VERBATIM: TEKS UCAPAN YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM PERDANA MENTERI SEMPENA MERAIKAN PENERBITAN BUKU – THE MAN WHO COULD MOVE MOUNTAINS: REFLECTIONS ON THE SOCIAL ACTIVISM OF S.M. MOHAMED IDRIS
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MERAIKAN PENERBITAN BUKU – THE MAN WHO COULD MOVE MOUNTAINS: REFLECTIONS ON THE SOCIAL ACTIVISM OF S.M. MOHAMED IDRIS
15 DISEMBER 2025 (ISNIN) | 11.00 PAGI
INTERNATIONAL INSTITUTE OF ADVANCED ISLAMIC STUDIES (IAIS)
KUALA LUMPUR
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Sejahtera.
Alhamdulillahillazi anzala ala abdihil kitaba
walam yaj’allahu wa iwaja wa salli wa sallimu ala rasulihil karim
Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in
YB Tan Sri Dato’ Dr. Johari bin Abdul
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Menteri-Menteri;
Yang Berbahagia Tuan Haji Mohideen Abdul Kader,
Presiden, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP);
Puan Meenakshi Raman,
Presiden, Sahabat Alam Malaysia (SAM);
Yang Berusaha Dr. Maszlee Malik,
Pengerusi, dan keluarga International Institute of Advanced Islamic Studies Malaysia (IAIS); terima kasih atas penerbitan buku ini.
Ahli keluarga Allahyarham S.M. Mohamed Idris;
Rakan-rakan yang saya muliakan.
Terima kasih.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
- Pernah dulu tatkala meganjurkan kenyataan kenangan Uncle Idris, saya menukil pandangan Roger Garaudy yang menyatakan kalau benar kita cuba menghayati ruang perjuangan seorang tokoh dia bukan “Not to bury the ashes of the dead, but to rekindle its flame”.
- Jadi saya percaya semangat kita dalam mencatat pengalaman bersama Allahyarham Uncle Idris adalah untuk memastikan ada gagasan idea kecil dan besar dari pengguna biasa kegagasan antarabangsa. Sepertimana saya pernah singkap dulu dalam kenyataan dan juga dalam pengantar buku ini, itu pengalaman peribadi saya dengan beliau, sopan, tapi keras, tapi tidak sinis.
- Jadi bagi rakan-rakan yang menganggap mereka itu juga aktivis sosial seperti saya harus belajar daripada beliau rakan-rakan juga harus belajar. Kebijaksanaan seseorang dalam menyampaikan sikap dia dalam soal-soal dasar, pokok, tidak berganjak. Sebab itu disebut mampu mengugat gunung. Saya boleh tambah mampu embrace ministers and government. Tetapi dia lakukan dengan penuh kebijaksanaan. Semasa saya dalam ABIM, saya ingat jadi menteri, menteri kewangan, dan dipaksa hadir dan sepertimana susah dah tahu, kalau saya hadir dalam sidang anjuran CAP dan SAM bukan saya pergi untuk merasmikan tapi duduk mendengar sokongannya sesi pertama.
- Sesi pertama itu selain daripada kupasan Martin Koh Claude Alvares yang menyanggah dengan keras konsep pembangunan dan jadi tentu kerana saya satu-satu menteri yang berani hadir. Saya terpaksa mendengar menelan semua teguran itu dan tahun depannya bila saya diberi kesempatan merasmikan sidang berikutnya saya akan jawab saya tunggu setahun untuk jawab. Dan selepas itu dalam sesi yang saya dengar ada serangan baru, tetapi sedikit pun tidak umpamanya menggugat atau mempersulitkan hubungan baik kita.
- Uncle Idris akan menjadi sosok penenang mengingatkan kita bahawa, mengingatkan saya terutamanya untuk mendengar dan cuba sekadar yang mampu untuk memperbaiki. Pandangannya jelas, keras, tapi dia tahu keterbatasannya kerana kefahamannya walaupun tidak menyusun dengan kata-kata dan yang cukup canggih tetapi beliau mendahului beberapa pandangan dan kupasan termasuk konsep negara MADANI itu kerana ia serba mencakupi tidak ada pembangunan tanpa nilai. Tiada kemampanan kalau mengizinkan kesenjangan yang membengkak dan melebar. Tidak ada pembangunan dan erti pelaburan tanpa ihsan dan menyelesaikan beberapa masalah ketempangan dalam sistem pemunggah kekayaan yang diniakmati di segolongan kecil dan membiarkan golongan, sama ada miskin kota ataupun desa, pedalaman, terpinggir, tersisih. Jadi peringatan beliau itu konsisten.
- Tetapi yang saya kagum kerana dalam apa juga kapasiti beliau mengusulkan dengan tuntas, konsisten tetapi dengan sangat bijaksana. Yang maknanya bukan sekadar memberikan gagasan, memaksa orang mendengar tetapi sanggup mendengar berjam-jam dalam sesi dengan beliau, terutama di rumah kerana makanan itu sangat enak. Jadi saya selalu beritahu kepada Aunty dan Uncle Idris, semua kupasan dia dalam Utusan, KOSMO itu harus ditangguhkan sementara kita menikmati makanan yang lazat. Dia kata just shut up and eat.
- Tetapi digunakan sidang itu walaupun masa itu saya sudah Menteri atau Timbalan Perdana Menteri dia tidak melihat saya berbeda. Dia hanya mengasak pandangan terus, pandangan yang selalu diungkap dalam bukan sahaja CAP tapi juga SAM dan Third World Network. Kerana beliau memahami benar apabila juga disebut Dr Mazlee, bahawa kita tidak mampu melihat kekuatan ekonomi kita secara terasing daripada rangkaian sistem global yang tentunya tempang dan tidak adil yang kita lihat umpamanya beberapa jenis perjanjian termasuk peranan WTO, World Bank, IMF dan juga tekanan tarif AS.
- Jadi bagi orang yang mengerti, harus kita mengemudi dengan menjaga perimbangan ini dan tentunya tidak boleh tunduk kepada tekanan luar, dalam masa yang sama tidak mungkin mengatasi masalah hanya dengan pandangan kita.
- Ini keterbatasan yang ada. Tentunya Uncle Idris punya pandangan bahawa apapun keterbatasan yang ada, yang beliau tentunya mengerti, kerana beliau bukan asyik dari politik, beliau mula sebelum aktivis sosial ini yang menjadi sahabat ayah saya Allahyarham Ibrahim sebagai kaunselor Perikatan di Pulau Pinang.
- Jadi melihat umpamanya kencah politik, tekanan perkauman, tekanan kelompok dan beberapa wacana yang bagi beliau tidak membantu dan tidak serasi dengan jiwa beliau. Maka beliau mengikut cerita daripada saya dan ayah saya beliau memilih untuk meninggalkan politik dan menumpukan perhatian dalam aktivis kegiatan aktivism sosial dan tentunya beliau merupakan tonggak dengan sendirinya.
- Saya singgung dulu dalam beberapa majlis dalam mesyuarat Jemaah Menteri, beliau asakkan yang itu kuat, ketua saya pada masa itu selalu menyatakan Anwar you better deal with your uncle. Maknanya dari pemerintah tidak mampu runding dengan dia. Jadi selalu je begitu, Bos saya dulu tidak mudah tetapi jadi dia selalu sebut kerana saya tidak menutup, itu satu hal. Saya tidak pernah umpamanya menganggap beliau itu sebagai satu kelompok yang asing atau bermusuh termasuk isu yang agak sukar bagi saya iaitu bila CAP dan gerakan bawah S.M Idris ini memulakan suatu gerakan yang agak meluas, menentang cadangan awal pembangunan Penang Hill yang tentunya akan bagi beliau akan merosakkan persekitaran dan iklim dan lingkungan dan pada ketika itu amat sukar.
- Saya ke rumah beliau, saya tak tahu masa itu Muhyiddin sekali atau tidak, di mana isu itu hangat dibincangkan tapi akhirnya saya beri jaminan. Saya kata saya boleh sampaikan walaupun tidak penuh berpengaruh untuk kuasa pemerintah itu. Tetapi, Alhamdulillah kerana tekanan itu terlalu meluas. Kempen itu raksasa dan alasan itu sangat kuku. Maka projek itu dibatalkan, projek yang asal dikemukakan.
- Dengan satu tamparan dia boleh menggagalkan projek satu konglomerat dan kapitalis besar dan dukungan Kerajaan Negeri dan tentunya yang juga disokong oleh Kerajaan Persekutuan pada masa itu.
- Jadi tidak boleh kita remehkan peranan aktivis sosial kalau disusun, diatur dengan bijaksana tidak dengan suara kebencian dan sinis dan memperbodohkan orang atau mengingatkan semua orang salah. Tidak! Uncle Idris tidak pernah menggambarkan begitu, dia tapi jalur politik bukan jalurnya tapi sebaik saya bertanding 1982 dia hadir.
- Dia tidak kira parti apa. Sebaik saya, saya di penjara 1998, Azizah bertanding 1999 dia masih hadir dan mengarahkan orang-orang macam Cikgu Azmi turun kampen. Walaupun Cikgu Azmi tidak pandai kampen dan semua kampen dia cakap soal laut dan bukit dan balak dan Pulau Pinang tak ada balak masa itu.
- Tetapi yang saya nak tekankan di sini ialah beda. Ini yang disebutkan social activism. Dia tidak ambil satu sikap politik yang keras. Dia melihat peranan individu sosok yang boleh membantu bawa perubahan dan walaupun gambaran umum hubungan saya dengan dia itu baik, sangat baik sebagai keluarga dan sangat simpati dia. Tetapi dalam pertemuan-pertemuan dengan sosok dan gaya dan lenggok yang sederhana, pandangannya keras, lemas saya dengar tetapi itulah dia, kerana bagi dia ini bukan soal dia, ini soal negeri, soal negara, soal lingkungan, soal keadilan bagaimana di kata Anwar terus di situ sebagai menteri kewangan, pertahankan sistem poprok kapitalis yang mengizinkan penindasan pemerasan hak pekerja.
- Hal-hal itu yang disinggung, dan tentunya saya cuba pertahankan tapi tentunya saya juga menghirup dan menghadam dan tentunya mengesankan juga, walaupun keterbatasan yang ada.
- Sekarang walaupun Uncle SM Idris telah meninggalkan kita, pandangan-pandangan beliau dari segi isu-isu pokok, bukan sahaja persekitaran, lingkungan, hak pengguna. Ini hak orang-orang kecil yang tidak ada dana, tidak ada kekuatan, tidak ada pengaruh tetapi harus diberikan pembelaan.
- Dan itu terpaksa bertembung dengan gergasi dalam sistem ekonomi negara kita yang kemudian didukung bukan semua, bukan sahaja oleh parti pemerintah, tapi banyak didukung oleh pembangkang juga, dan kalangan-kalangan yang sangat berpengaruh. Jadi tidak mudah sebenarnya, tetapi itulah tujuannya ataupun matlamat kita untuk menjana perubahan di banyak kesempatan.
- Saya terangkan bahawanya bila kita lakukan perubahan kalau yang sinis menentang tu apa pun kita buat semua dia tentang. katalah soal rasuah sekarang kalau orang yang dia tidak suka, bagilah alasan apa, orang yang dia tidak suka tu mesti dihukum. Kalau yang lain, yang besar-besar pun diam.
- Sebab itu, berbeza daripada sosok yang namanya SM Idris itu, kita harus belajar. Baik orang dalam politik ataupun aktivis sosial. Saudara bayangkan, orang yang menggondol, memunggah kekayaan berbilion ringgit yang telah merosakkan tonggak sistem ekonomi kita ini. Bila ada tindakan, tidak ada suara, hampir tidak ada suara, memberi dukungan jadi kita seolah-olah mengambil tindakan itu keseorangan walaupun nasib baik yang keseorangan itu sudah jadi Perdana Menteri. kalau tidak, mampus kita, ditelan oleh arus itu, kerana mengharapkan kononnya aktivis sosial dan pembangkang tidak akan ada suara.
- Saya, bagi saya itu memang aneh, aneh sekali malah ada yang meraih simpati. Kamu punggah berbilion dan ini bukan disuarakan oleh saya, puluh tahun, bacalah rencana CAP, roket, harakah, kenyataan-kenyataan, semuanya melontarkan idea, mengapa pemerintah tidak sanggup mengambil tindakan membersih kerana tindakan itu mengizinkan pemerasan, mengizinkan rasuah, mengizinkan kemusnahan lingkungan, semua sekali terangkup, tetapi tidak ada suara.
- Demikianlah kesukaran kita, bukan sahaja sebagai aktivis sosial, tetapi dalam politik. Tentunya dinukil, kutip satu dua isu dan diperbesarkan yang akan mempamerkan kelemahan. Tetapi dalam tindakan-tindakan yang besar, yang mahu mengasak sistem bobrok ini supaya lebih bersih. Kita boleh ambil tindakan kepada ribuan sarjan dan koperal polis. Tidak sama dengan satu tindakan kepada konglomerat yang memiliki berbelas bilion ringgit. Kerana mereka ada pengaruh. Bukan sahaja orang politik takut dengan mereka, Aktivis sosial pun ada yang takut dengan mereka.
- Media dikuasai, sistem perundangan dan polis, penguatkuasa juga juga mampu dipengaruhi, saya ingin lontarkan ini kerana saya kenal ayah saya dan saya tentunya, sosok SM Idris ini, ini kelainan. Boleh senyum, berbaik dengan semua, tetapi tidak pernah berganjak dalam isu-isu pokok dan prinsip dan ini kita perlukan. Jauh lebih baik daripada keupayaan saya.
- Saya berikan pandangan terhadap kehebatan sosok namanya SM Idris itu kerana bagi saya, dari segi tuntasnya, dari segi keberaniannya dari segi kesederhanan hidupnya itu, tentunya jauh lebih baik daripada apa yang saya mampu.
- Tetapi sekurang-kurangnya kita harus diperingatkan dan saya terima kasih Claude Alvares pun ada, Claude Alvares tu sosok yang keras ye, saya harapkan dia ada di sini, saya nak minta dia berucap dulu baru saya boleh jawab. Sudah 30-40 tahun dulu saya berdebat dengan dia. Saya tak mengaku kalah. Dia pun tambah keras. Jadi, tapi kita jadi sahabat dan banyak pandangan beliau itu sebenarnya kita terima dalam sistem termasuk tatanan dunia, termasuk ekonomi yang sangat tempang.
- Jadi mudah-mudahan Allah SWT memberi kekuatan. Pertamanya mencucuri rahmat ke atas roh insan yang bernama SM Idris. Mengenang jasa, pengorbanan dan khidmatnya. Supaya beliau diangkat, diberi keampunan dan diangkat bersama Solihin, tingkatkan martabatnya di sisi Allah SWT dan mudah-mudahan yang sangat bermakna adalah peringatan kepada kita, bukan santai-santai, orang Indonesia bilang basa-basi, sekadar kenang ingat dan pulang, tidak, tapi sosok yang luar biasa yang unik, Epic dan institution in himself.
- Dia apa? Pengguna? Pejuang pengguna? Ya. Menolak sistem boprok, penindas? Ya Jaga lingkungan? Ya. Jadi siapa dia? Dia itu ya, mencintai, apa yang dikata, konsep dan manusiawi itu. yang harus tegak dengan keyakinan, dengan nilai dan dengan mengharmoni di antara manusia dan nature.
Terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
