TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN PERINGATAN HARI ANTIDADAH TAHUN 2025

25 July 2025

 

 

TEKS UCAPAN

 

YAB DATO’ SERI DIRAJA ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

  

SEMPENA

 

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN PERINGATAN HARI ANTIDADAH TAHUN 2025

 

 

25 JULAI 2025 (JUMAAT) | 3.15 PETANG

DATARAN DARULAMAN, BANDAR DARULAMAN

JITRA, KEDAH

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

 

Alhamdulillah rabbil alamin,

Nahmaduhu wa nusalli ‘ala Rasoolihil Kareem,

Wa ‘ala alihi wa ashabihi ajma’in.

 

Saudara,

YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail,

Menteri Dalam Negeri, selaku tuan rumah bersama AADK dan keluarga Narkotik dan KDN;

 

Saudara saya,

YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor,

Menteri Besar Kedah;

 

Rakan-rakan dan Kerajaan Negeri;

 

YB Puan Fadhlina Sidek,

Menteri Pelajaran;

 

 

Dato’ Shahrol Anuwar Bin Sarman;

Ketua Setiausaha Sulit Kepada YAB Perdana Menteri; dan

Semua hadirin yang dimuliakan.

 

  1. Alhamdulillah kita dapat bersama-sama. Pada mulanya acara ini patut diadakan di Kuala Lumpur, tetapi bercanggah dengan acara dan sebab Saifuddin mahu berikan dukungan kuat kepada usaha kegiatan Antidadah khususnya agensi AADK, maka diadakan di Kedah dan saya rasa sesuai kita terus ke lapangan.

 

  1. Kerana kalau United Nations punya pandangan seperti mana terpapar, dia suruh “Break the Cycle”. Saya tidak tahu macam mana mahu “Break the Cycle”, masalah ini kita ikuti tanpa kecuali salah seorang daripada keluarga dekat atau keluarga jauh memang ada pengalaman sebagai penagih ataupun terjebak dengan permasalahan dadah.

 

  1. Jadi, bagaimana kita hendak pertama, “Invest in Prevention” dan keduanya “Break the Cycle.” Dan ini dilontarkan sebahagiannya oleh saudara Saifuddin langkah-langkah yang harus diambil. Pelbagai cadangan dikemukakan tetapi kita tahu sementara AADK, Bahagian Narkotik dan PENGASIH, Skuad Antidadah, dan pelbagai usaha pendidikan di Kementerian Pendidikan, Pendidikan Tinggi cara-cara latihan, kegiatan dakwah oleh badan-badan Islam, tetapi masalah ini masalah sangat mengancam kedudukan terutama masyarakat Melayu.

 

  1. Dan kalau kita lihat jumlahnya itu memang menakutkan. Hilang produktiviti, lumpuh semangat dan walaupun jumlah penduduk ramai tapi kita boleh asingkan terus sekelompok yang tidak mungkin ada upaya untuk memberi sumbangan. Jadi sebab itu dari segi dana, kemudahan, kelengkapan, kita cuba ikhtiar meningkatkan.

 

  1. Saya mulakan dengan pengurusan yang cekap, tatakelola yang baik, elak ketirisan dan latih pertamanya bidang penguatkuasaan dan rakan-rakan agensi yang tunjuk komitmen yang baik betul-betul. Dan kalau mereka tidak tunjuk komitmen, iltizam yang jelas untuk menyelamatkan bangsa dan negara, dia tidak akan berhasil. Kita harus ada sikap yang lebih tawaduk seperti mana yang disebut oleh Saifuddin tadi bahawa bukan tidak ada usaha yang sebelumnya. Saya sendiri pengalaman dulu pernah pergi dan lihat sendiri langkah-langkah diambil, cool room, tengok keadaan menyeksakan, dia baik kemudian rosak semula.
  2. Ada pandangan anak Presiden Reagan, saya ingat lagi. Anak Presiden Reagan itu penagih. Dia ulas dengan sangat jujur. Dia kata orang yang mengusahakan ikhtiar dan menyelamatkan itu dia ikut angka. Tetapi bagi dia yang terselamat, walaupun dia berjaya dalam program pemulihan tetapi dia melalui satu penyeksaan yang sangat pedih. Bahawa pengalaman itu melukakan dia, menyiksa dia walaupun dia di antara segelintir kecil yang kemudiannya terselamat. Itu kenyataan jujur itu yang amat mengesankan. Memberikan suatu keinsafan bahawa orang-orang yang memberikan pandangan ini, hal yang mudah boleh diselesaikan itu tidak benar.

 

  1. Ekosistem Malaysia ini negara aman dan stabil, ekonomi berkembang. Ada tarikan dengan sendirinya ke arah kebaikan dan ke arah kemudaratan Apa dia kemudaratan? termasuk penyeludupan. Penyeludupan yang sangat berkesan: dadah, pelbagai bentuk arak, perdagangan manusia, rokok yang dilarang, semuanya masuk dengan begitu mudah.

 

  1. Maka cadangan dari Kementerian Dalam Negeri untuk ada agensi khas mengawal sempadan telah diwujudkan dan diletakkan tokoh-tokoh yang berwibawa, yang tegas, yang mempunyai prestasi yang baik untuk mengepalai dan menangani permasalahan ini. Mudah-mudahan, saya harap dengan sekarang ini, saudara Shuhaily dapat meneruskan kerana tahu tanggungjawab yang besar serta amanah untuk menyelamatkan anak-anak bangsa dan negara kita.

 

  1. Saudara saudari, dalam hal ini umpamanya, sempadan kita tentu terlalu luas, ini maritime nation, transshipment Kita dituduh baru-baru ini oleh Amerika Syarikat, kita bersekongkol dengan bawa barang-barang yang dilarang oleh Amerika. Transshipment ke negara-negara lain, dari Iran dan sebagainya. Sebahagian daripada tuduhan itu palsu. Tetapi kalau ada bukti kita memang ambil tindakan. Tapi saya hendak tunjukkan bahawa bagaimana cekap pun dia tidak mudah kerana boros sempadan, darat dan lautan malah mungkin juga udara.

 

  1. Jadi sebab itu agensi penguatkuasaan, Bahagian Narkotik, Agensi Antidadah, badan-badan swasta, sivil society harus berusaha, bekerjasama dengan lebih berkesan – is a total effort, kerjasama sepenuhnya. Saya minta maaf, saya belum pasti, yakin dengan langkah-langkah. Pertama, menghalang kemasukan, sebab terlalu mudah. Selalu orang menyindir, dia kata kita tangkap penagih, tetapi pengedar besar selalu selamat, itu tuduhan. Tetapi kita tahu menangkap pengedar besar itu bukan perkara mudah kerana orang itu jauh lebih canggih, jauh lebih berwibawa, jauh kuat dananya. Dan saya ada pengalaman.

 

  1. Umpamanya mereka tangkap golongan-golongan perasuah-perasuah besar. Yang menjadi pembela mereka itu banyak, di dalam Parlimen, di luar Parlimen dalam ceramah-ceramah membela orang-orang yang nyata menggondol kekayaan berbilion ringgit. Saya aneh berlaku dalam negara kita. Bagaimanapun boleh begitu rupa? Begitu juga kalau tindakan kita harapkan dari agensi sempadan dan Antidadah Kebangsaan. Kita harus ingat, itu tidak mudah. Tangkap anak-anak kecil, ikan kecil, itu mudah. Tapi sebaik saja kita menghalang kepada perasuah besar, risiko kepada pegawai dan penjawat awam, risiko kepada sistem, malah tidak hairan kalau ada dana-dana yang disalurkan ke orang-orang itu yang jadi jurucakap.

 

  1. Pengalaman saya khusus dalam soal dadah membingungkan. Saya tidak pernah fikir sebelum saya menjawat jawatan Perdana Menteri, bahawa bila melawan kuasa-kuasa besar itu menjadi satu yang sangat sukar. Kerana mereka punyai dukungan dana, penyokong, termasuk dengan civil society. Bayangkan di kalangan apa yang disiasat tentang kuasa-kuasa besar di negara kita, mana ada suara. Dari orang politik, dari persatuan-persatuan, dari civil society, paling minima suara mereka.

 

  1. Ini satu pengajaran bagi kita, kalau melawan dia harus mengikat satu semangat dan kekuatan dan iltizam yang kukuh dari kalangan penjawat awam, pegawai-pegawai yang diberi amanah. Ini bukan mudah. Tetapi saya beri jaminan, baik Menteri dan saya dengan segala kekuatan yang ada pada Kerajaan, percayalah, baik Ruslin nanti, Shuhaily ingat bahawa kita akan pertahankan dan memberi seluruh sokongan supaya berjalan dan bergiat dan berkesan.

 

  1. Ada minta pegawai tambahan, ada minta dana tambahan, itu kita boleh ikhtiar. Tetapi kita mahu lihat kesannya. Kerana kita tengok dalam Anti Narkotik, kadang-kadang ketua ini tindakan minima. pangku orang ini tindakan maksima, jadi dia bergantung juga kepada keupayaan dan komitmen pegawai dan pengurusan berkenaan.

 

  1. Jadi saya harap dalam soal anti dadah ini, percayalah kita harus berbuat sesuatu, kerana anak-anak kita terbiar begitu, bukan puluhan ribu ratusan ribu yang berdaftar dan tidak berdaftar dengan agensi Kerajaan, tetapi ini satu yang betul-betul merugikan. Dan seperti yang dibaca tadi, kelompok miskin kelompok yang paling lemah pendidikannya dan belum tentu masa depan mereka. Porak peranda keluarga, diri mereka, keluarga mereka, masyarakat mereka dan tentunya negara, apa lagi ini majoritinya di kalangan anak-anak Melayu, orang-orang Islam.

 

  1. Saudara saudari, kita boleh tumpu hal ini kerana saya sebut tadi negara ini stabil. Kita cuba ikhtiar apa yang mampu kita lakukan untuk kebaikan negara, pertama saya katakan tadi biar sistem yang stabil. Semalamnya, dari petang sehingga malam, saya berulang bicara dengan pemangku Perdana Menteri Thailand dan Perdana Menteri Cambodia. Kerana kedudukan Malaysia dan hormat mereka kepada kita. Bayangkan saya boleh bagi pandangan saya, please Prime Minister, on behalf of your friends in Malaysia, please stop immediately ceasefire. Mereka setuju, tetapi ada yang meminta masa sebab dia kata tentera sudah ada di sempadan mereka harus ada waktu sedikit untuk di mobilize tentera keluar.

 

  1. Saya syukur alhamdulillah, kerana bila bicara kedua-dua mereka, mereka sambut dengan hormat, sebab apa? sebab Malaysia ini negara aman dan stabil, sebab itu ramai yang cemburu, orang dalam dan orang luar. Sebab negara ini ekonominya masih membangun, walaupun dengar sekarang ceramah “hancur ekonomi, orang melarat miskin di mana-mana, tahun ini sahaja, tiga tahun sudah, tidak”. Jadi itu tak apalah, helah politik. Tetapi kita tahu banding dengan negara-negara jiran kedudukkan kita, saya turunkan harga minyak yang bukan mudah saudara-saudara, RM1.99 mereka kata, “oh! Thailand turun dulu”, tengok harga Thailand minyak berapa? tengok Singapura berapa? tengok Indonesia, Filipina berapa? kita jauh lebih rendah dan kita rendah untuk rakyat Malaysia.

 

  1. Jadi tak ada langsung syukur. Tapi kalau baca, kalau ucapan, ‘la’in shakartum la azeedannakum wa la’in kafartum inna ‘azaabee lashadeed’. Ya, tak setuju tak apa dalam banyak perkara, tapi yang sudah betul kita buat bukan mudah saya nak beritahu sebab itu saya tangguh berhari-hari kerana nak kira berapa belanjanya, berapa implikasi kewangannya, berapa yang kita dapat, tetapi ada yang kata “beza ini sedikit sahaja, 6 sen”, dia tak dengar penerangan kita, bukan 6 sen harga minyak sekarang ini dalam pasaran lebih dari RM2.50 sen. Jadi untuk orang-orang asing, kita tak bagi dana subsidi RM2.05 sen itu kerajaan subsidi 50 sen.

 

  1. Saya nak tanya, sebab apa kena subsidi kepada orang asing yang tak bayar cukai? Sebab apa nak subsidi minyak kepada syarikat-syarikat asing yang begitu banyak? Mengapa nak subsidi minyak orang datang dari Thailand, datang dari Singapura ratusan ribu setiap minggu dan menelan belanja ratusan juta ringgit? Mengapa kita harus subsidi? Ada juga seorang pemimpin pembangkang mengatakan, “jangan, kita harus jaga orang asing pun, dia bagi sumbangan kepada negara” itu saya tak faham. Di dunia mana orang asing itu diberi layanan sama dengan warganegara? Tak ada. Di dunia mereka sahaja.

 

  1. Jadi saya pelik, bukan kita tambah cukai, tak. Kita suruh dia bayar harga pasaran. Kalau harga RM2.60, bayar RM2.60. Rakyat RM1.99. Bukan kita dengar mereka harga pasaran RM2.60, kita letak RM3.50 atau RM9.00 macam di Singapura. Tidak. Cuba bayangkan dan fikir, berapa di Singapura? Ya Singapura tidak ada minyak betul, Thailand? Thailand ada minyak. Kita ada Joint Development Authority yang gali minyak bersama Petronas dengan PTT Thailand, yang gali minyak daripada bumi Malaysia dan bumi Thailand.

 

  1. Jadi saya harap hal-hal ini jangan diremehkan, boleh macam disebut tadi kalau dalam soal dadah di mana Menteri Dalam Negeri dan Menteri Besar boleh bekerjasama begitu juga dalam membangunkan negara. Tidak bermakna tidak boleh berbeza pendapat. Tetapi macam kita bagi, “oh bagi RM100” Siapa kata RM100? RM100 itu tambahan daripada tiga belas ribu juta ringgit – RM13 bilion menjadi RM15 bilion ringgit. RM100 seorang, kalau ada anak dengan isteri, kalau isteri satu, RM200 kalau isteri dua, RM300. Sanusi tepuk pasai apa ha ha ha (nada seloroh). Kalau anak lagi ada, jadi RM400, RM500.

 

  1. Kalau tanya saya, kalau ada wang dana kita katalah macam kita dulu 90-an, pertumbuhan ekonomi 11% tak ada masalah tarif Trump ini semua, kita boleh bagi lebih. Jadi saya harap dapat.

 

  1. Tol? Tol itu perjanjian. Saudara-saudari, perjanjian dia bukan saya buat, perjanjian ini dibuat dulu. Apa perjanjiannya? syaratnya? mesti naik tahun ini. Maknanya tol mesti wajib naik ikut perjanjian, kalau tak naik, kerajaan kena bayar. Tapi kita naik ke tak? Sebab ia membebankan rakyat dalam keadaan resah sekarang ini. Jadi sebab itu kita kata, jangan naik. Jangan naik maknanya apa? Maknanya kita kena bayar RM500 juta, RM2 bilion dari STR, 1 bilion turun harga minyak, RM500 juta tol tak naik. Tak apalah tak ucap terima kasih pun janganlah kutuk aku lagi, aku dah ikhtiar dah, itu yang saya minta. Masalah tu pun tak apa, sekejap lagi saya turun takkan nak duduk atas pentas selama-lamanya (nada seloroh).

 

  1. Baik, jadi saya harap hal ini, kesempatan saya selepas pengumuman itu jumpa rakyat di Kedah, saya harap boleh faham. Ada boleh kita beza dalam beberapa hal. Saudara bayangkan Israel serang Iran, sebelum itu serang Gaza, hari ini serang Gaza, hari itu serang Iraq, serang Syria serang Lebanon, ini apa punya jahat, satu kerajaan yang boleh buat sewenang-wenangnya. Tapi negara-negara Islam kerana lemah dan tidak bersatu nak telefon bagi sokongan kepada Presiden Iran pun tak berapa berani. Bukan nak hantar tentera nak telefon kata, “Please, Mr President kita sokong tindakan yang diambil pertahankan maruah dan dignity dan independence of the Iran lawan Israel. Tapi saya fikir juga dengan tarif dengan Trump tak selesai lagi, dengan Gaza kita ada lantang, nak cakap tak dengan Presiden Iran? Saya pilih untuk bercakap. Saudara tahu sebab apa saya ada berani itu? sebab saya tahu rakyat bersama kita. Kita tahu rakyat negara ini stabil, politiknya stabil, dan ekonominya berkembang. kita boleh bercakap kalau tidak tak beraninya tak usah temberang lah, tak berani kalau negara itu pun kucar-kacir, mampus ditekan sekali. Itu pun perisikan Israel ditangkap, polis tangkap dan yang terlibat siapa dia? yang bersekongkol suami isteri yang ditangkap orang Islam, isteri yang pakai tudung tapi kerja dengan perisikan Israel, orang Melayu di Malaysia.

 

  1. Jadi kita tak pandang ringan cabaran ini. Cuma apa erti negara merdeka kalau sampai nak telefon kawan kita yang tertekan diserang Israel, bila diserang Israel, semua negara Eropah dan Amerika serang dia pulak. Kata dia tak boleh serang balas. Jadi saya kata, Malaysia terpaksa menyuarakan, maka saya telefon saya kata “Mr President, on behalf of the Government and the people of Malaysia, saya setuju dengan tindakan, kami sokong tindakan Iran untuk serang Israel, untuk mempertahankan Iran.” Itu kenyataannya saudara-saudara, saudari-saudari. Dua (2)hari yang lalu saya dapat maklumat daripada Gaza. Ada satu perkampungan 15,000 keluarga, dua hari tak ada makan tak ada minum kerana sekatan Israel dan seluruh kekuatan negara Islam tiada upaya kerana Israel dengan Amerika Syarikat. Jadi maklumat dia, dua hari tidak ada air, tidak ada makanan, orang dewasa mulai lemah, anak-anak kecil dan bayi mati bergelimpangan.

 

  1. Saya di pejabat, tak terungkap kata. Nak bagi wang, tak boleh sampai, nak beli barang, tak lepas sempadan. Nak cakap saya dah bercakap dengan Emir Qatar, dengan Arab Saudi, dengan MBZ (Mohammed bin Zayed Al Nahyan) UAE, dengan Presiden Abdel Fattah El-Sisi saya dah dengan Presiden Iraq dengan Presiden Syria baru-baru ini semua sudah, dengan kawan-kawan kita, termasuk Prabowo Indonesia. Jadi saya kata apa lagi, maka saya buat kenyataan seruan kepada semua Perdana Menteri dan Presiden dunia termasuk Presiden Donald Trump, Amerika Syarikat “Tolonglah hentikan serangan ke atas Gaza dan berilah ruang, saluran makan minum dan ubat kepada penduduk-penduduk Gaza dan Palestin.”

 

  1. Itu yang kita mampu saudara-saudara, jadi bukan kita duduk di Putrajaya itu seronok relax tidak, saya semalam baik-baik ada ruang itu dengan Thailand dan Kemboja, dan saya minta Menteri Luar ambil tindakan susulan dari maklumat tadi mereka setuju untuk menghentikan serangan, tapi mereka meminta waktu sekali lagi nak berunding.

 

  1. Dengan soal Gaza petang semalam, walaupun saya tahu orang perlekeh kepada saya, kata saya telefon, telefon, aku tak larat nak terbang jumpa Erdoğan, tapi saya telefon kerana saya tak ada hubungan peribadi dengan Presiden Trump dan saya minta Presiden Erdoğan, semalam saya telefon dia, saya “My dear brother, President Recep Tayyip Erdoğan, please, bagi pihak negara-negara Islam dan juga rakyat, tolonglah cari jalan, hubungi sekali lagi Presiden Donald Trump. Telefonlah dia dan bagi tahu bukan sahaja deritanya di Gaza tetapi umat Islam juga sangat terasa dan di Malaysia ini ramai juga yang bukan Islam yang punya perasaan yang sama.” Jadi Presiden Erdoğan janji dia cuba, dalam beberapa hari lagi telefon kepada Presiden Trump dan memohon, meminta dia menekan Netanyahu yang gila supaya menghentikan serangan.

 

  1. Saudara-saudara, saudari-saudari, saya mohon maaf kerana saya ambil kesempatan untuk menjelaskan beberapa perkara yang saya rasa dekat dengan hati saya, dan harus ditangani, diketahui oleh rakan-rakan. Saya tak kiralah orang nak perlekeh, nak peleceh, hendak buat semua itu, tetapi saya tidak datang untuk menjawab itu semua, saya datang untuk menerangkan. Allah bagi kita amanah, kita laksanakan dengan sebaiknya. Ada kelemahan, kita cuba baiki. Ada teguran, kritikan kalau benar, kita cuba juga perbaiki.

 

  1. Semoga Allah Ta’ala memberikan kekuatan kepada kita. Dan jangan lupa mauduk asasnya tentang masalah dadah kita tangani bersama.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Share: