TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA JABATAN PERDANA MENTERI BAGI BULAN OGOS TAHUN 2025
18 August 2025
Skip to content
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA JABATAN PERDANA MENTERI BAGI BULAN OGOS TAHUN 2025
18 OGOS 2025 (ISNIN) | 8.00 PAGI
DEWAN DE’ SERI ENDON, PUSPANITAPURI, PUTRAJAYA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillaahil lazeee anzala ‘alaa ‘abdihil kitaaba,
wa lam yaj’al lahoo ‘iwajaa,
wa nusalli ala rasoolihil kareem,
wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.
YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof,
Timbalan Perdana Menteri;
Menteri-menteri;
KSN;
KPPA; dan
Rakan rakan yang saya muliakan.
- Semalam, Manchester United kalah satu. Tapi permainannya itu handal. Kalau ikut daya tahannya, daya juangnya saya menangkan Manchester United. Itulah adat kesukanan – sportsmanship, kita mungkin ada sentimen mendukung, tapi kita terima dengan baik. Begitu juga dalam politik, yang menang – menang yang kalah – kalah, jangan buat kacau.
- Yang kedua saya nak sebut di sini adalah tentang kemelut dalam negara tentang beberapa kes. Kematian anak-anak kita, anak kita Zara di Sabah, anak kita Wan Faris di Kelantan dan berapa kes-kes yang lain dan juga kes yang disebut buli. Buli ini penderaan psikologi fizikal sama ada di sekolah, di universiti, di pejabat, di Kementerian Kesihatan itu harus dihentikan. Ini budaya merosakkan. Budaya kebejatan, jenis penghinaan sama ada atas peribadi seseorang itu, warna kulitnya atau dari segi kelas dan pelbagai alasan. Tapi saya harap budaya ini kita dapat hentikan.
- Tentunya ada beberapa kesilapan dikenal pasti, proses siasatan, kelewatan dan sebagainya. Tetapi percayalah, kita cuba atasi dengan sebaik mungkin. Saya, TPM, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi semua sudah keluarkan kenyataan. Dan kita telah adakan mesyuarat peringkat tertinggi untuk pastikan siasatan telus. Dan kadang-kadang dalam kenyataan-kenyataan itu silap, dalam peringkat awal dulu, mula-mula kejadian, saya pun tak ingat bernama anakanda Zara, saya cuma kata budak itu disebarkan seolah satu penghinaan. Itu yang kenyataan berbulan yang lalu ataupun mula-mula kes itu berlaku. Tapi demikianlah, soal media sosial ini. Kita kawal ada terbatasnya. Umpamanya yang terbaru, yang jadi serius seorang yang kata dia itu doktor pathologist bagi gambaran dan ini meracuni pemikiran jutaan orang yang yakin. Ada rakan-rakan kita, isteri, sahabat-sahabat kita yang tanya ini, “PM apa ini?” sampai begitu, maknanya orang itu sudah terkorban. Kemudian kita jadikan ini sebagai satu senjata politik untuk menikam orang lain. Kalau benar tak apa, mana boleh kita mainkan seolah kematian orang itu dengan menipu dan menghasut begitu rupa. Tapi demikianlah keadaannya, dan sebab itu kita harus ada kewarasan.
- Kita dalam Islam ini kita sebut tabayyun, kalau dengan kawan ini kata, quote quote al-Quran. Sekarang guna ChatGPT. Baru-baru ini kita kenal pasti di London satu pertubuhan Islam yang terkemuka juga, dia guna ChatGPT untuk ambil ayat al-Quran. Tanya ayat Quran, ChatGPT tolong tanya mengenai sambutan apa-apa. Bunyi macam al-Quran, kemudian dia kata bukan ayat al-Quran tidak lengkap. Jadi sebab itu, apa pun dia harus ada semakan.
- Orang sebut ayat Al-Quran ayat surah mana, ayat mana, hadis siapa? perawinya mana? Itu adalah latihan kita tentang apa yang disebut kesahihan authenticity hadith dan apa lagi Al-Quran? Itu, ChatGPT yang ramai daripada kita anggap sumber sahih, selain daripada Sahih Bukhari dan Muslim, termasuk sahih ChatGPT, itu bahaya. Saya tidak menganjurkan supaya ini diketepikan, tetapi dia bukan mutlak.
- Apa lagi orang-orang keluarkan di sosial media itu dengan keadaan orang panas, cemas masa dipermainkan. Ini yang saya sebut di Parlimen. Jangan kita dirikan mahligai atas pusara. Itu pepatah Melayu yang cukup dalam maknanya. Ambil habuan, gunakan untuk hentam dari segi politik atas kematian orang. Adakah dia betul-betul simpati mahu selesaikan? Tidak juga. Ya, mudah-mudahan dia ada satu pengajaran.
- Baik, saya bicara tentang ChatGPT. Ini mauduk penting saya pada hari ini. Kerana kita bercakap soal transformasi digital sebagai tunggak perubahan. Kemudian kita perkenalkan, AI untuk rakyat. Kita ada Institut AI Kita ada Kementerian Digital, selain daripada Komunikasi. Dan kita kerahkan seluruh jentera kerajaan menguasainya.
- Tapi ini saya hendak ingatkan apa yang disebut di dalam ungkapan, ini kajian ya ketua-ketua jabatan, apa yang disebut tentang Productivity Paradox. Kena Google. Tidak semuanya sahih, tapi rujukan awal. Termasuk Gen AI Productivity Paradox. Pertamanya, kajian daripada United Nations University, Tokyo, kemudian kajian teliti oleh McKinsey diantara lain, yang menunjukkan bahawa peralihan kepada digital dan teknologi maklumat dan AI tidak semestinya menghasilkan produktiviti meningkat.
- Bagi saudara-saudara yang senior, ingat dulu, sejak 80-an, akhir 80-an itu dia kata mulanya paperless, kemudian paperless. Bila dibuat kajian, ada jabatan-jabatan paper more. Kerana bila digunakan komputer, e-mel, online, semua dianggap boleh jadi paperless, mungkin sukar, jadi paperless. Tapi dalam beberapa jabatan, kajian ketika itu, 90-an saya ingat, sudah ada beberapa jabatan yang order paper more. Itu dulu.
- Dan kalau saudara baca karya Peter Drucker, ‘Culture of contentment’. Itu andaian pada masa itu hendak cakap privatisation. Jadi itu jadi mantera baru Ronald Reagan di Amerika, Margaret Thatcher di UK. Semuanya penswastaan kerana jabatan-jabatan pemerintah, jabatan kerajaan ini lembap, merugikan.
- Kita telah terjawab, ada kebenarannya dan juga salahnya. Dia berikan beberapa contoh di mana pengurusan jabatan kerajaan yang cekap itu jauh lebih baik daripada penswastaan dalam beberapa kriteria. Ada banyak penswastaan yang lebih banyak mendera. Maknanya keuntungan itu berlipat ganda kepada syarikat yang diswastakan. Apa lagi kalau penswastaan itu tidak telus dan tidak ikut proses tender yang pernah berlaku dalam negara kita. Jadi Syarikat-syarikat itu untung berbilion, kemudian serah balik kepada kerajaan. PLUS highway, IWK, dan banyak yang lain-lain terbeban dengan kerajaan. Sebab itu prinsip tatakelola, ketelusan dan tender itu sangat penting.
- Tapi apa yang disebut oleh Peter Drucker ialah bahawa ada kes-kes tertentu di mana penswastaan itu tidak menunjukkan ada peningkatan dari segi produktiviti, kecekapan. Jadi dia bukan golden rule. Golden rule masih soal good governance prinsipnya, jadi itu pengalaman yang lalu tahun 90-an.
- Tapi bila kita tengok ChatGPT, itu sebab saya bawa nota ini — the AI productivity paradox, why your AI-Powered Workday isn’t making you richer. Or more productive di sini ya. The numbers are staggering, 81% of office workers believe AI tools enhances their job performance. Sama seperti Jabatan Kerajaan, kita guna AI, mesti produktif, dan ini menyebabkan semua digunakan, chatbox, save users time 64% to 90% of the time. Itu semua andaian dengan AI Sebab itu saya ingat kalau tidak salah saya JP Morgan, dia melarang pegawai menggunakan waktu bekerja menggunakan ChatGPT melainkan Jabatan khusus, kerana katanya tidak membuktikan ada berlakunya peningkatan produktiviti.
- Yet, here is the kicker despite these impressive productive gains, only three to seven percent of these improvements actually translate into higher earnings for workers or better productivity. Itu membimbangkan. Tujuan kita meluncurkan program transformasi digital dan AI ialah untuk peningkatan hasil atau peningkatan produktiviti. Memang ada berlaku, tetapi secara menyeluruh ia tidak berlaku begitu.
- Ini yang dikatakan ‘Gen AI Productivity Paradox’, di mana jaminan artificial intelligence untuk meningkatkan produktiviti dan hasil itu tidak semestinya berlaku dan argument di sini adalah sama, dia kata “hujahnya AI itu sama macam hujah permulaan penggunaan teknologi itu sendiri. Ada ketika di mana pengurusan yang baik, pengawasannya itu diteruskan dan pemantauan itu serta SOP yang jelas, itu nampak ada peningkatan”.
- Ada keadaan, dapatan di mana digunakan kemudahan tidak ada pengawasan, tidak ada pemantauan dan tidak ada penilaian berikutnya maka ia bukan sahaja mendatar, ada kalanya dia lebih merosot. Dia rencananya panjang termasuk, McKinsey Report, saya tak baca yang tebal saya baca rumusannya, sekitar 36 muka semalam.
- Ini yang disebut digunakan pandangan Gartner, “’trough of disillusionment’, maknanya, dia andaian itu menyebabkan kita terpukau dengan konsep tetapi dia tidak memberi hasil yang tepat. Jadi ini bahaya, sebab belanja untuk digital dan saya harap program penerangan saya pagi ini diberikan perhatian khusus di Kementerian Digital, Komunikasi, dan ketua-ketua Jabatan, KSU.
- Kita tak mahu jadi berlaku apa yang dikatakan ‘trough of disillusionment’ kerana andaian yang dibuat dengan dana besar. Seluruh program digital transformation dan AI ini mencecah berpuluh bilion ringgit untuk 5 tahun akan datang.
- Sebab itu saya harap KSN, KPPA dan semua, KSP, KSU, KE dan semua itu harus teliti ini. Kalau boleh baca kerana kertas rumusan dari United Nations University itu ringkas, dan rumusan daripada McKinsey Report dan pengalaman JP Morgan itu saya rasa penting kerana mereka agak dahulu. Apa dia simptom dia kata? Widening gap between sky-high expectations and mundane reality? yang kita tahu kesenjangan di antara harapan yang tinggi menggunung tetapi kenyataannya hambar.
- Jadi, yang kedua, yang boleh difikirkan oleh semua jabatan yang berkenaan, terutama Kementerian Digital dan Kementerian Komunikasi ialah soal data governance dan cabaran integrasi. Dan yang ketiga, cabaran IT ini dan AI dari sudut penilaian hasilnya, dari segi SOP-nya, bagaimana kita nak nilai. Ini tugas yang besar. Saya tahu perkara ini memang diberi perhatian, tapi saya bila baca rencana ini bersama McKinsey dan juga apa yang disebut ‘the Danish experiment’, di kalangan 25,000 staf dia, itu bagi saya perlu kita berikan peringatan tentang apa yang disebut awal tadi, ‘Productivity Paradox’. ‘Gen AI Productivity Paradox’ mulanya dipakai ‘Productivity Paradox’, kemudian pasal generation baru ‘Gen AI Productivity Paradox’.
- Itu matannya, syarahnya silalah, saudara expert ramai di bawah. Saya hanya sekadar meminta dalam tempoh katalah dua minggu atau satu bulan, KSN dengan semua Ketua-ketua Jabatan renung perkara ini dan apakah jawapan awal untuk menangani permasalahan ini. Jangan mengulangi masalah yang pernah berlaku atau yang pernah dialami oleh banyak syarikat-syarikat gergasi besar yang lain
- ‘Productivity Paradox’, belanja berbilion ringgit untuk menjamin produktiviti, ketelusan, mengurangkan kerenah birokrasi, menghentikan amalan rasuah dan komisen kerana AI itu boleh mengawasi, tetapi hasilnya tidak ke mana.
Wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
