TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS AGIHAN PERDANA LEMBU KORBAN MADANI DUN PERMATANG PASIR
26 May 2026
Skip to content
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS AGIHAN PERDANA LEMBU KORBAN MADANI
DUN PERMATANG PASIR
26 MEI 2026 (SELASA) | 3.00 PETANG
MASJID AL-FALAH, PENGKALAN TAMBANG
PULAU PINANG
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillahilladzi anzala ala abdihil kitaba
Walam yaj’al lahu iwaja.
Wa usolli wa nusallimu ala rasulihil karim
Wa ala alihi wasahbihi ajmain.
Rakan-rakan yang dimuliakan.
Saudara Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang.
- Saya berbesar hatilah, saya kata tak ikut pun tak apa, tetapi dia kata sebagai Ketua Menteri dia nak raikan juga walaupun dia tahu ini ibadah khusus bagi orang Islam. Tapi dia nak tunjuk kata, dia ni sebagai Ketua Menteri nak adalah majlis.
- Tadi di seberang saya kata, Ketua Menteri tak ikut pun tak apa saya faham. Tapi dia kata tak, dia kata, “saya ada tanggungjawab saya, saya nak bagi juga bahawa saya juga memberi sokongan kepada usaha-usaha kebajikan dan kebaikan bagi umat Islam. Jadi saya bagi pihak semua rakan-rakan terima kasih banyak.
- Saudara Hussein ini, dia Ahli Parlimen Bukit Gantang, tapi memang sahabat lama, sahabat setia. Dia di antara yang menyelaraskan dapat import lembu yang agak murah sikit dan bantu kita salurkan sepertimana projek yang kita adakan sekarang. Tapi saya tengok dia kerap balik Permatang Pauh, saya kata, “nak bertanding di Permatang Pauh, tak apa saya bagi kat dia”.
- Saudara Tok Zaidi dan kawan-kawan semua, terima kasih banyak atas kehadiran hari ini. Memang acaranya, memang tak ada lah ucapan, tapi saya sekadar nak ucapkan penghargaan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan.
- Ini julung-julung kali saya bawa juga anak cucu pun datang. Saya nak tengok dia sesekali, apa dia kegiatan kita yang menyantuni rakyat terutama dalam kebajikan yang ada kaitan dengan pendirian dan galakan Islam itu sendiri.
- Kita tahu kalau nak rumuskan korban, saya percaya ramai ustaz-ustaz dan tuan-tuan guru kita lebih berupaya memberi keterangan yang jelas. Tapi semua kita tahu, korban itu dikaitkan dengan sejarah Nabi Allah Ibrahim a.s dan Ismail a.s.
- Dia titik tolaknya aqidah, berpaut kepada keyakinan. Hidup ini kalau tak ada keyakinan, dia tidak ada pendirian. Keyakinan bertaut kepada Allah Ta’ala untuk apa? Untuk menggalakkan, membawa makruf dan nahi mungkar. Jadi, ta’muruuna bil ma’ruf, wa tanhauna ‘anil munkar. Itu paksi keimanan kita supaya berpaut kepada Allah Ta’ala.
- Tetapi keimanan itu juga menuntut pengorbanan, keyakinan, yang kita selalu dengar, La tahzan innallaha ma’ana (Surah At-taubat:40). Kalau keyakinan itu ada, dia tidak ada gentar, tapi kita lalui dengan sabar dan dengan bijaksana. Mudah-mudahan semangat korban itu harus ada.
- Tetapi kekuatan dan kelainan korban yang kita lihat dalam masyarakat kita, apa dia? Dia pengajaran, ya berpaut kepada iman. Amir yang duk sana tu, Amir hang datang sini. Saya duk ingat imam mana pula ya. Baik.
- Jadi kita harus faham bahawa iman menuntut pengorbanan, kerana ketaqwaan Allah Subhanahu wa Ta’ala itu diuji oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dengan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, kemudian menuntut pengorbanan kita. Yang kecil secara kecil, yang besar secara besar.
- Jadi sebab itu, bila orang tanya saya ada sikit sebanyak dalam hidup, orang Permatang Pauh tahu lah liku-liku dia, susah payah kena terajang dan sebagainya masuk penjara luar. Orang tanya, kerana sebenarnya kita ujian kecil saja. Yang diuji kepada Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail ini ujian besar. Tak sanggup manusia biasa lakukan. Cakap lah macam mana pun nak lakukan itu, ujiannya tak sanggup manusia biasa melainkan tahap keimanan itu paling tinggi dan mulia.
- Sebab itu bila kita terima ujian, susah sikit, miskin sikit, ada masalah sikit, ada perbezaan-perbezaan sedikit, janganlah kita besarkan seolah-olah ujian yang menimpa seperti malapetaka. Jangan.
- Sebab itu Nabi Muhammad S.A.W pernah ditanya oleh sahabatnya, “Ayyun-nasi asyaddu bala’an?”. Di kalangan manusia ini ya Rasulullah S.A.W, siapakah yang banyak sekali menerima ujian?. Tentu kalau kita jawab, kita lah, tapi di kita dok anggap sahabat kita, kita lah masa itu. Kena pukul, kena bunuh, daripada Saidina Bilal kepada Uthman, Umar, semua sahabat-sahabat. Ada yang terkorban, Saidina Hamzah terkorban dalam perang. Nabi, kena pukul, kena baling batu, itu semua ujian. Jadi kita anggap jawapannya adalah kepada kita, kepada sahabat. Tidak.
- “Ayyun-nasi asyaddu bala’an?”, ditanya pada Rasulullah S.A.W. Apa dijawab Rasulullah? “asyaddun naasi balaan al anbiyaa’ tsummal amtsal fal amtsal”– yang paling banyak menerima ujian itu para nabi. Oh, kita tak termasuk dalam senarai. ‘al anbiyaa’ tsummal amtsal fal amtsal‘ – dan orang yang ikut, makna para sahabat, tabi’ tabi’in, fal-amtsal. Yang ikut misalan itu. Jadi kita ni mudah-mudahan masuk misal walaupun di belakang sekali terima ujian itu kerana hadis Nabi Muhammad S.A.W, “Ayyun-nasi asyaddu bala’an?” – siapakah di kalangan manusia yang paling banyak menimpa ujian dan halangan?. Jawabnya, “al-anbiya’ para nabi, thummal-amtsal dan orang yang ikut misalan sahabat-sahabat r.a dan tabi’ tabi’in fal-amtsal – yang mengikut.”
- Sebab itu, kalau sikit kita boleh cuba atasi dengan bijak. Jadi, sementara kita ada rezeki, ada kebaikan, kita gunakan untuk meringankan beban kita.
- Jadi, budaya dan amalan korban ini juga memberi ruang kepada kita menyempurnakan satu tanggungjawab kepada masyarakat. Maknanya ambil untuk keluarga, jiran, fakir miskin. Jadi, ulama-ulama Islam dalam sejarah itu tidak pernah meninggalkan soal masyarakat terutama orang miskin, fuqara’ dan miskin.
- Sebab itu bila saya dapat amanah ini, saya kata tak boleh nak tunggu orang miskin, orang OKU dan sebagainya, nak hantar memo nak jumpa kadang-kadang susah. Tapi biarlah daripada awal kita fikir semangat pengorbanan ini bermakna menggunakan ruang sebaik mungkin, membantu seramai mungkin, terutama golongan yang ketinggalan fuqara’ dan masakin. Itu pengorbanan erti kata sebenar.
- Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wa Ta’ala memberi kekuatan kepada kita, selamatkan negara kita dalam keadaan ujian dan sebagainya. Soal orang hentam-hentam itu biasa ya, tapi kita mesti teguh dalam pendirian dan Fatawakkal ‘alallah, innallaha yuhibbul-mutawakkilin. Maknanya, kita kerja, ikhtiar macam-macam mana. Ni ada ujian Selat Hormuz buka sat, tutup sat. Trump umum begini, kemudian runding.
- Jadi petang ini, jam 6 insya-Allah, Presiden Iran akan hubungi saya. Utama, ucap Selamat Aidiladha, tetapi dia akan juga bagi penjelasan tentang perkembangan terbaru dalam rundingan damai untuk mengurangkan tekanan terhadap Iran oleh rejim Zionis Israel menyerang negara Islam Iran dengan sokongan Amerika Syarikat.
- Jadi sebab itu, kita Malaysia ini walaupun negara kecil, saya rasa tak boleh biar. Saya bawa usul di Parlimen mesti kutuk keras serangan ini dan saya ingat sebab itu di antaranya dia bagi kemudahan kepada kita.
- Jadi bila mula-mula banyak negara disekat minyak tak boleh lepas Selat Hormuz tapi kapal Petronas di antara yang paling awal dilepaskan sampai masuk Pengerang. Jadi, kita alhamdulillah, untuk baru-baru ini tak ada susut bekalan minyak cukup, bekalan diesel cukup. Jadi syukur alhamdulillah.
- Bulan sudah saya di Cebu, mesyuarat ASEAN minyak tak cukup, diesel tak cukup, kena baris. 400 stesen minyak tutup kita belum lagi. Jadi mudah-mudahan Allah Subhanahu Wa Ta’ala kabulkan doa kita selamatkan negara kita. Dan terima kasih kepada Sheikh kita dan juga Amir dan Zaidi, bagus ya kalau duk selalu kerjasama macam tu senang lah. Ni duk bergaduh pening kepala aku. Dan lagi tu.
- Kita duk pulun, bukan lah nak kata saya ni kerja. Saya mula tapaknya di sini. Saya tak pernah lupa. Kemudian takdirkan ada ujian sikit masuk keluar penjara. Saya tak pernah lupa. Sebab itu orang tanya oh, ni balik Permatang Pauh, dak, takkan lah pula itu jadi isu. Betul, saya di Parlimen Tambun, saya pi. Tambun dua minggu sudah saya pi bantuan lembu pun bagi. Tapi takkan nak sama dengan Permatang Pauh.
- Jadi, sekali lagi saya ucap terima kasih.
Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.”
