VERBATIM: TEKS UCAPAN YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM PERDANA MENTERI SEMPENA KONVENSYEN PENGAJIAN ISLAM INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (IPT) ANTARABANGSA 2025
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
KONVENSYEN PENGAJIAN ISLAM
INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (IPT) ANTARABANGSA 2025
13 NOVEMBER 2025 (RABU) | 11.30 PAGI
DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillahilladzi anzala ‘ala ‘abdihil kitab walam yaj’al lahuu ‘iwajaa,
Wa usolli wa nussalli ala Rasulihil Karim,
Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.
Rakan-rakan Menteri;
Yang Berhormat Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir,
Menteri Pendidikan Tinggi;
Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama);
Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli bin Hasan,
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama);
Pengerusi Lembaga;
Yang Berusaha Profesor Dr. Abdul Halim bin Abdul Gafor,
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Universiti Kebangsaan Malaysia;
Sahibus Samahah Mufti;
Profesor, Pensyarah, Dekan-dekan Universiti;
Yang Berbahagia Dato’ Profesor Dr. Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim,
Dekan Fakulti Pengajian Islam merangkap Pengarah Konvensyen; dan
Anak-Anak yang dikasihi sekalian.
- Alhamdulillah, kita bukan sahaja kembali ke UKM, tetapi apa yang disebut tadi Fakulti Pengajian Islam. Fakulti Pengajian Islam itu kalau di zaman remaja saya, walaupun saya tidak menjadi seorang penuntut di sini, tapi bila markas utama gerakan belia Islam ABIM dan bagi kita kebangkitan dan kesedaran Islam, markasnya itu di Fakulti Pengajian Islam.
- Baik Harun Din, Razali Nawawi, Dr. Muhammad Nur Manuty, Datin Dr. Siti Zalikhah Mohd Nor, dan puluhan pensyarah-pensyarah dan profesor. Kalau kita lihat umpamanya kalau program pencerahan dakwah anak muda, ketimbang mana – mana universiti di tempat lain, saya fikir paling aktif itu di Fakulti Pengajian Islam, UKM. Jadi, secara tulusnya sebagai seorang peribadi, insan yang beroleh banyak manfaat daripada hubungan dan diberikan ruang secukupnya untuk menyampaikan pandangan dan menggerakkan kegiatan Islam terutama di kalangan anak-anak muda, jadi saya setulusnya ucap Jazzakumullahikhairankatsiran. Terima kasih.
- Terima kasih kepada JAKIM dan KPT kerana kerjasama yang diberikan. Dan saya percaya idea-idea yang dilontarkan oleh Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry, Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im sebelum ini boleh kita manfaatkan, bukan sahaja merungkai masalah, tapi melakar beberapa dasar yang boleh kita usaha dan tingkatkan.
- Saya sering mengupas kecelaruan yang berlaku, cabaran utama umat. Dan ini pernah dirumuskan dengan hebat oleh pujangga dan filasuf, Muhammad Iqbal, kerana Muhammad Iqbal itu mohon supaya de-reconstruct, diatur lakar semula pemikiran Islam supaya berakar kepada tradisi tetapi berupaya melakar perubahan. Itu di dalam “de-recontruction of religious thought in Islam”.
- Masalah dinamika di dalam dunia Islam itu sendiri yang juga terangkul pengajian Islam tradisional. Mesti berakar kepada tradisi tetapi harus mampu merubah dengan taklid dan tidak merubah dari satu pandangan yang dianggap jumud dan merubah supaya ada keupayaan mengupas ijtihad tetapi tentunya dengan syarat-syarat yang ketat.
- Syarat-syarat itu adalah dengan penguasaan ilmu yang lebih gagah. Sebab itu dalam bidang pendidikan umpamanya daripada awal, lama semasa saya Menteri Pendidikan dulu, saya sentiasa mengingatkan guru-guru supaya menghadam maksud hadith, adabbani rabbi fa ahsana ta’dibi, kerana pendidikan itu tidak boleh terlepas dari akhlak dan nilai dan permasalahan adab. Dan bila juga kita popularkan, bila Sayyidina Abu Talib r.a ditanya tentang kecintaan baginda kepada ilmu. Itu diungkap dengan frasa lazzatul ma’rifah. Suatu yang dikecapi, dinikmati dengan sendirinya. Bukan kerana kerjanya, bukan kerana kedudukan nak jadi seorang alim, tapi kerana kecintaannya kepada ma’rifah. Dibezakan dengan kategori ilmu.
- Apalagi dalam keadaan sekarang. Dunia sekarang dengan percambahan information dalam media sosial. Apa saja boleh dicari. Jadi, menarik juga, seorang pujangga yang lebih berakar kepada agamanya T.S. Eliot itu seorang pujangga Inggeris yang lebih berakar kepada tradisi Kristian. Jadi dia mengupas ilmu itu dalam beberapa tahap. Information, maklumat yang katanya bercambah. Tapi bukan semua maklumat itu ilmu. Jadi ada kategori. Ada maklumat, ada ilmu. Dan ilmu itu mesti disaring. Kadang-kadang bukan semua ilmu itu memberi hikmah. Jadi ada kategori yang berbeda.
- Dan tentunya kalau kita sekadar mengupas, lebih kuat dan kukuh dalam adabbani rabbi fa ahsana ta’dibi ataupun dalam lazatul ma’rifah. Dalam negara MADANI ini, bila kita bicara soal nilai dan akhlak, menunjangi, tentunya Pengajian Islam itu menjadi core, tonggaknya. Kita tak boleh bicara soal ijtihad, soal pembaharuan, islah itu tanpa pengajian asas.
- Sebab itu, dalam dunia pendidikan, saya gesa kepada Menteri Pendidikan dan Menteri Pendidikan Tinggi supaya kita jangan ketinggalan. Kita mesti menggapai, seolah-olah yang di langit itu. Siapa yang bicara tentang transisi tenaga dua puluh tahun, tiga puluh tahun yang lalu? Tidak mungkin dalam Only One Earth. Ada kupasan dulu dari Club of Rome, sekitar tahun 70-an, tentang bahaya persekitaran, bahaya tamak haloba, menggondol kekayaan, memusnahkan bukit bukau dan hutan belantara. Itu peringatan, tapi tidak menjadi kerangka pemikiran universal. Sehingga, mungkin dua puluh tahun yang lalu.
- Siapa yang bicara soal artificial intelligence dan transformasi digital? Ya, mungkin satu dua orang, tapi tidak. Dan kita tidak boleh terlambat. Malaysia mesti jadi hab Kita mesti kejar dengan cara yang sangat pantas untuk menguasai ilmu-ilmu yang disebut teknologi baharu, digital dan artificial intelligence. Ini yang saya sebut menggapai di langit, atau seolah-olah menggapai di langit.
- Ada orang kritik saya, dia kata, “Anwar ini begitu sekular sekali. Yang di langit pun dia fikir teknologi. Padahal langit itu patut tak ada kena langsung.” Maksud saya, yang di langit itu seolah benda yang baru; artificial intelligence, digital transformation, new technology. Itu seolah-olah menggapai di langit.
- Tetapi kekuatan kita dalam MADANI ini ialah menggapai di langit tapi mengakar ke bumi. Mengakar ke bumi itu ialah budaya tempatan, bahasa kita, dan lebih lagi soal akidah, akhlak, dan sahsiah. Haa, ini bila Fakulti Pengajian Islam, tak guna bahasa Arab sikit, dia kata saya tak tahu pula. Jadi saya tambah sikit-sikitlah ya, jangan tanya maknanya (berseloroh).
- Jadi maknanya, soal nilai, soal akhlak, soal keperibadian atau syahsiah itu penting. Dulu kita ungkapkan syahsiah islamiyah, Ma’nawiyah. Itu boleh dikupas lagi, itu minta profesor-profesor kupaslah.
- Tapi maknanya apa yang saya sebut di sini mengakar ke bumi. Kita tidak boleh maju, mencapai kemajuan, bergegas untuk maju menguasai yang baharu-baharu tetapi hilang nilai. Ini berlaku. Kita tentunya tak mampu bersaing sekarang dengan kekuatan Amerika, China, atau Eropah dari segi teknologi baharu ini. Tetapi kita harus kejar. Dan kejar itu dalam apa yang disebut zaman post-normal times, itu mesti dilakukan dengan kepesatan luar biasa. Kalau kita kenakan satu disiplin baharu, subjek baharu di Fakulti Pengajian Islam, ia tak boleh ikut kerangka lama.
- Jabatan, kemudian pergi ke Dekan, kemudian ke board of studies, kemudian ke senate, kemudian hantar ke KPT, ambil masa setahun. Dalam masa setahun, perubahan AI itu sudah tiga kali ganda. Bermakna perubahan itu berlaku di semua peringkat; di kementerian, di universiti, di fakulti, di jabatan.
- Soalnya sekarang, kita mesti terima angka-angka ini. Kita tak mahu ketinggalan. Maknanya, dasar kita tentang Semiconductor Strategy harus jelas. Industri, penekanan tentang industri baharu. Jadi, industry roadmap mesti ada. Dasar energy transition Transformasi digital mesti dipacu. Jadi kita harus tahu apa yang kita maksudkan, dan orang yang nak melabur juga tahu.
- Sebab itu saya kata, kita bersyukur kepada Allah SWT, negara aman, dan politiknya stabil. Kalau tidak, tiap tahun tukar Perdana Menteri. Bila politiknya stabil, untuk apa? Untuk mampu melakar dasar yang jelas, yang baik, dan mampu dilaksanakan dengan pantas dan efisien.
- Tetapi kalau kita bicara soal nilai dan akhlak, maka kebejatan, pelanggaran hukum, tamak haloba, mengukur seorang Perdana Menteri atau Sang Menteri itu dari segi keupayaan dia memunggah kekayaan untuk peribadi. Ada dana lebih sikit, tak fikir soal rakyat. Fikir kemudahan kita sendiri rumah kita, kenderaan kita, tanah. Jadi keutamaan itu, walaupun bila berucap kita bicara soal fiqh awlawiyat, bila amal, fiqh itu bermula daripada kepentingan peribadi, keluarga, kenderaan, perumahan, tanah untuk peribadi.
- Sebab itu saya katakan, the challenge is not in the exhortations. The challenge is in the ‘amal’. Itu cabaran kita. Jadi, ini bagi saya kerangka pertama yang harus kita jelaskan. Kita kena terima kerangka ini dulu. Kerangka besar, negara MADANI. Apa dia? Mesti pacu pertumbuhan dengan cepat. Kalau tidak, kita ketinggalan. Kita sudah lama ketinggalan. Porak peranda berbicara soal politik tak habis-habis. Maki hamun sana sini. Benci antara kaum. Tuduh menuduh. Tak setuju saja terus orang ini sesat, munafik, dan sebagainya ataupun bodoh dan macam-macam kecaman. Antara kaum, antara agama, antara wilayah. Sebab itu saya tadi bergegas dari Parlimen. Saya jawab soalan di Parlimen. Yang soalan-soalan susah saya kena jawab. Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir cepat-cepat, dia lari (PM berseloroh).
- Saya jawab tentang apa yang hangat di Sabah. Tak ada salah. Sabah merasakan perjanjian dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) itu masuk 40 peratus hasil Sabah itu mesti dipulangkan ke Sabah. Itu kita bicara. Jadi saya ambil keputusan senang, tak mahu, jangan gaduh-gaduh. Hasil, kita carilah sedaya upaya kita. Jangan porak-peranda negara ini. Kita boleh capai pertumbuhan tinggi, suku tahun ketiga 5.2 peratus pertumbuhan ini, di negara-negara Asia Tenggara itu sukar, kita mengatasi banyak negara lain.
- Pelaburan tertinggi dalam sejarah. Pengangguran terendah dalam sejarah. Inflasi di bawah 2 peratus, dan kita gunakan dana itu selamatkan daripada penyakau-penyakau ini, rasuah, penyeludupan, kartel, ketirisan. Dalam dua tahun, kita selamatkan berapa? RM15.5 bilion.
- Sebab apa? Sebab bagi saya soal nilai dan akhlak ini penting. Bukan perbicaraannya. Bukan janji. Perlaksanaan. Kata-kata. Orang nilai Islam kita itu, wa ‘amila solihan, wa qala innani minal muslimin. Macam itu. Bukan saja perbicaraan. Istajibu lillahi walirrasul iza da‘akum lima yuhyikum. Itu ujian dia.
- Baik sebagai pelajar, mahasiswa, sebagai pensyarah, sebagai Timbalan Naib Canselor, sebagai Menteri, sebagai Perdana Menteri diukur bukan dasarnya, bukan ungkapan kepetahan kata-katanya, tetapi pelaksanaannya.
- Berapa lama wang ini hilang? Hilang begitu. Saudara ingat, kartel, gangster, rompakan, penyeludupan baru berlaku dua (2) tahun ini? Tidak. Puluhan tahun! Terbiar! Tidak ada upaya tekad politik.
- Anak-anak dikasih sekalian, dia tidak mudah. Risiko besar. Baik kepada SPRM, LHDN, Polis, semua. Risikonya besar kerana mereka sudah begitu kuat kartel itu. Tetapi, kita fatawakkal ‘alallah, innallaha yuhibbul mutawakkilin. Kena yakin. Risiko besar. Sebab itu saudara lihat saya pun, luar daripada kawalan saya lah ya. Nak datang, nak naik pentas pun, pihak Komando Polis nanti check sana, check Jadi bukan arahan saya. Tolonglah jangan salah faham. Saya tak ada upaya. Dia kata bagi dia jaga keselamatan.
- Kerana langkah-langkah kita ambil itu langkah luar biasa. Bayangkan berpuluh tahun kita biarkan dan puluhan bilion ringgit hilang. Orang bicara macam-macam Islam lah, Melayu lah, kebangsaan lah. Macam-macam kita dengar. Perdana Menteri silih berganti, kerajaan silih berganti. Dan anak-anak juga diheret ke sana ke sini. Terpengaruh dengan perbicaraan. Ukurannya pada kata-kata. Pada pelaksanaannya. Pada usaha menyelamatkan bangsa dan negara ini. Ini ukurannya.
- Dan saya beritahu anak-anak yang dikasihi sekalian, tidak mudah. Kalau dengar perbicaraan di Parlimen, Parlimen masih bersidang. Tidak ada yang suarakan. Adalah boleh jadi beberapa ahli Parlimen penyokong kerajaan, tapi yang di sebelah sana langsung tak ada. Nak katakan terima kasih lah SPRM, Polis menjalankan tugas, selamatkan dana kita.
- Saya sebut di Parlimen, bukan jarum, kontena. Masuk keluar di pelabuhan. Puluhan tahun, seludup barang masuk, seludup barang keluar. Sekarang kita hentikan, dan kita selamatkan wang negara.
- Jadi anak-anak dikasihi sekalian, sebab itu pendidikan ini untuk menyemai semangat dan kesedaran, kecintaan kepada ilmu itu, ma‘arifah itu untuk kita yakin dan kita amalkan.
- Dan kalau saya umpamanya pada pagi ini dapat menarik perhatian anak-anak dengan tekad dan iltizam yang benar-benar menguasai ilmu sebaiknya, perbaiki akhlak kita, betulkan ketempangan, dan menjurus ke arah menyelamatkan keluarga kita, negara kita, saya fikir itu satu permulaan yang baik.
- Dan saya sebut perkara ini kerana bagi saya, pengajaran Islam itu bukan sesuatu yang kurikulum yang terbatas. Ini saya bawa mauduk yang kedua.
- Bila saya jumpa dengan guru-guru pondok, itu markas kita. Saya semasa zaman ABIM itu hampir keseluruhannya pondok. Saya dari aliran Inggeris. Dari Malay College Kuala Kangsar. Belajar di Universiti Malaya. Memang masa itu dipanggil Jabatan Pengajian Melayu tapi saya belajar Sosiologi. Asas pendidikan Islam selain daripada Madrasah Ikhtihadiyah Al-Wataniyah, Cherok To’Kun itu, Sekolah Arab kampung lah ya. Dah tu belajar Al-Quran malam. Itu sahaja.
- Tapi saya bersyukur kerana rakan-rakan. Kalau dalam ambil dulu, nakib-nakib nya semua dari Fakulti Pengajian Islam. Dan nakib saya awal ialah Prof. Dr. Ustaz Sheikh Razali Nawawi dan Ustaz Fadhil Noor. Memaksa saya hafal, memaksa saya tela’ah kitab-kitab yang asing daripada tradisi pendidikan saya. Tetapi saya jelaskan di sini, yang saya sebutkan mawduk kedua ini, kalau benar seperti pondok-pondok ya, masa itu kita banyak ke pondok-pondok, hampir semua pondok-pondok kita pergi. Dan pondok-pondok istimewa dia apa? Ini pun saya bicarakan menukil pandangan Bapa Mohammad Natsir pernah menjadi Ketua Masyumi dan Perdana Menteri Negara Kesatuan Pertama Indonesia.
- Dia menulis rencana yang sangat mengesankan. Dalam keadaan kita diserang oleh penjajah. Penjajah Belanda di Indonesia, Inggeris di Malaysia, Itali di Libya, Perancis di Algeria. Apa yang mereka lakukan? Tanpa kecuali Lord Cromwell di Mesir, Stamford Raffles di Malaysia, Snouck Hurgronje di Belanda, Macaulay di India. Apa yang mereka lakukan? Ialah menawan negeri, kuasa politiknya, sistem ekonominya, sistem pendidikannya dan seluruh kekuatan masyarakat.
- Tewas semua. Kagum dengan budaya Inggeris. Kagum dengan bahasa Inggeris. Kagum dengan budaya, sistem, keseluruhannya, ekonomi, politik. Tidak ada pilihan pada masa itu, pada mereka. Kerana, seperti mana yang disebut oleh Syeikh Muhammad Al-Ghazali – isti’amar ruhi wa fikri. Ia adalah imperialism and colonization of the soul and the mind. The mind and the soul. Penjajahan berakhir, kita semua merdeka. Saya mula tahun 70-an ini, ingat 60-an di universiti, akhir 60-an. Itu kalau assalamualaikkum itu janggal. Kalau nak berucap sekejap, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Ustaz tu. Sebab kita cakap-cakap Assalamualaikum. Tapi Alhamdulillah, anak-anak bangsa ini dia tidak terlalu sukar untuk meninggalkan, melainkan beberapa kumpulan elit itu.
- Baik, balik kepada pondok ini, kata Mohammad Natsir, di kala seluruh sistem itu, politiknya, bangsawannya, pentadbirnya, sistem ekonominya, pendidikan dan budayanya, bahasanya, semuanya dirangkul oleh kekuatan penjajah. Yang tinggal hanya pesantren di Indonesia, pondok-pondok di Malaysia. Itu dianggap sebagai benteng pertahanan umat. Satu-satunya benteng pertahanan akidah dan ilmu umat. Mereka menjadi benteng.
- Bagi anak-anak yang belajar sejarah dan bagaimana Snouck Hurgronje menulis dua karya besar. Snouck Hurgronje itu dia masuk, dia pergi Mekah, Mekah Ramadhan, dia guna nama Abdul Rafar, kahwin dengan orang Jawa, menipu, dia ada tanggapan, jadi mukhabarat – intelligence sound kemudian tangkap dia. Tapi sebelum itu dia teliti. Dia pergi ke masjid-masjid di sekitar Mekah, Makkah al-Mukarramah, Madinah dan lihat apa yang orang Jawi ini lakukan. Masa itu, akhir 80-an. 1880-an, 1890-an. Dia menulis dua buku penting. Mekah in the later part of the 19th century dan The Achenese. Mekah di akhir abad ke-16. Bagaimana orang Melayu, orang Jawi pada masa itu, daripada kumpulan Melayu pergi, apa dia buat? Dia belajar. Salah seorang tokoh, ulamak besar di situ, Syed Ahmad Khateeb. Tapi apa jadi? Bila dia pulang, dia pulang dengan semangat baru. Dia tertanam bukan sahaja ilmu yang bertambah, tapi ruhul jihad. Dan dia jadikan madrasah dan pesantren itu sebagai benteng dia. Maka Queen Wilhelmina, Belanda masa itu, mulakan dasar baru – Ethical Policy 1901, untuk mematahkan serangan itu dan cuma menghalang orang pergi. Sebab itu, sebahagiannya dibuang ke Sri Lanka. Kemudian sebahagiannya sampai ke South Africa. Syeikh Ahmad Yusuf dari Mekasar. Tak apalah itu, kalau nak, kalau Dekan bagi peluang, saya bagi satu kuliah khas saja tentang ini.
- Tapi kena ambil cuti lah. Tapi Dekan kata betul, memang susah. Bukan saya susah nak hadir, tapi terbeban, saya tak boleh Bukan saya nak complaint dan merayu, tapi memang saya banyak elak program terutama sebelah pagi sebab terutama macam tadi, di Parlimen, di pejabat pun banyak kerja dan sekarang pun saya tengok staff saya ada signal lah. Tapi dia staff, saya Perdana Menteri jadi saya tak mahu tengok dia (berseloroh).
- Baik, tapi kata Mohammad Natsir, satu-satunya benteng yang ada, padat dia fikir. Abad yang lalu. Masa lawan penjajahan. Agama semua luntur. Pengalaman saya, belajar Malay College, tak ada agama. Adalah, soal fardu ain sikit-sikit. Seminggu sekali ustaz datang, kena bawa jemaah. Hari jumaat beratur, pergi ke masjid, itu sahaja. Bagi kita, Islam itu ritual period. Hanya kemudian.
- Dan kalau pengalaman saya, Fakulti Islam masa itu, Razali Nawawi dan beberapa orang lain, Datin Dr. Siti Zalikhah Mohd Nor, ketua kegiatan wanita yang hebat, menjelajah untuk memberi penjelasan. Apa kaitan dia? Itu dulu. Semasa kita bersiap untuk melawan penjajah. Tapi sekarang, dengan dana yang besar kepada JAKIM, saya tambah jadi RM2.5 bilion tahun ini. Ini tak termasuk peruntukan-peruntukan lain, sekolah menengah agama bawah kementerian pendidikan semuanya tidak. Jadi orang nak mengatakan bila kita beri bantuan kepada sekolah Cina RM50 juta, riuh Anwar ini sudah tinggalkan semangat agama, dia hanya bantu sekolah Cina. Ya Allah! Dan orang kita terpengaruh kerana tidak ada pencerahan. Ada ilmu kononnya. Get the facts right! RM2.5 bilion campur-campur yang lain, tidak kurang daripada RM3 bilion hanya untuk pendidikan Islam. Kita bagi RM50 juta, kalau RM100 juta kepada sekolah-sekolah Cina, apa masalahnya? Negara ini, negara berbagai kaum. Saya nak aman negara ini. Baik.
- Tapi cabaran kepada sekolah-sekolah pondok, itu apa dia sekarang? Kalau dia nak masih terikat dengan karya-karya lama, saya tak ada masalah. Kimiya’ al-Sa’adah, Ihya Ulumuddin, Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali, atau nak baca, Munyatul Mushalli, Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani, tentang bab solah, saya tidak ada masalah. Itu dia fikir, dia putuskan. Tapi saya nak cadangkan kepada tok-tok guru, ini dunia sekarang, kalau nak jadi benteng pertahanan umat, dia kena sedia terima beberapa disiplin baru.
- AI, digital, memahami soal energy, soal environment, sekitarnya. Jadi dalam kurikulum itu dimasukkan. Dan kalau kita perlu bantu, kita bantu, kemudahan komputer, kemudahan untuk dia menguasai AI dan sebagainya. Ini saya terpakai juga dengan Fakulti Pengajian Islam. Penting untuk jadi benteng pertahankan, tetapi mungkin untuk keperluan anak-anak di zaman di mana semiconductor is now already a hub, untuk region kita semiconductor hub. Sebab itu bila orang kritik perjanjian dagang dengan Amerika dia seolah kita menyerah semua kita eksport ke Amerika itu RM200 bilion, 60 peratus daripada production E&E dan semikonduktor ke Amerika Syarikat.
- Jadi kita ada perjanjian bagi dia keutamaan tetapi ada clause, apa dia kita kata? Tidak ada mana-mana peruntukan dalam perjanjian dengan Amerika Syarikat menghalang kita. Pertama, untuk memutuskan berdasarkan kepentingan keselamatan negara kita, terikat dengan undang-undang dan peraturan negara kita, dan hak kita menilai semula dan memberi notis untuk membatalkan.
- Tapi diserang bertubi-tubi, baca bagi habis. Itu selingan sedikit kerana isu-isu ini hangat dibincangkan. Tapi kalau benar kita ini tunduk kepada Amerika, mengapa hari Ahad saya sign dengan Presiden Donald Trump, hari Isnin kita sign dengan negara. China? Tapi ini yang berlaku. Minggu depan saya ke Afrika Selatan, G20. Amerika boikot, saya hadir atas undangan Presiden Afrika Selatan. Saya tidak tunduk kepada dasar luar Amerika, kita ada dasar kita. Malaysia ini negara bebas, bermaruah dan merdeka.
- Bila saya terima dia, betul lah orang marah. Ya lah, Anwar buat-buat gini-gini (menari bersama Presiden Trump), takpe pasal apa, okey lah. Kalau salah pun okey lah, benda kecil, bukanlah saya sakau berbilion-bilion, ini orang yang sakau berbilion-bilion pun kamu tak cakap apa-apa. Yang saya buat begini, oh ini tak melambangkan akhlak Islam, dan sahsiah, nyampah dengar.
- Tapi, oleh kerana saya dapat tenangkan dia, jadi dalam the beast, dia punya kenderaan tu macam tank sebenarnya, bukan kenderaan, tank. Saya gunakan peluang itu untuk bercakap soal China, hubungan kita dengan China. Mengapa saya undang Brazil dengan Afrika Selatan yang dia tidak suka, dan saya tanya pasal Gaza. Saya kata, Mr. President, saya terima kasihlah, you stop ini bombing dan serangan bertubi-tubi kepada rakyat Gaza. Oh, dia tanya. Saya jawab, yes kita pun bawa perdamaian. Tapi ingat, di dalam kereta/mobil dan di luar, masa saya berucap, saya selalu sebut, saya tidak sebut 20 point perdamaian, saya sebut penyelesaian komprehensif untuk Gaza dan Palestine. Itu beza besar. Penyelesaian komprehensif itu bermakna penyelesaian dari segi mengiktiraf hak Gaza dan Palestine sebagai negara merdeka dan berdaulat. Dan menolak kekejaman Israel yang terus mengganggu di Tebing Barat. Dan saya sebut ini, depan Presiden Trump. Lihat beberapa negara, berapa pemimpin negara yang bercakap depan dia begitu, yang lain semua, yes Mr. President. You are a great leader, finish.
- Tidak terima kasih pun tidak apa, tapi janganlah kutuk saya. Dia tak bincang bab ini, ini bagi saya isu, antara isu penting selain daripada perdagangan ialah isu kita dengan Gaza. Dia tak cakap, tapi PMX ini dia suka ini sahaja… tapi saya buat ada gayanya, bolehlah tahan sikit (berseloroh).
- Baik, jadi balik kepada Fakulti Pengajian Islam, yang kedua itu kita boleh bincang dengan universiti dan fakulti-fakulti semua apa lagi yang harus kita adakan sebab dia masuk juga soal peluang pekerjaan. Kalau mahu umpamanya seperti mana rakan-rakan kita di JAKIM saya minta pandangan dalam kerangka masalah ekonomi, masalah pendidikan, sebaiknya mereka harus ada juga satu bidang khusus yang kita anggap multi disciplinary, ini termasuk soal teknologi atau komputer atau AI dalam fakulti yang sekarang ada tetapi saya minta supaya kalau boleh ditingkatkan untuk membolehkan kerajaan berunding dengan sektor swasta supaya sebahagiannya dijamin pekerjaan dalam kerajaan dan sebagainya ditonjolkan ke sektor swasta. Jadi saya harap kalau dah mula lakukan, Alhamdulillah tingkatkan dan kita bantu sedaya yang boleh.
- Jadi demikian kuliah saya tengah hari ini, saya seperti mana bicara hadith “Al-Qabl Bil-Qalb”. Tidak sangat protokolnya dan sebagainya tapi saya memang terharu. Bukan soal politik biasa, I mean, ini base Macam dekan kata sebut, betul. Saya masa itu masih mahasiswa, pada masa itu Syeikh Nasir panggil kepada Dewan Bahasa masa itu kita dah mula menuntut penubuhan Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Tahun 1971, saya tulis kepada Tun Abdul Razak minta dia pertimbangkan menubuhkan Universiti Islam.
- Tapi pada masa itu juga kita tercabar, anak-anak daripada aliran kebangsaan, bahasa kebangsaan tidak ada tempat universiti dan Malaysia belum ada universiti menggunakan pengantara bahasa Melayu. Jadi saya bila hadir, sebagai ketua mahasiswa masa itu, itu yang saya sign, walaupun dekan komen sign tak elok masa itu. President Trump pula dia puji, dia kata artistic signature, bab ini saya setuju dengan Trump.
- Jadi sekali lagi ucap dan terima kasih penghargaan yang tinggi kepada anak-anak, kena dengar dan percayalah ya apapun perbezaan pendapat di dalam kita. Suatu hal yang tidak boleh dimungkiri dengan umur saya sekarang, dengan pengalaman getir dan sukar yang saya lalui puluhan tahun masuk keluar penjara, saya hanya mengharapkan supaya anak-anak dapat menjadi warga yang lebih berjaya, menyelamatkan keluarga kita dan bangsa kita dan angkat martabat Malaysia ini sebagai satu negara yang kuat dan hebat. Itu saja harapan saya.
- Dan sekiranya kita pada hari ini mahu jadikan anak-anak di Fakulti Pengajian Islam itu, insya-Allah saya akan bincang dengan Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry, apa yang mampu, keupayaan yang dapat saya lakukan untuk tingkatkan mutu dan martabat fakulti, insya-Allah saya akan lakukan.
- Saya harap semangat kerjasama dan rundingan ini diteruskan supaya kita dapat capai beberapa kemajuan yang jelas, mengingatkan kepada mukaddimah saya tentang Muhammad Iqbal tentang bagaimana harus kita maju, berakar ke bumi, maju dengan ilmu pengetahuan baru.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
