Galeri Gambar: Lawatan Rasmi TYT Serdar Berdimuhamedov, Presiden Turkmenistan ke Malaysia






















NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption.
VERBATIM JOINT PRESS CONFERENCE
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PRIME MINISTER
DURING
OFFICIAL VISIT OF
HIS EXCELLENCY SERDAR BERDIMUHAMEDOV,
PRESIDENT OF TURKMENISTAN
19 DECEMBER 2024
————————————————————————————
Assalammualaikum,
Your Excellency Serdar Berdimuhamedow, President of Turkmenistan, Deputy Prime Ministers, Ministers, ladies and gentlemen.
- The pleasure is on our part to host the President, an important great country, central Asia, been a friend of Malaysia, a close friend and we both extend our commitment to ensure that the level of cooperation is extended to joint commission between the two countries and the foreign ministers will follow through early next year for this joint collaboration.
- Since the last visit was in 2016 by His Excellency Gurbanguly Berdimuhamedov, then President and now national leader, we have seen a strengthening of this collaboration and also we have seen their willingness and support to our industries, particularly PETRONAS Carigali. And I must, on behalf of Malaysian government and people, extend my appreciation and thanks and assure the President that this collaboration will be extremely meaningful to ensure the mutual benefit and success for both countries.
- I am particularly impressed by the President’s interest not only to enhance trade and investments between the countries, but his very comprehensive view of what development entails, including the cultural sphere, and his promotion for international peace that we fully support.
- And in order to reciprocate and to show our admiration for the great country and the leadership for the president and the people. We also would like to extend our understanding and appreciation to the agreed literary poet now celebrating the 300 years anniversary, Magtymguly Pyragy
- Magtymguly Pyragy is a known and great poet known only Turkmenistan. And I think if it is expended to see the commitment to justice, to peace, to character against greed and abuse. And I’m pleased to say that Dewan Bahasa dan Pustaka has agreed and are working on the translation of a few the great works of the great poet into Bahasa so that it will be popularly known here to give meaning to that sort of collaboration comprehensive to Muslim countries to commited to development and peace.
President Serdar Berdimuhamedow,
Thank you again.
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS MALAM ALUMNI UNIVERSITI MALAYA – JEJAK MEMORI
17 DISEMBER 2024 (SELASA) | 8.30 MALAM
DEWAN TUNKU CANSELOR
UNIVERSITI MALAYA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolilah Kareem.
Mengadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan Perak Darul Ridzuan merangkap Canselor Universiti Malaya;
Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Ali Mohd Rustam,
Yang di-Pertua Negeri Melaka;
Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof,
Timbalan Perdana Menteri; Menteri-Menteri; serta
Yang Berbahagia Naib Canselor dan Keluarga Universiti Malaya, Profesor dan Tenaga Pengajar dan rakan-rakan Alumni, Saudara-Saudari yang dimuliakan.
Ampun Tuanku,
Izinkan patik melafazkan ucapan kepada rakan-rakan, Naib Canselor dan Alumni.
- Universiti Malaya punyai sejarah yang gemilang. Pasca kemerdekaan kita melahirkan bukan sahaja mahasiswa tetapi yang lebih penting, gergasi dalam bidang ilmu. Dengan tapak, di bawah Almarhum Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz, dengan rangkaian sarjana ulung ketika itu, Syed Muhammad Naquib al-Attas di bidang Islam; Syed Hussein Al-Attas, Sosiologi; Chin Fung Kee Kejuruteraan; TJ Danaraj, Perubatan; Khoo Kay Kim dan Zainal Abidin Abdul Wahid, Sejarah; Taib Osman Antropologi; Bakar Hamid, Sastera; dan Syed Husin Ali, Antropologi dan Sosiologi, merupakan gergasi dalam bidang ilmu di negara kita.
- Jadi generasi kami tentunya beroleh manfaat terdedah dengan kekuatan budaya ilmu dan asakan kepentingan ilmu sebagai asas pertumbuhan dan pembinaan negara.
- Walaupun saya tidak boleh nafikan bahawa ada juga bidang ilmu yang kita kecapi di luar kuliah. Kadang-kadang ada hari-hari di mana di luar kuliah lebih banyak daripada dalam kuliah.
- Kita hidup dalam zaman pasca normal dan seperti mana idea yang dilontarkan oleh Naib Canselor. Dia menuntut kita membawa perubahan. Saya selalu ungkapkan dalam dialog dengan mahasiswa, mesti ada hasrat dan tekad untuk menggapai ke langit tetapi mengakar ke bumi.
- Menggapai ke langit kerana ada disiplin yang harus diterokai, yang baharu yang disebut ilmu baru, teknologi baru, penemuan baru sama ada digital, transisi tenaga ataupun Artificial Intelligence (AI) tetapi tidak pernah melepaskan tanggungjawab kita, kesedaran kita, tentang kekuatan bahasa, budaya dan tamadun kita, dengan mengakar ke bumi bangga dengan jati diri kita, dengan sejarah bangsa kita, di samping memaklumi kenyataan bahawa tanpa tekad untuk membawa perubahan negara dan masa tidak akan ke mana. Oleh sebab itu, cabaran bagi Universiti Malaya itu amat besar sekali.
- Saya ucap tahniah kepada pihak Universiti Malaya dan pimpinannya kerana terus mewarnai budaya ini dengan hasrat mengangkat martabat sebagai gedung ilmu ke arah kecemerlangan ilmu, tetapi tetap mengakar ke bumi. Ada juga kelainannya di universiti di depan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, wajar saya singgung kerana pengalaman saya selaku Menteri Pendidikan dengan canselor ketika iaitu Almarhum Tuanku Azlan Shah. Canselor bukan dalam erti kata kehadiran memenuhi ceremony, tetapi menggesa supaya kesedaran ilmu dan budaya ilmu tu dipertahankan dan ini diwarisi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Canselor yang memberikan wajah keilmuan, menunjukkan kecintaan dan tradisi yang disebut tradisi aqliyah yang sangat dituntut dalam negara kita.
- Sama ada kita bicara soal bahasa, bangsa, agama atau budaya dan ekonomi, tidak boleh lari dari keperluan menekankan kepentingan kecergasan mengangkat martabat melalui ilmu dan tradisi ilmu kerana tanpa kesedaran itu, negara akan berkecamuk, berbicara dengan cara dangkal, tidak mengakar ke bumi, tidak menggapai ke langit dan tidak menghormati fakta dan kebenaran.
- Semasa kami muda remaja, slogan kami itu menegak kebenaran dan keadilan. Ini membantu memupuk kesedaran dan saya mengulangi kenyataan kebanggaan kami kerana kami diasuh oleh gergasi ilmu pada zaman itu. Rakan-rakan saya yang seangkatan, sebelumnya dan sesudahnya tahu bahawa pengaruh professor-profesor kanan ketika itu sangat menebal dan sangat membantu memupuk mewarnai watak dan wajah kebangkitan dan kesedaran negara yang wajib melakukan perubahan dan anjakan sekiranya kita mahu maju dan bertapak sebagai negara hebat dan gagah di rantau ini.
- Saudara Naib Canselor menggagaskan perubahan dan juga bantuan dan saya percaya rakan saya, Dato’ Sri Fadillah, Menteri, Mohamad Hasan pun ada, KPPA pun ada bersetuju kalau saya katakan bermula dengan ahli-ahli Jemaah Menteri yang merupakan alumni, kita akan mulakan dana wajib RM10,000 seorang. Dan saya percaya setiap graduan universiti yang sumber pendapatannya itu menjangkau lebih dari RM10,000 harus diwajibkan untuk menghulurkan RM1,000 kepada Endowment Universiti Malaya. Maka kalau kita kumpul keseluruhannya ini, saya percaya kita boleh melepasi angka setengah bilion supaya tidak membebankan pemerintah dengan dana yang lebih besar.
- Saya tidak mahu melepaskan tanggungjawab pemerintah, tetapi seperti saudara-saudara tahu, kita ada kekangan, keterbatasan kerana kita warisi keadaan ekonomi yang tidak diurus dengan begitu bertanggungjawab. Negara lebih terkenal dengan kelemahan tatakelola dan rasuah sehingga beban hutang mencecah pada ketika itu RM1.5 trilion. Maka pengurusan dana itu harus lebih cekap dan sebahagian besar yang membantu mengurus, merencana dan mengurus ekonomi itu adalah alumni Universiti Malaya. Mudah-mudahan kita diberikan kekuatan untuk memperbaiki supaya peruntukan untuk masa akan datang dapat ditambah.
Rakan-rakan yang saya muliakan,
- Demikian sahaja saya nak imbau dan saya bagi pihak Kerajaan dan alumni pada malam ini ingin menzahirkan menjunjung kasih tidak terhingganya kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Nazrin kerana kepekaan, dukungan dan semangat budaya ilmu dan juga keprihatinan yang baginda tunjukkan.
Sekian,
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
SPEECH BY
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PRIME MINISTER OF MALAYSIA
FOR
THE GRAND LAUNCH OF PROTON e.MAS 7
16 DECEMBER 2024 (MONDAY) | 3.30 PM
MALAYSIA INTERNATIONAL TRADE
AND EXHIBITION CENTRE (MITEC),
KUALA LUMPUR
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera.
Alhamdulillah,
Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolihil Kareem.
Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof,
Deputy Prime of Minister;
Yang Berhormat Members of the Cabinet;
Yang Berbahagia Tan Sri Wan Zulkiflee bin Wan Ariffin,
Chairman of DRB-HICOM;
Yang Berusaha Mr Jerry Gan,
Chief Executive Officer of Geely Auto Group;
Yang Berusaha Dr. Li Chunrong,
Chief of Executive of PROTON;
Yang Berusaha Tuan Roslan Abdullah,
Deputy Chief Executive Officer of PROTON; dan
Semua Keluarga PROTON.
- Hari ini memang satu detik sejarah yang penting. Jadi saya ingin memulakan dengan menyatakan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana kita sebenarnya mencatat satu sejarah gemilang, mengangkat bukan sahaja martabat dan imej PROTON dengan kerjasama Geely tapi imej negara dan keupayaan negara dan keupayaan profesional dan pekerja rakyat Malaysia. Jadi saya ucap Tahniah.
- Seperti mana pernah saya singgung dulu dan dalam kesempatan yang awal, saya telah menyatakan bahawa PROTON ini punya sejarah yang gemilang. Dia diasaskan semasa YAB Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri. Ada pasang naik ada pasang surut yang mencabar. Dan pengajaran yang kita perolehi terutama kepada generasi kini ialah bahawa kita harus perkukuh pengurusannya, dan sementara tanggungjawab Kerajaan untuk memberikan segala kerjasama dan bantuan.
- Kita tidak harus campur dengan urusan-urusan pengurusan. Supaya bebaskan mereka dengan penyelidikan, dengan keupayaan, dengan latihan dan menjamin supaya pengurusan dan tatakelola itu di tahap yang lebih baik. Dan ini yang kita lakukan dan sekarang kita saksikan suatu kejayaan yang lebih meyakinkan.
- Beberapa bulan yang lalu saya di Kaherah, Mesir dengan kerjasama Presiden Abdul Fatah Al-Sisi telah memberikan laluan kerjasama dan dukungan meletakkan asas pengeluaran PROTON dan pengedaran PROTON untuk Mesir dan negara Afrika Utara khususnya.
- Dan hari ini kebetulan Premier Li Qiang, negara China. Mengunjungi kilang Geely untuk menyelesaikan juga tentunya kerjasama Kerajaan China atau usaha industri Geely dan saya di sini untuk memberikan bukan sahaja kesempatan meluncurkan e.MAS 7 model EV tetapi memberikan satu sokongan yang kuat. Contohnya ataupun alasan ialah untuk ASEAN tahun depan e.MAS 7 adalah kenderaan rasmi kita.
Excellency Ladies and Gentlemen,
- We hope to set an example in this region not only in promoting our capacity to producea car but also the development of EV, at the right visible extension of our Net Zero commitment.
- To ensure this is a reliable EV for the Rakyat, PROTON has toured the country to bring the car to people in all states before the launch today. So, I must commence the PROTON family for taking the initiative and the learning from the experience the past and aggressively promote not only a modern, sophisticated car but also an environmentally friendly car.
- In the near future, I am also happy to see that this car will be built in Malaysia, in Tanjong Malim, uplifting Malaysian vendors through the transfer of new technologies and skills associated with EVs.
- Now as a national car producer, PROTON should leverage on the role in the local automotive industry and this EV project. The National Automotive Policy 2020 should be a reference by PROTON in producing this model later in the country. It is incumbent therefore on companies that operate in our automotive industry not just to sell vehicles but also provide opportunities for investment and employment via the setting up of a holistic ecosystem. The duty of the government for example, normally advise or industry friendly policies and incentives of course, that would benefit both the country and the industry. But more so to ensure that we do provide the adequate infrastructure, which means airports, ports, highways and then that’s the ecosystem. But your challenge and our challenge too is the supply side. We must ensure that you have the capacity and a clear policy to encourage local production and support the local industries, local vendors, including the Bumiputeras.
- Today, more than 75% of the energy consumed in Asia comes from hydrocarbons and demand is projected to double by 20-30. Now we must balance demand with the security, affordability and sustainability. Under the Responsible Transition Initiative, Malaysia enhances its competitiveness by reducing our fossil fuel dependencies and nurture growth in green mobility, renewable energy and energy storage solutions.
- Our projections indicate this could yield investment opportunities as high as RM1.3 trillion by 2050, and an additional contribution of RM220 billion to the Malaysian GDP and generate insya-Allah over 300,000 job opportunities.
- Now, On the automotive front, we have the Low Carbon Mobility Blueprint to reduce emissions from the transportation sector, which currently ranks as the second-largest CO2 emitter and our framework includes 4 key areas of focus. The launch of PROTON’s first SUV EV today is extremely timely and it will be a catalyst that moves us into the next era of low carbon mobility.
- It is the government’s wish for PROTON and its strategic partner GEELY to continue to lead the development of Malaysia’s automotive competencies and ecosystem.
- I am confident that with the development of Automotive High- Tech Valley (AHTV), in Tanjung Malim, more local vendors will be involved with the production of not only PROTON cars, but also for other brands.
- This would be a shining example of the networking opportunities and economic cooperation that has existed between Malaysia and China for over 50 years, and I commend both parties for their creativity and diligence to make the partnership a success.
- May I add that in most of my meetings with President Xi Jinping, Premier Li Chang, Geely-PROTON will mostly come out which shows the commitment of both China and Malaysia to ensure that this enrichment succeed and it is in our interest too that will make we do what is necessary to make sure that this venture succeed.
- Now the DRB-Hicom and Geely partnership which involve also the commitment of these two very friendly relations between China and Malaysia is an example that proves Malaysia is an independent trading nation with a Hi-Tech economy providing high value goods for the region and the rest of the world. Now moving forward, we tend to for this partnership to further support our economy and our people.
- I, therefore would like to reiterate what I have said oftentimes that this must be treated as a major challenge for us. Proton Geely, thank you for your hard work to make the nation’s EV ambitions a reality. But it is just a beginning and I therefore need to express my profound appreciation not only to the companies but to the professionals and our Malaysian workers who has been there committed to ensure the success.
- Jadi dengan itu, saya sekali lagi menyatakan penghargaan saya dan kebanggaan saya, hari ini hari istimewa. PROTON e.MAS 7 ini bukan sahaja kenderaan, tetapi dia memenuhi salah satu daripada tunjang ekonomi MADANI dari sudut EV dan keupayaan kita untuk menjana perubahan, meninggalkan carbon industry lama kepada yang baru. This is therefore my honor to officially launch the first SUV EV with Proton’s brand, the PROTON e.MAS 7.
Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI UTAMA ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
PELUNCURAN SERENTAK JUALAN TERMURAH MADANI (JTM)
ZON UTARA I ZON TENGAH I ZON SELATAN
7 DISEMBER 2024 (SABTU) | 11.00 PAGI
JALAN MASUK KAMPUNG MASJID TIMAH,
PERMATANG PAUH, PULAU PINANG
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.
- Ekonomi umumnya baik sangat. Tadi saya luncur tentang semi konduktor kita di Pulau Pinang ini, pusat khas. Tetapi kita tahu juga masalah kos, masalah harga barang walaupun rendah banding dengan negara-negara jiran tapi tetap masalah. Sebab tu saya ucap terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Syed Hussien, dia tolong ambil inisiatif tolong jual barang-barang lebih murah selain daripada Program Rahmah Program Pasar Tani MADANI dan semuanya kita buat untuk beri apa dia? Supaya kurangkan beban rakyat, harga lebih rendah.
- Kemudian tadi pula dia bagi ayam percuma. 1,000 ekor dia bagi percuma, beras 200 kapit saya nak bawa balik bagi dekat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail jauh sangat. Jadi tolong ambil. Saya ucap sekali lagi terima kasih atas kesudian mari semua.
- Ikan yang ditawarkan pasai apa dia boleh jadi murah kerana dia boleh ambil langsung daripada kapal di laut, jadi lepas tu dia bawa pi lari ke Perlis saya tak tahu (nada seloroh). Yang saya tahu dia ambil daripada laut, bawa mai jadi harga tu lebih rendah. Kadang-kadang ikan ni tak tinggi. Saya pernah jaga Port Dickson, katalah harga RM4, pi Seremban RM6, pi Kuala Lumpur RM8.
- Jadi la ni (sekarang ini) kita dok galakkan nelayan ini pakai satu aplikasi (Apps) orang nak beli langsung jadi RM2, kalau beli dekat Kuala Lumpur dah naik, macam juga kita di sini. Sebab itu perlu ada persaingan yang sihat. Mudah-mudahan Allah Taala beri keberkatan untuk usaha kita semua.
- Terima kasih sekali lagi, termasuk Yayasan Global yang tolong bantu-bantu sedikit sebanyak. Beras ini ada lagi. Itulah hal beras tempatan ini ada masalah sikit. Tapi sekarang ini harga beras import turun sikit sebab kita berjaya runding dengan Kerajaan India dan baru ni saya balik dari luar negeri, Pakistan, runding-runding sikit dan depa (mereka) setuju juga jual beras dengan harga lebih murah. Ini supaya dapatkan ringankan beban masyarakat kita. Baik, terima kasih.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PELUNCURAN BUKU “AMANAH DAKWAH” &
“MOHAMMAD NATSIR ILMUWAN ULUNG ALAM MELAYU ABAD KE-20”
3 DISEMBER 2024 (SELASA) | 8:30 MALAM
BANGI AVENUE CONVENTION CENTRE
Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
salam sejahtera
Alhamdullihilladzi Anzala ‘Ala’abdihil Kitaaba Wa Lam Yai’al Lahuu’iwajaa
Wa Usolli Wa Nusalli Ala Rasoolihil Kareem Wa’ala Alihi Wa Sahbihi Ajma’een
Yang Berhormat Puan Fadhlina binti Sidek,
Menteri Pendidikan;
Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli bin Hasan,
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama);
Yang Berbahagia Datuk Ahmad Azam bin Ab Rahman,
Presiden WADAH;
Yang Berbahagia Datuk Profesor Emeritus Dr.
Mohammad Redzuan bin Othman,
Pengasas dan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi;
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty,
Ketua Majlis Istisyari WADAH;
Yang Berusaha Tuan Haji Abd Rahman bin Abd Karem,
Pengarah Urusan Aras Mega Sendirian Berhad;
Seluruh Keluarga ABIM;
Keluarga Almarhum Mohammad Natsir;
Keluarga Almarhum Yang Berusaha Dr. Razali Nawawi dan Keluarga Almarhum Yang Berbahagia Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Mohd Kamal bin Hassan; dan
Rakan-rakan yang saya muliakan.
- Kita dengar tadi perbicaraan, mengimbau pengalaman. Kenal dengan tokoh-tokoh dan sosok yang kita bicarakan. Sebenarnya ada tiga (3) tokok besar. Ilmuan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Mohd Kamal Hassan, yang tentu saya kenal awal sejak saya tahun pertama Universiti Malaya. Guru dan tutor, mula mengajar tentang perbahasan melalui kupasan Islam at the Crossroads, Muhammad Asad sehinggalah kita minta dia ke Amerika Syarikat dan pulang sebagai pimpinan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
- Razali Nawawi seorang tokoh yang saya temui tatkala saya ke London untuk menghadiri Sidang Belia Antarabangsa, bicara tentang peranan generasi muda, mohon beliau kembali berdamping dengan kita, tatkala kita menggagaskan penubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau yang menjadi naqib pertama memperkenalkan manhaj usrah yang lebih teratur memperkenalkan atau menggesa keperluan merujuk kepada Al Quran dengan merujuk kepada tafsir selain yang tradisional dan yang lain-lain dan ditambah dengan Qurtubi yang selalu diulas oleh Al Burqani Samsudin. Masa itu juga Abul A’la Maududi dan juga Sayyid Qutb dalam Fi Zilal al-Qur’an bersama, tentulah Yang Berbahagia Dato’ Mohd Nakhaie Haji Ahmad, Yang Berbahagia Dato’ Ustaz Haji Fadzil bin Mohd Noor dan lain-lain.
- Jadi saudara boleh bayangkan selama puluh tahun itu dengan manhaj yang jelas memberikan pengenalan tentang apa erti Islam, perjuangan dan dakwah yang kemudian beliau lakar di akhir hayatnya, tiga (3) trilogi buku-buku tentang Islam, perjuangan dan akhirnya dakwah.
- Tetapi selain daripada itu, kita juga kenal terutama karya Dr. Kamal Hassan tentang sosok yang terkenal di rantau ini almarhum Mohammad Natsir. Kita dalam gerakan ABIM tentunya lebih arif kerana dari awal kita mendekati beliau, dibawa menemui dan seperti mana yang pernah saya ungkap sebelum ini, saya juga, orang Jakarta bilang, kaget ya kerana ini mantan Perdana Menteri tapi hidupnya sederhana, sosoknya sangat sederhana dan cara dia menyantuni kami anak-anak muda begitu luar biasa. Dengan penuh ihsan dan kasih sayang, penuh pengertian, penuh kecintaan terhadap alam Melayu khususnya perkembangan di Tanah Melayu masa itu dan Malaysia.
- Di situlah kita kenal dengan penglibatan beliau dalam Dewan Dakwah Islamiah, perjuangan beliau dan ini di antara tokoh utama dalam erti kata perjuangan menghidupkan apa erti kata kalau kita ungkapkan sebagai Muslim demokrat, dengan pengisian dan makna yang sangat mendalam. Dari awal beliau juga negarawan, sebab itu umpamannya perbahasan tentang pendirian beliau, anjakan tentang Piagam Jakarta dan mempertahankan Pancasila untuk membawa, merangkul kekuatan negara Kesatuan Republik Indonesia.
- Ini kebijaksanaan hanya dengan hikmah seorang negarawan yang kuat semangat dan kesedaran Islamnya tetapi faham tentang kaedah dan budaya. Dari satu sudut ABIM bernasib baik atau bertuah kerana terkesan dan berpengalaman menemui tokoh-tokoh besar ini. Tentu pada ketika itu juga AME Diponegoro 16 dengan tokoh-tokoh AME tetapi kemuncaknya tentunya Mohammad Natsir. Dan itu yang bagi saya juga satu pengalaman penting kerana ini menyebabkan kita memilih jalur tengah, jalur wasatiyyah dan tidak memilih untuk dirangkul dalam kerangka gerakan Islam Arab atau di India dan Pakistan.
- Di antara tokoh yang banyak mempengaruhi kita tentunya Mohammad Natsir dan selepas kunjungan itu rakan-rakan kita utamanya, saudara Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Siddiq Fadzil juga saya minta menyusuli pertemuan dengan Mohammad Natsir. Maknanya pilihan kita adalah dakwah bilhal dan yang lebih sederhana yang juga terikat dengan iklim politik dan budaya kita yang agak berbeda daripada rantau lain. Ini tidak bermakna Islam itu tidak universal. Islam itu universal tetapi, kenyataan sosio budaya menuntut kita memilih jalan yang lebih sederhana dan merangkul kekuatan membicara isu-isu yang dekat dengan alam Melayu dan juga negara Malaysia dan rantau ini.
- Mohammad Natsir mula menulis sekitar 30-an, 40-an dan kalau saudara lihat umpamanya dari awal dalam perdebatan beliau mengambil alih perdebatan Soekarno A. Hasan kepada Soekarno – Natsir. Apa erti sekularisme? Apa erti umpamanya peranan Atatürk di Turkiye. Mengapa beliau memilih Islam yang sebagai sara hidup, memperkenalkan gig dan ward. Dan satu karya yang bagi saya sampai sekarang agak cukup mengesankan ialah bila beliau mengupas karya Henri Pirenne sejarawan Belgium yang tidak dikenali dalam korpus sejarawan atau sosiologi Bahasa Inggeris.
- Walhal Henri Pirenne itu dalam dua karya besar ‘Mohammed and Charlemagne’ dan ‘History of Europe’ itu memberikan tesis tentang sejarah yang sangat kritikal untuk memahami Islam, pertembungannya dengan Eropah dan pengaruhnya dari sudut budaya dan tamadun yang mengubah rupa dan jiwa Eropah itu sendiri, itu Henri Pirenne. Maknanya titik tolak perbezaan departure point of history historical is determined by ideals, culture and knowledge and civilization, not really technology and pure power. Ini berbeda dengan pemahaman kita, moden di Malaysia ini ertinya dengan kedatangan Inggeris, dengan percetakan tapi moden perubahan menurut teori Henri Pirenne, sejarawan Belgium yang menulis sekali lagi Mohammed and Charlemagne, katanya pertembungan itu sebenarnya membawa perubahan besar dari sudut kefahaman tradisi ilmu dan tamadun serta budaya Eropah itu sendiri. Dari yang kuno kepada yang baru, itu yang dikata point of the departure dalam sejarah.
- Saya singgung di beberapa tempat bahawa ini kemudian mempengaruhi Syed Hussein Al-Attas dalam karya beliau Reconstruction of Malaysian History, sekitar 1960/61, kupasan beliau dalam kertas sidang sejarah Asia, Asian Historical Society di mana katanya dengan Islam itu membawa tradisi ilmu, fahaman tentang budaya, keupayaan mengangkat tamadun itu berbeza dengan teori yang kemudian sudah lazim ditelan bulat oleh semua sarjana tempatan termasuk yang nasionalis malah yang Islamis bahawa perubahan itu dengan kedatangan penjajahan, khususnya Inggeris.
- Itu Syed Hussein Al-Attas, 1960 dan 10 tahun kemudian 1970/71 Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang baru kita angkat sebagai Profesor Diraja, menulis Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu yang sekali lagi mengupas Henri Pirenne dengan yang lebih terperinci, tetapi saya menjangka pengaruh Mohammad Natsir kepada Syed Hussein Al-Attas sehinggkan Syed Muhammad Naquib Al-Attas tentang titik tolak penentuan sejarah baru dan moden bagi kepulauan Melayu itu dengan kedatangan Islam kerana dasar ilmu dan tradisi akliah yang beliau popularkan yang menyebabkan ada perubahan rupa dan jiwa dalam masyarakat. Dan ini kupasan Syed Muhammad Naquib Al-Attas.
- Ini saudara lihat, bagaimana pengaruh seorang sosok yang rasanya daerahnya agak terpencil sedikit, saya tak sempat, yang saya ingat pertemuan dengan Mohammad Natsir 5-6 kali lebih masa dia uzur tenat di hospital, semasa itu beliau di Hospital Katolik kalau tak salah saya di Jakarta sebab masa itu saya Timbalan Perdana Menteri tegang hubungan beliau dengan rejim Suharto kerana beliau terlibat bersama Abdul Haris Nasution dan beberapa tokoh lain, Ali Sadikin, Gabenor Jakarta menghasilkan ‘Patesi 50’ menggagaskan perubahan dari sistem autokratik dan menekan rakyat kepada sistem yang lebih demokratik yang menolak korupsi di sana, iaitu rasuah. Dari situ beliau dapat tekanan yang agak kuat yang tidak dapat berjalan keluar. Itu tentang Mohammad Natsir.
- Saudara-saudara, seperti saudara sedia maklum saya agak selesa di dalam medan wadah ABIM ini bicara hal-hal sedemikian daripada isu pertumbuhan isu belanjawan isu tadi jadi tentunya banyak yang boleh dikupas.
- Saya hanya rumuskan tentang peranan tokoh Mohammad Natsir yang sebenarnya mempengaruhi Dr Razali Nawawi dan Kamal Hassan. Kamal Hassan tak akan menyiapkan dissertation phd dia semasa tu dia di New York. Saya menemuinya, masa tu saya masih di Universiti Malaya. Sidang World Youth Assembly organized by United Nations. Dia bawa saya ke kampus Universiti Colombia tak salah saya dan kali pertama pada ketika itu tahun 1971, saya malas bicara soal soal tahun ini sudah boleh jangka umur saya. 1971 sahabat Kamal Hassan namanya Ibrahim Muhammad Kilishi memberikan Al- Quran terjemahan Yusuf Ali saya masih ingat, dan saya simpan sampai sekarang. Dengan catatan pinggir penuh.
- Jadi saudara saudari itu dia sosok Mohammad Natsir, juga guru kepada Dr Razali Nawawi, Siddiq Fadzil dan lain lain. Kamal Hassan menyebut beliau sebagai ilmuan ulung. Saya tidak lihat Mohammad Natsir itu sebagai ilmuan sangat kerana dia tidak menghasilkan karya-karya ilmu yang besar. Tetapi saya percaya Kamal Hassan memilih untuk menggambarkan Mohammad Natsir itu sebagai ilmuan ulung kerana dia ibarat tokoh yang memberi pencerahan, tokoh yang mencetuskan idea, mencabar pemikiran lama dari kapita selektanya dan kemudian beberapa karya besarnya. Dan dia bicara dengan agak Saya tentulah dalam keadaan pada masa itu banyak duduk membaca, tetapi dia menarik kerana seperti karya-karya Hamka yang dekat dengan budaya dan cita rasa tempatan, Melayu dan peribahasanya. Tetapi Pak Natsir kata umpamanya dalam soal pembangunan yang saya gunakan dalam Belanjawan Negara, “jangan kita membangun sambil membangun kita robohkan”. Kan itu kan menangkap itu. Apa yang dibangunkan, apa yang dirobohkan? Yang dibangunkan itu gedung dan industri, yang dirobohkan manusia di dalamnya. Jadi, sambil membangun, kita robohkan, jadi itu menangkap.
- Kedua, bila dibicara tentang pondok, di sana disebut pesantren, sebagai benteng pertahanan mental umat. Dalam keadaan seluruh kekuatan penjajahan, menawan budaya pemikiran golongan elit, ekonominya, politiknya, pendidikannya, bahasanya, masih dapat, masih muncul kelompok yang disebut ‘mondok-pondok’ pesantren ini sebagai benteng seolah benteng terakhir pertahanan umat.
- Jadi, bagi saya itu menangkap sekali, rencananya kecil. Mahu dikatakan ianya kupasan ilmiah tidak juga, tetapi kupasan itu merumuskan secara kental, mantap, fahaman mendalam dan cukup untuk mengetuk pintu hati dan menyebabkan tercerna satu semangat untuk menjelaskan dan membangkitkan kesedaran yang meluas.
- Kemudian dibicara tentang bagaimana tentang terhakisnya kekuatan moral satu rencana lain. Penghakisan itu umpamanya menyebut di antara lain Tadi masa bicara dengan Menteri Pendidikan, saya nak tanya apa istilah digunakan, dia sebut itu permissiveness. Ini Pak Natsir guna istilah ini. Saya masa itu belum pasti lagi maknanya, tapi katanya kelemahan kita kerana lemah akidah, akhlak dan ilmu menyebabkan budaya gagah barat itu yang merupakan kekuatan lebih besar dapat menyambar, menekan, mempengaruhi kita dan kita seolah mengalah. Itu keadaan permissiveness dari segi moral. Jadi moral kita yang sepatutnya tegak sudah runtuh, mulai menerima kebejatan, kelemahan-kelemahan sebagai sesuatu yang mesti berlaku dalam dunia moden.
- Jadi, benteng iman dan akhlak pada badan itu tidak cukup kuat sehingga kita jadi permisif, mengalah, itu yang dikupas. Jadi saya percaya Kamal Hassan kalau kita lihat umpamanya beberapa rumusan dia, tentang sosok peribadi yang sederhana, tentang ilmu yang disampaikan, tentang kegigihan hikmahnya dalam dakwah, kegigihan dalam perjuangan, memantapkan politik, menolak kerakusan dan rasuah. Dan ini di antara karya pertama Kamal Hassan yang selalunya mengelak perbahasan politik secara terang. Ini kali pertama membicarakan soal 1MDB, soal rasuah yang menular dalam negara dan sebagainya.
- Tetapi mungkin juga sebab sosok Natsir boleh mengupas keseluruhan ini menyebabkan Kamal Hassan seorang sahabat, sarjana, guru, murabbi yang kita sangat hormati mampu memberikan satu pengiktirafan sebagai ilmuan ulung.
- Ini yang harus kita telaah dengan baik. Tapi akhirnya Syeikh Ahmad Nawawi bin Ghazali tentulah luar biasa dan juga kegiatannya bukan sahaja dalam ABIM tetapi persahabatan sepertimana saya dengan Siddiq Fadzil, makna kita boleh baca dan menangkap tanpa membicara dan berbincang. Ini luar biasa, orang banyak tidak dapat faham ya. Saya boleh baca, dia macam kashaf kerana kasih, kerana dekat seperti mana juga beliau boleh baca dan pertahankan. Dan dua (2) tokoh ini memang luar biasa dan saya kehilangan besar kerana ada kekuatan masing-masing.
- Razali sampai akhir hayatnya itu yakin dengan arus perjuangan, yakin dengan keupayaan dan kemenangan, dan lakukan apa sahaja secara hikmah dalam dakwah dia sehingga kadang-kadang merunsingkan saya. Dia runding dengan siapa pun. Pergi pujuk, mana yang pilihkan seorang tokoh ABIM dalam keadaan kasihnya kepada saya dalam saya terlantar di penjara itu sanggup berjumpa Dr. Mahathir merayu memberi penerangan Anwar ini memang baik orangnya, kata dia pada Dr. Mahathir, wrong time, wrong person but anyway, It took me to be tempted to, ya sebagai daie dan murabbi itu memang luar biasa.
- Saudara-saudari yang dimuliakan saya sekali lagi ucap terima kasih termasuk juga Rahman, saudara penerbit. Tapi maknanya ini satu hal yang harus difahami oleh generasi muda terutamanya. Tradisi ilmu, pencerahan, apa yang disebut oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas. ‘thariqah akliah’ itu sekarang sudah lebih lemah dan saya kira untuk mengangkat martabat umat untuk menjadikan negara ini negara MADANI, ini masih tetap asasnya untuk melatih rakyat sama ada ianya digitalization atau artificial intelligence lebih menuntut dan mencabar kita untuk melengkapkan diri dengan kerangka asas, iaitu memberi makna kepada addabani rabbi faahsana ta’deebi itu dengan kekuatan dan asas ilmu, pembacaan, menelaah karya-karya besar, karya agung mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
















NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission.



YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Jamuan Makan Malam Tahun 2024 MCOBA, 30 November, 2024. – SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri
NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY CREDIT – SADIQ ASYRAF/P













NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further per
