TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS PELANCARAN FAKULTI KECERDASAN BUATAN DAN KEJURUTERAAN (FAIE) MMU & PROGRAM TEMU ANWAR

18 August 2025

 

TEKS UCAPAN

 

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

 

MAJLIS PELANCARAN FAKULTI KECERDASAN BUATAN DAN KEJURUTERAAN (FAIE) MMU & PROGRAM TEMU ANWAR

 


18 OGOS 2025 (ISNIN) | 2.00 PETANG

DEWAN TUN CANSELOR MMU CYBERJAYA

 

 

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin,

Nahmaduhu wa nusalli ‘ala Rasoolihil Kareem,

Wa ‘ala alihi wa ashabihi ajma’in.

 

Rakan-rakan Menteri;

Pengerusi Lembaga dan Ahli-ahli Lembaga;

 

Dato’ Profesor Dr. Mazliham bin Mohd Su’ud,

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia Universiti (MMU);

 

Ketua Setiuasaha Negara (KSN); dan

Seluruh tenaga pengajar, rakan-rakan dan anak-anak yang dikasihi sekalian.

 

  1. Terima kasih kerana sambutan yang begitu meriah pada petang ini dan terima kasih kepada Universiti Multimedia yang masyhur di negara kita. Sebab itulah ini di antara universiti terakhir yang kita adakan Temu Anwar, sebab terlalu famous, saya tak berani datang takut soalan-soalannya susah. Dan juga saya ucap tahniah kepada universiti, Presiden dan pimpinannya, dapat memperkenalkan Fakulti AI dan Kejuruteraan, di antara fakulti utama yang dapat mendepani cabaran baru kita dalam soal digital, transformasi digital dan AI dalam negara ini, jadi saya ucap tahniah dan mengharapkan sesuatu yang istimewa.

 

  1. Saya ingat dua (2) tahun yang lalu, saya ingat saya ke masjid untuk solat Jumaat, janji untuk datang dan di situlah disinggung tentang pembentukan atau peluncuran Fakulti AI dan Kejuruteraan di Universiti Multimedia dan tentunya saya sambut dengan begitu hangat, kerana teras atau tonggak dalam Kerajaan MADANI terutama dalam program ekonominya adalah transformasi digital, sehingga kita wujudkan Kementerian Digital dalam negara ini.

 

  1. Kemudian kita usulkan supaya universiti utama negara kita mula perkenalkan dan yang saya usulkan Fakulti AI di UTM, tetapi sambutan dari Universiti Multimedia itu walaupun belum diusulkan telah pun mewujudkan Fakulti AI ini, terima kasih banyak. Kerana pimpinan universiti ini harus ke depan, sebab itu Saudara Zamry tahu saya selalu sebut universiti ini sebagai wahana penting dalam dunia ilmu, itu matlamat dia apa dan strateginya? Itu seolah-olah dalam ungkapan mudah, kita kata menggapai di langit. Maknanya teknologi baharu, disiplin baharu hendak dikuasai, hendak diterokai, jadi menggapai di langit. Yang baharu, yang mencabar. Disiplin, saya katakan teknologi baharu, AI. Tetapi seperti mana kita lihat tadi, robot dengan silat menggapai di langit tapi mengakar ke bumi, dia tidak tinggal budaya dan nilai negara kita. Dan ini cabarannya. Jadi saya nak mulakan dengan ini.

 

  1. Pagi tadi saya di Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri dan saya singgung tentang laporan terbaru daripada dari United Nations University dan juga McKinsey report, mengenai apa yang disebut sebagai Productivity Paradox. Dan berikutnya dalam AI disebut ‘Gen AI Productivity Paradox’. Apa maknanya? Bila tahun 80-an, 90-an kita perkenalkan komputer umpamanya. Kemudian kita katakan di pentadbiran negara harus paperless atau paper less, kerana kemudahan baru. Tapi di beberapa jabatan dan institusi bukan paper less dan paperless tetapi hasilnya paper more, kerana suntikan dana yang besar untuk memberikan teknologi baharu tidak semestinya difaham, dihadam dan dilaksanakan seperti mana untuk memenuhi matlamatnya.

 

  1. Dan saya singgung juga pandangan Peter Drucker tahun 90-an, tatkala mantera ekonomi dari Ronald Reagon kepada Margaret Thatcher semuanya manteranya privatization, kerana andaiannya apa? privatise untuk jamin efficiency. Maka berlakulah privatization dari Amerika ke England sampai ke malaysia. Tapi kadang-kadang kita lupa prosesnya. Kita privatize tanpa proses ketelusan, tatakelola yang baik. Kita privatize kepada syarikat-syarikat kroni atau keluarga yang pernah disebut oleh Ketua Pembangkang pada ketika itu, Lim Kit Siang, sebagai bukan privatization tetapi ‘pirate-tization’ dan tidak ikut proses. Dan akibatnya apa? Banyak syarikat- syarikat yang dulunya diberikan dengan harapan, faedah kepada negara dan rakyat, akhirnya terpaksa ditampung oleh Kerajaan kerana kerugian besar dan menjadi beban hutang yang besar yang harus di langsaikan oleh Kerajaan.

 

  1. Sebab itu apa pun kita sebut, computerization, digital transformation, AI, prinsip good governance itu mesti jadi tonggak. Dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13), apa yang kita sebut? Tadi, saya katakan dalam pendidikan menggapai langit akar ke bumi, kita kata, rancangan kita dan anak-anak harus fikir ini. Anak-anak di sini untuk menjayakan negara ini, supaya kita angkat, tinggikan bumbung, “Raised the ceiling” dari segi ekonomi, pelaburannya, kecanggihan teknologinya, keberhasilannya, tetapi kalau “Raised the ceiling” tanpa raising the floor, gap akan terus melebar. Jadi “Raised the ceiling” supaya menjamin economic fundamentals and economic success itu terlebih baik, tetapi dalam masa yang sama menjamin seluruh rakyat, prinsip inklusiviti. Di bandar, desa, pedalaman, kaya, miskin, Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, “Raise the floor” supaya semua rakyat dapat manfaat daripada pertumbuhan ini. Ini yang dikata “Raising the ceiling”, “Raising the floor”.

 

  1. Third fundamental – Tonggak Ketiga dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) ini adalah soal tatakelola (governance). Kalau “Raising the ceiling”, “Raising the floor”, raise corruption, raise abuse of power, raise cronyism, negara tidak akan ke mana. Sebab itu ketiga-tiga prinsip ini harus di ingat. Jadi dalam hal ini kita belajar dari pengalaman yang lalu.

 

 

  1. Profesor-profesor mungkin sedia arif tentang salah seorang political economic yang terkenal, Mancur Olson, apa dia kata? kita andaikan bila privatise itu lebih efisien, lebih adil, dan memberi lebih memberikan faedah kepada pekerja pekerja dan syarikat dan negara. Andaian itu sebahagiannya tepat, tapi tidak semuanya. Dia bagi satu bandingan yang anak-anak muda renung betul-betul cerita dia. Dia kata dahulu kala, bila sang penguasa, raja-raja berkuasa, kadang-kadang ada yang adil, tapi ada yang warlord, yang zalim. Setiap tahun dia pergi jelajah ke daerah-daerah, punggah segala kekayaan, ambil lembu dan kambing dan harta rakyat. Kalau anak gadis cantik, terus diangkut bersama. Ini kita tengok kisah-kisah silam termasuk dalam sejarah kita. Tapi dia lakukan hanya setahun sekali, itu dikatakan rampokan ataupun rompakan yang dilakukan oleh penguasa. Annual event, dia pergi tahun depan negeri lain atau daerah lain.

 

  1. Tapi kalau privatization itu tidak ikut kaedah dan telusnya, rompakan itu berlaku setiap minit. Tenaga, connectivity, bukan Salim, tidak lah, ini saya cerita contoh, janganlah terasa pula (nada berseloroh). Telekom, kalau prinsip tatakelola, fairness, justice, good governance tidak dipatuhi, is piratization by the minute, robbery by the minute. Alike the past, historical antecedents where you find robbery happens only one year. Ini peringatan kepada kita, itu maknanya teknologi yang kita kejar mesti ambil kira soal-soal prinsip ini.

 

  1. Saya kembangkan lagi, oleh kerana ini universiti saya hendak singgung juga beberapa pandangan-pandangan tokoh-tokoh. Tadi saya sebut Mancur Olson, tapi yang lebih terkenal dari sudut pengurusan, management, guru pengurusan yang terkenal, Peter Drucker. Dia tulis tentang “The Culture of Contentment” rasa selesa. Bila you privatise, you ingat lebih cekap. Tapi kata Peter Drucker, adakalanya pengurusan jabatan kerajaan itu lebih cekap dari yang diswastakan, ataupun pengurusan lama itu lebih baik daripada pengurusan yang kononnya diswastakan. Contohnya MAS – Malaysia Airlines, tersohor sebagai di antara syarikat paling maju di rantau ini, bila diswastakan dengan kaedah yang tidak telus, lingkup, berbilion kita tanggung, barulah dalam 2-3 tahun ini naik semula.

 

  1. Jadi kata Peter Drucker, dia bukan hukum, mesti berlaku kalau privatise ianya begini, tidak. Prinsipnya masih tatakelola, proper governance, proper policy dan elakkan daripada penyelewengan rasuah, untuk menentukan ia berhasil baik.
  2. Baik, sekarang saya balik babak akhir sebelum kita adakan dialog ini. Selain daripada tahniah kepada Fakulti AI dan Kejuruteraan, ini tujuan utama kita ya, salute. Saya hendak sebut tentang yang saya ulas tadi mengenai laporan dari United Nations University, dan juga McKinsey report, McKinsey report itu tebal, saya baca summary nya semalam. Apa kebimbangan mereka?

 

  1. Sebelum itu saya bincangkan kebimbangan kita selama ini yang kita sebut. Bila sampai ke universiti yang bercakap teknologi baharu, digital, AI, concern kita ialah soal nilai dan values, mengakar ke bumi. Di United Kingdom baru-baru ini, salah satu persatuan Islam terkenal gunakan ChatGPT untuk dapatkan satu ayat Quran yang boleh memenuhi keperluan ucapan mereka, ataupun tahniah mereka kepada ahli-ahli. Jadi tanya ChatGPTplease give me one ayat from any surah to describe welfare and well wishes to everybody.Zoom…jawab, dia tengok impressive, bunyi macam Al-Quran, tersebar seantero dunia. Kemudian bila ditegur, rupanya bukan. Sebab itu human element tentang nilai, tentang input kefahaman agama, budaya, nilai itu penting. Sebab itu bagi kita, Fakulti AI, pendedahan AI kepada rakyat kita supaya menguasainya itu sangat kritikal untuk memenuhi.
  2. We don’t have a choice. If this country Malaysia wants to move ahead, ensure success, we must move with the times, including mastery over digital technology and AI. That’s not me. We should be solely dependent on the Western technology or Eastern. We must have that resolve ingenuity to train our young, to be able to master it and keep it. So that is consistent with our faith and values, itu yang penting.

 

  1. Saya tanya rakan-rakan Kabinet tahu, ketua Microsoft, ataupun ketua Infineon, atau dari Nvidia, semua, saya selalu tanya: “yes, we need that technology, but how do you resolve this.” Semuanya jawab tanpa kecuali: “we must create this talent among our young, to ensure that we master the subject and give the design input, so that the output from this new apps will meet our requirements. Ini jawapannya, mengapa saya anggap MMU ini gedung universiti yang penting untuk menjawab dan memenuhi keperluan negara kita.

 

  1. Satu bidang lain yang disebut dalam laporan UPU dan McKinsey report, dan saya dengar ada juga tadi profesor bilang, sebut tentang mungkin dari Harvard dan sebagainya, iaitu kadangkala mastery of AI ini untuk efficiency. Berapa kita belanja? bilion. Kalau combine Menteri Komunikasi, Fahmi dengan Menteri Digital, allocation untuk digital dengan syarikat-syarikat telekom, dengan MCMC, dengan KPT, dan AI di sekolah, itu sudah mencecah puluhan bilion ringgit.

 

  1. Soalannya, apakah ia memenuhi matlamat kita? Pertama, penguasaan mungkin. Connectivity untuk semua inklusif, mungkin. Kepastian dia memberi manfaat kepada rakyat terbanyak supaya jangan lagi berlaku kesenjangan yang melebar. Kita cakap soal inequality, inequity. Yang the rich, yang kaya bertambah kaya, yang miskin, papa kedana, itu slogan saya masa di universiti dulu. “Yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana.” Sebab itu kita katakan harus ada tindakan supaya kesenjangan ini tidak terus melebar dan membengkak, ia harus dirapatkan. Itu diantara tugas kita dalam multimedia dan dalam connectivity dan dalam digital transformation.

 

  1. Tetapi laporan ini bagi saya mengejutkan, sebab itu saya beritahu KSN dan perhimpunan tadi, saya kata minta dalam satu tempoh Kementerian Digital menyelaraskan dan tanya bagaimana kita hendak nilai? Setelah dana puluhan bilion, teknologi canggih dan baru, bagaimana kita hendak dinilai efficiency kerana dalam laporan saya bacakan tadi, setelah AI dan digital, kadar efficiency produktiviti itu tidak semestinya commensurate dengan progress dan acquisition of this new technology. Jadi bagi saya, ini research United Nations University, McKinsey dan banyak lagi sehinggakan JP Morgan kalau tidak salah saya menghentikan pendedahan ChatGPT kepada pegawai-pegawai dia melainkan satu bidang yang tertentu. Tetapi kebanyakan laporan menyatakan, ada sedikit kemajuan tapi tidak setimpal dengan sumbangan dan dana yang diberikan. Anak-anak faham apa yang saya hendak sampaikan?

 

  1. Acquisition of this nation technology is necessary. No question. The question is whether that acquisition with that amount of resources report in is giving the right result? Result means mastery of the technology. Yes. Result means ensuring justice and equity. Result means protect our own face, culture and moral values, but result means ultimately productivity. Ini soal-soal yang kita harus tanya, bukan sahaja acquisition of knowledge and expertise, tetapi apakah dia dapat menghasilkan produktiviti yang baik kerana kebimbangan telah disuarakan oleh badan-badan internasional dan penyelidikan yang menunjukkan kita harus menyoal untuk perbaiki. Jadi itu dia.

 

  1. Akhirulkalam, kepada anak-anak saya nak sebut di sini, universiti ini memberikan pendedahan yang jauh lebih baik dan kemudian lebih baik dari banyak universiti lain yang saya tahu. Tetapi saya nak ingat, peringatan saya, insaflah. Manfaatkanlah kemudahan ini. Saudara-saudari, anak-anak akan menentukan corak masa depan negara dan negara telah menetapkan tonggak kemajuan negara ini termasuk penguasaan teknologi baharu ini. Ingat, kita ini anak Malaysia yang cintakan negara kita, yang harus bersatu, hentikan budaya rosak, bobrok yang berlaku, sama ada rasuah di peringkat atasan, buli di sekolah dan universiti, perpecahan dan kebencian antara kaum, ini semua harus difikirkan, supaya negara kita lebih terjamin.

 

  1. Sudah 68 tahun merdeka tidak habis-habis lagi bergaduh, ajak bergaduh bukan atas fakta, bukan atas reason semua lulusan university, tetapi bahas cara yang hambar dan bobrok. Bicara soal kebencian antara kaum, menghina agama, menghina warna kulit, ini bukan maknanya pendidikan. Pendidikan itu mengangkat martabat manusia. Pendidikan itu ertinya dengan ilmu menjadi manusia itu yang baik.

 

 

  1. Sebab itu, saudara-saudara kena ingat. Saya harap anak-anak pertahankan ini. Sampaikan salam kepada ibu bapa dan rakan-rakan. Beritahu negara ini harus diselamatkan daripada unsur-unsur begini. Tidak malukah kita? Sekolah, universiti, institut, hospital penderaan, buli. Ini apa? Manusia atau binatang? Kalau manusia mesti pertahankan nilai insaniah kemanusiaan. Siapa yang jadikan kita? saya Melayu, Gobind-Sikh, yang Cina. Terima ini sebagai ketentuan dan bijaksana Allah. Tetapi Allah angkat darjat kita, karamah insaniah kita.

 

  1. Jadi pendidikan saya harap profesor-profesor yang ada di universiti sementara tumpukan soal teknologi dan AI jangan tinggalkan soal kemanusiaan ini. Negara ini mesti dipertahankan, diselamatkan dan saya yakin saya hampir semua universiti utama saya telah hadir di negara ini. Sabah, Sarawak dan seluruh semenanjung dan bila saya lihat anak-anak ini dengan harapan mereka, kecerahan mereka saya sangat optimis. Negara ini boleh diangkat sebagai negara yang maju dan hebat. Tetapi jangan biarkan kelompok-kelompok kecil berdebah penghasut merendah, meremehkan, menghina orang, jangan izinkan. Lihat kadangkala debat-debat di parlimen, kebencian ini ditanam. Dia tidak peduli soal AI, digital. How we have to compete to ensure that we succeed, they are not interested. It’s just to instill, hatred so the seed of discord amity, and that is not in line with our values, or cherish ideas.

 

  1. Hari ini pesan saya, anak-anak setelah kita secara rasmi mengumumkan penubuhan Fakulti AI dan Kejuruteraan yang membanggakan saya juga secara peribadi, saya juga ingin mengajak anak-anak supaya fikir sama sebagai suatu tanggungjawab bersama dan selepas ini dalam acara Temu Anwar saudara punya kebebasan untuk tanya apa sahaja soalan, yang mudah saya jawab, yang susah Menteri-menteri saya jawab. Fair! Lagi susah Presiden jawab. Nama pun presiden, saya Perdana Menteri sahaja (nada seloroh). Baik, jadi gunakan ruang ini. Tidak ada masalah, tidak ada sekatan. Ini maknanya kebebasan. Kebebasan ini berhak bersuara, bukan berhak maki orang dan fitnah. Bukan berhak menghina kaum dan agama. Berhak untuk menyatakan pandangan, berbeda pendapat, menegur dan mengkritik. Kemudian saya boleh terima kritik ikhlas dari anak-anak.

Wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

 

SESI Q&A TEMU ANWAR

 

Soalan 1: Osker bin Jemilai, Foundation of Engineering, MMU

Dato’ Seri, dengan perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI), apakah langkah Kerajaan untuk memastikan jurutera AI di Malaysia mendapat peluang pekerjaan yang mencukupi dan setanding dengan pasaran global?

 

Jawapan YAB Perdana Menteri:

Terima kasih. Habis study dululah baru fikir berapa gaji (berseloroh).

Baik, sekarang ini disiplin AI itu dianggap strategik. Dan kita lihat umpamanya Malaysia jadi hab dari sudut Data Centre AI di rantau kita, dan pelaburannya tinggi.

Saya lihat umpamanya di bidang kejuruteraan AI, permintaan terlalu tinggi. Syarikat umpamanya, Jerman Infineon — dia mohon, anak-anak yang lulusan kejuruteraan dan AI itu diperlukan sekitar 4,000 yang masih belum dapat dipenuhi. Ada yang dianggap puluhan ribu.

Saya percaya gaji ini juga terikat dengan demand. Bila demand tinggi, gaji itu lebih tinggi. Tapi saya syorkan anak-anak, tumpu expertise kita, latihan kita, dan saya yakin dengan perkembangan ekonomi sekarang dalam jurusan-jurusan seperti kejuruteraan, digital dan AI itu akan mendapat upah yang jauh lebih memuaskan. Terima kasih.

By the way, thank you very much for making effort to readThe Asian Renaissancei wrote 1995–96. Now I think, hopefully in the next one or two months, my new book Rethinking Ourselves. Rethinking Ourselves dalam Post Normal Times itu akan diterbitkan di London dan I think Penguin Asia. Itu kempen sikit (berseloroh).

 

Soalan 2: Abdul Rahman, Nigeria, Fakulti Pengkomputeran dan Informatik.

Bagaimanakah Malaysia merancang untuk memperkukuh kerjasama dengan negara-negara lain, especially within ASEAN, dalam pembangunan dan pendidikan AI to strengthen the strategies with other nations? Terima kasih.

 

 

 

Jawapan YAB Perdana Menteri:

Warga Nigeria bercakap Melayu, bagus ini. Kadang-kadang kalau you pergi intensive course bahasa for the six months you boleh kalahkan banyak budak-budak Melayu ini.

Baik, di antara penekanan dalam kerangka ASEAN yang kita pengerusikan tahun ini, dua ya, selain daripada yang konvensional termasuk sekuriti makanan. Tetapi yang dua yang baru itu ialah soal connectivity digital dan energy. Connectivity digital ni maknanya memanfaatkan seluruh ASEAN dari segi connectivity, penumpuan tentang digital dan mengambil kesempatan daripada kekuatan masing-masing.

Yang keduanya soal energy. Sebab itu kita ada sekarang apa yang disebut sebagai ASEAN Energy Our Power Grid dari Vietnam undersea cable to Kelantan turun sampai ke Johor–Singapore, kemudian ada lagi cadangan undersea cable dari Sarawak ke Semenanjung ke Singapore, dari Sarawak ke Sabah, dan ke Indonesia dan selatan Filipina.

Jadi ini bagi saya membanggakan kerana ASEAN ini di antara rantau yang paling aman. ASEAN juga dianggap rantau yang paling pantas pertumbuhan ekonominya. Dan baiknya kerana bila ada ketegangan sepertimana baru-baru ini di antara Kemboja dan Thailand, mengorbankan beberapa nyawa dan kecederaan dan juga perpindahan rakyat. Tetapi cara penyelesaian ASEAN yang diamanahkan kepada kita itu, alhamdulillah, sangat berhasil. Satu-satunya kejayaan yang baik.

And I think this is due to the, you know, the teamwork here in Malaysia and also this spirit of ASEAN comradeship between leaders and government and people. In rare, you save battles of civil wars in Africa, the Middle East, or in Europe, not easily resolved, but here, in the matter of weeks, we are able to bring them together and, alhamdulillah, we are able to at least resolve for now, and help, insya-Allah, sustain that peace between Thailand and Cambodia. Thank you.

 

Soalan 3: Elisha, Pelajar Tahun 2, Fakulti Pengkomputeran dan Informatik.

Sebagai pelajar IT yang belajar dalam bidang IT, to be frank, I’m proud to see AI punya development in our country. But at the same time, there is a few concern, I believe. Sebab saya percaya sekarang bukan sahaja pelajar malah yang dewasa juga, kita sekarang bergantung kepada AI terlampau — yang sangat-sangat terlampau. I believe that, lagi-lagi student di mana kadang saya juga, di mana kami rely kepada AI untuk buat nota lecture. Malah ada juga yang tidak mahu pergi ke kelas pun, rather to learn through AI daripada mendengar daripada lecture daripada, saya percaya tenaga pengajar yang berkualiti.

Jadi, saya percaya bila benda terlampau mudah untuk manusia ini, kita kurang menggunakan daya fikiran kita. Jadi, soalan saya untuk Yang Amat Berhormat, apakah pelan Kerajaan ataupun Yang Amat Berhormat sendiri untuk memanfaatkan AI ini secara wajar, sambil melindungi nilai kemanusiaan intelektual kita, terutamanya generasi-generasi muda ini, Gen Z di mana kami sangat-sangat terdedah dengan informasi-informasi sebelum sepatutnya, contohnya, budak-budak kecil, yang sepatutnya mereka tahu informasi ini apabila mereka besar, sedangkan di usia yang muda juga mereka sudah tahu.

And also, may I know, is Malaysia ready to face this? Is Malaysia ready dengan risiko AI yang semakin hari semakin ke depan? Dan adakah kita ada pakar-pakar ataupun any planning to go against this? Thank you.

 

Jawapan YAB Perdana Menteri:

Itu sebab tadi dalam pandangan awal saya, saya sebutkan beberapa cabaran teknologi baharu dan AI ini.

Pertama, kita mesti lahirkan anak tempatan yang menguasai dan saya percaya ingenuity rakyat kita itu juga luar biasa. Kalau tanya semua syarikat-syarikat besar — Google, Microsoft, Infineon, di antara sebab mereka melabur selain daripada stabil politik dan dasar ekonomi yang jelas ialah kerana kepintaran dan disiplin golongan profesional kita, termasuk jurutera AI, data center, data experts. Ini kenyataannya.

Jadi kalau kita lihat keupayaan mereka harus diberi pendedahan. Sebab itu saya kata Fakulti AI di Universiti Multimedia ini juga tercabar dengan bidang itu. Latih dari segi expertise, tetapi latih juga dari segi nilai. Latih juga tentang cabaran-cabaran dan aspek yang negative, kalau tidak dijaga.

Saya bincang tadi tentang total over-dependence terhadap teknologi ini, tanpa bagi jaminan di human element. Sepertimana saya katakan tadi, badan Islam dengan ChatGPT, tapi ini tidak bermakna kita tidak boleh bergantung. Kalau kita pilih umpamanya kerana kita takut masalah negatif ini, kita slowdown the process dan kita akan ketinggalan. Jadi kita ini ‘Catch-22’ dipanggil. Kalau kita takut kerana masalahnya, kita agak ke belakang, kita akan ketinggalan. Kalau kita laju tapi tidak bersiap dalam soal kerangka yang lain, kita juga akan mengundang kerosakan dari segi nilai, dari segi modal.

Sebab itu sesetengah sekolah sekarang, tidak salah saya ada di Finland, dia larang anak-anak bawa komputer dan telefon ke sekolah sehingga ke beberapa peringkat tertentu. Ada negara-negara yang melarang anak-anak umur 16 tahun ke bawah, atau 13 tahun ke bawah menggunakan smartphone. Ini semua ada alasan-alasan yang kita teliti. Saya percaya kementerian Saudara Fahmi meneliti hal ini kerana kita harus juga bersedia.

Jadi, apakah jawapannya, kerangkanya? Sekarang ini jawapannya yang saya terangkan mesti disuntik nilai, mesti disuntik kefahaman, mesti disuntik kepintaran, kecerdasan tetapi mesti diimbangi. Profesor yang pintar harus tahu nilai anak-anak itu belajar dengan menelaah beberapa buku atau hanya mengambil daripada satu jawapan Google atau ChatGPT. Itu diperlukan.

Sebab itu, universiti-universiti sekarang sama ada online ataupun kuliah, itu kewajipan hadir dan dengar pensyarah itu dianggap satu hal yang mesti. Kerana ada beza penyampaian seorang profesor dengan total dependence dari AI ataupun dari jawapan-jawapan dari apps yang sedia ada. Ini pendekatan yang universiti harus juga teliti, sekolah harus teliti dan saya fikir kita akan terus hadapi masalah ini seperti mana saya sebut tadi, soal produktiviti, soal nilai, soal inklusiviti, semua itu harus kita fikirkan. Tetapi, that is our challenge. Once you embark on something new, you will have to face these challenges. The smart move will be able to understand that you have challenges. If you have found a country like Malaysia, suddenly we talk about AI, everybody rushing for AI. Digital everybody rushing on digital. Without even exploring or considering. Issues being raised, these are our challenges. Dan saya yakin kalau tenaga pengajar utamanya, an expertise is here, you continue to discuss have a reason discourse these issues, you will help the authorities, including KPT in trying to resolve is part of the problem. Terima kasih.

 

Soalan 4: Anas Ahmad, Fakulti Teknologi Maklumat

Hello Dato’ Seri. Assalamualaikum Dato’ Seri. My name is Anas Ahmad from Sudan. From Faculty of Information Technology. So, I have this question is that for the past month the Ministry of Finance they impose the 6% tax on the tuition fees for all of the International students. So, on behalf of the International students would like to know what benefit with like to get from this implementation. Terima kasih.

 

Jawapan YAB Perdana Menteri:

Thank You. Well, you see education here is given a priority. As you know my budget in the last two years, highest education to education, second, to health. But the cost is, I mean increasing phenomenally, exorbitant, and then we decide, of course not to impose additional burden on the student’s, particularly the poorest students. But, International student should probably share small burden is very small and still one of the cheapest in the region. The cost for per International student in our universities is with this quality that you have, we have now a 160,000 – 170,000 foreign students in Malaysia. And the cost is still very minimal. I’m not comparing to Europe of the West, but any of the emerging economies. So, I think you should have been to understand this, it is partly subsidizing, but there is a limit any government can do particularly Malaysia this day. Terima kasih. Syukran.

 

Soalan 5: Lian Lim, Presiden Perwakilan Pelajar MMU

Selamat petang Yang Amat Berhormat Datuk Seri. Nama saya Lian Lim, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar MMU. Yang Amat Berhormat, topik sekarang is a little bit out of topic tetapi dengan keadaan sekarang ini di mana kos sara hidup pelajar dan mahasiswa-mahasiswi di seluruh Malaysia semakin meningkat. Saya ingin mewakili student MMU, Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan seluruh mahasiswa dan mahasiswi di seluruh Malaysia untuk propose dan request untuk mendapatkan tambahan inisiatif one off sebanyak RM100. Sebab setakat ini mahasiswa-mahasiswi hanya mendapat baucer buku sahaja dimana ia hanya memberi faedah kepada fakulti-fakulti tertentu. Sekian terima kasih.

 

Jawapan YAB Perdana Menteri:

Baru saya lulus RM100. Baru dapat RM100 all eighteen and above. Saya lihat ada beberapa student Zamry ya, yang kata dia umur 17 sudah masuk tahun satu. I mean, mungkin we can give some consideration. Tetapi yang kita dah bagi ini, yang one off RM100, tetapi seperti kita tahu, SARA, hundred a month dan some of course much more. Jadi kita boleh pertimbangkan dalam belanjawan apa-apa yang kita boleh kurangkan. Tetapi saudara-saudara harus tahu walaupun kita hadapi cabaran kos sara hidup, harga barang mentah, minyak, ayam, telur, gula di Malaysia masih jauh lebih rendah daripada negara-negara ASEAN. Itu kita kena terima.

Apakah ia tidak merunsingkan? Ia merunsingkan. Kalau tanya saya, apakah masalah yang saya bimbang sebagai tanggungjawab saya amanah sebagai Perdana Menteri? Saya masih runsing tentang masalah kemiskinan tegar, soal kemiskinan rakyat dan beban kepada mereka. Itu memang hal yang harus ditangani dengan sebaik mungkin.

Tetapi percayalah, bila kita naik gaji baru-baru ini, gaji Menteri, gaji Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen kita tidak dinaikkan. Itu nak bagi signal bahawa ada tanggungjawab kita tumpukan.

Keduanya saya katakan juga, sistem perolehan negara ini harus telus. Itu untuk menjimatkan belanja. Sebab itu saya kata tatakelola. Kalau kita dapat jalankan ini, kita boleh selamatkan. Berapakah yang diperolehi dalam 1 – 2 tahun yang lalu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), SPRM dari dana yang di rampas dari kalangan yang telah menggondol kekayaan tidak ikut peraturan atau undang-undang? Itu cecah sampai RM4 bilion, RM5 bilion. Bayangkan RM5 bilion itu pergi ke orang-orang tertentu dengan cara haram, online gambling, macam-macam. Tetapi ini kita lakukan untuk apa? RM5 bilion bukan kepada saya, bukan kepada Menteri. RM5 bilion itu pulang kepada rakyat. Sebab itu saya nak anak-anak mahasiswa faham mengapa kita tough against corruption. Dan bila kita tough melawan rasuah saudara ingat senang? Tidak. Kerana orang-orang yang perasuah ini dia kaya. Setengah-tengah pendapatannya ratusan juta ringgit dan bilion ringgit. Dia akan timbul, dia akan cabar dengan kekacauan.

Belajar dari sejarah. Bila kita tegas lawan ini akan bangkit kelompok-kelompok ini dan cabar kita. Menguasai media, menguasai sosial media, menguasai politik, menguasai civil society. Apa saja cara mereka untuk menghalang kita. Jadi saya terima baik cadangan presiden, saya akan beri pertimbangan yang wajar untuk belanjawan bulan Oktober ini.

Tetapi saya nak anak-anak faham. Saya pergi ke mana-mana pergi Kelantan, masalah banjir, masalah sekolah daif. Pergi Johor, pembangunan tinggi, prasarana harus diperbaiki. Pergi Kedah, kelompok kawasan-kawasan miskin di Sik. Semua tidak ada tempat yang saya lawati, yang orang tidak minta peruntukan tambahan. Pergi mana-mana sekolah, mana-mana universiti. Nasib baik MMU tidak minta wang. Kalau minta pun saya tidak bagi, cukup. Tidak salah mereka minta. Kerana kadang-kadang keperluan. Kita terima kenyataan. Jadi insya-Allah apa yang harus boleh saya lakukan selain daripada apa yang diumumkan baru-baru ini, macam minyak turun. Saudara bayangkan negara mana minyak turun? Tidak ada. Minyak kita masa saya cadangkan dulu, “Hari ini menang, esok turun minyak” masa itu berapa harga minyak Arab Saudi? 50 Sen. Sekarang harga minyak Arab Saudi lebih tinggi daripada kita. Dan itu pun saya turunkan lagi 6 Sen. You know why? Sebab kalau ramai orang guna minyak dan dia rasa beban kepada dia. Pengangkutannya, penggunaannya, pergi kerjanya, hantar anak ke sekolah.

Semua bangunan-bangunan baru sekolah di KL saya buat vertical school. Ini perumahan, sekolah tepi itu. Jadi tidak ada kos pengangkutan. Semua itu kita fikirkan untuk mengurangkan beban anak-anak dan keluarga kita. Terima kasih.

Soalan 6: Amit Singh, pelajar tahun akhir, Fakulti Pengurusan

Selamat sejahtera dan Salam Malaysia MADANI. Nama saya Amit Singh dan saya merupakan pelajar tahun akhir dari Fakulti Pengurusan. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM10 juta kepada Kementerian Perpaduan untuk melaksanakan Agenda Penyatuan Nasional. Bagi saya, anjakan paradigma ini amat penting dalam usaha membanteras isu perkauman hingga ke akar umbi. Oleh itu, dalam semangat bulan kemerdekaan ini, bagaimanakah Kerajaan MADANI dapat memastikan dana tersebut disalurkan secara berkesan untuk memberi impak mendalam kepada kami mahasiswa dan juga golongan belia di negara ini. Sekian, terima kasih.

 

Jawapan YAB Perdana Menteri:

Terima kasih. Kerana bangkitkan isu perpaduan nasional. Kita ini di bulan kemerdekaan. Kita kibarkan Jalur Gemilang. Tanda kesatuan kita. Pelbagai wilayah, pelbagai agama, pelbagai kaum, pelbagai warna kulit. Tetapi satu matlamat, satu cita-cita, satu wadah. Tidak semena-mena, sekonyong-konyong timbul soal Jalur Gemilang menjadi isu politik. Sebab itu anak-anak harus berwaspada, apa pun isu, kalau di tangan golongan pelampau ini, dijadikan untuk memecah-belahkan. Kalau orang itu silap, kita betulkan dan maafkan, kalau betul dia berniat jahat lapor dan kita dakwa, bukan kita ambil tindakan. Ini negara hukum. Negara hukum ada peraturannya. Jadi untuk Kementerian Perpaduan saya wujudkan kementerian kerana bagi saya politik harus stabil dan negara mesti belajar daripada negara lain, mana ada negara di dunia bila bangkit soal benci kaum dan benci agama yang selamat? Bagi tahu sekejap. Sama ada orang Melayu majoriti ke, orang Cina majoriti ke, tidak kira mana pun tapi kalau ada sikap begini, negara tidak akan selamat.

Ini saya hendak tegaskan. Saya ucap terima kasih, saya terkesan dengan soalan itu. Maknanya kesedaran di kalangan anak-anak itu tambah baik, ini menunjukkan bahawa harapan kita untuk selamatkan negara sebagai negara kesatuan rakyat Malaysia itu sangat cerah, kerana sikap anak-anak yang sangat positif.

Tetapi kena ingat, masih ada senang sahaja hasut. Tengok kes anak kita Zara Qairina yang meninggal dunia, bagaimana senang orang hasut, kalau betul fakta okay. Tadi Menteri Dalam Negeri, YB Saifuddin telah jelaskan secara terperinci di Parlimen. Semua, kita so gullible termasuk yang cerdik, dengar satu kononnya renowned pathologist bagi gambaran gini, gini, gini, bila check, check tiada patologi situ, tiada dalam rekod kita it’s just fake, tapi orang dah marah, jutaan orang dah panas. Ini tidak boleh saudara-saudara. Oh, anak VVIP, saya perduli apa anak siapa, kalau kes itu melibatkan pembunuhan atau buli kita tak peduli anak siapa tapi siasat dan dakwa, tak ada kita nak selindung apa sebab apa guna kita jadi kedudukan begini nak selindung orang.

If you are enforced, you have committed a criminal offence I don’t care, anak siapa? siapa peduli apa, you buat salah you terima hukuman, itu cara kita and that’s what we stand for, this is what MADANI government is all about.

Jadi saya harap anak-anak, you know very positive question, I’m touched by your sincerity and resolve to understand this and I believe the Ministry of Unity will do the utmost to try and get you know, youth together, students together.

Saya ingat kalau di kalangan orang-orang politik yang bankrap ini biarlah dia dulu, kita jaga anak-anak muda ini, get together and decide for yourself, nak negara macam mana? Saya orang Melayu, saya nak martabatkan bahasa Melayu tapi saya memartabatkan bahasa Melayu tak semestinya saya hina bahasa Inggeris, hina bahasa Cina atau bahasa Tamil, tak semestinya dan tak semestinya rugi kalau orang menguasai bahasa Tamil atau bahasa Cina asalkan dia sebagai anak Malaysia menguasai bahasa Melayu, tak boleh fikir macam tu apa yang ruginya.

Ini yang attitude yang kita nak dikalangan kita, hidup hormat dan tahu masing masing ada perasaan mereka. Jadi saya tekankan hal ini kerana bagi saya sangat penting. Maaf, saya tegaskan perkara ini bagus bagi saya ini sangat penting, ini orang yang bercakap kerana hasut ini dia tak fikir tau masa depan dia. Dia tidak fikir bahawa negara berkecai sebab salah faham budaya, kaum, agama, negara berkecai. Ada negara pecah, ada negara berpuluh tahun jadi pertarungan politik kerana kaum dan agama. Kita harus pilih. Ini bukan bantu satu pihak, menenggelamkan pihak yang lain. Bantu bersama.

Pasal apa kita bercakap soal connectivity, pasal apa kita tak cakap inclusivity, pasal apa kita cakap nak kurangkan kesenjangan, gap between the rich and the poor, itu to reduce disstension must be a clear coherent policy on the other government, but this must be well understood, basically by among the students. So, rakan-rakan dalam Majlis Perwakilan Pelajar, dari kalangan pelajar-pelajar, mahasiswa umumnya anak-anak harus fikir betul kita nak guna expertise kalau tidak ada banyak interaction harus tingkatkan.

Saya bernasib baik kerana saya besar di Bukit mertajam dan jiran tetangga saya Melayu, Cina, India, jadi saya besar begitu jadi lebih selesa. Tapi saya tengok ramai kawan-kawan saya yang langsung tidak ada interaction di antara kaum. Di universiti tempat ini gedung ilmu, gedung melahirkan nilai insan, kemanusiaan, do more to inculcate this sense of a working together and unity. Baik terima kasih.

 

Soalan 7: Ki, Timbalan Presiden, Majlis Perwakilan Pelajar MMU

Selamat petang Dato’ Seri. Saya Ki Timbalan Presiden, Majlis Perwakilan Pelajar MMU dan saya mewakili para pelajar MMU mengucapkan selamat datang ke MMU kepada Dato’ Seri Anwar. Terima kasih.

Dato’ Seri tempoh hari semasa di Temu Anwar di Shah Alam, saya berkesempatan untuk mencadangkan kepada Dato’ Seri untuk pemberian inisiatif e-wallet kepada mahasiswa dan baru-baru ini Kerajaan telah memberikan bantuan SARA sebanyak RM100 bukan sahaja untuk mahasiswa, tetapi semua rakyat Malaysia dan saya mewakili rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan atas inisiatif ini dan semoga ada banyak lagi inisiatif untuk mahasiswa.

Soalan saya pada petang ini Dato’ Seri adalah bersempena dengan pelancaran FAIE di MMU dan perkembangan AI di seluruh dunia, apakah jaminan Kerajaan supaya graduan dari bidang AI ini dapat peluang di industri? Adakah ada peluang pekerjaan, perniagaan atau entrepreneurship yang berfokus untuk AI yang akan memberikan manfaat kepada belia dan graduan-graduan. Sekian, terima kasih.

 

Jawapan YAB Perdana Menteri:

Saya telah tegaskan tadi, sekarang ini of course lah tentu MMC dia ada MCMC dia ada Telekom ya, tetapi banyak universiti lain dia sinergi dengan industri. Infineon di Kedah dan USM, yang saya tahu Microsoft dengan UM, Google dengan universiti lain, Invidia, YTL dengan Universiti Teknologi.

Jadi ini akan membantu mengenal pasti keperluan dan peluang pekerjaan. Saya tidak mahu meremehkan, saya tidak fikir ini satu masalah. Saya nak appeal pada anak-anak, menimba ilmu sekuatnya, tingkatkan expertise, ada niat untuk tingkatkan ke specialization dan expertise dan insya-Allah we all get well untuk masa depan kita.

 

Soalan 8: Jeana Lin, pelajar tahun pertama, Fakulti Kreatif Multimedia

Selamat petang dan Salam Malaysia MADANI Dato’ Seri, saya Jeana Lin dari Sarawak, pelajar pertama pada tahun pertama degree dalam Fakulti Kreatif Multimedia. Dato’ Seri, soalan saya adalah apakah langkah Kerajaan untuk memberikan student berasa dihargai, diterima, diberi peluang, supaya kami student ini merasa di nampak? Untuk lebih jelas lagi, kami merasa yang kami ini sangat sukar untuk mengejar dunia yang sering berubah ini. Sekian.

 

Jawapan YAB Perdana Menteri:

Baik Jeana, bayangkan yang kita merdeka sudah 68 tahun adakah Perdana Menteri setiap satu dua bulan masuk universiti dan bercakap dengan mahasiswa dalam Temu Anwar? Ini saya cuba, maknanya saya hargai dan percaya masa depan anak- anak.

Ya betul, dan tidak mudah, kita sibuk. Ini saya lepas ini hendak rush balik ke pejabat sambung kerja. Saya bagitahu tadi Presiden, bahawa kalau sekarang di sidang Parlimen banyak hal-hal tapi saya sudah janji, jadi ini cara kita bukan saja menangani masalah tapi menyantuni anak-anak muda kerana anak-anak muda dan mahasiswa itu punya potensi yang sangat besar. Ramai rakan-rakan saya Menteri-menteri sentiasa punyai acara di universiti dan saya beritahu juga jangan ada monolog biar ada dialog. Maknanya ada ruang untuk anak-anak tanya atau beri teguran atau kritikan. Ini yang di antara langkah kita ambil.

Kemudian ada Majlis Perwakilan dan jumpa menteri dan sebagainya, dan saya lihat ada rombongan dari semasa ke semasa ke Parlimen, apa sahaja MPP dan rakan-rakan cadang dan kita boleh baiki. Tetapi saya nak beritahu ya, saya dalam 2 tahun 1/2 hampir 3 tahun ini telah menjelajah ke puluhan universiti dan tidak mudah ya, kadang-kadang soalan dia berat juga, kadang-kadang anak-anak itu kritikal, sebab tu tidak mudah. Kalau dulu saya tahu kalau Menteri, Perdana Menteri susah nak masuk universiti dan ada dialog, kalau ada dia pergi bagi ucapan, dia balik. Tapi bagi saya kalau kita nak anak-anak kita itu bangkit sebagai kelompok yang kreatif, berani, kritikal dan penting. Bagi saya dalam bidang pendidikan itu critical thinking is a must, I mean ini ada saya kupas dalam ‘Rethinking Ourselves’ dalam buku saya yang akan keluar. Saya kata ini kalau tidak ada crictical thinking tidak boleh, keistimewaan anak muda dan mahasiswa ini ya, universiti dia nama universiti itu universe, you know, you terdedah kepada soal yang sangat luas. “Kulliyyah” – ‘kulliy’ daripada perkataan bahasa Arab ‘kulliy’ ini dia menyeluruh. Dia bukan ‘juz’ie’, dia bukan satu aspek dia ‘kulliy’ – “Kulliyyah”. Kalau mahasiswa dia Maha – Siswa bukan setakat siswa kecil, ini ‘maha’ yang paling besar.

Nama-nama itu harus ada konotasinya tersendiri dan itu terpulang pada kita. Ada orang yang belajar tapi nilai parah lagi, ada orang pintar, tapi pintar perompak. So, saya baca dekat orang sempat lihat. Ada yang menonton “Oppenheimer” tak? Ada? It’s a great movie.

Okay, “Oppenheimer” dia cerita tentang pandangan dia dan konflik dia. Seorang yang mahir, seperti juga Einstein tetapi bila timbul soal bom hidrogen dan bom nuklear, dia ada konflik kerana nilai kemanusiaannya, bahawa teknologi itu digunakan untuk menjahanamkan rakyat.

Jadi sebab itu bagi kita, soal nilai dan manusiawi itu sangat penting. Jangan perkecilkan isu ini, dalam disiplin kita dalam pelajaran kita, soal nilai yang kita sebut akhlak itu penting. Kalau tidak, kita hanya ada expertise, saya selalu bagi contoh, umpamanya beberapa skandal-skandal kewangan yang besar. Saudara ingat senang orang-orang yang tidak ada pengajaran, tidak ada pelajaran buat? tidak ada, dia ada expertise. International Financial Institution, semua yang ada kepakaran dan kemahiran luar biasa yang boleh menipu dengan cara luar biasa. Sebab? hilang akal budi atau rendah akal budi, hilang nilai rosak hati nurani. Jadi mudah-mudahan pendedahan ini membantu, okay ya. Terima kasih banyak atas kesediaan anak-anak.

Saya hanya akhiri dengan harapan, harapan saya tinggi menggunung. Saya lihat, betul saya datang untuk memenuhi tanggungjawab, tetapi saudara harus tanya mengapa saya senang kadang-kadang ke universiti untuk berdialog begini. Kerana dia beri satu nostalgia kerana saya dahulu di universiti memang hangatlah juga. Tiada Menteri yang mahu masuk jumpa saya, tapi dia beri saya satu semangat, maknanya saya jumpa anak-anak, saya bagi pandangan, tapi saya lihat dan saya kata, “Oh, kalau inilah masa depan Malaysia, kita bertapak dengan kemas dan kita boleh ke depan.”

Jadi sementara saya berikan sedikit sumbangan, anak-anak tidak dapat bayangkan, anak-anak tidak dapat bayangkan betapa sumbangan besar anak-anak kepada orang-orang kerdil seperti saya beri semangat lagi, kerja lebih kuat, kerana masa depan anak-anak itu lebih cerah.

Wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

 

Share: