TEKS VERBATIM YAB PERDANA MENTERI : TINJAUAN PERSIAPAN DEEPAVALI DAN PENGUMUMAN STR FASA 4 2026
4 November 2026
Skip to content
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB PERDANA MENTERI / MENTERI KEWANGAN
TINJAUAN PERSIAPAN DEEPAVALI DAN PENGUMUMAN STR FASA 4 2026
4 NOVEMBER 2026 | RABU | 5.15 PETANG
BRICKFIELDS, KUALA LUMPUR
- Kawan-kawan, terutama masyarakat India yang menyambut Deepavali, jadi saya mulakan dengan terima kasih kerana rakan-rakan Menteri-menteri yang hadir yang lama, Ketua Polis Negara pun ada, Datuk Bandar pun ada, Menteri-menteri pun ada, terima kasih dan yang penting peniaga-peniaga Bazaar Mega Deepavali tahun 2026. Deepavali Nalvaalthukkal.
- Terima kasih kerana Hannah Yeoh dan Datuk Bandar bantu dan Bazaar Mega Deepavali ini ada 131 tapak, 1 bulan dan sewanya RM400 sahaja. Ini bagus betul. Jalan Bonus 6 Masjid India 20 tapak.
- Baik, jumlah perbelanjaan untuk Bazaar Deepavali 2026 untuk membantu masyarakat India sambut Deepavali ini, kos logistik dan lain-lain RM1.6 juta, dan untuk kawalan RELA RM10,800, dan keseluruhannya RM30,000. Itu terima kasihlah kepada Datuk Bandar dan Hannah Yeoh.
- Baik, hari ini sepertimana kita sebut, Kerajaan dari dasar kita bantu semua. Rakan-rakan semua tengok, aci, okey aci? Aci nampak happy. Baik, terima kasih aci, Nandri. Maruku tak ada ke? Okey, saya pergi ambil.
- Kita ada STR, ada SARA, Jualan Rahmah, itu untuk semua rakyat. Kadang-kadang orang salah faham. Ini untuk semua, ya. Sebab itu, umpamanya kalau kita tengok 2018, 2018 kadang-kadang orang kata oh, ada, betul 2018. Ada bantuan Kerajaan. 2018 ini Kerajaan dulu, terima kasih. Tapi berapa satu tahun dia bagi? RM6 bilion. Masa itu dia panggil BRIM. 2022 dia panggil BKM, berapa bantuan? RM8 bilion.
- Sekarang Kerajaan MADANI untuk 2027 berapa belanja? RM16 bilion ringgit untuk rakyat STR dan SARA. Jadi boleh banding, boleh ucap terima kasih. Ada orang kata, oh, dulu pun ada. Betul. Dulu berapa? RM6 bilion. Sekarang berapa? RM16 bilion kepada rakyat terutama pendapatan rendah.
- Jadi saya umumkan sempena Deepavali, mulai hari ini sampai 4 November, ini akan diberi kepada 5 juta rakyat, RM1.1 bilion STR ini, dan saya nak sebut di sini supaya kita faham, Melayu, Cina, India, orang asli, Sikh semua ada dan untuk masyarakat India STR ini, 630,000 penerima. Jadi ini kadang-kadang kita terangkan, kadang-kadang orang suka lihat orang ini dapat atau tak dapat. Sebab itu STR ini semua dapat.
- Kemudian kita beri keutamaan, umpamanya kesihatan, pendidikan, ini untuk semua. Tapi saya nak bagi kesempatan ni cakap pendek sahaja, lepas ni kita nak ucap Deepavali Nalvaalthukkal. Tetapi untuk MITRA, kita tambah jadi RM150 juta. Tetapi ada orang kata-orang kata, masyarakat India ini MITRA sahaja? tak betul. Sebab itu, saya nak sebut sekali lagi MITRA satu, dulu TEKUN, TEKUN ini hanya untuk orang-orang peniaga kecil bumiputera. Sekarang TEKUN, kita buka. Amanah Ikhtiar, masa mula dulu, akhir 90-an 2000, 2010, 2020 semua itu untuk bumiputera. Sekarang kita dah tambah untuk TEKUN dan Amanah Ikhtiar untuk masyarakat India, usahawan India kita tambah RM150 juta.
- Kemudian Sekolah Jenis Kebangsaan, ada orang bagi tahu kadang-kadang sekolah Tamil ini dia daif ataupun patut dibangunkan semula, maka kita ada bantuan selenggara, baiki dan kita tambah RM50 juta. Saya sebut perkara ini, Aci, anney sebab apa? Kadang-kadang orang ingat untuk bantuan masyarakat India ini hanya MITRA. STR, Amanah Ikhtiar, TEKUN, cukup? Belum cukup, saya setuju. Tetapi kita tambah perlahan-perlahan, kita bincang dengan baik. Ini dulu tak ada, tapi kita tambah yang baru.
- Kemudian Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, untuk tahun ini kita dah mula rancang untuk tambah berapa? SJKT Ladang Pamol Kluang, Johor itu sekolah baru gantian penuh. Kemudian kita tambah 6 sekolah SJKT yang baru, yang ada yang hampir siap, Sungai Bakap, Pulau Pinang kemudian termasuk Kelebang di Perak.
- Kemudian orang tanya bagaimana rumah ibadat? Kita buat masjid ada, gereja ada, kuil ada, tapi untuk masyarakat India kita tambah dulu pun ada, tetapi inilah penambahan paling besar. Untuk tahun ini kita luluskan penambahan sebanyak RM80 juga untuk kuil, rumah ibadat.
- Jadi saya harap ini sekadar maklumat tambahan saja kerana saya nak aci happy sikit sambut Deepavali jangan banyak susah-susah hati, tapi happy-happy pun maruku bagi juga. Haa, tapi, pasal ada tadi, 3-4 gerai dia bagi maruku. Saya kata saya sorang tak boleh habis, saya share sama Azizah. Kemudian Gobind minta sikit, saya dia bagi setengah.
- Jadi sekali lagi saya nak ucap terima kasih. Saya datang untuk ini sahaja. Petang ini, sama rakan-rakan Menteri, Timbalan Menteri, kawan-kawan, ramai yang ada. Saya ucap terima kasih. Polis pun ini, full force Saya pun hairan, saya pergi banyak tempat di Malaysia, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Tambun, Port Dickson polis datang, tapi tak ada yang besar-besar punya tau, aci. Ketua Polis Negara ini, Kumar pun ada. Apa pasal ini di Brickfields special? Apa pasal? Tak bagi tahu saya?
- Jadi, saya ucap terima kasih. Kuala Lumpur bukan. Kuala Lumpur saya pergi berapa kali? Kuala Lumpur, mana ada ini Ketua Polis Negara, Ketua Siasatan Jenayah semua top-top Tapi ini tanda apa? Tanda dia hormat sama orang-orang di sini, terima kasih banyak. Dan saya ucap terima kasih dengan masyarakat India, memang ada masalah-masalah yang dibangkitkan saya setuju. Masalah kawan-kawan kita, yang Menteri-menteri ada, Ramanan ada, Gobind ada, selalu sebut dalam Jemaah Menteri apa yang perlu dibaiki ada Menteri-menteri lain pun ada.
- Bagusnya Kerajaan ini, soal masyarakat Melayu bukan saja orang Melayu cakap, orang Cina pun ada cakap, orang India pun ada cakap. Orang Iban punya hal, orang Semenanjung pun ada cakap, orang Sabah pun ada cakap. Cina pun begitu juga, orang India masalah pun begitu juga. Jadi, bukan kata masalah India ini mesti pemimpin India saya cakap, kita bawa, kita cuba selesaikan. Ini cara kita boleh hidup dengan baik.
- Saya sekejap tadi di Universiti Malaya, itu Google, Google. Aci ada tahu Google? Oh, aci Google pun tahu. Google ini Amerika punya. Oh, aci ada tahu. Saya ingat aci ada tahu hanya Vijay, sama Sivaji Boss sahaja.
- Baru umum tadi di Universiti Malaya berapa investment baru punya? Sebab apa? Negeri ini aman. Aman sebab apa? Polis jaga? Betul. Tentera jaga? Betul, tapi ada Melayu, ada Cina, ada India, ada Iban, ada Kadazan, ada macam-macam warna, ada macam-macam jenis makanan, tapi negeri ini aman. Majoriti mahu hidup dengan baik. Ada sikit-sikit saja konjam-konjam yang bikin kacau. Jadi jangan kita peduli. Jadi kita jaga negara.
- Sebab apa? Bila negeri ini aman, orang kerja kuat dan kita kata bukan saja menteri kerja kuat, rakyat pun kerja kuat. Apa company besar? Tidak. Gerai pun ada kita mahu makan, kita pergi gerai kecil harga murah. Makan sama-sama.
- Oleh itu, baru umum tadi, satu jam tadi di Universiti Malaya, itu Ketua Google dari Amerika terbang mari. Nama dia Ruth Porat, bukan poh-da, Ruth Porat. Dia kata dia mahu invest di Malaysia USD15 bilion. Why? Apa pasal? Sebab dia percaya ini negeri aman. Dia tahu tak ada Melayu, ada Cina, ada India, ada bising, ada gaduh? Ada? Ada sikit, tapi dia tahu ini negara, negara aman semua hidup dengan baik. Aci ya? Baik.
- Jadi, dia USD15 bilion berapa? RM60 bilion ringgit, berapa? Ha? RM62 bilion ringgit, saya test saja Menteri, dia dah tau lah fikir. Hari ini, tadi di Universiti Malaya, Syarikat Amerika Google umum mahu melabur di Malaysia, bagi peluang 10 ribu pekerja, bagi latihan pada ramai orang. Gaji tinggi daripada sekarang, berapa? RM60 bilion ringgit. Sebab aci, anney semua duduk dengan baik. Sebab negeri ini aman sebab anak-anak kita, anak-anak kita, anak cucu kita semua pandai-pandai kerja rajin.
- Jadi mudah-mudahan negara ini selamat dan Deepavali tahun ini betul-betul bagi cahaya. Cahaya baik bagi kita. Bagi menang orang baik, bagi jatuh orang tak baik. Itu kan Deepavali punya mesej. Betul aci? Deepavali ini, festival of light. Bagi cahaya, the good versus the evil. Ini semangat orang-orang Hindu. Orang Islam hormat ini apa apun hidup kita, mesti bawa kebaikan. Jadi sekali lagi Rumba Nandri, sekali lagi Deepavali Nalvaalthukkal.
