TEKS VERBATIM YAB PERDANA MENTERI SOALAN 1: WAKTU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA PARLIMEN KELIMA BELAS
TEKS VERBATIM
WAKTU PERTANYAAN – PERTANYAAN PERDANA MENTERI
DEWAN RAKYAT MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KELIMA BELAS
|
PERTANYAAN |
: |
WAKTU PERTANYAAN – PERTANYAAN PERDANA MENTERI
|
|
DARIPADA |
: |
DATUK JONATHAN BIN YASIN [ RANAU ]
|
|
TARIKH |
: |
03 NOVEMBER 2026 (SELASA) |
SOALAN:
Minta PERDANA MENTERI menyatakan Projek Trans Sabah Gas Pipe line (TSGP) dan Multi-Product Pipeline (MPP) telah dibayar 88% atau bersamaan dgn nilai RM8.3 bilion walaupun kemajuan kerja hanya 13% telah dilaksanakan. Apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mendapatkan semula wang yang telah dibayar sedangkan kerja belum disiapkan?
JAWAPAN
- Tan Sri Yang di-Pertua, merujuk kepada soalan Ranau, ini terkait dengan Projek Multi-Product Pipeline (MPP) dan Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) yang diluluskan pada 2016 oleh pentadbiran ketika itu melalui Suria Strategic Energy Resources Sdn. Bhd. Nilai keseluruhan Kontrak kedua-dua projek bernilai RM9.4 bilion, yang diluluskan tanpa tender mengikut rundingan terus Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Kewangan dan China Petroleum Pipeline Bureau pada 1 November 2016.
- Projek ini melibatkan satu pakej dari saluran paip pesepanjang 600 kilometer, dari Melaka dan Port Dickson, Negeri Sembilan ke Jitra, Kedah dengan nilai kontrak RM5.35 bilion. Dan Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) melalui saluran paip gas sepanjang 680km menghubungkan terminal gas Kimanis, Sandakan, Tawau dengan nilai kontrak RM4.06 bilion. Kedua-duanya melibatkan pembiayaan oleh Export-Import Bank of China, China Exim Bank iaitu 85% daripada nilai projek dan dengan sovereign guarantee ataupun jaminan kerajaan.
- Isu pokok yang berlaku ialah kontraktor pembayaran wajib diluluskan mengikut jadual masa dan bukan kemajuan projek. Maknanya, kalau harus dibayar pada bulan Disember, walaupun projek belum berjalan, itu dibayar. Saya kurang mengerti kaedahnya, tapi itulah keadaannya menyebabkan bayaran diluluskan.
- Pada tahun 2018, RM8.3 bilion atau 88% daripada nilai kontrak telah dibayar kepada kontraktor sedangkan kemajuan kerja yang dilaporkan bagi kedua-dua projek itu hanya 13%. Yang ini bagi saya salah laku tatakelola yang serius. Ini juga menyebabkan akhirnya pada tahun 2018, Kerajaan ketika itu tidak ada pilihan tetapi membatalkan projek. Tetapi bayaran obligasi ikut undang-undang dan jaminan terpaksa diteruskan, yang berjumlah bayaran balik pinjaman kepada China Exim Bank berjumlah RM8 bilion.
- Saya harus akui bahawa mantan-mantan Perdana Menteri telah usahakan. Bawah Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Ismail Sabri, telah menghubungi pihak negara China untuk memulakan rundingan, tapi tidak berhasil. Saya kemukakan semula pada tahun 2024, ada pengakuan oleh Presiden Xi Jinping dan Premier Li Qiang pada tahun 2025, dan alhamdulillah, Pada 30 Oktober 2026 Pemeterian perjanjian antara SACR dengan China Exim Bank bagi penyeluruhan semula pinjaman bernilai RM5 bilion. Jadi 5 bilion daripada 8. Satu bilion lebih, dua itu memang dah dijalankan kerja. Satu bilion itu memang hilang di awang-awangan.
- Jadi, apa projeknya? Projek 5 bilion itu ialah membiayai skim bakalan air seluruh Perak, terutama utara Perak dan Pulau Pinang. Kalau kita tak teruskan ke perjanjian tersebut, kerugian keseluruhannya adalah 8 bilion. Walaupun perjanjian itu dilakukan, ada juga sedikit kerugian terutama kerana projek itu telah sebahagian kecil telah dijalankan, 18, 20 peratus.
- Perjanjian semula pinjaman dimeterai mengurangkan kerugian negara kepada 3 bilion termasuk 1.5 bilion yang telah diusahakan. Jadi kita dapat balik sekitar RM5 bilion dari projek Perak dan bekalan air ke Pulau Pinang. Apa projek ini bermakna? Skim bekalan air Perak Utara, Pulau Pinang, penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah, menaik taraf di sepanjang Sungai Kurau dan Terusan Besar, serta pembinaan loji rawatan air di Kemunting dan Bogak. Kerana Perak merasakan perlu treated water sahaja di eksport ke Pulau Pinang. Tidak raw water kekal milik Perak.
- Projek yang menyasarkan kapasiti bekalan air sebanyak 700 juta liter sehari untuk Perak termasuk kawasan perindustrian Kerian, 300 juta sehari untuk Pulau Pinang, 500 juta liter sehari air mentah untuk pengairan pertanian.
- Apa syaratnya? Selain daripada diusahakan oleh syarikat China, kerja-kerja pembinaan projek akan dilaksanakan melalui proses tender terbuka dan syarat kita kontraktor tempatan. Itu dipersetujui oleh negara China. Sebab itu, saya telah merakamkan penghargaan atas kerjasama negara China dan Exim Bank negeri China, China Exim Bank kerana walaupun perjanjian itu tidak memihak kepada kita, tapi telah menerima rayuan kita dan kita dapat pulangan 5 bilion daripada kerugian besar.
- Tetapi yang penting, kerana tentunya soalan dari Sabah, merasakan apa faedahnya kepada Sabah? Oleh kerana projek ini melibatkan Sabah, tentunya negara China enggan meneruskan projek sementara ini di negeri Sabah. Kerajaan Persekutuan mengambil kira hal ini, sebab itulah kita telah memutuskan supaya projek di Sabah itu diteruskan dengan beberapa langkah lain yang memberikan dana yang secukupnya bagi memenuhi keperluan negeri Sabah keseluruhannya. Ini termasuk bekalan elektrik, pipeline yang saya akan sebut kemudian jika perlu tetapi mencecah juga hampir RM5 bilion keseluruhannya. Terima kasih.
SOALAN TAMBAHAN 1
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah memberikan penjelasan panjang lebar. Ada dua perkara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Pertama ialah ketika isu TSGP dan MPP ini menjadi hangat suatu ketika dulu, siasatan SPRM telahpun dibuat, segala fail-fail telah diangkut dan sebagainya.
Kita minta tahu sama ada apakah status sebenarnya yang berlaku dalam isu ini? Sama ada terdapat kes salah laku, salah guna kuasa, sama ada terdapat isu rasuah, sakau dan sebagainya, bagi memberikan penjelasan kepada rakyat, khususnya kepada rakyat Sabah juga.
Dan perkara kedua yang ingin saya bangkitkan ialah kita minta supaya jika sekiranya ada dana yang dikembalikan untuk TSGP itu, dapat kiranya digunakan untuk membantu Kerajaan Negeri Sabah bagi membina Southern Link untuk menggantikan TSGP, kerana ini sangat kami perlukan di Sabah untuk membaiki supaya ada bekalan elektrik yang mencukupi, khususnya di kawasan Tawau dan Sandakan, Sabah.
Bila di Tawau dan Sandakan ini baik, kami di kawasan pedalaman pun baik kerana tidak terganggu daripada grid utama elektrik di negeri Sabah. Terima kasih Perdana Menteri.
JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI
- Terima kasih Ranau. Saya ambil perhatian. Tadi saya telah singgung hal ini. Jadi saya ingin bacakan apa yang dilakukan. Betul, dana itu asalnya untuk Sabah, tetapi oleh kerana kegagalan dan betul, memang salah laku yang besar kerana perjanjian melibatkan 9 bilion tidak ada tender dan tidak ada ketelusan dan syarat perjanjian itu yang sangat aneh. Projek boleh jalankan, mesti dibayar walaupun tidak ada progres kemajuan projek tahap-tahapnya.
- Kes ini, betul kes 2016 yang diangkat semula 2018 tapi maklumat-maklumat itu melibatkan dua negara. Itu dari segi laporan siasatan termasuk SPRM menghadapi beberapa kesukaran. Tapi kes itu tidak ditutup. Cuma melibatkan pemimpin-pemimpin yang terdahulu dan saya tidak anggap perkara ini ringan.
- Cuma bila saya dapat laporan tentang siasatan, dia memang… tetap memang ada elemen sakau. Tak boleh nafi walaupun sekarang ini ada orang dia, apa orang kata, bimbang dengan istilah itu sedemikian tetapi bila siasatan melibatkan dua negara, dia melibatkan juga maklumat yang tidak boleh kita dapati setakat ini, ya. Mudah-mudahan kita dapat teruskan.
- Jadi, balik kepada soal belanja untuk Sabah. Saya jelaskan ya. Pertama, Projek Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri atau BESS Lahat Datu, itu RM644 juta yang dimulakan sejak Jun 2025. Kedua, pembiayaan RM765 juta projek talian penghantaran Southern Link, itu yang telah diluruskan oleh Belanjawan tahun lalu. Itu penghantaran elektrik antara Pantai Barat dan Timur Sabah. Ketiga, projek hidroelektrik Ulu Padas bernilai RM4 bilion. Yang ini sedang dilaksanakan dengan kapasiti penjanaan 187.5 megawatt dan harapnya kalau kemajuan itu tidak terganggu, sasaran operasi 2030. Projek ini dibayari pemaju sebagai projek penjanaan tenaga bebas dengan penyertaan Sabah Energy Corporation.
- Jadi, dengan cara yang demikian, kita jamin, insya-Allah, bekalan elektrik yang stabil dan kemudahan asas yang baik untuk negeri Sabah.
SOALAN TAMBAHAN 2
[BELURAN]
Terima kasih Yang Amat Berhormat Speaker, memang banyak yang dimaklumkan dan diumum projek-projek yang dilaksanakan di negeri Sabah, tetapi sebahagian besar contoh yang paling ketara adalah dana yang begitu besar dibagi untuk pembinaan jalan PAN Borneo. Tetapi akhirnya, percentage pencepaian, pelaksanaan amat mengecewakan. Di mana kegagalan dan kelemahan yang berlaku sama ada Kerajaan telah mengenal pasti perkara ini dan menambah baik kelemahan bahagian-bahagian kelemahan yang perlu ditambah baik.
Tidak ada manfaat bagi Sabah jika pengumuman berbilion ringgit, namun jalan raya masih dalam keadaan yang daif, bekalan elektrik di Tawau minggu lalu masih berhadapan dengan masalah gangguan yang begitu mengecewakan dan pelaksanaan projek-projek yang lain.
Jadi maknanya ada bahagian, ada field area yang perlu ditambah baik oleh kerajaan. Selain yatdaripada menguntukkan peruntukan yang besar. Tetapi akhirnya rakyat Sabah masih kecewa dengan pelaksanaan secara keseluruhan.
JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI
- Tan Sri Yang di-Petua, saya setuju dengan gesaan Beluran. Kita umumkan projek, kita boleh laksanakan tapi banyak yang terbengkalai atau lewat. Sebab itu, kita tetapkan umpamanya beberapa kaedah. Kadang-kadang syarat yang dikenakan oleh Sabah dulu, mesti syarikat tempatan, mesti syarikat daerah yang kenal. Jadi terpulang kalau projek kita projek yang agak besar, sukar.
- Jadi sebab itu, kita telah berbincang semula dengan kerajaan negeri. Khususnya Ketua Menteri untuk memberikan kelonggaran supaya siapkan projek ini dengan cara telus, tender yang terbuka dan pilih syarikat yang cukup berwibawa. Kalau yang dia punya sub-kontrak yang kecil-kecil itu memang kita serahkanlah supaya syarat-syarat tempatan.
- Contoh terbaik adalah dengan PAN Borneo Sarawak, kerana Sarawak itu dia mematuhi peraturan dan siap ikut jadual. Malah kita tambah sekarang satu lingkaran yang tidak dalam rancangan sebelumnya, kerana prestasi itu baik. Projek dijalankan dalam keadaan yang sama, jadi setuju.
- Jadi apakah langkah yang diambil sekarang? Untuk projek-projek baru yang sudah, terutama 1-2 tahun yang lalu kita letakkan syarat yang jauh lebih ketat. Jadi saya minta kerjasama rakan-rakan dari Sabah, jangan gunakan umpamanya mengapa tidak syarikat ini, mengapa tidak syarikat daripada daerah ini, mengapa tidak syarikat negeri? Jadi ini yang menyukarkan kita. Jadi saya telah bawa perkara ini sendiri daripada kerajaan Sabah menyatakan projek-projek besar terutama lebuh raya, jalan raya, hal-hal.
- Macam seperti ini, projek-projek yang saya sebutkan tadi. Ini kita syaratkan sangat ketat mesti patuhi syarat-syarat nasional dan tidak tolak ansur dari campur tangan lain. Jadi, ini menyebabkan prosesnya itu, macam penyimpanan tenaga bateri itu dia lebih ikut jadual.
- Jadi, saya setuju mesti ada langkah-langkah baru. Dan untuk jalan-jalan yang terjejas sekarang ini, beberapa minggu yang lalu sebelum belanjawan, saya telah minta supaya JKR Sabah dan Persekutuan melihat semula beberapa langkah yang tidak termasuk dalam projek tapi yang patut disegerakan untuk mengurangkan tekanan kepada rakyat, terutama kawasan perdalaman.
SOALAN TAMBAHAN 3
[SEMPORNA]
Terima kasih Tan Sri Speaker dan terima kasih Yang Amat Berhormat menjelaskan dan juga usaha yang sedang dilakukan. Persoalan yang saya bangkitkan berhubung kait dengan Rule of Law, Enforcement of Law yang ada ini kerana saya dapati setelah mendengar penjelasan dah bayar 88% perlaksanaan cuma berapa peratus sahaja dan ini membabitkan bukan hanya syarikat dari China, tapi membabitkan juga pihak-pihak pegawai-pegawai daripada negara Malaysia yang ada.
Persoalannya Enforcement of Law dan juga Rule of Law saya dapati Yang Amat Berhormat di Sabah ini banyak kejadian bukan hanya seperti disebutkan oleh Yang Amat Berhormat tadi Pan Borneo dah belanja, tak siap lagi separuh, khususnya di kawasan Sipitang, Kimanis. Yang Berhormat Menteri Kerja Raya ada sini. Dia tahu, saya tahu, saya jalan. Saya nampak dengan mata saya, tindakan what actions can be taken? Satu bab dan satu lagi, dari segi non-firming loans, SDB Sub-Ratement Bank yang ada hampir RM5 billion dan 20 tahun 10 tahun, better than along. Pinjam duit RM20 juta, keluar duit RM10 juta non-fulfilling loan. What actions we are going to take? Ini yang kadang-kadang membimbangkan saya sebagai seorang anak Sabah, rakyat Malaysia kita sayang masa depan anak-anak kita. But what actions to be taken? Seakan-akan saya dapati bahawa Sabah ini mempunyai gas pengeluar yang the biggest selepas Sarawak.
Minyak Sabah nombor satu, Sarawak nombor dua. Gas kita nombor dua, Sarawak nombor satu. Saya terima dengan baik supaya pipeline itu ada. Tapi bila ada penyelewengan, saya suarakan. Saya tidak ada kuasa untuk membatalkan, yang membatalkannya mantan Perdana Menteri 21 Ogos 2018. Saya ada suarakan untuk bagaimana supaya kita mempunyai gas yang begitu kekayaan, takkan tak boleh ada pipeline.
Tapi bila ada penyelewengan, what enforcement? Apa undang-undang yang perlu kita ambil yang terhadap pihak-pihak, bukan hanya terhadap Pan Borneo, bukan hanya terhadap yang sekarang, begitu juga SDP Bank yang ada. Dan Menteri Kewangan, saya harap sungguh seperti Auditor General mengambil tindakan dan saya berharap sungguh supaya yang disebut tadi oleh Yang Amat Berhormat tentang projek air di Perak, projek air di Pulau Pinang, di Sabah ini sudah daripada bulan 6 lagi, Tan Sri Speaker tak ada airnya.
Dan kita jangan cerita di kampung, di rumah saya di bandar Kota Kinabalu pun. Bermusim kadang-kadang bukan hanya bekalan elektrik, bahkan juga air. Jadi saya minta kerjasama daripada Yang Amat Berhormat supaya bukan hanya setakat enforcement of law, rule of law yang ada, tapi dari segi perlaksanaan keutamaan-keutamaan.
Yang mana syarikat saya setuju, Yang Amat Berhormat mana syarikat yang mampu melaksanakannya, let them be there. Tapi kita tidak mahu bila syarikat itu kita bagi kepada kontraktor, dia subcontract, subcontract. They don’t have the machinery; they don’t have the manpower yang ada. Terima kasih banyak.
JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI
- Terima kasih Semporna ya, gesaan umpamanya keadaan pelaksanaan harus telus, teratur, ikut peraturan dan hukum. Saya setuju kalau tidak ada pelanggaran begini, tidak mungkin kita catat kerugian sebesar ini. Tapi kita juga hadapi masalah setiap kali kita ambil tindakan terhadap penyakau ini, itu reaksinya daripada banyak pihak seolah-olah kita dendam. Dendam apa ini?
- Sekarang kita kena bayar, terpaksa runding. Bayangkan saya terpaksa runding dengan Presiden dan Premier dalam keadaan kita akui kesilapan kita. Bukan kita runding kata kita ini hak kita. Tidak, kita dah mengalami kerugian, ada kelemahan besar dalam tatakelola. Jadi kita hanya minta kerjasama mereka kerana saya kata, akibat tindakan, kesalahan tadbir urus beberapa orang menyebabkan negara menanggung kerugian berbilion ringgit.
- Jadi nasib baiklah hubungan kita dengan negara China itu baik. Jadi dia boleh bagi pertimbangan khas, bukan sebagai precedent. Dan dia tak sebut ini kaitnya dengan projek Sabah Pipeline. Dia hanya mengatakan ini projek baru untuk Perak dan bekalan air Pulau Pinang. Tetapi puncanya apa? Puncanya kecelaruan ini. Jadi kita kena akui, kena baiki.
- Sebab itu saya tekankan negara ini mesti diselamatkan. Tak boleh, mana sini RM5 bilion, situ RM3 bilion, sini RM8 bilion bocor begitu sahaja. Kalau lihat balik, tentunya saya terpaksa teliti balik projek itu. Sebenarnya, perkajiannya memang tidak besar. Daripada awal, dia tidak dianggap sebuah projek yang baik. Tetapi dia tekan untuk memastikan faedah dan keuntungan bagi beberapa pihak, itu satu.
- Jadi sebab itu, pengalaman ini harus mengajar kita. Kemudian Pan Borneo. Pan Borneo ini bergerak seiring di antara Sabah dan Sarawak, prestasi Sarawak sangat baik. Ini Menteri JKR, KKR pun ada, tetapi pelaksanaan di Sabah ada masalah lain. Memang ada juga isu-isu cerun dan sebagainya dan kawasan, tetapi soal pemilihan kontraktor itu betul.
- Jadi apa yang digesa oleh Semporna saya setuju dan sebab itu dalam peraturan sekarang yang tidak mudah lah sebab itu Kementerian Kewangan mengambil jalan yang agak tegas dan keras tidak tolak ansur dari segi peraturan ini.
- Jadi mudah-mudahan selepas ini hal-hal lain yang digesa kita akan baiki. Tetapi tentang bekalan air, percayalah sejak sebulan lalu kita telah bangkitkan soal jalan berlubang dan bekalan air, bukan sahaja di Sabah tapi juga di tempat-tempat lain yang mendesak.
Terima kasih.
