TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS AGIHAN PERDANA LEMBU KORBAN MADANI DUN PENANTI
26 May 2026
Skip to content
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI UTAMA ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS AGIHAN PERDANA LEMBU KORBAN MADANI DUN PENANTI
26 MEI 2026 (SELASA) | 2.00 PETANG
PADANG MENGKUANG TITI
PULAU PINANG
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillahilladzi anzala ‘ala ‘abdihil kitab
walam yaj’al lahuu ‘iwajaa,
Wa usolli wa nussalli ala Rasulihil Karim,
Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.
- Saudara Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih. Tadi masa dia mengacara di Seberang Jaya, saya kata tak perlu Ketua Menteri, saya faham yang acara ini acara masyarakat Islam, korban dan sempena musim haji, tak payah, tapi dia kata dia mesti santuni sama-sama masyarakat Islam. Saya ucap terima kasih.
- Saudara Syed Hussin, Ahli Parlimen Bukit Gantang yang banyak bantu saya di sini, dapatkan import dan juga penyediaan lembu-lembu korban yang sedikit murah, yang dapat kita manfaatkan kepada masyarakat di sini, selain daripada yang kita sediakan secara percuma, kita juga telah memulakan dan saya ucap terima kasih untuk idea dia supaya yang mampu beri sedikit sumbangan, jadi dia menyertai secara langsung ibadah korban ini.
- Kerana korban ini punya mesej sangat mendalam dari segi keyakinan kita, ibadah kita, melatih sahsiah dan disiplin diri kita, semangat, daya juang dan jihad dan pengorbanan kita, dan manfaat kepada masyarakat, terutama fuqara’ wal masakin. Terima kasih saudara Syed Hussin.
- Saudara Amir, Datuk sekarang ini. Ahli-ahli Yang Berhormat dan rakan-rakan yang saya muliakan.
- Tadi di dua acara lain saya cerita tentang ibadah korban, tentu kita semua dah dengar apa yang ditunjukkan sebagai pedoman dalam ajaran keyakinan kita, Nabi Allah Ismail, Ibrahim a.s yang memberikan kita semangat yang kental, memahami walaupun kita tahu dalam dunia sekarang tak ada mudah nak cari orang yang upaya, yakin dan korban secara yang sedemikian. Nabi sebagai contoh tauladan tentang kekuatan iman, keyakinan kepada Allah S.W.T dan pelaksanaan kata-kata.
- Tapi pada petang ini, izin saya cakap sikit mengenai pengalaman ibadah haji. Ibadah haji, kerana ramai sanak saudara dan keluarga kita juga yang sampai ke sana. Saya percaya daripada Mengkuang Titi, daripada Penanti dan seluruh rakyat Malaysia ini ada wakil dari keluarga mereka yang ke sana. Dan bila sampai di sana, itu tentu tumpuan mereka itu di masa wukuf sebelum dan selepasnya, tentu fokus kepada kekuatan iman dan ibadah menyempurnakan yang ada liku sejarahnya, pengajarannya dan dorongan haji.
- Dari segi sejarah alam lain, kita ini rantau Melayu, rantau Melayu ini dijajah oleh Inggeris di Malaysia, Belanda di Indonesia. Bila keluarga kita dari Belanda, dari Indonesia, bila dia pergi ke Mekah, ibadah haji, dia balik, lepas itu ambil berbulan-bulan, bila dia balik itu penjajah Belanda dia perhati, ini lain macam, semangat dia lain, dia nak bawa buka pesantren, pusat-pusat ilmu yang disebut, kita sebut madrasah, mereka sebut pesantren, kemudian kegiatan masyarakatnya, peribadinya, akhlaknya berubah. Jadi, dia kata ibadah apa yang mereka lakukan di Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah. Jadi salah seorang pemikir, pengkaji Islam, Belanda yang bernama Snouck Hurgronje, dia pakar, ini saya cerita ni tahun 1901 dan sebelumnya. Dia beritahu penjajah Belanda, izinkan saya ke Mekah. Saya akan perhati apa yang orang Melayu, Jawa dan Tanah Melayu, dia sebut orang Jawi. Orang Melayu ini Jawi. Belajar di sana. Apabila dia balik, lain macam. Balik, masa nak pergi tu perangai lebih kurang saja. Tapi bila balik dia berubah. Bukan berubah nama dia Haji atau al-hajj. Dia perangai sama juga. Sakau sama juga. Dak..dak…dak. Yang ni dak, dia balik, berubah.
- Jadi, apa nama Profesor, pakar ini? Nama dia Snouck Hurgronje. Dia pergi Makkah al-Mukarramah, tapi dia bukan Islam, dia tukar nama dia Abdul Ghaffar. Tengok, musuh-musuh kita ini kadang-kadang cerdik, dia guna nama Abdul Ghaffar, dia kahwin dengan perempuan Jawa, dia duduk di Mekah, dia belajar. Dia tengok. Siapa nama gurunya? Sayyid Ahmad Zaini Dahlan. Baik, apa yang dia ajar? Akidah, akhlak, semangat perjuangan, kebebasan, kemerdekaan, bagi roh, tambah ilmu. Dia kata, tak boleh ada perubahan tanpa ilmu. Nama guru, Sayyid Ahmad Zaini Dahlan. Nama murid, Abdul Ghaffar. Nama sebenar, Snouck Hurgronje. Baik.
- Dia tengok selok segala, kebanyakannya dikalangan orang Aceh. Kerana orang Aceh itu berpaut pada agama itu lebih kuat daripada yang lain. Jadi dia tulis buku dua judul, satu ‘De Atjehers’ dalam bahasa Belanda ‘De Atjehers’. Saya tak baca Belanda, saya baca terjemahan dia. Dua jilid buku ‘De Atjehers’ satu lagi buku ‘Mekka in the latter part of the 19th Century’ – Mekah di akhir abad ke-19.
- Apa dia tulis itu? Apa yang mereka belajar, bagaimana dia ubah, pasal apa amalan haji dia pergi 5-6 bulan itu balik dia jadi semangatnya lain, akhlaknya lain, disiplinnya lain, peribadinya dan sahsiah dia lain. Jadi dia kata kalau begitu, kata penjajah Belanda, kita baca karangan Snouck Hurgronje ini, kita kena bawa dasar yang baru.
- Anak-anak yang di sekolah yang belajar sejarah Indonesia tahu, 1901, Maharaja Queen Wilhelmia perkenalkan apa yang disebut ‘’Ethical Policy’, dasar etika. Kata Belanda, kita baik dengan orang Jawa ini. Kita santuni mereka. Kita cuba tawan hati mereka, tetapi kita cuba pengaruh dan lemahkan semangat mereka. Pesanteran-pesanteran mesti dihalang. Sekolah-sekolah agama pondok ini jangan diberi galakan. Anak-anak diberikan pendidikan baru barat yang tidak suka dengan Islam, tidak suka dengan budaya tempatan, tidak suka dengan pameran pakaian, budaya, dan sastera, semua. Yang Melayu, yang Jawa atau Melayu atau Islam itu tak disenangi. Itulah yang diceritakan dalam novel Hamka tulis, Abdul Muiz tulis dalam novel dia, ‘Salah Asuhan’ bagi yang baca ini, saya bagi promote kepada anak-anak, google tengok ‘Salah Asuhan’ Abdul Muiz, dia cerita tentang Qari yang terpengaruh. Ini sistem yang saya selalu sebut.
- Siapa nama profesor Belanda itu? Snouck Hurgronje. Apa nama Islam dia? Abdul Ghaffar. Dasar baru, Dasar Etika. Tujuannya, lemahkan semangat dan daya juang orang Islam. Itu yang berlaku. Sebab itu, bila kita merdeka, sehingga sekarang, kita mesti hentikan dasar yang sama. 2003, 2003, Kerajaan pada masa itu, batalkan semua peruntukan kepada sekolah-sekolah agama. Amir ingat, Amir? Jadi, 2003 dibatalkan peruntukan kepada sekolah-sekoalah agama. Kadang-kadang kita lupa, pong pang pong pang dok hentam kita. Hang baca sikit sejarah, nak berjuang. Ini kenyataan dia, bukan saya, bukan fitnah. Bukan fitnah. Ini kenyataannya.
- Saya jadi Perdana Menteri 2022, Disember. Bulan satu saya kata tak boleh. Mana boleh? Kita bagi peruntukan kepada semua sekolah, Sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah Tamil, Sekolah Agama Rakyat ini dia kata ‘stop’. Jadi saya kata baik, saya kebetulan juga Menteri Kewangan, saya pulangkan balik. Jadi 2000, keputusan 2003 itu dibatalkan pada 2023. Walaupun pada ketika itu saya Wakil Rakyat Tambun, tapi saya rasa macam saya Ahli Parlimen Permatang Pauh juga. Kerana, hak mereka.
- Sebab pendidikan itu yang mahu dipadamkan, semangat dan roh perjuangan. Sejak 2 tahun yang lalu, lepas itu 3 tahun yang lalu, 2 tahun yang lalu saya dah mula masuk sekolah-sekolah di Pondok ini dan cuba baiki. Sebab juga saudara-saudara tengok lama dengan Syeikh Wazir, Syeikh, Tok-tok Guru Besar yang sambut kita di pondok-pondok mereka kerana dia kata setelah berpuluh tahun, inilah kali pertama bagi balik wang dan baiki sekolah-sekolah pondok. Ini ratus ribu pelajar-pelajar kita.
- Jadi, apa kaitannya yang nak disampaikan ini? Haji yang diceritakan, yang cuba dipadamkan semangat dan roh oleh Snouck Hurgronje, kita sebagai negara merdeka mesti pulihkan balik. Kisah kedua ini kisah seorang anak muda kulit hitam. Nama dia, nama asalnya Malcolm Little. Nakal. Kalau orang kata orang Mengkuang Titi ini nakal, anak muda jangan perasan, ada orang lagi hebat. Dia boleh rompak, dia boleh curi, dia boleh pukul orang, dia gangster, nama dia Malcolm Little.
- Lepas itu dia besar, dia pergi New York kena tangkap masuk penjara, 7 tahun, 6-7 tahun dalam penjara di Harlem, dekat New York. Dia masuk penjara sebagai seorang anak muda yang marah kerana dia kulit hitam, dihina, ditindas, miskin, diketepikan haknya oleh orang kulit putih Amerika Syarikat tahun 1960-an. Tapi dalam penjara, masa itu ada disebutkan ‘The Nation of Islam’, ada kebangkitan persatuan Islam yang baru, yang bawa Nabi baru dia. Nabi baru dia nama Elijah Muhammad turun di Chicago, Amerika. Ini soal yang langit-langit apa ni tak hairan lah Nabi dah ada dekat Amerika. Nama dia Elijah Muhammad atau kalau orang putih dia panggil Elijah Muhammad, dia Nabi, turun wahyunya di Chicago hahaha tempat gangster. Baik, tetapi yang dia buat, dia tumpu bagi semangat kepada anak-anak muda kulit hitam, ini saya nak cerita tentang Haji, nak bagi semangat anak-anak muda kulit hitam. Dia masuk penjara ajar anak-anak ini, kamu hitam, kamu dihina, kamu ditindas, kamu diperbodohkan, kamu mesti bangkit bela nasib rakyat kamu. Yang zalim ini orang putih, yang menindas kamu orang putih, yang menetapkan sistem begini kamu orang putih, mengapa kamu jadi mangsa dan hamba mereka. Dia ini anak muda belasan tahun, dia mula terpegun. Ada Nabi baru katanya, Elijah Muhammad. Dia mula baca jadi pintar, bayangkan ini kalau anak-anak muda, kalau kata oh, saya dah habis tingkatan 5, tak ada apa dah. Ini kawan ini, tingkatan 5 pun dia tak lulus, tapi duduk, dia baca, belajar Islam dan walaupun masa itu Islam bukan Islam yang betul, Islam yang sesat, dia belajar, dia baca sejarah Amerika, falsafah Amerika, perbandingan agama, dia baca sampai dia jadi seorang dalam 7 tahun itu, ilmunya itu tinggi, bila dia keluar dia boleh berdebat dengan profesor-profesor. Nama dia Malcolm, Malcolm Little, bila dia masuk Black Muslim, dia jadi Malcolm X, bukan PMX, PMX itu lain, jangan salah pula. Itu Malcolm X, memang semua yang masuk Black Muslim itu, semua dia tambah X.
- Baik, dia keluar, dia jadi jaguh, pemimpin. Nabi dia tadi itu, yang mengaku dirinya Nabi, Elijah ambil dia sebagai orang kanan, dia ke depan debat, di televisyen, di mana-mana dia boleh dia pintar. Masih ada dalam Google, Malcolm X, masih ada interview dia memang pintar. Tidak ada kelulusan SPM, STPM, College University, University, PhD, tak ada. Tapi pintar orangnya. Kerana dia hidup menerima ilmu sekuat mungkin.
- Tapi oleh kerana dia ini mahu cari kebenaran, dia lihat ada sosok, kalau betul Islam, sebab apa Islam Black Muslim beza dengan Islam Sunni. Maka dia jelajah, dia ambil keputusan menjelajah ke luar negara sampai ke Baitulmuqaddis dan sekarang dikuasai oleh Israel yang Zalim Zionis itu, masa itu mufti Baitulmuqaddis namanya Ahmed Hassoun. Sheikh Ahmed Hassoun, Mufti Baitulmuqaddis. Inilah yang dikatakan dakwah. Inilah yang kita belajar tentang dakwah Bil Hikmah Wal Mau’izhah Hasanah, wajadil hum bil-ladhi ahsan. Dakwah bijak. Ini Sheikh Ahmed Hassoun itu ulama besar, dia tahu tak kau ni sesat? Dia tahu! Dia tak kata mu kapir! Tak! Dia tak kata mu sesat, tak! Dia kata mu ni belajar Islam? Ya bagus, baik mari duduk rumah saya. Ini Islam, dia terang perlahan-perlahan. Ini kawan ini kata dia lain, dia kata takpe takpe takpe, lain, lain tapi ni saya nak terangkan yang sebenar. Bagi sejarah, bagi Quran, bagi sirah, kawan ini kata tak, Nabi saya Elijah Muhammad, dia tak kata kapir, tak. Dia kata betul, takpalah kalau cakap macam tu, tapi baik saya berikan pandangan saya, kamu dengar dulu. Lama-lama dia dapat hidayah. Dan Sheikh Ahmed Hassoun Mufti bagi nama kat dia, sudahlah tak payah Malcolm X dah, tukar jadi Abdul Malik El-Shabazz, maknanya yang perbaharui semangat dia.
- Baik, ini sampai kisahnya, Abdul Malik El-Shabazz dia kata dia nak pergi haji. Sheikh Ahmed Hassoun kata, tak boleh sebab kamu ni black muslim. Saya muslim! Tak, Black Muslim ini nabi dia Elijah Muhammad, muslim ini nabi dia Muhammad SAW. Dia belajar, dapat hidayah, ambil keputusan pergi haji, maka pergi haji. Baik, tengok orang baru masuk Islam tahun 1970-an begitu. Baru masuk Islam ini, tapi ikhlas, tekun belajar, kuat amalannya. Maka, bila sampai pakai ihram, bila pakai ihram, dia kata, dia tulis surat kepada adik perempuan dia. Dia kata, “aku ni berjuang untuk kulit hitam puluh tahun, aku tak pernah dilayan seperti ini”. Apa dia layannya ni? Aku pakai ihram, anak raja, anak petani, anak nelayan, anak Mengkuang Titi, semuanya anggap aku ini sebagai saudara. Sama, pakaian sama, ibadah sama, tidak ada warna kulit, tidak ada pangkat, darjat, sama. Siapa kata? Malcolm X tadi, Abdul Malik El-Shabazz.
- Tengok, baru masuk Islam, pakai ihram. Kita ni kadang-kadang umrah beberapa kali dah, haji beberapa kali, ada kesedaran itu tak? Pakai ihram ini, seolah di padang mahsyar, semuanya sama, tak ada pangkat, tak ada Datuk Seri ke Tan Seri ke Tun, semua simpan dalam almari, ini dia depan Allah SWT semua sama. Mana ada equality dalam agama lain, belum tentu. Ini real equality persamaan yang diamalkan kata Abdul Malik El-Shabazz kepada adik perempuan dia yang masih di New York, Amerika Syarikat.
- Kemudian menuju ke Mekah ‘Labbaik Allahumma labbaik, Labbaik la sharika laka labbaik. Innal-hamda wan-ni’mata laka wal-mulk. La sharika lak’ semua macam itu. Dak kata, tinggal semua, kulit hitam, kulit putih, Melayu, Cina, India, Siam semua diketepikan, hanya bertaut untuk berbicara kebesaran Allah SWT dan kami mahu datang Ya Allah untuk menyampaikan hajat memenuhi tanggungjawab dan tunduk kepada Allah SWT. Satu, siapa dia? Abdul Malik El-Shabazz apa nama dia sebelumnya? Malcolm X.
- Sebab itu saya kata, amalan ini roh dan niatnya kena betul, yang disebut dalam Al-Quran dalam basic kita faham, dalam dakwah Ya ayuhal-lazina amanu istajibu lillahi walirrasul ila da’atum lima yuhyikum, maknanya menyampai dan menghayati. Jadi, itu cerita siapa? Malcolm X. Ada ‘Autobiography of Malcolm X’ yang ditulis oleh Alex Haley pengarangnya, ‘Autobiography of Malcolm X’ yang ditulis oleh Alex Haley dan jadi movie terkenal pada masa itu tahun 90-an tak salah saya, yang pengarahnya Spike Lee salah seorang penerbit, pengarah filem yang terkenal kulit hitam, Spike Lee.
- Dia pun lepas musim haji balik singgah ke London dan memberikan penerangan Islam yang betul dan menarik anak-anak muda terutamanya. Anak muda kena semangat, anak muda kena cinta ilmu, anak muda yang benci pada penindasan, anak muda yang mahu kebebasan sebenarnya, anak muda yang ditanam semangat persaudaraan, tidak benci pada kulit hitam atau benci pada kulit putih, atau kata orang kulit putih lebih baik daripada kulit hitam, tapi yang tidak kenal warna, tetapi peribadi yang baik. Siapa dia? Malcolm X. Apa namanya? Abdul Malik El-Shabazz. Dia terus berdakwah. Orang kulit hitam tadi, Nation of Islam marah kat dia. Agen-agen Amerika Syarikat pun dah mula gentar. Ini anak muda ini bahaya kerana dia bawa semangat baru kepada Amerika. Beberapa bulan selepas itu, 1991-1992, tak salah saya. Tatkala berucap di sebuah hotel di New York, dia ditembak mati serta merta. Abdul Malik El-Shabazz mati ditembak tatkala menyampaikan dakwah kebenaran Islam, menolak kezaliman, menolak penghinaan atas dasar warna kulit, menolak kefahaman kulit putih atau suka kulit hitam tanpa prinsip akhlak dan keadilan. Al-Syahid Al-Hajj Abdul Malik El-Shabazz.
- Haji yang sekali itu memberi dia kekuatan iman, ilmu, amal dan roh perjuangan luar biasa. Saya baca masa saya dalam ABIM ini, sekitar umur 28-29 sebelum itu, tatkala saya pergi mesyuarat di New York sebagai pemimpin belia, saya beli buku itu dan bila saya baca memang saya terpegun, rasa rendah sekali tengok orang baru masuk Islam, orang kulit hitam, anak orang miskin, dipelihara di rumah-rumah amal, tetapi Allah beri hidayah dan bawa semangat baru. Apakah mungkin kita latih anak-anak muda kita bawa semangat itu. Orang boleh guna kebijaksanaan dakwah sepertimana diajar oleh Sheikh Ahmed Hassoun. Kalau Ahmed Hassoun itu macam setengah-setengah orang, kita cakap salah sikit, ‘gam’ terus hukum tak akan jadi Malik El-Shabazz.
- Jadi hikmah dakwah itu penting. Itu saya nak sampaikan. Tadi cakap pasal korban dah di Permatang Pasir dan Seberang Jaya, jadi di sini saya cerita sebab mengenai Malcolm X, nama dia Abdul Malik El-Shabazz. Al-Hajj Al-Syahid Abdul Malik El-Shabazz. Cerita ini saya baca dah berberapa…empat, lima puluh tahun yang lalu, setiap kali saya bercakap tentu saya rasa terkesan, sayu, menemukan seorang jaguh yang bukan terlalu alim, tetapi Allah berikan hidayah, yang diberikan pengaruh kepada anak muda luar biasa.
- Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita dan mendoakan hujjaj (jemaah haji) kita, saudara mara kita yang mengerjakan haji bawa balik semangat sepertimana yang dibawa oleh mujahid dan pejuang Islam yang berlaku di zaman Belanda, melawan penjajahan kezaliman Belanda, dan semangat siapa? Abdul Malik Al-Syabas.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
