PM ANWAR JANGKA BELANJAWAN 2025 TAMBAH BAIK KERANGKA EKONOMI, AGIHAN SAKSAMA

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinan terhadap Belanjawan 2025 selepas menandatangani dokumen rasmi belanjawan itu di Kementerian Kewangan hari ini.
Belanjawan 2025 dijadualkan dibentangkan pada 18 Okt 2024 di Parlimen.
“Insya-Allah, pada pembentangan belanjawan 18 Oktober ini, lebih banyak pembaikan kepada struktur ekonomi akan diperkenalkan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat ini dapat dikongsi dengan rakyat terbanyak secara saksama,” kata beliau dalam hantaran di platform X.
Perdana Menteri menyatakan penghargaan kepada semua tenaga kerja yang telah bertungkus-lumus untuk merangka belanjawan berkenaan.
Dalam temu bual dengan CNBC baru-baru ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dan kenaikan gaji dalam belanjawan yang akan datang.
— BERNAMA








KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan kerajaan tidak akan ambil mudah atau berpuas hati dengan pencapaiannya, sebaliknya akan terus berwaspada dalam menghadapi cabaran serantau dan global.
Ketika menegaskan perkara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata ini penting walaupun usaha pembaharuan struktur negara telah membuahkan hasil sebagaimana dibuktikan oleh prestasi ringgit yang mengukuh, lonjakan pelaburan serta trajektori pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Sehubungan itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terbabit dalam pencapaian yang diraih oleh negara.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada komuniti pelaburan kita, baik asing dan domestik di atas kepercayaan serta keyakinan mereka terhadap ekonomi Malaysia selain tadbir urus, kedaulatan undang-undang dan kestabilan politik kita,” kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Forum Megatrend Khazanah 2024 di sini, hari ini.
Pada masa sama, Anwar turut mengulangi komitmen kerajaan untuk memastikan Malaysia terus berkembang maju dalam persekitaran global masa kini.
Perdana Menteri turut menekankan kepentingan negara untuk memberi tindak balas yang perlu berciri holistik dan diselaras serta mengutamakan kesejahteraan Malaysia bagi jangka panjang.
“Rangka kerja Ekonomi MADANI yang saya perkenalkan tahun lepas, jelas menggariskan bagaimana Malaysia dapat bersiap sedia untuk berdepan dengan ekonomi global yang semakin dinamik dan rumit,” kata beliau.
Selain itu, Anwar juga juga menyifatkan keadaan sekarang sebagai pasca normal dunia yang diselubungi dengan kekalutan.
“Tidak pernah kita melihat pertumpuan tekanan – krisis iklim, ketegangan geopolitik, impak cabaran makroekonomi (dan) jaringan kerumitan serta ketidaktentuan yang menuntut penyelarasan utama.
“Malaysia, sepertimana negara-negara lain, berada di persimpangan yang kritikal – bergerak maju atau menjadi lemah terhadap proses-proses yang membinasakan.
“Jawapannya amat jelas – untuk maju, kita perlu mengutamakan visi untuk masa depan, penyelesaian kita perlu menepati keperluan kesejahteraan rakyat, menangani ketidaksamaan serta memupuk minda tanggungjawab bersama serta berinovasi,” kata beliau.
Berdasarkan kepentingan itu, Malaysia akan terus berpegang kepada semangat keterbukaan dan bersedia menyesuaikan diri, berinovasi dan sentiasa mencabar kemampuan untuk mencapai kemungkinan, kata Anwar.
Sambil menegaskan kepentingan inovasi dan teknologi sebagai pemacu utama pertumbuhan dunia masa kini, Perdana Menteri berkata kerajaan juga sedang bekerjasama dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk meningkatkan pembiayaan modal teroka dalam bidang berkenaan untuk tempoh lima tahun akan datang.
Mengulas selanjutnya, beliau berkata dalam perdebatan hebat antara kewajaran campur tangan kerajaan serta kapitalisme yang tidak terkawal, kerajaan sedar pada zaman moden ini, kepercayaan konvensional adalah “bukan urusan kerajaan untuk terbabit dalam perniagaan.”
“Mengikut doktrin ini, kerajaan perlu mengelak dan sebaliknya membiarkan kalangan penggerak atau pemimpin, taikun perniagaan dan korporat untuk bertindak bebas dalam memacu kemajuan ekonomi.
“Namun, nampaknya wujud pengecualian terhadap perkara ini. Sebagai contoh, jika terdapat kemungkinan perniagaan besar untuk gagal serta berpotensi memberi impak yang meluas, maka perlu ada ruang untuk membolehkan dasar campur tangan ini, khususnya demi menyelamatkan perusahaan yang bermasalah seperti bank-bank dan syarikat insurans yang besar.
“Bagi saya, tidak kiralah bagaimana anda menanganinya, pendekatan ini lebih cenderung kepada ‘sosialisme untuk yang kaya dan kapitalisme bagi yang miskin’ dengan dasar negara memastikan golongan kaya dan berkuasa menikmati manfaat manakala yang miskin dan tersisih perlu membersihkan sisanya,” kata beliau.
Anwar berkata : “Di sinilah pemenang Anugerah Nobel Ekonomi Profesor Joseph Stiglitz dan saya senada walaupun mungkin berbeza terminologi atau perkataan yang digunakan.
“Profesor Stiglitz menggelarnya sebagai kapitalisme progresif manakala saya melihatnya sebagai ekonomi berperikemanusiaan untuk keadilan sosial.”
Perdana Menteri juga bersetuju dengan pandangan Stiglitz mengenai keperluan membelanjakan wang bagi infrastruktur fizikal, teknologi dan sosial untuk mencapai ekonomi yang produktif.
“Dalam buku saya The Asian Renaissance (Gelombang Kebangkitan Asia), saya berkata walaupun produktiviti menjadi teras pertumbuhan ekonomi mampan, dana awam juga perlu dibelanjakan ke arah pertumbuhan modal insan, terutama menerusi pendidikan dan penjagaan kesihatan,” kata beliau.
— BERNAMA
OPENING REMARKS BY
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PRIME MINISTER OF MALAYSIA
FOR
KHAZANAH MEGATRENDS FORUM 2024
“PURSUIT OF POTATOES:
PAVING PATHS FROM THE PROBABLE TO THE POSSIBLE”
7 OCTOBER 2024 (MONDAY) 9:45 A.M
MANDARIN ORIENTAL, KUALA LUMPUR
Assalamalaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera.
Yang Berhormat Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II;
Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara;
Yang Berbahagia Dato Amirul Feisal Wan Zahir,
Pengarah Urusan Khazanah Nasional;
- Terima kasih saudara Amirul Feisal dan keluarga Khazanah kerana meneruskan acara yang sangat bermakna, Megatrends Forum 2024 dan saya percaya untuk meneruskan suatu usaha yang memberikan ruang kepada kita berwacana secara bebas dan segar. Saya ucap terima kasih kehadiran Menteri Amir Hamzah dan YBhg. Tan Sri KSN Shamsul Azri dan tetamu-tetamu yang kita muliakan.
Saudara-saudari,
- Tahun lalu seperti yang dirumuskan oleh Amirul Feisal, saya juga menjelaskan tentang cabaran semasa, kita berdepan dengan era pasca-normal yang dikaitkan dengan ketegangan, kerencaman dan pertembungan chaos, contradictions, complexity dan ini semua berlaku dalam masa yang sama. Oleh yang demikian, mengarah dan menuntut kita mengadakan wacana yang bebas dan menggesa, asak supaya ada pemikiran baru.
Ladies and gentlemen,
- When I first contemplated the theme of this year’s Forum, it stirred some deep reflections for it captures Malaysia’s journey over the decades – a journey characterized by trials and triumphs, setbacks and successes. Yet today, the stakes are as high as ever.
- We now live in a post-normal world defined by chaos. Never have we seen such a convergence of pressures: the climate crisis, rising tide of geopolitical tensions, impacts of macroeconomic headwinds, a network of complexity and uncertainty that demands coordination of the highest order.
- Malaysia, like many nations, stands at a critical crossroad: to leap forward or be left vulnerable to ‘destructive’ processes. The answer is crystal clear: Our development pathway must be forward-looking, and our solutions must serve the wellbeing of the rakyat, addressing inequality, and cultivating a mindset of shared responsibility and innovation.
Ladies and gentlemen,
- In the great debate between interventionist government and unbridled capitalism, we know that in modern times, the conventional wisdom has been that it is not the business of government to be involved in business. On the contrary, according to this doctrine, government must get out of the way and let the movers and shakers of business and corporate tycoons have absolute free rein to drive the economy forward.
- But there are exceptions it seems. For example, when it comes to big businesses that are “too big to fail”, then allowance must be made for interventionist policy, especially to bail out failing enterprises such as big banks and insurance companies.
- To my mind, no matter how you slice it, this approach looks very much like “socialism for the rich and capitalism for the poor” where state policies assure that the rich and powerful get to have the cake, and eat it too, while the poor and marginalised will be left to clean up the plate!
- This is where Professor Stiglitz and I are on the same page, (I tried to elevate my stance a bit): perhaps we differ only in terminology or the exact wording used. Professor Stiglitz calls it “progressive capitalism” and I call it “humane economy for social justice.”
- In his latest book The Road to Freedom, (no coincidence, I alluded to this facts this morning when I met him, I said the title is diametrically opposite of Hayek’s The Road to Serfdom) Professor Stiglitz advocates for more government, not less, including the need for environmental regulations, financial regulations, and other regulations necessary for the proper running of the economy. (Professor, I know these are not your exact words, but as good politicians, we summarise better).
- According to Professor Stiglitz, in order to achieve a productive economy, the government needs to spend money on physical, technological and social infrastructure – and I absolutely agree.
- Well, no disrespect for those who have passed on, but certainly the likes of Hayek, Friedman, Reagan, and Thatcher for that matter, would be rolling in their graves.
- Where “greed is good” is the mantra of unfettered free enterprise; where moral hazard is allowed to encourage reckless behaviour; and where the onslaught of negative externalities is treated as being inevitable – that is, in fact, the road to serfdom. It calls to mind Isaiah Berlin’s famous aphorism that “Total freedom for the wolves means death to the lambs,” or words to that effect.
- At this juncture, it bears recalling John Rawls’ abiding question on what principles of justice should prevail in order to attain to a good society, that is, a society that is fair and egalitarian.
- In my book The Asian Renaissance, I said that while the key to sustainable economic growth is productivity, public funds would need to be expended towards the growth of human capital, chiefly through education and health care. Additionally, poverty eradication and the creation of humane living and working conditions must remain paramount. Nevertheless, in as much as I would oppose unbridled capitalism, I have cautioned against unfettered discretion dictated by short term pressures and political expediency.
- In this regard, rather than playing to the gallery of populist demand, responsible governance warrants that we must sometimes take the bull by the horns. So we had this subsidy rationalisation. Unpopular. Is sweet palatable to the economist, but disaster for politicians. But since we are committed to institusional and economic reform, we have to pursue. Now which happens to be our task and we did it last May when we decided to implement the diesel subsidy rationalisation plan, electricity and after that withdrawing the special assistance for chicken subsidy program. Can you imagine, we subsidise everything and we are most democratic. We subsidise the rich, the poor, foreigners and anybody. That has to stop.
- Rather than taking the safe course of merely paying lip service while being frozen in action, as previous governments had done, we had to summon firm political courage to take this course of action at the risk of being unpopular. Not too unpopular because we have to survive the next election. Otherwise, we’ll be like you know, Churchillian- referring to Winston Churchill) we all want to be great statesmen, only plan for the next generation. And a good politician is rotten because they only think of the next elections, but you really want to be great statesmen, you lose the next elections. So you have to balance. To be both a statesmen and partly a good politician. So you have to bear with me on that.
- If we had chosen to play safe and do nothing, knowing that the continued situation would only take us on the road to bankruptcy, then that would be dereliction of the moral duty of good and responsible governance.
- But did we take this action, including implementing electricity tariff adjustments, and floating prices of certain essentials in order to inflict pain and suffering on the rakyat? Certainly not. On the contrary, while the majority of the people would continue to enjoy the subsidies they deserve to have, the wealthy and the big industries must pay what they ought to. So when I say subsidy rationalisation, it actually did not affect the changes because the subsidy continues for the vast majority of our people, what we call B40 and M40 and probably the lower T20.
- The billions of ringgit saved are now being channelled back to the people in terms of other subsidies and cash transfers. And that is what we’ve done and will continue to do, as we proceed boldly on the course of structural reforms.
- We are committed to governance, accountability and to social justice, that is, ensuring that the benefits of growth are distributed fairly and equitably, and that every Malaysian has the opportunity to prosper. Those tasked with implementing government policies must therefore adhere to the highest standards of responsibility, transparency, and accountability.
- We will not compromise on our firm, decisive and proactive actions and campaigns against corruption and abuse of power. Structural reforms must also mean the courage of conviction and the fortitude of commitment to take action against the crooks, the unscrupulous profiteers, and the nefarious power abusers without fear or favour.
- Our measures at structural reforms are already proving to be effective as evidenced by the performance of the ringgit, the phenomenal increase in investments, and the positive trajectory of our economic growth.
- Therefore, let me take a moment to thank our investment community, both foreign and domestic, for their faith, trust, and confidence in Malaysia’s economy, our governance, our rule of law, and our political stability.
- Let me assure you that we will not rest on our laurels or be complacent or to let our guard down in the face of regional and global challenges.
- Hence, we are committed to ensuring that Malaysia thrives in this global environment. We are determined to create a pathway to raise incomes, eradicate poverty, and ensure that growth is sustainable, inclusive, and just.
- We will continue to embrace a spirit of openness – a readiness to adapt, to innovate, and to constantly push the boundaries of what is possible.
- Our response must be holistic, coordinated, and, above all, focused on the long-term well-being of the nation.
- The MADANI Economy framework I introduced last year outlines how Malaysia can prepare for an increasingly dynamic and complex global economy.
- As innovation and technology are prime drivers of growth for the world today, the government is working alongside GLICs to boost VC financing in this area for the next five years. So I think Dato’ Amirul Feisal and colleagues will be very supportive in this venture.
- To deal with climate crisis, environmental degradation and resource depletion, we have the National Energy Transition Roadmap 2030 and the recently launched National Climate Change Policy 2.0 to transform our energy sector, reduce emissions, and ensure that we meet our climate targets.
- Whereas Malaysia has long been a global player in electronics and electrical (E&E) manufacturing, we must now pivot towards more sustainable technologies and practices, while moving up the semiconductor value chain in the global supply network.
- As the demand for more advanced chips continues to spike, in tandem with the proliferation of artificial intelligence, EVs, and autonomous driving, as well as in response to a host of geopolitical and geo-economic factors, our National Industrial Master Plan 2030 (NIMP), must be nimble enough to make the necessary adjustments to respond to the vagaries of market forces.
- As we look ahead to our ASEAN Chairmanship in 2025, in fact, technically next week itself, Malaysia is prepared to lead with a vision of unity, inclusivity, and collaboration. Recent geopolitical divisions threaten the stability of our region, but through shared leadership and a policy of strong neutrality, we can overcome these challenges.
- And we may go beyond ASEAN – as we explore partnerships with BRICS, which will deepen global South-South relationships. We reiterate the paramount importance of adhering to a rules-based order, regionally and internationally but we reject the hypocrisy and double standards observed by those when it suits them.
- Likewise, the world needs a new financial architecture, founded on the principles of equity, fair play and justice for we cannot continue to allow ourselves to be disadvantaged by the anomalies and aberrations of the Bretton Woods system.
Ladies and gentlemen,
- As we navigate this age of turbulence and contradiction, let us do so with courage, conviction, and a commitment to the greater good.
- I look forward, of course to follow the deliberations by learned scholars, their views on a new growth and development strategy for developing nations, particularly on how developing countries can ‘learn-to-learn’ for structural transformation. The importance of a scientific temper within national talent is why I believe technological progress and governance go hand in hand.
- I am certain that these next few days will fill us with a zeal for innovative change, to work together to transform Malaysia into a beacon of resilience, a leader in innovation, and ultimately, a nation that embodies the spirit of openness, tolerance, and unity.
Terima kasih.

TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PERASMIAN
PEMBUKAAN SEKOLAH BAHARU
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) HEAWOOD SUNGAI SIPUT (U), PERAK
6 OKTOBER 2024 (AHAD) │2.30 PETANG
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) HEAWOOD SUNGAI SIPUT (U), PERAK
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera,
Saudara saudari vanakam,
YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamed,
Menteri Besar Perak;
YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar,
Ketua Setiausaha Negara;
YB Tuan Wong Kah Woh,
Timbalan Menteri Pendidikan;
YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi,
Ketua Setiausaha Kementerian;
YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim,
Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan;
Ahli Parlimen;
Ahli Dewan Undangan Negeri;
Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri;
YBrs. Puan Ponnumani a/p Theruvenkidan,
Guru Besar SJKT Heawood; dan
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
- Cikgu Besar, hari ni nasib baiklah sekolah pun cantik, kemudahan baik. Terima kasih. Baik. Saya, terima kasih atas persiapan ni, dan terima kasih kepada masyarakat, Pengerusi Lembaga dan semua ibu bapa yang hadir dan anak-anak yang dikasihi dengan pertunjukan yang menarik dari anak-anak sekolah rendah membanggakan kita dan saya ucap terima kasih dan tahniah kepada Guru Besar dan guru-guru yang melatih anak-anak ini.
Saudara-saudari yang dimuliakan,
- Kita tahu dalam sistem pendidikan negara kita ini. Sementara kita galakkan penubuhan penyertaan sekolah-sekolah kebangsaan tapi sekolah-sekolah Cina dan Tamil itu termaktub dalam sistem pendidikan negara kita. Sebab itu bila ada yang hal-hal dibangkitkan, saya telah jelaskan bahawa dasar kita tu tidak berubah. Cuma setiap masyarakat, setiap daerah, setiap kampung yang saya lawati, setiap negeri saya kunjungi, memanglah senarai permintaan itu bertambah. Jadi saya tidak ada masalah, sekiranya dibangkitkan permohonan, perbincangan dengan baik.
- Tapi dalam negara seperti Malaysia, kita ada pelbagai kaum, pelbagai agama, pelbagai negeri. Caranya cara begini, kita hidup dengan rukun, dengan aman, runding dengan baik, minta dan buat tuntutan dengan baik dan inilah dilakukan dan saya ucapkan terima kasih sekali lagi Jawatankuasa dan Lembaga Sekolah kerana sedia berunding dengan Kementerian Pendidikan bincang dengan baik dan tidak terbawa-bawa dengan pandangan-pandangan yang negatif yang tidak akan menguntungkan kita.
- Malaysia ini aman. Dan seperti mana yang disebut oleh Wong Kah Woh sebentar tadi, Kementerian Pendidikan di bawah Menteri Fadhlina punyai komitmen yang sama tidak ada perubahan ya. Cuma setiap masa memang ada tuntutan, saya faham ya sebab itu peruntukan bagi pembangunan dan pengurusan Kementerian Pendidikan itu peruntukan terbesar dalam Belanjawan Negara. Nombor satu peruntukan pendidikan, yang kedua kesihatan. Jadi maknanya dua (2) sektor ini diberikan keutamaan kerana negara ini harus berkembang dengan mutu pendidikan yang baik.
- Kalau ditanya saya apa cabarannya selain daripada keamanan, selain dari pertumbuhan ekonomi? Cabaran kita ialah memastikan mutu pendidikan kita tingkatkan. Orang, pelabur-pelabur datang, sebab dia lihat negara ini aman. Dia datang sebab dia lihat ekonomi dia berkembang. Dan dia senang kerana mutu dan disiplin pekerja kita membanggakan. Saya lihat umpamanya pelaburan di Perak yang disebutkan tadi oleh Menteri Besar, Datuk Saarani malah kita berani kemukakan beberapa projek baru yang besar seperti di Tanjung Malim, Proton Geely, puluhan bilion. Kerana pelabur yakin dengan keupayaan kita mengurus dengan baik, mentadbir dengan cekap. Kemudian kita ada KIGIP yang disebut tadi di Kerian. Orang bicara high tech dan sekarang ni green high tech. Mengapa saya sebut hal ini semua? Untuk meyakinkan ibu bapa bahawa mutu pendidikan, pendidikan anak-anak itu penting.
- Mesti kita ada budaya baru, jangan gaduh soal-soal lain. Ada orang berbincang, sekarang tak habis-habis lagi bergaduh ya. Semalam kita dengar ada katanya, oleh kerana kerajaan ini tak ambil pandang berat tentang bahasa kebangsaan, ataupun nak tukar agama Islam agama persekutuan ini semua merugikan negara, tidak ada faedah.
- Yang kita tumpukan ialah ada sekolah, tingkatkan mutu pendidikan, ada aliran Cina, aliran Tamil benar. Apa dia keputusan kita? Pastikan anak-anak India, anak-anak Cina, sampai juga anak Melayu, Iban, Kadazan kuasai Bahasa Melayu, kerana Bahasa Melayu itu bahasa kebangsaan. Tetapi dalam masa yang sama tingkatkan mutu bahasa dia. Kalau di sekolah Tamil, bahasa Tamil, sekolah Cina, bahasa Cina atau orang-orang lain nak kuasai bahasa Arab atau Perancis, Jerman itu diizinkan, tak ada masalah. Tetapi dasar negara kita penguasaan bahasa itu sangat penting. Saya ingatkan guru-guru di sekolah Tamil atau Cina, jangan merasakan penguasaan bahasa itu tidak penting. Kita di Malaysia kita nak semua boleh berkomunikasi dengan baik di antara satu dengan lain. Kita sudah sepakati bapa-bapa, ibu-ibu kita sebelum kemerdekaan guna bahasa kebangsaan.
- Di samping itu, kita juga sepakat tingkatkan mutu penguasaan. Apa ruginya kalau kita kuasai, ramai orang kuasai bahasa Tamil, ramai orang kuasai bahasa Cina bagi kita menguntungkan negara dan menghormati hak masing-masing rakyat memilih untuk menguasai bahasa ibunda dia. Ini prinsip kita dan saya harap hal ini tidak perlu banyak dibincangkan tapi cuba dilaksanakan.
- Ada beberapa cadangan, bagaimana tentang mutu dan latihan guru-guru bahasa Tamil. Saya dapat pandangan kita bincang dan Menteri Pendidikan, guru supaya selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa Tamil diberikan tumpuan bersama dengan bahasa Cina supaya guru-guru juga dilatih oleh Kementerian Pendidikan untuk dikirim ke sekolah-sekolah Tamil dan Cina. Dan juga seperti mana kita putuskan di beberapa sekolah kebangsaan di mana anak-anak India yang memilih untuk menguasai bahasa ataupun mempelajari bahasa Tamil atau anak-anak Cina di Sekolah Menengah Kebangsaan itu harus kita pastikan ia dapat ditingkatkan. Ini dasar yang tidak bercanggah dengan dasar negara kita.
- Sebab itu saya katakan, biar ada komitmen jelas di kalangan masyarakat Melayu, Cina, India dan Sabah Sarawak, biar ada komitmen jelas tentang bahasa kebangsaan. Kemudian, sambutan dari kementerian dan kerajaan supaya anak-anak ataupun ibu bapa yang memilih supaya anak-anak boleh belajar bahasa Tamil di peringkat Sekolah Menengah menyambung, harus diberikan ruang satu kelas kalau jumlah dia cukup, kita latih guru-guru, ini dasar dia. Mandarin kerana bahasa Mandarin lebih lagi kerana sudah menjadi bahasa ekonomi di rantau ini.
- Kalau ini dapat kita lakukan berperingkat dan kalau ada Persatuan-persatuan Tamil, Persatuan India, Persatuan Hindu, persatuan masyarakat nak kemukakan, kemukakan dengan baik. Jangan terbawa-bawa dengan sentimen orang-orang yang melampau. Saya nak beritahu, kalau nak melampau, sekarang ini kita layan, ada yang Melayu yang melampau sekarang, ada Cina yang melampau, ada India melampau. Kita benarkan orang-orang ini naik, hancur negara kita. Sebab itu kita mesti ambil jalur tengah, runding dengan baik, ada perselisihan bincang dengan baik dan gunakan ruang supaya berikan pandangan.
- Baru-baru ini saya jemput semua Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Menteri, Timbalan Menteri di kalangan masyarakat India untuk dengar. Di antara yang mereka bangkitkan ialah soal rumah bayar bakar mayat (crematorium) yang dia rasakan kurang dan memerlukan. Saya kalau dikemukakan dengan baik begitu, kita dengar. Kita cari tempat yang baik. Janganlah dekat kampung Cina ke kampung Melayu. Dia tak mahu, jauh sikit. Dari pilih, yang pilih kerajaan Negeri, ada tanah dan kerajaan Persekutuan terus dalam perjumpaan itu, saya setuju untuk memberikan, meluluskan RM20 juta untuk krematorium.
- Negeri-negeri di mana ramai masyarakat India, kadang kalau di Perak ada tapi yang swasta. Mereka minta satu yang dikelolakan oleh kerajaan. Di Pulau Pinang, ramai masyarakat India tidak cukup hanya satu yang dikuasai oleh kerajaan, di Kedah tidak ada. Jadi kita luluskan baru-baru ini ya di Kedah satu, di Pulau Pinang satu, di Perak satu, di Selangor satu, di Johor dua kerana keperluan di dua kawasan yang berjauhan, umpamanya, itu cara.
- Tetapi kadang saya lihat umpamanya, bila saya lihat liputan media Tamil esoknya, itu tidak jadi besar. Yang jadi besar ialah ada sedikit sebanyak perbincangan dan ketegangan dalam mesyuarat. Saya nak nasihat media, kalau kita pilih begitu, dia ambil orang-orang Melayu yang bising seperti di Terengganu semalam, kita hebohkan apa nak jadi, orang Melayu tuntut negeri ini jadi negeri Melayu sahaja. Orang India kata tidak dapat apa-apa dan kita minta semuanya. Jadi bukan caranya.
- Saya ambil pendekatan yang mudah. Ramai saudara-saudara kenal saya dari dulu. Cakap baik, ada yang munasabah kita luluskan, saya tidak ada masalah. Bahasa Tamil, latihan guru Tamil, anak-anak India masuk TVET, program TEKUN untuk masyarakat India. Dulu Amanah Ikhtiar tu 100% Melayu Bumiputera, saya kata tak apalah, apa salah beri ruang kepada masyarakat India yang miskin, ambil mereka dan latih dan beri peluang kepada mereka. Kerana saya sebut ini di Parlimen berapa kalau di Semenanjung Tanah Melayu? jumlah yang paling miskin siapa? Melayu majoriti, tetapi kategori termiskin di kalangan masyarakat miskin itu adalah juga orang-orang India. Orang-orang India itu warganegara kita, rakyat kita. Saya sebagai Perdana Menteri, itu tanggungjawab saya ya.
- Maka sebab itu dalam program yang kita lakukan, yang kita sebut sebagai membasmi kemiskinan tegar, itu kita ambil semua kampung, semua individu. Kalau di Kuala Lumpur kebetulan kerana jumlah anak India atau masyarakat India tu miskin tu ramai, maka yang memperolehi keuntungan, peluang dan kemudahan dan bantuan daripada kerajaan itu majoriti masyarakat India. Bukan makna saya pro India atau pro Melayu. Kita kata, siapakah yang paling miskin ikut rekodnya miskin tegar? saya tak kira dia warna kulit apa, nama dia apa, Muniandi ke Arumugam ke, Salleh ke, Kah Woh ke, saya tak kisah. Kalau dia masuk kategori paling miskin kita bantu sebab itu kita lakukan ya. Saya sebut hal ini ya di Sungai siput pada petang ini kerana saya tak rasa mudah terima. Kita buat ini tak ada langsung penghargaan. Yang ada hanya seolah-olah kita ini tak peduli. Sebelum pilihan raya minta sokongan orang India, sekarang tak peduli. Siapa kata tak peduli. KSN ada dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, dalam mesyuarat saya kalau kata miskin tegar saya kata semua.
- Ya kadang-kadang ambil masa macam nak bangun sekolah, dapat tanah, pelan, arkitek, kontraktor, bangun sekolah kadang-kadang dia ambil masa. Tetapi kita tidak tolak ansur sebab itu. Saya mahu rakan-rakan faham. Tidak mudah ya, bila saya sebut macam ni sambil macam saya sebut anak Melayu anak saya, anak Cina anak saya, anak India anak saya, anak orang Sabah anak Sarawak, anak saya, baru saya boleh jadi Perdana Menteri yang baik. Itu dihentam oleh sesetengah orang. Tengok Anwar dia samakan Melayu, Cina dengan India ni dengan anak Melayu, mana boleh. Ada juga pandangan begitu. Apa saya peduli, saya tidak peduli sebab negeri ini mesti aman, negeri ini mesti adil bagi setiap rakyat negara ini.
- Sebab itu saya harap kawan-kawan faham. Saya bukanlah maksud saya nak terangkan setiap satu, tadi saudara Wong Kah Woh terangkan sedikit sebanyak dari segi kementerian apa yang dilakukan daripada Kementerian Pendidikan, minggu depan kita dan 2 minggu lagi kita ada Belanjawan dan kita akan baca lagi. Itu pun kadang-kadang ada masalah juga. Kerana kita kalau orang Melayu, dia kata oh mana dia projek Bumiputera tak sebut. Yang tolong orang miskin tu ramai juga Bumiputera, yang buat sekolah pun Bumiputera, yang buat hospital pun orang Bumiputera boleh pakai.
- Baik, tak ada pula India pula, mana ada, kaasu ille (tiada duit) kata dia. Untuk orang India, saya kata oh dia kata ini MITRA saja. Siapa kata MITRA sahaja, MITRA tu satu program, Amanah Ikhtiar. Kita tak sebut Melayu ke India tapi orang India dapat. Ya, miskin tegar semua dapat. Jadi untuk selamat negara ini, kita harus cuba terangkan yang benar. Ada masalah? ada, siapa kata tidak ada masalah. Tanya setiap Kampung di Sungai Siput, tanya Pegawai Daerah, tanya ADUN, tanya Ahli Parlimen. Dia boleh terangkan ke saya 3 – 40 perkara yang boleh kita lakukan. Semua ada masalah, pergi Tambun pun ada masalah.
- Tapi kita kemukakan dan bincang dengan baik. Itu yang saya nak tegaskan supaya kita jadikan majlis ini sebagai majlis meraikan, ya. Majlis ini sekolah Tamil tapi kita undang semua pemimpin masyarakat. Ya, yang Melayu, yang Cina, Orang Asli, wakil, semua kita datang kerana kita meraikan. Ini sekolah kita. Sekolah anak-anak kita.
- Saudara-saudari, saya ke Pakistan dan singgah 4 jam ke Bangladesh. Bulan lalu ke India disambut oleh Perdana Menteri, Narendra Modi, kemudian Perdana Menteri Pakistan dan semalam sahabat saya Chief Advisor, Penasihat Utama, Muhammad Yunus, profesor di Dhaka. Di semua negeri-negeri itu mereka beri penghormatan tinggi kepada Malaysia. Bukan sebab Anwar. Jangan salah faham sebab negara ini aman. Dia tahu negara ini ada Muslim, Hindu, Sikh, agama Nasara Buddhist, Kristian semua ada. Tetapi dia tahu negeri ini aman.
- Dan kita bangga kerana rakyat begitu. Kita boleh bagi tahu mereka. Kadang-kadang mereka ada pergeseran lebih teruk dari kita. Jadi kadang-kadang mereka tanya mengapa? Kerana kita bagi jaminan. Ada yang tidak puas hati kita bagi ruang dengar dan kita bincang.
- Di Bangladesh, ada orang bangkitkan bila ada bantahan daripada anak-anak muda mahasiswa kerana rasuah pimpinan mereka yang terdahulu yang didakwa oleh mereka, maka Perdana Menteri lari keluar dan diganti oleh Kerajaan Sementara. Kemudian dalam keadaan rusuhan itu ada mangsa, orang Islam pun ada, orang Hindu pun ada. Jadi ada kebimbangan. Saya sebagai seorang rakan dan seorang yang percaya kepada prinsip kemanusiaan, di negeri itu saya sebut, saya kata kena jaga semua. Biar jamin keamanan, biar tiap rakyat Muslim majoriti dan Hindu yang di Bangladesh merasa mereka itu terjamin, terselamat dan Muhammad Yunus bagi jaminan, dia kata “Anwar, you know me for forty years, fifty years. I’ve never compromise on the issue of peace, security and humanity and it is my duty therefore with the army personnel to do whatever is necessary to make sure there is no discrimination, no intimidation against anyone”.
- Mengapa saya boleh lakukan begitu? kerana mereka tahu di Malaysia ini kita amalkan prinsip ini.
Bila keadaan aman, apa yang kita lakukan? Rakan-rakan saya dalam Jemaah Menteri, bekerja keras. Kemudian, kita kemukakan dasar. Kita sekarang fikir, hadapi masalah import barang makanan terlalu tinggi. Okey, maka saudara Mat Sabu dan team dia dan rakan-rakan di Kementerian Ekonomi, Kewangan dan lain berpakat kemukakan rancangan food security – keselamatan makanan dan dalam program MAHA baru ini nampak kejayaan yang sangat membanggakan. Kemudian, dunia menuntut dengan perubahan iklim – climate change, maka perlu ada perubahan dasar yang disebut energy transition, peralihan tenaga kita letakkan dasar.
- Kita nak perindustrian, tapi kita tak mahu perindustrian tahap lama, bukan kilang-kilang nak buat tekstil ke baju dan kilang-kilang yang rasa peringkat yang rendah. Kita nak tinggi termasuk semikonduktor termasuk teknologi tinggi, maka ada pelan perindustrian. Kemudian kita hadapi sekarang digital. Anak-anak kita ketinggalan. Kita ada dasar yang disebut Transformasi Digital. Bila kita lakukan dasar ini semua, saudara lihat tak semena-menanya pelaburan datang mencurah-curah. Ya, dari Google 10 bilion. Baru-baru ini Oracle umum.
5 bilion. Dan semua saya pergi, baik India lepas tu Pakistan, Bangladesh dan negeri-negeri lain yang kita pergi, semua tanya kita mengapa, bagaimana Malaysia sudah jadi hab pusat semikonduktor di rantau ini.
- Jadi sekarang pusat perhatian orang ialah untuk datang. Bila dah datang peluang pekerjaan anak-anak kita. Hotel, restoran semua ni marak dan saya pula, saya tak mahu fikir restoran besar-besar sahaja. Kalau di bandaraya MB Dato’ Saarani tahu, tumpuan saya ialah semua gerai dan restoran kecil dan warung itu diperbaiki bagi bersih kemudahan air, elektrik dan indahkan supaya rakyat datang mengunakan dan orang asing tengok bersihnya kota-kota kita. Barulah boleh kita bawa negara ini ke tahap yang lebih maju, ya. Dan sekarang kita lihat umpamanya tahap begitu. 2 tahun lalu dan tahun lalu kita pening hadapi masalah ringgit.
- Sekarang, Alhamdulillah ringgit kita makin kuat currrency terkuat di dunia. Bukan nilai wang terkuat di dunia, nilai wang yang perubahan yang lebih positif yang terkuat perubahannya sekarang di dunia, saudara-saudara. Jadi ini satu perkara yang membanggakan, sebab politik stabil, sebab rakyat pelbagai kaum dia tak gaduh, adalah bising-bising sikit okey. Sebab puak pelampau kita kawal, sebab dasar kita jelas dan sebab juga swasta itu gigih bekerja bagi sumbangan dan penjawat awam pegawai-pegawai kita lebih cekap dan pantas bekerja dari dulu. Sebab itu, saya bagi tahu KSN kita nak umumkan gaji naik mulai 1hb Disember. Kalau lambat juga Pejabat Daerah Sungai Siput dan Kuala Kangsar, alamat tak naiklah gaji dia (nada seloroh).
- Jadi, kita bagi pengiktirafan, kerana kita ucap terima kasih, kerana sumbangan mereka juga besar dan bila kita buat pula lain kerana Kerajaan MADANI naik gaji betul, tapi naik gaji orang yang bawah naik lebih tinggi daripada orang atas barulah dia tak ada jurang, tak besar sangat. Kalau dulu naik, termasuk KSN lah, KSU semua naik tinggi jadi yang bawah naik sikit jadi lagi melebar. Sekarang ni tak, yang atas naik sikit yang bawah naik banyak hah itu baru keadilan sosial namanya. “Saya tengok KSU Ruji tak berapa tepuk kan, pasal dia kan” (nada gurau).
- Baik, sekali lagi saya ucap terima kasih. Saya gembira. Terima kasih romba nandri. Terima kasih banyak aci. Tapi saya tanya aci tadi “murukku mana? tosei mana? vadai mana?” dia kata bulan depan Dato’. Aiyoyo, saya kena tunggu Deepavali baru dapat vadai ka? tak gurau je gurau je.
- Jadi sekali lagi, saya ucap terima kasih dan doakan mudahan sekolah ini akan hasilkan anak-anak yang punyai pencapaian membanggakan dan terima kasih kepada guru besar dan guru-guru yang bekerja kuat untuk menjayakan majlis pada hari ini.
Terima kasih.
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PERASMIAN
SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK)
BERSEMPENA DENGAN
DEKAD BAHASA KEBANGSAAN (DBK) 2024
“SAYANGI BAHASA, SAYANGI NEGARA”
6 OKTOBER 2024 (AHAD)
10:30 PAGI
PUSAT KONVENSYEN IPOH,
PERAK DARUL RIDZUAN
Alhamdullihilladzi Anzala ‘Ala’abdihil Kitaaba Wa Lam Yaj’al Lahuu’iwajaa
Wa Usolli Wa Nusalli Ala Rasoolihil Kareem
Wa’ala Alihi Wa Sahbihi Ajma’een
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani bin Mohamad,
Menteri Besar Perak;
Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar,
Ketua Setiausaha Negara;
Yang Berbahagia Dato’ Mohammad Zahir bin Abdul Khalid,
Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan;
Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri;
Ketua Setiausaha – Ketua Setiausaha Kementerian;
Yang Berhormat Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim;
Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan;
Yang Berusaha Dr. Hazami bin Jahari,
Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka;
Yang Berbahagia Dato’ Rumaizi bin Baharin @ Md Daud,
Datuk Bandar Ipoh;
Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Persekutuan dan Negeri Perak;
Sasterawan-sasterawan Negara;
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.
PENDAHULUAN
- Perak mencatat sejarah, terima kasih saudara Dato’ Saarani kerana semalam kita ada acara yang sangat bermakna mengingati pejuang bahasa sastera dan budaya pemikir bangsa, Pendeta Za’ba di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung malim dan hari ini Kerajaan Negeri dan Dewan Bandaraya Ipoh membantu menjayakan acara Bulan Bahasa Kebangsaan, terima kasih daun keladi. Dan seperti mana yang disinggung sebentar tadi memang pelaksanaan bahasa termaktub dalam perlembagaan di dalam dasar pendidikan, itu tidak dimungkiri lagi. Tetapi pelaksanaan itu terutama di kalangan masyarakat terutamanya swasta itu perlu diberi penekanan sebab ada sedikit pandangan yang agak berbeda yang berbangkit seolah-olah Sekolah Aliran Kebangsaan Cina, Tamil itu hanya menekankan bahasa vernakular masing-masing, sementara sektor swasta dalam perebutan kancah ekonomi yang bersaing sengit ini seolah-olah memberikan penekanan ringan atau meremehkan kedudukan bahasa.
- Maka eloklah kita tekankan ya bahawa apa sekali pun jurusan persekolahan dengan penekanan Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil tidak sama sekali perlu dikurangkan penekanan, penguasaan bahasa yang baik kerana ini sudah disepakati, ini sudah termaktub dalam perlembagaan dan harus kita teruskan dengan komitmen yang lebih. Saya ucapkan terima kasih kerana kebanyakan sekolah-sekolah ini memberikan perhatian tetapi dalam tinjauan kita ada keperluan supaya jangan berlaku nanti kesenjangan. Kita bawa bapa-bapa, ibu-ibu punyai tanggungjawab menentukan supaya anak-anak masa depan ini lebih serasi, lebih berpaut, lebih bersatu dan ini memerlukan persiapan awal dari segi pemerkasaan bahasa, sastera dan budaya negara itu. Begitu jugalah sektor swasta, memang benar saya antara yang menekankan keperluan penguasaan Bahasa Inggeris dalam dunia yang mencabar, tetapi penguasaan bahasa Cina atau Bahasa Tamil, Bahasa Arab dan bahasa lain juga akan membantu. Tidak ada negara yang kian meningkat maju yang akan menyisihkan mana-mana bahasa utama di dunia.
- Namun ini bukan zero sum game, bukan penekanan kepada penguasaan Bahasa Inggeris yang sangat perlu dan utama di negara kita tidak meminggirkan atau mengurangkan penekanan terhadap penguasaan Bahasa Melayu yang baik sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa negara. Jadi tidak harus timbul sedikit pun kekeliruan dalam hal ini. Sebab itu sektor swasta sama ada di Ipoh atau di Kuala Lumpur, di Johor atau di Sabah dan Sarawak harus juga memberikan perhatian yang sama kerana tugas membina bangsa dan negara ini adalah tugas bersama dan bukan sahaja tugas Dewan Bahasa dan Pustaka atau tugas kerajaan semata-mata.
- Kalau kita lihat susur galur sejarah dan menyingkap lembaran terdahulu, kita lihat bahawa perjuangan bahasa ini melalui suatu laluan yang sengit, bantahan kita ada mogok, kita ada tekanan sehinggakan bangkit peristiwa yang disebut Keranda 142. Disebut keranda kerana pada masa itu ada kegusaran, apakah pemerintah tegas untuk melaksanakan bahasa ataupun memilih untuk meminggirkan kerana masih mahu pertahankan Bahasa Inggeris dan kebetulan saya anak muda yang hidup di tengah kancah percaturan tersebut dan memilih untuk mendukung pejuang-pejuang bahasa yang lahirkan rasa bimbang resah terhadap sikap elit penguasa yang seolah-olah kurang memberi penekanan tentang peri pentingnya penguasaan bahasa dan pengiktirafan kedudukan bahasa dalam negara kita.
- Tapi saya harap hari ini sudah berlalu, cuma sikap sebahagian elit itu adalah masalah, umpamanya ada seruan-seruan sekarang dari kelompok yang agak terlalu ghairah dan obsesi terhadap penguasaan Bahasa Inggeris itu keterlaluan. Tidak ada sesiapa dan saya tidak mewakili pendapat yang mahu mengurangkan penekanan atau meremehkan kepentingan Bahasa Inggeris tapi saya tidak mendukung satu sikap yang mempunyai satu fobia terhadap bahasa sendiri dan mengagungkan bahasa lain seolah-olah hidup kita, kejayaan kita dan kepintaran kita hanya penguasaan Bahasa Inggeris. Saya ingin ingatkan elit terlalu taksub dengan Bahasa Inggeris ini bahawa mereka itu hidupnya di Malaysia.
- Mereka mungkin dibesarkan di London, tapi saya nak ingatkan mereka, hidup mereka di Malaysia dan mereka bertanggungjawab bukan di kalangan kelompok elit kecil, tapi mereka mesti mewakili hasrat dan aspirasi rakyat Malaysia keseluruhannya. Apakah tidak mungkin kita seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, pelbagai negeri ambil satu pendirian. Sudahlah dengan pertelingkahan lalu dan tunjukkan iltizam atau komitmen kita untuk memperkasa bahasa dan bila ini disepakati mudah kalau ini tidak dipertikai mudah kita kemudian kembangkan dan beri tumpuan kepada Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab atau Bahasa Cina atau Bahasa Tamil dia mudah.
- Yang menjadi pertikaian ini ialah bila kita bicarakan soal bahasa-bahasa lain dengan mengurangkan keutamaan atau menyamakan tidak mungkin sama kerana Bahasa Melayu ini bahasa rasmi, bahasa yang termaktub dalam perlembagaan, bahasa yang dianggap lingua franca bagi rakyat. Jadi sementara kita mahu menekankan untuk penguasaan Bahasa Inggeris di zaman digital dan zaman transisi tenaga, di zaman Ai., peri pentingnya kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan harus diberikan penekanan yang sama. Ini bukan masalah rakyat di Ipoh ini atau di kampung-kampung atau di kalangan majoriti rakyat, tetapi hanya masalah di kalangan elit yang tercabut dari akar tradisi, budaya, bangsa dan negara.
- Jadi saya ingin memberikan penegasan ini kerana ia tidak lari daripada prinsip dan pegangan kita dalam negara MADANI, malah bila saya melakar kebangkitan Asian Renaissance ya, hampir 30 tahun yang lalu saya tekankan bahawa pemerkasaan ekonomi itu mesti menjadi tonggak, mesti menjadi tumpuan tetapi untuk negara apa lagi negara MADANI, pemerkasaan ekonomi itu harus ditekan, diberi penekanan seiring dengan pemerkasaan budaya cultural empowerment. Mana ada tamadun hanya dengan kekuatan ekonomi, kekuatan ekonomi sekarang menjadi fundamental tetapi tamadun itu bangkit, MADANI itu kerana kemampanannya, ihsannya, amanahnya dan pemerkasaan yang disebut ekonomi budaya. Bila kita sebut budaya, bahasa, seni, sastera itu tergabung terangkum dalam konsep yang lebih menyeluruh.
- Jadi sesedara saya ingat penjelasan ini saya rasakan perlu, kadang-kadang saya fikir aneh juga ya sebab Merdeka sudah 67 tahun tapi harus beri penekanan kerana seringkali muncul pandangan-pandangan yang agak kehilangan arah dan pedoman dari prinsip dan tunggak. Dan ini menimbulkan masalah bagi kita, negara harus menyelesaikan masalah ini dan kemudian maju ke depan mengangkat martabat rakyat negara dengan tatakelola yang baik, dengan demokrasi yang lebih matang, dengan penumpuan kita untuk menjadi negara yang mampu bersaing dan hebat di rantau ini. Bila kita bicara soal disiplin baru dan sebagainya, tetapi jangan tinggalkan landasan kita ini, rupa bentuk kerana Malaysia, adalah kerana jati dirinya, kerana sifat yang tertentu ini, kerana kita bukan negeri lain tidak di barat, tidak di timur, tidak di selatan. Tetapi Malaysia dengan keunikannya, kehebatannya, kepelbagaiannya, tetapi prinsip-prinsip yang ditekankan jelas.
- Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini juga menjelaskan, selain soal bahasa, kadang ada suara yang bangkit bahawa kerajaan MADANI ini meminggirkan Bahasa, di mana yang kita pinggirkan? tumpuan yang diberikan kepada Dewan Bahasa dan penekanan diberikan kepada pendidikan itu ketimbang pengalaman tahun-tahun dan sebelumnya itu lebih jelas, sekarang lebih banyak peruntukan, lebih banyak ruang yang diberikan.
- Itu yang pertama soal bahasa, ada pula baru baru ini seorang tokoh pembangkang yang guna lambang Islam yang mengatakan kerajaan ini juga akan meninggalkan landasan, akan menukar prinsip perlembagaan Islam sebagai agama persekutuan. Ini khayalan apa ini? Inilah hal-hal yang kemudian mengajak kita bincang dan membawa kepada kebencian, berdasarkan pemalsuan fakta. Tidak ada. Datuk Seri Saarani di Ipoh, KSN ada di sini pernahkah ada perbincangan di kalangan mana-mana pegawai yang mahu menolak prinsip-prinsip sama ada bahasa atau Islam atau hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera atau kedudukan Raja-Raja? tidak ada, tidak pernah sepanjang saya menjadi perdana menteri hampir 2 tahun ini. Tidak pernah disuarakan, dibicarakan jadi mimpi apa ini? mimpi ngeri, mimpi palsu, mimpi kerana hasad dengki kerana kejayaan kita.
- Ini susulan saya ingin ingatkan baik soal bahasa, baik soal agama, soal hak keistimewaan soal kedudukan Raja-raja tidak pernah dipertikai. Bila kita berbicara larangan terhadap perbincangan soal 3R, ini kerana hal sedemikian menakutkan ‘culture of fear’ ini yang disebutkan bahawa kita tidak mahu keangkuhan, kezaliman dan tirani. Tapi tirani ni kadang berlaku ‘Tyranny of the majority’ tapi dalam sejarah manusia ada juga yang disebut ‘Tyranny of the minority’ di kalangan penghasut, pengganas, kelompok-kelompok yang menggunakan jalur dan suara kebencian, permusuhan dan menggunakan payung agama atau bangsa dan menipu rakyat.
- Saya mengambil sikap yang tegas, saya sebut kepada saudara Saarani sebentar tadi, kerana ini membingungkan. Kritiklah dasar ekonomi kita, kritiklah soal ringgit kita, kritiklah Perdana Menteri kerana tidak bijak dalam banyak hal. Tapi tidak boleh khianat dan dusta dan memfitnah dan menakut-nakutkan seolah-olah yang kita lakukan ini sudah merosak habis soal bahasa atau bangsa atau agama atau Raja-Raja.
- Yang kita larang dibicarakan, walaupun dikatakan kita ini sudah tidak demokratik dan zalim kerana tidak boleh bercakap 3R. Termasuk soal bahasa, bangsa, dan agama atau Raja-Raja. Boleh, ini hari kita bicara soal bahasa. Hari ini saya kritik soal bahasa, pelaksanaan dan mengajak rakyat untuk bersama. Boleh menegur Kerajaan dalam soal dasar keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera. Yang tidak diizinkan itu hasut kebencian dan permusuhan di antara satu sama lain. Negara ini dianggap hebat menjadi apa? kepada semikonduktor di rantau ini menerima pelaburan ratusan bilion ringgit dan dihormati oleh negara-negara, kawan dan lawan sebab kita ini aman.
- Berbeda pendapat biasa, berbeda politik itu biasa, tapi negara ini aman. Negara ini mempunyai dasar yang jelas tentang pemacuan usaha memacu pertumbuhan ekonomi yang segar. Jadi ini yang harus kita pelihara, politiknya stabil, datang pilihan raya berentaplah kerana itu dibolehkan. Sekarang politiknya stabil. Bila politik stabil untuk apa? mudah Perdana Menteri sakaulah, itu bukan maksud stabil, stabil ini maknanya mudah kita rencana kerangka ekonomi atau dasar, sama ada tenaga, peralihan tenaga ataupun pelan perindustrian ataupun transisi tenaga atau transformasi digital ini memungkinkan.
- Dan bila pelabur-pelabur lihat ini semua mereka bertambah yakin dengan jumlah pelaburan yang besar. Sebab itu saya katakan bahasa diberikan penekanan, bahasa Inggeris juga turut diberikan keutamaan kerana faktor-faktor ini. Bila ada sistem politik yang stabil, dasar yang jelas dan penjawat awam di semua peringkat Persekutuan, Negeri, Majlis Perbandaran, bergegas bekerja untuk menyelamatkan negeri dan bangsa dan negara lebih efisien, lebih cekap, lebih pantas, maka ia menjadi sendirinya satu tarikan.
- Saya ambil kira ini semua, walaupun ekonomi kita seperti saudara tahu beban hutangnya tinggi tapi saya ambil kira ini peranan penjawat awam yang menyebabkan saya memutuskan kenaikan gaji dan upah tinggi mulai 1 Disember ini insya-Allah. Jadi saya harap rakan-rakan terutama kalangan muda memilih dan menjalankan tanggungjawab dengan baik. Kita ada media sosial membolehkan kita bebas bersuara tapi fikir bahawa semua kebebasan itu harus dilaksanakan, diterima dengan pertanggungjawaban.
- Bebas itu untuk bicara, bebas untuk menegur, tapi harus penuh bertanggungjawab. Kalau tidak nanti timbul sepert saya katakan, terasa cemas, budaya cemas dan takut seolah-olah anak kecil dia takutkan dengan hantu yang tidak ada. Begitu juga orang politik dah habis dia tengok politiknya stabil, ekonominya baik, kita dapat dihormati, maka dihasut dengan perasaan hasad dengki tak fikir tak pedulilah jubah atau tidak, tapi dengan hasad dengki supaya menakutkan orang dan mencari-cari modal-modal baru untuk menimbulkan pertentangan.
- Mudah-mudahan Allah selamatkan kita dan selamatkan bahasa kita dengan komitmen kita sendiri. Dalam memperkasa bahasa sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ilmu, bahasa sastera, bahasa budaya.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata umat Islam perlu memahami maksud dan keperluan perpaduan yang menjadi prasyarat penting dalam usaha membangunkan ekonomi negara.
Beliau berkata kecelaruan dan perpecahan yang berlaku dalam negara Islam boleh dijadikan gelanggang untuk musuh menyerang, menghina dan menjajah seperti yang berlaku di Gaza dan kini menjalar ke Lubnan.
Anwar berkata umat Islam juga perlu memiliki kefahaman, kesabaran serta kebijaksanaan dalam mengambil sebarang langkah kerana kekuatan sesebuah negara itu akan menjadi tonggak untuk ke langkah seterusnya.
“Sebab itu dalam Kerajaan MADANI kita mulakan dengan memupuk perpaduan yang kental dalam kalangan kita, menjamin supaya ada persefahaman dan perdamaian antara umat Islam dan bukan Islam di negara kita.
“Itu prasyarat untuk bangunkan ekonomi yang kita sebut mampan, bukan sekadar ekonomi kukuh tetapi beri keselesaan dan jaminan kepada rakyat miskin bandar, desa dan pedalaman dan masyarakat lain yang rasa terpinggir,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Antarabangsa ke-64 (MTHQA) di Pusat Dagangan Dunia di sini, malam ini.
Hadir sama Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Selain itu, Anwar memohon kebijaksanaan orang ramai supaya memahami konsep negara MADANI yang digagaskan pentadbirannya kerana tidak banyak negara mempunyai pendekatan sedemikian.
“Saya mohon kebijaksanaan supaya negara MADANI ini dimengertikan kerana tidak banyak negara mempunyai ruang, kesempatan dalam kerukunan hidup yang damai meletakkan asas ekonomi kukuh dan kini telah mendapat perhatian dalam pelbagai bidang,” katanya.
Perdana Menteri juga mengulangi gesaan supaya umat Islam terus meneroka bidang baharu yang dahulunya asing kerana ia akan menentukan kekuatan masa kini dan hadapan.
Beliau berkata disebabkan itu, kerajaan komited untuk memastikan hampir 200,000 pelajar tahfiz di seluruh negara ketika ini diperkasa dengan keupayaan teknikal dalam pelbagai bidang seperti tenaga, digital dan juga kecerdasan buatan (AI).
“Yang kita mohon adalah pengertian dan kebijaksanaan kerana pemikiran jumud akan tenggelamkan kita. Di samping itu, pemikiran dan langkah yang gopoh, dan tidak bijaksana juga akan menghambat dan menjadi cabaran kepada kita,” katanya.
Mengenai MTHQA ke-64, Anwar berharap penganjurannya dapat membangkitkan dan mengangkat martabat umat Islam ke tahap lebih mulia serta membanggakan.
Bertemakan ‘Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI’, MTHQA ke-64 melibatkan 92 peserta dari 71 negara terdiri daripada 53 peserta tilawah dan 39 hafazan.
Pengurniaan hadiah kepada johan tilawah dan johan hafazan al-Quran akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada 12 Okt ini.
— BERNAMA









TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PEMBUKAAN
TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN
PERINGKAT ANTARABANGSA KE-64
5 OKTOBER 2024 (SABTU) | 2 RABIUL AKHIR 1446H
8:45 MALAM
WORLD TRADE CENTRE (WTC),
KUALA LUMPUR
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillaahil rabbil ’alamain
Nahmahduhu wa nusalli ala rasoolihil kareem.
Wa’ala alihi wasahbihi ajmain.
Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Yang Berbahagia Puan Sri Datin Noraini binti Mohd;
Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Yang Berbahagia Datin Setia Nik Roslini binti Raja Ismail;
Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara;
Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Yang Berbahagia Puan Hanani binti Harun;
Tuan Yang Terutama Duta-Duta Perwakilan Asing;
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Yang Berbahagia Datin Insyirah Irwati binti Jailani;
Jemaah Hakim dan Peserta Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-64;
Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan;
Rakan-rakan media; dan
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.
PENDAHULUAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
- Alhamdulillah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Taala kerana kita dapat teruskan satu tradisi yang dimulakan awal sejurus selepas kemerdekaan. Atas ikhtiar Yang Teramat Mulia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Majlis Tilawah kemudian diperkembangkan dengan pengisian dengan hafazan Al-Quran. Dan sehingga kini penyertaan itu sangat membanggakan.
- Tapi seperti mana kita sedia faham, semangat membaca, menghafal, memaknai, memahami dan melaksanakan semangat Al-Quran ini, satu hal yang terikat dengan keyakinan kita. Dan oleh demikian, mari kita ingatkan kesyukuran serta doa, mudah-mudahan majlis yang permai ini dengan peserta lebih 92 orang dari 71 negara itu memberikan kesan dari segi peningkatan kefahaman dan penambahan iltizam atau komitmen untuk melaksanakan cita-cita Islam.
Saudara-saudari,
- Kita mengadakan majlis dalam keadaan aman, suasana gemilang. Tetapi dunia Islam itu tidak begitu, kerana kecelaruannya, perpecahannya dan dijadikan gelanggang negara-negara musuh menyerang, menghina, menjajah seperti yang berlaku di Gaza, Palestin dan sekarang telah menjalar ke Lubnan. Jadi kita harus sentiasa bertekad memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan kita, kefahaman dan kesabaran serta kebijaksanaan dalam mengambil apa-apa langkah kerana kekuatan dalaman, kekuatan negara itu menjadi tonggak sebelum kita mampu melangkah seterusnya.
- Sebab itu dalam kerajaan MADANI ini, kita mulakan dengan memupuk semangat perpaduan yang kental di kalangan kita. Menjamin supaya ada persefahaman dan perdamaian di antara umat Islam dan bukan Islam di negara kita. Kerana itu menjadi prasyarat bagi kita membangunkan ekonomi yang kita sebut mampan. Dan kemampanan itu supaya kita juga akan memberi pengertian yang berbeda, bukan sekadar ekonomi kukuh tapi ekonomi kukuh kerana memberi keselesaan dan jaminan kepada rakyat terutama rakyat miskin, bandar dan desa dan pedalaman, dan masyarakat yang lain yang merasakan diri mereka terpinggir.
- Saya mohon kebijaksanaan supaya negara MADANI ini dimengerti kerana tidak banyak negara yang mempunyai ruang kesempatan dalam kerukunan hidup yang damai yang meletakkan asas ekonomi yang kukuh dan kini telah mendapat perhatian dalam pelbagai bidang dan kita mahu umat Islam juga terus meneroka dalam bidang-bidang yang baru yang dulu asing dari kita. Sebab itu Maahad Tahfiz yang sekarang mencecah hampir 200,000 pelajar itu sama ada yang rasmi dan tidak rasminya dipastikan punyai kemampuan dan peluang untuk menjadi tenaga penggerak dengan kekuatan akhlak dan nilai mereka. Kemudian ditambah dengan kegiatan, keupayaan teknikal dan profesional dalam bidang tenaga, dalam bidang digital, dalam bidang AI kerana ini akan menentukan kekuatan kita, kini dan masa depan.
- Tapi yang kita pohon ialah pengertian dan kebijaksanaan, kerana pemikiran yang jumud akan menenggelamkan kita. Di samping itu pemikiran dan langkah yang gopoh dan tidak bijaksana juga akan menghambat dan menjadi cabaran kepada kita. Belajarlah daripada pengalaman daripada semangat Al Quran.
فَبِمَا رَحْمَةٍۢ مِّنَ ٱللَّهِ لِنتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ ٱلْقَلْبِ لَٱنفَضُّوا۟ مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَٱعْفُ عَنْهُمْ وَٱسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِى ٱلْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُتَوَكِّلِينَ
- Dengan Rahmat Allah dengan semangat kasih sayang, ehsan dan rahmat maka diberikan kemaafan tetapi mesti kembali beristighfar kepada Allah SWT supaya kecurangan lampau, kegelojohan, tamak haloba, rasuah, penyelewengan, kerakusan kuasa dan keangkuhan dihentikan, itu baru makna yang disebutkan beristighfar kepada Allah SWT. Memaaf dan beristighfar, kemudian ada semangat rundingan berterusan ‘wasyaawirhum fil amr’ apakah coraknya itu di Parlimen dalam perbincangan ataupun Jawatankuasa Kampung atau Jawatankuasa Masjid, rundingan itu perlu mendapatkan sesuatu natijah ke arah kebaikan dan setelah kita buat keputusan ‘faidza azamta fatawakkal alallah’.
- Betapa pintar sekali pun kita dalam pelbagai bidang, betapa hebat pun kita diraikan sepertimana pun dianggap alim besar mana pun, jangan lupa keputusan kita mestilah keputusan berasaskan kepada kefahaman dan niat yang ikhlas allamalillah dan fatawakkal allahlah kerana sesungguhnya ‘innallaha yuhibbul mutawakkilin’, Allah kasih kepada umat yang menyerah dan bertawakal kepadanya dan mudah-mudahan Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-64 ini memberi natijah dan kefahaman dan membangkitkan, mengangkat martabat, harakat, darjat umat kepada satu tahap yang lebih mulia dan membanggakan.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
















