TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KONVENSYEN WAKAF DAKWAH ANTARABANGSA 2026

27 July 2026

 

 

TEKS UCAPAN VERBATIM

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

 

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KONVENSYEN WAKAF DAKWAH PERKIM 2026

 

27 JULAI 2026 | ISNIN | 5.30 PETANG

KUALA LUMPUR CONVENTION CENTER

 

 

 

 

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

 

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah

Wama tawfiqi wa’tusomi illa billah

Alhamdulillahil quail, Waman ahsanu qawlan mimman daAAa ila Allahi waAAamila salihan

Waqala innanee mina almuslimeen.

Wa Usolli Wa Nusalli Ala Rasoolilah Kareem

Wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.

 

 

Yang Berbahagia saudara saya Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Patinggi Dr. Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg,

Premier Sarawak merangkap Yang Dipertua PERKIM;

 

YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim,

Timbalan Yang Dipertua PERKIM;

 

Yang Berhormat Datuk Teknologis Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak);

Timbalan-timbalan dan pimpinan, rakan-rakan yang saya muliakan.

 

 

  1. Saya tentunya memulakan dengan mengatur syukur ke hadrat Allah SWT atas kesempatan yang diberikan dan juga saranan yang dibacakan tadi untuk melonjak, mengangkat peranan wakaf di negara kita.

 

  1. Beberapa ikhtiar wakaf telahpun dimulakan dan kini dimantapkan dengan beberapa cadangan yang lebih khusus, dalam wakaf dakwah dan insya-Allah akan diberi perhatian, saya akan minta Menteri Agama, Senator Datuk Dr. Zulkifli Hasan memulakan perbincangan dengan PERKIM, RISEAP dan tentunya melibatkan beberapa kementerian berkenaan, Kementerian Kewangan, Bank Negara dan selepas dirujuk kepada Jemaah Menteri, ikut proses itu, kita akan maklumkan untuk pertimbangan Majlis Raja-Raja Melayu, yang mana Majlis Raja-Raja sudah buat ketetapan hal-hal yang terkait dengan wakaf diminta mereka dimaklumkan terlebih dahulu dan insya-Allah akan saya lakukan.

 

  1. Saya tak munasabah kalau saya tak kaitkan peningkatan usaha dan kegiatan PERKIM yang sekarang digilap semula dengan penyertaan tokoh kita, Saudara Premier Abang Johari, dan ada beberapa sebab mengapa peranan beliau itu agak kritikal, terutama ia membawa satu pendekatan baru serius dan ada keupayaan untuk mengangkat peranan PERKIM yang pernah diasaskan oleh Negarawan kita, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan dikembangkan dengan RISEAP dan rakan-rakan dari RISEAP pun ada di sini, saya turut terlibat dalam kegiatan itu, jadi saya rasa sangat senang dan gembira dengan perkembangan itu.

 

  1. Kerana kita tidak boleh biarkan atau izinkan badan-badan yang terkait dengan dakwah itu kelihatan malap, maka harus digilap. Dan saudara-saudara telah membuat pilihan yang tepat dan minta sahabat saya, Saudara Abang Jo untuk bantu menggilap. Kalau tak gilap dalam 1-2 tahun ni, kita teliti semula. Tapi saya yakin kerana kesungguhan beliau dan komitmen, dalam beberapa perbincangan di sini dan di Kuching, dan yang dilihat memang komitmen yang sungguh-sungguh termasuk dalam mengangkat semula peranan RISEAP.
  2. Yang kedua, yang penting itu ialah kerana pengalaman beliau untuk membawa suatu risalah yang lebih sederhana dan bijak. Dan membawa mesej Islam yang pernah diusahakan oleh Tunku Abdul Rahman dengan apa-apa juga keterbatasan beliau, tetapi tidak boleh disangkal bahawa Tunku Abdul Rahman itu cuba memberikan pendekatan dan meletakkan Islam itu sebagai suatu agama dan pilihan yang agak menarik ramai rakan-rakan kita bukan Islam. Tidak melihatnya sebagai suatu yang mencabar.

 

  1. Dia mencabar dengan idea, mencabar ideologi, atau cuba menjawab dalam isu pembenturan ataupun telagahan ideologi dan idea, itu diizinkan. Tapi tidak mendukung satu kegiatan yang boleh menimbulkan keresahan. Tapi mengajak secara yang paling sederhana. Dan kalau saya lihat antara tokoh di negara kita tentunya Premier Abang Jo punyai peranan yang sedemikian, dan saya fikir Kerajaan Persekutuan dan saya percaya negeri-negeri dan rakan-rakan yang terlibat dalam PERKIM dan RISEAP harus berikan sokongan penuh dan mengadakan kegiatan-kegiatan yang boleh menyemarakkan dakwah dengan bijaksana, “bil-hikmah wal-mawzatil-hasanah wajadilhum bil-latihi ahsan”, ini satu cabaran kita.

 

  1. Ini bagi saya penting kalau kita lihat dalam suasana geopolitik sekarang. Kalau dulu, kita lihat masalah Islam ini masalah prasangka, permusuhan akibat penjajahan. Jadi, apa yang ditonjolkan itu adalah kekuatan, kegagahan barat yang berjaya menawan seluruh kekuatan umat dari segi tata negara, dari segi pemikiran, pendidikan, sistem ekonomi dan keseluruhannya, yang pernah saya popularkan pandangan sarjana dan tokoh dan alim terkemuka al-Azahar Sheikh Muhammad al-Ghazali, yang memberikan rasa “Isti‘mar ruhi wa fikri”. Penjajahan itu bukan saja jajah negeri, menetapkan rakyat itu sebagai separuh hamba, tetapi menjajah, menguasai roh dan pemikiran.

 

  1. Maka untuk menyatakan Islam itu sebagai penyelesaian dalam bidang ekonomi dan wakaf ataupun sistem perbankan atau pendidikan, atau apalagi pemerintahan, itu dianggap sesuatu yang tidak bersama. Kalau kita baca kupasan Edward Said, pemikir dan pengkritik sosial yang penting, social scientist, dia menyatakan selalunya Islam itu dilihat sebagai “the other” dalam kelompok itu. Yang pangkal kekuatan dalam karya dia “The orientalism” adalah barat, pemikiran barat, sistem barat keseluruhannya. Yang lain itu, “the other”. Dalam “the other” itu, di kalangan Hindu dan Buddhist dan yang lainlah, Arab terutamanya, yang paling parah “the other” itu bagi Edward Said dalam kupasan ialah Islam dan tentunya Arab.

 

  1. Kita Alhamdulillah, sudah merdeka dan proses pengislaman dan membebaskan diri daripada belenggu penjajahan itu tentu mengambil juga waktu. Jaafar Sheikh Idris, seorang alim dari Sudan saya ingat dalam karya dia, “process of Islamization”, kata dia itu, harus sentiasa bergerak secara positif, membersihkan rupa dan jiwa. Dia ungkapkan daripada al-Quran, “Wa nafsin wa mā sawwāhā. Fa-alhamahā fujūrahā wa taqwāhā. Qad aflaha man zakkāhā. Wa qad khāba man dassāhā.” Dia ulas itu sebagai satu komitmen, iltizam daripada umat, para Du’at, untuk melakukan perubahan dan jangan berundur setapak pun melakukan perubahan, tapi dengan segala kebijaksanaan dan khidmat dan hikmah supaya dia mencatat kebaikan dan kemenangan. Dan dalam proses itu, tidak menimbulkan keresahan dan permusuhan melainkan di kalangan yang memang memilih untuk berperang dengan kita.
  2. Dekad-dekad sudah berlalu, proses itu harus diteruskan. Tidak semena-mena sekarang dalam beberapa dekad mutakhir, dari “the other”, post-colonialism dia jadi Islamophobia. Jadi PERKIM itu diasaskan, selain daripada badan-badan Islam yang lain itu, sebabnya bergerak dalam kerangka itu bicara saja Islam itu akan memberikan satu titik prasangka yang berat yang tebal.

 

  1. Maka sebab itulah, tanggungjawab kita menyampaikan dengan penuh kebijaksanaan, memahami permasalahan itu. Saya kira karya-karya besar mutakhir ini oleh sarjana Islam, ulama banyak yang menyatakan, bahawa pendekatan kita itu harus cukup canggih dan bijak. Apa yang disuarakan tadi oleh Presiden PERKIM, Premier Sarawak, tentang pendekatan hikmah yang menggunakan segala kecanggihan yang ada, itu harus kita berikan perhatian dan saya percaya ramai rakan-rakan daripada kegiatan dakwah ini bersedia menggunakannya.

 

  1. And for the benefit of my foreign colleagues who are here from RISEAP, I started by giving my…, expressing my profound appreciation to Premier Abang Johari for his enduring commitment to ensure that PERKIM emerges as an effective da’wah, forum, moderate prepared to interact wisely with “hikmah”, engaged in order to attract support or minimum “lita’arafu”, understanding and appreciation, knowing one another and sharing differences and not necessarily to incite more hatred and confusion, be it among Muslims or non-Muslims.

 

  1. For Malaysia it is a major challenge. In my limited experience, I think we need voices of reason, voices of conscience not necessarily submit to the whims and fancies and dictates of the west, but to use wisdom in order to counter the force against the rational Muslim voice. And as a person who’s been quite familiar to the works of RISEAP, I’m sure the region too, RISEAP fortunate because now you see this preparedness to revive RISEAP as a force of reason and to engage with Muslim communities and mainly minorities in this part of Asia and the Pacific. And of course, for the government with the MADANI framework will give whatever assistance and support necessary.

 

 

 

  1. And this particular initiative or waqf, da’dwah is something to my mind, not necessarily new. You’ve seen all the established universities, including al-Azhar, all established due to people’s participation. It’s an automatic concept and through waqf and you read familiar to the writings of Fazlur Rahman in “Islam and Modernity: Transformation of an Intellectual Tradition”, he did suggest that in modern times or recent times the two countries, more so Indonesia and partly Malaysia has emerged as two great countries, they have done remarkably well, I mean he’s talking about 60s 70s in the establishment of waqf informal, not too sophisticated or organized, but they have done wonders and particularly of course Indonesia and Muhammadiyah the two pillar organization, they have done remarkably well establishing thousands of religious institutions and schools and universities and research centers for both men, boys and girls, male and female students.

 

  1. And that was the tradition with inherit but somehow or other we need always the push. The wisdom of this exercise, this initiative is always to get people with the commitment and determination to give the necessary impetus and push to affect more change.

 

  1. Jadi tentunya, bila kita sebut tentang innovation, technology and digitalization, tentunya ini the age of influx. Maknanya tidak ketentuan dengan dikatakan post normal, pasca normal dan perkembangan dan teknologi yang baru yang mencabar. Jadi kalau kita tidak kuasai kita ketinggalan. Malah dalam wakaf sendiri pun penguasaan digitalization dan IT, AI dan sekarang quantum computing itu, biar Abang Jo dia bagi lecture bab itu, sebab dia cuba kemahiran dalam bidang itu. Kalau kita jurus itu, kalau kita tidak tumpu, kita akan ketinggalan.

 

  1. Sebab itu dalam bidang pendidikan, Kementerian Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, saya tekankan moto untuk dua-dua Kementerian. Ini seolah-olah kita terpaksa “menggapai yang di langit”, teknologi baharu, AI, quantum computing yang baru, agak membebankan dan mencabar, tetapi tidak ada pilihan. Kita kena ubah sistem, ubah suai sistem. Dalam perbincangan dengan rakan-rakan dari industri, dari universiti, kuliah-kuliah seperti kejuruteraan pun harus diubah suai disiplinnya tiap 6 bulan, melihat perkembangan-perkembangan baru supaya anak-anak yang dilatih punyai kemahiran dan keterampilan yang diperlukan. Ini disebut “menggapai yang di langit.” New technology.

 

  1. Tetapi “menggapai yang di langit” itu ada bahayanya, kerana AI, teknologi baharu, teknologi maklumat, quantum computing tanpa nilai dan akhlak akan menghakis kemanusiaan dan moral dan etika. Jadi cabaran ini harus dijawab. Sebab itu, saya kata sementara kita “menggapai di langit” kita wajib “mengakar ke bumi”. “Mengakar ke bumi” itu dengan keimanan dan akidah dan akhlak dan sahsiah, dengan budaya, dengan penguasaan bahasa dan jati diri, sejarah negeri dan tempatan. Mana-mana negara untuk membina tamadun ini, kalau kita dapat “menggapai di langit, mengakar di bumi”, insya-Allah akan selamat.

 

  1. Kerana kalau kita hanya “menggapai di langit”, kerana kita mengejar teknologi pemodenan dan pembaharuan, tetapi meninggalkan aspek akidah dan akhlak, pembinaan, pembentukan sahsiah, maka kita akan diheret, tak perlu dijajahlah ikut je sekarang. Ini sebabnya, mengapa kemerdekaan itu mesti dimaknai. Ini bulan kemerdekaan dan bulan Malaysia. Kemerdekaan Tanah Melayu 31 Ogos dan Malaysia 16 September.

 

  1. Itulah sangat penting untuk kita kembali mengajak masyarakat, supaya faham Malaysia harus diangkat martabat sebagai negara maju dan cemerlang dengan teknologi baharu tetapi mesti “mengakar ke bumi.” Ini saudara-saudara, saya ajak saudara-saudara tinjau, tapi ya Premier Jo tahu dah saya tidak akan hanya bagi mauduk tentang wakaf dakwah yang kepakarannya ada di sini, tapi saya mengajak rakan-rakan untuk melihat kerangka yang lebih besar, kerana saya percaya wadah ini PERKIM yang menghimpunkan rakan-rakan dari pelbagai corak dan tren ijtijahat itu boleh sekurang-kurangnya fokus tentang cara membina negara bangsa dapat “menggapai yang di langit dan mengakar ke bumi.”

 

  1. Saya ucap sekali lagilah terima kasih dan penghargaan kepada PERKIM khususnya dan rakan-rakan dari RISEP, dan secara peribadi Premier Abang Jo maklum kerana memberikan tumpuan dalam pembinaan dakwah yang lebih segar di negara kita. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih.

 

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Share: