TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PM : MAJLIS PELANCARAN MUSHAF MALAYSIA MADANI
TEKS VERBATIM UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PELANCARAN MUSHAF MALAYSIA MADANI
16 MAC 2026 (ISNIN) | 10.30 PAGI
KOMPLEKS DARUL NASYRUL QURAN, PRESINT 14, PUTRAJAYA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah
Wama tawfiqi wa’tusomi illa billah
‘Alaika Tawakkaltu, Wa Ilaika oneeb.
Alhamdu lillāhil qā’il
Syahru ramaḍānallażī unzila fīhil-qur`ān
Hudal lin-nāsi wa bayyinātim minal-hudā wal-furqān
Wausolli wanusolli ‘ala rasoohilil kareem
Wa’ala a’lihi wasabihi ajmain.
Saudara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah;
Rakan-rakan Menteri;
Tunku Besar Tampin;
ke hadrat Syeikh Isa Al-Masarawi dan Sheikh Afeefuddin Al-Jailani;
Duta-Duta Besar; rakan-rakan Timbalan-Timbalan Menteri; tetamu-tetamu yang saya muliakan.
- Kita hadir untuk meraikan ikhtiar besar yang ditaja oleh Yayasan Restu, Nasyrul Quran di bawah pimpinan saudara saya, Abdul Latiff Mirasa yang menjadi projek negara yang utama. Kerana dalam negara MADANI ini, paksinya harus keyakinan, dan keyakinan itu terasnya adalah keyakinan agama, akidah. Dan kerana bagi kita, usaha memartabatkan negara dari segi ekonomi, sosial yang kita kaitkan juga digital, tenaga, itu tidak terlepas daripada asas nilai hidup manusia.
- Dan kita adalah kalangan yang yakin bahawa keghairahan untuk mengejar pembaharuan, perubahan, kemajuan termasuk teknologi baru, itu tidak akan bermakna kalau hilang nilai insan. Walaqad karramna bani Adam – nilai kemanusiaan itu. Maka sebab itu, nilai dan akhlak itu tidak terlepas daripada paksi keyakinan, dan paksi keyakinan itu dari al-Quranul Karim seperti mana dibaca tadi dari pengantar tentang turunnya al-Quran itu Hudan linnas itu yakin. Bagaimana mungkin menjadi petunjuk kepada manusia? Wa bayyinatin minal huda wal furqan. Untuk memberikan kita kekuatan, menentukan dan menilai yang makruf dan yang mungkar. Jika tidak ada asas pengetahuan dan tadabbur al-Quran.
- Sebab itu bagi saya ini bukan sahaja satu ikhtiar, tetapi sesuatu yang memenuhi agenda, memberi makna kepada kehidupan dan pembangunan dan keutuhan satu negara. Simpang-siur pandangan, pertembungan, pembenturan ideologi, itu suatu yang tidak boleh kita hindari. Tetapi keistimewaan kita ialah kerana kita yakin membina generasi itu harus ada paksinya. Dan sepertimana asas yang diterapkan dalam tradisi latihan, tadrib dan tarbiah Rasulullah SAW, sepertimana yang diterapkan dalam Al-Muddaththir & Al-Muzzammil – Qum fa anzhir wa rabbaka fakabbir. Wa thiyabaka fatahhir. Itu sebenarnya berpaksi kepada keyakinan yang bermula dengan membaca, menelaah dan mengamalkan al-Quran.
- Sebab itu para alim menyebut bahawa pembinaan generasi itu — jilun, jil itu generasi — adalah generasi al-Quran. Jilun Qur’aniyun. Dan dia harus istimewa. Dia tidak hanya pembangunan dan pertumbuhan biasa. Mana-mana negara bicara soal pertumbuhan, pembangunan, timur dan barat, yang zalim dan yang keras, yang juga cuba bawa perubahan, semuanya bicara tentang perubahan dan pembangunan. Tetapi perbezaannya itu, yang menyebabkan kita itu unik, istimewa, farid, ialah kerana kita berteraskan kepada keyakinan al-Quran.
- Jadi sebab itu, Saudara Abdul Latiff, dan rakan-rakan di Yayasan Restu, kita anggap ini sesuatu yang bagi saya mengharukan, kerana susur galur sejarah yang agak panjang. Semasa kita memikir, merencana program Mushaf al-Quran ini, tidak terfikir. Saya harus ikhlas mengaku ia menjadi suatu teras dalam kehidupan dan dikembang sebagai suatu sumbangan, bukan sahaja kepada pendidikan dan pengenalan al-Quran di Malaysia, tapi di seluruh dunia.
- Sepertimana yang dihimbau tadi, saya ke Jakarta, Festival Istiqlal yang dirasmikan oleh Almarhum Presiden Soeharto. Dan saya lihat usaha-usaha pada masa itu, jawatankuasa Festival Istiqlal menerbitkan al-Quran. Jadi saya kata dalam keadaan dana dan kewangan kita hebat pada masa itu, pertumbuhan 9-10%, tidak ada sebab mengapa tidak boleh kita berikan tumpuan. Itulah pertemuan saya dengan rakan saya, Saudara Abdul Latiff dan kerana komitmennya, keghairahannya dan kadang-kadang saya anggap kedegilannya, dapat meneruskan. Dan saya bisik pada Tunku Besar Tampin tadi dan juga pada TPM, letih saya nak cuba elak kerana dia terus menggesa, mengasak dan memaksa. Dan kerana kebetulan saya juga Menteri Kewangan. Tapi oleh kerana rencana ini baik, maka sebab itu kita beri dukungan.
- Saya ke Peru, Brazil, Afrika Selatan, Itali, Jerman. Saya bawa naskhah Mushaf al-Quran. Bagi umat, itu hadiah yang bermakna. Yang besar diletak di masjid, yang sederhana diedar kepada guru-guru agama, yang kecil bagi yang sudah biasa dengan hafalan. Jadi di mana-mana saya pergi, saya sebut tadi beberapa negara, Kenya, Ethiopia, kalau sempat saya ke masjid atau pusat Islam, kalau tidak saya undang para alim dan tokoh-tokoh Islam untuk menemui saya dan saya menyampaikan. Jadi, terima kasih Saudara Abdul Latiff kerana apalagi hadiah dan sumbangan terbesar yang boleh kita fikirkan kalau tidak al-Quranul Karim.
- Rencana untuk membina umpamanya Madinatul Quran. Saya insya-Allah dalam 1-2 hari akan bincang dengan Saudara Abdul Latiff. Ada satu idea yang baik oleh TPM Fadillah, untuk menjadikan ini projek umat dalam negara dan luar, dan menjadikan ini bukan sahaja gedung tapi pengisian yang jauh lebih besar daripada yang direncanakan. Supaya ia mungkin menjadi juga bukan sahaja pusat membikin, merencanakan mushaf, tetapi juga untuk menjadikan pusat pengajian, institusi penyelidikan utama di rantau. Mungkin kita kerjasama, dan terima kasih kepada JAKIM dan juga universiti-universiti tempatan.
- Jadi saya akan sebut tentang 1 juta naskhah al-Quran. The background, as many of your Excellencies are aware, was that the anger expressed by Muslims throughout the world when the sheer arrogance, ignorance and prejudice Islamophobia by elements in the west, in this particular case in Sweden, when they burned al-Quran. Many Muslims reacted understandably with expression of anger, at times resorting to another form of violence, burning, destruction.
- But here in Malaysia, we decided to do to the contrary. Out of sheer ignorance and arrogance, remnants of imperialistic design, of complete abuse of the others. We offered an alternative. You burnt one Quran, we will print a million Quran and distribute throughout the world.
- And Alhamdulillah with the support of brothers, ministers, ministries, Ministry of Finance JAKIM and the commitment of brother Latif Mirasa, we are able to do 30 languages, of course, four in the Mushaf MADANI. Of course we start with the four languages, Malay, English, Mandarin and Tamil. But we resort to the other vernacular languages and other languages. And we are grateful not only to both the Sheikh, but the support of many countries. Qatar, Saudi Arabia, Jordan. In all these countries that we visit, the support, the friendship is maintained and of course we are grateful and will continue. As I mentioned to the ambassadors, let us, you know, collaborate and work together.
- Of course, there are difficult times. We can choose to talk about issues and problems, its true. Can you imagine these days and age you can have the display of the arrogance. Not only a few individuals, like in Sweden, the whole country like Israel, with the sheer arrogance and imperialistic design supported by the United States, can just attempt to be an aggressor and launch an attack to the Islamic Republic of Iran.
- Of course, now getting more complex. I’ve communicated with leaders in Oman, in Saudi Arabia, in Qatar, Kuwait, UAE Turkiye and on also to Iran. First, Malaysia and thanks to the Parliament, bipartisan support on all members of Parliament to condemn the attack against Iran, to express our condolence to the demise of Imam Khamenei and his family.
- But in the second round of discussions with the leaders, we also express concern. Because once the perpetrators are Israel and Saudi Arabia, the impact is now throughout the Muslim world, particularly the Middle East and Turkiye and Azerbaijan. So in my communications with the second round Foreign Minister of Iran, I did express and of course I’m appreciative of the fact that they have given categorical assurance that it must not lead to skirmishes and battle among Muslim countries.
- It is a difficult, complex situation. I can almost understand that when a country has to face this sort of sheer display of arrogance, I should say even new imperialistic design is difficult to ask them to just contain. But I think it is our duty because of our strong born friendship not only with Iran, but all these countries, particularly Saudi Arabia, Qatar, UAE, Kuwait, Oman to then Jordan and of course in my repeated discussions with President Tayyep Erdogan, we just make dua that we can resolve this.
- You see, we cannot forget the plight of our Palestinian brothers and sisters in Gaza. And what more tragedy can befall us in the holy month of Ramadan? And now because the protracted warfare, the continuous attack and bombardment, we have disremifications throughout the world.
- I was in Sabah last night. We have to help them. Many of them are still poor. We give them diesel subsidy and for Sabah and Sarawak, due to this increase, the Federal Government has to increase 4.6 billion ringgit additional subsidy for Sabah Sarawak. Petroleum cost of now Budi95 RM1.99 is about the lowest in the world. Only Brunei Darussalam has a slightly lower price than us. I did it last year because I thought, as you know, together with my colleagues needing the government, I want to do whatever is possible to reduce the burden of our people.
- But now we are faced with this calamity and the ramifications this year. It’s costing us additional subsidy of 2 billion ringgit a month. Now that we maintain the price and insya-Allah make dua and pray we try and maintain the price at the cost of RM2 billion a month. With the price now, if it further increases then naturally it will cost more. It means 24 billion ringgit additional one year.
- Well, I can understand some of my colleagues in the opposition and some in the social media still abuse us for this because we give the implications and the problem. But that is the reality. We have the sufferings of our brothers and sisters not only in Iran, all these countries. We have calamity befallen us the whole region, particularly affecting the poor and still we have some desperate elements irresponsible, exploiting the case and using it as a political weapon to weaponize to attack.
- We should now learn that without unity, working together, we will never be able to sustain either the peace nor the prosperity.
- Sebab itu saya ingin menyatakan di sini ya, al-Quran itu kekuatan bila dibaca, dihayati dan diamalkan. Sebab itu jil al-Quran itu, generasi al-Quran itu, yang membaca dan mengamalkannya. Mudah-mudahan Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita.
- Tentang Syeikh Isa Al-Masarawi, Jazakallah Khairan anta .. Syeikh, Al-Kabir yang banyak membantu kita. Dan Syeikh Afifuddin Al-Jailani, thank you.
- Juga kepada duta-duta dan rakan-rakan, dan percayalah Saudara Abdul Latiff yang hadir di sini, menteri-menteri, timbalan menteri, kita akan lakukan sebaiknya. Ya, saya tentulah sedikit runsing dan bimbang kerana keadaan tidak menentu. Tapi saya juga diperingatkan tadi sampai-sampai, la takhaf wa la tahzan innallaha ma’ana. Jadi semua ada jawapannya untuk memberikan kita kelegaan, keyakinan. Untuk Fa izaa ‘azamta fa tawakkal ‘alallah, innallaha yuhibbul mutawakkilin.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
