SPEECH TEXT BY YAB PRIME MINISTER: JOINT PRESS CONFERENCE MALAYSIA – ETHIOPIA


 

SPEECH BY

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PRIME MINISTER

 

 

AT

 

JOINT PRESS CONFERENCE

 

 

26 OCTOBER 2024 (SATURDAY)

 

KOMPLEKS SERI PERDANA, PUTRAJAYA

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

 

  1. I believe the people of Malaysia would like to welcome Prime Minister Dr. Abiy Ahmed Ali in his maiden visit with the members of delegation.
  1. Now Ethiopia is of course not as close as we do expect but there is a long tradition, historical sentimental with Malaysia and I mention to Prime Minister Dr. Abiy Ahmed Ali, that he will be surprised that an ordinary Malaysian would know Habsyah are those days we called Ethiopia and with strong sentiment and affection. Because the first migration by the Prophet’s uncle to Habsyah during the reign of King Najashi, Christian’s King and throughout the Islamic history considered to be a just, compassionate king who gave protection to the Muslims when they were under siege and being oppressed by the Quraish from Mecca.
  1. So there is always something that we view, first the honour, respect given by a just, compassionate king, Christian’s King to the Muslim and for us in Malaysia where we have a multi-religious country with a Muslim majority, but we have substantial number of Christians, Buddhists and Hindus and other religions, this message is to me very pertinent. It helps us. So this is on the context and of course after mentioning that, Prime Minister Dr. Abiy immediately told me “but yes, don’t forget Bilal,” because Bilal is from Ethiopia from Habsyah and from a slave given freedom and elevated as a companion of the Prophet and later became the Governor of Madinah.
  1. So you see that is the history. It is like a part of our history of Ethiopia. And now we have a Prime Minister here and that’s why I just consider him to be part of the great family, and I think his visit other than of course, focusing on trade, bilateral relations, economic, energy and food technology. 
  1. I cannot ignore the fact that it is of course an important country to us. Make majoring road into Africa and he with his stewardship, many of you may not be that familiar is a phenomenal growth. He is a factor of so much change and reform in Ethiopia, and so much things in common we did suffer a very turbulent period in our lives and he is given and trusted in this great job but he has done it. And if you study recent development in Ethiopia, you will see how the economy, the governance, the anti-corruption drive, the changes, the quality of education, the airlines and every field, you have grown.
  1. And I think in all humility we have seen, Malaysia, we should emulate the success, learn from experience and sharing part of our experience and contribution in trying to make sure that Malaysia remains a stable, peaceful country but at the same time propel its economy.
  1. So, me dear friend and brother Dr. Abiy Ahmed Ali, may I again assure you that this is not a normal encounter between the representative countries but amongst family members and we want to ensure that this first major visit by African leader and incidentally Ethiopia is one of the largest African countries, a major country in its ability to foster African unity and collaboration. And you have given this sort of recognition to us and we do honour and appreciate.
  1. Finally on BRICS, you know we just came back from BRICS meeting and on behalf of the government, I must again express my profound appreciation and thanks because even before communicating with him, he was one of the pillars, important member of the original BRICS, they gave full unequivocal support to Malaysia to be part of BRICS. So, thank you again.

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) — Iskandar Malaysia telah mencatatkan pelaburan komited sebanyak RM40.3 bilion manakala pelaburan direalisasikan mencecah RM22.5 bilion bagi tempoh Januari hingga September lepas, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata perkara itu dimaklumkan semasa beliau mempengerusikan mesyuarat ke-33 Ahli Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) hari ini, kata Anwar dalam hantaran di laman X.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata mesyuarat itu turut membincangkan isu-isu berkaitan hala tuju dan inisiatif yang telah digariskan untuk Iskandar Malaysia, termasuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang akan memberi anjakan kepada ekonomi negara.

“Mengambil contoh ikhtiar pewujudan Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia-Johor (IMFC-J), saya menekankan kepentingan keberkesanan pelaksanaan dari segi proses dan tempoh masa kelulusan sesuatu permohonan, selaras dengan strategi kerajaan dalam memudah cara perniagaan,” kata beliau.

Anwar berkata dalam konteks negeri Johor, pelbagai projek baharu dan sambungan yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 perlu disambut dengan pelaksanaan segera dan berkesan.

Beliau berkata negeri Johor juga perlu memanfaatkan Kepengerusian ASEAN 2025 berikutan beberapa mesyuarat akan dianjurkan di negeri tersebut.

“Natijahnya, limpahan manfaat hanya akan dapat dirasai melalui perancangan serta pelaksanaan yang bersepadu dan berkesan,” kata beliau.

— BERNAMA

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pelantikan Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas sebagai profesor diraja memberi makna besar kepada tokoh yang begitu berjasa kepada dunia Islam dan dunia pemikiran.

Menyifatkan Syed Muhammad Naquib sebagai individu yang sedia mencurahkan ilmu serta sahabat setia, Anwar berkata beliau menjunjung kasih terhadap perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengurniakan watikah pelantikan profesor diraja kepada filasuf dan ilmuwan ulung berkenaan.

“Sepanjang hidup, saya amat bernasib baik kerana dapat mendampingi beberapa ilmuwan besar dan Prof Al-Attas merupakan salah seorang daripada tokoh tersebut.

“Beliau memberikan saya bimbingan dan pendedahan dalam pelbagai aspek keilmuan terutamanya sebagai mahasiswa di Universiti Malaya dan semasa saya berkhidmat sebagai tutor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar turut menyifatkan Syed Muhammad Naquib sebagai individu yang telah membawa pengaruh begitu mendalam kepada generasi beliau di dalam bidang falsafah.

Syed Muhammad Naquib, yang juga pengasas Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), menerima  gelaran tertinggi yang dianugerahkan kepada seseorang profesor oleh Yang di-Pertuan Agong itu berikutan jasa serta sumbangan beliau terhadap negara terutama dalam pendidikan Islam.

Beliau telah memperkenalkan gagasan Islamisasi ilmu yang diterapkan dalam pelbagai cabang pengetahuan merangkumi pendidikan agama, sejarah, falsafah, teologi, metafizik, filologi, semantik, sastera dan seni.

— BERNAMA

TEKS UCAPAN

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

PROGRAM MADANI RAKYAT 2024

SAYANGI SABAH

19 OKTOBER 2024 (SABTU) | 2.30 PETANG

PEKARANGAN KOMPLEKS STADIUM LIKAS,

KOTA KINABALU, SABAH

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillahi Rabbil Alamin

Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolilah Kareem

Wa’ala Alihi Wa Sohbihi Ajma’een

 

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor,

Ketua Menteri Sabah;

 

Yang Berhormat Datuk Armizan bin Mohd Ali,

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup;

 

Menteri-menteri Kabinet;

 

Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar,

Ketua Setiausaha Negara;

 

Ketua-ketua Setiausaha;

 

Timbalan ketua menteri,

 

Setiausaha Kerajaan Negeri; dan rakan-rakan yang hadir

 

PENDAHULUAN

 

  1. Terima kasih dan tahniah atas usaha ini oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri. Tujuannya seperti yang juga disebut oleh saudara Datuk Seri Hajiji adalah untuk mendekatkan rakyat, kenal dengan apa yang telah diusahakan oleh kerajaan, oleh penjawat awam, oleh sektor swasta terutama petani. nelayan, pengusaha-pengusaha kecil bekerjasama dalam beberapa projek.
  1. Tapi yang utama juga untuk kenal dengan usaha penguatkuasaan dan saya ucap terima kasih, salute kepada KPDN kerana penguatkuasaan yang berkesan dan lagu ‘Gempur’ tadi itu biar kita hadam betul-betul. Kalau betul mahu selamatkan Sabah dan Malaysia ini, kita jaga ekonomi kita, kita uruskan, jangan izinkan orang sama ada kartel untuk curi dana rakyat dan gunakan peluang menekan rakyat. Oleh itu, kita bagi sokongan padu kepada penguat kuasa untuk gempur bagi sesiapa yang ganggu kita.
  1. Setakat ini yang saya lihat dari semasa ke semasa, liputan daripada media tentang kejayaan keberkesanan tindakan yang diambil, tapi percayalah, politik stabil, dasar boleh baik kita boleh umumkan pelbagai projek tetapi kalau tiris banyak, kalau bocor sana sini, kesannya tak sampai bawah. Umpamanya, dalam Belanjawan MADANI semalam, peruntukan kepada Sabah itu tertinggi ketimbang dengan mana-mana negeri di Malaysia. Untuk apa? Untuk pastikan tidak ada masyarakat ketinggalan.
  1. Prasarana baik, Pan Borneo siap ikut jadual. Jalan-jalan termasuk desa dan pedalaman diperbaiki. Sekolah-sekolah baru, sekolah-sekolah lama diperbaiki, klinik-klinik kesihatan dan Hospital Kota Kinabalu ini sebagai Pusat Jantung yang penting di kawasan kita. Ini antara program-program sudah diumumkan. Kemudian, Anthony Loke ada di sini, Menteri Pengangkutan, segerakan pemulihan, peningkatan Lapangan Terbang Tawau sebagai lapangan terbang yang lebih baik.
  1. Jadi, saudara-saudara, ini yang kita lakukan sebagai satu pasukan. Kita lihat bagaimana menteri-menteri, penjawat awam, pegawai pelaksana. Sebab itu, mana-mana kelemahan mesti cepat diperbaiki. Mana-mana unit ataupun pegawai yang lembab harus dikejutkan baru boleh kita angkat. Kita saksikan, saya dengar saudara Armizan bagitau, setakat ini yang hadir menyantuni Program MADANI Rakyat ini di sini Kota Kinabalu sudah hampir cecah rekod kerana setakat ini dengan hujan tidak dipedulikan, hujan panas sudah 300 ribu orang sudah datang. Ini hebat ini orang Sabah, hujan pun membujur lalu, melintang patah. Hujan pun ataupun panas terik itu tidak ganggu, dia mahu lihat apa yang dilaksanakan dan rakyat mahu bersama dengan Kerajaan, Negeri dan Persekutuan untuk menjayakan negeri kita.

Saudara-saudari yang dimuliakan,

 

  1. Angka-angka pembangunan, saya tidak bermaksud untuk menyebut berulang kali tapi kita tengok, kalau negeri ini kita jayakan sebagai satu pasukan, bersatu tidak mudah. Suku kaum di Sabah berapa? 30, macam-macam stail ada, ada yang tengkolok begini, ada yang begini, pelbagai. Suku kaum yang lain-lain, agama yang lain-lain. Senang diurus? Tidak. Tetapi jika rakyat itu bijak dia tahu perbedaan boleh menyebabkan perpecahan dan pergaduhan, perbedaan juga boleh menyebabkan kita lebih kuat.
  1. Mana ada negara, di mana penguasaan bahasa, sebut sahaja bahasa penting Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris kita utamakan, Bahasa Cina banyak yang menguasai dan ini penting dalam ekonomi di dunia ini, Bahasa Tamil kita sudah pandai. Kemudian sekarang, orang mahu lihat kepelbagaian, Kadazan, Dusun, Murut, Bajau, Bugis, semua ada. Apakah kita mahu jadikan ini kekuatan? atau kelemahan. Saya syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana rakyat Sabah pilih untuk jadikan ini kekuatan, untuk semangat perpaduan rakyat negara kita.
  1. Ya, kalau kita lakukan ini kita hentikan amalan-amalan buruk. Ada tanah nak curi, ada balak nak rompak, ada kontrak, nak sapu. Kalau itu kita boleh hentikan, tumpu kasih kepada negara, takut kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, jaga nilai dan akhlak, saya percaya Sabah tidak lama, bukan tunggu puluhan tahun beri beberapa tahun akan lihat lonjakan sebagai negeri lain yang berjaya di Malaysia ini.
  1. Tengah hari tadi, Saudara Datuk Seri Hajiji bersama, minta saya luncurkan Blue Economy. Satu persidangan penting mengenai satu aspek pertumbuhan ekonomi yang penting. Saya nak rakyat Sabah cuba hadam ini. Kita ada satu cadangan daripada Kerajaan Sabah oleh Ketua Menteri bagaimana hendak angkat lagi di Sabah ini. Balak sudah tak banyak, kita juga nak kena simpan hutan belantara ini kerana kita tahu masalah alam sekitar dan perubahan iklim.
  1. Jadi, hendak bawa semikonduktor, itu di Semenanjung sudah jadi hab penting semikonduktor. Kulim Hi-Tech, Pulau Pinang, pelaburan-pelaburan besar semua datang. Data Center AI banyak di Selatan Semenanjung, di Johor, Selangor dan harap soal transisi tenaga, nampak Sarawak sudah mula melonjak sebagai gergasi tenaga. Hajiji bawa idea baharu, Blue Economy, kita ada lautan dan lautan itu boleh jadikan kekuatan kuasa tenaga baharu, green energy, hasil lautan, pusat penyelidikan yang penting, keindahannya pusat pelancongan.
  1. Jadi, ada kekuatan ekonomi, ada kekuatan pelancongan yang dibayangkan dan digerakkan melalui apa yang disebut tadi Blue Economy. Ini besok, bila orang kenal, Hajiji program apa? Ekonomi Biru yang dibawa ke Sabah dan Sabah melonjak naik sebagai gergasi. Tentunya bidang-bidang lain kita kenalkan ya. Perlu ada nanti data center dan Ai, perlu ada transisi tenaga, semua boleh, perlu semikonduktor tetapi sekurang-kurangnya orang tahu bahawa fokus ini jelas untuk bangkitkan jadi bagi peluang pekerjaan yang lebih ramai, pendapatan lebih tinggi dan bila ekonomi itu tegar dipacu dengan lebih meyakinkan kemudahan tentunya akan melimpah kepada rakyat.
  1. Jadi, saya harap seluruh pimpinan Sabah fokus tentang Economic Blueprint dan tentang penggunaan penekanan tentang hijau dan pendidikan dan mineral yang ada di lautan dan juga pelancongan yang disebut tadi tentang Blue Economy yang lain itu, kita teruskan. Semalam saya umum, dulu SARA terbatas kepada 300 ribu, sekarang kita per luaskan sehingga 700 ribu orang. STR yang tunai rahmah itu sekarang sudah mencecah 9 juta orang, makna hampir kesemua B40 dan M40 mendapat manfaat.
  1. Tidak ada rakyat termasuk Sabah, ini saya tadi sebut kepada Ketua Menteri pastikan Pegawai Daerahnya, Penghulunya, Ketua Kampungnya, pastikan tidak ada orang miskin yang terlepas daripada peluang ini. Saya bagitau saudara Masidi pun ada. Maknanya Kerajaan Persekutuan jamin, tiap keluarga pendapatan campur dengan semua kemudahan yang diberi oleh Kerajaan Persekutuan tidak kurang daripada 1,000 ringgit sebulan mesti masuk dalam akaun dia.
  1. Tidak banyak negara yang buat begitu. Malaysia MADANI laksanakan setiap rakyat di negeri ini tidak ditinggalkan. Mengapa harus kita gaduh soal kuasa negeri, hak negeri atau hak kaum? Semua kaum dipedulikan. Kalau ada orang kategori itu di kalangan Melayu atau Melanau atau Dayak atau Cina atau India, masuk kategori yang dianggap miskin tegar atau miskin atau pendapatannya tidak tinggi maka STR masuk dalam akaun dia. Minima 1,100 ringgit. Ini belum masuk Bantuan Kerajaan Negeri, Bantuan Zakat, Bantuan NGO, Bantuan Yayasan. Kita bimbang kalau-kalau ada yang tercicir. Ini tanggungjawab kita untuk pastikan tidak ada yang tercicir.
  1. Berapa jumlahnya? Yang kita beri balik kepada rakyat melalui STR untuk seluruh negara. Saya tidak bezakan dia anak Sarawak, dia anak Perlis, dia anak Pulau Pinang semua dapat perhatian. Berapa jumlahnya? 13 bilion ringgit. Tahun ini sahaja, kita tambah 3 bilion ringgit untuk 2025 sebab apa? Sebab nanti orang tanya, apa erti pembangunan? Apa erti kemajuan teknologi? Apa erti Blue Economy? Apa erti semikonduktor? Atau data center dan Ai kalau rakyat di bawah tidak diberi perhatian.
  1. Maka sebab itu, dasar kita beri perhatian langsung kepada rakyat di bawah dan saya harap rakyat Sabah beri sokongan kepada program yang seperti ini. Seperkara lain yang saya hendak tekankan juga ialah, bila kita buat penyasaran subsidi. Sekarang ini petrol di Malaysia paling murah, bukan sahaja banding dengan Singapura, banding dengan Thailand, banding dengan Indonesia, banding dengan Filipina, malah Arab Saudi pengeluar minyak terbesar di dunia harga minyak dia sekarang RM2.65 di Malaysia RM2.05. Baik, kerana kita bantu dengan subsidi. Berapa subsidi 1 tahun kalau kita tidak tukar 20 bilion ringgit? Subsidi ini maknanya apa? Kerajaan bantu supaya harga tidak naik. Patut? Ya. Kepada siapa? Kepada rakyat susah.
  1. Tapi sekarang ini subsidi petrol ini termasuk warga asing. Yang tidak ada kad pengenalan pun kita bantu. Dia bayar cukai? Tak bayar cukai tapi kita bagi subsidi bagi sedekah. Nak bagi sedekah boleh bagi tapi subsidi ini Kerajaan. Orang kaya rumah banglo 5 buah untung puluh juta tapi subsidi petrol kita bagi. Jadi di kalangan orang kaya teratas 15 peratus tidak termasuk M40, penjawat awam tidak termasuk, tidak termasuk B40, M40, tidak termasuk pegawai Kerajaan. Hanya yang paling kaya, tertinggi 15 peratus di atas campur dengan orang asing. Mereka ini 15 peratus campur orang asing, dia guna subsidi 40 peratus. Berapa banyak? 8 bilion ringgit. Jadi, 1 tahun Kerajaan murah hati luar biasa kalau istilah lain Kerajaan kurang cerdik sebab tiap tahun 80 bilion ringgit bagi kepada orang kaya dan orang bukan warganegara. Sebab itu kita kena fikir bagaimana hendak ubah. 
  1. Oleh kerana politik kita stabil, rakyat mula faham, kita kata kita kena ubah Subsidi petrol kena ubah, ubah kepada siapa? Tidak kepada rakyat Jadi jangan bimbang, 85 peratus rakyat kekal dengan subsidi Maknanya harga tetap RM205 tak berubah Tapi yang 15 peratus yang atas, yang kaya ni, bayarlah lebih sikit Kita tak bayar tinggi sampai lebih dari harga pasaran, tak, kalau harga pasaran RM265, dia bayar RM265. Tapi rakyat yang biasa, bayar RM205, yang kita nak bantah sebab apa? Sebab apa nak bantah? Orang asing dia buat kerja di sini, dia tak bayar cukai, dia nak guna minyak, dia nak pakai kereta, pakailah Dia nak pakai Mercedes okay, Hilux okay, tapi minyak bayarlah ikut pasaran.
  1. Yang kita tolong siapa? 85 peratus Ini yang kita cadang nak laksanakan pertengahan tahun lalu, saya beritahu awal-awal, jangan membuat ini apa ini Anwar? Datang je naik harga minyak. Saya nak tanya, naik untuk siapa? Naik untuk orang kaya, yang kamu sibuk sebab apa? Kamu ni wakil siapa? Kamu wakil orang asing? Ke wakil orang kaya? Kalau kamu ni wakil rakyat Malaysia, kamu harus sokong usaha untuk tidak membebankan rakyat tapi kutip yang harga yang berpatutan dari orang kaya supaya jumlah itu boleh diberikan kepada rakyat Itu sahaja.
  1. Tengok sekarang ini, kita nak anak-anak kita, cucu kita kadang-kadang ada yang autisme, ada yang cacat penglihatan atau pendengaran dan sebagainya. Jadi kerajaan tahun ini melaksanakan beberapa program khas. Jadi wang yang kita perolehi ini bukan masuk poket kita. Sebab itu semalam saya sebut gaji penjawat awam naik, yang paling tinggi macam KSN, KPPA diorang ada di sini, dia orang tak ambil 7% tahun ini Tahun depan tak apalah, ekonomi kita dah baik, dia ambil, okey. Maknanya skim itu Tan Sri KPPA jangan bimbang, skim itu terpakai, tahun depan jalan. Cuma tahun ini 7% itu tak diambil sebagai tanda sokongan kepada usaha Kerajaan MADANI dan kepada rakyat. KPPA tepuk tapi tak semangat. Terima kasih. Baik, tapi Menteri, Mat Sabu sorry Menteri masih potong gaji 20%, Ewon tak tepuk? Baik Perdana Menteri masih belum ambil gaji lagi Tapi saya duk fikir tahun depan bagaimana, nanti saya fikir kemudian, tahun ni belum (nada bergurau). 
  1. Baik, sebab apa saya nak tunjuk bahawa rakan-rakan saya Menteri-Menteri ini beri contoh yang baik. Ya ekonomi kita meningkat. Kita hendak naik gaji rakyat, ada gaji progresif, ada gaji penjawat awam, kita naik. Ya, kemudian kita, Armizan dan seluruh pasukan KSU dan rakan-rakan dia turun kawal harga, ambil tindakan kerja dengan kuat. Tapi mereka sanggup berkorban biar ekonomi kita meningkat. Bila ekonomi meningkat besok, insya-Allah kita boleh naik gaji untuk semua. Itu semangat yang kita harus tunjukkan, ya.
  1. Jadi, saya nak sentuh satu je lagi iaitu tentang Sejati MADANI. Saya umumkan satu bilion ringgit dan ini perkara baru. Wang RM 50,000 sehingga RM 100,000 kita beri kepada setiap kampung. Kalau di Sarawak, rumah panjang ada 50,000 dan 60,000 ikut projek dia Kalau di Bandar yang miskin bandar terutamanya bagi tumpuan. Kemudian dia tetapkan dia nak buat apa? Bukan Pegawai Daerah, bukan Menteri, bukan Ketua Jabatan, orang kampung sendiri mesyuarat, dia fikir nak buat apa. Ada nak buat nak pelihara ayam tapi besar-besarlah, ada 50 ribu 60 ribu. Takkan nak bela 4 ekor ayam. Ada di Tanjung Malim, saya pergi baru-baru ini, dengan wang itu orang kampung mesyuarat-mesyuarat dia kata kita nak beli dron. Jadi saya pergi, saya tengok di Tanjung Malim, apa hal ini satu dron agak kecil, satu lagi kampung dron agak besar. Saya dah bimbang, ni takut membazir nanti. Maknanya jangan kita pandang ringan, kadang-kadang orang kampung tu pun dia cerdik. Kita ingat dia tak tahu dron -dron ini. Rupanya dia lebih pandai dron daripada ramai kita di bandar. Jadi dia beli dron, untuk kawasan yang lebih luas, untuk benih, untuk baja, dia selamatkan dan jimatkan belanja. Kemudian bila tak digunakan, kerana dron tak digunakan setiap minggu, dia sewakan kepada pekebun-pekebun kecil getah, kelapa sawit dan untungnya berlipat kali ganda. Ini ada projek-projek lain ternakan ikan dan sebagainya.
  1. Jadi saya nak maklum di sini program ini ada dan mulai tahun ini dan insya-Allah tahun depan kita tingkatkan usaha ini. Ini diselaraskan oleh Unit Penyelarasan ICU dan kita kerjasama ya kerjasama dengan semua pihak. Kemudian saya minta Datuk Seri Hajiji fikir satu hal lagi. Saya gunakan juga sistem Kampung Angkat MADANI. Saya kata Perdana Menteri, Menteri Ketua KSN, Ketua Setiausaha semua pandai-pandai bagi cadangan itu, cadangan kertas kerja ini, kertas kerja ini, bentang di sana, bentang di sini, baik saya kata cuba kamu jaga satu kampung. Jadi saya minta Perdana Menteri, Menteri dengan KSU, Ketua Pengarah yang pandai-pandai ini semua, cuba, cuba kamu pergi cari macam harus ekonominya itu begini, projek harus jalan begini dan laporan sekian. Fahmi pun bukan main dengan terang dalam komunikasi dia begini, okey betul, betul pandai, ya ambil satu kampung kamu jaga kampung itu.
  1. Jadi cara dia maknanya bila kita buat begitu kita baru tahu di bawah ni bagaimana masalah di kampung ni. Saya sebut tadi microcosm satu negara, keselamatan ya, ada kes curi ya, ada budak belia dadah ya, ada sekolah tercicir ya, ada tandas sekolah tak betul baik ya. Semua ini saudara perhatikan selesaikan masalah di kampung itu.
  1. Jadi yang saya harap kalau Kerajaan negeri mana bulan depan saya jumpa saudara Datuk Seri Hajiji, saya tanya kampung mana Kampung Angkat Hajiji? Saya sendiri ada Kampung Angkat saya, Cherok Tok Kun, kampung saya. Ya saya. Jadi dia saya tengok rupanya oh masalah keciciran ada, dadah pun ada, masalah penggangguran ada, masalah anak-anak yang nak pergi TVET tak tahu ke mana. Semua kita perhatikan. Minta seorang bantu dan selesaikan. Kalau katalah 2000 pegawai-pegawai kanan mula begitu adalah kesan dia. Boleh tak kita pilih cara begitu? Makna turun sendiri lain beza dia. Saya datang sini, saya datang sebagai Perdana Menterilah. Saya balik kampung, dia anggap saya sebagai orang kampung biasalah walaupun dia hormat tentunya tetapi saya lebih faham.
  1. Sebab tu dalam Belanjawan semalam, saya cerita pasal Lahad Datu, pasal Kapit. Lahad Datu, Sabah ni apa dia? Kita pergi situ aspek keselamatan ada, dulu ada emergency curfew, ekonomi terkesan, perlu kesabaran mereka, mutu sekolah dan pendidikan mereka. Semuanya kita dengar dan kita ambil tahu. Dan inilah dalam kebetulan ini Program MADANI Rakyat terakhir di Malaysia ya untuk tahun ini.
  1. Armizan terima kasih banyak satu-satu program yang baik dan di program akhir ini saya nak tekankan perkara tadi, pertama kita nak jadikan tumpuan Sabah ini tentang Blue Economy, jadi Ketua Menteri Blue Economy jadi kita tumpu yang ini. Yang lain jalan, pertanian, penternakan, semua jalan, keusahawanan Ewon jalan, bukan tinggal ya. Tetapi dalam Blue Economy ini kita ada fokus di mana rakyat Sabah faham, jentera Sabah itu melihat satu aspek yang baru, yang perlu diberikan tumpuan.
  1. Dan yang kedua saya cadangkan dan saya minta kalau boleh Ketua Menteri ambil tindakan susulan, semuanya pilih satu kampung sebagai ujian. Sebaiknya macam saya, saya pilih kampung sendiri, jadi senang. Tapi ada kalangan pegawai-pegawai dia pilih. Tidak ada syarat, pilih sahaja kampung sebagai Kampung Angkat dan sikit perbelanjaan itu kita selaraskan.
  1. Jadi sekali lagi, untuk KPDN khususnya saya ucap terima kasih dan juga jentera Kerajaan negeri kerana memberikan kerjasama yang baik dan menjayakan. Dan doa ke hadrat Allah SWT, mudah-mudahan projek ini untuk menyantuni rakyat supaya rakyat faham apa yang kita lakukan dan kita ambil kesempatan dengar juga keluhan mereka kerana kadang-kadang pengumuman kita itu tak sampai ke bawah. Usul-usul kita kadang tak sampai. Dan nak tahu cekap atau tidak, baik atau tidak, mesti dengar dari akar umbi.

Terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

 

 

OFFICIATING SPEECH BY

 

YAB DATUK SERI PANGLIMA ANWAR BIN IBRAHIM

PRIME MINISTER OF MALAYSIA

 

 

AT

 

SABAH INTERNATIONAL

BLUE ECONOMY CONFERENCE  2024

(SIBEC 2024)

19 OCTOBER 2024 (SATURDAY) | 12:00 PM

 

 

SABAH INTERNATIONAL CONVENTION CENTER,

KOTA KINABALU, SABAH

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan

Salam Sejahtera

Alhamdulillah,

Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolihil Kareem

 

The Honourable Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor,

Ketua Menteri Sabah;

Deputy Chief Ministers Of Sabah;

The Honourable Datuk Phoong Jin Zhe,

Minister of Industrial Development and Entrepreneurship and Co-Organising Chairman of SIBEC 2024;

 

The Honourable Federal Ministers and State Cabinet Ministers;

 

The Honourable Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar,

Chief Secretary to The Goverment;

 

The Honourable Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong,

The Sabah State Secretary;

Their Excellencies Ambassadors and High Commissioners;

Profesor Dr. Gunter Pauli,

The Founder of The Blue Economy;

Gunter Pauli is of course the renowned scholar who has been pushing this agenda and has given this founded this Blue Asian first, first the theory and the strategy and pushing the agenda forward. Thank you very much for your presence.

Excellencies, Ladies and Gentlemen,

  1. We are of course delighted to have this initiative by the Chief Minister and the state government. This beautiful land below the wind has now reached a level that is impressive that you are now wanting to continue to be associated with the zeitgeist, with the challenges of the times.

  1. Now Blue Ocean Strategy as you know is a new strategy. There has been of course in the last few decades of course, but then been pushed as a new agenda during this post normal times. You are breaking into a departure from the conventional view of economic development and progress. You’re looking at your own strength and resources. What do I mean by post normal times is a period of uncertainty. We have faced crisis and crises one after another, which have brought so much chaos, complexity and full of contradictions. You have issues that has not been seen to challenge authorities states from migration to climate change to civil strife and civil wars, which would warrant the leadership to take a bold and courageous step, not only taking account of the problems of the past but to be able to anticipate and insya- Allah overcome.

  1. Because the problems are not unique, it’s not separate, it’s not sectoral, it’s not as necessarily regional. It is happening all together at one time. What is termed as simultaneity, challenging us simultaneously. If you talk about climate change is in Africa, is in Asia, is in Europe and is in Sabah. You talk about migration, the problems of legal, illegal immigrants, it is in Sabah, it is in Selangor, it is in Europe, and in the States. You talk about civil strife, it is happening much more elsewhere. You have seen it in Gaza and Ukraine. We pray to Allah SWT that this region remains safe. But the challenges are real. That is why we have to take additional effort to think beyond existing policies, challenges and go beyond.

  1. Now, Blue Economy Initiative is of course a new focus and not all countries or societies or even states in Malaysia can benefit from this Blue Ocean Economy. Well, in a small way, yes, but you are blessed, this state, the great Sabah, can be greater if you focus on these issues.

  1. Now this is what we call a broader inclusive sustainable development, which I unveiled in the Budget yesterday. Our policy to enrich ourselves and each other. If there are issues, problems, we discuss, negotiate and interact with one another. I’ve listened and yesterday in the Budget speech I made specific reference to some visits that I’ve made in the last few months. Was thinking about the new economy and the budget. I was at Lahad Datu that realized that still issues unresolved about customary land in a Felda area and after consulting the Chief Minister, we immediately came up with a decision to resolve the problem of the customary land in Tambisan, Felda Lahad Datu. I’ve observed the tenacity, the courage, the patience of the settlers and the poor families to withstand the onslaught of the perpetrators in Lahad Datu, that resulted in so much economic hardship and loss of lives. And it’s interesting for me to know then. In the case of police personnel, army personnel losing their lives in Lahad Datu, the people of Semenanjung, but in Semenanjung, during some of the earliest commissions, we have bold, courageous Sabahans and Sarawakians losing their lives to protect one another. And this I salute to those, not only them but their families, for the support and the resolve to defend Malaysia as a whole.

  1. So when you look at this, we are not talking about differences, we are talking about strength. Where do I learn? I learnt from Lahad Datu. Where do I get my some of my ideas for the Budget? Of course from the experts. But I can’t underestimate the importance, the wisdom of the folks, the rural folks and those in the hinterland. I’ve looked, talking to the children and my grandchildren in Sekolah Kebangsaan Lahad Datu, Felda. They realized, to them, what can we offer? They see us with so much expression of affection, love and respect. And we have to then reciprocate and understand that we have a responsibility not only to our immediate children and family but the entire children in this country.

  1. Where did I gather that spirit? then idea? Lahad Datu. That’s why I said this, a microcosm or the issues affecting the country, security, quality of education, public health, basic infrastructure, which is of course lagging behind as compared to many other districts in the country. But more pronounced, which is relevant to our discourse today is the economic fundamentals. And that is where our colleagues have decided to focus on our strength in the past decades, Sabah talks about nothing else except timber. Now you’re talking about industrial production, food security and now Blue Ocean Economy to resolve part of the problem. And I believe as stated by my colleague, Chief Minister Hajiji that we are clear. There’s clarity in the policy, of course, premise upon clear commitment, desire to work together and I’ve seen this in Sabah. Congratulations not only to him, but the entire team.

  1. There is of course political stability in the country. We are fortunate and some of the problems affecting national politics and economy would invariably affect states, including Sabah. So we are fortunate and after somewhat years of turbulence in the political arena, we have in the last two years found political stability. But I always question political stability is not the answer. The answer is to have good governance by responsible leaders, rid this country of corruption and laxity, abuse of power and with that political stability we have crafted policies. Their policies that would benefit everyone and to cater for the interests of every single region in the country. That is why I’ve assured, I mean the Chief Minister and my Cabinet colleagues are here, Armizan, Ewon, Deputy Ministers, that in the Cabinet we make no apologies, no issue whatsoever what is required by any state, by any community to be deemed as fair and just. We will continue to support without fear or favour. And this we have done and we have is reflected yesterday’s Budget.

  1. Now, with the clarity of policies, political stability, clarity of policies, then we can embark on these programs. Now, in the last few decades, nobody talked about energy transition or more so energy from the ocean, hardly except for the energy to get this sailing boat across. But now, these are new ideas and our capacity to absorb them to get our universities, including university in Sabah, to get our colleges, our experts to be directly involved in this series of discussions. So, I’m thankful that so many of representatives from universities and colleges are also present to make sure they do participate and support this endeavour to make Sabah an important part of this nation, economically strong and viable.

  1. Now the challenges of course, a year, we are fortunate as I said, the first year was turbulent too. I mean in the sense of people still are uncertain if this government serious, is it stable? Do we have the courage to undertake the necessary reforms, including subsidy rationalization, which is grossly unpopular, but it has to be done. I’ve said, for example, our tax base in Malaysia is about the lowest in the region. Can you imagine? Yeah, only the Finance Ministers nodding in agreement. The rest are not too sure. The tax is too tax or not too tax, that’s the question. And the cost is and is certainly going to be very…very difficult to absorb by the public. But in reality, the lowest, look at the price of sugar, flour, price, petrol, all these as compared to the neighbours is substantially lower and more so petrol. I mentioned part of it yesterday in the Budget. Now, should we burden the people through increasing the prices? No, because however necessary we should, we should avoid giving the additional burden to the people.

  1. Yes. Our inflation is about the lowest, less than 2%. But to the farmers, to the workers, any slight increase is a burden because there’s no increase in their salary and their wages. That is why I made that bold decision to start with the highest increase for the civil servants ever recorded in the history of this country.

  1. Beginning with an increase December and January and another bonus in February. Why? Because I expect them to work harder and be more efficient and serve the people with all their strength and commitment. And I’ve seen under the Chief Secretary and The State Secretary that desired push is being carried out with clear commitment.

  1. I might thank them too because now the demand for salary increase is over. Now is the time for us to execute to the best of our ability to make sure that our departments are efficient and as alluded to by Chief Minister Hajiji, approvals given speedily. If approvals can be given in two weeks, why must they wait two years or two months or even two and a half weeks? I’ll give you an example. A few months back, I decided to open a major housing project in the outskirts of Kuala Lumpur. We call it ‘Perumahan MADANI’ – MADANI Housing Project, mainly for the B40 and M40. The normal time for approvals, land acquisition, EIA, JPS and numerous departments would take between 8 months to one and a half years.

  1. But I call up the project manager and he said everything’s ready. Well, I don’t know. Assuming everything’s ready, I asked the Municipal Chief and they said yeah, but then we will take time to approve. So I just give a date to launch the project and mind you, the project that normally takes eight months to one and a half years, took only 45 days to complete and I launched that project after 45 days. What is the moral of the story, the moral of the story that is something can be done. We are just damn or plain lazy, irresponsible or corrupt and this country cannot succeed if you have this mentality. That is why the battle against corruption must be fought with all our strength.

  1. We have seen results. Our ringgit is about the best performing in the world. Who can even imagine this two years, three years back? But it can be done if our ringgit can be so. Malaysia is now the hub for semiconductor, Sarawak used to be now one of the energy hub. Now we have this idea from our smart Hajiji Chief Minister wanted to make through Blue Ocean, a new hub for the region and I as Prime Minister will give all the support necessary to make sure the Sabah succeed. That’s how we work. Are we competing? No, we are complementing semiconductor mainly Penang, Kulim Hi-Tech, Selangor, Johor now data centre, AI booming in Peninsular.

  1. You need that data centre, by the time you get this huge, enormous energy that’s cheap and water supply that’s going to be very competitive. Of course, Blue Ocean means also fishing. We’re going to consider this. How do you imagine with beautiful ocean surrounding us, we have still to import close to 50 more than 50, 60 billion ringgit for food. Doesn’t make sense. So both of the ministries and state governments have to push this, as long as you protect the environment and make sure that you don’t destroy the environment in the process.

  1. Now the other issues of course, tourism. I was just talking to Chief Minister, Hajiji in just few weeks. I say oh how I would love to come here quietly, spend time with my family and grandchildren to visit Sabah. So beautiful, I have seen from video clippings and documentary. So beautiful. That was my remark to him. Even have a chance. I better spend time here on condition he and the state government will not disturb me during my holidays. But you know that is an objective view. All these years have travelled probably more than half the world, but the beauty, the splendid, exquisite beauty and cultural and scenic in Sabah, believe me, is unrivalled compared to many parts of the world.

  1. A few months back I was in Vladivostok on the invitation of President Vladimir Putin and then during the Q&A with him on stage and the Chinese Vice Premier was asked and I tell him my answer was the our beaches of scenic beauty to me. I said is splendid, exotic, aesthetic and unrivalled compared to many parts of the world. So Hajiji have to do something to give me some commission for promoting Sabah and the beauty of Sabah.

  1. But the commission is hard work and commitment and build up this state as a great part of this country. But otherwise, I intend to initially to also repeat some of the programs and projects that we have passed. I know this also has been expressed by many of us. I wouldn’t do so because you only know that as a state, this is a big state and many areas are still considered to be underdeveloped and we have spent huge funds for the Pan Borneo project, which is Alhamdullilah finally ongoing. It’s almost complete in Sarawak, a bit more push needed for Sabah. But please appreciate the fact that in this yesterday’s budget, the allocation for Sabah is the highest ever recorded in this country.

  1. Is it able to resolve most of our issues or problems of underdevelopment, schools, hospitals, conditions? No, but it is a bold attempt and we will continue to do that. Your task is to make sure there is implemented efficiently, transparently. We don’t end the unnecessary losses due to delays unduly an inordinate delays and waste commissions and corruption.

  1. That’s now your responsibility to make sure that it works and work as a team because Sabah is also showcase multiracial, 30 ethnic groups, multi religious back and work with ‘ihsan’ with compassion, with respect as a great family. So thank you very much Chief Minister and the state government for giving me that opportunity. I wouldn’t expand too much on the issue of Blue Ocean because the experts are here.

  1. So one thing you must learn in politics, governance and leadership, deal with subjects where you have expertise or understanding, where you have experts around, let them explain because they can do better than you. That’s how I learn politics. You have to have the humility and you know, I’ve said this before that one of the great English American poet that I admire, T.S. Eliot, when he talks of humility, he says precisely this “the only wisdom one can hope to acquire is the wisdom of humility. The wisdom of humility is endless.”

  1. Jika ada sesuatu kebijaksanaan yang boleh dirungkai oleh manusia adalah sifat rendah diri, tawaduk kerana sifat rendah diri, humility dan tawaduk itu tidak ada batasnya kerana tawaduklah kita anggap kita perlu bekerja lebih baik walaupun kita mendapat pujian menggunung, kerana rendah dirilah kita akan bertanya dan mengundang pakar-pakar mendengar, kerana rendah dirilah kita boleh turun ke kampung dan desa dan pedalaman, ke Kampung Melayu atau Kampung Cina atau Kampung Kadazan dan faham bahawa ada kebijaksanaan dari mereka yang harus kita pelajari.

  1. So thank you again and I’m confident that the vision that we embrace today to be followed through, through firm commitment and resolve and for this state particularly for the public servant to ensure that programs and projects are transparently, effectively and efficiently implemented.

Terima kasih.

 

Assalamualaikum wahrahmatullahi wabarakatuh.

 

 

 

 

TEKS UCAPAN  

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

KETIKA

 

 

 

PEMBENTANGAN

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2025)

 

 

 

DI DEWAN RAKYAT

JUMAAT, 18 OKTOBER 2024

 

 

 

BELANJAWAN 2025:

MEMBUGAR EKONOMI, MENJANA PERUBAHAN, MENSEJAHTERA RAKYAT

 

Tuan Yang Di-pertua izinkan saya, sebelum membentangkan Belanjawan MADANI ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli-ahli yang berhormat yang memberi sokongan padu kepada rang undang-undangan kewarganegaraan semalam. Bagi saya petanda meningkatnya muafakat dan juga pengiktirafan kepada hak wanita, pengiktirafan juga kepada hak kanak-kanak. Mudah-mudahan semangat ini terus dalam menyokong belanjawan ini.

 

MUKADIMAH

 

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bernama “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua sekarang.

 

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 

  1. Saya mulakan pembentangan Belanjawan kali ini dengan mengungkap kalimah suci firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah Al Baqarah, ayat 22:

ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلْأَرْضَ فِرَٰشًۭا وَٱلسَّمَآءَ بِنَآءًۭ وَأَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءًۭ فَأَخْرَجَ بِهِۦ مِنَ ٱلثَّمَرَٰتِ رِزْقًۭا لَّكُمْ ۖ فَلَا تَجْعَلُوا۟ لِلَّهِ أَندَادًۭا وَأَنتُمْ تَعْلَمُون َ

“Dia yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu, dan langit sebagai binaan, dan menurunkan air dari langit, lalu dengannya dikeluarkan beraneka buah-buahan sebagai rezeki buatmu. Maka janganlah kamu menjadikan sesuatu sebagai sekutu bagi Allah, sedangkan kamu mengetahui.”

  1. Imam al-Baydawi dalam tafsirnya yang tersohor “Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Ta’wil” menegaskan kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta’ala mengatur alam dengan penuh keteraturan. Sunnatullah alam harus digarap tatkala kitaran hujan dari langit menjadi prasyarat penting yang menyuburkan tanaman dan memberikan banyak manfaat kepada manusia. Semuanya diciptakan Allah SWT agar manusia memerhati, merenung, mempelajari, mengolah dan menguruskannya dengan penuh amanah. Tanpa ketinggian ilmu, hikmah dan usaha terancang, kita tidak akan mampu meraih manfaat daripada bumi bertuah ini.
  1. Maka kita harus mentadabbur pedoman agung Qurani yang penuh berhikmah ini. Disulami perintah syukur dan rezeki yang Allah kurniakan, al-Quran menegaskan betapa pentingnya mewujudkan ekosistem yang mantap dan lestari serta urustadbir yang cekap bagi menguruskan kekayaan sumber, sumber alam secara adil dan saksama.

 

“The virtue of wealth is not to have it but to use it rightly.”

(Aristotle; Etika Nicomachus, Buku IV)

Tuan Yang di-Pertua,

  1. Sebelum saya membentangkan Belanjawan MADANI Ketiga 2025, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan penghargaan setingginya kepada semua Ahli Yang Berhormat atas sokongan padu yang bersejarah yang dicapai semalam yang memberikan beberapa implikasi positif lagi bermakna. Pertama, ia bukti permuafakatan yang kukuh antara Ahli-ahli Yang Berhormat. Kedua, pengiktirafan kepada kaum ibu dan hak kanak-kanak.
  1. Seterusnya, dengan rasa penuh tanggungjawab kepada negara dan rakyat, saya berdiri di Dewan yang mulia ini bagi membentangkan Belanjawan MADANI Ketiga 2025 yang tercerna dari usaha gigih para perencana setelah mengambil kira tantangan serta ketidaktentuan global yang semakin mengganas.
  1. Belanjawan yang bakal terhampar ini pastinya akan mencakup serta mencerminkan cita murni rakyat yang mendambakan sebuah tatanan yang berketerampilan, mampan dan inklusif.
  1. Dalam merangka prakarsa ekonomi, pertimbangan asasi terpasak kepada keperluan mengadakan reformasi untuk menjamin pertumbuhan. Pertimbangan dunia sekarang membicarakan pertumbuhan yang rancak tetapi tidak boleh terlepas dari usaha merungkai permasalahan kesenjangan yang membengkak dan kemiskinan yang melebar.
  1. Justeru itu, kerangka pokok adalah untuk memacu pertumbuhan yang segar mengambil kira perkembangan dan cabang pembelajaran yang baru serta tuntutan zaman tetapi tidak terlepas dari tonggak utama, iaitu menjamin keselesaan rakyat melalui pendidikan dan kesihatan. Itulah juga menjadi sebahagian besar dari kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat yang telah kita luncurkan, dan bertekad serta beriltizam untuk meneruskan agenda reformasi.
  1. Merangka kebijaksanaan dan kebijakan ekonomi termasuk Belanjawan, seringkali tertumpu kepada pandangan para elit, pengurus ekonomi, cerdik pandai, dan dialog dengan pengusaha industri dan perwakilan serta peniaga kecil. Namun tidak dimungkiri kenyataan bahawa banyak pengajaran yang saya perolehi dari kunjungan ke akar umbi.
  1. Kunjungan menemui rakyat di akar umbi begitu mengesankan. Malah, membantu kita memahami masalah rakyat dan merangka Belanjawan pada tahun ini, kita menyaksikan sendiri permasalahan rakyat akibat hakisan dan banjir; pendidikan; kesihatan dan dampak sosial. Permasalahan ini ketara, jika ditelusuri, adalah microcosm permasalahan yang lebih luas. Walhasil, selain dari prakarsa ekonomi makro yang diolah dalam Belanjawan, persoalan kritis adalah bagaimana dasar yang mantap, kerangka yang canggih akan menjamin manfaat langsung kepada rakyat.

Kunjungan Menemui Rakyat

Lahad Datu, Sabah

  1. Saya ke FELDA Lahad Datu dua bulan lalu, memantau daerah yang pernah terancam dengan pencerobohan pengganas di Tanduo. Segar kembali kisah insiden tersebut; pengorbanan perajurit, dukungan dan kesabaran rakyat dan perajurit yang terkorban itu ada yang dari Semenanjung dan yang di Semenanjung pernah terkorban, ada dari Sabah dan Sarawak. Saya hadapi permasalahan yang berbangkit di Tambisan kerana tuntutan hak tanah adat. Saya lihat keperluan menambah kemudahan Sekolah Kebangsaan (SK) di sana. Masalah tanah adat berbangkit dan berakhir dengan penyelesaian kepada penduduk Tambisan. Saya turut berjanji kita memenuhi keperluan SK di sana.

Pasar Siti Khadijah, Kelantan

  1. Saya berkunjung ke Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu Kelantan, melihat sendiri keadaan pasar yang daif dan uzur dan beberapa masalah asas seperti bumbung, tandas, bekalan elektrik dan air yang terus menghimpit warga dan peniaga selain daripada ancaman masalah banjir. Namun, semangat mereka luar biasa kuat, cekal. Dan inilah satu-satunya peniaga di pasar yang puluhan yang saya lawati yang menyatakan bahawa mereka rasa selesa bekerja dan mohon tentunya kalau ada bantuan tetapi rasa lebih selesa kerana harga barangan yang mereka beli dari Thailand itu jauh lebih Ini satu-satunya pasar yang memberitahu saya yang mereka berpuas hati kerana barang yang mereka perolehi murah dan dijual dengan harga yang lebih murah ketimbang kota-kota lain. Sebab itu, saya segera mengumumkan peruntukan 5.5 juta ringgit bagi menambah baik pasar ikonik tersebut dan mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri.

Kapit, Sarawak

  1. Lawatan saya ke Kapit, Sarawak, meninjau beberapa projek pembangunan termasuk IPD Kapit dan jalan yang telah kita diluluskan dan telah mula dikerjakan. Kapit merupakan daerah yang terpencil dan miskin. Namun, saya terharu saat disapa seorang ibu dari desa berlari berhampiran hadir hanya untuk menghadiahkan sehelai vest yang dibuat dari manik yang ditenun sendiri. Ketua masyarakat Iban menyerahkan pakaian tradisional yang segak dan sungguh mengesankan bagi saya dan mengagumkan Azizah. Ternyata semangat ‘Segulai, Sejalai’ begitu mengakar dan menjalar ke akar umbi.
  1. Di akhir acara, saya berkunjung ke Rumah Panjang Robert, Nanga Sebatu untuk ketemu pimpinan, tuai rumah selain masyarakat setempat dan ditambah lagi kerana saya lihat sendiri hakisan sungai, yang dibuat permohonan beberapa lama tetapi mereka rasa terdesak kerana hakisan itu menghampiri rumah panjang mereka, maka saya luluskan segera RM2 juta ringgit untuk kerja-kerja menangani permasalahan hakisan tersebut.

Alor Setar, Kedah

  1. Musibah banjir lazimnya turut memusnahkan tanaman. Malah, yang paling terkesan yang menghadapi masalah banjir adalah keluarga miskin kerana mereka selalu duduk atau tinggal di pinggir sungai. Maka, tatkala saya di Alor Setar, berunding dengan badan-badan, agensi Kerajaan Persekutuan dan Jabatan dan Kerajaan Negeri, saya setuju untuk meluluskan RM13 juta ringgit untuk perbaiki infrastruktur, kemudahan sekolah dan bantuan kepada rakyat dan pesawah yang terkesan.
  1. Yang saya nak sampaikan Tuan Yang di-Petua, memaknai Ekonomi MADANI adalah meneruskan dasar-dasar yang diluncurkan tetapi khusus maksud, menyusul sebagai ikhtiar mengemudi Malaysia ke landasan tepat dan gagah. Tidak mungkin kita dapat hulurkan bantuan begitu banyak kalau tidak dapat kita pacu pertumbuhan dengan lebih segar lagi.
  1. Dalam suasana ekonomi dunia yang rencam kini, Kerajaan akan berusaha sedaya mungkin bagi memastikan ekonomi negara kekal teguh dan berdaya saing, selain punyai fundamentals yang kukuh bagi menepis sebarang gejolak yang mampu menggoncang sistem ekonomi negara.
  1. Tetapi tidak boleh melepaskan tanggungjawab kita dari melihat permasalahan kemiskinan dan kesenjangan. Dan ini umpamanya ahli-ahi yang berhormat sedia maklum pemenang Hadiah Nobel terbaru bagi Ekonomi, Daron Acemoglu, Simon Johnson, dan James A. Robinson; itu telah menekankan keperluan ekonomi negara, melihat kepada permasalahan pokok termasuk apa yang pernah dilontarkan oleh Thomas Piketty satu abad yang lalu mengenai kesenjangan yang membengkak.
  1. Mereka mengusulkan reformasi, sistem ekonomi agar membasmi kemiskinan dan mengurangkan kesenjangan. Dan ini bukan perkara baharu, sebab itu kita perlu kesepakatan semua pihak untuk terima kenyataan. Ini termasuk reformasi yang telah saya gerakkan semasa kali pertama menjawat jawatan Menteri Kewangan lebih dua dasawarsa yang lalu, dan saya masih kekal teguh dan konsisten di jalur ini. Sementara yang kaya akan bertambah kaya dan yang miskin akan terus tenggelam dalam lembah kemiskinan. Justeru, penghargaan setingginya kepada ketiga-tiga mereka kerana berjaya memecahkan tembok usang tersebut dan menekankan betapa reformasi mesti disegerakan.
  1. Kerana dari negarawan Rom sendiri, Marcus Tullius Cicero menyatakan, “prosperity demands of us more prudence and moderation than adversity”. Jadi menyemangati maksud tersebut, maka untuk kembali meletakkan tatanan ini ke landasan yang tepat, kita mesti berhemah dalam soal perbelanjaan dan memahami keperluan pengurusan dan lebih bertanggungjawab. Bahawa adalah kelaku biasa di mana-mana negara bekas penjajah untuk “spend big to win big” tanpa mengambil peduli mengenai dampak jangka masa panjang kepada negara. Walhasil, kemakmuran yang dicapai akhirnya tidak diragukan lagi menjadi tidak mampan dan bersifat sementara seraya hutang terus membengkak untuk dibeban dan ditinggalkan kepada generasi akan datang.
  1. Lantaran itu, kita berusaha untuk mengelak pembaziran dan ketirisan dengan gigih dan sama sekali tidak akan membiarkan rakyat menderita akibat dari kekurangan serta kekangan yang ada.
  1. Yang di-Pertua, Malaysia kini berada di persimpangan. Ekonomi dunia berdepan cabaran yang terus mengasak tanpa henti, dasar dan kebijakan yang telah digerakkan, dapat menarik beberapa pelaburan besar yang strategik dan menjamin kemakmuran jangka panjang.
  1. Atas semangat yang sama, Kerajaan, melalui Belanjawan kali ini akan memberi lebih penekanan terhadap usaha pemulihan ekonomi, menguasai aspek inovasi, selain memastikan pengagihan kekayaan yang lebih adil dan saksama. Dengan tumpuan tersebut, maka ia secara tidak langsung akan memperkukuh iltizam negara dalam membina serta membangun masa depan yang hijau, digital, dan berdaya tahan (resilience) sambil terus membela warga yang lemah dan melarat supaya tidak ada yang terpinggir dalam usaha menggapai status negara berpendapatan tinggi (high income nation).
  1. Saat mengambil alih tampuk pemerintahan negara, Kerajaan MADANI menetapkan satu hala tuju yang jelas bahawa ketelanjuran tidak boleh diteruskan dan dipertahankan. Prinsip tatakelola yang baik (good governance) mesti terus mengakar dan disemarakkan.
  1. Maka, ini yang dibentang dan dihamparkan hari ini bukanlah Belanjawan Kementerian Kewangan atau Kerajaan semata, tetapi ini adalah Belanjawan rakyat dan negara Malaysia. Justeru, saya ingin merangkul seluruh kekuatan rakyat. Sepertimana yang pernah saya lontarkan sebelum ini bahawa tidak pernah kita punyai kesempatan terbaik untuk melakar agenda memperkasa ekonomi dan mengangkat martabat rakyat seperti yang kita saksikan sekarang. Negara harus dikenali dengan contoh tatakelola yang baik, dengan nilai, dan yang tidak menggunakan kuasa dan kedudukan untuk menjaga lingkungan. Dengan penuh tawaduk saya membentangkan Belanjawan ini agar dihadham maksud dan manfaatnya buat rakyat dan negara.

PENCAPAIAN DAN TANTANGAN EKONOMI

 

  1. Meskipun ekonomi dunia serba galau dek hiruk-pikuk geopolitik tidak berkesudahan; kedudukan ekonomi negara kalis tantangan dan terus mengukuh.

 

 

 

  1. Prestasi ekonomi mengatasi jangkaan, sama ada dari segi pertumbuhan, pelaburan dan nilai ringgit; mengambarkan keyakinan pelabur dan kejayaan awal daripada langkah pembaharuan Ekonomi MADANI. Dengan itu, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 2024 diunjur lebih kukuh antara 4.8 hingga 5.3 peratus; ketimbang antara 4 ke 5 peratus sebelumnya. Malah, Bank Dunia juga menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia kepada 4.9 peratus, ketimbang 4.3 peratus April lalu.

 

  1. Tahun hadapan, kita yakin ekonomi negara berkembang insya’Allah kukuh antara 4.5 hingga 5.5 peratus, didukung langkah dan strategi Belanjawan MADANI Ketiga 2025.
  1. Tidak dimungkiri kenyataan bahawa kejayaan ini selain dari perkembangan serantau dan dasar-dasar fiskal. Namun, kita tidak boleh khayal dengan kejayaan-kejayaan ini seandainya kita menyimpang daripada komitmen atau iltizam kepada agenda perubahan dan reformasi. Budaya selesa, culture of complacency, mudah terbuai dengan pujian mesti dihentikan.
  1. Maka, Belanjawan MADANI Ketiga akan menghimbau:

 

  1. Walhasil, segala ikhtiar yang dibentang hari ini adalah untuk menyusul setiap penanda aras Ekonomi MADANI dengan tiga tumpuan iaitu membugar ekonomi, menjana perubahan dan mensejahtera rakyat.

 

  1. MENJANA PERUBAHAN KE PUNCAK MAKNA

 

  1. Bagi menjamin perubahan, tekad reformasi yang kita anjurkan mesti terpasak kemas dengan keyakinan bahawa ia mesti diperhebat dengan mencakup langkah-langkah pembaharuan fiskal yang lebih segar dan lebih agresif, memungkinkan rombakan institusi serta meningkat tahap keupayaan dan ketangkasan serta mutu perkhidmatan kepada rakyat.

 

IKHTIAR 1: TANGGUNGJAWAB FISKAL DAN PENGURUSAN HUTANG

 

  1. Justeru, Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) telah menetapkan penanda aras yang jelas terkait pengurusan hutang dan defisit fiskal.
  2. Kerajaan MADANI mewarisi bebanan hutang yang menggunung. Paras hutang tahun lalu adalah pada 1.2 trilion atau lebih 64 peratus KDNK. Jika termasuk liabiliti, paras hutang telah mencecah 1.5 trilion ringgit atau 80 peratus KDNK. Bagi setiap seringgit pungutan cukai, 16 sen perlu dibelanja hanya untuk membayar faedah hutang; dan ini tidak termasuk hutang pokok.
  1. Hutang akan terus meningkat selagi tidak dikurangkan defisit. Maka, langkah-langkah tegas dan berperingkat telah diambil oleh Kerajaan bagi mengurangkan kadar defisit secara konsisten iaitu:

 

 

  1. Atau dengan erti kata lain, yang banyak mengelirukan tentang jumlah hutang, hutang terkumpul, hutang lama, hutang baharu itu yang kita kurangkan: Saya telah janjikan kita tidak akan menambah hutang, So, dengar baik-baik yang saya sebut ialah:

 

 

  1. Ini maknanya pengurangan hutang yang jelas dan bertanggungjawab. Dan ini bermakna apabila dapat dikurangkan kadar defisit dan pinjaman baharu secara berperingkat setiap tahun membolehkan kita mencapai sasaran jangka sederhana FRA iaitu defisit fiskal pada 3 peratus dan paras hutang di bawah 60 peratus KDNK.

IKHTIAR 2: KUTIPAN HASIL

  1. Pada tahun ini, kutipan hasil diunjur semula lebih tinggi daripada unjuran awal kepada 322 bilion ringgit ketimbang 308 bilion. Kerajaan juga menjangkakan, kutipan hasil tahun 2025 terus meninggi kepada 340 bilion ringgit.

 

  1. Maka kita bersyukur dan berterima kasih kepada Kastam dan LHDN tetapi kita bersyukur peningkatan hasil yang nyata. Kendatipun begitu, asas hasil masih rendah, Malaysia menggunakan sistem percukaian, pengutipan hasil antara terendah di Asia sementara perbelanjaan subsidi memuncak ke paras tertinggi di rantau Asia.
  1. Arakian, reformasi fiskal tahun hadapan akan lebih agresif mencakup peluasan hasil cukai secara progresif dan penyasaran subsidi kepada majoriti rakyat yang memerlukan.

 

IKHTIAR 3: PELUASAN HASIL CUKAI

 

  1. Bagi maksud menambah hasil dan meluaskan asas percukaian, maka Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan lebih progresif tetapi tidak membebankan rakyat awam.
  1. Cukai Jualan tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan asas yang digunakan oleh rakyat. Cukai Jualan akan dikenakan ke atas barangan bukan keperluan asas seperti barang premium yang diimport seperti ikan salmon dan avocado. Yang berhormat belah sini dan belah sana makan. Ini harganya akan lebih tinggi bila kita laksanakan.

 

 

  1. Skop Cukai Perkhidmatan akan diperluas meliputi perkhidmatan komersial antaranya perniagaan seperti perkhidmatan kewangan berasaskan fi.

 

 

  1. Bagi memastikan kelangsungan perniagaan, Kerajaan akan melaksanakan sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan serta industri berkaitan sebelum memuktamadkan skop peluasan dan kadar cukai yang dikenakan. Peluasan skop SST secara progresif akan dilaksanakan berkuat kuasa 1 Mei 2025. Sebahagian hasil akan dimanfaat untuk menambah baik bantuan tunai kepada rakyat terbanyak selain meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan dan kesihatan.

  1. Kerajaan bercadang meluaskan asas cukai secara progresif dengan memperkenalkan cukai dividen kepada 2 peratus ke atas pendapatan dividen melebihi 100 ribu ringgit yang diterima oleh pemegang saham individu bermula tahun taksiran 2025. Ini kalau diambil perkiraan dikirakan seseorang yang memperolehi dalam saham 2 juta ringgit. Kalau ada 2 juga ringgit, bayarlah cukai sedikit supaya diagihkan kepada rakyat. Ikhtiar ini dilaksanakan supaya cukai pendapatan yang dikutip tidak hanya bergantung kepada sumbangan penerima gaji, tetapi turut merangkumi sumbangan pemilik syarikat serta individu dengan milikan harta saham jutaan ringgit.
  1. Pertimbangan akan diberikan bagi mengecualikan Pengecualian pendapatan dividen ini akan diberikan kepada simpanan Kerajaan seperti KWSP, amanah saham di bawah PNB dan pendapatan dividen dari luar negara itu akan dikecualikan.

IKHTIAR 4: PENYASARAN SUBSIDI

 

  1. Subsidi dari segi prinsip sepertimana juga sedekah tidak sewajarnya diambil manfaat oleh golongan maha kaya yang telah saya tekankan di Dewan Rakyat yang mulia ini. Selama ini, kita membelanjakan subsidi secara pukal untuk bahan api, elektrik, air, perkhidmatan pendidikan dan kesihatan hatta barangan asas seperti ayam. Pastinya pendekatan sedemikian tidak munasabah tatkala negara terhimpit dengan bebanan hutang dan asas hasil yang rendah.

 

  1. Seperti yang diungkapkan dengan bijaksana oleh Confucius dalam The Analects:

过而不改,是谓过矣        (Guò ér bù gǎi, shì wèiguò yǐ)

“Jika berlaku kesilapan, dan tidak memperbetulkannya, maka itulah kesilapan yang sebenar.”

“If you make a mistake and do not correct it, this is a true mistake.”

  1. Kesilapan fatal inilah—menurut Confucius—yang telah menjerumuskan kita ke perangkap putaran ganas ‘一错再错’ (yī cuò zài cuò) (yang cina faham) iaitu mengulangi kegagalan yang sama berulang kali!
  1. Justeru, Kerajaan perlu akur dan mengambil pendekatan menyasarkan subsidi. Hendak memperkenalkan penyasaran subsidi kena ambil dari Al-Quran, daripada Konfucius, daripada Thirukkural, barulah aman sedikit. Langkah ini telah membawa penjimatan bermakna yang boleh dibelanjakan untuk kepentingan lain. Umpamanya apabila kita laksanakan penyasaran subsidi elektrik, tarif air, harga ayam, subsidi diesel, itu kini diterima lebih baik. Tetapi subsidi tarif air tidak menjadi masalah kerana semua negeri bersetuju dan semua negeri laksanakan.

Penyasaran subsidi diesel terbukti berjaya mengekang ketirisan akibat penyeludupan dan penggunaan oleh sektor perniagaan tidak layak. Sejak dilaksanakan, jualan diesel bersubsidi menurun 30 peratus dengan penjimatan lebih 600 juta ringgit sebulan meskipun subsidi masih disediakan untuk pengangkutan awam, nelayan dan sektor logistik. Dan sejak dilaksanakan, harga pam telah dikurangkan 40 sen seliter kepada 2 ringgit 95 sen.

  1. Maka, tidak harus timbul sebarang kemusykilan dalam pendekatan ini kerana Kerajaan akan pertahankan kepentingan rakyat terbanyak. Setiap penyasaran subsidi adalah untuk membetulkan ketempangan amalan subsidi pukal yang memberi manfaat kepada kelompok elit maha kaya dan warga asing.
  1. Petrol RON95 – kenyataan yang tidak dapat disangkal adalah bahawa, warga asing dan 15 peratus teratas pengguna maha kaya menikmati 40 peratus subsidi petrol RON95 bernilai 8 bilion ringgit. 8 bilion ringgit itu subsidi Kerajaan dari orang yang mengutip cukai kepada golongan maha kaya dan warga asing. Maka, lebih baiklah 8 bilion ringgit ini dimanfaatkan bagi untuk kemudahan pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam termasuk orang asli.

 

  1. Sehingga kini, harga RON95 Malaysia ialah 2 ringgit 5 sen ketimbang negara tetangga seperti Thailand (5 ringgit 85 sen), Indonesia (3 ringgit 38 sen), Singapura (9 ringgit 2 sen) dan Arab Saudi (2 ringgit 66 sen). Harga yang rendah menyebabkan Kerajaan menanggung jumlah subsidi RON95 tahun 2023 mencecah 20 bilion ringgit.
  1. Namun, Kerajaan komited untuk mengekalkan subsidi untuk majoriti rakyat, seperti yang dilaksanakan dalam penyasaran subsidi elektrik, maknanya 85 peratus rakyat tidak terkesan dengan penyasaran subsidi RON95. Bagi mengelakkan kekeliruan, saya tegaskan sekali lagi bahawa tanggungan subsidi masih diteruskan bagi 85 peratus rakyat. Maknanya, Kerajaan akan terus menanggung subsidi yang dianggar berjumlah 12 bilion ringgit untuk keperluan 85 peratus rakyat. Jadi 8 bilion ringgit yang boleh diselamatkan itu adalah dari golongan maha kaya dan warga asing. Dan saya harap di Dewan ini tidak ada yang mewakili maha kaya dan warga asing.
  1. Kerajaan bercadang untuk melaksanakan penyasaran subsidi RON95 pada pertengahan tahun 2025. Saya tegaskan, penjimatan ini akan menjamin faedah di bidang pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat. Penjimatan yang dicapai daripada ini akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat terbanyak.

  1. Matlamat asal penubuhan sekolah berasrama penuh (SBP) adalah untuk membantu murid cemerlang dan dari keluarga susah termasuk pedalaman mendapatkan pendidikan terbaik. Subsidi bagi seorang murid SBP mencecah 15 ribu ringgit setahun. Namun, berdasarkan angka terkini, didapati 30 peratus murid dari keluarga berpendapatan tinggi mendapat manfaat.
  1. Begitu juga di peringkat pendidikan tinggi, umpamanya purata yuran pengajian setahun yang dibayar oleh penuntut sarjana muda farmasi 3,000 ringgit, padahal kos sebenarnya 30 ribu ringgit. Subsidi ini diberikan tanpa mengambil kira pendapatan keluarga.
  1. Jadi kita cadang untuk mengenakan sedikit kenaikan yuran – tidak kepada 85 peratus, tidak kepada B40, tidak kepada M40, tidak T5, cuma T15 yang teratas sahaja yang akan dikenakan kenaikan yuran. Maknanya di SBP atau Sekolah Menengah Sains dan Universiti-Universiti awam, kita kenakan sedikit kenaikan untuk SBP dan IPTA bagi golongan yang masuk kategori 15 peratus. Dan daripada dana itu boleh digunakan untuk membantu rakyat atau pelajar dan mahasiswa dalam kategori M40 dan B40.
  1. Penyasaran subsidi ini juga akan dikenakan di hospital-hospital kesihatan awam kerana sekarang ini, mereka dilayan sama, masuk hospital bayar seringgit walaupun pendapatan mereka 100 ribu sebulan atau pendapatan mencecah jutaan ringgit. Jadi sepatutnya mereka dikenakan sedikit tambahan perkhidmatan wang supaya dapat ditambah tabung Kementerian Kesihatan dan diagihkan kepada pesakit-pesakit miskin.
  1. Seandainya subsidi pendidikan dikurangkan secara berperingkat bagi kumpulan pendapatan 15 peratus teratas, kutipan yang diraih boleh dimanfaatkan untuk menambah baik prasarana SBP dan IPTA tersebut untuk manfaat semua pelajar.
  1. Penyasaran subsidi seumpama ini akan turut melibatkan kesihatan awam. Golongan berpendapatan tinggi wajar menyumbang kepada perkhidmatan kesihatan lebih baik di hospital Kerajaan. Penjimatan diraih dapat dimanfaat untuk membiayai peranti perubatan untuk pesakit miskin dan menaik taraf peralatan hospital dan klinik awam.

  1. Sejak 2022 hingga September 2024, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan hasil yang mencecah hampir 2 bilion ringgit. Oleh itu, KPDN dan JKDM disediakan peruntukan 60 juta ringgit untuk terus membanteras ketirisan dan penyeludupan.

 

  1. Setakat September 2024, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berjaya memecahkan tembok penguasaan kartel dan penipuan bida melibatkan jumlah penalti dikenakan hampir 600 juta ringgit melibatkan lebih 350 syarikat. Oleh itu, MyCC disediakan tambahan peruntukan 27 juta ringgit untuk terus memerangi tembok penguasaan kartel dalam sistem ekonomi negara kita.

 

IKHTIAR 5: ANGGARAN PERBELANJAAN 2025

  1. Kerajaan terus mengekalkan Belanjawan mengembang meskipun bertekad mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat. Anggaran Belanjawan 2025 adalah yang tertinggi yang pernah diumumkan iaitu 421 bilion ringgit membabitkan 335 bilion ringgit belanja mengurus dan 86 bilion ringgit belanja pembangunan.

 

  1. Selain peruntukan pembangunan oleh Kerajaan, projek secara usaha sama awam-swasta (PFI) bernilai 9 bilion ringgit turut dilaksanakan serta pelaburan langsung domestik oleh syarikat GLIC bernilai 25 bilion ringgit. Maknanya Ini menjadikan pelaburan awam untuk pembangunan tahun 2025 yang berjumlah 120 bilion ringgit.

IKHTIAR 6: PEMBANGUNAN TERANGKUM

  1. Namun, kita tidak akan melaksanakan projek mega. Pembangunan negara akan menumpukan kepada infrastruktur, prasarana dan projek berkepentingan rakyat dan menyokong kawasan perindustrian mengikut keutamaan negeri. Dan saya akan kepilkan dengan izin Yang di-Pertua, senarai mengikut negeri, tiap negeri tanpa kecuali diberikan tempat dan juga peruntukan supaya dapat meningkatkan pelaburan.

Perak:     (1) Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) sebagai hab hijau berteknologi tinggi pertama di Asia Tenggara yang diterajui oleh SD Guthrie dan PNB.

(2) Projek Penyaluran Air Mentah Sungai Perak untuk bekalan air di kawasan utara Perak dan Pulau Pinang.

(3)    Lembah Teknologi Tinggi Automatif (AHTV) di Tanjong Malim sebagai hab automotif negara dipacu oleh Proton dan Geely.

(4) Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) sebagai hab industri maritim serantau.

Pahang:  (1) Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi melibatkan sungai-sungai di Pahang.

        (2) Pembinaan Jalan Pintasan Cameron Highlands dengan menaik taraf Jalan Dari Bulatan McDonalds ke Persimpangan Brinchang. 

Johor:     (1) Projek pelebaran Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) daripada empat kepada enam lorong Fasa 3 dari Simpang Renggam ke Machap.

        (2) Projek RTS Johor-Singapura yang dijangka beroperasi pada 2027.

        (3) Projek Pembinaan Baraj dan Takungan Air Pinggiran Sungai di Sungai Sedili Besar, Kota Tinggi.    

Kelantan:        (1) Projek pembinaan Loji Rawatan Air Machang.

        (2) Projek Pemanjangan Landasan Kapal Terbang di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.

Melaka:   (1) Pembinaan Pusingan U Bertingkat dan Direct U-Turn dari Persimpangan Pulau Gadong hingga Persimpangan Taman Cheng Perdana, Melaka Tengah.

        (2) Pembinaan Pasar Besar Melaka Sentral.

Perlis:     (1) Projek pembinaan jalan menghubungkan Jalan Pesisir Pantai ke Kuala Sanglang serta naik taraf Jalan Persiaran Wawasan, Kangar daripada dua kepada empat lorong.

        (2) Projek naik taraf Pos Kawalan dan pembinaan blok baharu di Kompleks ICQS Wang Kelian.

Selangor:        (1) Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat 2.

        (2) Pembesaran Pelabuhan Klang ke arah aspirasi sebagai 10 pelabuhan terbaik dunia. Kerajaan turut akan melebarkan jalan di Lingkaran Pulau Indah dan Pelabuhan Utara Klang.

Kedah:    (1) Pembesaran Kulim Hi-Tech Park yang akan menempatkan syarikat semikonduktor seperti Infineon.

(2) Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Kulim.

Kuala Lumpur:       (1) Membangun Rantau Warisan dengan membaik pulih Bangunan Sultan Abdul Samad, Bangunan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur dan Carcosa Seri Negara oleh Khazanah.

        (2) Projek Lebuh Raya Laluan Istana – Kiara (LIKE) daripada Jalan Duta ke Jalan Istana.

Negeri Sembilan:   (1) Projek Naik Taraf Jalan Bahau-Keratong, Jempol.

        (2) Projek Naik Taraf Loji Rawatan Kumbahan Serantau Kuala Sawah.

Pulau Pinang: (1) Projek LRT Pulau Pinang.

        (2) Projek Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

        (3) Projek Batu Kawan Industrial Park 3.

Terengganu:  (1) Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tepoh dan Banggol Air Lilih, Kuala Nerus.

        (2) Loji Janakuasa Solar Hibrid Cypark, Merchang.

(3) Projek Ladang Solar Terapung Hidro Hibrid Kenyir dan hab hidrogen hijau.

  1. Kerajaan MADANI menunaikan kesepakatan pemimpin terdahulu terkait Perjanjian Malaysia 1963. Maka tidak harus dipertikai sebab Sabah dan Sarawak diberi perhatian khusus kerana pertama, jurang pembangunan antara negeri perlu dirapatkan khususnya melibatkan prasarana asas seperti jalan raya, elektrik dan air bersih. Oleh itu:

 

 

 

 

 

 

IKHTIAR 7: KERJASAMA AWAM-SWASTA

 

  1. Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta atau PIKAS menggariskan hala tuju ampuh dalam memperkukuh hubungan strategik badan awam dan swasta. Tumpuan utama untuk meningkatkan pelaburan swasta sebanyak 78 bilion ringgit dan menjana 900 ribu peluang pekerjaan menjelang 2030.

 

  1. Projek pembangunan akan dilaksanakan dengan mengambil kira elemen ‘pengguna bayar’. Projek berkepentingan rakyat yang mengguna pakai pendekatan PPP termasuklah:

 

IKHTIAR 8: PERANGI RASUAH

 

  1. Sejak mengemudi negara, semua sedar dan tahu ketegasan saya dalam soal memerangi rasuah kerana rasuah ialah barah senyap yang menjatuhkan moral rakyat dan keyakinan pelabur. Tidak guna ditetapkan hala tuju ekonomi kalau tidak dapat dibanteras dengan berkesan. Oleh itu masa depan, kalau untuk menjamin masa depan negara kita harus beri kekuatan tambahan kepada SPRM untuk meningkatkan ikhtiar mereka untuk memerangi rasuah.

 

  1. SPRM akan terus menyiasat dan mengambil tindakan tegas bagi mengheret pesalah rasuah ke muka pengadilan. Angka menunjukkan peningkatan lebih 20 peratus penangkapan dan pembukaan kertas siasatan untuk tahun 2023 ketimbang tahun sebelumnya.

 

  1. Maka tahun hadapan, peruntukan SPRM ditingkatkan kepada 360 juta ringgit ketimbang 338 juta ringgit sebelum ini.
  1. Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) telah digubal bagi menghapus segala bentuk rasuah melalui strategi ampuh dan terperinci. Antara ikhtiar lain yang menyusul termasuklah RUU Kebebasan Maklumat dan RUU Perolehan Kerajaan bertujuan memperkasa tatakelola dan kecekapan perkhidmatan awam.

 

  1. Soal “Follow The Public Money Audit” – Akta Audit telah dipinda untuk memberi Ketua Audit Negara kuasa menyemak dan mengaudit dana awam termasuk syarikat yang menerima jaminan Kerajaan. Sebanyak 200 juta ringgit disediakan kepada Jabatan Audit Negara, meningkat ketimbang 173 juta ringgit sebelumnya. Ini sesuai dengan peranan mereka pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat dan entiti yang menerima peruntukan dan jaminan Kerajaan.

 

IKHTIAR 9: INSTITUSI PARLIMEN

  1. Kita memelihara kebebasan Parlimen. Oleh itu untuk tahun 2025, peruntukan Parlimen ditambah dari 166 ke 180 juta ringgit. Sebahagiannya adalah untuk memperkasa peranan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Negara dan Dewan Rakyat sebagai wadah semak dan imbang.
  1. Seabanyak 20 juta ringgit disediakan untuk menyokong All-Party Parliamentary Group Malaysia Sustainable Development Goals yang merentasi kawasan parlimen dan parti politik.

 

IKHTIAR 10: REFORMASI PERUNDANGAN

  1. Untuk Bahagian Hal Ehwal Undang-undang dinaikkan kepada 209 juta ringgit ketimbang 194 juta ringgit, sesuai dengan komitmen reformasi perundangan dan institusi.
  2. Sebanyak 3,000 undang-undang lapuk perlu dikaji semula. Kerajaan akan membentuk Pasukan Reformasi Perundangan bagi menerajui mengemas kini undang-undang komersial seperti Akta Kontrak 1950 supaya seiring dengan peredaran zaman.

 

  1. Kerajaan akan membentangkan RUU Kredit Pengguna pada mesyuarat akan datang. Sebuah Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna akan ditubuhkan bagi mengawal selia penyedia kredit bukan bank dan penyedia perkhidmatan kredit seperti syarikat pemfaktoran, pemajakan bukan bank dan “Beli Sekarang Bayar Kemudian”.

 

  1. Kemudian kita harus juga terima peranan besar institusi kehakiman sebagai badan bebas yang terus harus diperkasa. Lebih 60 juta ringgit disediakan bagi badan kehakiman bagi menaik taraf prasarana kehakiman termasuk pembangunan sistem e-Kehakiman yang menyokong agenda digital.

 

IKHTIAR 11: REFORMASI INSTITUSI KERAJAAN

  1. Entiti Kerajaan dengan peranan hampir sama telah dipusatkan bagi memastikan mandat penubuhan ditunaikan dengan lebih efektif. Ini termasuk :

 

Ini dapat menjimatkan belanja dan menjamin suatu peranan yang lebih efisien dan membantu dari segi pengurusan yang teratur.

  1. Terkait tatakelola Badan Berkanun Persekutuan (BBP):

IKHTIAR 12: ILTIZAM KECEKAPAN PENTADBIRAN

  1. Kita bertekad melaksanakan reformasi perkhidmatan awam, tatakelola yang baik. Rang Undang-undang Iltizam Kecekapan Pentadbiran Awam akan digubal meliputi tiga anjakan besar: mengurangkan birokrasi, mempercepatkan proses dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan.

 

  1. Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam menumpukan lima keberhasilan meliputi Nilai dan Tatakelola, Pembangunan Modal Insan, Pembangunan Organisasi, Penyampaian Perkhidmatan dan Sinergi Strategik Awam dan Swasta.

 

 

  1. Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) diterajui oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) bertanggungjawab menyelaras isu-isu berkepentingan rakyat seperti sekolah dan klinik daif, kesesakan di hospital dan kaunter imigresen serta kelancaran urusan perniagaan.

 

  1. Antara pencapaian besar Pasukan STAR termasuklah memendekkan proses kelulusan di bawah Ikhtiar Reformasi Kerenah Birokrasi. Umpamanya:
  1. Sejumlah 25 juta ringgit disediakan untuk STAR untuk bekerjasama dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) untuk melaksanakan Ikhtiar Reformasi Kerenah Birokrasi. Ini termasuk mengkaji peraturan yang boleh memendekkan proses kelulusan peniaga dan rakyat.
  1. Kita mengakui dengan sistem baharu dan pengiktirafan yang Kerajaan berikan, dan perubahan positif sebahagian besar penjawat awam yang dedikasi dalam menjalankan tugas.
  1. Adapun, masih terdapat keperluan menambah baik beberapa hal yang dilihat merumitkan rakyat yang mahu berurusan dengan Kerajaan. Ada sesetengah kes terpaksa mengambil cuti untuk menyelesaikan permohonan. Adakala juga perlu beratur panjang untuk nombor giliran dan sekiranya habis, terpaksa datang pada hari lain. Ini belum lagi rakyat dibebankan dengan mengisi pelbagai borang untuk maklumat yang sama.
  1. Sebab itu kita mahu menoktahkan permasalahan ini. Iltizam kita supaya tiada lagi keperluan beratur panjang di pejabat Kerajaan, proses permohonan diselesaikan secara dalam talian dan tujuan rakyat ke pejabat Kerajaan hanya untuk mengambil dokumen yang dilulus atau diperbaharui.
  1. Walaupun Kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan membantu rakyat, adakalanya ia merumitkan kerana terpaksa menunggu, memohon pelbagai kementerian dan agensi dengan kriteria yang berbeza. Kerajaan bersetuju membentuk saluran berpusat di UTC bagi membantu rakyat memohon bantuan merentasi pelbagai agensi.
  1. Urusan Kerajaan melibatkan perniagaan juga dinilai semula. Ini juga yang merumitkan. Mengapa perlu dibebankan syarikat dengan terpaksa mendaftar secara berasingan sekali dengan KWSP, kemudian dengan PERKESO, kemudian dengan HRD Corp padahal maklumat pekerja adalah sama? Sebaiknya, pendaftaran syarikat dapat disekalikan. Dan kita akan menelusuri hal tersebut.
  1. Begitu juga perkhidmatan kaunter-kaunter yang harus diperbaiki:
  1. Begitu juga Perkhidmatan Bergerak dengan peruntukan 100 juta ringgit. Maknanya kemudahan itu terus ke desa dan kawasan pedalaman untuk memudahkan pendaftaran dan kerja oleh rakyat yang terkesan.

 

IKHTIAR 13: SEJATI MADANI

  1. Yang menarik ialah Sejati MADANI di mana setiap pedesaan, miskin bandar, di kampung, pedalaman dan rumah panjang diberi peruntukan antara 50 ribu hingga 100 ribu ringgit. Ini anjakan bagi memperkasa akar umbi, biar mereka putuskan sendiri keperluan projek dan mengikut keutamaan mereka. Kita beri keyakinan dan peranan Jabatan hanya memantau dan memberi galakan.

 

  1. Sejati MADANI setakat ini telah membenih lebih 6,400 kegiatan ekonomi pedesaan.

 

  1. Oleh itu, tahun hadapan, ikhtiar Sejati MADANI bakal diperhebat dengan jalinan kerjasama yang lebih meluas. Lebih banyak pengurusan tertinggi jabatan akan dilibatkan untuk mengetuai ikhtiar Kampung Angkat MADANI. Universiti dan institusi TVET juga akan dilibatkan bagi memberi khidmat di peringkat komuniti. Syarikat-syarikat mega diseru untuk terlibat sama menghulurkan bantuan kepada rakyat yang susah dan memerlukan. Peruntukan 1 bilion ringgit disediakan untuk Ikhtiar Sejati MADANI termasuk:

 

Pertama: 600 juta ringgit untuk merancakkan ekonomi pedesaan di kampung-kampung, bandar-bandar, pedalaman dan perkampungan Orang Asli; manakala jawatankuasa kampung yang akan memutuskan aktiviti ekonomi yang boleh menjana pendapatan tambahan kepada komuniti masing-masing.

Kedua:     200 juta ringgit bagi memperluas Kampung Angkat MADANI di 200 kampung seluruh negara yang diterajui pengurusan kementerian dan jabatan.

Ketiga:     100 juta untuk universiti awam, TVET, kolej menyantuni rakyat, memperbaiki rumah dan memberikan khidmat.

Keempat: 100 juta ringgit untuk memperkasa komuniti PPR seluruh negara melalui pelbagai program sosioekonomi.

Kelima:    Saya menerima baik tawaran syarikat sawit utama seperti KLK, IOI, SD Guthrie, TH Plantations dan United Plantations baru-baru ini kerana mereka telah memutuskan untuk mengambil pekebun kecil sawit di sekitar estet-estet besar, menjamin benih terbaik, baja terbaik dan hasil akan dijual kepada mereka dengan harga yang lebih tinggi. Itu jaminan mereka dan kita akan pantau pelaksanaannya dan saya anggap ini suatu ikhtiar yang sangat membanggakan. Kita ucap terima kasih kepada syarikat-syarikat kelapa sawit besar yang catat keuntungan tapi menunjukkan keprihatinan kepada nasib pekebun-pekebun kecil di sekitarnya.

  1. Selanjutnya, proses perolehan bagi projek-projek berkepentingan rakyat akan dimudahcara:

 

IKHTIAR 14: PENGGUNAAN SUMBER YANG OPTIMUM

  1. Acapkali berlaku juga walaupun kita tegas dan keras, kadang-kadang keterlanjuran sama ada melibatkan jabatan, agensi dan syarikat Kerajaan. Dana yang dibelanjakan itu adalah dana rakyat, dan kita pemegang amanah. Jadi sebab itu, Kerajaan baru-baru ini terpaksa membatalkan rombongan 68 pegawai ke satu pameran di Berlin, Jerman. Walaupun nilainya mungkin dianggap kecil, tetapi kita nak berikan satu mesej bahawa reform ini, tatakelola dan pengurusan harus diambil kira sebagai suatu pendekatan yang serius dan kita tidak akan mudah bertolak ansur. Dan saya harap dengan kerjasama Jemaah Menteri, mana-mana syarikat atau agensi di bawah kerajaan, GLIC di bawah menteri-menteri berkenaan harus mendapat laporan sepenuhnya terhadap apa-apa yang dianggap tindakan dianggap keterlanjuran sedemikian.

 

  1. Yang di-Pertua, kita ada hadapi ruang bangunan puluh tahun yang kosong. Sama ada oleh kerajaan, GLIC dan GLC, kita dah putuskan bahawa semua bangunan-bangunan kosong ini dibangunkan dan disesuaikan, apakah perlu untuk prasekolah, untuk taska dan untuk pusat latihan kemahiran untuk TVET dan jangan dibiarkan kosong. Jadi dengan cara ini, kos boleh dikurangkan dan pembaziran akibat bangunan yang kekal kosong puluh tahun dah berpuluh-puluh tahun ini akan dapat diatasi.

 

  1. Dalam soal transformasi digital, paksinya ialah MyDigital ID. Itu keputusan kita daripada awal. MyDigital ID sebagai Aplikasi Tunggal Kerajaan yang memusatkan semua agensi meliputi antaranya PADU, JPJ dan LHDN. Dan setakat ini baru sejuta yang telah berdaftar, dan kita telah mengarahkan supaya peningkatan usaha supaya Malaysia dikenali dengan negara yang di antara negara yang dapat melaksanakan MyDigital ID.

 

  1. Antara kebijakan lain memanfaat sumber Kerajaan termasuklah menyalurkan sebahagian hasil yang diraih daripada penjualan nombor plat khas untuk membantu rakyat susah. Itu menampungkan yang dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan:

 

 

 

IKHTIAR 15: KESELAMATAN SIBER

 

  1. Negara-negara yang mencanang kebebasan keterlaluan kini telah mengambil beberapa tindakan untuk mengekang keterlanjuran, termasuk yang menyebabkan kematian melalui aplikasi media sosial. Ancaman siber kini semakin menggugat tatahidup bermasyarakat dan menjadi lebih membimbangkan. Isu scam, pornografi kanak-kanak, pembulian siber di media sosial sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa ialah isu besar yang mesti dibendung.
  1. Transaksi mencurigakan lebih 380 juta ringgit berjaya disekat dalam membendung kes scam di Malaysia. Kendatipun begitu, isu scam masih dilihat parah dengan kes yang kian meningkat.

 

  1. Bagi mengekang buli siber yang kian merunsingkan, Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian akan digubal. Dan mudah-mudahan ini akan dapat membantu mengawal scam dan salah guna.
  1. Yang di-Pertua, keselamatan siber negara dan penggubalan Akta Keselamatan Siber 2024, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) akan diberi tambahan perjawatan seramai 100 orang dengan tambahan peruntukan 10 juta ringgit.

 

IKHTIAR 16: MUSIBAH DAN BENCANA

 

  1. Masalah yang dihadapi hari ini dan bulan-bulan lalu dan bulan-bulan yang mendatang adalah musibah banjir kilat yang melanda ibu kota dan beberapa bandar serta negeri. Sebagai langkah segera, selain daripada projek tebatan banjir yang sedang diselenggarakan sebahagiannya siap seperti di Kelantan dan di Alor Setar tetapi ada tindakan segera yang harus dilakukan. Maka hari ini, saya arahkan penyaluran segera 150 juta ringgit kepada PBT dan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk membersihkan longkang-longkang, pengorekan sungai di kota-kota dan kawasan-kawasan desa yang terkesan.

 

  1. Pada masa yang sama pengurusan bencana negara terus ditambah baik di samping menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir melibatkan kerjasama semua kontraktor.

 

  1. 600 juta ringgit disediakan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai persiapan mendepani musibah banjir. Ini termasuk lebih 300 juta ringgit yang telah disediakan untuk persiapan sekiranya berlaku bencana pada bila-bila masa.

 

 

 

  1. Mutakhir ini sering terjadi insiden tanah jerlus dan tanah runtuh menjadi. Ini termasuk kejadian menyayat hati yang menimpa seorang wanita warganegara India di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Bagi mengawal kejadian ini, beberapa projek dilaksanakan meliputi:
  1. MEMBUGAR EKONOMI KE MEDAN JAYA

 

  1. Yang dipertua, Negara harus dipacu lebih pantas, ini cabaran kita. Dasar dan prakarsa baharu yang telah diumumkan perlu ditelusuri dan dilaksanakan dengan berkesan tanpa berlengah. Dasar menaikkan siling bermakna kesungguhan ikhtiar mengangkat ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi. Menurut kerangka Ekonomi MADANI, penyegaran ekonomi negara yang mampan berpaksikan teknologi dan daya cipta akan hanya bermakna seandainya ia melimpah dan bermanfaat kepada rakyat dengan kenaikan lantai. Ini bermaksud pendapatan rakyat ditingkatkan di kalangan golongan profesional, pekerja, pekebun, petani dan nelayan.

 

 

 

 

 

IKHTIAR 17: KERANGKA INSENTIF PELABURAN BAHARU

  1. Suatu anjakan baharu perlu dilakukan bagi meraih pelaburan lebih bermakna. Pendekatan lama dalam memberi galakan dan insentif kepada pelabur tanpa mengambil kira limpahan ekonomi yang diraih tidak lagi boleh digunakan. Umpamanya, pelaburan pusat data (data centre) tidak sepatutnya menjadi rebutan sekiranya ia tidak memberi nilai tambah kepada rakyat dari segi peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dan perkongsian kepakaran. Sekarang, anjakan segar dan penekanan harus dilakukan supaya galakan yang diberikan dapat memberi limpahan ekonomi kepada rakyat dan tidak hanya menguntungkan syarikat pelabur.

 

  1. Kerajaan bersetuju memperkenalkan Kerangka Insentif Pelaburan Baharu iaitu aktiviti bernilai tinggi ketimbang insentif sedia ada yang berasaskan produk tertentu. Kerangka ini dijangka dilaksanakan pada suku ketiga 2025:

Pertama: Bagi meningkatkan tahap kerencaman sektor ekonomi E&E melalui aktiviti bernilai tambah tinggi termasuk perkhidmatan reka bentuk litar bersepadu (IC) dan bahan termaju, galakan cukai bagi peningkatan eksport diperluas kepada aktiviti reka bentuk IC.

Kedua:     Bagi menyediakan pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat dalam bidang AI dan teknologi terkini potongan cukai khas diberikan kepada universiti swasta dan institut latihan kemahiran swasta yang membangunkan kursus baharu seperti teknologi digital, AI, robotik, internet kebendaan (IoT), sains data, FinTech dan teknologi mampan.

Ketiga:     Bagi mengukuhkan rantaian bekalan tempatan dan ekosistem sektor utama, Ikhtiar Ketahanan Rantaian Bekalan diperkenalkan dengan insentif:

Keempat: Perkumpulan ekonomi diwujudkan mengikut keistimewaan negeri seperti tenaga boleh baharu di Perlis dan Sabah, industri kimia khusus di Pahang dan Terengganu.

Kelima:    Bagi mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah, insentif cukai pendapatan pada kadar istimewa ditawarkan bagi pelaburan dalam 21 sektor ekonomi di negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak, tertakluk kepada keberhasilan limpahan ekonomi.

Keenam:  Bagi memastikan pelaburan berlandaskan ESG, galakan cukai seperti elaun cukai pelaburan atau pengecualian cukai pendapatan diberikan bagi aktiviti CCUS.

Kerangka Insentif Pelaburan Baharu ini akan terus disokong melalui fasilitasi pelaburan yang inklusif untuk merangsang pertumbuhan ekonomi yang seimbang di seluruh negara. Langkah ini termasuk memperkenalkan dana pelaburan strategik bernilai 1 bilion ringgit sebagai usaha meningkatkan kapasiti bakat tempatan yang dilaksanakan di negara ini.

  1. Kerajaan juga telah menyatakan kesediaan melaksanakan cukai minimum global (GMT) ke atas syarikat multinasional. Kendatipun GMT memberi hasil tambahan, masih terdapat risiko negatif terhadap iklim pelaburan. Dalam mengurangkan kesan GMT, Kerajaan komited untuk memperkemas insentif sedia ada, mewujudkan insentif bukan cukai baharu serta mengkaji kebolehlaksanaan Kredit Cukai Pelaburan Strategik.
  1. Bagi memudah cara pelabur strategik, MIDA akan menjadi pihak berkuasa melulus untuk pas penggajian melibatkan graduan bukan warganegara lepasan universiti tempatan bagi memenuhi keperluan modal insan dalam sektor-sektor NIMP.

 

IKHTIAR 18: PELABURAN STRATEGIK

 

  1. Tahun hadapan, sejumlah 200 juta ringgit disediakan meliputi Dana Pelaburan Bersama Strategik (CoSIF) dan Dana Pembangunan Industri NIMP (NIDF) bagi menyokong pertumbuhan PKS dan syarikat pertengahan serta menggalakkan pendayaciptaan.
  1. GLIC melalui ikhtiar GEAR-uP akan meningkatkan pelaburan langsung dalam negara berjumlah 120 bilion ringgit bagi tempoh 5 tahun dengan 25 bilion ringgit dilaburkan tahun hadapan. Umpamanya:

 

 

  1. Kerajaan menyokong pembangunan industri unsur nadir bumi (REE) tempatan melalui kerjasama dengan negara seperti China dan Australia yang punyai keupayaan teknologi. Sebagai langkah awal, Kerajaan bercadang meminda Akta Pembangunan Mineral 1994 selain memulakan pemetaan potensi sumber REE di seluruh negara.

 

IKHTIAR 19: SYARIKAT MULA NIAGA

  1. Kerajaan akan terus menyokong sepenuhnya pengembangan syarikat mula niaga tempatan.

 

  1. Pada tahun hadapan:

 

 

 

 

IKHTIAR 20: DIGITALISASI DAN AUTOMASI

 

  1. Kerangka Dasar transformasi digital yang tegas berjaya menarik pelaburan masuk ke negara. Malaysia berjaya meraih pelaburan berjumlah 16.9 bilion dolar Amerika untuk tempoh sehingga 2038 daripada syarikat gergasi teknologi dunia AWS, Microsoft, Google dan Oracle. Ini mencerminkan tahap keyakinan mereka kepada potensi Malaysia sebagai pintu masuk bagi prasarana awan serantau.

 

  1. Sekarang ialah masa syarikat tempatan merebut peluang pelaburan ini. Manfaat haruslah sampai kepada rakyat meliputi peluang pekerjaan, pembangunan pusat kecemerlangan dan pemerkasaan masyarakat.
  1. Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) disediakan 10 juta ringgit bagi mengadun usaha meningkatkan penggunaan AI melalui kerjasama dengan akademia dan industri.
  1. Malaysia mengambil langkah berani untuk menjuarai ekonomi digital serantau melalui pengisytiharan penubuhan Rangkaian Keselamatan AI ASEAN (ASEAN AI Safe). Ini turut dianggotai negara tetangga dalam usaha menggembleng kepakaran dan keselamatan AI di negara masing-masing.
  1. Ke arah pelaksanaan sepenuhnya e-Invois pada 1 Julai 2025, Kerajaan bercadang perbelanjaan bagi pembelian peralatan ICT, pakej perisian komputer dan fi perundingan diberikan elaun modal dipercepatkan untuk dituntut sepenuhnya dalam tempoh 2 tahun.
  1. Kerajaan bercadang melaksanakan mekanisme levi pelbagai peringkat awal tahun depan bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Hasil kutipan levi ini akan disalurkan semula kepada industri bagi merekayasa proses perniagaan ke arah automasi dan mekanisasi.

 

  1. Bagi meningkatkan kapasiti perniagaan PMKS supaya beralih ke arah pendigitalan:

 

IKHTIAR 21: ZON EKONOMI KHAS JOHOR-SINGAPURA

  1. Memorandum Persefahaman Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ), yang sekarang menjadi tumpuan pelabur di rantau khususnya dari Singapura, telah dimeterai pada Januari 2024 menandakan pencapaian besar kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Singapura.

 

 

IKHTIAR 22: SOKONGAN PASARAN EKSPORT

  1. Jumlah perdagangan Malaysia bagi tempoh Januari-September 2024 mencatat lonjakan yang membanggakan kepada 10.2 peratus kepada 2.14 trilion ringgit. Kita meraih lebihan dagangan bagi 53 bulan berturut-turut sejak Mei 2020.
  1. Pemberdayaan PMKS akan terus diperhebat bagi menyokong usahawan tempatan menembusi pasaran eksport.

 

  1. Dalam memacu sektor logistik:

 

 

IKHTIAR 23: TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026

 

  1. Persiapan rapi dilakukan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. Hampir 550 juta ringgit disediakan bagi mempergiat promosi aktiviti pelancongan merangkumi:
  1. Ini termasuk 110 juta ringgit bagi melengkapkan kawasan pelancongan, menjalin kerjasama ekopelancongan dan menyokong pencalonan UNESCO seperti:
  1. Bagi memelihara Kuala Lumpur sebagai bandar raya budaya dan kreatif, Khazanah menyediakan 600 juta ringgit untuk memulih serta mengangkat nilai Bangunan Sultan Abdul Samad dan Carcosa Seri Negara. Ini termasuk membina jambatan bertingkat menghubungkan Taman Botani Perdana dengan Carcosa Seri Negara. Ini akan membantu merubah wajah Kuala Lumpur dari segi warisannya. Kuala Lumpur akan dikenal dengan sejarah gemilang dari Bangunan Sultan Abdul Samad, tentunya kepada Padang Merdeka, padang reformasi, sehinggalah Stesen Keretapi dan ke Carcosa.

 

 

 

 

 

IKHTIAR 24: KEPENGERUSIAN ASEAN-MALAYSIA 2025

 

  1. Yang Di-Pertua, Malaysia akan mempengerusikan ASEAN tahun depan, ini peluang terbaik kita mengemudi Wawasan Komuniti ASEAN yang disebut Wawasan Komuniti ASEAN 2045.

 

  1. Kita beriltizam melakar hala tuju ASEAN lebih berdaya tahan, berdaya cipta dan berpaksikan rakyat. Kita berpegang teguh kepada prinsip pendekatan bersama memahat agenda pembaharuan dan di peringkat ASEAN termasuk menggerakkan pembangunan di kawasan bersempadan dan ini termasuklah usaha kita untuk meningkatkan kemajuan di Utara Tanah Melayu bersama Selatan Siam, Johor-Singapura selain daripada acara yang melibatkan kerjasama ASEAN.

 

  1. ASEAN sekarang teruji sebagai medan mengelakkan persaingan kuasa-kuasa besar dan kita dapat menetapkan suatu kaedah yang jelas dalam 5 Points Consensus dalam isu Myanmmar dan juga bebas menyelesaikan dengan cara berkhemah dan rundingan dalam menghadapi masalah South China Sea. Yang menarik, seperti mana yang saya sebut di Parlimen minggu lalu, awal minggu ini ialah penambahan keyakinan kepada Malaysia yang julung kalinya berlaku di ASEAN iaitu mengadakan Sidang Kemuncak ASEAN Negeri Arab GCC+China buat julung kalinya.
  1. Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 melibatkan penganjuran lebih 270 mesyuarat dan aktiviti melibatkan semua negeri. Saya berharap, penganjuran ini dapat menjana pendapatan usahawan khususnya penyedia khidmat logistik, perhotelan, pelancongan termasuk jualan kraf tangan.

 

  1. Jadi bagi menyokong penggiat usaha-usaha ini, ada beberapa pendekatan kita. Puluhan Mesyuarat Peringkat Tertinggi, ratusan Mesyuarat Peringkat Pegawai Kanan, Menteri dan juga Pegawai-pegawai, semua hadiah yang diberikan mestilah daripada kraf tangan tempatan dan tidak ada daripada yang lain dan mungkin di antaranya adalah topi yang dipakai oleh Yang Di-Pertua. Sebagai contoh, beg dokumen yang saya gunakan hari ini ialah kerja seni tenunan songket hasil pereka tempatan, Adiguru Rasiah Yusoff dari Kampung Tikat Penambang, Kelantan.

 

 

 

 

IKHTIAR 25: PERALIHAN TENAGA

 

  1. Rencana NETR adalah untuk mengalihkan sektor tenaga ke arah mencapai sasaran gas rumah hijau sifar bersih seawal 2050. Tahun depan, lebih 300 juta ringgit disediakan di bawah Dana Mudah Cara Peralihan Tenaga Negara, ketimbang 100 juta tahun ini.

 

  1. Beberapa projek NETR memasuki fasa pelaksanaan seperti:

Pertama: Ladang Solar Terapung Hidro Hibrid Kenyir dan hab hidrogen hijau di Terengganu. Ini di antara yang agak terbesar dalam negara kita dan di antara yang terbesar di ASEAN dan akan diluncurkan dalam masa yang singkat melibatkan PETRONAS dan TNB di Tasik Kenyir.

Kedua:     Program Large Scale Solar (LSS).

  1. Dalam isu capaian tenaga boleh baharu:

 

  1. Susulan penggubalan Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga, ikhtiar meningkatkan kecekapan tenaga terus diperhebat melalui:

 

  1. Bagi menyokong pelaksanaan CCUS di Malaysia:
  1. Terkait Kenderaan Elektrik (EV):

 

  1. Bagi menyokong ekonomi kitaran, Kerajaan bercadang:

 

 

 

  1. Kerajaan akan memperkenalkan Cukai Karbon ke atas industri besi dan keluli. Cukai ini bertujuan menggalakkan penggunaan teknologi rendah karbon dan ini juga akan membantu membiaya program penyelidikan dan teknologi hijau.

 

IKHTIAR 26: PERLINDUNGAN KHAZANAH ALAM

“Dan dengan sederap rentak dan sesyahdu suara
kita tetap bertekad melindungi rimba terdera.

Kau yang pendera usah berhelah atau berpura
kerana sedalam kuburmu rimba akan membela.”

Petikan puisi ‘Langkah Lestari’ (A. Samad Said)

  1. Belanjawan 2025 kekal komited melindungi khazanah alam termasuk melalui:

 

 

  1. Bagi melindungi generasi masa hadapan, Kerajaan bercadang meminda Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 bagi memperluas sumber sumbangan kepada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) serta memperketat kawalan tatakelola pengeluaran dana.

IKHTIAR 27: KETERJAMINAN MAKANAN

 

  1. Antara kelemahan ketara kita, kebergantungan yang tinggi kepada import makanan walhal punyai kesuburan tanah dan kemampuan meningkatkan keterjaminan makanan negara. Kita ucap tahniah kerana kesungguhan Kementerian dalam bidang ini, maka ditambah:

 

 

  1. Terkait industri padi negara:

 

 

 

  1. Kesejahteraan pesawah dan nelayan terus dipelihara:

IKHTIAR 28: PERLADANGAN DAN KOMODITI

 

  1. Belanjawan 2025 meningkatkan peruntukan FELDA, FELCRA dan RISDA kepada 2.6 bilion ringgit.
  1. Bagi memperkukuh sektor sawit negara:

 

  1. Terkait perusahaan getah:

 

IKHTIAR 29: DAYA CIPTA KEWANGAN ISLAM

  1. Petunjuk Ekonomi Islam Global 2023 mengekalkan Malaysia pada kedudukan teratas untuk tahun ke-10 berturut-turut. Adapun banyak lagi ruang boleh diteroka bagi mengangkat sektor kewangan Islam ke tahap lebih adil berlandaskan maqasid syariah selain berupaya menyaingi produk konvensional.
  1. Sektor kewangan Islam perlu dipacu lagi supaya lebih berdaya cipta. Sejumlah 100 juta ringgit dana padanan disediakan bagi menggalakkan inovasi pembiayaan kewangan Islam baharu berasaskan nilai Islam dan syariah supaya tidak lagi bergantung kepada produk terbatas patuh syariah tetapi mirip konvensional. Maka, antara pembiayaan yang diperintiskan termasuklah berasaskan prinsip musharakah yang melibatkan perkongsian risiko dan keuntungan yang adil. Ini projek kewangan iklim termasuk projek keterjaminan makanan dan dilaksanakan dengan padanan dana institusi perbankan Islam dan pelabur swasta.

 

  1. Program i-TEKAD yang ditawarkan 13 bank dan 70 rakan pelaksana telah membantu lebih 8,000 usahawan mikro berpendapatan rendah. Tahun hadapan, 20 juta ringgit geran padanan disediakan dengan 5 juta ringgit khusus untuk menyumbang kepada caruman insurans atau takaful  bagi usahawan mikro. Ini akan dipadankan dengan sumbangan syarikat insurans atau pengendali takaful untuk manfaat peniaga dan penjaja kecil, penghantar barang dan makanan serta peserta Ikhtiar Pendapatan Rakyat yang rosak tanaman akibat bencana.

 

  1. Kerajaan juga menyokong pelaburan berimpak sosial lain termasuk pembiayaan P2P patuh syariah dan pendanaan awam ekuiti di bawah program MyCIF dengan menyediakan geran padanan 40 juta ringgit.

 

  1. Bagi merancakkan kajian dalam bidang ekonomi Islam, sejumlah 10 juta ringgit diperuntukkan bagi menyokong usaha sama antara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan INCEIF University dalam meningkatkan lagi kefahaman serta pemakaian nilai-nilai universal ekonomi Islam. Perkembangan penyelidikan dan pembangunan program akademik akan terus mencambah aplikasi ekonomi Islam dalam pembentukan dasar semasa yang selaras dengan prinsip maqasid Shariah yang adil, inklusif, lestari dan kemakmuran bersama.

 

 

IKHTIAR 30: PEMBANGUNAN INDUSTRI HALAL

  1. Hampir keseluruhan negara dunia mengiktiraf pensijilan halal Malaysia. Oleh itu, usaha sama JAKIM, HDC dan MATRADE harus dilipatgandakan supaya ada faedah langsung bukan sahaja memberikan sijil tetapi mendapat faedah bersama industri tempatan yang disebut industri halal negara.

 

 

IKHTIAR 31: PEMBANGUNAN TANAH WAKAF

 

  1. Sekarang ini kita juga beri tumpuan terhadap soal tanah wakaf. UDA Holdings Berhad berperanan besar. Dua projek utama yang dilaksanakan termasuk di Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Agama Pulau Pinang tapi Wakaf MADANI hendak diperluaskan dengan dan diperkasa melalui agensi kerajaan.

 

IKHTIAR 32: BANTUAN DAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN

  1. Dalam memacu ekonomi subur, tidak hanya tergantung kepada konglomerat utama. 90 peratus ekonomi melibatkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang menggaji hampir separuh pekerja dan menyumbang 40 peratus kepada KDNK. Sehubungan itu, Kerajaan memutuskan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan PMKS dalam bidang-bidang tumpuan seperti keterjaminan makanan, peralihan tenaga dan digital.

 

  1. Institusi Kewangan Pembangunan dan agensi Kerajaan memainkan peranan besar peringkat perniagaan mereka. Umpamanya, hampir 40 tahun lalu, Bank Pembangunan merupakan institusi pertama yang menyediakan pinjaman Bank Pembangunan membantu Ramly Burger sehinggakan perusahaan menjadi satu kejayaan membina kilang melalui kemudahan pembiayaan Skim Transformasi Digitalisasi Industri. BSN juga menyediakan pinjaman mikro untuk para peniaga kecil Ramly Burger.

 

  1. Jadi, 40 bilion ringgit disediakan sebagai kemudahan pinjaman untuk PMKS di bawah agensi kerajaan.

 

 

 

  1. Kerajaan mencadangkan had amaun pinjaman atau pembiayaan Skim Pembiayaan Mikro bagi tujuan pengecualian duti setem dinaikkan daripada 50 ribu ringgit kepada 100 ribu ringgit mulai 1 Januari 2025.
  1. Bagi meluaskan akses PMKS kepada pinjaman atau pembiayaan alternatif, Kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan yang disempurnakan PMKS dengan pelabur melalui platform Initial Exchange Offering (IEO) mulai 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2026.

 

  1. Kerajaan terus menyokong aktiviti perniagaan badan-badan koperasi termasuk menyediakan modal pusingan. Dana pembiayaan sehingga 100 juta ringgit disediakan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

IKHTIAR 33: KEMUDAHAN PENJAJA DAN PENIAGA KECIL

  1. Pendirian saya kekal bahawa keadaan warung, gerai dan pasar perlu dijamin tahap keselesaan serta keselamatannya. Peniaga kecil, penjaja tidak diabaikan, maka sebab itu diadakan langkah di antara Kementerian, Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran, KPKT untuk menjamin tahap keselesaan dan keselamatan warung, gerai dan pasar. Tahun hadapan, 100 juta ringgit disediakan bagi:

 

IKHTIAR 34: TRANSFORMASI EKONOMI BUMIPUTERA

  1. Peluncuran Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera yang diputuskan membawa pengarahan dan kebijakan baharu. Kita tidak boleh lagi terkurung dengan pendekatan lama. Oleh itu, tatakelola harus diperbaiki kerana tidak boleh nama agensi bumiputera digunakan dan  tidak diurus dengan cekap dan baik kerana ini tidak akan menjadi agenda untuk mengangkat martabat dan darjat Bumiputera.

 

  1. Sebab itu, pemusatan Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan Ekuinas di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera adalah untuk menyokong perniagaan Bumiputera sepanjang kitaran perniagaan mereka. Ekuinas akan melabur dalam syarikat pertengahan dan setelah itu, syarikat yang berjaya akan disenaraikan dan mendapat pelaburan sewajarnya daripada PNB.

 

  1. Peruntukan 800 juta ringgit pembiayaan di bawah MARA dan PUNB tersedia untuk melatih dan memberi peluang kepada usahawan Bumiputera dan menyokong artisan tempatan.

 

  1. Kerajaan bersetuju memperuntukkan 1.3 bilion ringgit untuk memperkasa kontraktor G1-G4 khususnya Bumiputera. Ini memberi peluang kepada kontraktor melaksanakan projek-projek kecil dan sederhana termasuk pembinaan jalan raya serta pembaikan dan penyelenggaraan prasarana awam.

 

  1. Pada masa yang sama, sejumlah 200 juta ringgit disediakan untuk Skim CAKNA 2 bagi menyokong aliran tunai kontraktor G1-G4 menyiapkan projek berskala kecil Kerajaan bernilai sehingga 1.5 juta ringgit.

 

  1. Buat pertama kalinya dalam sejarah, Kerajaan MADANI telah bersetuju menetapkan 50 ekar daripada pembangunan projek strategik Bandar Malaysia sebagai Tanah Rizab Melayu. Ini hanya permulaan dalam mengenal pasti tanah-tanah Kerajaan yang sesuai bagi memastikan aspek pembangunan tidak diabaikan supaya keseimbangan sosioekonomi jangka panjang di kawasan bandar dipertahankan.

 

  1. PNB dan PHB akan terus meningkatkan kerjasama membangun tanah rizab Melayu dalam projek perumahan mampu milik, penginapan pelajar dan pembangunan komersial.

 

III. MENSEJAHTERA RAKYAT KE TAHAP BAHAGIA

 

  1. Tanggungjawab pemimpin dan penjawat awam adalah untuk berkhidmat dengan penuh amanah dan keikhlasan bagi membebaskan rakyat dari segala bentuk penindasan dan belenggu, sekali gus mengangkat martabat pentadbiran negara ke tahap yang lebih tinggi dan terpuji. Peringatan tersebut selaras dengan seruan ayat al-Quran dalam surah al-Balad yang memerintahkan agar membebaskan manusia dari segala belenggu perhambaan dan penindasan demi mencapai matlamat kebahagian dan kesejahteraan hidup yang sebenar.
  1. وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَاٱلْعَقَبَةُ۝فَكُّ رَقَبَةٍ۝أَوْ إِطْعَـٰمٌۭ فِى يَوْمٍۢ ذِى مَسْغَبَةٍۢ۝ يَتِيمًۭا ذَا مَقْرَبَةٍ۝ أَوْ مِسْكِينًۭا ذَا مَتْرَبَةٍۢ۝ ثُمَّ كَانَ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْمَرْحَمَةِ۝

Dan apakah engkau mengetahui: apakah amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan? . (Di antara amal-amal itu – bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi. Atau memberi makan pada hari kelaparan. Kepada anak yatim daripada kaum kerabat. Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah (fakir). Kemudian, orang yang beriman dan saling berpesan dengan kesabaran serta berpesan dengan kasih sayang (Surah Al-Balad: 12-17)

 

IKHTIAR 35: KOS SARA HIDUP RAKYAT

 

  1. Perlu ditekankan bahawa, langkah-langkah yang diambil untuk memperbaiki pengurusan, meluruskan ketempangan, mengelak ketirisan termasuk kebijakan penyasaran subsidi, peluasan asas hasil adalah di antara lain mengupayakan bantuan yang lebih bermakna kepada rakyat.

 

  1. Rakyat masih terus mengeluh kerana terpakasa berdepan dengan apa yang dianggap kos yang meningkat. Sebab itu kita berikan peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Saya ingin mengumumkan pada tahun ini, SARA untuk rakyat miskin dan STR akan mendapat peningkatan terbesar dalam sejarah 13 bilion ringgit. Ini akan memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau 60 peratus penduduk dewasa negara.

 

  1. Kita akui dan mendengar terus rungutan demi rungutan tentang kos sara hidup. Lantaran itu, kita mengambil langkah serta kebijakan ekonomi yang merupakan peningkatan peruntukan dan kadar maksimum bantuan tunai yang pernah diberikan oleh Kerajaan.

 

  1. Ini juga akan ditambah melalui peningkatan peruntukan bantuan tunai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meningkat kepada 2.9 bilion ringgit bantuan oleh JKM:

 

  1. Untuk Wilayah Persekutuan, Kadar Bantuan Am juga dinaikkan kepada 150 ringgit ketimbang 100 ringgit, dengan kadar maksimum sekeluarga sebanyak 500 ringgit sebulan. Saya percaya Kerajaan Negeri yang sudah terus mengadakan program ini ataupun kalau boleh ditambah.

 

  1. Jika dihitung keseluruhan bantuan STR, SARA dan JKM tidak termasuk Zakat dan bantuan Negeri atau bantuan NGO:

 

  1. Pada kesempatan ini, saya ingin umumkan bahawa bayaran bagi STR 2024 Fasa 4 akan disalurkan kepada penerima bermula 7 November depan melibatkan peruntukan 1.7 bilion ringgit.

 

  1. Seluruh jentera Kerajaan digerakkan bagi menggembleng kekuatan mengawal harga dan bekalan barangan untuk termasuk menghapus tembok penguasaan kartel yang meratah keuntungan mahabesar daripada wang rakyat.

 

  1. 1 bilion ringgit disediakan untuk menganjurkan ikhtiar menangani kos sara hidup.

 

 

  1. Selain itu, 250 juta ringgit disediakan untuk mengedarkan barangan keperluan asas di kawasan pedalaman dan desa termasuk memperluas ke kawasan baharu di Magandai, Kota Marudu, dan Nanga Pelawan, Bintulu.

 

  1. Saya ingin mengumumkan:

 

 

IKHTIAR 36: PENDAPATAN RAKYAT

 

  1. Kerajaan MADANI sentiasa menitikberatkan soal pendapatan rakyat. Penstrukturan ekonomi hanya dianggap berjaya apabila rakyat meraih gaji dan upah yang bermakna untuk menjalani hidup dengan lebih selesa.

 

  1. Untuk itu, Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada 1,500 kepada 1,700 ringgit sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.

 

  1. Penangguhan hanya diberikan membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan iaitu berkuat kuasa 1 Ogos 2025.

 

  1. Kementerian Sumber Manusia juga akan menerbitkan garis panduan untuk rujukan pekerja. Jadi ini harus dibezakan gaji untuk Juruteknik Terlatih lulusan TVET, mahasiswa, graduan universiti, tidak boleh digunakan kadar 1,700. Mereka wajar diberi pertimbangan dan kita akan pantau syarikat-syarikat yang berjaya dan berkeuntungan besar yang tidak munasabah kalau mengekalkan gaji siswazah pada tahap yang rendah sepertimana sekarang. Umpamanya, gaji permulaan Juruteknik Industri dan Pengeluaran (2,290 ringgit), Jurutera Mekanikal (3,380 ringgit) dan Profesional Pereka Kandungan Kreatif (2,985 ringgit).

 

  1. Dasar Gaji Progresif ini ikhtiar Kerajaan MADANI untuk mereformasi pasaran buruh dengan matlamat meningkatkan pendapatan pekerja. Dasar ini sudah mula dilaksana secara rintis pada Jun lalu dan akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun hadapan. Dasar Gaji Progresif diperuntukkan 200 juta ringgit dan akan memanfaatkan 50 ribu pekerja.

 

  1. Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) adalah ikhtiar kita menoktahkan kemiskinan tegar melalui peningkatan pendapatan rakyat. Melalui IPR INSAN, umpamanya Saudari Normaladiana Mohd Yazal yang merupakan OKU fizikal, membantu suaminya berniaga dan berjaya meraih pendapatan untuk keluarga hampir dua kali ganda. Tahun hadapan, 250 juta ringgit disediakan untuk meningkatkan penyertaan lebih ramai rakyat miskin tegar termasuk OKU mengikuti program IPR bagi menambah pendapatan mereka.

 

IKHTIAR 37: PERLINDUNGAN SOSIAL

 

  1. Agenda perlindungan sosial akan memastikan rakyat terbanyak dilengkapkan dengan simpanan persaraan yang munasabah serta caruman insurans daripada musibah.

 

 

  1. Bagi mengurangkan kos penyerahhakkan dan menggalakkan hibah perlindungan insurans serta takaful kepada ahli keluarga, surat cara penyerahhakkan polisi insurans hayat dan sijil takaful keluarga secara pemberian kasih sayang atau melalui pemegang amanah akan dikenakan duti setem pada kadar berperingkat antara 10 ringgit hingga 1,000 ringgit berdasarkan nilai pindah milik.

 

IKHTIAR 38: PENDIDIKAN ARUS PERDANA

 

  1. Wajar merenung seketika bait-bait nukilan penyair W.S. Rendra ‘Sajak Anak Muda’. Jika ditelaah, akan terjentik dhamir untuk mendamba perubahan dan mencerna reform agar pendidikan lebih bermutu dan mampu memberi pencerahan di samping serta mendamba pemikiran kritis.

 

“Kita adalah angkatan gagap

yang diperanakkan oleh angkatan takabur.

kita kurang pendidikan resmi

di dalam hal keadilan,

karena tidak diajarkan berpolitik,

dan tidak diajar dasar ilmu hukum.”

– 

 

“Bukan pertukaran pikiran.

ilmu sekolah adalah ilmu hafalan,

dan bukan ilmu latihan menguraikan.

Dasar keadilan di dalam pergaulan.”

 –

 

“Lalu akhirnya

Menikmati masa bodoh dan santai.

Di dalam kegagapan,

Kita hanya bisa membeli dan memakai,

Tanpa bisa mencipta.

(Petikan W.S. Rendra)

 

  1. Maknanya pendidikan ilmu untuk berfikir, untuk merenung, membentuk nilai dan akhlak dan menguasai ilmu dengan baik. Dan ini tepat seperti mana yang dirumuskan oleh junjungan besar Rasulullah SAW:

أدبني ربي فأحْسن تأديبي

“Bahawa Tuhanku telah menitipkan akan daku

dengan sebaik-baik adab”

 

  1. Kementerian Pendidikan diberi peruntukan 64.1 bilion ringgit – peruntukan tertinggi dalam sejarah.

 

  1. Keutamaan adalah memastikan ruang pembelajaran selesa dan selamat untuk anak-anak menimba ilmu.

 

 

 

  1. Bagi memastikan capaian internet di sekolah desa dan pedalaman, Kerajaan bersetuju melaksanakan Program Ketersambungan Infrastruktur Jalur Lebar Talian Tetap ke Sekolah-sekolah Luar Bandar dengan peruntukan 100 juta ringgit. Projek Point of Presence (POP) sedia ada juga diteruskan dengan peruntukan 800 juta ringgit.

 

  1. Alhamdulillah, berkat kesungguhan semua, kita berjaya membaik pulih tandas lebih 8,300 sekolah dalam masa singkat. Tumpuan sekarang membaik pulih kemudahan lain seperti kantin, musolla dan kemudahan-kemudahan asas dengan 100 juta ringgit.
  1. Kemudahan lain seperti dewan juga dinaik taraf melalui komitmen badan swasta dan syarikat Kerajaan. Saya menyeru supaya badan swasta, alumni dan dermawan untuk mengambil tanggungjawab korporat menyumbang ke arah persekitaran sekolah anak-anak yang selesa.

 

  1. Hanya ketinggian ilmu yang dapat mengeluarkan rakyat dari kepompong kedaifan hidup melarat. Sejumlah 17 jenis bantuan pendidikan terus disediakan dengan peruntukan 5.3 bilion ringgit.

 

 

  1. Sejak 2002, sudah 22 tahun kadar Geran Per Kapita (PCG) TVET tidak disemak semula. PCG ialah sumber kewangan utama sekolah dan kadar lama tidak lagi dapat menampung kos pembelajaran yang kian meningkat. Sekolah kurang murid di pedalaman pula bergantung kaedah PCG yang sama. Bermakna, sekolah kurang murid selama ini kurang dana.

 

 

 

 

  1. Selanjutnya, Kerajaan bersetuju Elaun Sara Hidup bagi siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pendidikan Guru ditingkatkan kepada 530 ringgit sebulan ketimbang 430 ringgit.

 

IKHTIAR 39: PENDIDIKAN TINGGI

 

  1. Falsafah pendidikan perlu terus diterapkan dalam prakarsa pendidikan tinggi (KPT). Langkah awal yang dimulakan perlu ditingkatkan dengan lebih gigih lagi. Di antara strategi lanjutan termasuklah peningkatan mutu bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, di samping penguasaan bahasa-bahasa lain terutamanya Inggeris. Ini yang ditekankan KPT sekarang. Universiti perlu pantas memperkenalkan disiplin baharu yang membuka ruang penerokaan pemikiran dan teknologi baharu. Pimpinan universiti dan para ilmuan perlu diberi ruang dan wewenang untuk menggagaskan pembaharuan ke arah kemantapan dan peningkatan mutu.

 

  1. Kementerian Pendidikan Tinggi diperuntukkan 18 bilion ringgit tahun ini.

 

  1. Terkait kemudahan untuk anak-anak melanjutkan pelajaran ke menara gading:

 

 

  1. Tabungan pendidikan tinggi anak-anak diberi melalui:

 

 

  1. Belanjawan MADANI Ketiga kekal dengan komitmen meningkatkan mutu institusi pendidikan tinggi. 635 juta ringgit disediakan untuk menambah baik prasarana, mengganti peralatan usang dan sebagainya.

 

  1. UiTM disediakan peruntukan tambahan 20 juta ringgit supaya melahirkan lebih ramai jurutera E&E memastikan penyertaan Bumiputera dalam bidang semikonduktor.

 

IKHTIAR 40: KECERDASAN BUATAN (AI)

 

  1. Kemudian, kita melihat petanda positif Fakulti Kecerdasan Buatan Universiti Teknologi Malaysia dalam masa yang singkat. Ini memberikan harapan petanda institusi pendidikan kita sudah menuju ke arah kecemerlangan.

 

  1. Tahun hadapan, pendidikan berkaitan AI akan diperluas ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan 50 juta ringgit.

 

 

  1. Kerajaan akan terus menyuburkan aktiviti penyelidikan, pembangunan, komersial dan daya cipta.

 

 

IKHTIAR 41: PEMERKASAAN TVET

 

  1. TVET diberi peruntukan tambahan kepada 7.5 bilion ringgit ketimbang 6.8 bilion ringgit. Keutamaan diberikan untuk:

 

 

  1. Kerajaan mengalu-alukan kerjasama PROTON melalui PROTON Advanced Automotive Technology Institute di Melaka yang menyumbang kurikulum, kemudian kerjasama seumpama ini diperhebatkan melalui:

 

 

  1. Peluang pendidikan dan latihan TVET akan dipertingkatkan:

 

IKHTIAR 42: PENJAGAAN KESIHATAN

 

  1. Tanggungjawab pemimpin dan Kerajaan – seperti yang terungkap dalam Thirukural – உறுபசியும் ஓவாப் பிணியும் செறுபகையும் சேரா தியல்வது நாடுmembangun negara mesejnya kuat. Membangun negara yang bebas dari kemiskinan, wabak penyakit dan musuh yang membinasakan. Nation is that which continues to be free from poverty, irremediable epidemics and destructive fools.

(Thirukural : 734)

 

  1. Kehidupan pascanormal menuntut sebuah tatanan penjagaan kesihatan yang lebih rumit serta pemaduan utuh badan kesihatan awam dan swasta selari dengan pertimbangan yang ditaakul dalam Kertas Putih Kesihatan negara.

 

  1. Kementerian Kesihatan menerima peruntukan kedua tertinggi iaitu 45.3 bilion ringgit. Jadi saya telah mengarahkan supaya Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian-kementerian terkait beri sedikit lebih tumpuan kepada prasarana asas. Kerana kemudahan-kemudahan hospital di lobi, tandas itu banyak yang daif. Gunakan peruntukan ini dan pastikan diperbaiki. Jangan sebut tidak cukup peruntukan kerana peruntukan bagi Kementerian-kementerian ini dinaikkan. Jimatkan dalam bidang lain, pastikan kemudahan untuk masyarakat terutama pesakit-pesakit diberi keutamaan. Ini arahan bagi kesemua Jabatan dan Kementerian.

 

 

  1. Keutamaan Kerajaan adalah untuk menyediakan kemudahan kesihatan berkualiti, selesa dan mesra rakyat. Sejumlah 1.35 bilion ringgit disediakan bagi menyelenggara prasarana kesihatan termasuk membaiki tandas hospital yang uzur dan wad-wad pesakit yang usang.

 

  1. Klinik-klinik daif seluruh negara ditingkatkan 150 juta ringgit (2024) disediakan dan 300 juta ringgit untuk 2025.

 

 

  1. Tadi dalam Khutbah Jumaat Wilayah Persekutuan, Khatib renung tentang obesiti dan penyakit diabetik yang terlalu tinggi. Maka kita harus pastikan kaedah kaedah untuk mengurangkan maka disokong langkah atau gerakan War on Sugar.

 

  1. Maka, Kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari 2025 sebanyak 40 sen seliter.

 

  1. Tambahan hasil yang diraih akan dimanfaatkan untuk perbelanjaan kesihatan awam termasuk:

 

 

  1. Sebagai menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat, 27 juta ringgit disediakan bagi merancakkan lagi aktiviti sukan dan riadah rakyat termasuk penganjuran Hari Sukan Negara.
  1. Kerajaan bercadang memperluas skop pelepasan cukai pendapatan individu ke atas perbelanjaan perubatan meliputi bayaran ujian pengesanan penyakit, pembelian peralatan pemeriksaan kesihatan dan kit ujian pengesanan penyakit sebagai langkah ke arah amalan penjagaan kesihatan kendiri.

 

 

  1. Sistem dan struktur perkhidmatan kesihatan awam perlu diperkasa supaya lebih berdaya tahan, mampan dan mandiri.

 

 

 

  1. Kita perlu iktiraf pakar-pakar kesihatan terbaik negara yang berkhidmat di hospital Kerajaan termasuk di Pusat-pusat Kecemerlangan seperti Hospital Serdang untuk rawatan Jantung; Hospital Selayang untuk Transplant & Hepatobiliari; Institut Kanser Negara, Putrajaya; Institut Endokrin Putrajaya; Institut Urologi dan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Kuala Lumpur.

 

  1. Jadi, bagi mengukuhkan Pusat-pusat Kecemerlangan yang telah dikenal pasti, Kerajaan menyediakan peruntukan 100 juta ringgit termasuk perolehan peralatan terkin bagi pusat-pusat yang disebutkan termasuk penambahan Hospital Pakar Jantung di Kota Kinabalu. Di samping pusat kecemerlangan sedia ada, Kerajaan juga sedang melaksanakan kerja-kerja awalan bagi menubuhkan Pusat Kanser di Kuching dan Hospital Pakar Jantung di Kota Kinabalu.

 

 

  1. Kerajaan telah menubuhkan sebuah Tabung Penyakit Jarang Jumpa. Tahun hadapan:

 

IKHTIAR 43: RUMAH KEDIAMAN RAKYAT

 

  1. Kita beri keutamaan kepada perumahan mampu milik untuk rakyat:

 

  1. Perumahan PPR dilaksanakan puluhan tahun untuk manfaat rakyat susah. Kerajaan terus menggembleng usaha memastikan persekitaran PPR dan komuniti perumahan yang lebih manusiawi.

   

 

  1. KPKT akan menggalakkan usaha pemilikan rumah pertama, Kerajaan bercadang memberikan pelepasan cukai individu sehingga 7,000 ringgit ke atas bayaran faedah pinjaman perumahan seperti berikut:

 

Pelepasan ini boleh dituntut bagi tiga tahun taksiran berturut-turut ke atas perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027.

IKHTIAR 44: PRASARANA ASAS DESA

  1. Prasarana asas di kawasan kampung, desa dan pedalaman terus ditumpukan bagi memberi keselesaan kepada rakyat dengan peruntukan hampir 2.9 bilion ringgit.

 

 

IKHTIAR 45: KETERSAMBUNGAN DIGITAL

  1. Digital Nasional Berhad (DNB) telah diambil alih oleh entiti swasta susulan liputan 5G yang melepasi 80 peratus kawasan berpenduduk di Malaysia. Melangkah ke hadapan:

 

 

  1. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga dengan dana 120 juta ringgit bersetuju untuk menambah baik capaian internet di universiti awam, sekolah, kem-kem tentera dan institusi MARA.

 

IKHTIAR 46: PENGANGKUTAN AWAM

 

  1. Kerajaan akan terus pastikan sistem pengangkutan awam yang cekap sangat perlu, berpatutan dan selesa untuk manfaat semua rakyat.

 

 

  1. Penyelenggaraan jalan diberi keutamaan bagi mengurangkan kes-kes kemalangan akibat keadaan jalan yang tidak selamat.

 

 

 

IKHTIAR 47: GOLONGAN WANITA

 

  1. Purata wanita memegang jawatan lembaga pengarah dalam 100 syarikat teratas yang tersenarai di Bursa Malaysia adalah pada kadar 32.2 peratus setakat 10 Oktober. Kendatipun sasaran 30 peratus penglibatan wanita telah tercapai, ini masih belum dipenuhi oleh 39 syarikat dalam lembaga pengarah mereka. Kerajaan menyeru, mendesak untuk menuntut penjelasan mengapa sasaran ini tidak tercapai oleh syarikat-syarikat berkenaan dan diberi tempoh setahun lagi untuk menimbangkan kenaikan penyertaan wanita dalam lembaga supaya sasaran ini dicapai semua syarikat sebelum akhir 2027.
  1. Kerajaan akan terus menggalakkan wanita kembali bekerja. Wanita digalakkan juga berkerja terutama dalam menghadapi tekanan kewangan sekarang.
  1. Terkait pembudayaan kerja dan kehidupan yang seimbang di samping menyokong agenda ekonomi penjagaan kepada pekerja, Kerajaan mencadangkan galakan cukai kepada majikan seperti berikut:

 

 

IKHTIAR 48: ANAK MUDA

  1. Program Latihan Khidmat Negara 3.0 akan dimulakan secara rintis dengan konsep baharu melibatkan peruntukan 50 juta ringgit kepada Kementerian Pertahanan bagi lepasan kadet sekolah. PDRM dan agensi beruniform lain turut terlibat menjayakan PLKN 3.0 menggunakan prasarana sedia ada dengan kerjasama Akademi Kenegaraan.
  1. Program Rakan Muda diperuntukkan 25 juta ringgit untuk terus menjadi wadah pembinaan potensi dan identiti belia berjati diri.
  1. Skim Step Up Financing diperkenalkan di bawah SJKP sebagai jaminan Kerajaan sehingga 5 bilion ringgit khusus untuk anak muda golongan muda yang ingin memiliki rumah pertama. Skim ini menawarkan kemudahan bayaran balik pinjaman yang lebih rendah bagi tempoh 5 tahun pertama.
  1. Kerajaan melalui TalentCorp menyediakan Geran Padanan 10 juta ringgit di bawah Program Latihan Industri Untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (LiKES) bagi membolehkan syarikat melatih mahasiswa dalam bidang STEM menerusi latihan industri.
  1. Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) disediakan 20 juta ringgit untuk terus menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan.

 

IKHTIAR 49: KANAK-KANAK

  1. Bayi baru lahir berisiko tinggi dijangkiti Hepatitis B. Ini perlu segera dibendung. Kerajaan menyediakan 5 juta ringgit untuk melaksanakan Ikhtiar 1,000 Hari Pertama Kehidupan. Usaha ini bagi memulakan saringan Hepatitis B secara universal kepada 420 ribu ibu hamil untuk pengesanan dan rawatan awal penyakit dalam usaha melahirkan generasi yang sihat dan produktif.
  1. Tahun ini, 122 ribu murid tahun 1 masih belum menguasai literasi dan numerasi. Pendidikan awal mustahak kerana tempoh ini tumbesaran otak berkembang paling pesat seraya perlu dilentur dan dididik sejak awal. Tahun hadapan, Kerajaan akan membina prasekolah baharu untuk pendidikan awal kanak-kanak antaranya:

 

  1. Bagi terus membantu ibu bapa mendapatkan perkhidmatan pendidikan awal dan penjagaan anak-anak, pelepasan cukai pendapatan individu ke atas bayaran yuran TASKA dan TADIKA dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2027.
  1. Kerajaan cakna dan akan memastikan kebajikan serta pendidikan anak-anak autistik kepada berada pada tahap terbaik. Ini adalah pengumuman melibatkan OKU, autistik, anak-anak yang terbesar, yang pernah diumumkan oleh kerajaan.

 

 

 

IKHTIAR 50: WARGA EMAS

 

  1. Peruntukan kebajikan warga emas akan ditingkatkan mencecah 1 bilion ringgit. Ini bagi membiayai bantuan tunai, wang saku institusi warga emas dan pusat aktiviti.

 

  1. Kerajaan bercadang supaya pelepasan cukai pendapatan individu berkaitan aktiviti sukan dan penjagaan kesihatan disemak semula bagi memelihara kebajikan dan menjamin penjagaan warga emas.

 

Pertama: pelepasan cukai perbelanjaan pemeriksaan perubatan penuh ibu bapa diperluas untuk meliputi kos pemvaksinan;

Kedua:    pelepasan cukai perbelanjaan peralatan dan aktiviti sukan diperluas kepada ibu bapa;

Ketiga:    pelepasan cukai perbelanjaan rawatan perubatan bagi ibu bapa turut merangkumi datuk dan nenek;

Keempat:        pengecualian cukai pendapatan individu ke atas elaun penjagaan anak diperluas meliputi penjagaan warga emas iaitu ibu bapa, datuk dan nenek; serta

Kelima:   Potongan cukai tambahan bagi majikan yang membayar elaun penjagaan anak turut diperluas meliputi penjagaan warga emas iaitu ibu bapa, datuk dan nenek.

 

IKHTIAR 51: ORANG KURANG UPAYA 

  1. Kesejahteraan komuniti orang kurang upaya (OKU) terus dibela:

 

  1. Kerajaan akan meringankan tanggungan pembayar cukai OKU dengan cadangan berikut:

 

Pertama: pelepasan cukai tambahan bagi OKU dinaikkan kepada 7,000 ringgit;

 

Kedua:    pelepasan cukai tambahan bagi pasangan OKU dinaikkan kepada 6,000 ringgit; dan

 

Ketiga:    pelepasan cukai bagi pembayar cukai mempunyai anak OKU yang belum berkahwin dinaikkan kepada 8,000 ringgit.

 

  1. Bagi memastikan sistem penyampaian awam lebih terangkum, pusat hubungan Kerajaan MyGCC akan menyediakan perkhidmatan khusus untuk memenuhi keperluan pemanggil OKU, seperti menyediakan kemudahan panggilan video dengan bahasa isyarat.

 

IKHTIAR 52: ORANG ASLI

  1. Masyarakat Orang Asli terus terbela di bawah Belanjawan MADANI dengan peruntukan ditingkatkan hampir dalam banyak ikhtiar telah diumumkan tapi peruntukan ditambah menjadi 380 juta ringgit ketimbang 330 juta ringgit. Ini termasuk untuk menaikkan meningkatkan taraf hidup mereka Orang Asli melalui projek pembangunan semula ladang Orang Asli seluruh negara.
  1. Sejumlah 10 juta ringgit disediakan untuk NGO dan JAKOA bekerjasama membina rumah di bawah program EPIC Homes yang juga dapat membekal elektrik dan air bersih kepada Orang Asli dengan lebih jimat dan pantas.
  1. Isu tanah runtuh kerap berlaku turut memberi kesan besar kepada perkampungan Orang Asli. Kerajaan akan membangunkan profil dan pemetaan kawasan cerun yang berisiko tinggi di perkampungan Orang Asli dengan kos 18 juta ringgit. Ini supaya pencegahan awal dapat diambil sekiranya terdapat perkampungan yang memerlukan perhatian segera.

 

 

IKHTIAR 53: PELUANG KEDUA

  1. Dasar Peluang Kedua yang melibatkan telah beri manfaat kepada lebih 170 ribu rakyat yang diisytihar bankrap untuk membina semula kehidupan. Melangkah ke hadapan, Dasar Peluang Kedua diperluas kepada syarikat-syarikat yang telah dibankrapkan.

 

  1. Bagi Jadi maknanya mengembalikan banduan ke dalam masyarakat, Program Peluang Kedua (PEKA) oleh Jabatan Penjara akan diteruskan. Agensi Antidadah Kebangsaan turut dilibatkan sesuai keputusan yang disepakati untuk menyahjenayah penagih dadah. Dan 10 juta ringgit disediakan untuk menjayakan program PEKA.

 

  1. Program Baitul Mahabbah akan diteruskan oleh Jabatan Imigresen dengan kerjasama NGO dan pertubuhan antarabangsa berkaitan. Ini bagi memastikan kanak-kanak warga asing mendapat perlindungan di tempat sementara yang sesuai selain di Depot Tahanan Imigresen.

 

  1. Kerajaan akan menggubal akta baharu bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah sebagai alternatif untuk kesalahan tertentu. Pesalah dikehendaki berada di tempat tahanan yang dianggap bersesuaian seperti rumah kediaman, rumah jagaan atau asrama pekerja sepanjang tempoh penahanan dengan syarat-syarat ditetapkan dan dipantau oleh Pegawai Penjara. 

IKHTIAR 54: SYIAR ISLAM

 

  1. Pemikiran dan aliran yang menyimpang daripada Islam yang sebenar berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah semakin membimbangkan. Usaha bersepadu giat dijalankan bagi itu langkah mengekang segala aktiviti pemesongan akidah yang kian menular sehingga menimbulkan kegelisahan rakyat Malaysia.

 

  1. Maka susulan Ops Global yang sedang dijalankan, Kerajaan akan menyediakan tambahan 25 juta ringgit kepada Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi menguruskan anak-anak yang teraniaya serta melaksanakan program pemulihan akidah.

 

  1. Tahun hadapan, peruntukan hal ehwal Islam khusunya melalui JAKIM berjumlah 2 bilion ringgit. Sebahagian peruntukan untuk Ini untuk memperkasa institusi pendidikan Islam:

 

  1. Insiden membakar al-Quran di Sweden dan penentangan terhadap Islam adalah kerana sifat kejahilan yang menebal dan Islamofobia. Bagi menyemai kesedaran ini terhadap Islam, Kerajaan akan kita telah meluncurkan tahun lalu ikhtiar wakaf Al-quran dengan niat untuk mencetak sejuta naskhah al-Quran untuk diedarkan ke seluruh dunia dengan terjemahan pelbagai bahasa termasuk bahasa dan sebahagian besar telah diedarkan termasuk dalam bahasa Kemboja, Thailand, Mandarin, Sweden, Sepanyol dan baru-baru ini diluncurkan secara besaran dengan kerjasama Yayasan Restu di United Kingdom. Usaha ini akan dilaksanakan JAKIM dengan kerjasama pihak seperti Yayasan Restu.

 

  1. Sebagai tanda persaudaraan, kita juga telah mengambil pendekatan membantu rakyat Palestin yang berada di Gaza yang terus dirundung malang akibat kezaliman rejim Zionis yang hilang perikemanusiaan dan terus dengan kebiadapan mereka, jadi langkah-langkah akan terus diambil untuk membantu termasuk yang uzur dan sakit. Ini termasuk membawa lebih 40 rakyat Palestin yang memerlukan rawatan kesihatan ke Malaysia. Bagi menyokong usaha pengumpulan bantuan atas tanggungjawab bersama, Kerajaan mencadangkan skop Badan Amanah akan dilepaskan daripada sedikit sebanyak daripada pelepasan kadar cukai untuk badan amal di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan diperluas meliputi sumbangan kepada bukan warganegara yang terjejas.
  1. Sekarang ini kita ada 70 ribu guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut, Kerajaan bersetuju menyalurkan sumbangan khas 500 ringgit dengan peruntukan 35 juta ringgit.

 

 

IKHTIAR 55: PEMBANGUNAN SUKAN

  1. Kita merakamkan ucapan tahniah kepada semua atlet yang berjuang di pentas Olimpik dan Paralimpik Paris. Ini termasuk pencapaian saudara Cheah Liek Hou dan Bonnie Bunyau Gustin yang berjaya merangkul pingat emas. Pembangunan sukan negara terus diperhebat dan dengan peruntukan lebih 230 juta ringgit. Ini meliputi:

 

  1. Bagi menyokong pembangunan sukan bola sepak, saya telah umumkan 15 juta ringgit disediakan kepada Pasukan Harimau Malaya, termasuk Pasukan bawah 18 dan dan bawah 13 dengan kerjasama FAM bagi mendapatkan jurulatih terbaik, mengikuti sesi latihan terbaik serta diberi ganjaran yang setimpal kepada pemain.

 

  1. Kita berbangga dengan kejayaan pasukan badminton negara antaranya beregu wanita Saudari Pearly dan Saudari Thinaah serta beregu lelaki Saudara Sze Fei dan Saudara Izzuddin yang telah mengharumkan nama negara di pelbagai kejohanan antarabangsa. Saya melihat mereka mencerminkan semangat perpaduan serta kelebihan kita sebagai masyarakat berbilang kaum dan agama, yang boleh berjuang bersama dan menjulang kejayaan.

 

  1. Berikutan sambutan hangat saat berkunjung ke India, Pakistan dan Bangladesh baru-baru ini, saya terpanggil untuk turut mengumumkan peruntukan 1 juta ringgit kepada pembangunan sukan kriket.
  1. Baru-baru ini juga, Selangor Red Giants telah bergelar juara dunia bagi e-Sports World Cup. Kerajaan bersetuju menyediakan 20 juta ringgit untuk memperkasa ekosistem e-sukan meliputi pembangunan bakat serta naik taraf arena e-sukan.
  1. Kerajaan mencadangkan pengecualian cukai pendapatan diberikan ke atas ganjaran hadiah wang tunai kemenangan sukan yang diterima oleh pemenang atlet individu dan pasukan melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan yang diberikan oleh Kerajaan melalui MSN.

 

IKHTIAR 56: KESUKARELAWANAN

 

  1. Dalam membentuk sahsiah mulia dan menangkis perbezaan sesama masyarakat antara kaum, penganjuran program-program pemupukan semangat perpaduan serta jati diri ditambah melalui akan diperbanyak dengan peruntukan 50 juta ringgit.

 

  1. Program komuniti yang menyubur semangat kesukarelawanan Sukarelawan ini penting dalam negara MADANI maka akan terus diperkasa dengan peruntukan 150 juta ringgit. Ini antaranya untuk bekerjasama dengan termasuk dengan bantuan Yayasan GLIC/GLC dan NGO dalam menangani isu-isu rakyat, selain penganjuran gotong-royong PIBG di semua sekolah seluruh negara.

 

  1. Terkait hal yang sama, 50 juta ringgit dana bantuan turut disediakan bagi kerja-kerja baik pulih dan selenggara rumah ibadat bukan Islam yang berdaftar di seluruh negara.

 

 

IKHTIAR 57: BAHASA DAN KARYA KREATIF

 

  1. Saya selalu tekankan dalam Gelombang Kebangkitan Asia bahawa pembangunan ekonomi harus seiring dengan pembangunan budaya dan nilai. Khazanah bahasa dan sastera perlu terus dipertahankan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Bagi mengangkat darjat bahasa dan kesusasteraan, Kerajaan menyediakan 50 juta ringgit untuk Dewan Bahasa dan Pustaka bekerjasama dengan penggiat bahasa untuk mempergiat aktiviti bahasa dan kesusasteraan khususnya dalam kalangan generasi muda. Ini juga termasuk mengalih bahasa karya-karya agung, penganjuran teater serta memelihara bahasa kaum minoriti seperti etnik Siam.
  1. Kerajaan mendukung penuh pembangunan industri seni kreatif:

 

 

IKHTIAR 58: KESELAMATAN DALAM NEGERI DAN PERTAHANAN

  1. Maruah dan kedaulatan negara perlu terus terpelihara daripada sebarang ancaman. Keharmonian dikecapi selama ini tidak boleh diganggu-gugat. Perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama yang sekian lama terbina perlu dipertahankan.

 

  1. Kementerian Dalam Negeri menerima peruntukan 19.5 bilion ringgit, menokok sebanyak 500 juta ringgit.

 

  1. Lebih 2.12 bilion ringgit peruntukan aset khusus untuk PDRM dan agensi beruniform di bawah KDN bagi menjamin keselamatan dalam negeri melalui usaha bersepadu membendung peningkatan kes jenayah selain mengekang anasir permusuhan yang memecah-belahkan rakyat.
  1. Beberapa Pejabat-pejabat polis baharu dibina tahun hadapan dengan kos 2.1 bilion ringgit. Antaranya melibatkan:
  1. Kementerian Pertahanan pula menerima peruntukan 21.2 bilion ringgit, bertambah 1.4 bilion ringgit.

 

  1. Kerajaan akan terus memastikan Dan kesiapsiagaan kesiagaan penuh Angkatan Tentera Malaysia dengan 5.8 bilion dikhususkan untuk kerja-kerja senggara dan pembaikan serta perolehan aset-aset ketenteraan baharu.

 

  1. Bagi memanfaatkan kontrak senggara, program baharu PROTEGE – Veteran akan diperkenalkan khusus untuk mewajibkan kontraktor menyediakan peluang pekerjaan untuk veteran ATM, terutamanya yang punyai kelayakan TVET.
  1. Tumpuan khusus juga diberikan untuk membangunkan industri ketenteraan tempatan melalui pemindahan teknologi daripada pembekal aset ketenteraan dan menggalakkan pemain industri tempatan menembusi pasaran eksport. Sebagai contoh, syarikat tempatan Aerodyne yang muncul sebagai penyedia perkhidmatan dron utama dunia wajar disokong untuk mengeksport aplikasi keselamatan kawalan sempadan.

 

IKHTIAR 59: URUSAN SEMPADAN NEGARA

 

  1. Acap kali ditegaskan, isu Laut China Selatan perlu diselesaikan di meja rundingan. Kita kekal dengan pendirian bahawa ini boleh ditangani secara aman, kendatipun tidak bermakna kita bertoleransi dengan hak dan kedaulatan negara.
  1. Aset-aset perairan akan ditambah dan diselenggara. Ini merangkumi perolehan baharu di bawah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia iaitu:
  1. Sejumlah 560 juta ringgit disediakan untuk memperkasa sempadan negara. Antaranya untuk:

 

  1. Selain itu, pembangunan pekan-pekan yang bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia dan Selatan Thailand turut diberi keutamaan ini peruntukan mencakup penyediaan prasarana asas serba lengkap dengan peruntukan hampir 1 bilion ringgit. Ini termasuklah pembinaan jambatan yang sedang mula diselenggarakan Rantau Panjang ke Golok dan Pengkalan Kubor ke Tumpat dengan kos lebih 50 juta ringgit kerjasama dengan Thailand.
  1. Susulan kekangan bekalan air di kawasan ESS Zone, Sabah, 5 juta ringgit disediakan bagi membekalkan air bersih secara hibrid menggunakan air hujan dan air bawah tanah.
  1. Terkait urusan keluar masuk sempadan negara:

IKHTIAR 60: PENJAWAT AWAM

Di kesempatan yang sama, saya ingin mengajak keseluruhan pasukan penjawat awam untuk menerapkan budaya kerja yang baru sebagai menyemangati maksud memulih serta menambah baik kecekapan tahap perkhidmatan kepada rakyat. Sementelahan tidak ada makna sekiranya kebijakan yang kita usulkan tidak dilonjak dengan kecekapan para penjawat awam. Justeru, ketangkasan mesti disemarak dan khidmat bakti kepada rakyat mesti terangkat.  Kesejahteraan penjawat awam terus terpelihara:

  1. Kementerian Kesihatan akan melaksanakan sistem kerja baharu di hospital dan klinik kesihatan secara bersasar. Bagi fasiliti kesihatan yang mengguna pakai sistem ini, Kerajaan bersetuju supaya Elaun Tugas Atas Panggilan dinaikkan antara 55 ringgit hingga 65 ringgit kepada Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian mengikut bidang perkhidmatan dan Jabatan tertentu.
  1. Sejajar dengan dasar pembelajaran sepanjang hayat, Kerajaan memperkenalkan Program APEL.Q di bawah kendalian INTAN. DI bawah program ini, Kerajaan akan menanggung kos pengajian sebanyak 50 peratus atau maksimum 15 ribu ringgit kepada penjawat awam yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
  1. Lebih 1.8 bilion ringgit disediakan bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awam termasuk guru, doktor, anggota polis, bomba, penjara dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera.
  1. Skim pembiayaan LPPSA akan memperkenalkan Skim Pembiayaan Perumahan Muda untuk penjawat awam muda memohon pembiayaan perumahan sehingga 40 tahun.
  1. Masih segar di ingatan, serangan pengganas di Balai Polis Ulu Tiram yang meragut nyawa dua anggota polis: Allahyarham Lans Koperal Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Allahyarham Lans Koperal Muhamad Syafiq Ahmad Said serta Sarjan Mohd Hasif Roslan yang cedera akibat terkena tembakan.
  1. Bagi memperkasa perlindungan sosial kepada semua penjawat awam, Skim Ex-Gratia Bencana Kerja akan diperluas dan dipermudahkan yang hilang upaya kekal semasa dalam operasi, bayaran faedah:
  1. Ex-Gratia Operasi sehingga 50 ribu ringgit akan diberikan bagi bencana kerja mulai tahun 2024.
  2. Bayaran faedah Ex-Gratia Pukal sebanyak 20 ribu ringgit turut diberikan sebagai tambahan kepada waris bagi kes kematian bencana kerja mulai tahun 2024.
  3. Kadar Elaun Layanan Sentiasa dinaikkan kepada 1,500 ringgit ketimbang 500 ringgit mulai 1 Januari 2025 termasuk kepada penerima sedia ada.
  1. Kesejahteraan para pesara dan veteran tentera tidak diabaikan:
  1. Kerajaan bersetuju supaya kadar Bantuan Sara Hidup berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) untuk veteran ATM tidak berpencen dinaikkan kepada 500 ringgit sebulan ketimbang 300 ringgit pada masa ini.
  2. Kerajaan turut bersetuju melanjutkan bayaran Penghargaan Khas Kepada Pesara dan penerima pencen terbitan mulai Januari hingga Disember 2025.
  1. Saya amat terkesan dengan keikhlasan penjawat awam yang mencurahkan khidmat bakti tanpa berkira masa, tenaga dan wang ringgit, umpamanya ada contoh-contoh yang sangat positif:
  1. Kisah Cikgu Azam dari SK Klang juga amat menginspirasikan. Beliau telah menghasilkan Caballus RAFVI atas inisiatif dan dana sendiri untuk memberikan pengalaman indah kepada anak muridnya yang OKU penglihatan menyertai acara larian bersama rakan-rakannya yang lain.
  2. Ustaz Wan, seorang guru di SK Nami, Gulau Sik, Kedah secara kreatif menyediakan kemudahan bermain boling di kawasan anjung sekolah untuk anak-anak murid beriadah pada waktu rehat atas ikhtiar sendiri.
  3. Kerajaan amat menghargai Jangan lupa pengorbanan Pasukan MALBATT yang menyumbang tenaga dalam misi di Lubnan.
  4. Kita berbangga dengan pencapaian SMART yang diktiraf sebagai pasukan khas kedua terbaik di Asia Tenggara oleh PBB. Saya ceritakan beberapa kes dimana perkhidmatan awam yang membanggakan dan memenuhi harapan rakyat tetapi peringatan supaya jangan kita cuai kerana peningkatan gaji dan upah dengan harapan peningkatan tanggungjawab. Bagi mendorong penjawat awam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat termasuk menggalakkan budaya daya cipta, Kerajaan akan menganjurkan Anugerah Perkhidmatan Awam MADANI sebagai tanda pengiktirafan dengan pemberian ganjaran yang sewajarnya.
  1. Kerajaan membuat penstrukturan semula gaji penjawat awam kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuatkuasa 1 Disember 2024.
  1. Ini melibatkan pelarasan gaji 15% kepada kumpulan pelaksana dan professional, 7% kepada kumpulan pengurusan tertinggi.
  2. Penjawat awam akan memperolehi pendapatan minimum RM2,115 sebulan dan berjumlah seperti yang mana saya sebut RM10 billion ringgit untuk tahun 2025 tambahan daripada gaji yang lalu.
  1. Selaras dengan SSPA, pelarasan pencen juga akan dilaksanakan secara berfasa berdasarkan pelarasan peratusan ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing dan ini termasuklah pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
  2. Sukacita saya umumkan kerajaan bersetuju memberikan bantuan khas kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. Bantuan khas ini diberi kepada semua persara kerajaan termasuk veteran berpencen, veteran tidak berpencen sebanyak RM250. Ini disalurkan pada bulan Februari 2025. Ini bermakna Disember ada kenaikan, bulan Januari ada kenaikan bulan Februari ada Bonus,
  1. Atas keprihatinan terhadap permasalahan rakyat dan tantangan fiskal yang menghimput, saya amat berterima kasih kepada Tan Sri KSN dan Tan Sri KPPA, atas kepimpinan mereka, barisan Pengurusan Tertinggi Gred Utama TURUS telah menunjukkan tauladan dan secara sukarela. Mereka memberi sedikit cadangan supaya sementara menerima sistem perlarasan gaji ini tetapi mencadangkan mereka sanggup melepaskan pelarasan gaji permulaan ini untuk menunjukkan kesediaan mereka menyokong langkah-langkah kerajaan. Ini bermakna untuk TURUS memilih untuk menyumbang balik pelarasan gaji 7 peratus itu tidak akan diambil, walaupun untuk ada cadangan mereka kurang sikit saya tambah jadi 7% sedikit  yang ditawarkan di bawah SSPA.
  1. Sementara itu, menteri-menteri serta lantikan politik juga akan terus membuat pemotongan kerana menteri-menteri masih ada potongan 20 peratus gaji dan saya Perdana Menteri masih belum mengambil sendiri tidak akan menerima gaji,jadi elok TURUS memberikan contoh yang baik.

Tuan Yang di-Pertua,

Akhirul kalam, kita bersyukur kehadrat Ilahi kerana haluan dan kemantapan negara kian jelas memancar. Angka pertumbuhan, pelaburan mula meyakinkan; pemantapan tatakelola melalui penguatkuasaan tegas dan reformasi institusi kini bertapak jelas; dan budaya mempedulikan rakyat kian berbekas. Semua ini merupakan petanda awal ke arah penjelmaan negara madani yang diidamkan. Dan demikianlah hasil permuafakatan semua pihak, pimpinan, jentera pentadbiran, pedagang-pengusaha, pekerja dan rakyat keseluruhannya. Sesungguhnya keamanan dan kestabilan ini perlu diperkukuh bagi memupuk semangat perpaduan kaum, negeri, muhibbah serta kasih sayang. Rakyat mampu terangkat dan terbela sekiranya kita semaikan ihsan, rasa cinta dan iringan doa kehadrat Ilahi.

  1. Mari kita hadham petikan bait-bait puisi ‘Kepada Cinta’ oleh penyair ‘Teguh Esha’ berikut:

Kepada Cinta aku bertanya: “Mengapa benci marak di sini?”

Kepada Doa aku bertanya: “Mengapa dusta laris di sini?”

Kepada Berita aku berkata: “Mengapa fakta dikhianati?”

“Kepada Sastra aku bercerita tentang kata-kata yang berubah arti..

Banyak orang bicara cinta sambil menyebar bara benci

Banyak nian para pendusta berlagak kawan sejati

Banyak orang menghafal doa tapi mereka tidak mengerti

Banyak orang berbuat dosa tapi berlagak suci..”

Kepada Cinta aku berkata: “Padamkan benci di banyak diri…”

Kepada Doa aku bisikkan: “Tetaplah murni jangan tercemari!”

Kepada Rindu aku kisahkan: “Doa dan cinta kekal abadi..”

Kepada Allah aku memohon: “Teguhkan aku di semua sepi..”

Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) — Kerajaan akan terus memperkemas kerangka pembangunan lima tahun akan datang bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) supaya usaha merapatkan jurang pembangunan antara wilayah dan menarik lebih banyak pelaburan ke wilayah Pantai Timur dapat direalisasikan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau telah mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Bilangan 2 Tahun 2024 pada petang tadi.

“Antara teras ekonomi utama sebagai pemacu pertumbuhan yang dibincangkan termasuklah industri terkait Bakul Makanan, pelancongan, pembuatan (hard-to-abate) dan industri marin,” kata beliau menerusi hantaran di laman rasmi beliau di Facebook pada Selasa.

Beliau berkata peranan sektor logistik dan tenaga boleh baharu sebagai pemboleh daya bagi ECER turut dibincangkan dalam mesyuarat itu.

“Saya dimaklumkan, bagi tempoh tiga suku pertama tahun ini, ECER berjaya mencatatkan sebanyak RM13.3 bilion pelaburan direalisasikan berbanding sasaran RM10 bilion,” kata beliau.

Anwar berkata jumlah itu melibatkan 21 projek yang berupaya mewujudkan 8,700 peluang pekerjaan dalam pelbagai industri termasuk pembuatan keluli, petrokimia, produk biojisim dan pelancongan.

“Kejayaan ini selari dengan hasrat Kerajaan MADANI yang sentiasa menekankan kepentingan pemantauan dan pemudah cara pelaksanaan bagi pelaburan-pelaburan dari dalam dan luar negara yang diumumkan,” kata beliau.

Perdana Menteri menjelaskan mesyuarat itu turut membincangkan perancangan pembangunan bagi ECER selari dengan kerangka penyediaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang sedang dilaksanakan.

— BERNAMA