TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: RANCANGAN MALAYSIA KETIGA BELAS 2026-2030
Teks Ucapan
YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Rancangan Malaysia Ketiga Belas 2026-2030
Parlimen Malaysia Khamis, 31 Julai 2025
12 Tengah Hari
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI
USUL
Tuan Yang di-Pertua,
Dengan penuh takzim, saya berdiri di dalam Dewan yang mulia ini untuk mengemukakan usul seperti yang berikut:
“BAHAWA Dewan ini,
menyedari akan cabaran Malaysia untuk mengukuhkan pembangunan sosioekonomi dan memastikan daya tahan negara dalam usaha memperkukuh nilai insaniah, mengharungi ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik dunia, memantapkan kedudukan kewangan Kerajaan dan menjamin kehidupan rakyat yang bermaruah serta pencapaian Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 dan usaha merealisasikan aspirasi Ekonomi MADANI;
merestui ikhtiar Kerajaan untuk membuat pembaharuan ke atas agenda pembangunan sosioekonomi negara yang menyeluruh selaras dengan kerangka Malaysia MADANI; dan
meluluskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi tempoh 2026- 2030 bertujuan untuk melakar semula pembangunan dengan menetapkan dasar, strategi dan inisiatif bagi membentuk negara
bangsa, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar, memperkukuh tatakelola terbaik serta melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang memacu ekonomi serantau dan disegani di persada dunia, menurut Kertas Perintah CMD. 6 Tahun 2025.
Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama- sama membulatkan tekad dengan penuh iltizam untuk membuat perubahan dalam memastikan pembangunan sosioekonomi negara kekal mampan serta memanfaatkan rakyat secara adil dan saksama.”
Dengan izin Tuan Yang di-Pertua,, saya membentangkan Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua,
Ini adalah rancangan jangka sederhana yang bakal membawa negara kita beralih kepada tahap yang lebih cemerlang. Maka saya memohon sedikit ruang kesabaran seluruh Ahli Yang Berhormat dan rakyat supaya dapat meneliti dan menelaah kerangka ini dengan penuh saksama memandangkan kerangka sedikit kompleks dan teknikal serta tentunya mengambil sedikit masa untuk dihadam dan difahami.
MUKADIMAH
Firman Allah SWT dalam Al-Quran dalam Surah An-Ankabut ayat 69:
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اَّللََّ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.“
- Hari ini kita menyambut Hari Pahlawan, hari untuk kita memperingati pengorbanan setiap rakyat yang telah mempertaruhkan jiwa dan raga untuk membangun tanah air. Dengan semangat juang dan keteguhan iltizam, Malaysia hari ini aman dan tenteram.
- Dunia hari ini kian bergolak dengan konflik yang berpanjangan dan krisis Ketegasan Malaysia dalam menyuarakan isu-isu Gaza memerlukan kita untuk lebih berwaspada. Tidak cukup dengan itu, perang tarif dan dasar perlindungan oleh Amerika Syarikat serta langkah timbal balas negara-negara lain telah merubah ketara landskap ekonomi global.
- Saya ingin memaklumkan bahawa pada jam 6.50 pagi, saya telah berpeluang bercakap melalui telefon dengan Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump. Beliau telah menyatakan penghargaan setingginya kerana Malaysia telah memainkan peranan yang berkesan dan yang sebaiknya dalam menyelesaikan konflik Thailand dan Kemboja. Kami turut membincangkan soal tarif atas semangat
dan prinsip perdagangan bebas, juga mengenai pelbagai siri rundingan yang digerakkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama dengan pihak United States Trade Representative dan juga Setiausaha Perdagangan. Dan setelah mendapat penjelasan dari saya, maka beliau memutuskan untuk menyemak semula kadar tarif yang akan dikenakan ke atas Malaysia selewat-lewatnya esok. Presiden Trump juga mengesahkan akan hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kuala Lumpur pada Oktober kelak, Insya-Allah.
- Kita juga perlu berwaspada akan kemungkinan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang meningkat serta peluang pekerjaan dan keterjaminan makanan yang terkesan akibat kemelut
- Inilah hakikat sukar yang perlu kita hadam dalam realiti dunia hari Langkah berani untuk melakukan perubahan mesti diambil demi memastikan ekonomi negara kekal kukuh dan ketenteraman rakyat tidak tergadai.
PENCAPAIAN MALAYSIA MADANI
- Sejak mengambil alih tampuk pentadbiran pada November 2022, Kerajaan MADANI telah pun melangkah berani dan tuntas untuk mengorak hala tuju dasar negara. Langkah ini dizahirkan menerusi penggubalan kerangka besar dikenali sebagai Ekonomi MADANI yang berpaksikan kepada kemampanan, kesejahteraan rakyat dan tatakelola yang berintegriti.
- Di bawah Ekonomi MADANI, Kerajaan telah memulakan reformasi struktur ekonomi, termasuk melalui Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) dan Dasar TVET Negara 2030.
- Sektor swasta telah bergerak ke hadapan bersama-sama Kerajaan. Program GEARuP yang diterajui syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dan pelaburan langsung domestik (DDI) telah memperkukuh pelaburan.
- Pelan KL20 juga diperkenalkan dengan aspirasi menjadikan Kuala Lumpur sebagai antara 20 ekosistem terbaik untuk syarikat pemula. Sejak dilancarkan pada April 2024, kedudukan Kuala Lumpur dalam Global Startup Ecosystem Report 2025 meningkat ke tangga ke-68, dengan 4,464 syarikat pemula berdaftar. Kita kini berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran 5,000 syarikat pemula menjelang akhir tahun ini. Dalam masa sama, syarikat modal teroka yang memiliki purata Aset di Bawah Pengurusan (AUM) mencecah USD400 juta turut menunjukkan minat untuk beroperasi di Malaysia.
- Bagi merancakkan lagi aktiviti ekonomi domestik, pelaburan melalui kerjasama strategik dengan pihak industri terus diperkukuh. Inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) dan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) pula telah berjaya menarik pelaburan asing dan domestik dalam sektor berteknologi tinggi.
- Tidak terhenti di situ, tumpuan pembangunan turut diperluas di Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) dan Lembah Teknologi Tinggi Automotif Tanjung Malim (AHTV) di negeri Perak serta taman-taman perindustrian strategik di Sabah dan Sarawak.
- Kerajaan telah melaksanakan reformasi perundangan melalui penggubalan dan pindaan lebih daripada 80 undang-undang, termasuk Akta ILTIZAM, Akta Perkongsian Data, Akta Polis dan Akta Kanak-kanak.
- Agensi penguatkuasaan seperti SPRM, Jabatan Audit Negara dan MyCC turut diperkasakan dalam usaha memerangi rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh dan berkesan.
- Pengurusan fiskal pula diperkukuh melalui penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal sebagai usaha berterusan untuk mengurangkan defisit negara.
- Selaras dengan prinsip keadilan sosial, Kerajaan terus berusaha untuk mengekang kenaikan kos sara hidup. Pelaksanaan subsidi bersasar seperti diesel dan elektrik ditambah baik demi memastikan bantuan benar-benar sampai kepada golongan sasar, tanpa pembaziran sumber.
- Kadar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) juga ditingkatkan. Penerima SARA misalnya telah
diperluas daripada 700,000 penerima awal yang terdiri daripada golongan miskin tegar, kepada 5.4 juta penerima yang turut meliputi golongan B40. Minggu lepas, saya juga telah mengumumkan pemberian SARA secara one-off sebanyak RM100 kepada semua rakyat berusia 18 tahun ke atas, melibatkan peruntukan RM2 bilion. Dengan itu, peruntukan bantuan STR dan SARA secara keseluruhan bagi tahun 2025 akan mencecah RM15 bilion.
- Kerajaan juga telah meningkatkan pendapatan rakyat melalui perintah gaji minimum, Dasar Gaji Progresif dan Kerajaan MADANI berjaya menaikkan gaji minimum melalui dua kali semakan, daripada RM1,200 kepada RM1,500 dan kemudiannya RM1,700. Manakala penanda aras gaji kehidupan wajar bagi pekerja GLC dan GLIC telah ditetapkan pada RM3,100 sebulan.
- Lepasan TVET juga menikmati pendapatan yang semakin kompetitif, kebanyakannya melebihi paras gaji minimum RM1,700. Sebanyak 95.6% graduan TVET telah berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat latihan.
- Penekanan khusus turut diberikan terhadap projek kemudahan asas seperti baik pulih sekolah, klinik daif, kuarters guru, tentera dan polis, penyelenggaraan jalan raya serta projek tebatan banjir agar matlamat pembangunan yang dilaksanakan dirasai oleh semua rakyat. Sebanyak 45 juta peruntukan telah disalurkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Projek Bitara MADANI, bagi kerja-kerja naik taraf, baik pulih dan ubah suai 1,776 klinik kesihatan daif seluruh negara.
- Sehingga kini, sebanyak 1,368 unit kuarters Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 3,088 unit kuarters Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah siap dibina. Tambahan 8,501 unit kuarters lagi sedang giat dalam pembinaan. Dalam masa yang sama, sebanyak 69,141 unit kuarters sedia ada bagi anggota ATM dan PDRM telah dibaik pulih dan dinaik taraf demi memastikan keselesaan dan kesejahteraan anggota dan keluarga mereka.
PENCAPAIAN MAKROEKONOMI DAN INDIKATOR TERKINI
- Pertumbuhan ekonomi Malaysia secara agregat berdasarkan angka terkini, dianggarkan sebanyak 0% setahun bagi tempoh 2021 hingga 2025, ketimbang trend ekonomi global yang menyederhana dalam tempoh yang sama. Pertumbuhan ini diterajui oleh sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan. Dari sudut permintaan, pertumbuhan ini banyak didorong oleh permintaan domestik, khususnya perbelanjaan sektor swasta yang meningkat 5.7% setahun.
- Jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam tempoh 2021 hingga 2024 adalah sebanyak 29 trilion, meningkat pada kadar 23.1% setahun. Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, jumlah pelaburan yang diluluskan pada tahun 2024 adalah yang tertinggi dalam sejarah, iaitu RM384 bilion.
- Dalam masa yang sama, kadar inflasi negara kekal terkawal, iaitu 1.1% pada Jun 2025.
- Tatkala mengambil alih pentadbiran, Kerajaan MADANI mewarisi suatu jumlah hutang yang menggunung melebihi satu trilion ringgit. Faktanya, selagi mana belanjawan negara terus dalam defisit, selagi itu jumlah hutang akan terus meningkat.
- Apa pilihan yang Kerajaan ada? Kita terpaksa akur─bertindak dengan berani dan berhati-hati, menangani keterlanjuran lalu tanpa menjejaskan maslahat majoriti rakyat. Ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak selerak. Maka, atas maksud yang sama, sedari awal komitmen kita secara tegas untuk melakukan pembaharuan fiskal secara berfasa dengan meningkatkan hasil, mengoptimum perbelanjaan seperti menyasar semula subsidi yang akhirnya mengurangkan hutang baharu dalam belanjawan negara.
- Komitmen ini telah kita zahirkan dengan tegas melalui penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) yang di dalamnya terkandung beberapa penanda aras yang jelas.
- Alhamdulillah, menghampiri tiga tahun pentadbiran MADANI, tindakan kita mereformasi fiskal berjaya menurunkan kadar defisit secara konsisten setiap tahun iaitu daripada 5.5% (2022); kepada 5.0% (2023); seterusnya 4.1% (2024); dan sasaran 3.8% (2025).
- Pengurangan kadar defisit juga bermakna, Kerajaan ini berjaya turunkan komitmen hutang baharu iaitu daripada sekitar RM99 bilion (2022); kepada RM92.6 bilion (2023); seterusnya RM76.8 bilion ringgit (2024).
- Pencapaian bermakna ini membolehkan kita berada di landasan kukuh ke arah mencapai sasaran defisit fiskal 3% dengan mengurangkan hutang baharu setiap tahun.
KERANGKA RMK13: MELAKAR SEMULA PEMBANGUNAN
- Menyedari cabaran trend mega dan isu kelemahan struktur ekonomi, maka asas ekonomi Malaysia perlu dirungkai semula. Ekonomi negara tidak boleh hanya bergantung kepada pengeluaran bahan asas dalam sektor pertanian, perindustrian dan perkhidmatan. Kita perlu melonjakkan kerencaman ekonomi dengan beralih kepada penciptaan nilai (value creation) dalam semua sektor ekonomi.
- Dalam menelusuri ikhtiar pembangunan nasional, kita tidak boleh lagi terpaku pada ukuran sempit melibatkan angka pertumbuhan ekonomi, misalnya. KDNK yang meningkat dan berkembang tidak akan memberi sebarang makna sekiranya kebebasan dan hak rakyat untuk hidup secara bermaruah masih dirundung oleh belenggu kelaparan, ketidakadilan dan Pembangunan yang tidak menyentuh asas dan paksi kebebasan rakyat tidak lebih dari penambahan kosmetik semata yang tidak menyentuh jiwa raga bangsa.
Dalam semangat yang sama, ia mengingatkan saya akan pesan pemikir dan ahli ekonomi ulung Amartya Sen bahawa,
“Pembangunan bukan hanya tentang usaha meningkatkan pendapatan negara, tetapi kemampuan mengupaya serta memperluas kebebasan sebenar yang dinikmati rakyat terbanyak.”
—Amartya Sen (Development As Freedom, 1999)
- Kemajuan ekonomi ini tidak akan lengkap dan mungkin pincang jika meninggalkan aspek kerohanian dan nilai insaniah. Kedua-duanya adalah peri penting untuk membentuk sebuah sistem sosial negara yang lebih baik dan terangkum ke arah menjadi Negara Bangsa yang berdaulat dan bermaruah serta
- Lima tahun mendatang adalah tempoh kritikal untuk Malaysia melonjak bukan hanya ke arah negara berpendapatan tinggi, malah mampu melahirkan rakyat berjiwa insaniah dan menyediakan kehidupan yang
- Dalam usaha kita menjelmakan sebuah tatanan yang utuh dan berdaya tahan, konsep ummatan wasatan harus dijadikan neraca asas yang menimbang segala kebijakan dan halatuju Istilah ini—yang dipetik daripada Surah Al Baqarah ayat 143—adalah seperti berikut:
وَكَٰذلِكَ جَعَلْٰنكُمْ اُمَّةً وَّسَطًا لِ’تَكُوْنُوْا شُهَدَاۤءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُوْنَ الرَّسُوْلُ عَلَيْكُمْ شَهِيْدًاۗ وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِيْ كُنْتَ عَلَيْهَآ اِلََّّ لِنَعْلَمَ مَنْ يَّتَّبِعُ الرَّسُوْلَ مِمَّنْ
يَّنْقَلِبُ عَٰلى عَقِبَيْهِۗ وَاِنْ كَانَتْ لَكَبِيْرَةً اِلََّّ عَلَى الَّذِيْنَ هَدَى ٰاۗللُّ وَمَا كَانَ ٰاللُّ لِيُضِيْعَ اِيْمَانَكُمْۗ اِنَّ ٰاَللّ بِالنَّاسِ لَرَءُوْفٌ رَّحِيْمٌ
“Demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Nabi Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Kami tidak menetapkan kiblat (Baitulmaqdis) yang (dahulu) kamu berkiblat kepadanya, kecuali agar Kami mengetahui (dalam kenyataan) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang berbalik ke belakang. Sesungguhnya (pemindahan kiblat) itu sangat berat, kecuali bagi orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah. Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia.”
- Justeru, istilah ini membawa makna sebuah umat yang seimbang, adil, sederhana dan menjadi saksi kepada kebenaran di hadapan seluruh peradaban Kesederhanaan di sini bukan bererti menjadi umat yang lemah, tetapi ia bermaksud kita harus mempunyai upaya yang kental dalam menjauhkan diri dari segala bentuk ekstremisme atau sikap melampau, sama ada dalam hal ekonomi, sosial dan kemasyarakatan, agama, politik mahupun persoalan moral dan mendakap kemas jalan tengah yang penuh hikmah dan kebijaksanaan.
- Tidak boleh tidak, Rancangan Malaysia Ketiga Belas (selepas ini disebut RMK Tiga Belas) akan menjadi titik tolak kepada usaha kita, dengan tema Melakar Semula Pembangunan demi mengangkat martabat Ikhtiar ini bukan untuk kita semata, tapi yang lebih utama, buat generasi yang akan mewarisi tanah air ini.
- Dalam sejarah panjang peradaban manusia, kita telah saksikan bahawa tiada satu pun tamadun yang tumbang kerana kemiskinan semata, atau lemahnya penguasaan teknologi, tetapi runtuh kerana rapuhnya tiang keadilan dan kebejatan pemerintah. Ibnu Khaldun, seorang tokoh sarjana agung dunia Islam, telah lama menekankan peri penting kekuasaan yang tidak ditegakkan atas prinsip keadilan laksana gedung megah yang dibina atas pasir. Maka RMK13 ini bukan hanya perencanaan pembangunan materi semata, tetapi ia adalah iltizam moral untuk menegakkan negara yang sejahtera dan
“Keutuhan negara bergantung pada keadilan; apabila keadilan hilang, negara turut binasa.”
—Ibnu Khaldun, (Muqaddimah, 1377)
- Bagi menggapai hasrat ini, RMK13 akan menumpukan kepada tiga kebijakan utama.
- Pertama – Tatakelola baik menjadi paksi kepada pentadbiran negara dalam memastikan kekayaan negara diagihkan secara adil dan saksama serta mengambil kira keperluan rakyat. Kerajaan MADANI akan meneruskan usaha untuk memperkukuh integriti dan akauntabiliti (pertanggungjawaban), mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam serta memantapkan pengurusan fiskal.
- Kedua – meningkatkan kerencaman ekonomi secara menyeluruh kepada penciptaan nilai dalam semua sektor ekonomi. Peralihan ini bermatlamat untuk memperkukuh kedudukan ekonomi negara, umpama menaikkan siling atau bumbung. Tunjang utama peralihan ini adalah pendigitalan dan teknologi termaju, terutama kecerdasan buatan (AI) yang turut menekankan elemen authentic intelligence .
- Penekanan akan diberikan kepada pembangunan industri HGHV dan sektor strategik yang bernilai tinggi, pertumbuhan yang terangkum, mampan dan seimbang serta pengukuhan kedudukan Malaysia di persada ekonomi dunia. Justeru, budaya mencipta menjadi agenda terpenting dalam melonjakkan penghasilan produk dan perkhidmatan tempatan yang berdaya
- Ketiga – Pembangunan yang terangkum dan responsif dengan keutamaan untuk menaikkan lantai dan darjat kehidupan rakyat. Usaha akan dipergiat untuk membantu rakyat menangani beban kos sara hidup, membentuk sistem sosial negara berteraskan insan MADANI, mempertingkatkan mutu kehidupan serta memperkukuh tahap sosioekonomi golongan sasar ke arah mencapai kehidupan wajar.
- Justeru, kita tidak boleh terbelenggu dalam pendekatan yang kaku dan dogmatik. Dunia kini menuntut keberanian untuk mengubah struktur, menyesuaikan sistem dan gigih meneroka pelbagai pendekatan baharu dalam mendepani cabaran dan tantangan semasa. Apa yang menjadi keutamaan ternyata bukan rupa bentuk sesuatu dasar itu, tetapi ia mesti menjawab apakah hasilnya sampai dan mengesankan golongan yang benar-benar perlu. Ringkasnya, aspek keberkesanan dan kesediaan serta keterbukaan mencuba pendekatan baharu harus lebih utama dari pemikiran yang terperangkap pada kepompong ideologi dan status quo.
Mantan Presiden China Deng Xiaoping menyimpulkannya secara ringkas tetapi pragmatik:
“Tidak kira sama ada kucing itu hitam atau putih, asalkan ia mampu menangkap tikus.”
—Deng Xiaoping (dipetik dari ucapan dan biografi, 1978-1992)
- Dalam usaha dan upaya kita membangunkan negara, kita perlu meletakkan keadilan sebagai batu asas—bukan sekadar sebagai undang-undang—tetapi dalam setiap dasar, agihan sumber dan kekayaan serta peluang hidup. Negara yang gagal menjamin keadilan akan kehilangan ruhnya, meski kelihatan makmur dan sejahtera di permukaan. Lantas, keadilan bukan sekadar prinsip moral, malah ia adalah instrumen sosial yang menyatukan masyarakat dan mengekalkan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan. Maka, tatkala menghamparkan RMK13, kita harus ingat amaran halus filasuf John Rawls:
“Keadilan adalah teras utama dalam mana-mana masyarakat, sama seperti prinsip kebenaran di dalam semua sistem pemikiran.” —John Rawls (A Theory of Justice, 1971)
- Bagi memastikan rencana ini dimaknai sebaiknya, Kerajaan telah menetapkan sasaran keberhasilan yang boleh diukur melalui angka- angka ekonomi, untuk memandu dan memantau gerak kerja yang akan dilaksanakan.
- Dalam tempoh RMK13, pertumbuhan KDNK disasarkan antara 5% hingga 5.5% setahun, diterajui oleh permintaan domestik, terutama penggunaan dan pelaburan swasta. Eksport kasar negara dijangka meningkat sebanyak 5.8% setahun dengan peluang perdagangan yang lebih luas.
- Sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan kekal sebagai sumber utama pertumbuhan yang disumbang oleh peralihan kepada ekonomi berasaskan penciptaan nilai.
- Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan dijangka berkurang secara berperingkat di bawah 3% kepada KDNK dan paras hutang Kerajaan tidak melebihi 60% kepada KDNK. Pendapatan negara kasar (PNK) per kapita disasarkan meningkat kepada RM77,200 dan dijangka melepasi nilai ambang negara berpendapatan tinggi.
- Pasaran buruh negara dijangka bertambah baik dengan bahagian pampasan pekerja kepada KDNK mencapai 40%, manakala kadar pengangguran mencapai tahap guna tenaga penuh menjelang Kadar purata inflasi juga dijangka kekal stabil dalam lingkungan 2% hingga 3% setahun.
- Bagi menjayakan RMK13, pelaburan sebanyak RM611 bilion perlu disediakan. Daripada jumlah ini, peruntukan pembangunan daripada Kerajaan dianggarkan berjumlah RM430 bilion. Manakala pembiayaan daripada GLC dan GLIC berjumlah RM120 bilion bagi menyokong pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan langsung domestik dalam sektor strategik. Sokongan pihak swasta pula, melalui kaedah perkongsian awam swasta (PPP) adalah sebanyak RM61 bilion.
- Daripada peruntukan RM430 bilion tersebut, lebih daripada separuh iaitu sebanyak RM227 bilion akan disalurkan kepada sektor ekonomi sebagai tunjang utama pertumbuhan negara.
- Sektor sosial turut diberi keutamaan. RM133 bilion diperuntukkan dengan sektor pendidikan menerima RM67 bilion, manakala sektor kesihatan diperuntukkan RM40 bilion.
- Sektor keselamatan pula akan diperuntukkan RM51 bilion, manakala sektor pentadbiran akan menerima RM17 bilion. Agihan strategik ini mencerminkan komitmen Kerajaan untuk memacu pembangunan negara secara menyeluruh dan berimpak tinggi.
- Dengan berjayanya kebijakan ikhtiar ini, menjelang 2030, kita bukan sekadar memiliki pencapaian material yang hebat dan mampu mengeluarkan produk bernilai tinggi, malah kita juga mempunyai rakyat yang berjiwa besar, hidup bersatu padu, saling menghormati kepelbagaian budaya dan memiliki jati diri yang utuh. Inilah impian Malaysia MADANI.
- RMK13 harus menjadi milik semua – setiap individu, masyarakat, sektor swasta dan Kerajaan berganding bahu dan teguh bergerak di landasan pembangunan yang dihasratkan demi mengangkat darjat, harkat dan martabat rakyat.
Tuan Yang di-Pertua,
KEBIJAKAN UNTUK MEMPERKUKUH TATAKELOLA BAIK
- Iktikad Kerajaan MADANI adalah sebuah pentadbiran berteraskan tatakelola terbaik. Demokrasi matang serta pentadbiran responsif dan cakna rakyat adalah sendi untuk meraih kepercayaan terhadap kepimpinan dan institusi kerajaan.
- Usaha memperkukuh pentadbiran berteraskan integriti dan akauntabiliti mula menunjukkan hasil. Imej Malaysia diperkukuh apabila melonjak 11 anak tangga ke kedudukan ke-23 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2025.
- Pencapaian ini didukung oleh pelbagai inisiatif, termasuk pewartaan akta baharu ILTIZAM, penubuhan Pasukan Petugas Khas seperti STAR, Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam dan tindakan tegas dalam penguatkuasaan undang-undang.
PRAKARSA PERTAMA: MEMASTIKAN PERKHIDMATAN TELUS, TANGKAS DAN TUNTAS
- Penambahbaikan tatakelola akan ditumpukan kepada tiga aspek iaitu menginstitusikan kerajaan yang cekap dan berkesan, menyediakan perkhidmatan berpaksikan rakyat serta memastikan kekuatan fiskal dan impak perbelanjaan negara sampai kepada golongan sasar.
- Ada masanya yang menghakis kepercayaan rakyat bukan apa yang kita lakukan secara salah, tetapi apa yang kita biarkan tanpa tindakan. Kelewatan menoktahkan ketidakadilan, kelalaian dalam menangani beban rakyat dan keengganan untuk berubah dan melakukan anjakan, kesemuanya adalah bentuk kelompongan moral yang Maka, sewajarnya kita renungi peringatan filasuf besar demokrasi moden:
“Kita bukan sahaja bertanggungjawab atas apa yang kita lakukan, tetapi juga bertanggungjawab atas apa yang kita abaikan.”
—Karl Popper (Open Society and Its Enemies, 1945)
- Dalam menggalas amanah kepemimpinan dan pentadbiran sebuah negara yang majmuk, kita pasti diuji bukan hanya oleh musuh yang nyata, tetapi juga oleh kebimbangan untuk membuat keputusan yang tegas, adil dan tepat. Justeru, jangan kita mudah terpana dengan soal-soal teknikal dan angka-angka kejayaan semata, tanpa menggarap bahawa keadilan dan prinsip moral berjalan seiringan. Ingat apa yang disebut philosopher-king Empayar Rom Marcus Aurelius:
“Segala yang tidak adil, tidak juga bermoral.”
—Marcus Aurelius (Meditations, Buku XI)
- Walhasil, integriti dan pertanggungjawaban harus dibudayakan secara menyeluruh, bukan hanya dalam kalangan penjawat awam atau agensi penguatkuasaan, malah melibatkan semua sektor, termasuk swasta, badan berkanun, GLC, GLIC dan pertubuhan
- Justeru itu, Kerajaan MADANI komited untuk memperkukuh ekosistem tadbir urus melalui reformasi perundangan dan institusi termasuk Parlimen, pengukuhan mekanisme pemantauan dan penerapan nilai integriti sejak peringkat awal pendidikan hingga ke jentera pentadbiran.
- Pembaharuan menyeluruh akan dilaksanakan melalui penguatkuasaan Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 dengan keutamaan diberikan kepada usaha mengurangkan beban kawal selia yang membelenggu rakyat dan komuniti perniagaan.
- Di bawah usaha pendigitalan perkhidmatan awam melalui GovTech, MyDigital ID akan diperkenalkan sebagai kunci pengesahan identiti digital tunggal yang selamat dan sahih, bagi memudahkan akses kepada pelbagai kemudahan awam dalam talian. Gerbang tunggal sektor awam juga akan dibangunkan sebagai platform sehenti bagi memudahkan urusan rakyat.
- Melalui GovTech juga, sistem kehakiman negara termasuk Mahkamah Syariah akan ditambah baik. Penambahbaikan sistem e‑ Syariah dan perekodan prosiding misalnya, akan mempermudah dan mempercepat urusan orang awam, pegawai mahkamah termasuk peguam syarie. Manakala Kerajaan juga sedang melaksanakan projek pembangunan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia.
- Bagi memperkasakan bakat digital negara dan memanfaatkan analitik data raya, penjawat awam akan diberikan latihan intensif dalam bidang digital dan AI.
- Dengan sasaran 95% perkhidmatan Kerajaan Persekutuan dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya menjelang tahun 2030, kita yakin Malaysia mampu berdiri megah sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi yang berpacukan teknologi AI dan
- Dengan pendekatan berfokus dan usaha berterusan, Malaysia pasti berupaya mencapai kedudukan 20 terbaik dunia dalam Online Service Index (UN e-Government Development Index) serta mengekalkan Kategori A dalam GovTech Maturity Index.
- Program MADANI Rakyat diteruskan sebagai medan untuk pemimpin turun padang bagi mendekati dan mendengar sendiri keluh kesah Sesi libat urus yang telah saya mulakan sejak awal tahun 2024, melibatkan semua kerajaan Negeri, termasuk yang berbeza haluan politik, akan saya teruskan.
- Melalui sesi ini, kita lebih memahami keutamaan pembangunan di setiap negeri. Hasilnya, beberapa projek berorientasi rakyat telah dikenal pasti:
- projek peningkatan kemudahan Negeri Sembilan Miniature Culture Village;
- pembinaan Loji Rawatan Air Machang di Kelantan;
- projek penyelesaian isu bekalan air di Wilayah Persekutuan Labuan;
- pembangunan klinik kesihatan Pulau Perhentian di Terengganu;
- pembinaan bangunan tambahan Hospital Kulim di Kedah; dan
- pengukuhan rangkaian peruncitan Pasar Tamu di Sabah dan Sarawak
- Inisiatif Kemudahan Rakyat pula akan diteruskan untuk membolehkan rakyat memohon terus peruntukan bagi menambah baik infrastruktur asas di kawasan mereka.
- Ekosistem persaingan akan diperkukuh melalui rangka perundangan baharu berkaitan aktiviti rent-seeking bagi memastikan rent- seekers dapat dibanteras secara lebih tegas dan berkesan.
- Reformasi fiskal akan diteruskan demi memastikan bantuan yang disalurkan benar-benar sampai kepada rakyat yang paling
- Pada masa sama, kaedah penswastaan berasaskan user pay
akan diperluas bagi mengimbangi beban kewangan Kerajaan.
- Kerajaan juga menekankan keperluan pengurusan nilai dan kecekapan kos dalam semua projek infrastruktur awam, agar setiap ringgit yang dibelanjakan memberikan pulangan yang optimum kepada rakyat selaras dengan prinsip value for money.
Tuan Yang di-Pertua,
KEBIJAKAN UNTUK MENAIKKAN SILING
- Malaysia mahu bangkit sebagai peneraju ekonomi Asia dan dikenali dengan identiti sendiri yang mengangkat akar budaya dan hikmah Timur. Menjelang tahun 2030, aspirasi Malaysia adalah untuk muncul sebagai negara berpendapatan tinggi dan tergolong dalam 30 ekonomi utama dunia.
- Aspirasi ini memerlukan kita membulatkan tekad untuk mempercepat peralihan kepada ekonomi berasaskan penciptaan nilai dengan memupuk budaya inovasi. Malaysia perlu bingkas daripada sekadar menjadi pengguna, kepada peneraju teknologi dan pengeluar produk serta perkhidmatan ‘Made by Malaysia’ yang bertaraf dunia.
PRAKARSA KEDUA: MENUJU NEGARA BERTERASKAN KECERDASAN BUATAN
- Hari ini, “peluang generasi” atau generational opportunity dalam AI telah berada di hadapan mata dan tidak harus dilepaskan. Malaysia menetapkan hala tuju yang jelas untuk menerajui ekonomi Asia Tenggara dalam AI, teknologi digital dan industri tenaga boleh baharu dengan aspirasi untuk muncul sebagai pemain berpengaruh pada peringkat global.
- Penerapan inovasi teknologi tempatan akan diberi tumpuan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi, khususnya dalam pembangunan aset digital strategik seperti AI, data analitik dan sistem digital kerajaan. Aktiviti RDCI juga akan dipergiat bagi meningkatkan produk dan perkhidmatan berasaskan “Made by Malaysia”.
- Langkah ini penting untuk memperkukuh daya saing ekonomi negara, selain membangunkan industri yang lebih mampan dan berimpak tinggi selaras hasrat menjadi Negara berteraskan kecerdasan buatan.
- Bagi memanfaatkan peluang ini, Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2030 akan memacu pembangunan bakat tempatan, penyelidikan dan pengkomersialan teknologi bagi menyokong adaptasi AI secara
- Selain itu, infrastruktur digital akan ditambah baik bagi mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi baharu dan menarik pelaburan strategik dalam sektor pusat data. Ikhtiar ini juga membolehkan lebih banyak perkhidmatan digital dalam talian melibatkan sektor pendidikan, perkhidmatan e-dagang dan aplikasi pintar dinikmati secara meluas.
- Melangkah ke hadapan, bagi memperluas adaptasi AI merentasi pelbagai sektor, Kerajaan mensasarkan jaringan 5G mencapai 98% liputan di kawasan berpenduduk dan perindustrian termasuk kawasan desa menjelang tahun 2030. Komitmen ini seiring dengan sasaran untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 5,000 usahawan
- Ekosistem AI akan dimantapkan melalui pengukuhan kepercayaan digital (digital trust). Strategi kepercayaan digital dan keselamatan data nasional akan dilancarkan untuk melindungi data peribadi, menangani ancaman siber serta memastikan keselamatan ekosistem dan kedaulatan digital negara termasuk melalui penerokaan teknologi komunikasi kuantum.
- Pelaksanaan dasar dan strategi utama seperti Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara, Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) serta Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia akan diberi keutamaan, dengan fokus kepada pelaksanaan yang berkesan dan memberi manfaat terus kepada rakyat serta industri.
- Inisiatif Pengenalan Identiti Digital Perniagaan dan penggunaan digital twin akan turut menjadi ikhtiar penting dalam meningkatkan daya saing dan inovasi pemain industri.
- Bagi memperkukuh tadbir urus berasaskan data digital pula, inisiatif seperti bank data negara sebagai pangkalan data nasional yang bersepadu akan dilaksanakan dan Suruhanjaya Data akan diwujudkan bagi mengawal selia data negara.
- Program akan dilaksanakan bagi memupuk literasi AI seawal peringkat rendah, memperluas harta intelek tempatan, meningkatkan suntikan dana strategik dan menggalakkan kolaborasi rentas sektor antara pemain industri, institusi penyelidikan, universiti dan inovator muda negara.
- Pendekatan ini akan memastikan ekosistem inovasi negara dapat berkembang secara menyeluruh dan memberi pulangan jangka panjang kepada ekonomi dan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua,
PRAKARSA KETIGA: MELONJAKKAN PERTUMBUHAN INDUSTRI HGHV DAN SEKTOR STRATEGIK
- Pelan strategik utama iaitu NIMP 2030, NSS dan NETR akan dipergiat pelaksanaannya dalam kerangka RMK13, bagi merangsang pertumbuhan ekonomi yang terangkum dan mampan.
- Kita amat berbangga dengan kedudukan Malaysia sebagai pengeksport keenam terbesar semikonduktor dunia yang menyumbang kepada eksport produk elektrik dan elektronik (E&E) bernilai lebih RM600 bilion pada tahun 2024.
- Momentum ini akan dioptimumkan melalui pelaksanaan projek Flagship Industri Semikonduktor High Value-High Technology dengan sasaran nilai eksport produk E&E menghampiri RM1 trilion menjelang 2030.
- Strategi Semikonduktor Nasional memberi tumpuan dalam pembangunan reka bentuk litar bersepadu, peralatan pembuatan semikonduktor, pembungkusan termaju dan proses hadapan (front- end). Penglibatan GLC dalam rantaian nilai industri yang strategik kepada negara ini melalui pelaburan bagi penskalaan syarikat tempatan yang berpotensi akan dipertingkatkan.
- Kejayaan meraih kerjasama strategik dengan ARM Holdings yang bernilai USD250 juta awal tahun ini akan mengangkat Malaysia daripada sekadar hab pengeluaran kepada peneraju dalam aktiviti semikonduktor bernilai tinggi menerusi pemerkasaan harta intelek.
- Sinergi syarikat tempatan dengan syarikat semikonduktor global seperti Amazon Web Services, Google dan Infineon Technologies di sepanjang rantaian nilai juga akan terus diperkukuh bagi mempercepat peralihan industri kepada pengeluaran produk semikonduktor yang lebih kompleks dan bernilai tinggi.
- Dalam masa yang sama, peralihan kepada tenaga boleh baharu (TBB) akan membuka peluang pelaburan dan pertumbuhan yang lebih luas kepada pemain industri tenaga. Negara mensasarkan peningkatan campuran kapasiti terpasang negara daripada 29% kepada 35% menjelang 2030.
- Buat pertama kalinya, sistem pasaran tenaga elektrik yang lebih inovatif berdasarkan kos sebenar perolehan penjanaan tenaga termasuk TBB akan diwujudkan di Malaysia. Inisiatif ini akan membuka peluang kepada lebih ramai pemain industri untuk terlibat dan bersaing dengan lebih sihat dan telus.
- Rakyat juga boleh menjana TBB di bawah bawah konsep akses grid terbuka melalui Program Community Renewable Energy Aggregation Mechanism (CREAM).
- Inisiatif Dana Kemudahan Peralihan Tenaga Negara serta Program Pembekalan Elektrik Tenaga Boleh Baharu Korporat akan mempercepatkan pelaburan dalam tenaga hijau. Penglibatan sektor swasta akan memperkukuh keseluruhan rantaian nilai tenaga mampan negara.
- Seiring dengan NETR, battery energy storage system (BESS), grid pintar dan projek sambung tara bekalan elektrik dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia pula akan membolehkan integrasi tenaga boleh baharu antara wilayah secara lebih efisien.
- Selain itu, inisiatif solar terapung hibrid hidro dan hab hidrogen hijau di Kenyir akan diperluas sebagai model tenaga hijau bersepadu. Kerajaan juga mempertimbangkan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga bersih yang berdaya saing dan
- Pada masa yang sama, Kerajaan akan memperkukuh keterjaminan bekalan tenaga sedia ada melalui pembinaan Kompleks Terminal Penggasan Semula Ketiga di Lumut, Perak (LuMIC).
- Kerajaan juga komited mempercepat pembangunan industri unsur nadir bumi (REE) dengan kerjasama kerajaan negeri bagi memantapkan ekosistem dan mempergiat aktiviti sepanjang rantaian nilai. Fokus diberikan kepada pembangunan kapasiti tempatan dalam teknologi perlombongan, penulenan dan pemisahan melalui kerjasama strategik luar negara.
- Sumber REE akan diutamakan untuk kegunaan domestik bagi membina industri pertengahan dan hiliran. Usaha ini disokong oleh pembangunan bakat, infrastruktur moden, insentif menyeluruh serta pemetaan sumber yang lebih tepat.
- Ekonomi hijau, yakni model pembangunan ekonomi yang mengutamakan kelestarian alam sekitar akan diperkukuh melalui pelbagai inisiatif dalam RMK13.
- Perdagangan karbon akan dimudah cara, antaranya melalui pelaksanaan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan, Skim Perdagangan Pelepasan (ETS) serta penyediaan insentif bagi projek kredit karbon.
- Selain itu, aktiviti pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) akan dipergiat dengan menjadikannya sebahagian daripada taksonomi pelaburan dan pembiayaan hijau.
- Sebuah projek rintis pemerangkapan karbon dalam industri besi dan keluli akan dilaksanakan di Kemaman, Terengganu.
- Akses kepada pembiayaan hijau akan diperluas bagi menyokong usaha penyahkarbonan sektor utama negara.
- Pelan Hala Tuju Penyahkarbonan Sektor Penerbangan Malaysia akan dilaksanakan. Pelan ini menggariskan pembangunan infrastruktur dan penggunaan bahan api penerbangan mampan (SAF).
- Penggunaan sisa pertanian akan dioptimumkan dalam memacu ekonomi kitaran dan menghasilkan nilai tambah baharu yang mampan. Pembinaan loji waste-to-energy akan diperluas melalui kerjasama swasta untuk mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan.
- Pada masa sama, kapasiti kemudahan depoh pengadunan biodiesel di Sandakan, Lahad Datu dan Bintulu juga akan dinaik taraf bagi menyokong penggunaan bahan api alternatif rendah
- Pelan Transformasi Sektor Air 2040 (AIR2040) yang bertujuan mentransformasi sektor air kepada sektor ekonomi yang dinamik akan diteruskan. Tumpuan akan diberikan untuk mempergiat pembangunan dan inovasi teknologi air tempatan yang cekap air dan mampan melalui kerjasama strategik dalam RDCI. Kerjasama dengan Kerajaan Negeri juga akan diteruskan bagi memastikan kapasiti dan kecekapan bekalan air sejajar dengan peningkatan kawasan perumahan serta permintaan industri.
- Di bawah pelan ini, inisiatif mengurangkan penggunaan air mentah dan menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) serta memperluas penggunaan air pulih guna secara mampan akan terus dilaksanakan. Ikhtiar ini sejajar dengan usaha memperkukuh kemampanan syarikat penyedia perkhidmatan bekalan air dan rawatan kumbahan.
- Kerajaan memberi penekanan kepada pertumbuhan industri strategik dalam ekonomi biru yang mampan dan berdaya saing. Fokus merangkumi hab perikanan bersepadu, pelancongan pantai dan maritim, teknologi berasaskan bio biru serta hab ekonomi biru di Sabah.
- Khusus bagi pembangunan industri pembinaan dan pembaikan kapal (SBSR), usaha menarik pelaburan strategik akan dipergiat untuk memperluas kapasiti perkapalan dan menaik taraf infrastruktur bunkering di pelabuhan negeri Perak, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Inisiatif ini akan menyumbang kepada sasaran menjadikan Malaysia sebagai hab maritim serantau yang kompetitif dan mampan.
- Infrastruktur pelabuhan yang lebih moden, cekap dan lestari bagi menyokong pengendalian dagangan maritim rendah karbon akan turut dibangunkan. Ini termasuklah pembinaan terminal ketiga di Pulau Carey dan pembangunan terminal kontena Westports 2 serta pembesaran Pembesaran Tanjung Pelepas(PTP), Johor.
- Menyedari 6% aktiviti perdagangan negara melibatkan akses laut, kerangka perundangan maritim negara akan disemak dan ditambah baik agar lebih relevan dan berdaya saing melalui Jawatankuasa Semakan dan Pembaharuan Undang-undang Maritim Malaysia.
- Tumpuan turut diberikan kepada perlindungan ekosistem. Aktiviti penangkapan ikan secara tidak sah, tidak dilapor dan tidak dikawal akan dibanteras, manakala sistem tagal atau tagang diperluas sebagai amalan lestari di kawasan pantai, pulau dan perairan negara.
- Sebagai penyumbang penting kepada ekonomi negara, Kerajaan akan terus melonjakkan pembangunan subsektor agrikomoditi meliputi sawit, getah dan koko. Tumpuan akan diberikan kepada peningkatan produktiviti melalui penggunaan teknologi moden termasuk mekanisasi, automasi dan robotik, RDCI dan pensijilan kemampanan. Usaha ini akan dapat meningkatkan kecekapan operasi yang dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja.
- Perhatian juga terus diberikan kepada sektor strategik yang memberikan impak tinggi kepada ekonomi negara, antaranya industri halal, industri kewangan, industri pelancongan, industri kreatif dan
- Dalam RMK13, negara mensasarkan nilai eksport halal, terus meningkat kepada RM80 bilion dan sumbangan industri halal kepada KDNK naik kepada 11%. Langkah ini didokong dengan penubuhan Suruhanjaya Halal Malaysia dan pembangunan Halal Industrial Park antaranya di Melaka, Perak dan Kelantan.
- Industri perkhidmatan kewangan negara akan terus diperkukuh dengan tumpuan kepada pendigitalan sistem kewangan termasuk penerokaan teknologi seperti tokenisasi aset, mata wang digital bank pusat dan peluasan platform sandbox.
- Di samping itu, mekanisme pembiayaan campuran akan dipertingkatkan bagi membolehkan perniagaan mendapat sumber modal yang pelbagai untuk mengurangkan risiko pelaburan.
- Pembiayaan berasaskan ekuiti melalui modal teroka (venture capital) akan terus diperkukuh melalui dana pelaburan melebihi RM1 bilion daripada GLIC selaras dengan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Modal Teroka Malaysia (MVCR), bagi menyokong pertumbuhan syarikat
- Dana Pelaburan Bersama Strategik (CoSIF) di bawah NIMP 2030 akan terus menjadi pemacu penting dalam menyokong pelaburan ke arah industri bernilai tinggi bagi menarik pelaburan dalam sektor
- Selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai hab kewangan Islam global, pelbagai inisiatif dilaksanakan melalui Pelan Sektor Kewangan dan pelan induk pasaran modal baharu. Tumpuan diberi kepada pasaran modal yang mampan, inovatif dan inklusif, termasuk kerjasama antarabangsa melalui Malaysia International Islamic Financial Centre.
- Industri pelancongan telah kembali segar dan terus diberi keutamaan. Perbelanjaan pelancong asing di dalam negara telah melonjak kepada RM102.2 bilion pada tahun 2024.
- Tumpuan akan diberikan kepada inisiatif pembangunan zon pelaburan pelancongan (STIZ) khususnya di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak dengan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, pihak swasta dan koperasi.
- Zon ini akan menjadi pemangkin kepada penciptaan produk pelancongan baharu seperti pelancongan berasaskan aset seni, budaya dan warisan serta alam semula jadi seperti Lembah Lenggong dan Gua Niah yang diiktiraf UNESCO.
- Selain itu, melalui Inisiatif Warisan Kuala Lumpur, khazanah bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, Stesen Keretapi Kuala Lumpur sehingga Carcosa Seri Negara akan dipulihara dan Industri inap desa juga akan diperkasa bagi melebarkan limpahan ekonomi sehingga ke desa.
- Tahun Melawat Malaysia 2026 akan menjadi pemangkin penting ke arah mencapai sasaran sumbangan sektor pelancongan sebanyak 16% kepada KDNK sepanjang tempoh RMK13.
- Kerajaan komited memacu pertumbuhan ekonomi jingga (creative industry) melalui industri kreatif digital yang berpotensi tinggi. Dana Padanan dan Dana Produksi Bersama akan dilaksanakan bagi menggalakkan pelaburan bersama antara kerajaan dan sektor swasta dalam penghasilan kandungan bertaraf Industri kreatif digital negara telah menjana pendapatan berjumlah RM6.3 bilion, dengan nilai eksport mencecah RM850 juta.
- Animasi Mechamato, Upin Ipin misalnya, telah menjadi bualan di arena Permainan digital Giga Bash yang dibangunkan oleh anak tempatan juga memenangi anugerah Best in Play Winner di Game Developers Conference.
- Bagi memanfaat potensi industri ini, pembangunan bakat akan diperkukuh menerusi program industry bridging, peluasan inisiatif Train the Trainer serta pelaksanaan Junior Animator Apprenticeship.
- PMKS mempunyai kedudukan dan peranan signifikan dalam meningkatkan pembangunan sosioekonomi negara. Bagi merealisasikan sasaran 50% sumbangan PMKS kepada KDNK negara menjelang 2030, Kerajaan komited untuk mewujudkan ekosistem PMKS yang lebih progresif.
- Penskalaan PMKS akan diteruskan menerusi sokongan padu dan penglibatan aktif GLC, termasuk melalui program pembangunan kapasiti, pendigitalan dan penambahbaikan operasi. Antara inisiatif yang diusahakan termasuklah:
- penyediaan Dana Pelaburan Strategik;
- pengukuhan modal kerja dan pembiayaan projek; dan
- Skim Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana.
- Dalam menyokong pertumbuhan industri yang disasarkan, pembangunan modal insan yang berkemahiran tinggi akan terus menjadi agenda utama negara. Untuk ini, pengukuhan dan penyelarasan antara agensi seperti KPT, KPM, KESUMA, KKDW dan MARA akan terus dipergiat.
- Kerjasama erat antara institusi TVET dan industri akan menjadi pemangkin kepada perkongsian pengetahuan teknologi dan peningkatan kemahiran seperti yang dilaksanakan oleh KPT.
- Penawaran program TVET juga akan distrategikan semula, dengan penekanan kepada sektor HGHV dan berasaskan teknologi termaju, sejajar dengan keperluan pasaran buruh bagi menyokong keperluan industri seperti di JS-SEZ, KIGIP, KHTP.
- Dalam tempoh RMK13, Malaysia menyasarkan pewujudan 700,000 peluang pekerjaan baharu dalam sektor pembuatan dan 500,000 lagi penciptaan karier dalam bidang ekonomi digital.
- Bagi menggalakkan penyertaan belia, Kerajaan akan memperkenal Skim Pembiayaan Perkasa TVET Madani dan Dana Latihan TVET. Selain itu, penawaran program TVET turut diperluas kepada pelajar tahfiz bagi melahirkan huffaz teknokrat MADANI yang mempunyai nilai tambah kepakaran teknikal.
- Dengan pendekatan menyeluruh ini, Malaysia menyasarkan untuk berada dalam kelompok 20 terbaik dunia dalam Global Innovation Index sebagai satu penanda aras penting dalam menentukan daya saing negara di pentas global.
Tuan Yang di-Pertua,
PRAKARSA KEEMPAT: MENYEIMBANGKAN KEMAJUAN EKONOMI WILAYAH DAN MENGUKUHKAN PEMBANGUNAN DESA
- Kerajaan komited untuk menangani kesenjangan pembangunan antara wilayah bagi memastikan rakyat di desa, termasuk di negeri- negeri kurang membangun, menerima limpahan manfaat pembangunan secara adil, menyeluruh dan inklusif.
- Tumpuan akan diberikan kepada usaha memperkukuh infrastruktur asas, merangsang aktiviti ekonomi dan menggalakkan pelaburan strategik, terutamanya di desa serta kawasan pembangunan seperti FELDA, FELCRA dan lembaga kemajuan wilayah.
- Seiring dengan itu, pelaburan berimpak tinggi akan diperluas ke luar kawasan tumpuan utama, seperti pembangunan:
- Kawasan Perindustrian Lembah Chuping dan Pelabuhan Darat Perlis;
- Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) dan Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC), Perak;
- Taman Perindustrian Tok Bali, Kelantan; dan
- Taman Perindustrian Kota Kinabalu,
- Pembangunan infrastruktur berskala besar juga kekal sebagai keutamaan demi memperkukuh keterhubungan antara wilayah serta merangsang pertumbuhan kawasan sekitar secara terancang. Antara projek yang dilaksanakan:
- Pembinaan ECRL yang menghubungkan Kelantan, Terengganu, Pahang dengan pantai barat Semenanjung Malaysia;
- Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru dan E-ART Wilayah Iskandar, Johor; dan
- Projek LRT Laluan Mutiara, Pulau Pinang
- Inisiatif ini turut mempercepat pembangunan berorientasikan transit (TOD) yang menyatukan elemen pengangkutan dengan perumahan, komersial dan perkhidmatan kaunter awam.
- Di samping itu, perkhidmatan pengangkutan awam yang bersepadu di bandar-bandar utama akan terus ditambah baik, bagi meningkatkan ketersambungan batuan pertama dan akhir melalui tambahan 300 unit van DRT dan tambahan 1,200 unit Kekerapan perkhidmatan tren penumpang juga akan ditingkatkan melalui penambahan 217 set tren penumpang.
- Naik taraf laluan sedia ada dan pembinaan jalan baharu akan diteruskan untuk memastikan akses yang lebih Antara projek tumpuan termasuklah:
- menaik taraf Lebuhraya PLUS laluan Senai Utara-Machap, Johor;
- menaik taraf Lebuhraya PLUS laluan Juru-Sungai Dua, Pulau Pinang;
- pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama, Pahang dan Kelantan;
- Lebuhraya Pan Borneo Sabah; dan
- Lebuhraya Trans Borneo di Sarawak
- Selain itu, jalan luar bandar juga turut diberi perhatian. Pembinaan dan naik taraf jalan luar bandar sepanjang 2,800 km juga akan dilaksanakan dalam tempoh RMK13, termasuklah:
- jalan utama dari Nanga Serau ke Nanga Seranau, Kapit, Sarawak;
- jalan dari jambatan Sungai Air Tawar ke Hutan Melintang,
Bagan Datuk, Perak; dan
- jalan Pos Sinderut, Lipis,
- Inisiatif road-to-rail bagi memindahkan sebahagian besar pergerakan kargo daripada jalan raya akan meningkatkan kadar penggunaan landasan daripada 6% kepada 13% dan sekali gus risiko kemalangan jalan raya dapat dikurangkan.
- Di Sabah dan Sarawak, Kerajaan akan memberi tumpuan khusus untuk memposisikan kedua-dua negeri ini sebagai hab tenaga mampan negara yang berdaya saing di peringkat serantau.
- Pelaksanaan inisiatif seperti Hab Hidrogen Sarawak dan Jaminan Bekalan Tenaga Sabah secara tidak langsung akan memperkukuh infrastruktur tenaga di kedua-dua negeri.
- Usaha ini turut membuka pelaburan berimpak tinggi, penciptaan pekerjaan bernilai tinggi serta pembangunan teknologi bersih demi manfaat rakyat Sabah dan Sarawak.
- Bagi negeri-negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Pahang dan Terengganu, pembangunan akan dipacu melalui pewujudan hab pengeluaran makanan negara yang bersepadu dan berdaya saing, sekali gus menjana peluang ekonomi baharu khususnya kepada penduduk desa.
- Kerajaan akan meneruskan Inisiatif Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI sebagai pendekatan bersepadu yang digerakkan oleh kementerian dan agensi bersama-sama badan korporat, syarikat swasta dan komuniti setempat mengikut keperluan dan permintaan komuniti di akar umbi. Kerajaan menyasarkan pelaksanaan 200 Kampung Angkat MADANI dan 1,000 Sekolah Angkat MADANI.
Tuan Yang di-Pertua,
PRAKARSA KELIMA: MEMPERHEBAT PENGLIBATAN DAN PERANAN MALAYSIA DI PERSADA EKONOMI DUNIA
- Kita berazam supaya Malaysia dapat memperkukuh kedudukan sebagai ekonomi terkemuka rantau ini dengan menguatkan jaringan perdagangan dan pelaburan rentas sempadan.
- Bagi menarik pelabur berkualiti tinggi dalam negara, salah satu insiatif terbesar yang diusahakan Kerajaan adalah pelaksanaan JS- SEZ. JS-SEZ ini disokong oleh pusat sehenti pelaburan yang sekali gus dapat memperkukuh integrasi ekonomi serantau.
- Berbekalkan momentum kepengerusian ASEAN tahun ini pula, Malaysia memimpin pelbagai inisiatif pengintegrasian ekonomi serantau. Ini termasuklah melalui inisiatif:
- ASEAN Power Grid (APG) bagi meningkatkan keterjaminan bekalan elektrik antara Malaysia, Vietnam dan Singapura;
- ASEAN Connectivity by Rail yang menghubungkan rantau ASEAN dengan dunia melalui jaringan keretapi; dan
- Asia Zero Emission Community (AZEC) sebagai komitmen ASEAN terhadap usaha menangani perubahan iklim dunia.
- Bagi memperkukuh keterhubungan dan ekonomi rentas sempadan, Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan projek infrastruktur seperti berikut:
- menaik taraf jambatan Rantau Panjang-Sungai Kolok yang menghubungkan Malaysia dengan Thailand;
- menaik taraf jaringan jalan raya di sempadan yang menghubungkan Sabah dan Sarawak dengan Kalimantan, Indonesia;
- pembangunan RTS Link yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura; dan
- menaik taraf Pelabuhan Darat Perlis yang menjadi laluan perdagangan antara Malaysia dan Thailand.
- Pada masa yang sama, projek menaik taraf ICQS Bukit Kayu Hitam dan Rantau Panjang serta CIQ di Sabah dan Sarawak akan
- Pelaburan strategik oleh syarikat penerbangan tempatan akan ditingkatkan. Perolehan 178 pesawat baharu dan penambahan perkhidmatan penerbangan akan dilaksanakan.
- Penyahsenaraian MAHB membolehkan pembaharuan segera dilaksanakan dengan tumpuan kepada menaik taraf prasarana, memperluas kesalinghubungan serta menambah baik pengalaman pengguna. Keutamaan diberikan untuk memperkukuh KLIA sebagai hab serantau yang berdaya saing selain terus meningkatkan kapasiti dan kecekapan lapangan terbang lain, seperti Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
- Seiring dengan itu, agenda pengantarabangsaan ekonomi negara turut digerakkan secara menyeluruh dan terangkum. Dasar mesra pelabur diperkenalkan bagi menggalakkan penubuhan ibu pejabat serantau serta kemasukan bakat global. Negara juga mensasarkan pelaburan daripada individu berpendapatan tinggi (high net worth individuals).
- Pada masa yang sama, kerjasama ekonomi serantau akan terus diperkukuh melalui IMT-GT dan BIMP-EAGA dengan penglibatan aktif sektor swasta dan pembangunan zon pertumbuhan ekonomi rentas sempadan.
- Malaysia juga mengorak langkah ke hadapan dengan memperluas pasaran eksport dan pelaburan ke rantau baharu termasuk Eropah, pasaran BRICS, benua Afrika dan negara anggota OIC. Ini termasuklah pengukuhan strategi pengantarabangsaan industri francais tempatan ke pasaran serantau dan global.
- Antara tumpuan utama ialah pengukuhan kerjasama perdagangan menerusi kesalinghubungan sistem pembayaran rentas sempadan serta peningkatan koordinasi antara agensi kastam serantau bagi mempercepat urusan logistik dan pergerakan
- Pendekatan holistik ini diyakini mampu memperkukuh peranan Malaysia sebagai hab serantau yang berdaya saing dalam perdagangan, pelaburan dan pengembangan bakat.
Tuan Yang di-Pertua,
KEBIJAKAN UNTUK MENAIKKAN LANTAI
- Kerajaan akan menggunakan strategi serampang dua mata, bagi membantu rakyat menangani tekanan kenaikan kos sara hidup yang kian membebankan.
- Bukan sekadar mengekang kenaikan harga barang atau perkhidmatan, demi mengurangkan beban perbelanjaan, kebijakan ini juga memastikan pendapatan kehidupan wajar kepada semua umpama menaikkan lantai.
- Akses kepada pendidikan yang terangkum dan berkualiti, kesihatan yang menyeluruh dan mampu dibayar, kediaman yang selamat dan selesa serta bekalan makanan yang terjamin dan berkhasiat turut menjadi keutamaan.
- Kebijakan ini juga akan membuka ruang dan peluang kemajuan untuk semua rakyat tanpa mengira latar, wilayah atau pendapatan.
PRAKARSA KEENAM: MENANGANI KOS SARA HIDUP
- Bagi mengurang beban perbelanjaan susulan kenaikan kos sara hidup, inisiatif seperti Sumbangan STR dan SARA akan
- Payung Rahmah juga akan dipergiat melalui program-program utama seperti Jualan Rahmah, Menu dan Kafe Rahmah serta Bakul Rahmah yang membolehkan akses kepada makanan dengan harga berpatutan.
- Pada masa sama, Kerajaan akan meningkatkan pemantauan dan kawalan harga makanan bagi memastikan ketelusan harga di sepanjang rantaian bekalan.
- 17 bentuk bantuan juga diperkenalkan kepada pelajar seawal peringkat prasekolah hingga menengah agar mereka tidak keciciran daripada mendapat akses makanan yang sihat dan berkhasiat. Ini termasuklah Bantuan Makanan Asrama, Rancangan Makanan Tambahan, Bantuan Awal Persekolahan dan Biasiswa Persekolahan.
- Bantuan untuk meringankan sara hidup rakyat tidak terhenti setakat pemberian bantuan tunai dan makanan. Kerajaan turut berusaha mengurangkan bebanan bil utiliti kediaman, antaranya melalui kaedah Time-of-Use (ToU) yang ditawarkan oleh Tenaga Nasional
- Selain itu, Pakej Rahmah untuk perkhidmatan internet serta insurans dan takaful yang lebih mampu dibayar juga diteruskan.
- Kerajaan juga terus memastikan kos pengangkutan awam yang berpatutan. Pas perjalanan bulanan dan pas perjalanan khas kepada pelajar, warga emas dan OKU serta program subsidi tiket penerbangan udara kepada pelajar akan diteruskan.
PRAKARSA KETUJUH: MEREKAYASA SISTEM SOSIAL BERTERASKAN INSAN MADANI
- Negara Bangsa yang hebat memerlukan sistem sosial berteras insan MADANI yang syumul dan mampu menyatukan rakyat berbilang kaum, agama dan latar budaya dalam keharmonian.
- Nilai adab, kerohanian dan kemanusiaan berasaskan Maqasid Syariah dan semangat patriotisme akan terus diperkuat sebagai asas pembentukan insan MADANI yang berjiwa luhur, terpandu oleh nilai dan teguh dalam jati diri.
- Program seperti Kembara Perpaduan Malaysia akan diteruskan untuk mendekatkan masyarakat berbilang latar melalui pendidikan nilai dan dialog terbuka rentas budaya. Manakala Piagam Harmoni Malaysia akan dibangunkan sebagai panduan utama bagi perhubungan dan keharmonian antara agama dan kaum di
- Program Latihan Khidmat Negara turut dilaksanakan dengan pembaharuan yang selari kehendak semasa. Identiti nasional akan diperkukuh melalui kefahaman dan semangat kebersamaan.
- Kerajaan juga sedar, dalam usaha menghidupkan tamadun yang berjiwa, tiada rencana lain yang mampu menunjangi, melainkan pendidikan yang berkualiti dan mampu membangun jiwa berihsan dan beradab.
187. Sebanyak RM67 bilion akan diperuntukkan bagi sektor pendidikan, antaranya untuk membina sekolah baharu, membaiki dan menaik taraf bangunan sekolah termasuk tadika KEMAS serta fasiliti dan kemudahan institusi pendidikan tinggi awam.
- Untuk rekod, sehingga 2025, Kerajaan telah menaik taraf 1,200 sekolah daif di seluruh negara.
- Pembinaan sekolah juga akan dijadikan syarat Kebenaran Merancang bagi projek perumahan berskala besar yang baharu. Manakala pembinaan sekolah vertikal akan diperluas bagi menangani isu kepadatan pelajar dan ketiadaan tapak sekolah yang
- Kerajaan tekad memastikan kadar enrolmen murid prasekolah dan menengah mencapai 98%, yakni melebihi kadar enrolmen sejagat.
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang merupakan penanda aras utama pada peringkat kebangsaan akan terus diguna pakai untuk menilai keberkesanan dasar, kurikulum dan pendekatan pedagogi sistem pendidikan.
- Pada masa yang sama, kualiti pendidikan negara akan ditingkatkan agar berada separas purata antarabangsa berdasarkan penilaian PISA dan TIMSS bagi memastikan sistem pendidikan kekal berdaya saing dan relevan.
- Bagi mempertingkatkan keberhasilan pendidikan, Kerajaan sedang bergerak ke arah mewajibkan prasekolah bermula umur 5 tahun. Dalam masa yang sama, lebih banyak kemudahan prasekolah di sekolah kelolaan KPM akan disediakan terutama di kawasan desa. Kerajaan juga akan melaksanakan kajian semula ke atas waktu persekolahan optimum, menilai keberkesanan sekolah khusus serta menambah baik model pendidikan bagi murid pintar cerdas dan
- Tumpuan juga diberikan untuk memperkasa penguasaan Bahasa Melayu pada semua peringkat. Di samping itu, Bahasa Inggeris dijadikan sebagai sebahagian daripada bahasa pembelajaran dan perhubungan. Manakala pembelajaran bahasa tambahan akan turut diperluas.
- Penekanan turut diberikan kepada pengukuhan pendidikan STEM dan literasi digital, termasuk pengenalan asas AI, bagi melahirkan generasi yang bersedia memenuhi permintaan pasaran kerja masa depan yang bernilai tinggi.
- Sistem pendidikan negara akan diperkemas agar lebih bersepadu, berkesan dan responsif kepada cabaran masa depan. Untuk ini, Kementerian Pendidikan akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengawal selia pendidikan prasekolah hingga
- Manakala pendidikan prauniversiti dan pengajian tinggi diselaras oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, dengan matlamat memperjelas bidang kuasa dan meningkatkan kecekapan dasar serta pelaksanaan.
- Majlis Pendidikan Negara ditubuhkan untuk menyelaras, memantau serta merangka tindakan intervensi yang bersesuaian bagi memastikan sistem pendidikan negara sentiasa terkedepan dan bertaraf dunia.
- Kerajaan juga akan melaksanakan projek rintis pemberian autonomi kepada universiti awam yang terpilih bagi memperkukuh tadbir urus institusi pengajian tinggi.
- Pengantarabangsaan institusi pendidikan tinggi awam juga akan diperkukuh bagi meningkatkan daya saing institusi pada peringkat
- Program latihan dan peningkatan kemahiran secara berterusan akan dilaksanakan bagi meningkatkan kompetensi dan profesionalisme guru yang menjadi akar sistem pendidikan negara
- Mekanisme pengambilan guru daripada pelbagai sumber secara terbuka akan ditambah baik. Pendekatan ini adalah bagi memastikan peluang disediakan kepada calon yang benar-benar layak, berpotensi dan mempunyai komitmen tinggi terhadap dunia
- Kita tidak mahu sekadar menjadi jaguh kampung yang hebat di gelanggang sendiri, tetapi tenggelam di pentas dunia. Justeru, kita perlu sama-sama mengangkat semula imej Malaysia sebagai negara makmur yang kaya dengan keunikan budaya dan berpaut kuat pada akar nilai tempatan dan sejarahnya.
- Hubungan baik dengan semua negara akan terus dieratkan. Malaysia juga terus komited dan aktif meneraju pelbagai inisiatif pada peringkat ASEAN.
- Penglibatan aktif negara dengan APEC, BRICS dan negara selatan-selatan turut diperkukuh demi mencerminkan hasrat dan tekad kita untuk memperjuangkan orde dunia yang lebih adil.
- Selain menerajui ASEAN, Malaysia juga bersedia menjadi jambatan dan suara dunia membangun pada peringkat global dalam isu pembaharuan institusi kewangan antarabangsa, perdagangan yang lebih saksama, keadilan iklim serta pemindahan teknologi dan pembinaan kapasiti.
- Malaysia juga akan menjadi tuan rumah Sukan SEA pada tahun 2027 dan beberapa kejohanan antarabangsa yang lain dalam tempoh lima tahun akan datang.
- Kesempatan menganjurkan sukan berprestij sebegini akan dimanfaatkan untuk memperteguh imej Malaysia di persada antarabangsa. Ia juga menjadi medan penting dalam menyuburkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua,
PRAKARSA KELAPAN: MENINGKATKAN MUTU KEHIDUPAN RAKYAT
- Kerajaan bertekad dalam menjamin pengupayaan rakyat, menaikkan taraf kehidupan sosial serta memastikan akses kepada keperluan asas seperti makanan, perumahan dan kesihatan yang mampu
- Selain itu, kebergantungan negara kepada sumber makanan import masih tinggi. Kelumpuhan bekalan makanan import boleh menjadi ancaman kepada negara.
- Bagi mengurangkan risiko tersebut, penghasilan produk makanan dalam negara akan dipertingkat. Tumpuan khusus diberikan untuk membangunkan pertanian berskala besar di Kelantan, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
- Program penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun di MADA, Kedah dan Perlis, KADA di Kelantan serta kawasan pembangunan pertanian bersepadu di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak akan dipercepat dan diperluas
- Pemindahan teknologi melibatkan pembangunan varieti dan teknik pertanian, penggunaan jentera moden melalui program mekanisasi dan automasi agromakanan serta pengurusan tanah yang lebih cekap akan turut diberi keutamaan.
- Di samping itu, aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (RDCI), adaptasi pertanian pintar dan ladang satelit akan dipergiat dengan simbiosis erat antara petani termasuk agropreneur muda, institusi penyelidikan dan pihak
- Sumber import makanan akan dipelbagaikan agar tidak bergantung pada negara tertentu sahaja. Kawal selia kemasukan makanan ke dalam negara juga akan diperkukuh bagi memastikan keselamatan dan kualiti makanan terjamin.
- Bagi menambah baik rantaian bekalan makanan secara menyeluruh, kecekapan infrastruktur pusat pengumpulan, pemprosesan, penggredan dan pengedaran serta sektor peruncitan berskala kecil dan sederhana akan diperkukuh.
- Minda rakyat harus diubah daripada melihat pertanian hanya salah satu kegiatan sara diri kepada peluang menjana ekonomi yang sangat menguntungkan. Segala ikhtiar ini akan meningkatkan sumbangan nilai ditambah subsektor agromakanan mencecah RM58 bilion menjelang 2030.
- Kerajaan terus komited untuk memastikan akses kepada kediaman yang berkualiti, mampu milik dan terangkum. Sehingga tahun 2025, 180,000 unit rumah telah siap dan 235,000 lagi sedang dibina oleh Kerajaan. Namun begitu, isu ketidaksepadanan antara permintaan dan penawaran serta harga rumah yang tidak selari dengan tahap pendapatan rakyat terus membelenggu dan perlu ditangani
- Satu juta unit rumah mampu milik akan dibina oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta pemaju swasta dalam tempoh 2026 hingga 2035 bagi membolehkan seramai mungkin rakyat mendiami rumah yang selesa dan selamat melalui pelbagai inisiatif seperti:
- Program Residensi MADANI;
- Program Perumahan Penjawat Awam;
- Program Bantuan Bina Baharu Rumah;
- Program Perumahan Mampu Milik; dan
- Rumah Bakat
- Inisiatif seperti Skim Jaminan Kredit Perumahan dan Skim Sewa untuk Beli (RTO) akan diperluas bagi membolehkan lebih ramai rakyat termasuk yang berpendapatan rendah dan sederhana mampu memiliki rumah sendiri.
- Peralihan kepada teknologi seperti Industrialised Building System dan Building Integrated Management akan membantu mempercepatkan pelaksanaan dan mengurangkan kos pembinaan rumah, termasuklah perumahan awam.
- Inisiatif seperti Kota MADANI di Putrajaya yang melibatkan kerjasama Kerajaan dengan Putrajaya Holdings akan diperluas sebagai model pembangunan perumahan mampu milik yang menterjemah konsep perbandaran ‘umran hadhari.
- Konsep ini membolehkan rakyat bukan sahaja memiliki tempat tinggal, tetapi juga menikmati kehidupan dalam sebuah bandar yang menggabungkan kemajuan dengan nilai, kemodenan dengan akhlak dan teknologi dengan kemanusiaan.
- Perkhidmatan kesihatan juga tidak ketinggalan daripada senarai keutamaan Sistem kesihatan awam negara pada ketika ini kian terbeban dengan isu seperti inflasi perubatan, peningkatan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit (NCD) serta penuaan populasi.
- Reformasi kesihatan adalah ikhtiar penting kerajaan untuk memastikan pembiayaan kesihatan yang mampan dan akses penjagaan kesihatan yang lebih meluas dan terangkum serta memberi pilihan perkhidmatan kesihatan kepada pengguna di samping terus memastikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan mampu bayar. Bagi meningkatkan keterjaminan bekalan perubatan, pembuatan ubat domestik akan digalakkan dan penggunaan ubat generik oleh sektor awam dan swasta akan
- Kita juga perlu tegas dalam menangani risiko kesihatan. Cukai pro- kesihatan akan diperluas daripada gula kepada produk seperti tembakau, vape dan alkohol, bukan sekadar untuk hasil, tetapi bagi mendorong perubahan tingkah laku dan membendung peningkatan NCD yang kian membimbangkan.
- Sektor kesihatan akan menerima peruntukan sebanyak RM40 bilion dalam tempoh RMK13. Ini termasuk bagi mengurangkan perbelanjaan rakyat atau out of pocket expenses untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan.
- Dalam hubungan ini, lebih banyak projek pembinaan serta naik taraf hospital dan klinik Kerajaan, termasuk yang daif akan dilaksanakan. Antaranya:
- Hospital Tuanku Ja’afar 2, Seremban, Negeri Sembilan;
- Hospital Sultanah Aminah 2, Johor Bahru, Johor;
- Pusat Kanser Wilayah Utara, Sungai Petani, Kedah;
- Pusat Jantung Sabah di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, Sabah; dan
- Pusat Kanser
- Rangka kerja pembangunan profesional sektor kesihatan peringkat kebangsaan akan dibangunkan untuk menangani isu keperluan sumber manusia.
- Ikhtiar ini merangkumi latihan praperkhidmatan, pelesenan dan pendaftaran, pengambilan, penempatan serta pembangunan kerjaya bagi memastikan pengekalan bakat dalam sektor kesihatan.
- Pengurusan rekod kesihatan akan diperkukuh sebagai teras pendigitalan sistem kesihatan. Usaha ini akan memantapkan keupayaan saling kebolehkendalian merentas fasiliti kesihatan. Ini akan menyumbang kepada penjanaan analitik kesihatan berimpak tinggi yang diperkasa dengan AI sebagai usaha mempertingkat kualiti penjagaan kesihatan rakyat.
- Tanggungjawab memelihara kesihatan bumi serta menangani kesan perubahan iklim dan risiko bencana tidak boleh dipandang enteng. Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara akan diwartakan bagi mengawal selia tindakan iklim negara. Manakala Pelan Adaptasi Kebangsaan akan diperkenalkan bagi menangani kesan dan memperkukuh kesiapsiagaan negara terhadap impak perubahan
- Perancangan perbandaran dan daya tahan negara terhadap bencana banjir juga akan dipertingkat melalui pelaksanaan strategi bagi mengurangkan risiko bencana. Usaha ini diperluas dengan memasukkan pelan pengurusan risiko bencana dalam Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan.
- Sistem amaran awal pula akan ditambah baik dengan penggunaan teknologi berasaskan AI agar rakyat lebih bersedia dan dilindungi ketika menghadapi bencana.
- Risiko dan impak banjir akan dikurangkan antaranya melalui projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dengan peruntukan lebih RM20 bilion bagi melaksanakan 103 projek, antaranya:
- RTB Sungai Langat dan Sungai Buloh, di Selangor;
- RTB Sungai Golok, di Kelantan;
- RTB Sungai Gemencheh, Tampin, di Negeri Sembilan;
- RTB Sungai Baru, Melaka;
- RTB Lembangan Sungai Johor dan Lembangan Sungai Muar, di Johor;
- RTB Lembangan Sungai Pahang; dan
- RTB Bandaraya Kuching,
- Pengukuhan keselamatan dan pertahanan turut diberi perhatian bagi memastikan kestabilan dan kemakmuran negara dengan mewujudkan angkatan masa hadapan yang bersepadu, tangkas dan berfokus.
- Keupayaan aset keselamatan dan pertahanan serta kapasiti anggota turut diperkasakan dengan teknologi termaju yang menggunakan AI.
- Kawalan di sempadan darat dan maritim negara akan terus diperkukuh bagi mengekang ancaman rentas sempadan. Kesiapsiagaan dalam mendepani ancaman kedaulatan dan keselamatan di Laut China Selatan juga akan diperhebat dengan lebih Manakala proses keimigresenan akan dipercekap melalui Sistem Imigresen Bersepadu Nasional yang lebih moden.
- Ketenteraman awam juga menjadi keutamaan Kerajaan. Penyalahgunaan dadah telah dikenal pasti sebagai ancaman besar kepada masyarakat dan menjadi punca kepada 28 jenis jenayah lain seperti kecurian dan keganasan.
- Oleh itu, pendekatan yang lebih menyeluruh dan bersepadu akan dilaksanakan merangkumi aspek penguatkuasaan, pemulihan serta pencegahan. Pendekatan ini akan diperkukuh melalui kerjasama strategik antara agensi penguatkuasa, institusi pemulihan dan pihak
- Sayangilah yang di bumi, nescaya yang di langit akan menyayangi kita. Demikianlah sabda Rasulullah SAW:
يرحَمُهم الرَّحمنُ تبارَك وتعالى؛ ارحَموا مَن في الأرضِ يرحَمْكم مَن في السَّماءِ.
الرَّاحِمونَ
“Mereka yang penyayang akan disayangi oleh ar-Rahman, Maha Suci dan Maha Tinggi (Allah). Sayangilah yang ada di bumi, nescaya yang ada di langit akan menyayangi kamu.”
(H.R at-Tirmidzi dari Abdullah bin ‘Amr)
- Kita perlu mendepani realiti bahawa Malaysia telah menjadi negara menua sejak tahun 2021 dan akan beralih kepada negara tua seawal tahun 2043. Peralihan kepada negara tua pastinya menuntut komitmen kewangan yang lebih besar.
- Namun, demi memastikan tiada siapa yang tercicir, Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025-2045 digubal sebagai panduan menyeluruh bagi persediaan menghadapi cabaran penuaan negara.
- Dalam hubungan ini, RMK13 akan memberi penekanan kepada penyediaan ekosistem perkhidmatan penjagaan jangka panjang (LTC) yang lebih cekap dan mampan. Perkhidmatan LTC yang berkualiti, mudah diakses dan mampu bayar mencerminkan ihsan berterusan Kerajaan.
- Instrumen perundangan juga akan digubal bagi memastikan keseragaman dasar dan peraturan Satu entiti khusus yang berperanan mengawal selia ekosistem penjagaan secara menyeluruh juga akan dikenal pasti.
- Bagi memartabatkan sektor penjagaan sebagai kerjaya berpotensi tinggi, insentif perlindungan sosial dan faedah akan disediakan kepada penjaga serta pekerja perkhidmatan LTC.
- Kurikulum TVET juga akan diperluas merangkumi bidang penuaan, dengan insentif khas kepada pelajar yang menjalani latihan
- Dunia moden menyaksikan negara-negara berbelanja ratusan bilion dolar untuk membangunkan ketenteraan dan persenjataan, tetapi teragak-agak untuk memberi pelaburan yang signifikan dalam hal seperti keterjaminan makanan, akses kesihatan dan pendidikan. Justeru, kita tidak mahu Malaysia terjun ke lembah gelap yang Dalam membangun negara bangsa yang punyai ruh dan nurani, membasmi kemiskinan adalah jihad utama; tidak ada kompromi. Ia bukan saja dasar fiskal, tetapi soal prinsip dan amanah kepimpinan. Seperti yang pernah ditegaskan sasterawan agung Amerika Latin:
“Lebih mudah untuk memulakan perang daripada membasmi kemiskinan.”
—Gabriel García Márquez (Nobel Prize Lecture, 1982)
- Kerajaan komited untuk membasmi kemiskinan dalam semua bentuk, tanpa mengira kaum, agama atau wilayah. Namun kemiskinan hari ini bukan sekadar isu kekurangan pendapatan atau kuasa membeli, tetapi lebih luas sifatnya.
- Pendekatan membasmi kemiskinan bukan sekadar menyalurkan bantuan bersifat sementara. Tetapi yang lebih penting melalui penyediaan peluang untuk meningkatkan mobiliti sosial. Justeru, pelbagai inisiatif meningkatkan pendapatan rakyat serta program pemerkasaan ekonomi komuniti bandar dan pembangunan kesejahteraan rakyat akan terus dilaksanakan.
- Melalui Program SejaTi MADANI misalnya dana sehingga RM100,000 diberikan kepada komuniti yang layak bagi meningkatkan pendapatan dan merancakkan kegiatan ekonomi setempat yang dipacu oleh rakyat, untuk rakyat. Saya menganggap ia unik kerana ia memperkasa rakyat, menyantuni rakyat kerana memenuhi hasrat setiap desa dan miskin bandar.
- Program TVET kian mendapat sambutan. Pada tahun 2024 sahaja, seramai 212,000 kemasukan baharu ke dalam program TVET direkodkan. Program TVET MADANI akan diperkasa bagi meningkatkan penguasaan kemahiran yang boleh menjana pendapatan lebih tinggi, termasuk kepada pelajar tahfiz dan huffaz.
- Pada masa yang sama, tahap pensijilan TVET akan ditingkatkan dengan memperkenalkan tiga tahap kepakaran baharu, 6 hingga 8, agar setara dengan tahap kelayakan pengajian tinggi di bawah Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Ikhtiar ini bertujuan
memperakui kemahiran tinggi dalam bidang teknikal dan memperluas laluan kerjaya, selaras dengan keperluan pasaran.
- Bagi meneruskan penambahbaikan pasaran buruh, usaha penyelarasan gaji secara menyeluruh akan dipercepat bagi memastikan pekerja menikmati perkongsian ekonomi yang lebih adil dan saksama.
- Kadar gaji minimum akan diperluas kepada graduan dan pekerja separa mahir, termasuk lepasan program TVET di bawah Kod MASCO 8 dan ke atas. Ikhtiar ini bertujuan menyediakan gaji setimpal setaraf kelulusan dan kemahiran pekerja.
- Peranan Majlis Perundingan Gaji Negara juga akan diperkasa, manakala portal e-MASCO akan ditambah baik sebagai instrumen pemantauan kadar gaji yang lebih telus dan responsif. Pada masa sama, Kerajaan juga menggalakkan syarikat-syarikat besar menyediakan gaji kehidupan wajar seperti yang telah dilaksanakan GLIC dan GLC.
- Kerajaan turut komited memperluas perlindungan sosial kepada pekerja melalui Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja yang akan menyediakan perlindungan insurans sosial menyeluruh termasuk di luar waktu kerja.
- Penggiat industri gig juga akan dipastikan tidak terpinggir daripada akses perlindungan sosial melalui penyediaan perundangan khusus di bawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital.
- Kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan jumlah pekerja asing daripada 15% sedia ada kepada 10% menjelang Dalam usaha ini, pelaksanaan Mekanisme Levi Pelbagai Peringkat akan dikuatkuasakan dengan lebih menyeluruh bagi menggalakkan majikan beralih kepada automasi, mekanisasi serta pengambilan pekerja tempatan.
Tuan Yang di-Pertua,
PRAKARSA KESEMBILAN: MENCAPAI KEADILAN SOSIAL DAN KESAKSAMAAN PELUANG
- Sesungguhnya pendekatan MADANI itu terangkum, merentasi segenap bangsa dan lapisan Kerajaan akan merangkul segenap lapisan rakyat supaya semua dapat merasai hasil mahsul kemajuan negara.
- Kita ingin beranjak daripada konsep penyelesaian berasaskan kaum, kepada konsep penyelesaian berasas keperluan sebenar. Pelbagai program di bawah AIM dan TEKUN turut menyediakan peluang keusahawanan kepada semua.
- PuTERA35 merupakan tunjang kepada agenda pemerkasaan bumiputera. Tumpuan akan digerakkan ke arah strategi 3P, iaitu penyertaan yang meluas, pemilikan yang bermakna dan penguasaan dalam sektor strategik. Pembangunan Bandar Malaysia dan kawasan sekitar Lapangan Terbang Subang merupakan dua projek yang strategik melibatkan penyertaan Bumiputera yang signifikan.
- Dalam hal ini, selain institusi seperti MARA, TERAJU, UiTM dan PNB, penyertaan GLC dan syarikat swasta juga akan digembleng agar lebih ramai pemilik perniagaan dalam kalangan profesional bumiputera dilahirkan.
- Bagi meningkatkan daya saing syarikat Bumiputera di peringkat antarabangsa, tumpuan akan terus diberikan dalam mempersiapkan syarikat untuk disenarai di Bursa Malaysia. Antara strategi yang akan dilaksanakan adalah perlumbaan relay yang bertujuan mengupaya dan meramaikan usahawan bumiputera seawal peringkat syarikat mula niaga hinggalah muncul sebagai syarikat
- GLC akan memudah cara sokongan institusi kepada usahawan Bumiputera dengan sasaran melahirkan 10 jaguh Bumiputera dalam rantaian bekalan dengan hasrat untuk memajukan setiap syarikat tersebut sehingga bernilai lebih RM500 juta.
- Program Gate to Global (GTG) akan terus dipergiat bagi mengangkat daya saing usahawan bumiputera di pasaran antarabangsa melalui pembangunan kapasiti dan produk, fasilitasi padanan eksport dan pemasaran digital.
- Pembangunan sosioekonomi Anak Negeri Sabah dan Bumiputera Sarawak juga akan diperkukuh. Antaranya dengan memperluas peluang perniagaan melalui penyediaan premis komersial dan akses kepada bantuan pembiayaan serta program latihan dan bimbingan keusahawanan.
- Bagi menambah baik perlindungan hak dan darjat komuniti Orang Asli pula, Akta Orang Asli 1954 [Akta 134] akan disemak semula. Melaluinya, perihal pemilikan tanah, pendidikan dan infrastruktur kepada komuniti ini akan ditambah baik sebagai ikhtiar meningkatkan sosioekonomi Orang Asli. Semakan dasar akan dibuat bagi membolehkan Orang Asli mendapat manfaat yang setara dan saksama dengan semua.
- Akses pendidikan kepada Orang Asli turut menjadi keutamaan Kerajaan. Selain pemberian terus bantuan persekolahan kepada ibu bapa murid Orang Asli, sekolah berasaskan komuniti atau community-based school juga akan diperluas.
- Keperluan masyarakat Cina dan India yang berpendapatan rendah tidak akan diketepikan sama sekali. Pendekatan menyeluruh meningkatkan sosioekonomi masyarakat ini perlu mencakupi aspek pendidikan, keusahawanan dan perumahan.
- Tahap sosioekonomi Kampung Baru Cina akan diperkukuh menerusi pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru yang akan menyediakan dana pembiayaan bagi kegiatan keusahawanan termasuk menyedia dan menambah baik tapak
- Inisiatif dan program merangkumi pendidikan dan pembangunan bakat, termasuk STEM dan TVET akan dilaksanakan bagi meningkatkan peluang kerjaya masyarakat India. Inisiatif baik pulih rumah serta pemantapan tatakelola pengurusan masyarakat India akan turut dilaksanakan.
- Infrastruktur dan kemudahan awam juga akan ditambah baik untuk meningkatkan akses jaringan sosial dan peningkatan kualiti hidup masyarakat Cina dan India termasuk wanita, belia dan warga
- Agenda nasional KASIH Keluarga Negara yang berteraskan pembentukan insan MADANI akan dilaksanakan bagi memperkukuh institusi kekeluargaan. Ini termasuklah memperkukuh peranan lelaki sebagai pemimpin, pelindung, pembela dan pendidik serta pencari nafkah utama keluarga.
- Manakala bagi menyokong peningkatan kadar penyertaan wanita dalam pasaran kerja kepada 60%, termasuk ibu yang mempunyai anak kecil, pusat penjagaan yang berkualiti akan diperluas dan latihan bersesuaian akan disediakan.
- Kerajaan juga cakna kepada keperluan pendidikan untuk golongan orang kurang upaya atau Sehingga Jun 2025, hampir 171,000 OKU kanak-kanak direkodkan mempunyai masalah dalam pembelajaran, termasuk kanak-kanak autisme.
- Oleh itu, dalam RMK13, inisiatif akan diteruskan untuk memperluas fasiliti dan kapasiti pendidikan khas kepada golongan rentan ini di seluruh negara. Ini termasuklah projek pembinaan blok Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di 34 buah sekolah sedia ada seluruh Malaysia. Selain itu, pembinaan sekolah baharu yang dilengkapi dengan kemudahan PPKI akan diteruskan.
- Untuk meningkatkan penyertaan warga emas, Orang Asli dan OKU dalam pasaran kerja, sokongan dan latihan yang mencukupi akan diberikan melalui program Akademi Dalam Industri (ADI), Pelan Tindakan OKU Kebangsaan dan insentif kepada majikan.
- Pada masa sama, had umur persaraan wajib akan diteliti semula
untuk disesuaikan dengan peralihan kepada negara tua.
- Kerajaan akan memperkasa sektor ketiga bagi membolehkan sektor ini bergerak bersama-sama Kerajaan untuk mengupayakan golongan sasar dan Sektor ini mampu menyediakan peluang keusahawanan, pekerjaan serta latihan kemahiran yang lebih inklusif dan bersifat setempat.
- Dalam hubungan ini, daya tahan sektor ketiga akan diperkukuh melalui penyediaan latihan dan khidmat nasihat. Sumber pembiayaan alternatif kepada sektor ini juga akan diperluas melalui sukuk sosial, dana wakaf, zakat, crowdfunding serta pembiayaan campuran, termasuk penglibatan GLC, GLIC dan swasta serta pengukuhan gerakan koperasi.
MEKANISME PEMANTAUAN RMK13
- Mekanisme pemantauan RMK13 akan ditambah baik melalui Sistem Pemantauan PPD. Struktur tadbir urus RMK13 pula akan digerakkan secara berperingkat, sehinggalah pelaporan ke Jemaah Menteri.
Tuan Yang di-Pertua,
- Saya ingin memohon izin dan memaklumkan juga agar Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh mendapatkan teks sahih ucapan penuh saya yang diedarkan dan dimuat naik melalui kod QR di meja ahli-ahli yang berhormat semua.
- Teks penuh dan sahih ini boleh digunakan untuk dibahaskan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,
PENUTUP
- Perubahan bermakna yang kita impikan ini perlu diterjemahkan secara kolektif dan digerakkan dengan penuh iltizam oleh semua lapisan masyarakat. Kita tidak sekadar mahu mencapai status negara berpendapatan tinggi, malah kita mahu rakyat terbanyak, di kota mahupun di pedesaan, dari Perlis sampai ke Sabah, menikmati kemudahan dan kehidupan yang selesa, mendapat peluang yang saksama untuk terus melangkah maju selari dengan hasrat menaikkan martabat darjat dan harakat rakyat. Hanya dengan keyakinan bahawa negara ini dipimpin dan ditadbir dengan amanah
dan bijaksana ke arah masa depan yang lebih sejahtera dan adil kepada semua, rakyat bakal merasai damai dalam jiwa.
- Insya-Allah, semoga dengan semangat juang yang marak, iltizam yang jitu dan keazaman yang menyala, Malaysia pasti bangkit sebagai negara yang disegani dunia didorong oleh nilai, prinsip dan kekuatan watannya.
Tuan Yang di-Pertua, Saya usulkan.
