub, we are confident of a surplus of energy that feeds developments such as the JSSEZ, as well as have enough to grow our exports of energy. TNB has been assigned to focus on grid from Kelantan to Johor.
GREATER CONNECTIONS, INSPIRATION AND IMPETUS
Ladies and gentlemen,
- The ASEAN region represents our tomorrow. The bloc’s future encompasses 680 million people, with a combined GDP of around USD3.5 trillion. It is an economy that has the potential to leap forward multiple times over the next few decades.
- As Malaysia takes on the ASEAN Chairmanship role, we have also stated our goal of building our relationship with and joining the BRICS grouping of nations. The question rise that we are independent, a trading nation which should continuous to trade and leave the geo political battle to the rest. Our priority is of course the economic development. We are not new to the members of the group and have long had warm relationships in terms of trade, education and agriculture with many countries and we attend to expand this sort of collaboration.
CONCLUSION
- Sekali lagi saya ucap terima kasih kepada Bursa dan rakan-rakan yang bersama, juga kepada Menteri Besar dan Kerajaan Negeri dengan harapan kita dapat jayakan usaha untuk merancakkan pelaburan termasuk program Invest Malaysia Iskandar.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) — Keputusan membatalkan perancangan sebuah kementerian dan agensi untuk membawa 68 pegawai ke satu pameran di Berlin mendapat sokongan penuh Jemaah Menteri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata memasuki dua tahun pentadbirannya, tidak pernah mana-mana menteri dan pimpinan parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan mempertikaikan sebarang keputusan beliau berkaitan tatakelola.
“Setakat dua tahun ini saya dengan pasukan dalam Kerajaan Perpaduan, belum ada sekali mana-mana menteri atau pimpinan yang mempertikai keputusan kita (seperti) pertama, (projek) mesti tender, jangan bagi kebocoran.
“… dan bila baru-baru ini saya terjah satu agensi kerajaan (yang mahu) hantar 68 orang ke pesta di Berlin, saya dapat sokongan penuh daripada Kabinet… ini pertama kali dalam sejarah Perdana Menteri kata tak payah pergi,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian pada Forum Ilmuan Malaysia MADANI (FIM) di sini malam ini.

Perdana Menteri berkata beliau perlu bertegas dalam perkara itu bagi memastikan amalan sedemikian tidak diteruskan.
“Kenapa saya perlu buat? Sebab rakan saya seperjuangan bagi sokongan penuh. Menteri nak pergi juga kami kawal,” katanya.
Pada masa sama, Anwar mengingatkan Jemaah Menteri supaya sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan baharu dan tidak terikat dengan kepompong pemikiran lama.
“Ia penting untuk kesinambungan. Tanpa suntikan idea baharu, kita akan lebih dalam keadaan selesa, pendekatan kita terlalu terikat. Oleh yang demikian, tidak mungkin kita akan berkembang.
“Kita mesti meneroka disiplin baharu termasuk digitalisasi, kecerdasan buatan, kejuruteraan dan matematik,” katanya.
Beliau juga mengulangi tekadnya untuk tidak berkompromi dalam menyelesaikan isu berkaitan GISB Holding Sdn Bhd (GISBH).
“Saya bertekad bahawa saya tidak akan berkompromi. Kalau itu kena kompromi, tidak ada makna saya jadi Perdana Menteri,” katanya.
FIM adalah inisiatif yang diilhamkan oleh Perdana Menteri sebagai platform penting bagi menghimpunkan para ilmuan, tokoh industri dan pemimpin masyarakat pelbagai latar belakang untuk membincangkan isu kritikal yang dihadapi rakyat.
Selain itu, ia menjadi platform dialog intelektual yang inklusif di mana pelbagai pandangan daripada masyarakat sivil, akademik dan industri dapat disampaikan untuk membantu kepimpinan negara merangka dasar serta polisi masa hadapan.
Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
— BERNAMA










NOTA PERCAKAPAN
(VERBATIM)
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
FORUM ILMUAN MALAYSIA MADANI
TAJUK: PERALIHAN TENAGA UNTUK KESEJAHTERAAN MASA DEPAN NEGARA
25 SEPTEMBER 2024 (RABU) | 8.45 MALAM
BALLROOM 2, HOTEL GRAND HYATT
KUALA LUMPUR
Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin,
Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolihil Kareem.
Saudara Menteri-Menteri;
Ketua Setiausaha Negara (KSN);
Tetamu-tetamu kehormat; dan
Saudara Saudari yang dimuliakan sekalian.
SESI 1: MUKADIMAH YAB PERDANA MENTERI
- Forum ilmuan ini pernah kita anjurkan pada sekitar tahun 1980-an, informal, perbincangan santai dan mengumpulkan pemikir-pemikir umat dan sebahagian kita undang juga rakan-rakan dari kalangan bukan Melayu dan juga tetamu dari luar negara. Perjumpaan itu berkala minima satu bulan sekali atau dua bulan sekali tetapi memberi ruang untuk sarjana pemikir negara dan luar melontarkan idea mereka, merentas pemikiran konvensional, mencabar dan mencungkil idea, dan mencabar konvensional polisi-polisi. Dan situ kita bincang secara terbuka. Agak menarik kerana ketika itu kita juga undang ramai juga beberapa tenaga utama dari Universiti Islam Antarabangsa. Maka, sesi bercampur Bahasa Melayu dan ada juga Bahasa Inggeris.
- Jadi, saya hampir dua tahun dalam Kerajaan, bincang dengan saudara Zambry dan beberapa teman tentang hala tuju kita. Saya tidak pernah mewakili pandangan bahawa pimpinan negara itu mempunyai segala jawapan, kita harus juga dicabar oleh sarjana dan intektual tentang apakah dasar kita tepat atau kita masih dalam landasan, atau adakah berkemungkinan kita menceduk idea baru untuk memperbaiki.
- Apatah lagi dalam soal sekarang, yang mana isu-isu yang baru selain daripada geopolitik, seperti digital dan AI yang melibatkan juga value, soal jati diri sebagai bangsa dan negara, soal peralihan tenaga yang kini menjadi pusat pemerhatian kita, keperihatinan kita terhadap mutu pendidikan, arah pendidikan, penguasaan bahasa, penguasaan bahasa-bahasa lain yang utama termasuk bahasa Inggeris. Kemudian perbicaraan tetang kaedah padegogi apa yang diperkenalkan. Isu umpamanya kepentingan untuk mempertahankan dan penghayatan Islam serta cabaran-cabaran yang saya lontarkan baru-baru ini tentang satu ekstrem Islamophobia, phobia terhadap apa sahaja yang berkaitan Islam, satu lagi ekstrem yang melihat mereka sahaja mewakili susur Islam, yang mengkafirkan atau mendajjalkan atau memunafikkan semua kumpulan lain. Isu-isu ini bukan isu politik pimpinan, tetapi isu yang harus dibicara dan harus dibahas dalam wacana terbuka kerana ini menentukan arah tuju dan masa depan kita.
- Tapi tentunya isu-isu yang juga dekat dengan hati saya, soal kemiskinan, apakah idea-idea dan prakasa yang diperkenalkan dalam kerangka ekonomi ini menjawab dan menjamin supaya bantuan dan subsidi itu tidak akan melemahkan semangat kerana berlaku nanti tentang apa yang disebut oleh Samir Amin, pakar ekonomi yang menyebut tentang “dependency syndrome” – sindrom kebergantungan. Jadi kecenderungan pimpinan negara menggunakan bantuan subsidi supaya masyarakat ini kekal miskin dan mengharapkan dan bergantung kepada kelompok elit penguasa. Hal-hal yang sedemikian ada juga dibangkitkan oleh Dr. Noor Azlan di sini, saya juga sudah panggil beberapa sesi sebelum ini membincangkan soal Islam, soal kemiskinan, soal bumiputera, soal hala tuju negara dan sebab itulah diadakan forum ini.
- Tetapi seperti biasa, bila forum itu dikendali oleh Perdana Menteri, protokolnya berlebihan dan menjadikannya lebih formal, ia tidak lagi menjadi perbincangan meja bundar dengan kupasan yang lebih terbuka. Walau bagaimanapun, ini satu perjumpaan dan satu permulaan, saya sangat terkesan dengan minat yang hadir di kalangan pimpinan, sarjana-sarjana utama dalam pelbagai bidang, itu luar biasa, dan ini sangat menyentuh hati nurani saya.
- Saya juga kadang-kadang merasa lemas kerana saya fikir ada kelembapan untuk melonjak ke depan terutamanya dalam melontarkan idea. Kerana saya mewakili pandangan bahawa, ya betul, kemampanan ekonomi baik, ringgit kukuh itu Alhamdulillah, semua faktor-faktor itu penting, tetapi saya masih lagi mewakili pandangan bahawa yang menentukan arah kebangkitan sesuatu negara dan tamadun, apalagi dalam negara MADANI, ialah apa yang diungkapkan oleh Malek Bennabi, pemikir Algeria itu sebagai “Guiding Ideas”.
- Clarity policies and ideas, that can gives clear direction, so that you can galvanised the entire strenght and spirit of the society and community to achieve a higher ideal, not just bread and butter issues, although it is clearly a priority. But we should not loose side.This is not necessary a new idea but generally have been forgotten because politics and governances is through pre-occupied about running the government. Busineses off course trial to achieved good track record and better result, and profit off course and intellectual too busy with his own diciplines and repositorial duties, ignoring the facts that beyond all this, is about humanity, is about justice, is about values and this surpases contemporary mending issues to a higher plane and higher ideal.
- Itulah mukadimah saya, nasib baik bukan idea Abdul Rahman Ibn Khaldun tetapi nak lontarkan idea bahawa inilah semangat forum ilmuan ini. Maknanya kalau masa mengizinkan saya harap untuk diadakan secara bulanan. Bulan ini, terima kasih Tan Sri kerana TNB yang hos, dan bulan depan Petronas. Jadi inilah cara Kerajaan menjimatkan belanja.
- Saya mulakan dengan mengundang hos kita Tan Sri Razak.
SESI II:
- Tapi ada yang penting beliau tekankan, pertama, dia ikut garis dalam Energy Transition Road Map yang saya anggap sangat kritikal untuk kita kuasai, bahawa ada peralihan yang agak radikal melalui pendekatan pergantungan kepada sumber asli yang lama, itu yang pertama. Keduanya, kelonggaran yang diberikan oleh TENAGA yang disebut TPA – Third Party Access. Tidak mudah TNB bagi sebab dahulu dia virtually monopoli, tetapi sekarang untuk menjana pertumbuhan industri, IT dan data centre yang besar. Kita bagi ruang supaya dapat kita gunakan sumber sendiri untuk menjana tenaga di kawasan yang diperlukan.
- Saya juga ucap tahniah kerana TNB dan Petronas telah setuju menyiapkan kerangka supaya memulakan satu program solar atas permukaan air di Kenyir, projek yang agak besar dalam negara dan kita juga bincang dan kita minta supaya fokus TNB juga jangan tinggalkan soal Grid. National Grid umpamanya, pakar Pasir Gudang dan sebahagian dari Vietnam yang bercadang untuk eksport tenaga yang kita gunakan dari pantai (undersea cable) kemudian sampai ke Kota Bharu dan terus ke Selatan. Ini memerlukan juga fokus kepada persiapan Grid, jadi kita tidak tinggal Kelantan, kita berpusat di situ. Itu berbeza daripada persepsi luar with the view, purely in terms of the economic interest, the economic focus, what can benefits the people. Jadi tidak ada gambaran seolah-olah diskriminasi, jadi ini lebih praktikal.
- Bila saya bincang dengan mantan Perdana Menteri Thailand, Perdana Menteri Srettha, tentang Joint Development Authority, untuk memberikan manfaat kepada Selatan Thai dan North Malaya, termasuk Kelantan kemudian menyegerakan pembinaan jambatan Sungai Golok, Rantau Panjang yang sebenarnya akan memberi ruang kebangkitan kepada pertumbuhan ekonomi Kelantan, itu kita berikan keutamaan.
- Baik, terima kasih Tan Sri Abdul Razak.
- Yang keduanya, sepertimana saudara-saudara tahu Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali, with impressive academic credential, dalam dan luar negara, dan sekarang ini di MINDA, UKM dan banyak membantu Kementerian Ekonomi dan Kerajaan, memberikan idea-idea baru untuk melakukan perubahan dan program-program ekonomi yang boleh menjamin.
SESI III:
- Ada beberapa point yang perlu diberikan perhatian khusus, soal gap. Tadi kita bincang dengan Steven Sim di Kabinet, produktiviti dengan Gap itu di Malaysia dalam keadaan yang kurang munasabah. Kita bandingkan dulu umpamanya Korea, sebaik naik produktiviti, upah harus naik, tetapi nampaknya gap itu kian melebar. Sebab itu saya mengambil keputusan yang agak lebih radikal untuk naik secara mendadak sedikit ketimbang pengalaman lalu gaji penjawat awam.
- Saya dikritik dalam beberapa rencana mengatakan bahawa ini populis. Tetapi mereka kurang faham kerana dalam kerangka ekonomi, pertama tidak naik selama 12 tahun, keduanya kadar upah untuk penjawat awam sebagai contoh, maksud saya sebagai permulaan, ini termasuk jugalah kepada pensyarah, profesor, itu terlalu rendah. Sebab itu kenaikan itu dianggap terlalu mendadak. Menteri tak naik, jangan salah faham, Ahli Parlimen juga tidak naik, Perdana Menteri naik tak naik tiada beza kerana tiada gaji (nada seloroh).
- Apabila naik, kita cabar sektor swasta. Terima kasih kerana GLIC mulakan contoh yang baik. GLIC mulakan dengan target RM3,000.00, sementara Kerajaan minima mesti RM2,000.00 ++ take home pay. Dengan cara itu kita mendesak suupaya sektor swasta terutama syarikat-syarikat besar, syarikat-syarikat yang mencatat keuntungan berbilion, mana mungkin bagi gaji RM1,800.00, RM2,000.00 betapa rendah sekalipun jawatannya. Ini saya ingat satu point yang sangat relevan kerana harga barang, walaupun saya tegaskan dalam belanjawan yang kita bincang di Tresury tadi, fokus kita adalah tentang kos sara hidup, harga barang walaupun relatif amat rendah ketimbang negara jiran, Thailand, Singapore, Indonesia, Filipina, minyak masak, minyak, RON 95, gula, tepung, beras, semua ini kita murah, tetapi oleh kerana kadar upah dan gaji itu rendah, maka amat terkesan. Dan kita sedang fikir juga tentang, iaitu Kementerian Ekonomi ada memikirkan tentang Domestic Wages, sebagai sambungan daripada ikhtiar daripada kita naikkan gaji penjawat awam.
- Keduanya, GLIC ini, syarikat-syarikat Kerajaan ini telah ambil satu sikap yang proaktif, bila kita kata dasar, dia terus maju. Macam kita kata investment, sekarang ini kita tidak boleh sebut pasal investment yang diumumkan saya rasa, kerana GLIC itu komitmennya mulai sekarang RM150 bilion ringgit dalam tempoh lima tahun, iaitu komitmen untuk laksanakan tidak perlu tunggu. Kita ada jentera dan kewangan yang cukup, ekonomi baik, returns baik, satu dunia sekarang tumpu untuk masuk beli di pasaran saham dan pelaburan, saya tanya GLIC mengapa kamu hendak kena fikir sama ada domestic investment is attractive or not, something wrong with your planners. Saya challenge itu, now you tell me how much you can invest. Kemudian dia kata okay, combined GLIC itu RM150 bilion ringgit and start now. Ini saya fikir boleh menjana dan GLIC give a set of good example lebih baik daripada syarikat luar kerana dia meletakkan kadar upah yang lebih munasabah.
- Kemudian yang juga dikaitkan maknanya tidak disinggung, pernah Noor Azlan sebut sebelum ini, iaitu kita sebut digitalisasi, tetapi training program kita, universiti kita, sementara ada perubahan tetapi tidak sepantas yang diharapkan. Kementerian Pendidikan menterinya ada, dan Menteri Pendidikan Tinggi pun ada, they have taken measures, tetapi setiap kali jumpa saya desak, No!, it’s not enough. Fakulti AI, AI every universities, TVET, training. Kalau training itu tidak cepat maka gaji rendah, how is it now Datuk Seri Zahid umumkan umpamanya gaji minimum untuk lulusan TVET RM2500 atau RM3000, sebab kita jamin training itu lebih baik daripada TVET tahun lalu, dan training itu sinergi dengan keperluan syarikat. Jangan kita ikut silibus 15 tahun lalu dan tidak ambil kira keperluan. TNB umpamanya, kita minta mereka tengok mana stesen yang besar dan mana ada TVET terdekat, take over partly or the total TVET, you trained what you need, what you required. Proton ambil TVET di sekitar Pekan, Petronas ambil di Pengerang dan di Batu Rakit, Proton juga ambil di sekitar Tanjung Malim. Ini cara-cara yang kita buat untuk menjamin peningkatan upah yang lebih besar.
- Kemudian kita tengok sebahagian besar anak-anak kita, Malaysia ini adalah di antara negara yang paling tinggi jumlah ke Maahad Tahfiz, and it to be highly controversial by comment to these. Sementara Maahad Tahfiz itu tiada salahnya, orang nak menghafaz Al-Quran, tapi there is not the end, dalam seluruh tradisi keilmuan Islam, sejarah klasikal oleh George Makdisi yang menulis buku tentang “The rise of colleges: institutions of learning in Islam and the West” tentang susur galur perkembangan keilmuan Islam. Huffaz itu permulaan, sebagaimana kita baca semua imam-imam ini hafaz dan kemudiannya menjurus kepada cabang-cabang ilmu yang lain, sama ada matematik, atau falsafah, atau fekah, tetapi dia tidak hanya berakhir dengan hafazan. Kita ratus ribu (100,000 – 150,000) termasuk yang tidak berdaftar mungkin mencecah 200,000 lebih, ia bermula dengan hafazan tetapi kemudian berakhir dengan disiplin.
- Jadi inisiatif beliau, saya minta Zahid pengerusikan Majlis TVET, maknanya berapa puluh ribu kita serapkan supaya bagi latihan TVET, bagi exposure yang lebih dan selepas setahun prestasi ramai yang lulus dengan baik. Ramai Huffaz ini apabila mereka menjalani TVET mereka telah memperoleh kelulusan yang amat baik. Kemudiannya kita boleh jamin kadar upah RM2,500.00 ke RM3,000, daripada keadaan sekarang. Ini lah inisiatif yang saya fikir ‘outside the box’. Sebab itu saya minta rakan-rakan saya, Jemaah Menteri, KSU semuanya listen to others views, jangan terikat dengan kepompong pemikiran lama, it is necessary untuk maksud continuity (kesinambungan), namun tanpa suntikan idea baru, kita lebih kepada keadaan yang selesa.
- Tadi saya cerita tentang Raffles yang pergi melawat sekolah agama di Melaka, Gurunya Lebai Abdul Razak, penterjemahnya Abdullah Munsyi. Raffles tanya gurunya, “kamu ajar apa di sekolah ini?”, Lebai Abdul Razak jawab ikut terjemahan Abdullah Munsyi, “kami mula belajar Al-Quran kemudian baru belajar bahasa Arab, kemudian belajar bahasa-bahasa lain, Bahasa Melayu, kemudian baru belajar ilmu-ilmu lain”. Tengok tradisinya, kita sekarang pendekatan kita itu terlalu terikat dan oleh yang demikian tidak memungkinkan kita berkembang.
- Kita kalau hendak berjaya, tiada pilihan, kita mesti meneroka disiplin baru, termasuk digital, AI, engineering, matematik walaupun saya liberal arts, dan liberal arts itu masih penting bukan semuanya mesti engineers. Tetapi saya hendak tekankan mesti ada gesaan yang kuat ke arah ini. Malah, tadi kita bincang dengan Perkhidmatan Awam, JPA, young officers, kita hantar training ke Universiti Tun Abdul Razak dan juga ACL Technologies, India yang ada kepakaran dan keamhiran AI dan kemudian melihat keupayaan AI di dalam Malaysia, sama ada dalam kerajaan atau private sector dan start having internsive training outside the normal scheme of the sivil service undertaking, that’s what we mean for sivil service reform, kalau tidak masih di takuk lama.
- Baik, sekarang ini YB Senator Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, minta bagi pandangan tentang Cabaran Masa Depan, khususnya pendidikan tinggi.
SESI 4:
- Seperti mana yang saya sebut tadi, bunyi banyak istilah-istilah yang mengejutkan dan kurang dihadam tetapi bunyinya intelektual, itu yang penting (nada seloroh). Tadi data centre itu penting, dulu kita buka semua, saya buka data centre itu okay, sekarang tak kita blok. Data centre itu kerana cip energy and water. Sekarang ini kalau mahu data centre kita kena ada AI seperti mana NVIDIA di Johor Bahru, Johor, maknanya dia mesti tambah dan barulah kita ada faedah. Kita juga terpaksa, universiti harus dikejutkan untuk mempersiapkan keperluan engineers dan AI produk yang boleh menampung keperluan mereka.
- Walaupun pelaburan itu besar seperti mana yang disebut oleh Noor Azlan itu tadi, kita sekarang ini lebih selective memilih pelaburan yang boleh memberi manfaat secara langsung yang lebih besar kepada negara.
- Disebut tadi tentang pendidikan, ini masalah yang kita hadapi sekarang, pendidikan dan kesihatan. Dalam Belanjawan, saya bagi paling tinggi adalah pendidikan dan yang kedua kesihatan. Tapi tidak munasabah sebab orang paling kaya pun kita bagi subsidi. Sebab itu saya tidak setuju naikkan yuran pengajian. Saya tidak setuju, kerana ia membebankan pelajar-pelajar yang ramai M40 dan B40. Tetapi, keluarga yang paling kaya yang boleh bayar ratus ribu di universiti swasta tetapi tidak boleh bayar puluh ribu di universiti awam. So, we have to change. Saya bagi notis awal termasuk hospital, bagaimana orang yang kaya raya duduk first class ward di hospital Kerajaan dengan bayaran yang minimal.
- Kalau begitu terus, no country in the world, kalau kita tengok the failure as in the UK, itu kerana subsidize dan bila kita subsidize is a major general policy, maka tidak mampu kita menampung. Tax based Malaysia ini (kadar percukaian) paling rendah di Asia. Tidak ada Kerajaan yang berani nak tingkatkan tax based terutama sebelum pilihan raya. Tetapi kita terpaksa ambil satu sikap yang radikal termasuk penyasaran subsidi diesel. Walaupun dikecam habis-habis. Anwar kata, “hari ini menang, esok minyak turun”, tapi diesel turun sungguh, tak ada pulak dia sebut. Setelah kita buat penyasaran subisdi, harga diesel turun 40 sen. Penyasaran diesel telah membantu bagi confidence kepada pelabur jika lihat pasaran saham.
- Satu lagi Fiscal Responsibility Act. Menteri Kewangan sanggup menyerahkan bidang kuasanya kepada Parlimen sekiranya target tidak dicapai. Dia perlu jelaskan kenapa dan minta votes daripada Parlimen. This is very radical dan tiada Menteri Kewangan sanggup buat begitu. Tetapi bila kita buat mereka cukup yakin bahawa kita belebih keras dan tegas untuk melaksanakan beberapa inisiatif reform yang saya anggap penting.
- Jadi saya beri notis awal tentang orang kaya, mereka tidak boleh harap subsidi terus. Dahulu, letrik bila kita buat penyasaran awal tidak sangat kontroversi, 85% rakyat tidak terkesan, tidak dinaikkan kadar hanya 15% tertinggi, itupun kita diserang dan dimaki hamun. Itu hanya untuk orang paling kaya, tidak ada sangat reaksi daripada mereka, hanya reaksi dalam kalangan tokoh-tokoh politik, so saya tanya you ini wakil siapa? Kalau wakil rakyat 85% tidak terkesan, kalau wakil tauke kaya you beritahu, you wakil maha kaya. Dia kata tidak ada istilah maha dalam bahasa Melayu.
Komen terhadap maklum balas Menteri Pendidikan
Kita boleh rancang 2027, tapi kalau kita bermula dengan 2027, kita akan tertinggal 10 tahun kerana isu seperti STEM, engineering, digital, AI, itu we have to do it tomorrow, kita kena start esok. Kalaupun tidak boleh menyuruh dalam satu sistem, kerana kalau Kementerian Pendidikan ini selalu menyeluruh, tetapi saya rasa kita bagi kelonggaran, take 10 schools, 10 sekolah ini kita buat adjustment. KSU KPT juga ada, dengar betul-betul. So by next month I want to know for example. Tidak boleh nak start dengan 100 sekolah tidak boleh kerana guru tidak ada, kepakaran tidak ada. Start dengan 10 schools, then 10 schools intensive dari segi keperluan semasa then baru dia fulfill KPT yang sepatutnya buat bermula esok juga, jangan dia buat perancangan 5 tahun, 10 tahun, I never convinced about that.
Q&A:
- Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin,Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings
This are the issue I take it up, because I think you have the point, iaitu let’s the private sector decide kalau dia rasa dia boleh, isunya kalau dia tidak mahu the entire rooftop, dia bagi some space, then is fine, to me it’s fair. Macam kita nak buat Kenyir, dia tak boleh seluruhnya kerana ikan akan mati, si dia bagi space untuk ikan bernyawa.
But i’m incline to agree with you, bahawa Suruhanjaya tidak semuanya terikat dengan dia punya rules dia bagi flexibility, I’m sure you have made your own study, you know the risk, you know your requirement, so lets you decide but you also know. Saya pakai solar juga, spotlight di rumah tapi kita guna bateri tapi hanya boleh certain time, dia last for certain hours, bila technologies changing, so I think and may be I will look at it, macam Tan Sri sebut tadi, we will refer to the Suruhanjaya, to see, they can be more flexible, kadang-kadang bila kita terlalu terikat dengan certain rules, bagi saya kalau bagi third party access lets them decide, why must you control? Kita control kalau dia bahaya sahaja untuk safety reason, tetapi selain daripada itu you should decide and you take the risk, that is my mind, I am not expertise but I’m certainly take it out.
2: Prof. Dr. Sufian Jusoh, IKMAS UKM
SME’s dia ada agensi, you are right we have to monitor kerana kalau tidak ada pendekatan khusus untuk transisi teknologi di SME dia akan menjejaskan seperti kita tahu pergantungan kita kepada SME itu 90% daripada kekuatan ekonomi, is not small, so you have valid point there. Keduanya ada keupayaan kita sekarang tetapi kita kena start identifying, for example, UPM tentang quantum computing, itu baru kita dapat report daripada international bodies, yang mengatakan dia top 10 in the world dan ada satu dua spesific fields dia agak excel, the best in the region. Jadi saya bagi arahan, saya kata give me a report in two weeks, get the KSN, and we will give all the support necessary.
Maknanya ada bukan tidak ada, tetapi sistem itu menganggap ini sebagai suatu birokratik prosedur biasa kita tidak identify. Betul kita nak democratize supaya semua ada peluang, tetapi sepatutnya dalam bidang ini, then the leads yang berkenaan atau Kerajaan harus tumpu. Dan saya amat indicated tentang UPM quantum computing itu to be given full support, apa dia di UPM, di UM, di UKM dan USM, the various fields. Kita bagi general support betul tapi di mana excel macam ini, top 10 in the world kita tak bagi full support and recognition.
3: Saudara Yasir, TNB
Tentang tentang ‘Joseph Schumpeter’s gales of creative destruction’. Of course kita tidak boleh kata Malaysia ini dalam keadaan begitu, tetapi bagi saya tentang governance memang virtually distroid. Kita bayar hutang satu tahun, hutang bunga sahaja RM56 bilion. Kalau betul-betul produktif, ada produktiviti, ada kesan tidak apa, tetapi the waste and the linkages itu. Saya tahu ramai orang marah terutama elit-elit di atas tentang laluan saya bagi sepenuhnya kepada SPRM dan gesaan kepada semua enforcement agencies, dan tentunya KSN dan sebagainya untuk pastikan kita elak daripada kebocoran.
Apa sahaja orang boleh bicara tentang Kerajaan hari ini, satu perkara saya tegaskan kita tidak tolerate any acceses. Tender mesti dilakukan tidak lagi negotiated tender, if you are found any members of Cabinet or anybody ada interest you be automatically sack. Itu clear dasar dan nampaknya semua parti bersetuju. Yang lalu biar yang lalu, biar SPRM ambil tanggungjawab dia. Tetapi juga mentaliti kita sebab soal akhlak dan nilai itu jadi ke belakang walaupun dia bersyarah tentang Islam itu berbuih mulut. Tetapi bila kita ambil tindakan tentang rasuah, ambil tindakan tentang Global Ikhwan, berdasarkan nilai dan akhlak itu ditentang termasuk oleh orang-orang yang bicara tentang hal-hal ini. And this is our problem.
Saya setakat ini Alhamdulillah, Tuhan bagi kesihatan, I’m determined and I will not concieved. Kalau itu nak kena promised tak ada makna saya jadi Perdana Menteri. Bagi saya kita ada kuasa, pertama kalau nak kata creative distruction, you destroyed and you built up, atas keruntuhan ini dan it must start with governance. Kerana kita bicara Islam Agama rasmi, peruntukan untuk JAKIM RM1.9 bilion ringgit, program-program Islamisasi, program nilai dan akhlak, tapi substance dan content, kesedaran, penghayatannya tidak ada. Jadi akhirnya bocor, ya kalau saya kata, everything is political. It is not political. You go through every single decision. Dari IPP, privatisation, tender, and every single damn decisions, hilang RM200 juta, hilang RM300 juta, RM10 bilion hilang dan ia tidak menyentuh, bukan sahaja orang politik, academicians, intellectuals, professors, tidak mungkin berlaku kecurangan begitu besar kalau ada suara-suara yang lebih lantang pertahankan. So, sekarang saya rayu betul-betul, let’s us, those yang ada kesedaran, elemen sedar dalam masyarakat, bangkit, berdasarkan nilai dan akhlak ini. Bukan soal dalam sistem pendidikan sahaja tetapi juga dalam kalangan golongan elit, kerana kita tolerate, dan bila ada tindakan dia jadi masalah. Saya fikir dulu-dulu sebelum jadi Perdana Menteri ini, kalau keras lawan rasuah ini lebih senang, orang boleh terima, tidak betul. Lebih kuat serangan rasuah rupanya, kelompok-kelompok yang kaya-raya, maha kaya ini dengan kekuatan kewangan mereka melalui jalur-jalur mereka, politik dan media sosial dan NGO, mengecam kita dengan lebih kuat. So, pencerahan ini penting, kesedaran itu penting. Ini bukan partisan politics, this is about our survival as the nation. Sebab itu saya kata mesti mula dengan isu governance, pimpinan mesti beri contoh yang baik dari sudut bersihkan negeri ini daripada kecurangan, merampok, atau merompak kekayaan negara. Orang serang dari segi ini sebagai political agenda, I don’t care.
But, you tanyalah SPRM, PDRM atau commersial crime atau KSN, saya consistent, saya minta dan Jemaah Menteri bersama saya dalam hal ini, kita nak selamatkan mesti bermula dengan tatakelola yang baik. Kalau tatakelola itu rosak tak ada maknanya perubahan-perubahan ini. We can talk about economic reform, what economic reform kalau curi RM20 bilion keluar. Kalau seorang itu umpamanya retired sebagai menteri ada kekayaan RM4 bilion, RM2 bilion, RM3 bilion, what to this happened to this country? What is wrong with our society? Apa jadi kepada intelektual kita? Elit kita? Dan kenapa mereka menjadi penjilat kepada kelompok-kelompok seperti ini? Kerana jawatan mereka? Kerana pangkat mereka? Kerana kekayaan mereka? Saya sudah hangat sikit dah. Ya betul kerana saya cakap ini from passion. Saya bercakap dari hati ke hati, sebab kalau tidak nanti yang didengar lain, baca lain, persepsi lain, i’m talking a serious matter. Soalan saudara tentang creative distruction, tentang humane, sebab itu economic harus humane economic kalau tidak ia akan jadi unriddled capitalism.
Saya berapa kali kuliah kepada GLIC’s, jangan lupa you are there partly because of the agenda, and the agenda termasuk Bumiputera agenda, national agenda. Jangan ingat you duduk di situ you become just a profesional, great profesional and expert, bottom line profit. Profit yes tetapi ada agendanya, ada soal nilai yang perlu diterapkan. Sebab itu saudara, dalam MADANI ini, baik kemampanan apa pun ia mesti ada ihsan dan mesti ada keyakinan.
Dan mudah-mudahan kita dapat terapkan ini, saya tidak tahu lagi macam mana, every opportunity saya adakan dengan penjawat awam dan pimpinan politik saya tegaskan hal ini. Dan nasib baik kita, whatever it’s being said or perceived our side, saya dengan team sama ada Datuk Seri Zahid yang memipin menteri-menteri UMNO ataupun Datuk Seri Fadzilah yang memimpin GPS, dan kita dalam PH, DAP, setakat ini hampir sampai dua tahun, bulan depan dua tahun, belum ada sekali mana-mana menteri atau pimpinan dalam PH yang mempertikai keputusan kita mesti tender, mesti ada pertanggungjawaban, jangan bagi kebocoran, dan bila baru-baru ini saya sergah salah satu agensi Kerajaan, syarikat dan Kementerian yang menghantar 68 orang nak pergi pesta exhibition di Berlin, saya mendapat full support daripada Kabinet. Mereka take out dan stop. Ini first time saya ingat dalam sejarah, bila Perdana Menteri kata nak pergi ke? You tak payah pergilah ya, tunggu jika ada peluang lain. Belum pernah. Why do I do it? Not that I’m strong ataupun politically based strong, tapi sebab my colleagues, kanan saya Zahid, dan kiri saya, Fadzilah bagi full support berdasarkan evidence ini. Jadi menteri nak pergi, berapa orang staf? 3 Dato’ Seri, 2 cukup, itu kita control tapi bila mari agensi di bawah nak pergi 20, nak pergi satu mesyuarat, 8. So we have to stop. Perubahan-perubahan ini mesti diserap, ia takes times sampai ke bawah. Enam (6) bulan pertama saya tidak beranilah, masih terumbang-ambing Kerajaan baru, now ingat kita boleh. Faidza azamta fatawakkal alallah, insya-Allah kita boleh teruskan.
4: Haslinda, UPM
Dari segi dasar memang ada penekanan dalam bidang teknologi, sains, digital, AI termasuk energi. Tetapi, tidak pernah ada keputusan untuk meremehkan apa lagi menjumudkan bidang sains sosial. Sains sosial itu kemanusiaan ialah juga nilai, walaupun kadang-kadang ada bidang-bidang yang kita rasa tidak munasabah untuk dihubungkan, it’s fair. Selagi ia ikut kaedah kerangka yang cukup besar ia tidak akan terbawa-bawa. Ada saya ingat ada debate di antara Prof Naquib Al-Attas dengan seorang profesor yang juga profesor saya, geopologi mengenai beberapa PhD mengenai ‘Bomoh in the Malay Society’, jadi ada pandangan satu dua research cukuplah. Apakah tidak ada penumpuan terhadap soal inequity (kesenjangan) ataupun social problems in the cities, dalam sociological studies. Malah baru-baru ini saya ke Universiti Malaya nak hidupkan Chair Prof Husin Ali Al-Atas, which is also Science Social Chair, tak ada masalah, ada yang cadang sekarang ini Bakar Hamid Chair, which is actually sastera. Bagi saya sangat penting, sastera, seni, budaya dan sains kemasyarakatan itu sebati kepada nilai. Nak kenal sejarah dan budaya Melayu, ia melalui sains sosial bukan melalui engineering. Oleh sebab itu, saya nak betulkan. Kalau ada kesilapan saya minta Menteri perjelaskan supaya ada peruntukan. Dan dari segi peruntukan KSN yang mempengerusikan dari segi itu, kita pastikan bidang besar dalam teknologi dan digital tetapi jangan izinkan kepompong dalam bidang sains sosial. Perdana Menteri dalam bidang arts.
5: Mohd Aris Irfan, Persatuan Pelajar UIAM
You have Profesor Osman, the impactable academic credential, right personality untuk kembalikan dasar universiti itu dan tingkatkan mutu keilmuan universiti dan juga tidak meninggalkan landasan tentang pendekatan integrasi ilmu berdasarkan kefahaman Islam. Jadi ini saya ingat satu perubahan yang baik dan memulakan insya-Allah tumpuan Kerajaan termasuk saya sebagai mantan Presiden universiti, untuk memberikan lebih banyak perhatian, itu satu.
Soal peralihan tenaga sebab itu disebut transisi, peralihan, kerana peralihan ia mengambil masa dan kos, sebab itu menjadi persoalan tadi, mengenai umpamanya ruang kepada sektor swasta yang mampu patut diberikan segala kelonggaran yang mungkin supaya mereka take the lead.
Government dengan keadaan kekangan, saya kata tadi hutang keseluruhannya dengan 1.5 trilion, kini semakin berkurangan, itu pun dipermainkan. Hutang keseluruhannya itu tidak kurang, tetapi hutang Kerajaan semakin berkurangan. Tahun 2021- 96, 2022 tinggal 93, tahun lalu 86, tahun ini 83. We are reducing jumlah hutang, tidak boleh dihentikan kerana kita perlukan kalau tidak kita tidak ada pembangunan. Jadi, kita boleh gradually itu, kita harap kalau kita boleh pertahan pengurusan eknomi yang lebih teratur dan bertanggungjawab kita boleh turunkan. Tetapi dalam keadaan sekarang, semua bangunan baru Kerajaan, bangunan baru kita tekankan solar, bangunan lama nak tukar nak ganti itu it’s going to be a little bit costly. Tapi dari segi dasar you are right tetapi kekangan kewangan is a serious matter now, we are trying our level best.
6: Abdul Rahman, TNB
Saya nak beritahu, saya pergi ke Kulim Hi-Tech meluncurkan expansion Infenion, the largest investment outside Germany 26 billion for the front end or FAB cips, dia bagitau dia working very well with USM, maknanya benda ini berlaku, saya bercakap dengan Google, Microsoft, working with Universiti Malaya. Jadi, you are right, probably kena beritahu tekankan universiti engineering, selain daripada kurikulum biasa mesti ada sinergi supaya tidak ada mis-match. It happening UUM ada program, itu yang saya tahu. Infenion dia beritahu betul-betul, we have huge program with USM, Intel pun sama, Intel daripada dahulu daripada awal memang program yang besar dengan USM. Tapi terpulang, maknanya mungkin, Vice Canselornya, dean, itu lebih proaktif itu akan mempercepatkan dan mungkin KPT akan menyusuli.
Tapi kita kena ingat juga education is not purely utilitarianism. So, kita kena betul-betul ingat universities impart knowledge, values. Industries perlu untuk keperluan mereka. Jadi mesti ada fahaman bahawa tujuan universiti itu bukan menjadi kilang untuk syarikat, tapi dia mesti memenuhi kedua-duanya, otherwise dia become utilitarian. Utilitarian ini maknanya dia adalah philosophy. Utilitarianism maknanya purely utilitarian untuk practical materialisticly. Tapi that’s not a university is all about. So, sementara ini penting supaya jangan ada mis-match the university curriculum yang impart knowledge and specialization itu perlu diteruskan. Saya cuma nak qualified, banyak sangat orang bercakap pasal sinergi ini takut dia lupa tentang the higher ideal of education yang selalu kita sebut is to inculcate understanding is a assimilation of knowledge for dissemination of truth. Itu dia ideal education.
Bagi anak-anak muda Yayasan Anda ini adalah sekolah untuk drop out di Kampung Baru dulu, dengan rakan-rakan bergraduate. Anak-anak kebanyakkannya itu memang tidak mampu bayar, kalau Form 6 seingat saya RM32 tapi kita compromise nak bayar RM10 pun boleh, RM15 pun boleh RM20 pun boleh, kebanyakkannya adalah anak-anak Melayu dari kalangan keluarga miskin. So, saya sebaik sahaja graduate dari Universiti Malaya dengan kawan-kawan teruskan itu sehinggalah saya pergi Kamunting.
Penutup
Terima kasih kepada ketiga-tiga ahli panel dan rakan-rakan yang telah memberikan pandangan. Kita akan insya-Allah jumpa bulan depan. Saya juga banyak keluar bulan depan untuk ASEAN, we take over ASEAN from Laos in mid October, sebelum itu saya ke Pakistan dan singgah 3 jam di Bangladesh, dan ada program untuk semua pimpinan ASEAN ke Jakarta sambut Presiden baru Probowo. Jadi, celah-celah itu mungkin kita boleh buat satu sesi di Petronas.
Apa dia yang ditekankan oleh saudara Zambry tadi, negara patut berkembang. Dan apa yang disebut oleh saudara Azlan tadi, maknanya pengisiannya harus dari pencerahan ilmu, apa yang disebut festival of ideas. Kadang-kadang soal ilmu ini sangat kita remehkan, ilmu ini menara gading, nobody interested, sebab itu saya gabungkan.
Every session there will be one political leader, one academician and one profesional technocrat. Jadi kita akan pertahankan dari tiga profession, maknanya teknokrat itu maybe private sector, seorang sarjana dan seorang bidang politik, jadi kita gabungkan tiga dalam setiap session, dan mudah-mudahan kita boleh kerap. Saya harap yang hadir ini akan menjadi permanent member.
Saya ucapkan terima kasih, jazzakallahikhairankathiran.
Wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
KUALA LUMPUR, Sept 25 (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Belanjawan 2025 disasarkan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan memajukan pembangunan negara.
Menerusi hantaran terbarunya di media sosial, Anwar berkata beliau meluangkan masa meninjau warga Kementerian Kewangan yang sedang sibuk menyiapkan Belanjawan MADANI Ketiga sambil turut memberikan pandangan.
“Insya-Allah, dengan pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober ini, Malaysia akan mara satu langkah lagi menuju wawasan kerangka Ekonomi MADANI yang gah lagi saksama,” kata beliau.
Perdana Menteri juga mengucapkan terima kasih kepada penjawat awam kerajaan yang bertungkus-lumus bekerja untuk menyiapkan belanjawan tersebut.
Belanjawan 2025 yang bertemakan “Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera” akan dibentangkan di Parlimen pada 18 Okt 2024.
— BERNAMA
KENYATAAN MEDIA
PEJABAT PERDANA MENTERI
PELANTIKAN TUN MUSA HITAM SEBAGAI MENTERI DARJAH (CHANCELLOR) BAHARU
BAGI DARJAH YANG MULIA SETIA MAHKOTA MALAYSIA
Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Tun Musa Hitam sebagai Menteri Darjah (Chancellor) yang baharu bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia. Pelantikan Tun Musa Hitam sebagai Menteri Darjah (Chancellor) bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia ini adalah untuk tempoh tiga tahun mulai 13 September 2024 hingga 12 September 2027.
Pelantikan ini selari dengan keperluan yang dinyatakan di dalam Statut Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia bagi memastikan urusan menandatangani watikah-watikah kurniaan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota di bawah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan berjalan lancar.
PEJABAT PERDANA MENTERI
25 September 2024

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap masyarakat India akan diteruskan menerusi Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt depan bagi melaksanakan beberapa program khusus seperti sebelum ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan tidak pernah meminggirkan kebajikan golongan itu, malah sentiasa menambah baik semua aspek penting termasuk pendidikan, penyediaan rumah ibadat dan peluang pekerjaan.
Beliau berkata sehingga kini sebanyak RM1.5 juta telah disalur untuk bakul makanan sempena perayaan Deepavali manakala RM20 juta bagi pembinaan tempat pembakaran mayat atau krematorium di beberapa negeri melibatkan Kedah, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
“Sebelum ini juga kerajaan telah menyalurkan peruntukan kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) selain menambah beberapa dana seperti bantuan kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia untuk masyarakat India,” katanya dalam hantaran menerusi Facebook hari ini.
Perdana Menteri berkata beliau telah menyampaikan amanat mengenai usaha kerajaan terhadap masyarakat India itu sewaktu pertemuan bersama Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan media masyarakat India hari ini serta mengingatkan hadirin kepentingan mengekalkan keharmonian antara semua kaum.
“Semoga taraf sosioekonomi masyarakat India di negara ini dapat terus dipertingkatkan pada masa hadapan,” katanya.
— BERNAMA
