TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PM : PERASMIAN PENANG INTERNATIONAL HALAL EXPO (PIHEX) PROGRAM MADANI KITA (PMK) 2026 PERMATANG PAUH DAN HIMPUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA PULAU PINANG (HUBPP) TAHUN 2026
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI UTAMA ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
PERASMIAN PENANG INTERNATIONAL HALAL EXPO (PIHEX), PROGRAM MADANI KITA (PMK) 2026 PERMATANG PAUH DAN HIMPUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA PULAU PINANG (HUBPP) TAHUN 2026
25 JULAI 2026 | SABTU | 2.15 PETANG
PADANG POLITEKNIK SEBERANG PERAI
PULAU PINANG
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera.
Alhamdu lillahirabbil-‘alamin, nahmaduhu wa nusalli ‘ala rasulihil-karim, wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in.
Yang Berhormat Dato’ Seri Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil,
Menteri Komunikasi;
Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid,
Timbalan Ketua Menteri I, Pulau Pinang;
Saudara Setiausaha Kerajaan Negeri;
Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri;
Yang Berbahagia Tan Sri Khalid bin Ramli,
Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang;
Rakan-rakan yang saya muliakan; dan
Yang utama, anak-anak yang dikasihi sekalian.
- Terima kasih kerana sambutan dan juga kerana dukungan kepada suatu usaha mengangkat martabat dan memberi makna kepada penyertaan ekonomi Bumiputera di Pulau Pinang.
- Ini seolah-olah ada satu yang tidak normal atau kontrakdiksi. Selalunya orang bicara Bumiputera itu menghadapi masalah besar di Pulau Pinang, kerana di Pulau Pinang ini, Bumiputera umumnya minoriti dan Ketua Menterinya juga bukan seorang Melayu. Tetapi kalau melihat angka, kerana kerjasama diberikan oleh kerajaan negeri sepertimana yang dipaparkan oleh Saudara Dato’ Dr. Mohamad, Timbalan Ketua Menteri (TKM) tadi, dan juga program-program kerjasama dengan semua jabatan.
- Malah, kalau kita lihat penyertaan syarikat-syarikat Bumiputera, sama ada dalam kegiatan Bumiputera khusus ataupun rakan kongsi dengan syarikat-syarikat Cina dan syarikat-syarikat bukan Bumiputera yang ada dan program semikondoktur yang akan kita luncurkan, kita lihat prestasi umum orang Melayu Bumiputera di Pulau Pinang mengatasi hampir keseluruhan negeri-negeri Melayu yang lain. Dan ini yang tidak dihebahkan. Yang saya dengar ini masalah teguran, kritikan dan kutukan, seolah tidak ada apa-apa yang dilakukan.
- Saya oleh itu, nak mulakan dengan menyatakan penghargaan saya. Bukan sahaja kepada Dato’ Dr. Mohamad, tapi kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, yang menjadikan agenda pembangunan Bumiputera ini, agenda pembangunan bersama Negeri Pulau Pinang. Dan bila kita lihat kepentingan mengangkat martabat semua kaum, kerana ada jurusan pembangunan masyarakat dan negeri keseluruhannya, yang memberikan ruang kepada rakan-rakan kita peniaga Cina yang harus diberikan dukungan seperti biasa, dan kita tidak mahu juga rakan-rakan kita dari kalangan India yang merasakan diri mereka terpinggir dan tersisih dari arus pembangunan. Bagi saya, ini dia kekuatan Malaysia.
- Ada ruang dan jurusan di mana kita harus perkemas dan pertingkatkan sepertimana wujudnya Majlis Pembangunan Bumiputera dan kerjasama dan penyelarasan dengan agensi-agensi Bumiputera yang lain, TEKUN, MARA, PERDA dan semua agensi persekutuan. Itu harus kita jadikan pemangkin bagi pertumbuhan.
- Oleh itu, saya sudah beritahu kepada Tan Sri Khalid, untuk Pulau Pinang, semua agensi Bumiputera tidak kira dari mana kementerian atau jabatan, mesti bergerak sebagai satu kerjasama strategik. Terima kasih kerana Naib Canselor USM bersama, kerana bahagian penyelidikan kerjasama ini sangat kritikal bagi kita, tapi saya ingat, saya percaya Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) akan beri perhatian, untuk kegiatan berikutnya, semua agensi Kerajaan Persekutuan, harus ada penyelarasan melalui Majlis Pembangunan Ekonomi Bumiputera, supaya lebih berkesan dan tidak bekerja dan bergerak secara silo.
- Dan saya harap dalam tempoh beberapa minggu, saya akan dapat laporan tentang pertemuan-pertemuan awal yang diselaraskan dan mungkin kita tugaskan salah seorang daripada pegawai, sama ada Pengerusi Majlis Pembangunan dan sebagainya, saya akan bincang dengan Ketua Setiausaha Negara supaya Pulau Pinang akan muncul di antara negeri di mana prestasi penyertaan ekonomi Bumiputera itu di antara yang terbaik di Malaysia, insya-Allah.
- Hari ini kita juga beri tumpuan tentang industri Halal melalui perasmian Penang International Halal EXPO. Ini juga menarik, kalau dulu Halal ini, hanya makanan tertentu, tapi sekarang ini, hampir semua kunjungan saya di luar negara tidak terlepas pemimpinnya, presidennya atau perdana menterinya menyebut, ”Prime Minister Anwar, we want to accelarate, expand, colaboration in the Halal Industry with Malaysia”. Baik Vietnam, baik Presiden Xi Jinping Negara China, Presiden Lula Brazil, Presiden Ramaphosa Afrika Selatan, semuanya tanpa kecuali, menyatakan Malaysia punyai, mencatat prestasi yang baik dalam industri Halal dan mereka mahu bekerjasama untuk mendapat pensijilan dan pengiktirafan Halal dari Malaysia.
- Ini saya ucapkan tahniah kepada semua, baik JAKIM dan Majlis Agama Islam, yang dapat mempertahankan prestasi kita yang cemerlang dalam memperkenalkan industri Halal. Tapi sekarang ini, dalam dua tahun begitu, saya menekankan kita tidak hanya harus eksport Sijil Halal. Kekuatan kita bukan sahaja pensijilan, tapi mesti ada sinergi di antara sijil dan industri. Umpamanya, dalam perbincangan saya dengan Perdana Menteri Vietnam, yang mahu dikembangkan industri Halal di Vietnam dan mendapatkan pensijilan Halal, saya mengatakan bahawa perlu Kerajaan Vietnam memerhati strategi untuk bekerjasama dengan industri Halal di Malaysia. Kerana kalau pensijilan itu sekali gus dapat, tapi harus dipantau. Dan pemantauan itu lebih berkesan, kalau ada kerjasama dengan industri Malaysia yang boleh bersama dalam mempertahankan kesinambungan atau kelangsungan industri Halal.
- Justeru anak-anak, lihat dan umpamanya, bila kita urus dengan baik dan elakkan daripada penyelewengan, tatakelolanya baik, dunia mengiktiraf juga. Dan bila dunia iktiraf kita, industri Halal di Malaysia boleh berkembang dan kita mengharapkan ia menjadi kemuncak dan industri Halal yang terbaik dan paling cemerlang di dunia. Ini cita-cita kita kerana jumpa Presiden Peru, tadi saya sebut Brazil, Presiden Ethiopia, semuanya, tanpa kecuali, saya agak tertarik dengan hal ini, kerana pertamanya, pensijilan itu mendapat pengiktirafan tinggi. Dan keduanya, syarikat-syarikat, baik Bumiputera atau bukan Bumiputera, bila dapat pensijilan Halal, itu diberikan pengiktirafan dan penghormatan. Ini saya rasa kolaborasi di antara syarikat-syarikat Bumiputera dan Bumiputera juga harus ditingkatkan di Malaysia ini.
- Yang kedua, yang kita tekankan di sini, termasuk Himpunan Usahawan Bumiputera. Kita ada unit Bumiputera yang dikendali bersama oleh persekutuan dan negeri. Tapi saya telah membentuk Majlis Bumiputera ini, usahawan Bumiputera yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Khalid kerana saya mahu Pulau Pinang sekali lagi sebagai contoh bagaimana boleh kita angkat.
- F&B nampak berkembang dan tahniah lagi kerana prestasi kita. Saudara jangan pandang ringan hal ni. Pulau Pinang ini dapat persepsi dan gambaran lemah dari segi penyertaan Muslim dan Bumiputera. Tapi rekod dan faktanya menunjukkan prestasi Bumiputera di Pulau Pinang secara keseluruhannya itu lebih baik daripada kebanyakan negeri-negeri Melayu di Semenanjung. Dan ini satu kenyataan yang tidak disenangi oleh setengah pihak, tapi ini kenyataan.
- Saudara tahu kenapa? Politiknya stabil. Fokus kita jelas. Ada clarity of policies. Apa ni polisi kita? Kita nak angkat martabat kita dan kita terima kenyataan. Mahu angkat golongan Bumiputera ini, kita lakukan sinergi dengan syarikat-syarikat bukan Bumiputera. Dan kita beritahu syarikat-syarikat bukan Bumiputera, kalau kita ada umpamanya kemajuan satu pihak, syarikat bukan Bumiputera, dan kita fikirkan bukan Bumiputera, negeri tidak akan stabil, politik tidak akan stabil dan akan timbul kegelisahan seperti yang pernah berlaku di banyak negara. Sebab itu strategi kita ialah mengangkat keupayaan syarikat-syarikat bersama.
- Begitu juga bila dibincang awal minggu ini, saya bincang dengan wakil-wakil masyarakat India di Putrajaya. Saya bincang dan mereka beri apa-apa pandangan, kita dengar, kerana Malaysia ini begini rupa. Kita mesti angkat kedudukan Bumiputera, majoriti Bumiputera dan relatif miskin. Majoriti Bumiputera masih di kategori miskin yang mesti kita usaha untuk perbaiki kedudukan mereka.
- Tetapi tidak boleh dinafikan bahawa untuk memacu pertumbuhan yang segar dan rancak, kita memerlukan penyertaan dan kejayaan syarikat-syarikat tempatan yang banyak dikendali oleh Cina. Dan sebab itu, kita harus dukung dengan harapan dan tekanan supaya mereka adakan sinergi dengan syarikat-syarikat dan penyertaan Bumiputera.
- Begitu juga dengan India. Malam tadi saya bersama dengan masyarakat India Muslim. Kerana dia bukan Cina, dia tak diterima sebagai sebahagian India, dia bukan Bumiputera. Jadi nampaknya tersisih. Jadi dia kata, di mana, “tak bertempat nak mengadu, alam keliling membisu”, lagu P.Ramlee lama. Mufti ingat, itu saya tak berani. Jadi, kita dengar. Betul juga, dia bukan Bumiputera. Dan oleh itu kita dengar, dan walaupun dia kelompok kecil dalam masyarakat, ini kekuatan di Malaysia ini. Kalau kita bantu dia sedikit, bagi dia sedikit perhatian, kita tak rugi. Kerana kita bagi perhatian kepada Melayu, kepada Cina, kepada India, kepada Sabah dan Sarawak.
- Dan ini pendekatan yang penting saudara-saudara. Not very popular, very complex, doesn’t satisfy most people, but this is the only cure to ensure that Malaysia remains united and a successful nation. Kalau tidak, kita akan sibuk. Sekejap lagi, bila mai pilihan raya, orang ini jadi pendatang. Bila mai pilihan raya, orang ini, kita kata, untuk Melayu. Bila habis pilihan raya, bila kita ada kerajaan, kita sama-sama sibuk perkayakan diri kita dan kelompok kita.
- Jadi, seruan untuk kaum atau agama itu bermusim. Program itu tidak ada. Kita kena belajar dengan pengalaman ini. Ujian bagi kita adalah bila kita ada kuasa. Sama ada kita laksanakan dengan baik atau tidak. Saya selalu pesan, YB Dato’ Seri Fahmi tahu, YBhg. Tan Sri Khalid, dalam parti saya tekankan selalu, masa kita ada kuasalah kita harus jelas apa yang kita nak lakukan. Elak daripada pembaziran, elak daripada kecurangan, rasuah atau langkah memperkayakan diri dan keluarga, dan tumpu untuk bangkitkan pelan nasib masyarakat kita.
- Ni anak-anak yang muda ini, memerlukan perhatian. Mereka perlukan pendidikan terbaik. Mereka perlukan disiplin dan ilmu baru. Mereka perlukan peluang dan ruang. Kita tidak boleh cakap soal justice saya selalu mengingatkan negara-negara tentang teori keadilan. Kalau dalam Islam, memang jelas, “Innallaha yuhibbul-ihsan” dia keadilan itu, dia sekalikan dengan ihsan, care, compassion baru jadi justice. Dia tidak fikir hanya meritokrasi, you cakap meritokrasi, you belajar di mana? Di Chung Ling, di Malay College tentulah, sekolah terbaik. Kemudian bandingkan dengan sekolah di Kapit di Sarawak, di Manik Urai mana ada persaingannya yang adil?
- Sama juga dengan perniagaan, bagi syarikat atau bank yang terbesar berjaya dengan skim pinjaman di kampung, tentunya tidak sama. Maka perlu suntikan dukungan kerajaan dan di kalangan pengurus dan pegawai yang peka. Kerana pengurus dan pegawai ini dia bukan ahli peniaga bukan ahli perniagaan. Jadi dia harus terima. Dia tahu tentang pengurusan, dia tahu tentang peraturan, tapi dia tidak tahu tentang peniagaan. Sebab itu the humility untuk menerima kekangan, kekurangan dan untuk mendengar cadangan-cadangan baik. Saya balik dari teori tadi tentang keadilan ini selalunya yang dikemukakan oleh John Rawls.
- John Rawls ini pakar ekonomi, guru ekonomi terkemuka, dan dia sebut satu frasa yang sangat penting bagi saya. Bagi dia katanya justice itu “as fairness”. Yang kita bicara soal Bumiputera ini ialah betul soal keadilan tapi, must be fair. Orang ini tidak ada modal, kemudian dia suka berniaga, kemudian tidak ada pinjaman mudah dari kerajaan susah lah dia dalam seribu satu pun susah.
- Jadi sebab itu, tanggungjawab kerajaan kalau di Amerika disebut affirmative action. Kalau kita dalam justice as fairness, maknanya beri ruang. Adakah kata mengapa Bumiputera saja? Kita ada skim untuk masyarakat India, TEKUN itu untuk orang Melayu dan juga untuk ada orang India, skim kita dapat.
- Dulu Amanah Ikhtiar hanya untuk orang Melayu, tapi sekarang kita beri sedikit peruntukan untuk orang India kerana ada di kalangan mereka yang tersisih. Ini pendekatan kita. Ini boleh disebut justice as fairness. Maknanya, selagi tidak diberi kesempatan untuk orang bangkit bagi kedudukan ekonomi mereka, kita tidak akan ada fair competition.
- This country, Negara Malaysia ini akan berjaya kalau kita beri perhatian dan jaga kepentingan semua pihak, semua kaum dan semua kelompok. Saya dengar semalam keluhan syarikat-syarikat, kedai-kedai mamak lah, dia kata, “Perdana Menteri, tahu tak?” Dia kata, dia cuma cerita tentang teh tarik dan ekosistem teh tarik, tak apalah bab itu, tapi dia kata kerana kita sekat kemasukan pekerja asing restoran-restoran mamak ini nampak susah nak hidup kerja. Itu kita kena tengok dan terus saya hubungi Menteri Ramanan, Menteri KESUMA untuk berikan sedikit kelonggaran supaya mereka boleh berfungsi dan syarikat boleh berjalan, walaupun bagi amaran tidak boleh terus bergantung kepada pekerja asing dalam perusahaan kecil, ini kan kedai gunting rambut pun nak kena ada pekerja asing, dah lah kedai restoran mamak pekerja asing.
- Kadang-kadang di syarikat besar agensi kerajaan, kita kata kepakaran dan profesional, top professional tidak ada di Malaysia, kita bawa dari asing, tapi kadang-kadang pegawai dan pengurus ini dia ambil tengok-tengok senarai kerja dia, marketing officer, public relations officer pun mesti bawa daripada negara asing. Sebab itu, saya kata pegawai dan pengurusan itu harus juga prihatin tentang keperluan negara. Jadi sebab itu dalam kita rangkum, yes, we must have justice but we must remain fair to satisfy the requirements and demands of the majority of our people.
- Yang bahagian terakhirnya ialah tentang semikonduktor. Pulau Pinang, tahniah. Ini sebuah negeri yang telah muncul sebagai hab semikonduktor yang terkenal di rantau ini, ya dan kita lihat umpamanya dan kejayaan semikonduktor E&E luar biasa.
- Malaysia setelah Perang Teluk, tersangkut semua dunia, semuanya harga barang melambung, eksport dah kurang dan kalau kita bergantung kepada eksport tradisional, electronics dulunya dan textiles, semua merundum kerana demand Tapi dalam rekod Malaysia, satu-satunya negara yang mencatat pertumbuhan ekonomi berterusan, bayangkan suku tahun kedua, 5.8% pertumbuhan ekonomi, luar biasa kerana E&E, semikonduktor, dan Pulau Pinang mempunyai jasa untuk mempertahankan prestasi ekonomi keseluruhannya yang membanggakan.
- Jadi saudara-saudara dah lihat kejayaan. Baik tapi bila kita cerakin balik semikonduktor ini yang dibawa dalam sebagai teknologi baharu, soalnya di mana Bumiputera? Jangan difikir nak ambil tempat orang, nak merampas hak orang, atau nak hantar orang pendatang ini keluar, ini pemikiran lapuk ini.
- Tapi apa yang kita fikirkan, ha ini Tan Sri Khalid panggil termasuk kepakaran dari USM, nak bincang. Mana dia syarikat-syarikat Bumiputera yang terlibat dalam program semikonduktor? Mana yang mampu timba pengalaman daripada syarikat sedia ada? Apa yang perlu kita beri suntikan lagi? Saya panggil dia, saya ingat di pejabat di Putrajaya, dengar pandangan mereka, adakan program ini, luncurkan, dan kita selaraskan supaya kita boleh kembangkan juga. Kalau tidak, .. this apa ni, kesenjangan ini, inequality, akan berterusan.
- Jadi bukan kita mungkin mengganti syarikat-syarikat besar yang ada, mustahil. Tapi kita boleh bertapak dan memberikan supply chain, keperluan-keperluan syarikat-syarikat ini. Jadi sebab itu, saya juga ambil kesempatan ini meluncurkan program Strategi Semikonduktor Bumiputera yang saya ingat satu bidang yang baru, yang baik, yang boleh melengkapi peluang dari Halalnya. Kalau semikonduktor tidak payah fikir dapat sijil Halal, Mufti ya? Tak tentu, kena dapat? Tak dapat, tak payahlah. Dia kata Mufti kata tak payah sijil Halal semikonduktor. Saya ingat tidak payah, tidak payah atau pun Tan Sri nak submit boleh la (nada seloroh).
- Jadi untuk memulakan ini, saya pastikan supaya kita ada dana awal untuk peluncuran kita sediakan sebagai persiapan awal untuk perkukuhkan kegiatan dan kerangka kerjasama ini, saya sediakan dana RM5 juta untuk Semikonduktor Bumiputera boleh untuk mulakan, ya. Ini USM harus fikirkan macam mana nak buat kalau dalam tiga bulan tidak ada rancangan, kita tukar hantar kat universiti lain pula.
- Sekali lagi saya ucap terima kasih. A great story, anak-anak mesti ikuti dengan baik apa dia? Halal Industri, Usahawan Bumiputera, Semikonduktor. Kalau tidak ingat, jaga. Apa dia? Apa dia? Nombor satu apa? Halal! Ha? Halal. Nombor dua Usahawan Bumiputera! Usahawan Bumiputera. Nombor tiga? Semikonduktor! Okey, lulus ya, pergi minum teh. Terima kasih banyak.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
