TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PM : MELANGKAH BERSAMA MADANI : WANITA BERIMAN, WANITA BERTAHAN PERINGKAT NEGERI SABAH
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATUK SERI PANGLIMA ANWAR BIN IBRAHIM PERDANA MENTERI
SEMPENA
MELANGKAH BERSAMA MADANI: WANITA BERIMAN, WANITA BERTAHAN”
PERINGKAT NEGERI SABAH
13 JUN 2026 (SABTU) | 3.30 PETANG
SABAH INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (SICC) KOTA KINABALU, SABAH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah;
Yang Berhormat Datuk Teknologis Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak);
Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohd Ariffin bin Datuk Haji Mohd Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco Pendidikan dan Hal Ehwal Agama Islam Sabah;
Yang Berhormat Senator Puan Marhamah bin Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); Ahli-ahli Yang Berhormat;
Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Persekutuan dan Negeri;
Saudari Yang Berhormat Senator Puan Marhamah bin Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); yang membantu menyelenggara dan menyemarakkan acara ini dan rakan-rakan yang saya muliakan.
- Tentunya, saya turut bersyukur ke hadrat Allah SWT dan rasa bangga kerana ada ikhtiar yang bertambah, dan saya ucap tahniah kepada wanita Sabah dan juga atas ikhtiar dari Marhamah yang dapat menyelenggarakan dengan baik dan saya tidak jangka sambutan begitu hebat di Sabah. Wanita tidak harus ketinggalan, negara ini kita pacu pendidikannya, teknologinya, IT-nya, AI-nya.
- Tadi saya di Sipitang, acara tentang connectivity, pencawang panjang, di pantai belakang Sabah. Ini pembangunan. Pembangunan itu harus diisi dengan jiwa dan Ini MADANI. Negara, tanpa kecuali, semua negara timur, barat, utara, selatan bicara tentang pembangunan tetapi, ada kelainannya dalam MADANI, kerana, kita tidak boleh bangun geduk kilang, tetapi yang kita nak bangunkan ini insan, dan ini terikat dengan Wana sin wama sawwaha, Faalhamaha fujuraha wataqwaha, waqad aflaha man zakkaha, waqad khaba man dassaha (Surah Sha,: 7-10). Saya bagi matannya, syarahnya Ustazah Marhamah dia pandai nanti dia kupas kemudian. Tapi maksudnya kalau dari rumusan dari ayat ini juga menuju takwa itu dengan pilihan sama ada memilih yang cara yang baik, menjernihkan atau merosakkan.
- Dalam negara mungkin juga, bila kita bicara soal negara, gedung, bangunan pencakar langit, teknologi moden, industri, IT, AI, sedang bicarakan itu, mesti bermula dengan diri, dengan nilai, dengan akhlak, dengan jiwa. Inilah peranan ibu, di kalangan wanita kerana saya fikir betapa pun maju pendidikan dan rumah tangga, didasarkan oleh Ibu, ibu itu, pada hemat saya, merupakan akar dan isi. Kalau akar itu dibentuk, oleh ibu bapa, kita lebih menjamin satu negara MADANI yang sihat.
- Kita bayangkan, sistem persekolahan boleh berhasil, tapi asasnya masih rumah tangga. Masih di rumah. Pendidikan asas kita masih di Mengenal ibu bapa, mengenal al-Quran, mengenal hadis, mengenal tanggungjawab asas agama dan mudasolah, itu di rumah. Sebab itu asasnya. Banyak kita dengar peranan wanita. Dan saya percaya dalam ceramah-ceramah disampaikan bukan sahaja sekarang tapi dari awal, karena saya tahu Marhamah ini memang aktif sebelum ini.
- Saya pilih dan angkat dia sebagai Timbalan Menteri belum pun saya berjumpa. Saya hanya tengok rekod kerjanya, amalnya, dakwahnya, maka saya kata, tolong bangunkan Negara MADANI dan terus saya ambil dia sebagai Timbalan Menteri.
- Kalau sesetengah yang lain, lelaki-lelaki yang lain itu, dia beratur depan rumah ke, depan pintu pejabat, lobi. Marhamad Oleh itu, saya ucap tahniah, alhamdulillah mari kita bangunkan negara ini. Sebab apa wanita itu penting? Saya rumuskan, saya tahu ramai ustazah-ustazah di sini lebih arif, tapi saya nak kongsi sedikit fahaman, pengalaman saya dan mengkaji dan meneliti sirah Rasulullah SAW umpamanya ya. Gandingan Saidatina Khadijah A.S sebagai isteri dan ibu menemani Rasulullah SAW di saat-saat yang getir, semua kita tahu. Jadi, dari awal penerimaan wahyu itu, itu yang mendampingi Rasulullah SAW. Yang memberikan ketenangan, keyakinan dan membantu sebagai perbimbing dan peneman. Itu saya kaji.
- Kemudian, peristiwa yang paling penting dalam sejarah. Dari segi perjuangan, itu hijratul Nabi Muhammad S.A.W dari Makkatul Mukarramah ke Yathrib yang kemudian dikenal Madinatul Nabi atau Madinah Al-Munawwarah. Kita dengar betul peranan seorang yang dewasa, yang matang, yang bijak, Abu Bakar As-Siddiq A, anak muda Ali bin Abi Talib R.A, itu semua kita tahu peranan mereka. Tapi harus ingat juga peranan wanita yang dipercayainya yang menyebabkan berjayanya perjalanan hijratun Nabi
mengharungi liku-liku yang sulit dan getir mencabar itu, Asma binti Abu Bakar.
- Jadi tiap episod Islam itu tidak pernah tertinggal wanita. Soal dalam ceramah-ceramah tak disampaikan itu bukan soal kita. Sebab itu, tradisi ilmu yang kita perolehi di sini, dalam pengajian itu, harus memberi keyakinan tambahan bahawa tanpa sumbangan wanita, tidak ada negara MADANI yang kita harapkan, yang segar dan sempurna. Jadi, dari Khadijah, Asmah binti Abu Bakar.
- Sebelum berlakunya hijrah, itu hijrahnya semua itu peranan dia. Membantu hantar makanan Rasulullah SAW, tapi sebelum itu, ada yang disebut bai’ah. Bai’at Aqabah. Ada dua Bai’at. Bai’at Aqabah Al-ulal, Bai’at Aqabah al-Thalal. Maknanya bai’ah aqabah pertama dan yang kedua. Tazkirah.
- Dalam Bai’ah Aqabah kedua ini, ada tempat dia nama Aqabah. Maknanya orang Madinah Yathrib masa itu datang ketemu Nabi, kata kami dengar kamu membawa satu ajaran agama yang baru dan kami agak yakin. Boleh tak kamu Ba’ath dengan kami, Ya Rasulullah SAW. Al-ulal.
- Yang kedua itu, tahun berikutnya mereka datang di Bai’at
Rasulullah SAW terima Bai’at termasuk Bai’at di kalangan wanita. Hijrah itu berlaku kerana di antara lain, Bai’at di kalangan wanita, Bai’at tul Aqabah An-Nisa sebab itu disebut juga terkenal dengan Bai’ah Aqabah di kalangan wanita, luar biasa. Kerana dalam pengajaran itu tidak dinyatakan. Saya rasa itu adil, kerana wanita sangat penting dalam kegiatan kita. Baik keluarga, perjuangan, politik, ekonomi, dan negara sekaligus.
- Jadi, kita kena yakin, bagaimana nak Bai’at Aqabah An-Nisa, peranan Asma, Khadijah, tapi rumah tangga kita itu kelam kabut. Anak-anak tak terurus. Agama tak terlatih. Solatnya lintang Yang ini harus diinsafkan. Apapun masalah kita hadapi, siapa, keluarga mana yang tidak hadapi masalah Keluarga mana yang tidak ada kepincangan dan ujian dari Allah SWT. Dan kita kadang-kadang mengeluh kerana ujian kita berat. Tak ada salah mengeluh sedikit. Tapi harus istighfar banyak. Kerana sebenarnya ujian kita kecil. Miskin-miskin kita tidak ada, yang nak cari orang betul-betul kebuluran. Ujian-ujian kita tidak pernah sampai ujian yang pernah menimpa para rasul yang sangat berat.
- Jadi saya sebut di sini peranan mengingatkan kita, saya akan cuba sentuh ujian sendiri. Selepas itu tertegaknya Allahul-Islam di Madinah Al-Munawwarah kemudiannya. Ingat, asalnya Yathrib. Kemudian Al-Madinah. Madinahtul Nabi. Itu disebut Al-Madinah Al-Munawwarah.
- Kita tahu peranan Aisyah. Aisyah itu gedung ilmu. Kalau ada dua tokoh, salah satu sahabat-sahabat utama yang dikatakan gedung ilmu yang menyampaikan nasihat dan perdoaan yang sangat berharga bagi kita sesudah wafatnya Nabi Muhammad SAW itu Saidina Ali Abi Talib R.A dan Saidatina Aisyah. Hadis yang disampaikan itu pengajarannya diterima.
- Saya ingatkan selama selepas wafatnya Rasulullah SAW dan perang Jamal di antara kelompok Saidina Ali dan Aisyah. Aisyah kemudian hanya tinggal menetap, kerja dia itu mengajar, mendidik menjadi pedoman, pegangan umat yang dahagakan ilmu. Jadi Aisyah dianggap ibu yang menjadi pencerah, pendidik dan pencerah dalam semua isu yang dihadapi dengan umat Islam.
- Jadi kita pula seperti ini, fikir ke depan, syukur ke hadrat Allat SWT kerana ramai kita kadang-kadang banyak mengeluh, sedikit syukur kerana negara kita aman, makan masih boleh, susah boleh, ada api bukan saya kata tidak ada. Bawa masalah dengan pemimpin-pemimpin boleh tetapi belajarlah bersyukur, kerana itu pedoman Al-Quranul Kareem, ‘Lain shakartum la zidannakum, wa lain kafartum inna azabi lashadid’.
- Tadi saya bicara tentang ujian, saya tadi kadang-kadang pergi tadi di Sipitang, semalam di Seremban esok di Kuala Lumpur hari Selasa ke Kazan, Rusia urusan kerja mencari bekalan minyak yang cukup bagi negara kita bukan untuk tahun ini, bukan untuk tahun depan sehingga 2028-2030. Tapi di mana-mana saya pergi, sering orang kata orang banyak juga mengeluh dan kata wah banyak sangat ujian susah lagi begitu boleh, undur sedikit.
- Bila balik rumah, jumpa suami nak manja sedikit complaint biasa lah kan, saya dengan Azizah pun begitu juga dia sekali kan, kita kadang-kadang dia dengar isteri mengharapkan kita sikit, kita pun happy isteri itu confident takkanlah tidak harap abang sedikit. Ada, dia nak manja-manja sedikit tapi, tapi sebab kenapa yang hidup saya pun, sebahagian daripada saudara-saudari tahu, bukan mudah
banyak ujian, Azizah, anak-anak tadi kalau penceramah kata enam tahun suami di Kudat, didik anak-anak saya hampir 10 tahun lebih masuk keluar penjara serah ke Azizah jaga anak-anak. Berat-berat juga ujian dia, tapi bila saya baca dan ada ustaz, kawan-kawan mengingatkan saya kata, ini tidak sukar sangat, kena kuatkan iman kita, kena kuatkan semangat, dan jaga disiplin kita baik. Duduk merenung dan jaga seorang dari pagi sampai malam tiada kawan, tiada berbicara makan minum susah. Jadi, teman hafal Al-Quran, baca hadis, baca kitab-kitab, baca buku sebanyak mungkin, kan jadi peneman, jadi dia ringan, dia tidak terbeban, kerana kita sibuk. Sebabnya kita berpandukan satu hadis Muhammad SAW kerana Rasulullah S.A.W tatkala bersama sahabat menghadapi dipukul, dibaling batu, patah gigi, luka pipi, pergi ke Thaif di baling, susah. Kita susah-susah kita tidak sampai ke sini.
- Sebab itu para sahabat tanya Rasulullah S.A.W. Ya Rasulullah, ‘Ayun nas asyadu bala’ – dikalangan manusia, Rasulullah, siapakah dikalangan manusia ‘Ayun nas asyadu bala’ kuatnya kerasnya bala, ujian kalau kita, kita lah duduk penjara susah, nak pilihan raya kena kempen tidak cukup tidur ujian banyaklah kalau dengar letih.
- Jadi soalannya kepada Rasulullah, Ya Rasulullah di kalangan kita, banyak ujian, anak autism, anak degil, tak dengar cakap, tak campur orang, katanya hisap dadah, ujian banyaklah. Kadang-kadang ayah sibuk tidak balik, ingat tengah tidak balik kerja jangan sambung.
- Jadi, ujian lah ataupun kalau dengan negeri lain? Ya kalau Gaza, Iran, negeri Arab, Gaza tapi jawapan Rasulullah
S.A.W itu memang menyentuh dan menikam kalbu jantung kita. Apa jawapan Rasulullah S.A.W? Ingat soalannya apa? Ayyunnas di kalangan manusia ini, siapakah yang hadapi paling banyak masalah? Jawab baginda – ‘Asyaddu nas bala’a thumal amsal fal amsal’ yang paling banyak ini disebut kepada para sahabat ini, para Nabi Al-Anbiya’ dan orang yang dekat yang ikut peranan itu dan orang kemudian yang ikut misalannya. Kita di mana? Di belakang gerabaknya. Mudah-mudahan masuk dalam barisan itu di belakang, jangan tidak masuk. Jadi, jangan kita banyak mengeluh kita kena usaha, ikhtiar, gigih atasi dengan bijak dan baik didik anak-anak bagi pencerahan.
- Kerana jawab Nabi apa tadi? Yang paling banyak menimpa ujian dan kesukaran itu bukan kita . Saya fikir, saya? No, bukan kerana orang kata, Oh Anwar kemu kena penjara
kena pukul lagi, kena teranjang lagi, kena telanjang lagi, kena tagih malu orang kutuk hari-hari bahawa saya ingat betul lah tidak tahan lah, jadi saya astagfirullahaladzim salah aku ni kerana ujian aku ini tidak ada tolak bandingnya dengan apa yang dilalui oleh para Nabi apalagi Rasulullah SAW. Ingat, ‘Asyaddu nas bala’a thumal amsal fal amsal’ . Itu peringatan jadi ujian kita ini, kita terima dengan sabar tanyalah mana alim bacalah kitab-kitab mashyur dan murtaba tidak pernah tinggal kesabaran.
- Jaga anak dengan sabar, jaga rumah tangga dengan sabar, didik anak dengan sabar, nak bentuk anak sebaik jadi manusia yang baik, belajar dengan rajin, teguh dengan disiplin, baik akhlak dengan sabar. Nak bina keluarga dengan sabar, nak bentuk masyarakat dengan sabar, dengan bentuk negara pun dengan sabar. Sabar dengan
- Jadi demikianlah lah tazkirah saya. Saya sebenarnya, Marhamah ya, itu datang belakang saya, saya ni kadang-kadang saya kata, Hajiji aku ini salah pilih kerja pasal ini kerana saya lebih senang dalam bicara hati ke hati, dengar, belajar, jumpa ulamak, dengar, baca dan sampaikan dalam kegiatan dakwah ia cukup senang. Tetapi, untuk bina negara kepada dakwah dalam politik pun ada kalau niatnya
itu, nawaitunya itu, ikhlas, Alhamdulillah, maka semua boleh. Hajiji ini mikrofon paling sensitif saya alami, dalam seluruh dunia saya pergi tidak ada yang sensitif begini.
- Saya pun balik dua malam sudah dari Jepun di Tokyo sama Perdana Menteri di Tokyo ada mikrofon tidak ada sensitif macam ini. Ssemalam di Seremban bila rapat umum itu ramai tidak ada sensitif jenis apalah yang Sabah Saya tahu jawapannya kerana kekuatan wanita yang ada di Sabah ini.
- Jadi sekali lagi terima kasih, tahniah, selamat rakan-rakan JAKIM, YADIM dan semua rakan-rakan agama negeri Sabah yang beri kerjasama dan teruskanlah dan jayakanlah acara-acara macam ini masa depan kita dengan pendedahan, dengan pendidikan dengan adanya kalangan wanita ibu-ibu yang dipunyai semangat dan roh untuk mendidik dan menyelamatkan anak-anak bangsa.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
