TEKS VERBATIM JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI SEMASA SESI PMQT 5 OGOS 2025: SOALAN YB DATUK ISKANDAR DZULKARNAIN BIN ABDUL KHALID [ KUALA KANGSAR ]

5 August 2025

 

LAPORAN VERBATIM

 

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KELIMA BELAS

 

 

 

PERTANYAAN    :       WAKTU PERTANYAAN – PERTANYAAN PERDANA MENTERI

 

TARIKH                :      5 OGOS 2025 (SELASA)

 

 

SOALAN 2: YB DATUK ISKANDAR DZULKARNAIN BIN ABDUL KHALID [ KUALA KANGSAR ]

Minta PERDANA MENTERI menjelaskan adakah Kerajaan MADANI menguruskan hutang negara dengan bertanggungjawab memandangkan hutang naik daripada RM1,079.1 bilion pada tahun 2022 kepada RM1,247.6 bilion pada hujung tahun 2024 yang hampir mencecah 65% daripada KDNK?

 

JAWAPAN:

Terima kasih Kuala Kangsar. Ini saya nak berikan fakta dulu. Dalam makro ekonomi ini keadaan hutang itu ada kaitan dengan defisit Negara. Selagi ada defisit kadar hutang akan bertambah. Sebab itu strategi kita yang telah kita laksanakan ialah menurunkan defisit selagi defisit itu di tahap yang tinggi. Katalah 6.4% tahun 2021, itu defisit. Maknanya hutang mesti meningkat, sebab itu di tahun-tahun itu, hutangnya itu 100 bilion ringgit baru, hutang baru tiap tahun. Maknanya jumlah hutang dari 1.1 naik satu dua, satu tiga, satu empat trilion.

Baik tahun 2022, 5.5 tapi tahun 2023 kita turun defisit kepada 5%, 2024, 4.1% kerana sasaran kita ialah cara berperingkat berfasa menurunkan defisit selagi defisit tidak diturunkan, jumlah hutang akan bertambah.

Ini kenyataan microeconomic figures yang tidak boleh di mungkiri iaitu disangkal. Sebab itu dari segi hutang saya sebut tadi pada tahun 2021 hutangnya 100 bilion, hutang baru. 2022, 99 bilion, 2023 kita turun kepada 92.6 bilion dan 2024, 76.8 bilion. Jadi ini yang sebut gradual, mengapa keadaan itu dia disebut gradual ataupun secara berfasa? kerana kalau dia terlalu mendadak penurunan defisit, peruntukan tambahan untuk kegiatan pendidikan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kesihatan itu akan terbantut padahal dalam tahun ini, tahun lalu umpamanya STR dan SARA kita bertambah sehingga menjadi 15 bilion ringgit.

Dan Kementerian Pendidikan, penambahan sehingga 64 bilion ringgit tertinggi. Kesihatan daripada 41 billion kepada 45 bilion ringgit. Kalau tidak kita dapat selesaikan kesesakan di hospital, kekurangan katil, kekurangan doktor, kekurangan nurses. Jadi defisit itu harus juga.

Tapi kalau dia terus ambil cara belanja boros, maka hutang itu akan mencecah terlalu tinggi. Itu keadaan yang saya nak jelaskan, baik dan oleh kerana dasar ini dianggap dasar fiskal yang bertanggungjawab, ini menyebabkan keyakinan pelabur sama ada domestik ataupun asing bertambah.

Kalau orang lihat umpamanya kita bagi pengumuman, kita berjalankan dasar ekonomi yang bertanggungjawab tetapi defisit terus membengkak, dianggap tidak bertanggungjawab. Sebab tu defisit mesti dikurangkan dan ini tentunya beban. Hanya Kerajaan yang tegas, berani sahaja boleh buat. Kalau tidak, kalau nak popular, hutang terus dan bayar kemudian oleh generasi kemudian.

Oleh kerana itu juga walaupun orang kata Ringgit merosot. Tak betul. Sebab Ringgit kita masih merupakan dana atau mata wang yang terkuat di Asia sekarang, kenaikan iaitu 5% setakat 4 Ogos 2025. Jadi keadaan paling parah RM4.70, sekarang RM4.24. Ini berdasarkan keyakinan. Dibangkitkan tentang kedudukan belanjawan mengapa dalam keadaan deficit. Saya sudah terangkan bahawa defisit itu kalau tahun 2022 satu trillion, 2024 akhir 1.247 trilion, dia kita naik. Kita jelaskan apa yang dimaksudkan dengan kenaikan itu iaitu sampai 64.6% KDNK. Itu perbelanjaan pembangunan. Kita tidak berhutang untuk belanja mengurus. Kita berhutang walaupun kurang jumlah hutang untuk belanja pembangunan. Mengapa? Kerana kedudukan sekolah kita, kedudukan hospital kita, luar bandar, tebatan banjir, ini kita sudah senaraikan seperti mana disenaraikan dalam buku Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) yang harus ditelaah oleh kita semua. Kalau tidak kita kata untuk Kampung Baru Cina kita bagi, untuk Bumiputera tak ada, maknanya belum baca. Kalau baca Rangka Putera Yang Berhormat Ketua Pembangkang memang tinggi, perbelanjaan untuk Bumiputera itu di antara tertinggi termasuk Rizab Melayu di Bandar Malaysia. Belum pernah sejak merdeka ini Kerajaan MADANI sahaja berani buat. Sebelum ni tak ada, walaupun uar-uar Melayu bukan main bunyi berdentum dentam. Tak ada. Jadi saya harap kalau boleh baca kemudian bahas saya terima.

Baik, kemudian hutang ini terkawal, ada orang bagi macam-macam jumlah. Saya kata hutang ini hutang swasta tak masuk. Hutang Kerajaan ini  ada tiga (3) undang-undang; Bil Perbendaharaan yang disebut Akta Pendanaan Kerajaan satu, Akta Pinjaman Tempatan dua, dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) dan Sekuriti Kerajaan Malaysia. Itu Hutang Statutori Kerajaan itu dimasukkan. Apa lagi yang dimasukkan dalam jumlah hutang ini? Akta Pinjaman Luar Negeri. Semuanya kita ada had, iaitu had 35 bilion kita hutang 28.8 bilion ringgit.

Ketiga ialah Akta Bil Perbendaharaan tempatan iaitu MTB dia maksimum paras dia 10 bilion, kita pinjam hanya setakat 2 bilion. Ini yang dimasukkan semuanya termasuk bayaran hutang lama ataupun penyesuaian hutang baharu. Umpamanya kita pinjam untuk bayar hutang untuk mengurangkan terutama dalam keadaan Ringgit yang agak baik. Lebih baik kita pinjam kerana Ringgit tatkala kita pinjam itu RM 4.50/60 sekarang RM 4.24. Itu hal-hal yang dilakukan oleh Kementerian kewangan, Bank Negara. Jadi saya harap dengan penjelasan ini kita pastikan.

Ada yang bangkitkan ini ada kaitan dengan keperluan kita mendapat dana baru betul. Tapi penyasaran subsidi itu seperti diesel dia tidak bebankan orang ramai. Jadi kita ni jadi macam. Sebab itu saya sebut Ahli-ahli Parlimen jadi jurucakap rakyat jangan jurucakap tauke kita. Yang naik untuk kadar elektrik ini untuk syarikat-syarikat. Kalau ada di mana, di Felda, di mana- mana yang secara khusus terbeban, bagi tahu kita cuba bantu. Umpamanya macam kadar elektrik, rakyat dah dapat bil untuk bulan Julai, rakyat dah dapat bil elektrik untuk bulan Julai. Yang disebut Ahli-ahli Parlimen Pembangkang mengatakan kadar elektrik naik, tarif elektrik naik, bayaran itu lebih rendah. Kalau ada yang bayar lebih, saya tak faham sebab apa dia bayar lebih, sebab purata dia jumlah 8 dengan 14% penurunan, turun. Harga elektrik turun, harga minyak turun. Ini dia keadaan dia baik.

Air naik tapi tak ada pula sebut pasal air naik. Katanya air, bil air, mana dia TPM 2. Kerajaan Negeri kata, “Kami tertangguh hutang dan kemudahan infrastruktur harus ditambah”. Tulis kepada Menteri minta persetujuan, jadi kita tak mahu melarang, tidak mahu menyuruh. Tak ada halangan. Ini keputusan negeri, air bidang kuasa negeri, 4 negeri naik ada negeri lain juga naik. Tapi oleh kerana air itu naik oleh Kerajaan Negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dia tak jadi isu. Cuba katalah naik dalam Persekutuan setengah mati kita kena pukul.

Jadi yang nyata apa? Saya sebagai orang bertanggungjawab mengatakan saya tidak ada halangan naik sebab adakah keperluan. Sama juga penyasaran subsidi. Tapi mengapa double standard? Penyasaran subsidi untuk orang asing kita naikkan untuk rakyat kita turunkan. Untuk bil elektrik untuk orang kaya kita naikkan untuk rakyat kita turunkan, mengapa diserang padahal air untuk semua orang termasuk rakyat dinaikkan. Melainkan di Selangor, di Selangor saya ucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana kadar yang naik, tetapi tidak untuk B40.

Terima kasih.

 

 

 

SOALAN TAMBAHAN 1 BAGI SOALAN 2

Dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global pada ketika ini, sejauh manakan pertimbangan kerajaan dalam menilai semula sasasran deficit fiscal negara atau menetapkan had hutang baharu yang lebih sejajar dengan realiti semasa serta keperluan pembangunan negara.

 

JAWAPAN:

Terima kasih YB Kuala Kangsar. Kita terpaksa turunkan, kerana kalau kita tidak turunkan defisit, hutang akan membengkak dan keyakinan orang kepada kita ada dasar fiskal yang kita sebut pertanggungjawapan fiskal. Dasar fiskal harus bertanggungjawab. Maknanya tidak boleh terus dengan defisit. Bila turun defisit, kita turun secara berfasa sahaja. Saya katakan sekarang ini harapan kita mencecah 3 peratus akhirnya dan kemudian boleh menurun dengan kadar hasil pendapatan yang bertambah. Hasilnya tidak boleh bebankan rakyat.

Jadi hasilnya terpaksa penyasaran subsidi seperti yang dilakukan elektrik dengan minyak termasuk cadangan kita RON95 tidak akan membebankan rakyat kerana kita sudah umumkan akan turun. Tetapi untuk orang asing, saya dengar ada juga Ahli Parlimen daripada pembangkang yang pertahankan orang asing. Saya pun sukar hendak faham. Maknanya, jadi saya ini wakil rakyat Bangla dan Rohingya, mempertahankan mengapa dibebankan.  Yang Berhormat, ketua sendiri pun tidak baca. Itu kenyataan ketua sendiri, YB Pagoh. Lain kali baca dulu sebelum datang Parlimen. Jangan pakai hentam keromo sahaja. Kalau dekat luar bolehlah tidak boleh jawab. Ini saya sudah jawab. Baca kenyataan YB Pagoh “mengapa bebankan orang asing kerana orang asing pun ada sumbangan kepada negara?”. PM, dia buat homework sebelum datang Parlimen.

Baik, jadi untuk jawab YB Kuala Kangsar. Satu, defisit turun tetapi kita akui apa yang disebut oleh Kuala Kangsar. Keadaan belum menentu. Tarif baru turun 19 peratus, itu pun tidak melibatkan E&E, semikonduktor. Sepertimana saya sebut, melibatkan itu eksport kita RM200 bilion ringgit ke Amerika Syarikat. Jadi harapan kita, dalam rundingan MITI, terus supaya dikecualikan E&E dan semikonduktor eksport untuk tidak membebankan negara. Tetapi sepertimana kita sebut dalam keadaan kuasa besar termasuk Amerika Syarikat mengambil tindakan yang unilateral.

Dari segi dasar ASEAN dan suara kita di BRICS dan mana-mana, harus pertahankan dasar mutlilateral. Maknanya ikut WTO. Tidak boleh masing-masing negara buat tekanan sendiri. Ini mudah-mudahan kita dapat kawal dan kita gunakan peluang membuka pasaran baharu. Terima kasih.

 

SOALAN TAMBAHAN 2 BAGI SOALAN 2 : YB TUAN SANISVARA NETHAJI RAYER A/L RAJAJI [ JELUTONG ]

Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas penjelasan yang telah diberikan. Walaupun kita menanggung beban hutang, saya menyambut baik pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan dengan pemberian dana RM100,000 kepada tiap-tiap FELDA baru-baru ini, kampung Felda baru-baru ini yang disambut baik. Dan saya dapat berita bahawa perkampungan FELDA bukan sahaja di negeri-negeri yang ditadbir oleh Kerajaan Perpaduan, tetapi juga di Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menyambut baik di atas pengumuman ini. Walaupun terdapat beban hutang yang begitu tinggi yang ditanggung oleh kerajaan, pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini adalah sesuatu yang diterima baik. Jadi bagaimanakah kita ingin memastikan bahawa penyaluran dana ini akan mencapai matlamatnya? Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

 

JAWAPAN :

Terima kasih. Dalam program Sejati MADANI diluncurkan tahun lalu, kita tetapkan supaya setiap kampung atas keputusan Jawatankuasa Masjid, Belia, Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Wanita itu berkumpul untuk memutuskan apakah program ekonomi yang sebaiknya yang boleh membantu kampung itu.

Saya pergi satu kampung di Parit Buntar, umpamanya dia pilih untuk beli drones. Ada yang buat kolam ikan, ada kambing, ada lembu ikut mereka putuskan ini, dan Jabatan-Jabatan akan bantu mereka.Jadi kita beri maksimum RM100,000.

Kemudian pada peringkat awal tidak termasuk FELDA kerana FELDA di bawah khas, tetapi di atas cadangan TPM 1, saya umumkan untuk 317 Rancangan FELDA  setiap kampung akan mendapat RM100,000 setiap Rancangan. Ini untuk membolehkan mereka memutuskan sendiri. Ini sebenarnya kaedah yang baru, sebab selalunya projek itu ditentukan oleh Jabatan, dari Kementerian ke Negeri ke Daerah dan pasukan penguatkuasa di bawah. Tapi ini tidak, betul-betul tanya orang kampung apa yang dia nak putuskan, diputuskan kalau selari dengan peraturan kita, kita luluskan. Walaupun dana kita ini melibatkan billion ringgit, tapi saya fikir ia akan memberikan bukan sahaja suntikan dana tetapi kegiatan ekonomi. Syarat kita RM100,000 itu mesti kegiatan ekonomi.

Dan setakat ini memang mengejutkan saya, lihat umpamanya kawasan yang agak pedalaman kampung macam di Parit Buntar, Ahli Parlimen ada di sini. Saya lihat umpamanya mereka sendiri. Saya tak terfikir orang kampung itu boleh pilih untuk beli dua drones dan hasilnya itu ribuan ringgit, nett profit dan dia cari dua staf yang mengendali dron itu. Jadi bagi saya, projek ini boleh dikembangkan di seluruh negara sampai ada di Perlis, ada Sarawak, ada Sabah, di mana orang kampung diperkasa, maknanya memahami apa yang terbaik untuk mereka.

Dan saya fikir dan saya tegaskan sekali lagi, walaupun ia membebankan dari segi kewangan negara tetapi saya rasa satu inisiatif untuk ikhtiar yang sangat baik untuk rakyat di peringkat akar umbi.

 

SOALAN TAMBAHAN 3 BAGI SOALAN 2 : YB DATO’ SERI HAMZAH BIN ZAINUDIN YB DATO’ SERI HAMZAH BIN ZAINUDIN [LARUT]

Bila Yang Amat Berhormat menjawab tentang kedudukan kewangan negara. Apa yang saya ingin tanyakan kepada Yang Amat Berhormat adalah, kita di sebelah sini melihat bahawa yang pentingnya bukan hanya setakat untuk menjaga fiskal itu, tapi unjuran-unjuran yang kita lakukan itu biarlah ianya lebih realistik dengan apa yang kita nak rancangkan. Itu yang kita bangkitkan sebab nanti ada jurang di antara wilayah-wilayah dalam negara kita ini akan bertambah melebar. Yang ini yang kita bangkitkan.

Jadi Yang Amat Berhormat jangan persoalkan tentang mengapa indikator-indikator tentang merapatkan jurang di antara bumiputera dan bukan bumiputera itu tidak ada ketegasan. Sebab indikator yang sebelum ini Rancangan Malaysia sebelum-sebelum ini ianya kita tahu banyak indikator yang menunjukkan bahawa kita beri penekanan. Supaya dia dapat merapatkan jurang di antara Bumiputera dan bukan Bumiputera. Jadi bukan khusus tentang nak bangkitkan atau nak bangunkan kawasan Kampung Baru Cina. Itu bab lain. Saya tak langsung tak bangkitkan isu itu. Tapi rakan-rakan lain bangkit itu saya nak buat macam mana. Cuma saya nak jelaskan di sini, samalah kalau begitu saya nak tanya Yang Amat Berhormat, Menteri kesihatan yang kata melebihi daripada angka 65%. Sebab itu tadi saya tak nak masuk bab itu bila ada orang come on, come on lah sekarang come on, Menteri sendiri yang cakap, bekas menteri sendiri yang cakap. Hari ini yang saya tak mahu bergaduh di antara Yang Amat Berhormat dan saya cuma yang kita nak adalah penjelasan.

Sebab itu hari ini saya juga mengatakan bahawa Rancangan Malaysia Ke-13 itu adalah rancangan bersama untuk kepentingan negara, untuk kita kepentingan semua. Yang penting kepada saya adalah Yang Amat Berhormat, kalau unjuran dulu Rancangan Malaysia Ke-12 74.9 US per tong satu tong, hari ini kita buat unjuran 63.6. Maknanya situ juga sudah berkurangan. Sebab itu saya kata, kalau kita hendak ambil hutang macam Yang Amat Berhormat jawab awal-awal tadi. Untuk development expenditure, saya bersetuju DE, betul ambillah. Kita tak persoalkan bab itu. Jadi jangan look at deficit semata-mata. Tapi juga tengok dari segi keseluruhannya untuk kita membesarkan ekonomi kita. Yang itu yang saya minta dan supaya jurang di antara wilayah-wilayah ini dapat kita rapatkan supaya jangan melebar dari segi kedudukan kemiskinan di antara wilayah-wilayah. Itu yang saya ingin persoalkan.

JAWAPAN:

Pertama, rujukan kepada Kementerian Kesihatan. Saya tanya Menteri, dia bangkitkan kerana penambahan 38 bilion yang diminta. Jadi saya memang beritahu harus jelaskan bahawa jumlah itu mencecah lebih jika ditambah 38 bilion. Saya kata kalau nak tambah harus buat penjelasan, itu saya sudah beritahu. Oleh itu tidak ada percanggahan dia kena clarify sebab tuntutan dia itu penambahan RM38 bilion ringgit tambahan, dia akan mencecah tapi kita tak luluskan tambahan itu.

Kemudian tentang pertanyaan tentang jurang. Saya akui, sebab itu kalau kita lihat umpamanya peruntukan kepada negeri-negeri walaupun dituduh oleh sebahagian bahawa kita diskriminasi dan zalim sampai doa-doa ni sebab kita zalim, padahal kalau tengok angka peruntukan Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah itu bertambah lebih daripada masa dia perintah. Jadi tak apa saya tegur tidak apa, tapi jangan kata zalim tak bagi, kerana peruntukan tambah.

Saya bagi umpamanya baru ni ke MADA permulaan fasa pertama RM1 bilion itu di Kedah, dan banyak pesawah padi itu penyokong-penyokong pembangkang. Saya tak soal itu. Dan bukan sahaja begitu, saya pergi minta percepatkan proses itu. Jadi, kalau begini juga zalim kerana ikut hawa nafsu politik yang tak terkawal, susahlah.

Dan baru-baru ini jumpa Guru-guru Pondok mereka mengeluh kerana dulu 2003 pemimpin mereka sekarang ini State Government 4 SG 4 membatalkan semua peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat. Saya tidak setuju. Jadi tahun 2022 kita berikan semua balik kepada sekolah agama rakyat. Yang zalim ini, yang disanjung dan dipuja ini yang batalkan. Tapi saya renung, tidak cukup. Sekolah-sekolah agama, saya minta kajian oleh ICU dalam keadaan sangat daif. Dan sekarang sebahagian ini kata, tidak payah, biarkan kerana ini lubuk-lubuk Kerajaan Pembangkang. Saya tidak peduli. Sebab itu anak-anak kita yang belajar.

Tapi bila jumpa Google, saya kata begini. Dulu pondok-pondok dan pesantren ini benteng pertahanan akidah ilmu dan kekuatan Islam. Sekarang kalau kita mahu pertahankan dia sebagai kekuatan, kita teruskan dengan pengajian dia, pengajian tradisionalnya, huffaz dan sebagainya tetapi mesti ditambah. Itu yang ditambah dengan TVET dan ditambah saya kata dengan penggajian digital, AI dan saya akan hadir untuk mencari jalan bagaimana baiki dan tambah.

Ini untuk dari segi apa yang disebut oleh YB Larut, bagaimana kita kurangkan jurang kerana jurang di sekolah pondok, sekolah agama dengan Sekolah Menengah Kebangsaan pun jauh bezanya. Baik, begitu juga dengan negeri. Sebab itu di Sarawak, kita dukung sepenuhnya menjadikan energy hub. Sabah sekarang, Blue Economy. Sepenuhnya kita bagi sokongan kerana dia menjadi suatu kekuatan baru, strategi baru untuk mengembangkan ekonomi Sabah dan Sarawak. Begitu juga dengan negeri-negeri lain.

Tentang Bumiputera dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) bawah Mauduk PuTERA35 itu dicerakin langkah-langkah yang diambil. Dan percayalah Tan Sri Yang Dipertua, langkah-langkah kita ambil itu tidak menafikan hak yang lain. Sebab tu saya sebut apa dia untuk masyarakat India, apa mereka Orang Asli, apa untuk Sabah dan Sarawak, tetapi tidak boleh tinggal tuntutan dan masalah yang dihadapi oleh majoriti rakyat dan kebetulan majoriti yang miskin di kalangan Bumiputera. Sebab itu ada PuTERA35 yang mencerakin, mengambil langkah-langkah yang lebih daripada yang pernah dilakukan untuk mengangkat martabat mereka.

Jadi saya terima baik apa yang disinggung oleh YB Larut dan saya percaya dengan langkah ini kita dapat mengurangkan jurang. Baik pendapatan di antara kaum atau intra, inter dan juga wilayah dan bukan mudah kita buat sejak 60 tahun lalu untuk meninggalkan jurang. Tapi saya harus nyatakan di sini kalau lihat perkembangan-perkembangan terutama yang amat memprihatinkan Sabah Sarawak, keadaan mereka itu jauh lebih baik sekarang. Ini terserah juga tentang pimpinan dan tatekelola negeri masing-masing yang jauh lebih ke depan yang nampak mengambil sikap yang positif. Terima kasih.

 

SOALAN TAMBAHAN 4 BAGI SOALAN 2: YB TUAN MOHD SANY BIN HAMZAN [ HULU LANGAT ]

Saya dengar MAS hendak beli pesawat Boeing 30. Apa keperluan? Pakai sahajalah pesawat lama dan berapa banyak duit rakyat yang digunakan untuk beli pesawat Boeing itu? Delay pun delay lah, lambat pun lambatlah. Apa keperluan untuk beli 30 pesawat Boeing? Itu yang pertama.

Tadi yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyebutkan soal berkaitan dengan bantuan per kapita kepada sekolah agama rakyat yang ditarik dulu. Maksudnya, zalimlah orang yang tarik itu dulu. Boleh tidak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita pun baca qunut nazilah kepada orang yang zalim itu. Terima kasih YBhg. Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri

 

JAWAPAN:

Terima kasih, suara amat terkawal hari ini. Saya fikir, saya adalah orang yang tidak bersetuju qunut nazilah itu dipolitikkan termasuk dengan orang yang saya tidak senang. Termasuk yang membatalkan peruntukan untuk sekolah agama rakyat. Dan saya percaya kerana mereka ada sahabat-sahabat, penyokong-penyokong setia sekarang di belah sana, dia patut nasihatlah supaya sempat kita bertaubat dan berubah dan memberi sokongan kepada perkembangan Islam.

Baik, tentang MAS, Menteri MITI telah jelaskan semalam. Itu keputusan MAG. Dia ada dua (2) pilihan yang pesawat ini. Kena beli, yes sebab mulai tahun 2024 kali pertama setelah rugi bertahun-tahun, baru dicatat keuntungan kerana pengurusan dan kita tidak campur dari segi politik. Pengurusan mesti telus dan cekap. Dan oleh itu, sejak tahun lalu dia buat pesanan, yang besar itu dari Airbus, white body, yang lain dari Boeing. Baik, malah kita runding juga dengan Brazil dan Negara China. Negara China jawab, pesawat mereka itu saya fikir untuk domestik boleh. Hanya untuk keperluan domestik China, pesanan belum. Di Brazil kita dapat pesanan. Tetapi belum bersedia, yang ada sejak berunding dua (2) tahun yang lalu itu MAG dengan Boeing.

Apa syarat dia? Dia mesti buat kilang beberapa di sini. Kedua-duanya, Boeing dan Airbus, sebahagian besar daripadanya, paksa di sini. Kalau tengok sayap Airbus, itu banyak di Negeri Sembilan, di Kulim dan juga di Selangor. Begitu juga komponen Boeing. Syarat kita dengan Boeing ialah mengenai pengeluaran sebahagiannya di sini.

Tan Sri Yang Dipertua, kita kena beli dan kita kena beli banyak, sebab laluan yang kita batalkan itu terlalu banyak, keperluan dan demand. Saya pergi ke India keperluan, Negara China dan Jepun. Sekarang ini AirAsia, tidak apa, syarikat swasta. Kita dukung, tetapi MAS mengapa tidak boleh? nak order di mana? Tidak setuju order di Amerika, bagi tahu. Apakah lebih kompetitif?

Kita beli juga Airbus dari Airbus. Dan rundingan saya dengan Presiden Macron, perkara yang dibangkitkan iaitu MAS dan Air Asia akan beli pesawat yang lebih besar dari Airbus. Jadi saya tak faham, tak apalah politik, biasalah ya. Tetapi dia tak terikat, kita hanya gunakan ini mengatakan kepada Amerika sebab trade itu in our favour. Jadi, kita kena kurangkan defisit dia. Macam dengan Indonesia, Indonesian favour.

Jadi baru-baru ini saya bawa Premier Sarawak bincang dengan Prabowo bagi rundingan supaya boleh eksport kita melalui Sarawak, Tebedu dengan di sempadan Sarawak. Itu langkah kita ambil, kita tak menyerah banyak hal. Dasar Bumiputera tak tukar, dasar Halal tak tukar, melainkan oh tapi dasar Halal. Ada dasar Halal saya ingat lagi masa saya tinggal di Reston, mengajar di Georgetown, di Reston Virginia Imam Masjid, penasihat utama dia Sheikh Taha Jabir Alawani duduk di situ. Penasihat kesihatan dia, Profesor Harvard, saya tak ingat nama dia, muslim, profesor of health. Jadi saya kata JAKIM kalau hal-hal macam tu tak payah check kalau Profesor Harvard dengan yang muslim itu dan Sheikh Taha dah sahkan dulu, pakai sahlah. Itu sahaja. Kita tidak, tapi kalau di Texas ada Jawatankuasa Halal yang kita tak pasti, itu JAKIM mesti pantau. Itu kita tak tolak ansur. Jadi ada beberapa syarat yang dipersetujui oleh negara-negara lain yang kita tidak bersetuju, tetapi kita masih dapat 19%. Kita tidak setuju dan sistem itu banyak perkara yang dituntut tapi yang boleh umpamanya yang dasar import eksport yang boleh kita tolak ansur, kita tolak ansur bukan saja kepada Amerika, kepada China, kepada semua negara.

Jadi untuk kata kita mengalah, tidak. Malaysia adalah di antara negara yang paling tegas mempertahankan beberapa peruntukan yang kita rasa sesuai dengan dasar negara kita. Umpamanya yang paling penting, dasar Bumiputera tu dianggap discriminatory, dia tak boleh terima. Itu bertentangan dengan semangat Perdagangan Antarabangsa. Kita kata tak boleh. Malaysia mesti pertahankan, dan akhirnya diterima. Tapi saya juga fikir saya tak mahu risiko kita dapat 25% atau 40% kerana kita ini negara dagang. Dan dengan Amerika itu tinggi dagangan kita. Kita boleh menang sorak kampung tetapi negara rugi dan ratusan ribu rakyat terkesan. Saya bertanggungjawab pertahankan kepentingan rakyat.

Tapi suara tetap Gaza, saya kata teruskan. Tak tolak ansur. Ada permohonan pagi ini, Menteri Luar tahu, daripada Presiden Iran untuk telefon, walaupun dipermainkan soal telefon, tapi betul. Berapa negara yang sanggup bercakap, sering bercakap dengan Presiden Iran? Saya tidak ada pilihan. Saya tidak mahu ambil risiko yang akan membebankan negara. Tetapi negara ini bermaruah, negara ini berdaulat, negara ini merdeka. Jadi ada keputusan yang kita ambil untuk kepentingan negara kita. Terima kasih.

 

Share: