TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PM : MAJLIS PECAH TANAH PERUMAHAN KEKAL BAGI PENDUDUK RUMAH PANJANG BUKIT KIARA
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PECAH TANAH PERUMAHAN KEKAL BAGI PENDUDUK RUMAH PANJANG BUKIT KIARA
15 JUN 2026 (ISNIN) | 3.30 PETANG
TAPAK RUMAH PANJANG BUKIT KIARA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera kepada saudara-saudari Vanakkam.
Terima kasih dan kita ini hari yang bersejarah, saya kata achi tadi, saya nampak achi happy tapi vadey tiada thosai pun tiada. Saya pun happy bagitahu Azizah tadi, terima kasih ramai yang buat kerja lama terutamanya Hannah Yeoh. She put a very dynamic minister and you see the results.
Terima kasih saudara Ramanan bantu dan bincang dengan rakan-rakan KSN ada, Fadlun dan semua lah yang bantu Siva ini lawyer-lawyer, wah ini lawyer pun boleh tahan ini lawyer mana Gurdial? Mana Gurdial? Ms. Leong dan lain-lain kawan-kawan, terima kasih.
Ini today sebenarnya hari ini projek tidak besar bukan projek besar tetapi kesannya dari segi sejarah besar bukan hanya Malaysia, bayangkan di mana-mana negara kelompok miskin bandar di rumah panjang begini rupa berhadapan dengan tekanan perumahan, dengan mahligai yang keliling dengan nak jaga hutan tidak pernah menang dalam sejarah dunia.
Alhamdulillah di sini saudara-saudara menang! Kerana pertahankan hak dan undang-undang. Terima kasih Tan Sri Nallini pun ada di sini, bersama Tan Sri Zainon kerana saya katakan tadi, kalau kita hormat proses undang-undang, sebelum itu saya tidak berani, kena tunggu proses undang-undang.
Maka kita hormat proses undang-undang sebaik keputusan dibuat, saya kata kena cari jalan selesai, tidak boleh langgar lagi dah keputusan dibuat teliti masalah penduduk, janji, perjanjian lama semua itu di rungkai dan akhirnya peranan kita cari bagaimana boleh selesai bukan sikit, tahun bayangkan kalau kita hidup rumah panjang 44 tahun onnu, rendu, moonu, naalu hampir anji 5,5,50 bukan 5.
Tapi saya hari ini betul-betul saya kata terima kasih Hannah I mean saya sangat senang hati happy kerana apa yang kita boleh janji Rule of Law satu, jaga rakyat dua, orang miskin tidak tinggal dan bagi satu penyelesaian yang adil mudah-mudahan semua negeri semua kota di negara ini belajarlah dari pengalaman ini.
Kalau tidak, sampai bila-bila tentu mesti ada keadilan bukan semua orang datang, roboh rumah atau ambil tanah orang dan bikin. Tidak ini ditunggu lama dan ada perjanjian dengan pemaju. Jadi janganlah orang kata ini sebagai contoh untuk bangunkan rumah-rumah setinggan dan terus minta hak. Tidak, ini ikut proses undang-undang dan hakim yang bijaksana meneliti semua aspek dan dengar semua pandangan dan ini sebab saya kata, ini dari segi sejarah sangat penting dan kita lihat orang miskin ini tak kira Melayu ke Cina ke India hak dia kita pelihara ini MADANI Government, kita fair to all.
Kemudian, proses dia tak akan berlaku dengan baik kalau tak ada kerjasama dengan penjawat awam. Bila dasar itu jelas penjawat awam jalankan dengan cekap sebab itu saya terima kasih Datuk Bandar sangat progresif selesai dengan baik.
Sebab saudara-saudara, biasa dalam pertarungan ini selalunya orang miskin memang kalah. Memang susah. Saya, walaupun sekarang Perdana Menteri, saya tahu susah dalam hal-hal seperti ini. Bila sentuh orang-orang kaya, Tun Tun, apa masalah, rasuah ke, penyalahgunaan kuasa, wah… yang lobi cukup kuat pertahan mereka. Bila nak bantu orang miskin, dia setinggan macam ini dan rumah panjang, tak ada suara pun. Sebab itu, saya ucap terima kasih Ahli Parlimen, saudari Hannah, kerana tak ramai.
Apa makna justice ini? Keadilan ini bukan satu kelompok. Keadilan itu bagi semua yang berhak. Jadi, sebab itu bagi saya acara hari ini is historic bukan sahaja untuk penduduk rumah panjang di Bukit Kiara. Tapi, sebagai satu saya mahu ini sebagai suatu petanda. Contoh bagaimana negara ini patut ditadbir. Jangan rakus, jangan tak peduli nasib rakyat. Kita ada kuasa betul dan ini sebab itu saya setuju Hannah sebut kuasa dah berapa puluh tahun, sebab itu kuasa itu mesti diletak pada orang yang ada perasaan. Ini bukan soal retorik politik, ini bukan soal manifesto pilihan raya ini soal hati, soal jiwa, soal ihsan, soal compassion, soal justice dan ini yang kita perlu di Malaysia yang tercintai.
Sagothara, Sagothari,
You tengok sekarang kalau tengok masa kempen-kempen, bukan dia cakap soal in. Ini soal ini Cina nak ambil ini, India nak ambil ini, Melayu nak rebut ini, orang asli, dia bukan cakap soal hak orang, bukan nilai orang. Ini kalau orang duduk di rumah panjang ini, apa kaum pun bagaimana masa depan anak dia? Bagaimana kehidupan dia di tengah-tengah kota yang indah tempat penginapan yang taraf tinggi dan dia duduk dalam keadaan yang begini?
Jadi sebab itu dalam MADANI ini soal kemanusiaan, soal humanity, soal compassion, soal ihsan itu penting kita hidupkan. Mari kita ajak rakyat ini saya tengok achi India ada, Melayu ada, Cina ada di sini. Can we move on? Jaga sebagai manusia. Jaga kebaikan kita. Bukan kita nak hapuskan bahasa Melayu, bahasa rasmi. Hanna Yeoh luluskan peruntukkan kuil, kerana penduduk India hidup ada di sini, ramai. Dia ada kuil lama. Bukan bermakna ada kuil di sini, hak orang Islam dan tempat solat mereka kita ketepikan. Tidak! It’s not a zero-sum game! Ini masing-masing boleh manafaat dan jaga. Sahibus Samahah Mufti ada dan kita tidak melanggar peraturan Islam, kehendak Islam tetapi kita kena jaga dan negara ini walaupun majoriti Islam, Melayu, bumiputera tetapi hak semua kita kena jaga.
Sebab itu selalu saya rayu, jangan dengarlah kampen-kampen yang lagakan ini, Melayu ini, parti Cina, lawan. Yang ruginya rakyat di bawah. Masalah ini, rumah panjang, siapa yang nak perjuangkan? Kalau masing-masing gaduh soal kaum. Sebab itu saya kata naratif wacana, dasar pertumbuhan rakyat ini mesti kita bawa perubahan. Kembalikan roh dan jiwa yang baik dikalangan manusia. Ini yang saya nak sampaikan.
Dan hari ini, Achi tahu, Anne tahu, kita ada penyelesaian dan terima kasih kepada Memang Perkasa kerana bagi kerjasama akhirnya. Dah lama dan saya ucap terima kasih kerana memudahkan tidak banyak tempat yang kita boleh beri dua rumah sebagai ganti dan sini saya telah bagi perkiraan tentunya syarikat tak rugi dan mungkin untungnya itu tidak sebesar seperti mana yang diperolehi. Negara ini tidak boleh hanya fikir untung bagi sedikit golongan kecil untung besar dan rakyat tertinggi. Negara ini mesti jaga orang meniaga, pemaju dia nak untung, kurangkan untung dia dan beri jaminan keadilan bagi rakyat.
Jadi sebab itu saya sebut tadi diterangkan secara sepintas lalu dan sebelum ini juga saya dengar tentang projek perumahan ini dan saya tahu ada beberapa keperluan dua unit rumah dah ada, kemudian cara pembayarannya jadi kita katakan percuma tetapi adalah melalui beberapa insentif. Tapi betul walaupun ini penyelesaian di antara syarikat dengan penduduk, tetapi Kerajaan akan menggunakan apa sahaja insentif yang perlu untuk dapat menggurangkan kos dan membolehkan manfaat kepada penghuni rumah. Dan Siva tak sempat sebut kepada saya tapi saya tahu saya tengok dia, dia kata PM datang tak ada announcement apa-apa kah? Eh, Siva aiyo kadavule ini sudah announce besar lah tapi saya tahu penduduk-penduduk sini pun harap kalau ada sebanyak sumbangan tambahan daripada kerajaan.
Jadi, saya bincang tadi dengan pegawai-pegawai Kementerian Kewangan jadi kita tahu bila pindah rumah ada lagi keperluan mahu senggara jaga rumah mahu bersihkan kawasan, ini kena jaga. Kadang-kadang ada rumah baru tapi bersih cara lama, tak boleh. Bila rumah baru, kena bersih kalau tak jiran-jiran nanti tak puas hati, dia marah lagi kita. Dia kata, ini Hannah Yeoh tak boleh pakai. Dia buat-buat rumah tapi kawasan tak jaga. Oleh itu, saya setuju kita kena bantu penduduk di sini.
Bagaimana kita bantu? Kita kena bagi subsidi supaya boleh tampung kos penyelenggaraan sekurang-kurangnya untuk 3 tahun saya luluskan RM1 juta untuk penduduk-penduduk di sini dan nanti DBKL tolong selenggara urus. Saya hanya akan berikan RM1 juta kepada DBKL supaya tiap-tiap bulan bila siap penyelenggaraan itu dapat ditampung dan tidak bebankan penduduk-penduduk dan penghuni rumah yang baharu.
So, ini bagi saya satu kisah yang Indah. Di Malaysia ini kalau dasarnya jelas pimpinannya itu komited untuk bawa perubahan dan rakyat ada cerah pencerahan dan kesedaran, kita boleh bangunkan Malaysia yang baharu Malaysia yang lebih adil. Ada Ramanan tolong atur. Okey, jadi sekali lagi lah saya ucap terima kasih Hannah Yeoh ini memang konsisten, bising kadang-kadang saya kata tunggu kejap, tunggu kejap, tak boleh, tak boleh, kena cepat dan cepat. Jadi ini yang kita mahu.
Jadi bila Menteri ini, jawat jawatan bukan kira protokol-protokol sangat. Ini cari kerja jalan untuk membaik, memberi kemudahan kepada rakyat. Ya saya memang betul saya agak tersentuh sikit ya dan sangat berasa bahagialah hari ini, betul. Tadi pagi berjalan dengan Azizah. Azizah dia jarang ikut-ikut tapi oleh kerana dia kata terutamanya Hannah Yeoh jemput, keduanya sebab saya kata ini betul-betul. Ini projek betul-betul orang miskin bandar. Ini betul-betul kadang-kadang bukan B40, B60 yang 50 ke? Memang orang susah betul dan sudah ingat 44 tahun duduk dalam keadaan macam ini.
So, it’s a beautiful scene in the sense that we have good people in Malaysia. Leaders, civil servants and finally the community they are still. So please, let this hope. Sebenarnya banyak yang indah kita nak trigger itu je. Orang yang baik-baik, yang ada jiwa baik, yang tidak terlalu tamak haloba, yang tak fikir hanya profit, profit, profit, tapi fikir juga untuk rakyat, masih ramai. Let us work together and build and ensure that Malaysia remains a safe heaven and protect the welfare of the majority of our people. Sekali lagi, nandri, terima kasih.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
