VERBATIM TEKS UCAPAN YAB PM : PROGRAM MAJIS RAMAH MESRA BERSAMA MAHASISWA INDIA
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM PERDANA MENTERI
SEMPENA
PROGRAM MAJLIS RAMAH MESRA YAB PERDANA MENTERI BERSAMA MAHASISWA INDIA
10 MEI 2026 (AHAD) | 12:30 TENGAHARI DEWAN TUNKU CANCELOR, UNIVERSITI MALAYA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sagothara Sagothari dan Vanakkam.
Yang Berhormat Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan,
Menteri Sumber Manusia;
Ketua-Ketua Setiausaha;
Ahli-ahli Yang Berhormat; Ramai yang hadir.
Yang Berusaha Encik Raveendran Nair a/l K. Kesavan Nair, Ketua Pengarah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA); dan
Keluarga dan staf MITRA yang tolong menyelenggarakan, Naib Canselor Universiti Malaya yang turut hadir. Terima kasih.
- Betul, saya bila setuju datang saya pun tak tahu ini kali pertama Perdana Menteri hadir untuk acara MITRA. Saya patut hadir tahun lalu, tapi tak ada jemputan, tahun ini dijemput, terima kasih banyak.
- Saya masuk tadi ada Aci, saya kata, ada apa? Dia kata datang jumpa PMX. Saya kata, vadey, idli, tosei tak ada bawa? Dia kata, tak ada. Terima kasih, Aci. Saya gurau sahaja, tapi lain kali bawa.
- Beri saya ruang untuk bercakap kepada anak-anak yang diberi perhatian hari ini. Kita dalam negara yang sekarang terpaksa bergelut dengan perkembangan geopolitik dan pertempuran tidak Tapi kita syukur, alhamdulillah kerana sehingga kini keadaan masih terkawal walaupun kesannya di kalangan rakyat terutama harga barang, keperitan peniaga-peniaga itu mulai dirasai sedikit.
- Saya mohon kerjasama rakan-rakan, anak-anak supaya menjelaskan sedemikian. Dari segi negara, kalau tengok prestasi tahun lalu dan suku pertama tahun ini, sangat membanggakan. Pertumbuhan ekonomi, pengurangan kadar pengangguran, pelaburan tertinggi dalam sejarah, prestasi Ringgit terbaik di rantau, itu semua kita catat. Ini sebelum dilanda krisis yang tentu menjejaskan.
- Dua hari lalu, saya hadir di Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Negara ASEAN di Cebu, Kita cuba bicara dan cuba cari jalan bersama menyelesaikan. Ada negara yang terpaksa buat catuan minyak. Ada negara yang terpaksa tutup 400 lebih stesen minyak. Ada negara yang mulai
secara besar pembuangan pekerja-pekerja, tapi kita masih boleh bertahan.
- Saya mahu anak-anak menumpukan perhatian dalam bidang pendidikan dan juga kesedaran. Saya tidak mewakili pandangan yang mengatakan pendidikan itu harus utilitarian, hanya belajar. Tidak. Kita mewakili masyarakat. Apa lagi masyarakat India. Masyarakat India itu juga sebahagian daripada rakyat Malaysia. Ada yang berpendapatan baik, ada yang dalam kategori yang miskin dan terpinggir. Kita mesti mewakili suara mereka, menunjukkan keprihatinan dan mencari kaedah dan jalan.
- Sebab itu, dalam Kerajaan MADANI, saudara Ramanan dalam Kabinet, saya telah tegaskan bahawa program- program pembangunan itu harus mengambil kira penyertaan semua. Tidak semua pimpinan politik dalam negara kita berfahaman Ada yang sekarang ini masih melontarkan idea kita majoriti, kita mesti kuasai, kita mesti tetapkan semua. Saya tidak nafikan bahawa Melayu itu majoriti. Saya tidak nafikan keperluan untuk menjaga dan menyantuni rakyat, terutama majoriti Melayu sebab mereka merasa mereka juga diberikan pertimbangan dan ketutamaan. Tetapi ini negara Malaysia. Dalam konsep negara MADANI ini, sementara kita akui kenyataan kaum, agama berbeda, harus ada semangat baru di kalangan anak-anak muda.
- Hari ini anak-anak muda India majoriti, tetapi anak-anak muda India yang biasa dengan dialog Temu Anwar di kampus selalu saya tekankan masa depan itu tergantung kepada kesediaan anak muda untuk menolak tembok perkauman sempit oleh bapak-bapak ibu-ibu kita dalam politik picisan. Bangkit sebagai satu kekuatan baru. Kuatkan semangat kita bahawa masalah negara ini, masalah India, Melayu, Cina, Iban, Kadazan, masalah kita bersama dan selesaikan cara bersama.
- Dan saya yakin, saya yakin, kerana anak-anak Universiti Malaya, angkat Dari Universiti Malaya. Takkan dua orang saja dari Universiti Malaya? Okey, okey. Kerana Universiti Malaya ini, okey, okey. Thank you, thank you. Nandri. Ini saya belajar tentang titik perjuangan itu di sini. Dan dewan ini gelanggang kita bertempur. Membawa idea perubahan. Menuntut rasuah dihapuskan. Menuntut keadilan bagi rakyat. Dan saya bernasib baik kerana ruang itu sebenarnya yang terus mengingatkan kita bahawa pendidikan itu tidak bermula dan berakhir di gedung universiti, ia harus berakhir di lapangan, tentang perit hidup masyarakat kita.
- Semalam saya di Pulau Banggi. Kalau saudara-saudara lihat Pulau Banggi itu di antara pulau besar, tapi jauh terpencil. Hampir bersempadan dengan Balabakan dan Palawan, Filipina. Dan tentunya bermasalah besar. Jauh, tidak ada lapangan terbang, naik bot mengambil masa yang panjang. Saya ke sana pun dengan helikopter dari Kota Kinabalu lebih dari satu jam. Rakyat rata-rata miskin. Itu rantau di kalangan yang termiskin di negara Hanya ada satu sekolah menengah dan kebetulan sekolah menengah itu, saya letakkan batu asas pada tahun 1994. Dan sekarang ada tingkatan 1 sampai tingkatan 6.
- Saya turun kerana saya tahu bahawa Malaysia ini tidak akan gagah dan mantap kalau kita tumpu hanya kawasan- kawasan Di sana, di Pulau Banggi, dia tak kira soal kaum atau suku kaum. Dia kira masalah hidup dan masa depan anak-anak kita. Keadaan kehidupan yang sangat daif, tentu saya beri perhatian agar sekolah itu berdiri gagah dan mantap. Ini yang saya seru pada saudara- saudara. Hari ini, dalam lingkungan MITRA, kita bicara masyarakat India. Saudara Ramanan pun minta, dia kata untuk tahun ini untuk beberapa bulan kasi ille, dia minta kasi lagi. “Aiyoyo, Kadavule!” Jadi saya okey.
- Saya lihat ada orang tanya mengapa lambat tahun 2023? Ketua Pengarah tahu, Prabah tahu dan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat tahu, saya memang mahu mulakan dengan tatakelola yang baik. Ini dana untuk masyarakat India. Dan masyarakat India bukan semua, malah ramai yang masih juga terpinggir dan miskin, di estet atau di kalangan pekerja sepertimana yang saya sebut tadi di Pulau Banggi. Di Pulau Banggi bukan India, saya ingat tidak ada India. Tapi inilah kekuatan kita dalam MADANI.
- Hari ini dengan masyarakat India, yang perlukan pembelaan, kita harus bantu sepertimana kita bantu masyarakat di Pulau Bangi sana. Anak-anak harus fikir dengan cara dan kaedah begitu. That we work and champion the cause of justice and freedom regardless whether they are Malays, Chinese, Indians, Kadazans or Ibans. That is the only assurance, guarantee that we can succeed. And I am optimistic. Looking at the faces of the young ones, the boys and girls, the students, I see is a great hope. You don’t necessarily represent the archaic racist sentiments of many or the past generations. This country cannot stand and continue to tolerate these Yes, it takes time. It takes patience. You address one issue like today, if I say something benefit of the Indians there will be some factions of extremism Malay who will whack me in the social media endlessly. So we have to then make the right decision. And what is the right decision? It must be based on the principle of justice.
- What MADANI stands for? So today let me give you a clear categorical assurance that this government MADANI, whatever these challenges they may face, will never relinish on our promise that every single Malaysian citizen, whatever the racial composition or background, will be given the fullest protection and I give you my word, I will honour that.
- Jadi sebab itu, program-program Kementerian Sumber Manusia bukan semua dalam kategori MITRA. Kementerian Kewangan, bila kita sebut Basmi Kemiskinan Tegar dan program membantu rakyat. Itu tahun ini mencecah 15 bilion ringgit. Saya nak sebut kepada anak- anak, termasuk yang masyarakat India. Bila kita sebut kemiskinan tegar, semua rakyat, tanpa kecuali Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, itu kita beri jaminan mesti dibebaskan daripada kemiskinan tegar. Dan dalam rekodnya kita capai. Apa dia? Kemiskinan tegar – hardcore poor. We’ll start with that. Dan pendekatan kita bukan risk. Dia bukan bawah program MITRA.
- Jadi orang kadang-kadang, ada beberapa orang politik India yang mengatakan dengan masyarakat India begini takkan kita bagi bantuan hanya 100 juta setahun? Inilah masalah dalam negara kita. Dia tahu dia berbohong. Dia tahu dia tidak memberikan Tapi kalau dia sebut, Anwar, boleh tak kalau kita tambah dalam kepentingan- kepentingan tertentu, perubahan-perubahan tertentu, saya terima. Saya tak katakan kita ini lakukan semua yang terbaik. Kita boleh perbaiki. Tetapi untuk menyatakan tidak ada bantuan, tidak benar. Kita bicara. Kita dengar saudara- saudara. Masalah-masalah. Dan tak mudah kita selesaikan sebuah perkara.
- Saya sebut, sengaja saya sebut tadi apa yang saya lihat semalam di Pulau Tak akan jumpa di Kuala Lumpur dan di Selangor keadaan begitu rupa. Kemiskinan sebegitu rupa. Tetapi tanggungjawab kita juga kepada mereka. Dan ini bukan isu kaum Dusun atau Visayas di sana. Saya tak tanya dia. Kamu miskin tapi kau mana? Kalau Dusun okey bantu RM50. Kalau Visayas, RM30. Tak ada begitu. Bagi rakyat yang miskin tegar, kita bantu semua tanpa kecuali.
- Begitu juga dalam beberapa program dan kementerian. Dan kita pantau, kerana, sepertimana saudara tahu, tidak semua mematuhi peraturan yang ketat, kita harus pantau dengan sebaik mungkin.
- Tapi MITRA ini ada program khas, kerana boleh digabungkan pandangan-pandangan sarjana elit India dan wakil-wakil persatuan India. Tapi harus kita baiki program supaya program itu betul-betul sampai menjurus kepada kelompok yang memerlukan. Kalau tanya saya apakah 1 juta, cukup? Tapi kalau katakan hanya 1 juta, period, itu tidak benar. Tetapi kalau oleh kerana dalam prestasi saya lihat mutakhir ini, prestasi Mitra itu baik, saya setuju. Mulai tahun ini, kita tambah jadi 150 juta ringgit.
- Saudara-saudari, anak-anak harus ingat, rumuskan ini, tanggungjawab kita bersama. Saya katakan tadi dalam simpang siur politik dan kecaman, kadang-kadang kita hilang pertimbangan. Terutama, bila kita guna sentimen kaum itu kuat. Jangan pandang ringan. Jangan meremehkan. Di Eropah, di Amerika Syarikat, negara- negara yang dikatakan demokrasi, itu ada kebangkitan ‘The Far Right’. Apa dia Far Right? Kalangan yang guna semangat kaum dan anti-minoriti. Dan di banyak negara, mereka menang.
- Ingat, Menang kerana main sentimen kaum yang begitu tebal. Benci kepada Perdana Menteri sebab apa? Dia kawan dengan Cina. Dia tidak tegas dengan masyarakat India, soal Tak tegas dengan masyarakat Cina,soal ternakan babi. Saudara, tegas bagaimana sekalipun, kita ini mesti santuni budaya orang, fahaman orang dan agama yang lain. Bagaimanapun kita ikut dan minta peraturan diikuti, tapi janganlah sehingga menanam perasaan dan melukakan perasaan orang-orang yang mahu menjalankan, mematuhi kepercayaan masing-masing. Betul hal ini sukar, termasuk yang terpaksa saya hadapi.
- Tapi saudara harus percaya dan, as always, I stand to be corrected, and some of my remarks have been misconstrued. That’s never the intention. I know. I have a responsibility in leading this country, this nation and the complexities is difficult. And this is a risk that one has to take. If you decide purely on racial sentiments, the Malays must be reminded although they are in a majority, they must always appreciate the fact that every single citizen have his or her right.
- The Chinese, the Indians can also make their But they also must remember that this nation should not allow for this massive racist reaction. They would destroy the very fabric of the society in this country. This is precisely the reason why I’m appealing to you particularly young students here to look ahead, to think and reflect what is education after all? To acquire knowledge. Assimilation of knowledge, for what? To disseminate truth and dispense justice through an intellectual debate, discussion, discourse, not sowing discourse of hatred, enmity and discontent. To reflect and discuss rationally.
- I am very hopeful. I’m very optimistic. Contrary to many of the assertions or the political pundits, I am Insya- Allah, this country will continue to accept the MADANI framework to protect the interest, welfare and rights of every single citizen in this country.
- Saya dalam belanjawan 20-30 tahun yang lalu, saya pernah kutip kata-kata hikmat dari Thirukurral, saya mula tadi, pagi cuba hafal ini, hukum saya, tidak boleh, tidak boleh. Saya nak make sure trained dulu, jadi saya tidak mahu sebut dalam bahasa Tamil. Saya boleh nyanyi lagu MGR saja “Nalla Naalai Namathey,”. Tetapi maksud penting. Setiap insan, setiap insan, manusia, itu Dia sama dijadikan, sama tarafnya. Yang membezakan dia itu ialah amalan dia, tindakan dia, perangai dia, sikap dia bukan warna kulit dia, bukan kaum dia.
- Ini dalam Islam pun begitu juga. Prinsip itu tentang persamaan Allah angkat darjat semua manusia, Walawad karamna bani Adam. Dia angkat, Allah have exalted angkatkan tingkat kemanusiaan yang membezakan itu ialah keyakinan dia, amalan dia, sikap dia, peribadi dia. Itu pesan Thirukurral. Ia harus menjadi prinsip dalam hidup kita dan angkat martabat rakyat bersama.
- Jadi, apa lagi pengumumannya Ramanan? Dia kata, Ramanan dan rakan-rakan, kita ada di dalam Jemaah Menteri, bukan saja Ramanan dan Gobind Singh saya, saya bukan India, tapi, saya tahu, saya mahu jadi Perdana Menteri yang Saya mahu kalau boleh orang India pun kasih kepada saya sepertimana saya kasih kepada mereka.
- Jadi sebab itu bagi saya keadilan itu penting. Pecahan tentang MITRA tadi, dia kata 50 juta retain, dia kata konjam, konjam, yaar 50 Juta bukan konjam lah, dia banyak Nalla iruka whatever. Saya orang Bukit Mertajam macam KP (Ketua Pengarah MITRA). Bukit Mertajam ini dengan kawan-kawan kita banyak campur-campur Bahasa Melayu Hokkien dan Tamil, tapi saya tidak boleh sebut, sebab kadang-kadang bahasa Tamil yang tidak bagus. Dia campur, dia bagi bahasa-bahasa yang tidak Bagi saya you don’t mind. This is something real as you take don’t take it seriously I was because when I was a kid di Bukit Mertajam, we always call Melayu tak guna lah, itu Cina, istilah tidak baik, I wouldn’t repeat. Kemudian dia kata, eh pandi kutti come here. Jadi, saya pun jumpa biasalah cakap mana-mana baik eh pandi kutti. Tapi sekali saya di Penang,bila dia cakap, ini pandi kutti punya kerja. Saya tengok satu amma, aiyoyo dia tengok, eh, saya kata, apa makna dia? Bila kita berkawan, kita guna istilah kita tidak faham maksud sebenarnya. Jadi, amma itu tengok, aiyoyo silap. Saya tanya belakang, apa makna dia? Dia kata, tidak boleh, you cannot use that. Aiyoo, saya kata minta maaf, minta maaf, minta maaf.
- Tapi, saya nak cerita ni the other side of the story. How we grew up, how we have strong bond, affection for one another and it does not make a difference between you’re Malay, Chinese or Indian. That sort of culture, somehow is quite lost now. So, di kalangan anak-anak muda, saya tak cadangkan jangan guna lah panggil ini, jangan, jangan, jangan. Tapi saya nak sebut, harus ada kegiatan anak India, anak Melayu, anak Cina, cuba tingkatkan bidang kerjasama ini.
- Dan saya ucap terima kasih sekali lagi kerana kegiatan- kegiatan yang dibuat oleh MITRA, termasuk program yang agak menarik tentang Malaysia-China Use Technical and Vocational Education Training Itu bagi peluang kepada anak-anak dia di TVET dan juga training sampai ke China. Ini selain benda bakul makanan dan lain-lain dan saya bagi jaminan, betul kita dah tambah RM50 juta, tapi saya nak bagi jaminan, saya tidak mahu satu keluarga, satu anak yang kata tidak dapat melanjutkan pendidikan semata- mata kerana tidak mempunyai dana. Itu kita akan cuba sedaya upaya bantu mereka.
- Bagi anak-anak yang di universiti sekarang, fokus dalam bidang pendidikan dan pencerahan jadi manusia yang baik dan rakyat Malaysia yang baik. Anak-anak akan menentukan corak masa depan kita. Jadi saya nak seru khas. Yes, we have issues, we have problems but please be assured. We will do our level best. This is not just a political gimmick, I know people will be cynical and ridicule what we say but look at what our programs are what we have done, what we will continue to do. I appeal to you, young children, student’s here, to work together, work Not many countries in the world, multiracial country, multi religious country survive and attain such splendorism like Malaysia.
- Malaysia satu-satu negara pelbagai kaum, pelbagai agama yang masih bertahan dan punya harapan yang cukup tinggi kekalkan dan tingkatkan dan saya salute anak-anak dan tunjukkan semangat yang sama.
Terima kasih. Nandri, Vanakam!!!
