TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PM : MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA GABUNGAN PERTUBUHAN CINA MALAYSIA (HUAZONG) 2026

26 February 2026

TEKS UCAPAN VERBATIM

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

SEMPENA

MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA
GABUNGAN PERTUBUHAN CINA MALAYSIA (HUAZONG) 2026

26 FEBRUARI 2026 (KHAMIS) | 12.30 TENGAHARI
DEWAN TAN SRI YEO TIONG LAY, WISMA HUAZONG, SERI KEMBANGAN

 

Jemaah Menteri yang ramai;

Timbalan Menteri;

Pemimpin masyarakat.

 

Di pihak Kerajaan Malaysia ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi tahniah kepada saudara-saudara, terutama kepada Huazong, kepada Dato’ Lim Kah Chuan.

 

Dato’ Lim Kah Chuan telah jemput saya banyak kali ke Johor, ke sini dan saya tak dapat hadir, jadi dia mula marah saya. Sebab itu hari ini saya datang, jadi settle kan? Okey, terima kasih.

 

Dan juga Tuan Yang Terutama Ouyang Yujing, Duta Besar China;

Rakan-rakan yang saya muliakan.

 

Ge Wei Lai Bin, Da Jia Hao,

 

  1. Tadi saya tak dengar Lim Kah Chuan ucap Selamat Hari Raya Cina, bila semangat dia terlupa. Tapi saya tahu ini sambutan Hari Raya Cina, dia macam Hari Raya juga, dia satu bulan, daripada Raya Cina, terus beberapa hari lagi kita akan sambut Chap Goh Meh. Saya anak Pulau Pinang selalu Chap Goh Meh besar bagi kita, tapi saya tengok sekarang Chap Goh Meh ini disambut di tempat lain. Jadi baiknya sambutan itu jadi sambutan masyarakat Malaysia.
  2. Ini bagi saya sangat penting yang saya rasa unik, kadang-kadang orang anggap ini sebagai biasa. We tend to regard this as something normal. It is not. Not many countries can take pride in the fact that every single celebration of every race is regarded as our common celebration.
  3. Jadi saya ucap sekali lagi, Selamat Hari Besar, Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai, Xin Nian Kuai Le. Yang ini saya tambah lagi, Anthony Loke ada, Xin Nian Jin Bu, Xin Nian Hao dan sangat penting bagi Malaysia, tahun ini datang atau atau tahun akan datang — Xin Nian Hao, Nian Nian Hao.
  4. Tapi Lim Kah Chuan, saya makan macam mana? Terus bungkus bawak berbuka puasa ya. Ini sesuatu yang istimewa. Rakan-rakan Cina tahu saya puasa. Tapi oleh kerana sambutan, dia tak siap makan untuk saya. Tapi dia tahu saya hormat budaya Cina dan dia juga hormat budaya saya.
  5. Hari itu, Persatuan Peniaga Cina (ACCIM) sambut sebelum Raya Cina, dan tidak banyak negara begitu. Ini yang harus kita hebahkan. Ini dia kekuatan Malaysia. Rakyat umumnya mahu sambut begitu. Yang nak kacau, yang timbul masalah, yang hari-hari marah-marah, ini kumpulan kecil. Rakyat terbanyak ini mahu negara ini aman, ekonominya maju dan hormat semua budaya dan agama dalam negara ini.
  1. I always need to emphasize this. The conscience of the majority. We sometimes reflect the views of the small minority. They are loud, but sometimes they are deficit. The vast majority wants peace, unity, prosperity for us, of course, we have to ensure that this is done through good governance, proper procedures. But need for respect, hormat, is very essential.
  2. Jadi saya rasa dalam majlis-majlis seperti ini kita kena sampaikan. Jangan diam. Jangan biar kelompok yang lain timbulkan masalah sahaja. Saya pergi umpamanya ini ribu kalau tanya saya dan semua tahu tentang puasa, semua tahu juga tentang Hari Raya. Tetapi bila diundang, kita datang kerana semangat kita, semangat persaudaraan semua kaum. Jadi ada yang menteri Muslim datang, yang lain yang Cina datang. Dia tahu bila boleh makan, bila tak boleh makan, dan hormat itu sentiasa ada.
  3. Minggu lalu, Perdana Menteri Singapura, sahabat saya, Lawrence Wong, datang ke Kuala Lumpur. Dia tahu kita puasa. Jadi dia kata perjumpaan mula jam 7, makan pukul 7.30. Dia bagi pula masa saya 10 minit short break, saya pergi sembahyang Maghrib. Kemudian sambung perbincangan. Saudara, ini yang mesti kita pertahankan.
  4. Tak ada yang rugi bila kita memuliakan budaya, bahasa, kepentingan lain. Tidak ada yang rugi. Tidak ada siapa yang mengatakan negara ini bukan agama Islam agama Persekutuan. Tidak ada siapa mempertikaikan kedudukan bahasa Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan. Tetapi semua juga harus mengakui hak mengamalkan semua agama secara bebas dalam negara merdeka dan berdaulat dan demokratik. Semua mesti terima kenyataan bahawa menyantuni dan memberi ruang kepada perkembangan bahasa-bahasa itu menguntungkan, tidak merugikan.
  5. Sebab itu dalam isu bahasa, Menteri Fadhlina pun ada. Kita tertangguh puluh-puluh tahun berbahas dan berdebat. Dan kita ambil keputusan untuk anak-anak kita, asalkan mereka semua terima kedudukan bahasa. Dalam negara kita Malaysia mesti tahu sejarah negara. Maka, belajarlah bahasa selain Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris penting. Bahasa Cina bukan sahaja bahasa Cina kerana dia bahasa Cina di Malaysia, Bahasa Cina ini sudah merupakan bahasa ekonomi yang penting di rantau Asia dan di dunia. Banyak universiti-universiti di barat sekarang elektifnya dan bahasa pilihannya juga adalah bahasa Cina.
  6. Jadi bagi saya adalah satu kerugian kalau Malaysia bukan saja memberikan ruang untuk perkukuh penguasaan bahasa Melayu dan bahasa rasmi, tetapi mengangkat kedudukan dan mutu penguasaan bahasa Cina, sama ada di sekolah, universiti atau di pusat-pusat pengajian tinggi lain. Ini dasar kita lakukan dan seperti biasa dalam negara pelbagai parti, apapun kita lakukan tidak semua akan setuju dan kalau sentimen perkauman dimainkan semua kenyataan kita itu diputarbelitkan.
  7. Tapi saya ucap terima kasih kerana rakan-rakan Jemaah Menteri nampak konsisten dalam hal ini. Dalam pelbagai parti, pelbagai kaum, walaupun dari masa ke masa kita harus perbaiki dan saya ucap terima kasih juga kepada rakan-rakan dari kalangan masyarakat Cina, khususnya hari ini Huazong, Xie-Xie Ge Wei, terima kasih banyak kerana berada di sini.
  8. Saya tadi sempat lihat Muzium Cina Malaysia di Wisma Huazong. Ini sejarah kita, dan seperti kita tahu dalam segala sejarah ini ada sedikit sebanyak perbezaan pendapat, tapi sejarah itu kekuatan kita. Oleh itu, apa yang dipaparkan itu mengajar kita dan anak-anak kita bahawa tiap tahun ada sumbangan, dan setiap kaum ada peranan, ada keperitannya. Datang dengan susah deritanya, datang dalam keadaan yang sangat daif, dan anak-anak muda harus tahu, ini sejarah kita. Bukan mudah, kita mangsa penjajahan. Baik orang-orang Melayu umumnya, orang Cina yang datang tengok secara mereka ditempatkan, saya terkesan juga lihat tadi rumah-rumah, bukan rumah, pondok-pondok mereka, orang India yang dibawa sebagai kuli.
  9. Itu sejarah kita. Ini yang memperkuatkan kita. Dan sekarang itu sejarah, kerana kezaliman kolonial penjajahan Inggeris. Sebab itu kita di Malaysia ini, orang tanya mengapa kita ada pandangan yang kuat menentang penjajahan? kerana kita alami, kita mahu negara ini merdeka. Kita hormat nilai manusia, kita tahu budaya ada ketinggian nilai, humanity – kemanusiaan, dan ini yang kita pupuk. Supaya fokus kita, kalau mahu angkat kedudukan nilai kemanusiaan, kekuatan ekonomi.
  10. Kadang-kadang Malaysia ini terlalu banyak diheret kepada isu-isu kecil-kecil, kita lupa kalau ekonomi kita tidak kukuh, kalau pelaburan tidak meningkat, tidak ada harapan bagi anak-anak muda kita. Pekerjaan mereka, mutu pendidikan mereka.
  11. Sebab itu, saya ucap sekali lagi terima Kasih kepada Yeo Tiong, okay ya, settle tidak marah lagi ya? Boleh dia marah pada Perdana Menteri? Bukan dia marah, dia kecil hati, tapi settle kan? Jangan bawa sampai azan buka puasa.
  12. Jadi, selain nak ucap terima kasih kepada saudara-saudara, rakan-rakan masyarakat Cina di sini, saya ingin menyatakan, kembali fokus kita. Nak berjaya, bukan kerana nak puas hati, nak puaskan satu dua kelompok kecil. Nak berjaya fokus pada soal ekonomi dan nak berjaya fokus kepada kepentingan rakyat. Dan saya yakin kalau kita mula dengan pandangan dan sikap sedemikian, Malaysia punyai potensi yang sangat baik. Kita dalam keadaan kerja yang sangat baik sekarang. Apa yang perlu, bersatu, bekerja, angkat martabat negara ini menjadi negara hebat di rantau ini.
  13. Sekali lagi saya nak ucap terima kasih, Xie-Xie Ge Wei, enjoy! Bila saya balik nanti, makan. Dan Dato’ Lim Kah Chuan, janji dia bawa bekal saya sikit. Terima kasih sekali lagi, Xie Xie.
Share: