TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KHAZANAH NASIONAL KE-30
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KHAZANAH NASIONAL KE-30
3 SEPTEMBER 2024 (SELASA) | 3.30 PETANG
MITEC
KUALA LUMPUR
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KHAZANAH NASIONAL KE-30
3 SEPTEMBER 2024 (SELASA) | 3.30 PETANG
MITEC
KUALA LUMPUR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillaahi rabbil alamin
Nahmahduhu wa nusalli ala rasoolihil kareem.
Yang Berhormat Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan,
Menteri Kewangan II Malaysia dan
Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad;
Rakan-rakan menteri-menteri;
Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad,
yang terdahulu dan pada hari ini;
Yang Berbahagia Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir,
Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad;
Seluruh keuarga Khazanah, yang terdahulu dan pada hari ini;
Rakan-rakan yang telah berkhidmat dan berjasa.
- Saya hadir bersama rakan-rakan ini untuk menyatakan penghargaan, terima kasih di atas sumbangan khidmat rakan-rakan terdahulu dan juga rakan-rakan kini yang telah meletakkan asas dan mengembangkan Khazanah sebagai satu gergasi dan raksasa dalam ekonomi dan pembangunan negara ini. Negara tentunya terhutang budi kepada rakan-rakan kerana telah meletakkan asas dan kemudian mengurus dengan baik.
- Dalam beberapa perjumpaan dengan Khazanah, dalam Mesyuarat Lembaga, Feisal tahu saya tidak memandang ringan, seringkali memberikan pandangan dan teguran, asakan dan kritikan kerana saya yakin akan keupayaan dan potensi yang ada pada saudara-saudara Kumpulan Khazanah untuk terus meningkat prestasi sebagaimana hadis Rasulullah SAW, Itqan Fil Amal, tidak mudah dengan selesa menerima kejayaan yang baik tetapi punyai potensi yang lebih baik.
- Inilah potensi dan semangat kemerdekaan, iaitu untuk memaknai kemerdekaan, menuntut kita melakukan sesuatu anjakan ke arah yang lebih cemerlang, bukan sekadar menerima kenyataan yang sedia ada dan berasa selesa tetapi berusaha dengan lebih gigih lagi. Kita bertuah kerana warisi satu sistem yang relatif baik cuma tanggungjawab generasi kini dan akan datang adalah untuk meningkatkan satu tahap yang lebih cemerlang. kita lihat umpamanya dengan kesungguhan keluarga Khazanah, jabatan-jabatan dan kementerian-kementerian, rakan-rakan Jemaah Menteri, kita lihat umpamanya pertumbuhan suku kedua 5.9%, kita lihat juga pelaburan. Tetapi dengan kerjasama seluruh pasukan, MITI, Kementerian Kewangan, Jabatan dan Pejabat-pejabat di luar negara, MIDA dan MATRADE, dan lain-lain kita saksikan umpamanya tempoh Januari hingga Jun tahun ini, pelaburan yang diluluskan itu telah melonjak ke RM160 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 18% ketimbang tahun lalu, ini melibatkan 3000 projek baru dan membuka peluang kepada 79,000 anak-anak kita untuk mencebur dalam bidang tertentu dan memberikan ruang pekerjaan baru.
- Ini ada kaitan dengan apa yang disebut oleh Datuk Amirul Feisal sebentar tadi, bahawa pembentukan Khazanah daripada awal bukan sahaja sebagai satu badan yang boleh memantau, memastikan peningkatan usaha untuk mencatat kemajuan, kejayaan, pembangunan dan keuntungan, tetapi ke arah pembangunan, pertumbuhan dan kesaksamaan, maknanya walaupun orang kenal Khazanah sebagai ‘sovereign wealth fund’ tetapi saya tekankan ia juga lebih relevan sebagai ‘sovereign development fund’. Development dalam konteks ini bermaksud memaknai kemampanan dalam MADANI ini adalah pastikan ia seimbang, adil, menyantuni kepentingan semua rakyat.
- Tambahan dalam era tidak menentu apa yang disebut pasca normal. Tetapi saya lihat secara politik, dalam era pasca normal ini dengan sikap kita tentang bebas dan merdeka, neutraility tetapi masih menekankan soal nilai, tahu beda apa itu kebenaran dan kepalsuan, kemanusiaan dan kehaiwanan, jadi kita diletakkan dan diberi amanah untuk memacu pertumbuhan, mengambil sikap yang lebih terbuka, menjamin keuntungan dan rakyat dan tidak terikat dengan fahaman atau ideologi tertentu barat atau timur atau perseteruan di antara negara.
- Seringkali saya ungkapkan termasuk dalam sidang anjuran Khazanah tahun lalu tentang di antara ciri pasca normal itu, chaos, complexity and contradiction. Dan ada kekacauan, contradiction dan complexity ini berlaku dalam keadaan semasa dalam konteks yang luas dan perubahan yang sangat pantas, yang disebut perlakuan dalam masa yang sama, sama ada climate, political, civil wars atau migration, itu dalam konteks apa yang disebut sebagai simultainity, simultaniously yang berlaku untuk mencabar kita untuk berfikir dengan cara yang lebih berani dan secara lebih kreatif, daya cipta terutama dengan penemuan-penemuan baru. Semasa Tan Sri Syarif mengetuai pasukan Khazanah, itu tidak dibicarakan tentang transisi tenaga, transformasi digital, kerana tidak mendesak, tetapi sekarang ada cabaran-cabaran baru dan khazanah terpaksa mengekalkan beberapa tonggak-tonggak yang lama tetapi meneroka beberapa bidang penerokaan alam baru.
- Sebab itu dalam falsafah pembangunan negara kita, kita selalu menyatakan bahawa kita harus sedia untuk menggapai ke langit, menggapai tahap yang lebih tinggi, meneroka alam pemikiran baru tapi jangan kita tinggal landasan, kita harus berakar ke bumi. Inilah yang dibicarakan tentang keperluan untuk membangun tetapi mengakar ke bumi untuk mempertahankan nilai dalam negara kita. Dan dalam beberapa strategi yang diumumkan dan disampaikan kepada kami dalam mesyuarat-mesyuarat khazanah, memang ada kesediaan dan keupayaan, saya ucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan, dengan Yayasan Khazanah, KRI yang banyak memberikan manfaat dalam beberapa kajian-kajian dan pemikiran kepada saya dan Jemaah Menteri. mengucapkan terima kasih, buatlah kerja lagi dan bagilah idea-idea baru keapda kami.
- Maka kepada badan-badan seperti TNB, AXIATA, Malaysia Airport Berhad, Malaysia Airlines, TM, UEM, semua ini harus juga memikir ke arah itu, bahawa keuntungan dan pengkomersialan itu penting tetapi jangan terpisah daripada kerangka pemikiran landasan awal. Dan kalau kita belajar daripada sejarah, seringkali bukan semestinya pengurusan Khazanah, tetapi beberapa keputusan terdahulu yang menyebabkan Khazanah dan Kerajaan menanggung beban. Bukan maksud saya untuk membongkar kelemahan-kelemahan lalu, tetapi oleh kerana soal Malaysia Airlines ini masih dalam perbincangan panjang menjadi bahan di media dan media sosial, jadi harus saya tahu dan ingatkan. Kadang-kadang keputusan politik negara yang tidak telus, yang memberikan peluang kepada satu dua kroni menjahanamkan satu syarikat yang dibanggakan dan oleh kerana kesilapan-kesilapan itu ia terbeban kepada kita sehingga kini. Jangan padamkan kenyataan sejarah itu, keputusan yang dibuat kerana niat atau tindakan mempertahankan kepentingan beberapa kroni dan meminggirkan kepentingan negara dan rakyat.
- Usaha memulihkan itu telah dimulakan saya ucap tahniah, tetapi ia mengambil masa dan Kerajaan setiap minggu hampir setiap minggu dalam Jemaah Menteri, hampir setiap minggu tanpa kecuali kita bicara soal ini bagaimana untuk menyelamatkan. Tetapi percayalah dari segi Kerajaan, saya hendah beritahu kepada Khazanah dan Malaysia Airlines, we remain commited to ensure the success of the airlines because this is our national airllines and has to come back to perform. Tetapi janganlah bicara soal kelemahan itu sahaja, kerana terdapat juga kejayaan-kejayaan yang tidak dapat dinafikan. Puluhan yang lain, syarikat-syarikat MH yang dapat jelajah ke luar negara sampai ke lapangan Terbang Istanbul. Dalam perbincangan saya dengan Presiden Tayyip Erdoğan, dia sebut keyakinan dia kepada syarikat Malaysia untuk mengurus dan mengendali satu lapangan terbang yang penting di Istanbul. Ini menunjukkan keupayaan syarikat-syarikat di bawah keupayaan Khazanah, ada keupayaan dan peluang ke beberapa tempat di negara-negara lain untuk kita terokai.
- Jadi saya harap satu dua berita yang merungsingkan itu pertama menjadi pengajaran kepada kita. Kedua, pimpinan politik jangan campur urusan perniagaan dan perdagangan termasuk Khazanah, apa yang saya lakukan, saudara Amirul Feisal tahu dalam Board ialah meletakkan dasar, keutamaan, mengingatkan bahawa pembangunan itu harus menekankan soal nilai dan keadilan, memastikan bahawa keuntungan syarikat penting tetapi nasib pekerja syarikat pun sama penting. Saya masih ingat semasa TNB diswastakan, laporan tahun pertama kepada saya dengan gaya dan kejayaan yang sangat membanggakan, saya ucap terima kasih dan tahniah kepada pengurusan baru, tetapi ada beberapa persoalan saya bangkitkan, bagaimana perumahan pekerja-pekerja di peringkat bawahan, bagaimana gaji minima mereka, bagaimana nasib anak-anak mereka di sekolah, jangan dibebankan kepada Kerajaan lagi kerana keuntungan yang dicatat itu banyak. Jadi sementara memusatkan pemikiran kepada keuntungan harus ada iltizam untuk menjamin keselesaan pekerja.
- Sebab itu saya ucapkan tahniah setingi-tingginya kepada Khazanah, kerana inilah satu badan yang telah menetapkan gaji minima kepada pekerja dalam keluarga Khazanah RM3,000.00. Dan saya baru umumkan baru-baru ini pelarasan gaji penjawat awam, RM1500, RM 1600, untuk minima pendapat bulanan tidak boleh kurang dari RM2000.00. Tetapi Khazanah, tahniah, kerana dengan berbangga dengan catatan kejayaan sedemikian rupa telah dapat menjamin gaji minima bagi setiap pekerja Khazanah di bawah keluarga Khazanah ini RM3000 sebulan, kalau belum ada Amir Feisal kamu jawab. Ini melibatkan jumlah yang besar bukan kecil, 113 ribu kakitangan yang akan mendapat habuan.
- Saya harap syarikat-syarikat swasta yang lain belajar daripada contoh dan teladan Khazanah, Ya, semua syarikat perlu catat keuntungan, tetapi jangan keuntungan itu diambil ibarat kata seorang pujangga dan juga pemimpin daripada Indonesia, Ahmad Yasir, katanya, ‘janganlah sambil membangun, kita robohkan, kita bangunkan gedung, kita catat keuntungan tetapi kita robohkan nilai kehidupan anak-anak bangsa yang bekerja’. Jadi biarlah ada sedikit kefahaman tentang apa itu nilai kemanusiaan, apa nilai keadilan. Ini melangkaui apa yang disebut CSR yang diamalkan oleh Khazanah.
- Tetapi ada satu hal yang lebih menarik, iaitu beberapa langkah di bawah Yayasan Khazanah, untuk sampai ke kawasan-kawasan yang miskin dan daerah-daerah yang terpinggir, sama ada miskin kota, miskin bandar atau miskin desa di pendalaman. Saya masih ingat perkampungan orang asli di Perak itu ketika saya sampai rupanya sudah ada program Yayasan Hasanah memberikan kemudahan asas, kemudahan pendidikan dan kemudahan perniagaan kecil-kecilan untuk mereka.
- Kita juga tunjukkan keyakinan kepada keupayaan Khazanah, kita telah mendukung kepada satu keputusan yang sangat penting, untuk menumpukan arah dan lanskap peta Kuala Lumpur, dari bangunan Sultan Sulaiman, Padang Merdeka ke stesen keretapi sehinggalah ke Carcosa sebagai kawasan yang disebut warisan dan daya cipta (herritage and creativity). Maknanya dari segi kerajaan itu memberikan satu amanah yang sangat besar untuk menentukan wajah Kuala Lumpur itu tidak hilang dari wajah warisan. Dan disamping itu ia memberikan suatu, masukkan asakan baru kerana dunia menuntut kita memikir tentang masa depan. Inilah satu wajah Kuala Lumpur dari warisannya Bangunan Sultan Abdul Samad hingga ke Carcosa di mana diletakkan soal heritage tetapi digabungkan sinergi tentang aspek yang sebut moden dan AI. Bagaimana nak buat, Ahmad Feisal dan Think City fikir. Sebelum Belanjawan bulan Oktober ini saya nak pastikan supaya ada gambaran jelas kepada negara bahawa kita ada usul untuk memulakan wajah Kuala Lumpur yang tidak terpisah daripada warisan budaya gemilang kita.
Terima kasih. Assalammualaikum.
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA JABATAN PERDANA MENTERI BAGI BULAN SEPTEMBER TAHUN 2024
2 SEPTEMBER 2024 (ISNIN) | 8.00 PAGI
𝐃EWAN DE’ SERI ENDON, PUSPANITAPURI
PUTRAJAYA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera.
Alhamdulillah Rabbil Alamin,
Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolilah Kareem
Waala alihi wa sohbihi ajmain.
YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi,
Timbalan Perdana Menteri;
YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof,
Timbalan Perdana Menteri;
Rakan-rakan Menteri;
Timbalan Menteri;
Ketua Setiausaha Negara;
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; dan
Semua rakan-rakan yang saya muliakan.
- Kita bersyukur, Alhamdulillah kerana sambutan Hari Kemerdekaan 2024 ini begitu menyemarakkan semangat rakyat dan saya perhatikan sambutan begitu hebat dan luar biasa di seluruh negara dan acara sambutan di putrajaya yang dihadiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menampakkan satu semangat yang sangat mengesankan.
- Jadi saya hendak mengambil kesempatan ini sekali lagi berterima kasih kepada semua yang terlibat, bukan sahaja Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi, saudara Fahmi Fadzil tetapi kepada semua Jabatan-jabatan, Jabatan Perdana Menteri diantara yang sangat terkait dan terikat dengan beberapa acara utama negara, kemudian anak2 di sekolah dan di IPT serta pertunjukkan daripada anggota pertahanan kita sama ada darat, laut, terutamanya udara itu sangat menakjubkan.
- Jadi saya tengok sambutannya dan komen-komen dalam dan luar negara itu luar biasa dan saya lihat juga kibaran bendera itu di Sepanyol, di Paris dan beberapa negara lain. Jadi saudara kita bersyukur, Alhamdulillah kerana negara aman, stabil dan semangat rakyat itu kian menyemarak, ia tidak malap dan lembab.
- Jadi kita manfaatkan ini, manfaat untuk menyakinkan, pertama diri kita dan tentunya yang akhir adalah manfaat kepada negara, iaitu memperbaiki prestasi kita dalam segala bidang. Sebab itu dalam doa kita sebut juga Islah jadi tema kita, ‘In uridu illal-islaha mastata’tu’, maksudnya sedaya upaya kita kerana semangat ini tidak selalunya jadi.
- Kita sambut 67 tahun negara merdeka tetapi bukan setiap tahun semangat itu sama. Jadi kerana penglibatan anak-anak kita, penglibatan pihak sekolah, IPT dan kita saksikan sendiri kita berupaya untuk berbuat sesuatu yang lebih baik. Jadi saya hanya hendak memanfaatkan perjumpaan pada pagi ini untuk menyeru supaya program Islah ini termasuk dalam pentadbiran awam dan diteruskan secara berterusan.
- Sebab tanggungjawab saya, rakan-rakan TPM dan Jemaah Menteri adalah untuk memperbaiki skim dengan sebaiknya dan telah saya umumkan. Selain itu, kita telah membuat penyesuaian dan kemaskini tanpa menjejaskan program ataupun pengumuman kita, skim yang telah diumumkan itu kita akan teruskan. Tetapi yang kita minta sekarang ini supaya beberapa langkah reform itu dilaksanakan dengan segera. Penggabungan agensi dan jabatan itu belum berlaku dengan memuaskan, pertindihan perjawatan yang kadang-kadang kurang perlu itu masih belum ditingkat kepada yang memuaskan, laporan daripada ketua-ketua jabatan, ketua-ketua pengarah, ketua-ketua unit tentang kelembapan dan kecuaian beberapa pegawai itu pun belum ke tahap yang memuaskan. Semua ini harus kita lakukan, kerana kita mesti melakukan anjakan yang sebaiknya.
- MADANI itu menuntut kita melihat kerangka, tumpuan tentunya dari segi tatakelola, pemacuan pertumbuhan ekonomi, dan keselesaan rakyat. Ini saudara-saudara lihat umpamanya masalah-masalah rakyat, kecepatan kita menjawab surat tuntutan mereka sama ada boleh atau tak boleh beberapa langkah-langkah prosedur yang mereka harus patuhi, itu semua kita kena cari kaedah-kaedah baharu.
- Saya selalu menganggap bahawa pace tahap kecepatan, melakukan perubahan itu harus setimpal dengan tuntutan zaman dan tentunya masa. Jadi kerana kita tentunya saya mengambil jabatan ada dia punya perkara-perkara biasa yang telah dijalankan sejak berpuluhan tahun, ada yang baik kita teruskan tetapi ada yang perlu kita ubah suaikan tumpuan, keutamaan dan sebagainya. Ini sahaja yang saya nak mohon saudara-saudara berikan perhatian. Kita bangga, Alhamdulillah tapi tidak pernah seorang manusia apa lagi seorang Muslim, saya selalu menggunakan rumusan hadis Rasulullah SAW tentang itqan fil amal, dia tidak pernah ada nilai, dia syukur betul, ‘La in syakartum la azidannakum wala in kafartum inna adzabi lasyadid’ (Surah Ibrahim:7). Manusia ini harus bersyukur, tetapi bersyukur itu bukan bermakna kekal ditahap yang sederhana tapi bersyukur itu kerana yakin kepada Allah SWT, tetapi syukur akan nikmatnya dan melakukan sebaik mungkin perubahan ke arah kebaikan. Itu yang disebut itqan fil amal.
- Kalau kita kata tahap pencapaian hasil baik tapi apakah itu maksima ataupun boleh diperbaiki tahap kecekapan naik daripada 70 sampai 85 peratus mengapa tidak boleh 95 itu dalam kaedah pahaman kita tentang tuntutan Islam itu sendiri, tidak pernah manusia itu kekal pada tahap yang average sebab itu ada ulama-ulama, sepertimana saya masih ingat kupasan Sheikh Yusuf al-Qaradwi tentang umattan wassata, umat yang sederhana, umat yang seimbang ia bukan sederhana itu average. Sederhana itu tentang sikap, ia tidak keras, tidak melampau, tidak menghukum, sederhana dari segi kemanusiaan tetapi kesederhanaan itu menuntut yang terbaik.
- Mantan mufti Mesir, Ali Jum’ah sebut ibarat mendaki gunung dari bawah ke atas dan ke bawah lagi, jadi sederhana itu dipuncaknya iaitu dipertengahan dalam pola dan liputan kehidupan. Jadi ini intisari kasarnya iaitu saudara boleh jangkakan bulan September ini bulan pergerakan reform yang lebih besar dan saya akan bincangkan dengan KSN dan KPPA apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memperbaiki prestasi yang dianggap sudah baik. Jadi mudah-mudahan Allah SWT merestui usaha kita.
- Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengalu-alukan kehadiran Datuk Seri Shamsul Azri, KSN kita yang baharu. Saya ucap tahniah dan saya percaya beliau akan bekerja dalam satu pasukan bersama rakan-rakan penjawat awam dan memenuhi harapan bukan sahaja penjawat awam tetapi juga rakyat. Saya juga seru kepada rakan-rakan seperti yang terdahulu beri kerjasama sepenuhnya, keputusan telah dibuat dan keputusan seperti mana apa pun termasuk perlantikan Perdana Menteri tidak semestinya keputusan yang terbaik, tetapi keputusan sudah diambil yang perlu kita lakukan adalah fa idzâ ‘azamta fa tawakkal ‘alallâh, innallâha yuḫibbul-mutawakkilîn (Surah Al-Imrah:159). Sudah kita ambil keputusan ada tekad melaksanakan, itu Amanah besar untuk kita laksanakan dan tawakkal kepada Allah.
Terima kasih.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
MAJLIS AMANAT PERDANA
HARI KEBANGSAAN 2024
30 OGOS 2024 (JUMAAT), 5.00 PETANG
PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera.
Alhamdulillah,
Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolilah Kareem
Waala alihi wa sohbihi ajmain.
YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul,
Speaker Dewan Rakyat;
YB Tuan Fahmi Fadzil,
Menteri Komunikasi;
YB Datuk Aaron Ago Dagang,
Menteri Perpaduan Negara;
Rakan-rakan Menteri;
YBhg. Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar,
Ketua Setiausaha Negara; dan
Pegawai-Pegawai, rakan-rakan yang saya muliakan.
- Memaknai kemerdekaan ini bermaksud memahami liku-liku sejarah yang getir menyingkap lembaran sejarah pengorbanan generasi terdahulu. Ia tidak lengkap sekadar memaknai sejarah tanpa menetapkan dan mengimbau hala tuju arah kebangkitan negara merdeka. Sebab itu tema yang dipilih ini sangat bermakna.
- Kita bicara soal merdeka tapi kita menekankan Merdeka MADANI dan Jiwa Merdeka dan seperti mana kita tahu Jiwa Merdeka ini juga menjadi tunggak kekuatan, kefahaman dan xx di awal kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu Semangat yang terus disepakati dalam Pembentukan Merdeka 16 September 1963.
“Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan jiwa merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pesaka.”
- Ini yang diungkapkan kata-kata hikmat oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy yang sangat memukau kerana ia memberi satu pengertian yang lebih daripada kemerdekaan biasa dan kalau kita telusuri pidato-pidato awal pejuang-pejuang seperti almarhum Dato’ Onn Jaafar, dan kemudian tokoh-tokoh seperti Temengung Jugah, Tun Mustapha, Fuad Stephen, semuanya bicara soal kemerdekaan tetapi semuanya minta kemerdekaan itu dimaknai dengan semangat perpaduan, dengan jiwa merdeka yang baru bukan sekadar meninggalkan sistem pemerintahan yang lampau. Apakah sistem pemerintahan yang lampau?
- Selama ratusan tahun kita dijajah, hasil masyhur negara dipunggah, sebahagian besar untuk memperkayakan bumi penjajah, kalau kita lihat bangunan-bangunan tersergam indah di Kota London dan kota-kota besar United Kingdom, sebahagiannya ialah dari darah keringat air mata anak-anak bangsa. Sama ada Tanah Melayu atau India, negara-negara yang dijajah oleh mereka. Belanda tatkala menguasai Indonesia memunggah kekayaan yang luar biasa, untuk memperkuat bangunan baik fizikal, struktur di Belanda, begitu juga di Perancis, Itali dan sebagainya. Bukan maksud kita mengungkit tetapi kadang-kadang kita terlupa bahawa ini tidak mungkin berlaku tanpa wawasan pimpinan, ia tidak mungkin berlaku tanpa semangat perpaduan semua kaum dan suku kaum. Bayangkan kalau satu kaum sahaja atau satu suku kaum di India menuntut kemerdekaan daripada Inggeris, tidak mungkin Inggeris melepaskan dengan begitu mudah.
- Sikap angkuh yang diungkap, exploitation de l’homme par l’homme (dalam bahasa Perancis), maknanya sistem itu hanya berlaku denggan penindasan dan penafian hak tanpa kebebasan dan meletakkan dua wajah, dua sistem, satu untuk penjajah dan satu untuk rakyat. Bayangkan di Indonesia dan di India dan sebahagian tempat, kelab-kelab khas di Malaysia akan diletakkan dan dibenarkan pegawai-pegawai Belanda, natives and dogs not allowed. Itulah sikap mereka, betapa heboh mereka bicara soal agama atau membawa satu mission tetapi demikianlah falsafah dan konsep dan budaya itu. Tentunya kita harus menentang, tapi apakah mungkin menentang dan berjaya tanpa perpaduan.
- Di Tanah Melayu ini kekuatan kebangsaan bermula dengan kekuatan nasionalisme kebangsaan Melayu dengan semangat Islam sebagai asasnya, manakala usaha meningkat untuk mencapai kemerdekaan, kebijaksanaan tokoh-tokoh lampau, masuk pada peringkat awalnya Dato’ Onn Jaafar, kemudian Tengku Abdul Rahman Putra Alhaj ialah untuk merangkul kekuatan semua kaum supaya tidak jadikan politik adu domba, pecah dan perintah oleh penjajah Inggeris, dan inilah yang memudahkan kita mencapai kemerdekaan.
- Ada orang bicara bahawa proses kemerdekaan kita tidak sehebat, tidak menyebabkan pertumpuhan darah yang banyak, memang benar, tetapi ini tidak berlaku dengan sendiri, ia berlaku setelah melihat pertempuran dahsyat di Indonesia, di India, dan beberapa negara di negara Arab, Afrika dan Amerika Latin. Tokoh-tokoh seperti Simon Wulibar, di Latin Amerika, Omar Mokhtar di Libya, pengajaran itu juga memberi mesej yang jelas kepada Inggeris yang menyebabkan kita ada semangat kesepakatan dengan dunia ketiga yang menghadapi dan menderita mengikut pengalaman yang sama. Jadi kalau kita bicara sekarang umpamanya Global South, atau bila Sukarno, memulakan satu rangkaian negara-negara membangun dengan mengadakan Persidangan Afro-Asia di bandung tahun 1955, itu kerana semuanya menerima nasib yang sama dan merasa yakin bahawa kebangkitan negara merdeka itu adalah dengan membebaskan sistem pemerintahan negara itu dari sistem penindasan penjajahan.
- Semangat ini yang kadang-kadang negara kita kembangkan, mendukung hubungan baik dengan semua negara dan tidak terperangkap dengan satu polar, unipolar dan meminta negara beralih dengan rasa bebas. Mengapa kita merdeka? Kita mahu kebebasan. Kebebasan dari apa? Dari orang asing yang menjajah kita. Kebebasan untuk apa? Kebebasan untuk menegakkan kebebasan, kemerdekaan, keadilan dan manfaat kepada rakyat jelata.
- Apakah semua negara yang merdeka mencapai maksud ini? Tidak. Kerana sebahagian besar merdeka tapi tidak jiwanya, merdeka hanya negaranya, pimpinan silih berganti, pimpinan penjajah diusir diganti dengan pimpinan pribumi, tetapi adakalanya ditimpa malapetaka kerana pimpinan pribumi itu punyai feel, sikap, rompakan, keangkuhan, kerakusan, tamak haloba seperti penjajah terdahulu.
- Sebab itu bila kita sebut jiwa merdeka, maknanya mesti melahirkan pimpinan yang mempunyai hasrat dan aspirasi rakyat jelata. Maka kalau kita katakan Negara MADANI punyai sikap yang tegas, ya memuliakan, menghargai semua sumbangan pimpinan terdahulu, terutamanya bapak-bapak ibu-ibu pejuang kemerdekaan, kita juga insaf dengan simpang siur kemerdekaan ada kalanya kita mengizinkan keterlanjuran, sikap tamak haloba, sikap khianat kepada negara dengan mahu pertahankan kuasa dengan cara yang bengis dan rakus. Keterlanjuran ini tidak harus diizinkan untuk berterusan.
- Saya mahu noktahkan perkara itu. Pimpinan harus lebih bertanggungjawab tidak diizinkan untuk merompak kekayaan negara dan menyalahgunakan kuasa. Apa erti kemerdekaan, setiap tahun anak-anak ribuan beratur mengibarkan bendera keramat, menjerit ‘Merdeka!’ tetapi jiwanya rasuk kerana kita mengizinkan dan sistem mengizinkan keterlanjuran itu berterusan. Saudara, kita belajar dari sejarah, buta sejarah, buta hati, buta perasaan, buta ciri kemanusiaan akan menyebabkan negara ini menerima dendangan hasut, dengki, khianat, mengizinkan keterlanjuran, rasuah dan penyelewengan dan bila keadaan sampai ke tahap yang sudah parah dan rosak tidak mungkin mudah diperbaiki lagi.
- Sebab itu, saya ambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua rakyat, menerima kenyataan merdeka ini dicapai kerana kekuatan kita bersatu, ya berbeda pendapat dalam hal-hal kecil tetapi semua terima, ini negara Malaysia tercinta, setiap rakyat mesti diberi perlindungan, ditunjuk kasih sayang dan diberi pembelaan secukupnya.
- Apakah mudah, ia tidak mudah saudara-saudara, kalau ada wilayah timbul politik serpihan untuk mencari kekuatan, mereka mainkan sentimen perkauman, kaum aku tidak mendapat habuan, ada satu kelompok, agama aku tidak diberi pembelaan, ada satu tempat lagi wilayah aku tidak diberikan sumbangan atau pembelaan secukupnya. Rakyat yang tidak berdosa mudah ditarik dengan sentimen membakar api perkauman. Apakah ini perkara baru? Tidak. Ini yang digeruni oleh almarhum Tunku Abdul Rahman, ini yang dikesalkan oleh almarhum Tun Abdul Razak, dan bibit-bibit yang sama masih menghantui kita.
- Saya yakin saudara-saudara dengan jiwa merdeka, dengan semangat baru rakyat, tiada salahnya masing-masing kaum mahu membela nasib kaum mereka, tidak salahnya kuntuk ita memartabatkan Islam dan mengangkat kedudukan Islam dan kepercayaan agama-agama lain dalam kalangan mereka, tidak ada salahnya ada perasaan untuk menjaga rantau kita kawasan kita dan negeri kita, tetapi percayalah ini semua dapat dilakukan dengan semangat kecintaan pada negara yang satu dan negara yang berpaut antara satu sama lain.
Saudara saudari yang dikasihi sekalian,
- Saya mahu manfaatkan kemerdekaan ini, Hari Kebangsaan 2024 sebagai tempat kita berpaut antara satu sama lain. Pecayalah negara ini hebat kerana hebat rakyatnya. Negara ini potensinya lebih hebat kalau kita berpakat angkat darjat negara ini sebagai negara terhebat di negara ini. Apa kurangnya di negara kita? Apa kurangnya? Kesedarannya, pencerahannya, keupayaan menarik pelaburan, tingkat pendidikan, kemudahan kesihatan, harus semuanya diperbaiki untuk yang paling kaya kepada yang paling miskin, jangan pinggirkan sesiapa, negara ini punyai keupayaan. Sebab itu saya kata semangat perpaduan itu sangat penting dan tidak boleh sama sekali diremehkan. Mahu popular? Ya, berjuang, tetapi jangan remeh hina mana-mana kaum, agama atau wilayah dalam negeri kita.
- Kita beri nasihat, kita beri anjuran, kita beri desakan, tetapi saya hendak guna kesempatan hari ini untuk memberi amaran bahawa negara ini di tapak dan landasan yang sangat baik dan mampu diangkat cemerlang dan andai kata ada mana-mana kelompok kecil yang bawa hasutan kaum ke arah keganasan dan kebencian, dan permusuhan satu sama lain, saya tidak peduli apakah disenangi oleh media antarabangsa atau negara luar tugas kita adalah selamatkan negara Malaysia tercinta ini. Dan kita gunakan segala kuasa dan kekuatan yang ada kalau tidak cukup kita pinda, semoga negara ini selamat dapat diangkat sebagai negara hebat di rantau dan negara ini. Boleh suudara-saudara?
- Saya bimbang jika perkara ini diambil ringan. Baru-baru ini kita lihat umpamanya Suruhanjaya Batu Puteh, tidak banyak negara di dunia yang pandang enteng satu inci tanah, satu batu kecil diserah kepada negara lain dengan mudah. Ya kita terima kenyataan keputusan ICJ, terlepas Batu Puteh, Kepulauan kecil tetapi kerana kecuaian kita, kecuaian itu membawa pengkhianatan kepada negara. Mana ada negara di dunia melepaskan kawasan dengan begitu mudah. Negara-negara berperang, kehilangan ribuan nyawa hanya untuk mempertahankan satu wilayah kecil. Sebab itu Kerajaan MADANI setuju mengadakan Suruhanjaya DiRaja yang berlaku.
- Mengapa negara ini negara hebat Malaysia tercinta boleh izinkan pengkhianatan begitu rupa sehingga terlepas begitu mudah tanpa menggunakan jalur hukum mempertahankan hak kita. Kalau benar orang memikir ini perkara kecil, enteng, ada masalah, kerana sikap dia sebagai seorang anak Malaysia kerana ini tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia dengan mudah. Sebab itu kita akan bentangkan ke sidang Parlimen, kita akan izinkan perbahasan terbuka di Parlimen dan di luar Parlimen, untuk menjadi pengajaran dan iktibar kepada anak-anak bangsa pada masa akan datang. Bahawa negara ini terbentuk dengan pahit getir, keringat air mata, darah pejuang selama ratusan tahun melawan penjajah demi penjajah dan tidak boleh dikorbankan kepentingannya.
- Sudah terlanjur tetapi pengajaran mesti dan wajib dan saya gunakan kesempatan sambutan kemerdekaan ini, untuk mengingatkan kita terutama anak-anak muda. Anak-anak generasi penerus yang akan menentukan arah negara ini, maka belajarlah dapatkan pencerahan sebenarnya dan jangan jadi perkakas murahan atas nama kaum atau agama dipermain dan diperolok-olokkan untuk orang mencari juang dan kuasa atau pengaruh, cari kebenaran, tegak keadilan selamatkan bangsa dan angkat martabat negara, itu tugas generasi muda untuk menyelamatkan negara dan bangsa kita. Saya harap anak-anak akan tahu baik melalui media sosial, pendidikan dan disiplin-disiplin baru tapi jangan lupa landasan kita bahawa perjuangan ini perjuangan yang telah meragut nyawa pengorbanan yang besar. Bacalah sejarah ribuan yang telah ditahan di penjara Singapura dan Penjara Pudu nasionalis kita, saya tidak peduli nasionalis kanan nasionalis kiri semua yang berjasa kita beri penghormatan. Kita di sini mengukur dari segi pertimbangan sekarang. Tetapi sejarah telah membuktikan dari semua kaum tokoh-tokoh yang berkorban yang mempunyai cita-cita dan wawasan besar, Melayu, Cina, India, Iban, Melanau, Kadazan, Dusun, Bajau semua suku kaum yang punyai peranan. Sebab itu saya tegaskan untuk pecahkan tembok-tembok yang mengganggu dan menghalang kejayaan kita dan bina kekuatan baru.
- Pertama dengan pengetahuan dan pencerahan, kedua dengan semangat dan cita-cita murni dan idealisme, dan ketiga dengan tindakan dan amal soleh. Saudara-saudara saya harap dan doakan, kita ada sambutan esok pagi insya-Allah yang dinaungi oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung dan Raja Permaisuri Agung, ucap tahniah kepada saudara Fahmi dan seluruh pasukan yang menyediakan, saya saksikan sedikit liputan dan saya kagum dan nampaknya sambutan ini luar biasa esok, insya-Allah. Sambutlah dengan baik, kibarlah jalur gemilang, tanamkan perasaan cinta supaya kita Merdeka MADANI dengan semangat Jiwa Merdeka.
- Saya nak akhiri dengan gesaan karyawan dan juga sasterawan negara, tokoh yang kita segani saudara Samad Said, katanya;
“Anak-anak kita bakal datang tangkas dan berilmu; dan kita, dalam sejarah, bakal syahdu dan bangga, kerana awan yang indah, lapis pelangi lebih mesra, wajah diri dan inti peribadi kita tunjang bagi kehidupan dan kemerdekaan bangsa yang sentiasa sedia belajar mengerti dan tekun hidup bersama.”
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
KUNJUNGAN KE SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM
30 OGOS 2024 (JUMAAT)
SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Salam Malaysia MADANI.
YAB Tuan Chow Kon Yeow,
Ketua Menteri Pulau Pinang;
YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz,
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri;
YB Encik Steven Sim Chee Keong,
Menteri Sumber Manusia;
YB Dato’ Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid,
Timbalan Ketua Pulau Pinang;
Ahli Parlimen Bukit Mertajam;
YBhg. Dato’ haji Rosli bin Isa,
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang;
YBhg. Dato’ Indera Nik Nasarudin Bin Mohd Zawawi,
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan; dan
Rakan-rakan yang saya muliakan dan terutamanya alumni, Haji Umar & seluruh keluarga termasuk bekas tenaga pengajar, pengetua, guru-guru yang berkhidmat dan anak-anak di luar sana.
- Tentunya ini satu penghormatan dan nostagia bagi saya kerana saya belajar tiga (3) tahun di sini, Special Malay 1, Special Malay 2 dan Standard Six, and I was a good student. Sebab dari seluruh Pulau Pinang ada special exam, tidak seperti mana negeri-negeri lain, di Pulau Pinang ketika itu di darjah enam ada satu peperiksaan ujian khas untuk ke Kolej Melayu Kuala Kangsar, dan negeri lain yang ada Sultan, sebenarnya diberikan kuota yang besar, Pulau Pinang ketika itu hanya ada tiga (3) yang boleh dipilih, iaitu peperiksaan khas. Saya syukur kerana mendapat didikan di Stowell School dan High School dan saya telah lulus dengan baik.
- Oleh itu, jasa Stowell School dan High School tentu saya kenang kerana membolehkan saya meneruskan pengajian di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Tiga (3) orang sahaja yang dipilih dari seluruh Pulau Pinang, sekarang ini agak lebih demokratik dan lebih terbuka. Tetapi kalau dahulu, hanya negeri-negeri yang mempunyai Sultan yang mendapat kuota yang besar.
- Saya ingat lagi semasa saya Menteri Pendidikan, saya pernah datang ke Stowell dan juga High School, dan selalu saya tekankan tugas kita. Apa dia pendidikan ini? Assimilation of knowledge menimba ilmu dalam pelbagai bidang terutama ikut kurikulum dan pembacaan meluas dan sekarang cabaran bagi pendidik lebih kerana perubahan yang begitu pantas dan ada disiplin-disiplin baru yang tidak ada dalam kurikulum dan perubahan-perubahan itu mendesak. Kita bicara bila Menteri MITI, Tengku Zafrul luncurkan bersama Pelan Perindustrian, banyak bidang-bidang baru, Digital Transformation, Energy Transition, Artificial Intelligence, penguasaan media sosial yang smuanya dianggap baru.
- Pendidikan itu tidak boleh tinggal dua aspek ini, iaitu Assimilation of knowledge menimba ilmu dalam pelbagai bidang, dan yang kedua, menyemai nilai akhlak dan kebenaran, the dessimination of good values and truth. Dua ini tidak boleh tinggal yang menyebabkan negara kadang-kadang tercemar dengan salah tatakelola, penyalahgunaan kuasa dan rasuah, ini kerana menimba ilmu tidak menerapkan nilai, akhlak dan prinsip kebenaran. Jadi harus ingat bukan hanya teroka ilmu baharu, selalu saya sebut di Kementerian Pendidikan, maknanya seolah-olah kita menggapai yang dilangit, cuba mencapai menangkap bidang baharu dan ilmu baharu, tetapi silap kita sementara menggapai yang dilangit, kita tinggalkan akar, tradisi, budaya, akhlak, dan agama di bumi. Jadi harus ada perimbangan, menggapai di langit mengakar di bumi. Inilah cabaran kita kepada pendidik, pelajar, guru-guru dan Ibu bapa yang harus yakin. Sebab itu PIBG, alumni punyai peranan penting dalam memberikan ruang, agar pendidikan itu lebih bermutu dan bermakna. Bagaimana sistem pendidikan kita? Secara relatif, ia agak baik.
- Sebentar tadi saya di Kerian bersama Menteri MITI untuk projek pecah tanah, projek raksaksa baharu, KIGIP, maknanya satu projek di Kerian tetang teknologi baharu tetapi berasaskan hijau. Kalau ini dilakukan bagaimana pendidikan kita? Bagaimana matematik dan sains, Bahasa Melayu harus dimantapkan, Bahasa Inggeris harus dikembangkan. Selain daripada mengakar ke bumi supaya akar, budaya, dan Bahasa Kebangsaan dimartabatkan, kita mesti menggapai penguasaan ilmu baharu yang memerlukan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik. Ia tidak boleh seperti apa yang disebut dalam istilahnya, zero sum games, if you choose to promote Bahasa Melayu means you are not pro English language, if you promote English language you must ignore the importance of national language. No! Dia boleh menguasai Bahasa Kebangsaan dengan baik sesuai dengan peredaran zaman dan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik kerana ini menentukan sama ada kita boleh bersaing.
- You want to remain a competitive nation, particularly in the new technology, new fields of knowledge into advance, you must make sure that you routed in strong command of the Malay Language and proficiency in the English Language. Ini yang kita hendak tekankan dari segi bahasa. Sebab itu saya telah minta supaya Menteri Pendidikan untuk melakukan anjakan, perkukuhkan penguasaan Bahasa tetapi memberi penekanan terutama di peringkat menengah iaitu menengah atas dalam penguasaan Bahasa Inggeris yang lebih tinggi. Kalau tidak kita akan kalah dalam persaingan ini.
- Di Malaysia, Pulau Pinang dengan jentera Kerajaan, terutama Kementerian-kementerian yang aktif, kita ada pelaburan yang dianggap termasuk Pulau Pinang dianggap semiconductor hub in the region. Kalau Pulau Pinang itu semiconductor hub in the region, maka anak-anak yang disekolah harus ditunjuk dan diberikan galakan, rangsangan, dan asakan supaya lebih berminat dalam bidang matematik, sains dan Bahasa Inggeris, kemudian menjurus pendidikan mereka dalam bidang sains teknologi, kejuruteraan, digital dan artificial intelligence. Kalau tidak kita ada gedung-gedung besar, semikonduktur, Infenion dari Jerman, Intel, apa sahaja sebut di Pulau Pinang tetapi anak-anak kita tidak cukup terlatih. Ini cabara-cabaran yang harus direnung, kemudian tindakan diambil oleh kementerian dan oleh guru-guru termasuk soal nilai dan akhlak.
- Kita ini di Malaysia, kita anak Malaysia, Melayu, Cina, India, Dayak dan Kadazan, kita boleh bekerja sebagai satu pasukan, jangan tunduk kepada pemikiran-pemikiran lapuk mengadu domba, kadang-kadang di sekolah sudah bermula kelompok-kelompok isu kaum dan isu agama. Agama mana yang mengajar kita guna agama untuk bertarung dan meniupkan kebencian kepada sesiapa. Tidak. Agama itu tegak sama ada Islam, Hindu, Kristian atau Buddha untuk memupuk kasih sayang dan hormat menghormati. Ini yang harus kita pupuk kalau tidak nanti saudara-saudara akan mudah terpengaruh dengan fahaman yang boleh menimbulkan kebencian. Saya dengan asuhan dan didikan di sini, Alhamdulillah sudah menjawat jawatan Perdana Menteri.
- Saya mahu Islam dimartabatkan, saya bangga sebagai seorang anak Melayu, saya cinta kepada bahasa, budaya, dan sastera saya. Tetapi itu bukan bermakna saya harus menanam pandangan serong kerana saya tahu ada kekuatan dalam bahasa lain, ada sastera-sastera dan budaya yang gemilang dalam bahasa lain. Sebab itu saya juga hidupkan minat terhadap ajaran Confucius dalam ‘The Analects’ karya besar pemikir agung China, dalam Belanjawan saya juga perkenalkan buku atau kitab masyhur yang dibanggakan oleh masyarakat India khususnya masyarakat Tamil di Selatan India, iaitu Thirukural, ia tidak bermakna menghakis keyakinan saya sebagai seorang Islam atau saya sebagai orang Melayu, tetapi hanya menunjukkan bahawa budaya Melayu dan agama Islam itu ada sikap kemanusiaan (humanity), ehsan (compassion) dan kasih sayang di antara satu sama lain sebagai manusia.
- Sebab itu dalam al-Quran, bila Allah sebut firmannya, wa laqad karamna bani Adam, Allah angkat darjat manusia keturunan Bani Adam, syaratnya orang baik, orang ikhlas, orang yang membawa mesej kebaikan dan kemanusiaan. Mudah-mudahan fahaman ini menjadi asas dalam pendidikan kita.
- Balik kepada SMK Tinggi Bukit Mertajam, ada permohonan untuk keperluan anak-anak yang beragama Islam tidak ada surau yang teratur di sini, oleh itu saya luluskan projek sekitar RM225,000.00 ringgit untuk pembinaan surau di sini. Kemudian Steven Sim kata dia dah bagi sedikit air-cond di sini untuk keperluan pelajar-pelajar. Keadaan berubah, oleh itu pendidikan mendapat peruntukan terbesar dalam Belanjawan MADANI diikuti dengan kesihatan. Oleh itu, saya setuju untuk meluluskan kelengkapan-kelengkapan selain daripada RM225,000.00 ini, suku juta lagi untuk pembangunan-pembangunan yang mendesak di seluruh High School RM250,000.00.
- Bagi dewan yang besar, kita tidak boleh bagi begini kerana kewangan Kerajaan mesti ikut peraturan dan prosedur, saya perlu tengok keupayaan kewangan dan teliti setelah mendapat permohonan dan juga dikaji oleh kementerian-kementerian termasuk Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan selain daripada Jabatan Perdana Menteri.
- Jadi sekali lagi saya ucap terima kasih kerana jadual yang amat ketat hari ini. Saya ucap terima kasih kepada pengetua, guru-guru dan anak-anak, doa supaya mereka dapat kekalkan mesej dan imej High School Bukit Mertajam, kalau dahulu di Seberang Prai, High School was the Premier School in the whole of Province
Terima kasih, wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PECAH TANAH
KERIAN INTEGRATED GREEN INDUSTRIAL PARK (KIGIP)
30 OGOS 2024 (JUMAAT) | 9.00 PAGI
TALI AYER ESTATE,
BAGAN SERAI, PERAK
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillahilladzi arsala rosulahu bil huda wa dinil haq.
Liyuzhhirohu ‘alad dini kullihi.
Wa kafa billahi syahida.
Wa nusalli wa nusallimu ‘ala rasoolil kareem,
Wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.
YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof,
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air;
YAB Dato’ Seri Saarani Bin Mohamad,
Menteri Besar Perak;
YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz,
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri;
YB Tuan Chang Lih Kang,
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi;
YB Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani,
Menteri Perladangan dan Komoditi;
YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Bin Mohd Nasir,
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air;
Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda,
Pengerusi Kumpulan Permodelan Nasional Berhad;
YB Dato’ Hj Rashidi Bin Zinol,
Exco Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan Dan Luar Bandar Pulau Pinang;
Tan Sri Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani,
Pengerusi kumpulan SD Guthrie.
Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri;
Seluruh keluarga PNB dan seluruh keluarga SD Guthrie; dan
Rakan-rakan yang saya muliakan.
Saudara-saudari yang saya muliakan,
- Alhamdulillah kita bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di pagi Jumaat yang mulia ini dan di ambang kemerdekaan negara yang akan kita sambut esok kita dapat bersama-sama ke Majlis Pecah Tanah Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP). Saya tentunya sangat bangga kerana kita boleh buktikan kemampuan PNB dan SD Guthrie melaksanakan projek raksaksa, satu yang baharu bagi rantau ini, satu-satunya high-tech hijau yang ulung di Asia Tenggara. Maknanya ke depan dari segi perancangan dan pelaksanaan yang pantas.
- Jadi saya bangga dengan keputusan yang disambut dengan begitu baik, walaupun saya faham mereka mendapat tekanan yang luar biasa kerana saya bagi tarikh, saya tidak tanya dahulu. Saya kata tarikh ini mesti luncur pelan, tarikh ini mesti pecah tanah. Jadi mereka bergelut siang dan malam untuk menyelesaikan.
- Terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri kerana dapat meluluskan dalam masa yang cukup pantas dengan penjawat awam yang cukup cekap. Jadi tidak sia-sialah kita naikkan gaji penjawat awam. Mana satu Yang di-Pertua Majlis Perbandaran, tolong berdiri. Terima kasih seluruhnya. Pegawai Daerah Kerian? Terima kasih dan seluruh keluarga daerah. Kalau untuk ucap terima kasih, Menteri Besar atau Raja Tan Sri Arshad akan bagi makan khas (nada seloroh).
- Maknanya, kalau kita ada tekad untuk laksanakan projek untuk memberi faedah kepada rakyat dan ada kesungguhan dan iltizam, kita boleh laksanakan. Semalam saya luncurkan suatu projek perumahan Suria MADANI di Taman Desa, Majlis Bandaraya Kuala Lumpur beri kelulusan dalam tempoh 45 hari, rekod sejak sebelum merdeka sehinggalah sekarang kerana selalunya di antara 8 bulan hingga 1 tahun 2 bulan. Tetapi kalau syarikat itu persiapkan, geo-tech study, EIA dan seluruh keperluan-keperluannya mantap. Tidak ada sebab kita tidak boleh diberikan kelulusan begitu cepat.
- Maknanya dalam contoh-contoh ini yang saya berikan, semalam projek perumahan rakyat diluluskan dalam masa cepat kerana melegakan tuntutan rakyat. Kalau tidak, pembangunan Kuala Lumpur, petandanya apa, mercu tanda, twin-tower, projek-projek raksaksa, hotel-hotel 7 bintang tetapi untuk rakyat gerai dan warung itu di dalam keadaan usang yang lama. Rakyat terpaksa menunggu puluhan tahun untuk mendapatkan rumah untuk dibeli mahupun disewa.
- Sebab itu harus ada anjakan dalam keputusan kerajaan dalam bidang ini, saya syukur Alhamdulillah dalam masa singkat kita tunjukkan bukti pelaksanaan yang lebih berkesan dan saya hendak kaitkan pengalaman semalam kerana apabila kita mahu luncurkan projek perumahan rakyat MADANI, RM 200,000 ke bawah di Taman Desa. Jadi ada berdekatan dengan kawasan perumahan tinggi jadi penduduk di kawasan itu ada yang tulis bantahan kepada saya. Katanya tidak sesuai kerana perumahan itu tinggi tingkatnya dan mungkin akan menyebabkan kotor dan kesesakan.
- Saya jawab semalam, bila rumah-rumah orang kaya itu dibina, tanah itu tanah kampung, ada sebahagian tanah itu dibeli dengan harga yang murah, tiada yang protes. Jadi orang-orang yang miskin dan pekerja yang diperlukan. Siapa yang akan mencuci, membersihkan, siapa akan baiki eletrik, siapa akan siapkan kemudahan-kemudahan lain. Pengurusan di taman perumahan, pekerja-pekerja kelas bawahan, di mana mereka harus tinggal? Di ceruk rantau tidak munasabah, sebab itu kita putuskan juga saya kata saya tidak memperdulikan bantahan itu asalkan projek rumah itu 3 bilik, 800 square feet, walaupun syarat KPKT 750 square feet, dua bilik air kemudiannya pengurusan lebih baik, ada taman hijau, ada taman permainan, ada kemudahan-kemudahan untuk penghuni, jaminan kebersihan memadailah.
- Jika tidak kita ada satu dasar, mengingatkan Charles Dickens, “A Tale of Two Cities”. Ada satu Kota Permai Indah tetapi ada kelompok yang paling miskin, ada kelompok maha kaya. Jadi sebab itu dari segi dasar kerajaan MADANI harus mengenepikan dasar yang meremehkan kepentingan kelompok yang lebih miskin. Saya jawab semalam kerana kalau kita terima bantahan tiap kali ada perumahan rakyat ada sahaja bantahan.
- Kawasan terlalu sesak, kalau kamu duduk puluhan tahun yang sesak kamu tidak sibuk pula buat bantahan. Jadi saya berharap ini menjadi satu pengajaran kepada semua bandar-bandar dan kota-kota.
- Keduanya, ia boleh diluluskan dengan cepat. Kerana salah satu cabaran yang Tengku Zafrul lebih arif bab ini. Kerana kalau pergi mana-mana yang dibimbangkan oleh pelabur adalah ease of doing bussiness, adakah benar kita efisien, apa alasannya ketimbang tahun-tahun sebelumnya. Jadi saya syorkan kepada Jemaah Menteri bolehkah kita banding bukan sahaja dengan tahun sebelumnya tetapi dengan negera-negera berdekatan, Vietnam, Thailand, Indonesia, Singapura baru kita tahu sama ada kita cekap atau tidak.
- Bila kita buat perbandingan ada satu dua bidang yang kita cekap, ada banyak bidang yang agak ketinggalan. Kita pelajari dari kelemahan itu dan kita beri asakan baharu, peraturan-peraturan baharu, SOP yang baharu dan Alhamdulillah, bila dikaji semula Infineon atau baru-baru ini Google dan Microsoft dan Amazon Web Services mereka dapati bahawa Malaysia adalah di antara negara yang menunjukkan prestasi dan tahap kecepatan kelulusan yang membanggakan. Maka kita perolehi pelaburan yang besar.
- Pelaburan yang besar itu akan memberikan faedah kepada rakyat, ini satu hal yang penting kepada KIGIP. Ini satu projek pembangunan industri yang terbesar dalam negara kita yang dikendalikan seluruhnya oleh PNB dan SD Guthrie, satu badan bumiputera yang teruji dan diketahui kemampuan dan kecekapannya. Jadi ujian ini bukan sahaja pada negara bahkan pengurusan bumiputera yang dapat laksanakan satu projek yang baharu. Ini baru betul-betul bumiputera policy, jerit Melayu, Melayu, Melayu tetapi apabila beri kelulusan tiada pula diberi kepada Melayu ini bezanya.
- Jadi, umpamanya bila saya cadangkan Kerian dan kebetulan alasannya ada. Sebab itu rakan-rakan Jemaah Menteri yang ada di dalamnya Melayu, Cina, India malah dari Sabah dan Sarawak, mereka itu bersetuju kerana tanahnya itu tanah Sime Darby. Tidak mengganggu tanah-tanah orang kampung, tidak mengganggu tanah-tanah peniaga Melayu atau Cina atau India. Jadi tanah hampir keseluruhannya milik Sime Darby Guthrie, jadi dapat dibangunkan dengan cepat dan tidak memerlukan proses pengambilan tanah yang tentuanya akan mengambil masa.
- Jadi apabila ini dapat dilakukan dan Alhamdulillah dapat dipercepatkan, dan kita ada pula Perak di bawah pimpinan Saudara Sharaani yang menunjukkan ketegasan dan kesungguhan dalam melaksanakan projek-projek yang akan membantu membangunkan negeri dan membela nasib rakyat.
- Setelah kita jadikan ini sebagai satu projek, bila kita adakan pelan rancangan keseluruhannya, apa yang dimaksudkan? Dimaksudkan supaya ada dua pertimbangan, kita tahu mesti bangunkan tambak, pertimbangan kita adalah satu ekosistem, yang kedua supply chain Menteri MITI lagi arif dan saya suruh dia selaras dengan Pengerusi PNB dengan baik.
- Ramai tidak faham belakang itu. Apa dia maksud ekosistem, prasarana satu hal dan Dato Sri’ Fadhillah tahu tentang keperluan baik tenaga atau air dan PETRA telah memberikan kemudahan dan kelulusan sebab itu dapat solar farm, kerana kalau tidak ia tidak jadi hijau.
- Jadi kemudiannya perlu ada keperluan bekalan air yang memenuhi keperluan masyarkat di Utara termasuk di Parit Buntar, Bagan Serai dan seluruh Kerian dan sehingga ke Nibong Tebal dan keperluan Pulau Pinang. Kita bahkan sudah runding bagaimana kita boleh percepatkan proses pengaliran air dan paip dengan kadar segera dengan kos yang lebih munasabah dan saya telah minta ini disegerakan.
- Kita minta jaringan lebuh raya yang baharu untuk memasuki kawasan ini dan ini pada prinsip sudah diluluskan dengan peruntukan tambahan untuk keperluan projek KIGIP. Ini tanggungan Kerajaan Persekutuan dan yang lain saya percaya dapat dikendalikan oleh Kerajaan Negeri dan tentuanya syarikat. Ini juga suatu projek yang berbeza dengan projek lain dimana urusan dana itu banyak dikendalikan oleh swasta dan tidak dibeban kepada kerajaan melainkan prasarana asas seperti lebuh raya, bekalan air, mungkin keperluan sekolah, masjid dan sebagainya.
- Kerana ekosistem itu melibatkan latihan, jadi mulai hari ini SD Guthrie harus memikirkan jenis pelaburan, jenis pekerjaan, latihan pengkhususan dan berikan keutamaan kepada anak-anak utara Perak ataupun Padang Serai, Nibong Tebal sedikit untuk dapat latihan dan kalau ada TVET atau institut teknologi berdekatan saya akan minta supaya SD Guthrie ambil alih dan memberikan latihan yang diperlukan oleh KIGIP kerana latihan itu mengambil masa dua tiga tahun. Dulu kita kata semuanya mesti lulusan sains, matematik, ada yang lulusan Sekolah Menengah Vokasional atau TVET. Tetapi ada juga keperluan untuk mengambil lulusan sastera umum yang diberikan latihan jurusan agar mampu mengikuti sebahagian daripada kursus ini.
- Apabila saya dengan Saudara Zafrul ke India, ada syarikat mengatakan tidak semuanya matematik, sains untuk keperlua digital atau AI kerana majoriti mesti lulusan kejuruteraan tetapi ada sebahagian daripada lulusan sastera dalam kursus-kurus terpilih yang boleh dijuruskan untuk keperluan spesifik. Ini saya tekankan kerana memang kita kurang lulusan matematik dan sains di Malaysia, sangat kurang. Kita kekurangan keperluan kejurutaan sebanyak 30,000 jurutera baharu, sekarang dengan kemasukan pelaburan yang besar keperluan itu bertambah. Jadi semua universiti diminta perkembang lulusan AI, digital kejuruteraan tetapi kita telah memutuskan untuk mengambil anak-anak yang luar daripada itu juga.
- Jadi daripada sekarang harus ada satu bidang, satu pengkhususan oleh satu unit PNB untuk terus memantau keadaan di sekitar ini dan untuk memperbaiki ekosistem ini tadi dan tentunya masyarakat memerlukan perumahan. Dan perumahan mestilah dirancang daripada awal bagi memenuhi keperluan pengurusan dan pekerja.
- Jadi pelan KIGIP ini saya mahu menjadi pelan utama yang lebih mencakup keperluan majoriti rakyat. Kalau pelan itu buat perumahan sahaja kemudian daripada awal dengan tanah yang relatif murah tidak disiapkan untuk perumahan rakyat untuk peringkat bawahan, pekerja-pekerja, kita akan menghadapi masalah.
- Jadi yang disediakan itu bukan sahaja sewaan rumah, tetapi rumah pekerja yang boleh dibeli dan menetap secara permanent di situ. Kemudian mestilah sekolah, pendidikan Islam, masjid dan lain-lain keperluan untuk memenuhi keperluan masyarakat secara umum. Ini soal prasarana dan juga latihan yang diperlukan termasuk beberapa keperluan keselesaan yang saya percaya mengikut pengalaman PNB, SD Guthrie saya tidak ragu. Cuma saya minta dibandingkan dengan pengalaman di Johor, Selangor, di Kinta dan juga Kulim Hi-Tech dan saya percaya Tengku Zafrul boleh bantu laraskan supaya tiada kelompongan dan kelemahan dalam pelaksanaan ini.
- Saudara, saya memilih untuk hadir sendiri buat dua kali berturut-turut dan saya percaya dalam masa singkat mungkin sekali lagi untuk melihat sekali lagi sama ada projek ini berjalan dengan kadar yang lebih pantas. Kalau tidak, umpamanya, bila nak mula tambun tanah kerana tanah ini mendap? Bulan Januari. Saya tidak setuju kerana bila kata tambun tanah, minggu hadapan. Apa masalahnya, tiada tanah? Beritahu Menteri Besar, perlu bayar, bayarlah sedikit.
- Kemudian ia sekitar 3 batu sahaja, SD Guthrie ini lori dah banyak, korek tanah, tambun. Tender kita boleh buat fast track tender untuk syarikat-syarikat kemampuan. Jadi SD Guthrie perlu bantu kerana saya sudah beritahu pengurusan supaya biar laporan itu sampai kepada menteri-menteri berkenaan, kepada Dato Sri’ Fadhilah, Tengku Zafrul dan rakan-rakan menteri lain dan Menteri Besar. Saya mahu satu salinan terus ke pejabat saya di Pejabat Perdana Menteri supaya saya dapat pantau.
- Kerana saya mahu projek ini menjadi projek kebanggaan kita, projek kebanggaan bumiputera, projek kebanggaan rakyat Malaysia dan contoh yang terhebat kawasan rantau Asia Tenggara ini.
- Jadi saudara-saudara tentunya penyelarasan ini penting, saya minta MITI, MAIDA untuk terus proaktif kerana ini adalah satu projek gagasan baharu kerana saudara lihat naratif dunia sekarang, semua bicara soal hijau, teknologi hijau, tenaga hijau, green hydrogen, ammonia menggantikan fuel tradisional yang digunakan sebelum ini dan ini suatu yang baharu tetapi kalau projek itu dilaksanakan dalam kaedah yang lama saya tidak fikir wajar. Maka projek ini kita bagi kelonggaran apa sahaja dan kita telah buktikan dengan kesediaan Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Perak memberi kelulusan dengan rekod yang belum pernah dilakukan sebelum ini.
- Maknanya saudara-saudara, Yang di-Pertua dan Pegawai Daerah, kalau kita betul-betul ada keputusan jalankan dengan ikhlas, Fi Amanillah dan bersih boleh kita luluskan. Sepertimana saya katakan projek perumahan yang diluncurkan semalam, bayangkan projek 800 unit itu, 40 tingkat boleh diluluskan dengan semua syarat-syarat yang ketat dalam tempoh 45 hari. Yang mahu tunggu 4-5 bulan sebab apa?
- Sebab itu, apabila saya bagi arahan umumkan skim saraan gaji baharu ini, saya kata kalau lembab seperti dahulu gaji tidak jalan. Itu orang marah dia kata tengok Anwar ini bohong lagi, dia bagi, tetapi dia bagi syarat. Tetapi itu tidak mengapalah kerana kerja sesetengah pihak, saya tidak ada masalah tetapi kita lihat cara positif.
- Sekarang saudara lihat umpamanya dari lapangan terbang ke sempadan Golok ke sempadan Rantau Panjang dan Bukit Kayu Hitam, Kastam, Imigresen dan Pejabat-Pejabat Tanah dan Daerah secara relatif ada perubahan yang ketara. Jadi apabila ada perubahan ketara kita ucap terima kasih kepada penjawat awam kerana melaksanakan dengan jauh lebih baik dari sebelumnya.
- Contohya kerana projek di Pahang, Pulau Pinang ataupun Johor dan semalam Dato Fadhilah sebut tentang IPP Gelugor, petang ini dia ke Kulim untuk peralihan tenaga. Semua ini kita lihat kadarnya lebih cepat kerana negara ini punyai kekuatan untuk menjadi negara yang maju dan hebat di rantau Asia. Dan saya yakin apa pun yang dibicarakan kena lihat kepada angka-angka sekarang walaupun kita terpaksa sabar, satu tahun setengah ini kena balun teruk terutama soal ringgit tetapi kita tahu dia melihat kepada keyakinan.
- Orang tidak yakin dalam masa 6 bulan, dia tengok consistency of policy, dari segi politik stabil, dari segi crafting atau dari segi merangka dasar ada. Tetapi dia tidak yakin sehingga dia melihat ada perkembangan beberapa ketika dan Alhamdulillah tidak semuanya kerana Kerajaan, ada juga soal global system saya tidak nafikan.
- Tetapi kalau ikut global mengapa kekuatan ringgit kita relatif kepada peningkatan tinggi di rantau ini, kita masih terkuat. Ada sebabnya, mengapa dalam persaingan Google di antara Malaysia dan Vietnam, dia pilih Malaysia. Mengapa perebutan saingan Infineon di antara Texas, Germany dan satu lagi negara, akhirnya dipilih Malaysia tentunya pelbagai sebab. Antaranya pekerja yang lebih disiplin, mutu khidmat yang diberikan tahap kecepatan, dan ini mesti kita pertahankan dalam negara kita kalau kita menjadikan inisiatif, transformasi digital dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) serta konsep ekonomi MADANI ini menjadi kenyataan.
- Kita ada permulaan yang baik dan meyakinkan dan kita sambut kemerdekaan dengan bergaya. Syukur ke hadrat Allah S.W.T dan kita pastikan kerja kita, amal kita lebih baik daripada sebelumnya. Itqan fil amal ini, efisiensi dalam kerja juga adalah satu tuntutan dalam agama, kebersihan, tatakelola yang baik itu juga adalah tuntutan agama.
- Saudara lihat bila Yang di-Pertua sebut lulus 3 hari dan kepada EXCO maknanya apa, dia tidak ada komisien, dia tidak tetapkan SD Guthrie kena bayar kepada pegawai untuk buka fail, kalau tidak fail itu di bawah. Betul ke Nik ada bayaran? Tidak ada? Jika begitu, saya yakin tidak ada kerana dia tahu pemantauannya, dia tahu komitmennya, sebab itu dia boleh lakukan dengan cepat.
- Saya ingat projek perumahan dahulu apabila kita lewat untuk percepatkan mesti dibayar supaya fail itu naik ke atas. Hal-hal ini semua yang menjahanamkan banyak negara jadi sebab itu saudara jangan terasa bosan apabila kita terus bicara soal tatakelola. Kita lihat umpamanya, Kastam setiap bulan menyelamatkan negara ratusan juta, semalam Ketua Pengarah Kastam, seorang wanita yang gagah dia beri laporan kepada saya kebocoran-kebocoran yang dapat diselamatkan tetapi saudara kena tahu bahawa hal ini berlaku puluhan tahun tidak dipedulikan.
- Maknanya kita kehilangan bilion ringgit dan ini ada dalam rekod, diberikan rekod, keterangan bagaimana kebocoran berlaku, bagaimana boleh umpamanya satu kontena dadah dikeluarkan daripada Pelabuhan Klang tidak ketahui kesan sehingga ditangkap di Australia sebabnya yang jaga scanning machine dan yang memberikan kelulusan selepas itu dia tetapkan waktu yang tertentu. Sebagai contoh, jam 4 scanning machine itu dikendalikan oleh seorang pegawai, CCTV dikawal seorang pegawai dan syarikat itu masuk pada ketika itu. Kosnya, 1.2 bilion yang diseludup keluar negara, imej negara jatuh, tetapi rupanya ini telah dilakukan belasan tahun.
- Maka sebab itu ada langkah-langkah berani yang patut dibuat, ditetapkan sekarang dan Dato Seri Shamsul Azri, KSN yang baharu katakan tidak diizinkan mana-mana pegawai kekal di satu tempat, di satu jawatan lebih daripada 3 atau 7 tahun bagi mengelakkan daripada ini terus berlalu.
- Jadi sauadara-saudara bila ada kes-kes sebegitu dia tidak memberikan gambaran keseluruhannya, tetapi kelompok kecil itu jika diizinkan akan merosakkan bukan sahaja imej tetapi merugikan negara. Sebab itu bila saya lihat umpamanya projek KIGIP berjalan dengan kesan yang sangat menggembirakan saya. Saya lihat umpamanya di Kerian, siapa nak sangka Kerian kalau kami dari Bukit Mertajam, lahir Sungai Bakap, Kerian ini ulu sedikit tetapi sekarang tidak.
- Sekarang dengan projek ini, daerah Kerian akan muncul sebagai daerah utama dari sudut industri dan teknologi hijau di rantau ini dan saya percaya Kerian akan memberi manfaat kepada rakyatnya. Sebab itu saya minta supaya soal ekosistem, supply chain disediakan segera supaya rakyat Kerian itu tidak terpinggir. Apa guna kita bangunkan tetapi rakyat sendiri terpinggir, tersingkir dari arus perdana.
- Maka, anak-anak muda, anak-anak sejak dari sekolah dan pusat latihan Kerian dari sekarang harus diberikan peluang dan ruang serta keutamaan untuk diberikan latihan untuk masuk bekerja di KIGIP ini. Dan ini adalah tanggungjawab SD Guthrie dan PNB untuk menyelaraskan.
- Saudara-saudara saya cukup gembira hari ini kerana Kerian memang saya pilih, kemudian baru saya telefon mohon izin Menteri Besar dan saya umumkan dengan segera dan maklumkan kepada Jemaah Menteri. Masa itu tidak dikesan apa rancangan, makna saya pilih kawasan-kawasan yang relatif miskin di Pantai Barat, dan kawasan ini kebetulan memudahkan kalau kita bawa perubahan. Tetapi saya tidak mahu rakyat tempatan terpinggir, bila kita rancangkan, saya mahu penduduk Kerian untuk peroleh manfaat dan tidak terpinggir atau tersisih daripada arus pembangunan di Kerian.
- Saudara-saudara, kita mohon doakan ke hadrat Allah S.W.T, mudah-mudahan program ini dapat dilancar dengan kadar yang lebih pantas dan beroleh manfaat kepada negara dan rakyat. Saya mahu projek ini dijadikan satu fokus untuk dibangunkan dan saya mohon semua pihak mewakili masyarat dari imam ke ketua kampungnya, ketua-ketua parti untuk memberikan fokus. Ini kesempatan kita membangun. Janganlah timbul apa-apa masalah untuk timbulkan apa-apa ketegangan. Jika ada masalah tolong bawa ke pengetahuan syarikat, atau Pejabat Daerah, atau Majlis Perbandaran atau Kerajaan Negeri.
- Kerana kita mahu projek ini dijalankan sebagai satu contoh di mana syarikat utama Bumiputera boleh kendalikan dengan sebaiknya dan tentunya melibatkan penyertaan bukan bumiputera. Tetapi ini satu-satunya projek yang raksaksa, high-tech, green yang dikendali oleh syarikat bawah payung PNB dan ini bagi saya adalah satu perubahan yang bermakna bagi masyarakat Bumiputera dan negara yang tercinta.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
MAJLIS PERASMIAN DAN PECAH TANAH
RESIDENSI SURIA MADANI TAMAN DESA
29 OGOS 2024 (KHAMIS) | 10.30 PAGI
RESIDENSI SURIA MADANI TAMAN DESA,
KUALA LUMPUR
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI
YB Tuan Nga Kor Ming;
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
YB Dr. Zaliha Binti Mustafa;
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)
YBhg Dato’ Seri TPr. Dr. Maimunah Mohd Sharif;
Datuk Bandar Kuala Lumpur
YBhg Admiral (R) Tan Sri Dato’ Seri Panglima Abu Bakar Bin Abdul Jamal;
YBhg Tan Sri Dato’ Sri Leong Hoy Kum;
Pengasas/Pengarah Kumpulan Mah Sing Group Berhad
YBhg Dato’ Voon Tin Yow;
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mah Sing Group Berhad.
YBhg. Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar,
Ketua Setiausaha Negara;
KSU-KSU yang hadir;
Keluarga Mah Sing yang hadir; dan
Tetamu-tetamu kehormat, rakan-rakan yang saya muliakan.
- Hari ini kita saksikan mana-mana pembangunan kota tidak hanya ditandai dengan mercu tanda yang hebat, bangunan-bangunan yang mencakar langit dan memukau keindahannya, tetapi juga keselesaan kepada rakyat. Ini cabaran kita.
- Dalam konsep MADANI ini ada prinsip Ehsan, bagaimana boleh kita bangga dengan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur yang ada bangunan-bangunan pencakar langit tetapi tidak dapat menyantuni rakyatnya. Rakyat di sini maknanya perumahan mereka, warung dan gerai mereka, dan ini adalah cabaran kita. Tentunya bagi peniaga, pengusaha menghadapi cabaran kerana tarikan untuk membangunkan kawasan-kawasan yang mahal akan memperolehi keuntungan yang lebih. Sebab itu mana-mana Kerajaan atau penguasa perlu menentukan ada konsep pembangunan yang beri perhatian kepada majoriti rakyat.
- Majoriti rakyat di Kuala Lumpur ini rakyat M40 dan B40, iaitu golongan yang agak relatif miskin tetapi menyantuni mereka itu menjadi kesukaran, sebab itu saya tetapkan dasar yang jelas. Ada kawasan-kawasan mewah yang hendak dibangunkan jangan kita halang, ia boleh dibangunkan, ia tidak menjadi masalah. Saya tidak anjurkan perseteruan dengan mana-mana pihak. Sebab itu, adakan rumah, kondo harga RM10 juta, RM20 juta itu soal mereka jangan ganggu tetapi jangan sekali-kali abaikan kepentingan majoriti rakyat. Sebab itu kita tekankan tentang rumah MADANI dan projek-projek hari ini dan beri tumpuan dan perhatian.
- Dato’ Sri Leong sebut, saya tanya berapa lama dapat kelulusan? Ini rekod dalam sejarah Wilayah Persekutuan dan Bandar Raya belum ada kelulusan yang diberikan lengkap 45 hari. Saya ucap tahniah!. So what is the message? It can be done. The developer has the resposibility to make sure that all the requirements are made, the officers responsible have to ensure that you don’t waste time questioning and ask for commisions, allowance and subsidy, just do your job.
- Dan saya hendak YB Dr Zaliha, Datuk Bandar, saya nak senaraikan, sebagai contoh, tanggungjawab syarikat menyediakan dengan lengkap secara profesional, bentangkan permohonan dari segi kejuruteraan, dari segi kos dan semuanya lengkap disampaikan kepada Jabatan dan kita hendak pastikan Jabatan lengkap dan luluskan dengan kadar yang cepat. Dan tidak ada masalah melengahkan, jangan jika ada bayaran sahaja dipercepatkan kalau tidak fail diletak di bawah. Hal-hal ini mesti dihentikan. Saya hendak Bandar Raya menjadi contoh, bandar terhebat di Malaysia patut jadi contoh paling effisien, paling berkesan dan paling bersih di Malaysia.
- Seperti mana saya sebut boleh dilakukan kerana ini menyentuh rakyat yang tunggu berpuluh tahun. Kalau ditanya sebahagian yang hadir di belakang, ada yang tunggu rumah 10 tahun, ada yang 15 tahun, 20 tahun menunggu untuk dapatkan rumah yang dianggap mampu dibeli. Rumah banyak tapi dia tidak mampu, ini sekitar 250 ribu ringgit dan kita harus cari jalan bagaimana untuk bantu supaya mempercepatkan proses kerana kalau dilengahkan kelulusan akan ada boarding cost, bayaran maknanya kos rumah itu ditinggikan, dan kalau ada komisen lagi, ditinggikan, syarikat tidak mahu rugi, syarikat tentu nak catat keuntungan walaupun tidak banyak, jadi kos rasuah, boarding cost dengan bank semua itu akhirnya terbeban kepada pembeli, negara tidak boleh maju kalau macam ini dan rakyat tidak akan terbela, tidak usah cakaplah kita silih berganti Kerajaan, dan kita tahu sejarah Kuala Lumpur begitulah keadaannya. Sebab itu saya katakan mesti lakukan anjakan, mesti lakukan sekarang.
- Syukur alhamdulillah, semua petanda-petanda awal baik untuk Malaysia, pertumbuhan baik, pelaburan baik, hubungan antarabangsa kian baik, inflasi rendah, jumlah pekerja bertambah, gaji penjawat awam naik 1 Disember, alhamdulillah. Dan bila keuntungan Kumpulan Mah Sing lebih, dia beritahu saya elaun pun akan ditambah sedikit lagi (gurauan kepada Syarikat Mah Sing).
- Saya mahu rekod, bila dibentangkan laporan dan usul kepada Dewan Bandar Raya, bila mesyuarat pertama diadakan, berapa puluh Jabatan yang perlu teliti, berapa cepat kelulusan diberikan dan ini akan terpakai kepada seluruh projek akan datang. Kalau tidak memenuhi syarat laporan teknikal dan sebagainya ada alasan untuk ditangguhkan, tetapi penangguhan itu mesti ada ketetapan masa, contohnya dua minggu lagi. Kalau tidak ada alasan tidak ada sebab untuk dilewatkan terutama projek-projek rakyat.
- Saya bangga kerana baru-baru ini kita lihat kemajuan dari segi gerai dan warung kerana majoriti rakyat ke gerai dan warung, maknanya projek perumahan kita mesti menyediakan kemudahan rumah yang selesa, dan saya ucap tahniah kalau syarat yang ditetapkan oleh Kor Ming dan KPKT itu 750 sq ft itu dianggap baik tetapi yang di sini 800 sq ft. Dan kita akan lihat pelan yang minima 3 bilik, 2 bilik air, yang penting adalah furnishing rumah itu, sebab ada yang buat cincai-cincai. Saya lihat dahulu bila kita buat perumahan, saya pergi check di Gombak, di Ampang, rumah kadang-kadang ada masalah, sebab itu pemantauan oleh Bandar Raya dan jabatan-jabatan berkenaan harus terus agar hasilnya itu baik, itu perkara pertama.
- Kedua, konsep rumah itu harus berbeda, walaupun rumah orang yang berpendapatan rendah yang dikatakan rumah murah, rumah sederhana, mesti diberikan sedikit keselesaan, mesti ada taman dan padang permainan kalau tidak besar, kecil, kerana tempat hidup keluarga dan anak-anak, mana mungkin duduk di rumah pangsa, turun nak bermain hanya di tepi jalan. Ada sedikit kawasan hijau, ada dewan, ada musolla dan bagi kawasan luas mesti ada masjid atau rumah ibadat, ini semua kita tetapkan sebagai syarat-syarat yang harus dipatuhi dan tempat perniagaaan kecil yang murah yang boleh disediakan, kerana di mana mereka akan pergi kalau umpamanya Taman Desa, mestilah disediakan tempat-tempat perniagaan yang lebih sederhana dan kecil yang bersih, ada air, ada bekalan elektirk yang orang boleh berniaga, dan yang berpendapatan rendah boleh ke situ.
- Saudara-saudari, politik baik, pemerintahan baik, orang boleh cakap dan janjitetapi ukurannya adalah pada pelaksanaan, sebab itu saya beritahu Tan Sri untuk Suria MADANI ini kalau boleh kita jadikan satu contoh, dari segi kelulusannya yang cepat, keselesaannya begini, kemudahan-kemudahannya ada, jadi dua perkara ini telah kita teliti.
- Yang ketiga, saya hendak jawab masalah, setiap kali kita bicara perumahan rakyat ada sahaja bantahan termasuk Taman Desa ini, katanya ganggu, macam mana dari segi kebersihan, kita bagi jaminan, kita jaga kebersihan, kita jaga keselesaan supaya tiada ganggu, tetapi rakan-rakan yang pendapatan agak tinggi tolong fikir, apabila buat rumah dulu, tanah siapa? Tanah-tanah orang kampung yang diambil murah semasa itu, 40-50 tahun dulu, kemudian orang-orang yang miskin berpendapatan rendah ini hendak duduk di mana? Yang baik-baik diambil oleh golongan kaya, saya bukan hendak bawa perseteruan yang kaya dengan yang miskin tetapi saya mahu mengajak rakyat semua bersatu dengan semangat merdeka.
- Tetapi bagaimana hendak bersatu jika kita pinggirkan satu bahagian. Yang kaya boleh pergi restoran lima bintang, yang miskin gerainya nak robek bumbungnya jadi harus ada sedikit faham kemanusiaan (manusiawi), Siapa yang hendak baiki elektrik atau aircond yang rosak? Siapa yang hendak cater makanan, nak hantar? Siapa nak jadi pemandu grab? Bukan golongan kaya, mereka ini tinggal di mana? Nak suruh tinggal di Hutang Melintang, ini sebabnya mengapa saya kata kawan-kawan saya yang bangkitkan isu ini biar ada sedikit perasaan bagaimana untuk kita lakukan, kalau bagi pihak Kerajaan, apa yang perlu dilakukan, apakah kita boleh ketepikan. Sebab itu kalau fikir soal COVID-19 dahulu, bila bagi elaun, kita fikir specialist, yes technician, yes, pharmacists, yes, nurses, yes, tapi kadang2 kita lupa tukang cuci di hospital itu, jadi apakah mereka tiada pengorbanan atau tiada servis yang mereka buat, apakah kita hendak bagi mereka elaun RM1000 ringgit? tidak, kalau kita bagi yang atas RM1000 takkan RM 00 kita tidak boleh bagi mereka, that’s all we asking for.
- Saya hendak Malaysia ini kita rasa bangga, kita cater supaya ada semangat ini. Saya hadapi, bila saya dengar masalah-masalah ini ada perasaan dari sebahagian daripada penduduk kita termasuk penjawat awam, pegawai-pegawai Kerajaan dari peringkat rendah dia rasa terpinggir sedikit. Jadi oleh itu, saya nak pesan kepada rakan-rakan di Kuala Lumpur termasuk developer (Mah Sing) yang telah berjaya dan mencatat nama tebaik sebagai good developer, ia ada satu-dua projek yang boleh dijadikan showcase, this is the company which care and want to ensure development that can cater for all Malaysians, for all categories. Ini yang saya nak dan sebab itu saya ucap tahniah, saya nak tengok projek ini dan saya sudah beritahu Dr Zaliha supaya bagi saya progres, I want to see anything goes wrong i will give you a call.
- Saya yakin dengan prestasi yang ada, ada kapasiti yang boleh buat, saya mahu jadikan ini sebagai contoh. Walaupun ada masalah, walaupun tidak bising sangat namun ada sedikit bantahan terutama dari kawasan perumahan dari sebelah sana yang agak tinggi, jadi tiba2 kita ada projek ini. Sebab itu, projek ini mesti dijaga dengan kawasan yang bersih, diurus dengan baik, dan kemudian bila sudah siap, persatuan penduduk mesti jaga supaya tidak menjadi masalah kepada kawasan, itu penting, tanggungjawab kita.
- Tetapi dari segi Kerajaan, saya tidak pedulikan bantahan-bantahan yang begini. Kalau tidak, mana mungkin kita dapat bangunkan kawasan perumahan rakyat. Kawasan perumahan rakyat tentunya, rationya, relatifnya lebih tinggi. Dan kawasannya yang kawasan relatif orang-orang miskin dengan pendapatan sederhana, jadi tentunya budaya berbeda sedikit, tetapi kita mestilah tolak ansur kerana tanggungjawab kita untuk menentukan perumahan ini lebih meluas.
- Semalam dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, saudara Nga Kor Ming ada kemukakan Projek Rumah MADANI ini yang lebih luas sekitar 750 sq ft tetapi yang boleh diperbanyakkan jumlahnya kerana tuntutan itu banyak sangat, di Kuala Lumpur yang tunggu puluh ribu queue untuk dapatkan rumah, jadi sebab itu saya bangga hari ini dan ingat tiga (3) perkara yang saya tekankan, iaitu dari segi sudut kecepatan projek, dari segi projek itu sendiri yang lebih selesa dan ketiganya untuk mengajak masyarkat agar faham bahawa tidak boleh kita bina kota yang memisahkan, dahulu saya tahu orang berbangga, Kuala Lumpur Twin Tower, ya tiada salahnya, kalau ada wang buat, tetapi bagaimana puluhan ribu yang tunggu tiada rumah, bagaimana dengan kawasan yang sesak, bagaimana bangunan seperti Perumahan Seri Perlis yang dibangunkan lebih 50 tahun yang lalu hanya satu (1) bilik? Satu bilik, satu tandas dan anak 6, jadi 10/11 orang tinggal dalam seluruh rumah, 50 tahun dulu. Bolehkah kita biar begitu?
- Jadi, itu hal-hal yang perlu kita teliti, bagi saya nak tahu hebat atau tidak kota, itu dari segi keupayaan kita menyantuni dan menjaga kepentingan rakyat keseluruhannya. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Dewan Bandaraya, Jabatan Wilayah, KPKT dan khususnya Mah Sing dan keluarga (Group) yang telah menunjukkan kecepatan (efficiency) dan kesungguhan mereka untuk membantu Kerajaan dan rakyat, menunjukkan satu contoh pembangunan dengan kos yang lebih terkawal dan dengan hasrat menyiapkan dalam masa secepat mungkin, dia kata 48 bulan untuk siap, maksimum, saya kata I think we can cut short sikit as long as you ensure a good quality, do it faster, because I want this to be a good showcase, not only for Kuala Lumpur but also for the nation.
- Jadi sekali lagi saya ucap terima kasih, moga-moga Allah merestui usaha kita bersama.
Wasalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
UCAPTAMA DAN PERASMIAN MUKTAMAR MASJID SE-MALAYSIA UNTUK AL-AQSA DAN PALESTIN
BERSEMPENA SAMBUTAN HARI MASJID SEDUNIA 2024
25 SEPTEMBER 2024 (AHAD) | 9.00 PAGI
DEWAN SEMINAR, MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
YB Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im bin Hj Mokhtar,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama);
YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan,
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama);
Yang saya muliakan Ustaz Ahmad Awang;
Cikgu Azmi;
Para Duta;
Keluarga JAKIM yang saya muliakan, saudara saudari yang dikasihi sekalian.
- Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat bersama-sama dalam majlis untuk meningkatkan kefahaman, kesedaran dan komitmen kita menjurus dan amal bukan sahaja untuk mengimarahkan masjid tetapi juga untuk berusaha, berdoa ke arah pembebasan Masjid Al-Aqsa.
- Pemusnahan masjid itu berlaku pada tahun 1948, berterusan tanpa henti sehingga pada tahun 1969 cubaan masuk ke Masjid Al-Aqsa dan kini memusnahkan bangunan, manusia, anak-anak dan wanita. Kita harus berusaha untuk sedaya upaya kita, bukan sahaja membetulkan naratif ini tetapi memberi kesedaran kepada masyarakat dan rakyat Malaysia keseluruhannya.
- Rundingan terus dibuat, Sheikh Ahmad dan rakan-rakan akan terus menghubungi Presiden Iran. Saya sejurus petang tersebut menghubungi wakil ketua Hamas, tetapi tidak dapat menghubunginya kerana beliau berada di Gaza. Berbicara dengan beliau tentang perkembangan terakhir. Saya juga menghubungi Presiden Iran untuk mendapatkan pendirian dan perkembangan. Tentunya kita faham kesukaran kerana semua rundingan ini hanya menjadi alasan untuk Rejim Zionis Israel meneruskan serangan. Jadi sebab itu saya katakan bahawa dunia Barat tidak perlu mengajar kita bicara tentang demokrasi, hak asasi atau kemampanan pembangunan.
- Saya dengar juga Sahibus Samahah Mufti Perlis menjelaskan hal-hal sedemikian, bagi kita yang membina kekuatan dalaman kita mengajar erti perpaduan, komitmen, iltizam dalam perjuangan, dan membina kekuatan kita. Sebab itu saya masih ingat lagi Perhimpunan Sunnah di Kangar beberapa bulan yang lalu, saya mulakan dengan pengajaran dari pengalaman tokoh negarawan hebat dunia Islam, Salahuddin Al-Ayyubi, ini yang kita harus prihatinkan, membina kekuatan dalaman, pencerahan dan kefahaman tentang Islam, kebijaksanaan memupuk semangat perpaduan dan ukhuwah, membenarkan perbedaan-perbedaan kecil, dan meluruskan prinsip asas kita, iaitu membina kekuatan akidah, akhlak dalam peribadi masyakarat dan negara. Oleh sebab itu kita rangkakan konsep dan falsafah negara MADANI kerana memasukkan apa yang kita anggap tempang dalam pemahaman kita tentang pembangunan, iaitu soal nilai, soal akhlak, soal manusia, soal karamah insaniah, itu yang kita pentingkan.
- Kerana dengan kekuatan dan itu sahaja yang kita boleh bantu. Mengambil sikap dan pendirian yang konsisten. Pengalaman kita dari merdeka memang pendirian kita menyokong penjuangan rakyat Palestin. For the benefits of our Foreign Delegates, may I cert a view which have remain consistent. Malaysian Government from independence 1957 have consistently supported the Palestinian, the legitimate aspiration of the Palestinian People without doubt. What is lacking of coherent and consistency, and times pragmatic, practical considerations and the fear of superpower pressure. Let’s us to compromisal of some decisions. That precise the reason why we continued to engaged and take this is right, until the present government stop civilizing from our boards. A lesson has to be learnt. The struggle against injustice in humanity aggressions colonialism must be consistent well understood, not a political gimmic. Played around in terms of political aspirations but not consistent in terms the action. Off course questions and critism has been raised, why we still engaged or trade with companies that have some interest with Israel? I make no apologise as I alerted our friends in Palestine, in the Arab world, Iran, that trade and investment must continue in order to strengthen our economic fundamental and to strengthen our capacity to struggle for complete independent, economic independent although it is causing independent. Then we can only be raised or standard of living, our capacity to be effective in the international community.
- Saya sebut perkara ini tentang secara tuntas, kita kadang-kadang terbuai dengan slogan yang lunak, gunakan isu Palestin dan Gaza ini sebagai sepak terajang politik. Saya nak sebutkan di sini bahawa tidak mungkin begitu. Nyawa terkorban, kemusnahan berlaku saban hari tidak mungkin kita izinkan orang yang ada hati nurani menjadikan isu ini sebagai sepak terajang permainan politik. Ia harus tuntas lakukan sedaya upaya menyelamatkan negara kita. Kerana orang-orang yang paling kuat menjerit menentang kezaliman Israel masih mengizinkan perdagangan langsung dengan syarikat Israel seperti yang berlaku dalam negara kita. Sebab itu di bawah Kerajaan MADANI, dibawa dalam Jemaah Menteri keputusan ini dan sebulat suara Jemaah Menteri bersetuju menghentikan segala bentuk perdagangan langsung.
- Kemudian, orang-orang yang terlibat dalam mengizinkan perdagangan langsung dengan Israel itu mencerca kita kerana ada hubungan dengan beberapa Syarikat yang ada hubungan dengan Israel. Saya tidak menafikan dan saya menyatakan kalau kita mahu bangkit menurut pengalaman Salahuddin Al-Ayyubi sebagai negara yang kuat kita harus guna kebijaksanaan. Tahu kekuatan kita, had kita, gunakan kekuatan itu membangunkan kekuatan dalaman dan tidak hanya menentang semberono sehingga melemahkan sendi anggota kita.
- Orang-orang yang menegur kita dalam soal perdagangan dengan mana-mana syarikat harus menjawab mengapa pada ketika mereka terlibat dalam kekuasaan mengizinkan perdagangan terus dengan Zionis, syarikat-syarikat Israel, itu saya rasa isu pokok yang harus di jawab. Saudara-saudara, saya tidak mahu menggunakan ruang ini untuk hanya untuk menjelaskan perkara-perkara sedemikian, tetapi kita harus menekan.
- Saya sebagai Perdana Menteri, saya tahu risikonya, saya tahu faktor keselamatan, baik peribadi atau negara. Tapi berilah ruang kepada kita untuk mengatur langkah sedaya upaya dengan bijaksana, dengan harapan insya-Allah selamat dan tidak mengorbankan kepentingan negara. Sebab itu saya katakan bukan sahaja di dunia Arab baik di Jepun, negara China di depan Presiden Li Xiang, ataupun Kishida Perdana Menteri Jepun dan baru-baru ini di India dengan Narendra Modi, soal ini kita suarakan dengan jelas.
- Saudara saudari sebab itu saya katakan isu ini memang terlalu kompleks kita tidak hanya berdepan dengan Israel tetapi dengan apa yang saya sebut kemunafikan sistem dan tantangan dunia ini. I repeated asserted the issue of Palestine, is not just affecting Palestinian or Arabs but the entire international order, that failed in dealing with the situation. And this is hipocritical even comparison to the war between Russian and Ukraine, you can see the united front between the Europe and United States in deliver with these issues, talking with atrocity and genocide, and others silence abundantment or morale ethical principle what the same time hatering and preaching about democracy and human right.
- Saudara-saudara semua tahu itu, apa yang saya sebut, ini bukan perkara baru, tetapi ia harus bukan sahaja mencuit perasaan kita tetapi meluruskan minda dan strategi pemikiran kita. Walaupun negara-negara termasuk Amerika Syarikat, mahupun Jerman baru-baru ini membuat pelaburan, tetapi kita masih memilih untuk mengekalkan hubungan diplomatik, meneruskan hubungan dagang dan pelaburan dan menggunakan ruang itu membicara dengan terang dan ikhlas, itu beda, tidak melutut pada mereka.
- Syukur alhamdulillah setakat ini kita belum melihat dampak yang negatif kerana mereka tahu kejujuran dan keikhlasan kita sama ada depan Presiden Biden, Olaf Scholz atau Kishida atau mana-mana pimpinan yang lain. Setakat ini alhamdulillah dengan mencatat pertumbuhan ekonomi yang melegakan 5.9%, ringgit bertambah kuat, pelaburan yang meningkat dan paling akhir syarikat dari Amerika, Amazon Web Services dengan pelaburan yang sangat tinggi, dan ini menunjukkan bahawa kita sementara terus dengan pendirian kita tidak mengambil sikap yang akan meruntuhkan kekuatan dalaman kita. Mudah-mudahan dapat kita pertahankan.
- Saudara-saudari, apa yang dibacakan oleh Ustaz Awang tadi dan saya ulangi ayat tentang masjid, kita bicara tentang mengimarahkan masjid tetapi kita berdepan dengan tindakan merobohkan masjid. Tuntutan kepada umat Islam itu adalah Innamaa ya’muru masaa jidal laahi (Surat At-Taubah:18) – membina masjid. Membina masjid itu sebagai asas, untuk man aamana billaahi wal Yawmil Aakhiri wa aqaamas Salaata wa aataz Zakaat. Saya masih ingat kupasan Syeikh Yusuf al-Qaradawi tentang hubungkait Syeikh Yusuf al-Qaradawi masjid, beriman kepada Allah dan membayar zakat, tanggungjawab kepada Allah dan tanggungjawab kemanusiaan benteng pertahanan umat terutama golongan Al Fuqara’ and Al Masakeen, ia menyimpulkan satu penafsiran tentang Riddah zaman Abu Bakar As-Sidiq r.a., ini kita kupas dari sudut akidah, kita kupas dari segi keengganan membayar zakat tetapi dari segi tafsiran kupasan Syeikh Yusuf al-Qaradawi itu tentang betapa pentingnya peranan zakat itu dikaitkan dengan iman dan mendirikan masjid dan juga dikaitkan dengan institusi tunggak yang dipertahankan kerana satu kekuatan negara Islam itu tidak mungkin ampuh kalau tidak diperjuangkan dan dibela nasib golongan miskin (fuqara) dan di antara institusi utamanya adalah zakat.
- Jadi apabila membicarakan soal masjid ini adalah tentang ummah, soal keimanan mereka, soal solat, dan soal zakat mereka, kerana kekuatan ini menyebabkan tertanam dan terpahat di sanubari kita. Wa rabatnaa ‘alaa quloo bihim (Surah al-Kahfi:14), terpahat sepertimana dalam surah Al-Kahfi kekuatan sehingga tidak takut. Apakah mungkin kita bicara soal masjid yang disebut oleh Ustaz Ahmad Awang tadi meniupkan semangat baru, kesedaran baru, pencerahan yang boleh menjadikan majlis seperti ini meneguhkan iman, menyempurnakan ibadah asas dan jamaah, memperkuatkan institusi zakat dan menanam dalam sanubari setiap umat tidak akan gentar dan takut melainkan kepada Allah SWT untuk menambat keyakinan pada diri mereka.
- Bagi saya terutama kita di Malaysia, sementara berusaha untuk membantu dan paling akhir membawa pesakit anak2 Gaza dan Palestin melalui pesawat TUDM untuk mendapat rawatan di sini dan juga lain-lain usaha yang terus, saya berharap akan mendapat kerjasama dan dukungan daripada semua rakyat, walaupun ada usaha-usaha tambahan kita untuk memberi kefahaman kepada yang bukan Islam kerana ada suara-suara daripada golongan kecil umat dan yang bukan Islam yang merintih.
- Malam tadi di Kuching Sarawak, dalam acara sukan SUKMA, saya ingin sekali menjawab telahan yang dilontarkan oleh seorang sarjana yang bukan dari kelompok pemerintah, yang kononnya, ‘kalau bawa rakyat Palestin jangan jejak ke bumi Sarawak’. Itu pandangan yang paling biadap. Tidak tahu erti kemanusiaan. Sama ada anak Afrika, Afrika Selatan (Apartheid) atau Rwanda (masalah kaum) atau Palestin? kita suarakan. Sama ada dia anak Cina yang dipukul atau Melayu yang sengsara atau ibu India yang jatuh lubang baru-baru ini, itu semua menyentuh hati nurani dan perasaan kita dan cuba kita selesaikan. Di mana kemanusiaan ini? Jangan dibiarkan sentimen kaum dan wilayah menyebabkan sikap begini. Orang seumpama ini tidak layak menjadi seorang rakyat yang faham jiwa dan hati nurani manusia. Mujurlah suara ini suara kerdil, tetapi jangan kita izinkan berterusan, kerana akan membiak. Apa sahaja fahaman jumud dan melampau jangan dibiarkan kerana bibit-bibit itu jika diizinkan akan menjadi barah termasuk suara ini.
- Now, I’m reffering to some minority voices here and happen to be in Sarawak last night. He challenged the Malaysian authorities, why with public funds for the precedence cost for the seek Gaza. Don’t step one inch to my state in Sarawak. These are uncivilized, barbaric views who do not understand the meaning of humanity and justice. I’m here given a mandate to lead this country and I say every suffering and every single citizen in this country, muslim or Kristian, Hindu, Buddists, from Perlis to Sarawak is my concern as a human being. That why I make reference to the mother of Indian Lady who fell down and still unable to be found, we express our sympathy and we take all trouble, we started to find out from the family, express our condolences, that is what Islam is all about, its about compassion, its about Ehsan, about Rahmah. We must maintain as Muslim this view, and we here as Muslim, and Muslim are majority, we will struggle and defend the right of Muslim will defend the right of every single citizen of this country.
- Jadi saya harap semangat yang ada pada saudara-saudara itu membawa kepada semangat kesatuan. Perbedaan, Ud’u ilaa sabiili robbika bil hikmati wal mau’idhotil hasanati wajaadilhum bil latii hisa ahsan (Surah An-Nahl: 25), barulah kita bawa kemajuan kepada negara kita. Saudara-sauadara saya ucapkan terima kasih atas ikhtiar ini dan semalam DYMM Tunku Sultan Nazrin minta sampaikan salam dan memberikan semangat dan dorongan agar inisiatif dan ikhtiar ini diteruskan.
Terima kasih.
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
MAJLIS PENUTUPAN SUKMA 2024
24 OGOS 2024 (SABTU) | 8.30 MALAM
STADIUM NEGERI SARAWAK,
PETRAJAYA, SARAWAK
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolilah Kareem
Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Patinggi Haji Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Haji Abang Openg,
Premier Sarawak;
Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof,
Timbalan Perdana Menteri;
Yang Berhormat Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah,
Yang Dipertua Dewan Negara;
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin bin Shari,
Menteri Besar Selangor;
Yang Amat Berhormat Tuan Haji Mohd Shukri bin Ramli,
Menteri Besar Perlis;
Timbalan-Timbalan Premier;
Menteri-Menteri Persekutuan dan negeri; dan
Terutamanya dua (2) Menteri yang bertanggungjawab, iaitu YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan serta YB Dato’ Sri Hj Abd Karim Rahman Hamzah, Menteri Belia dan Sukan Sarawak, terima kasih.
- Malam ini kita bersyukur kepada Allah SWT kerana suasana kelihatan lebih hebat dari perasmian, saya di New Delhi lihat perasmian yang cukup hebat. Ada yang mencatat boleh menandingi perasmian Sukan Olimpik Paris. Hebat Sarawak ini. Ini baru semangat Segulai Sejalai, Agi Idup, Agi Ngelaban!.
- Kalau semangat begini saya ucap tahniah! Persaingan yang sangat sengit dengan Wilayah Persekutuan saat akhir Sarawak catat kontinjen yang terbaik diikuti oleh Wilayah Persekutuan, tahniah!
- Dalam ruang ini kita bertemu sebagai pasukan dengan semangat sukan, semangat olahraga dan atlet bersaing dengan hebat, bersahabat dengan akrab dan ini saya saksikan tadi bersama Premier Abang Jo, setiap kontinjen beri tepukan yang gemuruh, inilah semangat kesukanan yang sangat hebat. Ini yang kita hendak pupuk semangat perpaduan dan persaingan hebat di kalangan sahabat semua agar terus akrab.
- Kadang-kadang kita dengar di antara negeri, jabatan, wilayah, pasukan-pasukan universiti atau sekolah itu kadang-kadang persaingan terlalu sengit. Padahal semangat sukan ini yang disebut sportsmanship, semangat kesukanan, kekal kasih sayang sebagaimana ‘ihsan’ dalam negara MADANI.
- Di sini saya ucap tahniah kerana anak-anak Sarawak dan rakan-rakan dalam kontinjen dari semua negeri yang telah menunjukkan semangat perpaduan yang sangat tinggi. Kerana semangat inilah malah saya dimaklum bahawa prestasinya meningkat baik. Kita lihat kesungguhan pasukan kita bertarung sehingga ke Olimpik, ya ada yang catat kemenangan, ada yang kurang menang. Bukan kalah tapi kurang menang.
- Tetapi semangat cintakan negara, tunjukkan keupayaan luar biasa ini adalah semangat yang patut kita semua rasa bangga dan salute kepada pasukan kita. Baik Olimpik mahupun SUKMA, saudara-saudari anak-anak telah catat rekod baru, 7 rekod kebangsaan dipecahkan. 21 rekod SUKMA sebelumnya telah dipecahkan, luar biasa semangat anak-anak semua.
- Jadi oleh kerana ini dan dengan keupayaan Sarawak menganjur sukan di antara yang terbaik yang pernah kita adakan. Saya bagi pihak Kerajaan Malaysia bersetuju untuk Sarawak bersama dengan Kerajaan Malaysia menganjurkan Sukan SEA 2027.
- Saya bisik kepada Datuk Seri Fadillah, TPM tadi bersama-sama Datuk Alex Linggi, dan Hannah, tentunya nanti dalam Mesyuarat Kabinet Rabu hadapan ini kita akan sahkan.
- Kerana ada keupayaan, prasarananya baik dan pasukan yang baik, Menteri Datuk Karim Hamzah dengan seluruh pasukan yang menunjukkan persiapan, kesungguhan dan komitmen luar biasa. Jadi, apalah susahnya untuk SEA Games. Saudara-saudari mampu laksanakan dengan baik, insya-Allah.
- Dua (2) tahun lagi kita akan bertemu di Selangor untuk Sukan SUKMA 2026. Sama ada sarawak dapat pertahankan prestasi ini atau tidak kita lihat 2026 nanti.
- Apakah yang kita harus lakukan sebelum SUKMA 2026 dan Sukan SEA yang akan datang? Tentunya kita harus mulakan persiapan dari sekarang. Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Belia dan Sukan, Kerajaan-Kerajaan Negeri dan badan-badan sukan akan diminta untuk melakukan semua persiapan. Persatuan-persatuan sukan patut digerakkan untuk tumpu meningkatkan mutu dan prestasi para atlet, olahragawan dan tidak diheret dalam masalah-masalah titik bengik yang lain.
- Terkadang berita-berita tentang persatuan sukan juga membimbang dan menggusarkan. Oleh itu, saya ingin menggesa kerana kita telah bersetuju untuk menganjurkan sukan peringkat antarabangsa dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak di Kuching ini. Maka persiapan harus dimulakan mulai sekarang. Persiapan itu melibatkan seluruh jentera kerajaan dan juga persatuan-persatuan dan lebih-lebih lagi anak-anak yang terlibat harus berlatih dari sekarang kerana kita mahu menjadi kalau pun tidak juara, prestasi yang sangat baik dalam Sukan SEA tahun 2027, boleh? Agi Idup, Agi Ngelaban!. Saya ikut semangat Premier tadi.
- Baik dari segi Kerajaan tentunya kita bersyukur kepada Allah SWT. Bila Kerajaan Perpaduan MADANI ini mula ditubuhkan, kita menghadapi banyak kekangan, hutangnya terlalu besar, ekonominya itu terumbang ambing, ringgit diasak teruk, tapi saya bersyukur kepada Allah SWT kerana kekuatan semangat semua pihak, kerjasama pasukan Jemaah Menterinya, kerjasama dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri, dan jentera penjawat awam yang begitu komited, maka sekarang kita saksikan jumlah pelaburan yang sangat tinggi dan saya baru bisik tadi Amazon Web Services (AWS) itu menetapkan pelaburan yang tertinggi, mencecah lebih RM25 bilion.
- Dan kita lihat keupayaan-keupayaan bukan sahaja pusat-pusat industri dan pelaburan, zon ekonomi yang biasa di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor. Sekarang kita lihat umpamanya kemunculan Sarawak sebagai gergasi ekonomi yang meyakinkan. Dengan kemudahan ini kita boleh tumpu dalam semua bidang. Dalam negara MADANI ini ekonomi diletakkan sebagai keutamaan, tetapi kita mesti memperkasakan rakyat dalam bidang budaya, dan dalam bidang sukan, namun yang merentas ini semua adalah semangat perpaduan dan nilai yang baik.
- Apa erti negeri maju, sukan cemerlang, tapi nilai dan akhlak buruk dan rendah. Sebab itu dalam negara kita dan kepada anak-anak yang giat dalam sukan, jangan lupa ada tanggungjawab kita, kita belajar disiplin dalam olahraga atau dalam sukan, kita belajar kesungguhan dan dedikasi, memupuk semangat seumpama dalam hidup barulah kita jadi manusia yang baik.
- Jadi dengan semangat ini saya doakan kepada Allah SWT mudah-mudahan tingkat negara kita dari segi ekonomi, dari segi budaya, sukan, olahraga akan terus meningkat. Saya ucap sekali lagi setinggi-tinggi penghargaan kepada para guru, pendidik, pelatih dan seluruh jentera yang telah bekerja bertungkus lumus menjayakan SUKMA ke-21 pada tahun 2024 di negeri Sarawak Bumi Kenyalang.
Assalamualaikum, warahmatuhallahi wabarakatuh.
SPEECH BY
THE PRIME MINISTER OF MALAYSIA
YAB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
THE EDGE BILLION RINGGIT CLUB 2024, CORPORATE AWARDS & GALA DINNER
23RD AUGUST 2024 (FRIDAY) | 8.30 PM
GRAND BALLROOM, ST REGIS
KUALA LUMPUR
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam Sejahtera
Salam Malaysia MADANI
And a very good evening to
Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Tong Kooi Ong,
Chairman of The Edge Media Group;
Yang Berbahagia Dato’ Ho Kay Tat,
Publisher and Group CEO of The Edge Media Group;
Distinguished Guests;
Members of The Edge Billion Ringgit Club.
Ladies and Gentlemen,
- I would like to thank Tan Sri Tong and The Edge for inviting me to grace this evening’s dinner where we celebrate the success of the biggest and best performing companies on Bursa Malaysia.
- Congratulations to all of you here tonight.
- Being the best performing companies in your respective fields, you are the role models of Corporate Malaysia. Your success not only inspires other industry players to do better but it also helps nation building as more tax income flows to the Government to fund development for the people and more job opportunities are created for fellow Malaysians.
- There are many things that this unity Government wishes to achieve in raising Malaysia’s overall economic competitiveness but managing our fiscal balance is an uphill challenge, mainly due to the inherited heavy debt burden which limits our ability to invest and spend more.
- Hence, as successful private sector players, you have a pivotal role to play in driving sustainable economic growth. Your contribution goes beyond financing and investment. Equally important are the areas of innovation, governance, social responsibility, technological input, and in creating and sustaining higher wage job opportunities for young Malaysians.
- I hope you can lead the way, be bolder and more innovative, whether in terms of penetrating new markets, investing in R&D, attracting talents or identifying new frontiers of growth. The more successful you are, the more resilient our economy will be.
- Leveraging on each other’s strengths in the public-private sector relationship, this Government is committed to play its part as an enabler while the private sector focuses on driving economic growth, investing and creating jobs.
- Considering the supply chain constraints faced by the world today, there is a need to establish greater economic integration with neighbouring countries. We need to nurture more highly competitive and resilient local companies to expand beyond our borders and penetrate regional markets.
- Next year Malaysia chairs ASEAN. It is yet another opportunity for us to promote ASEAN, the consolidated market size and strength, as a core center for global investments and trade, as an integral part of the global supply chain, and as a center for tourism and services – but that requires ASEAN to be better coordinated and to have progressive governance in order to capture this opportunity.
- The Government is looking at various ways including trade diplomacy and strategic arrangements to enhance bilateral and multilateral market integration and facilitate the movement of goods, capital, skilled workforce, and technology sharing with neighbouring countries. We will introduce relevant tax incentives to support and reward companies focusing on high impact activities.
- In addition, Malaysia’s application to BRICS will also allow our country to tap into new markets and increase trade and investment opportunities. BRICS offers substantial opportunities for Malaysian businesses given its diverse resource base. Increased market access to BRICS nations is likely to benefit businesses especially those in the palm oil, rubber and electronics sector where Malaysia holds a competitive advantage.
- The Government is prepared to review policies and regulations if the private sector can convince us that it will lead to greater investments and economic activities and create more paying jobs especially for young Malaysians.
- We are always willing to listen to the private sector and we invite you to engage with this Government more regularly. However, in presenting your ideas and proposals, you should also prioritise nation building, think of the Rakyat and how you can help them.
Ladies and Gentlemen,
- On Malaysia MADANI, let me reiterate that it focuses on solving problems, meeting the needs of the nation, creating a peaceful and prosperous future, and fulfilling the potential of the people and the country.
- The MADANI economy is a framework that revolves around economic sustainability and fiscal development. It supports the nation’s total aspirations not just in terms of economic revenue but also inclusive society and governance targets.
- The six pillars of MADANI namely sustainability, prosperity, innovation, respect, trust and compassion form the fundamental core values that guide our efforts. Our goals are clear; to improve the Rakyat’s standard of living and to regain our lead as a regional economic champion.
- While we know reforms are difficult and generally unpopular, we cannot hesitate in implementing reforms because there is a greater need to improve the fiscal position, reduce deficit and achieve long term sustainability for our Country. This includes expanding the revenue base, implementing targeted subsidies and eradicating systemic corruption and malpractice. We also need an efficient, intelligent and agile public service in realizing the country’s nation building agenda.
- I know everyone is impatient for change to happen for the better. I can assure you that I am equally impatient and if possible, I would want to implement the various reforms to the public service delivery system now so that processes can be simplified, expedited and be more transparent. Red tape leads to inefficiency, wastage of resources and increases the costs for businesses.
- While some reforms are simpler and easier to implement, others may require longer time, detailed consideration and planning prior to implementation. I seek your understanding and support as we work towards realizing these reforms.
- I am convinced, as we make further progress in the digitalization of the economy and in delivery of public services, you will see not just greater efficiency, more decisive and transparent public service, but also significantly reduced incidences and severity of public sector corruption, thus helping businesses perform better and more efficiently.
Ladies and Gentlemen,
- This Government takes the fight against corruption seriously. Corruption manifests in many ways – from petty bribes and kickbacks to grand theft of resources. It increases the cost of business and is detrimental to consumers because the cost will be passed on to them eventually.
- Corruption erodes trust, exacerbates inequality and hampers economic development. But more importantly, corruption is a disease that infests. It kills good businesses, discourages hardworking people and destroys ethics, values and culture. If there is a single factor that can help explain why some countries succeed but others fail, it is the degree of corruption. Corruption is not only bad for business and the economy, but it also destroys the very fabric of societies. Don’t forget even the great Roman Empire finally collapsed because corruption weakened its foundations.
- I appeal to Corporate Malaysia to help the Government in fighting corruption, both in the public and private sectors. This is one of the promises this Government made to the People and we will do our best to deliver on this promise.
Ladies and Gentlemen,
- As the saying goes, “with great power comes great responsibility.” I often remind myself that this responsibility is not a privilege and should not be taken lightly.
- The Unity Government is committed to fulfilling the Rakyat’s mandate to achieve economic prosperity and promote unity and harmony within the country. The nation must be brought back to its track to ensure the peace and well-being of our people is achieved. While this is not an easy task and we will need the continuous support and trust of fellow Malaysians, this unity Government will do what it can to deliver this mandate.
- The private sector can work hand in hand with us to turn things around for the benefit of our People and our future generations.
- It is time for us to set things right and ensure that every citizen in a multi-racial society like Malaysia can experience a dignified life in this country without feeling marginalized.
- In closing, let me once again congratulate the award winners tonight and I hope The Edge Billion Ringgit Club members will continue to grow and be more successful in the years to come, to bring greater benefits to the people and the nation.
Thank You.
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI MALAYSIA
SEMPENA
MAJLIS AMANAT YAB PERDANA MENTERI
BERSAMA WARGA PENGUATKUASA KPDN
DAN PELUNCURAN PORTAL IHSAN MADANI
23 OGOS 2024 (JUMAAT) | 3.30 PETANG
PUTRA HALL A,
PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC), PUTRAJAYA
Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.
Salam Sejahtera.
Alhamdulillah thumma alhamdulillah
Wa ma taufiqi wa’tusamu illa billah
Alhamdulillahil Qa’il wa man ahsanu qaulan mimman da’a ilallah wa’amila solihan wa qola innani minal muslimin
Rasulullah ala sayyidina Muhammad wa’ala alihi wasohbihi ajmain
YB Datuk Armizan Bin Mohd Ali,
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup;
YB Senator Puan Hajah Fuziah Binti Salleh,
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup;
YBhg. Dato’ Sri Shamsul Azri Bin Abu Bakar,
Ketua Setiausaha Negara;
YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Bin Haji Abdul Aziz,
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam;
YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi Bin Bakar,
Ketua Setiausaha KPDN;
YBhg. Datuk Azman Bin Adam,
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN;
Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Wakil;
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha, Pengarah-Pengarah Agensi, Pengarah-Pengarah Bahagian dan Pengarah-Pengarah Negeri KPDN;
Terutama panglima-panglima perang di peringkat akar umbi, terima kasih banyak-banyak.
- Terima kasih di atas penghormatan ini untuk menemui rakan-rakan di lapangan. Tugas saudara-saudara memang berat dan tidak ada sesiapa dapat menafikan, dan akan memberi satu mesej yang jelas dan tindakan untuk menyelamatkan, apa yang disebut sebagai ketirisan, kebocoran dan kelemahan-kelemahan termasuk rasuah dalam negara kita. Kita boleh ada kerangka, boleh tegaskan tentang dasar tetapi cabaran utama ialah pelaksanaan.
- Dua (2) aspek pelaksanaan yang kita laksanakan di peringkat Kementerian dan Jabatan, tetapi juga penguatkuasaan. Saudara-saudara sama juga seperti PDRM, Kastam, Imigresen yang di sempadan dan juga yang mengawal harga, jadi saudara ada dua (2) tugas yang agak lebih daripada biasa, pengawalan di sempadan dan penguatkuasaan di kedai-kedai dan toko yang menyeluruh di seluruh negara.
- Dan kalau kita lihat kebelakangan ini sejak COVID seperti mana yang disebut oleh Menteri Armizan sebentar tadi memang tidak dapat kita nafikan, dan saya di pihak Kerajaan hadir untuk menyatakan penghargaan terima kasih atas sumbangan hebat saudara-saudari.
- Dan kalau ditanya di antara alasan mengapa saya mengambil keputusan yang drastik mengkaji dan melaksanakan Sistem Saraan, tentunya ramai yang berperanan tetapi di antara yang mempengaruhi saya untuk memberikan ganjaran yang setimpal, yang terbaik yang pernah dicatat dalam negara kita adalah kerana sumbangan dan khidmat saudara-saudara di KPDN.
- Memang dalam beberapa kritikan terdapat pandangan bahawa kita agak berlebihan, tetapi seperti mana yang saya cuba jawab dalam ucapan tatkala mengumumkan Sistem Persaraan Baru ini mereka tidak tahu, mereka melihat masalah kita ini, mengkritik-mengkritik dengan menyebut menara gading kadang-kala tidak turun di lapangan. Dia lihat umpamanya jumlah penguatkuasa, tindakan penguatkuasaan, rampasan sana-sini, tetapi tidak pernah turun ke lapangan, bahawa untuk melakukan rampasan itu, mengawal harga di toko, di kedai-kedai dan warung itu memerlukan pertamanya komitmen, dan yang kedua risiko, dan kadang-kadang orang lain menegur, tetapi tidak pernah melihat dan menanya masalah yang dihadapi oleh penguatkuasa.
- Oleh sebab itulah, saya dan rakan-rakan dalam Jemaah Menteri mengambil keputusan dengan Sekretariat di JPA, Ekonomi dan Kewangan untuk menyatakan bahawa bila penjawat awam termasuk penguatkuasa menjalankan tugas mereka dengan baik dan memuaskan, tanggungjawab kami adalah memberikan pengiktirafan dan sekurang-kurangnya dapat melegakan sedikit tekanan hidup mereka dan keluarga mereka, dan itulah yang kita lakukan. Saya ucap terima kasih kerana saudara-saudara sambut dengan begitu baik dan menyakinkan.
- Walaupun sehingga hari ini Kementerian Kewangan khususnya masih bergelut untuk mencari jalan mengurus kewangan negara untuk menampung kos yang dijangka akan meningkat dengan mendadak tetapi itu masalah yang kita harus terima dan tidak membebankan kerana saya katakan alasannya kuat untuk kita mengkaji dan menilai semula.
- Dan di antara lain ialah tentang kewujudan penguatkuasaan. Saudara-saudara KPDN itu diberi tugas yang agak khas, dia tidak hanya merencana dari segi kerangka atau prakasa ekonomi tetapi untuk melihat dasar itu dilaksana dan ia ada kaitan dengan apa yang kita sebut dengan tatakelola dan pengurusan Kerajaan. Kita lihat umpamanya dalam urusan penyasaran subsidi diesel, kenaikan harga ayam, elektrik, berapa banyak hasil yang bocor, tiris melalui kartel yang disebutkan tadi dan pelanggaran-pelanggaran ini bukan diterima tetapi seolah-olah sistem Kerajaan tak upaya hendak membuat apa-apa, ini satu kelemahan besar. Masalah ayam semua orang tahu, puluhan tahun dalam NACCOL, di mana Kementerian ini juga menjadi sekretariat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu melihat mengapa harga ayam naik tidak munasabah dikuasai oleh beberapa Kartel dan kita seolah-olah seluruh Kerajaan itu tidak berupaya berbuat apa-apa.
- Tetapi apabila kita kaji semula kita ambil satu sikap yang agak tegas dan berani kerana kita yakin bukan sahaja keputusan-keputusan boleh dibuat oleh NACCOL dan Jemaah Menteri tetapi kalau kita tidak yakin dengan penguatkuasaan tentu kita menghadapi masalah, tetapi oleh kerana kita yakin dengan badan penguatkuasaan khususnya apa yang saudara-saudara lakukan, itulah sebabnya mengapa kita mengambil keputusan menghentikan pengapungan dan menyelamatkan dana Kerajaan sekitar RM1.2 bilion ringgit setahun.
- Jadi saya mengulangi hari ini kerana saya hendak agar rakyat di luar faham, pengkritik-pengkritik tahu bahawa tidak mungkin dasar ini dilakukan, masalah sudah diketahui puluhan tahun, keputusan dibuat tahun lalu, dilaksana dengan berkesan kerana bukan sahaja kita yakin dalam kalangan penjawat awam tetapi kita yakin dengan kesungguhan dan komitmen penguatkuasa. Dan terbukti setakat ini bahawa keputusan pengapungan ayam itu berhasil dengan baik, sebagai contoh.
- Begitu juga kita lihat sekarang penyasaran subsidi. Saya sendiri lihat awal tahun 2023, dan menyaksikan bagaimana beberapa pasukan saudara-saudara di lapangan, bila saya ke Alor Setar saya ke sempadan melihat, minum kopi di warung bersama dengan beberapa petugas dan melihat bagaimana dilakukan tentang tindakan-tindakan untuk melarikan diesel dengan segala kerenah dan cara yang ingenius oleh kalangan yang menyeledup dengan berkesan. Jadi, membanteras mereka tidak mudah, saya akui, sebab itu saya hormat saudara-saudara, kastam, imigresen dan lain-lain yang dibebankan dengan tugas itu. Kerana kelompok-kelompok itu juga adalah dari kalangan samseng-samseng yang terkenal dan kuat dengan pengaruh, senjata dan ugutan.
- Sebab itu dengan semua langkah, kita telah minta penyelarasan penguatkuasa KPDN, PDRM, Kastam dan Imigresen itu sentiasa harus ada penyelarasan yang berkesan, mesti ada satu jaringan hubungan yang cukup baik dan sekiranya ada masalah harus di bawa kepada peringkat yang tertinggi supaya dapat kita selesaikan di peringkat Jemaah Menteri. Kerana ia tidak mungkin dapat diselesaikan secara silo kerana kita berdepan dengan satu kekuatan yang sudah diasah puluhan tahun dan jika hendak dirungkaikan ini maknanya ia dianggap sebagai satu tindakan yang mencabar kedudukannya.
- Jadi setakat ini beberapa langkah yang kita ambil, alhamdulillah berhasil. Begitu juga tentang pengawalan harga. Kita tetapkan harga itu tidak membebankan peniaga dan kita buat pengiraan keuntungan yang dicapai. Kalaupun tidak mendapat keuntungan maka ada suntikan dana daripada Kerajaan, seperti RON95, ada suntikan daripada Kerajaan. Begitu juga dengan gula, ada suntikan daripada Kerajaan, sebab itu gula, minyak dan minyak mentah itu di antara yang paling murah di rantau ini.
- Sebentar tadi saya dengan wakil Presiden Turkiye, bincang tentang kedudukan ekonomi Malaysia, tentunya dia agak kagum dengan angka-angka baru, pertumbuhan 5.9%, semalam AWS labur 20 billion, sebelum itu Infenion labur 26 bilion, kemudian dia tanya tentang inflasi, saya katakan sekitar dua, tiga, kadang-kadang boleh juga mencecah sehingga empat peratus, dia geleng kepala kerana di Turkiye dengan semua langkah-langkah yang diambil itu telah turun daripada 60 tinggal 40 peratus setahun, kita setakat empat peratus tetapi merengek sampai pening kepala saya. Itupun kita telah ambil kira keresahan rakyat di peringkat bawah, kita prihatin. Sebab itu saya setiap hari Jumaat saya pergi ke warung-warung, ke kawasan miskin di sekitar Wilayah, Selangor dan ke mana-mana sahaja sebelum solat Jumaat, makan di warung, supaya kita dapat dengar masalah mereka, tahu harga barang, tahu keluhan dan umumnya masih belum walaupun kenaikannya sedikit.
- Justeru itu, langkah yang diambil oleh Kementerian Kewangan telah menetapkan dalam Belanjawan MADANI berikut ini bulan Oktober, di antara paksinya termasuk menangani permasalahan kos sara hidup walaupun kos sara hidup dengan inflasi sekitar 2-3 peratus berbanding dengan 40 peratus di Turkiye, namun kita masih menerima kenyataan kerana ihsan. Sebab itu saya katakan dalam pembangunan dan kerangka MADANI, kemampanan penting, tindakan dan semuanya tetapi mesti dilengkapi dengan ihsan. Kalau sebut tentang pelarasan gaji mesti dengan ihsan, kalau bicara soal keprihatinan kita tentang harga dan kos sara hidup, pastinya kerana ihsan.
- Jadi inilah Allah angkat darjat manusia ini kerana kekuatan ihsan, dan sebab itulah dinilaikan beda manusia dengan sifat haiwan itu sama ada ada nilai ihsan atau sudah hilangnya nilai ihsan. Laqad khalaqnal insana fi ahsani taqwim atau Summa Radadna Hu Asfala Safilin –Allah mengangkat darjat kedudukan kita ini kerana ciri kemanusiaan, kebaikan, kemuliaan pada peribadi kita dan menolak kerana sifat kehaiwanan iaitu Hu Asfala Safilin – the lowest of the low. Jadi tugas-tugas yang saudara-saudara lakukan ini jangan lupa kerangka besar. Setiap Jabatan dan Kementerian ada keutamaanya, tetapi melihat kepada kerangka keseluruhannya barulah kita tahu.
- Kalau saya ada upaya umpamanya, kalau rasa keadaan ekonomi kita sangat baik, tidak ada sebab mengapa saya tidak boleh tingkatkan keadaan yang lebih baik, kerana bagi golongan berpendapatan rendah ini walaupun kita naikkan sehingga 35-40 peratus, tetapi masih gajinya sekitar 2000 lebih, 2100, 2200 adakah mencukupi? Tidak mencukupi tetapi itulah upaya kita memastikan orang-orang yang berkhidmat juga menanggung masalah dalam kehidupan mereka, kerana terkadang mereka juga merasa tertekan inilah jadi kebocoran dan salah laku.
- Jadi saya harap jentera Datuk Azman memastikan perkara ini. Ini peluang kita untuk menjaga, memang betul saya memberikan pengiktirafan kejayaan-kejayaan saudara, tetapi jangan nafikan dalam setiap Jabatan baik di kalangan orang-orang politik, penjawat awam, sektor swasta, atau badan penguatkuasaan, kita harus betulkan kelemahan-kelemahan kelompok kecil yang merosakkan imej kita kerana mereka melaksanakan tugas bertentangan dengan prinsip, peraturan, undang-undang, nilai keihsanan dan juga moral dan akhlak. Sebab itu ada pelanggaran peraturan berlaku.
- Adakah ini tidak berlaku? Ada. Adakah ini berlaku dalam penguatkuasaan KPDN? Ada. Tanggungjawab saudara-saudara memastikan kita betulkan. Saya mahu rekod yang lebih baik. Saya mahu pastikan kecelaruan dan pelanggaran ini dikurangkan sebaik mungkin. Saya mahu setiap ketua jabatan, ketua unit yang berkenaan, di setiap daerah itu pastikan jika ada pelanggaran hendaklah dilapor kerana mengikut pelaksanaan Sistem Saraan yang baru kalau tidak dilapor kita akan pastikan ketua unit itu diambil tindakan atau sekurang-kurangnya tidak dinaikkan pangkat. Baru adil namanya.
- Saudara halang daripada pelanggaran, jika tidak ia akan jadi sistemik. Saya tahu kadang-kadang di kalangan rakan-rakan dan juga pembangkang begitu marah jika saya bercakap tentang tatakelola tetapi kita tahu, kita warisi sistem di mana rasuah dan penyelewengan ini sudah menjadi sistemik. Apa makna sistemik? Sistemik ialah it become part of the culture, mana mungkin negara Malaysia yang hebat, mana mungkin satu dunia di mana umat Islam majoriti, mana boleh kita izinkan dengan bangsa yang berbudaya, yang hormat dengan nilai dan akhlak mengizinkan ianya terus berlaku dan bila kita suarakan, ambil tindakan ramai yang tidak puas hati.
- Macam juga penguatkuasaan, bila saudara pergi ke suatu kedai, tegur kenapa harga barang naik melambung, adakah dia senang hati? Adakah kerja kita untuk menyenangkan dia? Tidak. Kerja kita adalah untuk menyenangkan rakyat, kita tidak bermaksud untuk menyenangkan perasuah, perompak dan penyeludup, Itu sudah jelas.
- Kalau hendak selamatkan negara ini saudara-saudara, maka kita perlu ada tekad yang sama. Saya selagi diberi amanah, saya tidak akan bertolak ansur, sama ada disenangi atau tidak saya tidak peduli. Sebab itu saudara-saudara lihat tindakan kita adalah untuk memberikan mesej yang jelas, tidak kira pangkat apa, kedudukan apa, kekayaan banyak mana kalau kamu langgar, terlibat dalam penyeludupan, kartel, kerosakan dan rasuah mesti ada tindakan. Kalau tidak boleh jadi sistemik dan orang akan hilang keyakinan.
- Jadi saudara-saudara saya buat seruan ini dan saya rasa sesuai pada waktu ini kerana jumlahnya kecil, jangan biar ia merebak, jangan izinkan merebak. Sebab itu, dari semasa ke semasa saya beritahu, hal pertama saya bicara dengan Dato’ Seri KSN yang baru ialah tentukan agenda islah mastata’tu, agenda reform perubahan sedaya upaya kita. Saudara-saudara, apa ertinya dengan gaya, dengan segak bintang bergemerlapan, untuk apa? Untuk mengangkat martabat manusia, rakyat dan negara.
- Apa erti pengiktirafan ini semua? Untuk menjalankan tugas tentunya bagi kita dan keluarga kita, masyarakat dan negara kita. Apakah kita tidak ada upaya? Mustahil tidak ada upaya, negara-negara di dunia mengiktiraf. Saya tidak ditimpa perasan, saya pergi India saya lihat sambutannya luar biasa dan kalau dinilai umpamanya di antara sambutan kepada mana-mana Perdana Menteri Malaysia yang sangat baik, saya tidak fikir ini sebab Anuwar, tetapi saya tahu kerana saya mewakili satu negara di mana jenteranya, penjawat awamnya, swasta, sistem politiknya sangat baik dan menjadikan contoh dan model buat orang rasa kagum. Jadi walaupun saya mengingatkan untuk tidak meneruskan kelemah-kelemahan tetapi saya tidak nafikan bahawa kekuatan kita ada sekarang, soalnya sama ada kita mahu menggunakan kuasa kita sekarang untuk melonjak ke atas ataupun merundum ke bawah.
- Saudara tahukah sudah berapa tahun kita terumbang-ambing, ekonomi ke mana, sudah belasan tahun tidak ada kajian tentang saraan kerana orang politik sibuk dengan hal-hal lain, sibuk hendak pertahankan bila hendak jatuh, sibuk memikirkan siapa nak percaya dengan Armizan, Sabah boleh percaya atau tidak (nada seloroh). Jadi dia sibuk kepada perkara-perkara seumpama itu, jadi tumpuan itu telah lari, tidak fokus. Seperti mana saya sebutkan sebelum ini saya tidak peduli, kamu hendak marah atau kamu hendak singgung, hendak maki, kita kena tahu negara kita sudah sampai ke tahap di mana semua kita harus buat keputusan, hendak selamatkan atau hendak angkat darjatnya atau hendak merundum? Kalau kita kata nak angkat dan setiap orang Perdana Menteri, menteri-menteri, pegawai-pegawainya sehingga ke peringkat rendah mestilah lakukan anjakan dan perubahan Islah mastata’tu sedaya upaya kita.
- Dan saya kalau tuan-tuan dan puan-puan tanya, saya cakap dengan sepenuh perasaan. Saya luahkan, jangan pula saudara-saudara tersinggung. Saya menegur semua termasuk saya dan rakan-rakan saya. Saudara Armizan tahu dalam Jemaah Menteri saya tegaskan, begitu juga saudara Fauziah tahu dalam parti dan dalam kabinet saya tegaskan. Kerana apa? Kerana saya punyai suatu kepercayaan, keyakinan luar biasa supaya kalau kita dapat gerakkan, kita cungkil sedikit bakat, kita gerakkan sedikit anjakan dan gerakkan semula kehebatan budaya rakyat kita ini terutama penjawat awam dan penguat kuasa saya rasa tidak tunggu lima tahun, satu dua tahun kita akan dapat lihat bagaimana hebatnya Malaysia.
- Jadi hal-hal lain yang disinggungkan, kerana kita terlalu tertumpu dengan soal peningkatan Sistem Saraan yang amat besar, saya harap yang lain-lain kita tangguh sekejap, permintaan-permintaan lain kita tangguh sekejap kerana saya hendak bersikap realistik, lebih baik kita tumpu tetapi ada hal yang mendesak, kerana latihan sangat penting, untuk sekarang ini agensi latihan untuk penguat kuasa mungkin boleh. Tapi yang boleh saya jamin minggu hadapan Armizan, bawa ke Jemaah Menteri supaya kita selaraskan dan adakan kerjasama dengan badan-badan lain agar kemudahan itu dapat dimanfaatkan oleh badan penguatkuasa KPDN ini dan dapat menggunakan dan memudahkan program latihan saudara-saudara.
- Sementara usul-usul yang lain saya akan rujuk kepada jabatan berkaitan agar dapat kita berikan pengiktirafan yang sewajarnya. Saya ingin menyatakan tingginya harapan saya kepada penguatkuasa KPDN kerana kos sara hidup ini bagi rakyat amat membebankan walaupun dari angka, data dan statistik ekonomi tidak sangat membimbangkan dari sudut pandang ahli ekonomi. Keberkesanan badan penguatkuasa pastinya dapat membantu melegakan orang ramai daripada segelintir yang mengaut keuntungan berlebihan dan di antara rasional kita melaksanakan dalam dua fasa seperti mana yang dijelaskan kerana kita tidak mahu orang bagi alasan untuk menaikkan harga barang dengan mendadak, dan mengizinkan peniaga-peniaga tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan berlebihan.
- Jadi saudara-saudara, Armizan, Azman dan semua keluarga badan penguatkuasaan KPDN, ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada saudara-saudara dan berdoa kepada Allah SWT agar saudara-saudara dalam tahun ini mulakan satu budaya supaya dapat mengangkat imej dan budaya badan penguatkuasa yang boleh menjadi contoh kepada seluruh badan penguat kuasa dalam negara ini dan ringankan beban rakyat serta menambah hasil kepada negara dengan cara yang terbaik dan teratur.
Terima kasih.
