TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PM : MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PEMIMPIN JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JPKK) NEGERI SEMBILAN

27 July 2026

TEKS UCAPAN VERBATIM 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

SEMPENA

MAJLIS RAMAH MESRA YAB PERDANA MENTERI BERSAMA PEMIMPIN JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JPKK) NEGERI SEMBILAN

27 JULAI 2026 | ISNIN | 2.30 PETANG

GRAND LUKUT, PORT DICKSON

NEGERI SEMBILAN

 

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Alhamdu lillahirabbil-‘alamin, nahmaduhu wa nusalli ‘ala rasulihil-karim, wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

Saudara saya, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan;

 

Setiausaha Kerajaan Negeri, Rakan-Rakan di kalangan pegawai dan juga Pemimpin Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Sembilan.

 

  1. Alhamdulillah, dapat sama-sama dan kita dengar suara dan harapan rakan saya, Saudara Aminuddin Harun, Menteri Besar, dan tidak sepertimana kenyataan-kenyataan pimpinan lain. Ini kenyataan dari seorang yang bertungkus-lumus bekerja. Kita bezakan, masa dia pimpin Negeri Sembilan, saya tentunya pantau kerana agensi-agensi penguatkuasaan besar semua di bawah Kerajaan Persekutuan. Saya syukur alhamdulillah, kerana dapat seorang pemimpin di negeri yang punya rekod yang baik, bekerja ikhlas membela nasib rakyat.

 

  1. Kita nak jadi pemimpin ini, betul, semua orang boleh tawar jadi pemimpin di semua peringkat, ribu-ribu orang daftar nak jadi pemimpin. Tapi ukuran ujiannya itu, ialah pada keikhlasan, kerana pangkat ini tentunya satu tarikan. Kalau seorang itu jadi Perdana Menteri atau Menteri Besar, nak kaya senang. Nak dapatkan kereta berpuluh, nak dapatkan jam mahal senang, tanah dan sebagainya. Itu ujian.

 

  1. Sebab itu, kita nak nilai pemimpin itu dari segi amalnya. Negeri sembilan ada pengalaman. Saya jaga Kerajaan Persekutuan, saya tahu setengah orang dia tak suka bila saya sebut, “jangan sebut, jangan sebut, jangan sebut rasuah, jangan sebut sakau”. Agak pelik tak? Saya agak pelik. Kalau kita fitnah, lain. Tapi kalau umpamanya kita lihat FELDA, sekarang saya jaga FELDA. Berapa rugi? RM10 Bilion. Apa saya main-main? Tak, ini audit. Apa bukti dia? Tiap tahun saya bayar, Kementerian Kewangan kena bayar RM980 juta setiap tahun. Apa salah peneroka? Tidak. Apa peneroka tak buat kerja? Dia buat. Dulu untung, dulu untung. Siapa jaga? Raja Alias. Siapa jaga? Taib Andak. Sekarang rugi. Siapa jaga? Orang negeri kalau tak tahu nasib lah. Apa ini soal tuduhan palsu? Tak.

 

 

 

  1. Jadi sebab itu, betul kita jaga kampung. Kita jaga keselamatan kampung. Tapi kita nak pilih pimpinan. Kita tak ambil tahu. Pemimpin-pemimpin boleh tentukan. Itu FELDA. Sekarang duk riuh Tabung Haji. Tuduh sana, tuduh sini. Tabung Haji ini, kajian dia itu tahun 2017 sehingga 2021. Saya bukan nak tuduh, ramai kawan-kawan sebelah sana, kawan-kawan sekarang ini, susah. Ada kawan-lawan di sini, kawan di sana. Bawah lawan, kat atas, bawah lawan, atas kawan. Jadi pening politik di Malaysia. Tapi tak apa. Tapi jangan menyebabkan kita marah. Ada fitnah tak? Orang tanya mengapa kita hubungan baik? Saya hubungan baik dengan semua. Tapi kerja mesti jalan. Tabung Haji itu salah siapa? Salah jemaah? Salah pencarum? Tak. Salah orang urus.

 

  1. Hotel, macam FELDA saya sebut tadi, hotel. Harga hotel berapa? RM100 Juta. Beli, RM170 juta. Bila mai giliran saya, dia kata “Dato’ Seri, tak boleh untung dah”. FELDA datang beritahu saya, “Dato’ Seri tak boleh untung dah”. Jadi, kena jual, jual berapa? RM100 juta. Kerja apa nak suruh aku sign? Kamu beli RM170 juta. Ini bukan kami, dulu. Harga RM100 juta, beli RM170 juta. Rugi, kena jual. Siapa kena bayar? Tabung Haji. Takkan saya nak bebankan jemaah yang simpan, saya terpaksa cari duit daripada kerajaan.
  2. Ini yang kita sebut, jangan sakau. Ini yang kita sebut, tatakelola. Ini yang kita sebut, mesti cari pemimpin yang amanah, yang Ikhlas al-amalillah, yang jaga. Itu yang saya nak sebut mukadimahnya. Kerana banyak orang marah saya, dia kata, “Anwar ini cakap, bangkit hal-hal yang tak sepatutnya”. Tapi cari pemimpin apa dia? pemimpin itu, ya kalau dalam Islam, contoh terbaik itu, “laqad kana lakum fi rasulillahi uswatun hasanah”, contoh terbaik itu, “uswatun hasanah” itu Rasullullah SAW, dari segi imannya, akhlaknya, amalnya, hubungan dengan orang lainnya dan pegang amanah. Bila pegang amanah itu, dia rasa dia bertanggungjawab. Rasulullah SAW sebut, “kullukum ra’in wa kullukum mas’ulun an ra’iyyatihi”, kamu semua bertanggungjawab. Siapa? Ketua Kampung. Itu hadis bukan sahaja untuk Perdana Menteri atau Menteri Besar, juga ketua-ketua kampung dan JPKK, kamu bertanggungjawab dan kamu akan dipersoalkan bukan sahaja oleh ahli atau masa pilihan raya, akan kamu jawab akhirnya oleh Allah SWT.

 

  1. Jadi, saudara-saudara itu apa dia yang sebut sebagai pimpinan, ada tanggungjawab. Lagi tinggi, orang kampung biasa dia bertanggungjawab. Nak jadi ketua kampung, lagi tinggi tanggungjawab dia, biasa, dan akan dipersoalkan. Ya, mudah-mudahan kita insaf dan ingat hal ini. Saya harap kita tak ketepi isu-isu ini. Sebagai yang bertanggungjawab mengurus negara dan kewangan, saya tentunya dengar JPKK, dia bagi tahu macam-macam. Tanggungjawab ini, tanggungjawab, tanggungjawab ini, tapi elaun tak naik, kerja tambah. Saya dengar.

 

  1. Sebab itulah umpamaya, tiap-tiap tahun kita cuba tingkatkan, kerana jumlah yang ramai sangat, satu negara. Dan untuk Negeri Sembilan sahaja, kita dah menyediakan RM5.319 juta untuk JPPK ini, bukan kecil. Cukup? Memang tak pernah cukup. Tapi, bagi mandat, kerajaan negeri urus dengan baik, bagi Kerajaan Persekutuan urus dengan baik, kalau tak lesap, tak bocor, tak ada yang songlap, senang kita jaga rakyat. Saya cakap betul-betul. Kerana kita ini, banyak cerita baiknya. Kadang-kadang tak sampai. Ada masalah? Ada. Ada tak rumah bocor? Ada. Ada tak pasar yang patut dibaiki? Ada. Ada tak sekolah tandas rosak? Ada. Tapi kita cuba sedaya upaya baiki. Buat kerja. Kerana rekod kita masih baik.

 

  1. Negara di ASEAN, negara di dunia umumnya semua catat ekonomi yang menurun sedikit, sebab Perang Teluk, harga barang naik, harga minyak naik, harga gas naik, harga baja naik. Saya ingat perang sudah berhenti beberapa bulan, Presiden Trump terus bom Iran. Bila dia bom Iran, Iran balas balik, kena negeri-negeri Teluk sekeliling. Maka, salah satu contohnya Bahrain. Bahrain ini negeri Teluk. Dia patut buat F1 dua bulan lagi, tapi dengan perang, tak boleh. Jangan pandang ringan tanggungjawab jaga keamanan ini. Kaum jangan bergaduh, janganlah hina kaum lain, ya? Kita pakat sama-sama, kerajaan negeri ini masih lagi Melayu pegang, Menteri Besar masih Melayu, Raja masih Melayu, Perdana Menteri masih Melayu, Agung masih Melayu. Jagalah baik-baik, pilih Melayu yang amanah. Jaga supaya jaga kepentingan. Kemudian, jaga semua, Cina, India, Orang Asli, kerana semua itu dalam negara kita. Ada yang duduk dah 100 tahun. You ajak gaduh buat apa? Gaduh dengan orang jahatlah, jangan gaduh dengan orang baik.

 

  1. Kerana aman ini peranan siapa? Tentera berjasa, polis berjasa, penguatkuasaan berjasa dan JPKK berjasa. Kalau orang tanya saya, Alhamdulillah, Malaysia ini negeri aman dan teratur. Bukan puji terhadap PMX sahaja, sampai ke JPKK. Kita kena iktiraf. Jadi, hari ini saya nak sebut. Bila kita sebut negara ini berjaya, kerana semua orang, termasuk JPKK yang berkhidmat dengan baik.

 

  1. Jadi, bila Perang Teluk tadi, apa kaitannya? Raja Bahrain kata tak boleh buat F1 kerana tak aman. Orang tak berani terbang ke Bahrain. Dia cari negara lain. Dia dah bayar dah, ratus juta. Kalau tak buat, langsung hangus duit itu, ratus juta ringgit. Cari kawan. Siapa boleh buat kerjasama? Syukur Alhamdulillah, dari puluh-puluh negara yang dia cari, akhirnya dia pilih Malaysia sempena buat Bahrain untuk F1. Bayangkan, kita tak minta. Ini dia hubungan baik dengan negara orang lain, hormat dengan orang lain. Bahrain kita baik, Iran kita baik, negara China kita baik, Amerika kita baik, India kita baik. Jadi, hasilnya rakyat. Orang datang, pelancong kita tertinggi di ASEAN. Dan Bahrain mula, Raja Bahrain telefon hubungi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung, kata kita ni tak boleh buat F1. Cari-cari negara nampaknya Malaysia negaranya aman, ekonominya baik dan sahabat, sahabat peribadi dengan Yang di-Pertuan Agung, kita bersahabat dengan Perdana Menteri dia dan negara kita bersahabat. Raja dia datang ke sini, Agung pun sampai ke Bahrain, saya pun sampai ke Bahrain. Jadi dia kagum. Dia kata puluh-puluh negara minta nak buat, semua nak buat, sebab tak payah bayar. Yuran besarnya ratus juta itu dah Bahrain bayar.

 

  1. Jadi Tuanku Yang di-Pertuan Agung teratur kerjanya. Dia kata boleh. Saya tanya dulu Perdana Menteri macam mana. Saya nak jawab ya mula-mula saya kata, “Tuanku kena tengok berapa fulus dia, nanti mahal sangat orang marah. Saya tak mahu lagi nak buat yang pameran-pameran dan international-internatinal yang besar-besar ini.  Macam ASEAN tahun sudah kita terpaksa. Jadi saya kata bagi saya 1-2 hari, saya semak panggil mesyuarat tengok tanya pegawai. Tengok kewangan, cakap dengan Perdana Menteri dia. Kemudian cakap dengan F1, apa nama, saya tak ingat nama dia, nama Ketua F1 yang Itali. Dia bercakap saya hari Sabtu dalam kapal terbang. Hari Ahad saya muktamadkan dengan Perdana Menteri Bahrain.

 

  1. Saya lapor kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung, sebab itu penting. Raja baik dengan Perdana Menteri, baik dengan pegawai, dengan negara-negara asing. Teraturlah. Ini yang jadi Negeri Sembilan ini. kita nak Yamtuan Besar baik dengan Menteri Besar, baik dengan rakyat dengan Undang teraturlah negara. Ini nak suruh gaduh buat apa? Bila baik, F1 cakap dengan saya, saya terus terang, saya kata, “yes, I know, thank you very much, my King has already informed me. I’ve talked to the Prime Minister of Bahrain, and the Crown Prince. Saya kata, in principle we can but I cannot afford to spend hundreds of millions” nak bayar fee Dia kata Malaysia jangan bimbang Prime Minister yang kita dah bayar ratus juta itu, kita tak payah tuntut dah. Itu memang sumbangan kita kepada Malaysia. Asalkan Malaysia setuju buat Bahrin Malaysia Grand Prix di Sepang.
  2. Jadi saya kata okay. F1 turun terus terbang hari Sabtu, check track Boleh buat ke tak boleh buat. Tengok-tengok track kita, okay. Kena repair sikit-sikit, 11-12 juta ringgit, repair. Saya kata okey, kita boleh bayar. Macam mana pun, kita kena repair track itu. Kemudian, imigresen, kastam, saya kata ini, dia orang pengalaman cukup hebat. Ini penjawaat awam, pegawai-pegawai kita, imigresen, kastam, polis, semualah yang jaga lapangan terbang KLIA, sudah pengalaman kita buat ASEAN tahun lalu itu, semuanya. Sampai Tuanku Sultan Brunei sebut pada saya dia kata, “Anwar saya dah puluh kali dah, paling lama, paling senior, mesyuarat ASEAN tiap tahun tak pernah saya tinggal. Mesyuarat ASEAN Malaysia itu still the best paling baik yang pernah adakan.”

 

  1. Ini dia. Ini dok cerita kat mana, kat Linggi. Saya tadi di Gemas pok pek, pok pek, pok pek, macam tu, tak betul. Ini yang kenyataannya. Masalah ada tapi ceritalah yang baik juga. Fikir. Puluh negara ada. Yang Jepun, Korea, dia punya lagi baik, tapi bila tanya Raja Bahrin, Kerajaan Bahrin, dia dah bayar, dia kata mana negara yang dia rasa paling baik, paling bersahabat dan peraturannya meyakinkan, bersih dan boleh anjur, dia kata Malaysia. Jadi kita akan insya-Allah

 

  1. Jadi semalam petang, Perdana Menteri dia Crown Prince, Putera diRaja telefon saya pada sebelah petang, 5.30 petang, kita kata kita muktamadkan. Saya kata boleh, okey. Jadi, dia kata apa dia boleh bantu kemudian F1. Cuba kita fikir ratus kereta paling canggih untuk berlumba. Ribu yang serta. Dan orang yang dah beli tiket pun dah ramai dah. Tiket mahal lah nak buat macam mana, Suruh orang pun hantar kat saya, “PMX, ada tak tiket MADANI?” Awal-awal lagi kata. Kalau nak beli tiket paling murah RM200, bagilah tiket MADANI ada tak? Insya-Allah. Tapi janganlah duduk depan, duduk jauhlah sikit. Nak bayar tiket MADANI, nak duduk depan, jangan lah. Baik.

 

  1. Tapi cerita dia apa? Cerita dia negara ini baik. Kerajaan, jentera penjawat awam dihormati. Polis jaga keamanan dengan baik, tentera menjalankan tugas. Ini semua dan swasta. Yang akan untung siapa? Yang untung negara, pelancongan. Pelancongan kita kena runding dengan MAS, dengan AirAsia dengan semua syarikat penerbangan, suruh cari jalan tambah, kerana penerbangan akan lebih banyak. Hotel kita kena mesyuarat dengan semua hotel supaya bagi layanan sangat baik. Dewan bandaraya semua dan termasuk Nilai kerana KLIA dekat. Semua ini kena jaga.

 

  1. Sebab itu. jaga lah jangan fikir nak elok-elok pilihan raya ni, jaga betul-betul. Macam persekutuan ini saya jaga lagi. Jadi kalau Amin Menteri Besar, kerajaan negeri pun kuat, senanglah kerja kita. Boleh? Baik. Jadi, alhamdulillah, ni sebagai contohlah saya nak beritahu.

 

  1. Apa peranan JPKK ini dan dengan apa yang dapat kita sumbangkan di peringkat negara. Itu yang menyebabkan kita rasa syukur dan bangga dengan negara kita. Manfaatkanlah dengan sebaiknya. Saya dengar tadi Saudara Aminuddin berucap. Kita tak kata semua selesai, saya sendiri, saya betul. Kadang pergi masjid, saya hari Jumaat ni, sebelum Jumaat, saya makan di warung. Lepas tu baru pergi solat Jumaat, saya gilir-gilir masjid banyak tempat, baru ini dekat Port Dickson. Dan saya tak mahu jadi macam orang kata Menteri-menteri, dekat pilihan raya baru pergi warung. Saya tak, saya tiap minggu dah 3 tahun dah, tiap minggu pergi ke warung. Takkanlah saya tak boleh masuk ke Lexis, hotel-hotel 5 bintang, 7 bintang boleh. Tapi tak, setiap minggu saya turun makan di warung. Lepas tu baru pergi solat Jumaat.

 

  1. Dan solat Jumaat, kalau saya tengok jumpa anak-anak saya tanya sekolah bagaimana? Baca buku ke tidak. Tandas ada rosak tak? Cikgu ada datang sekolah ke, ada tak datang? Ini maknanya dan anak sekolah dia cakap lurus. Ada cikgu tak datang seorang, Cikgu apa? Cikgu matematik. Eh, lama tak datang? Eh, sebulan lebih. Tak datang? Ya. Pasal apa? Bersalin. Okeylah saya kata. Ada cikgu ganti? Ada. Jadi maknanya anak-anak sekolah ni, dial urus, dia tak boleh temberang. Itu saya, saya belajar daripada anak-anak. Saya belajar daripada cucu-cucu saya tentang keadaan semasa.

 

  1. Jadi bukan, oh, ini ada Perdana Menteri. Tak, tak saya turun. Memang ada Perdana Menteri, pembesar-pembesar, dia sekali-sekali turun, dekat pilihan raya dukung anak kecil, pergi makan di warung. Saya jadikan ini jadual mingguan. Sebab apa? Sepertimana Amin sebut tadi, kita kena belajar, kita dengar laporan indah bagaimanapun tak sama dengan kita turun. Sebab itu saya kata, kebijaksanaan pemimpin-pemimpin yang terdahulu, zaman Allahyarham Tun Abdul Razak, bila dia tekankan peranan masa itu JKKK, sekarang JPKK. Sebab dia tahu, hebat bagaimanapun Ketua Setiausaha Negara atau Perdana Menteri, di bawah itulah jawapannya. Di mana? Di JPKK.

 

  1. Jadi jangan saudara-sausara ini yang diberi amanah, lupa tentang masalah ini. Saya tidak berhajat menerangkan satu persatu apa yang dilakukan: Sejahtera MADANI dan sebagainya yang kita lakukan, kemudian Sejati MADANI banyak di kampung-kampung di Negeri Sembilan juga dimasukkan. Maknanya kita cari jalan saudara-saudara. Kerajaan tidak boleh buat semua. Jadi saya panggil syarikat, bank-bank. Saya boleh panggil syarikat, dia datang. Kalau saya minta wang, dia bagi. Saya minta kemudahan untuk saya, dia mesti bagi, tapi saya minta yang sekolah, ambil sekolah angkat. Ada syarikat satu lagi, ambil kampung angkat. Ini yang kita lakukan supaya dia boleh belanja.

 

  1. Saya ada bank dekat Nilai, dekat Rembau, dekat Cembung, boleh tidak pegawai itu juga tolong jaga, ambil satu sekolah. Ada syarikat, ada kilang, kata dekat Linggi boleh tidak ambil kampung sebagai Kampung Angkat, supaya dia boleh tambah usaha. Dan saya akan pastikan KP ICU, Datuk Seri Sollehuddin pun ada, saya pastikan umpamanya biar ada hubungan dengan Pengerusi atau wakil JPKK, supaya sudah tahu gerakkan di bawah. Tapi yang penting, umpamanya Program Sejati MDANI, ia banyak di Negeri Sembilan macam mana MB tidak beritahu saya? MB ini pandai, dia tidak beritahu, dia beritahu belum dapat. Dia macam pengerusi JPKK juga, yang dapat dia tidak beritahu, yang tak dapat, yang dapat dia tidak beritahu, tapi dia kata yang ini belum dapat. Bagus, itu baru Menteri Besar, yang bagus dia mewakili kepentingan rakyat Negeri Sembilan.

 

  1. Daripada 394 JPKK Negeri, 348 hampir 90% telah menerima manfaat Program Sejati MADANI. Jumlah Geran RM34.12 juta ringgit, bukan kecil. Ini semua program-program tambahan daripada kementerian-kementerian yang kita adakan dulu. Jadi mudah-mudaha,n kita semangat sikit lah. Program Sejati MADANI, geran RM100 ribu ringgit. Tapi nak umum baru tidak boleh, sebab ini masih pilihan raya, saya tak boleh. Saya kena bagi contoh yang baik, hormat peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

 

  1. Tapi, percayalah Insya-Allah kita akan teruskan kerja kita, saudara bagilah mandat. Tapi, tidak menang kalau tidak kerja, tidak sampaikan. Jadi dalam singkat masa, kena sampaikan. Tadi, saya turun ke Gemas ke Kem Tentera dengan Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat, Panglima Perisikan. Saya tengok rumah yang sedang dibina 1,500 unit. Bukan saya umum masa pilih raya, saya pergi check progres kemajuan dia. Itu kerja kita, kita rekod kita dah buat, dah bangunkan 1,500 unit untuk tentera di Gemas. Saya kena peringat, jadi saya pergi tengok dulu perjalanan projek itu, baru lah jumpa rakan-rakan tentera. Dia kadang-kadang dia tidak ingat bahawa projek ini, perumahan tentera, yang mana dah ada bekas-bekas veteran tentera pun ada. Tengok, berapa lama dah terbengkalai. Tidak ada peruntukan-peruntukan, ada pun kecil sahaja. Rumah polis, rumah guru, rumah tentera, ini dalam dua tiga tahun ini kita tumpu. Dulu ada, tapi sangat sedikit jumlahnya.

 

  1. Sekarang kita bagi tumpuan, kerana menjaga rakyat. Macamlah projek-projek di kampung, apakah ini semua yang baru? Tidak, dulu pun ada. Tapi Ketua Kampung tahu, cara kita tumpu sekarang jauh lebih serius dan bersungguh daripada dulu. Yang ini kenyataan dan saya minta bagi satu amanah kepada pengerusi dan jawatankuasa semua kerjalah, bagilah penerangan yang baik, pertahankanlah kerajaan yang rekodnya baik, dan jagalah kedudukan Amin sebagai Menteri Besar. Supaya bila kita boleh kerja berpasukan, saya pun senang. Saya pun tentunya lebih senang, kerja dengan seorang sahabat yang rekodnya baik. Jadi kita boleh tumpu, bukan naik daripada itu dah, dia dah Menteri Besar dah. Datuk Seri Utama pun dah dapat dah. Lebih daripada itu tidak dapat lagi lah. Cukup.

 

  1. Yang nak ini ialah kita nak tingkatkan prestasi khidmat kita kepada rakyat, dan saya setakat itu saya boleh jamin, insya-Allah, yang pegawai-pegawai kanan persekutuan pun ada, negeri pun ada SUK pun ada. Saya percaya kita boleh tentukan supaya kerajaan ini stabil. Dan biarlah Linggi dan Port Dickson ini, jaga sikit Port Dickson, dulu saya jaga, sekarang dan saya jaga ini tahulah saya kena jaga satu negara, tapi sekarang MP nya jauh lebih baik prestasi daripada MP dulu. Sayalah. Saya tidak ada masalah dengan itu. Cuma bantulah sedaya upaya kita, pastikanlah kita cemerlang pertahankan kerajaan negeri yang rekodnya baik.

 

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Share: