TEKS VERBATIM YAB PM : MAJLIS PELUNCURAN DASAR KESELAMATAN NEGARA 2026-2030
26 November 2026
Skip to content
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PELUNCURAN
DASAR KESELAMATAN NEGARA 2026- 2030
26 NOVEMBER 2026 | KHAMIS | 3.00 PETANG
HYATT REGENCY KUALA LUMPUR AT KL MIDTOWN
KUALA LUMPUR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillahirabbil ‘Alamin,
Nahmaduhu wa nusalli ‘ala Rasulihil Karim.
Rakan-rakan Jemaah Menteri;
Dato’ Seri Khaled Nordin dan Datuk Seri Saifuddin Nasution;
Saudara Raja Nushirwan bin Zainal Abidin,
Ketua Pengarah MKN;
Rakan-rakan yang saya muliakan.
- Peluncuran hari ini sebenarnya sangat kritikal, bukan saja dari Dasar Pertahanan Negara, tapi Dasar Keselamatan Negara keseluruhannya. Kalau kita singkap sejarah lampau dari Peronopsis Wars zaman Yunani kepada Sun Tzu, Carl von Clausewitz, dan Kagan yang terbaru, semua pelanggaran dan peperangan itu kadang-kadang dilancarkan oleh pimpinan tidak bertanggungjawab dalam suasana tidak dijangka.
- Winston Churchill tentunya seorang intelektual pengkaji sejarah negarawan yang pintar, walaupun penjajah yang saya tidak dukung, tetapi beliau gagal meneka ancaman dari Adolf Hitler, kerana pada masa itu beliau menganggap Adolf Hitler itu hanya satu sosok yang mahu menarik perhatian rakyatnya, dukungan, tapi tidak ada kemungkinan untuk melakukan apa-apa pelanggaran dan penaklukan negara.
- Seorang sehebat Winston Churchill pun salah dalam segi meneka, menjangka, kerana menganggap bahawa tahap keupayaan Inggeris pada masa itu cukup memadai dan tidak ada kemungkinan ada serangan dari luar. Saya menyebut hal ini dalam mukadimah, tidak bermaksud untuk menakutkan kita. Tapi mendewasakan kita. Iaitu negara aman, Alhamdulillah. Dalam rantau yang relatif paling aman di dunia. Rantau Asia Tenggara dan ASEAN ini dianggap negara yang paling aman dan ekonomi yang paling segar dan memuncak. Dan ini kebanggaan kita pergi mana-mana.
- Tapi ini bukan bermakna, ya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, merasa selesa. Sebab itu, saya ucap tahniah kepada saudara Saifudin, saudara Khaled, yang menerajui kementerian, yang menganggap tugas pertahanan, tugas utama. Tugas menjaga keselamatan ini masih mendesak walaupun keadaan aman dan tidak ada petanda sekecil mana pun, bahawa ada kemungkinan keganasan berlaku. Tetapi sepertimana yang kita tahu, dasar pertahanan yang bijak itu harus mempersiapkan jentera kita dengan keupayaan maksima, seandainya ada yang berlaku yang diluar daripada dugaan. Itu dari sudut dasar keselamatan dan pertahanan negara.
- Dan saya saya percaya, langkah-langkah harus diambil dan kita tahu di KDN dan khususnya Kementerian Pertahanan, saudara Khaled tahu benar, bahawa beliau juga menerajui kementerian dalam keadaan kelengkapannya sangat, kalau orang Kedah dia kata “laih”, “laih” ni maknanya sangat lemah, pesawat dan kapal yang agak lama atau usang, dan kelengkapan-kelengakapan KDN, saya tahu daripada ibu pejabat polis Bukit Aman, sehinggalah pejabat di daerah dan kita akui itu semua.
- Dan Alhamdulillah, dengan gesaan mereka memantau secara dekat dan mendesak Menteri Kewangan, bukan saya, Menteri Kewangan kedua, supaya peruntukan diberi memenuhi keperluan semasa dan saya lihat dalam 2-3 tahun ini memang penambahan peruntukan itu yang tertinggi juga dalam sejarah, tetapi masih belum mencukupi.
- Tapi ini juga termasuk dengan isu-isu yang sedia dikaitkan dengan kebajikan anggota. Kita mahu anggota tentera, polis dan semua agensi-agensi di bawah kementerian atau dalam pertahanan, termasuk penjara. Itu merasakan mereka itu tidak tersisih dan terabai. Sebab itu, langkah-langkah untuk memulihkan kuarters kediaman mereka itu semua diambil kira perlindungan kemudahan asas.
- Saya singgung perkara ini kerana untuk meletakkan harapan yang tinggi kepada anggota, kita mesti berikan keselesaan yang asasi kepada mereka, melegakan supaya nasib mereka dan nasib keluarga mereka, anak-anak mereka juga terjamin. Dan Alhamdulillah, setakat ini kita lakukan sedaya upaya kita dan dengan kerjasama kementerian-kementerian ini, kita telah berjaya melaksanakan dengan lebih baik.
- Satu perkara yang lain yang kita bicarakan, sepertimana juga dasar ekonomi, dasar pendidikan yang “menggapai di langit, mengakar di bumi” ini, kerana sikap dan pendirian kita dalam menghadapi itu berubah. Kita tidak lagi berdepan dengan pasukan dan ancaman konvensional, malah bukan dari negara pun, ataupun daripada rantau. Ini yang disebut keperluan kita meningkatkan soal cyber security dan hal-hal yang terkait dengan keupayaan kita melatih dan menyediakan prasarana dari sudut yang baru yang tak terkendali, terjangka oleh kita sebelum ini.
- Jadi saya lihat umpamanya ada keperluan di kementerian-kementerian yang berkenaan untuk mengadakan unit-unit yang baru, dan kadang-kadang serangan siber ini sudah ribuan dalam satu hari, kadang-kadang puluh ribu. Saya sukar untuk dapat meneka, Megat pun tahu tentang tiap hari kita kena pantau. Memang sekarang ini ada keupayaan, tetapi seperti mana yang dilapor oleh Goverbnor Bank Negara, institusi kewangan jadi sasaran, tentunya pertahanan dan ini berlaku negara yang sehebat dan secanggih Amerika Syarikat tidak terlepas.
- Sebab itu, kesiapsaigaan kita itu menjangkau lebih daripada apa yang kita anggap secara konvensional. Dan Dasar Keselamatan Negara ini mengambil kira pandangan dasar yang lalu, tetapi saya rasa kekuatannya ialah dapat menjangka dan cuba menangani permasalahan dan cabaran baru. Dan sebab itu, saya harap semua rakan-rakan yang terlibat di kalangan, di kementerian-kementerian berkenaan yang terkait dengan pertahanan dan keselamatan, itu harus juga meneliti. Saya rasa boleh KSU dan Ketua Pengarah bawa dasar ini dan sekurang-kurangnya dapat dihadam, kerana dasar ini dilakar dengan begitu rupa yang boleh memberikan gambaran yang lebih komprehensif tentang permasalahan yang berlaku.
- Tentang sama ada 10 bidang strategik dan mungkin setelah berbincang, berbicara, ada hal-hal yang nak disampaikan dan saya percaya kita boleh teliti. Sekali lagi saya tegaskan bahawa dinamika cabaran itu terlalu sukar dan canggih. Kalau dulu kita boleh sediakan satu kerangka dasar untuk 5 tahun atau 10 tahun. Sekarang kerangka itu masih wajar dipertahankan untuk 5 tahun, tetapi harus dikaji setiap masa. Ini kita perlukan kemahiran, kepakaran luar biasa daripada rakan-rakan dan sinergi yang baik antara semua agensi dan swasta, industri pertahanan dan juga melalui kerjasama yang akrab dengan negara-negara rakan.
- Dalam negara kita, tentu kita ada dua kementerian induk dalam hal ini, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan. Tetapi, Majlis Keselamatan Negara yang memantau keseluruhannya ini, juga bergerak dengan lebih akrab dan cergas dan mengambil kira beberapa unit lain yang terlibat dalam permasalahan keselamatan negara ini. Dan sepertimana saya sebut, selain daripada sedang khusus cyber security juga umpamanya NACSA yang baru ditonjolkan kerana ia harus mengeraskan semua aktiviti kegiatan keselamatan siber di dalam negara.
- Dan tentu infrastruktur yang kritikal itu harus wujud. Sebab itu, kita ada sekarang National Critical Information Infrastructure. Ini semua dalam, saya masih ingat ini bukan terlalu lama. Semasa saya Menteri Kewangan dulu, ini tak termasuk dalam perkiraan. Jadi semua institusi dan agensi ini baru, memerlukan kepemikiran yang baru dan disiplin ilmu yang baru.
- Sebab itu, saya telah cadangkan kepada KPPA beberapa tahun yang lalu, dua tahun yang lalu supaya tidak hanya ikut kerangka peluang latihan seperti biasa, tetapi memberi ruang kepada semua jabatan termasuk yang bidang pertahanan untuk mengenalpasti beberapa tokoh yang relatif lebih muda yang diberi harus diberikan pendedahan, latihan, specialization, kemahiran di institusi terbaik di dunia. Ada beberapa nama telah ditunjukkan dan telah dikirim keluar untuk mendapat pendedahan awal ini, kerana sepertimana yang saya tekankan keadaannya berubah dan tidak boleh kita abaikan atau cuai dan menganggap kita punyai semua keupayaan.
- Saudara juga tahu ya, sepertimana saya kaitkan tadi tentang Churchill dan Hitler dan beberapa sejarah sebelumnya. Ia kadang-kadang, ia ada budaya yang sama ada dalam ekonomi, dalam tata negara, dalam politik, culture of contentment or culture of complacency. Dia ada keselesaan, semuanya baik, kita sudah cukup, kita bersedia. Kalau tanya kepakaran kita ada? Ada. Tapi haruslah ada sedikit humility dan tawaduk mengatakan, baik kita itu mesti relatif kepada kekuatan yang ada di luar. Hebat dan keupayaan kita pun mesti kita ikut dan faham tentang keupayaan negara-negara lain, terutama ancaman-ancaman baru sepertimana kita sebut tentang bidang kriptologi, dan cyber security kerana itu serangan-serangan baru dan keselamatan ini tidak lagi hanya isu pertahanan yang dibicarakan oleh orang beruniform.
- Bayangkan pertahanan di sistem kewangan kita dan Bank Negara, itu sudah jadi satu perkara besar kerana sabotaj dan serangan itu boleh berlaku dalam pelbagai kaedah yang lain. Di rantau ini, saya sebut memang secara umumnya tidak ada masalah atau dalam setiap temubual saya dengan agensi luar negara, selalu dikaitkan bagaimana tentang keselamatan negara kita dengan negara-negara jiran?
- Alhamdulillah, dengan peranan rakan-rakan kita termasuk diplomasi Kementerian Luar, hubungan negara-negara kita dengan negara ASEAN itu jauh lebih baik, malah termasuk dengan Myanmar, walaupun semalam saya disanggah keras oleh Amnesty International, yang satu agensi, yang satu badan yang saya hormati, yang baik. Dan saya terima baik teguran mereka, mereka telah menganggap kita ini lunak dengan satu negara yang keras ataupun ganas kepada rakyat mereka, tapi kita kena bezakan dasar pertahanan negara ini dan keselamatan negara akhirnya apa? Untuk apa? Untuk jaga siapa? Untuk jaga negara. Untuk jaga rakyat. Jadi segala perkiraan, pandangan saya peribadi atau pertimbangan luar, semuanya mesti ditinjau, ditilik dari sudut kepentingan negara kita.
- Jadi bila rakan-rakan kita dalam Jemaah Menteri ini bincang, apakah wajar kita ada hubungan baik dengan pemerintah Myanmar? Jawabnya ya, untuk apa? Untuk selesaikan sebahagian besar masalah yang kita hadapi. 200,000 rakyat Myanmar di Malaysia tidak akan diselesaikan oleh badan international dan negara asing, negara luar, betapa hebat pun mereka bicara. Terpaksa kita selesaikan sendiri. Dan puluh tahun kita cari penyelesaiannya, tak upaya kita kirim mereka keluar. Jadi kita runding dengan baik, dengan Presiden Myanmar dan setakat ini yang sudah dibawa keluar sekitar 10,400, ribuan lain yang telah diatur, ni semalam saya ingat, hari ini dengan kapal perang mereka di Lumut untuk bawa ribuan, jadi sekurang-kurangnya diselesaikan sebahagian.
- Baik, ada yang katakan janganlah mereka itu dibawa balik dan kemudian dibunuh. Ya, kita juga runding, itu di antara isu yang kita rundingkan. Boleh tak jamin keselamatan mereka melainkan kes jenayah? Jadi, bila ada jaminan itu, dan boleh tak kita pantau dari jauh? Jawabnya boleh, maka kita serahkan, bukanlah serah untuk dipancung, tapi kalau tak serah belanjanya tinggi, kemarahan rakyat meningkat, dan keselamatan juga masalah, kerana mereka kadang-kadang pelarian, dia tiada kerja, jadi isu-isu jenayah juga bertambah. Jadi sebagai contoh, itu dengan jiran.
- Jadi sebab itu bagi saya, bicara soal keselamatan ini tidak harus terlepas dari isu kebijaksanaan kita meneruskan hubungan baik, diplomasi dengan negara-negara jiran dan negara-negara serantau. Isu kedua yang besar yang kita harus bincang soal keselamatan ini adalah tentang Laut Cina Selatan, yang menjadi satu-satunya pergeseran dan dihebahkan, kerana ini jadi isu lebih berat di Eropah dan Amerika Syarikat. Seiap kali berjumpa pemimpin besar, mereka akan tanya saya tentang ancaman negara China di Laut Cina Selatan.
- Saya tidak mengatakan kita tidak hadapi masalah. Malaysia ini negara maritim, kita ada masalah dengan semua negara jiran, sempadan. Tetapi masalah itu tidak bermakna kita bermusuh atau menyebabkan ketegangan hubungan. Keselamatan negara ini mesti dikawal melalui hubungan baik. Itu yang pertama. Sebab itu, kita kekalkan hubungan baik dan Alhamdulillah, luar biasa hubungan kita dengan jiran-jiran negara ASEAN.
- Isu Laut Cina Selatan, ASEAN muafakat dengan mengatakan mesti sama-sama buat pendirian, terus berunding dengan negara China, terus menggesa supaya ada yang dikatakan Code of Conduct- Dan baru-baru ini dalam mesyuarat ASEAN, saya juga meneruskan pandangan demikian dan jawapan daripada Premier Li Qiang itu jelas, yes negara China setuju untuk meningkatkan dan cuba menyelesaikan apa yang dikatakan Code of Conduct. Code of Conduct ini akan terikat dengan UNCLOS 1982 dan dipersetujui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
- Ini sebahagiannya, tetapi dengan kita apakah semua selesa? Tidak. Angkatan laut kita harus sentiasa bersedia dan kita memperingatkan mereka supaya pertahanan tentu menjadi ini satu isu besar bagi mereka untuk sentiasa pantau dan kawal. Tetapi kita belum dirempuh atau merempuh seperti yang berlaku di Filipina. Dan saya memilih jalur diplomasi walaupun saya setuju dengan apa yang digesa oleh Menteri dan Kementerian Pertahanan, supaya kita tambah kekuatan kita siap-siaga untuk menjaga kepentingan negara kita.
- Jadi ini saya rumuskan, saya tidak baca sepertimana Nushirwan tadi guna teks dia itu memang structured Jadi dia dah selesaikan semua tadi, 10, 8 strategi, semua dia cerita dah. Jadi saya hanya beri kerangka besar supaya kita faham betul-betul. Mengapa dasar ini sangat kritikal bagi negara? Mengapa ianya bukan terhad atau terbatas kepada agensi keselamatan, tetapi harus dihadam oleh semua penjawat awam dan penguatkuasa dan rakyat sebaik mungkin. Mungkin saya ingat dalam minggu depan, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan boleh memberikan talimat khas kepada ahli-ahli Parlimen. Ahli-ahli Parlimen pun dia memerlukan sedikit pencerahan tentang ini, supaya mereka juga tahu bahawa masalah ini jangan dianggap remeh.
- Masalah keamanan, keselamatan negara ini, soal yang sangat penting. Pertama, kita ingatkan berapa banyak pengorbanan tentera, polis, Malay Regiment dulu dalam perlawanan puluhan tahun ancaman keganasan komunis. Lepas itu kita kena kawal sempadan kita. Kemudian kita ada juga masalah-masalah yang berbangkit dengan pengembangan pembesaran pengkalan tentera di beberapa negara jiran, walaupun kita masih terus menggunakan jalur diplomasi. Yang ini masyarakat harus tahu kerana saya punyai sedikit pengetahuan saya tentang sejarah ini, bahawa malang bagi negara kalau pimpinannya merasa terlalu selesa dan menganggap tidak mungkin berlaku apa-apa yang luar dari jangkaan.
- Jadi sementara kita mendoakan sebaiknya, kita mesti ada persiapan yang sebaiknya. Di antara persiapan ini ialah apa yang kita sebut tentang Dasar Keselamatan Negara yang harus diteliti oleh semua penggerak dan dihadam supaya kita faham, ini perkara penting yang harus kita faham dan gunakan segala kebijaksanaan yang boleh dibuat.
- Akhirul kalam, saya ingin mengatakan bahawa untuk menjayakan ini jentera kita mesti diperkemas. Agensi keselamatan, keamanan negara harus menjadi contoh pemegang, pengamal dengan penuh integriti, kerana rakyat itu akan yakin bila agensi ini, jabatannya dan penguatkuasanya itu punyai sikap dan keberanian melaksanakan dengan mempertahankan prinsip integriti. Sebaik ini robek tercalar, dia akan mungkin menimbulkan kesangsian.
- Setakat ini, Alhamdulillah saya walaupun ada cerita-cerita tentang pelanggaran, tetapi umumnya saya rasa rakyat keseluruhannya, saya tentunya salute kepada pasukan keselamatan kita yang terus gigih dan mempertahankan imej negara.
- Sekali lagi, terima kasih dan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya luncurkan Dasar Keselamatan Negara 2026-2030.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
