TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI : MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2026 ANJURAN DEWAN PERHIMPUNAN CINA KUALA LUMPUR DAN SELANGOR (KLSCAH)
17 February 2026
Skip to content
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA 2026 ANJURAN DEWAN PERHIMPUNAN CINA KUALA LUMPUR DAN SELANGOR (KLSCAH)
17 FEBRUARI 2026 (SELASA) | 11.30 PAGI
DEWAN PERHIMPUNAN CINA KUALA LUMPUR DAN SELANGOR
Salam hormat,
Salam MADANI,
Selamat pagi.
Rakan-rakan Menteri-Menteri yang hadir;
Tuan Yang Terutama Ouyang Yujing,
Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia;
Yang Berusaha Encik Ngan Teng Ye,
Presiden Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH);
Rakan-rakan yang saya muliakan.
- Saya tentunya hadir dengan rakan-rakan Menteri dan rakan-rakan yang lain, untuk bersama-sama meraikan Hari Raya Cina. Jadi, Hari Raya Cina kita sambut bersama, menunjukkan semangat kerjasama dan perpaduan kita.
- Jadi saya mulakan mengucapkan selamat Da Jia Hao untuk rakan-rakan masyarakat Cina, saya pun beraya sama. Kita ucap Gong Xi Fa Cai, Xin Nian Kuai Le, Xin Nian Hao, Nian Nian Hao dan sepertimana semangat yang saya sebut tadi, tahun ini memberikan petunjuk yang baik. Satu permulaan Tahun baru Cina, Tahun Kuda Api yang menunjukkan Resilience, Stamina, Confidence, Agility.
- Jadi semangat ini mudah-mudahan, dapat kita rasakan dari sudut ekonomi, dari segi pembangunan, perpaduan dan dari segi semangat untuk kita angkat martabat kejayaan negara Malaysia.
- Kita lihat umpamanya, dari angka tahun lalu dan tahun akhir ini, dan dari angka-angka terakhir ini ternyata kita catat kemajuan yang jauh membangun. Ini kerana kerjasama semua pihak, semua rakyat, semua kaum, dari orang politik yang penjawat awamnya, peniaga, pedagang, penjaja semua ada semangat.
- Pertama negara ini aman. Keduanya kita ada satu semangat muafakat, bersama dan ketiganya, kita kerja. Tak ada negara yang boleh berjaya kalau kita gaduh-gaduh terus. Tidak ada negara yang boleh berjaya kalau kita tak fokus dalam kerja kita dalam semua bidang. Dan tidak ada negara yang mampu berjaya kalau tidak ada semangat bekerjasama, tolak ansur, angkat semua kaum, semua agama dan semua lapangan punyai masalah.
- Tetapi saya ucap terima kasih pada hari ini kepada masyarakat Cina yang merayakan Hari Raya Cina ini. Mereka juga telah menjadi sebahagian yang penting dalam negara kita, yang bekerjasama dengan kita dan oleh demikian, saya beri jaminan bahawa Kerajaan MADANI ini bersama rakan-rakan kita akan pastikan bekerja lebih kuat. Pertama, untuk negeri ini aman, kedua dasar yang baik dan menjamin keselesaan, kebahagiaan, kejayaan bagi semua rakyat, semua kaum di negara ini.
- And as you know in most of these multiracial societies. the major challenge is of course national unity against racial divide, against racism. This is not new, I remember as far back as pre independence we have leaders like Tunku Abdul Rahman Putra, has been harping on the point of working together, Tun Abdul Razak in 1961 talked about major challenges including he says 3C. At that time of course they had a problem with militant communist threat in the jungle. OneSea communist threat in jungles, number two is Challenge of communist life, and this was said in 1961 to remind Malaysians if you want to succeed, we have to accept there are problems, there are differences, but we must work to solve as one great society, united family of Malaysians. And this is why sometimes you see the government has got to be firm to protect the need for societies to work together.
- Jadi untuk kesempatan perayaan Tahun Baru Cina ini, terutama di Dewan Perhimpunan Cina, Chinese Assembly Hall. Ini saya beritahu dengan saudara Ngan Teng Ye, tak perlu cerita banyak di sini. Kerana saya, daripada universiti, sampai ke zaman ABIM, kemudian jatuh, bangkit semula, Dewan Perniagaan Cina adalah sebati dengan perjuangan kita.
- Dan rakan-rakan tahu. Walaupun saudara Ngan Teng Ye yang jauh lebih muda saya. Tetapi Dewan Perniagaan Cina ini, baik isu reformasi. Sebelum itu lagi saya beritahu dia tentang kita kumpul di sini untuk sama-sama bekerjasama semua kaum. Saya dari ABIM, Dewan Perhimpunan Cina, kita kumpul untuk perjuangkan hak rakyat, membela nasib rakyat, membina semangat perpaduan dikalangan kita.
- Dan saya oleh itu, ucap terima kasih kerana kita sama diberikan, kerana ini semangat semua kaum. Kerja tidak fikir soal kelompok masing-masing, tetapi bangunkan kerjasama dengan negara kita.
- Jadi, saya juga tahu bangunan ini yang hampir mencecah 100 tahun dan punyai keperluan untuk mendapatkan pengiktirafan Kerajaan. Ini saya dah beritahu saudara Hannah Yeoh untuk bekerjasama dengan Datuk Bandar kemudian bawa kepada saya untuk menyelesaikan. Jadi, jangan runsing soal itu, don’t worry about the status of this land. Ours is can in society and we want also to preserve. Ini heritage, Dato’ Seri Tiong, ini jaga. Heritage ini penting, bukan sahaja di Bintulu, ini di Kuala Lumpur juga.
- Jadi oleh itu, saya ada beritahu kita harus kerjasama dan cuba selesaikan dengan baik apa-apa syarat, apa semua supaya meringankan kita. Kita treat this building, historic building, this heritage and therefore we’ll give special considerations. So, I like the committee to work together we have the three ministers here Li Kang, Tiong and Hannah Yeoh and work together. So that we can see this place being preserved and we remember, we should always remember that for us to be successful, we must always remember, we must work together as one society, one Malaysia.
Jadi terima kasih dan Xie Xie Gewe.
