TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PM : MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI JPJ MALAYSIA KE-80 TAHUN

25 April 2026

TEKS UCAPAN VERBATIM

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI 

SEMPENA 

MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI JPJ MALAYSIA KE-80 TAHUN (SHJ80) 

25 APRIL 2026 (SABTU) | 10.30 PAGI

PERKARANGAN STADIUM NEGERI PULAU PINANG, BATU KAWAN

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin

Wa usolli wa nussalli ala Rasulihil Karim,

Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow,

Ketua Menteri Pulau Pinang;

 

Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook,

Menteri Pengangkutan;

 

YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar,

Ketua Setiausaha Negara;

 

YBhg. Dato’ Seri Jana Santhiran Muniayan,

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan;

 

YBhg. Dato’ Aedy Fadly bin Ramli,

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan;

Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid,

Timbalan Ketua Menteri; dan

 

Ahli-ahli mesyuarat kerajaan negeri, setiausaha kerajaan negeri dan ramai rakan-rakan yang pentingnya warga JPJ yang saya raikan bersama. Dan juga ikon JPJ, Siti Nurhaliza. Patut daripada jemput saya berucap, biar jemput dia nyanyi. Tak adalah acara kah ni? Lepas ini ya? Lepas itu dengar dia dulu, baru saya tenang sikit. Baik.

 

  1. Kita tentunya bangga, syukur kepada Allah SWT dan bangga pada hari ini kerana kita dapat merayakan, memberi pengiktirafan, menyatakan penghargaan kepada rakan-rakan dan sepertimana saudara Anthony Loke sebut tadi, dari lembaran sejarah, pengorbanan, sumbangan rakan-rakan terdahulu sejak 1946. Sejarah 80 tahun. Pelbagai masalah, pelbagai gelora, pelbagai gelombang tapi akhirnya saya ucapkan tahniah dan turut berbangga kerana JPJ berdiri mantap sebagai suatu agensi yang dibanggakan dalam negara kita.

 

  1. Dan yang terkait dengan dalam perbicaraan rakan-rakan kita tadi, saudara Anthony Loke dan juga Ketua Menteri Chow ialah bahawa kesediaan, KP ya, untuk memahami, menghadam konsep negara MADANI ini termasuk memberi fokus tentang transformasi digital. Negara kita kalau mahu maju tidak boleh mengekalkan kaedah lama. Negara itu harus ada keupayaan mencari jalan, helah, kebijakan, ikhtiar untuk meningkat lebih baik.

 

  1. Saya selalu mengingatkan rakan-rakan kalau mahu berjaya, dia… semangat apa yang disebut dalam… yang dirumuskan dalam hadis dari Muhammad SAW, Itqan fil amal. Dia bukan sahaja amal, bukan sahaja kerja tetapi mesti bergerak untuk mencari kesempurnaan, meningkat keupayaan supaya lebih baik.

 

  1. Teori pengurusan sekarang menyebut striving for excellence. Tapi dalam budaya kita, agama kita di Asia, semua bergerak. Baiki, diri, peribadi, akhlak, nilai dan semua ini ke arah pembaharuan dan kebaikan. Bukan mengekalkan sistem dan kaedah yang lama.

 

  1. Jadi kepada Saudara Aedy Fadly dan seluruh keluarga JPJ, saya terus memberi dorongan kepada saudara-saudara untuk meneruskan mudah-mudahan JPJ berkembang, maju, matang sebagai salah satu jabatan yang mempelopori perubahan ini dan menerima beberapa kelemahan yang ada dan untuk diperbaiki.

 

  1. Saudara tahu, saya tidak harus berdolak-dalik di sini bahawa oleh kerana JPJ itu satu agensi yang berdepan terus antara jabatan dengan rakyat. Maka semua tindakan yang kerenah itu diketahui oleh rakyat dan kadang-kadang kalau tegas sepertimana disebut tadi oleh Menteri tidak disenangi oleh rakyat. Kalau lembik dan tolak-ansur, ditekan oleh SPRM.

 

  1. Jadi, saudara dalam keadaan dipantau langsung. Apa lagi… manakala kita punyai media sosial hari ini. Ada yang menegur berdasarkan nilai dan akhlak. Ada yang menegur secara nafsu serakah dan kebencian. Jadi, ujian pada kita… yang kita hadapi itu lebih berat. Saya ingin berikan peringatan dan saranan supaya saudara-saudara keluarga JPJ terima ini dengan cara positif.

 

  1. Dunia berubah dan tidak ada salah kalau di kalangan masyarakat kita mengharapkan sesuatu yang lebih baik. Ini yang dia kata seolah-olah satu legakan, rising expectations, legakan harapan yang lebih menggunung dan kita cuba. Islah Mastata’tu, iaitu melakukan perubahan sedaya upaya kita sepertimana ringkasan yang saya baca dalam Al-Quran tadi.

 

  1. Islah, perubahan, sedaya upaya kita dan saya lihat semangat ini dan saudara bernasib baik kerana Menteri Pengangkutan itu di antara yang dalam kalau mesyuarat kabinet, kalau ada teguran tentang JPJ dia memang fully loyal and committed to defend the integrity of JPJ. Dan itu pun number plate, tak ada yang percuma dan itu betul kerana ini… kalau kita teruskan amalan reserve number ini kepada pembesar ini, jadi dia bukan lagi suatu budaya yang sesuai dengan perkembangan masa dan tuntutan negara yang adil dan berdaulat.

 

  1. Jadi sebab itu perubahan-perubahan ini kita terima baik. Apa salahnya? Sepertimana yang disebut oleh Menteri tentang nombor-nombor ini, daripada biasa je orang ambil, apa salahnya kalau kita buat tender terbuka dan kumpul dana untuk JPJ, untuk kerajaan? Kalau dana JPJ itu besar, tentulah Kementerian Kewangan akan beri pertimbangan supaya dapat dipulangkan saja kepada rakyat tetapi untuk pengurusan JPJ yang bertambah. Ini Ketua Setiausaha Perbendaharaan pun ada dan bila saya sebut ni dia tepuk tangan maknanya dia setuju.

 

Saudara-saudari yang dihormati sekalian,

  1. Saya nak singgung sikit tentang perkembangan semasa. Saya tahu dan saudara-saudara sedia maklum, JPJ ini soal seluruh. Semua orang, seluruh rakyat tanpa kecuali guna jalan dan ramai juga yang langgar peraturan. Setengahnya bukan langgar peraturan, dia langgar orang. Jadi, semua rakyat tanpa kecuali berdepan dengan JPJ dan JPJ ada tanggungjawab yang boleh meleraikan, menyantuni tetapi juga sebahagiannya tidak senangi oleh rakyat kerana setengah orang kalaupun dia melakukan kesalahan, dia masih pertahankan hak dan kebenaran bagi di pihak dia. Dan JPJ harus meningkatkan keupayaan, professionalism dan ketegasan dalam melaksanakan tugas ini dan… sebab itu, langkah pendigitalan itu sangat wajar kerana dia melepaskan kita daripada kemungkinan tohmahan ini bertambah.

 

  1. Kalau pengalaman dalam hidup saya dari semasa mula ada motosikal dan kereta dan seluruh kontroversi, kritikan terhadap JPJ saya harus akui ketimbang kedudukan puluhan tahun yang lalu, imej JPJ jauh lebih baik sekarang dan saya ucap tahniah. Tetapi kemelut baru muncul. Akhir tahun lalu dan suku pertama tahun ini, kenyataan dikeluarkan oleh bank negara menunjukkan prestasi ekonomi kita itu menakjubkan. Jauh lebih baik daripada yang kita unjurkan. Pertumbuhan lebih baik daripada yang diunjurkan. Pelaburan tertinggi dalam sejarah. Kekuatan ringgit tertinggi prestasinya di Asia. Pengangguran antara yang paling rendah dalam sejarah. Jadi tetapi sekonyong-konyong muncul permasalahan baru.

 

  1. Peperangan akibat serangan biadab Israel dengan sokongan Amerika Syarikat ke atas Iran dan ini mengundang pertempuran baru tempiasannya melebar ke rantau negara teluk. Kita punyai hubungan baik. Kita berdagang dengan Amerika Syarikat, dagangan dan pelaburan utama dan negara China. Kita di antara negara yang hubungan sangat baik dengan negara Teluk, Arab Teluk dan juga negara Iran dan ini dasar kita yang bebas dan merdeka. Sebab itu kita boleh berhubung dengan negara-negara ini yang tengah tegang berperang tapi kita masih mengambil sikap yang berbaik dengan semua tetapi punyai pendirian mana mungkin negara Malaysia bebas, merdeka, berdaulat tidak ada pendirian? Orang boleh bunuh sesuka hati, boleh bom sekolah sesuka hati. Kita bukan mewakili pandangan begitu.

 

  1. Jadi, kalau anak-anak ada sebahagian daripada kita yang singgung, mengapa harus campur aduk? Kita tidak campur dari segi ketenteraan. Kita tidak campur sehingga menjejaskan hubungan baik kita. Kita tak campur sehingga menjejaskan kepentingan negara kita. Tetapi, kita sebagai negara bebas dan berdaulat, mesti bersuara kalau ada jenayah besar terhadap mana-mana negara. Sikap satu negara umpamanya Israel mengambil keputusan bom sekolah. Kalau kita membisu, apa erti kemerdekaan? Apa erti negara bebas sampai orang dibunuh, anak-anak kecil dibunuh terlempar di Lebanon dan kita tidak ada… bukan hantar tentera, untuk bersuara pun tidak boleh.

 

  1. Sebab itu saya bersyukur kata Allah SWT. Dalam kerajaan dan Jemaah Menteri, kita bulat menyatakan mesti ada pendirian mengutuk serangan ganas dan biadab terhadap negara-negara yang menjadi mangsa. Dan sekarang Iran, Gaza, Lubnan, hari-hari ada pertempuran yang begitu dahsyat. Memalukan, mengaibkan, menghina kemanusiaan itu sendiri. Itu sebabnya mengapa kita mengambil tindakan.

 

  1. Tapi dalam konteks hari ini yang saya singgung ialah kerana tempiasannya kepada ekonomi negara kita. Harga minyak melonjak naik, harga diesel bukan saja naik harga, di beberapa negara sudah ketandusan tidak punyai supply diesel untuk rakyat. Perdana Menteri Australia, Albanese datang, bincang, tanya mengenai minyak. Tentu kita berbaik. Sebab kita perlu fosfat dari Australia, dia perlu urea daripada Malaysia. Jadi, kita harus berbaik supaya kita perolehi fosfet untuk ladang-ladang kita.

 

 

  1. Dia perlu minyak. Kita jawab kalau ada lebih, boleh jual. Kalau tidak ada, maaf tidak mungkin kita serahkan. Diesel, kita kata sukar kerana diesel sudah terbatas pengeluarannya.

 

  1. Ada satu negara, dalam tempoh 18 hari, 1000 penerbangan dibatalkan. Jangan kita anggap ini tidak ada tempiasannya ke atas negara kita. Sebab itu, kita harus waspada. Tidak perlu politikan ini. Belajarlah dari sejarah. Ada masa kita berpolitik, ada masa kita berbeda pendapat tapi ada masa di mana seluruh kekuatan negara, kerajaannya, rakyatnya, pekerjanya harus bangkit bersama sebagai satu pasukan pertahankan maruah dan kemerdekaan dan ekonomi negara. Dan ini masanya saudara-saudara dan kita boleh ditegur.

 

  1. Dalam perjumpaan-perjumpaan, beri cadangan. Bukan saja JPJ, tapi ekonomi negara kita. Bagaimana harus kita perbaiki? Kita dengar. Dialog saban minggu, minggu lalu sahaja saya jumpa PMKS, SMEs yang bumiputera, yang Cina, yang India, yang Sabah, Sarawak. Kemudian jumpa wakil-wakil bank. Jumpa wakil-wakil syarikat, menteri-menteri. Menteri Anthony Loke jumpa semua syarikat-syarikat pengangkutan mendengar, cuba menyelesaikan di mana yang boleh dalam keadaan kita terpaksa menghadapi kegawatan ekonomi ini.

 

 

  1. Saya rasa elok kita ambil pendekatan yang lebih terbuka untuk memberikan penyelesaian atau meredakan tekanan. Umpamanya, diesel meningkat. Memang penggunaan diesel rakyat itu kecil ketimbang RON95. Tetapi, kita tidak boleh nafikan, dia beri kesan kerana masih ada rakyat dan kadang bidang berapa dalam beberapa sektor mengesankan kepada negara dan rakyat terbanyak.

 

  1. Jadi, kita cari jalan sekarang. Ada orang bila dia kempen, dia cerita tentang harga diesel yang maksimum. Dia tak pernah sebut bahawa di Malaysia satu-satu negara yang memberi subsidi nelayan, peladang, pengangkutan, bas sekolah. Semua itu diberikan subsidi, bukan harga diesel pasaran. Tapi tidak dibicarakan kerana main politik kebencian dan sempit yang tidak memberikan fakta.

 

 

  1. Saya terima kalau ada teguran bagaimana cari jalan untuk mengurangkan tapi mereka harus tahu perkembangan yang ada sekarang. Kebimbangan kita terbesar ialah supply. Ada tidak barangan itu? Itu paling besar. Keduanya, baru harga. Sebab kalau kita bicara harga, ada negara dalam tempoh awal bulan lalu, awal bulan ini, Mei, 400 stesen minyak ditutup.

 

  1. Saudara, bayangkan. Saudara di kota kecil, stesen minyak ditutup. Bagaimana hidup? Ada negara… pegawai-pegawai kerajaan kita hanya diminta, Ketua Setiausaha Negara kata bekerja dari rumah. Ada negara, kalau pergi pejabat, sebaiknya kalau dia satu kota berjalan kaki ke pejabat.

 

 

  1. Saudara, Alhamdulillah kita belum sampai ke arah itu dan saya tidak fikir kita akan bergerak ke arah itu. Tapi janganlah kita takabbur, anggap kita boleh selesaikan semua masalah yang dihadapi oleh dunia sekarang. Kita juga bernasib baik kerana saya katakan tadi hubungan kita baik.

 

  1. Jadi, saya hubungi Presiden Iran. Berapa negara yang boleh hubungi Presiden Iran? Boleh tahu? Tidak banyak. Tapi bila kita hubungi Presiden Iran sebelum selesai, perbualan telefon itu dia beritahu ‘Prime Minister Anwar, take it from me, I will give immediate instruction so that the tankers, oil tankers in Hormuz Straits owned by Malaysia will be cleared’.

 

  1. Pada masa itu dia sempat clear, satu masih tersadai. Jadi, satu sudah sampai di Pengerang minggu lalu, satu dalam perjalanan, tapi ada yang lain-lain tersangkut pula sebab kawasan itu menjadi kawasan pertempuran di antara Iran dan Amerika Syarikat. Saudara, ini berkat hubungan baik kita dengan negara-negara luar. It makes a lot of sense for us to continue to establish good relations with countries.

 

  1. Tapi, saya nak sebut di sini, dia tak menghentikan fitnah kita jual petrol ke Filipina. Padahal proses minyak itu di Pengerang oleh syarikat Vitol tapi serangan itu merebak begitu cepat. Ini bukan cara kita membina negara. Ini cara kita menghasut, melemahkan kekuatan politik negara kita dan kestabilan. Boleh tegur, boleh pesan ‘Anwar jangan jual minyak ke negara lain sehingga dapat dipastikan keperluan kita mencukupi’. Okey, saya boleh terima atau tanya saya, apakah ada cadangan yang nak jual? Kita boleh jawab, tapi terus buat hukuman.

 

  1. Bila kita bagi penjelasan, tidak ada. Ada seorang ahli Yang Berhormat, ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri mengatakan, tidak ada kapal Malaysia yang lalu Selat Hormuz. Dia ni, saya tidak tahu dia belajar di mana dulu. Buku apa dia baca? Jadi, kita… saya sebut perkara ini merayu saudara-saudara bahawa hal-hal kita dengar.

 

  1. Ambil umpamanya soal kenderaan diesel. Berapa kenderaan diesel di Malaysia ini? 1.8 juta. Ya, masih kecil ketimbang keseluruhannya tapi bagi 1.8 juta ni ada masalah? Ada, kerana harga diesel naik. Saya masih ingat ya, menantu saya pun ada kereta diesel, tapi maknanya kita dengar. Tapi, keputusan kita ialah penyasaran subsidi RON 95 itu masih kita kekal.

 

  1. Semalam saya dengan Tuanku Sultan Brunei di Kuala Lumpur. Brunei sahaja yang agak rendah sedikit daripada kita. Semua negara pengeluar minyak lain, semua negara pengeluar minyak lain, harga minyaknya itu lebih mahal daripada kita.

 

  1. Jadi, syukurlah dulu sedikit. Bagilah sedikit pengiktirafan. Oh kita turun daripada 300, turun jadi 200. Yalah, jimatlah sikit. Saya pun tahu walaupun nama 200, sekarang isteri dia 200, suami dia 200, 400. Kita pun tahu. Apakah perlu diturunkan lagi? Tengok keadaan. Tengok keadaan apakah cukup minyak untuk negara kita. Apakah cukup pendapatan? Berapa jumlah dana tambahan tiap bulan? Itu RM7 bilion untuk minyak. Extra burden to the government is RM7 bilion per month. Now, it’s our problem. Ada yang mengatakan ini soal kerajaan lah tapi kerajaan itu soal rakyat, cukai rakyat, hasil rakyat, ataupun lebihan untuk bantu rakyat.

 

  1. Jadi sebab itu, bila dengar daripada masalah diesel, tadi saya bincang dengan Menteri Pengangkutan. Saudara Loke kata cari jalan dan saya minta Kementerian Pengangkutan, KSU ya, untuk mencari jalan sekarang supaya dalam tempoh terdekat, turunkan cukai jalan bagi kenderaan diesel. Itu boleh. Turun harga minyak sekarang ini tak mampu kita. Tapi, cukai jalan itu boleh. Kalau nak turun banyak, tolong lobby dengan Menteri Pengangkutan (nada berseloroh).

 

  1. Saya nak sebut sikit tentang pembangunan Pulau Pinang. Saya tahu ini event nasional, tapi untuk Pulau Pinang kerana Pulau Pinang ini dalam tahun, beberapa tahun kebelakangan ini agak kurang diberi perhatian. Tapi sekarang dalam Kerajaan MADANI kita cuba.

 

  1. Semalam saya di Johor umpamanya, dan kita tidak pinggirkan. Economic Zone, Forest City, Maharani Port, New Highway, ART, kita teruskan, puluhan bilion. Minggu lalu, beberapa hari yang lalu saya di Kelantan, termasuk di daerah Pasir Puteh, tebatan banjir terus, sekolah-sekolah agama yang telah usang dibantu.

 

  1. Hari ini di Pulau Pinang, saya nak sebut. Ketua Menteri Chow tahu, 2021 dan 2022, perbelanjaan Kerajaan Persekutuan untuk negeri Pulau Pinang tidak sampai pun RM5 Bilion, tapi di bawah Kerajaan MADANI kita harus pulihkan balik hak dengan kewajaran membantu yang munasabah. Jadi, pada tahun 2023 – RM5.7 bilion, 2024 – RM5.8 bilion pertambahan. 2025, RM7.6 bilion dan untuk tahun ini RM7.8 bilion.

 

  1. Maknanya, peningkatan 60% ketimbang 2022. ini termasuklah LRT Mutiara dan juga naik taraf lebuhraya di antara Juru dan Plaza Tol Sungai Dua yang diumumkan tadi. untuk LRT Mutiara, memang jumlahnya besar berapa Ahli Parlimen pembangkang menyerang saya di Parlimen kerana beri keutamaan kepada Pulau Pinang, benar-benar kos agak tinggi. Saya telah jawab, memang mulanya LRT di pulau tapi saya sebagai anak Seberang, saya tahu keperluan pembangunan itu harus lebih merata. Maka saya cadangkan kepada Kerajaan Negeri dan Persekutuan supaya LRT itu dari pulau menyeberang ke Seberang. Jadi kosnya meningkat dan sebahagian setengahnya daripada peruntukan kerajaan, sebahagian atau setengah dari sumber pinjaman. Tapi itu pun dipolitikkan. Padahal peruntukan Kelantan tambah, Terengganu tambah. Semua negeri kita tambah kerana hasil kita juga bertambah dan di antara sebab hasil bertambah ialah kerana JPJ. Saya Terima kasih banyak.

 

  1. Jadi, sekian dulu saya ucapkan terima kasih dan doakan kepada Allah SWT mudah-mudahan usaha kita ini diberkati oleh Allah SWT dan JPJ terus maju meningkatkan khidmat dan ke arah kecemerlangan.

 

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Share: