TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PM : MAJLIS HI-TEA BERSAMA KOMUNITI NELAYAN, PETANI, USAHAWAN IKS DAN MASYARAKAT TEMPATAN
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS HI-TEA YAB PERDANA MENTERI BERSAMA KOMUNITI NELAYAN, PETANI, USAHAWAN IKS DAN MASYARAKAT TEMPATAN
15 JUN 2026 (ISNIN) | 6.30 PETANG
DATARAN MEDAN SELERA PANTAI LEKA, PARIT JAWA MUAR, JOHOR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah Rabbil Alamin
Nahmadu wa nussalli ala rasulihil karim
Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.
Saudara, ramai yang hadir depan ni, Faiz Fadzil, LKIM, Wakil-Wakil Peladang, Saudara Syed Saddiq, Ahli Parlimen dan pegawai-pegawai naib Kadi tadi, terima kasih ada kehadiran, terutamanya wakil-wakil nelayan dan peladang yang bersama-sama dan anak-anak yang turut hadir menyerikan majlis, terima kasih.
Tadi di Taman Bukit Kiara. Bukit Kiara ni kira tempat golongan atasan, tapi ada satu kawasan, ratusan penduduk yang duduk di rumah panjang selama 44 tahun tidak mendapat pembelaan. 44 tahun. Menteri saling berganti, Perdana Menteri saling berganti. Tak selesai.
Alhamdulillah, setelah 44 tahun nasib orang rumah panjang, miskin bandar kita dapat jayakan, majukan, beri mereka 2 rumah setiap penghuni sekarang dah tunggu 44 tahun, ini dia kita memahami masalah tak boleh selesai semua dalam masa yang singkat, tetapi cari jalan untuk menyelesaikan. Kalau tidak bayangkan kota besar, indah, Bukit Kiara, bangunan pencakar langit, kemudahan-kemudahan cukup baik, tetapi rakyat di rumah panjang.
Sebab itu kita dalam Kerajaan MADANI harus fikir masalah di bawah ni. Sebab itu saya terima kasih Saudara Faiz Fadzil kerana dapat mengaturkan pertemuan dengan nelayan, kalau tidak bayangkan kita di negeri Johor, di Selangor, di Negeri Sembilan, Melaka, Kulim Hi-Tech, Kedah dan sekarang Melaka, Sabah dan Sarawak, ini pembangunan membanggakan, bukan setakat begitu teknologi tinggi, artificial intelligence, transformasi digital, apa menatang bunyinya pelik betul, tapi orang tanya bagi rakyat dia apa dia?
Kita bangga dengan lebuh raya besar, jambatan panjang, bangunan gagah, tapi dalam pembangunan itu penting, penting. Digital transformation utama, artificial intelligence, iya. Baru ini saya ke Jepun, cakap pasal quantum computing, lebih tinggi lagi daripada AI.
Kita sokong yang dibuat oleh Universiti Pertanian (Universiti Putra Malaysia) dan lain-lain universiti, tetapi ada kita fikir masalah? kampung nelayan bagaimana? Penempatan mereka bagaimana? Perumahan rakyat, rumah begitu banyak di bandar. Pekerja datang, rumah bagaimana?
Sebab itu dalam Kerajaan MADANI saya tekankan hal yang sedemikian. Mudah? Tidak mudah! Kerana kadang-kadang orang yang merancang, termasuk pemimpin-pemimpin. Dia datang ke bawah ni masa dekat pilihan raya, dia biasalah. Dan dia janji pelbagai hal.
Tetapi saya nak bagi contoh tadi rumah panjang di Bukit Kiara ni, kita dah buat kerja selama 2 tahun lebih dan tadi lancarkan pembangunan itu. Ini saya bagi contoh walaupun menterinya Hannah Yeoh, Cina, DAP pulak tu, haa. Tak boleh dekat setengah orang lah. Takde. Saya takde masalah. (nada berseloroh). Yang saya penting Melayukah, Cinakah, India ke? Melayu Jawa ke? Melayu Banjar ke? Melayu Bugis ke? Yang penting baik akhlaknya, rajin kerjanya dan kalau ada kuasa, jaga rakyat yang mereka dipilih.
Jadi saudara-saudari, tentunya saya datang dan saya minta pegawai senaraikan apa yang perlu bagi nelayan, saya tidak mahu tahu kerana Johor ni dekat dengan pilihan raya, tidak. Ini saya lakukan semalam. Saya di Sabah, di Sipitang. Sabah tidak ada pilihan raya. Saya jalankan tugas menyediakan bekalan elektrik sepanjang selatan Sabah, belanja sekitar RM200 juta kerana kita maju Pulau Pinang, Perak, Kedah, Johor, Selangor, tapi di selatan Sabah bekalan elektrik terbantut.
Jadi kita sediakan dana dan kita bangunkan. Jadi saya anggap itu tugas kita yang harus kita sempurnakan dengan sebaik mungkin. Esok, insyaAllah, doa pergi selamat. Dari Muar, saya nak ke Kazan. Kazan ni Rusia. Kerana Ketua-ketua negara ASEAN nak mesyuarat dengan Presiden Vladimir Putin. Ha, dia kata, Anwar ini komunis pulak dah. Mesyuarat dengan Putin (nada berseloroh).
Tapi, antara yang saya nak tegaskan bila jumpa dengan Putin, nak pastikan minyak itu dia dapat salur juga kepada kita. Ini rahsia kita baik dengan orang. Jadi insya Allah, dalam 2 hari saya akan dapat persetujuan supaya dia jamin penyaluran minyak dan diesel kepada Malaysia supaya sekarang ini tak ada masalah.
Tapi ingat negara-negara jiran kita ada masalah, kena beratur nak beli minyak. Ada satu negara ASEAN, 400 kedai minyak, stesen minyak tutup kerana minyak tak ada. Kita Alhamdulillah masih ada, bukan saya kata ada harga minyak RON 95 di antara yang paling murah di dunia, RM1.99. Mudah? Tak mudah?
Syed Saddiq boleh tuntun bagi rendah lagi, saya pening mana nak cari duit ni? Ekonomi kita tak mudah.Sekarang dah elok-elok Iran aman. Israel,. Zionis Israel serang bersama Amerika, Iran. Dah bergaduh. Dah tutup Selat Hormuz.
Semalam, dapat maklumat daripada Perdana Menteri Pakistan. Dia kata, nampak akan tandatangan. Mungkin hari Jumaat, selesai perang tu. Kita doa kerana kalau tidak Selat Hormuz ditutup, kesan sehingga ke Malaysia, minyak naik. Sekarang hari ni minyak dah mula turun sedikit, turun-turun pun tinggi.
Malaysia ni harga minyak sekarang orang kata Anwar dulu, “hari ni menang! Esok minyak turun.” Dah turun dah, nak bising apa lagi? Minyak dah turun sekarang RM1.99 tu rendah daripada Arab Saudi. Arab Saudi yang mengeluar minyak paling besar di dunia lebih mahal daripada kita. Jadi jangan dengar lah propaganda ni. Masa dekat-dekat pilihan raya ini, lagi lah hangat. Tapi sebab itu kita ni diajar untuk tahu maklumat.
Baik daripada Rusia, saya ke Turkmenistan, haa, dia kata “Perdana Menteri ni asyik berjalan saja”. Saya tak ada pilihan, kalau tanya saya umur saya bukan muda dengan Syed Saddiq lain. Dia pula ada Bella (nada berseloroh). Hmm, saya Alhamdulillah Azizah cukup ada.
Baik, jadi tu tahniah, tahniah. Yang saya nak tekankan di sini pergi ke Turkmenistan bukan berjalan kerana Presiden Turkmenistan dia kata, kalau saya setuju pergi dia mungkin, kemungkinan besar tak boleh umum lagi tunggu 2-3 hari lagi dia akan beri telaga gas yang antara yang paling besar di dunia kepada Malaysia melalui Petronas.
Ini dia bukan saya sorang ni kerana pimpinan Kerajaan MADANI kerana dasar kita berkawan dengan orang urus dengan baik elak daripada orang kerja songlap. Kalau tidak itulah negeri kaya yang kaya 3-4 orang di atas yang di bawah, rumah pun robek kalau di Kuala Lumpur di Taman Kiara itu duduk di rumah panjang. Bayangkan berapa lama? 40 tahun. Itu kita kena selesai.
Jadi mudah-mudahan doa bagi perjalanan saya selamat boleh tandatangan jamin bukan saja untuk kita anak-anak kita ni cucu kita jamin bekalan gas untuk puluhan tahun akan datang dengan harga yang lebih rendah kerana itu kita punya, syarikat Petronas bersama dengan syarikat Turkmenistan. Ini dia kerja kita saudara-saudara.
Baik, dengan pembangunan ini semua, dengan faedah kita perolehi soalannya, apa dia untuk rakyat? Apa dia untuk Muar? Dan Muar ini ada gurunya, ada pegawainya, ada pejabatnya, semua itu penting bagi kita. Kita kena bangunkan sekolah, kena baiki kemudahan sekolah. Baru-baru ini saya kata bila anak-anak patut masuk sekolah lebih awal, bilik darjah tambahan kena buat. Kita panggil semua Pengarah Pendidikan, Check! Aminolhuda tahu kan? Ahli Parlimen. Semak apa yang diperlukan. Baik, tetapi kita juga tahu seperti mana dikatakan Pengerusi LKIM tadi di antara masyarakat kita yang miskin ini, nelayan kadang-kadang pekebun kecil, pesawah padi.
Sebab itulah kita bagi perhatian lebih. Ada lembaga untuk bantu dan saya percaya apa-apa cadangan yang baik walaupun saya tidak berhajat untuk umumkan di sini pada hari ini kerana nanti orang kata kerana musim kempen walaupun belum lagi penamaan calon kalau nak umum boleh. Saya boleh bagi jaminanlah bukan kerana hari ini sama ada di Sipitang. Sipitang itu jauh di pedalaman Sabah. Bila saya tengok sekolah menengahnya, kita luluskan peruntukan untuk dia. Kerana sekali lagi saya tekankan pembangunan ini mesti lebih merata, pembangunan ini mesti menjamin kemudahan kepada rakyat terutama yang di peringkat bawah.
Siapa yang nak wakil? Siapa nak suarakan pandangan di bawah ini? Sebab itu kita kena turun. Saya selalu beritahu kawan-kawan saya dalam Jemaah Menteri, pimpinan Dr. Zaleha ada, Dr. Zaleha mana? Ya, mesti pastikan kita dapat turun, dengar sendiri dan cuba selesaikan. Saya tidak percaya, Malaysia ini sangat daif sampai tak boleh bantu rakyat, saya tak percaya.
Kerana urusan kena baik, sebab tu kita dalam soal rasuah, penyelewengan ni kena tegas. Boleh selesai semua? Belum. Boleh ambil tindakan benda semua? Tak, sebab kena tegas soal tatakelola dan rasuah ni kerana kalau tak ambil tindakan, kaya bagaimanapun kalau 3-4 orang je yang duduk sapu, sakau rakyat tak dapat.
Ini yang sebab mengapa dari dasar mesti tegas. Nak jadi pemimpin, mesti berani. Kalau pemimpin duduk, ya, ya, ya itu bukan pemimpin. Ya, saya tengok penghulu bukan main berani lagi. Ketua kampung lebih berani lagi. Nak jadi pemimpin mesti suarakan dengan berani masalah rakyat. Jangan hanya jawatan besar orang panggil Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi ya, ya,. Tak boleh. Ada masa ya, ada masa tidak. Kalau nelayan yang susah, susah masuk di Muar ini, kalau perlu datang, datang. Kalau perlu suarakan, suarakan. Ini barulah jadi orang kata Muslimun Haqiqiyun ada kesungguhan dia jadi Muslim yang baik kerana ada memenuhi tanggungjawabnya. Apa lagi tugas kita?
Kalau tanya kita dalam hidup ni apa lagi? Wa man aḥsanu qawlan mimman da‘ā ilallāhi wa ‘amila ṣāliḥan wa qāla innanī minal-muslimīn. Apa lagi tugas ini? Seru ke arah yang baik. Tapi seru je tak cukup seru ni semua orang seru. Tanyalah yang penyakau besar pun dia seru. Tetapi, tindakan ujian kita itu, wa ‘amila salihan amal soleh. Tindakan itu selagi dengan apa yang kita seru.
Ini yang penting bagi kita untuk laksanakan jadi ujiannya itu istajibu lillahi wa lir-rasuli idza da’akum lima yuhyikum bawa mesej yang diredhai Allah SWT dan Rasul. Bagaimana? Menyampaikan dan Idza da’akum sampaikan dakwah lima yuhyikum dan menjalankannya dengan baik. Ini tanggungjawab yang sangat besar. Orang pemimpin-pemimpin, penjawat awam, pemimpin politik itu tujuan yang besar. Bila dia cakap, dia kena amal. Kalau cakap lawan rasuah, betul-betul lawan rasuah. Tegas mesti betul-betul tegas. Bela nasib rakyat, mesti bela nasib rakyat. Kalau tidak, Allah telah memberi amaran keras kepada kita lima taquluna ma la taf’alun yang kita bicara apa yang kita tidak amalkan. Mudah-mudahan dalam majlis ini saya ada minta tadi laporan beberapa pegawai tanya apa yang diperlukan. Ada tadi saya ada jalan tadi seorang kata nak beli bot-bot kecil ni tengoklah kita tengok eh yang mana boleh kita sediakan ada bantuan ya buat cara baik.
Ini cara kita cara muafakat sama-sama kita dan mudah-mudahan dengan cara sedemakian itu belum lagi dengan pekebun-pekebun dan lagi siapa yang datang waktu ini? Peladang. Wak tadi saya minta dia ubi dia kata nak bagi durian. Nak bawa durian dengan kereta bau sampai ke rumah. Kalau suka-suka, bagi makan sekaranglah.
Jadi sekali lagi saya nak ucap terima kasih banyak kepada semua yang hadir doa kehadrat Allah S.W.T mudah-mudahan diberi kekuatan dan saya akan pantau apa-apa keperluan lain. Dulu di Muar bila saya datang hari apa itu majlis hari apa? Hari apa itu? Hari MADANI kan? Ada sambutan MADANI dulu banyak projek-projek kecil yang disenaraikan yang saya luluskan banyak juta ringgit. Ya, untuk surau, untuk masjid, untuk jalan kecil, untuk elektrik, untuk kemudahan-kemudahan orang miskin. Banyak, saya tak ingat berapa jumlahnya itu 2 tahun yang lalu kita luluskan dan saya terima kasih kepada pegawai-pegawai kita yang menjalankan tugas dan menyelesaikan.
Jadi hari ini ada tambahan lagi katanya untuk nelayan, untuk peladang. Jadi InsyaAllah kita akan cuba kerana beza dia bila kita umum kita luluskan dan kita laksanakan. Jangan kita umum, tunggu pilihan raya sekali lagi baru nak sampai yang itu tak boleh.
Jadi sekali lagi lah ya, minta maaf kalau ada apa-apa kekurangan, salah faham, sekarang ni jaga sensitif banyak sepertimana doa ustaz tadi iaitu kita fa-aslihū baina akhawaykum kita cari jalan muafakat kalau pun ada selisih pendapat sikit sebanyak jangan sampai bergaduh. Jangan sampai benci membenci, jangan sampai musuh memusuh. Jangan. Ya, anda kalau beza pendapat tak apa. Tapi kalau boleh tak beza pendapat bersama Kerajaan MADANI ni lagilah bagus. Insya Allah supaya kita dapat tambah apa-apa yang boleh dilakukan dan kita lebih semangat untuk bangunkan negara ini.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
SESI SOAL JAWAB
YAB PERDANA MENTERI:
Terima kasih. Sila ke depan, sila ke depan. Kalau ada masalah, tolong bawa surat atau mari jumpa pegawai bagi depan ini. Sila, sila. Tak apa, tak apa. Mai, mai, mai terus, terus. Siapa nak bawa? Tidak ada protokol. Sila. Dah, dah, bawa ini kalau… sampai, sampai sikit. Kita bagi banyak orang sikit. Yang lain, yang lain datang, datang. Kalau ada apa-apa masalah lain. Ya.
SOALAN 1:
Assalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh dan selamat petang. Yang dihormati Dato’ Seri serta. Ok, kat sini ada satu soalan mengenai tentang pencerobohan pukat di kita punya perairan Selat Melaka. Kalau yang tadi Dato’ Seri kata pencerobohan Selat Hormuz, tapi ini pencerobohan Selat Melaka, apa pukat tunda daripada kawasan luar telah masuk ke perairan di kawasan kita. Maknanya kita punya perbatasan kalau tak salah saya daripada Tanjung Tohor bawa ke kawasan Muar ini, pukat tidak dibenarkan masuk. Hanya daripada Batu Pahat pergi ke sampai Pontian. Tapi kalau sebelah Pontian pun kalau kita tengok isu pukat ini pun dia akan sampai tarik ke tepi. Padahal isu pukat daripada Malaysia ke daripada Malaysia. Tapi daripada kawasan Pontian, Rengit, Parit Botak, dia telah masuk ke kawasan perairan Muar ini dan mengganggu nelayan pukat hanyut. Dia langgar jaring, dia langgar bubu. Ah tulah. Tapi kalau daripada segi rondaan, marin, maritim, perikanan, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana beliau memang sentiasa meronda. Cumanya pukat ini dia melakukan kegiatan memukat ini pada waktu malam. Kalau pada segi perundangan perikanan, waktu memukat ini daripada 7:00 pagi hingga 6:00 petang. Tapi dia memukat ini waktu malam. Marin, maritim dia ronda waktu siang ada, waktu malam ada. Tapi marin, maritim takkan dia nak 24 jam. 24 jam duduk di laut dia pun ada masa untuk balik apa, tapi pukat ni lagi licik. Maknanya dia lagi licik waktu marin, maritim, perikanan dah balik, dia akan masuk ke kawasan.
YAB PERDANA MENTERI:
Cadangannya dualah. Sama ada lesen, kalau kita dapat tangkap orang yang langgar itu, dia patut rampas lesen. Keduanya, keduanya marin kena lebih bergiat waktu malam.
SAMBUNGAN SOALAN 1:
Tapi APMM dan marin dan maritim, perikanan setakat ni saya tengok buat rondaan memang okay. Pasal apa, dalam baru-baru ni kita, marin dan maritim ada buat tangkapan untuk apa penyeludupan dadah dan sebagainya, itu hari baru dapat tangkap 50.
YAB PERDANA MENTERI:
Cadangan-cadangannya?
SAMBUNGAN SOALAN 1:
Cadangan saya lah, kalau bagi pihak apa, untuk kesalahan yang pukat ini masuk ke kawasan kita ni, cadangan saya kita kenakan dia enam bulan ke ataupun setahun lessen digantung.
YAB PERDANA MENTERI:
Gantung lesen.
SAMBUNGAN SOALAN 1:
Gantung lesen. Jadi mungkin ni salah satunya. Bila dia dah tahu macam ini, apa, komuniti-komuniti pukat yang lain saya rasa takut. Umpama kita gunakan pasal isu minyak lah kalau dia terkena isu minyak kan kena gantung, kena seal kan kesan dia macam tu.
YAB PERDANA MENTERI:
Ok, dah nampak. Maknanya cadangannya itu, ya. Maknanya tindakan penguatkuasaan dan sama ada gantung. Okay, baik. Kita ambil tindakan LKIM. Baik, yang lain?
SOALAN 2
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Dato’ Seri. Terima kasih kerana sudi datang menjenguk kami di Muar, Dato’ Seri, saya merupakan guru dari Sekolah Pendidikan Khas dan saya ingin menyampaikan hasratlah, sebab sekolah kami dah lama sekolah kami tak ada kantin. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Muar. Inisiatif kami adalah unit RMT, kita orang tengah cuba kumpulkan dana.
YAB PERDANA MENTERI:
Tak apa, tak apa, minta kantin saja.
SAMBUNGAN SOALAN 2:
Untuk adakan satu tempat, tidak ada kantin pun, kita orang nak wujudkan satu tempat ruangan makan untuk kumpulkan dana dan buat satu ruangan makan.
YAB PERDANA MENTERI:
Okay, ICU mana ICU? okay kantin, nama tempat, nama sekolah mana?
SAMBUNGAN SOALAN 2:
Sekolah Kebangsaan SKPK Muar.
YAB PERDANA MENTERI:
SKPK, Lulus, lulus. Terima kasih banyak. Kantin, takkan Perdana Menteri tidak bagi lulus malu lah. Kalau minta satu bangunan 20 tingkat lah, saya kata nanti kaji dulu lah. Ya.
SOALAN 3
Okay, Assalamualaikum dan selamat petang. Terima kasih kerana sudi datang ke sini. Tujuan saya ke sini, saya perkenalkan diri dulu. Saya Siti Nor Suhana binti Norhan selaku wakil Majlis Perwakilan Pelajar di Skills College of Industrial Technology. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya ingin memohon bantuan kecemasan untuk 33 orang yang gagal terima bantuan dari kerajaan negeri, kerajaan negeri Sabah dan sekarang susah untuk dapat keperluan asas termasuk makanan lah.
YAB PERDANA MENTERI:
Bantuan daripada kerajaan negeri yang sepatutnya sampai?
SAMBUNGAN SOALAN 3:
Haah, tapi yang dapat hanya 125 orang pelajar.
YAB PERDANA MENTERI:
Yang tak dapat sebab apa?
SAMBUNGAN SOALAN 3:
Sebab, Sebab kekurangan bajet lah.
YAB PERDANA MENTERI:
Ah, nanti saya bagi tahu Ketua Menteri. Baik, baik, okay. Sebelum kita check, you bagi details kejap dekat officer tu nah. Bagi details. Saya yang pertama, oleh kerana peruntukan, peruntukan kerajaan negeri Sabah, saya secara proses secara hormatnya saya akan hubungi Ketua Menteri. Betul kah tidak ada lagi peruntukan? Berapa orang lagi tak dapat?
SAMBUNGAN SOALAN 3:
33 orang.
YAB PERDANA MENTERI:
33 orang, okay. 33 orang itu. Kalau dia kata tak ada peruntukan, kerajaan MADANI Persekutuan bagi. Okay, selesai. Okay, last, dekat maghrib saya kena pergi maghrib baik. Sila, sila.
SOALAN 4
Okey, Assalamualaikum Dato’. Dato’, saya terus pada saya punya aduan. Saya mewakili Sampan Jenis A iaitu enjin sangkut ataupun nelayan tradisional. Saya memohon untuk separuh daripada kami tidak mempunyai lesen. Jadi, apa yang keistimewaan yang berlesen kami tidak dapat. Jadi saya memohon untuk daerah Muar ini, mohon untuk lesen.
YAB PERDANA MENTERI:
Lesen pukat?
SAMBUNGAN SOALAN 3:
Perahu tradisional, perahu tradisional.
YAB PERDANA MENTERI:
Boleh? Bagi nama, bagi details kejap. Bagi dekat pegawai, pengarah.
SAMBUNGAN SOALAN 4:
Bukan saya saja lah, tapi saya mewakili mana yang nelayan tidak berlesen.
YAB PERDANA MENTERI:
Maknanya tidak berlesen dan mohon supaya diberi lesen. Okay. Mungkin sebahagiannya dulukan dia tidak bagi. Pasal dia dah ada kuota dia. Okay tolong bagi wakil nama. Baik, baik.
Selesai, saya kena maghrib di masjid. Bolehlah, terima kasih banyak sekali lagi. Terima kasih!
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
