TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: RUMAH TERBUKA DEEPAVALI MADANI 2025

18 October 2025

 

 

TEKS UCAPAN

 

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

 

RUMAH TERBUKA DEEPAVALI MADANI 2025

 

 

 

18 OKTOBER 2025 (SABTU) | 12:00 TENGAH HARI

KL SENTRAL, KUALA LUMPUR

 

 

  

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera.

 

Saudara YB Gobind Singh Deo,

Menteri Digital dan Isteri, Puan Sangeeta Kaur Sidhu;

 

Saudara YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan,

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi; dan

 

Saudari Senator Puan Saraswathy a/p Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara;

 

 

Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr.R.Nadarajah Retnam, Presiden Sri Maha Mariamman Temple Dhevasthanam;

 

 

Dan semua rakan-rakan lain dari Hindu Sangam dan semua Persatuan-Persatuan India dan media yang memberikan sambutan yang meriah pada hari ini.

 

Saudara-saudari, Deepavali Nal Valtukal dan juga Duta-Duta yang hadir, terima kasih.

 

  1. Kita dengar tadi sambutan dan ucapan daripada saudara Gobind Singh yang sebenarnya menjelaskan mengapa kita adakan perhimpunan dan saya sukacita, walaupun majoriti masyarakat India, saya lihat ramai anak orang Melayu, orang Cina dan ini yang unik di Malaysia.

 

  1. Kita anggap ini biasa. Tapi kalau orang luar lihat, ini agak luar biasa. Ini yang unik yang kita alami. Jaga ini. Ini yang kita perkukuh, kita pertahan. Dari zaman dulu, ibu bapa kita melihat Hari Raya, Deepavali, Hari Raya Cina, Krismas, sebagai sebahagian dari budaya kita. Tidak rugi sedikit pun malah kita untung kerana kita tingkatkan semangat perpaduan. Jadi tema tentang perpaduan dalam negara MADANI ini sangat penting.

 

  1. All you have seen the progress, the relative success, economic, social, cultural cannot happen without a united Malaysia, without peace and stability. This is unique in Malaysia because not many countries with multiracial, multi religious entity would preserve that spirit of unity. That is why I take great pride in supporting Gobind’s theme of Deepavali this year because this is to me very fundamental. We take it for granted. We assume that this is part of the tradition and culture. But you will be wrong because this is unique to Malaysia and we must do whatever is necessary to preserve the unity and the affection that we have between all races and religions in this country. Nandri.

 

  1. Jadi oleh itu, selain daripada ini, kita juga tentu dalam negara pelbagai kaum ini, hendak kemudi, hendak navigate, ini bukan mudah. You cakap sikit lebih Bumiputera, dan Cina nanti kata apa? Dia sebut projek India tambahan, Melayu kata kita sudah tinggal. Dan saudara lihat umpamanya naratif ini, dari kampung ke bandar ke Parlimen. Semua dibangkit. Kalau peruntukan ke Pulau Pinang itu lebih sedikit, kerana Pulau Pinang tu majoriti bukan Melayu, terus disanggah, di attack. Padahal, kalau kita lihat, Kelantan, Terengganu, negeri-negeri lain pun dapat peruntukan yang juga besar.

 

  1. Kita beri peruntukan apa yang kita rasa perlu. Kerana tidak ada modal untuk kutuk Belanjawan, dia bangkit. Umpamanya LRT Pulau Pinang. Mengapa tambah peruntukan? Mengapa dibesarkan lapangan terbang? Itu dibesarkan lapangan terbang kerana sudah terlalu sesak. Tapi Lapangan Terbang Pulau Pinang dibesarkan, Lapangan Terbang Kota Baru dibesarkan, lapangan terbang Tawau juga dibesarkan. Tapi tidak jadi naratif dan kempen.

  2. Sebab itu, rakyat Malaysia ini harus lebih pintar, lebih cerdas, lebih terdedah dengan maklumat. Ini yang disebut pencerahan. Demokrasi itu tidak akan bermakna kalau kita tidak usahakan untuk memberi penerangan. Kerana tarikan kaum lebih kuat dari reason. Ini berlaku di Eropah, di Amerika. The Right Wing. Extremist. Sekarang telah bangkit. Menentang minoriti. Menentang kaum asing. Dan ini menjadi naratif.

 

  1. Dan kita harus waspada, on guard upaya tidak ada ketelanjuran itu. Umpamanya saya dengar, kadang-kadang masyarakat India, saya faham dua (2) hari lalu, saya jumpa juga kawan-kawan cara santai, di Brickfields, makan-makan, saya makan, tose mereka tidak makan, tapi kerana mereka fokus kerja mereka, tapi dalam perbincangan dengan media dan influencer dan media sosial masyarakat India, saya terangkan, jangan diminta supaya kita sebut satu-satu sahaja untuk kaum.

 

  1. Ini tidak akan menguntungkan kita. Teguran kita terima. Ada masalah kemiskinan. Saudara percaya, saya sudah sebut kita belanja berbilion ringgit untuk selesaikan masalah kemiskinan tegar. Di Kelantan, majoriti Melayu. di Sentul, Klang, majoriti India. Apakah kita kira ikut kaum? Tidak.Siapa masuk kategori miskin tegar, kita wajib bantu.

 

  1. Ini raison d’être satu kepemerintahan. Alasan untuk kita mampu jadi kerajaan bantu semua. Kalau ada miskin tegar, dia masuk. Jadi kalau dibaca-baca, macam di Sentul, tentulah majoriti India. Malah di Wilayah Persekutuan, jumlah India yang mendapat bantuan miskin tegar itu sangat tinggi.

 

  1. Kemudian, kita tambah peruntukan lain. Dulu kalau Amanah Ikhtiar, TEKUN sekarang bawah Ramanan Ramakrishnan. Itu khusus Bumiputera. Sekarang, Amanah Ikhtiar tu RM50 juta untuk India miskin. TEKUN, RM50 juta ringgit untuk masyarakat India.

 

 

  1. Ini perkara-perkara baru yang dibuat oleh Kerajaan MADANI. Jadi rakan-rakan yang sebelah sana termasuk beberapa wakil India dia tak pernah bercakap soal ini. Saya bagi contoh, umpamanya, Skim Jaminan Kredit Perumahan. Salah satu masalah besar kita adalah rumah, sewa mahal, beli tidak mampu. Maka kerajaan sediakan pinjaman perumahan.

 

  1. Berapa untuk masyarakat India yang kita luluskan bagi tahun 2024? 2 bilion ringgit. Ya. Tapi ini tak ada dalam media not in the narrative. The narrative is MITRA — 100 juta ringgit. MITRA itu satu portion yang sangat kecil daripada keseluruhannya. Tahun ini, 2025, dan unjuran untuk Belanjawan 2026, untuk Skim Jaminan Perumahan Kredit Perumahan masyarakat India itu RM1.6 bilion. SJPP, Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan untuk India berniaga, RM600 juta. Tapi untuk tahun ini, kita teruskan dengan RM600 juta untuk Skim Jaminan Pembiayaan Masyarakat India untuk peluang anak-anak muda berniaga.

 

  1. Saya sebut perkara ini kerana saya bimbang. Baca kadang-kadang dalam media, ini tidak jadi polemik. Jadi kalau disebut “tak cukup”, tak apa. Kalau dikritik, kerajaan harus tambah peruntukan tak apa. Kalau kata Perdana Menteri harus dengar lagi saya setuju. Tapi jangan kata kita tidak buat.

 

 

  1. Kerana apa yang kita lakukan itu jauh lebih besar daripada yang pernah dibuat oleh BERSATU, PAS yang bercakap banyak sekarang ini. Saudara tahu tentang SARA dan STR itu untuk masyarakat miskin India, dan yang masuk dalam SARA dan STR jumlahnya 1 bilion ringgit.

 

  1. Bagaimana dia katakan kita tak ambil berat? Rakan-rakan kita dalam Jemaah Menteri, dan rakan-rakan saya yang lain, selalu bangkitkan. Dan saya kata dalam STR, kita tak sebut STR India, STR Melayu, STR Cina, STR Sarawak. Tak!

 

  1. Tapi oleh kerana banyak kritikan, saya tak ada pilihan, saya terpaksa cerakinkan, jelaskan dalam Kabinet. Saya, kalau saudara lihat dari dulu, saya tak setuju sangat. Semua nak ikut kaum. Tetapi nampaknya terus kita diserang, seolah tidak buat apa-apa.

 

  1. Sebab itu saya kata, STR, i-SARA untuk masyarakat India itu mencecah RM1 bilion. It’s not a small amount. Kerana yang lain saya sebut, tentang usahawan tadi, dengan Amanah Ikhtiar, saya sudah sebut.

 

 

  1. Tetapi yang juga disinggung oleh saudara YB Gobind Singh, itu penting. Apapun kita sebut, bila datang UPU, masuk universiti, masih banyak masalah. Saya nak ingatkan, ya. Cadang, kita cadang, kita tegur. Tapi jangan bawa polemik kaum. Bila saudara kata, saudara nak ambil kuota Melayu, dah jadi masalah orang Melayu atau, Cina.

 

 

  1. Jadi, sepatutnya saya setuju dengan apa yang dibuat oleh rakan-rakan kita dalam Kerajaan Perpaduan MADANI ini. Dan dia kata, “let us try and find a resolution to this ongoing problem for the last few decades.” Tentang kegelisahan anak-anak India yang pintar, yang tidak dapat tempat.

 

 

  1. Jadi, awal tahun ini kita kata, okey. Jangan kita ambil daripada kuota Melayu. Marah pula Melayu. Kita tambah. Jadi tahun ini, kita tambah 1,500 tempat baru. Kemudian kita dengar lagi, dia kata, “no, no, no, no, no, not satisfactory.” Sebab kalau 1,500, kalau confirm kepada Matrikulasi, Asasi, mungkin dia Bumiputera. Kita kata “alright.” Sebab itu dalam Belanjawan saya sebut, “termasuk STPM.” Kerana STPM ini menjadi jurusan yang telah menarik perhatian anak Melayu, anak India, ramai Cina. Jadi kita kena beri satu peluang anak-anak STPM yang cemerlang masuk ke universiti dengan 1,500 tempat baru di semua universiti dalam bidang accountancy, engineering, medicine, digital, language. Itu yang kita putuskan.

 

 

  1. Saudara-saudara, apakah ini cukup? Saya tidak setuju kata cukup. Memang dalam Kerajaan, kita harus cari jalan perbaiki. That’s the essence of reform. Reform ini maknanya sentiasa bergerak untuk perbaiki, tingkatkan keupayaan kita.

 

 

  1. Tetapi seperti mana disinggung oleh Menteri tadi, dari mana dana? Saudara, berpuluh tahun, wang disakau, wang dicuri, rasuah tinggi. Saya cakap, sampai jadi mainan. Pembangkang memang dia lawak soal tata kelola. Now we have proven. Dalam dua tahun lebih yang lalu, kita rampas balik berapa jumlah? RM15.5 bilion. It’s not a small feed. Bayangkan, RM15 bilion ini patut dia pergi kepada orang tertentu, orang politik di atas. Sebab itu semua kaya-kaya belaka. Rumah di London, rumah di Australia. Dari mana wang itu? Curi dari rakyat! We have to stop this! And this adalah keputusan bersama, Melayu, Cina, India, Sabah, Sarawak. Hal ini, we must be together to save Malaysia from the corrupt and the greedy.

 

 

  1. Ini, barulah ada makna cahaya. Ini Deepavali tiap-tiap tahun kita bagi cahaya. Tapi terus gelap. Yenna dey! Mana boleh macam tu. Cahaya ini kebenaran. Cahaya ini keadilan. Cahaya ini kebaikan. Menolak kegelapan. Menolak rasuah. Menolak penindasan. Ini erti sambutan Deepavali. Saya hadir ini kerana saya percaya bahawa semangat ini harus kita tegakkan.

 

Nandri. Terima kasih.

 

 

 

Share: