TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: SESI LAWATAN DAN RAMAH MESRA YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA KERJA PERODUA
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
SESI LAWATAN DAN RAMAH MESRA YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA KERJA PERODUA
11 NOVEMBER 2025 (SELASA) | 12:30 TENGAH HARI
PERODUA SUNGAI CHOH, SELANGOR
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah Rabbil Alamin,
Nahmaduhu wa nussalli ala Rasulihil Karim,
Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in
Yang Berhormat Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz,
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri;
Antara orang yang bertanggungjawab membantu, menggerakkan dan mendukung PERODUA.
Yang Berbahagia Tan Sri Asmat bin Kamaludin, Pengerusi Perodua; dan
Seluruh Ahli-ahli Lembaga.
Yang Berbahagia Dato’ Sri Zainal Abidin bin Ahmad,
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua; dan
Seluruh keluarga PERODUA.
- Baru Dato’ Zainal Abidin complaint, dia kata sudah tiga (3) kali saya pergi PROTON, tak sampai lagi PERODUA. Ada alasannya, sebabnya, kita bagi yang the best untuk PERODUA.
- Dan saya menunggu peluncuran kereta yang konsepnya dan falsafahnya cukup MADANI. Sustainable, environmentally friendly, local production dan the latest state of the art. PERODUA yang akan kita lucurkan akhir bulan ini insya-Allah.
- Saya sebutkan yang ianya memenuhi konsep MADANI kerana ia juga affordable, bahawa pengeluaran itu harus memenuhi kehendak nasional. Production yang boleh membantu menjana pertumbuhan ekonomi yang Lebih segar. Kemudian eksport.
- Dan bila kita guna EV, dan EV ini maknanya lokal. Saya sangat terkesan dengan keupayaan anak-anak tempatan. Kekuatan R & D di sini dan yang membanggakan saya ialah walaupun ini produk anak-anak Malaysia, tapi majoriti anak-anak bumiputera, anak-anak Melayu yang menunjukkan keupayaan mereka menghasilkan sesuatu yang baru, canggih, yang affordable atau agak lebih relatif murah, dan easy dan semua ini kerana tentunya kerana disiplin kita, kerana tatakelola yang baik dan pengurusan. Saya salute Zainal dan rakan-rakan semua. Terima kasih.
- Saudara, kita sampai ke tahap di mana Malaysia ini mendapat perhatian. Bukan maknanya perkembangan baru, tapi kerana persiapannya. Kesungguhan kita dalam pelbagai bidang. Jadi sekarang, kalau kita hasilkan produa EV ini, kemudian kita tentunya keutamaan pasaran tempatan, tetapi kalau untuk kita menembusi pasaran luar negara, itu mudah.
- Orang bicara dengan Malaysia ini, baru-baru ini Presiden Luiz Inácio Lula da Silva, beliau beri laluan yang sangat mudah. Dalam mesyuarat bilateral, dua hala di antara saya dengan beliau dan Jemaah Menteri dan Menteri beliau, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul ada, Kalau ada menteri dia yang mengatakan, well there are some procedures, dia immediately bagi instruction, I want Malaysia to be given a priority for Brazil. Ini maknanya hubungan antarabangsa dan persahabatan.
- Umpamanya, PETRONAS dapat menembusi peluang cari gali dan telah menghasilkan minyak. Ada syarikat swasta yang lain Yinson, kapal yang agak besar untuk penggunaan, kegunaan, eksport minyak dan gas. Dan saya percaya dalam seminggu dua ini, saya ke Brazil dan Afrika Selatan, Kenya dan Ethiopia, saya bagi jaminan, saya akan jadi Pegawai Pemasaran PERODUA yang utama. Pro bono, tak ada bayaran, kerana Perdana Menteri ini gaji pun tak ambil, elaun parlimen saya ambil, tapi gaji tak ambil.
- Tapi saya fikir ini dia, saya nak tunjukkan bahawa dengan disiplin, dengan tatakelola yang baik, kita boleh jimatkan. Sebentar tadi dalam Prime Minister’s Question Time, saya jelaskan bagaimana dalam dua (2) tahun untuk akhir ini, kita dapat selamatkan dari wang rasuah, penyeludupan, ketirisan, kartel, sindiket, scam, 15.5 bilion ringgit. Ini satu hal yang mengejutkan.
- Saya tidak harapkan setengah-setengah ahli parlimen sebelah sana akan ucap terima kasih. Tidak ada. Tapi kita jalankan ini kerana ini tanggungjawab kita. Saudara bekerja bertungkus lumus, tak tentu waktu bekerja. Betul dapat saranan yang munasabah. Tetapi kerana kecintaan yang bukan kepada syarikat sahaja, tapi kepada negara.
- Ini produk yang membanggakan PERODUA dan membanggakan negara. Jadi saudara kerja, jadi apa salahnya bagi semua yang lain memantau supaya hasil kita itu tidak bocor. Ketirisan, rasuah, penyelewengan. Kita sudah lemas dengan hal-hal yang sedemikian.
- Jadi oleh itu, saudara lihat umpamanya, kalau semua jentera kita, PERODUA di sini, semua jabatan-jabatan. Mengapa kita beri keistimewaan kepada PERODUA sebagai dasar, yang Tengku Datuk Seri Utama Zafrul tolong kelolakan? Kerana dasar kita ialah memberi ruang pekerjaan, inovasi, research and development, kecanggihan dan keuntungan kepada negara dan rakyat.
- Kalau kita lihat pengeluaran hasil kita yang kita anggap tidak terlalu menekan, tidak mencari keuntungan yang berlipat kali ganda. Keuntungan yang kecil, yang munasabah tetapi keselesaan kepada rakyat terbanyak. Sebab itu, saudara lihat umpamanya, gunaan kereta-kereta dahulu termasuk Myvi yang saya beli. Ini bukan percuma. Saya bagi contoh, saya beli, saya beli, still still being used. Kalau sekarang kau dia kata nak bagi. Pun saya dah register di Jabatan Perdana Menteri bukan Anwar Ibrahim personal, that is your Prime Minister, no abuse of position. Kereta yang sekarang Mercedes, saya pakai itu yang atas bagi saya, itu pun saya register Jabatan Perdana Menteri. Saya pencen sahaja, kereta itu kena serah balik kepada kerajaan. Itu budaya baru kita. Yang harus kita terapkan supaya sudah kerja dengan selesa.
- Tapi yang menarik bagi saya tadi, dia terangkan tadi. Ya, yang lain semua sudah lebih faham daripada saya. Tan Sri Asmat ya, don’t expect me to go and repeat 5.5 million cars, this new product, you are the experts. I’m here only to show that the government and the people are fully supportive of PERODUA and your product.
- Pekerjanya, Anak Malaysia, dari seluruh negara, saya lihat tadi. Dari Pulau Pindang, dari Perak, dari Kelantan, dari Sabah, Sarawak, semua ada. You work as a team, tunjukkan bahawa kalau ada teknologinya termasuk teknologi baru. Kalau ada disiplin dan pengurusan yang baik there’s, nothing that we can’t do. Kita sekarang menuju kepada apa yang disebut teknologi baharu – transformasi digital, Artificial Intelligence yang juga ada kaitan dengan production di sini, dan ini bermakna talent pool yang baru; latihan, kecanggihan, re-scaling, up-scaling. Itu juga menjadi tugas PERODUA. Jadi saya tidak berhasrat bercakap panjang kerana hari ini semangat saya lebih baik. It’s more pleasant to be here in PERODUA, than to be answering questions in Parliament. Dan saya tentu akan tetapkan dalam masa satu-dua hari ini tarikh yang sesuai, akhir bulan ini, sebaiknya untuk meluncurkan dan saya akan beri arahan dalam kepada Jemaah Menteri bahawa perluncuran PERODUA kali ini dijadikan sebagai satu agenda nasional yang besar.
- Jadi, yang lain kerana saya beri alasan. Soal governance, soal social responsibility, soal environmental protection, itu semua digabungkan. Sebab itu saya sangat terkesan, pertamanya, faedah bagi rakyat dan negara, keduanya, dia memenuhi konsep MADANI INI. Jadi saya sekali lagi nak ucap terima kasih dan dalam masa yang singkat, mungkin dalam 2 minggu lebih saya akan hadir semula untuk jadikan suatu pelucuran PERODUA kali ini sebagai program nasional penting. Ini saya bagi jaminan saudara-saudara. Zainal? make sure you give the best.
- This is Kerajaan MADANI, dan saya nak jadikan ini dengan semua penelitiannya; soal latihan, soal disiplin, soal semangat pekerja, soal kecanggihan dan keupayaan kita keterampilan dalam bidang-bidang tertentu melalui penyelidikan dan pembangunan.
- Saya lihat tadi umpamanya penampilannya itu sangat elegan. Saya beritahu kepada Tan Sri Asmat tadi, elegant presentation. Saya fikir design nya mungkin daripada barat atau timur, tidak. Design nya sini, di PERODUA. Suatu yang canggih.
- Cuma saya belum test drive. saya pakai percaya sahaja, dia kata bagus-bagus-bagus. Tapi itu bukan bidang saya, bukan, I don’t have that expertise, tapi saya yakin dengan apa yang saya saksi tadi dan juga penjelasan diberikan.
- Sekali lagi saya tegaskan kebanggaan saya untuk bersama di sini setelah sekian lama 1997, it’s a long time sebelum saya diberi cuti lepas itu. Oh! bahaya itu, datang PERODUA terus diberi cuti. Kali ini insya-Allah datang PERODUA terus dia angkat lagi martabat, insya-Allah.
- Jadi saya sama-sama, Dato’ Sri Zainal dan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul dan kawan-kawan akan memastikan program ini kita jadikan sebagai suatu program nasional yang penting. Peluncuran kereta buatan Malaysia sepenuhnya – EV dengan harga yang agak berpatutan. Dia sudah cadang tadi satu harga, dia minta kalau boleh pertimbang naik sikit, saya dok pertimbang nak turun sikit.
- Jadi sekali lagi terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
