TEKS VERBATIM YAB PERDANA MENTERI : SAMBUTAN DEEPAVALI 2026 “CAHAYA DEEPAVALI JIWA MALAYSIA : KEADILAN DAN PELUANG UNTUK SEMUA”

14 November 2026

TEKS UCAPAN VERBATIM

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

SEMPENA

SAMBUTAN DEEPAVALI 2026

“CAHAYA DEEPAVALI, JIWA MALAYSIA: KEADILAN DAN PELUANG UNTUK SEMUA”

 14 NOVEMBER 2026 | SABTU | 11.30 PAGI

DATARAN BRICKFIELDS, KUALA LUMPUR

 

Terima kasih.

Saudara-saudari, Vanakkam, terima kasih, dan saya mula dengan ucap selamat Deepavali kepada semua masyarakat India yang hadir. Saya dah tiga kali bulan ini di sini. Tiga kali.

Deepavali Nalvazhthukkal.

 

Saudara Yang Berhormat Datuk Aaron Ago Dagang,

Menteri Perpaduan Negara;

 

Yang Berbahagia Dato’ Seri N. Gobalakrishnan,

Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI);

 

Rakan-rakan Menteri, Ketua Setiausaha (KSU) dan rakan-rakan dari Kementerian Perpaduan, serta rakan-rakan jemputan yang saya muliakan.

 

  1. Hari ini kita anjurkan bagi pihak Kerajaan, dan saya ucap terima kasih kepada Kementerian Perpaduan dan Dewan Perniagaan India kerana terus mempertahankan tradisi ini. Ini Malaysia.

 

  1. Dan saya nak mulakan dengan menyatakan, Kerajaan hari ini, walaupun ada tekanan-tekanan nak ubah dasar negara kita, tak siapa pun pertikai kedudukan majoriti. Kita bercakap soal bahasa Melayu, ini bahasa rasmi. Semalam saya di solat Jumaat, di Masjid Brickfields, kerana Islam agama Persekutuan, tetapi ingat, negara ini tertegak sebagai negara dengan prinsip yang saya sebutkan tadi, yang mesti aman, dan mesti jayakan dan pertahankan hak semua rakyat Malaysia.

 

  1. Ini mesej penting, kerana naratif sekarang ialah kalau pergi mana-mana, orang kata Anwar, “you must adjust, the policy must be Malay, Malay dominance, otherwise you will not survive.” Saya jawab, “I want to survive as a Malaysian leader who loves this country.”

 

  1. Saya mahu pertahankan prinsip-prinsip negara kita, perlembagaan kita. Tidak ada siapa yang harus pertikai kedudukan bahasa Melayu, agama Islam, hak keistimewaan orang Melayu, tetapi kita mesti ingat, untuk negara ini selamat, kita mesti jamin keadilan, kejayaan, kebahagiaan, semua kaum, setiap rakyat di negara kita.

 

  1. Saudara-saudari, negara ini punyai kekuatan. Negara ini punyai khazanah, kekayaan yang banyak. Negara ini patut memakmurkan setiap rakyatnya. Ada orang Melayu yang berjaya, ada orang Cina berjaya, ada orang India, Iban, Kadazan dia berjaya. Tapi ada orang Melayu yang miskin. Ada orang India yang miskin. Cina, atau Iban, atau Kadazan. Tanggungjawab kita dalam negara ini, ialah angkat keupayaan semua.

 

  1. Saya tahu, kita belajar daripada pengalaman dengan negara-negara, setengah-setengah kalangan, persatuan, atau parti, hanya mencungkil isu kaum untuk padam isu rasuah. Jadi dia bincang survival kepentingan kaum, dia padam isu penipuan dan rasuah. Dia bangkitkan isu kaum, dalam masa yang sama dia perkayakan, lihat tokoh-tokoh yang bicara soal survival kaum, mereka itu di antara yang paling kaya di kalangan kita. Perjuangan itu, perjuangan untuk memperkayakan diri mereka dan keluarga mereka.

 

  1. Semangat Deepavali ini apa? Semangat Deepavali itu mesti dihayati oleh masyarakat India. Ini kita kata festival cahaya. Mengapa disebut cahaya? Kerana cahaya menggantikan kegelapan. Apa simbol ‘Kuthu Vilakku’? Simbol ‘Kuthu Vilakku’ itu, cahaya untuk berikan, pencerahan kepada rakyat. Pencerahan apa? Lebih adil, lebih saksama, lebih mulia peribadi. Lawan siapa? Lawan yang jahat, lawan forces of evil. Lawan kalangan yang gelap dianggap. That is the festival of lights. That is Deepavali Nalvazhthukkal, yang saya faham.

 

  1. Jadi, kalau orang Melayu, atau Dayak macam Aaron, dia lihat, apa salahnya kita sambut. Mesej kemanusiaan itu sama, iaitu hidup ini, persatuan Gobalakrishnan, parti-parti politik, persatuan-persatuan kemasyarakatan, dewan perniagaan, tidak boleh tinggal prinsip ini. Manusia, mesti martabatkan nilai yang baik. Dia tidak mudah. Seluruh sejarah agama yang saya faham Islam, seluruh sejarah budaya, pemikir-pemikir ulung, saudara kenal, mesej yang baik dalam ‘Thirukkural’. Apa dia mesej dalam ‘Thirukkural’? Mesej itu, always a strong moral precepts. Apa dia justice? Apa dia kemanusiaan? Apa dia hubungan baik dengan neighbors? Itu mesej central dalam falsafah agung dan juga fahaman kita.

 

  1. Saya harap dalam Sambutan Deepavali kali ini, jangan kita gusar. Hidup ini ada senang susahnya. Perjuangan ini ada pasang surutnya. Tetapi stay the course kerana finally, akhirnya, kemenangan itu pasti memihak kepada kebenaran dan keadilan.

 

  1. Saya harap kawan-kawan saya, terutama masyarakat India, jelas mesej ini. Kita berbuat sebaik mungkin. Ada harus kita perbaiki. Dalam bidang pendidikan, dalam bahasa Tamil, dalam sekolah Tamil, dalam isu Hindu temples, dalam soal peniaga-peniaga India, dalam soal kehidupan rakyat India yang miskin, di kota-kota dan di estet, harus kita cuba tangani dan selesaikan.

 

 

  1. Bila kita perkenalkan program-program seperti Tunai Rahmah, SARA, kita tak ikut kaum. Bulan Januari, buka sekolah, anak-anak kita, di semua aliran sekolah, semua kaum, semua daerah, masuk sekolah, kita berikan RM200 setiap anak sekolah. Sebab apa? Sebab kita fikirkan masa depan dia.

 

  1. Jadi, saya harap semangat Deepavali ini betul, kita makan. Tadi saya jumpa aci sana, dia kata, “oh, Dato’ Seri, jumpa very happy, you look very smart.” Dia tua-tua ni pun kata very handsome, saya pun happy. Tapi saya tanya, “okey aci happy jumpa saya ya? Vadei ke, muruku ke, ada bawa ke?” Dia kata meja depan ada. Pandai aci ni.

 

  1. Jadi saya ucap terima kasihlah. This is the spirit. Kita datang ni macam family spirit. Macam kawan-kawan lama, kadang tak jumpa lama, kadang-kadang tak pernah kenal. But you know, we like each other, we respect each other. We are different, colour lain, agama lain, budaya lain, bahasa asal lain, keturunan lain, tetapi kita ada kemanusiaan. We respect, appreciate one another. That is how Malaysia must be, must remain and must succeed as Malaysia. Boleh? Baik.

 

 

 

  1. Sekali lagilah saya nak ucap terima kasih kepada YB Aaron Ago Dagang dan seluruh angkatan dia di Kementerian Perpaduan Negara, yang telah banyak membantu kita. Dan rakan-rakan saya, Menteri-menteri yang hadir, Ketua Setiausaha dan pegawai-pegawai yang bekerja kuat. Pasukan keselamatan yang hadir. Terima kasih banyak.

 

  1. Fikirkan, ini… polis, uh, you fikir, negeri-negeri lain senang macam ni? Ada Muslim, ada Hindu, ada Buddhist, ada semua sekali ni. Are you sure they are safe? You know, here in this country, we don’t ask. You know why? Pertama, rakyat itu very responsible. Keduanya, we have a good police force. Thank you very much.

 

Jadi sekali lagi saya ucapkan, Nandri, Vanakkam, Deepavali Nalvazhthukkal.

 

Share: