TEKS VERBATIM UCAPAN YAB PM : PERASMIAN PESTA KEBUDAYAAN CINA KEBANGSAAN KE-41
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
PERASMIAN PESTA
KEBUDAYAAN CINA KEBANGSAAN KE-41
20 SEPTEMBER 2026 | AHAD | 8.30 MALAM
ENCORE, MELAKA
Salam Sejahtera.
Saudara Yang Berhormat Tuan Steven Sim Chee Keong,
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi;
Saudara Yang Berhormat Tuan Chiew Choon Man,
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya;
Rakan-rakan Ahli Parlimen dan Ahli-ahli Yang Berhormat;
Saudara Yang Berbahagia Dato’ Lim Kah Chuan,
Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong);
Yang Berusaha Encik Piong Yew Peng,
Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Melaka;
Setiausaha Kerajaan Negeri;
Tetamu-tetamu, saudara-saudari yang dimuliakan.
Ge Wei Lai Bin. Da Jia Hao.
- Ini kali kedua saya hadir untuk acara Hua Zong, dan menunjukkan bahawa kita harus bersama. Saya nak berikan satu pesanan yang agak berat sikit, serius sikit. Minggu lalu kita ada sambutan Hari Malaysia di Kuching, Sarawak. Saya tahu keadaan sosial, budaya, politik di Malaysia ini di saat yang genting, it’s a critical stage.
- Kita sudah hampir 70 tahun, tahun depan 70 tahun merdeka. Tapi masih kita dengar pandangan-pandangan yang tidak melambangkan semangat kebangsaan nasional. Kita dengar ada kekuatan baru untuk menekankan ini perpaduan Melayu sahaja.
- Jadi, bila di Sarawak, orang Sarawak tanya, “kami ini di mana”. Rakan-rakan Huá Rén (Orang Cina), Yìn Dù Rén (Orang India), Yī Bān Rén (Orang Iban) mahu letak mana? Jadi saya kata, saya nak seru rakan-rakan, ini bukan isu politik, isu survival of Malaysia as a nation. Kita perlu ada keberanian untuk menyatakan enough is enough. Kita mahu negara ini Malaysia menjadi negara kita semua, Wǒmen dōu shì yījiārén (我们 都是 一家人). Saya sebut itu puluh tahun yang lalu, dan sekarang saya nak beritahu, I will not compromise. I will say it loud and clear. Malays, Chinese, Indians, Sabahan and Sarawakian, it is our nation, we must make sure that we survive as a nation of all communities. No fear, this is our country.
- Masalahnya kita ini selalu bimbang. Kita biarkan. Jangan biarkan. Ini anak-anak ini masa depan dia bagaimana? Kebetulan anak Cina. Ada anak Melayu di sana, ada anak Iban di sana. Jadi, saya nak terus terang di sini. Apakah dia tidak ada masalah? Ada masalah. Sebab, dia akan gunakan pandangan seolah-olah saya ini mahu jadi satu kaum. Tak.
- Saya tahu, saya ada mandat Perdana Menteri, saya mesti jaga Melayu, saya mesti menjaga Cina dan jaga India, Iban, Kadazan, kalau tidak saya tidak layak jadi Perdana Menteri. Perdana Menteri mesti jaga semua, with courage, with conviction.
- Ucapan malam ini lebih pada appeal, Supaya kita kembali dengan kekuatan. Every voice counts. Untuk survival kita. Mana negara boleh survive begini. Berapa tahun merdeka? 70 tahun. Tak habis lagi ke bincang, gaduh. Negeri siapa? Negeri kita. Bila saya sebut negeri kita, saya tidak bermakna kata saya nak rendahkan kedudukan orang Melayu. Tidak. Atau Raja-Raja Melayu, tak. Dalam perlembagaan kita terima. Tetapi, penting kita tekankan supaya anak-anak kita tak rasa dia itu asing.
- Puluh tahun, 50-an tahun, tahun 1950-an saya faham. Baru nak merdeka. Masing-masing bicara soal survival kaum mereka. 60-an, ya negeri baharu. Nasib baik kita ada Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj yang fikir betul-betul bagi negara.
- Kemudian, politiknya simpang siur, gaduh-gaduh. Bila ada gaduh, semua tarik sokongan, dia guna isu kaum. Bila nampak terdesak, gunakan isu kaum. Jadi sebab itu, di Sarawak minggu lalu, rakan-rakan ada di sini. Dan tadi kita ada kawan-kawan Otai Dan ini 20 September, 20 September itu hari saya masuk Sungai Buloh, cuti.
- Jadi, saya sebut hal yang sama. Dan malam ini, di kalangan kawan-kawan Hua Zong dan masyarakat Cina, saya nak beritahu yang sama, satu pandangan yang konsisten untuk negara ini, bahawa hari ke depan, semua suara, harus bercakap soal survival masa depan Malaysia sebagai satu negara yang bersatu. Bahawa, siapa sahaja diberi mandat, siapa sahaja disokong, mesti janji: jaga rakyat, jaga negara, jaga masa depan anak-anak kita, sebagai satu negara.
- Di Kuching, saya sebut ini Wa’ad Malaysia. Wa’ad maknanya janji, ikrar semua rakyat. Nak jayakan negara ini, ini mesti janji kita. This must be your solemn oath that you must protect the interests of every single citizen of this country.
- Dan Wa’ad Malaysia ini, perlembangan jelas. Dia bukan quid pro quo. Kalau saya kata, saya nak tekankan supaya mutu Bahasa Melayu diangkat, itu bukan bermakna kita nak rendahkan, pinggirkan bahasa lain. Kalau saya katakan sekarang, kita recognized, iktiraf UEC dan beri ruang kepada anak-anak di sekolah Cina, bantuan cukup supaya mereka jangan rasa tersisih. Itu bukan bermakna saya tinggalkan Bahasa Melayu.
- Kalau saya katakan semalam, sekolah-sekolah pondok, sekolah-sekolah agama yang terlalu berat, tersisih, saya kata kita kena bangunkan semula, supaya ikut Dasar Nasional, anak-anak dididik, jangan terasing. Itu bukan makna saya fanatik guna agama Islam untuk anak-anak Melayu. We do it together. Itu maksud saya.
- Ini yang saya maksudkan Wa’ad Nasional. Dan kalau orang-orang India, etnik India yang rasanya kumpulannya kecil dan rasa dia terpinggir, kita kena embrace them. Give them the recognition and the hope. Just because you are a minority, you will not be marginalized and ignored. That is what I mean by a great Malaysian nation. To work together, to respect one another.
- Saya fikirkan juga istilah apa? Untuk negara, guo jia(国家) ya. Betul? Okay, I’ve passed now. Tapi, untuk wa’ad, apa dia janji kita? Semua Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, semua kaum, semua agama, Guo jia meng yue (国家盟约, meng yue, tak tepat ya? meng yue ni janji, janji, meng yue. Ya, faham sudahlah (nada berseloroh). Jadi, Guo jia meng yue, bagi tau awal lah tadi, patut bagi tahu sebelum saya beri ucapan (nada berseloroh).
- Tapi maknanya itu dia. This is our new, bukan new, ini renew janji kita. Saudara fikir, I know. Saya dalam politik, tapi saya fikir how can saya rasa selesa, comfortable, to sleep at night as a Prime Minister and few, some of my people feel like, “you know, Anwar there, he doesn’t care about us, for children’s education, about the hospital, the treatment of our parents, about our language and culture”, I can’t. Some of you know me, some of you don’t know me. Tetapi saya bukan politician macam itu. Kalau you tanya, Anwar, you want to survive? Yes.
- Saudara tahu dalam politik pun kita adjust, sebab kita dalam Kerajaan, dalam Pakatan Harapan, kita ada 81, kita tubuh coalition. Jadi kita adalah tolak ansur, umpamanya. Nak buat perubahan semua, tak boleh. Jadi kawan-kawan yang muda-muda, termasuk ahli-ahli parlimen, kadang-kadang, dia marah, want faster change, right. Tetapi, saya tahu kita kena buat gradually, tetapi with wisdom. Tetapi, ada hal yang tak boleh kompromi. Ini yang saya kata kan Wa’ad Nasional ini. Guo jia meng yue(国家盟约.
- Jadi, apa-apa isu yang berlaku semua ni, dalam dunia politik, dia akan terus berlaku. Ya? Negeri Sembilan, orang yang bising-bising “Ah, Raja Melayu, Raja Melayu, Raja Melayu”. Tengok-tengok, oleh kerana tak setuju dengan dia, buang itu Raja Melayu. Saya tak boleh terima. Kena ikut perlembagaan constitution and law.
- Kalau Raja ini kita boleh tukar-tukar ikut bulan, sistem Raja akan gagal. Sebab itu, Kerajaan Persekutuan firm. Raja yang ada, sah. You nak tukar, ikut prosesnya sepertimana ada dalam perlembagaan dan undang-undang.
- Dia nampak kurang stabil, kerana ada orang politik yang mahu jadi isu ini. Dia mahu Raja ikut dia. Raja mesti ikut perlembagaan. Raja jangan ikut orang politik, negeri akan rosak.
- Lepas itu isu yang panas semalam, soal pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong, tidak sepenuhnya, tapi sebahagian kepada Dato’ Sri Najib. Saudara jangan salah siapa-siapa, ini perlembagaan kita. Saya Perdana Menteri, saya harus bagi nasihat. Ya, nasihat saya ikut perlembagaan. Nasihat saya ikut sentimen rakyat. Nasihat saya ikut rule of law. Nasihat saya bahawa ada lagi kes, itu nasihat saya. Tetapi, Perdana Menteri ada kuasa.
- Dalam kes ampunkan banduan atau bagi pingat, itu kuasa Raja ataupun Yang di-Pertuan Agong. Jadi, saya bagi nasihat, sudah tentu saya fikirkan suasana politik, pelaburan. Saya keras lawan rasuah. Jadi, saya tak mahu rakyat fikir Anwar compromise soal rasuah. Orang besar rasuah, okey. Orang kecil ambil RM2,000 tangkap, saya tak boleh. Sebab itu, saya bagi nasihat.
- Saya kata kita kena bagi mesej yang jelas kepada rakyat dan negara, di Malaysia dan seluruh dunia, that this country tak boleh tolak ansur dengan corruption, kerana corruption will destroy this country.Have I done my job? I did. Was I firm? Yes, I was firm. But, do I respect the constitutional mandate? Yes. Do I know that there is a power of Yang di-Pertuan Agong? Yes.
- Jadi saya kata, okey. Kemudian Peguam Negara. Peguam Negara itu penasihat kepada Kerajaan dan penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong. Saya ucap terima kasih, Peguam Negara jelas, dia terangkan ini kes, ini denda berbilion, ini hutang belum bayar, ini tanggungan berapa tahun, ini ada kes lagi. Maka Peguam Negara bagi nasihat. Dan saya tengok nasihat Peguam Negara, dan saya hormat pendirian pemerintah negara. Akhirnya, Yang di-Pertuan Agong berkenan pertimbangan, membuat keputusan.
- Ya, ada hal-hal detail yang tak boleh saya sebut malam ini, tapi bila orang umpamanya mempertikai pandangan Hannah Yeoh, saya tak setuju, saya pertahankan dia, sebab dia lakukan apa yang benar. Apa yang benar? Dia sokong pendirian Peguam Negara. Ikut undang-undang, ikut keputusan yang belum selesai, another big case on. Hakim nak bebaskan, hakim nak hukum, itu terserah pada hakim. Jadi itu nasihat Peguam Negara yang juga disokong oleh Hannah Yeoh.
- Baik, kemudian Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong melihat semua aspek ini dan juga mungkin tuntutan parti-parti tertentu. Saya bimbang, sebab saya tak mahu, saya bimbang kalau orang anggap ini Anwar dan Malaysia, Kerajaan sudah tolak ansur dengan corruption. Sebab kita ada kes Tabung Haji. Minggu depan kes FELDA. Itu besar-besar sakau besar. Ada orang tak suka perkataan ‘sakau’ tak apa, curi. Tak mahu curi? Tak apa, rompak.
- Jadi masih ada banyak, jadi kita nak jelas. Tapi, baik keputusan sudah dibuat. Tanya saya apa yang saya nak lakukan? Saya nak beritahu, apa pun keputusan itu, tidak mengganggu sikap dan pendirian Kerajaan selagi saya Perdana Menteri. Saya tidak tolak ansur dan saya akan terus bertindak tegas untuk bersihkan negara ini. Bersihkan negara ini dari rasuah.
- Ini sudah lebih bukan sedikit. Ini puluh-puluh bilion. Mana orang Melayu kata sedih. Ia mana nak dapat? Tambang Haji pun sakau, FELDA pun sakau, lagi-lagi sakau. Mana? Bagi-bagi banyak mana pun tak cukup. FELDA sekarang saya jaga, berapa saya bayar tiap tahun? Tiap tahun bayar hutang kerana rosak dulu. RM980 juta. RM1 billion to cover the losses in the past. Wei Shen Me? Wei Shen Me? Wei Shen Me? Why? Padahal, tanah Kerajaan bagi. Kelapa sawit harga naik, tapi FELDA rugi. Ini saya tak boleh terima. Oh, dia kata ini Melayu, saya tak peduli. Melayu ke, Cina ke, India ke, Iban ke? You curi, you kena tangkap. You rompak, okey-okey, you sakau, lagi okey. Negeri apa? Saya tak boleh terima.
- Sebab itu saya tegaskan, whatever one interprets so far as the decision on Dato’ Sri Najib, particular issue related to the decision of Yang di-Pertuan Agong. I would like to reiterate a very fundamental issue. And I need your understanding and support that this government does not only want to survive, but this government will remain committed and continue with all the powers that we have to ensure that we have a clean government, free from all excesses and corruption.
- Ini tekad saya yang saya sebut tadi, wa’ad dalam negara. Ini orang Cina, orang Melayu, orang India, orang Iban, kita bekerja untuk kemerdekaan. Bulan kemerdekaan, 31 Ogos dan 16 September, Hari Malaysia. Untuk apa? Untuk bebas! Untuk merdeka! Supaya kita sendiri perintah! Supaya lebih bersih, jangan curi wang bawa ke London, bukan curi wang bawa ke Belanda. Tapi kita mahu ambil dan selamatkan negara ini. Ini dia meng yue (perjanjian) negara kita and that is the promise.
- Saya ucap terima kasihlah. Oh, Ah Chong, jangan terkejut. Dia kata Anwar ni cakap pasal kebudayaan? Ini kebudayaanlah. Apa budaya? Budaya rompak? Tak. Budaya sakau? Tak. Budaya angkat rakyat Malaysia. Ini budaya kita.
- Jadi saya ucap terima kasih. Xie xie ge wei, kerana beri ruang untuk saya, untuk sampaikan pandangan ini. Kita kayakan, never mind what others says. We want to enrich our cultures. Where in the world that have beautiful Malay culture and Baba Nyonya culture and Chinese and all denominations. And Iban and Kadazan. It’s so rich. I mean, please save our country and show that we have a great story to tell the world. Ini cara kita. Bukan nak gaduh.
- Saya nak ambil ini satu cerita pendek. Bila selalu dalam di Seri Perdana, saya tak duduk. Tapi bila ada majlis, Presiden, Perdana Menteri dunia semua datang. Xi Jinping, Trump pun datang. Semua, okey? Modi. Kita dalam majlisnya, lunch time atau dinner, dia ada cultural performance. Kita ada semua kaum. Dan kadang-kadang kita buat special, kita combine, Melayu, Cina, Inggeris satu dance. Satu dance semua campur. You know, some President, Prime Minister kata, “Oh, you can do this ya. I said, what? We don’t have this in our country. In our country, kaum ini punya performance, kaum ini punya performance.” Kita di Malaysia, it’s okay. Ada Baba Nyonya nyanyi, kemudian campur Melayu, campur Cina, semua campur, satu. Dia tidak semestinya semua, tetapi ada one or two performances, when everybody together. I’m telling you, saya duduk di situ, the great president, he said, ‘People accept it?’ I said, ‘It’s not that people accept it; people rejoice’ Semua dressed pelik-pelik, macam-macam ada. Why can’t we see this as the beauty and nature of a multicultural society in Malaysia? Why can’t we do that? Mengapa kita nak gaduh kerana, ini boleh, ini tak boleh. Pasal apa? Can we respect man and women as they are? Can’t we respect the culture, language one another? And can’t we enrich all these? You bayangkan, kalau saya bangga, saya dalam Kerajaan. Kemudian kita tengok bahasa Melayunya baik, bahasa Inggerisnya baik, bahasa Cinanya baik, bahasa Tamilnya baik, bahasa Arabnya baik. Bukankah itu sesuatu yang benar hebat di negara kita? I see that way.
- This is our wa’ad. This is my message. Let us build this new strength. I don’t care. Saya kena cakap, kena lembut tak boleh kasar, Perdana Menteri. Lepas ini kamu jangan peduli pandangan-pandangan serong. Saya nak pergi sekarang bulan ini, semua negeri, saya nak seru ini. You don’t accept? Okay. You don’t accept? I go. Tapi saya punya final contribution to my country that I love, that I’ve sacrificed, that many of you. Kena tendang, kena pukul setengah mati, masuk penjara, keluar penjara, now I’m here. Ini saya punya komitmen.
- My last years, saya nak bawa ini mesej, iaitu saya nak orang Melayu, orang Cina, India, Iban, Kadazan semua, rise dengan semangat satukan negara kita. Bawa wa’ad ini, meng yue (perjanjian) ini sebagai satu negara dan kerja dengan satu komited, and we make your support.
Thank you.
Xie Xie Gei Wei.
