TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI 2024 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI 2024
PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
9 MEI 2024 (KHAMIS)
PEKARANGAN KOMPLEKS SUKAN NEGERI TERENGGANU, KUALA NERUS, TERENGGANU
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdu lillaahil lazeee anzala ‘alaa ‘abdihil kitaaba
Wa lam yaj’al lahoo ‘iwajaa
Qaiyimal liyunzira baasan shadeedam mil ladunhu
Wa yubashshiral mu’minin
Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolilah Kareem
Wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in
YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof,
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air;
YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar,
Menteri Besar Terengganu;
Menteri-menteri;
Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri;
Setiausaha Kerajaan Negeri;
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; dan
Rakan-rakan yang saya muliakan.
- Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu yang sudi bersama-sama dengan YB Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani dan seluruh keluarga Menteri Perladangan dan Komoditi untuk bersama-sama menjayakan majlis pada petang ini. Kita bersyukur, Alhamdulillah kerana kehadiran yang sangat baik walaupun panas sedikit dan kehadiran pegawai-pegawai kanan daripada Kerajaan Persekutuan dan negeri yang dipimpin oleh YBhg. Tan Sri Zuki, Ketua Setiausaha Negara yang juga anak Terengganu turut menjayakan majlis pada petang ini.
Saudara-saudari,
- Malaysia agak luar biasa kerana satu-satu negara di dunia yang sambut Aidilfitri sepanjang bulan Syawal. Tujuannya sekurang-kurangnya untuk mengeratkan silaturahim dan berbeda dengan negara Arab dan benua India serta Afrika dalam kalangan orang Islam kerana di Malaysia sahaja yang kita sebut Eid Mubarak, Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
- Saya ingat tradisi itu baik, minal ‘aaidin wal faaiziin wal maqbuulin kullu ‘ammin wa antum bi khair, ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan ini hari akhir sambutan kita dan saya ucap sekali lagi terima kasih kepada saudara saudari yang turut menyerikan.
- Saudara, kita hadir selain daripada meraikan bersama-sama dengan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan juga memanfaatkan waktu ini dengan mengadakan perbincangan yang serius soal agenda membangun negeri, ekonomi negeri dan rakyat dan ini kita lakukan dengan semua negeri di Malaysia ini.
- Dan dengan sendirinya mematahkan hujah bahawa tidak ada perhatian mana-mana negeri. Saudara-saudara tahu bahawa untuk negeri Terengganu umpamanya ketimbang hasilnya termasuk minyak, jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan itu melebihi keseluruhannya.
- Dalam jangkaan awal, ia mencecah lebih daripada RM7 bilion kalau dimasukkan semua perbelanjaan Persekutuan. Maknanya hasil daripada negeri-negeri lain dan Kerajaan Persekutuan terpaksa dipindahkan untuk membangunkan semua aspek pendidikan, kesihatan, keselamatan, prasarana, masalah-masalah air dan masalah tebatan banjir.
- Sebab itu saya ucap terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar dan Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana telah mengadakan perbincangan teliti tentang projek-projek yang perlu dilaksanakan mengikut jadual.
- Kita bincang soal tebatan banjir, ini menelan kos yang tinggi. Bahaya bagi nyawa dan harta benda rakyat. Sebab itu kita bagi keutamaan. Kalau tidak MADANI ini tidak ada makna, sekiranya tidak diberikan keutamaan kepada kepentingan rakyat.
- Jadi kita hendak tanya sama ada projek itu berjalan ikut jadual, apa sebab kelewatan? dan berapa kos? itu kita kaji dan dapatkan maklumat.
- Begitu juga keperluan bekalan air, pembangunan sekolah-sekolah baru, hospital yang perlu diperbaiki, ada yang sudah lama, usang dan rosak. Ada klinik baru yang mahu bangunkan di Besut tidak salah saya. Jadi ada projek baik pulih hospital dan klinik baru di Besut itu diluluskan dalam mesyuarat tadi. Oleh itu, dalam suasana ukhuwah persaudaraan, cadangan dan perbincangan telah dilaksanakan dalam mesyuarat tadi untuk melihat apa yang perlu dilakukan untuk memajukan Terengganu.
- Saya maklum kepada Dato’ Menteri Besar, setiap kali kunjungan, umpamanya ke negara China, Jepun ataupun Jerman, tidak pernah kita tinggalkan mana-mana negeri dan kita sebut juga apa peluang yang ada dan saya minta Menteri Besar hubungi Menteri MITI untuk bincang apakah cadangan yang lain yang dikemukakan kepada kita untuk mengadakan projek pelaburan dan industri di negeri Terengganu. Ini kita lakukan kerana saya fikir tanggungjawab kita bersama untuk membangunkan.
- Kita bincang kemiskinan tegar, dulu ada orang mempermain-mainkan. Dia kata mustahil kita noktahkan kemiskinan tegar. Tapi saya kata, kalau ada teguran begitu maknanya dia tidak faham sejarah, apa lagi sejarah Islam kerana masa Khalifah Umar Abdul Aziz itu menjadi keutamaan dia dengan wang zakat. Bukan sahaja wang zakat, tapi cara dia urus ekonomi, bersihkan daripada penyalahgunaan kuasa, bersihkan daripada rasuah. Jangan gunakan terutama di kalangan pimpinan untuk menunjuk-nunjuk, bermegah-megah, membazir dan membiarkan ketirisan.
- Maka dalam masa 2 tahun 3 bulan, Khalifah Umar Abdul Aziz boleh selesaikan masalah kemiskinan tegar, seluruh wilayah Islam yang mungkin 10 kali ganda lebih besar daripada Malaysia, daripada Jazirah Arab Iraq, Syria sampai ke Azerbaijan.
- Mengapa? kerana pengurusan dan tatakelola dan tolak rasuah dan penyelewengan. Sebab itulah kerajaan MADANI ini kita keras. Saya tahu tidak disenangi oleh banyak pihak. Ada orang benci dengar tatakelola dan anti-rasuah, saya pun hairan. Kalau tidak dengan tatakelola, bagaimana kita hendak jimatkan belanja.
- Hutang yang kita warisi banyak, defisit tinggi. Tadi saya tengok kenyataan daripada YB Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani, bagaimana dapat balik wang lebihan daripada 1MDB. Kerana Amerika Syarikat dapat lebih daripada kita. Itu semua kita usahakan kerana kita belajar dari pengalaman.
- Kalau kita cuai, kalau pemimpin Perdana Menteri atau Menteri Kewangan terutamanya ada jawatan kerjanya perkayakan anak saudara, keluarga dia dan diri dia, maka rakyat tidak akan boleh dibela. Sebab itu bagi saya, dalam Kerajaan MADANI ini kita tidak akan tolak ansur, apa pun orang bicara, saya tidak peduli. Tapi kita akan terus jaga supaya kawalan kewangan dan tatakelola negara itu diurus dengan baik dan dengan tegas, dengan kaedah tender yang teratur dan terperinci supaya kita jimatkan belanja dan berikan manfaat kepada rakyat.
- Jadi untuk kemiskinan tegar, Dato’ Ketua Pengarah ICU ada tadi bersama dengan Kementerian Ekonomi dan IPR yang tentu mengambil sedikit masa, tetapi untuk segera ada 1600 lebih kurang lagi keluarga yang termasuk dalam golongan kemiskinan tegar di Terengganu.
- Sudah selesai di Wilayah Persekutuan khususnya Kuala Lumpur, di Negeri Sembilan, Melaka, dan bakal selesai sebelum akhir bulan ini di Selangor dan di Kedah.
- Baru-baru ini kita bincang Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri akan selesaikan, insyha-Allah. Kerana jumlah tidak sampai 2000, takkanlah dengan seluruh kekayaan, agensi, kementerian, pelbagai kementerian dengan Kerajaan Negeri tidak boleh kita tolong 1000 keluarga supaya selamat daripada kemiskinan yang tegar. Maknanya tidak cukup makan, tidak ada pakaian bagi anak-anak, susah untuk beli uniform untuk anak ke sekolah.
- Jadi diberikan tadi, dengan syarat Kerajaan Negeri dan Persekutuan kerjasama sepenuhnya. Kita kenal pasti jumlah 1600 keluarga dan insya-Allah di negeri Terengganu kita boleh noktahkan kemiskinan tegar dalam tempoh 2 bulan akan datang. Insya-Allah.
Saudara-saudari,
- Dalam program yang kita laksanakan tentunya banyak tuntutan dan tidak boleh dipenuhi semua. Jadi kita tentu buat peringkat dalam perbincangan tadi dengan Kerajaan Negeri ada yang boleh dilaksanakan tahun ini, ada yang boleh dilaksanakan tahun depan.
- Saya hendak tegaskan di sini, tolonglah menolak tohmahan bahawa kita tidak berikan pertimbangan kerana kebetulan Kerajaan Negeri itu dipimpin oleh parti yang lain.
- Betul ada sedikit perbezaan politik, tapi dalam soal program untuk rakyat, dasar, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah ada, Menteri Johari Ghani ada, dan KSN ada keputusan kita, projek-projek yang untuk membela nasib rakyat kita tidak akan tangguh dan kita akan laksanakan terus untuk kepentingan rakyat.
- Izinkan saya menyentuh juga perkembangan mutakhir. Kita tengok di Malaysia ini bila kita urus ekonomi dengan baik, pelaburan datang. Tahun lalu, pelaburan domestik dan pelaburan asing itu paling tinggi yang dicatat dalam sejarah Malaysia.
- Bursa Saham melonjak melebihi 1600 mata. Itu bukan kerana seorang Perdana Menteri atau Ahli Jemaah Menteri tapi kekuatan seluruh jentera termasuk jentera perkhidmatan awam.
- Sebab itu saya minta, penjawat awam juga jalankan tugas mereka dengan baik. Jangan kata kita sudah lakukan, tidak benar, kita mesti tingkatkan ‘Itqan Fil Amal’, mesti baiki striving for excellence.
- Dan oleh kerana saya hargai walaupun dia jadi kontroversi, orang kata tidak betul, ini KSN ada di sini. Memang keputusan kita muktamad. Insya-Allah mulai 1 Disember 2024, gaji penjawat awam seluruh Malaysia akan dinaikkan minima 15%. Ada kenaikan dalam kategori bawah yang mencecah 20%, 30%, 35% kerana dalam Kerajaan MADANI ini, dia bukan naik ikut semua peringkat, tidak, yang tinggi naik sikit yang bawah naik banyak itu dia baru dasar adil bagi kita.
- Jadi kalau Polis, Tentera, pegawai kerajaan kalau ada kategori bawah naiknya jauh lebih tinggi daripada kategori atas, barulah kita dapat kurangkan kesenjangan di antara yang kaya dan miskin.
- Orang tanya, bagaimana kita peroleh dana? saya kata pertama kita cermat dalam berbelanja. Kita jangan membazir, jangan hendak ada ketirisan. Kalau ada apa-apa projek, tender, dan awasi kecelaruan akibat rasuah.
- Jadi saya yakin insya-Allah kita dapat laksanakan dan dari semasa ke semasa kita umum. Jadi orang kadang-kadang dalam Malaysia ini maklumlah dalam politik ini semua tidak betul naik gaji pun dia marah.
- Saudara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan MADANI ini punyai sokongan Ahli Parlimen lebih dari 2/3. Saya yakin insya-Allah kenaikan gaji ini akan berjalan mengikut perancangan kita.
- Tentunya ini akan melibatkan juga pegawai-pegawai Kerajaan Negeri. Jadi Datuk SUK dan Menteri Besar, saya ingat jangan bimbang. Kalau keperluannya untuk menaikkan gaji pegawai-pegawai Kerajaan Negeri termasuk di daerah, insya-Allah Kerajaan Persekutuan akan bantu supaya tidak ada pegawai kerajaan yang ketinggalan termasuk dari negeri Terengganu.
- Saya hendak singgung sedikit tentang perkembangan mutakhir di Gaza. Saudara, hati kita luka. Bukan sahaja hati umat Islam, tapi orang yang cintakan keamanan dan kemanusiaan.
- Saya di Riyadh beberapa hari yang lalu diundang oleh Putera Raja Mohammad bin Salman, Perdana Menteri. Sebelum saya berangkat pulang, beliau panggil jumpa saya sekali lagi dan melahirkan rasa kebimbangan kerana Israel mungkin kerana degil, ganas dan zalim, mereka akan terus bom dan kemungkinan menakluki Rafah dan Gaza.
- Saudara ini apa yang dapat kita belajar daripada pengalaman ini? kerana dunia Islam ini lemah. Kuat bicara tapi lemah, lemah ekonomi, lemah ketenteraan. Banyak sangat bercakaran dan riuh rendah. Tapi tidak ada kekuatan.
- Sebab itu di Perlis baru-baru ini. Saya bandingkan dengan pengalaman Sultan Salahuddin Al-Ayyubi, Saladin The Great, orang cerita beliau ini pejuang, mujahid menakluki Baitulmaqdis, tapi dia lupa Salahuddin ini orang yang waras dan bijak. 10 tahun dia perintah, dia tidak langsung bicara soal penaklukan mana-mana sebaliknya dia perkuatkan ekonomi negara, diperkuatkan ketenteraan, diimarahkan semua masjid-masjid sebagai pusat gedung ilmu. Dia satukan umat Islam dengan menguatkan kefahaman akidah, akhlak dan sahsiah mereka dengan tujuan untuk mengembalikan maruah umat, 10 tahun saudara-saudara.
- 10 tahun dia bersabar menunggu membina kekuatan dalaman. Dia berbaik dengan semua negara-negara jiran. Sama ada negara itu dikuasai Islam atau negara-negara nasrani. Dia baik dengan semua untuk mencapai perdamaian. Bila dia kukuh baru dia menyerang musuh. Musuhnya bukan Nasrani, tetapi musuhnya ialah penguasa Nasrani yang pada masa itu menakluki Baitulmaqdis.
- Apabila dia mula berangkat menyerang Baitulmaqdis, seluruh Eropah bersatu di bawah King Richard – The Lion-Hearted, raja hebat terkenal dari Inggeris. King Richard berhati singa kerana garangnya, hebatnya, megahnya dan gagahnya mengumpulkan seluruh kekuatan eropah.
- Kerana Salahuddin Al-Ayyubi persiapkan jentera dan kekuatannya selama 10 tahun. Mengangkat martabat umat dengan kefahaman, dengan kecergasan dengan ilmu, dengan teknologi, dengan ketenteraan yang canggih. Pertempuran berlaku di antara dua gergasi pada masa itu, Salahuddin Al-Ayyubi dan King Richard.
- Kisah semasa King Richard jatuh gering yang parah. Tabib atau doktor kepada Salahuddin Al-Ayyubi, namanya Maimonides atau Maimon. Bila Salahuddin dengar musuh utama dia sakit dia pelawa “boleh atau tidak, aku hantar doktor aku yang paling hebat dan tabib baik untuk mengubati kamu”. dan King Richard terima lalu sembuh daripada sakitnya.
- Saudara, itu adab. Bukan sahaja dalam keadaan biasa, dalam perang, dalam keadaan biasa pun kita tidak ada adab. Sebab itu bila disebut oleh Menteri Besar tentang kitab adab perbezaan pendapat dalam / Adab al-Ikhtilaf fi al-Islam oleh Sheikh Taha Jabir al-Alwani. Dia mengajar kita boleh berbeza pendapat tetapi jangan kafirkan orang, jangan hina orang, jangan cerca orang, jangan maki hamun. Mereka ada cara dan etika untuk berbeda pendapat. Itu pengajaran Salahuddin Al-Ayyubi, keadaan perang pun ada adab dan akhirnya alhamdulillah Salahuddin Al-Ayyubi dapat menakluki Baitulmaqdis daripada penguasaan Kristian.
- Bedanya pada masa Kristian ambil alih dihancur leburkan umat Islam. Tapi bila Salahuddin Al-Ayyubi ambil alih diselamatkan orang Yahudi dan orang Kristian di Baitulmaqdis.
- Saudara-saudara, apa yang saya hendak sampaikan adalah beza dunia sekarang ini, umat Islam lesu dan lembap, dihina dan bertindak ganas. Hari-hari orang saksikan dan negara-negara barat yang bicara soal demokrasi, hak asasi langsung tidak ada perikemanusiaan dan keprihatinan kerana apa? kerana warna kulitnya lain dan mereka agamanya lain. Apa lagi mereka ini orang Islam. Maka fahaman serong benci kepada agama Islam itu kukuh. Itu yang dikatakan Islamophobia.
- Saudara, bina kekuatan iman, tingkatkan ilmu, baik akhlak dan sahsiah Islamiah ma’nawiyah. Mudah-mudahan kita beri makna dalam hidup dan perjuangan ini.
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh.
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN
YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA KEMENTERIAN KEWANGAN BAGI BULAN MEI TAHUN 2024
7 MEI 2024 (SELASA)
KEMENTERIAN KEWANGAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera.
Alhamdulillah rabbil alamin
wassalatu wassalamu Ala asyrafil anbiya iwal mursalin
waala alihi wasabi ajmain.
YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan,
Menteri Kewangan II;
YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican,
Ketua Setiausaha Perbendaharaan; dan
Rakan-rakan yang saya muliakan.
- Sebenarnya ada persidangan antarabangsa (International Conference of Religious Leaders 2024) yang dianjurkan oleh Rabitah al-Alam al-Islami dan World Muslim League yang berpusat di Mekah al-Mukarramah, yang mengundang ulama-ulama Asia untuk berbincang soal keperluan hidup bermasyarakat dan bekerjasama antara agama. Esok mereka anjurkan pertemuan ulama-ulama dengan wakil-wakil agama-agama lain, Hindu, Buddha, Kristian rantau Asia. Ada orang tegur kata pasal apa ini pluralisme dan sebagainya. Tapi Rabitah al-Alam al-Islami memikirkan untuk kita perkuatkan, iktikat, keimanan, akhlak, kefahaman dan roh perjuangan kita harus juga hidup dalam keadaan yang damai, dan damai itu dengan kefahaman.
- Saya pernah ingat umpamanya Saidina Ali bin Abu Talib R.A. pernah ditanya, rumusannya walaupun kadang matannya itu berbeda sedikit tapi ditanya tentang apa bezanya antara Muslim dengan Muslim. Dia kata di antara Muslim itu, mereka itu bersaudara. ‘Akhukum fil Islam’, iaitu mereka itu saudara kamu dalam Islam. Tapi bagaimana pula hubungan orang Islam dengan bukan Islam? Saidina Ali R.A. guna istilah yang sama, ‘Akhukum fil insaniah’, iaitu ‘saudara kamu sesama manusia’. Ini yang disebut dalam prinsip insan, kemanusiaan. Jadi dalam Islam itu baik kawan-kawan yang beragama Islam dan bukan Islam harus faham. Ini yang dianjurkan oleh Islam. Yang ditafsirkan oleh pelbagai kalangan itu soal lain, seperti mana agama-agama lain juga.
- Penafsiran itu kadang-kadang dia jadi melampau. Tapi dalam Islam itu ditegakkan begitu. Dia tidak sedikit pun mengikis keimanan kita, cara kita solat, cara kita puasa, bayar zakat. Itu soal yang tetap, yang soal usul dalam agama. Tetapi ikhtilaf, perbezaan pendapat itu dibolehkan. Apa lagi di kalangan umat Islam pun ada. Sebab itu saya mula-mula dulu tahun lalu saya anjurkan JAKIM menerbitkan semula kitab seorang ulama, ustaz usul fiqh dari Jamiah Imam Muhammad bin Saud dulu. Maknanya ustaz dalam bidang usul fiqh kemudian jadi ketua dalam International Institute of Islamic Thought yang saya menyertainya dari awal. Kitabnya bernama ‘Adabul Ikhtilaf Fil Islam’, adab atau etika berbeda pendapat dalam Islam. Maknanya dalam Islam itu dibezakan ada ikhtilaf, ada perbedaan.
- Apa yang boleh berbeda? Solat semua kena solat tapi kadang-kadang ada yang lurus, ada yang angkat tangan, ada yang kuatkan Bismillah, ada yang tidak dan hujah-hujah itu kuat. Berbeda pendapat boleh, ikhtilaf ulama pun boleh, tetapi bukan untuk menanam bibit perpecahan dan permusuhan. Sebab itu dia kata adab, menyantuni, menghormati dan memuliakan. Saya masih ingat Sheikh Yusuf al-Qaradawi yang saya anggap seorang yang banyak membantu saya secara peribadi, tetapi seorang ulama terkenal dunia ketika itu. Kalau solat dengan dia di Doha, ‘Bismillahi rahmani rahim’ tak kuat seperti mananya di Mekah. Tapi bila datang ke sini, kita tak suruh pun (bacaan) ‘Bismillahi rahmani rahim’ (itu kuat) tapi saya dengar kerana dia menyantuni kerana dia tahu pertamanya, itu tidak melanggar hukum. Ini yang dikatakan adab ikhtilaf Islam.
- Sebab itu orang tanya mengapa saya hadir ke perkampungan sunnah di Perlis? Kerana saya menyantuni dan menghormati usaha mereka, dakwah mereka. Saya faham ada perbezaan pendapat dengan ada ulama-ulama lain, tapi saya tidak mengambil sikap memusuhi sesiapa. Yang saya mahu ada usaha kita menyantuni dan saya anggap usaha itu usaha baik seperti mana juga kadang-kadang ada perhimpunan-perhimpunan dengan habib dan sebagainya yang juga kalau kita hadir tidak semuanya kita setuju. Tapi yang kita bukan tolak dari segi fundamental, tolak dari segi furuk. Furuk ini maknanya sampingan. Sebab itu saya gesa kita baca, dalam sibuk-sibuk merangka belanjawan dan cukai orang, bacalah ‘Adabul Ikhtilaf Fil Islam’, etika perbezaan pendapat dalam Islam. Kerana kupasan Sheikh Dr. Taha itu dia berdasarkan banyak dari teks-teks asal, teks-teks klasikal untuk berhujah. Saya nanti minta apa ni Datuk Johan pimpin halaqah untuk bincang buku ini. Itu mukadimahnya.
- Tapi Alhamdulillah dalam 1-2 minggu ini kita dapat berita yang baik dan saya nak penjawat awam di Kementerian Kewangan, Perbendaharaan tumpu dalam bidang ini. Kita dalam dunia, politik, masyarakat, media sosial tak boleh elak semua pandangan-pandangan. Tetapi saya minta kita tumpu kerana sudah sampai ketika di mana gesaan kita dan harapan kita bahawa Malaysia ini terangkat dari segi keyakinan pelabur, dari segi keupayaan menjadi satu negara maju dengan penguasaan teknologi baru, digital dan juga AI itu nampak mendapat sambutan yang baik. Kita sebut dulu Infineon, dan baru-baru ini Microsoft dan keputusan Microsoft itu besar dan implikasinya besar dan dalam rundingan dengan mereka itu, bukan sahaja yang diumumkan, tapi yang yang runding secara terperinci, soal latihan, soal pendedahan, soal kerjasama dengan universiti, soal research, centre of excellence, expansion, training yang meluas itu semua diadakan.
- Kemudian semalam saya dengan Google, walaupun online tetapi ada komitmen mereka dalam semangat yang sama. Sebab itu kita sebarkan langsung perbualan saya dengan Ruth Porat yang jadi Presiden Google. Kemudian saya berada di Arab Saudi beberapa hari yang lalu selain daripada mana Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Pembangunan Islam meningkatkan dari segi kerjasama dalam bidang digital dan pendidikan kewangan Islam, ada juga tentang kerjasama industri halal.
- Tetapi saya singgung hal ini beberapa hari yang lalu, ACWA Power. ACWA ini syarikat besar energy yang pelbagai yang kuat di Arab Saudi dan juga di dunia. Saya berbincang panjang tentunya melakukan perbincangan dengan pegawai-pegawai daripada MIDA, MATRADE, daripada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. Tetapi kemudian dia mahu beberapa kepastian dari saya tentang third party access, soal macam Microsoft cloud computing. Semua hal itu bila dapat, jadi saya bagi penjelasan. Kemudian kalau kemungkinan perubahan dari segi digital dan AI dalam Kerajaan. Saya kata itu komitmen kita. Kita dah setuju pada dasar, esok dalam kabinet saya akan perkukuhkan. Masih ada kadang-kadang keengganan ataupun kegusaran Jabatan-jabatan kerana nak control server masing-masing. Tapi itu pemikiran tahun 80-an lah, kita mesti menjelaskan kepada mereka dan saya jelaskan juga kepada Microsoft, Google, kita akan perluaskan, melainkan isu-isu keselamatan khusus national security. Itu dikecualikan, yang lain itu mesti.
- Bila bagi perakuan begitu, ACWA terus lapor kepada Perdana Menteri dan Putera Mahkota Mohammad bin Salman. Saya tidak tahu, cuma pertemuan saya dengan beliau pada jam 8 malam. Saya selesai rundingan dengan ACWA itu jam 9.30 pagi. Selain berbincang, saya bangkitkan dan dia sebut done. Dia dah dapat laporan dan dasar, dia setuju kerana ACWA ini juga seperti Khazanah, kena ada keputusan Kerajaan kerana dianggap syarikat Kerajaan. Jadi saya begitu kagum sebab cepat (prosesnya). Walaupun ada persiapan awal, ianya tidak bermula dengan perbincangan dengan pegawai-pegawai dari pelbagai Kementerian. Ini saya boleh sebut bahawa bila pegawai-pegawai itu cekap dan lunaskan isu-isu dan sebaik nak berbincang dengan saya, terus berikan maklumat, ‘ini yang mereka kehendaki’, ‘ini yang diminta’, ‘ini tak boleh’, ‘ini boleh’. Jadi itu membantu dalam rundingan terakhir saya dengan mereka. Tetapi 9.30 pagi selesai (perbincangan bersama ACWA), 8.00 malam Perdana Menteri putuskan lulus projek itu dijalankan RM10 bilion di Malaysia.
- Jadi saudara-saudara ada 2 pengajaran. Pertama, keyakinan orang. Kerana bukan sahaja sistem politik itu stabil tetapi kerana tahap penjawat awam dan mereka kagum. Kalau berbincang di Bank Pembangunan Islam, penghargaan mereka kepada rakan-rakan dalam keluarga Kementerian Kewangan itu sangat tinggi. Sebab itu dia bagi penghormatan kepada saya. Dia tak beri penghormatan kepada saudara di ketua bahagian kewangan. Tetapi kerana jasa itu dia berikan pengiktirafan kepada negara. Jadi penjawat awam yang cekap, pelaksanaan yang sangat pantas membantu menambah keyakinan dan kelulusan mudah. Sebelum itu Aramco. Puluhan bilion juga untuk di Pengerang dan akan mengembangkan dan ada satu lagi aspek saya akan bincang dengan Petronas 1-2 hari ini. Kerana tiga perkara pokok, dua selesai, satu ada masalah sedikit yang kita harus putuskan di peringkat Kerajaan.
- Jadi saudara-saudara, tumpu ini dan saudara lihat peta ekonomi kita, landskap ekonomi kita itu akan berubah dan saya yakin. Ini yang penjawat awam harus tumpu ke arah itu. Yang lain itu, yang simpang siur, sepak terajang, yang lain di luar itu serah pada saya dan kawan-kawan (Jemaah Menteri). Saudara-saudari kena tumpu ini kerana Malaysia ada keupayaan sekarang. Bukan sahaja dari segi pertimbangan antarabangsa tapi harapan orang dari segi pelaburan. Tengok macam pameran keselamatan semalam (DSA NATSEC 2024), tarikan minat itu mencecah 1,000 reruai daripada lebih kurang 63 negara begitu yang jarang berlaku kalau dianjur oleh negara-negara berkembang atau negara membangun seperti Malaysia. Jadi kita dapat perhatian begitu.
- Sebab itu saya agak keras kadang-kadang dengan segelintir kecil penjawat awam yang agak menyimpang daripada semangat ini. Tapi saya selalu gesa supaya masyarakat dan media berlaku adil. Jangan umpamanya sikap dan salah laku kecil itu menggambarkan disiplin dan semangat penjawat awam. Sebab kita memilih dan khususnya Kementerian Kewangan, Menteri Kewangan II dan KSP banyak jasa dalam hal ini kerana memikirkan bagaimana bersama JPA, kita merangka satu keupayaan kewangan untuk memberi ganjaran yang adil kepada penjawat awam. Itu insya-Allah kita laksanakan 1 Disember 2024. Jadi kita tidak menghalang kadang-kadang orang yang menegur “dari mana nak cari wang?”, kemudian “mana tahu Kerajaan dan parlimen akan luluskan?”. Dan saya tidak berhasrat jawab itu semua kerana kita buat itu bila kita umum, itu setelah kerja dasar telah dilakukan. Kita tahu dari mana kewangan, kita tahu hasilnya bertambah dan kita dapat lihat umpamanya dan sepertimanya Microsoft. Bila dimulakan? Tahun ini. Bila Amazon mulakan? Tahun ini. Bila ACWA datang? Dalam 2 minggu akan datang.
- Jadi bukan maknanya ini rencana untuk 3-4 tahun. Kalau ada usaha seperti ini, kita yakin. Kita yakin pendapatan negara akan bertambah, mutu khidmat penjawat awam akan lebih baik dan hasil kita akan bertambah. Dengan itu, pandangan kita tentang bagaimana mengurangkan pergantungan kepada hutang dan mengurangkan defisit itu tidak berganjak. Ada orang kata ini “It’s not a rational economic policy”. I said “Why?” Then they said “How can you spend more for your civil servants and then you want to reduce debt?”. I think it’s how we manage our economy and the expertise are here. Yang pandainya saudara, saya hanya jurucakap. Kalau mereka nak tahu ada sesi. Biar Menteri Kewangan II atau KSP bagi kuliah sedikit kepada beberapa pemimpin pembangkang tentang ekonomi, bagaimana kita uruskan. Kalau tidak dia nanti bingung, bila dia bingung dia cerca di khalayak dan orang-orang keliru. Padahal kena ingat kalaupun dia cerca kita di Kuala Kubu Bharu, hampir setiap keluarga itu ada penjawat awam yang bertugas. Kalau tidak anak dia, adik dia, adik dia, anak saudara dia ataupun menantu dia adalah penjawat awam.
- Jadi jangan perlekehkan usaha kita kerana saya tahu sukar dan saya menunggu berbulan-bulan begitu. Mesyuarat berpuluh kali untuk pastikan saya yakin dan saya nak kalau kenaikan itu adalah kenaikan yang bermakna. Boleh naik 5% dan saudara pun happy tapi saya fikir adakah ada keadilan atau tidak. Orang bandingkan pemimpin-pemimpin, masa mereka memerintah potong elaun, suruh ikat perut. Bila sekarang kita nak bagi dia marah lagi. Jadi saya nak bagitahu kalau saya harap saudara kerja lebih dedikasi dan kita lebih strict terhadap yang malas, yang rasuah, saya harus bagi ganjaran dan pengiktirafan yang lebih. Insya- Allah kita akan lakukan sebelum akhir tahun.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PELUNCURAN STRATEGI PEMBANTERASAN RASUAH NASIONAL (NACS)
2024 – 2028
7 MEI 2024 (SELASA)
PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdu lillaahil lazeee anzala ‘alaa ‘abdihil kitaaba
Wa lam yaj’al lahoo ‘iwajaa
Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolilah Kareem
YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi,
Timbalan Perdana Menteri I;
YB Dato’ Sri Fadillah bin Yusof,
Timbalan Perdana Menteri II;
Yang Dipertua Dewan Rakyat;
Menteri-menteri;
Timbalan Menteri;
YBhg. Tan Sri Mohd Zuki bin Ali,
Ketua Setiausaha Negara;
YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki,
Ketua Pesuruhjaya SPRM;
Para Duta Besar negara-negara sahabat;
Keluarga SPRM; dan
Rakan-rakan yang saya muliakan.
- Alhamdulillah, hari ini kita meluncurkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional. Ia menyusul langkah-langkah awal yang dimulakan yang sebenarnya sukar. Pada tahun 60-an, seorang pakar ekonomi sarjana terkenal Sweden, Gunnar Myrdal menulis buku yang juga popular yang menggemparkan dan menimbulkan sedikit kemarahan di kalangan elit Asia. Bukunya berjudul Asian Drama. Dia menyinggung isu pembangunan negara-negara baru merdeka dan memberi peringatan bahawa sekiranya isu rasuah tidak dibanteras, negara-negara itu akan terkesan dan terhambat dari segi pembangunan ekonomi. Kupasan Gunnar Myrdal itu mendalam dan menarik pandangan generasi muda ketika itu. Tetapi kebanyakan elit penguasa tidak senang kerana kita disinggung.
- Kemudian beberapa tahun selepas itu Almarhum Tun Abdul Razak pemimpin negara kita, merumuskan tiga (3) masalah besar yang dihadapi oleh negara Persekutuan Tanah Melayu pada masa itu. Kata Tun Abdul Razak, we are confronted with the problem of three Cs. The problem our fight against communism, the first sea, because at that time there were skirmishes between armed communist terrorist in the jungle and the periphery in Malaya.
- Masalah kedua adalah communalism. Negara baru merdeka dan kita hadapi sikap dan perlawanan kerana isu kaum. Sama ada Melayu, Cina atau India pada ketika itu di Tanah Melayu yang kadang-kadang terbawa-bawa, diheret dengan isu perkauman, bukan persatuan, bukan kemajuan negara. Itu “C” yang kedua, communalism. Then the third “sea” ialah corruption. Bayangkan tahun 1961-1962, Tun Abdul Razak telah memberi amaran kerana mula menjalar bila pemimpin-pemimpin pejuang kebangsaan sudah bertapak berkuasa kadang-kadang dah mula lupa dengan perit, keringat, air mata dan darah pejuang-pejuang terdahulu dan mula bergelumang dengan masalah rasuah.
- Saudara-saudara yang biasa dengan kupasan Profesor Syed Hussein Al-Atas, sarjana kita yang terkenal, di antara buku awal beliau dan secara tuntas membicarakan isu rasuah “the problem corruption”. Terutama pada masa itu telah menjadi satu budaya. Oleh itu, kita tidak harus pandang ringan isu ini. Isu rasuah ini dia terus membengkak. Tan Sri Azam menyebut angka-angka yang juga menggemparkan kerana dia mencecah puluhan bilion ringgit satu tahun. Bayangkan pembasmian kemiskinan, sekolah-sekolah, hospital, prasarana rakyat, nasib nelayan, nasib petani, pekebun kecil getah, sawah padi, hampir semua boleh dibereskan sekiranya kita boleh selamatkan negara dari kerakusan, tamak haloba, orang yang guna kuasa kedudukan sama ada pimpinan politik atau penjawat awam atau di swasta kerana tamak haloba yang tidak terkawal.
- Jadi, the scourge of corruption cannot be taken lightly. To combat means you need a very powerful, committed, dedicated and courageous force. To combat corruption, you need strong legislation and laws to protect and more profoundly you need clear political will and direction. Ini saya percaya, dengan kekuatan ini, tekad politik yang jelas yang tidak sanggup dan bersedia kompromi dengan rasuah dan mengambil apa sebarang tindakan untuk mengizinkan keluarga SPRM khususnya dan agensi-agensi penguatkuasaan lainnya. Bila kita luncurkan agenda pembanterasan rasuah ini, ya tentu tunggaknya masih SPRM. Tetapi ia terlibat dari semua, LHDN, PDRM, Imigresen, Kastam, APMM itu yang harus memastikan negara ini beranjak daripada keterlanjuran lalu dan lebih bertekad untuk membanteras.
- Saya punyai keyakinan kepada Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam dan keluarga SPRM yang telah diberi amanah dan kepercayaan serta dukungan, tidak kenal darjat dan kedudukan, supaya rakyat dapat mesej yang jelas. Apa pun jawapan dan sanggahan serta serangan yang dilontarkan kepada kita, saya nak tegaskan di sini tugas kita terutama generasi baru generasi muda ialah untuk menyelamatkan negara dan membela nasib rakyat.
- Negara tidak boleh diselamatkan dan nasib rakyat tidak mungkin terbela kalau kita biarkan kuasa, penguasa, penjawat awam dan badan-badan penguatkuasaan merasa hak mereka untuk memunggah kekayaan dan menjalankan pentadbiran mengikut hukum rimba.
- Saya percaya juga majoriti rakyat sudah resah dan benci dengan keterlanjuran ini. Segelintir tentunya akan tetap pertahankan dan terpukau kerana bila kita memerangi perasuah, perasuah itu bukan manusia kerdil dan kecil, perasuah itu orang-orang berpengaruh, orang-orang darjat atasan, orang-orang yang mempunyai dana yang besar. Dia akan gunakan sebarang usaha melalui media sosial, melalui jentera Kerajaan yang ada, melalui kuasa politik dan pengaruh politik untuk menghalang, menyerang, sama ada tokoh politik ataupun bidang penguatkuasa. Saya percaya keluarga SPRM tahu bagaimana kadang-kadang mereka terpaksa hadapi serangan, tohmahan dan juga malah keselamatan. Kerana dalam pertarungan ini, pertarungan yang dahsyat.
- Jadi sebab itu saya hadir untuk memberikan dukungan bagi pihak kedua-dua Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri yang ada untuk menzahirkan pendirian kita bukan sekadar meluncurkan satu lagi strategi. Kalau lihat sejak merdeka, berapa puluh strategi dah ada? Berapa puluh rancangan pembanterasan sudah ada? Berapa banyak pelan sudah ada? Peguam Negara juga ada. Ada berapa banyak undang-undang yang telah dipinda? Walhasil, rasuah masih membengkak dan merebak. Sebab itu yang kita perlu adalah kesungguhan, tekad, keikhlasan, “Ikhlas al-‘amalillah” untuk memerangi ini sebagai satu dasar yang perlu demi menyelamatkan negara dan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.
- Saya doakan kepada Allah SWT agar tonggak di SPRM dan keluarga SPRM menunjukkan contoh yang terbaik. Mustahil kita tidak boleh lakukan. Apa yang tidak mampu dilakukan oleh rakyat Malaysia ketimbang negara-negara lain? Apa kurangnya negara ini? Ada kekuatan ada kemajmukan, ada hasil, mahsul yang banyak, ada kepintaran yang luar biasa. Yang perlu adalah tekad untuk melaksanakan dengan ikhlas untuk menyelamatkannya.
- Saya yakin sebagai tonggak, SPRM bersama badan-badan penguatkuasaan ambil ini sebagai satu tanggungjawab dan satu kekuatan baru dan kita boleh. Sebab tu saya di antara yang degil betul untuk percaya dan juga untuk mengharapkan Malaysia ini terangkat sebagai satu negara hebat. Pertama melalui tatakelola, keduanya sebagai negara yang boleh melonjak pembangunan sebagai di antara negara terhebat di rantau ini, insya-Allah.
- Jadi lima (5) Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional ini bermula dengan pendidikan. Mesti ada pencerahan. Anak-anak sekolah harus dilatih untuk benci rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Di universiti, di kalangan rakyat mesti ada program pendidikan yang meluas supaya ada sikap ini. Sekarang ini orang rasuah, oleh kerana dia kaya dia bagi habuan kita masih cium tangan lagi. Kerana tidak ada kesedaran. Kita solat, setiap tahun umrah tetapi soal nilai di antara hak dengan batil, makruf dan mungkar tidak dapat kita bedakan. Sebab itu saya kata peningkatan ilmu dan kefahaman dan pencerahan itu sangat penting.
- Kedua, kebertanggungjawaban awam (public accountability). Ini bukan urusan SPRM atau Jemaah Menteri, ini urusan kita. Apakah kita mahu selamatkan negara kita atau kita biarkan? Setiap kali ambil tindakan kepada pembesar-pembesar yang rasuah, banyak yang merenget dan mengeluh. Ada yang pertahankan, bagi pelbagai alasan, “Sudahlah jangan dendam”, “Dia sudah tua”, “Dia sudah jawatan tinggi”, saya tak mahu sebut. Apa jenis manusia ini? Jadi kalau SPRM nak ambil tindakan, ambil kepada sarjan sahaja, ambil kepada guru-guru sekolah rendah sahaja, yang atas jangan, dia telah khidmat, telah berjasa. Ini saya tahniah dan salute kepada SPRM kerana ambil tindakan yang berani dan tegas.
- Ketiga, sebab itu saya sebut yang yang terkait adalah suara rakyat. Dulu dalam slogan kami masa reformasi kami kata “Suara rakyat suara keramat”. Bukan dalam erti kata suara rakyat itu sama dengan “vox populi, vox dei”, bukan maksud rakyat tu suara Tuhan, tidak. Tapi maknanya suara rakyat itu boleh membentuk dan mempengaruhi dasar dan memberi dukungan kepada pegawai-pegawai pelaksana.
- Keempat, penguatkuasaan. Mesti berani, mesti tegas, pikul amanah dengan cekap. Dan kelima, saya tidak nafikan kita beri ganjaran dan insentif yang sesuai supaya dalam melaksanakan strategi pembanterasan ini, kita berikan ruang sama ada kepada pegawai ataupun penjawat awam ataupun orang ramai yang memberi kerjasama untuk menjayakannya.
- Jadi sekali lagi saya ucap terima kasih dan menganggap acara ini acara yang penting bagi negara kita untuk melaksanakan tugas pembanterasan rasuah dan melonjakkan semula Malaysia sebagai negara hebat, Insya-Allah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
SPEECH TEXT
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PRIME MINISTER
FOR
INAUGURATION OF THE 2024 INTERNATIONAL RELIGIOUS LEADERS CONFERENCE
7 MAY 2024 (TUESDAY)
SUNWAY RESORT HOTEL,
PETALING JAYA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam Sejahtera.
Alhamdulillahilladzi anzala ‘ala ‘abdihil kitaaba
Wa lam yaj’al lahuu ‘iwajaa
Wa usolli wa nusolli ala rasoolihil kareem
Wa’ala alihi wa sahbihi ajma’een
TYT Mariano Assanami Sabino Lopes,
Deputy Prime Minister of Timor-Leste;
YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,
Deputy Prime Minister I;
YB Datuk Seri Fadillah Yusof,
Deputy Prime Minister II;
TYT Sheikh Dr. Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa,
Secretary General of the Muslim World League (MWL);
YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Hj. Mokhtar, Minister in the Prime Minister’s Department (Religious Affairs);
Ministers;
Distinguish guests, ladies and gentleman.
- Satu penghormatan besar bagi negara kita dan kepercayaan rakan-rakan dari Rabitah Alam Al-Islami khususnya Dr. Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa untuk meminta Malaysia menjadi tuan rumah bagi satu sidang yang penting, untuk meningkatkan kefahaman, hormat-menghormati di antara masyarakat Islam dan pemimpin-pemimpin agama sama ada di Malaysia atau Asia khususnya.
Excellencies, ladies and gentlemen,
- The theme of today’s gathering, unity in diversity, is paramount importance. It is one of the passing issues, a new ‘Zeitgeist’ marked with inter-ethnic, inter-religious and inter-political strive. I happen to be a political leader. But Son Excellence, Sheikh, many political leaders have failed. We have seen from the era of colonialism and imperialism and that following that condescending attitude, the hypocrisy in dealing with issues in the south, the intimidation of people, the double standards of treatment people of color, of blacks, of different countries. You have seen the utter abdication of moral responsibility in Gaza, which is mind boggling, which has enraged so many people. So, I think this is a golden opportunity, an opportunity for religious leaders now to take them, to have the courage to advise the community and leaders. This is a great responsibility, a real amanah. We either would do something really effective and meaningful to our religious beliefs, to propagate the right values of humanity, of tolerance, of compassion.
- Where is our religion? If we don’t have compassion and ihsan and rahmah. Where is our religion? If we don’t talk about justice and ‘Al-Adl Wal Ihsan’? What is the meaning of our religious belief when we do condone injustice perpetrated against our people? We in Malaysia is a multi-religious country. Muslims comprise of almost 60%. Islam is the religion of the federation. We have to undertake the responsibility to ensure the Islamic practice is enshrined in the constitution. But at the same time, the leadership is committed to ensure there are no excesses. We respect the right of every single citizen, Muslim or Buddhist or Christians or Hindus. They have every right in this country. Now, what is the message then? Is this a belief, a practice observed by all? Certainly not.
- We have heard, we have seen and more so my dear brother and Sheikh, who is not only a great dai’e, but a great scholar himself. He knows, he travels, he is trying to promote that sort of understanding. Because many other countries, religious minorities have been persecuted, being treated as second class citizens, denied their rights, insulted, abused. And let this be a message that we in Malaysia, although we remain steadfast Muslims and we want to adhere to Islamic principles, we want justice for every single citizen in this country. And this message should be loud and clear to my friends here and abroad, in the East and the West, that this must be respected. Whether Muslims are in the majority here in Malaysia or Muslims are in the minority elsewhere. You cannot expect us to do justice and you perpetrate gross abuse and injustice elsewhere. Of course, what’s more pronounced is what’s happening in Gaza. This is a colonial mindset mentality.
- Rudyard Kipling wrote about “East is East, West is West, and the twin shall never meet”. That was probably in the 1930s-1940s. In the 1990s, Sheikh mentioned Samuel Huntington’s thesis of the “Clash of Civilization”. The West liberal democracy must be in the upper hand. The Muslims, the Arabs, the Hindus and the Chinese will be defeated. What sort of civilizational understanding is this? I of course appreciate that many of my friends in Europe and America does not necessarily share this view. This is precisely the reason why this dialogue is of utmost importance. This is why we consider a new narrative is required. Because the intellectually dishonest will say yes, claiming that these cracks are inevitable results of the culture war. Similarly, the morally corrupt in our societies would be in support, benefiting from the ill that plagues the world today.
- Therein, excellencies, ladies and gentlemen, lies the crux of the problem. Those claiming leadership position in culture, in civilization, in politics, are devoid of the conscience of a human being. In the Quran, Allah have exalted the children of Adam, “Walaqad karramna Bani Adam” (Surah Al-Isra, 17:70) and for the final judgment is not your class, not your color, not your wealth. “Inna akramakum `ind-Allahi atqakum” (Surah Al-Hujurat, 49:13) is the level of your dedication, of your servitude and your piety. The difference is acknowledged. I don’t choose to have this colour, nor you white or black or coloured. But Allah have ordained in the Quran that it is ‘Lita’arafu’. You see the Quranic term, correct me if I’m wrong, ‘Lita’arafu’ is not tolerance. I tolerate because you are different colour, I tolerate because you are a different tribe. No. it is to know one another, knowing means to appreciate. There is a difference.
- Now I don’t claim that all Muslims share this view. There are Muslims who are tolerant, there are Muslims who are fanatics. There are Muslims who are terrorists. But they don’t represent the Islam. They don’t represent the majority. This is important to realize. Therefore, we will have to strongly encourage this. For example, this conference, when we talk about differences. Some says ‘ikhtilaf ‘ajnas’, some says ‘ikhtilaf ‘adyan’, which differences in race or differences in religion. Why must Malaysia support the initiative by Rabitah to organize this conference? Are you promoting liberal views or pluralistic views? No, we do not. We promote ‘Lita’arafu’. We promote understanding. We promote ‘karamah insaniah’. We promote humanity and it is the duty, more so of the Muslims to present a character that is tolerant, understanding and more so, again, compassionate and just. It is therefore my fervent hope and I respond with respect and affection.
- What the Aminul Amin of the Rabitah Alam Al-Islami suggested that Insya-Allah, the Kuala Lumpur Summit will be a permanent feature in Malaysia. It is important, pertinent in this country to promote the understanding of Islam, to promote a message of peace, to promote ‘rahmatan lil al amin’, and to showcase and to be advised if this conference you observe among the Muslims here, among the Christians or Buddhists or Hindus here, that things need to be done to be improved. Let me say, I listen with all humility because I want to be like you, to be successful in this ‘dunya’ and the hereafter.
- I want to listen to your advice, to your criticism, to your suggestion, how, whilst we are trying our level best to enhance our understanding of Islam and practice what is being ordained in the Quran, in the Sunnah. We want also to convey a message of affection, of compassion, of justice for all our citizens, Muslims and non-Muslims. Our priority other than that is to make sure we succeed. There are many in our midst who are living in abject poverty. We are deprived of the new technology, of digital transformation and the artificial intelligence. These are important in our lives, of good quality education, of public health facilities. And it is our duty therefore, to ensure that governance is guided by strong moral and ethical values. Read the country of excesses and corruption, abuse of power and arrogance of power. I stand guided.
- I look forward to your suggestions and may I express again ‘jazakumullah khairan katsiran’, special thanks and appreciation to all of you to be present today. And may the deliberations give us hope for the future. General people are sick and tired of the bickering among political leaders. Devoid of moral precepts and conscience and the meaning of justice. They can talk at the top of their voice about democracy, human rights. We don’t know what to believe anymore. So, let the religious leaders take your place. Be more effective, courageous in your views, including against your own followers. You may be a Buddhist leader, you may be a Hindu leader, you may be a Muslim leader or a Christian leader. Justice is justice. Never in the name of religion, condone and allow perpetration of injustice and abuse against anyone.
- May Allah help us.
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA JABATAN PERDANA MENTERI BAGI BULAN MEI TAHUN 2024
6 MEI 2024 (ISNIN) | 8.00 PAGI
DEWAN DE’SERI ENDON, PUSPANITAPURI PUTRAJAYA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera.
Alhamdulillaahil ladzeee anzala ‘alaa ‘abdihil kitaaba
Wa lam yaj’al lahoo ‘iwajaa
Usolli Wasallim Ala Rasoolil Kareem
Wa’ala alihi wa sahbihi ajma’een
YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi,
Timbalan Perdana Menteri I;
YB Dato’ Sri Fadillah bin Yusof,
Timbalan Perdana Menteri II;
YBhg. Tan Sri Mohd Zuki bin Ali,
Ketua Setiausaha Negara;
Menteri-Menteri;
Timbalan-timbalan Menteri; dan
Rakan-rakan yang saya muliakan.
- Minggu lalu merupakan minggu yang penuh kegiatan. Pertama, kegiatan sambutan Aidilfitri. Seperti mana saya sebut memang dah sampai akhir Syawal dan saya tengok ada satu dua jemputan selepas Syawal sebabnya nak ambil hujung minggu tu. Tak apa sebenarnya kalau niatnya baik, bersederhana, silaturrahim tak ada masalah.
- Saya baru pulang dari Riyadh untuk menghadiri World Economic Forum atas undangan Putera dan Perdana Menteri Mohammad bin Salman. Banyak kegiatan sampingan di situ. Kegiatan halal yang sepatutnya Datuk Seri Zahid hadir. Kemudian perjanjian Suruhanjaya Sekuriti dengan satu institusi kewangan dan juga Bank Pembangunan Islam. Tetapi yang kita fokus ialah pertama, pertumbuhan ekonomi. Saya nampak memang ada minat pelabur asing, baik semasa di Jerman dahulu dan minggu lalu, Microsoft, dan sebentar lagi saya akan berbicara secara online dengan Google.
- Di Saudi, selain daripada Aramco yang melabur di Pengerang, ada Aqua satu syarikat gergasi tenaga dan yang besar yang bersetuju untuk melabur. Semalam saya singgung di Pulau Pinang, tengok perubahan dari segi kecekapan Arab Saudi yang dulu di antara yang lembab. Saya jumpa Aqua itu sekitar 9.00-9.30 pagi. Dia beritahu berminat dan saya bagi komitmen bersama dengan Menteri MITI, Menteri Luar Negara dan Pegawai MIDA. Kemudian dia kata, oleh kerana ini syarikat khazanah kerajaan, maka dia perlu persetujuan muktamad daripada Perdana Menteri dan Putera Diraja Mohammad bin Salman. Jadi saya kata tak apa, saya cuba sampaikan. Dan pada jam 8.00 malam hari yang sama sebelum saya berangkat pulang, saya berjumpa Mohammad bin Salman. Dia dah dapat briefing daripada Aqua dan semua proses dilakukan dalam tempoh satu hari. Semua agensi yang terlibat telah bagi lampu hijau dan bila saya bangkitkan isu itu, Mohammad bin Salman kata bagi pihak kerajaan Saudi, bersetuju supaya dapat disegerakan langkah pelaburan.
- Dua isu yang kita bangkitkan. Pertama, keyakinan mereka kepada Malaysia. Ini bermakna politiknya stabil, dasar ekonomi jelas dan kecekapan yang mereka lihat dari penjawat awam dan syarikat-syarikat Kerajaan. Yang kedua, yang mengagumkan saya ialah proses kelulusan di Arab Saudi. 9.30 pagi dikemukakan, 8.00 malam Perdana Menteri kata ‘lampu hijau, teruskan’. Sebab itu dari sudut ekonomi, walaupun ada perbincangan tentang isu lain, tapi dari sudut kepantasan kelulusan yang menyebabkan negara itu boleh melonjak tinggi kerana kecekapan dan ini yang saya nak gesa rakan-rakan terutama dari syarikat-syarikat Kerajaan dan penjawat awam agar faham. Dari sudut tanggungjawab Kerajaan, kerjasama Menteri-menteri, Timbalan-timbalan Perdana Menteri, dan Jemaah Menteri kita sangat komited.
- Betul, kita ada warisan hutang dan defisit, banyak keterlanjuran, ketirisan, yang kita lihat masih lagi berlaku walaupun skalanya lebih kecil tetapi masih terus berlaku. Tetapi komitmen kita untuk membantu dengan dana yang ada bagi masyarakat miskin majoriti Melayu Bumiputera, ada kelompok-kelompok kecil Cina bandar dan masyarakat India yang relatif miskin terutama di estet dan di pinggir-pinggir bandar. Komitmen itu tidak boleh dipertikai walaupun dalam dunia politik itu terus menjadi perbahasan. Saya tidak ada masalah, tapi tanggungjawab kita, komitmen kita harus diteruskan dan itulah yang menyebabkan kita ambil keputusan yang agak berani dan radikal.
- Kalau ikut pertimbangan ekonomi, teori ekonomi biasa, semua kenaikan gaji itu ditangguhkan sehingga ekonomi itu lebih stabil. Maknanya hutang kurang. Tetapi saya lihat dari segi MADANI, ihsan, kemanusiaan, tahap kecekapan, kemampanan. Bagaimana boleh kita bebankan pada penjawat awam kesalahan yang bukan semuanya berpunca dari mereka. Kadang-kadang dari segi pengurusan, dari segi kecuaian pihak lain. Jadi kita pertimbangkan. Oleh itu tidak boleh dibebankan. Jika tidak boleh dibebankan dan ada kewajaran kita sebagai bapa dalam keluarga besar Kerajaan, harus beri pertimbangan. Itulah sebabnya mengapa kita ambil keputusan yang berani.
- Perbincangan itu agak teliti dan mendalam. Tan Sri KSN ada, KPPA ada serta KSP, kita nak memberikan pertimbangan bagaimanaharus beri suatu yang betul-betul melegakan. Kalau bagi sedikit-sedikit dia kata macam ala kadar pula. Jadi saya kata bagaimana nak naik kadar yang dia rasa boleh bagi keyakinan bahawa pimpinan Kerajaan MADANI ini serius untuk betul-betul mencari jalan yang sebaik mungkin untuk membantu. Maka itulah sebabnya kita naik keseluruhannya 15% dan bagi kategori yang lebih rendah itu melonjakkannya jauh lebih tinggi iaitu 20-30%.
- Ada orang cabar mengapa tak umumkan secara terperinci? Tak boleh sebab ada prosesnya. Prinsipnya kita boleh umumkan, tapi yang terperinci yang kecil-kecil itu kita kena bentangkan dahulu kepada Jemaah Menteri. Dah dipertikai “maknanya belum muktamadlah itu?” Dia kata “mana tahu kalau Parlimen tak luluskan?” Saya nak tanya, Ahli Parlimen mana yang nak bantah ini? Kalau pun bantah, insya-Allah ada majoriti tetap 2/3 untuk meluluskan cadangan kenaikan gaji Sistem Persaraan Baru dengan bergaya. Saya tak mahu naik dengan majoriti kecil, biar ada keyakinan Ahli-ahli Parlimen bahawa ada keyakinan dan kepercayaan kepada keupayaan dan kewibawaan penjawat awam. Tetapi dalam sistem persaraan ini kita kaji secara menyeluruh.
- Ada orang pertikai, kalau di sekolah mungkin ada 90% lebih guru-guru yang menjalankan tanggungjawab tapi ada guru-guru yang cuai. Ada yang tidak hadir. Begitu juga dengan masalah di jabatan. Ada golongan kecil yang rasuah, tak datang kerja, pelbagai masalah. Apakah harus kita beri layanan yang sama? Jawab saya tidak. Kita tidak akan memberikan layanan yang sama. Jadi saya minta sementara kita berikan satu anjakan yang agak radikal dari segi memberikan pengiktirafan dan habuan kepada penjawat awam, saya minta sokongan saudara-saudara untuk mengawal sendiri Jabatan dan rakan-rakan supaya dikenal pasti orang-orang yang merosakkan nama baik penjawat awam. Itu yang pertama.
- Yang kedua, semalam saya ke Cherok Tokun di lereng Bukit Mertajam. Saya cuba fikirkan baik kita belanja RM22 bilion lebih untuk tolong orang miskin melalui segala Jabatan dan Kementerian. Kita dapat input daripada ketua kampung, penghulu. Tapi apakah mungkin kita perkenalkan satu kaedah. Kita semua Ketua-ketua Jabatan, Menteri semua sibuk. Tetapi boleh tak kita tugaskan setiap orang itu diberikan amanah. Contohnya Ketua Pengarah MKN ambil satu kampung, sebaiknya kampung asal dia. Pergi ke kampung untuk melihat semua aspek masyarakat di kampung itu. Jadi semalam saya cuba panggil semua jawatankuasa masjid, jawatankuasa surau berdekatan, belia, belia sukarela, belia silat, semua. Sampaikan saya hairan dalam satu kampung itu ada berpuluh persatuan, kita panggil semua dan biar dia kenal pasti berapa orang yang betul-betul miskin tegar. Berapa anak tak pergi ke sekolah kerana tercicir, berapa yang terlibat kes dadah, berapa yang sakit mental. Jadi kita lihat itu sebagai satu keluarga besar satu kampung.
- Semalam saya dengar, dan saya nak jadikan ini satu model. Can we do it? Jadi tentunya kita akan selaraskan juga, Pejabat Daerah, Jabatan Pertanian, pelbagai agensi. Tapi saya tengok ada kesan. Kerana kalau seorang itu menjadi Pengarah atau Datuk Bandar, jangan pergi sebagai Datuk Bandar, pergi sebagai anak kampung itu. Kalau ada masalah tulis, orang ini tercicir atau tulis ke Jabatan Pendidikan. Saya percaya Jabatan Pendidikan akan beri perhatian, kefahaman mereka itu lebih baik. Saya cuba pendekatan tersebut, jadi saya dah cuba ke Cherok Tokun.
- Hari Rabu ni saya akan lapor ke Jemaah Menteri tentang apa yang dilakukan dan kalau boleh semua Menteri, Ketua Jabatan pilih (kampung). ICU akan sediakan SOP, sedikit kaedahnya dan dengan cara itu kita tahu betul-betul kalau ada katalah 10,000 Pegawai Kanan, kita mulakan dulu, jadi kita berurusan dengan 10,000 kampung. Setiap kampung ada masalah dadah, masalah keciciran, masalah mental, ada masalah orang OKU.
- Jadi semua itu bukan semestinya dana daripada kita. Kalau kita boleh, kita tambah sedikit dana kita, tetapi kita selaraskan kegiatan dan kita bantu mereka. Bukanlah maksud saya kena turun setiap minggu, tidak. Kita buat macam kita balik kampung dua tiga bulan sekali. Tetapi ada satu sesi di mana kita panggil mereka, kita adakan seperti mesyuarat khas, satu yang formal dan selainnya yang tidak formal. Itu satu pendekatan baru, saya belum tahu ada lagi pendekatan sebegini yang pernah dibuat di dunia. Jadi saya tak berani jamin ianya sesuatu yang boleh berhasil. Tapi saya fikir bolehkah umpamanya kalau Datuk Seri Fadillah masuk kampung, dan walaupun dia pergi itu sebagai orang kampung, orang lama, sahabat, tapi orang tahu dia tu TPM. Jadi dia bercakap, dia tanya dan dia selaraskan itu akan cukup berkesan dan kampung itu menjadi satu model.
- Jadi yang pertama tadi soal integriti penjawat awam, yang kita akan nampak satu dua bulan kesannya. Keduanya soal setiap Ketua Pengarah, Ketua Jabatan pilih kampung siap-siap. Janganlah tunggu sampai tiga empat bulan. Dah tahu yang mana, minggu depan boleh bagi nama kampung. Jadi saya harap kalau boleh dalam kesibukan kita, kita kenalpasti kampung dan kalau sempat, balik. Kalau tak sempat, contact pun tak apa dan bagi tahu siap-siap berapa puluh persatuan ada di situ. Kalau boleh mereka ada perjumpaan dulu dan sama ada antara kita atau pegawai kita seorang yang boleh selaraskan dengan kita.
- Itu dua (2) cadangan yang saya nak sebutkan di sini. Tapi percayalah soal keputusan kita yang saya umumkan, sedikit tambahan dan muktamad masa belanjawan bukan mudah saudara-saudara. Saya katakan 2025 dia mencecah lebih RM10 bilion, 2026 lebih daripada itu. Sebab itu masalah rasuah, ketirisan itu saya berat betul. Kita baiki yang ini, kita pulangkan kepada penjawat awam dan kepada rakyat. Jika dibiarkan kesenjangan berlaku, tak mungkin kita bawa perubahan. Jadi ini saya harap dapat dibetulkan. Kadang slow juga kita tengok. Setiap kali saya ke tempat di Pulau Pinang, Kedah, Perlis sebelum ini, saya tanya pengurusan macam mana? Majlis Perbandaran, Jabatan, Imigresen, Kastam. Tapi maknanya harus ada ruang untuk diperbaiki. Jadi saya harap untuk integriti penjawat awam haruslah setimpal dengan pengiktirafan dan keyakinan yang kita berikan. Keduanya, bermula daripada pemimpin-pemimpin kanan dan pegawai-pegawai kanan, tolonglah kenal pasti satu kampung yang sebaiknya kampung asal kita untuk kita selaraskan kegiatan.
Terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI VAISAKHI
PERINGKAT NEGERI PERAK 2024
4 MEI 2024 (SABTU)
STADIUM INDERA MULIA, IPOH
PERAK
Terima kasih.
Saya hadir hari ini bagi pihak Kerajaan Malaysia ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Vaisakhi bagi semua masyarakat Punjabi dan Sikh.
YB Tuan A Sivanesan,
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Negeri;
YB Tuan Chang Lih Kang,
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI);
Tuan Baldip Singh Randhawa Santokh Singh,
Pengerusi Jawatankuasa Sambutan;
Tuan Jugindher Singh,
Naib Pengerusi Jawatankuasa Sambutan; dan
Rakan-rakan yang saya muliakan.
- Terima kasih kerana bersama-sama menyambut Vaisakhi. Ini kelainan di Malaysia. Hari ini umpamanya satu hari di Ipoh dan Tambun khususnya selain daripada sambutan Hari Bomba Sedunia 2024, saya juga menghadiri sambutan Hari Raya di kalangan masyarakat Islam yang juga turut dihadiri oleh rakan-rakan lain. Pagi tadi ke perkampungan Cina, jumpa dengan masyarakat dan petang ini dengan masyarakat Punjabi dan Sikh juga turut disertai oleh kehadiran masyarakat Melayu, Cina dan India.
- This is the unique feature. Never take this for granted because we need to preserve this. There are efforts, there are small number minority forces within our society that begin to sow the seed of discord, enmity, intolerance and mind you, this country, the great country Malaysia must preserve its identity. Yes, Malay Bumiputera are the majority, Islam is the religion of federation, Bahasa, Raja-raja but this country must stand to preserve and protect the right of every single Malaysia. And the honor, the faith and respect of all religious faith and denominations, that’s how we are. We can use this to strengthen, we can use this to sow discord and weaken. Majority of us have decided to make Malaysia strong, formidable force economically, culturally and we will continue to do so.
- Sebab tu saya yakin sekiranya negara kita ini stabil, dasar kita jelas dan kita jamin untuk bela nasib setiap rakyat negara kita, saya percaya dalam beberapa tahun, Malaysia akan terangkat semula sebagai negara gagah dan hebat di rantau ini.
- Saudara lihat umpamanya di peringkat antarabangsa sudah mula ada pengiktirafan. Dua hari yang lalu Microsoft dengan ketua eksekutifnya sendiri datang mengumumkan pelaburan RM10.5 bilion di Malaysia. Sebelum itu Infineon, syarikat semikonduktor bersetuju untuk melabur 5 bilion Euro di Malaysia. Saya di Riyadh, Arab Saudi beberapa hari yang lalu berjumpa dengan Aramco yang telah bersetuju melabur RM8 bilion di Pengerang bersama PETRONAS dan 2-3 hari yang lalu, menemui syarikat besar gergasi di Arab Saudi, ACWA Power yang bersetuju melabur RM10 bilion di Malaysia.
- Perkara ini tidak terjadi dengan sendirinya. Mereka yakin dengan sistem dalam negara kita. Demokratik, aman, dan stabil. Mereka tahu negara ini negara pelbagai kaum, pelbagai agama, tetapi mereka memilih kerana ada kekuatan. Kita harus bersatu dan cari jalan perkuatkan. Apa dia kekurangan kita? Mutu pendidikan, the quality of education. Kalau perlu kekuatan dalam Bahasa Melayu, ya, jangan kita pertikai. Tetapi untuk Malaysia bergerak maju, harus ada bahasa rasmi yang tunggal, tetapi ada juga kekuatan baru dalam Bahasa Inggeris. Sebab itu saya telah arahkan tahun lalu, sistem pendidikan kita mesti beri penekanan dalam Bahasa Inggeris untuk beri kekuatan kepada seluruh rakyat Malaysia.
- Kemudian seperti yang disebut oleh saudara Baldip tadi “bahasa jiwa bangsa”. Ya, untuk negara Malaysia, Bahasa Melayu untuk semua tetapi mana-mana kaum mahu pertahankan warisan budaya mereka dan itu tidak menjadi satu kesalahan. Sebaliknya itu boleh menjadi satu kekuatan. Masyarakat Cina fasih bahasa Cina, India dengan Bahasa Tamil dan Punjabinya, Bahasa Melayunya, Inggerisnya. Kita anggap ini sebagai satu kekuatan. Kita tidak anggap ini satu kelemahan.
- Sebab itu kalau ditanya umpamanya “Bagaimana? Apakah Kerajaan boleh bantu untuk memberikan ruang kepada anak-anak belajar dalam bahasa ibunda selain daripada bahasa rasmi negara?” Saya jawab boleh dan harus Kerajaan memberikan pertimbangan dan menyokong. Tidak harus bergaduh soal itu. It is not a zero-sum game, if I suggest to you now that “yes we should consider seriously to allow Punjabi to be taught in school for Punjabi students”. It is never at the expense of Bahasa Melayu because Bahasa remains the medium of instruction and that Malaysian must have the level of proficiency that is satisfactory. As much as I do promote the importance of the English language. We used to be stronger in the English language, we still remain somewhat comfortable, but we have lost that stature to be able to be considered generally proficient in the language. I think we should take that, this is what I considered Negara MADANI. Ada empathy, dan kemanusiaan. Saya seorang muslim tetapi saya juga tahu untuk memimpin Malaysia ini saya mesti mempunyai humanity compassion.
- Saudara-saudara yang tahu agama Sikh, apa relevannya seagama kalau tidak ajar compassion? Tak tahu humanity? Saya masih ingat lagi semasa saya di penjara, tuan-tuan lupa tapi saya tidak lupa. They say “I can forgive but never forget” (nada seloroh). Every week nanti ada wakil dari Gudhwara hantar capati bagi semua patients, third class, second class, first class, Muslim, Buddhist, Christian, Sikh. Dia tak ada identify “Oh kalau dia Sikh, capati. Kalau dia Melayu, tak ada.” Tak ada. They provide food for patients in that ward, every single one. Dan ini bagi saya sebab agama itu mengajar compassion, humanity, kasih sayang yang menyebabkan kita melatih untuk memberikan kelegaan. Saudara mungkin tidak dapat membayangkan maknanya, tapi saya faham kerana tinggal di Sungai Buloh sekian lama dan duduk dalam keadaan susah. Tahu-tahu datang capati, wah ini satu yang enaknya luar biasa. Jadi apabila saya kenangkan, saya guna ini sebagai kekuatan.
- Sebab itu sebagai dasar, Tuan Jugindher, Tuan Baldip dan rakan-rakan, saya nak bagi tahu negara ini dan Kerajaan Perpaduan MADANI ini tidak akan bertolak ansur untuk jadikan Malaysia negara hebat yang menerima kenyataan pelbagai kaum dan pelbagai agama. Tidak ada ruginya pun. Semalam saya ada perhimpunan Islam yang besar, puluhan ribu orang di Perlis. Bicara tentang Islam dan kesedaran. Hari ini saya meraikan Vaisakhi. Tidak ada pertentangan kerana sementara kita bawa semangat agama masing-masing, kita mesti bawa sifat kemanusiaan atau ihsan. One of the major pillars of MADANI is compassion, humanity and that we must strive to achieve.
- Dengan ini kita dapat kekuatan ekonomi kerana Malaysia tidak boleh di tahap ini. Kita sekarang dengan semua pelaburan baharu ini, setiap minggu, minggu depan percayalah kita akan adakan pengumuman penting lagi, pemimpin-pemimpin dunia dan syarikat-syarikat gergasi dunia datang. Tetapi apa kekurangan kita? Saya sebut tadi Bahasa. Selain itu, kita kekurangan 30,000 jurutera. Maknanya anak-anak kita mesti digalakkan untuk menguasai matematik, sains dan bidang kejuruteraan. Kita bicara soal AI (Artificial Intelligence), asasnya masih sains dan masih kejuruteraan. Jadi saya harap kita tumpu itu. Nak gaduh apa? Tumpu itu. Bagaimana nak angkat martabat anak-anak kita? Kita mesti pertingkat mutu pendidikan negara, ekonomi negara, kualiti TVET, kualiti engineering, dan kualiti AI.
- Pada 10 hari bulan, saya akan lancarkan fakulti pertama artificial intelligence di UTM. Saya harap kita tumpu itu. Tuan Baldip sebut tentang apa-apa masalah, tak apa saya bagi ruang, tak ada masalah. Tadi cuma dia tak minta sahaja peruntukan. Saya ingat nak bagi, tapi dia tak minta, tak jadi bagi (nada seloroh). Tapi dia sempat bisik, dia kata datang bukanlah selalu, jadi bagilah sedikit pertimbangan. Tuan Baldip dan Tuan Jugindher, saya luluskan untuk permulaannya RM200,000 untuk kemudahan-kemudahan asas.
- I’m honestly very glad to be here although unfortunately very brief. I’m leaving now for Kedah. Although it’s an opposition state, I have made a point regardless of the political affiliation, I am here to serve every single Malaysian. Saya dah cover Kelantan, Perlis, petang ini di Kedah, dengan Menteri Besar dan Kerajaan Negeri untuk melihat masalah air, masalah tebatan banjir, masalah kemiskinan. Tadi Tuan Baldip sebut masalah kemiskinan, ini satu contoh yang penting. Bila saya sebut miskin, saya tidak kira kaum. Di negeri-negeri di mana ada kemiskinan tegar, abject poverty or hardcore poor, saya kata kita mesti bantu dan saya tak mahu kita izinkan ini berlaku. Kalau ada lagi di Perak umpamanya, bila kita bincang, saya ada minta ICU bersama Kerajaan Negeri bagi target. Takkanlah pula dengan negeri kaya begini, pelaburan puluh-puluh billion, orang nak makan tak cukup tak boleh bantu ke? I cannot accept that.
- Itu sebabnya saya katakan kemiskinan tegar, maknanya not enough to eat, tak ada wang bagi anak-anak pergi sekolah. That is the responsibility of the government and regardless whether they are Malay, Chinese, Punjabi, Sarawakian or Sabahan, it is our duty to ensure that every single person is protected. Sebab itu kita sudah dapat menoktahkan kemiskinan tegar di beberapa negeri. Walaupun poverty is a relative term, the poor is still a problem but at least hardcore poor.
- Jadi untuk fasa 1, kita bantu perbaiki tandas-tandas sekolah, semua sekolah dan ini pendekatan baru saudara-saudara, please appreciate that. This is a new approach. When I said repair the lavatories in all schools means all school. Malay school, Chinese school, Tamil school, regardless. They are schools were our children or grandchildren have to go, then we will have to deal with it and resolve that problem. Jadi sekali lagi terima kasih banyak atas kesudian saudara dan insya-Allah jumpa lagi di masa lain.
Terima kasih.
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PENUTUP PROGRAM MADANI RAKYAT 2024 ZON UTARA DAN SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI PULAU PINANG
5 MEI 2024 (AHAD)
TAPAK PESTA SUNGAI NIBONG
PULAU PINANG
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera.
Alhamdulillah, Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolil Kareem
YB Tuan Chow Kon Yeow,
Ketua Menteri Pulau Pinang;
YB Tan Sri Dato’ Dr Johari bin Abdul,
Yang di-Pertua Dewan Rakyat;
YB Tuan Loke Siew Fook,
Menteri Pengangkutan;
Menteri-menteri;
Wakil Kerajaan negeri Kedah dan Perlis;
Ketua-ketua perkhidmatan;
Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri; dan
Rakan-rakan yang saya muliakan.
- Saya ucap terima kasih kepada Kerajaan negeri dan Kementerian Pengangkutan sebagai penyelaras yang bersama-sama menjayakan program ini. Tentunya kita ucapkan juga penghargaan kepada pegawai-pegawai yang mengurus yang diketuai oleh Tan Sri Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara yang membantu melalui penyelarasan agensi-agensi pusat dan negeri, menjayakan program di beberapa negeri selama ini dan penutup untuk bahagian utara di Pulau Pinang hari ini.
- Pulau Pinang telah mencatat kemajuan yang pesat, pemacuan pertumbuhannya itu agak luar biasa. Usaha menarik pelaburan juga tinggi dan beberapa bulan yang lalu saya diminta oleh Ketua Menteri yang meneruskan kerja-kerja penarikan (pelabur) ini dan rekod itu dipertahankan seperti mana pernah dilakukan sebelumnya oleh mantan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ini telah menyaksikan perubahan yang menakjubkan. Saya diminta merasmikan fasa 3 Projek Perindustrian Batu Kawan. Hanya setelah beberapa bulan, kawasan itu hampir sepenuhnya dimiliki oleh pelabur-pelabur sehingga Kerajaan di Pulau Pinang terpaksa memikirkan untuk mengembangkan lagi kawasan. Sebab itu kita selain daripada Kulim Hi-Tech dan kawasan perindustrian yang dirancang oleh Kedah di Gurun, kita juga merancang satu projek KIGIP di Kerian Hi-Tech dengan fokus hijau. Ini akan menjadi juga pusat dan seperti mana Kulim Hi-Tech, sinerginya masih lagi pelabuhan dan Lapangan Terbang Pulau Pinang.
- Kerian itu di antara kawasan pantai barat majoriti Melayu yang dianggap miskin dan kurang pesat pembangunannya. Jadi pemilihan kawasan itu dengan kerjasama Kerajaan negeri Perak akan membantu untuk memacu pertumbuhan yang menyegarkan, memberi peluang pekerjaan dan memberi fokus tentang dasar kita tentang transisi tenaga (energy transition). Fokus itu akan memberikan tarikan kepada pelabur di dunia Arab dan juga barat dan negara China yang sekarang kadang-kadang mensyaratkan semua kegiatan pelaburan hanya dengan tenaga hijau. Sama ada green hydrogen, ammonia dan ini akan diusahakan tenaga alternatif sekurang-kurangnya.
- Apa manfaatnya? Sebab itu saya kata tiap pembangunan itu tidak dilihat dari segi silo. Memang kalau Ketua Menteri, Menteri Besar akan tentunya fokus kepada negeri, tetapi saya tidak bimbang. Sebab selalunya kalau Kulim Hi-Tech tumpuannya di Kedah, tetapi manfaat juga kepada Pulau Pinang, begitu juga Kerian. Kemudian dalam program-program lain seperti mana yang berlaku di Selangor atau di Johor, manfaatnya itu juga melimpah ke negeri-negeri lain.
- Dalam kawasan Perak kerana kebimbangan terutama Nibong Tebal tentang bekalan air, saya percaya dengan hubungan yang lebih baik dengan negeri Kedah akhir-akhir ini mudah-mudahan dapat kekal. Saya percaya, boleh dirunding cara yang lebih profesional, keperluan Pulau Pinang bekerjasama dengan Kedah dari soal pembekalan air.
- Di samping itu, inisiatif Kerajaan negeri yang dimulakan sejak dahulu oleh saudara Lim Guan Eng diteruskan dan kita menerima berita baik kerana Tuanku Sultan Nazrin, sultan negeri Perak dan Kerajaan negeri, YB Dato’ Seri Saarani bersetuju untuk menyediakan bekalan air dari Sungai Perak dan mengalir melalui industri hijau Kerian dan sekurang-kurangnya ke Seberang Perai. Fasa pertama akan sampai ke Seberang Perai, masuk Nibong Tebal dan Sungai Bakap.
- Sambutan juga luar biasa. Saya ucap terima kasih kepada rakyat Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan juga saya percaya dari Perak yang hadir untuk menjayakan program hari ini.
- Jadi saudara-saudara, dengan kekuatan dan kestabilan politik yang ada, fokus kita mestilah menjana pertumbuhan ekonomi. Seperti mana saudara Chow Kon Yeow sebutkan sebentar sebentar tadi, kunjungan saya ke dunia Arab baru-baru ini, khususnya ke Riyadh atas undangan Putera dan Perdana Menteri Mohammed bin Salman untuk hadir ke World Economic Forum. Kita diberikan kesempatan menyampaikan sebagai panel utama yang pertama, dan dalam panel tertutup. Saya telah diberikan penghormatan untuk merumuskan semua pandangan yang dikemukakan oleh Presiden dan Perdana Menteri yang hadir, kebanyakannya dari dunia Arab, EU, dan IMF. Saya diminta merumuskan pandangan itu dan saya rasa ini satu penghormatan yang besar kepada Malaysia untuk diberikan peluang menyampaikan pandangan. Tentunya bagi pihak persidangan dan menumpukan juga keutamaannya kepada Malaysia.
- Selain daripada Aramco yang melabur besar di Pengerang, sehingga puluh bilion ringgit, yang terakhir ini adalah dari ACWA Power. Jadi syarikat ACWA, syarikat energy terbesar di Arab Saudi, bersetuju untuk melabur dan diberikan dalam tempoh sekarang sehingga 4-5 tahun akan datang sebanyak RM10 bilion. Ini satu kemajuan yang kita harap walaupun ia tak sampai ke Pulau Pinang tetapi ia akan menjana pertumbuhan ekonomi yang membanggakan.
Saudara-saudara,
- Apa cabarannya? Itu yang saya sebut dalam World Economic Forum. Dia tanya, “What is the challenge that you faced with a capacity to attract investors?”. Fokus kita sekarang adalah yang pertamanya, dasar yang jelas, kemudian, kecepatan kelulusan. Saya ucap terima kasih kepada Tan Sri KSN dan pegawai-pegawai yang mengambil pandangan dan tindakan secara serius. Pelabuhan harus efisyen. Lapangan terbang harus efisien. Maknanya tidak boleh lagi terima orang terpaksa tunggu berjam-jam. Saya beri contoh kalau saudara tunggu 2 jam di Lapangan Terbang New York, orang tak jadi masalah sebab New York menjadi satu attraction yang besar di dunia. Tetapi kalau 2 jam di Pulau Pinang atau di Kuala Lumpur, KLIA, orang tidak akan maafkan. Sebab itu saya tentunya mengambil keputusan seperti mana rakan-rakan Jemaah Menteri mengatakan bahawa semua langkah yang perlu diambil dan jangan bagi alasan-alasan remeh kerana orang tidak dapat bersabar dengan taraf inefficiency dalam servis.
- Oleh kerana mengiktiraf sumbangan perkhidmatan penjawat awam dan kesediaan mereka menerima pandangan baru, Kerajaan MADANI ini mesti melakukan anjakan. Kalau kita disebut ‘Islah Mastata’tu’ maknanya apa? Reform sedaya upaya kita. Reform dalam semua bidang. Maknanya tahap kecepatan kelulusan itu harus lebih baik. Kalau dalam rundingan-rundingan saya dengan Kerajaan Negeri ataupun dengan peringkat Persekutuan, semua ada alasan. “Kami dah efisyen” “Semua baik”, tapi tak benar. Setiap kali saya jumpa dengan pelabur-pleabur luar, dia kata masih ada.
- Efisyen itu tidak boleh dibanding dengan 5 tahun yang lalu. Efficiency itu, ‘Itqan fil amal’ itu mesti dibandingkan ketimbang keupayaan negara-negara lain meluluskan. Vietnam umpamanya muncul sebagai gergasi di rantau ASEAN dan kekuatan dia adalah kecepatan kelulusan dan dalam beberapa aspek mengalahkan kita. Saya tidak rasa Malaysia harus kalah dari segi efficiency kerana tarikan dari kekuatan tenaga kerja, penguasaan Bahasa Inggeris, latihan yang lebih baik, itu semua ada pada kita.
- Sebab itu saya harap Kerajaan-kerajaan negeri memberi kerjasama sepenuhnya, ada langkah-langkah yang diambil tetapi perhatikan kelemahan-kelemahan kita. Di peringkat pusat, peringkat negeri dan peringkat majlis perbandaran atau local councils. Saya tegaskan ini kerana ini input yang diberikan oleh semua. Sebab itu kalau macam Infineon yang bersetuju melabur 5 bilion euro ke Kulim Hi-Tech, dia kurang hadapi masalah kerana sistem Kulim Hi-Tech itu lebih efisyen, baru dan terkeluar daripada kaedah yang ada dalam majlis perbandaran. Jadi sementara saya hargai, saya minta saudara buat perubahan. Kalau tidak, dalam kajian kita dalam sistem persaraan yang telah saya umumkan, kita masih boleh cerakinkan lagi mana-mana jabatan yang rasa lembab itu akan dikurangkan peratus kenaikan. Boleh begitu? (nada seloroh).
- Kita umumkan baru-baru ini kenaikan yang besar. Untuk 2025 akan mencecah RM10 bilion dan untuk tahun-tahun berikutnya lebih dari itu. Tetapi saya berani bersama rakan-rakan Jemaah Menteri membuat keputusan itu kerana saya tidak fikir masalah beban hutang kita, kelembapan kita, rasuah yang berlaku dulu, ketirisan, harus dibebankan kepada penjawat awam. 12 tahun penjawat awam menunggu untuk dikaji semula dan dinaikkan gaji dan upah mereka dan kemudian mereka juga sanggup terima perubahan, lebih cepat bekerja, lebih bersungguh-sungguh, kadang-kadang lebih waktu, di hujung minggu dan sebagainya. Maka sepatutnya pimpinan negara mengiktiraf jasa mereka dan menaikkan gaji sewajarnya.
- Saya umumkan umpamanya kenaikan ini kenaikan tertinggi dalam sejarah Malaysia. Ya, biasa ada pembangkang yang pertikai, tak mengapa. Bila dilihat kita cerakinkan dia akan tahu bahawa kenaikan tahap yang lebih rendah itu akan mencecah lebih dari 30%. Kerana kita tidak mahu sementara kita iktiraf peranan pengurusan tertinggi, tetapi kita tidak mahu kesenjangan itu melebar. Maka kita berikan kadar upah yang lebih tinggi sekaligus dengan reform of the civil service.
- Tidak benar kalau orang katakan kita naikkan gaji dengan kekalkan kaedah yang ada. No. Kita naikkan gaji dengan reform of the civil service dari segi tahap efficiency, dari segi umpamanya keupayaan mereka meningkatkan prestasi kerja dan amalan mereka. Ini akan diumumkan sekaligus dengan sistem persaraan supaya pemilihan itu berdasarkan prestasi. Sekarang ini, umpamanya dia ikut tahun. Kadang-kadang orang itu lembab bekerja, dia tak hadir kadang-kadang dan ada masalah disiplin, tetapi terus dinaikkan gaji secara automatik. Jadi kita hendak peringatkan bahawa ia tidak automatik. Mungkin automatik bagi 95%, tetapi 5% yang rasa lembab itu dan ada masalah, kita akan perkenalkan kaedah supaya mereka dinafikan. Tidak adil orang bekerja bertungkus-lumus dia dapat kenaikan, orang yang malas dan lembap pun dapat kenaikan secara automatik. Jadi harus diberikan pertimbangan itu.
- Cabaran yang berikutnya seperti mana saya bincang dengan Kerajaan negeri Kedah semalam, dengan pelaburan yang masuk dan kelulusan-kelulusan kita yang baru, serta kelulusan terutama soal kemiskinan tegar, soal projek-projek pendidikan dan juga beberapa projek kampung tersusun yang kita luluskan dan pertimbangan untuk projek-projek infrastruktur yang mendesak. Saya minta disenaraikan ikut urutan keutamaan dan kita minta pertimbangan Kementerian Ekonomi untuk segera melihat ikut keutamaan dan keupayaan kita berbelanja untuk tahun ini atau tahun depan. Tetapi saya setuju kita laksanakan ini tanpa mengira kedudukan negeri dan sentimen politik masing-masing.
- Jadi saya harap mesej ini jelas dan kita bekerjasama. Tidak adil juga sesetengah daripada kawan-kawan kita terus cerita kita ini zalim dalam tindakan. Tidak benar. Ada yang mengatakan pilihan kita lebih kepada Pulau Pinang. Tidak benar. Pulau Pinang kalau kita lihat dalam sepanjang 5 tahun yang lalu, projek-projek tidak diluluskan. Kalau tengok peruntukan pembangunan Pulau Pinang itu paling rendah dibandingkan dengan negeri lain.
- Jadi yang diminta sekarang ini ialah LRT dan lapangan terbang dan lapangan terbang sebenarnya dibesarkan di hampir semua tempat. KLIA, Tawau kerana lapangan terbang kecil itu sudah menjadi tarikan pelancong-pelancong (negara) Timur, Korea dan China. Kita tidak ada pilihan, kita besarkan. Saya diminta pertimbangan kerana Kulim ini walaupun Menteri Besarnya menekankan berulang kali semalam, saya tidak jawab sebab Menteri Pengangkutan tidak ada. Tetapi bisik Menteri Pengangkutan, kita tidak pernah menolak keputusan kita untuk bincang dan meneliti semua faktor. Yang kita minta, proses kena ikut. Kerana ada bidang kuasa mutlak negeri, ada bidang kuasa mutlak Persekutuan. Jadi projek yang melibatkan infrastruktur yang merentas negeri, bidang kuasa Persekutuan mesti dibincang secara teliti. Keputusan mutakhir ini ialah YB Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan bersetuju untuk meneruskan rundingan, tetapi mesti ikut prosesnya. Sesetengah orang dia pakai bantai, dia tak tahu. Yang bantah umpamanya dari segi laluan penerbangan, soal sekuriti, soal bantahan daripada tentera udara, semua itu kita ambil kira.
- Kemudian unjuran kargo. Apakah kargo cukup? Semua itu kita bincang dan saya serah kepada Kementerian, technical committee dengan Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan. Kemudian kalau mereka merasakan patut disegerakan, kita segerakan kerana projek-projek ini akan memberi manfaat kepada negeri dan rakyat. Jadi saya tidak ada masalah itu sama sekali. Masalah dulu tergantung itu kerana pengumuman yang kita fikir kurang diteliti dan tidak mengikut proses sepenuhnya. Sekarang ini kalau minta proses dan saya rasa kesediaan pimpinan Kedah untuk terus meneliti dan kita boleh menyegerakan proses perbincangan itu. YB Anthony Loke sendiri akan ambil (perkara ini) dan akan update Jemaah Menteri.
- Saya fikir dalam hubungan kita patut begitu. Tetapi kalau kita terus pakai hukum dan cerca, susahlah kita nak berunding. Saya pun tak nak berunding. Biar dia reda dahulu baru kita runding. Tengah dia panas, kita jangan lagi (runding). Saya ingat cara Islam begitu juga. Jadi Alhamdulillah saya senang kerana perundingan hampir semua negeri sekarang termasuk Kelantan baru-baru ini, Pulau Pinang, Perak dan semalam di Kedah, proses itu nampak ada kematangan dalam suasana politik.
- Apa cabaran kita? Latihan, latihan, latihan. Kita bincang soal AI, digital, energy transition. Kita mesti latih anak-anak muda kita. Dipersetujui umpamanya TVET itu akan pastikan dilatih siapa sahaja yang mahu, termasuk Maahad Tahfiz. Hafal al-Quran tetapi beri ruang kalau dia sanggup, bagi latihan TVET. Kita tengok umpamanya TVET itu juga harus ditingkatkan, memenuhi. 3-4 hari yang lalu, Microsoft (melabur)5 bilion. Perlukan puluhan ribu pekerja dan dia kata kalau untuk semua ekosistem, mencecah ratus ribu pekerja yang harus dilatih. Apakah kita ada keupayaan itu? 10 hari bulan ini baru hendak luncurkan the first Artificial Intelligence Faculty yang akan linked dengan semua universiti-universiti yang mengajar. Kerana kalau kita tidak gapai dan kuasai bidang ini, kita akan ketinggalan. Kalau kita ambil kursus ini hanya untuk orang elit bandar, akan berlaku kesenjangan dengan orang desa, orang kampung. Jadi sebab itu peluang itu mesti di universiti, di TVET supaya kita dapat menguasai sepenuhnya.
- Saya hendak tekankan, harapan saya Kerajaan Persekutuan akan bekerjasama dengan Kerajaan-kerajaan negeri supaya peringkat latihan baru ini diberikan keutamaan kalau tidak kita akan ketinggalan. Kejuruteraan kita kurang 30 ribu orang sekarang. Matematik dan sains, anak-anak kita dah mula kurang minatnya. Ini saya tekankan kepada Kementerian Pendidikan. Macam mana pun harus ditekankan, dipaksa supaya ada peralihan itu segera. Kadang-kadang Kementerian ini dia kata “Okay kita buat pelan akan mula dilaksanakan tahun 2027”. Tak boleh! “Kita akan rancangkan untuk fasa pertama tahun 2028”. Tak boleh! Itu cara pendekatan lama. Pendekatan sekarang ini kita rancang sekarang, kita jalankan bulan depan, baru boleh kita bersaing dengan negara-negara lain. Kalau tidak kita ketinggalan. Jadi belajar daripada apa yang dilakukan di Singapura, Indonesia, Thailand kalau pun tidak jauh.
- Semua mengatakan bahawa adjustment in the universities and the education system must be done now. Kalau kita rancang untuk tahun 2026 atau 2027, AI discipline expertise itu sudah menjangkau. Kita baru belajar yang tahun 2024, hendak laksana tahun 2027. Sebab itu saya minta rakan-rakan pelaksana di semua Kementerian itu memikir pelaksanaan itu dalam kadar yang segera. We are dealing with the different world. Therefore, we require different strategy and the mode of action has to be immediate. I’m not impatient.
- Tetapi sebagai orang yang agak tua menekankan, patut orang muda rasa jangan tersinggung, patut dia rasa malu sebab patutnya dia lebih laju daripada saya. Saya bimbang kerana Malaysia sekarang, Astafirullahalazim bukan saya hendak takbur, tapi saya tengok minat dan dukungan luar biasa (dari negara dan pelabur luar). ACWA saya bincang pukul 9 pagi, pukul 8 malam saya jumpa Mohammed bin Salman. ACWA boleh hanya labur kerana dia adalah agensi pemerintah Arab Saudi, sekiranya Mohammed bin Salman bagi persetujuan. Saya jumpa ACWA pukul 9 pagi, pukul 8 malam Mohammed bin Salman beritahu “Yes Prime Minister, I have received the report. Everything goes right, we will go immediately.”
Saudara,
- Itu Arab Saudi tahun 2024. Kalau Arab Saudi tahun 1954 atau 1964 saya faham, dia ambil masa 2 tahun nak buat keputusan. Sekarang pagi ACWA jumpa saya, Mohammad A. Abunayyan, CEO syarikat itu dan 8 malam, Perdana Menteri, Crown Prince Mohammed bin Salman beritahu saya, “Prime Minister, yes I have been briefed and assuming the policy is correct, you have clear direction by the companies and Malaysian government approval, I have given the approval”. Tak sampai satu hari. Kerana dia rasa persaingan itu dahsyat dan kalau Saudi itu tidak dapat diversify, dia bergantung hanya kepada oil and gas, dia akan tewas. Dalam masa 10 tahun, Arab Saudi yang dulunya 90% oil and gas, hari ini 50% dah non-oil and gas. Maknanya radical shift dalam polisi pemerintah. Saya minta kalau Malaysia MADANI, shift itu harus segera. Tidak apalah masalah yang kita bercakap soal kecil, gaduh-gaduh ini soal lain. Tetapi fokus dalam training, fokus dalam approval itu harus disegerakan.
- Saya harap kerana rakan-rakan dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang ada, sebagai permulaan, saya harap kerjasama yang diberikan dan juga rakan-rakan Menteri-menteri pun ada di sini, Ketua-ketua Pengarah, KSU, KSN, KPPA terutamanya kerana kaji pasal gaji ini, kalau lambat dan kurang memuaskan dari segi pelarasan gaji ini, salahnya Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan kerana dia KPPA (nada seloroh).
- Sekali lagi saya ucap terima kasih dan saya harap fokus kita, clarity in policy dan juga pelaksanaan dari segi training, training, training dalam pendidikan itu harus ada. Saya hendak akhiri dengan satu sahaja, sebab orang bimbang Artificial Intelligence ini dia kata value neutral seperti mana knowledge Saya tanya Chief Executive Microsoft, bagaimana tentang nilai? Kita orang beragama, kita ada nilai, kita ada akhlak, kita ada halal haram, hak dan batil, maaruf dan mungkar. Saya kata “We have values, we have our own ethical, moral principles, we have our religion”. Kalau kita bawa AI yang diasak dari barat semata, kita akan hadapi masalah. Jawabnya itu relevan. Sama dengan jawapan NVIDIA. Dia kata terpulang kepada kita, apa yang kita masukkan dalam kerangka ilmu yang masuk dalam sistem AI itu. Sebab itu anak-anak kita harus ada expertise. Kalau hendak masuk prinsip Al-Quran, dalam hadis, dalam karya-karya Islam klasik Muktabar, masukkan. Jadi kita bila di Malaysia dengan teknologi baharu, kita tidak bimbang sama sekali bahawa soal nilai itu tidak asakan dan paksaan dari barat. Kita ada teknologi moden tetapi pertahankan integriti, maruah dan nilai kita sebagai rakyat Malaysia.
Wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2024
4 MEI 2024 (SABTU)
KOMPLEKS SUKAN KUALA SELANGOR
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolihil Kareem.
YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad,
Menteri Besar Perak;
YB Nga Kor Ming,
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan;
YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu,
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan;
YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib,
Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan;
YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad,
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia;
Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri;
Setiausaha Kerajaan Negeri;
Rakan-rakan, keluarga Jabatan Bomba dan Penyelamat yang saya muliakan; dan juga
Keluarga, rakan-rakan yang turut hadir menyerikan majlis permai pagi ini.
- Kita syukur kerana Allah Taala dapat sama-sama menyambut satu hari yang bermakna mengenang jasa khidmat dan pengorbanan pasukan Bomba dan Penyelamat Negara. Saya percaya hari ini tidak hanya jadi hari kita pamer kekuatan kita, pengalaman kita, tetapi untuk mengajak rakyat memahami dan merasakan prihatin terhadap perkhidmatan keluarga, tenaga dalam Jabatan yang bukan sahaja dapat menjamin keselamatan tetapi kesejahteraan kita. Kadang-kadang dalam kesibukan kita sama ada dalam politik, kita penjawat awam atau masyarakat biasa, kita lupa bahawa Negara ini aman dan selamat kerana kawalan. Yang mengawal itu tentera, Polis, Jabatan Bomba dan kalau Jabatan Bomba dan Penyelamat itu dalam semua keadaan. Orang hanyut, kadang-kadang kucing tenggelam, kadang-kadang yang lebih parah, tanah runtuh dan bencana-bencana alam yang pelbagai.
- Semua itu cara automatik kita rasa ada Jabatan yang bertanggungjawab. Tapi kadangkan simpatinya dan kefahamannya kurang. Dan ini jadi masalah, kita anggap ini suatu khidmat yang seharus ada ya, tetapi siapa yang berkhidmat itu anak-anak kita, keluarga kita. Mereka melalui satu latihan, dan latihan itu memerlukan bukan sahaja perkara biasa, Jabatan biasa tapi pengorbanan. Ada yang terkorban nyawa. Ada yang cedera parah. Tetapi mereka dapat menjamin satu keadaan yang selesa bagi negara.
- Sebab itu bagi pihak Kerajaan dan bagi rakyat Malaysia seluruhnya, saya hadir untuk menyatakan penghargaan, terima kasih atas jasa dan khidmat saudara-saudari yang dimuliakan.
- Dan bukan sekadar negara, menyelamat yang berlaku dan sekarang diiktiraf di dunia. Jabatan Bomba juga ke depan. Saya ingat lagi tahun lalu bila saya hadir. Setelah gempa bumi di Turki. Setiap kali berjumpa dengan Presiden Tayyip Erdogan, dia tak pernah lupa. Tentang bukan sahaja kehadiran, ramai negara lain hadir. Tetapi dia salute, kerana kecekapan, kekentalan, disiplin dan semangat ihsan kasih sayang yang ditunjukkan oleh rakan-rakan pasukan Bomba dan Penyelamat.
- Saudara-saudara, saya tidak mengadakan ini. Sebab itu, saya kadang-kadang bicara ini dengan perasaan, dengan hati sanubari saya, dengan keyakinan saya kerana setelah bertarung sekian puluh tahun. Dalam dunia masyarakat dan politik, pasang surut, naik turun lebih banyak surut dari pasang, dan saya rasakan bahawa negara ini harus diangkat martabatnya. Dan terangkat martabat dan keupayaan itu hanya dengan semangat dan pengorbanan, dengan kecekalan. Ini yang bapa-bapa kita lakukan sebelum merdeka. Merdeka itu bukan dihulurkan dengan mudah, tapi dengan perjuangan, dengan darah, dengan air mata, dengan keringat dan saya bangga… Alhamdulillah sebagai anak-anak generasi penerus apa lagi anak sekalian.
- Meneruskan semangat dan cita cita ini dan negara ini tidak mungkin selamat dan saya ingin ingatkan bukan sahaja kepada pasukan tetapi kepada masyarakat umumnya yang kadang-kadang berleter, mengeluh, pertikai beberapa keputusan bila kita hendak berikan tambahan upah dan pengiktirafan kepada perkhidmatan dan penjawat awam. Dia tidak tahu kadang-kadang, oh dia kata mengapa dalam keadaan ekonomi sekarang Kerajaan pilih untuk naikkan elaun dan gaji naikkan gaji dan upah penjawat awam. Dia lupa negara ini aman, negara ini selamat dari kebakaran, dari tanah runtuh semuanya kerana perkhidmatan dan pengorbanan. Maka kita ada masa iktiraf.
- Saya tidak kata negara ini sedang dalam keadaan Tan Sri Dr. Jefri ada di sini, dia tahu dalam pembangunan ekonomi, harapan, pengiktirafan negara luar dan sebagainya. Pertama kerana politiknya stabil dan negaranya aman. Sebab tu kalau tidak, dia tidak akan labur bilion ringgit. Dua (2) hari yang lalu Microsoft datang, bukan saya umumkan, dia yang umumkan pelaburan 10.5 bilion ringgit di Malaysia ini, dan akan melatih anak-anak muda ratusan ribu orang. Dan saya minta dia bantu universiti, Fakulti Artificial Intelligence, bantu training di TVET. Dia jawab iya, kerana apa? Tidak banyak negara membangun yang dia rasa yakin kerana politiknya stabil, dasarnya jelas dan pimpinan negara yang tidak akan bertolak-ansur dengan segala penyelewengan, amalan menyakau wang rakyat dan oleh itu saya tegas untuk menolak amalan rasuah di mana peringkat negara ini sekalipun.
- Kalau tidak anak-anak di Bomba, pasukan Bomba kita minta korban, selamatkan dari kebakaran, selamatkan dari tanah runtuh, selamatkan rakyat dan bahkan haiwan. Tetapi amalan pimpinannya, lambat ada kontrak, sakau, lambat ada kepentingan, jaga kroni dan anak-pinak. Ini tidak, apa makna pengorbanan saudara-saudara. Saya memilih untuk menyampaikan ini untuk meyakinkan saudara-saudara bahawa Kerajaan MADANI tidak akan bertolak-ansur dan oleh itu meminta saudara-saudara juga faham bahawa negara harus wujud dan bawa perubahan yang baik untuk kebajikan rakyat dan negara ini. Ini yang disebut dalam doa Nabi Allah Syu’aib Alaihissalam dalam Al-Quranul Karim “in uridu illal islah mastata’ tu”, aku tidak akan leka melainkan melakukan perubahan islah dan reform sedaya-upaya aku, dan ini berlaku dari atas Kerajaan pimpinan MADANI sehinggalah di pasukan Bomba dan Penyelamat.
- Sebab itu saudara Nga Kor Ming sebut tentang pengiktirafan sama ada Jabatan, sama ada elaun, sama ada upah dan gaji saya teliti bersama dengan KSN, KPPA, kerana saya tahu, 12 tahun sudah sampai masa untuk kita kaji semula skim perkhidmatan. Ya saya tahu ada yang mengkritik. Ada yang ahli Parlimen yang menyatakan oh mana tahu dalam Parlimen tidak akan lulus. Saya nak tengok muka mana yang nak menentang kenaikan elaun dan gaji perkhidmatan awam. Kalau ada orang yang berani menentang ini tanpa alasan yang munasabah kita humbankan mereka dalam pilihan raya.
- Saudara-saudara yang kita lakukan ini, walaupun saya bagi tahu ekonominya tidak begitu baik, tapi sekarang berkembang. Tapi ekonomi yang malap kerana kadang pemimpin menyakau, hutang berlonggok-longgok. Kontrak yang patut 200 juta jadi 250 juta. Pasal apa nak bebankan keluarga Bomba? Itu masalah yang saya warisi dan saya kena selesaikan. Wang tidak ada saya kena cari, yang boros saya kena tamatkan, yang rasuah saya kena uruskan, siasat, tangkap dan biar hakim hukum supaya jadi pengajaran.
- Saudara-saudara, ini yang kita lakukan, sebab itu saya katakan mulai 1 Disember, insya-Allah saudara akan saksikan kenaikan yang terbaik yang pernah dibuat dalam negara ini selama ini. Bagi kalangan yang di bawah, peringkat bawah, kenaikannya lebih tinggi dari 15-20% kerana kita tidak mahu kesenjangan terlalu tinggi di antara gaji pegawai dengan gaji yang di bawah. Sebab itu skim kita ini akan berubah supaya tentunya yang tinggi harus tinggi, orang yang berkhidmat 30 tahun tak mungkin gajinya sama dengan orang khidmat 3 tahun.
- Orang yang punyai kemahiran dan kepakaran mesti diberi pengiktirafan. Tetapi janganlah terlalu berlaku kesenjangannya, dan sebab itu kita akan kurangkan kesenjangannya, maknanya di peringkat bawah mungkin sampai 20%, 25%, 30% peningkatan tetapi secara keseluruhannya saya akan umumkan 15%. Peningkatan Jabatan seperti mana disebut oleh saudara Nga Kor Ming sebentar tadi termasuk mengiktiraf beberapa langkah kecemasan dan pengorbanan yang harus diberikan pengiktirafan khas yang juga saya lakukan setelah melihat sendiri pengorbanan yang dilakukan di Turkiye dulu.
- Jadi saudara-saudara, dengan itu harapan kita apa? Maknanya pimpinan dan pengurusan pasukan Bomba mesti cari kaedah yang disebut dalam doa tadi itqan, itqan itu, itqan fil amal itu striving for excellence, Tan Sri dalam the new normal cliche. Tetapi dalam semangat hadis itu, dalam setiap amal kita selamat, terutama dalam tradisi Islam itu mesti ada keinginan perbaiki dia tidak tetap menerus sahaja. Ada Menteri baru, ada Perdana Menteri baru, dia bukan hanya menerus, dia mesti ada islah, dia mesti ada semangat bawa kebaikan tambahan dan tambahan itu mesti apa yang disebut itqan fil amal, dia mesti strive for excellence.
- Jadi ini yang saya minta daripada pihak pengurusan dan pimpinan di Kementerian, KSU dan Ketua Pengarah supaya cari jalan dan kaedah apa lagi yang boleh kita lakukan perbaiki tingkatkan disiplin, tingkatkan keupayaan, tingkatkan kecekapan kerana baru kita nak Malaysia ini bukan sahaja sedikit ekonomi dari segi tahap kecekapan keselamatan itu di antara yang terbaik di rantau kita. Itu cita-cita kita. Insya-Allah.
- For the benefit of the international delegates may I on behalf of the government and Fire Fighters Department express my profound gratitude and thanks. For your support, presence and would be of immense value to us to show that our neighbouring countries have shown some recognition to the work being done by our Department. This Department, of course critical then sure the safety welfare of our people and I on behalf of the Malaysian government and people, would use this opportunity to express my profound gratitude and thanks appreciation to the family and members of the Fire Fighters Department.
- Jadi sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih. Saya tak mahu umum projek-projek, itu Menteri dah sebut yang lain kita boleh baca tapi saya nak gunakan ini nak luahkan pandangan kita dan harapan kita dan lebih-lebih lagi jazakumullah khairan katsiran, terima kasih dan penghargaan kepada anak-anak, keluarga pasukan Bomba dan Penyelamat Negara.
Terima kasih,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI
2 MEI 2024 (KHAMIS) | 8.00 MALAM
PERKARANGAN PUSAT TRANSFORMASI LUAR BANDAR (RTC) TUNJONG, KOTA BAHARU, KELANTAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera
Alhamdulillahilladzi anzala ‘ala ‘abdihil kitaaba
Wa lam yaj’al lahuu ‘iwajaa
Usolli Wasallim Ala Rasoolil Kareem
Wa’ala alihi wa sahbihi ajma’een
YAB Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud,
Menteri Besar Kelantan;
YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad’
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam;
YB Datuk Seri Mohamad Sabu,
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan;
YB Datuk Seri Tiong King Sing,
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya;
YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali,
Ketua Setiausaha Negara;
YB Dato’ Haji Nazran bin Muhammad,
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan;
YBhg. Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz,
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam;
YB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad bin Yakob,
Mantan Menteri Besar Kelantan;
Pegawai-pegawai Kanan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan yang saya muliakan.
- Alhamdulillah kita dapat bersama-sama pada malam ini dan saya ucapkan terima kasih bagi pihak Kerajaan Persekutuan, Kementerian Sumber Asli, Ketua Pengarah ICU, kepada saudara Ustaz Nassuruddin Daud, Menteri Besar dan Kerajaan Negeri kerana sambutan yang diberikan, kerjasama yang diberikan serta persahabatan yang kian akrab di antara kita. Terima kasih.
- Malam ini kita adakan Majlis Aidilfitri MADANI 2024 peringkat Negeri Kelantan dan kalau saudara telaah, mendengar teliti pesan Ustaz Nassuruddin, Menteri Besar, jelas peringatan kaitannya dengan madrasah Ramadan ’la’allakum tattaqun’ supaya peningkatan ketakwaan kita, akhlak kita, nilai kita dan ruah perjuangan kita itu ditingkatkan setelah melalui sekolah Ramadan selama satu bulan. Mudah-mudahan majlis kita memperingati juga keperluan umat Islam untuk memaknai erti Ramadan dari segi kerohaniannya, dari segi akhlak dan nilainya, dari semangat dan daya juangnya dan dari segi ihsan, kasih sayang kepada rakyat terutama yang memerlukan pembelaan dari kita.
Saudara-saudara yang dihormati sekalian,
- Sebentar tadi Datuk Menteri Besar bersama Ahli Majlis Kerajaan Negeri, SUK dan Pegawai-pegawai Kanan bersama dengan Menteri-menteri, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Persekutuan duduk berunding. Dan saya beritahu tadi Datuk Menteri Besar, jarang sekali malah ini mungkin kali pertama di mana ada rundingan secara langsung. Bukan sahaja di antara Menteri-menteri dan Menteri Besar dan Kerajaan Negeri tapi semua Pegawai Kanan, KSN, KPPA, KSP, KSU daripada beberapa Kementerian dan Jabatan yang menunjukkan bahawa masa untuk kita bekerja melaksanakan janji kita dan cuba manfaatkan waktu, kekuatan dan usaha yang kita ada untuk membela nasib rakyat termasuk rakyat negeri Kelantan.
- Perbincangan ini amat bermakna kerana harus ada kesediaan negeri mendengar dasar yang terpakai untuk seluruh negara. Di samping itu, pimpinan Kerajaan Persekutuan mendengar apa keutamaan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri untuk menjaga kepentingan rakyat. Jadi sebab itu saya setuju dengan Dato’ Ustaz Nassuruddin, kita ketepikan perbedaan-perbedaan politik dan tumpu masalah rakyat. Dan tidak benar sama sekali tohmahan yang mengatakan bahawa kita mengabaikan mana-mana negeri.
- Tahun lalu depan Dato’ Ahmad Yakob saya beritahu tentang berapa jumlah peruntukan. Kita tekankan tebatan banjir kerana itu masalah besar, bekalan air kepada rakyat masalah besar dan dengan kemarau yang berpanjangan memerlukan beberapa tindakan segera. Di antaranya ialah paip di Sungai Kelantan itu yang disediakan selama ini sudah tidak mencukupi kerana paras air telah turun. Maka dicadangkan oleh Menteri Besar dan Kerajaan Negeri supaya Kerajaan Persekutuan menyediakan belanja untuk membeli paip-paip baru segera supaya membolehkan kita sedut air untuk kebaikan penggunaan rakyat Kelantan dan pertanian terutama sawah-sawah padi. Saya telah memberi arahan supaya paip yang sekitar RM20 juta satu itu segera diberikan, disediakan untuk negeri Kelantan.
- Penekanan saya termasuk menoktahkan kemiskinan tegar. Ada orang pertikai kebijaksanaan tapi saudara, bagaimana boleh saudara harapkan kita jadi pemimpin, makan dan tidur dengan selesa dan kita tahu sebahagian daripada rakyat kita bukan sekadar miskin, miskin tegar. Tak cukup makan, tak cukup beli pakaian, tak cukup persediaan untuk anak-anak ke sekolah. Maka sebab itu saya minta senarai berapa lagi yang termasuk dalam kategori miskin tegar. Maka disebut sekitar 1,000 lebih dan saya beritahu supaya Kerajaan Persekutuan terutama diselaraskan oleh ICU dengan seluruh jentera Kerajaan Kelantan menyegerakan dan saya beri tempoh 2 bulan lagi supaya seluruh jumlah 1,000 lebih itu dapat dinoktahkan supaya mereka boleh hidup sekurang-kurangnya sebagai orang miskin, dia tidak sebagai miskin tegar yang tak cukup makan. Jadi Ketua Pengarah ICU beritahu dia boleh selesaikan dalam 2 bulan bersama dengan Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri.
- Jadi saya ucap terima kasih kepada SUK dan KPICU kerana kita tidak mahu ketinggalan. Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Perak, Johor ini telah dapat mencatat sebelum akhir bulan ini apa yang dikatakan noktah, sifar kemiskinan tegar.
- Saya tekankan juga tentang keperluan membina pusat-pusat perniagaan. Kita ada di Kuala Lumpur umpamanya bangunan-bangunan pencakar langit, restoran-restoran 7 bintang, 5 bintang. Kita ada hotel-hotel di Kota Bharu, tetapi majoriti rakyat masih di gerai dan di warung. Sebab itu dasar Kerajaan Persekutuan sekarang termasuk melalui KPKT dan Majlis Perbandaran ialah menjamin supaya taraf gerai itu ditingkatkan. Di Kuala Lumpur sudah 90 warung dan gerai itu kita tingkatkan taraf supaya bersih, indah dan selesa kerana ini dimanfaatkan oleh lebih 80% rakyat kita. Inilah sebabnya mengapa amanah yang kita pikul ini mesti dimanfaatkan untuk dikerjakan dan mesti bukan sahaja bil lisan, tetapi bil amal dan masalah kita itu adalah untuk melaksanakan cita-cita.
- Pagi tadi saudara-saudara, Satya Nadella, Pengurus Besar Eksekutif Microsoft, satu syarikat yang mungkin memiliki sekitar 3 trilion, 3 kali ganda lebih kaya dari Malaysia, datang jumpa saya di pejabat dan saya panggil semua Jemaah-jemaah Menteri dan Pegawai-pegawai Kanan untuk dengar bersama. Microsoft lihat Malaysia, politiknya stabil dasarnya jelas dan oleh yang demikian, beliau mengumumkan pelaburan di antara pelaburan terbesar USD2.2 bilion iaitu RM10.5 bilion untuk Malaysia. Dia akan melatih 300,000 rakyat Malaysia. Saya cadangkan dia bekerjasama sinergi dengan universiti tempatan dan TVET dan saya minta dia menjadi penasihat dalam soal digital dan AI (Artificial Intelligence).
- Saudara-saudara, ini tuntutan zaman sekarang. Kalau kita tidak tumpu dalam bidang-bidang ini, kita akan jauh ketinggalan. Tapi di depan dia tadi, di depan pimpinan negara saya sebut apa kebimbangan kita. Soal nilai, soal akhlak, soal identiti kita sebagai Malaysia, soal budaya kita. Bagaimana dengan AI ini? Maka sementara kita menggapai langit, teknologi baru ini, kita mesti juga berupaya pertahankan akidah kita, akhlak kita, kefahaman agama kita supaya yang dimasukkan dalam seluruh korpus ilmu AI itu tidak lari daripada kehendak kita. Jadi jawapannya pada kita, maknanya anak-anak kita sama ada di Maahad Tahfiz atau di TVET atau di universiti mesti diberikan kesempatan bersama menguasai ilmu baru ini agar kita tidak ketinggalan.
- Malaysia sekarang kekurangan 30,000 jurutera. Justeru, TVET kita mesti tingkatkan. Dan sebab itu saya beri jaminan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan rakyat Kelantan. Baik melalui TVET atau latihan kejuruteraan atau latihan untuk AI, kita akan beri ruang yang sama kepada anak-anak Kelantan untuk dapat menguasai bidang ilmu ini. Kalau tidak kita akan ketinggalan. Baik dari segi Kerajaan kita tengok queue orang nak daftar minta sijil tanah, nak minta masuk Imigresen atau Kastam, semua terpaksa beratur begitu panjang. Dengan AI, insya-Allah kita boleh baiki baik dari segi pemerintahan iaitu Jabatan Kerajaan dan sebagainya.
- Saudara-saudara, sekarang ini Malaysia punyai keupayaan. Dua malam yang lalu saya sampai daripada Riyadh dijemput oleh Putera Diraja Perdana Menteri Mohammad bin Salman, hadir dalam Forum Ekonomi Dunia. Tapi saya ambil kesempatan itu bincang dengan mereka tentang pelaburan. Aramco syarikat minyak terbesar Arab Saudi dan di antara syarikat minyak terbesar dunia melabur di Johor, USD8 bilion iaitu RM35 bilion. Saya berjumpa dengan Pengurus Kanan Acwa Power, syarikat tenaga terbesar, Mohammad Abunayyan yang bersetuju untuk melabur RM10 bilion bermula di Melaka dan di Kerian. Saya jumpa dengan Perdana Menteri Qatar, saya tak tinggalkan Kelantan, Dato’ Menteri Besar. Saya di Jepun, saya jumpa ROHM-Wako Electronics, saya bagi galakkan supaya dikembangkan fasa kedua pelaburan di Kelantan. Dengan Perdana Menteri Qatar, Baladna berminat untuk melabur dan saya cadangkan selain daripada mana-mana tempat yang dipilih, saya cadangkan dia ke Kelantan. Dia beritahu dia minta kerjasama Kerajaan Negeri memudahkan perolehan tanah supaya dapat dikembangkan industri pertanian besar di Kelantan.
- Saudara-saudara, ini faktanya. Kadang-kadang saudara dengar di sebaliknya. Saya tidak pun dapat mandat daripada Kerajaan Negeri Kelantan, tapi saya anggap ini tanggungjawab saya sebagai Perdana Menteri untuk bantu semua sedaya upaya kita. Dua hari yang lalu saya umumkan kenaikan gaji atau upah dalam Sistem Persaraan Penjawat Awam. 12 tahun tidak ada kajian yang teliti dan peningkatan pendapatan mereka. Ada orang tegur, ‘Bagaimana nelayan? Bagaimana pekebun kecil? Bagaimana pesawah?’. Saudara-saudara, sejak saya ambil alih, pesawah dari RM300 kita naikkan jadi RM500 harga padi. Pekebun kecil getah kita tingkatkan, nelayan kita tingkatkan, STR untuk rakyat Malaysia, 9 juta rakyat Malaysia mendapat peruntukan langsung tunai yang terkumpul RM10 bilion. Jadi tidak benar kalau kita katakan bahawa kita kesampingkan rakyat hanya fikir penjawat awam. Penjawat awam itu di bawah jagaan langsung Kerajaan. Kita nak laksanakan projek, nak laksanakan keputusan mesti dilaksanakan oleh penjawat awam. Oleh itu, saya ucap terima kasih kepada KSN, KPPA dan JPA yang membuat kajian teliti dan kita akan teliti dan cerakin setelah Jemaah Menteri meluluskan.
- Tapi sebenarnya saudara-saudara, saya sebut ini adalah kenaikan tertinggi dalam sejarah Malaysia, 15% kenaikan tertinggi untuk penjawat awam, polis, tentera, guru dan pegawai-pegawai Kerajaan. Ada yang mengatakan tidak benar. Patut dia tanya kita dahulu. Ada ahli Parlimen kata tak betul kerana masa dulu pernah diberikan 35%. Saudara dalam skim ini, yang (gred) atas naik sikit, yang (gred) bawah naik di antara 20% hingga 38%. Lebih baik daripada 35% dan juga keseluruhannya 15%. Kemudian ada ahli Parlimen yang sebut ini janji kosong belum tentu diluluskan oleh Parlimen. Saya nak tanya, ahli Parlimen mana yang akan membangkang usaha menaikkan gaji penjawat awam? Dalam Kerajaan Perpaduan sekarang kita ada 2/3 majoriti. Kita ada PH, kita ada BN, Abang Johari Premier Sarawak, Ketua Menteri Hajiji telah menyatakan sokongan dan tadi Dato’ Menteri Besar beritahu satu cadangan yang baik untuk mengiktiraf peranan penjawat awam. Jadi saya tidak fikir akan ada masalah Insya-Allah dalam meluluskan peruntukan tambahan untuk menaikkan gaji perkhidmatan awam.
- 1 Disember kita laksanakan. Untuk Tahun 2025, kosnya akan mencecah lebih RM10 bilion, untuk Tahun 2026 lebih daripada itu. Soalnya dari mana kita boleh perolehi wang? Ada yang kata ‘Kerajaan akan menaikkan cukai dan mendera rakyat’. Saudara, saya percaya, Almarhum Mohammad Natsir, pemimpin Masyumi, yang juga mantan Perdana Menteri, pejuang, dan Dai’e ulung Indonesia, mengatakan, saya masih ingat lagi, “Kalau kita berjaya meletakkan asas tatakelola yang baik, menghentikan kecurangan melalui ketirisan, salah guna kuasa dan rasuah, kita akan ada cukup dana untuk tolong rakyat”. Dan saya mewakili pendapat itu, saya yakin kalau negara ini dapat dibersihkan dari ketirisan dan rasuah, kita boleh ganti wang puluhan bilion yang lesap itu dan pulangkan kepada rakyat, itu Insya-Allah kita akan tunaikan.
- Saya harap dengan itu kita tumpu perhatian untuk membangunkan dan membina negara ini. Saya tidak berhajat mengumumkan beberapa projek yang telah kita luluskan tadi. Ada lebuh raya, masalah air. Saya dah minta Dato’ Menteri Besar, Dato’ SUK sementara rundingan sama ada geran atau pinjaman, saya beri arahan supaya disegerakan pelaksanaan bekalan air di negeri Kelantan. Jangan lengahkan lagi dan kita ambil segala tindakan yang perlu supaya tidak membebankan rakyat dari segi air. Saya tidak mahu katakan ini projek Persekutuan atau projek Negeri, ini projek bersama Persekutuan dan Negeri untuk memberikan keselesaan kepada rakyat Kelantan.
- Selain itu, ada cadangan daripada Menteri Besar untuk memberi perhatian dalam Pendidikan Islam. Saya Insya-Allah akan berikan perhatian termasuk pembinaan Maahad Tahfiz yang baru. Selain daripada projek-projek pembangunan dan Insya-Allah, dalam masa yang singkat saya akan berikan jawapan. Tetapi percayalah saya akan lakukan sebaiknya supaya negeri Kelantan dapat diberikan perhatian dan dapat membangun bersama negeri-negeri maju yang lainnya.
- Jadi saya sekali lagi ucap terima kasih Dato’ Menteri Besar, dengan mesej yang jelas bahawa kerjasama ini memanfaatkan rakyat. Pergeseran berterusan tidak akan menguntungkan rakyat, hanya memenangkan kita dari segi suara tetapi menewaskan kebajikan rakyat. Saya diberi amanah dan Insya-Allah saya akan lakukan sebaik mungkin untuk memastikan rakyat seluruhnya termasuk Kelantan itu mendapat manfaat dari perubahan yang berlaku, sistem yang lebih telus dan projek-projek yang akan memberikan manfaat tanpa memilih negeri-negeri.
- Kita ada lapangan terbang, dah siap tadi, Alhamdulillah bukan main hebat keindahan lapangan terbang di Kota Bharu. Menteri Besar tanya minta nak tambah lagi 400 meter supaya lapangan terbang Kelantan boleh jadi lapangan terbang antarabangsa. Saya setuju dan akan kita cuba laksanakan secepat mungkin dan saya telah beritahu MAS supaya sebaik siap lapangan terbang itu, maka perjalanan Umrah dan Haji dari Kelantan boleh bergerak dari Kota Bharu langsung ke Jeddah atau ke Madinah. Ini baru yang dikatakan Kerajaan MADANI, dengar dan apa yang sebaiknya kita akan lakukan. Hanya tinggal 400 meter lagi dan saya ada minta disampaikan kepada Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Dan Anthony Loke sebagai Menteri memang di antara yang cekap dan cepat tindakan dan pelaksanaan dan Insya-Allah dia akan bantu supaya menyegerakan lapangan terbang supaya naik taraf Lapangan Terbang Kota Bharu sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa.
Sekian terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
