TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA ACCCIM 2026
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA ACCCIM 2026
11 FEBRUARI 2026 (RABU) | 8.00 MALAM
SUNWAY RESORT HOTEL,
SUBANG JAYA, SELANGOR
Terima kasih.
Saya tengok majlis pada malam ini sangat permai, kehadiran baik. Saya lihat semua yang ada di sini nampaknya, kalau nak kutip derma pun malam ini yang terbaik (nada seloroh).
Terima kasih banyak terutama kepada Yang Berbahagia Datuk Ng Yih Pyng, Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) dan seluruh jawatankuasa;
Bagi pihak rakan-rakan Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Johari bin Abdul, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat;
Ahli-ahli Jemaah Menteri yang ramai hadir;
Itu menggambarkan bahawa ada sinergi yang baik di antara peniaga, pengusaha dan Kerajaan MADANI hari ini.
Jadi saya ucap terima kasih kepada semua.
Ramai betul Menteri pada malam ini, sebab dia kata di antara majlis kalau jamin makan yang agak sedap itu, majlis ACCCIM. Cuma saya tak sempat makan banyak sebab Presiden Datuk Ng Yih Pyng, dia banyak bagi kuliah, jadi saya tidak boleh fokus makan saya (nada seloroh).
Saudara saudari,
Terima kasih juga kepada tetamu-tetamu kita dan Duta-duta, Tuan-Tuan Yang Terutama yang hadir.
- Malam ini tentunya kita berhimpun untuk menunjukkan semangat setia kawan di kalangan kita dan agak perlu kita tekankan bahawa masyarakat peniaga Cina itu sangat prihatin. Padahal boleh buat kalau hari sambutan, walaupun bulan puasa, tetapi inilah yang unik, yang istimewa di Malaysia. Tiada siapa suruh, tiada siapa cadang, tetapi ada semangat dan hormat di antara satu sama lain, hormat kepada masyarakat.
- Kisah-kisah baik dan positif ini kadang-kadang jarang diberitahu, jarang diberikan liputan dalam media. Mana negara? Bayangkan. Tiada salah, peraturan membolehkan. Dan katalah kalau diadakan juga pada 2, 3 Ramadan sebelah malam, mungkin saya pun terpaksa datang juga. Selepas buka puasa, datang meraikan.
- Tetapi saya bagi pihak rakan-rakan saya, speaker, menteri-menteri dan rakan-rakan, nak ucapkan rasa bukan saja terima kasih, tetapi terharu kerana semangat setia kawan dan persahabatan begitu rupa. Dan semangat ini patut kita semai di kalangan semua masyarakat negara kita. Malaysia ini negara pelbagai kaum, pelbagai agama, pelbagai budaya, pelbagai negeri dengan pelbagai adat istiadat. Kekuatan ada kalau kita mahu bicara soal kekuatan. Tetapi kalau kita pandang ringan dan membiarkan keadaan berlarutan, maka mungkin unsur-unsur yang akan menimbulkan ketegangan.
- Mutakhir ini, seperti mana saudara tahu, kita hangat juga di Selangor, dan di negeri-negeri, soal rumah ibadat yang tidak ikut peraturan, dan juga soal khinzir. Jadi, saya nak guna juga kesempatan ini cuba menyebut bahawa semua kita tahu, peraturannya apa yang boleh, apa yang tidak boleh. Tetapi, kita kena tangani dengan baik, dengan hormat, jangan menghina. Islam agama Persekutuan dan majoriti umat Islam di sini, tapi tidak harus ada mana-mana pandangan untuk menghina amalan keluarga kita, masyarakat kita yang lain. Begitu juga di kalangan bukan Islam. Majoriti begitu.
- Malam ini umpamanya, bila ada anjuran makanan, kalau ikut peraturan yang biasa, dia tidak ada halangan untuk yang lain di meja lain makan apa yang mereka mahu, walaupun tidak diikuti oleh penganut Islam. Tetapi inilah tradisi hormat yang ada di antara paksi MADANI yang kita hidupkan, sekadar membawa semangat kasih sayang di antara kita. Jadi sebab itu bila ada masalah, kita tangani dengan baik. Negara ini, negara yang harus patuh pada undang-undang, is a nation of laws. Yes, there are issues, there are controversies, there are differences, but the ultimate interest is to protect the stability, sanctity of our beliefs and at the same time the unity of our people. Why there are differences? We have shared this value for hundred of years, therefore no reason that we should allow a small group a coterie of irresponsible elements trying to disrupt this.
- The latest incident of course the issues of Hindu temples. I made it very clear, this country we respect the rules of law we cannot allowed indiscriminate building or temples without proper procedures as the Chinese temples has observed, the Christians churches have observed, the Mosque and the Surau have observed and most of the other Hindu Temples also observed.
- So let us be plain, because if you do not respect this, you will create issues and problems. But having said that, I must stress a major point here. This country must be based on rules and law, not the whims and fancies of individuals, however strong you may feel. You may like or dislike, respect or disrespect each other’s beliefs. But there are ground rules you must observe.
- And therefore, I want to remind my friends, you have been told to observe these rules and you must adhere to these principles. And you have no right whatsoever to take law into your own hands. The law must be respected and there are all forces, police, or you go to the courts themselves, adjudicate. And although there have been cases where temples are built without notice or without permission of the landowners, we have got to use proper procedures.
- I’m not saying that I condone these excesses. I know it’s not necessarily a popular statement. But a country cannot continue to allow any groups to function with complete disrespect for rules and laws. Having said that, we must also understand that this country must remain a peaceful country that observe laws.
- If you dislike the fact that there has been disregard by some quarters only in terms of allowing indiscriminate temples being erected, we must follow rules and the law. The authorities has been told. The authorities have been directed to ensure that the excesses cannot be tolerated. But it has to be done by the authorities and not individuals using their whims and fancies. I thought I made it quite clear. And let’s move on to Hari Raya Cina punya celebration now.
- Yeah, and I have to say that because I don’t want, you know, there’s so much this country is doing relatively well. It’s not perfect. We are navigating it. Every Cabinet meeting, this Friday, for example, we have to discuss, the issues raised by Datuk Ng and our friends, the Malay Chamber, the Chinese Chamber, the Indian Chamber, Sabah, Sarawak, FELDA issues or the farmers in We have to deliberate.
- Yes, this is not a perfect system. We navigate, we make adjustments, we listen. I gave an example recently about the efficient manner of government collecting taxes and non-efficient manner of disbursing funds, which is not ours. Standard government practice.
- Kerajaan ini dia cekap bila kutip cukai, tapi lambat bila nak bayar balik. Kita dengar. Apa tindakan kita? Amir ada sini, kita kata okey kalau begitu kita cari jalan selesaikan. Maknanya kita dengar ada isu tadi yang dibangkitkan dari Datuk Ng isu-isu peniaga, peniaga kecil, SMEs yang harus kita dengar dan kita cuba selesaikan, dan ini cara kita menjamin ekonomi kita terus kekal baik. Ekonomi kita secara realiti memang baik, syukur, Alhamdulillah, tetapi syaratnya ada: negara ini aman, politiknya stabil, dan ada hormat dan kerjasama bantu menjana pertumbuhan, memperbaiki kelemahan, dan pimpinan seperti Jemaah Menteri, dengar. Kita bukan tahu semua, kita harus dengar dan cuba perbaiki, dan ini bagi saya perlu kita teruskan dengan niat yang baik.
- Jadi, dalam konteks ini juga kita katakan dasar-dasar kita tentunya ada baiknya. Kalau negara ini punya dasar ekonomi yang buruk, tak mungkin kita dapat pertahankan pertumbuhannya, kadar pengangguran yang rendah, inflasi yang rendah, pelaburan yang tinggi. Ini semua petunjuk-petunjuk bahawa kita di landasan yang betul, tetapi bukan landasan yang sempurna.
- Rakan-rakan saya Ahli Jemaah Menteri yang hadir tahu, setiap minggu, tanpa kecuali, kita dengar dan kita cuba perbaiki. Dan saya Dato’ Ng, ucap terima kasih kerana masyarakat peniaga, terutama termasuk ACCCIM, telah tunjuk semangat kerjasama yang baik di antara syarikat dengan Kerajaan. Terima kasih.
- Saudara tahu sebab apa saya ucap terima kasih begitu banyak kali kepada Dato’ Ng, dia tak minta banyak. Dia tahu, kita dah buat kerja, kita tolong jana pertumbuhan ekonomi, kita bagi apa-apa kemudahan yang mampu, ada pinjaman, apa saja yang kita dengar, jadi dia pun fahamlah. Dia tak membebankan saya, walaupun saya tahu ada lagi permintaan-permintaan yang akan dihantar melalui memorandum ACCCIM kemudian.
- Jadi, saudara-saudara yang dihormati sekalian, saya tekankan hal ini tentang keperluan kita fokus tentang ekonomi ini, dan sementara Kerajaan harus buat beberapa penyesuaian, syarikat termasuk SME pun harus buatlah sedikit penyesuaian. Saudara minta kita dengar buat beberapa perubahan atau adjustments, saya pun beritahu, boleh tak? kita akan lakukan. Yes, kita akui. Kita akan buat apa-apa perubahan yang perlu. Sampai di mana kita dengar isu cukai, isu SME, isu pekerja asing, kita cuba.
- Tapi dalam masa yang sama, saya nak juga minta rakan-rakan melalui ACCCIM, untuk juga mengakui, kalau Malaysia ini mahu mengangkat keadaan pertumbuhannya, mahu jadi negara maju dari segi ekonominya, digitalnya, AI-nya, maka rakan-rakan dalam syarikat dan peniaga juga harus dinamik untuk melakukan beberapa anjakan atau penyesuaian.
- Ini sahaja yang saya nak pesan malam ini. Saya datang dengan rakan-rakan saya, Ahli Jemaah Menteri begitu ramai, untuk menyatakan penghargaan. Terima kasih kami kepada saudara-saudara kerana bantu menjadi pakatan yang kuat dalam mengangkat ekonomi Malaysia sebagai sesuatu yang lebih kukuh. Terima kasih.
- Sempena Hari Raya Cina ini, saya ucap sekali lagi, Selamat Hari Raya Cina, Xin Nian Kuai Le, Xin Nian Hao, Nian Nian Hao. Nian Nian Hao itu memang kena kerja kuat lah.
- Sekali lagi saya ucap terima kasih kepada saudara-saudara. Dan mudah-mudahan tahun kuda ini dia lebih gagah, lebih kencang, lebih laju, kerana kuda ini juga dikaitkan dengan kelajuan. Jadi kita nak laju ekonominya, laju pendidikannya, laju semua, supaya masyarakat Malaysia dari semua kaum, semua kawasan dapat maju bersama kita.
- Terima kasih. Xie Xie Ge Wei.
