TEKS VERBATIM YAB PM : MAJLIS PERASMIAN PECAH TANAH PROJEK PEMBANGUNAN MIDPORT SMART AI PORT DI MUKIM PASIR PANJANG, DAERAH PORT DICKSON

14 July 2026

 TEKS UCAPAN VERBATIM

YAB DATO’ SERI UTAMA ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI

SEMPENA

MAJLIS PERASMIAN PECAH TANAH
PROJEK PEMBANGUNAN MIDPORT SMART AI PORT
DI MUKIM PASIR PANJANG, DAERAH PORT DICKSON

 14 JULAI 2026 | SELASA | 3.30 PETANG

QUEST HOTEL MIDPORT PORT DICKSON

NEGERI SEMBILAN

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Alhamdulillah, nahmaduhu wa nusalli ‘ala rasulihil karim, wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma‘in.

 

Saudara Menteri Besar,

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Aminuddin Harun;

Menteri Pengangkutan;

Setiausaha Kerajaan Negeri;

Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri;

Rakan-Rakan yang saya muliakan;

Duta-duta Perwakilan Asing; dan juga pegawai- pegawai dan rakan-rakan yang saya muliakan termasuk yang daripada TENCO di antara pelabur utama dalam projek ini.

 

  1. Kita dengar tadi penjelasan oleh Saudara Loke dan juga Menteri Besar Aminuddin, tentang kepentingan strategik projek ini. Port Dickson seperti kita tahu memerlukan suntikan industri utama untuk diangkat. Dan saya tahu tidak mudah kerana kawasannya saya ingat dulu, saya pernah jadi Ahli Parlimen di sini, tapi saya ucap tahniah khas kepada Menteri Besar atas inisiatif dan kejayaan ini.

 

  1. Ini Midport Smart AI, ini bukan satu projek kecil. Dia mengisi satu keperluan strategik kerana Malaysia ini yang dikatakan negara maritim, dan pelabuhan ini strategik di Selat Melaka. Sepertimana yang disebut oleh Saudara Loke tadi, ada soalan di Parlimen tentang masalah Selat Hormuz. Jadi Selat Melaka ini jadi tumpuan di antara terusan yang paling sibuk di dunia.

 

  1. Jadi kalau paling sibuk di dunia, dan kita nampak dia lalu lalang sahaja, tidak kita manfaatkan, kita ini tidak pintar. Walaupun ada pelabuhan Pulau Pinang, Klang, PTP ada, sebelum ke Singapura dan sekarang ada projek-projek baru di Sanglang umpamanya, Kedah, Perlis untuk mengisi keperluan yang mendesak.

 

  1. Keperluan pengangkutan dan pelabuhan meningkat tinggi. Jadi harus ada keupayaan kita. Untuk kerajaan sahaja melabur, itu ada kesukaran kerana keperluan terlalu tinggi. Di antara peruntukan terbesar dalam kerajaan ini kepada Kementerian Pengangkutan. Lebuh raya, pelabuhan, lapangan terbang terlalu tinggi dan saya bagi tahu Saudara Loke jangan minta lagi, kerana kita ada permasalahan dari segi dana kerana pembangunan desa. Baru ini saya umum tentang FELDA, kemudian projek-projek di Pantai Barat, Pantai Timur, Sabah, Sarawak, pendidikan dan semuanya. Maknanya memerlukan suntikan besar. Sebab itu, sinergi kerjasama di antara kerajaan dan swasta itu sangat penting.

 

  1. Bila dikemukakan projek ini yang tidak membebankan dana kerajaan, itu kita sambut baik. Apa lagi industrinya atau projek itu strategik, pelabuhan. Kemudian pendekatannya itu, super-efficient kerana pendekatan AI. Maknanya, menjimatkan masa dan mengurangkan kos. Dan oleh itu, dia ada kelebihan ketimbang pelabuhan konvensional.

 

  1. Jadi sebab itu, saya rasa Negeri Sembilan, khususnya Port Dickson dan Linggi, kerana Linggi ini dia tidak ada satu projek yang boleh menarik minat pelabur dan kegiatan di sini yang lebih rancak. Jadi sekarang ini, dengan kejayaan kita, Linggi dan Port Dickson sudah duduk dalam satu peta pembangunan yang agak setanding di rantau ini.

 

  1. Dan sepertimana yang kita sebut, kelestariannya, kecekapannya, memerlukan bukan saja data, yang disebut tadi, dia real time data analytics, nak percepatkan turnaround time, kemudian carbon footprint. Ini semua hal-hal yang baru yang selari dengan dasar keutamaan kita; digital, ekonomi, soal tahap kecekapan, kepantasan yang boleh diselenggara untuk memacu ekonomi MADANI dan merealisasikan Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0).

 

  1. Ini kita boleh ada visi atau wawasan yang besar, tapi nak laksanakan kena ada program yang konkrit, dan ini kita saksikan program yang konkrit. Jadi saya bersama dengan Menteri Besar dan Menteri Loke tadi, ucapkan terima kasih, penghargaan ke atas kecekapan antara rakan-rakan yang menyelenggarakan dari semua agensi yang juga diselaraskan oleh saudara Setiausaha Kerajaan Negeri.

 

  1. Dan kita tahu bahawa Selat Melaka ini ada yang melahirkan kebimbangan. Semua selat ini dah jadi masalah. Pannama Canal ada perbalahan. Suez di tengah-tengah gelombang politik yang tidak menentu. Hormuz sudah menjadi permasalahan. Jadi selat Melaka ini bagi kita, menunjukkan satu selat yang paling sibuk di dunia. Maknanya kalau seluruh maritim antarabangsa; Afrika, Asia, Amerika Latin, Arab dan Mediterranean, ini Selat Melaka ini dan kedudukan Port Dickson ini sekarang ini, kalau kita lihat maritim antarabangsa, ini 22% daripada pergendalian perdagangan maritim.

 

  1. No, I’m suggesting, excellencies, ladies and gentlemen, that we are in a very strategic location in a strategic port with an extremely important. Non-extremely important project but critical for the economy. And I therefore must commend the initiative by the Menteri Besar and the State Government, particularly he as an MP of Port Dickson and then TENCO and the Group for having the confidence and the officers coordinated by the State Secretary and the Local Council here in Port Dickson, facilitating expediting the project.

 

  1. We hear that the potential for the effective implementation, the project and the functioning of the project, is remarkable. We of course anticipate a growing demand because of the development and the fast development of the industrial industry here in Negeri Sembilan. And you see, we are quite fortunate in many ways. In the last few months after the Middle East crisis, after the initial attack by Israel in the United States against the state of Iran, you find so much uncertainty, course has spiral up, and we realize that it has affected the general economy of this region and globally.

 

  1. But we are fortunate because we managed to not necessarily avoid the entire crisis, but maneuver because we do focus now on semiconductor or AI and our export is tremendous to cover the losses in the other industries. For example, if you have to export to the Middle East, cost would be phenomenal. With the import from that region too, the cost has got to be stumbled. But then because of the alternative and the focus on the semiconductor industry and now AI and data centres, were able to regain our competitiveness and being able to secure affordable amount of export to the other parts of the world, particularly the west and China.

 

  1. And I’m of course pleased because our relations as a country that observes policy of centrality, I mean well regarded. I was in Russia recently to secure a guarantee from President Putin that there will be a long-term guarantee that Malaysia will continue to secure the sub adequate supply of oil, gas and diesel.

 

  1. From there I went to Turkmenistan in Central Asia and heavy tough competition to secure gas because Turkmenistan has the one of the largest reserves well for gas in the world, probably second to Qatar and his stiff competition from American, European, China and Russian companies to secure that facility.
  2. And I am proud to say as a Malaysian, how well we regarded that the president Turkmenistan after serious discussions, it took years I remember him visiting Malaysia end of 2024, and then in front of us I was there, Loke was there, he suddenly sprang with an important announcement. At a meeting in the morning he said he was thinking about it, by 3.00 o’clock he announced that I as President of the Republic of Turkmenistan hereby announced that block well 9 and 10, one of the largest in the world is given to my friend Prime Minister for Malaysia to manage by PETRONAS.

 

  1. Jadi bayangkan ya rakan-rakan, jangan perkecilkan hubungan kita. Bayangkan Malaysia sekarang mempunyai penyimpanan telaga gas yang paling besar di dunia. Kita ada penggalian projek bersama PETRONAS dan syaraikat gas Turkeministan. Maknanya, walaupun saya mungkin tidak sempat menikmati sepenuhnya, walaupun belum tentu kerana semalam ada laporan daripada Ketua Eksekutif PETRONAS kepada saya, Turkmenistan bukan saja bagi jaminan biasa, dia arahkan seluruh jentera Kerajaan Turkmenistan untuk memberikan kerjasama penuh, dan ini kali pertama di mana projek minyak dan gas dipercepatkan. Selalunya unjurannya dua tahun, tiga tahun, tetapi untuk Turkmenistan, PETRONAS akan memulakan carigali gas di Turkmenistan mulai tahun ini juga pada bulan Disember. Ini rekod di dunia.

 

  1. Maknanya, hubungan baik antarabangsa, kerajaan yang stabil, dan negara itu dihormati, saudara lihat begitu mudah dan kita bersaing dengan kuasa-kuasa besar, bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi di dunia, tapi hubungan ini menyebabkan manfaat kepada rakyat, terutama generasi muda dan generasi akan datang.

 

  1. Apa yang kita lakukan? Kita kata kita akan sedia memberi latihan kepada mereka. Ambil anak-anak Turkmenistan dan kirim ke universiti utama negara kita. Kita bersedia ambil syarikat-syarikat tempatan kerjasama dengan syarikat Turkmenistan.

 

  1. Jadi ini satu berita baik, saya harap disampaikan termasuk di Negeri Sembilan terutama bulan ini, betul tak? Dia ingat ini tidak ada kaitan, ada kaitan. Peluang pekerjaan, sekarang ini ratus dah mula anak-anak Malaysia profesional yang mula kerja di Turkmenistan. Saya fikir kalau ini bergerak bulan Disember, ribuan yang boleh dapat pekerjaan profesional dan kepakaran di Turkmenistan, insya-Allah.

 

  1. Jadi saya juga terima kasih, I mean may I now also refer to this project specifically, because it shows the strong bond of friendship between the two countries, Malaysia and China. And we use this facility, and in my experience and negotiations with President Xi Jinping and Premier Li Qiang, I’ve seen the sincerity, the earnestness to collaborate on all fields, and we tell them very frankly, which is Malaysia is an emerging economy. I said we’ll give all the support necessary, but at the same time we need their support too.

 

  1. One to train, so similarly I’m mentioning this to Tanko to remind you that we need your support to make sure that from now before the commencement of the project, you train our professionals Malaysians.

 

  1. And Negeri Sembilan, I want to see so the list I support what has been said by Chief Minister Aminuddin Harun, that trained young students from here including Port Dickson and Linggi, at least we show proof that people of Linggi and Port Dickson can participate. Because I am great confidence that through CCC Dredging, which is one of the large phenomenal companies in the world, which you will be the main contractor for the EPC. With that experience the CCC, I mean they will continue not only to benefit from the construction work, but Ambassador, they also would be able to help us train more of young Port Dickson and Negeri Sembilan professionals here.

 

  1. Jadi, pelaburan ini besar, dan saya percaya dipantau dengan baik oleh Menteri Besar. Terus jadi Menteri Besar kerana kerjanya bagus, dan rakan-rakan di sini kita boleh tumpu terus dah akhirnya apa dia yang kita perlukan? Apa yang kita mahu dalam usaha kerja kita? Ini ada yang muda-muda, tapi ada orang macam saya umur dah lanjut. Apa kita buat? Kita nak siapkan negeri ini supaya bersaing, aman dan berhasil. Bersaing dengan negara-negara maju yang lain. Tidak lembab, bicara tentang segala kerosakan dan tamak haloba tapi tidak, tumpu untuk membangunkan ruang. Tidak terfikir, dah cukup pelabur besar kita di Klang, di PTP, di Pulau Pinang? Rupanya masih ada ruang dan kita pilih kawasan-kawasan yang selama ini agak terkeluar daripada arus pembangunan utama, yang di sini Linggi dan Port Dickson.

 

  1. Dan tengok kalau kerencanaan ekonomi Kerajaan MADANI, ini yang kita lakukan. Kita ambil PIP, Inland Port Perlis kawasan yang lembab kemajuan ekonomi, tapi kita berikan suntikan. Kita bincang dengan Perdana Menteri Anutin minggu lalu, Perdana Menteri Thailand untuk apa? Untuk ada kerjasama di antara Malaysia dan Thailand supaya utara Semenanjung, termasuk Perlis Kedah. Perlis Kedah pun kita tolong runding. Saya runding untuk bantu Kedah dan Perlis. Bayangkan orang kata buat apa ini? Negeri Sembilan saya fahamlah, tapi ini tanggungjawab kita, membangunkan kawasan yang tidak terfikir. Terpinggir daripada arus pembangunan.

 

  1. Kemudian kita buat di Kerian, di sini Midport jadi yang menjadi tumpuan di Negeri Sembilan, dah banyak industri. Hari itu saya jumpa pengurus syarikat Airbus, dia naik Airbus satu dunia, komponen utama sayapnya kalau tidak siap di Negeri Sembilan, Airbus tidak boleh terbang. Itu hebatnya Negeri Sembilan ini.

 

  1. Jadi, saya sekali lagi ucap terima kasih dan penghargaan dan kegembiraan saya bersama dengan Menteri Besar dan saudara Anthony Loke dan rakan-rakan untuk melancarkan projek raksasa yang penting, atau Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Midport Smart AI Port di Mukim Pasir Panjang Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan.

 

Terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Share: