TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PM : SAMBUTAN HARI PENGGUNA KEBANGSAAN 2026
15 March 2026
Skip to content
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATUK SERI PANGLIMA ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
SAMBUTAN HARI PENGGUNA KEBANGSAAN 2026
15 MAC 2026 (AHAD) | 12.00 TENGAHARI
KOTA KINABALU, SABAH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Saudara saya, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji;
Saudara Menteri, yang bawa saya ke Kota Kinabalu ini. Terima kasih Saudara Armizan, kerana komitmen dan semangat yang ditunjukkan;
Saudara Fuziah, Timbalan Menteri;
KSU;
Menteri-Menteri Negeri;
Rakan-rakan yang saya muliakan.
- Terima kasih atas sambutan baik, Alhamdulillah. Walaupun Ramadan masih kita beli-belah. Tapi sepertimana kita tahu, saya beri beberapa peringatan, kita beli keperluan kita dengan semangat Hari Pengguna Kebangsaan ini, suatu peringatan kepada kita membeli barang keperluan, memilih kos yang lebih rendah.
- Kementerian Pengguna sangat aktif dalam memberikan ruang, rangkaian supaya pembeli-pembeli buat pilihan, memilih kos yang rendah, mutu yang baik. Banyak acara-acara yang telah diperkenalkan sepertimana kita sedia maklum, termasuk Jualan Murah, Jualan Rahmah, dan juga memperkenalkan sistem yang boleh melatih, mendidik, memberi pencerahan agar kita boleh membeli dengan bijak. Jadi itulah semangat Hari Pengguna Kebangsaan.
- Pengguna ini mesti diberi pencerahan supaya tahu membuat pilihan yang baik dan tidak hanya ikut iklan, dia harus memberi penilaian. Kalau kita lihat umpamanya dalam sistem terbuka begini, dia ada teori ekonomi yang bangkitkan tentang kecenderungan manusia itu tertarik dengan hebahan dan iklan. Ini disebut teori ekonomi Veblen (Thorstein Veblen) “Conspicuous Consumption”. Dia nak sahaja beli, yang perlu dia beli, yang tidak perlu dia beli, yang murah dia beli, yang mahal dia beli, kerana dia tertawan, terpukau dengan iklan.
- Kita melatih dalam kementerian ini untuk Pengguna sendiri membuat pilihan berdasarkan ilmu, berdasarkan maklumat, berdasarkan fakta. Sebab itu, Kerajaan memandang serius dan melihat keperluan kita mengadakan Hari Pengguna, mengingatkan, peringatan pakar ekonomi yang saya sebut tadi Veblen tentang Theory Of Conspicuous Consumption. Maknanya, menelan, membolot, memakai hal-hal yang tidak perlu. Jadi tidak pernah cukup hidupnya kerana terpaksa memilih membeli dan terpengaruh dengan sentimen bukan atas keperluan menjaga keluarga dan juga keperluan.
Saudara-saudari,
- Hari Raya sudah dekat, cuti bagaimana? Jadi saya mai turun-turun tadi dah ada orang tanya, “Cuti bila PMX?”. Saya kata puasa belum habis, macam mana fikir cuti. Dia puasa habis baru fikir raya. Jadi saya bercakap pasal puasa dahulu. Puasa Ramadan ini bagi kawan-kawan Islam dan bukan Islam di Sabah ini dan di Malaysia, apa matlamat puasa? Kadang-kadang kawan-kawan saya tidak tahu bahawa Islam dan a-Quran mengiktiraf amalan puasa terdahulu. Maknanya sebelum Islam ada amalan puasa. Kerana ayat Quran yang menyebut tentang amalan puasa itu – Yaa ayyuhal lazeena aamanoo kutiba ‘alaikumus Siyaamu kamaa kutiba ‘alal lazeena min qablikum la’allakum tattaqoon (Surah Al-Baqarah, ayat: 183-185). Apa maknanya? Diperintahkan kepada kita berpuasa bulan Ramadan ini sepertimana diperintahkan kepada umat terdahulu. Maknanya amalan puasa, disiplin puasa ini penting. Tahu hari-hari makan, adalah cuti sedikit untuk enjin kita diperbaiki, dipulihkan.
- Kemudian, hari-hari ada makanan. Bagaimana dengan orang yang tidak ada makanan, bagaimana orang yang miskin, jadi harus ada kesedaran untuk kenang nasib mereka. Itu tradisi makanan. Jadi bila kita dengar Majlis Berbuka Puasa yang melimpah ranah makanannya, mahal, saya fikir aneh juga. Tujuan puasa hidup sederhana, bantu yang miskin, bantu yang kurang makan. Kita puasa, ‘maaakaaannnn’ sebanyaknya, tidak memikirkan nasib orang lain. Jadi hasrat dan semangat puasa itu hilang. Sebab itu kalau orang itu berpuasa, dia lebih insaf tentang nasib rakyat miskin. Dia lebih mendukung usaha-usaha membantu kita, kerana dia paksa kita puasa, bukan sahaja teori. Oh! Saya tahu bagaimana rasa orang susah. Puasa ini untuk kita rasa dan tahu orang susah dan orang miskin, sama ada Muslim, Kristian, Hindu, Buddha, rakyat yang susah, yang kurang makan kita merasakan. Itu tujuannya. Apakah tercapai? Itu kita tanya sendiri. Sebab itu ayat itu berakhir dengan la’allakum tattaqoon supaya kita ini ada devotion, ada ketakwaan kepada Allah, kerana matlamatnya itu adalah sincerity, keikhlasan kita. Itu semangat Ramadan.
- Jadi kalau Hari Pengguna ini sesuai untuk mengingatkan kita tentang semangat Ramadan, ingatkan kita hidup yang lebih sederhana, makan yang perlu tetapi ingat nasib rakyat miskin. Kita tanya bulan Ramadan, berapa sedekah dan sumbangan kita pada orang susah? Apa kita tahu di sekitar kariah dan kampung kita ada yang miskin, ada yang belum cukup makan, ada yang lusuh pakaiannya, tanya apakah habuan, pendapatan kita yang lebih sedikit itu boleh kita bantu mereka. Kalau kita lakukan, maka adalah semangat Ramadan itu hidup. Mudah-mudahan memberi kesedaran kepada kita.
- Tetapi dalam tradisi kita, kita tahu akan sampai akhirnya Hari Raya, hari Jumaat atau hari Sabtu. Mahu saya jawab sekarang? Tidak boleh. Ini dia lihat dulu, kemudian dia akan umum hari Jumaat malam, sama ada hari Jumaat atau hari Sabtu. Tapi bagaimanapun, Jumaat atau Sabtu, jangan bimbang, kerana kita berikan cuti tambahan Hari Raya. Kita beri cuti kerana kita anggap semua orang dah kerja kuat. Bulan Ramadan ini semua extra time, extra dedication, extra effort. So, we will reward you dengan tambahan cuti. Kalau yang tak extra effort, you still have a few days, please do a bit more to deserve the holidays. Jadi kalau Hari Raya, hari Jumaat, 20 Mac, maka cuti tambahan pada Isnin, 23 Mac. Kalau Hari Raya, Sabtu 21 Mac, cuti tambahan hari Jumaat 20 Mac. Tadi saya datang dengan Datuk Johan, KSP, dia Kementerian Kewangan, dia mahu kerja, dia tak suka cuti. Jadi dia tanya, mengapa kita umum awal? Kita umum awal, supaya kita boleh buat perancangan. Okey? Nak cuti hari Jumaat, atau cuti Isnin. Siapa nak cuti hari Isnin, doa supaya Hari Raya hari Sabtu.
- Baik, saya ingin ucap terima kasih kepada Saudara Armizan dan Fuziah, KSU, rakan-rakan kerana bila musim perayaan kerja mereka itu bertambah-tambah. Kalau harga naik, melambung, mereka akan diserang. Mereka kena pantau di setiap pelosok, setiap daerah. Jaga dan kawal. Pertama, barang harus ada. Kalau kurang ayam, cari Armizan. Kurang telur, cari Fuziah. Jadi orang akan tanya. Kemudian kalau ada, mereka tak mahu mahal, jadi semua ini diteliti. Sebab itu, saya datang juga di antara lain menyatakan penghargaan, KSU dan seluruh jentera termasuk penguatkuasaan. Thank you very much! you have done a great service to the rakyat and to the people. Kita bila buat baik ini, jangan harap orang ingat semua. Kalau tengok dalam media sosial, hantam sahaja. Cuba fikir 3 tahun lalu, 5 tahun yang lalu, telur harga berapa? ayam harga berapa? Kadang-kadang kekurangan tidak dapat. Jadi, bila rakan-rakan kita, penguatkuasa, pegawai-pegawai buat kerja, katalah terima kasih sikit. Learn to say thank you for those who have served us well. Alright? Boleh itu? Boleh ke?
- Saya tak minta banyak. Bukan minta untuk beli hadiah, tidak. Just to say thank you. Appreciate orang yang berikan sumbangan dan kerja kepada kita. Saya datang, sampaikan itu. But I know, dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, itu kena tunggu je. Bila giliran Amizan sahaja, ada tak barang? Mahal ke tidak? Dia kena jawab. Sebab itulah dia sampai hilang rambut-rambut semua itu (nada seloroh).
- Untuk Skim Harga Maksimum Musim Perayaan, kita tetapkan ya. Skim Harga Maksimum Musim Perayaan, Hari Raya Aidilfitri 2026, dilaksanakan selama 15 hari, berkuatkuasa dari 14 hingga 28 Mac 2026. Maknanya 7 hari sebelum, 7 hari selepas perayaan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah mengenal pasti jenis barangan yang dikawal mengikut lokasi. 24 barangan di Semenanjung, 23 barangan di Sabah dan Sarawak, 22 di wilayah Persekutuan Labuan.
- Yang jadi masalah sekarang ini sedikit, harga naik, dan terpaksa dikawal, ialah harga cili merah. Jadi saya cadangkan kita masak pakai cili kering, jangan pakai cili merah, kerana mahal sedikit dan kita import dari Thailand dan tahun lalu banjir besar di Thailand, kerosakan. Jadi harap difahami, yang detail-nya nanti Menteri akan umumkan.
- Kita juga tahu sekarang ini ada perang di negara Teluk dan Iran. Apa punca Iran diserang oleh Israel dan Amerika Syarikat? Kita sebagai rakyat, negara merdeka, bantah. Kita tak setuju negara mana pun diserang dan ditakluki. Bila kita merdeka, Malaysia, Sabah, Sarawak bersama, apa matlamat kita? Negara ini harus bebas. Negara ini merdeka. Tidak mahu Inggeris atau Rusia atau Amerika campur tangan urusan negara kita. Itu maknanya merdeka. Jadi sebab itu, mana-mana negara walaupun kita tidak setuju dengan sistem itu. Apa dia komunis, apa dia demokrasi, apa dia diktator, itu urusan negara masing-masing. Kita boleh beri pendapat, tapi tak boleh campur apalagi guna tentera. Apa yang berlaku di Iran ini, guna tentera serang negara lain. Bunuh ketua mereka. Mana mungkin begitu. Jadi sebab itu, kita bantah dan Parlimen, semua wakil-wakil parti di Malaysia, di Parlimen mengeluarkan kenyataan simpati atas kematian ketua atau ketua agama mereka, Imam Ali Hosseini Khamenei dan bantah serangan Israel dan Amerika Syarikat ke atas Iran.
- Dan sebelumnya, ceroboh dan rampas hak orang Palestin dan Gaza. Tapi itu satu bab. Apa kaitan dengan kita? Pertama, saya katakan sebagai negara merdeka, kita mesti bersuara. Mana mungkin negara merdeka dan bebas mengizinkan orang serang ikut suka. Kalau kita tidak bersuara, apa kata nanti kalau jadi kepada negara kita? Sebab itu, prinsip ini harus kita pertahankan. Tetapi, implikasinya lebih serius. Bila perang, Selat Hormuz ditutup. 400 lebih kapal, minyak, gas, keperluan-keperluan asas tertahan, termasuk kapal yang bawa anak kapal Malaysia, barang-barang Malaysia. Berapa kapal? 400. Bukan tongkang, bukan perahu, kapal-kapal besar. Jadi barang tak sampai, minyak, gas tersangkut. Insurans meningkat. Kalau mereka langgar, bahaya, dibom. Jadi, kos barang akan meningkat.
- Dulu harga minyak, satu tong, brent, USD70 dolar Amerika. Sekarang, USD103 dolar Amerika. Itu, dia masih meningkat. Maknanya, bila minyak naik, pengangkutan naik, insurans naik, harga barang naik. Bila kos pengangkutan naik, harga bawang dari India naik. Sebab, dia datang dengan kapal, kapal itu pakai minyak. Tetapi, alhamdulillah, berita baik bagi rakyat Malaysia dan Sabah pada hari ini. Walaupun harga minyak dari RM70 naik RM103 satu tong, harga jualan RON95 kekal RM1.99. Jadi macam mana nak tampung kerugian? Itu kita kena fikir. Jadi sebab itu saya kata untuk beberapa bulan ini kita kekal. Maknanya, kita kekal harga minyak yang termurah di dunia. Hanya Brunei murah sedikit pada kita.
- Saudara harus tahu ini. Sebab berita-berita begini tak hebah, tak diminati. Kita kena terang sendiri. Kita boleh pilih berapa harga minyak di Singapura? Kita RM1.99, di Singapura lebih RM10 sekarang. Naik. Saya tak mahu sebut, tapi semua negara-negara lain di ASEAN ini naik. Kita kekal RM1.99. Baik. Diesel. Diesel, ini memang satu perkara yang masalah kita. Kita terpaksa tampung. Kalau naik, susah nanti. Orang naik dari sini pergi ke Kundasang, kemudian orang Tawau, semua akan mengeluh kerana mereka guna banyak diesel. Kerajaan Malaysia fikir hal ini. Jadi bila kita naik harga diesel di semenanjung dua (2) tahun yang lalu kita tak naik harga diesel di Sabah dan Sarawak, sebab penggunaan diesel itu lebih tinggi di sini. Tapi harga minyak diesel sudah naik. Bukan naik, melambung. Jadi, siapa harus bayar? Kerajaan harus bayar.
- Untuk Sabah dan Sarawak, tahun lalu, 2025, berapa kita bayar subsidi? Subsidi ini bukan dalam MA63, tidak. Projek pembangunan, ya. Sekolah, ya. Subsidi, tidak. Tetapi, kita fikir. Datuk Seri Hajiji, dia nampak sahaja begitu. Tetapi, kalau saya naik, dia telefon saya. Dato’ Sri, tolong. Orang Sabah ini susah. Jangan bebankan mereka. Inilah sebab Ketua Menteri ini baik. Dia mewakili semangat rakyat Malaysia. Jadi, kalau tahun 2025, subsidi untuk minyak diesel di Sabah dan Sarawak itu RM2 bilion, RM1 bilion Sabah, RM1 bilion Sarawak. Itu 2025, sebelum perang. Sekarang setelah perang, harga melonjak lagi. Tapi harga diesel Sabah-Sarawak tidak naik.
- Tolong, lapor lah. Ini yang dia lapor masalah je, ini tidak bagi lagi, ini tidak bagi lagi ini, tambah orang politik 2-3 orang, complaint Nak tidur complaint, bangun tidur complaint. Tidak apa complaint, ada yang belum, sedang di runding ini MA63, mana Datuk Sri Johan dah empat kali mesyuarat, empat kali kan? Empat kali dah mesyuarat. Rundinglah, takkan tidak boleh selesai. Sudah daripada 1973 tidak selesai, saya Perdana Menteri kena selesai sekarang. Amboi! dah 50 tahun dia tunggu tidak selesai, Saya ambil alih no, no, no, cakap sikit orang marah-marah, jangan. Ada lagu Sabah, “jangan marah-marah” mana? Ada lagu baru itu kan? Saya lupa.
- Baik untuk tahun 2026, setakat ini harga diesel sekarang ini, berapa subsidi untuk Sabah dan Sarawak? Tahun lalu RM2 bilion. Setakat ini, Kerajaan Persekutuan harus bayar untuk Sabah dan Sarawak RM4.6 bilion ringgit, maknanya RM2.2 bilion ringgit untuk Sabah, RM2 bilion lebih untuk Sarawak. Saya sebut perkara ini kerana kita harus tahu, bukan saya mengeluh, tidak. Saya maklumkan kerana kita harus tahu. Kalau dengar orang ini dia asyik bagi pandangan seolah-olah tidak ada laku apa-apa. Ini Perdana Menteri tidak peduli nasib orang Sabah. Tidak betul. Tidak siapa yang minta, tiada siapa yang ugut, tapi ini tanggungjawab kita, meringankan nasib rakyat. Berapa tahun ini? RM46 bilion. Berapa harga pump diesel? RM2.15 sen betul? 15 sen. Berapa kos sebenar? RM4.30 sen, dua kali ganda. Setiap kali beli minyak RM2.15, ingat kos sebenar, kos sebenar RM4.30. Siapa yang bayar lebih? Kerajaan Persekutuan bayar lebih. Bila kita faham ini, maka kita hiduplah baik dan runding dengan baik. Masalah-masalah kita cari penyelesaian yang baik. Kerana, dari mana kita nak dapat ini tambahan? RM4.3 bilion dari negara.
- Saya yang jawab, terus terang keadaan sekarang, kita masih bertahan. Bulan April, bertahan lagi. Bulan Mei, insya-Allah bertahan lagi. Selepas itu, KK kena panggil semua runding. Kalau setakat ini, minyak RON 95 sahaja berapa? Ini RM43 bilion itu diesel. Berapa RON 95? Kita tampung tiap bulan RON95 nak kawal harga RM2 bilion per month. Satu tahun RM24 bilion. Siapa kena bayar? Persekutuan kena bayar. Berapa lama boleh tahan? Oh! tak peduli, Kerajaan mesti bayar. Tidak, dengar, bincang dengan baik bagaimana nak selesai.
- Saya doa Allah SWT mudah-mudahan peperangan itu dapat selesai dengan baik, jangan serang negara lain dan aman, kerana dia melibatkan lebih habis daripada 10 negara. Dan kita bersyukur ke hadrat Allah SWT, saya beritahu tadi kepada Datuk Seri Hajiji bersyukur, kerana negara-negara ini hubungi kita. Kita negara kecil, jauh, tetapi Raja Arab Saudi, Raja Qatar, Raja Kuwait, Presiden Iran dan Menteri Luar Iran semua hubungi kita bagi pandangan. Mudah-mudahan dapat kita bantu sedikit cuba melerai dan selesaikan. Kita syukur kerana apa? Malaysia ini negara aman. Kerana apa? Malaysia menjadi contoh perpaduan rakyat. Kerana apa? Kerana ekonomi kita sedang meningkat. Kerana apa? Kita bawa mesej sederhana, hidup berdamai antara kaum dan agama di Malaysia tercinta ini.
- Jadi, Alhamdulillah, mudah-mudahan Allah merestui usaha kita. Ada juga pandangan-pandangan tentang usaha-usaha yang dibuat oleh Kementerian Pengguna termasuk Akta Kredit dan sebagainya, yang saya tidak umumkan pada hari ini, kerana saya lihat kementerian ini aktif bukan saja memperkenalkan ikhtiar baru tetapi menyampaikan kepada khalayak dan rakyat.
- Jadi, saya sekali lagi ucap terima kasih kepada semua yang hadir dan dengar dengan tekun dan cuba faham masalah negara kita bersama. Dan jaga, biar negara ini aman, biar kita tumpu pembangunan negara kita, biar selesaikan cara baik, kerana dengan ini sahaja kita dapat bertahan belajar daripada kerosakan yang berlaku di banyak rantau lain kerana perseteruan yang berterusan. Jadi sekali lagi saya ucap terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
