TEKS VERBATIM YAB PERDANA MENTERI : WAKTU PERTANYAAN-PETANYAAN PERDANA MENTERI, DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PARLIMEN KELIMA BELAS SOALAN DUA

12 November 2026

TEKS VERBATIM

WAKTU PERTANYAAN – PERTANYAAN PERDANA MENTERI

DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KELIMA BELAS

 

PERTANYAAN            :        WAKTU PERTANYAAN – PERTANYAAN

PERDANA MENTERI

 

DARIPADA                  :         DATO’ MOHD SUHAIMI BIN ABDULLAH  [ LANGKAWI ]

 

TARIKH                       :        12 NOVEMBER 2026 (KHAMIS)

 

 

SOALAN

 

Minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan dapat mengesahkan laporan berita bertajuk “Taiwan Sahkan Gantung Rundingan Pelaburan dengan Malaysia” susulan kenyataan YAB Perdana Menteri yang menyifatkan Taiwan sebagai sebahagian daripada China; serta apakah implikasi keputusan tersebut terhadap hubungan perdagangan dua hala dan aliran pelaburan sedia ada antara Malaysia dan Taiwan.

 

JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:

 

Tan Sri Yang di-Pertua,

 

  1. Terima kasih Langkawi, jauh pergi ke Taiwan tu. Dasar Satu China. Itu dasar Malaysia sejak 1974, bila Almarhum Tun Abdul Razak umumkan One China Policy. Jadi tak ada bercanggah di situ. Cuma kenyataan tegas kita itu mengundang sedikit keresahan.

 

  1. Apakah kesannya dari sudut dasar? Saya kata dasar kita tak berganjak. Dasar Malaysia sejak 1974 dan Kerajaan sekarang akui One China Policy. Period. Sebab itu tidak ada kedutaan. Kalau ada pun hanya pejabat perdagangan. Tidak ada pejabat rasmi sampai sekarang.

 

  1. Apakah ada rundingan? Ini tidak ada. Istilah rundingan tidak ada. Yang ada itu Jawatankuasa Kerjasama Ekonomi. Itu betul. Jawatankuasa Kerja Ekonomi yang ditangguhkan hari itu dan sekarang kita telah merujuk kepada mereka minta mesyuarat itu diteruskan, Mesyuarat Economic Cooperation Committee. Bukan yang disebut tadi rundingan, tidak ada. Dia ada Trade Working Committee, Investment Working Committee.

 

  1. Persefahaman kita dengan negara China ialah kerjasama penting kerana perdagangan dengan Taiwan itu tinggi. Apakah terjejas setakat ini? Tidak. Kita masih terus menerima pelabur dan hingga ke tahun ini, import dan eksport melonjak sangat tinggi. Saya tidak mahu yang sebelumnya, tapi saya nak sebut untuk tahun ini. Termasuk bulan-bulan setelah sedikit sebanyak pergolakan, kenyataan.

 

  1. Saya nak sebut ya. Untuk Januari-September 2026, berapa eksport kita ke Taiwan? Itu RM116.58 bilion. Berapa import? RM137.67 bilion. Maknanya, eksport kita itu meningkat 88%. Import 24.2%. Jadi jumlah perdagangan itu besar. Berapa? RM254.21 bilion.

 

  1. Jadi bagaimana, apa sikap kita tentang Taiwan? Itu rakan dagang yang penting. Hubungan kerjasama ekonomi dan perdagangan dan pelaburan baik, dan kita ingin kekalkan hubungan perdagangan, ekonomi baik, tetapi kita tidak boleh melanggar isu Dasar Satu China, pengiktirafan kita kepada satu negara China yang berpusat di Beijing.

 

  1. Projek-projek pun tinggi, termasuk di Kedah. Di Kedah, umpamanya, pelaburan Taiwan itu dah mencecah hampir RM1 bilion. RM813.2 juta ringgit.

 

  1. Jadi bagi saya, keadaan semasa pelaburan dan operasi, saya cakap Taiwan, sehingga kini bila kita semak dengan MITI semalam, masih tidak ada permasalahan. Ada pelaburan baru, ada rundingan diteruskan, tetapi kita juga tetapkan perbedaan hubungan dagang, hubungan kerjasama dan kerjasama yang baik dengan Taiwan, dan kita melayani hubungan-hubungan perdagangan, pelaburan, tetapi tidak mengiktiraf negara itu sebagai negara China. Itu hanya sebahagian daripada satu One China Policy. Terima kasih.

 

SOALAN TAMBAHAN 1

Terima kasih, Tan Sri.

 

Semalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya pun kelebek (menelaah) juga sedikit penulisan-penulisan dan kenyataan-kenyataan yang dibuat di Taiwan dan juga di Malaysia. Di Malaysia ni Lim Kai Min, Presiden Kehormat Taiwan Chamber of Commerce in Malaysia, based in Malaysia dan reporter Taipei News, Norman Goh dan Thompson Chow, yang bertajuk ‘Taiwan Suspend Investment Talks with Malaysia, confirmed by Ministry of Foreign Affairs, following comments by Prime Minister of Malaysia.”

 

Kalau kita baca ni, Yang Amat Berhormat nampak hebatlah. Hangat betul ni. Hangat betul. Sehingga ada yang mencadangkan supaya dipindahkan. Apa yang disebut oleh YB Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) minggu lepas, bahawa ini akan jadi hab teknologi semikonduktor yang bermutu tinggi di Malaysia ni. Maka, dicadangkan supaya dibawa ke Vietnam, Singapura dan juga ke Thailand.

 

Jadi makna kata hebat sekali kenyataan Yang Amat Berhormat, kenyataan Yang Amat Berhormat ini bukan sahaja Malaysia yang pening ni. Seluruh dunia sambut ni. Kalau kita tengok CNA, cuma saya duk tengok CNN je takda. Mungkin pasal banyak Trump punya kes di sana.

 

Soalan saya Yang Amat Berhormat, saya ingin juga mendapat penjelasan. Ialah ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dia nak kata apa ikut suka dia lah. Tapi saya nak tanya juga lah sama ada Kerajaan mempunyai garis panduan atau mekanisme penilaian impak ekonomi sebelum sesuatu kenyataan luar dibuat khususnya apabila kenyataan tersebut berpotensi memberi kesan kepada hubungan perdagangan, pelaburan dan keyakinan pelabur asing dan bagaimana Kerajaan memastikan pendirian diplomatik Malaysia tidak menjejaskan ekonomi Malaysia dan juga bolehkah Malaysia mempertahankan Dasar Satu China tanpa mengorbankan kepentingan pelaburan negara.

 

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

 

JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:

 

Tan Sri Yang di-Pertua,

  1. Boleh la kita perkenalkan istilah, kita boleh perkenalkan istilah-istilah baharu. Saya pun dah lama tak dengar kelebek Baik.
  2. Saya hormat pandangan Langkawi kebimbangan ni. Sebab apa pun kepentingan ekonomi dan pelaburan, kita utama. Sebab itu dalam jawapan saya, saya mengatakan One China Policy Cuma saya menegaskan semula.
  3. Bila ditanya oleh media. Saya rasa Al Jazeera kalau tak salah saya. Punyai pandangan, saya kata kita tak berganjak. The One China Policy since 1974. Jadi kata dia, apa masalah China dengan Taiwan, saya kata itu masalah-masalah negara dia. Jadi kita kena bezakan itu.
  4. Tentulah kenyataan-kenyataan itu tidak menyenangkan setengah pihak di Taiwan. Cuma saya nak tegaskan bagi kita, hubungan dagang pelaburan itu tak terjejas. Malah kita mengalu-alukan pelaburan dari Taiwan. Dan kita mempermudahkan dalam proses pelaburan terutama dalam bidang semikonduktor, AI, chips itu pelaburan daripada Taiwan itu penting.
  5. Seperti yang saya sebut tadi, peningkatannya itu 88% eksport kita. Itu di antara eksport tertinggi, bukan dari segi jumlah, dari segi kenaikan dalam satu tahun kerana fokus negara, termasuk MITI adalah dalam bidang E&E dan juga semikonduktor dan related AI dan sebagainya.
  6. Jadi saya setakat ini, kita akan ambil apa sahaja langkah yang perlu untuk menentukan hubungan dagang dan pelaburan dengan Taiwan itu kekal baik tanpa mengorbankan prinsip kita tentang kebebasan dan kemerdekaan negara, pendirian yang telah kita tegaskan sejak 1974. Terima kasih.

 

 

SOALAN TAMBAHAN 2:

[BALIK PULAU]

 Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya pernah bekerja di kilang ASE  semikonduktor (ASE Technology Holding Co. Ltd.), yang merupakan pelabur terbesar daripada Taiwan. Dan ASE juga baru-baru ini mengambil alih sebahagian daripada fasiliti analog device.

Selama ini perhubungan perdagangan dengan Taiwan adalah baik dan dapat diteruskan walaupun kita mempunyai dasar One China, bukan sesuatu yang baru. Namun persoalan saya ialah kenapa kita perlu rock the boat? Kenapa dengan kenyataan yang tegas daripada kita dan menimbulkan kebimbangan terhadap hubungan ekonomi yang telah lama dibina.

Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apakah manfaat diplomatik tambahan yang diperolehi Malaysia apabila pendirian mengenai Taiwan ditegaskan dengan bahasa sedemikian, dan apakah implikasi terhadap perdagangan, pelaburan dan pekerjaan rakyat adakah telah dinilai terlebih dahulu, dan apakah langkah segera Kerajaan untuk memastikan keyakinan pelabur Taiwan setakat kepentingan ekonomi negara terus dipelihara.

Tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga menyatakan peningkatan 88% eksport kita ke Taiwan. Bagaimana pula kalau Taiwan tarik handbrake. Bagaimana prestasi perdagangan kita secara keseluruhan pada tahun ini? Sekian, terima kasih.

 

 

JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:

  1. Okey Balik Pulau, kita sebagai negara merdeka dan berdaulat, kadang-kadang pendirian kita yang bebas itu, tidak semestinya menyenangkan semua negara. Pendirian kita keras terhadap pencerobohan jenayah Zionis Israel ke atas Palestine dan Gaza, tidak menyenangkan beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat. Dan kita masih berdagang dan menerima pelaburan dari Amerika Syarikat itu tertinggi. Yang pertama tertinggi, tetapi oleh kerana kita bimbang dengan perdagangan dari Amerika Syarikat, tak mungkin kita akan berdiam dalam soal Palestine dan Gaza.

 

  1. Sama juga tentang beberapa dasar lain, umpamanya Myanmar. Walaupun hubungan kita mula baik untuk membolehkan pelarian itu di bawa pulang, sebahagiannya, sebahagian kecil baru. Tetapi pendirian kita tentang apa-apa jenis yang dilakukan di atas masyarakat termasuk di Rakhine, itu tidak berubah.

 

  1. Begitu juga sekarang dalam soal One China Policy. Kita ada One China Policy, kita jaga hubungan supaya jangan terjejas pelaburan dan saya jawab tadi, belum ada petanda-petanda terjejasnya. Adalah kenyataan-kenyataan politik biasa, sebab itu kita memilih untuk tidak menjawab. Memadai kita, soalnya mengapa kita jawab dengan tegas? Kita jawab tegas kerana dasar kita sejak 1974. Nada saya lebih tentu, sedikit lebih tegas. Tetapi, bagi saya, tidak lari daripada garis dasar luar negara kita yang termenterai sejak dulu.

 

  1. Dan buktinya saya sebut tadi, peningkatan 88% itu sampai bulan September. Bukan, bukan setelah kenyataan itu? Sampai sekarang. Semalam dalam laporan MITI, semua rundingan-rundingan dan pelaburan baru itu belum ada petanda mereka berundur atau ditegah untuk melabur di Malaysia.

 

  1. Malah kita bangga, alhamdulillah kerana pada tahun 2025 ini, dulu kita sebut tentang dua triliun, tetapi jumlah perdagangan negara buat pertama kalinya naik kepada RM 3.062 triliun berbanding, meningkat 63% berbanding tahun sebelumnya. Ya, tentu ini juga termasuk jumlah pelaburan dan eksport yang tinggi ke Taiwan.

 

  1. Jadi saya jelaskan ya, sebab itu dalam rundingan peringkat jawatankuasa yang non diplomatic relations, itu masih kita teruskan. Kita tidak ada usaha dan bila mereka bawa kenyataan mesyuarat jawatankuasa ini mahu ditangguhkan, Kementerian Luar mengambil langkah, termasuk MITI, untuk menyatakan rundingan-rundingan peringkat tidak rasmi itu harus diteruskan.

 

 

SOALAN TAMBAHAN 3:

[ LARUT ]

 

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya amat tertarik dengan cara Yang Amat Berhormat Tambun menjelaskan tentang isu ini. Tetapi dia mengelak daripada apa yang ingin dipersoalkan di sini.

 

Pertamanya, bila kawan kita sebelah sana kata, why must you rock the boat? Itu soalannya. Jadi, Yang Amat Berhormat cuba perbetulkan. Saya ingin minta kalau boleh Yang Amat Berhormat Tambun perbetulkan isu ini. Isu ini hangat. Banyak laporan media. Anwar sokong China guna ketenteraan isu Taiwan. Itu yang sebenarnya menyebabkan Taipei melenting. Ini yang dikatakan rock the boat tadi, tetapi semua, yalah, menyokong Kerajaan. Nak tanya pun susah. Jadi, biar saya tanya dengan terus terang.

 

Saya bersetuju bahawa Malaysia ini mempunyai persepsi bahawa kita adalah negara yang mempunyai foreign policy yang berkecuali. Alhamdulillah. Saya sokong. Yang Amat Berhormat kata, ini One China Policy daripada dulu. Betullah daripada dulu. Yang kau pergi rock the boat itu pasal apa? Ini soalannya.

 

Jadi sekarang, Yang Amat Berhormat kata kita eksport banyak, dah tambah. Tapi saya nak maklumkan, bulan November ini, the effect kepada itu adalah bursa saham menyusut sehingga hampir 10%, 9% ke 10%. Kerana isu E&E ini, jiran-jiran kita, Vietnam, Thailand dia dengar, nampak macam ini “Hi Taiwan, come, we give you a few incentives”. Bukankah Taiwan ini pelabur keempat terbesar dalam negara?

 

Jadi, kalau ini akan menyebabkan masalah ekonomi negara, saya minta kalau boleh, tadi Yang Amat Berhormat kata, tak ada rundingan dengan Taiwan, jadi jangan risau. Saya pun fikir, eh jangan buat macam itu. Kita adakan rundingan balik semula.

 

Jadi soalannya, apakah tidak kita mengambil satu pendekatan baru untuk kita selamatkan ini dan kita pasti Yang Amat Berhormat ini hebat dari segi diplomasi, jadi orang tengah apa semua itu bagus. Jadilah balik semula supaya kita damaikan isu ini.

 

Soalannya, apakah ada pendekatan yang baru untuk kita selamatkan isu ini supaya tidak menjadi satu isu yang besar yang akan bermasalah dalam negara kita. Terima kasih.

 

 

JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI:

 

  1. Terima kasih. Nampak lebih banyak simpati kepada Taiwan pula dah. Saya pun kurang faham. Rock the boat ini apa? Saudara-saudara dengar betul-betul temu ramah saya. Apakah saya kata setuju, patut China menyerang Taiwan? Saya kata tak. Saya kata, we support One China policy. Yang kedua, kita kata, we believe there should be an amicable resolution through peaceful efforts. Now, the next question, what if China decides to invade? That’s purely domestic policy, we do not interfere. Fahamlah sikit bahasa itu. Dengar sekali lagi. Baik.

 

  1. Yang keduanya, rock the boat ini ya, apa? Jadi kita pun hypersensitive. Oh, sekarang saudara ini… Yang Berhormat Larut tak ikuti perkembangan diplomatik ini. You, bila saudara sebut rundingan, ini maknanya dia pengiktirafan. Sebab itu, kita kata mesyuarat jawatankuasa, bukan rundingan. Istilah itu penting. It’s not a state negotiation. Ini jawatankuasa, dan ini dah berlaku sejak 1974. Nak ubah pasal apa? Sebab dia melabur? Dia melabur di negara kita, kita sambut.

 

  1. Soal pasaran saham itu seluruh, all E&E and AI dan related data centers temporary dalam sebulan memang jatuh. Tapi kita tidak separah banyaklah negara lain. Dan saya yakin ia bukan satu yang pantas kerana ini juga jelas yang terakhir NVIDIA dalam beberapa hari yang lalu. Itu semua terkesan.

 

  1. Tapi sampai tak boleh buat kenyataan, maknanya tegas tentang pendirian kita terhadap China, itu saya tak faham. Rock the boat, rock the boat itu istilah. Siapa istilah? Kita menganggap apakah kalau boleh guna istilah biasa, saya tidak ada masalah dengan itu, tetapi cuba dengar betul-betul temu ramah dengan Al-Jazeera itu.

 

  1. Memang yang temu ramah itu India. Dia provoke supaya kita nampak berlaga dengan China. Saya tidak mahu. Dua soalan yang dia bangkitkan. Satu, dia minta saya kecam Pakistan sebagai terrorist state. Saya enggan. Saya kata, “no”. Domestic policy dia dan saya tidak dapat apa-apa bukti penglibatan Pakistan. Yang kedua pasal China.

 

  1. Jadi, pendirian kita, Tan Sri Yang di-Pertua, adalah untuk mempertahankan One China policy dan di samping itu menegaskan tentang hubungan dengan Taiwan diteruskan dari sudut perdagangan dan pelaburan. Sebab itu, kita sebut committee, working committee untuk menyelaraskan isu pelaburan dan ekonomi dan tidak rundingan antara dua negara.
Share: