VERBATIM: SESI RAMAH MESRA YAB PERDANA MENTERI BERSAMA PENGAMAL MEDIA
TEKS VERBATIM
SESI RAMAH MESRA YAB PERDANA MENTERI
BERSAMA PENGAMAL MEDIA
16 NOVEMBER 2025 (AHAD)
GRAND BALLROOM, MAGELLAN SUTERA RESORT
SABAH
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Sejahtera.
- Terima kasih. Memang ada orang kata dengan Sabah media ini overdue, ada orang yang melahirkan rasa, katanya Anwar bila entertain, entertained orang tepi jalan tapi dengan media tidak mahu. Janganlah begitu. Kebetulan.
- Jadi selalunya kalau ada saya dengan media termasuk di KL dan Putrajaya, kalau saya nak umum sesuatu normally saya umum kemudiannya baru saya respond, saya tidak berhenti pada persoalan media.
- But, anyway hari ini tentang isu pilihan raya negeri, ada bangkitkan isu teknikal bila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebut Pilihan Raya Umum Negeri. Dari segi undang-undang itu jelas, PRU Negeri. Jadi orang kata ini Pilihan Raya mengapa umum pulak. In the past kadang-kadang dia avoid dari segi kegunaan biasa, iaitu Pilihan Raya Negeri (PRN). Tapi kalau dari segi peraturan pilihan raya dia harus PRU Negeri.
- Baik, isu, dasar dan sebagainya saya telah jelaskan, isu 40 peratus itu telah ada, jadi saya ingat lebih baik kita memanfaatkan untuk kita santai-santai sesi soal jawab.
Terima kasih.
SESI SOAL JAWAB
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.
Q1: Dato’ Seri, saya Fazli daripada Bernama. Dato’ Seri, nak mengadu sikit. First, kena mengadu sikit. Antara masalah utama kita, media dekat Sabah ini, terutamanya kalau kita pergi pendalaman lah. Nak hantar story, nak hantar gambar, nak hantar video memang susah. Internet memang problem. Jadi, nak tanya Dato’ Seri, what is the plan? kita ada jendela ke apa ke, what is the plan untuk kita settle kan masalah ini. It’s not for us only, tetapi untuk orang ramai juga. Terima kasih.
A1: Kalaulah tahun ini, akhir tahun lalu sehingga tahun ini, fokusnya semua universiti, maktab perguruan, IPT dan kolej, connectivity, dan pejabat kerajaan. This year, MCMC disburst two billion ringgit untuk connectivity for the whole state. I don’t understand why it’s so expensive. MCMC said to cover here and part of Sarawak is two billion ringgit. They already started.
Maknanya, not immediately, probably dia kata between four to six months for the entire connectivity. Tapi MCMC telah pun menetapkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion untuk tujuan itu. Saya sudah announced dalam bajet. Dia beritahu awal between 4 to 6 months. Tapi kalau kita tanya mengapa now because dia tumpuan dulu kerana kita tengok di kolej, di pejabat kerajaan tentunya, dan universiti sebagai keutamaan.
Jadi connectivity yang selesai, semua universiti, semua IPTA.
Q2: Adakah rayuan dari Sabah dan Sarawak untuk meninggalkan kerusi di Parlimen akan direalisasi sebelum general election yang akan datang, yang pertama.
Yang kedua, kalau Dato’ Seri jumpa orang yang tanya Dato’ Seri yang soalan itu di Gaya Street, adakah jawapan Dato’ Seri pun sama?
A2: Pertama, kerusi parlimen. Interpretasi berbeda sebab sebahagian daipada Sabah Sarawak mengatakan ini part of MECC3. MECC3 itu termasukkan Singapura. But notwithstanding saya saya telah maklumkan semasa mesyuarat di Kuching, tidak salah atau di sini, dalam mesyuarat pertama dengan Ketua Menteri Hajiji dan Premier Abang Jo. Saya beritahu, as a policy, we will have to increase. But the numbers after SPR. We will have to increase the presentation, but probably is slightly increase because of di Semenanjung pun ada yang sampai sudah cecah 350 ribu orang satu kawasan parlimen. Saya ingat 380 ribu kalau masa election, mungkin 400 ribu. Tempat itu mungkin kita kena pertimbangkan. 380 ribu satu kawasan parlimen berbanding dengan satu kawasan parlimen.
Jadi jarak dia biasa di antara kawasan-kawasan yang luas dan penduduk yang kurang dengan kawasan yang sesak dan sempit dengan penduduk yang ramai. Tapi dia selalunya berikan sikit julat yang agak tidak keterlaluan.
Jadi, untuk Sabah dan Sarawak, saya telah beri keputusan dan saya maklum kepada Jemaah Menteri dan juga Jawatankuasa Kuasa Tertinggi MECC3, kita akan tambah.
Q3:Adakah dia satu per tiga?
A3: Tidak. Tidak ada komitmen dari segi satu per tiga. Tapi ada komitmen peningkatan. Satu per tiga itu kerana itu saya telah minta Peguam Negeri Sabah-Sarawak dan Peguam Negara, settle yang itu dulu and come back to us. Tapi tanpa melibatkan soal itu, kerana bila saya sebut itu, saya sudah guna tafsiran perlembagaan, saya tidak mahu campur lagi.
Tapi tentang prinsip penambahan kawasan Parlimen SabahSarawak itu, itu sudah jadi dasar.
Q4: Yang kedua itu, kalau Dato’ Seri jumpa itu orang yang tanya Dato’ Seri mengenai soalan 40 peratus?
A4: Saya sudah jawab dengan kenyataan saya di Parlimen, keputusan Jemaah Menteri dan rayuan daripada Peguam Negara walaupun beberapa parti yang kononnya memperjuangkan rakyat Sabah ini dia pusing, termasuk ada bekas Menteri, tapi tak munasabah, you know. Kita boleh debate tetapi kita mesti tertakluk pada dasar. Kalau application Peguam Negara di mahkamah itu yang dia file itu menyebut tidak menyentuh 40 peratus, Jemaah Menteri putus begitu, sebagai Perdana Menteri menyebut di Parlimen you nak pertikai lagi, susah lah. Maknanya saya ingat sudah keterlaluan, maknanya whatever we say, whatever law, then you say no, we disagree with you, saya tidak fikir itu kenyataannya yang benar. Ini kenyataan kerana pilihan raya.
Apa lagi isu yang nak bakar semangat orang Sabah? 40% itu sahaja. Corruption? Abuse of power is not only in Semenanjung, it’s also here. Saya, dalam ucapan saya sebut, isu kita di Sabah ke, di Semenanjung, di Malaysia is governance, is, it should say, apa ni, the disease of corruption yang sudah jadi sistemik.
Bukti dia, yang saya umumkan dua (2) tahun kita telah berjaya rampas, selamatkan 15.5 bilion ringgit dan saya sebut di Parlimen minggu lalu dari mana, itu termasuk Sabah, Sarawak, Semenanjung. Bukan Semenanjung sahaja. I mean boleh bayangkan bila kita ambil tindakan yang keras betul, kita boleh selamatkan, ini bukan jumlah kecil. Kalau tengok dalam naratif tak banyak, termasuk dalam media pun, saya tak faham, takkan kejayaan penguatkuasa dapat 15 bilion dalam dua (2) tahun itu bukan isu. Bagi saya, itu isu besar dalam negara, menunjukkan ada kelompongan, ada disease yang juga terkait pemimpin-pemimpin terdahulu dalam sistem.
Wah! tapi sekarang banyak yang jadi jaguh-jaguh pertahankan. Saya tidak setuju, tapi saya tidak mampu buat tuduhan spesifik, melainkan ada bukti mendakwa. Bagi saya, in fact, seperti saudara-saudara tahu dalam beberapa kenyataan saya, saya kurang faham mengapa dalam budaya kita daripada slogan-slogan biasa, oh! corruption, corruption itu. Tetapi bila ada tindakan yang tegas dia lindungi dan dia hanya highlight kalau ada kes-kes tertentu yang melibatkan orang-orang yang dia tak suka.
Tengok macam 15 billionaires, bila saya minta LHDN, SPRM, Polis, LHDN ambil tindakan, saya kata saya nak laporan mingguan progres dia. Saya tak beritahu pergi orang itu, pergi orang ini. Ada kartel, ada sindiket, ada penyeludupan. Jadi, bagi saya ini suatu perkara yang besar menunjukkan ini kerajaan yang julung-julung kali serius dari segi pembanterasan rasuah dan penyelewengan.
Soal kurang lagi sambutan itu dia mengambil masa. Tapi percayalah, saya tidak fikir mana-mana kerajaan di manamana negara yang boleh sanggup begitu dalam masa yang singkat. Save the country. 15.5 bilion in two years. To me, it is a startling record.
Q5: Dato’ Seri, Sarpan Sarwi dari TV3. Apa nasihat Dato’ Seri kepada pengamal media dalam konteks kebebasan media sepanjang kempen PRN Sabah ke-17 ini?
A5: Nasihat apa, macam-macam yang berkaitan, sudahlah nah. Ada banyak salah faham, jadi kita sebut kebebasan media, tapi nampak SKMM ataupun polis ambil. Dia ada line kita kena tengok undang-undang, ada orang cakap saya ingat orang attack Perdana Menteri ini hari-hari, bukan isu itu. Saya nak jawab, saya jawab, kalau saya jawab saya jawab keras. Tapi kalau you kata Anwar PMX ini agen Israel, ada akaun di Israel, dah kita jawab dan tentunya proses undang-undang ambil. Ada orang kata kalau begitu saya sah, saya dinasihat juga oleh peguam-peguam dan juga Peguam Negara. Kalau dia kerja itu, dia tak ada kerja lain, dia akan masuk keluar. Jadi kita guna jalur-jalur badan. Tapi kalau betul keterlaluan lah, kalau disebut PM tak tahu urus ekonomi, PM salah guna kuasa untuk membuat keputusan, okay lah semua tu. Tapi kalau dia jual, menggadai negara kepada Israel, kepada Amerika itu, saya ingat keterlaluan. Apalagi kalau disentuh 3R terutama Raja-Raja.
Saya pun ada tekanan. Saudara-saudara tahu, sistem kita ini sebelum Mesyuarat Majlis Raja-Raja, Raja-Raja itu ada jumpa PM untuk bagi pandangan dan antaranya mereka tidak setuju untuk sosial media digunakan untuk menyerang raja dalam keadaan raja tidak boleh jawab, tapi kalau ada kritikan keras yang jelas, ada bukti itu boleh bawa kepada saya atau boleh tulis kepada Raja-Raja itu bukan jadi masalah, tapi you sebar berita umum, dan raja itu tidak harus berdebat dari isu politik. Jadi kekangannya itu sahaja, yang lain tak ada.
Tengok dalam sosial media, soal dalam sejak kampen awal, sebelum penamaan calon selepas penamaan calon, banyak yang saya tidak setuju. Tapi begitu dalam dunia demokrasi dan sistem demokrasi dan kebebasan, kita tahu banyak yang ada di sini banyak yang tulis saya tak setuju, tapi tak apalah. No problem, I mean saya pun kritik juga. Jadi saya tidak fikir itu jadi masalah. Tapi tanggungjawab kerajaan itu lebih-lebih lagi kena on guard untuk jelaskan.
Q6: Maksud saya, Dato’ Seri, dalam konteks pilihan raya ini, mungkin ada parti yang control, okay, ini jangan keluar, ini angle ini jangan keluar. Jadi pandangan, Dato’ Seri, tentang konteks pilihan raya itu sendiri.
A6: Dia kalau dia punya media sosial, itu soal dia lah, tapi kalau ikut saya apa yang jangan keluar, saya tak fikir pengamal media harus dengar. Kalau dia kata jangan dengar, jangan keluar kritikan ini, kritikan ini, saya tidak fikir itu yang wajar, tapi harus bagi ruang. Kadang-kadang masalahnya you serang tapi bila kita jawab you padamkan, itu problem dia. You serang, tapi bila kita jawab, you padamkan. Lepas itu, you bagi pandangan. Ada juga, you kena tahu, pengamal media macam orang politik, kadang-kadang dia ada pandangan masing-masing. Ada satu dua, umpamanya, baik peguam, baik pensyarah dalam dan luar negara, apa pun, kalau you sebut Islam, Melayu, Semenanjung, out.
I mean, kita tengok dia punya trend. Kita boleh jawab. Tapi bila kita jawab itu dipadamkan, saya rasa tidak adil. Itu pun, kita tak ada kuasa nak mengarahkan dia. Cuma kita kata kalau semangat ini, itu semangat media yang bebas, wacana yang segar, sebab media terlalu penting. Sekarang ini lebih penting dari dulu, bayangkan? Media sekarang dengan media sosial itu jauh lebih berkesan dari dulu, sebab dia dapat penetrate kepada semua kalangan melalui media cetak dan media sosial ini yang besar.
Q7: Stephanie dari The Star. So, you are saying that it is okay for mainstream media as well as the online portals to bagi juga pendedahan and coverage for parties that are against your MADANI government. Because prior to this Pakatan Harapan has been championing openness, fairness in reporting. So yeah, that was one of your strongest points.
A7: I don’t understand what’s the issue. I mean, as far as I’m concerned, I see the media quite critical. They report some of these nasty comments from MP’s outside, we should have or reserve the right to reply. So, is our criticism of the opposition they have the right to respond. But as you know, as it happened in Parliament, for example, Sabah di anak tiri kan, tidak ada peruntukan, tidak ada 40 peratus. Dia bagi impression, seolah-olah, complete neglect as of the case, for example, I read the judgment. I disagree, I strongly disagree. Not only disagree, to me it’s totally unacceptable because 40 percent is okay.
You say you can criticize here’s a floor is here, but the allocation is serious. I mean, I am Prime Minister for all the other states, you don’t know how the other states are confronting me. Why this allocation for Sabah? Why this 17, we give to the Federal Government triple that amount. We get 1/3 how do you explain? I say oh, there is MECC3, there is a standard. Oh no, because they happen to be facing huge problems of poverty, of infrastructure. I will have to explain, but it’s not as simple, I don’t see from that angle, Melayu angle or Semenanjung angle or Sabah angle. I have to see from the national angle.
It is a tougher challenge for this than to give a peril kill, suku kaum punya pandangan atau agama punya pandangan. we are facing you know I’m not talking about Sabah alone, Semenanjung. Look at the debate in parliament. Kelantan, Terengganu di zalimi, tidak ada peruntukan. Yang benarnya peruntukan Kelantan itu jauh lebih banyak daripada semasa PN pemerintah. Kita jawab itu. Silent. Itu yang saya pilih boleh kritik tetapi jangan jadi Harakah lah.
Q8: Assalamualaikum Dato’ Seri, saya Mimi daripada Sabah Media. Sebelum itu meluah jugalah, kami pun merajuk sebab Dato’ Seri setiap kali datang ke Sabah, macam Kota Kinabalu (KK) punya media ini tidak macam tidak dilayan lah. Ini yang cover ni.
Dato’ Seri sangat concern dengan negara lain. Okay, saya bangga dengan Dato’ Seri sebenarnya dapat prihatin sangat dengan negara Palestin, Kemboja dan Thailand yang baru-baru dapat menyelesaikan dengan genjatan sejata itu. Tapi bagaimana dengan Sabah pula Dato’? Sebab isu, sekiranya diberi mandat sekali lagi PH dan GRS memerintah negari Sabah untuk 29 hari bulan ini, bagaimana dengan isu-isu di Sabah dapatkah diselesaikan secara tuntas seperti mana Dato’ concern dengan negara-negara lain? sebenarnya negeri Sabah ni kecil sahaja Dato’, bagaimana dengan especially 50 tahun yang kita penantian 40 peratus itu bagaimana? adakah ia akan diselesaikan sekiranya diberi mandat sekali lagi PH dan GRS?
A8: Tidak ada sekiranya lagi lah. Itu pun dia tu no one suit tak berapa betul tu. Sekiranya ini bila diberi mandat lah, ok takpe, takpe cukup bergurau. Itu andaian itu membakar seolah-olah Anwar beri perhatian lebih daripada luar. I mean, saya kerja 7.30 pagi sampai malam, itu 90 peratus dalam domestik.
Saya ke Sabah, tidak ada Perdana Menteri sebelum ini bagi tumpuan kepada Sabah seperti yang saya lakukan. Alright? Kita ada technical committee dan saya lantik Datuk Sri Fadillah. Meeting dan Fadillah sebagai orang Sarawak, tentunya dia lebih ambil perhatian. Kemudian bawa mesyuarat, regular meetings sama ada bilateral saya turun ke Sabah jumpa Menteri-Menteri dan Ketua Menteri Sabah minta pandangan dia. Air, kita selesaikan. Give enough allocation selesai tahun depan.
Elektrik, kita serah balik pada Sabah and then kita bagi lagi 1.2 bilion how can you say that you are more interested on Palestine. Palestine we give RM100 million in 2 years 100 million ringgit you know and then we give electricity sahaja RM1.2 billion. We give water 1 billion dan selesai ini 2026, ya, kalau tak ada problem ini. Pan Borneo puluh bilion, I mean sebab itu saya kata naratif ini dari segi sudut bahaya.
Jadi anak-anak muda dengar, yelah dia asyik-asyik Kemboja. Kemboja phone 5 minutes or 10 minutes. Dengan Trump panjang sikit malam itu. Takkan telefon dengan Trump, asyik dengan Trump sahaja, Trump dia telefon. Bagi saya sebagai anak Malaysia, saya bangga sebagai rakyat Malaysia kerana Presiden United States untuk berikan perhatian. Sampai saya pergi ke Korea, jumpa Presiden Xi Jinping, wah! dia kata, saya tanya dia bagaimana perundingan, dia kata, “it went good”, dia terima kasih lah sebab create suasana yang kondusif dan untuk China dan United States bincang. Cuma dia kata, you menari macam ini, saya tidak pandai menari. Dia bergurau la kan. Tapi to suggest dia tidak betul. Saya tak setuju beri andaian kepada rakyat, seolah-olah Anwar ini beri perhatian terbanyak kepada orang luar.
Kalau katalah dalam seminggu yang lalu, saya telefon Perdana Menteri Cambodia 3 kali, sebab tembak-penembak orang mati. Kemudian Perdana Menteri Anutin Charnvirakul 3-4 kali juga. President Trump sekali, itu sahaja. Telefon, tapi yang lain itu kita bagi perhatian.
Tapi kalau tanya beberapa tuntutan Sabah tidak penuhi saya setuju. Tapi bandinglah, awak nak sokong siapa? PN? Kerajaan mana? Ketua Menteri dulu? Perdana Menteri dulu? Mana yang buat lebih dari segi perbincangan? How many have you settled? But they are constitutional issues. Kita kena debate, can we get the two-thirds in Parliament? All these issues have to relate. It’s not just Sabah mahu tu, Sabah mahu tu. Okay, saya boleh dengar, tapi saya balik tengok. Tentang coaliton, do we have two-thirds to push this?
Macam tadi soal one-third Parliament. Can I get this twothirds? Right now, I have to work to get them to understand. Dan api, air, jalan, jalan macam saya sebut dah banyak kali daripada Pan Borneo. Ini allocation lulus, di Sarawak hampir siap, Sabah belum siap, you tanyalah dulu Perdana Menteri dulu, Ketua Menteri dulu, Menteri-Menteri dulu why everything burden on me? I bagi pandangan dan saya terima kasih Hajiji, saya kata Hajiji yang ini aku tak larat nak dengar.
Saya dah berpuluh tahun dengar Pan Borneo, Pan Borneo, Pan Borneo tidak siap-siap.
Okay. So, macam mana? Saya kata, okay. Let us a proper committee. Jangan you kata, oh, mesti Sabah contractor ini. Ini yang jadi masalah, I have a proper tender, siapa yang dapat, kalau nak sub-contract kepada Sabah, kita bagi syarat. Okay. Sub-contract according to separate tender to give kalau ada syarikat Sabah yang mampu, jalan. Kalau tidak mampu, daripada Semenanjung masuk. Saya kata mesti siapkan, see dia setuju. Now, in progress. Dan jalan-jalan juga, sekolah.
Tapi kalau keputusan, macam saya pergi mana-mana, kadang-kadang saya pergi immediate macam IPG Gaya ini. Dia orang kata nak buat balik saya kata cerun cost going to be triple sebab nak betulkan cerun. So, saya tanya Datuk Seri Hajiji, he was there, ada tak tanah yang tak jauh dekat sini? dia kata ada. Okay, maktab nak 70-80 hektar can you provide? Yes. Can you facilitate that no matter what? dia kata yes. So, saya immediate, faham tak immediate dari segi itu, maknanya jalan clearing dan bangunkan. You see I want to be successful Prime Minister, I want to make sure that the people feel that they are given adequate attention. I mean, that’s it you nak be cynical it’s your problem, you see.
Kamu tanyalah, pergi Kelantan, mereka tak puas hati. Pergi Perlis, tak puas hati, pergi mana-mana negeri, tidak puas hati. Mana-mana kaum, bumiputera, Melayu, tidak puas hati. Cina, tidak puas hati. India, banyak complaint, but that is the reality. But you have to deal with this.
Tapi itu suggest that neglect. I’m not defending semua yang dulu, but I’m saying it is grossly unfair. I mean it, you bawa dalam mesyuarat teknikal, TV3, TV Selangor, you bawa dalam mesyuarat, dan then I take every single point, you know, technical committee pergi ke Datuk Seri Fadillah, every single point, saya duduk dengan Premier Abang Jo, CM Hajiji and the team went through every single point. Dia kata, tanah, kita nak balik. Tanah you tak pakai berapa lama? Tanya Ministries, give us one month. Check, tidak ada. Okay, bagi balik. It has never happened before. Why is this not referred to? Why is it not said. Okay for you to complain?
Every state, every community have the right to appeal or demand, I don’t have a problem with that. Why is that the condition in Sabah, these the schools, the roads is partly federal, partly state. You also ask previous state leaders. How much money have they got from the resources from the state? How much have they amassed for themselves or for the state? Itu kita kena jaga. To me, number one is still governance. I come here, do I want some land or timber or contract and one perks from them? Big expensive prices. No, yang ini bagi saya penting.
Final point saya hendak katakana, legitimate demands complaints must be heard, must be acted upon. Bagi saya itu memang prinsip dalam mana-mana tatakelola kerajaan dan kalau you mandate macam saya bukan mandate, we have another two years. Sorry, two years. November, two years. I will do my best It’s not going to be a perfect system, I’m in a coalition, I want the government to be peaceful, the country to be peaceful, the government to be stable. Otherwise, people have no regards I tell you.
Dia boleh buat macam mana pun, gaduh soal kaum, soal negeri. You satisfied for yourself and your own agenda, the country will never be safe. One thing you must realize now in Malaysia because is considered peaceful. Multiracial, multireligious but still peaceful. And people do consider with our problems within in the coalition, we do have, but it is still considered very stable government.
Look at our neighbors and that has been able to be that, Malaysia able to be attractive destination for investments, which is critical as a trading nation, and because of that, the international relations cannot be underestimated. You can play this game because of us, because of our stature, our negotiations are as important.
Whatever tariff decided by President Trump, he has excluded the major part of it. E&E, semiconductor and etc. Which is become to hundreds of billions of ringgit, without that diplomatic skills we will suffer.
So, I think why do I concentrate on ASEAN? Because I want to increase inter ASEAN trade. You can’t depend only on two or three countries. And then why do we now focus on Africa and Latin America? Because they are the potential booming and we have to then explore. Why do we go to Brazil? Brazil given one of the most lucrative oil fields to PETRONAS. Because of that friendship two very good oil fields, two and a half years ago President Lula said Anwar please persuade PETRONAS to come. It’s done. Okay. Now, sorry now they’ve got oil even with Canada. The new Prime Minister, as was Trudeau in the past said, okay, we have very good relations we’ll give all the support necessary. No, it is important we are running a country. I’m not just running a party or a race.
Q9: Nama saya Maria Doxil, I’m the current president of Sabah Journalist association and also newly elected member of the Malaysian Media Council last week. Saya mengaku saya yang membuat Facebook posts berkenaan Dato’ Seri tidak layan media pada masa itu, sebab we were not happy when member of the public yang menjawablah isu yang kami rasa sangat crucial ketika itu, Tapi tidak apa-apa sebab Dato’ Seri sudah ada menjawab jolok di Tawau juga, jadi tidak apa-apa, okaylah. Kita kosong-kosong.
Kita back kepada soalan berkenaan dengan kitalah kan sebab ini sembang santai berkenaan media, so kalau ada reporters yang pernah baca tulisan Dato’ Seri The Asian Renaissance, saya rasa Dato’ Seri memang faham tentang bagaimana kekangan media ini apabila berdepan dengan editorial, kadang-kadang kita boleh tulis apa yang kita mahu tapi editorial pun akan ada kuasa-kuasa yang lebih besar daripada kami dan di sanalah, challenges tapi for the reporters yang bekerja di grassroots, we have to get more stories untuk editor nampak apa yang kami mahu tulis sebenarnya.
Jadi, having Dato’ Seri macam tidak mahukan di doorstop interview macam itu, it’s quite hard for us because editor keep asking us, bagaimana dia boleh jawab orang di Gaya Street but not you guys. Tapi wartawan sudah tunggu di hujung. Kemudian malam itu kami datang lagi kejar SICC, pun sama kena… macam itu saja.
So having that Reformasi punya spirit, I wrote that statement on Facebook. So, I think my friend of mine also here. Farhan is also my friend juga. So, okay that’s good because ramai senior reporters di sini start covering PKR dari awal lagi dan saya rasa tidak gembira.
Baiklah, kedua, bila kami sudah bincang pasal ini, actually keadaan begini berlaku sejak 2023, since December, Christmas, sudah start tidak mahu lagi buat doorstop interview sebelum itu boleh. So, I don’t know, we have to listen from you juga kenapa perkara itu boleh berlaku.
Second one, minta maaf masa kejadian di Inanam, reporter hampir jatuh, kena tolak bodyguard semua. So, also, we don’t know mungkin kami perlu latihan, I don’t know but... kami ni, tengok Datuk Mugu sudah senior citizen kalau patah tulang apa jadi.
Third one, I think the most important thing. Yes, dia yang hampir jatuh longkang sebab dia mau back up beg saya di belakang. Dato’ Seri makan saja, ini lagi agak Panjang.
Luahan yang paling penting saya rasa adalah berkenaan dengan salary lah. Reporters di Sabah, saya berani cakap, walaupun sudah lebih daripada 10 tahun bekerja, masih dalam minimum wage dan ramai yang juga stringing dan ramai yang based on claims juga terutamanya stringing for national papers yang memang agak struggle untuk claim kadang-kadang story diorang tidak kena guna sebab kalau stringing itu based on stories, berapa patah perkataan, berapa perenggan.
Ramai juga reporter yang dari ibu tunggal dan ramai juga reporter sini yang single tau Dato’ Seri sebab dia ada masa untuk dating, so they have to support I mean this is real story mungkin agak lucu lah kan kalau di fikir but this is the real story. Sorry Nancy, but ya so apabila they have to support family, contoh lah contoh. But, I’m talking untuk semua lah kan dan local reporters pun just imagine Dato’ Seri sudah hampir 20 tahun bekerja gaji masih sekitar RM2,000 ringgit, itu sudah ditolak EPF dan semua. So, memang ini adalah antara penyebab juga kenapa I don’t know if we have to discuss this without mic, but later I will explain. Inilah sebabnya kadang-kadang reporters akan tulis untuk lain punya publication juga, pakai pseudonym dan menyebabkan prestasi kerja pun agak kurang sebab the focus is here and there.
So, I hope you can do something on the wage lah I don’t know how to because we cannot pressure our boss. I think you can do something. I hope, ini yang paling penting lah kan. Biarlah jatuh longkang kena tolak bodyguard tapi yang penting ini yang salary wage lah. Thank you.
A9: Baik, terima kasih, soal interview itu saya minta maaflah, selalunya seperti mana yang saya sebut tadi, kalau ada pengumuman penting, saya umum baru ada soal jawab. Di Kuala Lumpur pun begitu. Saya tidak ada bagi jawapan harihari, tak betul. Tapi kerana di Kuala Lumpur acaranya ada dua tiga acara satu hari, jadi kadang once a week I will respond. Itu yang pertama. I do apologize kalau tafsiran saya tidak betul. Probably next visit I will make sure that I will respond. Next visit, guarantee, satu.
Baik, yang soal security itu saya minta maaf sebab, you see, the security, they focus, whatever it takes, is to protect the
Prime Minister. Particularly sekarang, yang profile saya itu termasuk international issues, musuh dalam, luar negara, banyak, according to them. Macam saya ni, macam saya pergi salam sana, salam sini, actually, dari segi security dia tidak suka macam itu. Macam saya masuk kalau ikut dia tetap, dia masuk come on this chair, dia check everything. Kadang-kadang saya masuk, saya salam sana-sana macam ni, I think should be okay and it’s me you know what I mean saya style saya adalah macam itu, tapi kalau ikut security itu tapi saya boleh, tapi dia kadang-kadang, saya kena minta maaf, kadang-kadang kerana tekanan kerja dia, apapun security, kerana kadang-kadang apa yang berlaku itu kita tidak boleh anticipate, many things can happen.
Macam saya pergi masjid, kalau di lorong itu semua dalam ada karpet putih saya masuk ke tepi, saya masuk kiri,. I mean, because to me takkan lah sejak saya jadi Perdana Menteri semua nak tukar. I mean, saya punya style daripada dulu macam itu, jadi saya cuba nak buat tapi saya respect keputusan keselamatan. Jadi kalau saya dah bagi tahu tapi saya harap tidak berlaku lah ya.
Now, salary I will speak again to probably Fahmi, Menteri Komunikasi, panggil casual meeting with all the main, syarikat-syarikat media ini. I know but at least I will I will remind him. Kerana saya juga ada di KL, jarang-jarang tapi dengan pengusaha media ini, saya ingat munasabah lah, I mean I know media sekarang ini tidak macam dulu kerana sebab competition dengan sosial media tu banyak. Tapi saya fikir kalau 10 tahun kerja senior dan gaji begitu I mean susah lah, I’m sympathetic, I will do my part to persuade syarikatsyarikat media ini untuk berikan satu yang agak adil, fair.
Sesetengah media register, mereka mempunyai syarikat yang banyak kerja. Keuntungan yang menarik. No reason, why? Journalist. Saya terkejut. Saya baru dengar kalau betul ada kes yang 10 tahun dan katakan RM2,000 minus that is really to me may not acceptable. You know, because you tengok macam kita GLICs, GLC, after talking to all this, all this
PNB, Khazanah, PETRONAS semua, saya kata minimum salary is RM3,100, all because they are government companies.
Government sekarang tengok macam kita naikkan, even the lowest, kalau masuk pendapatan isi rumah, telah mencecah lebih daripada dua ribu, itu minimum bukan yang mula-mula kerja satu hari. So, itu dari segi kerajaan dengan GLC, GLICs.
Itu bagi mesej kepada private sector to try and consider this. Sebab barang, harga barang, kos sara hidup naik. So, let me deal with this not only for Sabah, maknanya generally, I’ll ask Fahmi to submit to me the general report about the state, the media journalists what we can do about it. Kadang-kadang kita tak boleh bagi bantu, some incentives through the media so that they can use that to increase the salary or allowances.
Baik, terima kasih.
Q10: Morning, Dato’ Seri. I’m Olivia from News Straits Times. During your speeches you always mention about anti-corruption practices, but now Pakatan Harapan is working with other partners which are implicated in corruption. So, what is yours say about it? Is not aligning with your preach? Yeah, that’s it.
A10: Baik, terima kasih. Now soal perception, soal tuduhan, saya tak kira. Sekarang, once you are in this office, ada compelling case, ada bukti, ada umpamanya charge, preferred charge, then I say that is the red line.
Tapi kalau orang itu perception, oh dalam video ada sembilan orang, SPRM check, dia tengok yang dua yang clear case, they charge. I can’t say no, no, no, no, because it mentioned in the video. That is different. So, persepsi lain macam ada anak-anak muda bangkit soal rasuah orang ini, orang ini.
Tapi, saya tak dengar rasuah bilion-bilion sekarang ini ada orang defend lah, ada sekarang ni, ada juga video tolong defend orang yang ambil RM3-4 bilion dalam negara ni. What do I do? Kita siasat ada kes, SPRM yang decide and mind you, bila kes sebagai contoh macam video di Sabah, I took it very seriously because saya pun tengok but then, kita tengok by law. Saya nak bagi you RM1 million, you boleh ambil minggu depan. That’s not like a case. You have to establish there was this money transferred. Yang dia establish, they charge. They charge, I draw the line there’s the red line. Kalau tidak yang lain perception juga.
My next question is why do you think only these cases? When I dealt with big cases involving even former leaders with billions either the groups are completely silent. So, I ask why are they silent? Are they funded by these people? Or is it just purely political because they come from a different party.
Ini problem dia, you know sampai ada special podcast, defending. What is this? What country? What are we doing? We established dalam negara, sekitar RM4 bilion. Oh, suami saya pandai bisnes, dia jawab di mahkamah. Macam mana nak explain? Itu dalam negara, luar negara. Dan guna pulak sentiment Melayu kaya, nak kena charge. Cina kaya, takde pulak siasat. Siapa kata? Kalau ada corruption, Cina ke Melayu ke, saya tidak kira. Tapi what happens to be a Melayu, ex-minister, tak boleh siasat.
Oh!Anwar dengki dan dendam sebab orang Melayu ini kaya. Dia ada guna macam itu dan ada orang defend, saya faham, sebab orang ini orang kaya, satu keluarga dia kaya, dia boleh bayar media ke, politik ke, parti ke, NGO. It’s happening. So, my appeal is, kalau ada compelling case, ada preferred charge, you draw the line. Otherwise, everybody can accuse. Dia orang accuse saya, dia kata, kawan baik saya Farhaj, ada 70,000 hektar dapat tanah di mana, di Sabah.
You know, I call immediately, Hajiji. I didn’t call Farhaj I called Hajiji, apa ini? Dia kata, tidak ada, no approval and SPRM, siasat. Saya kata, periksa, came down. Tidak ada, so perception something else.
I am 78, although I look 48, I come but you know, really seriously I don’t want this legacy of Anwar fighting for corruption and enriching himself or his cronies. I don’t want.
I’ve suffered enough in my life.
What I want to do, people say, okay, I work very hard. Go slow, go slow. No, I say what, I’ve waited for decades I want to do something.
Jadi, kalau you kata coalition is not perfect, I agree with you and you are right. I mean, even candidates nak kata the perfect candidate tapi dia suku kaum lain, majoriti itu suku kaum lain dan di Sabah it does play into it. So under limitation. I conceive dalam coalition itu kita tidak boleh macam ideal saya betul-betul, I have my limitation.
Going forward, number one, saya katakan tadi negara mesti peaceful, kedua politik kena stabil dan kena kuat itu dia punya untuk kekuatan politik, some form of limited expediency must be there. You know your limits.
Kalau tanya saya, I tell you, this corruption, you know me now, you follow me. I tell you I couldn’t get a damn and just fight it out but you know, the limitations. You know, stages you can avoid. You know, there was a big cartel, yang menyeludup dari Port Klang yang saya dah dengar dulu, dah 20 tahun saya dengar, tiada action.
Sekarang saya Perdana Menteri, saya tunggu setahun, tidak ada report. Saya kata macam mana semua orang bercakap tentangnya?
Lepas itu, kontena masuk. Awak tahu macam mana? Kontena firma, kontena dadah keluar dari port Klang, tangkap di Australia. Itu saya mengamuk. Saya kata don’t tell me that nothing is happening. It’s not kotak jarum is container, drug container. I said I cannot follow this anymore.
Tukar, DG masuk, masih berlaku lagi sikit-sikit. Finally, I could to call them. Who gave them? You know, dapat RM5.5 bilion saya jumpa dia orang tiap minggu. Kerja apa Perdana Menteri ini? Every week, I meet them for one hour all the agencies. What’s happening? Satu contoh, Port Klang lah. Rupanya, hundreds of containers have gone. E-waste lah, macammacam, container macam-macam, besar-besar. itu kerja dia, saya tidak tahu yang saya tahu, kontena masuk. Kemudian, bila dia masuk, rupanya sindiket kuat di sini, politik sana, sokongan sana, dia rangkaian and what is worst ada juga tindakan jenayah ada orang mati dibunuh sebagainya.
But, saya salute dan puji agencies, because they have the courage now to take action. Because without a political will to do that. Now we have taken action. Kita rampas dan charged beberapa orang di mahkamah. Itu kes yang jelas, tapi kalau kes yang saya dengar, saya dengar tapi siapa dia? Bukti mana? Saya tidak boleh.
Jadi saya hargai kerana awak menjelaskan masalah perception ni juga penting dalam politik ni kan. Anwar cakap pasal corruption but he is tolerating this, but I can only act when there is incontrovertible evidence compelling case otherwise I cannot. Bila macam-macam yang kita ambil tapi saya lebih banyak fokus yang besar-besar, yang berpuluh bilion. Bagi signal.
I don’t care if you are Tun or Tan Sri, you have messy influence, you control parties you control this and that I don’t care. The country must get a clear message. This country cannot tolerate this corruption. Dia sampai ke bawah.
Kamu ambil tindakan, you know saya mula-mula di Kuala Lumpur, saya diberi tanggungjawab the first 11 months and then SPRM brief ini enforcement officer banyak ambil duit ini. Berapa? RM300 sebulan, RM1,000 sebulan, maksimum RM10,000 sebulan. Okay, okay, saya kata leave it to me.
Saya panggil semua enforcement officer. Saya kata, tolonglah you know what prison life is?. Do you know that bila you suffer, satu hal, you ingat you kuat tapi you ada isteri, ada anak-anak, ada keluarga. So please, listen to me, I’m talking from experience. You salah, tak salah, once you ada kes, dia orang masukkan ke penjara. You suffer, your family is suffer.
You nampak saya confident, kuat, but I know how it felt. So, saya nak minta you. Ini bukan saya nak tuduh, SPRM kata ada kes. Tapi saya ingat oleh kerana kes yang kecil-kecil ini, saya kena biar dulu, biar saya nasihat. You stop today, betulkan balik, we move. Okay, ada 32 orang yang terlibat.
After 3 bulan, 3 month, SPRM came back. Masih ada berlaku. Berapa orang? 12, so charge 12 that is what is happening. You see, corruption is endemic, I mentioned systemic. Can you imagine a Prime Minister told them. Wait, we have cases against you. Please stop. I want to help you. Is it right? It’s not really right. Tapi ini kemanusiaan. Saya kesian. Sebab dia kata dah 10 tahun macam itu. Jadi dia kata, berhenti hari ini. Kalau tidak, mereka akan mengejar awak. Dari 32, 12 lagi. Sekarang, kes mahkamah.
Itu bila ada kes yang jelas. Mereka akan kompromi. So, we have to move. That’s why. Saya, whatever. Bukan saya nak cakap pasal Haji Arif. Tapi Ketua Menteri Hajiji, saya buat, I explain to him. We have to move, move, move. He has never said go slow or don’t.
Itu saya nak bagi credit, because kalau dia, I can sense. Dia kata, no, dia tak campur, SPRM have free, right here, to go, to move. Jadi, itu sajalah. Terima kasih banyak-banyak.
